MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

TAJUK 5 PENINGKATAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

5.1

SINOPSIS Tajuk ini membincangkan perbezaan inidividu dalam pembelajaran matematik dan kaedah peningkatan pembelajaran matematik. Dalam membuat perancangan dan pengajaran matematik, guru harus mengambil kira aspek perbezaan individu. Antara aspek-aspek perbezaan individu yang memberi kesan ke atas pembelajaran matematik adalah kebolehan matematik, kebolehan spatial, gaya (stail) pembelajaran, kecenderungan dan sikap, perbezaan berkait jantina serta perbezaan etnik dan kebudayaan. matematik boleh ditingkatkan melalui seni kreatif muzik dan drama, Pembelajaran seperti cerita, puisi,

permainan dan rekreasi matematik. Penggunaan

kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek pula dapat menggalakkan pemikiran matematik (mathematical thinking)

5.2

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini anda dijangkakan akan dapat: 1. merancang pembelajaran matematik dengan mengambilkira aspekaspek perbezaan individu dan konteks sosial dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. 2. meningkatkan pembelajaran matematik melalui seni kreatif, permainan dan rekreasi matematik. 3. menggunakan kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek untuk meningkatkan pemikiran matematik (mathematical thinking).

110

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

5.3

KERANGKA TAJUK Peningkatan Pembelajaran Matematik

Aplikasi Perbezaan Individu dan konteks sosial

Menyelitkan seni kreatif, permainan dan rekreasi

Penggunaan Pembelajaran Berasaskan Projek

5.4

KANDUNGAN Semasa merancang pengajaran matematik, guru hendaklah peka kepada aspek-aspek perbezaan samada gaya pembelajaran individu atau konteks sosial pengajaran yang mempengaruhi pembelajaran matematik. Menurut Dunn & Dunn (1987), tiga gaya pembelajaran yang berbeza iaitu Gaya Pembelajaran Visual, Gaya Pembelajaran Auditori dan Gaya Pembelajaran Kinestetik menyebabkan perbezaan dalam pembelajaran. Guru dapat menangani perbezaan dalam pembelajaran matematik murid dengan merancang pembelajaran dan menyesuaikan strategi pengajaran mengikut gaya pembelajaran murid.

5.4.1 GAYA PEMBELAJARAN DAN PERBEZAAN INDIVIDU Memahami pembezaan murid seperti kebolehan matematik, kesedaran ruang, gaya pembelajaran, kecenderungan dan sikap, perbezaan berkait jantina dan perbezaan etnik dan kebudayaan dapat membantu guru membuat perancangan yang lebih berkesan. Pencapaian akademik murid dapat ditingkatkan dan masalah disiplin dapat dikurangkan sekiranya strategi pengajaran guru diubahsuai untuk mengambilkira perbezaan individu. 111

geometrik. perbezaan individu.MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK Perbezaan individu disebabkan oleh banyak faktor. Antaranya: a) Stail pembelajaran berbeza b) Kebolehan matematik c) Mod hemispheric d) Modality pembelajaran e) Keperluan istimewa (Special Needs Learners) f) Jantina g) Sosioekonomi h) Kesan etnik dan kebudayaan i) Kesan agama j) Kecenderungan dan sikap murid Faktor-faktor yang mempunyai kesan yang ketara dalam pembelajaran matematik adalah gayal (stail) pembelajaran. Kebolehan Matematik Ada murid yang menunjukkan kecenderungan dan kebolehan yang lebih terhadap matematik berbanding dengan murid-murid lain. iii. 112 . ii. iv. Kebolehan membuat generalisasi . Kebolehan jenis harmonik merupakan kebolehan matematik sebenar. v. Mengikut Krutetskii (1976) kebolehan matematik merangkumi komponen-komponen berikut: i. Kebolehan penaakulan logik (logical reasoning ability). atau harmonik (gabungan analitik dan geometrik). Krutetskii (1976) mencadangkan kebolehan matematik jenis analitik. Kebolehan membuat berbagai operasi dengan nombor dan simbol Kebolehan memahami dan menggunakan konsep ruang (spatial concepts). Kebolehan memilih dan mengasingkan struktur formal dari masalah matematik (dapat mengenalpasti data yang tidak penting juga). serta konteks sosial pengajaran dan pembelajaran matematik.

(1) Cari maklumat tentang pemikiran jenis convergent dan divergent dan kesannya keatas kebolehan pelajar untuk menyelesaikan masalah matematik. gambarajah. viii. Malah mewakilkan satu 113 . Kebolehan untuk menukar dari satu pendekatan atau strategi penyelesaian kepada lain. vii. Kebolehan Spatial Pembelajaran matematik melibatkan gambar.4. Penggunaan bahan maipulatif dalam peringkat awal pengajaran dan pembelajaran matematik dapat meningkatkan kebolehan spatial kanak-kanak. ix. Kebolehan menghafal yang tinggi membolehkan mereka ingat fakta nombor serta menguasai kaedahkaedah perhitungan dan penyelesaian masalah yang berkaitan dengan ingatan jangka pendek. Kebolehan mengingat berbagai pengetahuan. dalam Orton. kebolehan matematik sebenar. Kebolehan membina bukti yang jelas.1. fakta matematik Kebolehan membuat penganggaran. Hadamard (1945. menganalisis. 1987) mula-mula mengutarakan dan idea fenomena prodigios calculator. dan rational dengan tidak membuang masa atau usaha. mencatat persamaan dan perbezaan dan analogi. Kebolehan ini tidak dianggap sebagai Murid-murid yang ada kebolehan ini mempunyai kecenderungan terhadap nombor dan perkaitan antara nombor dari peringkat umur yang muda. AKTIVITI 5. mudah.MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK vi. perwakilan visual seperti carta dan graf serta perwakilan situasi matematik dalam perbagai bentuk visual. Kebolehan spatial merupakan satu komponen utama kebolehan matematik kerana pembelajaran matematik melibatkan kesedaran spatial (ruang) terutama dalam tajuk Sukatan dan Geometri dan Penggunaan Data.

pelajar analitik. Kekuatan modaliti boleh wujud dalam bentuk kombinasi tiga kecenderungan tersebut dan boleh berubah dalam jangka masa panjang. Maka pengalaman pembelajaran dalam bilik darjah yang merangsang hemisfera kanan otak yang mengawal kebolehan spatial dapat secara tidak langsung meningkatkan kebolehan matematik murid. 114 . merasa dan memanupulasi objek-objek konkrit. Menurut Gestalt. pelajar common sense dan pelajar dinamik. Dalam pembelajaran matematik. hemisfera kanan otak memproses rangsangan sebagai satu struktur keseluruhan dalam bentuk imej bukan perkataan. Pelajar yang gaya pembelajarannya lebih cenderung kepada auditori memiliki kelebihan menerima maklumat melalui pendengaran serta menceritakan semula apa yang didengar kepada orang lain. Dunn & Dunn (1987) menyatakan bahawa pembelajaran murid meningkat apabila pengajaran dan pembelajaran berpadanan dengan gaya pembelajaran murid. pelajar yang kekuatan modalitinya adalah visual. gemar belajar dengan melihat corak. Gaya Pembelajaran (Stail Pembelajaran) Gaya pembelajaran merujuk kepada kaedah unik seorang individu menerima dan memproses pengetahuan serta menyusun pemikirannya. carta. auditori dan kinestetik. 1995) mencadangkan bahawa murid-murid tergolong dalam empat gaya pembelajaran utama: pelajar imaginatif. Teori berhubung gaya pembelajaran menekankan sebanyak mana murid belajar dan memperoleh pengalaman pembelajaran bergantung pada gaya pembelajaran dan bukan persoalan tentang kepintaran. graf dan gambarajah. Pelajar yang cenderung kinestetik (taktual) gemar belajar dengan menyentuh. Mereka sarankan tiga kecenderungan modaliti dalam pembelajaran iaitu visual.MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK situasi matematik dalam bentuk gambarajah merupakan satu peringkat dalam proses penyelesaian masalah Polya. McCarthy (dalam Good dan Brophy.

Waktu pembelajaran yang lama diselitkan dengan rehat yang pendek. lakonan dan drama. latar belakang pelajar.MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK Dimensi gaya pembelajaran jenis Bergantung Latar/Medan (Field Dependence) atau Bebas Latar/Medan (Field Independence) mempengaruhi pandangan atau persepsi murid dalam memahami satu tugasan atau maslah matematik untuk diselesaikan. Menekankan aktiviti-aktiviti yang meningkatkan penglibatkan strategi yang boleh digunakan oleh guru untuk menyesuaikan perancangan dan pengajaran mengikut gaya pembelajaran pelajar dalam pembelajaran dan pengajaran.bagi pelajar visual dan auditori. carta pai. kebudayaan serta agama pelajar. 2. 10. 9. Kegiatan seperti main peranan. Kumpulan pembelajaran untuk menjalankan aktiviti sumbangsaran atau sesi buzz. 5. Menekankan aplikasi teori dalam pengajaran. Eksperimen atau ujikaji dijalankan dengan bahan konkrit . 6. graf dan pelbagai jadual pelajar jenis analitik untuk membuat analisa data. Lawatan sambil belajar ke firma. 8. Menggunakan gambarajah. Perbanyakkan penggunaan pelbagai media pengajaran yang berkesan. kilang dan tempat-tempat yang relevan dengan pelajaran. 3.pelajar kinestetik 'tactile-kinesthetic'. 115 . Berkongsi bersama murid pengalaman guru mengenai idea yang dibincangkan. Antara murid adalah: 1. Mengenal pelajar. 11. 4. 7.

di antara kanak-kanak lelaki dengan kanak-kanak perempuan.(2) Cari maklumat tentang gaya pembelajaran jenis Bergantung Latar/Medan (Field Dependence) atau Bebas Latar/Medan (Field Independence) dan bincangkan dari segi pembelajaran matematik. Pengaruh masyarakat dan persekitaran mempunyai kesan yang paling besar ke atas perbezaan pembelajaran matematik yang berkait dengan perbezaan jantina. 116 Murid . ii. imej serta situasi matematik yang lebih menjerus kepada kanak-kanak lelaki daripada kanak-kanak perempuan. Matematik dianggap sebagai matapelajaran “lelaki” dan bukan “perempuan” Perbezaan dari segi jenis alat permainan kanak-kanak. ekonomi dan perakaunan) dianggap sebagai pekerjaan lelaki Murid-murid lelaki lebih yakin tentang kebolehan matematik mereka (overestimate) manakala muri-murid perempuan kurang yakin dengan kebolehan matematik mereka (underestimate) walaupun mereka berkebolehan tinggi.1. Perbezaan pencapaian pembelajaran matematik di antara murid lelaki dan murid perempuan juga disebabkan oleh murid dan faktor guru.MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK AKTIVITI 5. Perbezaan Berkait Jantina (Gender Related Differences) Kajian menunjukkan bahawa perbezaan berkait jantina dalam pembelajaran matematik adalah tidak konsisten. expektasi ibubapa dan pekerjaan yang bakal diceburi berbza iii. Setengah buku teks matematik menekanakan contoh-contoh. Antara faktor-faktor persekitaran dan kebudayaan adalah: i.4. Pekerjaan yang berkait dengan matematik (seperti kejuruteraan. aktiviti permaianan. iv. v.

ada yang cepat berputus asa.1 (3) Pilih satu buku teks matematik dan nyatakan jika jenis soalan. mengambil nota pelajaran. contoh-contoh serta gambarajah yang dipaparkan seimbang dari segi jantina. minat. kekemasan kerja. Sebaliknya. kreativiti guru dalam perancangan dan pengajaran matematik seharusnya memimpin murid-murid lelaki dan perempuan lebih berminat dan mengambil bahagian dalam pembelajaran matematik.4. Oleh yang demikian. AKTIVITI 5.MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK perempuan dikatakan lebih bersedia dari segi persediaan untuk menghadiri kelas. tanggungjawab. ketepatan masa. kesediaan untuk belajar. ada yang 117 . Guru tidak patut bersikap memihak (bias) terhadap murid lelaki atau murid perempuan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Perbezaan Kecenderungan dan Sikap Sikap murid terhadap pembelajaran matematik bergantung kepada pengalaman dan persepsi mereka tentang matematik. kebolehterimaan pelajaran. inisiatif serta kreativiti dan inovasi dapat mempengaruhi pencapaian kedua-dua jantina dalam pembelajaran matematik. Ada murid yang sentiasa ingin mencuba. murid perempuan dapat menerima pengajaran secara tradisional ini. kesungguhan. kepatuhan kepada arahan. Persepsi guru terhadap murid lelaki dan murid perempuan dari aspek motivasi. menumpukan perhatian dan cuba memahami apa yang dipelajari dalam kelas berbanding dengan murid lelaki. Persediaan ini merupakan salah satu sebab pencapaian matematik murid perempuan lebih berbanding dengan murid lelaki. Strategi pengajaran tradisional tanpa aktiviti-aktiviti yang menarik tidak sesuai untuk murid lelaki kerana mereka mudah hilang minat dan tidak menumpukan perhatian kepada pelajaran.

4. mengurangkan keresahan matematik Pendekatan Pelbagai Kecerdasan Teori mengenai gaya pembelajaran yang diterima oleh ramai pendidik adalah Teori Kecerdasan Pelbagai (Theory of Multiple Intelligences) Howard Gardner (1993). Persekitaran yang penuh persaingan ini digemari oleh muridmurid terutamanya yang cerdas. AKTIVITI 5. Pembelajaran matematik digemari oleh murid-murid yang suka suasana persaingan kerana pembelajaran matematik dikaitkan dengan ketajaman akal dalam menyelesaikan masalah dan persaingan untuk mendapat jawapan yang betul secepat mungkin. Gardner telah mengenalpasti lapan kecerdasan yang dimiliki oleh setiap individu tetapi dalam pelbagai tahap kekuatan dan kemahiran. pengajaran dan pembelajaran matematik yang berasaskan kefahaman behavioris dapat menimbulkan sikap negatif terhadap matematik di kalangan beberapa murid. Keresahan matematik (mathematics anxiety) yang disebabkan oleh penekanan kepada jawapan yang betul serta kekurangan motivasi turut mempengaruhi kecenderungan dan sikap terhadap pembelajaran matematik. Malah.MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK bersemangat inkuri tinggi dan sebagainya. Segelintir murid menyukai pembelajaran matematik kerana ia tidak melibatkan perkongsian emosi atau pendapat dengan orang lain. 118 .1 (4) Bincangkan lengkah-langkah yang boleh diambil dalam perancangan dan pengajaran matematik yang dapat menanam sikap yang positif terhadap matematik dan (mathematics anxiety). Murid-murid yang gemar perbincangan dan perkongsian pendapat peribadi tidak cenderung kepada pembelajaran matematik yang menekankan jawapan yang betul sahaja.

MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK Teori Kecerdasan Pelbagai ini telah membuka minda pendidik. menggambarkan serta memanipulasi objek visual dalam pemikiran. pengkelasan dan pemikiran kritikal iv. peta minda 119 . Kecerdasan yang diutarakan oleh Gardner termasuk: i. Kecerdasan Muzik: mencipta. perwakilan visual. Kecerdasan Logik (matematik): menaakul secara logik terutamanya dalam matematik dan Sains. warna. memahami dan menghargai muzik. lukisan. ahli psikologi dan ibubapa terhadap bagaimana perancangan dan pengajaran dapat diubahsuai supaya semua kanak-kanak dapat diasuh untuk mencapai potensi masing-masing. minat pengiraan. metafor. Kecerdasan Ruang: mengenal dengan teliti sesuatu yang dilihat. Kecerdasan Linguistik: Penggunaan bahasa yang berkesan. ii. fakta asas boleh dilafazkan dalam irama dan ritma. iii.

Kecerdasan Interpersonal: mengenal aspek-aspek penting perlakuan dan memahami orang lain. ─ kepelbagaian kemahiran tahap tinggi. pengalaman jenis hands on vi.MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK v. dapat membuat perbandingan dan perkaitan antara sistem-sistem dalam alam 120 . ─ persekitaran pembelajaran yang positif. menganalisis hasil kerja murid atau melalui pemerhatian guru di bilik darjah. motif dan kehendak sendiri. Kecerdasan dan gaya pembelajaran murid dapat dikenalpasti oleh guru dengan menggunakan instrumen laporan kendiri (inventori pengajaran kecerdasan individu). ─ peningkatan penglibatan pelajar ─ pencapaian pelajar yang tinggi alam haiwan dan tumbuhan. membuat pilihan sendiri berasaskan motivasi kendiri viii. Kecerdasan Kinestatik: kebolehan menggunakan anggota badan untuk mengutarakan pendapat atau pemikiran. Perancangan dan matematik yang mengambilkira kecerdasan pelbagai murid dapat meningkatakan pembelajaran matematik murid melalui ─ kepelbagaian strategi dan aktiviti pembelajaran. Kecerdasan Intrapersonal: sedar tentang perasaan. pembelajaran koperatif dan rangsangan kumpulan vii. ─ peluang kepada semua murid mencapai potensi. Naturalis (Kecerdasan Alam Sekitar): kebolehan mengenal dan menghargai semulajadi.

c) Memastikan kaedah penilaian pembelajaran murid juga berpandukan kecerdasan murid. demonstrasi.(6) Pilih satu kemahiran matematik dari Huraian Sukatan Pelajaran (atau Dokumen Standard) dan rancangkan satu aktiviti pengajaran yang mengambilkira sekurang-kurangnya tiga dari kecerdasan pelbagai yang disenaraikan oleh Gardner (1996). Pemilihan strategi yang sesuai juga dapat memperkembangkan potensi murid dalam kecerdasan lain yang belum menyerlah.1.4.1 (5) Layari internet dan muat turun inventori yang dapat digunakan untuk kenalpasti jenis kecerdasan. Gunakan inventori yang anda telah muat turun dari internet untuk memastikan kecerdasan rakan-rakan dalam kelas Untuk melaksanakan teori kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. AKTIVITI 5. guru hendaklah:a) mengenalpasti kekuatan sendiri dan kekuatan murid dalam kecerdasan pelbagai b) memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan memadankannya dengan kecerdasan murid. penyampaian. penghasilan folio.MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK AKTIVITI 5. persembahan. kaedah-kaedah penilaian yang boleh digunakan termasuk: projek. penyelesaian masalah dalam eksperimen dan pameran.4. 121 .

vi. kenalpasti apakah yang tidak betul dalam kata sindiran tersebut iv. Guru harus peka kepada konteks sosial dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dalam bilik darjah yang pelajarnya terdiri dari berbagai kaum. nyatakan dengan jelas bahawa kata-kata seperti itu tidak boleh digunakan iii. mengaku bahawa guru telah mendengar kata sindiran tersebut ii. tahap sosioekonomi.4. pekerjaan. agama. Sekiranya terdapat sindiran atau kata-kata berunsurkan perkauman yang menyindir atau menyinggung perasaan mana-mana murid dalam bilik darjah a perlu dmengambil tindakan sebaik ia dinyatakan. lokasi geografik dan pengaruh luaran.MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK 5. kebudayaan dan latarbelakang sosioekonomi. berikan maklumat yang betul tentang perkara tersbut berikan sokongan kepada murid yang disindir bantu murid mengatasi sebarang konflik yang timbul akibat kata sindiran tersebut. agama. 122 . Antara garispanduan yang boleh guru gunakan adalah: i. kepercayaan dan kebudayaan.2 KONTEKS SOSIAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK Konteks sosial yang mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran matematik termasuk kumpulan etnik. v. Guru yang sensitif terhadap perbezaan kebudayaan dan agama serta menghormati hak asasi dan perbezaan di kalangan murid-murid bukan sahaja dapat membuat perancangan dan pengajaran yang berkesan tetapi pembelajaran dalam bilik darjah akan menjadi seronok dan selesa untuk semua murid.

Ini kerana aktiviti seni menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengeluarkan dan melahirkan perasaan. Aktiviti seni dan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan imaginasi mereka di dalam pelbagai cara.MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK 5.4. kraf tangan. mewarna. penerokaan dan hubungan baru. Isernberg (2001) menyatakan seni adalah satu sistem simbol yang boleh digunakan untuk menjana makna dan alat untuk pembelajaran.3 SENI KREATIF DALAM MATEMATIK Kanak-kanak kebanyakannya sangat berminat dengan aktiviti seni dan kreatif. Kreativiti merupakan proses yang berterusan dan merujuk kepada keupayaan seseorang untuk memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. cara berkomunikasi dengan dan tanpa bahasa. nyanyian. muzik. drama. Kreativiti juga boleh dilihat dari penggunaan imaginasi. serta membantu kanak-kanak untuk meneroka pengetahuan akademik mereka. puisi. Ini termasuklah aktiviti seni seperti melukis. Seni kreatif dalam matematik boleh digolongkan kepada: cerita puisi Seni Kreatif Dalam Matematik 123 muzik . membentuk arca dan sebagainya.

. Mac. Puisi Disember Dua belas bulan dalam setahun yang ku tahu Di sinilah bermula dua belas bulan itu Januari. Diantaranya ialah dengan mencerita.” Guru boleh memperkenalkan nombor 1. Oktober. 2 dan 3 dengan kaedah ini. Pokok betik itu sangat tinggi. Itik cantik bercadang meminta tolong daripada 3 orang kawannya. Guru dapat mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sangat sesuai dengan perkembangan emosi kanakkanak dan ke arah kejayaan akademik. membuat teka-teki. puisi. Februari. Itik cantik tidak putus asa.MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK drama Terdapat pelbagai cara untuk memupuk keseimbangan emosi kanak-kanak. lagu. muzik dan juga melalui drama. November 124 . September. Buah betik itu mesti dipetik. guru boleh memulakan pengajaran dan pembelajaran matematik dengan bercerita. Ogos dan banyak lagi. Julai. Bercerita “Ada seekor itik cantik yang berwarna putih ingin memetik dua buah betik... Maka. Jun. April Mei. Akhirnya mereka berjaya memetik buah betik tersebut. Itik yang cantik tidak dapat memetik buah betik.

sepuluh Kumpul semua semula.Sa.Sa.MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK Dan bulan yang terbaik sekali adalah Disember. nilai puluh Sepuluh puluh ialah.Pu. ingatkan. Ra. nilai tempat 125 . sepuluh. Dari puisi ini guru dapat mencungkil kreativiti dan kemahiran berfikir murid-murid. Ra. ingatkan Ratus puluh dan satu. nilai tempat Sepuluh satu ialah. Teka-teki Dua tiga kucing berlari.Sa Mari kita belajar. Puisi ini dapat digunakan untuk membantu murid-murid dalam mengingat nama dan urutan yang betul bagi 12 bulan dalam setahun. Kalau adik bijak bestari. seratus. Mana nak sama si kucing belang. Berapa ekor kucing yang boleh dibilang? Guru boleh menggunakan teka-teki tersebut dengan murid-murid yang boleh mengira.Pu. Ra. nilai ratus Bila menulis nombor. seratus Kumpul semua semula. Ra.Pu. Lagu Melodi : London Bridge Is Falling Down Tajuk : Ra Pu Sa Ratus puluh dan satu.Sa Mari kita belajar.Pu.

Sani : Gaji saya lebih daripada En.Pu. ingatkan Ratus puluh dan satu.4 REKREASI MATEMATIK Rekreasi matematik merupakan suatu siri pembelajaran yang mana mementingkan aktiviti seperti corak nombor. Sani En. operasiya.Sa AKTIVITI 5.Pu. Anggapkan gaji seorang doktor ialah RM6000 sebulan. Lim : Gaji saya kurang daripada En. murid-murid diminta mencari siapakah sebenarnya doktor. kuiz matematik. petak ajaib. 126 . Samy : Saya doktor En. Kenyataan-kenyataan di atas adalah tidak benar. jurutera dan akauntan? 5. Ra. Ra. tesselasi dan tangram semasa proses pelaksanaannya. akauntan RM6500 sebulan dan jurutera RM5800 sebulan. ingatkan. Berpandukan cerita di atas.4. Dengan adanya Rekreasi matematik ini.3 Siapakah mereka? En. diharap pelajar dapat belajar dalam keadaan yang menyeronokkan sambil menyelesaikan masalah yang dihadapi sewaktu pembelajaran.4. Samy. Rekreasi matematik juga mestilah menyeronokkan dan masalah yang diberikan itu mestilah mudah difahami dan bermakna kepada murid.Sa.MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK Bila menulis nombor. permainan.

Ia biasanya melibatkan kutipan serta analisis data dan persediaan satu laporan yang betul. 127 .4 Di sebuah padang ada sejumlah kambing dan lembu.MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK Soalan : Sekiranya anda dilahirkan pada tarikh 29 Februari (tahun lompat). Jumlah bilangan kepala kambing ialah 20.4.5 PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK Pembelajaran ini merupakan satu aktiviti pembelajaran yang berfokuskan kepada kaedah pemusatan murid dimana guru memberikan satu tajuk tugasan kepada murid yang perlu dilakukan secara sistematik atau terancang dalam jangkamasa yang tertentu. Berapa ekor lembu yang terdapat di padang tersebut? Aktiviti permainan matematik merupakan tahap yang lebih tinggi daripada latihan 5.4. pada usia berapakah anda akan menyambut hari ulangtahun kelahiran anda yang ke-17? Penyelesaian : (Ulangtahun Kelahiran kali ke-17) (Selang tahun lompat iaitu 4 tahun) = 17 x 4 = 68 tahun AKTIVITI 5. Jumlah bilangan kaki kambing dan lembu ialah 80.

Tugasan perlu mengambilkira keupayaan dan kemampuan pelajar yang terlibat. 5. 4. pelaporan hasil dan juga refleksi kendiri. 128 . murid-murid diberi tugasan yang merupakan masalah yang mungkin akan dihadapi dalam situasi harian yang difikirkan dapat diselesaikan melalui kaedah pembelajaran berasaskan tugasan atau projek. Boleh dijalankan secara individu atau secara kumpulan. Melibatkan pengumpulan bahan. pengalaman dan kebolehan murid. 5. Ciri-ciri pembelajaran berasaskan projek 1.memproses maklumat dan data. Guru perlu menjelaskan prosedur pelaksanaan yang lengkap.MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK Dalam strategi berasaskan tugasan. data. 3. 2. Sesuai dengan murid dan kurikulum. Berasaskan kemahiran. 2. 3. 7. Penilaiannya dijalankan pada setiap tahap proses sehinggalah ke tahap hasil yang siap. 4. Memberi tugasan mengikut kurikulum. Interaksi guru-murid yang berupa bimbingan dan perundingan pada setiap tahap proses. Pastikan bilangan ahli kumpulan kecil. maklumat. Guru perlu memberi bimbingan dan pemantauan sepanjang tempoh projek. Strategi pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek 1. pengetahuan. 6. Menentukan jadual kerja.

2. 9. penyelarasan dan pemurnian projek. 5. 7. Mengajar mereka untuk menerima dan menghormati perbezaan individu.MTE3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK 6. Memastikan pelajar membuat refleksi dari semasa ke semasa sepanjang pelaksanaan projek. Memberi peluang mereka menjana idea mengenai topik. 3. Penilaian projek perlu mencerminkan daya usaha setiap pelajar dalam kumpulan dan harus dilaksanakan sepanjang tempoh projek. Murid-murid perlu mengumpulkan bahan-bahan tersebut dalam folio. Menarik perhatian murid-murid terhadap satu-satu topik yang khusus. Perlu ada pembentangan. Menunjukan bahawa sumbangan idea mereka dihargai. 129 . Menggalakan mereka untuk sedia menanggung risiko dalam berkongsi idea dan pandangan masing-masing. 8. Kelebihan pembelajaran berasaskan projek 1. Perancangan dan pelaksanaan projek haruslah berperingkat. Contoh tugasan projek Guru menyediakan satu projek yang meminta murid-murid mencari sumbangan ahli-ahli matematik dalam bidang Geometri. 4.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful