K a n a k - k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 114

UNIT PELAJARAN 10
KANAK-KANAK PINTAR CERDAS
HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharapkan dapat: 1. Menyatakan definisi pintar cerdas 2. Mengenalpasti kanak-kanak jenis pintar cerdas. 3. Menjelaskan strategi pengendalian kanak-kanak pintar cerdas PENGENALAN Menurut Munirah Bahari (2008), dewasa ini kita melihat arus perubahan sangat pesat melanda negara kita, baik dari segi teknologi, komunikasi, dan ledakan maklumat. Tidak terkecuali di dalam bidang pendidikan, sentiasa berlaku perubahan dan pembaikan supaya sistem yang ada akan bertambah baik dan mantap. Namun di sebalik kemajuan dan strategi yang dijalankan, masih terdapat kekurangan yang perlu dipantau dan diambil perhatian serius. Seperti baru-baru ini, banyak isu melibatkan kanak-kanak cerdik dan pintar dipaparkan di dada-dada akhbar tempatan. Isu yang sering ditimbulkan ialah kanak-kanak pintar cerdas, apakah mekanisme yang dapat membantu kanak-kanak pintar cerdas ini dan sejauh manakah pembelaan ke atas mereka. Falsafah Pendidikan Negara bermatlamat untuk memperkembangkan potensi individu pelajar secara menyeluruh dan bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Oleh itu seluruh usaha dan langkah yang diambil dalam sistem pendidikan mestilah mengambil kira potensi dan keperluan setiap individu pelajar. Setiap individu pelajar yang normal semenjak dari usia bayi telah memiliki potensi dan bakat yang boleh diperkembang dan dipertingkatkan. Dewasa kini mereka telah terdedah lebih awal dengan pelbagai sumber maklumat. Fenomena ini sedikit sebanyak boleh memberi impak yang besar dalam perkembangan dan pertumbuhan fizikal, kognitif, psikomotor dan emosi mereka, terutama di kalangan mereka yang dikenali sebagai pelajar pintar cerdas. Pelajar yang mempunyai potensi dan bakat yang luar biasa serta melebihi kebolehan rakan seusianya lebih dikenali sebagai kanak-kanak pintar cerdas (gifted). Pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan individu yang memiliki potensi yang tinggi dalam pelbagai aspek perkembangan dan pertumbuhan. Bagi mengembangkan potensi dan bakat mereka dengan lebih sistematik dan berkesan, suatu program pendidikan khusus amat diperlukan. Golongan pelajar pintar cerdas di Malaysia mula diberi perhatian dalam sistem pendidikan dengan terlaksananya Sistem Kelas Ekspres pada tahun 1962. Dalam Sistem ini, kanak-kanak yang memiliki potensi dan memperolehi pencapaian yang mengatasi rakan-rakan sebaya telah diberi peluang untuk memendekkan tempoh sekolah rendah mereka daripada 6 tahun kepada 5 tahun sahaja. Perlaksanaan sistem ini telah diberhentikan pada awal tahun 1970an. Namun demikian pada awal tahun 1980an, satu Simposium Kebangsaan Mengenai Kanak-kanak Bergeliga telah diadakan. Ekoran daripada Simposium tersebut isu kanak-kanak pintar cerdas ini kembali diperkatakan. Persatuan MENSA Malaysia telah ditubuhkan pada

Ekoran dengan itu.S Department of Education (the Marland definition) dalam Deborah (2007). sukar bagi kita untuk menentukan hubungan antara kejayaan pelajar pintar cerdas dengan kecerdasan emosi mereka. Seminar Pendidikan Pelajar Pintar Cerdas telah diadakan pada tahun 1990. satu bentuk penilaian bagi mengenal pasti pelajar pintar cerdas telah dilaksanakan. youth. Walau bagaimanapun. DEFINISI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS Menurut U. specific academic. elementary. faktor persekitaran seperti masalah komunikasi. kanak-kanak pintar cerdas adalah golongan kebolehan mental mereka jauh lebih tinggi daripada rakan sebaya mereka. Menurut Ng Sen Fa & Sandiyao Sebestian (2005). Gifted and talented will encompass a minimum of 3 to 5 percent of the school population. creative. Kanak-kanak pintar cerdas sememangnya memperlihatkan kelebihan intelek yang luar biasa berbanding rakan sebaya mereka. fobia. Ng Sen Fa & Sandiyao Sebestian (2005). masalah mereka mungkin tidak difahami dan tidak dipedulikan oleh orang ramai.K a n a k . tanpa perlu mengikuti persekolahan Tahun 4. perkembangan nilai atau moral. mendefinisikan pintar cerdas sebagai:the term “gifted and talented children” means children and. Universiti Malaya. Oleh kerana itu mereka tidak dapat memanfaatkan sepenuhnya sistem pendidikan sedia ada. keupayaan yang tidak seimbang. masalah kemahiran bersosial dan masalah mengembangkan potensi. pihak Universiti Malaya pula telah mengorak langkah memulakan Program BAKA khusus untuk pelajar pintar cerdas.. Menyedari tentang kepentingan untuk memberi perhatian terhadap program pendidikan khusus untuk pelajar pintar cerdas di negara ini. masalah keluarga. Penilaian ini dilaksanakan ke atas pelajar-pelajar Tahun Tiga sekolah rendah. lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak pintar cerdas. Pelajar yang berjaya memperolehi tahap maksimum dibenar meneruskan persekolahan ke Tahun 5. diskriminasi terhadap golongan ini. pada tahun 1996. Sebagai golongan minoriti. perbezaan setiap individu adalah anugerah Tuhan. Keadaan ini berlaku kerana keperluan dan motivasi mereka berbeza disebabkan perkembangan kebolehan mental mereka jauh lebih maju. who are identified at the preschool. penilaian ini hanya dilaksanakan dalam tempoh lima tahun sahaja. Masalah berkenaan sebenarnya berpunca daripada sifat unik yang ada pada diri mereka. where as talent is defined as the superior mastery of . Pada masa yang sama. Manakala Persatuan Kanak-kanak Bergeliga Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1987. yang dikenali sebagai Ujian Penilaian Tahap Satu (PTS). Pada masa yang sama. Menurut Morawska dan Sanders (2009) mendefinisikan pintar cerdas sebagai Giftedness is defined as the possession and use of untrained and spontaneously natural abilities in at least one ability domain.k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 115 tahun 1983. Pada tahun 1985. bertujuan untuk mengenal pasti individu pintar cerdas. di Fakulti Pendidikan. Perbezaan ini menimbulkan beberapa konflik dalam hidup mereka. or secondary level as possessing demonstrated or potential abilities that gives evidence of high performance capability in areas such as intellectual. didapati bahawa perancangan dan pelaksanaan program yang sistematik perlu diadakan bagi memenuhi keperluan pelajar yang pintar cerdas serta berbakat. or leadership ability or in the performing and visual arts and who by reason there of require services or activities not ordinarily provided by the school…. Hasil daripada seminar tersebut. Antaranya konsep kendiri. masalah tidak dapat menyesuaikan diri dengan sistem persekitaran dan pandangan orang lain terhadap mereka menyebabkan masalah mereka yang sedia ada semakin bertambah. whenever applicable. Bagaimanapun. kelebihan ini menimbulkan pula beberapa masalah lain dalam hidup mereka.

and in all areas of human endeavor. yang sesuai dengan kebolehan mereka sendiri. akademik tertentu atau bidang yang berkaitan dengan seni. These are children who require differentiated educational programs and services beyond those normally provided by the regular school program in order to realize their contribution to self and society. across all economic strata. creative. mendefinisikan kecerdasan sebagai keupayaan dalam menyelesaikan masalah yang kompleks. leadership ability and visual and performing arts. and/ or artistic areas. process an unusual leadership capacity. oleh sebab itu ramai di kalangan ahli pendidik menyarankan agar kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat ini didedahkan kepada program pendidikan yang khusus. Bagi Mallick (2003) defines giftedness as “an interaction among three basic clusters of human traits-these clusters being above average general abilities. inventori. high levels of task commitment and high level of creativity”. Outstanding talents are present in children and youth from all cultural groups. Mendefinisikan pelajar pintar cerdas dan berbakat sebagai:“ those who have ability in one or more learning areas that exceeds grade/age level expectations by two years or more ”.k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 116 systematically developed abilities or skills and knowledge in at least one field of human activity to a degree that places the child in the top 15% of individuals. Cramond (2004) menyatakan:for gitftedness. senarai semak. Mereka ini mempunyai darjah kecerdasan yang luar biasa. or excel in specific academic fields. Perkins (2003). mengembangkan kepakaran dalam bidang yang berasingan dan untuk merancang. Malaysia sepatutnya . Gifted and talented children are those identified by professionally qualified persons who by virtue of outstanding abilities are capable of high performance. maka daya kepintaran yang dipunyai oleh seseorang kanak-kanak akan lenyap ditelan zaman. Marilyn (2008). Kanak-kanak yang mempunyai darjah kecerdasan (IQ) yang tinggi daripada 150 didapati tidak dapat menyesuaikan diri dengan program pendidikan biasa. Gifted and talented students education act : Children and youth with youth either outstanding talent who perform or show the potential for perming at remarkably high levels of accomplishment when compared with others of their age.K a n a k . Ini kerana apabila kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat ini berada dalam sistem pendidikan biasa. These children and youth exhibit high performance capability in intellectual. Sekiranya bakat dan kepintaran ini tidak dikembangkan melalui pendidikan khas. bukan sahaja gagal untuk mencapai keputusan yang memuaskan tetapi mereka juga sering kali gagal untuk mencapai tahap prestasi yang dicapai oleh kebanyakan rakan sebaya mereka. Berbakat juga dianggap sebagai bukti adanya pembangunan lanjutan di bidang intelektual. or environment. dan menilai sesuatu perkara itu dalam tindakan reflektif. Menurut Marland dalam Marilyn (2005) mendefinisikannya sebagai. no single clear definition be cited. Munirah (2008) mendefinisikan kanak-kanak pintar cerdas sebagai satu amanah dan rahmat daripada Allah yang perlu dikembangkan dan dimanfaatkan demi kebaikan umum. They require services or activities not ordinarily provided by the schools. experience. Manakala berbakat pula merujuk kepada pelajar yang lebih menonjol daripada pelajar-pelajar sebaya dengannya. Sekolah menilai perkembangan tersebut melalui ujian. memantau. specific academic aptitude. dan prestasi murid. Susan winebrenner (2001). Menurut Marilyn (2008) definition also clarified that giftedness includes these areas general intellectual ability. creative or productive thinking.

Selain itu juga. Renzulli’s Three-Ring Model of Giftedness Tomlinson dalam Marilyn (2006) memberikan sumbangan pemikiran bahawa bakat seseorang tidak static tetapi sangat dipengaruhi oleh persekitaran. Namun konsep lain berdasarkan bakat Gardner di bidang kecerdasan berganda. Gardner (1993)berpendapat bahawa kecerdasan tidak menjadi satu dimensi yang dilaporkan oleh skor ujian semata-mata.k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 117 mencontohi Singapura dan Indonesia yang telah memikirkan dengan lebih serius tentang isu ini. Beliau mengemukaka bahawa sekurang-kurangnya lapan jenis kecerdasan boleh dikenalpasti bagi pelajar yang unggul dalam salah satu atau beberapa daripada verbal linguistik. commitment tugas atau motivasi. interpersonal dan naturalis. dan imaginasi dan kemampuan untuk memanipulasi idea-idea menjadi fasih dan fleksibel. Tidak hairanlah apabila kedua negara ini telah mewujudkan mekanisme bagi membantu kanakkanak pintar dan cerdas dengan menubuhkan pusat pendidikan khas untuk melaksanakan program pendidikan pintar cerdas. Sebagai contoh. Melebihi kemampuan. ekspresi. kinestetik.K a n a k . intrapersonal. dan hak untuk menjadi manusia yang produktif. task commitment and creativity. Menurut Merilyn (2006) banyak konsep gifttedness lain telah dibangunkan oleh para profesional di bidang ini. Renzulli (2003) telah mengemukakan rantaian tiga dimensi seperti rajah di bawah. iaitu sekolah harus mencipta peluang dan persekitaran untuk memaksimumkan potensi setiap pelajar. Pendidikan khas untuk mereka ini wajar dilaksanakan di negara ini kerana mereka merupakan aset yang penting bagi negara dan mereka dapat memberi sumbangan dan faedah kepada pembangunan negara. Renzulli dalam Marilyn (2006) mencadangkan bahawa bakat meliputi tiga dimensi yang berkaitan iaitu “above average ability. originality. kanak-kanak pintar cerdas ini mempunyai hak untuk belajar. . visual spastial logik matematik. Perkembangan konsep kecerdasan bermula dari 1980an hingga kini digambarkan seperti dalam rajah di bawah. Menurut Renzulli (2003) dua jenis prestasi yang boleh diukur di rumah dan sekolah iaitu berdasarkan ujian pencapaian dan pengetahuan dan pemikiran kreatif yang melibatkan penghasilan idea dan produk baru yang memberi kesan kepada masa akan datang. hak untuk mengembangkan kebolehan diri. dan kreativiti yang merupakan kapasiti untuk inovasi. muzikal.

Kebolehan berkreatif dan bereksperimen termasuk menghasilkan bahan ataupun teori. Dengan kos yang tinggi percambahan program seperti ini bagaimanapun masih belum menampakkan hasil yang kukuh kecuali mungkin untuk menambah pendapatan mereka yang mempromosinya (Teech Airil. 2009). 2009). kebolehan seni yang hebat juga adalah manifestasi kepintaran dan kecerdasan individu. untuk menjadikan anak kita seorang yang pintar cerdas bukan suatu perkara yang mustahil. b. Mungkin kerana faktor ini juga. PUNCA DAN CIRI PINTAR CERDAS a.K a n a k . Kecerdasan dalam muzik dan matematik dan ciri-ciri lain dari generasi kepada generasi . ramai yang tidak tahu bahawa tahap sokongan diperlukan untuk membentuk anak pintar cerdas di peringkat pra-formal adalah terlalu sukar dan agak mustahil untuk diusahakan (Teech Airil. Biologikal Menurut Glynis (2006) kepintaran dan bakat seseorang mempunyai komponen genetik. Persekitaran Persekitaran keluarga dan sekolah mampu membangunkan bakat kanak-kanak melalui interaksi dengan masyarakat.al (1998) kerana menurutnya. kanak-kanak menjadi pintar cerdas hasil dari bimbingan dan didikan ibubapa dan guru yang berada di sekeliling mereka sejak lahir dan semasa waktu kritikal iaitu zaman pra-formal di antara 0-6 tahun (Teech Airil. Kekuatan interaksi antara faktor ini akan mengembangkan lagi bakat yang mereka miliki secara semulajadi (Glynis 2006). Hassan Mohd Ali (2006) menjelaskan konsep pintar cerdas sebenarnya tidak tertakluk kepada kejayaan individu dalam bidang akademik semata-mata. 2009). pada hari ini terlalu banyak pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan mempromosi program pendidikan atau bahan pengajaran yang menurut mereka boleh „melahirkan‟ anak genius. idea ini ditentang oleh Howe et. Tetapi. Apa yang pasti.Walau bagaimanapun.k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 118 1880s 1920s 1930s-1940s 1950s 1960s-1970s 1980spresent Genius Intellectually gifted Gifted Divergent: highly creative Convergent: High IQ Nonacademic: humanistic Multitalented Utilitarian academic Domain specificity Multiple intelligences Componential intelligence Evolving systems Selain itu.

dan apresiasi terhadap pola-pola muzik.        . pertuturan dan kemahiran menggunakan bahasa yang kompleks. pula seseorang yang dilahirkan dengan hanya satu bakat dan tidak diisikan dengan bakat bukan bermakna faktor keturunan ibu bapa tetapi perlu digabungkan dengan perkembangan persekitaran. belajar dengan mudah dan boleh mengatasi dengan idea-idea atau maklumat yang rumit. Mereka juga sering memberi nilai. motivasi. untuk menjadi seorang pembaca yang baik. Ini termasuk keupayaan untuk mengenali dan menyusun bola muzik. nada. Jika kita hanya berpegang kepada faktor dalaman seperti genetik. corak dan ruang yang terdapat disekeliling mereka Interpersonal – Kecerdasan Interpersonal adalah berkait dengan rapat dengan emosi. kesusasteraan. Kecerdasan ini adalah berkaitan dengan kebolehan memahami perasaan. tabiat serta hasrat orang lain. mempunyai pelbagai kepentingan atau hobi. Intrapersonal – Kecerdasan yang dimiliki oleh seseorang individu iaitu kebolehan seseorang mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan terhadap diri sendiri. mempunyai wawasan yang luar biasa dan pengetahuan tentang minat dan hobi. mempunyai sikap penyayang yang sangat tinggi. 2009).K a n a k . Logik Matematik – kecerdasan ini adalah seseorang individu yang cemerlang dalam bidang matematik boleh bermain dengan angka dan tidak mudah keliru dengan masalah yang timbul dalam pengiraan matematik. Visual-Ruang – Mereka juga mempunyai kebolehan mengubah persepsi dan pandangan orang lain terhadap sesuatu perkara. Naturalis – Kecerdasan naturalis melibatkan alam dan kepintaran yang berkaitan tentang keseluruhan alam. dan irama. mempunyai kosa kata yang baik. Individu yang mempunyai kecerdasan ini adalah seorang yang sangat prihatin terhadap alam.Walau bagaimanapun tidak semua kanak-kanak memperolehi genetik ini. komposisi. Menurut Catherine & Ralph (2002) tingkahlaku berbakat mampu meningkatkan kualiti untuk memperlihatkan rasa ingin tahu yang tinggi. Howard Gardner (1998) menyatakan terdapat lapan jenis kecerdasan iaitu Lapan Kecerdasan Howard Gardner  Kinestetik – Kebolehan yang dimiliki oleh seseorang dalam menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota badan untuk berkomunikasi atau menyelesaikan masalah. bentuk. mmberikan idea-idea baru untuk memiliki hidup yang sebenar. Verbal Linguistik – Kecerdasan verbal-linguistik merujuk kepada keupayaan dan kebolehan yang berkait dengan penguasaan bahasa. kinestetik juga merupakan kecekapan menginteprestasikan pergerakkan anggota atau tubuh. mempunyai kesedaran terhadap perasaan dalaman. menghitung dan mencari penyelesaian secara tepat mengenai sesuatu perkara. Seterusnya. kecerdasan ini juga adalah kemahiran bertindak secara berkesan terhadap orang lain secara praktikal seperti menggalakan murid-murid terlibat dalam sesuatu aktiviti. kehendak. boleh bekerja dalam waktu lama tentang tugas-tugas yang menarik. secara sosial dan memiliki humor yang bagus. kemarahan. Sebalik ramai kanak-kanak dilahirkan berbakat dan cenderung diwarisi daripada faktor ibu bapa kanak-kanak berkenaan.k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 119 bermula daripada datuk dan nenek dan seterusnya kepada ibu dan bapa. Bagi Deborah (2007). garisan. ia bermakna kanak-kanak pintar cerdas sudah menjadi pintar cerdas sejak dilahirkan (Teech Airil. Muzik-Kecerdasan dalam bidang muzik melibatkan kepakaran dalam prestasi. motivasi. Individu yang memiliki kecerdasan ini amat peka akan terhadap warna. Selain itu. dorongan serta kemampuan untuk mendisiplinkan diri dan jati diri.

Menyedari nilai hasil seni terletak pada kecantikannya. Mereka yang berbakat mempunyai . menganalisa dan menaakul. Contohnya. Menurut Ng Sen Fa (2005) individu pintar cerdas dan berbakat mampu memahami konsep yang canggih. Kanak-kanak pintar cerdas mempunyai pengetahuan atau skemata yang luas. Kecerdasan berkait rapat dengan pemahaman abstrak. Berat badan dan ketingiian yang lebih semasa lahir. Kadar membunuh diri yang lebih rendah (mungkin lebih tinggi bagi mereka yang terlampau pintar cerdas dan berbeza dengan orang lain). dibuktikan dengan kadar mereka mengumpul maklumat seperti membina kosa kata yang banyak (walaupun di persekitaran yang sama dengan adikberadik yang lain). Pemahaman yang tinggi memberi dua kelebihan yang nyata iaitu membaca dengan cepat dan cepat mengingati apa yang telah difahami. golongan pintar cerdas dan berbakat dapat memahami manakah isu yang penting.al 2008). scrabble. Kanakkanak pintar cerdas meminati permainan yang rumit dan mencabar seperti mainan ingatan. abstrak dan kompleks. jangkaan hidup yang lebih panjang (akibat sikap mementingkan kesihatan. mereka mementingkan dan menghasilkan kerja yang tercantik. membaca secara senyap untuk masa yang panjang. Contohnya semasa melakukan hasil seni. Akibat pemahaman yang tinggi. idea teras dan prinsip asas yang penting. Menurut Ng Sen Fa (2005). kreatif dan lebih bersikap terbuka (Mohd Zuri Ghani et. mereka tidak perlu menghafal secara membabi buta. menggambarkan mereka memahami lebih banyak konsep dan objek berbanding rakan sebaya.K a n a k . Ahli falsafah. Antara strategi pembelajaran adalah seperti kalau saya tidak mengaplikasi apa yang dipelajari. Mereka mencari peluang dan persekitaran untuk perkembangan diri. silang kata. mereka menggunakan kecerdasan yang ada pada mereka dengan cara yang lebih berkesan. Berkait rapat dengan kebolehan analitikal iaitu menggunakan cara yang menyeronokkan untuk mengingat (teknik untuk membantu kita mengingat dinamakan mnemonik). mengandaikan makanan yang dihadam akan menjadi hasil perkumuhan. bukan kaedahnya. popular dan ada gaya tersendiri yang unik (menjadi bintang dalam kelas). saya akan lupa. Pelajar biasa hanya memberi perhatian kepada perincian yang kurang penting. walaupun tidak mengikut cara yang dicadangkan oleh guru (mungkin menggunakan cara yang tidak terfikir oleh orang lain). Secara keseluruhannya perkembangan fizikal mereka lebih baik daripada rakan sebaya. Golongan ini mempunyai ingatan yang kuat. individu pintar cerdas dan berbakat mempunyai ciri-ciri fizikal seperti berkarisma. Mereka mengoptimakan perkembangan intelek sendiri dengan intelek yang sedia ada. membantu mereka memahami gaya pembelajaran sendiri dan cara yang paling efektif untuk mencapai keputusan akademik yang baik. Kadar penyakit kemerosotan mental seperti Alzheimer yang lebih rendah. Golongan ini mempunyai tumpuan yang tinggi. Dengan kata lain. Metakognisi yang matang ini juga bermakna mereka melatih diri. mereka cepat membina dan menyerap konsep baru (dengan mengaitkan konsep baru di atas apa yang telah sedia difahami oleh mereka sebelum ini). Menurut Ng Sen Fa (2005). Golongan ini juga mempunyai kebolehan membuat rumusan. antaranya mengelaskan item mengikut kumpulan. mudah mesra. Akibat pengetahuan sedia ada yang banyak.k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 120 Menurut Ng Sen Fa (2005). Ingatan semulajadi (ingatan “cair”) yang memang tinggi. cepat mengeluarkan pendapat. Kebolehan dan kecerdasan kognitif dalam kalangan pelajar pintar cerdas sering dikaitkan dengan personaliti ekstrovert iaitu suka bergaul. Menggunakan dan memahami kosa kata yang lebih maju. Cara mengorganisasikan maklumat yang cekap. catur dan permainan komputer yang tertentu. Memahami kebolehan intelek sendiri (metakognisi). Terdapat pelbagai faktor yang menjadikan ingatan mereka lebih tinggi daripada orang lain. keadaan status sosio-emosi yang lebih bagus dan mungkin faktor genetik). Kanak-kanak ini juga memahami banyak konsep yang tidak difahami oleh kanak-kanak sebaya mereka. contohnya adalah golongan yang tinggi kecerdasan.

pelajar-pelajar ini sering diminta untuk membantu teman-teman sekelas. kematian haiwan kesayangan boleh menyebabkan mereka bersedih dalam jangka masa yang panjang. Pelajar yang berbakat juga sering memaparkan sikap suka membantu orang lain.harga diri dan resah apabila gagal bergaul dengan rakan yang sebaya dengan mereka. dan memimpin rakan-rakan sebayanya untuk memprotes pembuangan sisa nuklear. c. Pendedahan emosi ini juga boleh mengarah kepada kerjaya pada masa hadapan. Pelajar yang berbakat lebih sering mengalami reaksi emosional pada tahap yang lebih mendalam daripada rakan-rakan mereka. Pelajar-pelajar ini menunjukkan kecenderungan untuk mendedahkan emosi. Mereka sangat prihatin terhadap orang tua atau orang dewasa yang lebih tua di persekitaran mereka. Mereka biasanya tertarik mempromosikan kesamarataan sosial dan melakukan kegiatan-kegiatan yang mencerminkan keprihatinan mereka terhadap dunia. 2008). Ada ketikanya mereka ini terlalu streotaip mengikut etnik dan bangsa. kanak-kanak pintar cerdas mudah berasa murung. guru. Mereka berminat menjadi sukarelawan di hospital atau pusat jagaan dalam komuniti. Menurut Glynis. Tidak suka diganggu. Apakah ciri-ciri utama kanak-kanak pintar cerdas dalam kecerdasan logic matematik dan verbal linguistic. Pendedahan emosional ini kemudian ditunjukkan dalam aktiviti sokongan terhadap hak-hak haiwan dan menjadi sukarelawan di tempat penjagaan haiwan. Tingkahlaku ini. Renee menunjukkan tanda-tanda. menjadi geram apabila diganggu semasa melakukan sesuatu yang diminatinya ( Ng Sen Fa. dan lain-lain. Mereka seharusnya tidak menghabiskan begitu banyak masa untuk membantu kawan-kawan sekelas sehingga menyebabkan pelajaran mereka sendiri terjejas (Marilyn. Mereka tidak bersikap ego dalam memberi perhatian untuk kesejahteraan orang lain dan idealisme dalam membuat tindakan. Pelajar yang berbakat sering mempunyai kebolehan untuk membuatkan orang disekelilingnya ketawa dan merasa gembira Humor juga boleh digunakan untuk membela diri dan menghilangkan rasa keterasingan (Marilyn. seolah-olah tidak perlu tidur apabila melakukan kerja yang diminati. fikirkan bagaimana kita boleh mempengaruhi interaksi kanak-kanak pintar cerdas dengan rakan sekelas.K a n a k . Menurut Marilyn (2008) mereka yang berbakat sering memaparkan ciri sosial dan emosional yang agak berbeza daripada yang dibahas dengan pelajar lain. mengorganisasikan. kadang-kadang boleh membuat pelajar yang berbakat sering menjadi sasaran buli. Contohnya dalam kajian oleh Marilyn (2008) mendapati pada usia enam tahun. Ketika kita membaca tentang sifat-sifat ini. meskipun. mereka juga perlu untuk mengembangkan potensi mereka sendiri. d. 2005). (2006). atau kemampuan untuk menumpukan emosi untuk jangka panjang pada sesuatu subjek atau gagasan. . Renee ingin untuk memprotes pembuangan sisa nuklear. Mereka sering melibatkan mahasiswa dalam perkhidmatan pertubuhan atau kegiatan di waktu lapang. Sebagai contoh. 2008).k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 121 banyak tenaga. bimbang. Kebanyakan pelajar yang berbakat memaparkan rasa keadilan yang kuat dalam hubungan kemanusiaan. Satu kelemahan telah dikenalpasti dengan karektor ini.

Mengelakkan pembentukan sikap suka menipu dan memanipulasi orang lain. Mendapatkan tugasan yang mencabar di sekolah b. Janganlah kita membiarkan permata yang berharga ini terumbang-ambing kerana permata kalau dibiarkan berhabuk. lama-lama akan menjadi kaca . Namun di manakah Mohd Syukri Hadafi berada sekarang?. seorang yang mahir dalam bidang Matematik pada umur 7 tahun sehingga dihantar belajar ke luar negara. Mengelakkan sikap sinis / negatif terhadap autoriti d. Bersabar dengan orang yang tidak secerdiknya (to suffer fools gladly) c. Kegagalan pihak sekolah memberi perhatian yang wajar kepada pelajar pintar cerdas ini kerana menganggap mereka tidak perlu diberi program pendidikan dan bimbingan yang khusus. Berpunca daripada perkembangan yang terlalu awal dalam lokus kawalan dalaman dan kepuasan hasil kerja sendiri. Suatu ketika dahulu. Kita tidak mahu nasib kanak-kanak ini terabai apabila tiadanya perhatian dan mekanisme yang terbaik untuk mengembangkan minda mereka. Hollingworth dan McLoughlin (2001) juga mendapati kebanyakan pelajar pintar cerdas bersikap dingin (apathetic) kerana mereka merasa kecewa dengan persekitaran sekolah. Berikut adalah gambaran keadaan guru yang merasa tertekan untuk mengakui keupayaan kanak-kanak pintar cerdas: . mereka menghadapi masalah untuk patuh kepada norma. Ini kerana kita tidak bertindak bersungguh-sungguh dalam menangani isu kanak-kanak pintar cerdas ini. Semua tingkah laku tersebut dianggap oleh orang lain sebagai mencabar autoriti dan tradisi. negara pernah dikejutkan dengan berita seorang kanak-kanak berumur 4 tahun yang mahir membaca akhbar sehingga dijadikan anak angkat Prof. Ada yang menyatakan beliau sekarang menjadi penjual roti canai. Namun setelah tiga tahun berada di Universiti Oxford. Sesungguhnya negara telah kehilangan aset yang sangat berharga kepada agama dan negara. Menentang kecenderungan mengasingkan diri (daripada orang lain yang tidak secerdiknya) dan e. menafikan pengiktirafan luaran dan memilih untuk menjalani hidup mengikut nilai sendiri. Menurut Hollingworth dan McLoughlin (2001) telah memberi gambaran terperinci lima masalah atau cabaran yang terpaksa dihadapi oleh kanak-kanak ini iaitu: a. supaya pemikiran kanak-kanak ini tidak terbantut dan tidak mensia-siakan anugerah kepintaran ini. Mengapakah perkara sebegini terjadi? Perkara ini berkaku kerana kita tidak menghargai otak pintar yang mereka miliki kerana sibuk dengan perbincangan dan percaturan yang dibuat sehingga tiada tindakan yang dilakukan. pihak berwajib perlu tampil ke hadapan bagi membantu memberikan sumber kewangan kepada mereka.k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 122 MASALAH PENDIDIKAN PINTAR CERDAS Menurut Munirah (2008) Keperluan untuk membantu kanak-kanak gifted dan talented ini perlu dari segi bantuan kewangan dan khidmat nasihat selain pendidikan khas untuk mereka. beliau melarikan diri dan berkahwin dengan orang Inggeris dan bercerai setahun kemudian. maka terjadilah keadaan di mana mereka merempat di jalanan atau menjadi peniaga apabila sudah dewasa kerana otak yang pintar tidak dikembangkan dan terbantut begitu sahaja. Pihak berwajib perlu mengambil ikhtibar atas kejadian yang berlaku agar tidak berulang ke atas Adi Putra Abdul Ghani.K a n a k . Tidak semua kanak-kanak pintar cerdas ini terdiri daripada keluarga yang berada dan ada juga mereka yang keluarganya berpendapatan rendah. Ungku Aziz. Begitu juga dengan Sufiah Farooq. Jika kewangan tidak disalurkan kepada mereka yang memerlukan untuk tujuan pembelajaran. kanak-kanak pintar Matematik. Jika kemiskinan merupakan faktor kanak-kanak pintar cerdas tidak meneruskan pembelajaran.

Sistem yang agak rigid perlu menjadi lebih anjal dalam menangani kes-kes seperti ini. Universiti Kebangsaan Malaysia telah di amanahkan untuk melaksanakan program tersebut. Mencabar menggunakan kebolehan sebenar i. di antara ciri khusus kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat yang mempunyai keistimewaan yang memerlukan program pendidikan yang berbeza dengan pelajar lain adalah seperti berikut: a. 2009). Mereka cepat belajar bahan baru dengan mudah b. institusi pendidikan tinggi dan NGO telah dilancarkan pada 2 Mac 2009 oleh Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Mencabar peluang untuk pengeluaran produk c. Mereka juga berasa gelisah tidak menyediakan latihan secukupnya kepada pelajar tersebut dan takut dipersoalkan oleh ibu bapa.1998 ) Menurut Encyclopedia of Special Education (2002). Program PERMATA Pintar yang di anggotai oleh beberapa individu dari pelbagai latar belakang termasuk agensi kerajaan. Mencabar dalam kerja-kerja yang khusus dan kompleks. 3 Februari 2008) sepatutnya sudah sampai masanya kita mewujudkan satu pusat bagi mengurus kemunculan kanak-kanak pintar yang bertaraf genius ini. e. Salah satunya ciri sistem pendidikan misalnya tidak boleh terlalu rigid. Untuk tujuan mengenal pasti pelajarpelajar pintar cerdas. f. Mereka membuat keputusan dengan baik. UKM telah membina tiga ujian saringan: Ujian PERMATA Pintar UKM 1. Program PERMATA Pintar ini bertujuan untuk membantu kanak-kanak pintar cerdas mengalami proses pembelajaran yang dapat merangsang minda mereka (Rosmah Mansor. Walaupun ini bermakna pelajar pintas cerdas hanya mengulangi sesuatu yang telah sedia ada dikuasai (Gallagher & Gallagher. ujian saringan PERMATA Pintar UKM 1 telah dimasukkan dalam talian dan boleh diakses oleh . Mereka mempunyai kosa kata yang luas. mencadangkan ciri-ciri yang diperlukan untuk program pendidikan bagi pelajar pintar cerdas dan berbakat ialah: a. Mencabar kaedah baru dalam sistem pembelajaran h. Mencabar pemikiran kreatif.penyelidikan dan penyelesaian masalah serta membuat keputusan dalam kepimpinan.K a n a k . UKM 2 dan UKM 3. Mereka telah memperluaskan kesedaran dunia merespon lebih elemen daripada sebuah situasi dan menyedari secara sosial Selain Encyclopedia of Special Education (2002).k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 123 Guru biasanya berasa ragu-ragu kepada kemahiran matematik yang luar biasa pada tahap ini. membaca lebih awal secara lisan dan fasih serta menulis dengan baik d. Kita perlu membantu mengembangkan minda dan potensi yang ada pada kanak-kanak pintar cerdas supaya tidak mempersiakan kelebihan dan anugerah yang terdapat dalam dirinya. faham dengan mudah dan mempunyai kedalaman intelek dan logik e. Mencabar melalui perbincangan dengan rakan sebaya. Mencabar kognitif pada tahap pemikiran yang kompleks b. United Kingdom dan Australia. Ini menjadikan guru tetap memberi latihan yang sama kepada semua pelajar. g. Mencabar pekerjaan melalui penghasilan produk d. Bakat muncul dengan lebih awal dan pencapaian lebih tinggi daripada penempatan kelas c. Menurut Rashid Mohd Saa (Mingguan Malaysia. Mereka cepat dewasa sebelum waktunya. Buat masa ini. Ujian-ujian ini dibina setara dengan ujian-ujian IQ yang diguna pakai di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat. Mereka mungkin menganggap kebolehan memanipulasikan nombor ini tidak berpadanan dengan pemahaman yang secukupnya. Mencabar pengelaman yang menggalakan kesefahaman system nilai kemanusiaan.

Binet bersama-sama dengan rakan sekerjanya iaitu Theodore Simon membangunkan soalan-soalan yang memfokuskan tentang persekolahan seperti perhatian. Binet dapat meramalkan murid yang akan berjaya dalam persekolahan. Binet menyatakan bahawa konsep kecerdasan terlalu luas untuk diukur menggunakan angka. Intelligence Quotient atau IQ didefinisikan secara teknikal sebagai kadar atau nisbah pengujian antara umur mental ( Mental Age) dengan umur kronologi (Chronological Age) yang kebiasaannya dinyatakan sebagai nisbah (Qoutient) didarabkan dengan 100. akhirnya telah menjadi asas kepada ujian kecerdasan yang digunakan sehingga ke hari ini. Ujian ini dicipta oleh Alfred Binet untuk membantu dalam menentukan pelajar-pelajar yang mempunyai masalah dalam persekolahan di Perancis. perubahan masa dan hanya boleh dibandingkan diantara kanak-kanak yang mempunyai latarbelakang yang sama ( Wagner. Kecerdasan juga merupakan kebolehan untuk menggunakan pengetahuan dalam mengendalikan suatu persekitaran atau berfikir secara abstrak sebagai pengukuran dengan kriteria-kriteria objektif . akan diminta untuk menduduki ujian PERMATA Pintar UKM 2 yang akan dijalankan di sekolah-sekolah mengikut zon dan seterusnya PERMATA Pintar UKM 3. 2010).K a n a k . memori. Binet sendiri tidak mempercayai bahawa psychometric instruments beliau ini boleh digunakan untuk mengukur tahap kecerdasan (Wagner. Ujian Kecerdasan Stanford-Binet menggunakan angka yang dikenali sebagai intelligence quotient (IQ). Walau bagaimanapun. Beliau menyedari bahawa sesetengah murid dapat menjawab soalan-soalan yang kebiasaannya dijawab oleh murid yang lebih tua atau dalam kelas yang lebih tinggi. Ujian kecerdasan yang pertama ini dikenali sebagai Binet-Simon Scale. sementara murid yang sebaya dengannya hanya dapat menjawab soalan-soalan yang biasa dijawab oleh murid pada peringkat umur tersebut. Kecerdasan merujuk kepada kebolehan kognitif seseorang individu yang dipelajari dari pengalaman untuk membolehkannya membuat penyesuaian diri dalam kehidupan sehari-hari. Skor ini dihitung dengan membahagikan umur mental (mental age) individu tersebut dengan umur kronologi (chronological age) mereka dan kemudian membahagikan angka tersebut dengan 100. . kanak-kanak dengan umur mental 12 dan umur kronologi 10 mempunyai IQ 120 (12/10 x 100). dalam mempersembahkan skor individu di dalam ujian tersebut. a. PENILAIAN (ASSESMENT) Kecerdasan didefinisikan sebagai kebolehan untuk belajar. Sebagai contoh. memahami atau „deal„ dengan situasi baru serta mempunyai kemahiran dalam menggunakan alasan dan sebab dalam setiap situasi yang dihadapi. Dengan menggunakan soalan-soalan tersebut. Pelajar yang berjaya dalam ujian PERMATA Pintar UKM 1. dan kemahiran menyelesaikan masalah. 2010). Menurut Wagner (2010). Binet dengan tegas menyatakan bahawa kecerdasan terpengaruh dengan beberapa faktor. Secara konvensionalnya ia digambarkan sebagai skor ujian.k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 124 pelajar-pelajar dari umur 9 hingga 15 tahun melalui laman sawang yang telah dibina. 2010). Berdasarkan pemerhatian tersebut. Binet telah mencadangkan konsep umur mental (Mental Age). Ujian Kecerdasan Stanford-Binet (Stanford-Binet Intelligence Test). atau ukuran kecerdasan berdasarkan purata kebolehan kanak-kanak dalam kumpulan umur tertentu ( Wagner.

kebiasaan skor adalah di antara 85 dan 115. Paris. Purata skor adalah 100 dengan dua pertiga skor dianggap sebagai menipu dalam ujian.k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 125 MA / CA x 100 = IQ Antara contoh soalan ujian dalam Binet-Simon Scale (1911 Revision) yang dibina berdasarkan tahap kesukaran kanak-kanak mengikut perbezaan umur (Gardner et al.g. yang juga seperti Binet percaya bahawa kecerdasan melibatkan angka mengikut perbezaan kebolehan mental setiap individu..K a n a k . verbal IQ scores dan performance IQ scores. Ujian untuk golongan dewasa telah diubah dari yang asal dan dikenali sebagai WAIS-III. Diantaranya dalam kes-kes di mana skor yang rendah dalam mana-mana bidang digabungkan dengan skor yang tinggi dalam bidang yang lain mungkin menunjukkan individu itu mempunyai masalah pembelajaran yang khusus (Kaufman. and to deal effectively with his environment. di dalam WAIS pula skor dikira berdasarkan perbandingan diantara skor individu dengan skor individu-individu lain dalam kumpulan umur yang sama. 2010). Ekoran dari perasaan tidak puas hati dengan limitations ujian kecerdasan Stanford-Binet. to think rationally. Wechsler menggambarkan kecerdasan sebagai the global capacity of a person to act purposefully. WAIS-III mengandungi 14 subtests dengan dua skala dan menyediakan tiga skor iaitu composite IQ scores. Skor-skor dalam setiap subtest dalam WAIS-III boleh digunakan dalam mengenalpasti masalah pembelajaran. Wechsler telah menerbitkan ujian kecerdasan yang baru yang dikenali sebagai Wechsler Adult Intelligence Scale (WAIS) pada tahun 1955 (Wagner. penny Repeat three figures Compare (the length of) two lines  Six Years Distinguish morning and evening Copy diamond Count thirteen pennies  Eight Years . fortune. Jika ujian kecerdasan Stanford-Binet skor berasaskan mental age dan chronological age. Wechsler juga turut membangunkan dua ujian yang berbeza khas untuk kanak-kanak iaitu Wechsler Intelligence Scale for Children (WISC) dan Wechsler Preschool and Primary Scale of Intelligence (WPPSI). knife. Ujian Kecerdasan Wechsler (Wechsler Intelligence Scales) David Wechsler merupakan seorang ahli psikologi Amerika.1996)  Four Years – Name key.Compare two objects from memory Count from twenty to zero Repeat five digits  Ten Years . 1998). Kaedah pemarkahan ini telah . and stream) in two sentences  Twelve Years – Give more than sixty words in three minutes Defines three abstract words Comprehend a disarranged sentences b.Place five weights in order Copy a design from memory Place three words (e.

Kebanyakan item dipersembahkan dalam borang (form) matrik 3x3 atau 2x2 (Wikipedia.R.K a n a k . verbal concept formation. processing speed Visual-perceptual organization.R. Raven’s Progressive Matrices Raven‟s Progressive Matrices (kebiasaannya dirujuk sebagai Raven‟s Matrices) merupakan ujian pelbagai pilihan abstrak yang dibangunkan oleh Dr. Reynolds. Raven dalam tahun 1936. Wechsler Intelligence Scale subtest (S. Raven‟s Progressive Matrices merupakan ujian yang menawarkan corak atau pecahan diantara enam hingga lapan gambar atau corak dengan satu daripada corak tersebut tidak diberikan atau dihilangkan. abstract reasoning. Menurut Flynn (2007). 2010). abstract thinking Similarities Block Design Visual-perceptual organization. verbal expression Acquired knowledge. longterm memory. 2010). Mengandungi lima set soalan (A-E) dengan setiap satu set mengandungi 12 item (A1-A12) yang mana item-item dalam setiap set akan lebih sukar yang mengandungi tahap kognitif yang tinggi untuk menganalisis setiap . fluid reasoning Matrix Reasoning 35 items containing incomplete matrix patterns that the examinee completes by choosing from five possible choices c. visual problem solving. Homack & C.k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 126 menjadi standard technique dalam ujian kecerdasan dan ia juga digunakan dalam ujian kecerdasan Stanford-Binet yang terbaru (Kendra Van Wagner. Dalam setiap item ujian calon dikehendaki untuk mengenalpasti bahagian yang soalan yang „hilang‟ untuk menyelesaikan atau menyempurnakan corak yang besar. motor coordination. Matrik ini menawarkan tiga borang (form) yang berbeza mengikut perbezaan kebolehan setiap peserta ujian iaitu:  Standard Progressive Matrices : merupakan borang matrik yang asal yang diterbitkan pada tahun1938. 2007) :Subtest Vocabulary Huraian 42 item requiring the examinee to name picture items and provide oral definitions of words 26 item requiring the examinee to choose which pictured objects share a common words are conceptually alike 13 item requiring the examinee to use blocks to reconstruct visual patterns Pengukuran Fund of information. John C. fluid reasoning. acquired knowledge. verbal reasoning. Anda dikehendaki memilih kepingan atau corak yang sesuai dan ini melibatkan perbezaan dan persamaan dengan corak yang berada dalam kolum yang sama.

 Colored Progressive Matrices : direka untuk kanak-kanak. Semua item dipersembahkan dalam tulisan atau dakwat hitam manakala „background‟ berwarna putih. 2009) T T2 T1 T4 T3 ? . peralihan dari set C. D dan E menjadi lebih senang. dengan cara ini jika peserta dapat melewati jangkaan ujian. Kebanyakan item dipersembahkan dengan „background‟ yang berwarna untuk merangsang penglihatan calon. Item-item dipersembahkan dalam dakwat hitam dan „background‟ putih dan menjadi semakin sukar dalam setiap set.k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 127 pengetahuan dan koding. Ujian ini mengandungi set A dan B di mana 12 item digabungkan dan menjadi set AB. Keith McGreggor. Advanced Progressive Matrices : merupakan lanjutan borang matrik yang mengandungi 48 item yang dipersembahkan sebagai satu set yang mengandungi 12 (set I) dan set yang satu lagi mempunyai 36 (set II).K a n a k . orang dewasa dan individu yang mempunyai masalah pembelajaran yang teruk dan sederhana. Walaubagaimanapun dalam item-item terakhir dalam set B dipersembahkan dalam hitam putih. item ini sesuai untuk golongan remaja dan dewasa yang di atas purata kecerdasan  Contoh ujian matrik dalam Raven‟s Progressive Matrices Contoh ujian matrik dalam Raven‟s Progressive Matrices (Maithilee Kunda. & Ashok Goel.

Mereka yang melepasi tiga tahap ujian ini akan melalui program perkhemahan cuti sekolah yang dikendalikan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia. Untuk menggunakan ujian saringan ini. pemadanan pola atau bentuk. a. Pelajar akan diminta memasukkan biodata mereka sebelum memulakan ujian saringan ini (Mansor Zainal. Hasil ujian saringan ini akan dipaparkan mengikut kategori berikut (a) Indeks Pemahaman Lisan.com.my/ujian1/ujian1 dan dibina oleh sekumpulan penyelidik dari Fakulti Pendidikan. Untuk menjalani ujian saringan ini. (b) Penaakulan Kuantitatif. Ujian saringan ini mempunyai 15 bahagian yang menguji pelbagai aspek kepintaran kognisi termasuk aspek perbendaharaan kata. . pemahaman dan koding. pelajar harus melepasi ujian saringan yang pertama iaitu Ujian PERMATA Pintar UKM 1. bagaimanakah anda melaksanakan pedagogi yang berkesan untuk kanak-kanak pintar cerdas.my.permatapintar. Apakah perbezaan ujian Raven‟s Progressive Matrices dengan ujian Wechsler Intelligence Scales b. Sebagai seorang guru.permatapintar. pelajar hanya perlu tahu perkara-perkara asas penggunaan komputer seperti menggunakan tetikus dan papan kekunci. (c) Penaakulan Abstrak dan Visual dan (d) Daya Ingatan Sementara. Ia dibina dalam talian dan boleh dicapai dari laman web http//: www. Mereka yang berjaya akan ditempatkan di sekolah PERMATA pintar yang akan dibina khusus untuk pelajar pintar cerdas ini. Perlu diingatkan bahawa pelajar tidak dibenarkan mendapatkan bantuan dari orang lain semasa mengambil ujian saringan ini. Universiti Kebangsaan Malaysia. pencarian simbol. Ujian PERMATA Pintar UKM 1 ini adalah dalam Bahasa Malaysia dan sesuai digunakan untuk menyaring darjah kecerdasan (IQ) pelajar dari umur 9 hingga 15 tahun. dan setiap pelajar hanya dibenarkan mengambil ujian saringan ini sekali sahaja. Ujian PERMATA Pintar UKM 3 dibina setara dengan ujian Stanford-Binet. pengulangan nombor.K a n a k .com. 2010).Ujian PERMATA Pintar UKM Ujian PERMATA Pintar UKM 1 adalah ujian IQ yang dibina setara dengan Ujian Raven Progressive Matrices. (b) Indeks Penaakulan Persepsi. (c) Indeks Daya Ingatan Bekerja dan (d) Indeks Kelajuan Memproses Maklumat. jumlah jam atau minit sebenarnya yang digunakan untuk menjawab semua soalan dalam ujian ini akan diambil kira untuk membolehkan pelajar meneruskan ke ujian saringan ke dua. Untuk menjalani ujian saringan ini. Ujian ini berbentuk ujian atas talian yang boleh dicapai melalui laman web PERMATA Pintar di alamat: http://www. pelajar harus melepasi ujian saringan yang ke dua iaitu Ujian PERMATA Pintar UKM.k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 128 d. Ujian PERMATA Pintar UKM 2 adalah ujian saringan yang dibina setara dengan ujian WISC-IV. Tujuan ujian PERMATA Pintar sebenarnya adalah untuk mencari pelajar yang pintar cerdas. Bagaimana pun. Pelajar tidak diberikan had masa untuk menjawab semua soalan dalam ujian saringan ini. Ujian ini dibina untuk menguji kepintaran dalam empat aspek iaitu (a) Penaakulan Lisan.

M. D. USA: Pearson. Parenting Gigted and Talented Children: Conceptual and Empirical Foundations.K. Howard. Special Education: Contemporary perspective for school professionals (2 ed). Amerika: Pearson Education. Anak Kita Memang Pintar Cerdas Panduan Membina Potensi Diri Anak-anak. Cambridge. M. Morawaska. Introduction to Special Education: Making A Difference (sixth edition). Exceptional children seventh edition: An Introduction to special education. L. Mallick (2003). New Delhi: Discovery publishing house. Colorado: Love Publishing Company. Mereka ini perlu dibimbing dengan kefahaman agama yang sempurna dari segi rohani dan jasmani agar kelak tidak tersasar daripada batasan agama. Marilyn Friend (2005). Perlunya keperluan pendidikan untuk kanak-kanak pintar cerdas ini agar mereka dapat menikmati pembelajaran yang kondusif. Amerika: Merill Prentice Hall. Hassan Mohd. Special Education: Contemporary perspective for school professionals.R. Educating the gifted and talented: Rasource issues and processes for teachers second edition. sebaliknya dia akan menghadapi masalah sosio-emosi yang serius jika keperluan inteleknya tidak dipenuhi.163-173 . Marilyn Friend (2008). Deborah (2007). Identifiying children with special needs: checkless and action plans for teachers.k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 129 RUMUSAN  Kementerian Pelajaran telah menyediakan ruang untuk kanak-kanak keperluan khas menikmati pembelajaran seperti kanak-kanak biasa dengan mewujudkan Sekolah Pendidikan Khas. Intelligence multiple perspectives.    RUJUKAN C. kanak-kanak pintar ini juga tidak boleh dikecualikan dan mereka selayaknya mendapat pendidikan yang sesuai mengikut tahap minda mereka seperti kanak-kanak lain.D (2006).K. Glynis (2006). California: CORWIN PRESS A SAGE Publications Company. A. L. (2009).W. Marilyn Friend (2006). Flynn (2007). H. IDEA 2004 Update Edition Special Education:contemporary perspectives for school Professionals. Curriculum Instructional Planning & Design: For Gifted Learners. USA: Pearson. Talented children: Identification and education. Gifted Child Quarterly.H. Semua pihak perlu memainkan peranan untuk membentuk kanak-kanak pintar cerdas ini menjadi seorang ilmuan yang dapat menyumbang kepada negara. Catherine Clark & C. G. Ali Ph. Seorang anak yang pintar cerdas tidak akan menjadi biasa kalau diabaikan.. 53 (3). Bhd: Selangor. Warren (1996). Ralph (2002). London: David Fulton Publishers. William (2003). Sanders. USA: Thomson Wadsworth. What is intelligence. Joyce VanTassel-Baska (2003).K a n a k . United Kingdom: University Press.S. PTS Millinea sdn. USA: Pearson. James R. Oleh itu. Menjadikan seorang anak yang pintar cerdas kepada “normal” tidak lain daripada menjadikan seorang anak yang biasa kepada pintar cerdas. Mindy & K.

http://psychology.k a n a k B e r k e p e r l u a n K h a s | 130 Susan R. New Jersey: John Wiley & Sons.11. Teaching Gifted Kids In The Regular Classroom: Strategies abd techniques Every Teacher Can Use to Meet The Academic Needs of the Gifted and Talented. Susan Winebrenner (2001).about.50pm . Essentials of assessment with brief intelligence test. Kendra Van Wagner (2010). History of intelligence testing: the history and development of modern IQ testing. United States of America: Free Spirit Publishing. Reynolds (2007).K a n a k .htm 17.com/od/psychologicaltesting/a/int-history.2011: 9. Homack & Cecil R.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful

Master Your Semester with Scribd & The New York Times

Special offer for students: Only $4.99/month.

Master Your Semester with a Special Offer from Scribd & The New York Times

Cancel anytime.