You are on page 1of 2

ULASAN JURNAL

Tajuk : Penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid pekak:Suatu sorotan dari perspektif Linguistik. Tarikh : Disember 2004 Penulis: Abdullah Yusoff dan Che Rabiah 1. Permasalahan :

Mengenal pasti beberapa keadaan yang membawa kepada kesukaran murid-murid pekak menguasai bahasa Melayu secara teori dan praktis.

2. Dapatan kajian

Murid-murid pekak tidak mengalami proses memperolehi bahasa tetapi hanya mempelajari bahasa yang menyebabkan kesukaran untuk menguasai bahasa tersebut kerana proses itu tidak berlaku secara semulajadi dalam dirinya dan kurang mendapat pendedahan awal di dalam keluarga. Selain itu, sifat bahasa Melayu yang kompleks dan mempunyai banyak proses pembentukan kata menyukarkan kefahaman murid-murid tanpa pendengaran ini untuk menguasai bahasa Melayu.

3. Refleksi

Pembacaan jurnal yang dihasilkan oleh Abdullah Yusoff dan Che Rabiah yang mempunyai 32 muka surat ini memberikan suatu perspektif yang baru terhadap bahasa murid-murid bermasalah pendengaran. Selama ini saya menganggap golongan bermasalah pendengaran ini mempunyai bahasa yang normal seperti golongan yang berpendengaran meskipun mereka hanya menggunakan bahasa isyarat. Namun, melalui pembacaan saya di dalam jurnal ini, barulah saya tahu bahawa bahasa isyarat merupakan bahasa pertama mereka dan bahasa Melayu adalah bahasa yang kedua. Oleh itu, mereka lebih memahami bahasa isyarat berbanding bahasa Melayu.

Saya juga mendapat pengetahuan baru melalui pembacaan ini iaitu murid-murid masalah pendengaran menggunakan tiga pendekatan dalam menyampaikan bahasa mereka iaitu melalui pertuturan, Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) dan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM). Namun begitu, golongan ini kebanyakannya tidak dapat menguasai pertuturan kerana mereka tidak dapat bertutur dalam bahasa Melayu apabila mereka tidak dapat mendengar bunyi perkataan mahupun suku kata yang diajarkan dan ini menyebabkan mereka sukar memahami ragam-ragam ayat bahasa Melayu. Ini kerana bahasa Melayu dan bahasa isyarat mempunyai sistem bahasa yang berlainan.

Namun begitu, penulis mengatakan di akhir penulisannya bahawa masalah pendengaran bukanlah penyebab utama murid-murid ini gagal menguasai bahasa Melayu kerana terdapat juga murid-murid berpendengaran yang lemah penguasaannya di dalam bahasa Melayu. Akan tetapi, laporan peperiksaan memperlihatkan peningkatan bilangan calon masalah pendengaran yang lulus dalam bahasa Melayu dari tahun ke tahun. Tambahan pula, terdapat juga individu-individu bermasalah pendengaran yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti di dalam dan luar negara yang menunjukkan bahawa mereka mampu menguasai bahasa Melayu. Saya juga bersetuju dengan penyataan penulis kerana terdapat ramai pelajar bermasalah pendengaran di Institut Pendidikan guru iaitu bakal menjadi guru. Ini bermakna, untuk berjaya, pelajar khas ini perlu memaksimumkan usaha mereka sepertimana rakan-rakan seperjuangan mereka yang telah berjaya kerana masalah pendengaran bukanlah suatu penghalang untuk berjaya.

Bagi pendapat saya, sebagai kesimpulannya, keluarga memainkan peranan penting dalam aspek pemerolehan bahasa kanak-kanak bermasalah pendengaran bagi membantu peningkatan bahasa dan sosial seseorang kanakkanak itu. Saya bersetuju dengan penulis yang telah berjaya merungkai permasalahan dalam aspek penguasaan bahasa Melayu oleh kanak-kanak bermasalah pendengaran.

You might also like