PKU3111 ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN

1.0 Pengenalan Peranan pendidikan tidak dapat dinafikan kepentingannya dalam kehidupan setiap insan. Tanpa ilmu, ibarat layang – layang yang terputus talinya, tanpa haluan dan membawa diri ke mana arah angin membawanya. Apabila menyentuh mengenai pendidikan, persoalan mengenai pendidikan khas turut tidak dikecualikan. Keprihatinan masyarakat terhadap bidang pendidikan khas kian terserlah. Hal ini melibatkan kerjasama semua pihak kerana perjuangan dalam bidang ini tidak akan pernah selesai tanpa komitmen semua. Ilmu dan kemahiran diperlukan, terutamanya bagi golongan pendidik supaya dapat membantu mengenal pasti murid – murid bermasalah pembelajaran mendapat pendidikan yang sewajarnya. Menurut Kirk et.al. (1989), kanak-kanak hanya dianggap sebagai kanak-kanak khas apabila terdapat keperluan bagi mengubahsuai program pendidikan. Pengetahuan

mengenai pelbagai isu dan trenda dalam pendidikan khas membantu kita untuk membuka mata dan menyegarkan minda dalam memberikan tumpuan terhadap dunia Pendidikan Khas yang penuh dengan warna – warni ini.

2.0 Pembelajaran dan Masalah Pembelajaran Pembelajaran merupakan satu proses penerimaan oleh seseorang murid

atas sesuatu maklumat atau pengetahuan yang mengakibatkan perubahan tingkah laku yang positif dan agresif (Tuan Jah, 2011). Mohd Sharani (2004) pula mendefinisikan pembelajaran sebagai satu proses yang dimulai dengan penanggapan rangsangan yang diterima oleh pancaindera dan diproses serta disimpan sebagai pengalaman. Masalah pembelajaran pula merujuk kepada murid berkeperluan khas yang mempunyai masalah neurologikal hingga menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa, pertuturan, penulisan, berfikir, membaca, menulis, mengeja, dan konsep
1

Matematik. Mereka memerlukan bimbingan intensif bagi menguasai kemahiran – kemahiran tertentu, terutamanya kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira). Istilah masalah pembelajaran mula digunakan dalam tahun 1980-an bagi menggantikan istilah „cacat akal‟. Penggunaan istilah ini diperkenalkan melalui Laporan Warnock bagi merujuk kepada kanak – kanak dengan keperluan khas. Istilah learning disability dan learning difficulty sering digunakan bagi menjelaskan orang yang mempunyai tahap fungsi intelek yang terhad dan sedang berkembang, ataupun berkembang dalam tahap yang lambat berbanding kebanyakan orang lain (Thomas, 1996). Rajah 1.0 menerangkan secara ringkas beberapa punca masalah pembelajaran dalam kalangan kanak – kanak.

kecacatan otak

keturunan (baka)

pemakanan

sinar x

kemalangan

persekitaran

biokimia

umur ibu

Rajah 1.0 Punca Masalah Pembelajaran
2

1 pula menunjukkan aspek – aspek yang bakal dibincangkan mengenai isu dan trenda dalam pendidikan khas masalah pembelajaran ini. ISU DAN TRENDA DALAM PENDIDIKAN KHAS Profesionalisme Guru Pendidikan Khas Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Khas Isu Sistem Sosial Berkaitan Pendidikan Khas Isu – Isu Lain yang Berkaitan Pendidikan Khas Rajah 1.1 Aspek – aspek Isu dan Trenda Pendidikan Khas 3 .Rajah 1.

3.2 di bawah). dan sokongan pengurusan sekolah (rujuk Rajah 1.2 Peningkatan 3. Menurut Kamus Dewan (1994). cara pelaksanaan sesuatu dan lain – lain sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada atau dilakukan oleh seorang profesional. Aspek yang pertama ini boleh dibahagikan kepada skop yang lebih meluas iaitu dari segi keperluan guru.0 Profesionalisme Guru Pendidikan Khas Profesionalisme guru pendidikan khas merupakan salah satu aspek yang terdapat dalam isu dan trenda pendidikan khas masalah pembelajaran.3 Sokongan Pengurusan Sekolah Kerjasama Kenaikan pangkat Guru profesionalisme Kelayakan guru Kursus Dalam Perkhidmatan Motivasi guru Pendidikan Jarak Jauh Ketrampilan guru Kebajikan Latihan guru asas Kajian Berasaskan Bilik Darjah Kerja Berpasukan Penghargaan dan pengiktirafan Rajah 1. profesionalisme membawa maksud sifat – sifat iaitu merangkumi kemampuan. peningkatan profesionalisme.1 Keperluan 3.2 Skop – Skop Profesionalisme Guru Pendidikan Khas 4 . PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN KHAS 3. kemahiran.

Motivasi boleh dibahagikan kepada dua iaitu motivasi intrinsik (didorong oleh faktor kepuasan dan ingin tahu) dan ekstrinsik (direka cipta oleh faktor luaran seperti untuk mendapatkan ganjaran).1 Keperluan Guru Tugas seorang guru bukanlah mudah. Seterusnya ialah ketrampilan guru. 2007). motivasi merupakan keadaan dalaman yang merangsang. Keterampilan boleh didefinisikan sebagai kemahiran kecekapan dan pengetahuan menggunakan tenaga dalam bidang teknikal yang melibatkan operasi kognitif. Antara jenis – jenis kelayakan guru adalah seperti Diploma Khas Pendidikan /pemulihan Khas (KDPSijil Perguruan Khas Pendidikan Pemulihan Khas (KSPK). iaitu pekerjaan yang memerlukan latihan dan pendidikan yang mendalam (Nur Haini & Nur Zaiah.al. psikolotor dan penggunaan sumber yang berkesan (Ahmad. Kita akan berhadapan dengan kanak – kanak istimewa yang pelbagai ragam dan karenah. memenuhi keperluan murid. 1997.3. cuma yang membezakan ialah mereka diperlukan untuk menjalani latihan yang khusus supaya mempunyai kemahiran dalam menangani insan – insan istimewa ini. mengarah. Guru juga memerlukan motivasi. Guru pendidikan khas yang memiliki motivasi akan melakukan tindakan seperti menetapkan matlamat. Zamri. serta perlu diberikan perhatian yang sewajarnya agar mereka mendapat akses dan menikmati pendidikan yang sama dengan kanak – kanak biasa. keterampilan bermaksud kemahiran. memberi kata – kata perangsang. kecekapan dan 5 . guru pendidikan khas adalah seperti guru – guru pendidikan lain. Menurut Noriati et. Sijil Kursus Dalam Cuti (KDC) Pemulihan/Pendidikan Khas. terutamanya guru pendidikan khas. Dalam hal ini. kelulusan ikhtisas diperlukan. dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas di Institut Pendidikan Guru. dan mengekalkan tingkah laku serta penggerak dari dalam hati seseorang untuk melakukan sesuatu tindakan demi mencapai matlamat. Sijil Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) Pemulihan/Pendidikan Khas. dan mempelbagaikan strategi pengajaran bersesuaian dengan keperluan murid. (2009). Dari segi kelayakan guru. 2011). Dalam konteks pendidikan khas.

Secara keseluruhannya. Hal ini tidak menjadi permasalahan jika guru tersebut dihantar untuk mengikuti kursus – kursus berkaitan pendidikan khas atau memiliki kelayakan ikhtisas supaya tahu apa keperluan murid yang pelbagai. Dari segi latihan guru asas pula. Kursus diploma perguruan khas (KDPK). dan latiham mengajar (praktikum) diadakan bagi menyediakan guru pendidikan khas yang memiliki ilmu dan kemahiran yang bersesuaian bagi menangani murid bermasalah pembelajaran secara berkesan. Sering kali kita dengar isu bahawa ada guru di kelas perdana yang diserap ke pendidikan khas tanpa latihan asas. Seorang guru yang berketrampilan memiliki ciri – ciri seperti menguasai kemahiran mengasuh. Nurna (2011) mendefinisikannya sebagai program mengenal pasti latihan yang mencukupi dalam bidang yang diceburi.3% sahaja guru yang terlibat dalam kajian ini memiliki bidang pengkhususan masalah pembelajaran. Kursus Dalam Cuti (KDC). Pelbagai latihan asas seperti amali. bermotivasi tinggi dan kreatif. 86. Antara ketrampilan guru yang lain adalah merangkumi ciri keperibadian (etika berpakaian dan sikap). pengalaman berasaskan sekolah. memiliki pengalaman. dan Program khas pensiswazahan guru sekolah rendah (PGSR). Terdapat kajian yang dilakukan oleh Aliza Alias dan Mohd. ketrampilan mengadakan variasi pembelajaran dan ketrampilan pengelolaan kelas. membimbing dan mendidik. Kursus perguruan lepasan ijazah (KPLI).7& guru yang mengajar dalam program ini adalah tidak terlatih dalam mengajar kanak – kanak masalah pembelajaran”. Dalam hal ini. Bahagian Pendidikan Guru dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia telah menawarkan pelbagai program seperti Kursus diploma perguruan malaysia (KDP). Mokhtar tahar dari Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia yang dinyatakan melalui petikan Utusan Malaysia (2007) bahawa : “ Hanya 13. teori. mempunyai kemahiran dan teknik pengajaran yang baik serta mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. ketrampilan mengajar (komunikasi dua hala).pengetahuan dalam menyampaikan kemahiran kepada golongan murid berkeperluan khas. Tanpa latihan asas dan pengetahuan 6 .

guru boleh meningkatkan taraf pendidikan ke arah yang lebih tinggi. 7 . televisyen tempatan atau televisyen satelit. Pendidikan Jarak Jauh.2 Peningkatan Profesionalisme Bagi memartabatkan profesion perguruan. iaitu: a) Dengan penggunaan pelbagai jenis alat penghantaran seperti radio. tidak mustahil akan timbul masalah dari segi pengurusan murid. b) Pengedaran bahan pelajaran dalam bentuk bercetak. Bagi Pendidikan Jarak Jauh. Dengan perkembangan kegunaan komputer yang semakin canggih. Kursus Dalam Perkhidmatan menyediakan latihan kepada guru-guru yang sedang berkhidmat di sekolah rendah dan menengah. Bahagian Pendidikan Guru telah menyediakan pelbagai program berkaitan pendidikan khas seperti Kursus Dalam Perkhidmatan. Melaluinya. Kekurangan ilmu dan kurangnya latihan pedagogi untuk mengajar murid berkeprluan khas akan mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan ibu bapa yang terdiri daripada golongan berpendidikan. Sebagai contoh ialah kursus pendek 14 minggu kelolaan Institut Pendidikan Guru (IPG) malaysia. Program ini bermatlamat kepada peningkatan pengetahuan dan profesionalisme keguruan di kalangan guru seiring dengan perkembangan pendidikan global. guru dapat menyampaikan pelajaran tanpa bersemuka dengan pelajarnya. pelajar boleh dilatih melalui program CAL (Computer Assisted Learning) di rumahnya. program ini memberi manfaat kepada guru yang ingin menyambung pelajaran tetapi tidak menjejaskan masa kerjaya masing – masing serta komitmen sedia ada. rakaman pita. Kursus yang ditawarkan termasuk program ijazah dan pasca ijazah. Pendidikan Jarak jauh ini biasanya dikendalikan dengan dua cara. rakaman video atau menyediakan program dalam disket komputer ke pusat sumber untuk dipinjam oleh pelajar.mengenai pendidikan khas. dan Kajian Berasaskan Bilik Darjah. 3.

8 . Dari segi kenaikan pangkat. pihak pentadbir.Kajian Berasaskan Bilik Darjah pula melibatkan penyelidikan. Sebagai contoh. Oleh itu. Isu mengenai penghargaan dan pengiktirafan turut wujud apabila ada guru besar yang jarang untuk mencalonkan guru pendidikan khas sebagai calon cemerlang apabila dianggap tidak memberi banyak sumbangan kepada sekolah. 3. pengurusan bahagian pendidikan khas tidak dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. atau teori untuk membuat ramalan dan akhirnya kawalan terhadap peristiwa yang berlaku. dan rakan sejawat.3 Sokongan Pengurusan Sekolah Pihak pengurusan sekolah merupakan tunjang kepada kejayaan dan keberkesanan sesebuah organisasi. Kerjasama berkaitan hal pengurusan dan pentadbiran pendidikan khas antara guru pendidikan khas. Guevena (2012) menyatakan bahawa ianya merupakan sesuatu yang melibatkan analisis yang sistematik dan objektif serta catatan pemerhatian yang boleh membawa kepada perkembangan generalisasi. prinsip. terdapat isu bahawa Guru Besar atau Pengetua yang tidak faham syarat-syarat kenaikan pangkat ini sebagaimana yang telah diedarkan oleh Kementerian sehingga menyebabkan terdapat calon-calon tercicir dalam urusan ini seperti mana yang dimaklumkan oleh kesatuan. Pengurusan permohonan barang keperluan buat kelas pendidikan khas pula adakalanya mengambil tempoh masa yang lama. guru pelatih di Insitut Pendidikan Guru yang berada di semester akhir akan melaksanakan kajian tindakan seperti ini yang dikenali sebagai “Action Research”. Antara isu yang melibatkan kerjasama ialah seperti Terdapat pihak pengurusan sekolah yang tidak memahami tugas guru pendidikan khas dengan sebaiknya dan memberikan tugas-tugas lain kepada guru pendidikan khas. Penghargaan pula tidak diberikan kerana menganggap guru pendidikan khas sudah memiliki elaun khas berbanding guru di aliran perdana.

Melaluinya. Menurut Jamila (2006). terdapat ketidakseragaman antara kolaborasi guru pendidikan khas dengan guru perdana. guru aliran perdana tidak mahu turun padang untuk membantu dalam kerja – kerja yang berkaitan kerana menganggap bahawa mereka berada di aliran yang berbeza. Setelah itu. Penggunaan senarai semak juga boleh membantu bergantung kepada permasalahan murid (Rujuk LAMPIRAN A untuk melihat contoh senarai semak murid khas). Sebagai contoh jika terdapat penganjuran aktiviti – aktiviti oleh guru pendidikan khas. Mengajar kanak – kanak khas bukanlah mudah tetapi boleh menjadi menyeronokkan jika bersesuaian dengan strategi yang digunakan. Ada yang beranggapan guru pendidikan khas mempunyai peruntukan tersendiri dan sukar mendapat bantuan bahan bantu belajar dan sebagainya atas alasan telah diberi elaun khas. Perkara yang penting bagi permulaan pengajaran ialah membuat ujian diagnostik. Melalui RPI. Meskipun mereka murid pendidikan khas. guru dapat mengesan tahap kebolehan murid bagi membuat tindakan susulan dan penempatan kelas. Hal kebajikan pula berkaitan dengan penyediaan prasarana. Terdapat kelas yang kurang kondusif dan mempunyai ruang yang agak sempit serta menyukarkan proses P&P dilaksanakan dengan berkesan. barulah guru menyediakan Rancangan Pengajaran 9 Harian (RPH) dengan . RPI merupakan satu program yang berkaitan dengan pendidikan khas dan perkhidmatan yang dibentuk khusus bagi memenuhi keperluan pembelajaran murid dengan keperluan khas.0 Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Pendidikan Khas Guru yang efektif adalah guru yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran dalam pengajaran bagi memberi manfaat kepada murid khas. mereka juga perlukan kelas yang selesa dan tidak seharusnya wujud unsur pengasingan atau pelabelan. guru akan membuat Rancangan Pendidikan Individu (RPI) untuk setiap murid yang diajar.Apabila menyentuh mengenai kerja berpasukan. Peruntukan kewangan juga menimbulkan kesulitan apabila kemudahan di kelas – kelas khas tidak dibaikpulih. 4.

Strategi Pelaksanaan Bahan bantu belajar (BBB) Definisi : BBB adalah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran.menggunakan model – model yang ada bersesuaian dengan kumpulan kurid yang diajar kerana sesebuah kelas akan memiliki tahap kebolehan yang berbeza secara individu. Isu : Keadaan bilik darjah yang terasing dan tanpa kelengkapan asas yang tidak mencukupi memberi ketidakselesaan kepada guru dan murid-murid Langkah penyelesaian : Pihak bertanggungjawab perlu menyediakan bilik darjah dan kelengkapan yang mencukupi untuk keselesaan kepada guru dan murid untuk belajar Keberkesanan kaedah Definisi : Cara atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yang bersistem atau yang biasa) Komitmen guru Definisi : sikap (pendirian atau perbuatan) memberikan sepenuh tenaga dan perhatian atau menunjukkan sokongan dan azam yang penuh kepada sesuatu Isu : Guru tidak berminat untuk mendidik murid-murid berkeperluan khas Isu : Guru tidak menyedari perbezaan gaya pembelajaran dan kognitif murid Langkah penyelesaian : Langkah penyelesaian : Guru perlu memahirkan diri dengan aspek pedagogi dan perlu mengenal pasti perbezaan kognitif dan gaya pembelajaran murid Jika tidak ada guru yang terlatih dalam bidang pendidikan khas. Rajah 1. yang sedia untuk belajar „on the job‟ dan amat prihatin serta penyayang Rajah 1.3 menunjukkan beberapa isu berkaitan pelaksanaan P&P Pendidikan Khas dan cadangan cara mengatasinya. pihak sekolah perlu mencari guru yang berminat.3 Isu Pelaksanaan P&P Pendidikan Khas 10 .

5). Jones (1990) menyatakan bahawa murid berkeperluan khas mendapat manfaat yang kian meningkat hasil daripada penggunaan pelbagai bahan bantu belajar kerana keperluan khas mereka dipenuhi dengan wujudnya pelbagai bahan bantu belajar tersebut. keberkesanan pelaksanaan P&P pendidikan khas bertitik tolak kepada komitmen guru yang perlu sentiasa peka dengan keadaan dan kehendak pelajar istimewa ini. Kesimpulannya. Stesen. Tanpa mengambil berat mengenai keadaan murid. strategi pengajaran. Model II. Hal ini kerana kebanyakan murid pendidikan khas mempunyai tumpuan yang singkat dan mudah hilang fokus. Artikel daripada Harian Metro online bertarikh 21 Januari 2011 ada menyatakan bahawa “Nasom mewujudkan satu program integrasi bagi membantu kanak-kanak autisme secara menyeluruh di mana. 11 . Guru boleh mengaplikasikan beberapa model kelas khas seperti Model Hewett. dan Kiosk (rujuk Rajah 1.4).Konsep main sambil belajar boleh diterapkan oleh guru pendidikan khas dalm sesi pengajaran dan pembelajaran. dan bahan bantu belajar yang sesuai. Dengan kehadiran guru pendamping sekurangkurangnya dapat memberikan pengawasan kepada pelajar autisme dalam menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran” (rujuk LAMPIRAN B untuk melihat artikel lengkap ini). Model Montessori. tidak akan memberi apa – apa makna. persekitaran. dan Pengajaran Koperatif dan Kolaboratif (rujuk Rajah 1. Aspek pengamatan perlu diberikan perhatian. Thompson (2011) dalam kajiannya menyatakan bahawa individu yang terlibat dalam terapi penglihatan (multisensori) akan menghasilkan keputusan yang memberikan kejayaan dalam pelaksanaan matlamat kira-kira 85% individu. khidmat guru pendamping diperlukan. Faktor yang perlu diambil kira merangkumi keupayaan murid. Selain itu. seorang guru pendamping disediakan untuk memantau dua pelajar autisme di sekolah biasa. Model pengajaran kumpulan pula boleh dibahagikan kepada Model I. Selain itu. latar belakang. murid perlu dilatih untuk kemahiran motor kasar dan motor halus supaya memudahkan mereka untuk mengikuti sesi pembelajaran.

2011). Selain membebankan guru sudah pastilah guru juga akan mengeluh dan tidak akan memberi komited sepenuhnya kepada murid sedemikian rupa. Lanjutan itu lahirlah Seksyen 41 daripada Akta Pendidikan 1996. 5. 12 . Manakala pentadbiran pula melibatkan delegasi tugas yang bersangkutan dengan tanggungjawab kesemua kakitangan yang berada di sekolah atau pun institusi (Wanie.0 Isu Sistem Sosial Berkaitan Pendidikan Khas 5. Oleh itu. kesan buruk akan berlaku kepada murid tersebut dan juga guru. Kesannya akan menyukarkan guru terutama dalam menyediakan pengurusan tingkah laku dan merancang intervensi kepada murid berkenaan.5. Dalam bidang pendidikan pentadbir adalah seperti guru besar atau pun pengetua.1 Pentadbiran Pendidikan Khas Pentadbir adalah merupakan orang yang mentadbir dan mengurus sekolah atau pun sesuatu institusi. Antara isu yang hebat diperkatakan di kebanyakan sekolah ialah mengenai isu petempatan kanak-kanak berkeperluan khas ini ke dalam sistem Pendidikan Khas di sekolah. murid ini diberi peluang untuk memasuki Program Pendidikan Khas di sekolah.2 Undang – undang dan hak asasi manusia  Akta Pendidikan khas Laporan Jawatankuasa Kabinet 19791984 Perakuan 169 Laporan Jawatankuasa Kabinet lahir daripada perakuan „Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia „ pada tahun 1948. Laporan ini diperkukuhkan lagi oleh „ Deklarasi Dunia Tentang Penddikan Untuk Semua „ 1990 yang dibuat di Jomtien Thailand. Hal ini adalah kerana terdapatnya murid yang tidak layak dimasukkan ke dalam program intergrasi di sekolah namun atas dasar peribadi antara ibu bapa dan pihak tertinggi pengurusan di sekolah (sama ada di aliran perdana atau aliran khas) .

1 Tertakluk kepada sub seksyen (2) dan(3) menteri boleh melalui peraturanperaturan menetapkan: - Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang menerima pendidikan khas. Akta Pendidikan Khas Akta pelajaran 1961 disemak semula dan digantikan dengan akta Pendidikan 1996. 2009). 13 . Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1)(b) atau mana-mana sekolah rendah atau menengah yang difikirkan oleh menteri sesuai manfaat. - Kurikulum yang hendak digunakan berhubung dengan pendidikan khas Kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi pendidikan murid dalam kategori sekolah khas dan apa-apa perkara yang difikirkan oleh menteri suaimanfaatkan atau perlu bagi maksud topik ini. Anuar. Akta ini juga memperuntukan kuasa kepada menteri untuk menentukan tempoh persekolahan dan kandungan kurikulum untuk keperluan pendidikan khas. Seksyen 40 dan seksyen 41 dalam akta 1996 dilihat oleh pelbagai pihak sebagai era baru dalam dunia pendidikan khas kerana Menteri Pelajaran di kehendaki membuka kelas jika ada permintaan daripada masyarakat. 41. Amalan pada masa ini kanak-kanak bekeperluan khas dibenarkan bersekolah sehingga umur 19 tahun (Mohd. Satu bab khusus mengenai Pendidikan khas telah dimasukkan dalam akta tersebut yang menyarankan bahawa: 40.

3 Persekitaran Kemudahan awam berkaitan pendidikan khas tidak diabaikan. Menurut Mohd Sharani (2004). dan isu lokasi blok pendidikan khas. Oleh itu. Mereka menganggap bahawa guru pendidikan khas mempunyai kerja yang mudah berdasarkan bilangan murid khas yang diajar adalah sedikit berbanding murid perdana. penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah. Yayasan Kebajikan Negara juga memberikan bantuan dari segi pemberian motosikal roda tiga. Terdapat beberapa Pusat Latihan Vokasional dikendalikan oleh agensi Kerajaan ataupun Badan Bukan Kerajaan (NGO). dan juga susur jalan yang selamat untuk dilalui.5. Jabatan Kebajikan Masyarakat turut mengeluarkan bantuan pembelian alat – alat seperti anggota tiruan dan kerusi roda. Semua usaha ini membantu insan – insan istimewa untuk mendapat keyakinan diri dalam berhadapan dengan komuniti setempat. Isu tanggapan guru perdana terhadap pendidikan khas sering kali terjadi. Di samping itu. Apabila kita melihat sekeliling. 14 . murid khas yang sering tidak hadir ke sekolah. Kerajaan turut mempunyai skim yang mana golongan istimewa diberikan panduan untuk memulakan perniagaan secara kecil – kecilan. 6. Sebagai contoh ialah tempat letak kereta. kerajaan mengadakan dasar iaitu 1% daripada pekerjaan di sektor kerajaan dikhaskan untuk orang kelainan upaya (OKU).0 Isu – Isu Lain yang Berkaitan Pendidikan Khas Isu – isu lain berkaitan pendidikan khas ini diperolehi berdasarkan pemerhatian sepanjang pelaksanaan praktikum di sekolah – sekolah rendah. Antara isu yang berkaitan ialah seperti tanggapan guru perdana terhadap pendidikan khas. Pada tahun 1989. terdapat sebahagian guru perdana yang kurang senang dengan guru pendidikan khas dan ini jelas kelihatan dari segi pergaulan dan komunikasi. terdapat pelbagai bentuk prasarana yang disediakan untuk kemudahan golongan istimewa ini untuk bergerak dan menjalani kehidupan seharian. tandas yang mempunyai ciri – ciri keselamatan.

Mesyuarat bersama ibu bapa juga dipandang ringan. Elaun yang sepatutnya digunakan untuk membeli keperluan anak – anak dalam pelajaran telah digunakan untuk kepentingan peribadi. malah pelajar itu juga pada masa hadapannya. Secara tidak langsung. dan sebagainya atas alasan ibu bapa tidak menyediakannya. maka berilah perhatian serius ke atas kerja sekolah yang telah dibekalkan. begitulah sebaliknya. 15 . Jika ada komunikasi. Seterusnya ialah isu penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah. pembaris. Hal ini menyebabkan ada murid – murid yang tidak dapat membuat latihan yang diberikan guru kerana tidak mempunyai pensel. namun apabila tidak hadir. hal ini memberi kesan kepada perkembangan emosi murid khas. Contohnya sepanjang pratikum 1 dan 2 yang lepas seorang murid yang berpotensi untuk maju lebih ke hadapan sering tidak hadir ke sekolah setiap minggu. Anak harus diberikan pendidikan yang baik dari rumah. Apabila ada penganjuran aktiviti. Dia berpotensi untuk bergerak maju.Guru perdana akan berkumpul hanya bersama rakan – rakan sejawat yang dari aliran perdana. ianya adalah terhad. Hal ini menyebabkan dia mudah lupa apa yang telah dipelajari dan sukar untuk memasukkannya ke kumpulan yang memiliki tahap sederhana. pemadam. Ibu bapa seharusnya mengambil bahagian yang penting dalam usaha memajukan anak-anak mereka. Sekiranya ibu bapa yang kurang pandai dijadikan satu alasan untuk mereka tidak mengajar anak-anak mereka. Membiarkan mereka dirumah tanpa hadir ke sekolah bukan satu cara yang harus diberikan pujian. Terdapat ibu bapa yang mempunyai tanggapan negatif kepada pihak sekolah. Malah membiarkan anak ke sekolah kemudian balik ke rumah tanpa menelaah juga bukan satu cara yang baik. Hal ini bukan sahaja menyukarkan pihak guru pendidikan khas itu sendiri. secara tidak langsung dia akan ketinggalan. Isu yang kedua ialah berkaitan ketidakhadiran murid khas ke sekolah. terdapat ibu bapa yang sukar untuk memberikan kerjasama dan tidak mahu hadir bersama memeriahkan suasana seperti sukaneka pendidikan khas. Terdapat juga isu ibu bapa yang menyalahgunakan bantuan murid – murid khas. Mereka tidak percaya dan sukar menerima hakikat mengapa anak mereka ditempatkan di kelas yang paling rendah.

Isu yang terakhir ialah lokasi blok pendidikan khas. 7. yang penting adalah usaha seorang pendidik serta kerjasama daripada semua pihak. Isu ini sering terjadi di sekolah. 16 . Pihak pengurusan sekolah memainkan peranan penting untuk semua masalah ini. Sebagai cadangan untuk mengatasi masalah ini. Lokasi ini akan memberi kesan kepada komunikasi antara guru perdana dengan guru pendidikan khas. ruang kelas agak sempit sehingga menyukarkan penempatan murid yang ramai. malah jika diambil kira. Lokasi blok pendidikan khas ada yang jauh daripada aliran perdana dan seperti terasing. Pendidikan khas juga bukan satu cabang profesion perguruan yang lengang tanpa isu-isu yang membimbangkan. Kesabaran dan komitmen diperlukan serta yang paling utama ialah keihlasan dalam mendidik anak – anak istimewa ini. Mengajar murid pendidikan khas bukanlah suatu yang mudah seperti yang disangkaka. Kadang kala. guru aliran perdana perlu diberikan pendedahan mengenai pendidikan khas untuk mengubah tanggapan negatif mereka.0 Penutup Kesimpulannya. khas ini memberi satu cabaran secara tidak langsung kepada guru pendidikan khas untuk membentuk murid-murid supaya mereka boleh menjadi insan yang membanggakan suatu hari nanti. setiap pihak memainkan peranan penting dalam menyelesaikan isu yang boleh membawa kepada permasalahan besar jika tidak diatasi daripada awal. Belakang pasang diasah lagikan tajam.

Profesionalisme Guru. Selangor Darul Ehsan : Oxford Fajar Sdn. Sumber dimuat turun daripada http://belognurna. Noriati A. 26(1). (1990) Psychosocial development in intellectually gifted children.com/doc/60940723/Isu-Dan-Trenda-Dalam-Pendidikan-Khas pada 22 Julai 2012. Akta Pendidikan Khas. In E.moe. M.195) Washington.Rujukan : Bahagian Pendidikan Khas (2012). Portal rasmi bahagian pendidikan khas. Bhd. Isu dan trenda dalam pendidikan khas – profesionalisme guru. Nur Haini bt Shamsudin & Nur Zaiah bt Zahari (2011). Tuan Jah Tuan Yusof (2011). L. 202 – 214 . Kamus Dewan (1994). Boon Pong Ying. 42(5). Sumber dimuat turun daripada http://www. Moats.com/2011_10_01_archive. Selangor Darul Ehsan : PTS Professional Publishing Sdn. C.A.com/2009/01/akta-pendidikan-khas. Multi-sensory intervention observational research International Journal of Special Education. Sumber dimuat turun daripada http://anuarsped. & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009). Thompson. 387 – 391. Sumber dimuat turun daripada http://www. Jones. Harian Metro Online. DC. Siri Pendidikan Guru Murid dan Alam Belajar. Mohamed (2006). 17 . Nurna (2011). Journal of Learning Disabilities.html pada 24 Julai 2012.D Horowitz and M. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.gov. (2009). Jamila K.Rashid. Teachers with knowledge of language. Bhd. Tunjuk Ajar Guru Pendamping.J.my/bpkhas/ pada 25 Julai 2012 Chia (2011. 21 Januari).scribd. O'Brien (eds). The gifted and talented: Developmental perspectives (149 . Kaedah pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.blogspot. Bhd. Mohd Anuar (2009). (2011). P. Pendidikan Khas Untuk Kanak – Kanak Istimewa.blogspot. Selangor Darul Ehsan : Penerbitan Multimedia Sdn.html pada 30 Julai 2012.

blogspot. 18 . Isu-isu dalam pendidikan khas. Sumber dimuat turun daripada http://yushazwani.html pada 25 Julai 2012.Wanie (2011).com/2011/09/updates-isu-isu-dalam-pendidikankhas.

Beliau telah banyak membantu saya dan rakan – rakan dalam usaha menyiapkan tugasan yang diberikan ini. Hj. Namun. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Dr. Walaupun menghadapi masalah dari segi bahan rujukan kerana kebanyakan bahan rujukan adalah daripada bahasa inggeris. internet dan laman muka buku (Facebook) sebagai 19 . Memang tidak dinafikan setiap tugasan itu mempunyai cabaran dan kesulitan yang perlu ditempuhi dalam usaha untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti. Selain itu. saya bersyukur kerana walaupun menghadapi kekangan masa. saya dan rakan – rakan terlibat dengan banyak aktiviti serta menjalani praktikum bermula pada hujung bulan Julai. Rosana selaku pensyarah pembimbing bagi subjek ini. tugasan dilaksanakan secara individu. Hj. saya masih mampu untuk mengadakan perbincangan bersama rakan – rakan dengan memanfaatkan penggunaan teknologi masa kini seperti perkhidmatan pesanan ringkas (SMS).REFLEKSI KENDIRI Nama Kumpulan Kod / Mata Pelajaran : : : Nurulain binti Pusa PISMP PK(BM) Ambilan Januari 2010 PKU3111 Dr.Rosana Awg. Bolhasan Pensyarah pembimbing : Bagi tugasan PKU3111 ini. Antara cabaran yang kami hadapi ialah kekangan masa kerana sepanjang tempoh pelaksanaan tugasan ini. Tarikh penghantaran kerja kursus ini juga merupakan dalam minggu praktikum. cabaran amat berat saya rasakan kerana dibebani dengan tugasan lain yang banyak dan jarak tempat praktikum dari institut adalah jauh dan memakan masa selama lebih kurang 2 jam. tidak mustahil kami akan tersasar daripada kehendak soalan. saya menganggap ini semua sebagai satu ujian dan lumrah dalam kehidupan bergelar pelajar. Penjelasan soalan tugasan membantu saya untuk memahami kehendak soalan secara terperinci. Tanpa bantuan beliau. saya mengambil positif perkara tersebut kerana ianya dapat membantu meningkatkan perbendaharaan kata hasil daripada pembacaan. Oleh itu.

Walaupun kadang kala terdapat percanggahan pendapat antara saya dan rakan – rakan semua itu saya anggap sebagai asam garam dalam kehidupan kerana dari situlah wujudnya persefahaman. 20 . Apa yang penting ialah ilmu yang diperolehi bersama. Saya dapat melihat dan merasai sendiri isu – isu yang berkaitan dengan pendidikan khas dari kaca mata seorang pendidik. saya bersyukur kerana pengalaman semasa praktikum banyak membantu saya dalam tugasan kali ini. Perbincangan perlu dilakukan agar apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik. Pelbagai manfaat telah saya perolehi dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Nilai kesabaran turut menjadi tunjang utama sepanjang proses melaksanakan kerja kursus ini. Tugasan ini amat relevan dengan subjek major yang saya pelajari dan sudah tentu amat berguna pada masa hadapan.perantara untuk kami berbincang walaupun tidak bersua muka. Secara tidak langsung. Apa yang saya harapkan ialah. Sebagai bakal pendidik. saya merasakan bahawa penggunaan teknologi boleh dimanfaatkan oleh guru pelatih untuk menghantar draf tugasan kepada pensyarah pembimbing melalui email untuk semakan. ilmu yang telah saya pelajari ini tidak akan berhenti setakat di sini dan terus ditambah dari semasa ke semasa untuk digunakan apabila bergelar pendidik suatu hari nanti. saya perlu bersedia untuk berkorban masa dan tenaga dalam usaha memartabatkan pendidikan khas. Tugasan ini juga telah membuka mata dan minda saya mengenai pelbagai isu yang berkaitan dengan pendidikan khas yang sebelum ini dipandang ringan. Sebagai cadangan penambahbaikan. Oleh itu. kami dapat mengadakan perbincangan ketika waktu senggang. Saya berasa bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dalam masa yang ditetapkan. saya dapat meningkatkan ilmu dan kemahiran yang sedia ada. Kebetulan. salah seorang daripada rakan saya iaitu Nur Farhana tinggal bersama saya kerana berpraktikum di sekolah yang sama. Antaranya ialah mengajar saya mengenai erti sebuah pengorbanan. Hal ini kerana untuk membina sesuatu bahan bantu belajar bukanlah semudah yang disangkakan. Segala cetusan idea yang telah digarap dalam tugasan sudah pasti amat berguna dan dapat digunakan untuk masa kini dan masa hadapan. Walaupun sibuk dengan praktikum. Maklumat juga dapat diperolehi melalui bantuan guru – guru pendidikan khas di sekolah tempat berpraktikum.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful