BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU2082

1.0 PENDAHULUAN

Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang unik kerana mempunyai masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik dengan kaum terbesar ialah Melayu, Cina, India, Kadazan-Dusun, Iban dan lain-lain. Kewujudan pelbagai etnik ini memberi banyak dimensi kepada budaya, perpaduan dan sering menjadi agenda yang mewarnai politik, sosial dan pentadbiran negara. Sebaik mencapai kemerdekaan, Malaysia menghadapi keresahan masa depan yang tidak menentu dalam menangani isu perpaduan kaum. Walau bagaimanapun kewujudan masyarakat berbilang bangsa,

agama dan budaya ini tidak seharusnya dijadikan alasan untuk kita hidup saling bertelingkah dan berprasangka antara satu sama lain, sebaliknya ia harus dilihat sebagai satu peluang untuk kita memperkenalkan negara kita sebagai sebuah negara unik yang kaya dengan pelbagai budaya dan adat resam di pesada dunia. Namun peluang yang ada ini bukan sahaja akan menjadi sia-sia, malah menjadi mimpi ngeri seperti mana yang pernah tercatat dalam sejarah hitam negara iaitu peristiwa 13 Mei 1969 yang menggugat perpaduan kaum, jika masalah-masalah kecil akibat salah faham tentang budaya sesuatu kaum ini dianggap remeh dan dipinggirkan begitu sahaja. Sejarah hitam yang menjadi igauan buruk generasi tua ini harus dijadikan pengajaran dalam kita berusaha menulusuri haluan masa depan negara. Oleh itu semua pihak haruslah menggembleng tenaga dan

bekerjasama untuk memupuk perpaduan kaum rakyat di Malaysia. Hal ini penting supaya negara dapat berkembang maju dengan lebih lancar bawah dasar 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Saya yakin dan percaya bahawa rakyat Malaysia mengenali peribahasa bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat . Oleh itu, kita harus menghargai jasa dan perjuangan nenek moyang kita dalam usaha untuk mencapai kemerdekaan dengan mengisi kemerdekaan yang kita
Page

2020 menjadi realiti, bukannya fantasi semata-mata.

1

kecapi sekarang ini dengan penuh semangat perpaduan kaum agar Wawasan

Namun. Pesta Tanglung itu merupakan adat resam dan pesta budaya bagi orang Cina yang terdahulu dan ia masih diamalkan sehingga sekarang. Malaysia terkenal dengan kepelbagaian sosiobudaya kerana memiliki kelompok masyarakat yang majmuk. Sekolah Jenis Kebangsaan Kai Chih Di Pasir Puteh telah mengadakan satu pesta atau “Perayaan Tanglung” di sekolah tersebut. falsafah. tabiat dan nilai kepercayaan yang diturun temurun dari generasi ke generasi. lukisan. Oleh yang demikian. Cina dan India. Seperti yang telah diketahui.com/archives/395 Page 2 . muzik. budaya “Pesta Tanglung” ini telah menimbulkan salah faham terhadap masyarakat Melayu di kawasan itu. Ini juga kerana. Mereka juga mendakwa bahawa pesta tanglung itu disambut dan diadakan di kawasan sekolah tanpa kebenaran dan permit daripada Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh.”1 Pejabat Tanah Jajahan Pasir putih telah menghantar surat saman kepada pihak SJK (C) Kai Chih 3 hari selepas “pesta tanglung” berlangsung iaitu pada 18 1 http://sel13.seni bina. saya ingin berkongsi satu kisah benar yang telah berlaku di sebuah sekolah Cina di Kelantan pada 15 September 2011. Kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan masyarakat terbesar. iaitu Melayu. di bawah Enakmen Hiburan Negeri 1998 “tiada sebarang bentuk hiburan yang dibenarkan pada setiap petang Khamis sebagai tanda menghormati waktu solat Jumaat. Oleh yang demikian. Budaya ini merangkumi pelbagai aspek seperti sejarah.BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU2082 2. Mereka menganggap pesta ini adalah berbentuk hiburan semata-mata dan bukan perayaan budaya. Sekolah Jenis Kebangsaan Kai Chih Di Pasir Puteh telah berhadapan dengan tindakan undang-undang yang telah dilakukan oleh Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh kerana mengadakan perayaan tanglung di dalam kawasan sekolah. Berkaitan dengan isu kepelbagaian sociobudaya ini.0 ISU KEBUDAYAAN (ADAT RESAM MASYARAKAT CINA) Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang mempunyai rakyat pelbagai bangsa dan budaya.

1 BAGAIMANA MASALAH “PESTA TANGLUNG” DI SJK (C) KAI CHIH. Sehubungan dengan itu. PASIR PUTEH TERJADI? Sebagaimana yang telah diketahui.org/wiki/Pesta_Tanglung Page 3 . 2.BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU2082 September 2011. kanakkanak keluar ke Pekong membawa tanglung kertas dan menyelesai riddles di tanglung. Ia secara rasmi menamatkan perayaan Tahun Baru Cina.wikipedia. Menurut wikipedia “Pesta Tanglung” adalah suatu pesta Cina yang dirayakan pada hari kelima belas dalam tahun bulan dalam kalendar Cina. Sekolah Jenis Kebangsaan Kai Chih Di Pasir Puteh telah mengadakan “Perayaan Tanglung” di kawasan sekolah tersebut. Alasan mereka adalah kerana pihak sekolah telah mengadakan pesta tanglung tanpa permit. saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya saling hormat-menghormati antara satu sama lain dan menyesuaikan diri dengan kepelbagaian budaya di Malaysia demi menjaga keamanan dan keharmonian dalam hidup. Malaysia. yang kadang-kadang digelarkan "Pesta Tanglung" di lokasi seperti Singapura. Senario yang berlaku itu berpunca daripada kurangnya pengetahuan dan kesedaran orang ramai tentang kepelbagaian sosiobudaya di Malaysia. Sewaktu Pesta Tanglung. Ia tidak sepatutnya dikelirukan dengan Perayaan Kuih Bulan. Sebelum menceritakan dengan lanjut tentang isu “pesta tanglung” yang berlaku di sekolah di Kelantan. marilah sama-sama kita melihat dan memahami sejarah asal usul adat resam kaum Cina ini dan mengetahui dengan lebih lanjut maksud yang tersirat di sebalik “pesta tanglung” tersebut. 2 2 http://ms. Pesta Tanglung itu merupakan adat resam orang Cina yang terdahulu lagi dan ia masih diamalkan sehingga ke hari ini oleh kaum Cina.

Menurut dengan tradisi Cina. Maharaja Chengzu telah mendirikan kawasan pusat bandar diketepikan untuk sebuah pusat memaparkan tanglung-tanglung. Ada banyak cerita tentang bagaimana pesta ini disambut. Dalam bahasa Cina. apa yang menjadi masalah dan isu hangat tentang “pesta tanglung” ini ialah apabila ia diadakan di dalam kawasan sekolah. Kawasan ini menjadi sebuah pasar di mana tanglung dijual pada waktu siang. Ia sebenarnya berkenaan dengan perayaan dan menunaikan hubungan positif di antara orang. seharusnya beribu-ribu tanglung berwarna-warni digantung untuk orang lain menghargainya. Namun. perayaan-perayaan itu berterusan selama sepuluh malam. Kaum cina di Malaysia juga sentiasa menyambut perayaan tanglung ini. Pada waktu petang. Tianguan adalah dewa Taoisme yang bertanggung jawab untuk nasib baik. Suatu lagenda mengaitkan Pesta Tanglung dengan Taoisme. keluarga.BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU2082 Pesta Tanglung juga digelarkan “Tahun Baru Kecil” sejak ia menandakan akhirnya turutan perayaan bermula dari Tahun Baru Cina. ada sebuah tempat di Beijing digelar Dengshikou. apabila bulan penuh terang berada di langit. Jadi hari itu digelar Pesta Yuan Xiao di China. Budaya “Pesta Tanglung” ini telah dikekalkan sehingga pada masa kini. 4 sangat besar terhadap masyarakat Melayu di Kelantan apabila mereka . Ini telah menimbulkan salah faham yang Page mengganggap bahawa perayaan tanglung ini adalah berbentuk hibuan semata-mata. alam semulajadi dan makhluk lebih tinggi yang mereka memperpcayai bertanggung jawab untuk membawa/mengembalikan cahaya tiap tahun. pada permulaan tahun baru. Ia dikatakan bahawa Tianguan menyukai semua jenis hiburan. Deng bermakna tanglung dan Shi adalah pasar. Sehingga ke hari ini. Ada banyak kepercayaan berlainan tentang asal-usul pesta tanglung. Hari jadinya jatuh pada hari ke-15 pertama bulan berkenaan bulan. Meskipun. Pada hari ke-15 adalah malam pertama untuk melihat bulan penuh. perayaan “Pesta Tanglung” mengambil tempat sewaktu bahagian awal kurun ke-15. orang tempatan akan pergi ke sana untuk melihat tanglung bercahaya cantik di paparkan. jadi para pengikut menyediakan pelbagai jenis aktiviti sewaktu mana mereka berdoa untuk nasib yang baik.

Pihak Polis Jajahan Pasir Puteh telah mengambil tindakan yang tidak sewajarnya dengan memberikan surat saman kepada pihak sekolah kerana telah mengadakan pesta tanglung di kawasan sekolah tanpa ada permit. Ini kerana kurangnya ilmu pengetahuan tentang budaya lain dan sentiasa bersikap prejudis terhadap mereka.blogspot. sikap tidak suka bergaul dengan pelajar Cina dan India dalam masyarakat Melayu di dalam dan luar sekolah adalah menjadi salah satu faktor untuk membentuk cara pemikiran yang negatif terhadap kaum lain. Penyimpangan sosial lazimnya ditandai oleh perbuatan atau tindakan yang mengabaikan norma/nilai sosial dari biasanya. serta adanya penyimpangan sosial yang terjadi dari tindakan yang tidak selaras dengan norma dan nilai sosial atau sekelompok individu yang tidak berhasil menyesuaikan diri dengan kehendak-kehendak tertentu di dalam masyarakat. Selain faktor pelajar. Hal itu disebabkan karena mereka menganggap tidak sesuainya perilaku dan norma-norma kehidupan dengan gagasan atau idea nasional yang dikembangkan. baik dalam keluarga. Sikap guru yang kurang mesra dengan pelajar dan tidak adil dalam melaksanakan tugas menyebabkan timbulnya masalah seperti ini. sekolah maupun masyarakat. Antaranya.html Page 5 .com/2010/03/masalah-sosial-budaya-yang-ada-di.3 Selain itu. Proses terbentuknya perilaku yang menyimpang salah satunya terjadi karena proses sosialisasi yang gagal. guru juga menjadi punca kepada timbulnya isu budaya ini dalam sekolah. maka seseorang tentu saja tidak mampu memahami apalagi menaati nilai-nilai sosial atau norma yang berlaku di masyarakat. Ini kerana dengan hubungan yang erat.BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU2082 Dengan alasan itu. Jika proses sosialisasi tidak berhasil atau gagal. guru dapat belajar budaya baru sekaligus menarik pelajar lain untuk menerima budaya kaum yang lain. Hubungan erat antara guru dan pelajar berbilang kaum hendaklah dipupuk di sekolah lagi. Banyak sebab yang mendorong kepada berlakunya salah faham tentang isu kebudayaan di sekolah tersebut. 3 http://samzlee. kita dapat melihat bagaimana perilaku masyarakat yang kurang mengambil peduli terhadap persekitaran.

intelek dan jasmani.2 KONSEP SEKOLAH MESRA BUDAYA YANG DIAMALKAN OLEH GURU DI Pada era globalisasi ini.BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU2082 2. guru memainkan peranan yang sangat penting dalam mencorak konsep mesra budaya di dalam bilik darjah di kalangan pelajar-pelajarnya yang berbilang kaum. Peningkatan profesionalisma guru dalam bilik darjah dilihat dalam aspek kebolehan mencorak kualiti pengajaran.” Selain itu.php Page 6 . Marzano (2003) menyatakan “tindakan guru dalam bilik darjah mempunyai impak dua kali ganda dalam pencapaian murid berbanding polisi sekolah 4 Sumber: http://visual. kebolehan mencorak iklim dalam bilik darjah. Persekitaran bilik darjah perlulah mesra budaya supaya suasana pembelajaran menjadi kondusif untuk murid pelbagai latar bangsa dan budaya. Antara nilai sivik yang di perlukan oleh masyarakat pelbagai agama. Ianya turut mengembangkan nilai sivik yang menjadi nadi bagi kehidupan masyarakat yang harmonis dan aman di peringkat nasional dan global. Matlamat bagi guru adalah mewujudkan suasana pembelajaran yang mengalakkan interaksi dan intergrasi di kalangan murid. kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang dan semangat patriotik. Memerlukan pembentukan kurikulum. pemantauan perkembangan murid serta pemikiran terlebih dahulu mengenai maslaah-masalah yang mungkin timbul. emosi. toleransi.merriam-webster.4 Lemlekh (1988) menjelaskan bahawa “pengurusan bilik darjah sebagai orkestra dalam kehidupan. perlakuan. etnik dan budaya ialah hormatmenghormati.com/society/education/school/classroom. kasih-sayang terhadap alam sekitar. kebolehan mencorak perkembangan murid termasuk perkembangan akademik. penyelenggaraan prosedur dan sumber pengajaran. sosial. Keutamaan ditumpukan adalah penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimumkan keberkesanan. kebolehan menyusun organisasi pembelajaran. rohani. di dalam dan di luar bilik darjah.

Hal ini membawa makna walaupun muridmurid ini berbeza bangsa dan agama. India. Oleh itu. salah faham akan dapat dielakkan. Mungkin murid Melayu yang tidak faham bahasa Cina akan menyangka bahawa murid. Contohnya dengan menggabungkan murid. masing. maka hubungan mereka akan bertambah erat. Jadi.murid dan menambahkan lagi kemahiran berbahasa Melayu dalam kalangan murid yang tidak berbangsa Melayu.murid yang berbilang kaum ini boleh bekerjasama antara satu sama. Peraturan yang 5 6 http://kopidangula.com/2011/02/lima-cara-membina-persekitaran.murid yang berbilang kaum ini. Dengan menggabungkan murid. Sekiranya dalam sesebuah kelas itu terdapat murid yang berbilang kaum. Melalui kerjasama ini. proses penerimaan akan berlaku antara pelbagai budaya. Bayangkan apabila murid. maka murid. muridmurid ini akan boleh berkomunikasi dan berinteraksi sesama mereka.masing boleh menerima dan menghormati budaya rakan. Kerjasama ini boleh membentuk kesepaduan antara mereka dan juga dapat membentuk budaya satu Malaysia.6 Selain itu murid.blogspot. Murid Cina tidak hanya bercakap dan bergaul dengan murid Cina sahaja tetapi juga dengan murid berbangsa lain.murid Cina. Apabila pelbagai bangsa ini berinteraksi.murid Cina itu bercakap tentang mereka.wikipedia. pasti mereka menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan.html# Page 7 Sumber: http://ms.murid Cina asyik bercakap bahasa Cina antara mereka. jika murid pelbagai bangsa dicampurkan.rakan lain.murid tersebut sewajarnya dikumpulkan dalam kumpulan yang pelbagai kaum. Hal ini boleh mewujudkan suasana mesra antara mereka.org/wiki/Pedagogi . dan Melayu dalam satu kumpulan tempat duduk ataupun apabila beraktiviti.”5 Terdapat pelbagai cara untuk seseorang guru mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya.BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU2082 berkenaan kurikulum. Persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya juga mengambil kira unsur peraturan yang perlu diaplikasikan oleh murid. Ini akan dapat mengelakkan salah faham antara murid. penilaian kerjasama antara guru dan penglibatan masyarakat.

murid juga boleh diajarkan budaya bertepuk tangan setiap kali ada murid yang berani memberi jawapan apabila guru memberi soalan meskipun jawapan itu salah. salah satu caranya ialah dengan mengaitkan isi pembelajaran dengan budaya kaum yang berkaitan. Sebagai contoh.rakannya yang lain. mereka akan lebih menghargai budaya mereka dan dapat berfikir secara logik. Apabila guru dihormati. murid. guru mewujudkan peraturan bahawa murid mesti memberi salam kepada guru apabila guru masuk ke kelas dan bersalaman dengan guru apabila tamat sesi persekolahan. budaya yang dimaksudkan ialah budaya kaum-kaum yang pelbagai. Guru boleh mewujudkan suasana mesra budaya itu melalui amalan pedagogi. Mereka akan melakukannya walaupun tanpa disuruh berbuat demikian. Untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya. Budaya seperti ini dapat menggalakkan murid lebih aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dan tidak takut mencuba. Contohnya dalam subjek sains iaitu dalam topik pengawetan makanan. Dengan cara ini.BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU2082 dibuat oleh guru dan dilaksanakan oleh murid secara berterusan lama-kelamaan akan menjadi budaya. guru boleh mengaitkan pelbagai cara mengawet makanan yang terdapat dalam budaya pelbagai kaum. murid. fokus untuk mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran mesra budaya bukan hanya tertumpu di dalam bilik darjah. Selain itu. Budaya bertepuk tangan ini menandakan bahawa kita menghargai keberanian murid tersebut memberikan jawapan dan memberi gambaran bahawa keberanian murid itu disokong oleh rakan. Di sini. Dalam konteks ini. maka pelajaran akan lebih berkat lagi. guru juga harus mengaitkan isi pembelajaran dengan budaya. Misalnya kaum kadazan menghasilkan sejenis makanan yang dinamakan Page 8 .murid akan tahu bahawa budaya mereka itu bukan sekadar warisan tetapi ia juga bersangkut paut dengan ilmu pengetahuan. Sehubungan dengan ini. Proses pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja berlaku di dalam bilik darjah tetapi juga boleh berlaku di luar bilik darjah seperti di padang dan perpustakaan.murid apabila mereka sudah sebati dengan peraturan ini. Oleh itu. Budaya seperti ini merupakan satu budaya yang mulia kerana ada nilai menghormati guru di situ. Peraturan ini kemudiannya akan dijadikan budaya oleh murid.

BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU2082 „basou‟ dengan cara menjeruk nasi dan ikan. guru juga boleh menggunakan . Cina. India.murid jika ia sering dilakukan.kanak. pergerakan bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Meskipun mengaitkan budayabudaya pelbagai kaum dalam pelbagai subjek mungkin hanya selingan. Main merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan dan dapat menarik perhatian murid. namun impaknya boleh jadi besar kepada murid. Oleh itu. Dengan menggunakan permainan tradisi sesuatu kaum dalam pengajaran dan pembelajaran guru bukan sahaja boleh mengajar topik yang perlu diajar tetapi pada masa yang sama boleh menyerapkan ilmu pengetahuan tentang budaya sesuatu kaum itu kepada murid. permainan tradisi ini dalam subjek lain seperti subjek Matematik dan Bahasa Melayu. guru boleh mengaitkan adab menghormati orang tua itu dalam budaya India dan Cina. Iban dan sebagainya pasti ada permainan tradisi. guru boleh mengaitkan pelbagai kebudayaan. Bukan hanya dengan mengaitkan ilmu dengan kebudayaan. Dalam subjek ini. Jika dalam subjek Pendidikan Moral pula. Contohnya budaya Cina dan Melayu yang digabungkan lalu mewujudkan budaya Baba dan Nyonya di Melaka.muridnya. Selain itu. Permainan tradisi juga merupakan satu budaya. apa kata kalau kita gunakan kaedah ini dalam pengajaran dan pembelajaran dan pada masa yang sama menyelitkan unsur budaya pelbagai kaum? Bagaimana pula ia dilakukan? Dalam budaya pelbagai kaum seperti kaum Melayu. Kaum cina pula membuat kuih pau dengan cara pengukusan. Ia juga adalah budaya bagi golongan kanak. Page 9 Selain daripada subjek Pendidikan Jasmani. Permainan tradisional boleh digunakan dalam mengajar muridmurid tentang pergerakan asas yang meliputi pergerakan lokomotor. Bajau. Kaedah main merupakan satu kaedah yang amat sinonim dalam P&P sekolah rendah. guru juga boleh menggunakan kaedah belajar sambil bermain. dalam subjek Pendidikan Islam pula guru boleh mengaitkan adab terhadap orang yang lebih tua dengan budaya Melayu seperti adab melintas di hadapan orang tua dan bersalaman dengan orang tua. Satu lagi subjek yang boleh mengaitkan isi pembelajaran dengan budaya pelbagai kaum ialah subjek sejarah. Contoh yang paling mudah ialah dalam subjek Pendidikan Jasmani.murid.

Sebagai rumusannya dapat disimpulkan bahawa pembinaan hubungan yang mesra antara guru dengan murid. Guru menyampaikan pengajaran kepada pelajar-pelajar dengan cara bertutur. iaitu guru dengan murid atau murid dengan murid yang berlaku dalam bentuk percakapan atau gerak geri.3 KEMAHIRAN KOMUNIKASI UNTUK MENDEPANI MASALAH KEPELBAGAIAN BUDAYA Komunikasi ialah satu proses yang melibatkan penghantaran dan penerimaan maklumat di antara dua pihak iaitu penghantar dan penerima. Seperti pendapat Good & Brophy (2002). Komunikasi Non-Verbal pula bermaksud semua bentuk tingkah laku yang bukan lisan seperti 7 http://mofa1190.html Page 10 . Tidak sukar untuk kita sebagai guru mengaplikasi proses interaksi dan komunikasi ini kerana kita telah dibekalkan ilmu sedemikian sewaktu berada di pusat pengajian.BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU2082 Contohnya dalam subjek Matematik. guru boleh menggunakan permainan batu seremban untuk mengajar murid mengira.blogspot. Komunikasi terbahagi kepada dua bahagian iaitu Komunikasi berbal dan nonverbal.com/2010/05/budaya-pembelajaran. Ini berkait rapat dengan gaya kepimpinan seseorang guru itu. yang mengatakan bahawa “guru yang dihormati dan mesra pelajar dapat bekerjasama dengan murid-muridnya dalam menjayakan aktiviti di dalam bilik darjah. murid dengan murid akan menghasilkan suasana pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam suasana yang harmoni tanpa tekanan malah objektif pengajaran dapat dicapai dengan mudah. Anda sendiri dapat menentukan apakah gaya kepimpinan yang ada pada diri anda. Konteks dalam bilik darjah komunikasi bermaksud perhubungan di antara orang dengan orang. Definisi Komunikasi verbal ialah komunikasi lisan yang berlaku secara langsung apabila dua orang berbual secara bersemuka atau tidak.”7 2.

beliau perlu mempraktikkan prinsip-prinsip seperti berusaha untuk mendengar cadangan muridmuridnya.bahasa yang kasar. gaya pengajaran menarik. Selain itu. pergerakan tangan. bahasa badan yang tidak sesuai. salah tafsir. gerakan badan atau mimik muka. guru dan murid memahami dan dapat merasai perasaan pengalaman rakan yang bertutur sekalipun berbeza dari segi budaya dan latar belakang. kreatif.html Page 11 . Komunikasi berkesan penting bagi menjamin pengajaran dan pembelajaran yang efektif yang guru dapat berkomunikasi denagn berkesan. inovasi. guru hendaklah memastikan bahawa tidak ada halangan apabila guru ingin menyampaikan pengajarannya di dalam kelas. guru harus mengelak dari masalah yang boleh menjejaskan keberkesanan komunikasi seperti kekeliruan. tidak memberi perhatian dan tumpuan Seorang guru yang hebat adalah guru yang mempunyai suara jelas. komunikasi tertutup. Terdapat dua jenis gangguan ketika berkomunikasi dengan pelajar. Pertama adalah gangguan luaran yang mana datangnya dari suasana persekitaran yang terlalu bising. penggunaan laras bahasa yang sukar difahami dan 8 http://ariedrifke. suara yang tidak jelas. memberi tekanan emosi murid. pendekatan yang sentiasa digunakan untuk membaiki kelemahan murid. penglibatan murid dalam aktiviti kelas dan pengurusan masa yang berkesan tentang pengajaran dan pembelajaran. pergerakan kecil tubuh badan akan memberikan makna yang lebih jelas terhadap mesej yang disampaikan dalam komunikasi lisan. perubahan air muka.BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU2082 bunyi.com/2010/07/cara-mewujudkan-komunikasi-berkesan. Semasa berkomunikasi.blogspot. Guru hendaklah menolong membuka minda murid-muridnya supaya mereka dapat berkomunikasi denagn lebih senang. Contohnya melalui renungan mata.8 Melalui kemahiran lisan. fleksibiliti tidak membosankan. ekspresi muka. ukiran senyum di bibir. Selain itu. Dalam konteks dalam bilik darjah kita dapat melihat jika guru mengangguk kepala sebagai tanda setuju dengan jawapan pelajar. elakkan sebarang gangguan-supaya mesej disampai dengan jelas dan tepat.

Guru diminta membiasakan diri dengan senyuman selain kerap dan mudah memberi penghargaan apabila murid mempamerkan sesuatu yang lebih baik daripada sebelumnya misalnya kelas yang lebih teratur. Guru tidak harus menyentuh atau mempertikaikan kepercayaan yang diamalkan murid-murid mereka. Guru yang menggunakan kemahiran berkomunasi sering menjana suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan cara pembentukan akhlak dan penerapan kemahiran tertentu dapat dilakukan dengan lebih mudah dan berkesan. Setiap kepercayaan dan nilai harus diterima seadanya.html Page 12 . Dengan penggunaan laras bahasa yang tepat mestilah diamalkan dalam situasi yang sesuai.9 9 http://kheru2006. Dengan cara ini satu suasana pembelajaran yang interaktif akan terbentuk dan pembelajaran akan menjadi menyeronokkan. Sehubungan dengan itu. seberapa yang terdaya murid harus diingatkanan untuk sentiasa berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang betul. aktiviti yang bercorak kea rah peningkatan bahasa perlu disertai supaya tahap penguasaan bahasa murid sentiasa bertambah.i8. Murid mudah menerima motivasi yang disampaikan secara berhemah dan berhikmah. Unsur-unsur dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan. Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu murid mencapai kematangan sosial yang sepatutnya. Guru mesti mengunakan komunikasi berkesan untuk menghasilkan motivasi yang berkesan. berinteraksi tanpa sekatan budaya dan masyarakat. Penggunaan bahasa yang standard harus diamalkan oleh murid. pengalaman lalu dan perbezaan dalam budaya. tidak berkelompok. Kedua adalah angguan dalaman iaitu unsur bias dalam persepsi.BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU2082 suasana bilik darjah itu sendiri. bersih dan kemas.com/EDU3106/3_Implikasi_Kepelbagaian_Sosiobudaya. Selain itu. Isu-isu sensitif dan berkaitan agama murid yang berlainan kaum tidak harus dipertikaikan. guru harus bijak dalam mengendalikan kelas sosial murid dimana akan wujud pergaulan bebas. guru harus mengurangkan bahasa dialek dan mengunakan bahasa yang standard untuk memberi peluang yang sama rata kepada semua murid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran.

0 KESIMPULAN Sesungguhnya kepelbagaian budaya yang wujud di negara ini merupakan satu keistimewaan dan juga aset penting yang boleh membantu menjana ekonomi dan pembangunan negara. Pun begitu. apabila kaum pendidik berjaya melaksanakan tugas dengan sempurna.BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU2082 3. Semoga pendidikan di Malaysia terus cemerlang dan bertaraf dunia. Natijahnya. manakala dasar-dasar pendidikan perlu dilaksanakan sejajar dengan hasrat kerajaan. isu-isu seperti ini perlu ditangani seawal mungkin dari peringkat prasekolah lagi. Falsafah pendidikan kebangsaan perlu dihayati. maka matlamat pendidikan negara akan dapat dicapai. Sebagai seorang pendidik. sekiranya perkara ini tidak diurus dengan bijak pastinya akan mengundang malapetaka kepada negara. Para pendidik perlu peka kepada suasana dan latar belakang murid-murid supaya sebarang masalah dapat diselesaikan. Kejayaan negara dalam mengurus kepelbagaian ini telah menjadikan negara ini contoh kepada negara-negara yang mendambakan keamanan dan kesejahteraan rakyatnya yang berbilang kaum dan budaya serta kepercayaan. Page 13 .

Walaupun telah lebih daripada 57 tahun kita hidup bersama di bumi Malaysia ini. namun ternyata kita masih kurang mengenali budaya dan adat resam kaum-kaum lain. Di samping itu sebagai pendidik juga saya harus memikirkan bagaimana untuk mengelakan isu seumpana ini berulang. saya juga mendapati masyarakat kurang bijak dalam berkomunikasi apabila berdepan dengan sesuatu masalah sehingga menimbulkan berbagai prasangka negatif dan melahirkan tindakan yang kurang rasional. Aspek yang perlu diberi perhatian adalah bagaimana tindakan dan langkah-langkah yang sewajarnya yang perlu diambil seandainya saya sebagai seorang pendidik berdepan dengan isu-isu seumpama ini. Di samping itu sebagai seorang guru saya juga perlu menguasai kemahiran berkomunikasi agar segala pendidkan dan ilmu yang dicurahkan dapai disampaikan dengan lebih berkesan. para pendidik hinggalah kepada individu-individu yang sayang dan cintakan keharmonian di Malaysia. pembuat dasar. kita haruslah menyedari langkah-langkah untuk menggalakkan integrasi dan perpaduan kaum di Malaysia harus difikirkan secara serius oleh semua pihak dari pemimpin. pihak media. Oleh yang demikian. Hasil analisis.BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU2082 4. Sebagai seorang pendidik. saya tertarik untuk memilih isu kebudayaan yang melibatkan adat resam masyarakat Cina dalam tugasan ini. saya menyedari saya memikul tanggung jawab dan peranan yang besar untuk memastikan perpaduan kaum di Malaysia benarbenar tulin dan bukan sekadar indah khabar dari rupa sahaja.0 REFLEKSI Setelah membuat beberapa tinjauan di dalam internet. Page 14 . Kurangnya ilmu pengetahuan tentang budaya dan adat resam kaum-kaum lain di kalangan masyarakat setempat menjadi menjadi punca terjadinya isu ini.

blogspot.merriamwebster.html 10) http://ariedrifke.php 7) http://ms..com/2011/02/lima-cara-membinapersekitaran..org/wiki/Pedagogi 8) http://kopidangula.org/wiki/Pesta_Tanglung 5) http://samzlee. Kumpulan Budiman Sdn.wikipedia.i8.blogspot.BUDAYA DAN PEMBELAJARAN EDU2082 RUJUKAN 1) Melissa Ching dan Adnan Baharom (2011).com/2010/05/budaya-pembelajaran. Budaya Dan Pembelajaran.blogspot.html# 9) http://mofa1190. 2) Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Subki Miskon (2012). Budaya Dan Pembelajaran. Bhd. Kuala Lumpur.ht ml Page 15 . Puchong Selangor.html 11) http://kheru2006.blogspot.com/2010/07/cara-mewujudkan-komunikasiberkesan. Bhd.html 6) http://visual. Penerbitan Multimedia Sdn.com/EDU3106/3_Implikasi_Kepelbagaian_Sosiobudaya.com/2010/03/masalah-sosial-budaya-yang-ada-di.com/archives/395 4) http://ms.com/society/education/school/classroom.wikipedia. 3) http://sel13.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful