You are on page 1of 4

KOLONIALISME DAN MASYARAKAT TEMPATAN DI FILIPINA PADA

ABAD KE-19

Kolonialisme boleh diertikan sebagai penguasaan sesuatu negara ke atas sebuah negara
lain dalam semua lapangan politik, sosial dan ekonomi.1 Lebih khusus lagi ianya merujuk kepada
keadaan daif rakyat tempatan yang dijajah oleh kuasa asing.2 Sepanyol telah menjalankan dasar
kolonialismenya di Filipina. Kedatangan Sepanyol ke Filipina telah membawa perubahan besar
kepada penduduk Filipina dan memberi kesan yang ketara kepada penduduk sehingga
menimbulkan kebangkitan golongan nasionalis.

Kebangkitan nasionalis Filipina merupakan ekoran daripada sikap penjajah yang


mementingkan diri dan menindas penduduk tempatan. Semasa pemerintahan Sepanyol sama ada
orang awam, tentera mahupun golongan agama banyak melakukan kekasaran ke atas penduduk
Filipina.3 Selain itu, perbuatan rasuah dalam kalangan pegawai Sepanyol berleluasa. Perbuatan
rasuah ini menjadikan ramai rakyat tertindas dan menimbulkan perasaan tidak puas hati
penduduk. Manakala paderi-paderi pula tidak menghiraukan lansung kebajikan dan kesihatan
masyarakat Filipina malahan merekalah yang menindas rakyat dari segi ekonomi seperti pegawai
kerajaan Sepanyol yang lain.4 Hal ini menyebakan penduduk mengalami tekanan yang hebat
ditambah pula dengan sistem polo dan vandala yang mana telah menjadikan rakyat tersiksa.
Sistem polo menyebabkan rakyat terpaksa bekerja keras dan dibayar dengan gaji yang kecil
tetapi tiada bayaran pun dilakukan manakala sistem vandala merupakan ufti yang menekan
5
masyarakat. Dengan semua faktor ini menyebabkan wujudnya gerakan kebangsaan Filipina
yang merupakan akibat langsung dari perasaan bangsa Filipina terhadap penganiayaan kerajaan
kolonial dan sikap tamak paderi.

Tentangan bangsa Filipina berlaku dalam 3 peringkat. Pada peringkat pertama ia bersifat
sederhana. Pemberontakan-pemberontakan tempatan yang haram dan tentangan terhadap

1
Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd, Dali Azhar Hj. Mad Aros dan Suffian Mansor. 2003. Sejarah Asia
Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. Hlm. 186.
2
Abu Talib Ahmad, 1991. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Hlm. 59.
3
Ibid, Hlm.253.
4
Gilbert Khoo, B.A. ( Hons ), Dip.Ed. Dorothy LO, B.A, ( Hons ). 1978. ASIA DALAM PERUBAHAN; Sejarah
Tenggara, Selatan dan Timur Asia. Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books ( Asia ) LTD. Hlm.498.
5
Gilbert Khoo, B.A. ( Hons ), 1979. Sejarah Asia Tenggara Sejak Tahun 1500 .Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti
Sdn.Bhd. Hlm 192.
pemerintahan sepanyol hingga tahun 1872.6 Pemberontakan ini berlaku kerana sikap kasar
penjajah terhadap penduduk tempatan. Hal ini kerana masyarakat merasa diperlekehkan dan
diperlakukan secara tidak adil. Antara pemberontakan yang dilancarkan ialah pemberontakan
Mexico dan dahagi novale. Pemberontakan ini disokong oleh penduduk-penduduk asli yang
tidak dapat ditawan oleh Sepanyol.

Pada peringkat kedua pemberontakan dilakukan oleh orang-orang Filipina yang


memperolehi pendidikan Sepanyol. Kesan daripada perkembangan pendidikan telah melahirkan
golongan intelektual yang menjadi penggerak kepada gerakan nasionalisme. Di Filipina,
golongan terpelajar dinamakan illustrados.7 Gerakan ini dikenali sebagai gerakan propaganda.
Gerakan ini digerakkan oleh pemimpim intelektual iaitu Jose Rizal, Done Miguel Morayta dan
ramai lagi. Pergerakan ini mengkritik dasar penindasan dan kekejaman Sepanyol di Filipina
melalui penulisan. Keadaan masyarakat yang ditindas dan di aniayai oleh penjajah menyebabkan
golongan ini bangkit menentang. Mereka bertindak menegur pemerintahan Sepanyol tetapi tidak
dilayan dan dituduh sebagai rakyat yang tidak setia. Pada mulanya tuntutan-tuntutan dibuat
secara sederhana namun dalam tahun 1890an sikap sederhana ini berubah menjadi
pemberontakan.

Pada peringkat ketiga golongan nasionalis semakin agresif membentuk pakatan dan
pemberontakan. Pada tahun 1892 lahir katipunan dan mula aktif pada tahun 1894. 8 Dasar
Sepanyol yang menyekat perkembangan ekonomi Filipina menyebabkan kaum Tani Luzon
mengalami keperitan hidup yang menyebabkan mereka menyertai gerakan katipunan. Mereka
menjalankan persediaan yang giat untuk memberontak dalam menuntut kemerdekaan.
Pemberontakan itu meletus sebelum waktunya dimana latihan dan alatan mereka masih tidak
mencukupi. Semasa pemberontakan itu Sepanyol bertindak menangkap beribu-ribu orang
Filipina dan ramai yang dihukum bunuh. Dalam pemberontakan ini lelaki dan perempuan yang
belum pernah melihat senapang mula memberanikan diri untuk melawan dan berjuang habis-
habisan walaupun dengan hanya tangan kosong.9 Dengan ini memberi perubahan yang drastik
dalam pemikiran rakyat itu sendiri.

6
Gilbert Khoo, B.A. ( Hons ), 1979. Sejarah Asia Tenggara Sejak Tahun 1500. Hlm 197.
7
Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd, Dali Azhar Hj. Mad Aros dan Suffian Mansor. 2003. Sejarah Asia
Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Hlm. 359.
8
Ibid, Hlm. 255.
9
Gilbert Khoo, B.A. ( Hons ), 1979. Sejarah Asia Tenggara Sejak Tahun 1500. Hlm 204.
Jose rizal tidak menyetujui pemberontakan itu kerana masa yang masih belum sesuai dan
Sepanyol bertindak menyiksa penduduk bagi memperoleh maklumat mengenai pemberontakan
itu dan nama Jose Rizal disebut-sebut. Hal ini menyebabkan kerajaan Sepanyol bertindak
menangkap Jose Rizal dan dihukum bunuh. Kematian Jose Rizal telah menyemarakkan lagi
semangat nasionalis bagi rakyat Filipina dan pemberontakan yang berlangsung. Namun
pemberontakan gagal kerana pemberontak yang tidak terlatih dan senjata yang tidak mencukupi.
Selepas itu banyak gerakan dan pemberontakan dijalankan namun kesudahannya agak sama.
Walaupun pemberontakan-pemberontakan yang dijalankan gagal namun semangat kebangsaan
tetap berkobar-kobar dalam diri setiap rakyat Filipina.

Kesimpulannya, pada abad ke-19 golongan nasionalis Filipina seringkali melancarkan


gerakan terhadap Sepanyol. Hal ini kesan daripada kolonialisme yang dilakukan oleh penjajah.
Kebanyakan gerakan ini gagal kerana kurangnya persefahaman dan perpaduan antara masyarakat
Filipina. Selain itu juga tiada seorang yang boleh dikatakan pemimpim kebangsaan dalam
kebangkitan ini.

BIBLIOGRAFI

Abu Talib Ahmad, 1991. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Abdullah Zakaria Ghazali, Azharudin Mohd, Dali Azhar Hj. Mad Aros dan Suffian Mansor.
2003. Sejarah Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur 1800-1963. Selangor: Penerbit
Fajar Bakti Sdn.Bhd

Khoo Gilbert, B.A. ( Hons ), Dip.Ed. Dorothy LO, B.A, ( Hons ). 1978. ASIA DALAM
PERUBAHAN; Sejarah Tenggara, Selatan dan Timur Asia. Kuala Lumpur: Heinemann
Educational Books ( Asia ) LTD.

Khoo Gilbert, B.A. ( Hons ), 1979. Sejarah Asia Tenggara Sejak Tahun 1500 .Kuala Lumpur :
Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

You might also like