DASAR 1MURID 1SUKAN Dasar 1 Murid 1Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurangkurangnya satu aktiviti sukan di sekolah

. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Dasar ini adalah selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan di kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan, sahsiah dan kesejahteraan ke semua murid. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh yang demikian, penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu padu. Dasar ini selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia. Dasar 1 M 1 S berhasrat untuk: 1. Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. 2. Memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas. Dasar 1 M1 S berhasrat untuk memenuhi objektif-objektif berikut: 1. Meningkatkan kecergasan jasmani. 2. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni.

4. rohani. Walau bagaimanapun murid-murid Pra Sekolah hingga . Memupuk perpaduan di antara kaum. Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Konsep Dasar 1 M 1S diwujudkan untuk menyokong FPK agar dapat: 1. Pelaksanaan Dasar 1M 1S hendaklah mengambil kira prinsip-prinsip berikut: 1. Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan. 7. Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan Peralihan .3. 2. 3. emosi dan jasmani (JERI). Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurangkurangnya satu jenis sukan. Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal. Memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal. 6. 5. Memberi akses kepada semua murid mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif. Memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bermatlamat untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek. Membentuk budaya sukan di kalangan murid. Membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah.

Segala sumber untuk mata pelajaran pendidikan jasmani hendaklah diguna sama bagi 1M 1S. 7. 5. 6. 2. dan Emosi murid. 3. kemudahan dan peralatan sukan hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid. Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam aktiviti su kan. Setiap sekolah yang sudah pun mempunyai prasarana. 4. Dengan itu. Ibu bapa dan agensi luar rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang kepada pembangunan sukan sekolah. Sukan yang ditawarkan di bawah 1M 1S hendaklah berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal. Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan Intelek Rohani. Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah. Aktiviti sukan bermaksud melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif dalam latihan sukan dan permainan di bawah pengurusan sekolah. Jasmani.. Asas kepada 1M 1S adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang berkualiti di sekolah.Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah. setiap sekolah mempunyai pendekatan dalam melaksanakan program sukan mengikut acuan dan kemampuan sedia ada. . Bagi memenuhi prinsip-prinsip pelaksanaan 1M 1S. pelaksanaan 1M 1 S adalah berdasarkan kepada pendekatan berikut: 1.

dorm asrama. kelab sukan sekolah. Penyertaan murid dalam kejohanan MSSD/MSSN/MSSM serta peringkat antarabangsa adalah merupakan aktiviti 1M1S. Pencapaian. Jawatan Serta Sumbangan. 3. ‘’MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA’’ Sumber: Kementerian Pelajaran . kelas. 3. Kehadiran. rumah. Pihak sekolah hendaklah mengadakan pertandingan antara tingkatan. Aktiviti sukan di sekolah diadakan sepanjang tahun berdasarkan kepada aktiviti rumah sukan dan kelab sukan. Perubahan pada sistem penilaian sedia ada akan berkuatkuasa untuk murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 1 mulai tahun 2012. Penglibatan. Penilaian murid adalah berdasarkan kepada sistem penilaian sedia ada yang berasaskan: 1. Kejohanan tahunan olahraga sekolah yang didahului oleh kejohanan merentas desa dan sukan tara menjadi aktiviti teras sukan di sekolah.2. dan 4. 2.

prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus dibangunkan di bawah Program Kecemerlangan Bakat Muda. Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat dan hendaklah dimulakan di peringkat sekolah melalui dua strategi iaitu Sukan untuk Semua dan Sukan untuk Kecemerlangan. rohani. Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. disiplin dan nilai murni dalam kalangan murid-murid di sekolah. setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti sukan sekolah sepanjang tahun. Hala tuju dasar pendidikan negara kita amat jelas iaitu melahirkan modal insan yang bersahsiah unggul dan berkeperibadian mulia. Perkara ini akan dibincangkan demi kepentingan bersama. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek. dinamik dan bersatu padu. Terdapat pelbagai kebaikan Dasar 1 Murid 1 Sukan. jati diri. Dengan dasar ini. penyertaan setiap murid dalam sukan adalah amat penting sebagai satu landasan mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat. Bagi Sukan untuk Kecemerlangan. Setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah . Dasar ini bertujuan untuk membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah. Oleh halyang demikian. sahsiah dan kesejahteraan semua murid.MANFAAT DASAR 1 MURID 1 SUKAN Dasar 1 Murid 1 Sukan mewajibkan setiap murid menyertai sekurangkurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Oleh itu. Dasar 1 Murid 1 Sukan secara tidak langsung dapat membentuk sahsiah. Dasar ini selaras dengan hasrat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam mendokong semangat 1 Malaysia. Sukan Prestasi Tinggi Sekolah serta sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. emosi dan jasmani. Aktiviti sukan di bawah Sukan untuk Semua adalah sangat penting dalam membina kesihatan. cergas.

Akibatnya. Perpaduan merupakan kunci kejayaan Malaysia hingga dikenali di peringkat antarabangsa. Malaysia sentiasa dijadikan contoh kepada negara-negara lain di dunia ini kerana kejayaannya membentuk perpaduan . Hal ini dikatakan demikian kerana kerajaan mahu membina dan menjana modal insan yang berguna kepada bangsa dan negara melalui sukan. Aktiviti sukan berupaya meningkatkan kecergasan jasmani seseorang dan memenuhi naluri semula jadi murid dalam aktiviti fizikal. dilaporkan rakyat Malaysia merupakan golongan terbanyak mengidap obesiti dalam kalangan rakyat di negara-negara ASEAN dan yang keenam di Asia. Jika kita singkap dari perspektif yang berbeza. bilangan rakyat Malaysia yang menghidap masalah kegemukan dan obesiti semakin meningkat saban tahun. Izharlah bahawa amalan gaya hidup sihat dapat dipupuk melalui dasar ini. Tegasnya. Selain itu. Dasar 1 Murid 1 Sukan berupaya untuk memupuk perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. modal insan yang syumul dan holistik dapat dilahirkan melalui dasar ini. Dasar 1 Murid 1 Sukan dapat memupuk budaya bersukan dalam kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas kerana badan sihat otak cerdas. Walau bagaimanapun murid-murid prasekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah. tindakan kerajaan memperkenalkan Dasar 1 Murid 1 Sukan memang tepat pada masanya dalam usaha membentuk masyarakat Malaysia yang cergas dan cerdas sepanjang masa. Senario ini amat merugikan kerana golongan ini biasanya tidak aktif dan menghidap pelbagai penyakit yang berbahaya kepada diri mereka. Oleh sebab itu. Pada tahun 2011.kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Hal ini dikatakan demikian kerana kerajaan sedar semakin banyak rakyat Malaysia yang mengabaikan sukan dalam kehidupan lantaran terlalu sibuk dengan urusan seharian. Dasar 1M 1S diwajibkan untuk Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan Peralihan. Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah.

Dasar ini boleh memberikan akses kepada semua murid mendapatkan faedah daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak aktif. Secara implisitnya. dan agama. murid dapat mencapai keseimbangan antara kejayaan akademik dengan kejayaan sukan melalui Dasar 1 Murid 1 Sukan yang diperkenalkan ini. Indikator terbaik ke arah itu adalah melalui sukan. Dengan ini mereka akan memahami budaya dan cara hidup kaum lain. Pada masa yang sama. Pendek kata. berenang. Persepsi seperti itu perlu dikikis dari kamus kehidupan mereka kerana mereka perlu memperuntukkan masa untuk melakukan kecergasan fizikal seperti bermain bola sepak. Dasar 1 Murid 1 Sukan dapat memberikan keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal. Dasar ini memberikan . Kata orang.dalam kalangan masyarakat majmuk selama 55 tahun kebelakangan ini. Mereka beranggapan bahawa aktiviti sukan hanyalah membuang masa mereka sahaja. Sudah terang lagi bersuluh. murid-murid dapat fokus pada pelajaran mereka. Semua ahli sukan mesti bersatu padu untuk menjadi juara tanpa mengira warna kulit. murid akan beroleh kejayaan dalam bidang akademik mereka. Seperkara lagi. otak yang sihat datang dari badan yang cergas. Semangat kerjasama dan bertolenransi amatlah penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti sukan. Dasar 1 Murid 1 Sukan juga berupaya untuk mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan. Dengan memiliki badan yang sihat. bangsa. Mereka dapat menjana idea yang bernas dan mampu berfikir secara kreatif dan kritis. Murid-murid pada zaman ini lebih cenderung menjadi ulat buku kerana terlalu mementingkan kecemerlangan dalam bidang akademik. Dasar 1 Murid 1 Sukan amatlah penting untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. menyertai acara balapan dan sebagainya demi kebaikan mereka. Kerajaan sedar bahawa rakyat tidak harus alpa akan kepentingan perpaduan untuk membina sebuah negara Malaysia yang berjaya dan harmoni. Rakyat pelbagai kaum akan dipertemukan dan bergaul sesama mereka semasa menjalani aktiviti sukan.

Namun begitu. Mereka disanjung dan dipuja serta mampu meraih pendapatan berjuta-juta ringgit. usaha untuk memartabatkan arena sukan negara ke persada antarabangsa dengan kelahiran jaguh sukan negara yang digeruni dapat dicapai menerusi dasar ini. dan sebagainya dalam bidang sukan seharusnya diteruskan. Oleh itu. gemilang. Datuk Lee Chiong Wee. hasrat kita untuk melahirkan modal insan yang cemerlang. sokongan daripada ibu bapa juga penting untuk menjayakan dasar ini kerana bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Mereka bukan sahaja mampu menyumbang kepada pendapatan negara malahan menjadi duta kecil untuk menaikkan imej negara di persada antarabangsa. Kejayaan beberapa orang ahli sukan negara kita seperti Datuk Nicol Ann David. dan terbilang dalam sukan akan menjadi realiti dan bukannya angan-angan Mat Jenin. semua pihak harus memberikan galakan kepada murid-murid sekolah untuk menyertai semua aktiviti sukan yang dikelolakan oleh pihak sekolah berkaitan dengan Dasar 1 Murid 1 Sukan. Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah.peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. Dalam pada itu. Mudah-mudahan. biarlah pepohon terus menghijau dan biarlah sukan di Malaysia terus maju untuk bersaing di peringkat global agar Malaysia dapat duduk sama rendah.Sesungguhnya. sukan merupakan salah satu aktiviti penting. pihak sekolah pula haruslah melaksanakan Dasar 1 Murid 1 Sukan dengan sempurna agar segala matlamat dan objektif yang ditetapkan akan tercapai. Biarlah matahari terus bersinar. Ahli-ahli sukan yang berjaya akan dikenali di seluruh dunia. berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di persada antarabangsa. Bulan semakin terang. bayang kian jelas bahawa Dasar 1 Murid 1 Sukan banyak membawa kemaslahatan kepada murid-murid di negara kita. Pihak sekolah tidak harus bersikap sambalewa atau sekadar melepaskan batuk di tangga. Pada masa ini. .

Guru berperanan untuk mengenal pasti bakat pelajar. menggilap dan menonjolkan kehebatan yang dimiliki sehingga ke persada antarabangsa. Masalah obesiti dalam kalangan pelajar juga dapat diatasi jika pelajar bersukan secara konsisten sejak kecil. Lagipun masyarakat lebih memandang pencapaian akademik sebagai ukuran. Ada pelajar yang tidak sedar akan bakat yang dimiliki oleh diri sendiri dan hanya dapat dikesan oleh guru. Jika mereka tidak diwajibkan untuk terlibat dalam program seperti ini. Jelaslah bahawa program 1M1S ini . Jadi. Keadaan ini mampu mencetus fenomena yang segar kepada pelajar untuk belajar. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengambil langkah proaktif untuk mengikis pendapat jumud ini selaras dengan Dasar Sukan Negara melalui pelaksanaan program 1 Murid 1 Sukan(1M1S) yang menuntut penglibatan aktif dan komitmen penuh pelajar dalam satu sukan atau lebih mengikut kemampuan. Pelajar yang bersukan akan bergerak aktif dan mengeluarkan peluh di samping mencerna lebihan tenaga yang tersimpan dalam badan.Mengamalkan gaya hidup sihat dengan bersukan banyak mendatangkan kebaikan dalam hidup kita. Kemungkinan negara juga kehilangan atlet yang tersohor jikamutiara yang ada itu tidak digilap sebaiknya. badan akan menjadi cergas dan otak pula semakin cerdas. Peluang yang lebih adil dapat disediakan kepada pelajar yang tidak mampu menonjol dalam akademik tetapi mampu mengharumkan nama negara dalam bidang sukan dan menjana pendapatan yang lumayan. ( 101 pp ) Tujuan utama kerajaan melaksanakan program 1M1S ini adalah untuk melahirkan pelajar yang sihat fizikal dan mental. KPM telah mewajibkan setiap sekolah melaksanakan program ini agar minat pelajar terhadap aktiviti sukan dapat dipupuk sejak kecik. program 1M1S ini penting dalam usaha mencungkil bakat terpendam para pelajar dan menjadi pelapis atlet negara. Namun. Badan akan menjadi lebih cergas jika selalu melakukan aktiviti fizikal dan otak pula menjadi cerdas kerana peredaran darah yang membawa oksigen ke otak menjadi lebih lancar. sudah pasti bakat mereka akan hilang begitu saja. Jelaslah bahawa dengan melakukan aktiviti sukan. kebanyakan pelajar di Malaysia tidak begitu mementingkan penglibatan dalam aktiviti sukan kerana beranggapan aktiviti itu hanya membuang masa. ( 118 pp) Selain itu. Pelajar tidak lagi tertekan kerana hanya menjadi ulat buku sebaliknya dapat meluahkan tekanan ketika bersukan.

Perasaan suka duka yang dialami akan dikongsi bersama-sama. Ibu bapa wajar memberikan sokongan moral kepada anak-anak mereka dan tidak hanya menekankan pencapaian akademik sahaja. pelajarpelajar yang berlainan kaum dan budaya akan bersama-sama melakukan aktiviti dan semasa dalam pertandingan pula. Pada masa itu.menjadi platform untuk mengenal pasti bakat terpendam yang ada dalam diri setiap pelajar. Semasa menjalani aktiviti sukan. Pihak sekolah. bukan sekadar melepaskan batok di tangga. program 1M1S ini merupakan satu langkah yang sangat baik dan mendatangkan banyak manfaat kepada pelajar-pelajar. Di sini jelas terbukti bahawa aspirasi 1Malaysia mampu tercapai melalui hubungan yang terjalin ketika bersukan tetapi dengan syarat sukan tersebut tidak hanya dimonopoli oleh kaum tertentu sahaja dan situasi ini sebenarnya mampu diperbetulkan di peringkat sekolah. bekerjasama. nescaya Dasar Sukan Negara akan mencapai matlamatnya. ( 87 pp) Jumlah patah perkataan = 540 . ibu bapa dan masyarakat sepatutnya memberikan sepenuh kepercayaan terhadap pelaksanaan program ini. Jika semua perkara ini diasimilasikan. Pelajar pula perlu diterapkan dengan nilai menghargai kepentingan bersukan dalam diri masingmasing. Jalinan persahabatan yang dibina ketika menjalani aktiviti sukan diharap akan berkekalan selama-lamanya. mereka akan belajar erti bertoleransi. mereka akan bersatu hati untuk mencapai matlamat ke arah kejayaan. Pihak sekolah pula disarankan agar melaksanakan program ini dengan sebaik mungkin. (116 pp ) Kesimpulannya. ( 131 pp ) Kerajaan juga ingin mendidik pelajar-pelajar agar menyahut aspirasi 1 Malaysia menerusi budaya bersukan. Mereka juga akan faham erti bersatu teguh bercerai roboh. semangat berpasukan dan semangat setiakawan.

sampai ke peringkat antarabangsa 4. 2. 5. Oleh itu.meningkatkan sahsiah dan nilai murni setiap pelajar. Huraikan pendapat anda.membentuk pelapis atlit negara . Bidang sukan merupakan salah satu bidang yang penting di negara kita. aktiviti sukan mendatangkan faedah yang banyak kepada masyarakat dan negara kita. 3. Peranan ibu bapa untuk menggilap bakat anak-anak dalam bidang sukan. pihak yang bertanggungjawab dalam bidang sukan perlulah memainkan peranan yang berkesan dengan kerjasama semua pihak seperti ibu bapa. Meningkatkan perpaduan dan silaturahim. sudah pasti matlamat untuk memajukan bidang sukan di negara kita akan tercapai iaitu. Hal ini demikian kerana. Memupuk keyakinan diri dan memantapkan kebijaksanaan membahagi masa. Memupuk minat terhadap sukan dan membudayakan sukan dalam kalangan kanak-kanak serta remaja sejak di bangku sekolah. Dengan cara itu. Sekiranya ibu bapa memberikan galakan dan sokongan moral. 7. Mengoptimumkan prasarana sukan di sekolah. nama negara kita akan dikenali dan digeruni di peringkat antarabangsa melalui kejayaan atlet negara dalam bidang sukan.rohani dan intelek . Antara peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa adalah dengan memberikan galakan dengan cara membeli peralatan sukan untuk anak-anak . Meningkatkan kesihatan dan kecergasan setiap pelajar. di situ ada jalan. di mana ada kemahuan. 6. Menyeimbangkan jasmani. Mencungkil potensi sukan .emosi .KEBAIKKAN 1MURID 1SUKAN : 1.

Ibu bapa boleh menasihati anak-anak supaya memperuntukkan masa mereka dalam aktiviti kokurikulum seperti sukan dan permainan. mereka akan berasa lebih yakin untuk mencipta kemenangan pada peringkat yang lebih tinggi lagi. Ibu bapa juga perlu menggalakkan anak-anak untuk menceburkan diri dalam bidang sukan dengan aktif. Seterusnya.mereka. minat anak-anak dapat dikembangkan sekiranya peralatan yang sesuai dimiliki oleh mereka. mereka diharapkan dapat melakar kemenangan dan seterusnya mengharumkan nama sekolah. tinggi gunung. squash dan tenis. anak-anak yang berbakat dan berminat dalam sukan dan permainan tertentu bolehlah melibatkan diri dengan lebih aktif untuk mencipta kejayaan yang cemerlang. Hal ini demikian kerana. Di samping itu. Hal ini demikian kerana. ibu bapa hendaklah memberikan sokongan moral dengan menghantar anak-anak mereka ke tempat latihan atau permainan tersebut dijalankan. Sudah tentulah perkara ini akan memberikan kesan yang lebih mendalam kepada anak-anak dalam usaha untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu permainan iaitu. anak-anak akan lebih berminat untuk menceburkan diri dalam bidang sukan dengan serius. kasut dan alat-alat yang berkaitan dengan permainan yang diceburi oleh anak-anak mereka seperti raket badminton. Sekiranya anak-anak memiliki peralatan sukan yang lengkap dan sesuai sudah pastilah mereka lebih bersemangat untuk bersukan. Seterusnya. Sebagai contohnya. negeri dan negara. Ibu bapa perlulah membelikan anak-anak mereka majalah sukan yang diminati oleh mereka. Mereka juga akan mendapat maklumat atau perkembangan terkini dalam bidang sukan menerusi majalah-majalah sukan tersebut. kejayaan ahli-ahli sukan antarabangsa yang dipaparkan dalam majalah sukan tersebut akan menjadi . Oleh hal yang demikian. ibu bapa perlulah membelikan anak-anak mereka pakaian. daerah. Dengan cara itu. Bakat dan minat tersebut perlulah dipupuk dari bangku sekolah lagi untuk dikembangkan agar dapat mengharumkan nama negara di persada dunia. Selain itu. tinggi lagi harapan kami. anak-anak mereka lebih bersemangat untuk bergiat aktif dalam bidang sukan tersebut. Mereka juga boleh menemani anak-anak dan menyaksikan anak-anak mereka berlatih atau bertanding dalam sesuatu acara sukan atau permainan. Selain itu. aktiviti sukan akan menyihatkan dan mencergaskan badan.

peranan ibu bapa tidak boleh dikesampingkan dalam usaha untuk menggalakkan anak-anak bersukan. Ibu bapa tidak seharusnya mementingkan aspek kecemerlangan akademik semata-mata dan mengetepikan kepentingan sukan kepada anak-anak mereka. Bidang sukan merupakan salah satu bidang yang penting di negara kita. Dengan cara itu. daerah. ibu bapa perlulah diberikan kesedaran supaya memainkan peranan yang sepatutnya dalam usaha untuk melahirkan lebih banyak ahli sukan di negara kita. Perkara ini akan menjadi realiti jika pepatah. squash dan tenis. Sebagai contohnya. kasut dan alat-alat yang berkaitan dengan permainan yang diceburi oleh anak-anak mereka seperti raket badminton. Sekiranya ibu bapa memberikan galakan dan sokongan moral. Oleh itu. "genggam bara api biar sampai jadi arang" sentiasa menjadi amalan dalam diri setiap orang yang ingin akan kejayaan. Hal ini demikian kerana. mereka diharapkan dapat melakar kemenangan dan seterusnya mengharumkan nama sekolah. Kita mahu agar kecemerlangan akademik dan kecemerlangan sukan bergerak seiring sekiranya mahu negara kita maju dalam bidang sukan. minat anak-anak dapat dikembangkan sekiranya peralatan yang sesuai dimiliki oleh mereka. negeri dan negara. di mana ada kemahuan. ibu bapa perlulah membelikan anak-anak mereka pakaian. sudah pasti matlamat untuk memajukan bidang sukan di negara kita akan tercapai iaitu. Antara peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa adalah dengan memberikan galakan dengan cara membeli peralatan sukan untuk anak-anak mereka. Secara keseluruhannya. Seterusnya. Sekiranya anak-anak memiliki peralatan sukan yang lengkap dan sesuai sudah pastilah mereka lebih bersemangat untuk bersukan. nama negara kita akan dikenali dan digeruni di peringkat antarabangsa melalui kejayaan atlet negara dalam bidang sukan. di situ ada jalan. Oleh hal yang demikian. Ibu bapa boleh menasihati anak-anak supaya memperuntukkan masa mereka dalam aktiviti kokurikulum seperti sukan dan . pihak yang bertanggungjawab dalam bidang sukan perlulah memainkan peranan yang berkesan dengan kerjasama semua pihak seperti ibu bapa. aktiviti sukan mendatangkan faedah yang banyak kepada masyarakat dan negara kita. Oleh itu.idola dan pencetus semangat serta motivasi kepada anak-anak untuk menjadi ahli sukan yang berjaya. Ibu bapa juga perlu menggalakkan anak-anak untuk menceburkan diri dalam bidang sukan dengan aktif.

Hal ini demikian kerana. Kita mahu agar kecemerlangan akademik dan kecemerlangan sukan bergerak seiring sekiranya mahu negara kita maju dalam bidang sukan. peranan ibu bapa tidak boleh dikesampingkan dalam usaha untuk menggalakkan anak-anak bersukan. aktiviti sukan akan menyihatkan dan mencergaskan badan. Hal ini demikian kerana. mereka akan berasa lebih yakin untuk mencipta kemenangan pada peringkat yang lebih tinggi lagi. Ibu bapa tidak seharusnya mementingkan aspek kecemerlangan akademik semata-mata dan mengetepikan kepentingan sukan kepada anak-anak mereka. ibu bapa hendaklah memberikan sokongan moral dengan menghantar anak-anak mereka ke tempat latihan atau permainan tersebut dijalankan. Di samping itu. tinggi gunung.permainan. anak-anak yang berbakat dan berminat dalam sukan dan permainan tertentu bolehlah melibatkan diri dengan lebih aktif untuk mencipta kejayaan yang cemerlang. Secara keseluruhannya. Selain itu. ibu bapa perlulah diberikan kesedaran supaya memainkan peranan yang sepatutnya dalam usaha untuk melahirkan lebih banyak ahli sukan di negara kita. anak-anak mereka lebih bersemangat untuk bergiat aktif dalam bidang sukan tersebut. kejayaan ahli-ahli sukan antarabangsa yang dipaparkan dalam majalah sukan tersebut akan menjadi idola dan pencetus semangat serta motivasi kepada anak-anak untuk menjadi ahli sukan yang berjaya. Perkara ini akan menjadi . anak-anak akan lebih berminat untuk menceburkan diri dalam bidang sukan dengan serius. Selain itu. Bakat dan minat tersebut perlulah dipupuk dari bangku sekolah lagi untuk dikembangkan agar dapat mengharumkan nama negara di persada dunia. Seterusnya. Mereka juga akan mendapat maklumat atau perkembangan terkini dalam bidang sukan menerusi majalah-majalah sukan tersebut. tinggi lagi harapan kami. Sudah tentulah perkara ini akan memberikan kesan yang lebih mendalam kepada anak-anak dalam usaha untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu permainan iaitu. Dengan cara itu. Mereka juga boleh menemani anak-anak dan menyaksikan anak-anak mereka berlatih atau bertanding dalam sesuatu acara sukan atau permainan. Oleh itu. Ibu bapa perlulah membelikan anak-anak mereka majalah sukan yang diminati oleh mereka.

kerajaan telah memperkenalkan dasar 1Murid 1Sukan. duduk sama rendah dengan negara maju yang lain dalam bidang sukan. Peribahasa ada mengatakan “Jikalau tiada angin . Langkah . Karangan Dasar 1 Murid 1 Sukan telah diperkenalkan oleh kerajaan. Pada pendapat anda. Dasar ini perlu diperkenalkan kerana negara kita ketinggalan dalam kebanyakan acara sukan bertaraf dunia. Satu daripada usaha yang perlu dilakukan oleh ibu bapa ialah mereka perlu menjadi model atau jurulatih kepada anak-anak kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya.realiti jika pepatah. kita mestilah melakukan sesuatu. apakah peranan yang perlu dimainkan oleh ibu bapa bagi menggalakkan anakanak menceburi bidang sukan. Selepas diumumkan oleh Y. Ibu bapa perlu berjinak-jinak dalam bidang sukan. Terdapat pelbagai usaha yang perlu dilakukan oleh ibu bapa bagimenggalakkan anak-anak menceburi bidang sukan. masakan pokok bergoyang”. dasar ini telah menjadi buah mulut masyarakat. "genggam bara api biar sampai jadi arang" sentiasa menjadi amalan dalam diri setiap orang yang ingin akan kejayaan. Jika negara kita mahu berdiri sama tinggi. Pihak media massa sama ada media cetak mahupun media elektronik saban hari mengetengahkan perkara tersebut sebagai isu utama.B Tan Sri Muhyidin bin Yasin. Jawapan isi: Menjadi model atau jurulatih kepada anak-anak Mendorong anak-anak meminati bidang sukan sejak kecil Memberikan penghargaan dan galakan kepada anak-anak apabila mereka mencapai kejayaan Anak-anak juga perlu didedahkan dengan bahan bacaan tentang pelbagai jenis sukan Baru-baru ini. Hal ini bermakna setiap murid harus melibatkan diri secara aktif dalam salah satu acara sukan yang paling diminati.A. merangkap Menteri Pelajaran. Dalam hal ini. semua pihak terutamanya ibu bapa perlu membantu pihak kerajaan bagi merealisasikan hasrat kerajaan ini. khususnya ibu bapa. Timbalan Perdana Menteri.

daerah atau sebarang pertandingan sukan. Ibu bapa perlu mengingatkan anak-anak bahawa di sebalik kekalahan sebenarnya kita memperoleh sesuatu yang lebih berharga. Melalui aktiviti ini. anak-anak amat memerlukan sokongan daripada ibu bapa sama ada secara langsung atau tidak langsung. iaitu pengalaman yang tidak dapat dibeli di mana-mana. ibu bapa perlu mendorong anak-anak supaya meminati bidang sukan sejak kecil bak kata pepatah kalau hendak melentur buluh biarlah daripada rebungnya. ibu bapa mestilah memberikan penghargaan atau pujian kepada anak-anak. bakat anak yang terpendam dapat digilap. Di samping itu. Selain dapat meningkatkan tahap kesihatan.Tegasnya. Dalam hal ini. anak-anak tersebut akan menjadi jaguh sukan pada suatu hari nanti setelah diasuh oleh ibu bapa mereka. Selain itu. semangat untuk berlatih atau menceburi . ibu bapa dapat mendedahkan aktiviti sukan kepada anak-anak ibarat sambil menyelam minum air. apabila anak-anak tidak mencapai kemenangan dalam sesuatu pertandingan. Mereka mestilah menjadi pendorong kepada anak-anak untuk mengambil bahagian dalam pertandingan peringkat sekolah. ibu bapa perlu memotivasikan anak-anak supaya mereka rajin berusaha kerana usaha tangga kejayaan. Apabila dipuji dan penghargaan diberikan kepada mereka. Jika usaha ini diteruskan dari masa ke masa. Oleh yang demikian. bakat tersebut kemungkinannya dimiliki oleh anak-anak merekabagai kuah tumpah ke nasi. ibu bapa hendaklah membawa anak-anak berjoging di kawasan padang atau stadium yang berhampiran. Selepas itu. Sebagai contohnya. Semasa anak-anak mencapai kejayaan pada kali pertama dalam acara sukan yang disertai. ibu bapa perlu memberikan dorongan dengan mengucapkan katakata bahawa sekali tewas tidak bermakna akan tewas buat selama-lamanya. Jika ibu bapa merupakan jaguh sukan sebelum ini. ibu bapa perlulah memberikan penghargaan dan galakan kepada anak-anak apabila mereka mencapai kejayaan. ibu bapa hendaklah bermain badminton atau bola sepak dengan anak-anak.yang paling awal ialah ibu bapa hendaklah membawa anak-anak berjoging atau beriadah. Sebagai contohnya. sokongan daripada ibu bapa sangat besar impaknya kepada anak-anak untuk mencapai kejayaan yang gemilang.

Sebagai contohnya. strategi. Usaha yang dilakukan oleh ibu bapa ini bukanlah memberikan peluang kepada anak-anak untuk membuat sesuatu agar mendapat habuan tetapi membuatkan anak-anak merasai bahawa dirinya dihargai. ibu bapa merupakan insanyang menjadi pendorong selain guru di sekolah. Dalam hal ini. Bukan itu sahaja. dan sebagainya. Melalui cara ini. Sebagai kesimpulannya. teknik. Pujangga menyatakan.bidang tersebut dengan lebih giat akan meningkat. melalui Dasar 1Murid 1Sukan. Tindakan ibu bapa akan menjadi ikutan anak-anak ibarat bapa borek anak rintik jika mereka turut sama aktif dalam bidang sukan. anak-anak juga perlu didedahkan dengan bahan bacaan tentang pelbagai jenis sukan. ibu bapa hendaklah membelikan anak-anak mereka peralatan sukan yang diminati seperti pakaian. Menurut ahli psikologi. Melalui bahan bacaan tersebut. Sebagai contohnya. Oleh itu. `Membaca Jambatan Ilmu’. hoki. pemakanan. Usaha ini selari dengan dasar 1 Murid 1 Sukan yang memerlukan murid bukan sahaja mahir bermain malah memahami sesuatu permainan. usaha ini diibaratkanketam mengajar anaknya berjalan dengan betul. tokoh yang berjaya. Ibu bapa tidak seharusnya mengharapkan guru-guru sahaja untuk membimbing anak-anak mereka bagi merealisasikan dasar ini. Banyak ilmu yang akan diperoleh tentang acara sukan dari segi sejarah. minat seseorang dalam sesuatu perkara akan meningkat jika diberi ganjaran atau penghargaan. murid-murid bukan sahaja memiliki kemahiran dalam sesuatu permainan. Jika ibu bapa menyuruh anak-anak melibatkan diri dalam bidang sukan. . ibu bapa merupakan sumber inspirasi kepada anakanak untuk menceburi bidang sukan. kasut atau peralatan sukan lain sebagai hadiah. anak-anak akan mengetahui acara sukan yang diceburi dengan lebih mendalam. sedangkan mereka tidak melakukannya bersama-sama. malah mereka mampu menjadi jurulatih atau pengadil walaupun tidak mempunyai bakat untuk bermain pada suatu hari nanti. aspek kejurulatihan. mereka akan gembira dan menjadikan aktiviti sukan tersebut menyeronokkan. Untuk merealisasikan Dasar 1Murid 1Sukan. murid perlu membaca pelbagai majalah yang berkaitan dengan acara sukan yang diminati seperti majalah sukan bola sepak. dan sebagainya.

Jika ibu bapa berjaya memainkan peranannya. kokurikulum dan sahsiah. sukan di negara kita akan terus gemilang selaras dengan slogan `Majulah Sukan untuk Negara’ .kerjasama daripada semua pihak amat penting bagi melahirkan individu yang seimbang dalam bidang kurikulum.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful