Rumusan kajian pengangkutan awam

Seorang pelajar bertanya dalam ruangan komen. "cikgu cm mne nk buat rumusan...????" Jawapan saya adalah satu contoh spontan sahaja. Anda boleh tulis dalam ayat anda sendiri tetapi yang penting rumusan anda adalah berdasarkan setiap objektif yang anda hendak capai. Rumusan ialah ringkasan yang tepat daripada setiap aspek/bahagian telah dihuraikan dalam dapatan kajian . Terdapat minimum satu perenggan dalam rumusan. Rumuskan laporan dapatan kajian dari bahagian Konsep pengangkutan awam ' sehingga 'Cadangan-cadangan mengurangkan masalah-masalah..'. Bagaimana caranya? Baca semula senarai objektif-objektif yang hendak dicapai sebelum ini. 'Jawab' setiap objektif dalam satu atau dua ayat sahaja. Selalunya satu ayat sudah memadai. Selepas itu, terapkan nilai atau unsur patriotisme yang sesuai. Nilai/unsur patriotisme boleh dihuraikan secara umum. Markah penuh tidak akan diberi tanpa penerapan nilai atau unsur patriotisme. 'pengangkutan awam ialah..........Jenis pengangkutan awam yang terdapat di kawasan kajian saya ialah.........Pengangkutan awam adalah penting di ........ kerana ia meningkatkan mobiliti penduduk terutama yang tidak mempunyai kenderaan. Kepentingan lain ialah......., ........., ........... dan ............. Walaubagaimanapun, penduduk di ........ menghadapi beberapa masalah berkaitan pengangkutan awam seperti ........., ........., .......... dan ............. Saya mencadangkan beberapa langkah/perkara untuk mengurangkan masalah2 tersebut seperti ......, ........, ........., ......... dan .........

..... oleh ... akan perihatin terhadap masalahmasalah yang .............................. berusaha memperbaiki perkhidmatan ...Saya berharap pihak . di .. Saya . ....... di ......... kerana pihak .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful