PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH

TAJUK 1

PENGENALAN KONSEP AKHLAK DALAM ISLAM

SINOPSIS Topik ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai konsep akhlak dan

perbezaannya dengan moral, kesan akhlak terhadap individu, keluarga dan masyarakat. Topik ini juga turut membincangkan akhlak mahmudah dan akhlak mazmumah di samping itu turut dibincangkan mengenai isu-isu akhlak dalam masyarakat. Melalui isi kandungan pelajaran ini pelajar akan dapat menghayati akhlak Islamiah dalam kehidupan seharian mereka..

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini pelajar akan dapat
1. Menjelaskan konsep akhlak dalam Islam. 2. Membuat perbezaan di antara akhlak dan moral

3. Mengaplikasi akhlak mahmudah dan meninggalkan akhlak mazmumah

23

PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH

KERANGKA KONSEP TAJUK

PENGENALAN KONSEP AKHLAK DALAM ISLAM DEFINISI KONSEP AKHLAK

AKHLAK DAN MORAL

KESAN AKHLAK TERHADAP INDIVIDU, KELUARGA DAN MASYARAKAT AKHLAK MAHMUDAH DAN AKHLAK MAZMUMAH

ISU-ISU AKHLAK DALAM MASYARAKAT

Para pelajar sekalian ! Anda pernah mendengar perkataan akhlak Islamiah? Adakah anda dapat membezakan di antara orang yang berakhlak dengan orang yang tidak berakhlak?

Tunggu dulu ! Sebelum anda memberi jawapan, sediakan borang grafik banding beza dan buat catatan isi di dalam borang tersebut.

23

DEFINISI KONSEP AKHLAK Dari sudut bahasa.1.Menurut Yalchin. seperti yang dinyatakan oleh Ahmad Mohd Salleh (1997). Sifat ini dimiliki menerusi latihan.1 1. 1997). 23 . atau tingkah laku.iaitu Allah SWT.tabiat. dan akhlak meliputi dua dimensi iaitu batin atau kejiwaan dan zahir dalam bentuk perlakuan. sifat semulajadi yang dimiliki individu. daripadanya melahirkan tingkah laku yang mudah dicerna tanpa memerlukan pengulangan” (Ghazali Darussalam. akhlak berasal daripada perkataan bahasa Arab yang kata akarnya ialah khuluk bermaksud perangai. sifat dan gambaran batin ini ditentukan secara mutlak oleh Penciptanya. ransangan atau sebagainya yang akhirnya menjadi adat atau tabiat. Sifat serta gambaran batin yang indah serta kelakuan mulia yang perlu dilahirkan ini tidak bersifat subjektif. tabiat. Dalam Islam. kepercayaan. Berdasarkan pengertian ini akhlak merupakan sifat semulajadi. pegangan atau agama.1 Definisi akhlak. tabiat. Kamus Dewan mendefinisikan akhlak sebagai budi pekerti. Al-Ghazali juga mentakrifkan akhlak sebagai “satu gambaran daripada keadaan dalam diri yang telah sebati.kelakuan. akhlak boleh disimpulkan maksudnya sebagai mengandungi aspek berikut. maruah dan agama yang mempamerkan gambaran atau rupa batin seseorang.PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH TAJUK 1.

Sesuatu tingkah laku yang telah diamalkan sekian lama. al-Maududi mengatakan bahawa : “ Nilai akhlak yang baik dan akhlak yang keji adalah berbentuk sejagat. Menurut Mustafa Daud (1998). 1. Dalam Islam.Ini kerana matlamat hidup manusia yang sebenarnya ialah untuk mencari keredhaan Allah SWT. Segala suruhan 23 .1. iaitu sebarang tingkah laku manusia yang bertujuan mendapatkan keredhaan Allah SWT dikatakan baik dan mulia. sebaliknya semua tindakan yang menyebabkan kemurkaanNya dikatakan jahat dan keji. iaitu semua masyarakat di dunia ini pada keseluruhannya mempunyai pandangan yang sama terhadap akhlak yang baik dan sama-sama mengkeji akhlak yang keji. Individu perlu mempelajari dan mengenal pasti antara akhlak yang baik dengan yang buruk agar melakukan yang baik meninggalkan yang buruk. Ia juga kumpulan sifat yang dimiliki oleh seseorang yang melaluinya akan lahir perbuatan baik atau buruk.PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH Dari sudut istilah pula. Justeru itu al-Quran menggunakan istilah al-ma’ruf (sesuatu yang telah diketahui oleh manusia tentang baiknya sesuatu perbuatan) dan al-mungkar (sesuatu yang telah diketahui tentang keburukannya) untuk akhlak yang buruk”.Al-Ghazali menyatakan bahawa akhlak ialah sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang lalu melahirkan perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran. akhlak membawa maksud segala tingkah laku atau perbuatan yang telah menjadi adat kebiasaan dan diterima oleh semua.2 Konsep akhlak. baik dan buruknya sesuatu perlakuan adalah jelas.

angkuh.PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH Allah yang dilakukan adalah bertujuan untuk mendapat keredhaan Allah dan memperolehi kebahagiaan di akhirat kelak. pemaaf dan adil. murah hati. tidak amanah. akhlak memberi maksud keperibadian. sahsiah dan tingkah laku yang telah menjadi adat kebiasaan. Kesimpulannya. diri sendiri dan individu lain serta hubungannya dengan alam sekitar. Manakala akhlak yang tidak baik (mazmumah) termasuklah sifat seperti sombong.2. menepati janji. jujur. Tahukah anda perbezaannya dengan moral? TAJUK 1. yang tidak memerlukan manusia berfikir panjang. Anda telah mengetahui makna akhlak dalam Islam. sabar. dengki. mungkir janji. mengumpat. menghina dan sebagainya. Akhlak lahir dari dalam jiwa dan dapat membimbing hubungan manusia dengan Tuhannya.Antara contoh akhlak yang bersifat baik (mahmudah) ialah amanah.2 1.1 Akhlak Islam AKHLAK DAN MORAL 23 . kasih sayang.

” Walaupun akhlak suatu sifat yang tetap dalam jiwa seseorang namun ianya boleh dibentuk bagi menjadikannya suatu sifat yang tetap. amanah dan sebagainya yang diyakini seseorang berbanding undang-undang atau standard-standard yang lain.a. dengan mengawal suatu sifat ke tahap yang sederhana seperti sifat marah. Akhlak boleh dibentuk secara umumnya dengan tiga cara iaitu pertama . Ini ditegaskan dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud : ” sesungguhnya aku diutuskan hanya untuk menyempurnakan akhlak yang mulia” Saidatina Aisyah r.2. mengubah dan menggantikan sifat tercela dan buruk dengan sifat yang terpuji seperti bercakap bohong digantikan dengan bercakap benar. keadilan.1 Definisi moral. Ketiga. 23 . Moral merujuk kepada standard sesuatu perlakuan baik atau buruk. memandu sesuatu sifat ke jalan yang disuruh oleh Islam seperti berani berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim. Akhlak dapat mewarnai keseluruhan kehidupan setiap orang Islam apabila setiap pelakunya adalah berlandaskan akhlak yang lahir dari berpegang dengan ajaran Islam. 1. beliau menjawab dengan katanya : ” sesungguhnya akhlak Rasulullah SAW adalah al-Quran. Ianya perlu dikawal agar tidak menjadi sifat tercela seperti sifat ’panas baran’. apabila ditanya tentang akhlak Rasulullah SAW.PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH Akhlak dalam Islam bersumberkan al-Qur’an dan as-Sunnah. Kedua.

moris yang bererti kebiasaan.kebahagiaan. Menurut pandangan ini kebaikan dan keburukan boleh dinilai daripada hasilnya samada sesuatu perbuatan mendorong kepada kebaikan atau sebaliknya. Moral adalah tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat. 1. tetapi golongan teologis berpendapat sesuatu peraturan adalah baik jika kesannya bertujuan untuk mencapai kebaikan (iaitu kesihatan. perangai dan tingkah laku. Dua pandangan ini juga boleh diakui untuk menilai sesuatu etika.PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH Menurut Bahasa Latin moral ( moralis) berasal daripada perkataan mos. kepercayaan atau pegangan tentang kebaikan dan keburukan yang ingin dicapai. keindahan).penderitaan. Moral berakal tunjang dalam ajaran agama kerana ia terhasil daripada kepercayaan atau agama. Moral mengandungi kepercayaan tentang hakikat manusia. Dua pandangan yang agak berbeza tentang moral terhasil daripada sikap terhadap matlamat ajaran moral. ilmu. 23 .3 Perbezaan akhlak dan moral.keburukan). 1. peraturan mengenai sesuatu yang boleh dan tidak boleh dibuat dan yang seharusnya dibuat dan dorongan-dorongan yang membuat seseorang mengikut sesuatu arah yang betul atau salah.2 Konsep moral.2.2. Golongan deontologist menganggap peraturanperaturan moral terdiri daripada nilai-nilai unggul (ideals) yang sememangnya baik dan perlu dipatuhi oleh semua. Manakala Moraliti ialah satu set standarad peribadi atau masyarakat yang digunakan untuk mengukur perlakuan baik atau buruk atau untuk mengukur kualiti sesuatu yang betul. dan mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini (iaitu penyakit. benar atau boleh diterima.kejahilan.

2 KEPENTINGAN AKHLAK Akhlak sangat penting dalam kehidupan manusia kerana ia merupakan cara hidup manusia ke arah mewujudkan keharmonian. s. al-Quran. Hadith & Berdasarkan budaya sesuatu bangsa. Nilainya sentiasa berubah. Bersumberkan hubungan dengan Hanya mementingkan hubungan dengan manusia. kerukunan dan kedamaian hidup. MORAL Merangkumi zahir dan akal sematamata.t TAJUK 1. 1. batin dan akal. Antara kepentingan akhlak dapat dilihat dari aspek-aspek berikut.1 Individu 23 . kesejahteraan. Mementingkan Allah.w. KELUARGA DAN MASYARAKAT 1.PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH AKHLAK Merangkumi zahir. contoh ulama salaf.3. Matlamatnya ialah keredhaan Allah Matlamatnya ialah keredhaan manusia.3 KESAN AKHLAK TERHADAP INDIVIDU. Nilainya tetap/mutlak.

Dengan itu jadilah ia seorang yang mempunyai sifat-sifat terpuji dan sahsiah diri yang unggul walau di mana ia berada kerana akhlak telah membentuk falsafah hidup. Ikatan yang erat dalam keluarga berjaya mewujudkan suasana mesra. rohani. keutuhan kekeluargaan dan setiap ahli keluarga berasa selamat dan bahagia. harmonis. 1. pengasih. aman. Dalam aspek mental . bersyukur dan sebagainya. jasmani dan mental. Orang yang bersifat dengan akhlak Islam akan sentiasa menjaga tingkah lakunya agar tidak bertentangan dengan kehendak masyarakat. serta peka terhadap 23 .3. kerukunan rumah tangga. setiap ahli akan bertanggungjawab dan dapat memainkan peranan masing-masing serta saling hormat menghormati antara satu sama lain. keluarga dan organisasi yang berakhlak mulia. baik hati. orang yang berakhlak tidak suka membazirkan masa dengan memikirkan perkara-perkara yang tidak berfaedah. toleransi. sederhana. 1.3. bertimbang rasa. Mereka akan berada dalam keadaan sihat sejahtera kerana sentiasa menjaga kebersihan fizikal dan mental dengan sempurna. gaya berfikir dan tindak tanduknya.PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH Seseorang yang berakhlak akan menikmati kebaikan samada dari segi fizikal. jujur. sebaliknya membuat penilaian terlebih dahulu sebelum sesuatu tindakan diambil. Mereka tidak merasa bimbang kerana berbuat baik kepada semua orang dan masyarakat akan mengiktirafnya sebagai orang yang berbudi tinggi. Begitu juga mereka akan dapat mengawal emosi yang membantu membina sahsiah diri dengan sifatsifat terpuji seperti sabar. rajin. rasional.2 Keluarga Dalam sebuah keluarga yang mengamalkan akhlak mulia. masyarakat akan menjadi lebih bertanggungjawab.3 Masyarakat Dengan adanya individu.

iii. Organisasi Bagi sesebuah organisasi. Mereka sentiasa peka terhadap isu alam sekitar. Masyarakat akan menjadi lebih progresif. gangguan seksual. Apabila semua ahli saling hormat menghormati. damai dan harmonis sepanjang masa. i. alam sekitar dan negara. Seterusnya keuntungan tersebut turut dikongsi bersama oleh pekerja. persekitaran organisasi yang kondusif. Negara 23 .Hasilnya masyarakat dapat hidup dengan sihat manfaat dari alam sekitar yang bersih dan tidak tercemar. Alam Sekitar Masyarakat yang berakhlak mulia juga akan sentiasa menjaga kebersihan dan keindahan persekitaran dengan mengelakkan apa jua bentuk pencemaran. maka organisasi itu akan menjadi mantap serta lahirlah suatu budaya kerja positif yang mementingkan produktiviti dan kualiti yang tinggi. aman. tahu tanggungjawab dan prihatin terhadap kebajikan masing-masing. ii. semangat kekeluargaan dalam organisasi dan semua tingkahlaku yang baik dan terpuji yang membawa kepada peningkatan keuntungan organisasi. Akhlak juga memberi kesan kepada organisasi. akhlak adalah penting kerana nilai-nilai ini dapat membendung masalah pelanggaran disiplin organisasi seperti ponteng kerja.PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH isu-isu sosial yang berlaku . penyalahgunaan kuasa. pembaziran masa dan sebagainya. rasuah.

pemaaf dan lain-lain sifat terpuji yang perlu dijadikan amalan dalam kehidupan seseorang. Mewujudkan kestabilan negara 7. Membentuk keluarga harmonis 3. damai. Negara akan aman. Memantapkan dasar-dasar negara 6.4.1 AKHLAK MAHMUDAH Akhlak mahmudah ialah akhlak terpuji seperti berkasih sayang sesama manusia. Menjamin keamanan sejagat TAJUK 1. Berikut adalah antara sifat-sifat mahmudah yang perlu dihayati oleh setiap individu muslim : 23 . 1. disegani dan mempunyai imej yang tinggi di peringkat antarabangsa atau dunia. Keamanan dan keharmonian negara akan terhasil dengan memiliki rakyat yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi terhadap negara.4 AKHLAK MAHMUDAH DAN AKHLAK MAZMUMAH 1. Membentuk tingkah laku 2. amanah. maju. patuh kepada peraturan dan undang-undang serta cinta kepada negara. Menangani gejala-gejala sosial 5. Demikianlah hebatnya peranan akhlak dalam kehidupan manusia. ikhlas. sabar. Kepentingankepentingan ini secara umumnya dapat disenaraikan seperti di bawah.PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH Rakyat yang berakhlak ialah rakyat yang hormat dan setia kepada pemimpin. Membentuk masyarakat bermoral 4. ta’at kepada Raja dan Negara. berani.

PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH 1. Dia tidak akan dikasihi oleh makhluk dilangit” ( Riwayat at-Tabrani ) 2. Sifat ini perlu dalam semua ibadah yang kita lakukan iaitu diikhlaskan semata-mata kerana Allah Subhanahu wa Taala. Firman Allah SWT :            “Dan dia termasuk orang-orang yang beriman dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang”. Berkasih sayang Sifat kasih sayang perlu ada kepada setiap makhluk terutama sesama manusia dan juga haiwan. Firman Allah SWT :               Allah dengan   “Dan mereka tidak    disuruh kecuali menyembah mengikhlaskan diri kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus. Sifat ini sangat dituntut dalam Islam. dan 23 . (Surah al-Balad : ayat 17 ) Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “sesiapa yang tidak berkasih sayang kepada makhluk di bumi. Ikhlas Sifat ini amat penting dihayati oleh umat Islam untuk kesempurnaan iman.

” ( Surah al-Bayyinnah : ayat 5 ) Sifat ikhlas yang diamalkan dalam kehidupan seharian akan meninggalkan kesan positif kepada setiap individu. Bijaksana ( Al-Hikmah) Bermaksud tindakan yang berasaskan kepada kebijaksaan akal dan fikiran yang waras. Firman Allah SWT :                              “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pengajaran yang baik dan berdialoglah dengan mereka dengan cara terbaik. Orang yang ikhlas menjalankan tugas tidak mudah kecewa apabila gagal dalam sesuatu usaha sebaliknya mereka akan terus berusaha sehingga berjaya. 3. Rasulullah SAW menggunakan Al-Hikmah semasa menjalankan dakwahnya.PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat. dan yang demikian Itulah agama yang lurus. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang 23 .

mengawal perasaan. Sebagai umat Islam kita perlu sentiasa redha menghadapi ujian Allah SWT samada secara langsung atau tidak. memberi kemaafan dan bersedia meminta fikiran dari orang lain. mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Para sahabat Rasulullah SAW memiliki sifat redha yang tinggi sehingga firmannya :         Allah SWT mengaku meredhai mereka sepertimana dalam                         “Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah syurga 'Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. di dunia dan di akhirat. Orang yang memiliki sifat redha akan menerima segala musibah dengan jiwa yang tenang.” (Surah an-Nahl : ayat 25 ) Orang yang berhikmah akan mengamalkan sifat lemah lembut. Allah redha terhadap mereka dan mereka pun redha kepadaNya.” 23 . 4. menahan marah. Redha Redha bermaksud bersedia dengan ikhlas hati untuk melakukan sesuatu. Redha juga bermaksud perasaan tenang terhadap segala yang berlaku yang ditentukan oleh Allah SWT. yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada Tuhannya.PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.

Firman Allah SWT :                       “Demi masa. keji dan tercela. Ketepatan Masa Merupakan sifat mahmudah yang perlu dimiliki oleh setiap manusia.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH (Surah Al-Bayyinnah : ayat 8) 5. kecuali orangorang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran” ( Surah Al-Asr : ayat 1-3) 1.2 AKHLAK MAZMUMAH Sifat Mazmumah ialah sifat-sifat yang tidak rugi dunia dan akhirat. Seseorang yang menepati masa akan berjaya dalam kehidupannya.Sifat mazmumah patut dijauhi dan dihindari oleh semua umat Islam supaya mereka 23 . Islam mengajar umatnya supaya sentiasa menepati masa melalui ibadah solat. Marah tidak baik..4. Menurut Imam Ghazali antara sifat-sifat Mazmumah ialah seperti berikut: 1. Untuk mendapatkan sifat ini setiap individu perlu melatih diri supaya patuh kepada masa yang telah ditetapkan.

sebagaimana api memakan (membakar) kayu. Hasad dengki dan iri hati Sifat hasad dengki dan iri hati lahir daripada rasa kurang senang dengan nikmat yang dikecapi oleh orang lain lalu mengharapkan daripadanya.” 3. Takabur Sifat takabur bermaksud bongkak dan merasakan dirinya lebih daripada orang lain. kekayaan. Firman Allah SWT: nikmat itu terhapus 23 . Orang yang marah selalunya didorong oleh pengaruh bisikan syaitan yang ingin merosakkan iman dan dirinya. kelebihan ilmu.Sifat sedemikian amat besar dosanya dan menyebabkan orang yang memilikinya akan menjadi orang yang celaka dan sengsara di dunia dan di akhirat. kuasa pemerintahan. Hadis Nabi SAW yang bermaksud: ”Hasad itu memakan (memusnahkan) kebaikan . Banyak perkara yang boleh menyebabkan seseorang itu takbur atau sombong diri seperti nasab keturunan.PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH Sifat marah berpunca dari kurang kesabaran dalam menghadapi sebarang keadaan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “ Marah itu asalnya dari syaitan dan syaitan itu dibuat dari api” 2. banyak pengikut dan banyak ibadat.

PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH                      “Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku. (Surah al-Mu’min : ayat 60) 4. orang-orang yang berbuat riya” (Surah al-Ma’un : ayat 4-6) 23 .T :                      “Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat. pangkat atau kedudukan. niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina". tiba-tiba bertukar dan berubah niat semata-mata untuk dilihat oleh manusia dan mengharapkan keredhaan manusia. Firman Allah S. Riya’ Riya’ pula ditakrifkan sebagai sifat untuk menarik pandangan orang dengan menampakkan atau menunjuk-nunjukkan pelbagai amalan yang baik dilakukan semata-mata menginginkan pujian. (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya. Hukum riya’ adalah haram dan amat dibenci oleh Allah Taala sebab amalan yang sepatutnya dikerjakan untuk mendapat keredhaan Allah.W.

Firman Allah SWT :     “Maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci…” (Surah an-Najm : ayat 32) Tugasan Refleksi Apakah akan terjadi kepada Negara Malaysia jika warganya ketandusan akhlak mahmudah? 1. 5. kekayaan dan lain-lain. kepandaian. Ini juga berkait rapat dengan kelebihan dari segi kecantikan. Ujub bererti bangga diri dengan keistimewaan dan kelebihan diri sendiri.3 FAKTOR PEMBENTUKAN AKHLAK Pembentukan akhlak seseorang menurut pandangan Islam dipengaruhi oleh beberapa faktor.4.PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH Sifat riya’ amat merbahaya kerana ia boleh menjebakkan diri seseorang ke dalam kumpulan orang yang syirik kepada Allah. Ujub Sifat ujub pula ialah berkait rapat dengan takbur dan riyak. Ujub boleh menyebabkan tersesat dari jalan yang benar dan memasuki jalan yang salah dan tidak diredhai oleh Allah SWT. antaranya ialah : 23 .

seperti ibu yang mengandung mempengaruhi keadaan anak dalam kandungan. Oleh sebab itu Islam menganjurkan lelaki dan perempuan yang ingin berkahwin memilih pasangan hidup yang mempunyai akhlak yang mulia. keadaan geografi dan lain-lain lagi dapat mempengaruhi akhlak seseorang samada secara langsung atau tidak. Sifat ini berpindah dari satu generasi kepada generasi dan mempengaruhi dalam pembentukan akhlak. masyarakat. dia akan turut mendapat haruman pada pakaiannya atau akan dihadiahkan minyak wangi kepadanya.PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH 1. Faktor Alam Sekitar Iaitu kesemua benda yang berada di sekeliling seseorang termasuklah rumahtangga. Contoh. Di samping itu sentiasa mendoakan anak dalam kandungan. Faktor Teman dan Sahabat Peranan teman dan sahabat memberi kesan kepada seseorang terutama pada zaman remajanya. Oleh sebab itu Islam membentuk peraturan dalam hubungan seks bertujuan membentuk akhlak anak yang akan dikandung dan dilahirkan. Manakala perumpamaan seorang yang bersahabat dengan sahabat yang jahat 23 . Faktor Wirathah (keturunan) Iaitu suatu sifat warisan dalam keturunan seseorang. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : “perbandingan seseorang yang bersahabat dengan orang yang baik sepertimana seorang yang bersahabat dengan penjual minyak wangi. 3. Begitu juga apabila anak dilahirkan. Islam menggariskan panduan untuk mendidik anak agar anakanak ini akan membentuk institusi keluarga yang berbudi pekerti mulia dan di redhai Allah. tempat tinggal. memilih pasangan yang soleh dan solehah dan menjaga kehormatan diri. 2.

PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH sepertimana seorang yang bersahabat dengan tukang besi. 5. bajunya akan terkoyak atau mendapat baungan yang tengit” 4. Faktor Kebudayaan Setiap garis panduan dan peraturan yang telah ditetapkan dalam Islam merupakan asas kepada budaya Islam dan akhirnya memberi kesan kepada keseluruhan anggota masyarakat dalam menjalani kehidupan seharian. Faktor Ilmu Iaitu ilmu tentang akhlak samada akhlak baik atau akhlak buruk dan mengikuti setiap ilmu dengan amalan perbuatan atau menjauhinya. Seseorang perlu menyedari akan hubungan akhlak dengan keimanan dan ketaqwaan supaya mereka tidak melakukan amalan yang bertentangan dengan apa yang dizahirkan dengan apa yang berada dalam hati mereka. Sifat mazmumah Sifat mahmudah Guru perlu Mengamalkan kebersihan Guru perlu 23 . Ilmu merupakan pemandu kepada amalan perbuatan samada di luar atau di dalam (hati) dan amalan yang tidak berpandukan ilmu tidak diterima oleh Islam.

pembuangan bayi dan pengabaian warga tua serta jenayah seks. seks bebas. Ia berlaku di mana-mana sahaja seperti di rumah. dapatkan maklumat yang boleh menyokong setiap tindakan yang menjurus kepada pelakuan seseorang. Sebenarnya isu yang dimaksudkan itu termasuklah vandalism.5 ISU-ISU AKHLAK DALAM MASYARAKAT Fikirkan sebentar! Apakah isu-isu akhlak yang sering berlaku di kalangan masyarakat di Malaysia terutama umat Islam? Isu akhlak ialah perkara atau perilaku yang bertentangan dengan agama yang menjadi penghalang kepada kemajuan hidup seseorang. Orang yang melakukan jenayah ini terdiri dari orang yang tidak dikenali dan terdapat juga orang yang dikenali. 1. JENAYAH SEKS Perlakuan mencabul maruah seseorang terutamanya ke atas kaum wanita.Mengamalkan kebersihan PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH setiap masa Berdasarkan gambar di atas. di tempat kerja dan di tempat keramaian. Amalan-amalan yang tidak sihat ini perlulah dihindari oleh seluruh manusia. penderaan. homoseks. 23 . Kes pencabulan ini semakin berleluasa. TAJUK 1.

terdapat banyak kes yang melibatkan pengabaian warga tua. Perkara ini tidak boleh dibiarkan berterusan kerana ibubapa adalah insan yang bertanggungjawab mendidik anak-anak mereka dengan penuh kasih saying sehingga anak-anak Berjaya dalam kehidupan mereka. 2. Tempat-tempat hiburan yang terdapat secara berleluasa turut menyumbang perlakuan jenayah seks di kalangan remaja. Akibatnya mereka menghantar kedua ibu bapa ke rumah orang-orang tua yang disediakan oleh pihak kerajaan atau NGO. Di antara sebab pengabaian ini ialah kerana terdapat anak-anak yang merasa suatu beban apabila ibu bapa yang telah tua berada bersama mereka. PENGABAIAN WARGA TUA Sejak kebelakangan ini.PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH Lazimnya jenayah ini berlaku secara paksa namun begitu sudah terdapat kes-kes di mana perlakunya secara sukarela sanggup menggadaikan maruahnya. Perlakuan ini adalah salah dari segi agama. undang-undang dan norma masyarakat. Anak-anak perlu ingat dan insaf bahawa syurga mereka letaknya dibawah tapak kaki ibu. pergaulan bebas dan eksploitasi wanita dalam pengiklanan dan pakaian yang tidak menutup aurat. Jenayah ini perlu dibendung supaya masyarakat tidak rosak dan institusi keluarga tidak tercemar. Antara faktor yang menyumbang kepada jenayah seks ialah pengaruh media massa yang menayangkan filem lucah. 23 .

dipukul atau didera emosi mereka. PENDERAAN ANAK Penderaan terhadap kanak-kanak merupakan suatu perbuatan tidak berakhlak. tidak diberikan keperluan mereka. 4. Perlakuan ini haram disisi agama Islam dan salah dari segi undang-undang Negara dan nilia-nilai kemanusiaan. Semua pihak perlu bekerjasama untuk memastikan penganiayaan terhadap kanak-kanak yang tidak berdosa tidak akan berterusan. Terdapat pelbagai jenis penderaan yang melibatkan kecederaan. PENGGUGURAN Pengguguran bererti menamatkan proses kehamilan dengan memaksa janin dalam kandungan keluar sebelum cukup tempoh masanya. iaitu penderaan fizikal. Umumnya penderaan kanak-kanak dapat diklasifikasikan kepada empat jenis. memperkosa dan dipaksa bekerja seperti mengemis. penderaan emosi dan penderaan pengabaian. kesakitan dan lain-lain lagi terhadap kanak-kanak. Faktor-faktor yang menyebabkan penderaan ialah keganasan ibubapa dan faktor persekitaran. Perbuatan ini samalah seperti membunuh janin tersebut. Penderaan terhadap mereka bermaksud tidak dijaga dengan baik. kecacatan. 23 . perubahan fizikal.PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH 3. penderaan seksual. Konsep penderaan juga termasuk mencederakan.

Mereka merupakan perhiasan hidup bagi setiap keluarga. Masalah pengguguran perlulah dibenteras kerana anak adalah anugerah Allah yang di amanahkan kepada ibubapa untuk dipelihara sebaik mungkin. Tugasan Pembelajaran (2 jam) Isu-isu akhlak yang berlaku dalam masyarakat Malaysia masa kini menunjukkan bahawa masalah keruntuhan akhlak dalam masyarakat semakin tenat. anda diminta untuk menghuraikan cara (( untuk menangani isu akhlak tersebut secara berkesan. Sebagai pendidik.PIM 3107 PENDIDIKAN AKHLAK SEKOLAH RENDAH Kes-kes pengguguran biasanya berlaku kerana si ibu takut menanggung malu kerana anak yang dikandung adalah anak luar nikah atau mereka belum lagi bersedia untuk memelihara anak. 23 . Tanpa anak-anak kehidupan berkeluarga akan menjadi suram dan tidak ceria.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful