Struktur Bahasa Melayu

Huraikan persamaan dan perbezaan pandangan antara Asmah (2008/1993) dan Nik Safiah Karim et al (2008) tentang gejala alomorf bagi morfem awalan meN / peN dalam tatabahasa Bahasa Melayu.
PENGENALAN Konsep dan Definisi Sebelum kajian ini dimulakan, perlu diperkenalkan definisi-definisi yang penting dalam morfologi atau kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa.Antara istilah-istilah yang berkait rapat dalam morfologi ialah fonem, morfem dan alomorf. Fonem merupakan unit bahasa yang terkecil yang membezakan makna seperti huruf d dan tdalam perkataan pedang dan petang. Fonem /d/ dan /t/ adalah unit yang terkecil yang dapat membezakan makna tetapi kedua-dua /d/ dan /t/ tidak mendukung makna. Ini berbeza dengan definisi morfem. Morfem merupakan unit nahu yang terkecil yang mempunyai makna seperti dalam contoh perkataan makan dan makanan. Dua perkataan ini menunjukkan persamaan dan perbezaan antara makna yang didukungnya. Persamaannya ialah pada makna yang didukung oleh makan dalam kedua-dua perkataan itu. Perbezaannya pula ialah keseluruhan makna kata makanan berbeza dengan keseluruhan makna makan. Yang menimbulkan perbezaan itu ialah akhiran – an yang merupakan morfem. Maka dengan itu makanan mempunyai morfem makan dan –an yang masing-masing mempunyai maknanya tersendiri. Alomorf pula merupakan varian morfem. Sesuatu morfem diwujudkan dalam bentuk fonologi sebagai suku kata, dan suku kata pula diwujudkan oleh fonem. Yang kita dengar apabila disebut sesuatu kata, kata dasar atau morfem terikat ialah kewujudan yang sebenar. Kewujudan inilah yang dinamakan alomorf dalam ilmu linguistik. Misalnya, awalan me(N)- mempunyai banyak alomorf iaitu me-, mem-, men-, meny-, meng- dan menge-. Begitu juga dengan awalan pe(N) yang mempunyai alomorf pe-, pem-, pen-, peny-, peng- dan penge-. Batasan Kajian Kajian ini akan membataskan perbincangan kepada pandangan Prof. Emeritus Datuk Dr. Asmah Haji Omar dan Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim perihal morfem yang memfokuskan kepada pengimbuhan awalan me(N). Dalam kajian ini akan dijelaskan pandangan serta pendapat kedua-dua penulis serta menghuraikan apakah persamaan dan perbezaan yang ketara antara kedua-dua penulis ini. Bahan Kajian Kajian ini akan menumpukan pandangan dan pendapat yang terkandung dalam dua buah buku yang terkini iaitu Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima oleh Asmah Haji Omar (2009) dan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga oleh Nik Safiah Karim et al (2009).

terdapat morfem terikat bagi setiap perkataan itu iaitu ter.memerlukan morfem senyum untuk menjadikan perkataan tersenyum itu bermakna. Terdapat morfem terikat ter. Dan kajian ini akan hanya memberikan tumpuan kepada imbuhan awalan khususnya awalan me(N). Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud bersendirian manakala morfem terikat hanya wujud bersamasama morfem lain kerana morfem terikat tidak boleh wujud tanpa kata dasar (ibid. Morfem terbahagi kepada morfem bebas dan morfem terikat.dalam memasak dan penge-dalam pengelap. Salah satu ciri alomorf lingkungan ini ialah saling menyisihkan. Antara contoh morfem bebas ialah rumah. mendefinisikan morfem sebagai unit yang terkecil dalam bahasa yang mempunyai fungsi gramatis atau menjalankan tugas nahu. sekolah dan ajar. Menurut Nik Safiah Karim. morfem kosong dan bentuk fleksi. memasak dan pengelap pula. sisipan. akan berlakunya perubahan makna nahu. Proses inilah yang dinamakan imbuhan. Kata dasar merupakan bentuk kata terkecil yang tidak menerima sebarang imbuhan manakala kata bentuk terbitan ialah bentuk yang dihasilkan daripada proses memperluas kata dasar tadi melalui berbagaibagai cara pembentukan kata. Dalam erti kata yang lain. Alomorf lingkungan nahu pula ditentukan oleh ciri-ciri nahu sementara alomorf lingkungan leksikal pula ditentukan oleh ciri-ciri perbendaharaan kata.ISI DAN PERBINCANGAN Nik Safiah Karim serta rakan-rakan seperjuangannya dalam buku Tatatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2009 hlm 43). hlm 44). Jika Nik Safiah membahagikan morfem kepada morfem terikat dan morfem bebas. perkataan-perkataan dalam Bahasa Melayu terdiri daripada kata dasar dan kata bentuk terbitan. Asmah Haji Omar pula merincikan lagi pembahagian morfem atau varian morfem ini kepada dua jenis iaitu alomorf lingkungan dan alomorf bebas. a. alomorf lingkungan adalah alomorf yang wujudnya itu didasarkan pada lingkungan-lingkungan tertentu seperti lingkungan fonologi.dan morfem bebas senyumdalam perkataan tersenyum. Morfem-morfem terikat yang tersenarai ini memerlukan kata atau morfem lain untuk mendukung makna. lingkungan nahu atau lingkungan leksikal. Dalam perkataan tersenyum. me. akhiran. Alomorf lingkungan fonologi merupakan alomorf yang wujudnya ditentukan oleh ciri bunyi atau ciri-ciri fonologi yang ada di sekitarnya. Menurut Asmah Haji Omar. hlm 10) bahawa untuk alomorf jenis ini. Perkataan-perkataan ini dapat berdiri dengan sendiri dan dapat mendukung makna yang tersendiri tanpa memerlukan bantuan perkataan atau morfem lainnya. Rincian ini merupakan perbezaan yang amat ketara dalam perbezaan pendapat dan pandangan kedua-dua penulis. Dalam proses imbuhan. atau penambahan unit-unit bahasa yang tertentu. Perkataan Proses Imbuhan .dalam tersenyum. Alomorf Lingkungan Nahu Prof Asmah menjelaskan (ibid. ditentukan oleh ciri-ciri nahu seperti dalam perkataan tertawa. morfem terikat ter. apitan. Imbuhan terbahagi kepada awalan.

sebagai awalan. Ini disebabkan ter. Jika Nik Safiah mengkategorikan morfem kepada morfem terikat dan morfem bebas.dan diikuti dengan penambahan kedua.dalam perkataan mentertawakan adalah awalan dan pengekalan takan mempertahankan kedudukan ter. Sementara Morfem terikat pula merupakan morfem yang memerlukan bantuan morfem lain untuk membentuk kata (2009. Perlu ditegaskan bahawa untuk bahasa tulisan. PENGIMBUHAN dan PENAMBAHAN Menurut Nik Safiah Karim serta rakan-rakannya dalam Tatabahasa Dewan (2009 hlm 57). perkataan tedaya dan terdaya seringkali kita ucapkan. terdapat dua penambahan dalam perkataan mentertawakan iaitu penambahan pertama. yang dirincikan lagi dan terkandung di dalamnya tiga bahagian iaitu fonologi.dan ter-. merupakan ciri-ciri alomorf yang menentukan morfem.sahaja. (ibid. timbul alomorf bebas te. Berdasarkan penerangan yang terkandung dalam Nahu Melayu Mutakhir . Hanya perkataan belajar sahaja yang menerima proses awalan bel-.atau bel-. awalan ter. hlm 13). Asmah Haji Omar juga membahagikan morfem kepada morfem bebas dan morfem terikat. Dalam erti kata lain. Alomorf Lingkungan Leksikal Alomorf jenis ini ditentukan oleh ciri-ciri perbendaharaan kata seperti dalam perkataan belajar. Sama seperti Nik Safiah Karim. Manakala huruf t akan digugurkan dalam perkataan menulis kerana awalan men-merupakan awalan yang diterima oleh kata dasar tulis. Dalam bentuk lisan. perkataan daya hanya menerima alomorf ter. alomorf bebas merupakan alomorf yang boleh menggantikan satu sama lain. ajar hanya boleh menerima proses awalan bel.tertawa tulis tiada pengguguran t digugurkan mentertawakan menulis Tiada pengguguran huruf t dalam perkataan mentertawakan manakala huruf t akan digugurkan dalam perkataan menulis. c. definisi morfem bebas adalah morfem yang boleh berdiri sendiri sebagai satu kata atau sebagai ayat minimal. hlm 10) Dalam penggunaan bahasa lisan. fungsi alomorf lingkungan oleh Asmah Haji Omar. Kata Dasar Proses awalan Perkataan ajar belbelajar kerja bebekerja a. Dalam erti kata yang lain.dan bukan alomorf te-. awalan men-. Alomorf Bebas Menurut Prof Asmah. Bahasa Melayu merupakan salah satu . Begitu juga dengan perkataan kerja yang hanya menerima be-dan tidak ber.

kedua-dua penulis ini mengklasifikasikan ‘penambahan’ dan ‘pengimbuhan’ kepada empat jenis iaitu awalan. berlapis. tetapi maksud istilah penambahan dan pengimbuhan adalah sama. akhiran. Penambah boleh dikategorikan berdasarkan fungsinya dalam kata. Selain daripada definisi istilah yang digunakan membawa erti yang sama. Nik Safiah Karim mendefinisikan imbuhan sebagai unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya (ibid. hlm 72) Imbuhan me(N) merupakan salah satu kata terbitan berawalan yang wujud dalam kata kerja. Dan kata terbitan ini terbahagi kepada empat iaitu kata terbitan awalan. Perkataan-perkataan dalam bahasa ini terbentuk melalui proses pengimbuhan atau penggabungan morfem kata dasar dengan morfem imbuhan yang digabungkan secara serentak. hlm 67). hlm 135). tiup. Selain perbezaan penggunaan istilah. apitan dan sisipan. Terdapat persamaan dalam proses penambahan atau pengimbuhan. akhiran. Asmah Haji Omar menggunakan istilah penambahan manakala Nik Safiah Karim pula menggunakan istilah ‘pengimbuhan’. Kata Kerja Berlapis pula merupakan kata kerja yang terdiri daripada satu morfem bebas dan sekurangkurangnya satu morfem terikat. bangun. alir. duduk dan sebagainya. lahirlah bentuk perkataan yang disebut kata terbitan (2009. misalnya. Dari penerangan ini. Menurut Nik Safiah Karim et al. Yang membezakan kedua-dua penulis ini ialah istilah yang berbeza untuk menerangkan proses Kata Nama Terbitan. Menurut Asmah Haji Omar pula. penambahan boleh berlaku pada tempat-tempat tertentu iaitu penambah awalan. sisipan dan apitan. Walaupun istilah yang digunakan berbeza. Kedua-dua penulis mengklasifikasikan penambahan atau pengimbuhan ini berlaku pada bahagian awalan. majmuk dan gandaan. Bentuk awalan merupakan salah satu bentuk yang tercakup dalam pengimbuhan selain daripada akhiran. Kata Kerja dalam bentuk akar merupakan kata kerja yang hanya terdiri daripada satu morfem bebas dan tidak terdapat padanya sebarang penambah. kedua - . istilah yang digunakan ialah penambahan.bahasa yang tergolong ke dalam jenis bahasa aglutinatif atau bahasa yang bersifat derivatif. sisipan dan penambah terbahagi. Asmah Haji Karim menggunakan istilah ‘kata kerja berlapis’ manakala Nik Safiah Karim menggunakan istilah ‘kata kerja terbitan’. hlm 45). hlm 25) Proses ini terdiri daripada empat jenis iaitu penambahan awalan. Bentuk berlapis untuk kata kerja ini dihasilkan dengan proses penambahan dan penambah me(N) merupakan salah satu penambah yang menghasilkan kata kerja berlapis. Penambahan didefinisikan sebagai proses dimana sesuatu morfem terikat itu ditambahkan atai ditempelkan kepada morfem bebas (ibid. Asmah Haji Omar berpendapat bahawa kata kerja terdapat dalam bentuk akar. terdapat perbezaan istilah yang digunakan oleh kedua-dua penulis ini. Menurut pandangan Asmah Haji Omar dalam bukunya Nahu Melayu Mutakhir. dalam proses pengimbuhan. apitan dan sisipan (2009. akhiran. apitan dan sisipan. penambahan akhiran. akhiran. atau yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua morfem terikat (2009. penyisipan dan penambahan serentak awalan dan akhiran. Kedua-dua istilah ini menerangkan proses penerimaan atau gandingan morfem terikat dengan morfem bebas.

1a) Pandangan Nik Safiah Karim et al dalam Tatabahasa Dewan Alomorf bagi morfem awalan meAwalan meN. men. n menggantikan t. w dan y seperti dalam contoh perkataan-perkataan yang berikut: Awalan me.dan meng-.dua penulis ini bersetuju bahawa penambah me(N) atau imbuhan me(N) menghasilkan kata kerja berlapis atau kata kerja terbitan.ini bergantung kepada huruf pertama kata dasar yang bercantum dengannya. r.(ibid. hlm 151) Imbuhan meHuruf Kata dasar awal l m n ny ng r w y lawan masak nanti nyala nganga rayu wangi yakin melawan memasak menanti menyala menganga merayu mewangi meyakin(kan) Ditambahkan juga ke dalam jenis ini kata dasar yang bermula dengan huruf p. ng menggantikan k dan ny menggantikan s. sama ada transitif atau tak transitif. n. mem-. hlm 152) Imbuhan meHuruf Kata dasar Digugurkan Digantikan awal p p m memesan pesan memukul pukul t t n menetap tetap menari tari k k ng mengarang karang mengata kata s s ny menyalin salin menyinar sinar 1b) Pandangan Asmah Haji Omar dalam Nahu Melayu Mutakhir Alomorf bagi morfem awalan meTerdapat perbezaan yang ketara dalam senarai varian me(N)pada pandangan Asmah Haji Omar. Awalan me. ny. Awalan ini mempunyai empat varian iaitu me-. Varian awalan meN.(ibid. k dan s. Jika Nik Safiah menyenaraikan hanya empat . Huruf pertama dalam kata dasar berubah menjadi bentuk sengau yang sama daerah artikulasinya iaitu mmenggantikan p.dipengaruhi oleh bunyi atau fonem pertama dalam kata dasar yang bermula dengan huruf l. m. ng.ialah awalan yang membentuk kata kerja aktif. Awalan me. t.

ng. men. Menurut Asmah Haji Omar.(ibid. kecuali perkataan nanti. Menurut Asmah Haji Omar. hlm 9). hlm 9) Imbuhan meKata dasar lukis masak nganga nyanyi raung warna melukis memasak menganga menyanyi meraung mewarna Huruf awal l m ng ny r w Terdapat perbezaan pandangan dalam senarai huruf yang memerlukan imbuhan me-.dan menge(2009. terdapat juga perbezaan pendapat serta pandangan oleh Asmah Haji Omar dengan kata dasar yang bermula dengan huruf p. ny. m dan w seperti dalam contoh perkataan-perkataan yang berikut: Awalan me. m. Selain perbezaan huruf n dan y. huruf n dan y tidak termasuk dalam senarai bunyi atau fonem pertama dalam kata dasar yang memerlukan imbuhan me. Lazimnya kata dasar yang bermula dengan huruf n dan y dalam Bahasa Melayu merupakan perkataan yang memerlukan bukan sahaja awalan me. k dan s.varian me(N).tetapi akhiran –i atau –kan. mem-. Asmah Haji Omar menyenaraikan enam varian me(N).iaitu me-.dalam Nahu Melayu Mutakhir iaitu tambahan meny.dan meng-. Imbuhan meHuruf Kata dasar awal menanti nanti menantikan menaiki menaikkan menafikan menasihati menasihatkan menamai menamakan menikmati menodai naik nafi n nasihat nama nikmat noda . morfem awalan me dipengaruhi oleh bunyi atau fonem pertama dalam kata dasar yang bermula dengan huruf l. t.

p dan v serta gugus konsonan yang bermula dengan huruf b dan p.seperti contoh: Awalan mem.(ibid.(ibid.menjadi mem.apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan hurufb. terdapat beberapa perkataan yang bermula dengan huruf p yang menerima awalanmem. yang bermula dengan huruf y yang tersenarai dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) yang menerima imbuhan me-. hlm 152) Imbuhan memHuruf Kata dasar awal beri bantu bilas memberi membantu membilas b Perkataan pinjaman yang bermula dengan huruf f.(ibid. hlm 153) Imbuhan memHuruf Kata dasar .meyakini y yakin meyakinkan Tidak terdapat kata dasar yang lain selain daripada perkataan yakin. 2a) Pandangan Nik Safiah Karim et al dalam Tatabahasa Dewan Alomorf bagi morfem awalan memAwalan meN. Awalan mem.p dan v yang mengekalkan huruf pertamanya untuk mempertahankan etimologi kata asalnya seperti: Awalan mem. perkataan pinjaman yang bermula dengan huruf f. hlm 153) Imbuhan memHuruf Kata dasar awal fitnah fatwa f v veto pamer popular proses praktik plaster blok brek memfitnah memfatwa(kan) memveto mempamer(kan) Mempopular(kan) memproses mempraktik memplaster memblok membrek p b Menurut Nik Safiah.

(ibid.apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf d.(ibid. perkataan yang bermula dengan huruf t. hlm 153) Imbuhan memHuruf Kata dasar awal deru dayung duga cari cuci jemur jaja j menderu mendayung menduga mencari mencuci menjemur menjaja d c . j. Tiada pengguguran yang berlaku dalam proses penambahan yang lain kecuali huruf p seperti dalam perkataan-perkataan yang berikut: Awalan mem. c. sy dan z.awal pelopor pelawa percaya punya peduli mempelopor(i) mempelawa mempercaya(i) mempunya(i) mempeduli(kan) p 2b) Pandangan Asmah Haji Omar dalam Nahu Melayu Mutakhir Alomorf bagi morfem awalan memHanya terdapat perbezaan pada pandangan Asmah Haji Omar perihal kata dasar yang bermula dengan huruf p. Awalan men.s serta perkataan pinjaman yang mengandungi gugus konsonan yang juga bermula dengan huruf t dan s. hlm 9) Imbuhan memHuruf Kata dasar Pengguguran awal pukul panjat pusing putar pandang bancuh fail variasi memukul memanjat memusing(kan) memutar(kan) memandang membancuh memfail memvariasi p b f v p digugurkan Tiada pengguguran 3a) Pandangan Nik Safiah Karim et al dalam Tatabahasa Dewan Alomorf bagi morfem awalan menAwalan meN.menjadi men.

(ibid. Awalan men. hlm 154) Imbuhan memHuruf Kata dasar awal tadbir tafsir takrif tauliah terjemah transkripsi sintesis swasta stabil skru mentadbir mentafsir mentakrif mentauliah menterjemah mentranskripsi mensintesis menswasta menstabil menskru t s Terdapat dua kecualian pada bentuk kata dasar iaitu ternak dan tertawa yang menerima awalan men. t.pula dipengaruhi oleh kata dasar yang bermula dengan s.(ibid. hlm 9) .tanpa berlaku pengguguran.(ibid. c dan d. hlm 154) Imbuhan memHuruf Kata dasar awal ternak tertawa t 3b) Pandangan Asmah Haji Omar dalam Nahu Melayu Mutakhir Alomorf bagi morfem awalan menMorfem awalam men.syarat syukur sy ziarah zalim z mensyarat(kan) mensyukur(i) menziarah(i) menzalim(i) Terdapat juga perkataan pinjaman yang mengekalkan huruf pertamanya untuk mempertahankan etimologi kata asalnya iaitu: Awalan men. Hanya huruf s dan t sahaja yang gugur sewaktu proses penambahan seperti dalam contoh perkataan-perkataan berikut: menternak mentertawa(kan) Awalan men.

hlm 155) Imbuhan memHuruf Kata dasar awal gali gulung g ghairah ghaib gh khusus khayal kh hantar heret h ambil alir a ejek embun elak ikut ikat olah ulang ulit mengejek mengembun mengelak mengikut mengikat mengolah mengulang mengulit mengambil mengalir menghantar mengheret mengkhusus mengkhayal mengghairah mengghaib(kan) menggali menggulung e i o u Menurut Nik Safiah. Awalan meng.Huruf awal s t c d Kata dasar Pengguguran Imbuhan men- saman tanda cantas dongak s digugurkan t digugurkan Tiada pengguguran menyaman menanda mencantas mendongak 4a) Pandangan Nik Safiah Karim et al dalam Tatabahasa Dewan Alomorf bagi morfem awalan mengAwalan meN. kh dan h (bunyi konsonan) dan semua huruf vokal.menjadi meng. gh. perkataan pinjaman yang huruf pertamanya huruf k.(ibid.apabila digabungkan dengan kata dasar yang bermula dengan huruf g. tidak akan mengalami pengguguran demi mempertahankan etimologi kata asalnya seperti berikut: .

hlm 155) Imbuhan memKata dasar mengecat cat mengebom bom mengesah sah mengepos pos mengetin tin mengekod kod Berdasarkan penerangan Nik Safiah Karim. Imbuhan meng.(ibid.akan bertukar menjadi menge. baik perkataan Melayu mahupun kata pinjaman seperti: Awalan menge. .Huruf awal Awalan meng. hlm 155) Imbuhan mengKata dasar mengstor stor mengbrek brek mengklip klip 4b) Pandangan Asmah Haji Omar dalam Nahu Melayu Mutakhir Alomorf bagi morfem awalan mengSeperti Nik Safiah Karim.(ibid. terdapat pengecualian pada kata pinjaman yang bermula dengan gugus konsonan iaitu meng.apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bersuku kata satu. hlm 155) Imbuhan memKata dasar k kabul kanun katalog kategori klasifikasi kritik mengkabul(kan) mengkanun(kan) mengkatalog(kan) mengkategori(kan) mengklasifikasi(kan) mengkritik Nik Safiah dan rakan-rakan seperjuangannya telah mengklasifikasikan menge. kh. h.tidak berubah menjadi mengeseperti dalam contoh: Awalan meng.(ibid.dalam penjelasan imbuhanmeng-. g. Asmah Haji Omar juga berpendapat bahawa morfem awalan meng-dipengaruhi oleh kata dasar yang bermula dengan huruf k.

hanya huruf s yang akan gugur seperti dalam senarai di bawah. Menurut pandangan dan penerangan Asmah Haji Omar dalam bukunya Nahu Melayu Mutakhir (2009.gh dan semua vokal. Awalan mengeImbuhan mengeSatu suku kata bom mengebom cam mengecam cat mengecat had mengehad pos mengepos Lazimnya. hlm 9) Imbuhan mengHuruf Kata dasar awal k g h kh gh a e i o u kunci gari halau khatam ghairah ambil eram ikut olah upah mengunci menggari menghalau mengkhatam mengghairah mengambil mengeram mengikut mengolah mengupah Walaupun. seiring dengan pendapat Nik Safiah. Hanya hurufk yang akan gugur dalam proses penambahan seperti dalam perkataan-perkataan berikut: Awalan meng.ditentukan oleh kata dasar yang mempunyai satu suku kata seperti contoh perkataan-perkataan yang diberikan.merupakan salah satu varian yang tersendiri dalam alomorfme(N).(ibid. Dalam proses penambahan. awalan meny. pengguguran konsonan pertama dalam alomorf me(N) itu merupakan fonem yang tidak bersuara. hlm 9). Awalan menyImbuhan menyHuruf Kata dasar . Morfem awalan menge.dipengaruhi oleh kata dasar yang bermula dengan s dan c. penerimaan imbuhan menge. Asmah Haji Omar pula berpendapat bahawa imbuhan menge.akan berlaku sekiranya digabungkan dengan kata dasar yang mempunyai satu suku kata.

 Asmah Haji Omar. Abdul Hamid Mahmood. Nahu Melayu Mutakhir. ianya merupakan sumber rangsangan serta memperkayakan pemikiran setiap pembaca terutama sekali kepada penuntut yang ingin mendalami bidang ini. 2008. Onn. Walaupun terdapat dua cendekiawan yang menzahirkan pendapat dan pandangan yang bercambah.blogspot.com/2011/10/struktur-bahasa-melayu. Rumusan Proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka  Asmah Haji Omar. Ensiklopedia Bahasa Melayu.  Nik Safiah Karim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka http://hardiaziqin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka  2007. Dalam kebanyakan bahasa. Kamus Dewan Edisi Keempat.html . Farid M. Hashim Haji Musa. 2009.dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Berlandaskan kajian yang telah dibentangkan ini. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Tiada penjelasan yang diberikan oleh Nik Safiah Karim mengenai imbuhan awalan meny-. 2009.awal sesuai salah sahut menyesuai menyalah menyahut s Tiada pula kata dasar yang bermula dengan huruf c yang menerima imbuhan meny. proses pembentukan perkataan melibatkan pengimbuhan. bahasa Melayu mampu berkembang dan berevolusi berlandaskan teori dan pendekatan yang ada sejajar dengan peredaran semasa.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful