You are on page 1of 20

TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran

(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

TUGASAN JANUARI 2013 SEMESTER


KOD KURSUS EIT 311

NAMA KURSUS

TEKNOLOGI PENGAJARAN

INSTRUKSIONAL

&

SUMBER

PROGRAM

SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

ROSELAWATI MUHAMMAD

NO. MATRIK

E 30203120298

NAMA FASILITATOR AKADEMIK

TN HJ MUSTAPHA.........

PUSAT PEMBELAJARAN

AeU CAWANGAN KUANTAN SEMPURNA RESORT JALAN KUANTAN-PEKAN

Penghargaan

TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

Bersyukur kehadrat Allah SWT

kerana dengan

izinNya saya telah

berjaya

menyiapkan kerja kursus yang telah diamanahkan mengikut masa yang telah ditetapkan. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu Tuan Haji Encik Che Mohd Zamzuri, yang telah banyak membantu dengan penuh komited dalam membimbing, menasihat, memberi dorongan serta tunjuk ajar yang berguna di sepanjang saya menjalankan tugasan ini. Sesungguhnya telah banyak yang dapat saya pelajari dan mendalami perkara-perkara yang saya kurang mahir sebelum ini. Sekaligus dapat digunakan untuk meningkatkan profesion sebagai seorang guru. Tidak lupa juga jutaan terima kasih disampaikan buat Guru Besar dan semua guru di Sekolah Kebangsaan Temerloh Jaya yang terlibat dalam memberikan kerjasama yang tidak terhingga dalam memastikan tugasan ini berjalan dengan lancar. Ucapan terima kasih juga untuk rakan-rakan dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyumbangkan idea-idea bernas untuk tugasan ini, Akhir sekali, ribuan terima kasih juga diucapkan buat suami yang dikasihi serta anakanak tersayang yang banyak memberi dorongan dan sokongan sepanjang pengajian hingga ke hari ini. Semoga Allah s.w.t memberkati usaha dan pertolongan mereka semua. Amin... Roselawati bt Muhammad Sem March 2012 (PPG - AeU)

TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

Penghargaan
1.0

Pengenalan 1.1 Konsep Kemahiran Profesional Keguruan 1 - 2 2 - 3

2.0 3.0

Konsep Cabaran Cabaran Semasa Seorang Guru Sekolah Rendah 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 Inovasi Dalam Kurikulum Cabaran Revolusi Maklumat Cabaran Pengajaran dan Pembelajaran Cabaran Masalah Disiplin dan Masalah Sosial Cabaran Dengan Pihak Pentadbiran Cabaran Dengan Rakan Sejawat Cabaran Dengan Ibu Bapa / Penjaga

3 - 4 5 - 6 6 - 7 8 9 10 11 12 13

Kesimpulan Bibliografi

TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

1.0 Pengenalan Sistem Guru merupakan seorang pendidik dan pembimbing kanak-kanak yang akan menjadi warisan kebudayaan dan ilmu pengetahuan untuk memajukan bangsa dan Negara pada masa depan. Sebenarnya guru berperanan penting dalam bidang pendidikan untuk mengeluarkan produk yang berkualiti tinggi. Oleh yang demikian, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, professional, daan sosial yang baik dan murni. Saya percaya hanya guru yang mempunyai tatasusila yang tinggi akan berjaya menjalankan tugasnya sebagai seorang pendidik dengan sempurna tanpa ada cacat celanya. Bagi saya, falsafah pendidikan yang saya sematkan dalam jiwa saya amat menitik beratkanya kepada produk yang bakal saya keluarkan .Selain memberikan pendidikan yang bermutu kepada anak-anak didik saya , saya juga turut menekankan soal moral dan sahsiah diri yang digarap bersama dalam usaha melahirkan generasi yang lebih produktif dan inovatif. Saya bertanggungjawab mencorakkan masa depan anak-anak didik saya dan untuk itu saya akan pastikan saya bersama rakan-rakan sekerja akan membuat kajian dan rujukan untuk kebaikan mereka. Bagi saya, anak-anak didik saya ini bukan hanya dapat menguasai pendidikan akademik semata-mata, malah moral dan sahsiah diri juga penting dan perlu seimbang. Sememangnya Profesion Perguruan di Malaysia memerlukan reformasi profesionalisme yang radikal dan paradigma bagi mengatasi berbagai-bagai masalah, cabaran, dan jangkaan baru dalam merealisasikan agenda-agenda pembangunan pendidikan menjelang abad ke-21. Peranan pendidikan dalam mencorakkan arus perubahan dan pembangunan masyarakat memerlukan anjakan paradigma profesionalisme perguruan yang lebih dinamis dan progresif. Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di sekolah. Guru juga mesti tahu kaedah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang hendak disampaikan olehnya. Disamping itu, guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, sabar, bermurah hati, dan sentiasa bersifat penyayang sejajar dengan aspirasi pendidikan untuk melahiran seorang guru yang penyayang. Kebanyakan kualiti kecekapan dan sahsiah serta

TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

kecerdasan emosi guru adalah hasil daripada latihan yang membolehkan seseorang guru menguruskan pengajarannya dengan lebih berkesan. Latihan ini termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psikologi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran. Selain tugas dalam bilik darjah, guru juga mempunyai peranan-peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat. Misalnya, guru diharapkan menjadi pengganti ibu bapa, menjadi penasihat dan pembimbing di dalam pembentukan sahsiah murid, menjadi kaunselor kepada murid-murid, menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik dalam masyarakat. Di bawah konteks profesionalisme keguruan, saya percaya pengetahuan yang diperolehi, kemahiran dan kefahaman tugas dan tanggungjawab serta sikap seseorang guru merupakan faktor-faktor penentu yang penting. Dengan faktor-faktor perkhidmatan ini, seseorang guru boleh memenuhi nilai profesionalisme dalam erti kata sebenar. Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan, seorang guru haruslah mempunyai ilmu pengetahuan yang lengkap serta mendalam, menguasai kemahiran mengajar, mempunyai kefahaman terhadap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan serta mempunyai sikap positif terhadap pekerjaannya. Hanya guru yang telah memperoleh kualiti-kualiti terebut barulah boleh menjalankan tugas dengan sempurna dan berkesan. Guru juga perlu mempunyai pengetahuan yang kemas kini dalam bidang pendidikan, khususnya dalam aspek-aspek kaedah mengajar, perancangan penggunaan sumber dan aktiviti murid, menangani kelemahan murid dan meningkatkan kemahiran dan cara belajar, penggunaan teknologi maklumat, pengetahuan dalam pengurusan bilik darjah, pengetahuan mengenai teori terkini dan sebagainya. Pengetahuan dalam bidang ini amat penting bagi meningkatkan kemahiran dan kepakaran guru-guru dalam menangani berbagai-bagai permasalahan dan cabaran atau halangan yang dihadapi dalam bidang pendidikan, pembelajaran, dan persekolahan.

BAHAGIAN B

TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

2.0

Pengenalan Istilah falsafah berasal daripada dua perkataan Yunani, iaitu philos (bermakna

mencintai) dan Sophia (bermakna kebijaksanaan). Dengan berpandukan kepada makna dua perkataan Yunani ini, istilah falsafah boleh diertikan sebagai perihal mencintai kebijaksanaan. Pada zaman Yunani yang bertamadun kira-kira 2500 tahun yang dahulu, ahli-ahli falsafah yang terkemuka seperti Socrates, Plato, dan Aristotle sentiasa berusaha cuba memikir, menilai, mentafsir kehidupan dan pengalaman manusia dengan tujuan mencari kebenaran dan nilai hidup yang sempurna. Hakikat ini dapat dikesan daripada dialog ahli-ahli falsafah yang direkodkan dalan Zaman Yunani tersebut. Falsafah, dalam zaman Yunani dan selepas beberapa kurunnya, merangkumi bidang yang amat luas, termasuk perkara-perkara seperti saians, matematik, teologi, psikologi, sosiologi, dan ekonomi. Secara khususnya, falsafah melibatkan diri terhadap kajian tentang ilmu, alam nyata, fitrah manusia, dan masyarakat. Pada amnya , tugas utama seorang ahli falsafah ialah menilai kehidupan dan pengalaman manusia dengan cara menganalisis dan member interprestasi, kemudian mencari rumusan yang boleh membawa taksiran secara keseluruhan terhadap ilmu dan kebenaran yang berkaitan dengan kehidupan dan pengalaman manusia. Penemuan dan rumusan ahli falsafah adalah amat berguna, dan akan dapat menjadi pedoman kepada orang untuk mencari kehidupan yang sempurna ataupun menentukan haluan untuk pembangunan dan kemajuan Negara. Ringkasnya, falsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional, dan bernas. Pemikiran dan pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik, dan logikal. Tujuan Falsafah ialah mencari serta membuktikan kebenaran dan memberi hala tuju atau pedoman untuk perkaraperkara yang penting dalam kehidupan. Dalam menyiapkan kerja kursus yang diberikan, saya telah memilih dua orang ahli falsafah yang terkenal iaitu ahli falsafah Confucius dan AlFarabi.

2 .0

Latar Belakang

TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

2.1

Confucius Confucius (disebut sebagai coon-FYU-shuss dalam Bahasa Inggeris) dan dalam

Bahasa Cina sebagai Kung Fu Tzu dilahirkan pada 551 sebelum masihi ( iaitu kiri-kira 2600 tahun yang lampau) di Quyi ( kini di Wilayah Shandong). Ayahandanya yang merupakan seorang komander negeri Lu meninggal dunia ketika dia masih kecil iaitu 3 tahun. Walaupun keluarganya berketurunan bangsawan, mereka tidak kaya-raya. Keluarganya sungguh miskin. Confucius berkahwin dengan Chikuan pada umur 19 tahun, dan kemudiannya menjadi ayah kepada seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan. Confucius sanggup menjalankan pelbagai kerja seperti gembala, kerani, dan penyimpan kira-kira untuk menyara hidup mereka. Selepas ibunya meninggal dunia pada tahun 572S.M. , beliau kembali ke kampungnya dan telah memulakan pekerjaannya sebagai guru. Beliau mengembara dan mengajar murid-murid yang berkumpul berhampirannya. Kemashyurannya serta sifat-sifat murninya luas tersebar di seluruh negeri Lu. Selepas beberapa tahun, ajaran serta teorinya disebarkan secara meluas ke seluruh China oleh anak muridnya da kemudian ramai orang telah memanfaatkannya. Confucius yang ketika itu berusia 52 tahun, telah dilantik sebagai majistret Chungtu dan pada tahun yang seterusnya, beliau telah menjadi menteri jenayah bagi negeri Lu. Dengan pentadbirannya yang baik, beliau berjaya melaksanakan reformasi baru, keadilan ditegakkan dan kes-kes jenayah berkurangan sehingga hamper dihapuskan. Confucius meninggalkan kawasan pentadbirannya pada tahun 496 S.M. untuk mengembara sambil mengajar di sekitar Negara-negara kecil di timur laut dan pertengahan China serta menjelaskan kepercayaan politiknya dengan harapan dapat memujuk raja-raja Negara lain membenarkan beliau melancarkan reformasi. Kerap kali beliau meluahkan pendapatnya tentang kepentingan nilai moral tinggi dikalangan ahli pemimpin. Ramai diantara mereka yang tidak menyukai pandangan Confucius dan beliau telah dipenjarakan selama 5 hari. Semasa beliau berumur 69 tahun beliau kembali ke Lu dan menulis buku dalam bidang falsafah, sejarah , ekonomi, budaya, muzik, dan matematik. Confucius sungguh minat belajar dan mengajar. Pada ketika itu di China, pendidikan hanya terhad kepada pegawai Kerajaan dan golongan aristokrat. Pendidikan untuk golongan muda aristokrat bertumpu kepada pendidikan seni, ketenteraan, muzik, kalifrafi, matematik, memanah dan memandu kereta kuda. Rakyat biasa tidak menerima apa jua pendidikan dan tidak wujud profesion guru penuh masa.

TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

Di akhir tempoh Musim Bunga dan Luruh, masyarakat China yang dilanda dengan huru-hara dan keganasan yang berdasarkan pemilikan hamba telah berubah kepada masyarakat feudal. Masyarakat dibahagikan kepada golongan aristocrat, sarjana, petani, pekerja mahir, saudagar, dan rakyat jelata. Pendidikan dikhususkan untuk golongan atasan sahaja. Confucius mencabar monopoli akses pendidikan kepada golongan atasan dengan menubuhkan sebuah akademi swasta yang menawarkan peluang pendidikan kepada semua orang iaitu miskin dan kaya. Menurut Confucius Pengajaran saya, adalah terbuka kepada semua orang, tanpa perbezaan. Confucius mula menerima pengikut ketika belaiau berusia 30 tahun lagi dan memilih kira-kira 3000 orang menjadi pengikutnya yang mana mereka telah didedahkan kepada falsafah dan pengajarannya. Pengikutnya telah mencatat idea-idea Confucius sehingga beliau meninggal dunia pada usia 72 tahun. Pengaruh Confucius agak nyata dalam bidang politik, ekonomi, budaya, etika, dan moral Cina. Antara hasil karya belaiau yang terkenal iailah : 1) Book of Odes ( Syair Pujian ) ( Shi ) 2) Book of History ( Buku Sejarah ) ( Shu ) 3) Book of Rites ( Buku Upacara Adat Resam ) ( Li ) 4) Book of Music ( Buku Muzik ) ( Yue ) 5) Book of Changes ( Buku Perubahan ) ( Yi ) 6) Spring and Autumm Annals ( Buku Musim Bunga & Luruh ) ( Chunqiu ) Kata-kata Confucius pula dicatat dalam satu koleksi yang dipanggil Analects yang terdiri daripada 20 buku. Dalam Analects ini dibentangkan hujah-hujah Confucius tentang keluarga yang menekankan ketaatan kepada ibu bapa, isteri menghormati suami, dan penghormatan kepada nenek moyang. Selain itu, dibincangkan isu-isu yang berkaitan dengan agama, pendidikan, adat resam. Muzik, kerajaan, dan kebaikan. Buku-buku ini telah menjadi asas sistem pendidikan cina feudal selama 2000 tahun sehingga tahun 1919.

2.2 Al-Farabi

TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

Satu keistimewaan tokoh ilmuan Islam, mereka bukan sahaja menguasai satu bidang tertentu, malah mempunyai kemahiran dalam pelbagai ilmu. Tulisan ahli falsafah Yunani seperti Plato dan Aristotle mempunyai pengaruh yang besar terhadap pemikiran ahli falsafah Islam. Salah seorang ahli falsafah Islam yang terpengaruh dengan pemikiran kedua tokoh tersebut ialah Al-Farabi. Nama sebenarnya ialah Abu Nasr Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu Tarkhan Ibnu Uzlaq Al-Farabi. Beliau lahir pada tahun 874M (260H) di Transoxia yang terletak dalam Wilayah Wasij di Turki. Bapanya merupakan seorang anggota tentera yang miskin tetapi semua itu tidak menghalangnya daripada mendapat pendidikan di Bangdad. Beliau telah mempelajari bahasa Arab di bawah pimpinan Ali Abu Bakr Muhammad ibn al-Sariy. Beliau banyak menyumbang dalam bidang falsafah mantik, sosiologi, dan sains. Dia berpindah ke Baghdad dan mempelajari tatabahasa, logik, falsafah, muzik, matematik, dan sains dan digelar Guru Kedua manakala ahli falsafah Yunani Aristotle digelar Guru Pertama. AlFarabi dianggarkan telah menulis kira-kira 400 buah buku, tetapi 117 judul yang masih tinggal yang terdiri daripada 43 buah buku logik, 11 buah buku berkenaan metafizik, 7 buah buku berkenaan sains politik, 17 buah buku berkenaan muzik, sosiologi dan perubatan, dan 11 ialah tulisan komentar. Al-Farabi terdidik dengan sifat Qanaah yang menjadikan beliau seorang yang amat sederhana, tidak gilakan harta dan cintakan dunia. Beliau lebih menumpukan perhatian untuk mencari ilmu daripada mendapatkan kekayaan duniawi. Sebab itulah Al-Farabi hidup dalam keadaan yang miskin sehingga beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada tahun 950M (339H). Walaupun Al-Farabi merupakan seorang yang zuhud tetapi beliau bukan ahli sufi. Beliau merupakan seorang ilmuwan yang cukup terkenal zamannya. Beliau berkemampuan menguasai pelbagai bahasa. Selain itu, beliau juga merupakan seorang pemuzik yang handal. Lagu yang dihasilkan meninggalkan kesan secara langsung kepada pendengarnya. Selain mempunyai kemampuan untuk bermain muzik, beliau juga telah mencipta satu jenis alat muzik yang dikenali sebagai gambus..

Antara hasil karya beliau ialah :

TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

Fesus al-Hikam ialah sebuah buku falsafah yang telah digunakan sebagai buku teks untuk bberapa abad dipelbagai pusat pembelajaran dan masih digunakan hingga hari ini.

Ara Ahl al-Madina al-Fadila buku yang terkenal dalam bidang sosiologi. Kitab al-Musiqa ( Buku Unggul Muzik) ialah sebuah buku muzik. Beliau ialah seorang pakar dalam seni muzik dan telah mencipta beberapa peralatan muzik. Beliau dikatakan boleh bermain muzik yang boleh membuat pendengar menangis atau ketawa.

Kitab al-Ihsa al Ulum ialah buku yang membincangkan klasifikasi prinsipprinsip asas sains dengan cara yang unik dan berguna. Ara Ahl al-Madina al-Fadila (Bandaraya Model) ialah sesuatu sumbangan signifikan dalam bidang sosiologi dan sains politik.

3.0 MATLAMAT PENDIDIKAN

TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

3.1 Matlamat Pendidikan Menurut Confucius Falsafah pendidikan konfusianisme adalah berasas daripada pemikiran Confucius (551-479 sm) dan pengikut-pengikutnya seperti Mengzi (372-289 SM), Xunzi (313-238 SM ) Dan Hanyu ( 768-824) dari negeri China. Dari pandangan tokoh-tokoh pendidikan konfusianisme, ramai di antara mereka berpendapat peranan utama pendidikan ialah membina tingkah laku manusia supaya menjadi orang yang berakhlak mulia, mengikut peraturan serta taat dan cinta kepada pemerintah dan Negara. Confucius seorang tokoh pendidik serta ahli falsafah yang terkemuka di negeri China, menegaskan pendidikan adalah proses untuk memupuk kesempurnaan tingkah laku manusia dan ini boleh dicapai melalui amalan tingkah laku yang bersopan santun, bertimbang rasa, ikhlas hati, sederhana, menghormati orang tua, menyayangi orang yang lebih muda serta taat cinta kepada pemerintah dan Negara. Confucius, seorang ahli falsafah dan pendidik Cina yang sangat terkenal. Dirinya dikenali sebagai seorang guru, menggunakan kaedah dan pendekatan pendidikan yang sangat informal, bersesuaian dengan karektor individu yang berbeza-beza. Beliau mencadangkan kepada anak didiknya apa yang perlu dipelajari, berbincang dengan mereka dan kadang kala hanya mendengar hujah dan ulasan anak didiknya dengan sabar. Beliau mengatakan bahawa pendidikan hendaklah dilaksanakan dengan penuh kasih sayang. Oleh itu, beliau mendidik tanpa mengira latar belakang anak didiknya Confucius mengakui bahawa setiap individu mempunyai potensi yang berbeza, dan oleh itu, beliau mengajar muridnya mengikut kebolehan individu. Beliau pula menggunakan strategi perbincangan untuk menyampaikan pelajaran. Menurut beliau juga, peranan pendidikan ialah untuk melahirkan orang budiman yang kompeten dan mempunyai nilai moral yang tinggi. Antara nilai-nilai yang diutamakan ialah kesayangan kepada ibu bapa, menghormati orang tua, menjimat cermat dan sebagainya. Dengan mempertingkatkan nilai moral individu, masyarakat akan menjadi lebih mulia, rakyat akan mematuhi undang-undang, Negara akan ditadbir dengan sebaik-baiknya dan semua individu akan mengikuti jalan yang lurus dan tidak menyeleweng. Selain itu , beliau juga yakin pendidikan juga memainkan peranan yang penting dalam pembangunan masyarakat dengan mengubah sifat individu. Confucius turut mengecam pilih kasih dan pemindahan jawatan daripada satu generasi

TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

kepada generasi seterusnya dikalangan golongan aristokratik yang wujud. Beliau mencadangkan perlantikan kesesuatu jawatan berdasarkan merit dan keupayaan.

Menurut Confucius juga, pendidikan adalah untuk semua manusia tanpa pengecualian. Pelajar-pelajar beliau dating daripada golongan paling rendah hingga ke golongan tertinggi. Pembukaan peluang pendidikan kepada lebih ramai orang telah menyumbang kepada reformasi politik serta penyebaran budaya. Matlamat pendidikan yang utama adalah untuk melahirkan individu budiman yang berupaya atau individu berkualiti yang bermulia tinggi dan kompeten.. Orang seumpama inilah yang akan memegang jawatan dalam perkhidmatan awam dan menjalankan tugas dengan penuh integriti. 4.2 Matlamat Pendidikan Menurut Al-Farabi Al-Farabi menggunakan pelbagai istilah untuk menerangkan konsep pendidikan yang secara tak langsung merupakan peranan seorang guru. Baginya tujuan pendidikan ialah untuk mendisiplin (tadib), melatih (tahdhib), membimbing (tasdid), mengajar (talim), mengasuh (tarbiya), pembelajaran (irtiyad) , menaksir (taqwim), dan asuhan (tarbiya). Tugas guru ialah mendidik pelajar ke arah mencapai kebahagiaan dan kesempurnaan (bermoral tinggi) kerana manusia dicipta untuk tujuan ini. Dalam erti kata lain, matlamat pendidikan ialah pembentukan suatu komuniti idea dimana orang tolong menolong dan bekerjasama kea rah pencapaian kebahagiaan. Menurut Al- Farabi, pendidikan adalah penting untuk semua orang kerana tanpa pendidikan manusia tidak akan mencapai kebahagiaan dan kesempurnaan yang diidam-idamkan. Beliau juga sungguh prihatin tentang aspek spiritual individu dan matlamat utama pendidikan ialah kelahiran manusia yang sempurna. Tujuan untuk setiap manusia ialah untuk pencapaian kebahagiaan yang merupakan kesempurnaan yang paling tinggi. Manusia sempurna yang dimaksudkan oleh Al-Farabi ini ialah individu yang telah memperolehi budi mulia teoretikal dan budi mulia praktikal. Peranan pendidikan yang ditekankan ialah untuk memastikan pelajar menguasai nilainilai yang menjadikan seseorang itu berbudi mulia. Al-Farabi mentakrifkan budi mulia sebagai sesuatu keadaan minda dimana manusia melakukanperkara-perkara yang baik dan bermurah hati. Antara budi mulia yang dikenal pasti oleh Al-Farabi ialah kesederhanaan,

TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

keberanian, bermurah hati, keadilan, kawalan-kendiri, dan sebagainya. Belaiu juga menekankan pentingnya manusia tidak taksub dengan keterlaluan akan kebendaan.

4.0 KURIKULUM 4.1 Kurikulum Mengikut Confusius Menurut Confucius, terdapat tiga asas pendidikan iaitu perkembangan nilai moral, pengetahuan, dan kemahiran. Menurut beliau, antara nilai moral yang diberi penekanan adalah berkait rapat dengan hubung kaitan diantara manusia dan terdiri daripada nilai- nilai seperti menyayangi ibu bapa(xiao), menghormati orang tua (ti) ,kesetiaan,kemaafan(zhong), menghormati(gong), budi pekerti (kuan), ketekunan(min),keikhlasan (hui), berbuat baik(liang), berjimat cermat(jian), toleransi(rang), hikmah(zhi), keberanian(yong), dan berbakti(di). Konsep pendidikan moral yang dicadangkan oleh beliau adalah berlandaskan konsep ren atau sifat kemanusiaan yang juga bermaksud menyayangi jiran tetangga. Dalam memahami ren , seseorang itu dapat mendisiplinkan diri sendiri untuk mematuhi norma-norma social dan adat istiadat yang dianggap betul dan mulia oleh masyarakat. Konsep pendidikan Moral Confucius bertujuan untuk menamatkan kekacauan politik dan keruntuhan moral di China ketika itu. Golongan yang bermoral tinggi akan dapat membantu golongan aristocrat mentadbir Negara dengan penug integriti. Confucius juga menyarankan bahawa semua orang perlu memupuk kelakuan baik dan menerima pendidikan moral. Sebagai pengasas system pendidikan feudal China, beliau telah mencadangkan kandungan dan garis panduan pengajaran pendidikan moral. Beliau berpegang kepada kepercayaan bahawa pendidikan moral boleh diajar dan kemuliaan boleh diperkembangan. Idea-idea yang dikemukakan oelh Confucius telah menentukan rangkaian hubungan sosial di Cina feudal. Asas pendidikan yang seterusnya di cadangkan oleh Confucius ialah pengetahuan. Selain pendidikan moral Confucius juga prihatin dengan perkembangan intelek, penerapan budaya, kebolehan dan kemahiran untuk menjalankan tanggungjawab rasmi. Belaiu mencadangkan enam karya yang menjadi asas pengetahuan yang perlu dikuasai pelajar seperti Book of Odes ( Syair Pujian ),

TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

( Shi )Book of History ( Buku Sejarah ) ( Shu ) , Book of Rites ( Buku Upacara Adat Resam ) ( Li ), Book of Music ( Buku Muzik ) ( Yue ), Book of Changes ( Buku Perubahan )( Yi ) ,Spring and Autumm Annals ( Buku Musim Bunga & Luruh ) ( Chunqiu). Enam karya-karya ini meliputi aspek-aspek seperti falsafah, sejarah, politik, ekonomi, budaya, dan muzik yang digunakan dengan meluas di China. Sealain enam buku klasik yang bertujuan menyediakan satu budaya umum, system pendidikan yang diutarakan oleh Confucius juga meliputi Enam Seni yang terdiri daripada upacara adat resam, muzik, memanah, memandu kereta kuda, kaligrafi dan matematik. Tujuan unsur-unsur seni ini adalah untuk meningkatkan kemahiran melalui amalan. Menurut Confucuis, mempelajari Enam Klasik dan penguasaan Enam Seni, akan menghasilakan individu yang bermoral tinggi dan mempunyai asas budaya yang kukuh sangat diperlukan untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam denagn berkesan. Confucius tidak begitu berminat dengan pekerjaan yang berkaitan dengan pertanian, perniagaan dan perdagangan. Beliau lebih mengutamakan pendidikan yang menyediakan individu bekerja dengan perkhidmatan awam. 4.2 Kurikulum Mengikut AL-Farabi Menurut Al-Farabi, matlamat pendidikan bukanlah hanya sekadar mempelajari warisan kebudayaan Negara tetapi menguasai ilmu yang membawa kepada kematangan perasaan, pertimbangan, pengadilan, tindakan, dan perkembangan pemikiran kritis. Kurikulum Al-Farabi menekankan kepentingan mengajar Pengajian Islam dengan tumpuan kepada fidh (jurisprudence), qanun (undang-undang Islam) dan kalam atau teologi. Belaiau juga mementingkan mempelajari bahasa. Tanpa memahami sesuatu bahasa maka individu itu tidak akan berkembang. Selepas bahasa , Al-Farabi menegaskan pengajaran Logik. Logik penting untuk mempelajari sains dan matematik yang membawa kepada refleksi yang waras berkaitan dengan bahasa. Mantiq ialah perkataan bahasa Arab yang bermakna logik yang mengemukakan suatu kaedah pemikiran yang teratur. Menurut Al-Farabi, bahasa dikuasi sebelum penguasaan pertuturan pembentukan minda dan menyediakan jalan penguasaan bahasa. Selepas penguasai logik, pelajar mesti mempelajari matematik yang dipanggil oleh tokoh falsafah Islam sebagai ajaran (taalim). Menurut beliau , matematik adalah tahap penting dalam hiraki sains teoretikal. Bagi beliau, pengajaran matematik perlu diberi keutamaan kerana bermula dengan pengajaran nombor dapat mentafsirkan sesuatu iru dengan

TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

tepat dan jelas serta tidak mengelirukan pelajar disamping melatih intelek pelajar. Pengajaran matematik ini haruslah diajar berperingkat-peringkat bermula dengan yang konkrit dan boleh diukur kepada yang lebih abstrak. Bermula dengan pengiraan dan diikuti dengan geometri yang hendak diajar supaya tidak wujud ketidaktentuaan. Kemudian barulah pelajar diajar sains perspektif, astronomi, muzik, dinamiks, dan akhir sekali mekaniks. Barulah pelajar boleh didedahkan kepada sains semulajadi yang berkaitan dengan haiwan, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Al-Farabi dianggap sebagai tokoh Islam yang pertama mengklasifikasi sains dengan tujuan sebagai expresi hikmah dan mereka yang cekap dalam bidang seni dapat mencapai kesempurnaan dalam seni.

5.0 GURU DAN KAEDAH MENGAJAR 5.1 Guru dan Kaedah Mengajar Menurut Confucius Confucius lebih minat menjadi guru dan disanjung tinggi oleh masyarakat China. Berdasarkan pengalamannya sebagai guru, beliau telah mencadangkan beberapa prinsip yang perlu diamalkan oleh guru. Pada pandangan beliau, guru yang baik hendaklah menyampaikan ilmu dengan penuh minat, komited dengan kerjayanya. Guru itu harus mempunyai pengetahuan yang luas dan kukuh tentang mata pelajaran yang diajar supaya pelajar mendapat manfaat sepenuhnya. Guru juga mestilah memahami tingkahlaku unik setiap pelajar dan menggunakan kaedah mengajar yang sesuai dengan keupayaan dan umur pelajar. Guru baginya ialah seorang yang penyayang yang tidak kenal penat lelah mengembangkan potensi pelajar sambil menjadi sumber inspirasi kepada mereka. Guru juga perlu menunjukkan kesopanan dan budi bicara ketika bercampur gaul dengan orang lain. Selain itu, guru juga boleh dijadikan tauladan yang baik kepada pelajar, sentiasa menganalisis diri sendiri dan sanggup menerima kritikan. Guru yang baik mesti sentiasa belajar serta senantiasa mengaitkan teori dengan amalan. Sepanjang kerjaya beliau sebagai guru, Confucius telah mencadangkan beberapa ciri yang harus diamalkan oleh seorang guru iaitu menentukan bahawa pengajaran yang diterima adalah sepadan dengan kecenderungan pelajar, memberi inspirasi dan membimbing pelajar, memimpin pelajar secara beransur-ansur, mengajar diri sendiri sambil mengajar orang lain,

TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

mengaitkan keadaan kini dengan merujuk kepada masa lalu, mengaitkan teori dengan amalan, menggalakkan pemikiran bebas, mengambil kira umur pelajar, mengamalkan kawalan dan analisi kendiri, menjadi teladan yang baik, membetulkan kesilapan dan memperbaiki diri, membendung daripada kejahatan dan meninggikan yang baik, dan mengalu-alukan kritikan. 5.2 Guru dan Kaedah Mengajar Menurut Al-Farabi Menurut Al-Farabi, hanya orang yang bermoral tinggi, tidak taksub dengan harta dan terdidik dengan sifat qannah ( merasa cukup dengan apa yang dimiliki) dan ingin mencari kebenaran boleh dilantik menjadi guru. Individu itu haruslah secara sukarela memilih menjadi guru dan tidak boleh dipaksa menjadi guru kecuali keadaan yang mendesak. Guru itu juga mestilah menunjuk kefahaman yang mendalam tentang ilmuyang hendak diajar dan dapat menggunakan kaedah mengajar berkesan yang memudahkan pelajar menguasai ilmu yang hendak disampaikan sambil tidak mengelirukan mereka. Oleh itu, Beliau telah memperkenalkan dua kaedah mengajar iaitu kaedah demonstrasi dan kaedah memujuk. Kaedah Demonstrasi ialah satu kaedah yang melibatkan guru bercakap dan kaedah ini sesuai untuk memperoleh pengetahuan khusus. Pelajar digalakkan berdebat dan member pendapat. Manakala kaedah Memujuk pula, melibatkan guru bercakap diikuti dengan menggunakan contoh, metafora, dan ilustrasi.Pelajar digalakkan menggunakan sensori sentuhan, visual, dan pendengaran untuk mempelajari sesuatu. Dua kaedah ini diterapkan supaya guru dapat menyesuaikan kaedah mengajar dengan betul mengikut keupayaan dan pengalaman pelajar. Al-Farabi juga membezakan di antara Hafalan dan Kefahaman. Hafalan menbawa maksud apabila pelajar mengulangi perkataan atau ungkapan berkali-kali sehingga dia hafal seperti mempelajari sesuatu bahasa, menghafal Quran dan lagu. Sebaliknya , Kefahaman ialah apabila pelajar mamahami maksud dan dapat menginterpretasi sesuatu tulisan. Menurut beliau kefahaman adalah lebih baik daripada hafalan kerana pelajar memahami konsep, prinsip, dan teori yang dikuasai dan dapat mengaitkan maklumat baru yang dipelajari dengan konsep dan prinsip yang telah dipelajari. Al-Farabi juga menekankan betapa penting guru menerangkan sesuatu konsep dengan kaedah yang dapat meningkatkan kefahaman. Antara cadangan beliau ialah guru bermula dengan mencari perkataan sama maksud dengan konsep yang hendak diterangkan, kemudian memberi definisi konsep dan diikuti dengan penerangan tentang bahagian-bahagian konsep

TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

berkenaan. Seterusnya guru harus menerangkan cirri-ciri khusus dan cirri-ciri umum konsep berkenaan. Akhir sekali guru boleh menggunakan metafora, analogy, ilustrasi, dan contoh untuk menjelaskan konsep berkenaan.

Al-Farabi juga mencadangkan agar guru menyelitkan unsur permainan dalam pengajaran mereka. Permainan dalam pendidikan bertujuan mencetus pemikiran kreatif dan menggalakan pembelajaran aktif dikalangan pelajar. Guru hendaklah mengelak daripada member hukuman yang keterlaluan kerana ini akan membuat pelajar benci kepada guru. Sebaliknya, jika guru terlalu lembut pula, kemungkinan pelajar tidak member perhatian dan menjadi malas. Oleh itu, menurut Al-Farabi guru hendaklah sentiasa mengamalkan kesederhanaan dalam menghukum pelajar. Al-Farabi juga menekankan kepentingan menilai hasil pembelajaran. Tujuan peperiksaan ialah untuk menentukan tahap pencapaian pelajar dalam sesuatu bidang ilmu. Menurutnya, untuk menilai kebolehan pelajar mengaplikasi konsep dan prinsip, bahan-bahan seperti kompas, sempoa, pembaris, dan skala hendaklah disediakan untuk kegunaan pelajar.

6.0 Kesimpulan

TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

Tugas sebagai Pendidik atau Guru bukan setakat menyalurkan ilmu pengetahuan, tetapi merangkumi aspek pendidikan akhlah kepada pelajar. Mengajar dalam apa bidang sekalipun, aspek membina sahsiah peribadi seharusnya diletakkan sebagai teras kepada usaha pendidikan. Dalam zaman serba moden serta mencabar ini, kerjaya guru juga menjadi semakin mencabar. Guru perlulah sentiasa ingat bahawa mendidik manusia memerlukan kesabaran yang tinggi dan nilai kasih saying yang kental. Tanpa dua sifat penting ini, guru akan berhadapan dengan pelbagai masalah. Pendidikan hendaklah dilaksanakan dengan penuh kasih saying. Oleh itu, guru haruslah mendidik pelajarnya tanpa mengira latar belakang anak didiknya. Guru yang penyabay dan penyayang akan berjaya dalam kerjayanya. Apabila nilai itu tersemat kukuh, guru pasti menyedari bahawa sabar itu akan membawa berkat dalam usaha gigih sebagai seorang pendidik. Selaian itu, guru juga perlu bersedia menerima kepelbagaian watak dan perbezaan tahap kecerdasan anak didik supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan fikiran yang tenang.

BIBLIOGRAFI

TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

Abd. Rahim Abd. Rashid (2000) Wawasan & Agenda Pendidikan. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Yaakub Isa ( 1994 ). Guru Yang Efektif . Pahang : Jawatan Kuasa Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Pahang. Mok Soon Sang (Jan 2012) Falsafah dan Pendidikan di Malaysia . Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (2008) Ilmu Pendidikan Untuk KPLI edisi ketiga . Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. (2012). Modul Falsafah Pendidikan . Kuala Lumpur: Asia e University. http://ms.wikipedia.org/wiki/Confucius http://www.scribd.com/doc/53194686/CONFUCIUS http://www.mudah belajar.com?p=19 http://bicarasejarah.blogspot.com/2011/03/confucius.html http://ilmuankhalidy.blogspot.com/2008/05/al-farabi.html https://muhdhazrie.wordpress.com/tag/ahli-falsafah-islam/ http://alhakelantan.tripod.com/tokoh/id9.html

TUGASAN EIT 311 Teknologi Instruksional & Sumber Pengajaran


(ROSELAWATI BT MUHAMMAD) (E30203120298 - 720618-03-5746 )

You might also like