GERUDI OBJEKTIF AM Dapat mengetahui jenis-jenis mata gerudi dan berkebolehan mengendalikan mesin gerudi.

OBJEKTIF KHUSUS Mengenali bahagian utama dan fungsi gerudi pintal. Mengetahui cara menentukan saiz gerudi. Mengenali bahan membuat gerudi. Mengetahui kaedah menanda sebelum menggerudi. Memahami cara memasang mata gerudi dan benda kerja sebelum menggerudi. Membezakan jenis-jenis mata gerudi. Mengetahui cara mencanai dan mengasah sebatang gerudi pintal. Mengetahui kesan pada lubang jika mata gerudi tidak dicanai dengan betul. Menamakan bahagian-bahagian mesin gerudi. Mengira kelajuan pusingan pengumpar(PPM),kadar suapan dan factor pemilihan kelajuan pemotongan. Mengenali jenis-jenis penyejuk, fungsi dan kegunaannya. Mengetahui langkah penjagaan mata gerudi dan mesin gerudi. Mengetahui langkah keselamatan semasa menggerudi. Memahami kepentingan memegang benda kerja dengan kemas semasa menggerudi. Mengenali jenis pemegang benda kerja pada mesin gerudi. Mengetahui kaedah menggerudi lubang besar. Memahami kepentingan menggerudi pusat dan lubang pandu. Mengetahui kegunaan jigs dan langkah yang perlu diberi perhatian semasa menggerudi.

Gerudi pintal sudut heliks rendah pula sesuai untuk menggerudi bahan-bahan plastik. Terdapat juga gerudi pintal yang digunakan untuk kerja-kerja khas iaitu: (a) Gerudi pintal tiga lurah atau empat lurah (b) Gerudi pintal sudut heliks rendah dan sudut heliks tinggi Bentuknya sama dengan gerudi pintal biasa. asbestos. gentian (fiber). Keistimewaannya ialah ia sesuai untuk menggerudi logam tempawan dan logam liat.1 Bahagian utama dan fungsi gerudi pintal. .5. Hujung matanya berbentuk kon dan dicanai supaya dapat menghasilkan sudut pemotong dan sudut kelegaan . Selain. Ia mempunyai dua lurah heliks yang sama dan bertentangan kedudukan pada garis pusatnya. Gerudi pintal biasanya digunakan dalam bengkel mesin untuk kerja-kerja am. Proses menggerudi lubang biasanya dibyat dengan menggunakan mesin gerudi atau mesin larik. bakelit dan logam-logam tiruan yang lain. Sudut heliks biasa ialah 30º. Gerudi diperbuat daripada keluli taha lasak dan tungsten karbida MATA GERUDI DAN MESIN GERUDI 5. itu gerudi ini juga menghasilkan lubang yang dalam.0 PENGENALAN Gerudi ialah yang digunakan untuk membuat lubang diatas permukaan logam. kecuali sudut heliknya sama ada lebih kecil atau lebih besar daripada sudut heliks biasa.

bibir pemotong membahagi dua sudut kandung ini dengan masing-masing membentuk sudut 59º dari paksi. (iii) Untuk membolehkan bendalir pemotong sampai kehujung mata.Badan terletak diantara hujung mata dengan batang. Fungsi pusat mata ialah untuk mencungkil dan memudahkan gerudi masuk kedalam permukaan logam. Lengkang lurah dianggap sebagai tulang belakang gerudi ldan lebih tebal dibahagian pangkal supaya gerudi menjadi lebih tegap.fungsinya ialah: (i) Untuk membentuk tepi pemotong atau bibir pemotong pada hujung berbentuk kon. . Ia terbentuk daripada pertemuan lurah-lurah dengan hujung permukaan berbentuk kon. Ia terdiri daripada : (a) Hujung mata Hujung mata ialah bahagian hujung yang berbentuk kon. Bibir pemotong ini dibuat sama panjang. (iv) Untuk memudahkan tatal keluar melalui ruang yang sempit. (d) Lurah Lurah terdapat disepanjang bahagian badan. (e) Lengkang lurah Ia merupakan tebing yang memisahkan lurah. (ii) Untuk membentuk lorong-lorong bagi tatal keluar. biasanya dicanai dengan sudut kandung 118º. (c) Bibir pemotong Bibir pemotong atau bibir pengerat bertindak sebagai mata gerudi. Panjang hujung mata biasanya 1/3 daripada garis pusat gerudi. (b) Pusat mata Pusat mata menyerupai mata pahat yang tajam yang terbentuk daripada pertemuan bibir-bibir pemotong.

dengan itu gerudi tidak bergesel. etrletak dibahagian pangkal gerudi.(f) Jidar Jidar merupakan tebing sempit yang menonjol disepanjang lurah. Gerudi batang tirus boleh ditanggalkan dari spindal dengan mudah menggunakan alat perenggang. Fungsi puting ialah untuk memudahkan gerudi diputar kerana puting boleh masuk kedalam alur yang terdapat di dalam lubang spindal mesin atau soket atau liang sendi. Batang jenis ini boleh menetapkan kedudukannya sendiri. BATANG Bahagian gerudi yang masuk kedalam spindal mesin melalui cuk gerudi atau liang sendi yang dinamakan batang.dipasang pada spindal mesin melalui liang sendi atau soket bagi menyesuaikan saiz. Batang boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu : (a) Batang Lurus Batang lurus khusus untuk gerudi kecil yang bersaiz 13 mm atau kurang. Geseran ini boleh mendatangkan kepanasan yang cepat dan menghilangkan baja ataupun boleh menyebabkan gerudi tersepit. . Puting terdapat pada gerudi batang titus sahaja. Gunanya ialah untuk memberi telusan kepada badan semasa menggerudi. Ia boleh . Batang gerudi dan lubang spindal mesin serta lubang liang sendi masing-masing mempunyai tirusan Morse. (b) Batang Tirus Batang tirus pula khusus untuk gerudi besar yang mempunkyai saiz lebih daripada 13 mm . PUTING Puting berbentuk nipis. Biasanya ia dipegang dalam cuk gerudi.

04 mm hingga 0. E) Cara Menguji Saiz Gerudi Saiz gerudi boleh diuji atau diukur dengan tolok gerudi.234 inci manakala saiz Z pula merupakan saiz yang paling besar iaitu 0.2 CARA MENENTUKAN SAIZ GERUDI Saiz gerudi terdapat dalam empat sistem ukuran iaitu: A) Saiz Dalam Sistem Metrik Bagi gerudi jenis kecil. Sementara saiz gerudi biasa ialah daripada 0.5. saiznya ialah daripada 0. B) Saiz Dalam Sistem Pecahan Gerudi mempunyai julat saiz daripada 1/64 inci hingga 3 ¼ inci dalam langkauan 1/64 inci atau 1/32 inci.5 mm hingga 20mm bagi jenis batang lurus dan 8 mm hingga 80 mm bagi jenis batang tirus. saiz diberi dengan angka 1 atau bersamaan dengan 0. tolok ini juga boleh didapati . Gerudi yang bersaiz A merupakan saiz yang paling kecil dalam set gerudi iaitu 0.0059 inci.228 inci hingga angka 97 atau 0.413 inci.09 mm dalam langkauan 0.01 mm. C) Saiz Dalam Sistem Angka Dalam sistem ini. D) Saiz Dalam Sistem Huruf Gerudi juga mempunyai saiz daripada huruf A hingga Z.

sama ada diatas pusat lubang atau terkeluar dari . i) Tandakan pusat lubang dengan penebuk cucuk. Bagaimanapun. iii) Tebuk pusat lubang tadi dengan penebuk pusat. 5. ukuran hendaklah dibuat merentasi jidar gerudi. tanda ini selalunya hilang apabila gerudi itu selalu digunakan. Selain menguji ataupun mengukur saiz gerudi dengan menggunakan alat yang disebutkan tadi.dalam semua sistem saiz gerudi.3 BAHAN MEMBUAT GERUDI Gerudi digunakan untuk menebuk lubang bulat pada permukaan benda kerja yang mempunyai jenis bahan yang berbeza. tujuannya ialah supaya pemotongan yang dibuat oleh mata gerudi dapat dilihat dengan mudah. satu daripadanya mengipkut saiz lubang dan lyang satu lagi kecil sedikit (Rajah 5. iv) Hidupkan mesin dan pastikan . Oleh itu saiz dan bahan mata gerudi dibuat bebeza-beza untuk membuat berbagai jenis proses.mata gerudi betul-betul diatas pusat lubang. dimana kebiasaannya saiz gerudi kecil diperbuat daripada keluli tahan lasak (high speed steel) manakala bagi gerudi yang besar bahannya diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi (high karbon steel) atau tungsten karbida. ii) Buat dua bulatan. 5.saiz gerudi juga ditandakan pada bahagian batangnya. Cara mengujinya ialah dengan melihat kesan mata gerudi. Saiz gerudi juga boleh diukur dengan mikrometer. v) Periksa sama ada gerudi berputar sepusat atau tidak sepusat.4 KAEDAH MENANDA SEBELUM MENGGERUDI Langkah-langkah yang berikut perlu diikut bagi mendapatkan kedudukan lubang yang tepat.32).

biasanya dipegang dalam cuk gerudi. Gerudi batang tirus boleh ditanggalkan dari spindal dengan mudah menggunakan alat perenggang (Lihat Rajah 5. 2. ia boleh dipasang terus pada spindal mesin melalui liang sendi atau soket . Penggunaan ragum atau pengikat yang sesuai dengan proses kerja menggerudi adalah salah satu faktor menghasilkan proses kerja yang baik.engkang lurah atau alur dengan menggunakan pahat mata bulat . maka pusat lubang hendaklah diperbetulkan dengan cara membuat satu l. Bagi memasang gerudi batang lurus yang bersaiz kecil khususnya yang bersaiiz 13 mm atau lebih kecil darinya. .13). 3. Bersihkan ragum mesin dengan kain dan pastikan tidak ada kekotoran atau tatal melekat pada ragum. Berikut adalah kaedah mengikat benda kerja pada ragum gerudi : 1.pusat lubang . salah satu factor ialah mata gerudi dan benda kerja mestilah diikat atau dipasang dengan betul. dan mengikat benda kerja dengan baik juga salah satu factor untuk mendapatkan hasil kerja yang baik. Manakala gerudi batang tirus khususnya untuk gerudi besar yang mempunyai saiz lebih daripada 13 mm.5 CARA MEMASANG MATA GERUDI DAN BENDA KERJA SEBELUM MENGGERUDI Untuk mendapatkan satu proses menggerudi yang baik dan kerja-kerja yang berkaitan dengan mesin gerudi. Pilih sepasang bilah selari yang sesuai tingginya dan bersihkannya. ini bermakna kedudukan pusat diubah. 5. Kikir tipi bahan kerja yang tajam sebelum memasang di dalam ragum. dibuat bersesuaian dengan benda kerja.berbagai bentuk dan jenis alatan tambahan yang digunakan untuk mengikat. vi) Sekiranya pemotongan terkeluar dari pusat lubang.

Digunakan untuk menebuk lubang yang besar dalam kerja-kerja melarik. Jangan guna pengetuk untuk mengikat ragum. GERUDI PIPIH (FLAT DRILL) Bentuk hujung gerudi ini pipih dan bersudut 45º. Gerudi ini dibuat dalam dua arah . 5. . arah kiri dan arah kanan. GERUDI BERGABUNG/GERUDI PUSAT (COMBINATION & COUNTERSINK/CENTRE DRILL) Mempunyai dua hujung dan dua pembenam yang bersudut kandung 60º dan hujung 118º. Letakkan bahan kerja diatas bilah selari dan pastikan bahagian yang hendak hendak digerudi atau yang bertanda berada disebelah atas. GERUDI PINTAL (TWIST DRILL) Bentuknya seakan-akan suatu benda yang dipintal. Digunakan untuk menggerudi hujung bahan pada mesin pelarik supaya dapat disokong oleh tetengah pelarik dan untuk membuat lubang benam yang kecil serta boleh juga membuang tajam pada hujung lubang yang telah digerudi. 7. Pintalan ini adalah dari dua laluan lurah yang berbentuk helik melalui sepanjang badan gerudi.4. Ikat rgum kuat dengan tangan. 6. 3. 4. Dengan menggunakan pengetuk lembut atau gandin.6 PERBEZAAN JENIS-JENIS GERUDI Gerudi dibuat berbagai-bagai jenis dan bentuk supaya bersesuaian dengan kerja yang dilakukan dan mempercepatkan lagi kerja-kerja diindustri pengeluaran. ketuk dengan perlahan-lahan keempat-empat penjuru sehingga bilah selari tidak bergerak. Diantara jenisjenis gerudi yang biasa digunakan ialah : 1. Sekarang operasi menggerudi boleh dijalankan tetapi pastikan ragum diikat pada meja mesin gerudi supaya benda kerja tidak bergerak semasa proses menggerudi dijalankan. 5. 2. GERUDI HUJUNG RATA Bentuk hujung yang rata pada gerudi ini digunakan untuk meratakan bahagian dalam lubang buntu supaya berbentuk tepat 90º. Gerudi ini digunakan dalam kerja-kerja umum.

Satu bagi pemotong dan dihujung terdapat satu batang pemandu untuk menahan batang gerudi semasa menggerudi.7 CARA MENCANAI DAN MENGASAH SEBATANG GERUDI PINTAL Untuk mencanai dan mengasah sebatang gerudi pintal faktor penting yang perlu diambil kira ialah sudut-sudut yang hendak dicanai. sudut Heliks. 9. GERUDI LURAH LURUS (STRIGHT FLUTED DRILL) Bentuk lurah gerudi ini lurus sahaja.5. GERUDI LUBANG MINKYAK (OIL HOLE DRILL) Bentuk gerudi ini sama dengan gerudi pintal. GERUDI LURAH BANYAK (MULTIPLE FLUTE DRILL) Bentuk gerudi ini sama dengan gerudi pintal tetapi lurah yang memintal pada badan gerudi ini adalah lebih dari dua. GAMBAR N10 5. 10. Gerudi ini digunakan dalam kerja-kerja besar dan pengeluaran.minyak yang terus keluar ke bahagian hujung. Sudut Kelegaan Bibir Pemotong 3. 8. Digunakan untuk melubang pada bahan yang lembut seperti aluminium dan juga bahan yang nipis. GERUDI LUBANG SENGGAT (COUNTERBORE DRILL) Gerudi ini mempunyai dua tingkat garispusat. 7. Ini dapat mengelakan kepanasan pada benda kerja. 1. Hujung gerudi ini bersudut 60º. Ia juga boleh digunakan untuk membuang segi pada hujung lubang yang telah digerudi. Digunakan untuk membuat lubang benam bagi membenamkan skru kepala benam dan rivet kepala benam. Pada bahagian badan gerudi ini terdapat saluran . Sudut Pemotong 2. 6. SUDUT PEMOTONG Sudut pemotong bagi gerudi biasa ialah 59º dari paksi iaitu membahagi dua sudut . Digunakan dalam kerja-kerja berat. Terdapat tiga jenis sudut yang harus diberi perhatian iaitu : 1. ini bertujuan minyak dapat disalurkan terus kedalam permukaan lubang. GERUDI LUBANG BENAM (COUNTERSINK DRILL) Gerudi ini berukuran besar pada hujung dan kecil pada batang. Gerudi ini digunakan dalam perindustrian yang berat. Digunakan untuk melubang tingkat bagi membenamkan kepala nat atau kepala pasak. GERUDI BERTANGGA (STEP DRILL) Benktuk gerudi ini sama seperti gerudi pintal tetapi ianya mempunyai dua ukuran garispusat.

14 Bukaan sudut pemotong adalah berbeza-beza iaitu bergantung pada jenis logam yang hendak digerudi. Sudut yang lazim digunakan ditunjukan dalam rajah 5. Bukaan sudut pemotong ini boleh diuji dengan tolok sudut gerudi (Lihat Rajah 5. Sudut heliks biasanya 30º. RAJAH 5. Bagi logam keras. lubang yang dihasilkan menjadi besar. sudut pemotongannya lebih besar.14). Sudut heliks tinggi digunakan untuk menggerudi logam keras dan teguh.15 2. (Lihat Jadual 5. SUDUT HELIKS Sudut heliks adalah tetap dan tidak dapat diubah dengan cara mencanai kerana ia telah sedia dibentuk semasa membuat gerudi. 3. SUDUT KELEGAAN BIBIR PEMOTONG Sudut kelegaan bibir pemotong tebentuk dengan mencanaikan permukaan belakang hingga ke tumit tepi pemotong. dengan sendirinya bibir pemotong menjadi sama panjang.16). sudut kelegaan dicanai antara 8º hingga 12º. bergantung pada jenis bahan yang hendak digerudi (Lihat Jadual 5. sementara sudut heliks rendah digunakan untuk menggerudi logam lembut. jika tidak. Sebagaimana sudut pemotong.(Lihat Rajah 5. tetapi bagi logam lembut sudutnya lebih kecil.1).15.1). Fungsi sudut kelegaan ini ialah supaya permukaan hujung mata tidak bergesel dengan benda kerja. . Bukaan sudut yang terlalu besar boleh menyebabkan hujung mata gerudi patah kerana tidak cukup sokongan. Jika sudut ini dicanai dengan betul maka. sudut kelegaan bibir pemotong juga berbeza-beza. RAJAH 5. Untuk jerja-kerja am.kandung mata gerudi.

Mengurangkan geseran dan kepanasan Berikut ini diterangkan lima jenis kesilapan yang sering berlaku semasa mencanai bibir pemotong serta kesan daripada kesilapan tersebut. gerudi berputar pada pusat mata dan ini menyebabkan lubang menjadi besar. Mengawal cara tatal keluar 4. Menguatkan tepi pemotong supaya tidak cepat haus 5. (c) KEDUA-DUA SUDUT DAN PANJANG BIBIR PEMOTONG TIDAK SAMA Pusat mata terkeluar dari paksi. (b) PANJANG BIBIR PEMOTONG SAMA TETAPI BUKAAN SUDUT PEMOTONG BERBEZA Ini mengakibatkan pusat mata terkeluar dari paksi. Akibatnya lubang lakan menjadi besar. Seterusnya gerudi akan bergoncang dan ini boleh mengakibatkannya patah.sudut kelegaan bibir pemotong yang munasabah serta menipiskan lengkang lurah dengan betul. Mengawal tatal atau saiz dan pembentukannya 3.8 KESAN PADA LUBANG JIKA MATA GERUDI TIDAK DICANAI DENGAN BETUL Pembentukan hujung mata gerudi yang betul adalah perkara penting yang perlu diberi perhatian semasa mencanai mata gerudi.5. Mengawal saiz dan mutu sudahan lubang 2. . hanya satu lurah yang bekerja dan lubang menjadi besar akibat putaran hanya pada pusat mata. Keempat-empat faktor diatas boleh mempengaruhi kerja menggerudi serta hasilnya dari segi : 1. iaitu : (a) SUDUT PEMOTONG SAMA BESAR TETAPI PANJANG BIBIR PEMOTONG BERBEZA Pusat mata sama letaknya dengan paksi tetapi hanya satu lurah sahaja yang boleh memotong bahan. Ini termasuklah mencanai sudut pemotong yang sama besar bukaan dari paksi. . bibir pemotong yang sama panjang. hanya lurah yang bekerja.

Mesin gerudi meja (bench drilling machine) 4. Jika lengkang lurah dicanai tebal sebelah. Pusat mata yang tidak beranjak dari paksi mungkin menyebabkan gerudi berputar belong/gelong. sebaliknya jika sudut kelegaan terlalu kecil. ini mengakibatkan permukaan hujung mata menjadi cepat panas.(d) SUDUT KELEGAAN BIBIR PEMOTONG YANG TERLALU BESAR DAN TERLALU KECIL Hujung mata boleh patah sekiranya sudut kelegaan terlalu besar kerana tidak cukup sokongan. Mesin gerudi jejarian (radial arm drilling machine) .9 NAMA BAHAGIAN-BAHAGIAN MESIN GERUDI Terdapat berbagai-bagai jenis mesin gerudi pada masa kini yang biasa digunakan dibengkel mesin dimana kebanyakannya menggunakan kuasa letrik samaada ianya jenis mudah alih atau jenis tetep. beban gerudi bertambah kerana gerudi sukar masuk kedalam benda kerja. geseran akan berlaku. Mesin gerudi jenis tiang (biliar drilling machine) 5. Mesin gerudi jenis turus (column type drilling machine) 6. diantaranya ialah : 1. Mesin gerudi tangan (hand drill) 2. ini adalah kerana lengkang lurah semakin tebal arah ke pangkal. Mesin gerudi tangan mudahalih (protable electric drill) 3. ia boleh menyebabkan kesepusatan lengkang lurah dan garis pusat luar gerudi tidak tepat. 5. Ini akan menghasilkan penyudahan kerja yang tidak memuaskan dan kemungkinan juga gerudi akan patah. (e) LENGKANG LURAH YANG DINIPISKAN TIDAK SEIMBANG TEBALNYA DARI PAKSI GERUDI Lengkang lurah harus dinipiskan sekiranya gerudi semakin pendek.

oleh itu Putaran per minit (PPM) = Kelajuan memotong X 1000 . Mesin gerudi gandar berkumpulan (gang spindle drilling machine) 8. 5. maka spindal juga mempunyai berbagai-bagai tingkat kelajuan. keluli lembut mempunyai kelajuan pemotongan 30 meter per minit. Garis pusat mata gerudi Formula Untuk menghitug putaran per minit Putaran per minit (PPM) = Kelajuan memotong (meter per minit) π X Garis pusat (milimeter) Unit meter perlu ditukarkan kepada unit milimeter. perkara-perkara berikut perlu diketahui : 1. Bilangan putaran spindal yang perlu untuk mendapatkan kelajuan memotong yang betul disebut putaran per minit (PPM). KADAR SUAPAN DAN FAKTOR PEMILIHAN KELAJUAN PEMOTONGAN Kelajuan pemotongan ialah pangjang ukuran lilitan mata gerudi dalam ukuran meter yang dikira apabila ia berputar dalam masa satu minit. Mesin gerudi banyak gandar (multi spindle machine) Walaupun terdapat berbagai-bagai jenis mesin gerudi pada masa kini nanum konsep asas dan bahagian-bahagian utama mesin gerudi adalah sama. Untuk menghitung kelajuan spindal.10 PENGIRAAN KELAJUAN PUSINGAN PENGUMPAR (PPM).7. Oleh sebab mata gerudi terdiri daripada berbagai-bagai saiz. Pada amnya gerudi kecil memerlukan bilangan putaran yang lebih banyak dalam satu minit berbanding dengan gerudi besar. Gambarajah mesin gerudi dibawah menunjukkan nama-nama bahagian pada sesebuah mesin gerudi. ini bermakna spindal mesin perlu berputar supaya ukuran lilitan mata gerudi itu 30 meter dalam masa satu minit. Kelajuan memotong bahan 2. Sebagai contoh.

mungkin tepi pemotongnya pecah.1 Hitung kelajunan spindal yang sesuai dalam putaran per minit untuk menggerudi lubang yang bergaris pusat 15 milimeter diatas sekeping keluli lembut dengan menggunakan gerudi tahan lasak.142 X 15 = 636 Contoh 5. (PPM) = KP X 1000 πD Contoh 5.142 X 35 = 227.π X Garis pusat iaitu. Mata gerudi yang digunakan ialah sejenis keluli tahan lasak.2 HANTARAN Hantaran ialah panjang juluran mata gerudi yang masuk ke dalam benda kerja pada tiap-tiap satu putaran penuh spindal. PPM = KP X 1000 πD PPM = 25 X 1000 3. Jika terlalu laju. sebaliknya jika terlalu perlahan.2 Hitung kelajuan spindal yang sesuai dalam putaran per minit untuk menggerudi lubang yang bergaris pusat 35 milimeter pada sekeping keluli lembut dengan kelajuan memotong 25 meter seminit. hujung mata . Kadar hantaran adalah penting untuk menentukan hayat mata gerudi. Kelajuan memotong yang digunakan ialah 30 meter per minit. PPM = KP X 1000 πD PPM = 30 X 1000 3.

23 X 320 = 56.5 73. Formula Untuk menghitung anggaran masa menggerudi Anggaran masa menggerudi = P H X PPM Dimana.23 X 320 = 56.77 minit atau 46 saat FAKTOR-FAKTOR PEMILIHAN HANTARAN DAN KELAJUAN .6 = 0.23 mm dan kelajuan spindal ialah 320.bergesel dan cepat menjadi panas.3 Kira masa yang diambil untuk menggerudi satu lubang yang bergaris pusat 15 mm dan 52 mm dalam.3 X D ) D = Garis pusat gerudi dalam milimeter PPM = Putaran per minit H = Hantaran pemotong mata gerudi dalam mm per putaran Contoh 5.5 0. Kadar hantaran pemotong ialah 0. Anggaran masa menggerudi = P H X PPM = 52 + ( 0.3 X 15 ) 0. d = Dalam lubang P = Panjang juluran mata gerudi ( Dalam lubang + panjang hujung mata ) = d + ( 0.

Berikut ialah beberap faktor pemilihan kelajuan spindal : 1. menggerudi. Jenis bahan 6. Tiga jenis minyak galian yang aktif : (a) Minyak galian bersulfur (b) Minyak galian sulfur berklorin (c) Minyak galian berlemak Tiga jenis minyak galian yang tak aktif : (a) Minyak galian biasa. menggerudi. Bendalir pemotong boleh dikelaskan kepada beberapa jenis. mencanai. antaranya ialah : 1. 5. Penggunaan bendalir pemotong. (b) Minyak galian lelemak. (c) Minyak galian lelemak bersulfur. 2. melulas. Jenis dan keadaan mesin.11 JENIS-JENIS PENYEJUK. Minyak pemotong atau minyak galian. 3. FUNGSI DAN KEGUNAANNYA Bendalir pemotong menjadi unsur yang sangat penting dalam operasi pemesinan seperti melarik. Tindakan geseran antara mata pemotong dengan tatal yang dirincih menghasilkan haba yang boleh menyebabkan tepi mata pemotong melekat seterusnya boleh memecah atau mematahkan gerudi tersebut. Sebab utama bendalir pemotong digunakan dalam kerja menggerudi ialah untuk membebaskan haba daripada gerudi dan benda kerja. Kuatnya atau tegapnya benda kerja dipegang dalam mesin. Bahan mata gerudi 5. kerja-kerja tekan dan sebagainya. Keadaan ini menghasilkan permukaan lubang yang tidak baik dn kerja yang tidak tepat. . Ketepatan dan penyudahan kerja. meraut. memotong bahan. membenang ( dalam dan luar ). 4.

4. Bendalir pemotong tiruan atau kimia. (b) Minyak boleh larut lelemak tinggi. Minyak boleh larut.2. KEBAIKAN MENGGUNAKAN BENDALIR PEMOTONG 1. Menjimatkan kos gerudi. (c) Minyak boleh larut tekanan lampau. dan kerja-kerja dapat dijalankan dengan lebih pantas lagi. Disebabkan geseran dapat dikurangkan. 5. mesin-mesin tidak menggunakan tenaga yang berlebihan. Mengurangkan geseran yang berlaku antara gerudi denlgan gerudi. Penyejuk khas. Untuk menyejukkan benda kerja. 4. Membantu memecahkan tatal. Penggunaan bendalir pemotong membolehkan kelajuan mesin yang tinggi digunakan. Tiga jenis minyak boleh larut : (a) Minyak galian boleh larut. Untuk mengeluarkan serpihan-serpihan tatal. Meningkatkan produktiviti. 2. 2. Untuk menyejukkan tepi mata pemotong. 3. 3. . 6. 3. FUNGSI BENDALIR PEMOTONG Terdapat berbagai-bagai fungsi bendalir pemotong antaranya ialah : 1. Penggunaan bendalir pemotong menyebabkan gerudi lambat haus dan tahan lama. Menjimatkan tenaga. menghindar tatal dari melekat ditepi jidar atau bibir pemotong. dan dapat menjimatkan masa mengasah gerudi.

dan mengasah mata alat dapat dikurangkan.13 LANGKAH KESELAMATAN SEMASA MENGGERUDI Mesin gerudi perlu dikendalikan dengan berhati-hati untuk mengelakkan sebarang kemalangan yang boleh berlaku semasa mengendalikan proses menggerudi. ii. 2. iv. 5. pastikan kawasan sekeliling mesin bersih dan tidak menyebabkan jurumesin terjatuh. gunakan berus dan bukannya kain untuk membersihkan tatal selepas mata gerudi berhenti. Bersihkan minyak. Kerja-kerja menukar alat. 1. pastikan mata gerudi dengan benda kerja mempunyai ruang kelegaan sebelum .12 LANGKAH MENJAGA MATA GERUDI DAN MESIN GERUDI i. 3. Mata gerudi hendaklah disimpan dalam kotak penyimpan mata gerudi setiap kali selepas ianya digunakan. bendalir pemotong dan tatal pada lantai. Gerudi dapat melakukan pemotongan dengan baik dan berkesan dan boleh menghasilkan sudahan kerja yang baik dan kerja yang tepat. Ini boleh menyebabkan mata gerudi mudah patah. pastikan hanya seorang jurumesin yang bekerja sewaktu mesin beroperasi. iii.4. Mata gerudi hendaklah sentiasa diminyakan untuk mengelakkan ianya berkarat. Gunakan kelajuan yang betul mengikut jenis-jenis logam yang hendak digerudi. Berikut adalah beberapa panduan yang perlu diikuti semasa menggunakan mesin gerudi. 5. 4. 5. Menjimatkan tenaga buruh. Meningkatkan mutu. gunakan pakaian yang selamat dan sentiasa menggunakan cermin mata keselamatan.Mata gerudi hendaklah dicengkam dengan kuat pada ‘chuck’ dan jangan sekalikali mencengkam terlalu hampir dengan hujung lurah. 5.

. FAIZ dengan mewujudkan blog ini utk bantu menyenangkan pelajar utk belajar.kalau bahagian mesin larik dapat membuat penjelasan berdasar gembar-gambar setiap bahagian lagi bagus. selain daripada itu .. SONG JEAN YAU 14PKM08F1010 Pertama sekali. tak payah susah-sudah cari malumat lain kat internet. gambar-gambar ialah amat penting untuk seorang pelajar . ia lagi bagus. ia berdasarkan gambar-gambar yang jelas dan penjelasan yang penting untuk lebih mudah difahami berbanding dalam modul.memulakan kerja. sebab kalau kita dah lihat gambar-gambar kita boleh lebih mudah dan senangi untuk memahamkannya. Dari keseluruhannya saya amat berterima kasih kpd EN.dengan memasuki blog begini memang jimat masa bagi seorang pelajar.saya nak berterima kasih kpd EN. 6.. pastikan spindal tidak berputar semasa kerja pengukuran atau pengujian dilakukan 7.kalau semua subjek yang dalam mekanikal dapat membuat blog macan begini.. Untuk subjek workshop .FAIZ krn mendapat mewujudkan blog ini untuk pelajar-pelajar mekanikal yang amat memerlukan maklumat dan pengetahuan yang begini. Blog ini boleh dikatakan untuk lebih mudah difahami oleh pelajar-pelajar yang ambil subjek ini . matikan suis ketika menukar mata gerudi dan selepas operasi menggerudi dilakukan.. 2008 at 3:14 AM . October 27. posted by mohdfaizrazali at 9:51 am 1 comment: song jean yau said.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful