You are on page 1of 11

Mak Yong Sejarah Berasal dari Kerajaan lama Patani (sebahagian daripada Thai Selatan).

Dibawa ke Kelantan lebih kurang 200 tahun dahulu, Kemudian bawa dari Kelantan ke Kedah. Mulanya, khas permainan istana untuk raja dan kaum kerabatnya. Selepas 1920 (kemangkatan Sultan Mohamad IV), makyong kurang dimainkan dalam istana tetapi mula dipersembahkan kepada rakyat biasa. Dimainkan untuk upacara selepas menunai (sebagai tanda kesyukuran dan berdamping dengan semangat-semangat tertentu). Pada kini, upacara menyemah masih dijalankan. Terdapat 3 jenis makyong: makyong Kelantan, Kedah & Laut

Alat-alat Muzik Yang Digunakan Idiofon o Tetawak

Tetawak merupakan sejenis gong yang biasanya dimainkan secara berpasangan, iaitu tetawak ibu dan tetawak anak dengan menggunakan pemalu. Ia biasanya digandung

berpasangan pada batang kayu yang dikenali sebagai kayu mengabang dan dimainkan oleh pemain yang sama. o Kenong

Kenong adalah sejenis alat idiofon yang berasal dari Jawa, Indonesia, yang menyusun alat muzik gamelan. Kenong mempunyai satu set alat yang menyerupai gong tetapi lebih nipis dan bulat berbanding gong yang berbentuk pipih dan lebih tebal.

o Caklempong

Cak Lempong merupakan alat muzik tradisional Melayu yang tergolong dalam keluarga gong yang berukuran kecil. Ia diperbuat daripada gangsa dan menggunakan teknik acuan. Perkataan Cak Lempong juga digunakan untuk menerangkankan jenis ensemblenya. Cak Lempong mula berkembang di kalangan masyarakat Melayu berketurunan Minangkabau di Negeri Sembilan. Kini kesenian muzik Cak

Lempong telah bertapak di negeri-negeri lain dan diajar di sekolah-sekolah serta pusat-pusat pengajian tinggi. o Canang

Sejenis alat dari keluarga gong yang berukuran kecil. Berperanan sebagai alat penanda masa (time marker) dalam ensemble paluan tradisional yang terdapat di Kelantan.

o Kesi

Kesi merupakan sejenis alat muzik tradisional Melayu yang diperbuat daripada logam. Ia merupakan sepasang piring logam yang diikat antara keduanya dengan tali. Ketika dimainkan, ia akan dipukul sesama sendiri. Kesi selalunya dimainkan secara berkumpulan dangan peralatan muzik yang lain.

o Cerek / Kecerek Alat idiofon berbentu bilahan. Ia dikenali sebagai clappers iaitu menggunakan prinsip clap ataupun tepuk untuk menghasilkan bunyinya. Alat ini sering digunakan dalam teater tradisional seperti menorah oleh masyarakat tempatan berketurunan Thai di Kelantan, Mak Yong Laut di Perlis, Jikey dan Mek Mulung di Kedah.

Membranofon o Gendang Ibu & Gendang Anak

Sejenis gendang dua muka yang dikenali sebagai Gendang Ibu dan Anak berkembang di negeri Kedah, Perlis, Terengganu dan Perak telah ditakrifkan sebagai Gendang Melayu. Digunakan sebagai Genderang dalam ensemble paluan untuk mengiringgi teater tradisional serta mengiringgi tarian klasik Istana dan rakyat.

Kordofon

o Rebab Tiga Tali

o Rebab merupakan sejenis alat muzik bertali yang berasal dari Afghanistan. Rebab menggunakan penggesek dan mempunyai tiga utas tali daripada dawai logam. Rebab dianggap merupakan keluarga kecapi.

Erofon o Serunai

Batang serunai

serunai batang padi

Alat tiupan dari jenis-jenis serunai yang menggunakan pipit dua lapis (double reed instrument) adalah terdapat di seluruh dunia dan ditakrifkan sebagai alat shawms. Ia adalah merujuk kepada jenis-jenis alat tiup secara khusus yang mempunyai bentuk seperti kun pada pipa melodinya iaitu chanter dan menggunakan pipit dua lapis sebagai sounding device di India dikenali sebagai Shahnay, di China dikenali sebagai Sona, di Sri Lanka dikenali sebagai Harone dan di Thailand dikenali sebagai Phi-Nai. Di Malaysia dikenali sebagai Serunai.

Repertoire Muzik 1. Lagu Menghadap Rebab a. terpanjang & terpenting, simbol penghormatan kepada rebab. 2. Lagu Kijang Mas a. dimainkan sebagai lagu instrumental sebelum bermula persembahan Mak yong. 3. Lagu Sindung a. dinyanyi oleh Pak Yung semasa hendak memberi arahan dan mendedahkan emosinya, juga dinyanyi oleh peran tua dan dimain sebagai lagu selingan sebelum persembahan. 4. Lagu Sedayung a. lagu yang menyampaikan maklumat @ arahan kepada peran @ watak lain. 5. Lagu Mengambul a. dinyanyi oleh watak utama dalam adegan sedih untuk menyampaikan berita sedih. 6. Lagu Saudara a. dinyanyi berselang-seli dengan lagu Kijang Mas oleh seorang inang. 7. Lagu Pak Yong Muda a. dinyanyi oleh Pak Yong menyampaikan berita negeri semasa adegan sedih. 8. Lagu Mak Yong Muda a. dinyanyi oleh Mak Yong pada pertengahan cerita dalam adegan sedih.

9. Lagu Tuk Wok a. dinyanyi oleh peran tua semasa menyampaikan berita @ meluah perasaan. 10. Lagu Barat a. terdapat 4 versi iaitu Barat Anjur, Kisah Barat, Barat Cepat dan Gunung Barat. 11. Lagu Pikir a. dinyanyi oleh watak untuk meluahkan perasaan dan mengiringi tarian. 12. Lagu Yur a. dinyanyi oleh peran @ Pak Yong untuk menyampaikan berita. 13. Lagu Balik Padi a. dinyanyi ketika gembira semasa dalam perjalanan. 14. Lagu Berkhabar a. dinyanyi Pak Yong @ peran untuk menyampaikan berita. 15. Lagu Gading Timah a. dinyanyi Pak Yong dalam cerita Tuan Puteri Bergading Timah. 16. Lagu Kojol a. dinyanyi oleh peran untuk mengambarkan aksi fizikal seperti

mendayung sampan. 17. Lagu Buluh Seruas a. menggambarkan suasana. 18. Lagu Jamba (Gembal) a. menggambarkan suasana.

19. Lagu Yo Peran a. dinyanyi Pak Yong untuk memanggil peran tua pada permulaan cerita, peran juga menyanyi lagu ini. 20. Lagu Anak Kumbang a. dinyanyi semasa gembira oleh Pak Yong, Mak Yong, Puteri dan Putera. 21. Lagu Sri Gunung a. dinyanyi Peran @ Pak Yong untuk menyampaikan berita. juga dinyanyi semasa selingan sebelum persembahan cerita. 22. Lagu Menguli a. lagu timang-timagan untuk kanak-kanak dewasa. 23. Lagu Dayung Sampan a. dinyanyi semasa melakukan aksi mendayung sampan. 24. Lagu Mak Puyuh a. dinyanyi oleh Peran semasa bergurau. 25. Lagu Tari Inai a. mengiringi tarian inai. 26. Lagu Kisah Puteri Mak Yong a. dinyanyi oleh Puteri @ Mak Yong untuk meluahkan perasaan. 27. Lagu Menghadap Raja a. dinyanyi peran dalam perjalanan menghadap raja. 28. Lagu Sabar a. dinyanyi semasa melakukan aksi seperti membaca surat untuk mendedahkan maklumat.

29. Lagu Berlari Hambat Rusa (Lagu Berjalan) a. mengiringi dalam perjalanan @ semasa memburu.

Melodi & Bentuk Muzik Muzik memainkan peranan penting dalam mak yong sebagai fungsi ritual, struktur, dan dramatik. Dalam fungsi strukturnya, muzik menandakan tiap-tiapo adegan dan pertukaran tempat. Pada permulaan persembahan dramatari Mak Yong, lagu (serta tarian) yang sangat penting ialah lagu yang bertajuk Menghadap Rebab apabila semua pelakon member hormat kepada alat muzik rebab. Lagu khas ini memberi aspek ritual yang penting kepada pelakon-pelakon dan pemain-pemain muzik dalam rombongan Mak Yong. Tetapi dalam konteks cerita, lagu yang bertajuk Ela dinyanyikan untuk menyampaikan berita, manakala lagu Mengulit Raja Nak Tidur dimainkan untuk masa tidur atau untuk membangkitkan perasaan yang halus. Untuk keadaan sedih lagu Jembar atau Mengambul biasanya dimainkan, manakala untuk kegiatan berjalan lagu yang sesuai ialah Timang Welu dan Kijang Emas. Lagu-lagu yang bertajuk Sedayung Mak Yong dan Sedayung Pakyung kerapkali digunakan untuk berbagai tujuan. Adalah dipercayai bahawa lagu Sedayung Pakyung dikaitkan dengan kuasa yang luar biasa terutama kuasa yang bersifat sakti dan lagu ini digunakan khususnya untuk mengubah atau menjelma rupa atau bentuk watak atau sesuatu yang lain dalam cerita. (dipetik dari buku Muzik Malaysia: Tradisi Klasik Rakyat dan Sinkretik oleh Patricia Matursky) Rebab memainkan melodi, sementara gendang menyediakan rentak dan gong menandakan penghujung tiap-tiap atau ukuran. Lagu-lagu Mak Yong boleh dibahagikan kepada 7 kumpulan: 1. Mengandungi lagu pendedahan yang menceritakan tentang sesuatu atau memberikan sebarang maklumat. Antara lagu ini ialah Sri Gunung, Yur, Khabar, Sedayung Pak Yung, dan Pak Yung Muda. 2. Lagu-lagu mengucapkan emosi dan perasaan seperti Kisah Puteri Mak Yong, Pikir, dan Sindong.

3. Lagu-lagu yang menunjukkan aksi seperti perjalanan, pemburuan dan kegiatan-kegiatan lain. Contohnya, Barat Ann=jur, Tuk Wok, Dayung Sampan dan Berjalan. 4. Lagu-lagu struktur seperti Barat Cepat yang menandakan adegan dan menunjukkan pertukaran tempat. 5. Kump. lima ialah lagu Menghadap Rebab. 6. Lagu-lagu yang mengiringi tarian seperti Tari Inai dan Tarian Menghadap Rebab. 7. Kesemua lagu Wayang Kulit yang dimainkan di dalam persembahan Mak Yong dimasukkan ke dalam kumpulan ini.

Mak Yong Laut 1. Muzik mengekspresikan emosi dan memberi maklumat seni kata lagu. 2. Mengambarkan kepelbagaian suasana seperti sedih dan gembira. 3. Mengiringi tarian dan nyanyian. 4. Menandakan adegan.