PEMARKAHAN

1.

ESEI ILMIAH (a) (b)

2.

E-FORUM JUMLAH

SEMESTER 3 SESI 1 2012/2013 KBK 3073: MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS PORTFOLIO TUGASAN 1 KUMPULAN EL-A03 ( A121PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA MUKHIDI BIN MOHD ALI NO. ID D2111049840 NO. TELEFON 013-3442021

NAMA PENSYARAH

:

DR. ABDUL RAHIM BIN RAZALLI

TARIKH SERAH

:

19 NOVEMBER 2012

1

ISI KANDUNGAN

Muka surat

1.0

PENDAHULUAN

3

2.0.

Masalah pendengaran 2.1. Punca-punca kecacatan pendengaran 2.2.Ciri-ciri perkembangan fizikal, kognitif dan sosial bermasalah pendengaran

4 4 5

3.0.

Masalah penglihatan 3.1.Punca-punca kecacatan penglihatan 3.2.Ciri-ciri perkembangan fizikal,kognitif dan sosial kanak-kanak cacat Penglihatan

6 6

7

4.0.

Masalah ADHD 4.1.Punca-punca kecacatan ADHD 4.2.Ciri-ciri perkembangan fizikal,kognitif dan sosial kanak-kanak ADHA

7 8 8

5.0.

Masalah Fizikal 5.1.Punca-punca kecacatan Fizikal 5.2.Ciri-ciri perkembangan fizikal,kognitif dan sosial kecacatan fizikal

9 10 11

6.0.

Penutup

11

2

kanak ini memang dilahirkan dengan pelbagai kecacatan tetapi mempunyai pelbagai bakat dan kemahiran tersembunyi dalam diri mereka.1. Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (KKBP) merupakan mereka yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti Sindrom Down. Cerebral Palsy. Autisme. Masalah Emosi dan Masalah Pertuturan. ISI PENDAHULUAN Falsafah Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran. yang menyatakan “ guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran . mengurus kehidupan sendiri.Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan . Murid berkeperluan khas yang berada dalam program Pendidikan Khas di Malaysia terdiri daripada. berupaya. 3 . Untuk memenuhi keperluan murid khas tersebut. Matlamat falsafah Pendidikan Khas ialah menyediakan perkembangan optimum kanak-kanak dengan keperluan–keperluan pendidikan khas agar dapat berfungsi sebagai individu yang berkemahiran. berhaluan.Kanak-kanak Bermasalah Pendengarandan dan Kanak-kanak Bermaslah Fizikal. Sepertimana kita tahu pendidikan khas merupakan satu bentuk pendidikan khusus yang diwujudkan untuk murid-murid berkeperluan khas seperti masalah penglihatan. mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Epiletik. masa bagi aktiviti. Pendidikan untuk semua menegaskan tentang hak kanak-kanak untuk diberi pendidikan tanpa mengira latar belakang sosial mahupun perkembangan intelek mereka. masalah pendengaran dan masalah pembelajaran. berhaluan. Hanya pendidikan dan pengalaman sahaja yang akan dapat membentuk murid-murid khas yang memiliki bakat dan kemahiran yang tinggi. Pendidikan Khas 1997. berdikari. berdikari.0. Potensi diri mereka ini harus dikembangkan supaya mereka dapat berdikari dan menguruskan diri mereka tanpa bantuan orang lain. Kanak. boleh menyedari potensi sendiri dan boleh menyesuaikan diri dalam masyarakat. mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”. Perkembangan Lewat. beberapa program pengajaran dan pembelajaran yang dibentuk adalah fleksibel selaras dengan peraturan-peraturan Pendidikan. Hiperaktif. boleh merancang. Maka kumpulan pelbagai displin harus berkolaborasi untuk memberi sumbangan tertentu kepada program pendidikan khas ini untuk membolehkan murid-murid istimewa ini mencapai kejayaan dalam kehidupan. beriman.

Kadangkala berlaku kecederaan di telinga semasa bayi dilahirkan atau disebabkan penyakit „homolisis‟ yang disebabkan oleh rhesus. telinga tengah dan telinga dalam haruslah boleh berfungsi secara normal untuk seseorang mendengar. Faktor bukan baka adalah disebabkan oleh jangkitan semasa hamil seperti rubella. Pengambilan dadah ketika hamil juga boleh menyebabkan cacat atau masalah pendengaran. Biasanya memberi kesan yang sama kepada semua gelombang bunyi dan tidak teruk. caca. 4 . yang akan menjejaskan pendengaran dan kesan masalah ini bergantung pada tahap yang dihadapi oleh seseorang individu. Hilang pendengaran adalah perkara biasa kepada manusia. Masalah Pendengaran adalah melibatkan ketidakupayaan untuk mendengar.2. kencing manis dan sebagainya. Terdapat 3 jenis utama cacat pendengaran iaitu Conductive' (Gangguan aliran bunyi) yang disebabkan masalah pada bahagian tengah dan luar telinga. kebolehan kanak-kanak menggunakan deria dengarnya dan juga bila kecacatan itu dialami.Bunyi yang diterima menjadi berubah kerana gelombang menjadi tidak sama rata walaupun dengan penggunaan alat bantuan pendengaran Mixed' (gabungan) Adalah kombinasi daripada jenis 'conductive' dan 'sensorineural' Kehilangan pendengaran yang teruk juga dikenali sebagai pekak atau tuli.1. Ia adalah masalah yang melibatkan komunikasi – maslah bercakap atau memahami apa yang diperkatakan oleh orang lain. 2.Sensorineural' (saraf deria) Disebabkan masalah pada bahagian dalam telinga atau saraf 'auditory' . meningitis. semasa lahir dan selepas lahir. Telinga luar.0 MASALAH PENDENGARAN Masalah pendengaran kerap berlaku di dalam masyarakat kita. Semasa lahir . Bagi ibu-ibu yang terlalu kerap hamil dan juga oksemia pada peringkat akhir kehamilan adalah punca yang menyebabkan bermasalah pendengaran. PUNCA-PUNCA KECACATAN Masalah pendengaran berpunca daripada faktor sebelum lahir. Menurut Crulckshakn dan Johnson(1975). apabila kepala bayi terlalu lama berada di pintu rahim akan menyebabkan tekanan yang kuat dibahagian telinga yang mengakibatkan kerosakan kepada telinga. Ada dua punca sebelum lahir iaitu faktor genetic dan bukan baka. Begitu juga dengan bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan akan mengalami masalah pendengaran. Tiada sebarang jangkitan atau abnormality atau sebarang gangguan . campak.

ekspresi muka dan gerakan tangan dan gerakan bibir . Kanakkanak ini tidak bertindak balas terhadap bunyi. KOGNITIF DAN SOSIAL Kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran menyebabkan perkembangan fizikalnya tidak banyak berbeza dengan kanak-kanak normal. 5 . Ada juga yang hanya bersikap pasif. CIRI-CIRI PERKEMBANGAN FIZIKAL.Mereka hanya duduk diam. menunggu apa yang orang lain buat.2. mereka akan menjadi nakal dan tidak mempedulikan orang lain . Kanak-kanak ini akan terus melakukan aktiviti sehariannya dan kadang kala apabila nama mereka dipanggil.5kg.Ada juga kanak-kanak yang dilahirkan normal . Apabila guru memberikan arahan kanak-kanak bermasalah pendengaran tidak melakukan apa yang disuruh. sebelum melakukan sebarang tugas. Ketika lahir pula biasanya kanak-kanak in dilahirkan sangat kecil dan berat badan kurang daripada 1.kerana mereka tidak memahami apa yang diarahkan . tetapi menghadapi masalah pendengaran selepas kelahiran yang mana apabila kanakkanak dijangkiti bacteria dan virus. kemalangan yang mencederakan bahgian telinga. Sikap suka mengelamun dan kurang memberikan tumpuan ketika belajar adalah antara cirri-ciri yang ditonjolkan oleh kanak-kanak ini. Kanak. Mereka kurang menggunakan deria pendengaran. barulah sesuatu maklumat yang ingin disampaikan boleh diberi. 2.dan menyendiri. Mereka banyak menggunakan isyarat jari dari bercakap.Kadangkala apbila mereka tidak faham apa yang diajar oleh guru . Biasanya kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran kurang bertinda kbalas. Motor halus dan motor kasar kanak-kanak ini sama seperti kanak-kanak normal.tiada respon diberikan. Kita perlu menarik perhatian mereka dengan meminta mereka memandang kearah kita. Pemeriksaan pendengaran secara menyeluruh bertujuan untuk mengesan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak ini. Bayi yang mengalami cacat pendengaran biasanya tidak menangis ketika dilahirkan dan agak lewat bertutur.kanak yang bermasalah pendengaran biasanya akan kerap memerhati dan melihat isyarat visual. dan terdedah kepada bunyi kuat.

Ia merupakan sekumpulan kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan.1. iii. konjuktivitis dan retinopati diabetic. Baka iv. Lebih ramai penduduk di nagara membangun mengalami kecacatan penglihatan disebabkan keadaan yang boleh dihalang berbanding dengan Negara-negara maju. Menurut The World Council For The Welfare For The Blind dalam Hajah Hasnah ( 1988) tentang masalah penglihatan adalah seperti berikut: i. MASALAH PENGLIHATAN Dari segi pendidikan. Bacaan ketajaman penglihatan akan membezakan seseorang samada dia butu atau kabur penglihatan. 3. glaucoma.3. namun demikian kanak-kanak miskin lebih cenderung mengalami masalah ini.0. Menurut anggaran WHO 2002. trakoma. ii . Kaedah penyampaian pembelajaran dan keperluan alat bantu mengajar perlu diadaptasikan dengan keperluan kanak-kanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka. ii. Komplikasi semasa hamil dan semasa kelahiran Rubella – Rubella adalah penyakit virus berjangkit seakan-akan cacar yang boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi jika ibu dijangkiti ketika usia kandungan antara 1 hingga 3 bulan. vi. Siflis 6 . v. Penyakit Penyakit dan kekurangan zat adalah merupakan punca utama masalah penglihatan. Tidak boleh melihat langsung Kebolehan melihat tidak boleh melihat 6/60 atau 20/200 iaitu dengan ujian Snellen Penglihatan yang terhad iaitu kurang 20% Masalah Penglihatan juga melibatkan penilaian ketajaman penglihatan dan medan penglihatan seseorang.Ketika usia 60 tahun seringkali berlaku masalah penglihatan bagi semua bangsa . kemerosotan macula (AMD) berkait usia. kebanyakan punca buta di seluruh dunia adalah berkaitan dengan katarak. PUNCA –PUNCA MASALAH PENGLIHATAN i.

2007 dalam rencananya menyatakan bahawa perilaku ini dilihat dengan sikap tidak mahu diam. Ibrahim. Ciri sosial pula akan kelihatan apabila kanak-kanak akan sering memusingkan kepala ke sebelah arah ketika melihat objek. selalu terlanggar objek.0 ADHD ADHD merupakan satu kecelaruan tingkahlaku yang biasa terjadi dalam kalangan kanak-kanak. CIRI-CIRI PERKEMBANGAN FIZIKAL. Menurut kamus Dewan edisi keempat tingkah laku hiperaktif merupakan sifat kanakkanak yang terlampau cergas pergerakannya yang menyebabkan kanak-kanak itu sukar dikawal. kerap mengerdip mata.vii. Keseimbangan merujuk kepada kebolehan kanakkanak mengekalkan kedudukan badan mereka. dan sering mencari-cari yat atau baris ayat yang dibaca. KOGNITIF DAN SOSIAL Antara cirri-ciri fizikal yang berkaiatan dengan perkembangan fizikal kanak-kanak ialah . Kurang tumpuan Hiperaktif Menurut kata hati ( Impulsiviti) ADHD atau hyperaktif merupakan satu pola perilaku pada seorang kanak-kanak. menonton tv atau membaca dengan jarak yang dekat. bahagian tepi mata akan kelihatan merah. kurang keyakinan dan sering menyisihkan diri. dan kanakkanak akan sering keliru dengan huruf. 4. Dari segi kognitif pula daya pengamatan terhadap jisim amat lemah dan terbatas. relative kepada tindakan graviti manakala 7 . Kanak-kanak ini memerlukan suatumasa perkembangan yang memerlukan proses keseimbangan pergerakan dan manipulasi. bebola mata berputar. mata selalu berair. terdapat bintik-bintik di tengah mata. juling. sukar untuk dikendali dan bertindak mengikut kehendak hatinya.2. Kecederaan 3. mata sensitive terhadap cahaya. iii. kelopak mata bengkak. selalu mengerut atau mengecilkan mata.Mohd Fadzil Hj. selalu menutup sebelah mata. ii. Terdapat 3 jenis kepayahan: i. tidak member tumpuan.

Mereka tidak mahu menurut peraturan terutama kanakkanak hiperaktif yang berada di sekolah. tidak puas hati sering ditonjolkan. Sering meninggalkan kerusinya ketika di dalam kelas.2. 4. ii. Ketika belajar pula kanak-kanak hiperaktif tidak memberikan tumpuan kepada guru. suka berpeluh dan mengalami masalah sakit perut atau cirit-birit. KOGNITIF DAN SOSIAL. Ciri-ciri fizikal yang ditonjolkan pula ialah suka menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya serta menggeliat dansentiasa resah di tempat duduknya. Ibu Kemalangan ketika mengandung. CIRI-CIRI PERKEMBANGAN FIZIKAL. Dalam banyak kes klinikal. 8 . 4.Apabila diminta melakukan sesuatu perkara . Kanak-kanak ADHD sering tertekan. Faktor kelahiran pramatang atau bayi yang dilahirkan tidak cukup berat serta mengalami kecederaan pada otak semasa dalam kandungan juga dikatakan factor atau punca kepada masalah hiperaktif. PUNCA-PUNCA ADHD i. iii. Sikap lalai. Secara amnya sikap yang sering ditunjukkan oleh kanak-kanak hiperaktif ialah mereka bias any agak degil dan tidak mahu menurut arahan yang diberi. darah dan saraf. Tidak duduk diam dan banyak bercakap.ketidakseimbangan ini diolah melalui factor genetik yang mengandungi bahan kimia agen pembantu pembentukan sifat dalam otak.1. iv. Suka berlari-lari atau memanjat-manjat denga berlebihan. mereka akan membantah. Pengambilan daah ataupun ubat yang berlebihan Ibu hamil yang mengambil ubat secara tidak teratur dan keterlaluan semasa hamil boleh menyumbang kepada permasalahan ini. v. menghadapi masalah dalam pembelajaran dan hubungan social.pergerakan ialah aspek yang berkaitan dengan tingkahlaku kanak-kanak teang menghasikan ketidakstabilan perubahan atau penyusutan dalam perubahan saraf tersebut. Faktor genetik Antara kesan yang dikenalpasti adalah pembentukan saraf otak secara tidak normal dan mengakibatkan ketidakseimbangan antara organ. Perasaan takut dan risau.

sendi dan otot. meninggalkan kerusinya di kelas walaupun sepatutnya ia duduk di situ. asthma. berlari-lari dan memanjat-manjat dengan berlebihan. tidak berupaya mematuhi arahan. mengelakkan diri dari melakukan aktiviti yang memerlukan konsentrasi dan fikiran. epilepsy. Ia termasuk ketidak upayaan berbentuk neorologi yang melibatkan otak dan urat saraf yang rosak serta kecacatan ortopedik yang melibatkan tulang. Manakala kanak-kanak Impulsiviti (menurut kata hati) akan bertindak menjawab dengan spontan walaupun soalan yang diajukan belum habis.Bagi kanak-kanak yang mengalami kurang tumpuan ciri-ciri yang sering ditonjolkan adalah seperti melakukan banyak kesilapan di dalam kerja sekolah. dan memerlukan pengubatan atau peralatan khas seperti pendakap atau kerusi roda. 5. kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan. 9 . MASALAH FIZIKAL Perkembangan fizikal boleh didefinisikan sebagai perubahan saiz fizikal. dan kerap mengganggu rakan lain semasa mereka bertutur atau bermain. tidak dapat menyelesaikan tugasan yang diberi. bising waktu bermain. diabetes dan leukemia Masalah kecacatan fizikal merujuk kepada kanak-kanak yang mengalami ketidakupayaan fizikal. limb deficiencies. sering kehilangan barang di rumah dan di sekolah.tidak member tumpuan kepada orang yang bercakap denganya. mudah hilang perhatian dan seorang yang pelupa. 2007). tidak sabar menunggu giliran. sentiasa bergerak ke sana sini dan banyak bercakap. Kanak-kanak hipeaktif pula sering menggoyang –goyangkan tangan dan kakinya serta menggeliat dan resah di tempat duduknya. spina bifida. muscular dystrophy. semasa pembesaran kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketinggian berat badan menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks. mempunyai banyak masalah untuk mengatur aktiviti-aktivitinya. Di antara masalah yang dikategorikan sebagai kecacatan fizikal ialah seperti celebral palsy.0. fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia (Woolfolk & Margetts.

jarang berlaku di bahagian atas dan adakalanya berlaku di otak.Keadaan ini sering berlaku di bulan pertama kandungan.2 Celebral Palsy atau Kurang Upaya Mengawal Pergerakan Otak. Punca kecacatan ini adalah sejak dilahirkan lagi. 10 . Faktor persekitaran juga boleh menyumbang kepada kecacatan Spina Bifida. Kanak-kanak ini mengalami kerosakn pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan kekurangan upayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan tegak badan. Merka hanya menyedarinya ketika kandungan sudah berusia 5 hingga 6 bulan. Persekitaran yang tidak sihat seperti ibu hamil yang menghisap rokok.1.Kecacatan ini bole berlaku pada sebahagian tulang belakang atau kadangkala di keseluruhan tulang belakang yang tidak bersambung dengan sempurna yang mana menyebabkan sarap tunjang terdedah.Ini sering berlaku kepada ibu-ibu yang tidak merncang kandungan . Semasa proses kelahiran pula adalah disebakan kelahiran tidak cukup bulan. sedangkan ogan –organ sudah mula terbentuk.1 Spina Bifida / tulang belakang terpisah. ibu mengalami darah tinggi. Penyebab utama berlakunya masalah dalam kandungan ini ialah kerana kurang vitamin. semasa dan di peringkat awal kelahiran ketika bahagian otak berkembang dengan pesat..1. PUNCA-PUNCA MASALAH FIZIKAL Terdapat pelbagai jenis msalah fizikal. Kecacatan ini sering berlaku sebelum. Asid folik amat penting diambil oleh ibu mengandung. kencing manis. Amat penting untuk ibu-ibu merancang kehamilan. dan punca masalah ini adalah beerlainan antara satu sama lain.lemas ketika dilahirkan dan jangkitan semasa kelahiran .5. kurang darah ketika mengandung dan pendarahan teruk dan kronik ketika mengandung. Punca berlaku sebelum kelahiran ialah kerana jangkitan dalam rahim. mengambil minuman beralkhohol serta diabetis 5. yang mana ianya berlaku di tiub neural.1.Biasanya ianya berlaku di bahgian bawah tulang belakang . 5.

Berikutan dengan ini keyakinan diri juga akan menurun . Keupayaan atau kebolehan kanak-kanak bersaing dengan rakan sebaya dalam sukan dan permainan dapat dilihat dengan ketara. KOGNITIF DAN SOSIAL Masalah fizikal yang dihidapi oleh kanak-kanak akan meyebabkan perubahan perkembangan fizikal. Menurut (Hurlock. dan kecederaan otak disebabkan oleh kemalangan. Program-program atau Pusat Asuhan yang ditubuhkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Badan-Badan Perseorangan atau NGO yang berdaftar dengan Kementerian berkaitan. struktur badan dan otak menjadi asas kepada perkembangan kognitif dan emosi. 1978). berkemahiran tinggi dan berkeupayaan untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi apabila mereka dewasa kelak. Ianya akan mempengaruhi tingkahlaku kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung (Hurlock. PENUTUP Pencapaian intelek yang tinggi dan kemahiran yang sesuai adalah merupakan kehendak masyarakat dan negara dalam corak kehidupan masa kini dan ianya merupakan tekanan kepada setiap pasangan untuk mendapatkan zuriat yang berpotensi.Punca-punca penyebab selepas kelahiran pula ialah sebelum usia 3 tahun kanak-kanak dijangkiti kuman di selaput otak (meningitis). deman kuning (jaundis) yang teruk. meragam. Pelbagai perkhidmatan telah disediakan seperti Program Pendidikan Khas di sekolah-sekolah yang dibuka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Ciri-ciri kanak-kanak celebral palsy pula kanak-kanak kelihatan lembik. masalah menyusu.Perkembangan fizikal kanak-kanak merupakan satu aspek yang menekankan asas pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak. perkembangan tumbesaran lewat. Kanak-kanak yang disisih daripada kumpulan sebaya akan menjejaskan perkembangan personalitinya.sembelit dan cepat marah. menggunakan sebelah tangan . ini akan mengakibatkan mereka disisih dari kumpulan rakan sebaya mereka. Perkembangan psikomotor. penderaan dan penganiayaan fizikal. 6. merengek tanpa sebab ataupun terlalu diam dan kuran tindakbalas rangsangan. kerap menangis. CIRI-CIRI PERKEMBANGAN FIZIKAL.0.2.Jika mereka tidak dapat bersaing. 1978). kognitif dan social kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran disarankan untuk mendaftar kerana pelbagai keistimewaan 11 . 5.

menggunakan Braille atau alat sokongan orthosis bagi kanak-kanak lemah anggota kakinya. bantuan orang kurang upaya. bodoh. potongan sewaan penggunaa telefon dan berbagai keistimewaan lagi disediakn oleh pihak kerajaan. tiada motivasi dan ayik bermain sahaja. Sebenarnya tanggungjwab untuk membantu kanak-kanak bermasalah pembelajran ini bukan sahaja terletak di bahu professional dan guru-guru sahaja tetapi ibubapa juga adalah perlu bekerjasama memberikan perhatian dan kometment bagi memastikan anak-anak dapat mengikuti latihan-latihan khas di rumah. 12 . . potongan tambang pengangkutan awam. Pengalaman dari program –program intervensi ke atas kanak-kanak cacat telah membolehkan para professional memahami konsep by pass strategies iaitu strategi yang membantu kanakkanak ini mendapatkan kemahiran dengan menggunakan keupayaannya dengan menggunakan bahasa isyarat. Ibubapa dan guru haruslah jagan membuat tanggapan terhadap kanak-kanak yang kurang maju dalam pelajarannya sebagai malas.yang akan mereka perolehi seperti keistimewaan berdaftar percuma di sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

www. Jabatan Pendidikan Khas. kementerian Pendidikan Malayisa (2003). Universiti Terbuka Malaysia..net/ld-bp.wikipedia.pdf 13 . Jamila K.slideshare.comwww. Julia Jantan/Siti Suhaila Samian. Mohamed.com/guru/PISMP/EDU%203102/Tajuk%2010_Kanakkanak%20Berkeperluan%20Khas.com http://en.myhealth.org/wiki/Autismhttp://en. Buku Maklumat Pendidikan Khas.authorstream.utusan.org/wiki/Autism http://www. (2007) Perkembangan dan Ciri-ciri Kanak-Kanak Berkeprluan Khas.(2005).amaljaya. http://http://www.. Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah & Menengah .my/myhealth/bm/kanak_contenthttp http://www. Sastera dan Sains Sosial.RUJUKAN Fakulti Pendidikan.net/manjabeta/kanak-kanak-berkeperluan-khas http://www. Politeknik Johor Bharu.Kuala Lumpur.com.spe-ed.wikipedia.phphttp://www. Pengenalan Pendidikan Kanak-kanak Masalah Pembelajaran. Kementerian Pelajaran Malaysia(2005). Pendidikan Khas Untuk Kanak-kanak Istimewa.gov. (2006).spe-\ http://www.authorstream. PTS Profesional.A.asp?y=2009&dt. Kuala Lumpur.my/utusan/info.

ABDUL RAHIM BIN RAZALLI TARIKH SERAH : 18 NOVEMBER 2012 14 .SEMESTER 3 SESI 1 2012/2013 KBK 3073: MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS PORTFOLIO TUGASAN 2 KUMPULAN EL.A03 ( A121PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA MUKHIDI BIN MOHD ALI NO. TELEFON 013-3442021 NAMA PENSYARAH : DR. ID D2111049840 NO.

0.5. 2.0.1.1 2.1.2 5.3 5.0 4.1.0.4. Pendahuluan Model Perubatan Fisiotrapi 2.1 5.1. 15 .0.0. Sejarah Terapi Keperluan Terapi Fizikal Dalam Pendidikan Khas Kepentinagn Terapi Fizikal. 5. Muka surat 16 16 18 19 19 19 20 20 21 22 22 23 23 24 25 26 27 Model Sosial Komunikasi kanak-kanak Bermasah Pendengaran Kaedah Komunikasi 5. 5.1.1. Bacaan bibir Pertuturan Kiu Komunikasi Seluruh Bahasa Isyarat Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) 6.2 2.1.0.1. Kesimpulan Penutup RUJUKAN 7.1.ISI KANDUNGAN 1. 2.3 3.

Terdapat dua model kurang upaya yang berbeza iaitu model social (social model) dan model perubatan (medical model). model kognitif. MODEL PERUBATAN Menurut model perubatan bahawa semua masalah pembelajaran dan semua masalah tingkah laku tidak normal adalah di sebabkan oleh masalah organik atau penyakit.0. Model ialah satu rangkakerja bagi memahami maklumat. Menurut Golin dan Ducanis (1981) kumpulan pelbagai disiplin adalah satu unit yang berfungsi yang terdiri daripada pelbagai individu yang mempunyai kemahiran atau kepakaran dalam bidang tertentu. Kumpulan ini akan bergabung tenaga untuk menyediakan perkhidmatan kepada kanak-kanak khas. Ibubapa. serta penerangan bagi sesuatu perkara yang dijadikan asas bagi sesuatu amalan. Setiap model mempunyai pandangan yang tersendiri tentang pendidikan khas. Kaedah pengajaran pendidikan khas dibina berasaskan kepada model-model teoritikal yang dipilih. sekolah dan masyarakat perlu bekerjasama bagi menyelesaikan sesuatu masalah dan kumpulan pelbagai disiplin harus memainkan peranan penting. 2. Diagnosis dan prognosis perlu untuk memahami keadaan biologikal serta keadaan fizikal yang turut merangkumi keadaan neurologikal kanak-kanak terbabit. PENDAHULUAN Berdasarkan Kajian terdapat beberapa model teoritikal yang membincangkan tentang pendidikan khas. 16 . Faktor alam sekitar yang boleh mengancam sistem biologi manusia dikatakan turut menyumbang kepada masalah yang dihadapi.0. Keduadua model ini adalah bertujuan mengenalpasti masalah dalam masyarakat. Model perubatan berpendapat bahawa adalah penting untuk melakukan diagnosis secara komprehensif sebelum melakukan sebarang intervensi pendidikan ke atas seorang kanakkanak berkeperluan khas. Teori saintifik mengutamakan ramalan.1. model perkembangan.model tersebut ialah model perubatan. model humanistik dan model ekologikal. model behavioris. dan membantu OKU dengan memenuhi keperluan mereka. Kaedah pengajaran pendidikan khas dibina berasaskan kepada model-model teoritikal yang dipilih. Antara model. Prinsip kolaborasi dan penglibatan pelbagai pihak amat penting.

Sebab atau punca kecacatan atau kekurangan diberi fokus utama dan cadangan untuk mengatasi kecacatan berkenaan diberikan. Jika berlaku atau terjejasnya penglihatan. ahli professional diperlukan untuk menjaga individu itu. Kanak-kanak berkeperluan dari perspektif perubatan dilihat sebagai mengalami kecacatan atau terdiri daripada kanak-kanak kurang upaya. usaha untuk memulihkan kanakkanak pekak ialah dengan memulihkan pendengaran dan melatih mereka bertutur. Biasanya ahli perubatan akan menilai kanak-kanak berasaskan kecacatan atau kekurangan yang dimiliki berdasarkan ciri-ciri perubatan. Latihan proses memberikan tumpuan utama kepada latihan khusus untuk memupuk rangsangan sensori dan untuk meningkatkan kecekapan pengurusan pengamatan. Melalui model perubatan juga. Pemuliharaan (rehabilitation) dilakukan dengan menggunakan pelbagai kaedah perubatan dengan tujuan kecacatan yang dialami oleh kanak-kanak tidak bertambah teruk. kurang upaya membawa maksud sebagai masalah yang dihadapi oleh seseorang individu. pakar pendidikan khas bermatlamat memberi pendidikan sebaik mungkin. “kecacatan” individu perlu diubati atau disembuhkan. Model Perubatan juga kadangkala dikenali sebagai “personel tragedy model” kerana pengalaman kesukaran yang dihadapi disebabkan pengalaman atau bentuk anggota tubuh badan mereka. ini bermaksud ketidakupayaan mereka. Di negara kita peranan pakar perubatan adalah amat penting dalam melaksanakan pendidikan khas di Malaysia. individu OKU menyamai kedudukan seperti kanak-kanak normal. individu tidak boleh membuat keputusan sendiri mengenai cara kehidupan. yang bersesuaian dengan potensi yang ada pada murid berkeperluan khas dengan mengambil kira bahawa kecacatan yang ada pada seseorang bukan penghalang kepada mereka untuk 17 . Sebagai contoh . Mengikut model perubatan individu itu sendiri adalah masalahnya.Mereka yang mengambil model ini akan menggunakan kaedah latihan proses atau process trainning sebagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak pendidikan khas. Pakar perubatan menekankan kepada pemulihan daripada kecacatan atau kekurangan. Pendekatan perubatan ialah bagi mengubati Adalah mustahil untuk kecacatan ini atau memulihkan mereka. Sebaliknya. Biasanya ahli perubatan akan menilai kanak-kanak berdasarkan ciri-ciri perubatan. pergerakan atau pendengaran. Kanakkanak buta pula untuk memulihkan penglihatan mereka dengan menggunakan teknologi dan perubatan terkini.

melompat.1. FISIOTERAPI Bagi memulihkan fungsi fizikal dan pergerakan tubuh manusia rawatan menggunakan terapi fizikal boleh digunakan termasuklah sebab-sebab faktor penuaan. Pengubahsuaian Kurikulum .contohnya ialah bahasa isyarat bagi kanak-kanak pekak dan huruf Braille bagi pelajar buta. Penyampaian. ii. Dalam pelaksanaan pendidikan khas.Alat yang membantu proses pendidikan seperti alat bantuan pendengaran bagi kanak-kanak pekak dan mesin Brailler bagi mereka yang buta. kanak-kanak berkeperluan khas yang mempunyai ciri-ciri boleh mengurus diri sendiri dan mempunyai keupayaan untuk menerima pendidikan (educable) seharusnya diterima untuk bersekolah. rangsangan penyejukan dan pemanasan. penyakit atau persekitaran. Peralatan. Fisioterapi dalam pendidikan khas dapat membantu kanak-kanak mengembangkan motor kasar meliputi otot-otot besar dan motor halus untuk pelbagai fungsi seperti berlari. Bilangan Pelajar dalam Kelas . terapi hidro. vi. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran-strategi pengajaran khusus yang sesuai dengan jenis kurang upaya. dan rangsangan menggunakan elektrik dan cahaya 18 .mendapat dan berjaya dalam pendidikan. kecederaan.Guru-guru harus dilatih khas untuk mengajar kanak-kanak bermasalah pembelajaran atau kanak-kanak bermasalah penglihatan. berjalan mengangkat dan melempar bola. latihan teraputik.Kandungan kuríkulum diubah suai dengan mengambil kira jenis kurang upaya yang diajar. Guru Pendidikan Khas Terlatih . tumpuan harus diberi kepada perkara-perkara berikut: i. iv.Bilangan pelajar dalam kelas pendidikan khas di Malaysia ialah seramai antara lima hingga sepuluh orang murid sahaja. Oleh itu. Aktiviti Kokurikulum – harus disesuaikan dengan jenis murid khas. 2. Kanak-kanak berkeperluan khas dilihat sebagai satu golongan manusia yang memerlukan pendidikan yang sesuai dengan kebolehan mereka. vii. v. iii.

Contohnya murid dapat berjalan. Sejak dari itu pusat terapi ditubuhkan secara formal di Universiti Otago di New Zealand dan Amerika Syarikat pada tahun 1013. fizikal. Dalam tahun 1980an berlaku perubahan dalam sejarah terapi fizikal Freddy Kaltenborn telah memperkenalkan computer rangsangan elektrik dan ultrasound. Pakar perubatan telah memperkenalkan program terapi fisio yang dapat mengurangkan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan individu dengan lebih berkesan. Melalaui terapi fizikal kemampuan otot-otot iaitu motor kasar dan motor halus termasuk koordinasi antara keduanya dapat ditingkatkan.1. Terapi diperlukan sebagai satu persedian untuk menghadapi pembelajaran dari aspek mental. berlari dan melompat dengan kaedah yang betul.1. 19 .2. Pada tahun 1894 empat orang jururawat bekerja sebagai sukarelawan dipusat Pertubuhan Terapi. 2.3 KEPENTINGAN TERAPI FIZIKAL.1. Ianya merupakan satu kaedah urutan dan hippoterapi. Ibubapa pula berpeluang untuk mempelajari teknik-teknik yang betul dan cara-cara alternative untuk berkomunikasi dengan anak-anak mereka.1 SEJARAH TERAPI Hippocrates dan Hector telah mempelopori Terapi fizikal sejak tahun 460 Sebelum Masihi lagi. Menurut Auxter. merangsang pengaliran darah dan oksigen ke seluruh anggota badan. Pemulihan bagi motor halus juga amat penting. Terapi fizikal perlu dilakukan berulangkali sehinggalah otot menjadi matang dan kanak-kanak dapat melakukan sendiri. Kanak-kanak pendidikan khas memerlukan rangsangan untuk bergerakbalas Selain daripada itu terapi fizikal juga mampu terhadap sesuatu kemahiran yang diajar.2 KEPERLUAN TERAPI FIZIKAL DALAM PENDIDIKAN KHAS Bagi kanak-kanak Pendidikan Khas terapai adalah amat penting. Portland (1914). 2. Konsep kendiri yang lebih positif dapat dibina melalui terapi ini. Ibubapa juga berpeluang untuk berbincang dan mengemukakan pendapat bersama ahli terapi kerana melalui terapi juga keperluan kanak-kanak pendidikan khas mampu dibina ke arah keseimbangan yang menyeluruh. emosi dan sosiolisasi. Pyfer dan Hueting(1998) masalah kecacatan fizikal tidak boleh dipulihkan dengan rawatan perubatan sahaja.

Melalui kerajaan serta agensinya mesti bertanggungjawab menghapuskan halangan-halangan tersebut. Individu seperti mereka perlu menyedari bahawa mereka juga adalah sebagai ahli “masyarakat”.Kemampuan mereka perlu dipupuk supaya dapat bersaing dengan rakan sebaya yang lain. Keyakinan diri dapat meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan alatan dan rakan semasa aktiviti terapi dijalankan. meniti di atas bangku dan sebagainya. Mengikut model sosial “kecacatan” bukan masalah individu. Oleh itu merupakan satu keazaman yang tinggi dalam menjalani proses terapi untuk membantu mereka membentuk kehidupan berdikari yang lebih baik.Latihan imbangan merupakan latihan yang dijalankan bagi membentuk keseimbangan badan seperti berjalan sebelah kaki. penglihatan dan pemikiran supaya dapat berfungsi dengan baik. Daya pengamatan kanak-kanak pemulihan khas dapat ditingkatkan kerana ini dapat memberikan ketajaman pendengaran. 20 . Bandura dan Walters mendapati bahawa banyak tingkahlaku dalam kehidupan sehari-harian dipelajari melalui contoh dan teladan dan melalui bahasa.0 MODEL SOSIAL Model sosial dicipta pula telah dicpta sediri oleh orang kurang upaya hasil daripada tindakbalas masyarakat terhadap mereka dan juga pengalaman kesihatan dan kebajikan yang menjadikan mereka berasa tersisih dan ditindas. Aktiviti seperti mencantum puzzle. Individu tersebut tidak dapat bersaing pada tahap yang sama sebab terlalu banyak halangan dan kekangan. kanak-kanak dapat bersosiolisasi dan berkomunikasi dengan baik bersama rakan sebaya. Melalui terapi fizikal juga tingkahlaku kanak-kanak pendidikan khas dapat diubah l. Sebagai contoh kanak-kanak hiperaktif dan ADHD yang suka mengganggu akan sedikit demi sedikit berubah apabila ganjaran sering diberikan semasa aktiviti dijalankan. Selain daripada itu terapi fizikal juga dapat membina keupayaan diri dan keyakinan yang tinggi. menyambut bola pelbagai saiz dapat mematangkan keduadua motor halus dan kasar dan ini dapat meningkatkan kefungsian mereka dalam kehidupan seharian. Oleh hal demikian secara tidak langsung berlaku pembelajaran dalam kumpulan dan amalan kesabaran dan kerjasama dapat dipupuk di kalangan mereka. Melaui terapi fizikal. 3. Kemampuan otak kiri dan otak kanan berfungsi dengan baik dapat ditingkatkan dengan koordinasi kedua motor ini. Orang Kurang Upaya juga mempunyai hak yang sama seperti orang normal yang lain lain.

Julia Jantan dan Siti Suhaila Samian (2007). penekanan suara dan gaya pertuturan yang boleh menggambarkan emosi dan sikap pertutur yang boleh ditafsirkan dengan berbagai makna. iii. 4. Komunikasi amat penting bagi seseorang untuk mendapatkan maklumat dan idea. Kanak-kanak ini kurang diberi peluang untuk 21 .Perkara utama mengenai pendidikan khas berdasarkan Model sosial ialah: i. Bahasa dan pertuturan digunakan untuk berkomunikasi. iv. Menurut Owen (1990). Ia membolehkan OKU menyedari bahawa kedudukan mereka harus diberi perhatian dari segi hak asasi manusia dan sebagai isu kesamarataan. Ia menganjak tumpuan dari apa yang boleh dilakukan oleh OKU kepada apa yang boleh dilakukan oleh mereka sekiranya mendapat kerjasama dari pihak yang berkenaan untuk mewujudkan kesamarataan. KOMUNIKASI KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN Pelbagai strategi dan kaedah boleh digunakan bagi membantu kanak-kanak pendidikan khas. bahasa dan komunikasi secara lisan. Ia dihasilkan oleh Orang Kurang Upaya untuk mengatasi diskriminasi terhadap golongan seperti mereka (OKU) ii. Disini saya tertarik dan cuba untuk membincangkan berkaitan kaedah untuk berkomunikasi dengan kanak-kanan bermasalah pendengaran. Selain daripada itu intonasi. Ia membolehkan semua OKU dari pelbagai kekurangan bekerjasama untuk memperjuangkan perubahan dalam sikap masyarakat dan peningkatan akses dan komunikasi. Gesture(tanda isyarat). maklumat diterima dan saling memahami.0. Masalah utama kanak-kanak bermasalah pendengaran ialah sukar bertutur. Ia membolehkan kita mengenalpasti bidang-bidang yang memerlukan perubahan dan khususnya mengenalpasti sikap negative. v. vi. halangan fizikal dan juga komunikasi sebagai bidang utama yang perlu diubahkan. eye contact dan ekspresi atau mimik muka boleh dijadikan komunikasi. gerak badan. menyatakan masalah pendengaran merupakan kehilangan seluruh atau sebahagian kemampuan mendengar daripada satu atau kedua-dua belah telinga. Ia diwujudkan untuk melihat “masalah” perihal kecacatan (OKU) dari sudut sosial dan bukan menganggap OKU itu sendiri sebagai masalah.

1. sekolah integrasi dan juga guru-guru yang boleh mengajar bahasa isyarat ditempatkan di sana. kanak-kanak pekak yang ada sidikit pendengaran seharusnya digembleng kebolehan pendengaran mereka semaksimum mungkin untuk menguasai bahasa pertuturan. Dari aspek pendidikan pelbagai kemudahan telah disediakan oleh kerajaan telah menyediakan kemudahan seperti sekolah pendidikan khas. gagal mendapat hak untuk berurusan dengan sektor awam.0. 5. Menurut Saadiah Ahmad (2009). Orang pekak harus menjalani kehidupan sehari-hari seperti manusia biasa. Raja Mariam Iskandar (1999).1 Bacaan bibir Kaedah komunkasi melalui bacaan bibir merupakan kaedah komunikasi dengan mengikut atau memerhati bibir penutur termasuk memahami dan memerhati hingga ke otot muka dan gerak badan penutur.berkomunikasi dengan individu normal. Kekurangan atau kelemahan yang didapati melalui bacaan bibir ialah apabila penumpuan tidak dapat diberikan pada kualiti bunyi pertuturan itu sendiri seperti bunyi yang tinggi atau rendah. KAEDAH KOMUNIKASI Terdapat lima kaedah komunikasi yang boleh digunakan dalam kalangan orang bermasalah pendengaran : 5. Antara kelebihan bacaan bibir . Proses inilah antara penyebab proses perkembangan bahasa. Akibat daripada masalah ini menyebabkan golongan pekak agak tersisih dari masyarakat normal dan mengakibatkan kemerosotan jati diri. Bacaan bibir adalah pertuturan tulin (pure oral) yang memberikan tekanan kepada pengajaran dan pembelajaran bahasa melaui pertuturan secara „sengaja‟. pencapaian akademik dan psikososial mereka terjejas. Hubungan masyarakat dan hak berkomunikasi hanya terhad kepada yang mengetahui bahasa isyarat sahaja dan bilangan jurubahasa juga amat kurang. Pendekatan bacaan bibir memerlukan murid-murid pekak bertutur sepertimana murid-murid biasa. keciciran dalam aspek pendidikan. Bacaan bibir juga memerlukan daya penglihatan yang mana ianya memerlukan pencahayaan yang terang bagi mengamati wajah penutur. Ada beberapa faktor yang menyebabkan agar sistem komunikasi dua hala ini berjalan dengan telus. Menurut 22 . Akses maklumat tiada hak untuk menyuarakan pendapat dan hak bagi memenuhi keperluan.

pertuturan. Kebanyakan kanak-kanak ini tidak menggunakan bahasa isyarat.2 Pertuturan Kiu Pertuturan kiu merupakan satu kaedah pergerakan tangan yang boleh membezakan bunyibunyi apabila melihat pergerak bibir. mimik muka.3 Komunikasi Seluruh Dikenali juga dengan total communication. ejaan jari. sosial dan kognitif yang normal. 5.1. bacaan bibir. Walau bagaimanapun terdapat juga kekurangan yang mana penguasaan pertuturan kiu dikuasai oleh mereka yang mempunyai saki baki pendengaran yang baik. Penutur menggunakan salah satu tangan mereka untuk membolehkan pembaca bibir mengecam dengan jelas setiap sukukata yang dituturkan. Ini bermakan pertutur kiu memungkinkan pembaca bibir membaca setiap perkataan dengan tepat. namun kesinambungan perlu dilaksanakan di rumah bersama keluarga masing-masing. Antara kelebihan pertutur kiu ialah kaedah pertuturan yang mempunyai tahap ketepatan yang hampir sama dengan individu normal. membaca dan menulis. Penguasaan bahasa melayu dapat dipelajari dengan baik dengan menggunakan sukukata dan enam kedudukan vokal yang dapat membantu bunyi sukukata dengan jelas. keadaan ini meyebabkan mereka tidak dapat berkomunikasi dengan kanak-kanak pekak yang lain. Melalui pemerolehan bahasa yang hampir normal dapat membawa kepada tahap kualiti hidup yang lebih baik bagi kanak-kanak bermasalah pendengaran disebabkan oleh perkembangan emosi. Ianya menggunakan keseluruhan bahasa iaitu bahasa isyarat.Tan Chin Guan (1999). Komunikasi Seluruh merujuk kepada situasi yang mana guru menggunakan apa-apa sahaja untuk membolehkan kanak-kanak memahami bahasa. Inilah yang berlaku kepada kanak-kanak bermasalah pendengaran yang mana komunikasi amat sukar berlaku dalam kehidupan masyarakat. Kaedah ini perlu dilaku seawall usia supaya kanak-kanak berupaya menguasai bahasa dan dapat berkomunikasi dalam masyarakat normal.1. All(2006). 5. 23 . Menurut Abdullah Yusoff et.

Menurut Saadiah Ahmad(2009) Kekurangan yang terdapat dalam komunikasi seluruh pula ialah Bahasa Isyarat Komunkasi Seluruh telah digunakan oleh kanak-kanak pekak di Sekolah Kanakkanak pekak pulau Pinang sejak 1954. gerak isyarat mewakili samada perkataan yang lengkap atau lebih tepat lagi. Kaedah komunikasi seluruh menggunakan kaedah isyarat. diperbualkan. Namun terdapat juga kekurangan KTBM. KTBM membantu dalam tulisan dan pertuturan bagi membantu dalam menentukan orang pekak dapat menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. Komunikasi Seluruh juga menggambarkan kaedah penggunaan pelbagai deria. 5.4. Justeru daripada itu buku “American Sign Language” digunakan. KTBM adalah satu bahagian daripada prinsip Komunikasi Seluruh. Bahasa Isyarat Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) Menurut Abdullah Yusoff (1996) KTBM adalah bahsa isyarat yang menggunakan seluruh anggota termasuk mimik muka semas berkomunikasi. Menurut Saadiah Ahmad (2009). Kementerian Pelajaran Malaysia(1985). Penurunan KTBM ini ke dalam bahasa tulisan sedikitpun tidak mengalami sebarang perbezaan dalam struktur dan semantik Bahasa Melayu. Namun.1. Guru-guru dan kanak-kanak bermasalah pendengaran perlu menguasai kod yang ditetapkan untuk mewakili kata Bahasa Melayu. KTBN adalah menurut asas-asas dan tatabahasa serta prinsip-prinsip Bahasa Melayu sebagaimana yang didengar. Komunikasi seluruh menghadapi masalah apabila terdapat perkataan yang tidak mempunyai isyarat. ditulis dan dibaca dan difahami. 24 . morfem yang merupakan bahagian-bahagian perkataan individu yang bermakna. KTBM sangat penting untuk memperkukuhkan pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. iaitu ia bukanlah sesuatu bahasa umum tetapi merupakan salah satu cara komunikasi dalam tatabahasa Bahasa Melayu yang baku.Antara kelebihan Komunikasi Seluruh menurut Raja Mariam raja Iskandar (1999). terdapat beberapa isyarat yang bertentangan dari segi agama dan budaya Malaysia tidak sesuai digunapakai maka isyarat lain yang digunakan oleh kanakkanak pekak pada ketika itu digunapakai.

1.5. Kanak-kanak juga perlu dimasukkan ke program Pendidikan Khas Bermasalah Pendengar bagi intervensi awal. guru dan kawan-kawan. memudahkan komunikasi antara dua orang pekak dan memberi pemahaman yang baik.5. Bahasa Isyarat Malaysia(BIM) BIM ialah bahasa yang tulen bagi orang pekak Malaysia. Antara kelebihan BIM ialah pelbagai aktiviti dapat dilakukan oleh orang pekak seperti berbincang berbagai isu. 6. guru-guru dan mayarakat sekeliling kanakkanak pekak amat penting bagi memastikan komunikasi yang baik dan bermakna sentiasa berlangsung bagi memastikan perkembangan diri kanak-kana kini. berinteraksi dengan keluarga. bergurau senda. Pendedahan awal amat penting bagi mendapatkan rawatan yang sepatutnya. sokongan. Manakala kekurangannya pula ialah ianya tidak mempunya tatabahasa yang lengkap seperti KTBM. Kanak-kanak ini tidak boleh dibiarkan berseorangan tanpa sesiapa di sekeliling memahaminya. 25 . diantara murid. Ini menimbulkan masalah apabila bahasa tulisan kanak-kanak pekak sukar difahami. keluarga. KESIMPULAN Dalam dunia yang serba moden ini tiada masalah akan timbul bagi kanak-kanak pendidikan khas terutamanya bagi kanak-kanak pekak. Kunci untuk menyampaikan ilmu kepada kanakkanak pekak ialah komunikasi. bapa. bimbingan dan galakan diantara ibu.0. BIM diguna dan diterimapakai oleh orang pekak secara meluas dan dibukukan oleh Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) pada tahun 2000 yang mengandungi 1000 isyarat-isyarat yang digunakan oleh orang pekak untuk tujuan komunikasi den penterjemahan . Kerjasama.

PENUTUP Messbauer. Semua pihak perlu memberi peluang kepada kanak-kanak pendidikan khas agar mereka dapat menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan Negara. Ransangan dan motivasi ketika menjalankan terapi fizikal bukan sahaja tertumpu kepada kanak-kanak tetapi juga terhadap guru dan ibubapa.0. Pagliano & Verheul (2009) berpendapat terapi adalah bertujuan meningkatkan potensi seseorang untuk memberikan tumpuan kepada kehendaknya sendiri dan melibatkan diri pada rangsangan motivasi. Berdasarkan kedua-dua model yang dibincangkan di atas terdapat perbezaan yang boleh dibuat perbandingan di antara model sosial dan model perubatan. Terapi dalam pendidikan khas merupakan aktiviti yang saling berkait dalam membentuk insani yang bersepadu dan seimbang dari aspek jasmani .7. Peranan yang penting dimainkan oleh ahli terapi bagi meningkatkan keupayaan perkembangan kognitif. rohani. dengan itu dapat meningkatkan komunikasi dan fungsi. emosi dan tingkahlaku kanak-kanak. emosi intelek dan sosial. Model perubatan menyatakan bahawa individu tersebut adalah masalah manakala model sosial pula menyatakan masyarakat adalah masalah 26 .

Kuala Lumpur : Fakulty Of Linguistic University Malaya. P. Pengenalan Pendidikan Khas : Open University Malaysia Kuala Lumpur. Safni Bari & Mohd Mokhtar Tahar (2007). & Quigley. Komunikasi Seluruh Bahasa Melayu Kod Tangan. Kementerian Pendidikan Malaysia (1997). Persekutuan Orang Pekak Malaysia (2003). Bahasa Isyarat Malaysia : Persekutuan Orang Pekak Malaysia Kuala Lumpur. Bultein Pendidikan Khas: Jabatan Pendidikan Khas. Language Disorders : A Functional Approach to Assessment and Intervention. (Unpblished M. S (1994) Language And Deafness San Diego: Singular Publishing Group. 40: 4. (1996) Pemaparan Idea Dalam Karangan: Kajian Kes Terhadap Karangan Pelajar Pekak (An Expression Of Idea In A Composition : A Case Study On A Deaf Student). Abdullah Yusoff. Jilid 1. Julia Jantan & Siti Suhaila Samian (2007).RUJUKAN Abdullah Yusoff. Perkembangan Dan Ciri-ciri Kanak-kanak Berkeperluan Khas : Open University Malaysia Kuala Lumpur. 27 . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Owen (1990). Boston :Allyn & Bacon Paul.A Tesis) Abdullah Yusof. Jurnal Dewan Bahasa. 321-336. Kementerian Pendidikan Malaysia (1985). (1997) Pembentukan Bahasa Isyarat Di Kalangan Pelajar Pekak (The Formation Of Sign Language Among Deaf Pupils).

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful