PENGENALAN Penderaan seksual mengeksploitasikan dan menjatuhkan maruah kanak-kanak, dan boleh menyebabkan rasa putus harapan

, sikap antisosial dan kelakuan yang membinasakan diri sendiri. Penderaan seksual terhadap kanak-kanak ialah penglibatan kanak-kanak dalam kegiatan seksual yang tidak difahaminya dengan baik, yang tidak dapat dipersetujuinya dengan arif, atau yang melanggar undang-undang atau kelaziman masyarakat. Penderaan seksual terhadap kanak-kanak ialah kegiatan yang bertujuan memberi kepuasan seksual kepada orang yang melakukannya. Selain dari itu, penderaan seksual merangkumi perbuatan meraba-raba kemaluan, memperkosa, merogol dan menaikkan syahwat kanak-kanak dengan meminta secara tidak berpatutan, mendedahkan bahagian tubuh yang sulit atau menunjukkan bahan-bahan lucah. Kelakuan yang tidak melibatkan sentuhan juga merupakan penderaan seksual, misalnya mengintai, mendedahkan bahagian tubuh yang sulit, dan kata-kata lucah yang diucapkan kepada kanak-kanak. Mengeksploitasikan kanak-kanak untuk tujuan pornografi, termasuklah melalui Internet, dengan itu membolehkan seseorang kanak-kanak itu digunakan oleh orang lain sebagai pelacur, dan menaikkan syahwat kanak-kanak dengan meminta secara tidak berpatutan, mendedahkan bahagian tubuh yang sulit atau menunjukkan bahan-bahan lucah juga merupakan suatu bentuk penganiayaan seksual. Kanak-kanak juga boleh didera secara seksual oleh orang dewasa, ataupun oleh kanak-kanak lain yang diberi tanggungjawab atau kuasa terhadap mangsa tersebut, atau yang dipercayainya. Akta yang terlibat dalam penderaan seksual ini ialah Seksyen 17(2)(c), Bab 1 – Bahagian V Akta Kanak-kanak 2001 Malaysia menyatakan bahawa seseorang kanak-kanak itu didera secara seksual jika dia telah menyertai, sama ada sebagai pelaku ataupun pemerhati, apa-apa kegiatan yang bersifat seksual untuk tujuan: i. Menghasilkan bahan, gambar, rakaman, filem, pita video atau pertunjukan yang bersifat pornografi, lucah atau tidak senonoh. ii. Eksploitasi seksual oleh sesiapa pun demi memberi nikmat seksual kepada orang lain.”

1

Aspek ekonomi memang penting untuk mewujudkan keluarga yang sempurna. ilmu agama amat penting di dalam rumah tangga kerana ia boleh memberi panduan yang terbaik dalam menguruskan keluarga. Kasih sayang yang utuh dan prihatin menggunung sekalipun tidak akan berkekalan tanpa wang tekanan. Faktor lain yang menjadi punca penderaan kanak-kanak adalah kerana masalah ekonomi yang dihadapi oleh sesebuah keluarga itu. Sebagaimana yang kita sedia maklum. Tabiat anak-anak yang masih kecil memang suka merengek kerana mereka perlukan perhatian daripada ibu bapa. Ibu bapa sering melepaskan tekanan tersebut dengan memukul atau menyakiti anak-anak tersebut. Sepatutnya ibu bapa tersebut perlulah berfikir cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut bukannya dengan melepaskan tekanan. krisis rumah tangga yang berlaku seperti pergaduhan antara suami isteri dan mungkin disebabkan gangguan pihak luar juga penyumbang kepada peningkatan kes penderaan ini. faktor paling utama berlakunya masalah penderaan anak-anak ini ialah ibu bapa yang kurangnya pendidikan agama. Mereka mudah hilang pertimbangan kerana tidak memikirkan dosa dan pahala bahkan mereka merasakan penderaan bukan satu kesalahan. Keadaan sebegini amat menyedihkan kerana anak-anak tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu pada usia mereka yang masih memerlukan kasih sayang dan perlindungan. Selain itu. Selain itu.FAKTOR-FAKTOR PENDERAAN SEKSUAL Terdapat banyak faktor berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanak ini. Setiap masalah yang berlaku pasti ada penyelesaiannya. Antaranya ialah. mencucuk putung rokok dan sebagainya. Masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah dan mereka melepaskan tekanan tersebut kepada anak. Hasilnya pergaduhan antara suami isteri sering berlaku dan anak-anak pastinya menjadi mangsa pergaduhan. Masalah ekonomi menyebabkan mereka bertindak ganas terhadap anak-anak. Ramai ibu bapa menjadi kurang waras akibat dari tekanan ekonimi ini. Tindakan ibu bapa yang melepaskan geram dan tekanan mereka kepada anak-anak tersebut adalah merupakan satu tindakan yang tidak masuk akal. Contohnya. 2 .anak yang tidak berdosa. tekanan di tempat kerja bagi ibu bapa yang bekerja serta beban kerja mereka. suami akan menjadi lebih garang dan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga kerana mempunyai kekasih baru. Ibu bapa yang tidak berfikiran matang ini mungkin akan memukul menerajang.

Insiden penderaan kanak-kanak ini telah berlaku dengan melibatkan kes-kes yang sangat menyayat hati. Tanjung Kupang. 2001 (150). saudara-mara. Khadijah Alavi (2005) dalam artikel "Memahami penderaan kanak-kanak ke arah pemantapan Akta Kanak-kanak 2001" memberikan beberapa faktor yang mempengaruhi kes ini. Beliau dipercayai dirogol dan dibunuh di Kampung Ratau. Menggatal. Pada Januari 2004. 3 . Sabah. memaksa kanak-kanak bawah umur bekerja. seorang lagi kanak-kanak. memperkosa. Pendera juga tidak dihadkan kepada ibu bapa malah penjaga. Kuala Lumpur dari tahun 2000 hingga Ogos 2006 menunjukkan kes-kes yang dilaporkan tidak tinggi tetapi memperlihatkan aliran yang semakin meningkat. Dari tahun 2000 hingga Ogos 2006. 10 tahun ditemui mati ketika dalam perjalanan ke sekolah. Amat menarik bagi kita untuk mengenal profil pelaku yang kerap dikaitkan dengan penderaan kanak-kanak ini. Nurul Huda Abdul Ghani ditemui dalam keadaan lemah selepas dicekik. ia melibatkan 146 kes. Gelang Patah. dirogol dan diliwat di sebuah pondok keselamatan stesen janakuasa TNB di Kampung Rekajang. Masyarakat Malaysia pada hari ini sedang berhadapan dengan perlakuan penderaan yang semakin meningkat. Sehingga Ogos 2006. 2002 (123) dan bilangan kes menurun kepada 119 pada tahun 2003. membenarkan mereka mengemis dan mendedahkannya kepada bahaya moral. Kes yang dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia. bilangan kes yang dilaporkan adalah turun-naik dan bergantung kepada pelbagai sebab tetapi beban yang ditanggung oleh mangsa adalah lebih membebankan. penyakit atau kecederaan yang disengajakan. Johor. Bagaimanapun. pembantu rumah. Selepas itu. Bukit Aman. bilangan tersebut meningkat pada tahun 2004 dengan 148 kes seterusnya menokok kepada 189 pada tahun 2005. jiran atau guru juga boleh disabitkan dengan penderaan. Penderaan sahaja boleh ditafsirkan sebagai mencederakan tubuh kanak-kanak. Kanak-kanak yang berumur 6 hingga 17 tahun terdedah kepada pelbagai bentuk penganiayaan khususnya emosi dan mental. Ramai pengkaji melihat tingkah laku mendera kanak-kanak adalah rumit dan kompleks kerana sukar untuk diberi klasifikasi. Adakah ia perlu diletakkan di bawah kemalangan. Kota Kinabalu. Tahun 2000. sebanyak 108 telah dilaporkan. Harirawati Saridi.

c) ibu bapa remaja dan muda yang mempunyai anak kecil berisiko dalam kes penderaan. 2. bapa dan bapa tiri lebih kerap iaitu 51. b) pendedahan kepada perselisihan faham ketika awal perkahwinan. Di antara ibu dan bapa. pakcik dan sebagainya. Ada kaitan yang agak kuat di antara hubungan pelaku dengan bentuk penderaan khususnya penderaan fizikal. abang. didapati ibu lebih banyak dikaitkan dengan penderaan ini kerana mereka yang menjaga dan mendisiplin kanakkanak. dan d) aliran yang meningkat mungkin menjadi amalan baru di dalam masyarakat hari ini. 4. Keadaan mereka yang sukar mendapat pekerjaan atau pendapatan yang kurang berbanding keperluan membesarkan anak-anak memberi tekanan bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Pelaku yang berpendidikan tinggi tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta kerana mereka mampu membayarnya. Taraf perkahwinan pelaku Ditemui bahawa penderaan lebih kerap ketika ibu bapa mangsa berada dalam proses penceraian kerana mencari tempat untuk meluahkan rasa marah. kecewa dan membalas dendam. Taraf pendidikan pelaku Lelaki yang berpendidikan menengah lebih kerap mendera kerana tekanan perasaan lebih tinggi di kalangan lepasan sekolah. Antara faktor yang menyumbang kepada tingkah laku ini ialah: a) kadar yang tinggi ini mungkin kerana generasi muda lebih mudah melakukan kekerasan. Umur pelaku Kajian di Barat menunjukkan bahawa lebih 62 peratus pelaku berumur 30 tahun ke bawah. Hubungan pelaku dengan persekitaran Hubungan pelaku dengan mangsa penderaan adalah merangkumi hubungan ibu bapa. 3. Manakala bagi penderaan seksual. 4 . Malahan tindakan mereka lebih lima kali ganda berbanding pelaku umur 31 hingga 50 tahun. Justeru kanak-kanak berada di dalam konflik yang sangat sukar dalam hidup mereka.5 peratus.1.

Jenis rumah kediaman Penderaan lebih kerap di kawasan setinggan dan rumah panjang. tolong-menolong dan bekerjasama dapat menjadikan hubungan sesama kelompok sosial lebih kuat dan kukuh. 7. Jika ada kerja pun. Di sini anak-anaklah yang menjadi mangsa. 8. Jenis pekerjaan pelaku Pengangguran merupakan masalah kepada keluarga muda. 6. Jaringan sosial Jiran dan saudara-mara adalah contoh jaringan sosial yang wujud di dalam masyarakat. Bagaimanapun kehidupan di bandar yang lebih terbuka menjadikan keluarga asas adalah pilihan terbaik. Kehidupan di bandar-bandar besar dengan pendapatan yang kecil menyukarkan ibu bapa untuk membesarkan anak-anak mereka.5. nenek. tekanan di tempat kerja turut menjadi faktor kepada penderaan ini. Ini kerana setiap hari mereka terpaksa memikirkan bagaimana harus mencari pendapatan untuk diberi kepada keluarga. Tekanan hidup tanpa ada kerja menjadikan fikiran bercelaru dan perlu melepaskan kecelaruan tersebut kepada seseorang. Kadangkala penghuni rumah setinggan terpaksa berkongsi kawasan bilik mandi yang terdedah kepada intipan dan pihak yang mengambil kesempatan. pakcik atau makcik yang ada hubungan dengan mereka. 5 . keadaan rumah yang terlalu rapat dan jalan yang sempit menyebabkan seorang kanak-kanak boleh didera secara seksual. Jumlah pendapatan pelaku Golongan yang tinggi melakukan penderaan ialah dalam kategori status sosioekonomi rendah iaitu di antara RM350 hingga RM750. Kekerapan kunjung-mengunjung. Di kawasan setinggan umpamanya. Bagaimanapun dengan keluarga asas ini kanak-kanak tidak lagi kenal datuk.

kemurungan. Tanda-tanda amaran bahawa seseorang itu melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak ialah asyik bercakap tentang kegiatan seksual kanak-kanak atau anak remaja. melakukan perbuatan yang membinasakan dirinya sendiri. rasuah. putus harapan. Tanda-tanda lain yang perlu diperhatikan pada orang yang mungkin akan melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak ialah meminta pasangannya yang dewasa untuk berpakaian ataupun berkelakuan seperti kanak-kanak semasa melakukan kegiatan seksual. menyalahkan dirinya sendiri. dan menggunakan istilah pasar yang bersifat seksual untuk merujuk kepada kanak-kanak.SIFAT-SIFAT PENDERAAN Penderaan seksual berlaku dalam kalangan setiap masyarakat. ugutan. terlalu banyak masa dihabiskan dengan kanak-kanak atau remaja dan bukannya dengan orang dewasa yang lain. Antara akibat jangka panjang penderaan seksual ialah tanggapan kronik oleh mangsa bahawa dirinya tidak berupaya. 6 . dan di semua kawasan bandar dan luar bandar. Penderaan seksual berlaku pada segenap peringkat sosioekonomi dan pendidikan. dalam kalangan semua kumpulan bangsa dan budaya. misalnya kesukaran menjalinkan hubungan yang rapat dan stabil pada peringkat hidup yang kemudian. menonton bahan pornografi kanak-kanak. tekanan. dan harga diri yang rendah. sukar mempercayai orang lain. suka menggalakkan kanak-kanak menceritakan rahsia mereka. Penderaan mungkin akan menggunakan helah. bercakap tentang fantasi seksual dengan kanak-kanak. KESAN KEPADA KANAK-KANAK Penderaan seksual boleh meninggalkan kesan emosi yang buruk dan berpanjangan. Kaji selidik peringkat antarabangsa menunjukkan bahawa penderaan seksual yang berlaku berulang kali akan menyebabkan perubahan fizikal yang boleh akhirnya mengakibatkan salah guna dadah dan arak pada peringkat hidup yang kemudian. terlalu kerap melancap. atau paksaan untuk memujuk seseorang kanak-kanak itu menyertai kegiatan seksual. Kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan seksual boleh menjadi hamil dan/atau mendapat penyakit kelamin seperti HIV.

kencing semasa tidur. tiba-tiba berasa takut keluar dengan seseorang ataupun takut berada bersama-sama orang itu. menunjukkan kelakuan seksual yang melampau ataupun yang tidak bersesuaian dengan usianya (biasanya pada kanak-kanak kecil yang belum mencapai usia baligh). bertukar perangai menjadi takut dan suka berkepit (pada kanak-kanak kecil). bahagian kemaluan yang merah-merah. perubahan selera makan yang berlaku secara tiba-tiba dan perubahan berat badan (bertambah ataupun menyusut) yang mendadak. tidak bertutur dengan betul (pada kanak-kanak kecil). kotor atau berkesan darah. takut akan orang dewasa sesuatu jantina. bengkak atau gatal. kerap mengalami jangkitan salur kencing dan/atau rasa sakit pada bahagian abdomen. sukar berjalan atau duduk. tiba-tiba berubah sikap dan kelakuan. berasa terancam oleh sentuhan fizikal atau oleh jarak yang dekat dengan orang lain. cuba lari dari rumah (terutamanya anak remaja). berkelakuan sembarangan (terutamanya anak remaja). kelakuan dan emosi. 7 . menunjukkan kelakuan yang sepatutnya tidak ada lagi pada kanak-kanak usia itu. misalnya menghisap ibu jari. Tanda-tanda fizikal ialah pakaian dalam yang koyak. mengalami kemurungan dan kegelisahan.TANDA & SIMPTOM Tanda-tanda fizikal penderaan seksual selalunya tidak kelihatan kerana kebanyakan penderaan akan mengelakkan berlakunya kecederaan fizikal terhadap mangsanya supaya dia boleh melakukan penderaan itu lagi selepas beberapa lama. menampakkan tanda-tanda ingin bunuh diri (terutamanya anak remaja). mengatakan sesuatu yang menunjukkan tahap pengetahuan seksual yang tidak bersesuaian dengan usianya (biasanya pada kanak-kanak kecil yang belum mencapai usia baligh).

Masyarakat boleh melaporkan kepada pihak berkuasa jika terlihat kes-kes penderaan berlaku di persekitaraan mereka. Kesedaran dapat mewujudkan masyarakat penyayang. Dengan itu.CARA MENGATASI Masalah penderaan kanak-kanak ini perlulah diatasi dengan segera. 8 . dengan adanya kempen ini sedikit sebanyak boleh mengelakkan daripada berlakunya kes penderaan anak-anak. Semestinya setiap orang mengimpikan keluarga yang bahagia kerana keluarga adalah segala-galanya bagi kita. Pihak yang berkuasa juga haruslah mengambil tindakan yang lebih tegas seperti mengenakan hukuman yang berat bagi ibu bapa atau sesiapa sahaja yang mendera kanakkanak. Mereka akan lebih jelas tentang cara-cara untuk mendidik anak-anak dan kaedah untuk melayan suami atau isteri dengan baik. Pihak-pihak yang berwajib juga perlulah mengadakan kelas-kelas bimbingan bagi memberikan pendidikan keibubapaan kepada setiap pasangan yang akan mendirikan rumah tangga. masalah penderaan kanak-kanak akan dapat diatasi. Antara cara untuk mengatasinya adalah dengan mengadakan kempen “Keluarga Bahagia” bagi menyedarkan ibu bapa tentang tanggungjawab mereka. Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang boleh menyebabkan penderapendera berasa takut akan hukuman yang bakal mereka hadapi akibat perbuatan sendiri yang tidak berperikemanusiaan. Tanpa keluarga tercinta hidup pasti tidak bermakna. Jadi. Pendidikan ini amat penting kepada setiap pasangan bagi menyedarkan mereka akan tanggungjawab yang besar harus dipikul setelah berumah tangga. Sesungguhnya kita memerlukan insan-insan tersayang di samping kita.

Sehubungan dengan itu. Keadaan ini menunjukkan bilangan kes penderaan kanak-kanak di sekitar Lembah Klang sentiasa meningkat. Dari segi kaum. seksual 230 kes (kebanyakannya melibatkan kanak-kanak perempuan) sementara emosi. Paling banyak kes (56 peratus daripada keseluruhan 2. dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 79 kes. Semua statistik ini ialah kes-kes yang dilaporkan tetapi saya percaya kes yang dilapor ini hanya mewakili dua peratus daripada kes yang berlaku di luar sana. seksual dan emosi. Di sebalik peningkatan kes. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berada di tangga kedua dengan 595 kes pada 2008 dan 444 kes pada 2007.279 (2007) kepada 2. Peningkatan ini berlaku ekoran daripada tekanan hidup yang tinggi dan tambahan jumlah penduduknya besar. kes penderaan kanak-kanak meningkat 501 kes atau 21 peratus daripada 2. masyarakat negara ini perlu meningkatkan peranan mereka kerana kebajikan kanak-kanak adalah tanggung jawab bersama.780 (2008) kes. Kes penderaan kanak-kanak semakin meningkat setiap tahun. Masih ada 98 peratus kes yang tidak dilaporkan. Jumlah kes yang dicatat di Selangor untuk 2008 ialah 949 kes berbanding 816 kes pada 2007. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan merekodkan sebanyak 819 kes penderaan kanak-kanak di seluruh Negara. Selain itu. 16 kes. Negeri yang paling banyak mencatat kes penderaan pula ialah negeri Selangor dengan 320 kes. Secara umum pada 2008. JKM percaya masih banyak kes penderaan kanak-kanak yang tidak dilaporkan. kes penderaan fizikal yang direkod ialah 523. Bentuk penderaan yang lazim berlaku pula ialah deraan fizikal. 9 .STATISTIK PENDERAAN KANAK-KANAK Berdasarkan kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Secara keseluruhannya di seluruh negara merekodkan sebanyak 2. Bagi tempoh Januari hingga April 2009. 549 kes melibatkan kanak-kanak perempuan sementara bakinya 270 kes pula kanak-kanak lelaki.780 kes) berlaku di kawasan padat penduduk iaitu Lembah Klang (949 kes di Selangor dan 595 kes di Wilayah Persekutuan).780 kes penderaan pada 2008 berbanding 2. Bagi tempoh Januari hingga April 2009.279 kes pada 2007. didikuti Perak dengan 91 kes. statistik perbandingan pada tahun 2008 dan 2007 turut menunjukkan Selangor sebagai negeri yang paling banyak mempunyai kes penderaan kanak-kanak. Daripada perangkaan itu. beliau menyatakan bahawa sebahagian besar kes penderaan yang dilaporkan kepada JKM berlaku dalam kalangan kaum Melayu.

kekasih kanak-kanak juga adalah pendera yang agak signifikan sebanyak 378 kes. diikuti kanak-kanak India (441 kes) dan kanak-kanak (Cina 299 kes). komuniti dan masyarakat.2 kes pembuangan bayi setiap minggu atau 4. Kebanyakan kanak-kanak perempuan yang didera ialah dalam lingkungan umur 7 hingga 12 tahun (345 kes) dan bawah 3 tahun (276 kes).6 peratus berbanding pelaku yang lain. diharapkan strategi menangani isu sosial ini akan menjadi lebih berkesan.6 peratus) kanak-kanak yang didera ialah kanak-kanak perempuan (1. Merujuk kepada kes penderaan 2008. dan penderaan fizikal (733 kes). Selain itu. Kebanyakan kanak-kanak lelaki yang didera pula ialah sekitar umur 13n hingga 18 tahun (866 kes) dan 7-12 tahun (411 kes). Ibu (772 kes) dan bapa (494 kes) adalah pendera paling ramai iaitu 45. Kadar ini bersamaan 1. manakala amat ketara 95 peratus kanak-kanak perempuan adalah mangsa kepada penderaan seksual (698 kes berbanding 35 kes).795 kes) berbanding kanak-kanak lelaki (985 kes). data memperlihatkan orang yang paling hampir dengan mangsa adalah pendera yang berpotensi. Maklumat ini amat penting untuk kita mengenal pasti tempat paling sering wujudnya kes penderaan. Lebih 70 peratus daripada kanak-kanak yang didera adalah berketurunan Melayu (1962 kes). Pendera atau orang yang bertanggungjawab ke atas jenayah dera ini amat penting untuk diketahui.8 kes bayi dibuang setiap bulan. keluarga. Atas kefahaman ini. 10 . Lebih ramai kanakkanak lelaki yang didera secara fizikal. Kes pembuangan bayi bagi 2008 pula menurun lima kes kepada 58 berbanding 63 pada 2007. Hampir dua pertiga (64. bermakna dan berbaloi. sudah pasti pakar perawat sosial akan mampu untuk meneroka senario kes dengan lebih meluas dan mendalam serta mampu mencari perhubungan makna antara pelbagai angkubah individu. Dengan memahami profil dan „baseline‟ kes berkaitan penderaan kanak-kanak ini.Jenis penderaan paling banyak ialah penderaan seksual (863 kes). diikuti kes pengabaian kanak-kanak (833 kes). Sesungguhnya kita semua mampu untuk membantu pelbagai pihak dalam menangani gejala sosial yang boleh dikawal jika kita dapat melakukannya secara bersama.

Setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agama. Sebagai pendidik yang bersama-sama para pelajar hampir 30 hingga 40 jam seminggu. Penderaan seksual merupakan isu sejagat dan memerlukan tindakan segera semua pihak. 11 . pembangunan insan dan pembangunan fizikal. Selaras dengan saranan kerajaan melalui Islam Hadhari. sayangilah anak-anak dan jauhilah kes penderaan kanak-kanak kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak. jenayah penderaan perlu dibanteras dengan berkesan. mangsa perlu dikenal pasti dan diberi rawatan sesuai supaya trauma dialami mangsa tidak berpanjangan hingga mengganggu kefungsian hidup.Bukan dengan cara mendera atau menghukum mereka. isu ini perlu ditangani segera. Kerjasama daripada semua pihak amat penting untuk membendung gejala ini daripada berleluasa. Proses mengenal pasti mangsa di dalam kelas melalui beberapa indikator tingkah laku yang ditunjukkan mangsa dapat membantu proses rawatan dan bantuan segera. Isu ini tidak boleh dipandang remeh dan hanya beranggapan bahawa hanya individu tertentu terlibat sebagai mangsa. Ibu bapa janganlah bersikap bengis terhadap anak-anak. Jadi.Kegembilangan Malaysia di mata dunia tidak akan bermakna jika terdapat sebilangan masyarakat yang masih mengalami kepedihan dan kesengsaraan. setiap masyarakat perlu meningkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu. Hanya pengenalpastian segera dan tindakan drastik yang berkesan mampu membantu sumber manusia pulih seperti sedia kala.sebaliknya pupuklah semangat ingin maju dalam diri anak-anak dengan cara psikologi.KESIMPULAN Kesimpulannya. tugas mereka sangat penting. Sehubungan dengan itu. fahaman. bangsa dan budaya perlu membantu menangani isu penderaan seksual.

Dalam artikel "Memahami penderaan kanak-kanak ke arah pemantapan Akta Kanak-kanak 2001" 12 .html Dr Mohamed Fadzil Che Din (2010). Diperoleh daripada http://surayamohdsw.my/agc-blog/?p=1135. Statistik Penderaan Kanak-Kanak 2002-2006.utusan.RUJUKAN Internet Akmalhana Bt Mohammed (2011).Masyarakat perlu bertindak.blogspot.bharian.com.asp?y=2005&dt=1201&pub=Utusan_ Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_02.gov. Diperoleh daripadahttp://ww1.htm Artikel Khadijah Alavi (2005). Penderaan seksual .com/2009/09/statistik-penderaan-kanak-kanak2002. Penderaan kanak-kanak. Diperoleh daripada http://www.my/utusan/info.com.my/bharian/articles/Memahamiprofilpenderakanakkanak/Article/ ZABRY MOHAMD (2005). Mohd Suraya 2009. Diperoleh daripada http://agc-blog. Memahami profil pendera kanak-kanak.agc.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful