MTE 3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK

TAJUK 4 PENGETAHUAN PENGAJARAN MATEMATIK

4.1

SINOPSIS Menurut Taksonomi Bloom terdapat empat dimensi pengetahuan yang perlu dikuasai oleh pelajar bagi membina konkrit kepada abstrak. fakta, konsep, algoritma dan melakukan pengetahuan daripada matematik. Maklumat Keempat-empat dimensi tersebut adalah

berfakta merujuk kepada keupayaan pelajar mengingati fakta seperti definisi, teorem, hukum, simbol dan fakta asas pendaraban. Pelajar tidak dapat melakukan matematik tanpa mengingati rumus dan fakta seperti formula luas segitiga, perimeter ,penukaran unit dan sebagainya. Oleh itu, fakta perlu dihafal untuk digunakan dengan pantas. Keupayaan mengingat dan menghafal rumus dengan tepat dan pantas akan menjimatkan masa dalam penyelesaian masalah. Dalam topik ini, kita akan membincangkan pengetahuan pengajaran dan pembelajaran matematik dari padangan empat dimensi dan menerapkan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

4.2

HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir tajuk ini, anda dijangkakan akan dapat : 1. Menjelaskan jenis-jenis pengetahuan matematik 2. Pengajaran menggunakan pengetahuan matematik berdasarkan

maklumat berfakta dan konsep.

4.3

KERANGKA TAJUK 97

MTE 3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK DIMENSI PENGETAHUAN MAKLUMAT BERFAKTA KONSEP ALGORITMA/ PROSEDUR 4. ternyata kita tidak dapat menjawab dengan tepat. Ingatan ini akan hilang seandainya ia kurang bermakna atau tidak relevan kepada pelajar. • Maklumat yang disampaikan kepada pelajar akan disimpan dalam ingatan jangka pendek (IJP) pelajar. carta. audio-video. Maka.4 KANDUNGAN • Pembelajaran matematik memerlukan dua deria penerimaan iaitu mata dan telinga bagi memudahkan pemerolehan maklumat. Ini disebabkan kita tidak menfokuskan kepada butiran khusus kereta tersebut. papan putih. Untuk meningkatkan pengajaran guru perlu menggunakan media pengajaran seperti bahan manipulatif. guru perlu memastikan maklumat yang disampaikan adalah jelas dan terang. Namun jika kita diminta duduk dan memerhatikan pemandu dan jenama kereta untuk ditanya tentu kita dapat menjawabnya dengan tepat. Jika ditanya siapakah pemandu kereta tersebut dan jenama kereta itu. Semasa pengajaran guru perlu memastikan pelajar menumpukan sepenuh perhatian dan fokus perkara yang disampaikan dalam kelas. penting dan utama 98 . • Ingatan jangka pendek akan dipindahkan kepada ingatan jangka panjang(IJP). relevan. Maklumat yang bermakna. Sebagai contoh sebuah kereta yang melintas di hadapan anda. model dan sebagainya.

4. menggunakan kad imbasan. Pendekatan yang digunakan seharusnya sesuai dengan tahap keupayaan muridmurid.MTE 3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK akan membantu pelajar mengekalkan ingatan jangka panjang. teknik dan sebagainya perlu diletakkan pada tempat yang mudah diakses oleh murid-murid. Maka guru mesti peka akan keperluan dan situasi dalam kelas dan kekeuatan serta kelemahan murid-murid. Pengulangan Aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan kekal dalam ingatan murid jika guru membuat pengulangan secara berkala. Sebagai guru anda perlu membantu pelajar memudahkan pengekalan ingatan jangka panjang menerusi empat cara: 1. Fakta seperti rumus.1 Menyediakan pembelajaran bermakna Dalam pengajaran matematik. menyediakan sudut matematik dan sebagainya untuk rujukan murid jika terlupa. 4. Peranti mnemonik 99 . Guru sebagai pembimbing murid pula mencari penyelesaiannya secara penerokaan dan soal jawab terbimbing. teorem. Perkaitan antara pembelajaran dan kehidupan murid semasa belajar amat digalakkan agar mereka mengetahui tujuan mereka belajara matematik. guru boleh meletakkan fakta pada papan kenyataan dalam kelas. 2. menyediakan pembelajaran bermakna pengulangan peranti mnemonik pengajaran langsung 4. guru seharusnya menyediakan pakej pembelajaran yang bermakna dalam kehidupan murid-murid. 3. Pengulangan tidak semestinya disebut sahaja.

penjelasan: murid-murid didedahkan dengan teknikteknik menjawab soalan. Jika mereka menemui ayat tentang beza ini bermakna hasiltolak atau penolakan. subtraction. of. perbincangan. tambah dan tolak. Langkah kedua. maklumbalas: guru perlu memberi imbuhan dan galakan kepada murid secara positif jika dapat menjawab dengan betul.kata kunci atau strategi kepada murid . Langkah ketiga.MTE 3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK Peranti mnemonik adalah dari perkataan Greek bermakna tuhan ingatan. peranti ingatan: guru menyediakan bahan atau resos seperti gambar. Contohnya BODMAS bermakna ‘bracket’. Teknik lain juga boleh guru cipta demi membantu murid mengingat fakta dengan cepat dan mudah untuk menyelesaikan soalan.guru galakkan murid mencipta bahan atau idea cara mengingat yang lebih mudah. Pengajaran langsung Terdapat 5 langkah dalam pengajaran secara langsung:Langkah pertama. pendekatan: murid-murid didedahkan kepada fakta menerusi sebarang pendekatan yang relevan oleh guru samada kuliah. 100 . mutiplication. Langkah keempat. Iaitu bagi soalan yang melibatkan ayat matematik kita perlu selesaikan nombor dalam kurungan dahulu diikuti bahagi kemudian darab. guru pendorong murid bagi mencari pilihan peranti ingatan lain. induktif atau apa-apa pendekatan yang sesuai dengan tahap penerimaan mereka. division. Ia adalah satu cara untuk membantu mengingat. Ia memberikan makna kepada cara atau strategi untuk mengingat fakta dengan mudah. Juga guru perlu memberi teguran sekiranya kesalahan dilakukan untuk membetulkan keadaan yang salah. jika terdapat operasi bercampur maka perlu gunakan cara BODMAS dan sebagainya. addition. eksperimen.

tanda operasi ‘tambah’. 4. • Fakta-fakta matematik boleh dipelajari melalui cara hafalan. latih-tubi dan permainan.4.4.2 MAKLUMAT BERFAKTA Fakta matematik adalah bahasa matematik seperti simbol yang mewakili nombor. + simbol untuk penambahan. Ini bermakna bahwa murid tersebut mengalami kesulitan dalam mempelajari bilangan 2. Pembelajaran jenis ini merupakan pembelajaran tindakbalas rangsangan.2 101 . sesi latihan hendaklah ringkas. pelajaran lanjutan: Pelajaran lanjutan adalah kesinambungan apa yang telah dikuasai oleh murid-murid.MTE 3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK Langkah kelima. ‘darab’ dan ‘bahagi’. Mereka akan lebih mengingati fakta sekiranya pelajaran lanjutan terhadap apa yang dipelajari ditambahnilai oleh guru untuk mengekalkan ingatan jangka panjang murid. ‘tolak’. Sebagai contoh. Dengan menunjukkan himpunan yang elemennya dua. istilah seperti segitiga. 2 adalah simbol untuk bilangan dua. Murid-murid mungkin sudah hafal perkataan “dua” dan sudah mahir menuliskan simbol “2″ namun ia gagal memahami apa makna dari simbol 2 tersebut yang tidak lain bilangan dua yang merupakan suatu sifat dari himpunan objek. AKTIVITI 4. sudut dan sebagainya. menyebut simbol “dua” dan menulis simbol “2″ diharapkan murid dapat memahami pengertian bilangan dua yang diberi simbol “2″ tesebut. Untuk mengajarkan bilangan 2 guru boleh menggunakan benda nyata yang dapat menjelaskan fakta yang sebenarnya. kerap dan dilaksanakan dengan pelbagai bahan. Untuk membantu pelajar mengingati fakta asas.

membentuk konsep. segitiga sama. Seorang murid dikatakan telah mempelajari konsep bulatan apabila dia sudah boleh mengkelaskan ciri-ciri set bulatan dan membezakannya daripada set yang bukan bulatan. Huraikan pandangan anda untuk menerangkan fakta ‘kosong’ dan angka ‘sifar’ kepada murid-murid.MTE 3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK a. pembelajaran konsep. segitiga tak 102 Pembelajaran jenis ini adalah dinamakan . Jelaskan bagaimana fakta bentuk tersebut disampaikan kepada murid-murid tersebut. set. Konsep matematik boleh dipelajari melalui definisi atau pemerhatian objek-objek yang ada kaitan dengan konsep itu. b. Contohnya ciri-ciri segitiga. terdapat 4 peringkat penyusunan konsep yang membantu murid menguasainya dengan mudah. nombor perdana dan sebagainya ialah contoh-contoh bagi konsep matematik. c. satu contoh untuk menjelaskan fakta matematik. Peringkatnya adalah. segitiga sama.3 KONSEP Konsep matematik ialah idea yang diabstrakkan daripada contohcotoh konkrit. penyusuan data. Konsep berkembang dari berbagai pengalaman matematik yang konkrit. Menurut Taba. Mengajar konsep adalah kompleks kerana pelajar datang ke sekolah dengan pelbagai pengalaman dan kebolehan tersendiri. membentuk hukum dan aplikasi. Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Matematik. Anda ingin memperkenalkan bentuk-bentuk geometri 2 matra kepada murid-murid. segitiga dua sama. subset. berikan 4. Senaraikan semua jenis segitiga beserta gambar segitiga. Kemudian membuat pengkelasan terhadap segitiga seperti segitiga tegak.4. Definisi-definisi yang diberikan kepada perimeter.

Seterusnya membuat generalisasi bahawa segitiga terdiri dari pelbagai bentuk dan nama pengenalannya dan akhir sekali murid boleh membanding bezakan segitiga dengan bentuk geometri lain berdasarkan ciri-cirinya. darab dan bahagi nombor bulat. berikan satu 4. algoritma alternatif juga perlu dibincangkan semasa mengajar operasi tambah.4. tolak.4 ALGORITMA Algoritma dalam matematik adalah set langkah-langkah dan peraturan yang digunakan untuk menyelesaikan pengiraan matematik. penolakan. Penerangan sesuatu algoritma mesti diperkukuh dan diiringi dengan penggunaan bahan manipulatif yang sesuai untuk memberikan kefahaman dan keyakinan. Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Matematik. Anda memperkenalkan bentuk bulatan kepada murid-murid . Jawapan pengiraan akan betul setiap kali jika algoritma diikuti dengan betul. Bina peta minda bagaimana anda dapat menggunakan teknik Taba untuk mengajar ciri-ciri sebuah segiempat. cuba anda jelaskan bagaimana cara untuk menentukan perimeter bulatan tersebut dengan teknik Taba. pendaraban dan pembahagian. contoh untuk menjelaskan konsep matematik. Algoritma yang biasa digunakan di sekolah rendah ialah algoritma penambahan. Selain algoritma standard. c. AKTIVITI 4.3 a.MTE 3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK sama. 103 . b. Perbincangan algoritma mestilah secara ansur maju.4. Murid digalakkan memberi sebab kepada setiap langkah dalam sesuatu algoritma.

pemahaman tentang konsep dan fakta tambah. Bapanya memberikan 35 keping lagi cakera padat kepadanya. Walaupun murid-murid dapat diajar algoritma samada bertulis atau congak. komutatif. Dengan adanya pemahaman tentang nilai tempat. mereka perlu juga digalakkan membentuk strategi tersendiri. pelajar tidak akan dapat mengingat atau mengaplikasi algorithma tersebut dalam pelbagai situasi Pelajar digalakan membuat anggaran sebelum diajar menggunakan algorithm formal untuk mencari jawapan tepat.MTE 3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK Algoritma yang berkesan (effective) adalah algoritma yang melaksanakan pengiraan dengan paling efisyen. hukum tukarganti. darab dan bahagi. Kalau algorithma/kemahiran dipelajari tanpa pemahaman. Pelajar boleh diajar beberapa kemahiran anggaran yang tertentu. murid-murid dapat mencipta berbagai algoritma alternatif mengikut konteks dan nombor yang terlibat. kadang-kadang pelajar dapat membentuk algoritma yang lebih cekap. Algoritma penambahan dengan mengumpul semula Ahmad mempunyai 27 keping cakera padat. identiti bagi tambah dan darab dan sebagainya. Walaupun pelajar perlu diajar prosedur/algorithma penyelesaian masalah. Berapakah jumlah cakera padat yang Ahmad ada? Algoritma 1: Cerakinan 27 → + 35 → 20 + 7 + 30 + 5 50 + 12 = 62 Algoritma 2: Penambahan separa 104 . tolak.

1 + 2 + 3 = 6 puluh Algoritma penolakan dengan mengumpul semula Ahmad mempunyai 91 keping cakera padat. murid sepatutnya boleh mencerakinkan nombor subtrahend: Contoh: 91 = 80 + 11 = 80 dan 11 52 = 40 + 12 = 40 dan 12 Gunakan konsep buang (take away) 91 → – 24 → 80 dan 11 – 20 dan 4 60 dan 7 = 67 Algoritma 2: Algoritma standard 105 . Berapa keping cakera padat yang tinggal? Algoritma 1: Cerakinan Sebelum menggunakan algoritma biasa. 24 keping telah rosak.MTE 3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK 27 + 35 12 ← 7 + 5 + 50 ← 20 + 30 60 Algoritma 3: Algoritma standard 1 + 27 35 62 7 + 5 = 12 Tulis 2 dalam nilai tempat sa dan 1 dalam nilai tempat puluh.

Aktiviti mental ini berlaku melalui bahan.5 MELAKUKAN MATEMATIK Seseorang itu dikatakan melakukan proses matematik jika aktiviti mental berlaku semasa membuat atau menyelesaikan masalah matematik.MTE 3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK 8 1 9 1 fikir : 11 – 4 = 7 24 67 8 pu – 2 pu = 6 pu – Algoritma Pendaraban Algoritma 1 : Pendaraban separa 57 x 3 21 150 171 ← ← 7x3 50 x 3 Algoritma: algoritma standard 2 57 3 x 21 150 171 7 x 3 = 21. melalui interaksi verbal 106 . letak 1 pada nilai tempat sa dan 2 pada nilai tempat puluh. 5 pu x 3 = 15 pu + 2 pu = 17 pu = 1 ra 7 pu 4.4.

penolakan. pendaraban dan pembahagian akan mudah difahami murid jika bahan manipulatif digunakan. Idea matematik 107 .MTE 3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK (discourse) dan juga semasa aktiviti membuat konjektur. Penghujahan sentiasa berlaku semasa melakukan matematik. guru hendaklah menggunakannya dengan pemahaman – melalui aktiviti bermakna. Murid diminta menghujahkan setiap langkah dalam algoritma dengan menggunakan bahan manipulatif. “hands on” Semasa melakukan aktiviti perkaitan hendaklah dibuat antara pengajaran konsep menggunakan bahan konkrit dengan pengetahuan prosedural/algoritma. Pastikan bahan konkrit di ‘tiadakan’ secara beransur-ansur sebelum pelajar melakukan matematik secara simbolik. melorekkan rantau pada rajah/gambar untuk topik pecahan Menggunakan kad jalur untuk menjalankan aktiviti perpuluhan Dalam menggunakan bahan manipulatif dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Di antara contoh-contoh penggunaan bahan manipulatif untuk melakukan matematik adalah: • Menggunakan pembilangan dan rod Cuisenaire untuk mengajar • • • • • • nilai nombor empat operasi Menggunakan wang /duit syiling palsu dalam aktiviti-aktiviti jual beli Menggunakan kalendar atau muka jam dalam pengajaran Masa dan waktu Menjalankan aktiviti melipat. Aktiviti mengumpul semula boleh dihujahkan dengan berkesan jika bahan asas 10 digunakan. Aktiviti ini akan memberi keyakinan kepada murid bahawa algoritma yang abstrak boleh dijadikan konkrit. Aktiviti 1: Melakukan matematik melalui bahan Algoritma standard penambahan. menggaris.

simbol dan pengalaman bermakna.explanation). murid digalakkan. Jika Pasukan Perak memperolehi 30 mata dalam pertandingan Liga Super. seri atau kalah? 108 . manakala seri 1 mata dan kalah 0 mata. Semasa aktiviti interaksi verbal. bertanya guru dan rakan menggunakan pelbagai alat untuk berhujah.MTE 3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK berkembang bila bahan manipulatif dikaitkan dengan istilah matematik. berapa kali Pasukan Perak menang. • • • • • mendengar. Soalan penyelesaian masalah terbuka boleh dijadikan landasan untuk menggalakkan interaksi verbal di kalangan murid. Aktiviti 2: Melakukan matematik melalui interaksi verbal Idea matematik akan lebih bermakna jika wujud interaksi verbal dalam kelas matematik. Bila guru bertanyakan soalan terbuka yang memerlukan lebih dari penghafalan. Mata untuk menang ialah 3. membuat hubungan.Refleksi perlu dibuat terhadap tindakan ke atas bahan manipulatif serta situasi yang diwakili oleh bahan tersebut. menyelesaikan masalah dan berkomunikasi mengemukakan masalah dan soalan meneroka contoh dan bukan contoh untuk menyiasat konjektur membuat konjektur dan mengemukakan penyelesaian Potensi untuk perbincangan bermakna (meaningful discourse) wujud apabila • • • guru bertanya soalan yang searus dengan proses pemikiran logikal untuk penyelesaian masalah (penjelasan. memberi respon. Bila guru melibatkan pelajar dengan bertanya sekiranya ada kaedah lain untuk menyelesaikan masalah (justification).

6 maka 3n + 1 = 7. Ali mengatakan jika n = 2. Ali mencadangkan bahawa untuk nombor genap n. seri dan kalah yang sesuai untuk memperolehi 30 mata. 13.4. 3n + 1merupakan nombor perdana. 109 .MTE 3107 PERANCANGAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK Murid akan berbincang dan berhujah mengenai kombinasi menang. Maka boleh dibuktikan bahawa cadangan Ali bukan suatu konjektur kerana boleh dibuktikan kepalsuannya. Adakah cadangan Ali merupakan suatu konjektur? 8 adalah nombor genap dan jika n = 8. Aktiviti 3: Melakukan matematik melalui membuat konjektur Konjektur adalah pernyataan yang dipercayai benar tetapi belum dibuktikan benar atau palsu. Aktiviti membuat konjektur menggalakkan murid berhujah dan membuktikan pernyataan mereka. 19 iaitu nombor perdana. maka 3n + 1 = 25 iaitu bukan nombor perdana.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful