UNIT 3 PENDEKATAN SELURUH PERKATAAN

Hasil Pembelajaran
Pada akhir bab ini pelajar akan dapat menerangkan pendekatan seluruh perkataan atau seluruh bahasa (whole language) membezakan beberapa kaedah dalam pendekatan seluruh perkataan menyenaraikan contoh langkah-langkah pengajaran pendekatan seluruh perkataan mencadangkan aktiviti untuk kanak-kanak belajar 2M mengguna pendekatan ini.
Dalam Bab 2 yang lalu anda telah mendapat penerangan tentang pendekatan abjad-fonik untuk mengajar 2M kepada kanak-kanak. Dalam kaedah abjad-fonik, pengajaran 2M bermula dengan kanak-kanak diajar nama dan bunyi setiap huruf abjad. Dalam Unit 3 ini mari kita lihat pula pendekatan seluruh perkataan dan contoh langkah-langkah pengajarannya.

Pendekatan mengajar awal membaca ‘seluruh perkataan’ (whole word) atau ‘seluruh bahasa’ (whole language)
Pendekatan abjad-fonik bermula pengajaran 2M dengan mengajar kanak-kanak mengenal huruf dan bunyikan huruf-huruf itu. Pendekatan seluruh perkataan pula pada amnya bermula dengan memperkenalkan murid sesuatu perkataan secara keseluruhannya dan menyuruh murid ‘mengecam’ perkataan itu dan membacanya. Ertinya pendekatan s eluruh perkataan mengajar murid sesuatu per ‘perkataan’ dahulu sebelum murid kenal abjad dan membunyikan huruf. Pendekatan ini dipanggil dengan beberapa nama, antaranya: pendekatan seluruh bahasa (whole language approach) pendekatan seluruh perkataan (whole word method), kaedah ‘pandang dan sebut’ (look and say), pendekatan perkataan-ke-bunyi (word to sound/simbol approach) pendekatan cerakin perkataan (word analysis), Setiap nama di atas membayangkan variasi prosedur atau teknik mengajar awal membaca pendekatan jenis ini. Ini akan dijelaskan lagi kemudian. Pendekatan seluruh perkataan atau seluruh bahasa ini dibuat berdasarkan andaian atau kepercayaan berikut:

Perkembangan kognitif atau intelek kanak-kanak ialah proses kanak-kanak memberi makna kepada pengalaman mereka. Pendekatan seluruh bahasa atau seluruh perkataan ini berasaskan falsafah konstruktivisme atau perspektif teori psikologi perkembangan kognitif kanak-kanak. 4. abang. . merasa.KAB3033 . iaitu perkataan. Mengikut Lapp dan Flood (1992). Kanak-kanak juga belajar bahasa isyarat iaitu seperti mereka cuba ‘membaca’ isyarat emaknya. purposeful language function. Perkataan baru akan diberi makna mengikut konteks. warna lampu isyarat dan cam jenama alat permainan mereka. melihat. simbol jenis makanan dan minuman. kakak. Kanak -kanak tidak perlu diajar ‘huruf’ dan ‘bunyi huruf’ dahulu untuk mereka belajar membaca. kerana mereka sudah mempunyai asas untuk memberi makna apa yang mereka baca. Kanak-kanak dari mula dilahirkan hingga kira-kira lima tahun sangat cepat belajar. menyentuh. 458. bukan bahagian-bahagian ‘bunyi’ kecil perkataan itu. 6. real-world experience. Sejak lahir lagi kanak-kanak belajar kemahiran berbahasa: bahasa lisan iaitu mendengar dan bercakap perkataan dengan: ibu-bapa. jiran dan sebagainya. Mereka ‘diajar’ oleh ibu-bapa dan orang di sekeliling mereka secara tidak formal. 5. 2. 459). language learning cannot be broken down into myriad isolated sub-skills. Mereka tidak pun sedar yang set iap perkataan itu terdiri dari ‘bunyi-bunyi’ atau fonem khusus. Misalnya kanak kanak berumur tiga tahun sudah mula cam dan kenal jenama jenis motokar. It has as its foundation about language development as a constructive. ‘cawan’ dan cerita) yang bermakna. and language learning is perceived as taking place through functional reading and writing situations… From this point of view. ‘Membaca’ ialah satu kebolehan semula jadi (natural and almost instinctive process). menghidu. tanda-tanda jalan. dan memberi erti kepada simbol-simbol ‘gambar’ dan grafik di sekeliling mereka. Kanak-kanak berumur lima atau enam tahun ke atas yang belum boleh membaca dan menulis harus diajar bermula dengan perkataan secara ‘keseluruhan’ (seperti ‘bapa’ ‘meja’. apa yang penting ialah supaya kanak ‘mengecam’ perkataan dan faham makna perkataan secara keseluruhannya.Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 19 1. a whole-language approach represents a philosophy about reading. 3. Kanak-kanak boleh diajar terus ‘mengecam perkataan’ dan faham erti perkataan itu. Kanak-kanak bercakap mengguna ‘perkataan yang bermakna’.. ayat atau cerita. Yang penting ialah kanak-kanak perlu didedahkan dengan pelbagai interaksi positif dan yang memperkayakan bahasa dan perbendaharaan mereka. natural. Mereka belajar dari pelbagai pengalaman mereka – mendengar. Jadi kanak-kanak dari awal setahun lagi harus diajar membaca seperti mereka diajar bercakap. meaning-oriented process in which language is viewed as an authentic. (p. According to this philosophy. Jadi kanak-kanak tidak perlu diajar huruf abjad dan sebutan bunyi huruf dan suku kata untuk mengajar mereka membaca dan menulis. Ejaan tidak perlu diajar kerana ia tidak penting. language is a natural phenomenon and literacy is promoted through natural. Kanak-kanak belajar bahasa lisan dan tulisan melalui ‘perkataan -perkataan’ dan ‘ayat-ayat’ yang mereka dengar atau mereka berinteraksi dengan orang-orang di sekeliling mereka.. termasuk bahasa.

Kanak-kanak melihat perkataan itu dan menyebut perkataan itu bersama ibunya. 1. tunjukkan kepadanya kad sesuatu perkataan. Beberapa variasi pendekatan mengajar 2M seluruh perkataan Walaupun terdapat prinsip am dalam pendekatan seluruh perkataan. Glenn Doman menyatakan kanak-kanak boleh diajar membaca oleh ibu bapa mereka pada umur dua tahun lagi melalui teknik ‘pandang perkataan’ ( recognize word by sight). Kanak-kanak ditunjukkan perkataan. . Kaedah ‘pandang-dan-sebut’ Glen Doman ini ialah dengan mendedahka n kanak-kanak kepada ‘perkataan’ yang ditulis pada kad dalam huruf kecil yang jelas seperti perkataan bahasa Inggeris di bawah. Ibu beri pujian kepada anaknya itu. Beliau banyak menulis dan menerbitkan buku. Ini bererti cara untuk mengajar kanak-kanak tidak bermula dengan mengenal huruf atau bunyi huruf.KAB3033 . Berikut ialah beberapa kaedah dan variasinya. misalnya kad perkataan ‘mummy’ (bahasa Inggeris yang bererti ibu). Apabila kanak-kanak dalam keadaan yang ceria. mummy nose daddy hair hand foot Langkah-langkah asas 1. dan ibu atau guru mengajar satu perkataan satu sesi supaya kanak-kanak mengecam dan membaca perkataan itu. terdapat beberapa variasi kaedah dan teknik dalam pengajaran 2M pendekatan ini. tetapi bermula dengan mengajar mereka melihat dan mengecam ‘seluruh perkataan’ dan ‘ayat’ yang bermakna. pakej dan program membaca untuk kanak-kanak mengguna pendekatan seluruh perkataan ini.Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 20 Ringkasnya: Mengikut pendekatan seluruh bahasa ini kanak-kanak atau murid perlu diajar membaca dengan mendedahkan mereka kepada ‘perkataan’ supaya mereka ‘mengecam perkataan’ (recognize word by sight) secara keseluruhannya. memandang perkataan itu dan ‘mengecam’ perkataan. mummy Ibu menunjukkan perkataan ‘mummy’ kepada anaknya dengan membaca perkataan itu kepada anaknya. Kaedah pandang-dan-sebut Glen Doman Salah seorang pengkaji dan penganjur kuat kaedah ini sejak 1964 ialah Glenn Doman.

‘bapa’ untuk ‘daddy’. Proses yang sama diulang. dengan kanak-kanak diajar membaca sepatah perkataan setiap hari. 3. ‘foot’ dsb. atau beberapa patah perkataan dalam seminggu.. and last of all to the abstract.. Dalam program mengajar membaca Glen Doman ini terdapat tujuh aras dan set perkataan yang diajar. Oleh sebab ramai guru prasekolah KEMAS mendapati kaedah Glen Doman kurang berkesan. Ulang beberapa kali. Seterusnya kanak-kanak diajar pula perkataan ‘nose’. kenal dan boleh membaca perkataan ‘mummy’ ibunya mengajarnya pula perkataan ‘daddy’. kaedah ini telah diberhentikan penggunaannya. Mengikut Glenn Doman bagi kanak-kanak perkataan ‘mummy’ ‘daddy’ ‘hand’ dan ‘nose’ itu lebih konkrit dan bermakna berbanding dengan huruf abjad a b c.. seperti ‘ibu’ untuk ‘mummy’. kanakkanak akan dapat membaca banyak perkataan dan ayat dalam beberapa bulan. 4. Ini termasuk perkataan dan frasa seperti. Perkataan Bahasa Melayu digunakan terjemahan dari bahasa Inggeris. Ulang pula waktu lain. dan faham apa yang dibaca. Setelah ibunya yakin anaknya sudah cam. Setelah ibu yakin anaknya sudah kenal dan boleh membaca perkataan ‘daddy’ ibunya mengajarnya pula perkataan ‘hand’. Mereka akan dapat membaca sendiri ‘cerita’ setelah ia mengenal 120 patah perkataan dan ayat yang bermakna.The basic tenet of all teaching that it should begin with the known and the concrete. Selepas itu. daddy Proses yang sama diulang.. Kata Doman. ‘tangan’ untuk ‘hand’. 114-115) Pada suatu ketika dahulu (1980an dan awal 90an) pendekatan dan program Glenn Doman ini telah diguna oleh KEMAS di bawah program NURI untuk mengajar 2M Bahasa Melayu kepada kanakkanak prasekolah di Malaysia. Setiap sesi pelajaran ini mengambil masa kira-kira lima minit saja. (p.. Nothing could be more abstract to the five year ald than the letter A. Kanak-kanak tidak perlu diajar huruf dan bunyi huruf seperti pendekatan abjad/fonik. iaitu pada peringkat ketujuh iaitu terakhir barulah kanak-kanak diajar huruf-huruf abjad.KAB3033 . dan sebagainya. ‘hidung’ untuk ‘nose’. Ibu menunjuk anaknya perkataan ‘daddy’ dalam kad dan menyebut ‘daddy’ kepada anaknya.Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 21 2. Why have we not begun by teaching this child the alphabet? . Jadi kanak-kanak lebih mudah belajar membaca (mengecam) perkataan.. jika kanakkanak diajar seluruh perkataan. 5. Glenn Doman menyatakan A word about the alphabet. and progress from this to the new and the unknown. . Tidak ada masa tertentu yang terbaik untuk kanak-kanak diajar membaca.

Murid mengenal huruf dan bunyi huruf dalam konteks perkataan itu. . Kaedah cerakin perkataan (word-analysis) Satu lagi variasi pendekatan seluruh perkataan ialah ‘kaedah cerakin’. Kaedah ‘cerakin’ ini dipopularkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK). misalnya perkataan ‘meja’ dan menunjukkan perkataan itu dalam kad imbasan atau di papan tulis. 3 dan 4 ialah proses ‘mencerakin’ atau membuat ‘analisis’ perkataan itu. 2. Ini dibuat dengan bantuan kad imbasan perkataan ‘meja’ dan gambar meja. untuk mengatasi masalah 2M murid sekolah rendah. meja Murid disuruh melihat perkataan ‘meja’ dan guru menyebut ‘meja’ dan diikuti oleh murid. mereka hendaklah diajar ‘mencerakinkan’ atau menganalisis perkataan itu supaya mereka tahu ‘bunyi’ setiap huruf dalam perkataan itu. Langkah 2. m e j a 4) Guru mengajar murid mengeja ‘meja’. Murid mengulang menyebut suku kata ini beberapa kali sebagai latihan. Buat demonstrasi pengajaran membaca mengguna kaedah ini. Kaedah ini mencadangkan setelah murid diajar mengecam dan membaca sesuatu ‘perkataan’. Langkah-langkah asas kaedah ‘cerakin perkataan’ (word -analysis) 1) Guru memperkenalkan kepada murid suatu perkataan. Perhatikan. 3) Guru mencerakin lagi suku kata supaya menjadi huruf.KAB3033 . Kementerian Pelajaran dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dalam 1980-an. Proses ini diulang beberapa kali untuk menentukan murid boleh ‘mengecam’ dan membaca perkataan ‘meja’. Dalam Langkah 1 murid disuruh melihat perkataan ‘meja’ secara keseluruhan supaya mengecam bentuk perkataan itu.Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 22 Aktiviti Terangkan langkah-langkah asas pengajaran membaca yang dicadangkan oleh Glenn Doman. Kaedah Cerakin ini telah diguna sebagai kaedah asas dalam Panduan Guru Bahasa Malaysia Tahap 1 KBSR (1981) untuk Sekolah Kebangsaan dalam tahun 1980-an. diikuti oleh murid. (Gambar meja juga mungkin diletak di sebelah perkataan meja). 2) Guru mencerakinkan perkataan ‘meja’ menjadi suku kata me ja Guru tunjuk dan sebut suku kata ‘me’ dan ‘ja’. supaya murid mengenal huruf dan bunyi setiap huruf ‘meja’ .

Setelah murid boleh membaca perkataan ‘meja’ dan ‘kerusi’ dia tidak boleh dengan sendiri membaca perkataan ‘buku’ jika guru tidak mengajarnya. PPK telah memberi latihan dalam perkhidmatan kepada guru-guru sekolah kebangsaan untuk mereka menggunanya bagi mengajar 2M murid Tahun 1. Perhatikan setelah murid mengecam dan boleh membaca sesuatu perkataan seperti ‘meja’. Kaedah Cerakin ini dipopularkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) dalam tahun dalam KBSR (1980-an) untuk mengatasi ramai murid tidak boleh 2M. dan ramai murid tidak boleh membaca dan menulis Bahasa Malaysia. . Kaedah cerakin tidak digunakan lagi.KAB3033 . Kaedah ini juga digunakan oleh maktab-maktab perguruan pada masa itu sebagai salah satu kaedah untuk melatih guru mengajar 2M Bahasa Melayu KBSR di sekolah kebangsaan dalam tahun 1980-an. Proses ini dibuat sehingga murid dapat ‘mengecam’ dan ‘mencerakin’ berpuluh patah perkataan.Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 23 Setiap hari murid diperkenalkan satu atau dua perkataan baru lagi. Ringkasnya langkah-langkah pengajaran kaedah cerakin boleh digambarkan sebagai berikut: perkataan suku kata huruf dan bunyi Kanak-kanak diajar ‘mencerakin’ setiap perkataan yang diperkenalkan. terutama perkataan berasaskan benda-benda di sekeliling mereka – yang terdapat dalam bilik darjah murid. murid tidak boleh membaca perkataan baru ‘kerusi’. ramai guru mendapati kaedah ini kurang berkesan. Ertinya setiap perkataan yang murid ‘membaca’ tidak membantunya membaca perkataan baru seterusnya. Guru menyuruh murid membaca perkataan ‘buku’. Guru kembali mengguna kaedah abjad untuk mengajar 2M kepada murid Tahun 1. kemudian mencerakinnya menjadi suku kata dan huruf untuk murid mengejanya. Misalnya setelah murid tahu membaca dan menulis perkataan ‘meja’ mereka diajar pula perkataan ‘kerusi’. Selepas itu guru mengajar pula perkataan ‘almari’ ‘pembaris’ ‘pemadam’ dan sebagainya. Guru mengguna langkah-langkah yang sama 1 – 4 di atas untuk mengajarnya. Dalam perlaksanaannya. Guru mengharap murid boleh membaca sendiri buku cerita mudah selepas itu. Murid akan diajar mencerakin perkataan ‘kerusi’: kerusi ke ru si k e r u s i Pada hari berikutnya guru memperkenalkan pula perkataan ‘buku’.

Misalnya gambar di sebuah ladang ternakan. Beri contohnya. Guru bersoal-jawab dengan murid tentang haiwan atau benda yang disebut oleh murid. ‘pokok’ ‘sungai’ dan sebagainya. ‘lembu’. Antara sumbernya ialah: a) Perkataan berasaskan gambar b) Perkataan berasaskan ‘tema’ yang dibincangkan bersama murid. atau pemandangan di tepi laut. Atau guru melekatkan kad perkataan itu di tepi objek itu. ‘pokok’. Ia berpunca dari soalan: apakah ‘perkataan’ yang harus guru pilih dan mengajar murid membaca pada pengajaran awal membaca? Bagaimanakah guru harus mendapat dan memilih ‘perkataan’ atau ‘ayat’ untuk murid diajar membaca? Variasi kaedah seluruh perkataan ialah variasi dari segi sumber untuk memilih perkataan atau frasa yang hendak diperkenalkan kepada murid dalam pengajaran awal membaca. Variasi lain kaedah dan teknik mengajar pendekatan ‘seluruh bahasa’ atau ‘seluruh perkataan’ Ada beberapa variasi lain pendekatan seluruh perkataan ini. Langkah-langkah asas Langkah 1: Guru tunjuk kepada murid sebuah gambar atau foto besar yang di dalamnya terdapat berbagai-bagai objek.KAB3033 . . Langkah 2: Guru menyuruh murid melihat gambar itu dan menyoal murid ‘Apakah yang kamu lihat ada dalam gambar ini?’ Murid akan menyatakan misalnya. misalnya perkataan ‘kambing’. ‘lembu’. ‘sungai’. Kaedah gambar: perkataan berasaskan gambar Salah satu teknik guru mendapatkan perkataan untuk guru mengajar murid membaca ialah perkataan berasaskan benda yang murid lihat dalam sesuatu gambar atau foto yang ditunjukkan oleh guru kepada mereka. c) Perkataan dari cerita yang ‘diceritakan’ oleh murid d) Perkataan dari cerita yang dibaca kepada murid (literature-based) Mari kita bincang dua punca di atas (a) dan (b).Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 24 Aktiviti Terangkan langkah-langkah asas pengajaran membaca kaedah cerakin. Langkah 3: Guru menulis beberapa perkataan yang disebut oleh murid di papan tulis. Ada beberapa pendapat tentang sumber dan cara mendapat perkataan untuk diajar murid membaca. 3. Sumber (c) dan (d) akan dihuraikan dalam Bab 4. ‘kambing’.

Ask students to think about the information on the chart and what they want to say about it.Teaching Beginning Reading and Writing with the Picture Word Inductive Model. say it again). ‘m’. Langkah 5: Guru mengajar murid mengeja perkataan ‘kambing’. 1999. murid ikut guru menyebut nama huruf ‘k’ dan bunyinya ‘khh’. if desired. to the picture word chart and to the word banks. Kaedah menggunakan gambar atau foto untuk menarik perhatian murid dan mendapatkan perkataan untuk diajar dipanggil Kaedah Picture-Word Inductive Model (PWIM).) 4) Read and review the picture word chart aloud. sentences. Langkah 9: Guru memilih dan mengajar perkataan-perkataan lain pula. Washington. ASCD. say the word. Identify common concepts (e. 9) Ask students to generate a sentence. 10) Read and review the sentences and paragraphs. Langkah 8: Murid diajar untuk mengguna perkataan yang dipelajari itu dalam ayat.g. 5) Ask students to read the words (using the lines on the chart if necessary) and to classify the words into a variety of groups. Guru menulis perkataan itu pada kad dan mengajar murid melihat dan menyebut perkataan itu beberapa kali. Ask students to classify sentences.KAB3033 . p. rhyming words) to emphasize with the whole class. Tunjukkan langkah-langkah mengajar membaca dan menulis beberapa patah perkataan kepada kanak-kanak berasaskan gambar ini. XX) Sediakan satu rancangan mengajar berdasarkan suatu gambar besar. Langkah 6: Guru menunjuk huruf ‘k’ dan sebutan bunyi ‘k’. 6) Read and review the picture word chart (say the word. 3) Label the picture parts identified. Langkah-langkah yang beliau cadangkan adalah seperti di bawah. 7) Add words. 8) Lead students into creating a title for the picture word chart. Steps of the PWIM 1) Select a picture.Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 25 Langkah 4: Kemudian guru memilih beberapa perkataan misalnya ‘kambing’ untuk diajar kanak-kanak membaca secara lihat-dan-sebut. seperti yang disarankan oleh Calhoun. Kaedah ini dipopularkan oleh Emily Calhoun. Aktiviti . Huruf dan bunyi huruf diajar dalam konteks perkataan setelah perkataan itu dieja dan dicerakinkan. or a paragraph about the picture word chart. (Draw a line from the identified object or area. (Sumber: Calhoun. Langkah 7: Kemudian guru mengajar pula bunyi huruf ‘a’. ask students to spell the word aloud and then to pronounce it. ‘b’ seperti yang terdapat dalam perkataan ‘kambing’. (1999).. 2) Ask students to identify what they see in the picture. write the word. model putting the sentences into a good paragraph. beginning consonants. spell it. Emily F.

1. Murid diajar mengeja setiap perkataan itu beberapa kali. manggis. misalnya.Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 26 4. 5. 2. Kaedah gambar 3 di atas boleh juga diguna kepada sesuatu tema. Guru menunjukkan murid gambar haiwan yang terdapat di zoo. pisang dan rambutan. Murid juga mewarnakan gambar-gambar haiwan yang mereka baca. dan menyuruh murid menamakan binatang-binatang yang mereka lihat itu. Guru menulis perkataan binatang yang disebut oleh murid. durian. misalnya ‘tema haiwan’. Langkah-langkah pengajaran sama seperti yang lalu. burung dan sebagainya. Murid menulis menyalin perkataan itu beberapa baris dalam buku mereka. Contoh untuk tema buah-buahan 1. oren 3. Guru menunjukkan gambar sekumpulan haiwan. misalnya betik. betik. ‘kera’. dan mengejanya. 6. Guru menulis perkataan ‘betik’ dan ‘pisang’ dan mengajar murid membacanya. Ini memberi pengetahuan kepada murid tentang ciri tingkah laku dan bunyi sesuatu haiwan itu. Guru bersama murid berbincang rasa. 4. dan menyuruh murid menyebutnya: pisang. ayam. Guru berbincang tentang ciri-ciri setiap haiwan yang murid sebut. ‘gajah’ dan sebagai. 2. Kemudian guru boleh menunjuk gambar buah-buahan. rambutan. buah-buahan. Ia berasaskan anggapan bahawa kanak-kanak akan senang dan bermakna belajar perkataanperkataan berhubung dengan sesuatu perkara atau tema. pekerjaan. Murid mewarnakannya.KAB3033 . epal. Perbendaharaan kata mereka juga mudah diperluaskan. ‘buaya’ ‘harimau’. Untuk tema haiwan guru boleh mengguna gambar sekumpulan haiwan. bunga. dsb. pengangkutan. Kaedah tema: Perkataan berasaskan tema Sekarang Kementerian Pelajaran dan agensi kerajaan cuba menggalakkan guru prasekolah mengguna ‘kaedah tema’ sebagai fokus pelajaran 2M di pra sekolah. Guru bersoal-jawab dengan murid tentang jenisjenis haiwan yang mereka lihat dalam gambar itu. warna. Murid menyalin perkataan ini dalam buku atau lembaran kerja. Guru memulakan pelajaran dengan bertanya dan berbincang dengan murid mengenai ‘buah’ yang mereka suka makan. haiwan. bentuk buah itu. 5. Antara tema ini yang dicadangkan ialah diri saya. 4. Guru menyuruh murid ‘bermain’ melakonkan perangai beberapa haiwan seperti kucing. Murid sangat suka mewarnakan gambar. . kera. anjing. dan menyeronokkan murid 3.

Soalnya berapa banyakkah perkataan yang perlu murid cam atau lihat dan sebut. sebelum mereka boleh membaca sendiri perkataan baru? Kelemahan pendekatan ini Kelemahan utama pendekatan ini ialah murid tidak dapat mengguna kemahiran apa yang mereka belajar yang lalu untuk membaca perkataan baru. Terangkan perbezaan Pendekatan Seluruh Perkataan dan Pendekatan Abjad/Fonik. Kaedah gambar: perkataan berasaskan gambar Kaedah tema: perkataan berasaskan ‘tema’.KAB3033 . seperti ‘buku’. Kedua-duanya telah ditinggalkan. Negara-negara ini mencadangkan pendekatan synthetic phonics (kaedah fonik) digunakan sebagai asas untuk mengajar kanak-kanak mula membaca. Soalan Perbincangan Adakah kaedah seluruh perkataan ini sesuai untuk mengajar awal membaca bahasa Melayu kepada kanak-kanak prasekolah? Kenapa? . Kaedah pengalaman murid: perkataan dari cerita murid. ‘meja’ atau haiwan seperti ‘harimau’. Bagaimanakah kedudukan ‘kaedah tema’ yang diguna di beberapa pusat prasekolah. Dapatan kajian menunjukkan tinggi peratus murid lemah atau tidak boleh membaca bahasa Inggeris mengguna pendekatan ini. Kelemahan kaedah pandang-dan-sebut Glen Doman dan kaedah cerakin dalam KBSR yang diamalkan di Malaysia dalam 1980-an telah didapati kurang berkesan. ii. Pendekatan seluruh perkataan ini lebih sesuai untuk mengajar kanak-kanak membaca dan menulis bahasa yang sistem ejaannya logografik (sistem tulisan berasaskan bentuk gambar) seperti sistem bahasa Cina. ‘gajah’ dan pengalaman murid seperti ‘bermain bola’ ‘di padang’ yang murid sudah alami. Mereka terpaksa cam dan hafal banyak perkataan sebelum mereka boleh membaca sendiri perkataan-perkataan dan ayat baru. Perbincangan Kekuatan pendekatan seluruh perkataan Kekuatan pendekatan ini ialah kanak-kanak dengan mudah tertarik dengan perkataan-perkataan yang bermakna yang diperkenal oleh guru kepada mereka. terutama di Sekolah Kebangsaan? Adakah ia memudahkan murid belajar 2M? Kajian di California Amerika Syarikat (1995) dan di United Kingdom (2004) mendapati pendekatan seluruh perkataan atau seluruh bahasa dan pendekatan cerakin (word analysis) ini kurang berkesan sebagai kaedah untuk mengajar murid awal membaca dan menulis bahasa Inggeris. bahkan mengakibatkan ramai murid lemah 2M.Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 27 Aktiviti i. Terangkan perbezaan variasi pendekatan seluruh perkataan berikut. Murid boleh diajar mengecam dan membaca perkataan-perkataan ini satu persatu.

Teaching Beginning Reading and Writing with the Picture Word Inductive Model. ASCD Doman. (3rd ed. Kementerian Pelajaran Panduan Guru Bahasa Malaysia Tahap 1 KBSR (1981) untuk Sekolah Kebangsaan. (1992).). New York: Macmilliam Publishing Company. Teach your baby to read. D.Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 28 RUJUKAN DAN BAHAN BACAAN TAMBAHAN Calhoun. Glenn (1981). Emily F. & Flood. Pan Books Lapp. Teaching reading to every child. . Pusat Perkembangan Kurikulum. J.KAB3033 . (1999). Washington. London.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful