3.

0

BAHAGIAN B 3.1 Penulisan Ilmiah

3.1.1 Struktur Linguistik Fonetik dan Fonologi

Fonologi ialah bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia. bermakna. Bunyi itu pula ialah bunyi-bunyi yang

Bunyi bahasa ialah bunyi yang bermakna yang

dihasilkan oleh alat artikulasi. Menurut Rahimah Haji Sabran dan Rahim Sham (1985), bidang fonologi mengkaji sistem bunyi- bunyi yang tertentu dalam pertuturan, khusus bagi sesuatu bahasa. Fonologi dapat dipecahkan kepada dua bahagian, iaitu fonetik dan fonemik.

Fonemik ialah cabang fonologi yang menitikberatkan analisis sistem bunyi sesuatu bahasa yang dikaji pada masa tertentu, khususnya untuk menghasilkan sistem tulisan. Manakala, fonetik pula ialah bidang yang mengkaji bunyi bahasa dari segi cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya dan sifat fizikalnya. Menurut Arbak Othman (1983), fonetik adalah kajian tentang bunyibunyi ujar. Justeru itu, dapatlah disempulkan bahawa fonetik ialah ilmu yang mengkaji tentang bunyi bahasa, iaitu ujaran atau pertuturan yang dihasilkan oleh manusia dengan mengecualikan bunyi seperti berdengkur, batuk, berdeham, bersiul, sebagainya. Kajian fonetik terbahagi kepada tiga cabang, iaitu fonetik artikulasi (penghasilan bunyi bahasa), fonetik akustik (sifat-sifat bunyi bahasa), dan fonetik auditori (pendengaran).

23

Berdasarkan penerangan di atas dapatlah disimpulkan bahawa fonologi dan fonetik mempunyai maksud yang hampir sama tetapi mempunyai sedikit perbezaan. Fonologi mengkaji

sistem bunyi-bunyi tertentu dalam pertuturan bagi sesuatu bahasa. Fonetik pula mengkaji tentang fenomena bunyi atau pertuturan manusia secara keseluruhannya.

Morfologi

Menurut Rahim Md. Salleh dalam buku Linguistik Melayu Edisi Kedua (2007), morfologi merupakan satu bidang ilmu yang mengkaji tentang kata dan pembentukan kata. Ini termasuklah

cara suatu kata dibentuk, proses-proses yang berlaku dalam pembentukan kata, dan bentuk-bentuk yang terhasil dari proses tersebut.

Kata dibentuk dari unit-unit yang lebih kecil.

Unit ini

dipanggil morfem, iaitu unsur terkecil yang mengandungi makna. Morfem terdiri daripada dua bentuk, iaitu morfem terikat dan morfem bebas. Morfem terikat ialah morfem yang tidak boleh

berdiri sendiri seperti me -, mem -, men -, meng - dan meny -. Morfem bebas pula ialah morfem morfem yang boleh berdiri sendiri sebagai kata sempurna seperti budak, awan, lari, merah, masak, dan sebagainya.

Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa morfologi merupakan bidang yang lebih menumpukan terhadap kajian tentang kata dan bagaimana kata-kata dibentuk melalui proses-proses tertentu.

24

struktur dan binaan ayat serta hukum atau rumus tatabahasa mengenai cara-cara penggabungan ayat. Berdasarkan definisi diatas sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat dan melibatkan kajian tentang bentuk. ragam ayat iaitu ayat aktif dan ayat pasif. ayat terbitan atau ayat majmuk. dan binaan atau konstruksi ayat. ayat tanya. jenis ayat. Kedua. susunan ayat iaitu susunan biasa dan songsang. proses penyusunan semula dan proses peluasan. Aspek terakhir ialah Akhir sekali. ayat tunggal. iaitu ayat dasar. ayat perintah. proses penerbitan ayat yang terdiri daripada konsep ayat terbitan. iaitu ayat penyata. Ketiga. struktur. aspek tanda bacaan. Selain itu. sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk. dan ayat seruan. 25 . Keempat. dapatlah dirumuskan bahawa sintaksis ialah bidang yang mengkaji ayat dan bagaimana kata-kata dihubungkan untuk membentuk ayat.klausa dan aspek pembinaannya. binaan ayat. Antara aspek sintaksis yang perlu diberikan tumpuan ialah unsur utama ayat yang terdiri daripada kata frasa. kajian sintaksis juga melibatkan aspek perbezaan binaan ayat melalui jenis-jenis ayat dan ragam ayat.Sintaksis Menurut Nik Safiah Karim (2008). Keenam. Kelima. Sintaksis juga dikenali sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. serta pembahagian subjek dan predikat. proses pengguguran.

Semantik Istilah „semantik‟ berasal dari perkataan Yunani „semantickos‟ yang bermaksud „penting. Dalam kajian semantik. sebagai pengacuan simbol-simbol bahasa pada hal26 . semantik merupakan bidang Menurut Abdul Chaer (1994). output bahasa dikatakan gramatis apabila output Sesuatu tersebut memenuhi kedua-dua kriteria. Proses penganalisisan makna pula berlaku dalam peringkat-peringkat yang tersusun. iaitu kriteria sintaksis dan semantik. pentafsiran makna dilihat pada peringkat kata yang terdiri daripada sinonim. antonim. Kesimpulannya. Semantik merupakan satu daripada cabang ilmu linguistik yang memfokuskan kajian kepada makna yang terkandung dalam sesuatu bahan bahasa. pada peringkat kata. klausa atau ayat. frasa. polism dan homonim serta peringkat penganalisisan frasa dan ayat. struktur sesuatu ayat dibentuk untuk menyampaikan makna dan makna pula tidak dapat disampaikan dengan sempurna tanpa struktur ayat yang gramatis. Bidang semantik turut menjelaskan peringkat-peringkat dalam penganalisisan makna. Pragmatik Pragmatik ialah cabang ilmu linguistik yang mengkaji hal-hal yang merangkumi struktur bahasa sebagai alat perhubungan sama ada antara penutur dan pendengar atau penulis dan pembaca. bererti‟. Di samping itu. kajian linguistik yang objek penelitiannya makna bahasa.

Kesimpulannya.hal ekstralingual. Kamus Linguistik (1997: 192) pula memerikan perihal pragmatik dalam dua perspektif. 27 . skop yang menyentuh bidang pengkajian pragmatik ialah bidang kajian yang berhubungan dengan sesuatu yang dimaksudkan oleh penyampai. lain dan kesan lakuan dalam komunikasi. hal ini bermakna pragmatik dimanfaatkan untuk menginterpretasi ujaran yang kabur atau taksa. kekangan yang dihadapi ketika menggunakan penggunaan bahasa bahasa dalam terhadap interaksi peserta sosial. ujaran yang mengalami pengguguran kata kerja atau kata adjektif atau kata yang elipsis dan sebagainya. Selain itu. Menurut Hashim Musa dan Ong Chin Guan (1998: 81) pragmatik ialah teori yang berkait dengan interpretasi ujaran. iaitu pengkajian bahasa dari sudut pandangan pengguna. Tegasnya. Manakala yang kedua pula adalah dalam linguistik moden. pragmatik yang ditinjau dalam semiotik iaitu pengkajian tentang bagaimana tanda dan lambang digunakan oleh manusia untuk berhubung dalam bahasa tertentu. pragmatik juga mengkaji hubungan antara bahasa dan konteks (implikatur). Pertama. terutama pemilihan yang dibuat. Implikatur digunakan atas tujuan tertentu supaya penutur dapat menyampaikan maklumat atau mesej dengan berkesan dan mendalam tanpa memalukan atau menyakiti hati pendengar.

Kesimpulannya. leksikal. wacana dapat dirumuskan sebagai satu unit bahasa yang lengkap dan berada pada peringkat tertinggi dalam unit. Menurut Kamus Linguistik (1997:223) wacana (discourse) merupakan unit bahasa yang lengkap dan tertinggi yang terdiri daripada deretan kata atau kalimat. keutuhan sesuatu wacana dapat dilihat daripada wujudnya hubungan dari aspek semantik. buku. sejumlah ayat. surat khabar dan dan sebagainya fikiran yang yang memperlihatkan hubungan perkembangan berurutan.Analisis Wacana Wacana adalah unit bahasa yang melebihi batas ayat. gramatikal dan fonologis. Dengan perkataan lain. 28 . siri buku. antara penulis dengan pembaca dan kedua-duanya menjadi bahan analisis dalam bidang linguistik. cerita. wacana boleh terdiri daripada ayat. bab. Wacana disampaikan secara lisan berasaskan hubungan antara penutur dan pendengar serta secara tulisan. Oleh itu. sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan yang dijadikan bahan analisis linguistik. Dari segi keutuhan pula.. wacana adalah satu satuan bahasa yang lengkap. idea dan menjadi isu bahasan. merupakan kesatuan bahasa kerana terdapat pertautan fikiran dengan kata-kata.

Piaget. sekiranya kanak-kanak tersebut tidak diberi pendedahan kepada penguasaan bahasa . Lennberg. proses penguasaan bahasa akan terbantut dan mungkin tidak akan berkembang dengan baik. dan Kohler. pula. Selain teori behaviourisme teori lain yang berhubungkait dengan pemerolehan bahasa juga ialah teori mentalis atau kognitif. Perkaitan merujuk kepada hubungan kata di dalam 29 . Teori ini dipelopori oleh Chomsky. Miller. Hull dan Skinner.3. Menurut teori ini pemerolehan bahasa dikaitkan dengan rangsangan-rangsangan sama ada dalam bentuk bahasa atau bukan bahasa. Gesalt.1.2 Faktor Luaran Pemerolehan Bahasa Pemerolehan bahasa merupakan proses penguasan bahasa yang oleh bayi atau kanak-kanak secara semula jadi ketika berinteraksi atau berkomunikasi dengan orang lain seperti ibu bapa dan sebagainya. kanak-kanak dilahirkan dengan Dengan erti Disebaliknya kemampuan untuk berkomunikasi atau berbahasa. Bentuk-bentuk bahasa yang betul yang dihasilkan oleh seseorang individu perlu diteguhkan dan diperkukuhkan supaya bentuk tersebut dapat diulangi lagi. Menurut Chomsky. Terdapat beberapa teori yang berkaitan dengan pemerolehan bahasa. kata yang lain sudah mempunyai sistem bahasa. Thorndike. Antara teori yang berkaitan dengan pemerolehan bahasa ialah teori behaviourisme oleh Pavlov. Ciri-ciri Asosiasi Asosiasi kata merupakan perkaitan atau perhubungan kata di dalam bahasa.

seperti berkhutbah di masjid. berkuliah di dewan kuliah. berucap di majlis rasmi dan sebagainya. berkempen di arena politik. khususnya hubungan antara perkataan-perkataan yang berkait (seperti jalan dan 30 . perubahan bahasa. atau ayat yang disusun dengan betul dan gramatis. bahasa dalam pemakaian. dalam bidang morfologi pula Psikolinguistik melibatkan kajian struktur-struktur kata. Manakala. Ciri-ciri asosiasi dapat dilihat dalam semantik. kalusa. Manalaka. dan hal-hal yang ada kaitannya dangan itu yang tidak begitu mudah dicapai atau didekati melalui salah satu dari kedua ilmu tersebut secara terpisah atau sendiri-sendiri antara psikologi dan linguistik. Psikolinguistik Dalam menumpukan perhatian pada bagaimana otak memproses dan memahami bunyibunyi itu. Bidang kajian Psikolinguistik dapat dilihat dalam cabang struktur linguistik Fonetik dan Fonologi serta Morologi. laras bahasa dan ayat. bidang Fonetik dan Fonologi. Ciri-ciri asosiasi dalam laras bahasa pula bermaksud bentuk bahasa yang digunakan dalam situasi tertentu. psikologi dan linguistik bagi telaah atau kajian pengetahuan bahasa. Psikoloinguistik Pisikolinguistik adalah gabungan dua cabang ilmu iaitu. ciri-ciri asosiasi dalam ayat pula berkaitan dengan penggunaan kata sendi atau kata hubung yang berkaitan dalam sesuatu ayat. Ciri-ciri asosiasi dalam semantik bermaksud kata atau frasa kata yang dicantum di dalam ayat yang saling berkait antara satu dengan yang lain.bahasa Melayu dengan frasa.

Masa tindak balas (biasanya pada peringkat milisaat) dan kadar jawapan yang betul paling biasa digunakan untuk mengukur prestasi. dan pembentukan perkataan berdasarkan peraturanperaturan (umpamanya. artikulasi bunyi. yang menghadapi masalah komunikasi. frasa. Subjek eksperimen diberikan sesuatu bentuk input linguistik dan dimintai melakukan sesuatu tugas (umpamanya. dan Bidang kajian linguistik klinikal dapat dilihat dalam cabang linguistik Fonetik dan Fonologi dari segi penyelidikan yang menumpukan kepada bagaimana kanak-kanak mengeluarkan 31 . membuat pertimbangan. Pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak sebagainya. menghasilkan semula rangsangan. ayat. Lingustik Klinikal Linguistik klinikal adalah salah satu bidang yang terangkum di dalam bidang Sains Pertuturan. pembentukan kata berimbuhan). Dari sudut pengkaedahan pula. Ia mengintegrasikan kedua-dua bidang Linguistik dan bidang Patologi Bahasa dan Pertuturan kerana setiap kecelaruan bahasa dan pertuturan dimanifestasikan melalui kelengahan atau kecelaruan komponen bahasa daripada aspek penggunaan kata. membaca perkataan yang dipaparkan dengan kuat). sistem fonologi. teori yang mendasari bidang Psikolinguistik ini ialah teori mazhab kognitif seperti teori kognitif Noam Chomsky. semantik.berjalan). serta pragmatik. Dari segi pengaplikasian teori pula. psikolinguistik membuat uji kaji tingkah laku.

linguistik klinikal menggunakan kaedah pemerhatian. Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2003).1. dari segi pengkaedahannya. Linguistik klinikal menggunakan teori-teori behavioris seperti yang teori yang dikemukakan oleh B. Manakala dalam bidang Semantik pula. serta aspek pengajaran/pembelajaran kanak-kanak sebagainya.3 Variasi Bahasa Variasi bahasa ialah keadaan kepelbagaian cara sesuatu bahasa itu digunakan berikutan perbezaan beberapa faktor. Farid M. Onn. kumpulan sosial.bunyi. dan 3. Misalnya. Hashim Hj. dialek sosial dan laras bahasa. Antara faktor wujudnya variasi bahasa ialah kedudukan geografi. jenis pekerjaan dan kedudukan sosioekonomi penutur.F Skinner. 32 . Variasi bahasa Melayu wujud disebabkan oleh beberapa faktor sosial iaitu latar belakang pendidikan. linguistik klinikal mengkaji bagaimana kanak-kanak memahami bahasa. membentuk alat-alat penilaian dan intervensi. Manakala menurut Nik Safiah Karim. terdapat kanakkanak yang sukar membunyikan bahasa. Penyelidikan tertumpu kepada menganalisis aspek linguistik yang terdapat dalam kecelaruan bahasa atau pertuturan. yang menghadapi masalah komunikasi. perwatakan peribadi dan konteks semasa. mendirikan norma bahasa dan pertuturan bagi bahasa-bahasa tempatan. Akhir sekali. Variasi bahasa di Malaysia dapat dilihat daripada 3 aspek iaitu dialek geografi.

variasi dari segi penutur yang terdiri daripada ideolek iaitu kelainan yang terdapat pada penutur itu sendiri (sengau. Laras ditafsirkan sebagai satu daripada kelainan sosial secara umum kerana penghasilannya berkait rapat dengan satu faktor sosial. bahasa pijin dan bahasa kreol. variasi Ketiga. Laras bahasa dapat dibahagikan kepada dua iaitu bahasa formal yang terdiri daripada bahasa standard dan bahasa istana serta bahasa tidak formal yang terdiri daripada bahasa slanga. dialek iaitu kelainan daripada kelompok penutur berdasarkan wilayah/tempat tinggal. Variasi bahasa yang ketiga pula ialah laras bahasa. bahasa pasar.Dari segi dialek geografi. kerjaya. berdasarkan jantina dan yang kelima. bahasa argot. zaman dan tempoh dan sosiolek / dialek sosial iaitu variasi yang berkaitan dengan status/golongan. penutur bahasa dari beberapa tempat akan membawa bahasa berbeze-beza dari aspek fonologi. gagap. variasi berdasarkan usia. leksikal dan sebagainya. Variasi dialek sosial dapat dibahagikan kepada lima jenis. perbezaan daripada aspek fonologi atau bunyi sebutan iaitu ’ular’ disebut „ulaq‟ dikawasan utara. Kedua. halus. Variasi bahasa kedua pula ialah dari Dialek sosial ialah dialek yang wujud disebabkan berlakunya pelbagai situasi rasmi dan tidak rasmi. variasi dari segi Keempat. 33 . Pertama. variasi berdasarkan susun lapis. pelat). kronolek/dialek temporal : variasi yang digunakan oleh kelompok sosial berdasarkan masa. Dalam dialek sosial juga terdapat kelainan bahasa seperti bahasa kasar. bahasa kolokial atau basahan. morfologi. dan neutral. Contohnya. aspek dialek sosial.

Paradigma pula ialah daftar kumpulan lengkap bentuk terbitan sesuatu perkataan. Hubungan paradigmatik pula dibaca secara mendalam dengan mencari penanda yang tidak hadir di dalam teks. pola paradigmatik dan pasangan minimal. paradigmatik ialah daftar atau kumpulan lengkap bentuk terbitan sesuatu perkataan. lazat dan enak serta pintar dan bijak. bahasa tubuh.4 Peraturan Paradigmatik Paradigmatik berkaitan dengan paradigma. dan pola paragdimatik dalam semiotik. Seterusnya. peraturan paragdimatik dapat dilihat daripada dua aspek iaitu.Selain itu. Hubungan sintagmatik dibaca secara luaran dengan melihat kepada petanda yang sama-sama hadir di dalam teks. Bahasa isyarat adalah bahasa yang mengutamakan komunikasi manual. variasi bahasa juga meliputi bahasa isyarat. dianggap bersongsangan. pola paragdimatik dalam linguistik. dan gerak bibir. 3. dan bukannya suara untuk berkomunikasi Kesimpulannya. 34 . Dari aspek pola pardigmatik dalam sintaksis. Pola paradigmatik dapat dibahagikan kepada tiga iaitu. Oleh itu. Paradigmatik melibatkan perubahan penggunaan kata di dalam ayat dan mempunyai hubungan menegak. pola ini lebih melihat kepada hubungan antara paradigmatik dengan sintagmatik. Contohnya. kedua-duanya saling berkaitan walaupun Ini kerana. Hubungan tersebut boleh dikatakan seperti sinonim iaitu makna yang sama suatu kata dengan kata yang lain. variasi bahasa melibatkan perbezaan anatara sistem bahasa dan turut mencakupi skop bahasa isyarat. pola paragdimatik dalam sintaksis.1.

2. “Salina mengambil segelas air.” Paksi sintagmatik ialah frasa “Salina mengambil”.Contohnya.1 Carta Alir 3. 3.2 Stilistik dan Bahasa Melayu Saintifik 3.2. Manakala paksi paradigmatik ialah “segelas” kerana perkataan segelas boleh digantikan dengan perkataan lain seperti “secawan” asalkan bersesuaian dan gramatis di dalam konteks ayat tersebut.1.1 Stilistik 35 .

DEFINISI CIRI-CIRI STILISTIK BAHASA PERBANDINGAN KEBERKESANAN STILISTIK DALAM BAHASA 36 .

epifora. Stilistik atau sylistics adalah ilmu tentang stail atau gaya yang dihubungkan dengan pemakaian atau penggunaan bahasa. personifikasi. perbandingan.imejan. metafora. asonansi.hiperbola. sindiran dan gaya retorik). CIRI-CIRI • Dibahagikan kepada dua: • Kelainan (bentuk gaya bahasa pengulangan. sintaksis dan semantik). • Pemakaian bahasa (fonologi.DEFINISI • Menurut Abdullah Hassan (1990). rima dan sinkof. pertautan dan pertentangan serta peribahasa. anafora. pleonasme dan simile. GAYA BAHASA • Gaya bahasa perbandingan . 37 . penyirnaan. morfologi. • Gaya bahasa pertentangan . inversi dan paradoks serta aliterasi. • Gaya penyirnaan .sinkof.

KEBERKESANAN STILISTIK DALAM BAHASA \ 38 . BAHASA PERBANDINGAN CIRI Personifikasi – perlambangan sifat manusia yang diberi kepada benda tidak bernyawa atau abstrak. asonansi. „penaka‟ dan „serupa‟.Digunakan untuk menerangkan sesuatu secara berkias.Pendedahan kepada kepelbagaian gaya bahasa.perbandingan secara eksplisit dan dijelaskan. DEFINISI/KONSEP Digunakan untuk menyamakan sesuatu benda dengan keadaan atau peristiwa yang lain. Simile . . anafora. „bagaikan‟. Penggunaan kata „seperti‟. „ibarat‟. 1. „laksana‟. „umpama‟.Gaya bahasa penting bagi menjadikan sesuatu karya lebih menarik dengan penggunaan gaya yang pelbagai. epifora dan sebagainya. Contohnya gaya bahasa pengulangan yang terdiri daripada aliterasi. . „bak‟.

Lebih tinggi kadar didaktik lebih tinggi keperibadiannya.2. BM saintifik merujuk kepada kemampuan bahasa Melayu membincangkan ilmu dan pengetahuan yang berkaitan dengan bidang sains.3.1. keberkesanan dan keindahan). Mempunyai 2 ciri bahasa ilmu iaitu keintelektulan dan kesempurnaan bahasa. 3. Menurut Asmah Hj. 39 . 2. Omar (1987). kelenturan. Bahasa yang mempunyai ciri-ciri formal dan dapat mengungkapkan sesuatu konsep dan pemprosesan ilmu. Diperlukan kerana sifat pengajaran ilmu sains berupa pengajaran uji kaji dan penyelesaian masalah. Istilah kemampuan membincangkan bidang sains berkait rapat dengan perkataanperkataan khusus yang digunakan. saintifik yang berkaitan dengan konsep ini bermaksud "akademik". Keintelektualan: mempunyai keupayaan menyampaikan hujah dan buah fikiran yang berkesan dan tepat. Gaya dalam bukubuku sains mempunyai kadar didaktik dan keperibadian yang lebih tinggi daripada buku bukan sains.2 Bahasa Melayu Saintifik BAHASA MELAYU SAINTIFIK KONSEP CIRI BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ILMU “Saintifik“ dalam konteks ini tidak terhad kepada pengertian sains malah merangkumi juga bidang-bidang seperti sains sosial. Didaktik dan gaya berkeperibadian 1. kepelbagaian. Kesempurnaan: mempunyai sistem dan peraturan bahasa yang lengkap (sifat-sifat kestabilan.

Ciri-ciri: Terbahagi kepada dua iaitu istilah dan didaktik dan berkeperibadian.2 Carta Banding Beza STILISTIK BAHASA MELAYU SAINTIFIK Konsep: stail atau gaya yang dihubungkan dengan pemakaian atau penggunaan bahasa. Gaya bahasa: . Konsep: kemampuan bahasa Melayu membincangkan ilmu dan pengetahuan yang berkaitan dengan bidang sains Ciri-ciri: Terbahagi kepada dua kelainan bahasa dan pemakaian bahasa. Bahasa Perbandingan: Digunakan untuk menerangkan sesuatu secara berkias.pengulangan -penyirnaan -perbandingan. 40 .3.2. Bahasa Ilmu: Bahasa yang mempunyai ciri-ciri formal dan dapat mengungkapkan sesuatu konsep dan pemprosesan ilmu. -pertautan -pertentangan Gaya bahasa: Gaya bahasa sains dan laras bahasa sains dan akademik.

stilistik. 41 . Penulisan ilmiah diatas menghuraikan bidang linguistik. Oleh itu. struktur linguistik. peraturan paradigmatik. sifat bahasa.4.0 RUMUSAN Kesimpulannya. huraian dan penulisan ilmiah di atas merangkumi skopskop yang terlibat dalam kursus BMM 3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu. sejarah perkembangan ilmu linguistik. tugasan ini memperjelaskan dalam bentuk yang lebih mudah difahami tentang bidang-bidang yang terangkum dalam bidang ilmu linguistik secara keseluruhannya. variasi bahasa. Melayu saintifik dan bahasa Kesemua bidang-bidang yang dinyatakan diatas merupakan subsub bidang yang terangkum dalam bidang linguistik itu sendiri sama ada dari segi bidang yang melibatkan pengkajian struktur linguistik secara sendiri mahupun bidang yang mempunyai hubungkait yang tidak boleh dipisahkan daripada ilmu linguistik teori teras. faktor luaran.

bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana atas limpah kurnia dan rahmat-Nya dapatlah saya menyempurnakan penghasilan kerja kursus bagi subjek BMM 3107 Pengantar Linguistik Bahasa Melayu ini.1 Raudah binti Saidin (910627-04-5230) Alhamdulillah. Hal ini dapat saya kaitkan dengan tugasan ini 42 . malahan dapat memberikan lebih kefahaman dan input tambahan kepada saya. saya kurang memahami kehendak tugasan ini kerana tidak mendapat gambaran yang jelas tentang penyediaan tugasan.5. peraturan paradigmatik. struktur linguistik. salah satu aspek yang sangat penting dalam penyediaan sesuatu kerja kursus ialah aspek pemerolehan ilmu. Ini kerana dengan melakukan rujukan dalam menghasilkan sesuatu kerja kursus bukan sahaja akan memberikan nilai kualiti terhadap sesuatu kerja kursus itu. sifat bahasa. Antara subkomponen dalam ilmu linguistik yang perlu kami huraikan dalam tugasan ini ialah bidangbidang linguistik. saya lebih memahami dengan lebih jelas lagi tentang kehendak tugasan ini. atas penerangan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah pembimbing. Tugasan ini memerlukan saya dan rakan sekumpulan. Nur Hazirah binti Rosli untuk memperjelas dan membuat huraian tentang bidang-bidang dalam ilmu linguistik dalam bentuk penulisan ilmiah dan juga pengurusan grafik (carta alir dan carta banding beza). dan bahasa Melayu saintifik Pada mulanya.0 REFLEKSI 5. Encik Mohd Puad bin Johar. variasi bahasa. sejarah perkembangan ilmu linguistik. Namun. Kerja kursus subjek Pengantar Linguitik Bahasa Melayu ini secara dasarnya merangkumi kesemua aspek dan bidang dalam ilmu linguistik. faktor luaran. stilistik. Bagi saya.

Dalam hal ini kepelbagaian dari segi bahan rujukan amat diperlukan.yang mengkehendaki saya membuat penulisan ilmiah tentang bidangbidang dan komponen-komponen yang terkandung dalam ilmu linguistik. Terutamanya. tugasan bahagian B juga memerlukan kami membuat bacaan yang meluas bagi mendapatkan bahan rujukan yang dapat dijadikan panduan dalam penghasilan tugasan ini. Saya berharap saya dapat mengaplikasikan ilmu dan input baharu yang saya perolehi semasa menghasilkan kerja kursus ini apabila saya menjadi seorang pendidik kelak. Saya merasakan ianya dapat membantu dan melatih saya menghasilkan penulisan ilmiah mengikut format yang betul. saya juga dapat memperoleh beberapa input tambahan bagi subjek ini disamping memperkukuhkan pemahaman dalam subjek ini melalui bacaan dan penelitian beberapa sumber yang dirujuk. dalam bahagian A tugasan 1 yang memerlukan kami membuat pengumpulan maklumat tentang bidang linguistik. Moga-moga dengannya juga dapat menjadikan saya guru yang berkemahiran dalam bidangnya dan mampu menjadi contoh teladan yang baik kepada murid-murid. Begitu juga dengan bahagian B. tugasan bahagian B memerlukan kami mengupas beberapa subkomponen dalam ilmu linguistik. tugasan pengumpulan maklumat tentang bidang-bidang linguistik yang mana melatih saya menulis rujukan dalam penulisan mengikut format yang 43 . Tugasan ini terbahagi kepada dua bentuk iaitu penulisan ilmiah dan pengurusan grafik. Dari sudut bentuk tugasan pertama yang memerlukan saya menghasilkan tugasan dalam bentuk penulisan ilmiah. Terutamanya. Selain dapat memperoleh panduan bagi menghasilkan tugasan. Oleh itu.

Bagi diri saya sendiri pula. bahan rujukan yang diperolehi terutamanya buku dari Pusat Sumber tidak lengkap dan tidak mencakupi keseluruhan bidang linguistik. Hal ini dapat melatih dan memberi persediaan kepada saya sebelum menghasilkan kajian tindakan pada semester lapan. Tidak dinafikan dalam menghasilkan sesuatu tugasan kita pasti akan mengalami beberapa cabaran dan kekangan. saya dan rakan sekumpulan telah membahagi-bahagikan tugasan agar kami dapat menyiapkan tugasan ini mengikut masa yang ditetapkan. saya telah menyediakan jadual waktu untuk mengatur masa dalam menghasilkan 44 . kami telah mencari dan membuat rujukan bersama-sama. Namun begitu. Manakala. cabaran dari segi bahan rujukan pula. Kekangan dari segi masa ini terjadi kerana saya perlu menyiapkan kerja kursus ini dan dalam masa yang sama saya turut perlu menyiapkan beberapa kerja kursus lain yang perlu dihantar pada tarikh yang hampir dengan tarikh kerja kursus ini perlu diserahkan. melalui bentuk tugasan kedua yang memerlukan saya menghasilkan pengurusan grafik dalam bentuk carta alir dan carta banding beza tentang stilistik dan bahasa Malayu Saintifik pula.betul. Untuk mengatasi cabaran pertama ini. Antara cabaran yang saya hadapi semasa menghasilkan kerja kursus ini ialah kekangan dari segi masa dan kesukaran dalam mendapatkan bahan rujukan terutamanya rujukan untuk bidang stilistik dan bahasa Melayu Saintifik. Manakala. dapat melatih saya merumuskan pemahaman saya tentang sesuatu topik secara ringkas dan mudah untuk difahami dengan menggunakan pengurusan grafik disamping dapat meningkatkan kefahaman saya tentang bidang stilistik dan bahasa Melayu Saintifik. demi mengelakkan salah seorang dari kami tercicir dalam mendapat maklumat tentang sesuatu bidang linguistik.

kalau selalu sahaja manis hati akan menjadi bosan” sebagai pendorong untuk saya tabah menghadapi caba ran dalam menghasilkan kerja kursus ini.tugasan ini bagi membolehkan tugasan kerja kursus ini disiapkan tepat pada masanya disamping tidak mengabaikan tugasan kerja kursus lain. saya telah mengambil alternatif dengan membuat rujukan tambahan daripada internet dan bertukar-tukar bahan rujukan dengan rakan sekelas bagi mengatasi masalah ini. Kalau selalu sahaja pahit hati akan menjadi rawan. Dalam hal ini. Akhir sekali. sebagai seorang bakal pendidik saya perlu membuat persediaan yang rapi sebelum bergelar seorang guru kelak agar kemenjadiaan diri seorang guru berjaya saya capai. Saya menjadikan kata-kata Hamka “hidup ini terdiri antara pahit dan manis. Saya turut berharap saya dapat menggunakan ilmu yang saya perolehi daripada penghasilan tugasan ini dalam mendidik anak-anak 45 . kekurangan bahan sumber rujukan terutamanya dari segi buku. Bagi diri saya. cabaran dan kekangan amat penting dalam sesuatu pekerjaan kerana cabaran dan kekangan akan menjadikan sesorang lebih matang dalam menangani sesuatu masalah dan memberikan kenikmatan yang lebih setelah berjaya menyiapkan sesuatu tugasan kerana telah berjaya mengatasi kekangan yang dihadapi. Untuk mengatasi masalah yang kedua pula iaitu. Saya berharap dengan ilmu dan pengalaman yang saya perolehi ini akan dapat membantu saya membuat persediaan diri disamping mematangkan diri agar saya lebih bersedia untuk menghadapi realiti sebenar sebagai seorang pendidik kelak. saya merasakan bahawa kerja kursus ini amat memberi manfaat kepada saya kerana melalui penghasilan kerja kursus ini banyak ilmu dan input-input baharu serta pengalaman-pengalaman baharu yang saya perolehi.

46 . Rohani. dan Jasmani. Emosi.didik saya kelak agar dapat menjadi insan yang berjaya dan menepati kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi Intelek.

bagi saya aspek pemerolehan ilmu amat penting. Mohd Puad bin Johar selaku pensyarah pembimbing membuatkan saya lebih memahami dan yakin untuk melaksanakan tugasan ini secara teratur. saya mengambil inisiatif untuk mencari maklumat daripada pelbagai sumber rujukan untuk dijadikan panduan semasa menghasilkan tugasan. Namun begitu. Walau apa jua tugasan atau kerja kursus yang diberikan. Tanpa disedari. Lambakan maklumat zaman kini memerlukan saya meneliti dan mengkaji terlebih dahulu maklumat yang boleh digunakan kerana tidak semua maklumat itu sahih.2 Nur Hazirah binti Rosli (900313-05-5058) Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapatlah saya menghasilkan tugasan bagi subjek BMM 3107 ini. Secara tidak langsung dapat melatih saya menjadi seorang pemikir yang baik sebelum menghasilkan kajian tindakan semester akhir kelak. Seawal mendapat tugasan ini. Oleh itu. bagi aspek pemerolehan ilmu. ilmu yang bermanfaat dapat diaplikasikan di sekolah pada masa akan datang di samping dapat melatih saya menjadi seorang yang rajin membaca dan menelaah tentang sesuatu maklumat. Tugasan bagi subjek BMM 3107 pada dasarnya memerlukan saya mencari pelbagai sumber maklumat mengenai bidang linguistik dan sifat bahasa seterusnya menghuraikan susur galur sejarah perkembangan ilmu linguistik. atas penerangan yang diberikan oleh En. maklumat tersebut dapat digunakan pada masa akan datang apabila menjadi seorang guru kelak. Ini kerana. 47 .5. saya berasa risau kerana tidak mendapat gambaran yang jelas mengenai cara pelaksanaannya berdasarkan kehendak soalan yang bagi saya agak sukar sekali.

Selain itu. Lantaran itu. Saya belajar bagaimana untuk berkomunikasi dengan ahli kumpulan dan rakan-rakan sekelas supaya maklumat yang diperoleh dapat dikongsi bersama. 48 . sebagai seorang guru kita perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang cekap supaya dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai persekitaran dengan mudah. Saya amat menghargai pertolongan dan nasihat yang diberikan oleh pensyarah pembibmbing dan rakan-rakan atas kesudian mereka berkongsi idea menghasilkan tugasan. tugasan ini menjadikan saya lebih bersemangat untuk terus mempelajari subjek ini dengan lebih mendalam. tugasan ini sangat membantu saya menghadapi peperiksaan kelak kerana kebanyakan maklumat mengenai subjek ini telah saya pelajari secara tidak langsung melalui penghasilan esei. Subjek BMM 3107 memberi banyak manfaat dan faedah yang berguna kepada saya. Lantaran itu. Tugasan ini dapat membantu saya membuat nota yang berkesan sebelum menghadapi peperiksaan kelak kerana sebelum ini saya kurang mengaplikasikan pengurusan grafik dalam membuat sebarang nota kuliah dan subjek BMM 3107 memberi banyak manfaat dan faedah yang berguna kepada saya. Penghasilan pelbagai cabang bahasa dalam bentuk grafik bagi tugasan ini amat membantu saya memahami dengan lebih mudah bagaimana untuk mengaplikasikan segala ilmu yang telah dipelajari dalam proses p&p . Dalam apa jua komuniti sekalipun. Saya juga belajar cara mengeluarkan isi-isi penting dari buku nota dan rujukan. penghasilan pengurusan grafik ini menjadikan saya lebih bersemangat untuk terus menghasilkan tugasan kerana saya telah sedia ada pengetahuan asas yang membolehkan saya berusaha dengan lebih gigih sebelum beralih kepada aspek yang lain iaitu aspek penguasaan ilmu dan pemindahan ilmu.

tugasan ini dapat menjadikan saya seorang yang lebih berdisiplin dan berdikari tanpa perlu bergantung pada orang lain.T. Secara tidak langsung. melalui proses membuat tugasan kerja kursus BMM 3107 ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara. Melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang telah saya peroleh. Secara keseluruhannya. saya akan aplikasikan sebaik mungkin dan akan saya turunkan ilmu ini kepada para pelajar nanti dan berharap ilmu ini akan terus bermanfaat kepada mereka. sebagai bakal guru. Seterusnya. saya juga akan memastikan setiap tugasan yang diberikan oleh pensyarah dihantar tepat pada tarikh dan waktu yang ditetapkan. 49 . Pengurusan masa amat penting dalam kehidupan seharian kita. dengan izin Allah S. Selain itu. saya perlu sentiasa meningkatkan pengetahuan dari semasa ke semasa dalam pelbagai bidang. Saya sedar bahawa saya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam memastikan generasi masa hadapan mempunyai pengetahuan yang tinggi untuk melahirkan modal insan kelas pertama.W. saya bertindak dengan membuat jadual waktu dengan membahagikan masa dengan lebih teratur dan terurus.Kekangan masa sering menjadikan seseorang itu kelam kabut dan tidak terurus sehinggakan banyak kerja tertunda. Bagi menghadapi masalah ini.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful