You are on page 1of 6

ISL Minggu 8 WAJ 3101

Tajuk: Apakah ciri-ciri pemodenan yang berjaya dilakukan oleh Maharaja Meiji di zama pemerintahannya (1897 - 1912). 1. Aspek Sosial Kerajaan Meiji telah menjalankan pemodenan pendidikan ke atas semua lapisan masyarakat. Rakyat Jepun percaya bahawa pendidikan boleh menjadikan Negara mereka makmur dan masyarakat akan mahir dalam bidang sains dan teknologi. Masyarakat Jepun menghayati sejarah pembinaan negara Jepun dan bersikap setia, yakin, berdisiplin dan sanggup berkorban (Bushido) setiap masa . Amanat dan amanah ini dipraktikkan oleh setiap masyarakat dalam kehidupan seharian mereka.

Perkembangan pendidikan zaman Meiji dilihat sebagai satu cara meyetupadukan rakyat dengan mengarahkan rakyat kea rah modenisasi nasional. Perlembagaan Tokugawa telah menjadi landasan awal pemodenan Meiji. Dasar pendidikan Meiji adalah berasaskan kepada prinsip Nasionalime, serta penyerapan budaya barat yang bersifat selektif.

Kejayaan-kejayaan yang dicapai hasil pemodenan pemerintah Meiji ialah:i. Membentuk sisitem pendidikan moden dan menggantikan sistem pendidikan Terrakoya. Sistem pendidikan Terrakoya yang mementingkan kemahiran membaca, menulis dan mengira dirombak dengan penumpuan utama kearah pemikiran yang kritis. Kementerian Pendidikan ditubuhkan dan pembentukan Rukun asas Pendidikan Rasmi Negara berkesan menambahbaikkan mutu pendidikan Jepun. Jepun telah menjadikan negara-negara barat sebagai model dalam memajukan pendidikan. Jepun telah menjadikan Perancis, Jerman ,Belanda , Amerika Syarikat, Britain dan Russia.

ii. Memasukkan doktrin Shinto (agama rasmi Jepun), sistem Kokutai (semangat Kebangsaan Jepun) dan konsep Furusato (nilai kekeluargaan dan hubungan sosial). Bagi menyedarkan rakyat Jepun supaya sentiasa mengenal
1

ISL Minggu 8 WAJ 3101


diri, bangsa dan tidak mudah lupa, lali atau lemah, pelajar-pelajar dan rakyat Jepun ditanamkan tiga elemen tersebut. Doktrin Shinto menekankan falsafah perjuangan dan pengorbanan dalam kehidupan seharian, falsafah kokutai menekankan rakyat mesti bersatu pada dan berjuang untuk menjadikan orangorang Jepun satu bangsa yang mulia di dunia menerusi taat setia kepada maharaja dan menjaga Negara sepanjang masa. Manakala Furusato ialah menekankan nilai ikatan kekeluargaan dan hubungan social yang rukun damai bagi membangunkan Negara yang dapat memberikan satu kehidupan yang terjamin lagi aman.

iii. Pemerintah Meiji telah mengeluarkan peruntukan yang besar dalam bidang pendidikan. Ramai pakar-pakar asing dan penterjemah buku-buku asing ke dalam bahasa Jepun diambil. Pemimpin Meiji sedar mutu pendidikan akan terabai dan rakyat lambat menerima pembaharuan ilmu-ilmu moden tanpa adanya kepakaran dan buku-buku ilmuan bagi rakyat Jepun meningkatkan ilmu pengetahuan dan bidang teknologi.

Pemerintah Meiji telah mewujudkan empat slogan sebagai teras kepada rakyat Jepun untuk meyokong kepimpinan Meiji dan rakyat Jepun dapat berdiri setanding dengan ketamadunan barat. Keempat-empat prinsip ini telah disematkan di jiwa orangorang Jepun supaya sentiasa hidup bermatlamat dan mencipta keunggulan di dunia.

Melalui slogan-slogan ini , Kerajaan Meiji menghantar misi-misi ke barat untuk mempelajari sistem industri Amerika dan Eropah. Jepun juga melengkapkan sektor militarinya dengan berpandukan kepada model Jerman dan Perancis. i. Fukoku Kyohei- Kuatkan Tentera Kuatkan Ekonomi. Prinsip ini mendokong cita-cita bahawa segala pemikiran dan jasad orang-orang Jepun hendaklah memperkuatkan keselamatan negara dan memperkukuhkan ekonomi supaya rakyat Jepun disegani dan dihormati di dunid. Oleh itu mereka digesa bekerja
2

ISL Minggu 8 WAJ 3101


kuat tanpa rasa jemu supaya negara mencapai keunggulan. ii. Bunmei Kaika- Meningkatkan Kecerdikan Dalam Pendidikan. Prinsip ini mendokong agar orang-orang Jepun bersemangat mencari, mengamalkan dan menyebarkan ilmu-ilmu baru berteraskan sains dan teknologi kepada seluruh anak-anak Jepun. Ini dibuat berdasarkan Jepun telah ketinggalan jauh dari segi pencapaian teknologi dan ekonomi apabila membuka pintu negaranya ke atas negara-negara barat. Bagi menjamin maruah dan bangsa Jepun dihormati, rakyat disarankan menimba ilmu tanpa sempadan. iii. Shokusan Kogyo- Menjalankan Program Perindustrian Berat. Prinsip ini mendokong cita-cita bahawa negara Jepun mestilah maju dalam lapangan perindustrian berat untuk mengembangkan ekonomi Jepun di seluruh dunia. Tokyo telah memainkan peranan sebagai pusat perindustrian dan penyelidikan di lapangan perindustrian supaya negara Jepun mampu mengeksport barang-barangnya ke seluruh dunia. Ramai orang Jepun telah dihantar ke negara barat untuk menimba ilmupengetahuan dan pulang ke Jepun sebagai perintis serta penasihat kepada orang-orang Jepun di lapangan perindustrian. iv. Kokusai- Kankei Menjalin Perhubungan dengan Masyarakat Antarabangsa Untuk menjadi sebuah negara maju rakyat Jepun diminta mengadakan perhubungan dengan seluruh dunia agar negara Jepun terkenal dan ini sekaligus berupaya meningkatkan perdagangan Jepun. Budaya Jepun menjadi elemen penting diperkenalkan oleh orang-orang Jepun melalui konsep kaizen dan arigato

2. Aspek Ekonomi Pemerintah Meiji sebaik sahaja mengambil kuasa pemerintahan daripada Shogun Tokugawa pada tahun 1868-1912, telah mengambil daya usaha yang gigih
3

ISL Minggu 8 WAJ 3101


memajukan dan memodenkan pembangunan ekonomi bagi memajukan Negara Jepun. Salah satu usaha yang dilakukan ialah memajukan industri perkapalan perdagangan untuk kejayaan ekonominya. Perusahaan kapal-kapal kecil telah digantikan dengan kapal-kapal yang besar dan berteknologi tinggi. Bagi mengekalkan negara Jepun sebagai sebuah negara yang berpengaruh dan berkuasa, pada tahun 1869, pemerintah Meiji telah menetapkan keputusan pembinaan kapal-kapal moden. Pengumunan ini telah dikeluarkan oleh Perdana Menteri Jepun melalui arahan yang bernombor 968.

Pada tahun1870, pengumunan ini dijalankan sekali lagi untuk meningkatkan pertumbuhan syarikat-syarikat perkapalan Jepun. Kedua-dua pengistiharkan ini menunjukkan secara jelas pemerintah Meiji mengutamakan dan menggalakkan perdagangan luarnya.Pedagang-pedagang Barat seperti Amerika Syarikat, British, Perancis, German dan lain-lain berlumba-lumba ingin mendapatkan konsesi perdagangan terbuka luas di Jepun. Dasar terbuka ini telah menyebabkan pelabuhanpelabuhan utama seperti Tokyo, Osaka, Kyoto,Yokohama, Nigata menjadi tumpuan pertukaran perdagangan antarabangsa. Pemimpin Meiji juga turut membina kapal perang bagi mengawal dan menjamin kedaulatannya daripada sebarang ancaman daripada luar.

Pembinaan kapal-kapal perang ini ternyata telah membantu kejayaan Jepun di dalam menewaskan China pada 1894-1895 dan Rusia 1904-1905. Kemengan ini telah meninggikan lagi imej Jepun di kalangan negara-negara barat.Menerusi pelaksanaan dasar industri perkapalan moden, pemerintah Meiji telah berjaya membuka mata orangorang Jepun bahawa dasar pemencilan diri tidak lagi menguntungkan orang-orang Jepun dan Negara mereka secara keseluruhannya. Melalui perdagangan import dan eksportnya, Pemerintah Meiji juga turut memajukan pembinaan jalanraya, landasan keretapi, dan telgraf. Perkembangan ini adalah penting bagi membantu Negara Jepun melaksanakan revolusi industri berat seperti penubuhan kilang-kilang simen, besi,pembinaan pelabuhan-pelabuhan.Revolusi perindustrian berat ini tidak akan berjaya jika pengangkutan perkapalan tidak dijalankan lebih dahulu.

ISL Minggu 8 WAJ 3101


Selain daripada perindustrian perkapalan yang ditumpukan oleh Pemerintah Meiji, berbagai-bagai program ekonomi di adakan untuk kesejahteraan rakyat Jepun. Dimulakan dengan perindustrian bercorak berat .Sebelum tahun 1870 ekonomi pertanian dan perindustrian dimulakan secara kecil-kecilan akibat kekurangan modal. Selepas tahun 1870 kerajaan telah mengambil alih dan mula membiayai pembangunan perindustrian dengan modal yang diperolehi dari cukai dan pinjaman saudagar. Untuk terus meningkatkan lagi bidang industri, kerajaan telah menubuhkan Kementerian Perusahaan dalam bulan Disember 1870. Kerajaan Meiji mula mengimport mesin-mesin dan menjual mesin-mesin ini kepada pengusaha tempatan secara ansuran, perindustrian utama seperti kilang kain bulu dan tekstil, simen, dan kertas ditubuhkan.

Pemerintah Meiji juga membangun pertanian secara moden bagi meningkatkan daya pengeluaran pertanian khususnya dalam bekalan makanan (tanaman padi). Tanah-tanah telah dibuka dengan luasnya di Pulau Honshu dan Hokkaido. Tanaman padi ,teh, buah-buahan dan sayur-sayuran diberi tumpuan utama. Para pelajar telah dihantar ke luar negeri untuk mendalami bidang pertanian, khususnya di Britiain untuk mendalami cara-cara penggunaan jentera moden, baja kimia, cara mengawal penyakit, pemasaran dansebagainya.

Pemerintah Meiji juga telah membangunkan pertanian secara moden dengan cara meningkatkan daya pengeluaran pertanian khusunya dalam bekalan makanan (tanaman padi). Tanah-tanah telah dibuka dengan luasnya di Pulau Honshu dan Hokkaido. Tanaman padi,teh ,buah-buahan telah diberi tumpuan utama.Tumpuan juga diberi pada program perindustrian berat .Pemimpin-pemimpin telah berusaha memperkembangkan industri besi dan keluli, perkapalan, ketenteraan, tanah, pembinaan untuk melahirkan sebuah masyarakat usahawan dan negara industri.

Kemunculan Zaibatsu (keluarga perdagangan) seperti Mitsui, Mitsubishi, Sumitomo dan Yasuda telah mempercepatkan proses perindustrian dan pertumbuhan kapitalisme di Jepun. Kumpulan ini telah berkembang menjadi syrikat-syarikat gergasi
5

ISL Minggu 8 WAJ 3101


dalam bidang perindustrian dan perdagangan. Zaibatsu Mitsui dan Mitsubishi telah bekerjasama erat dengan beberapa pemimpin Meiji. Kumpulan ini menjadi penggerak dalam semua lapangan pembagunan seperti pembinaan jalan raya, landsan keretapi, penubuhan bank-bank dan sebagainya. Institusi-institusi kewangan ditubuhkan untuk menjana projek-projek perindustrian secara besar-besaran dan mengurus kewangan negara. Pada tahun 1870, sistem kewangan baru diperkenalan daripada ryo kepada yen. Sistem cukai, sistem tariff dan perlindungan turut diperkenalkan bagi mengurus ekonomi Jepun. Pada tahun 1876, Pemerintah Meiji telah menubuhkan Pusat Galakan Perdagangan untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti perdagangan baru, menyusun kemudahan pengangkutan dan mengkaji masalah-masalah perdagangan di dalam dan di luar negeri. Pusat ini juga ditugaskan untuk mencari peluang-peluang perdagangan di seluruh Negara. Kemuncak daripada kepesatan ekonomi ini ialah penubuhan Bank Industri pada tahun 1900.Selain itu kerajaan Meiji juga turut merangka satu bentuk sistem ekonomi baru yang sistematik.

You might also like