You are on page 1of 5

PENGENALAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA BAB 1.

0 : PENGENALAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
1.1 PENGENALAN Sumber manusia ditakrifkan sebagai sekumpulan kakitangan dan pekerja yang berkhidmat dalam sesebuah organisasi. Tidak mungkin sesebuah organisasi boleh wujud tanpa sumber manusia yang membantu atau mengendalikannya. Walaupun perniagaan lain sekalipun memerlukan kerjasama dari sumber manusia dari luar atau rakan-rakan perniagaan lain untuk wujud. Tujuan diwujudkan pengurusan sumber manusia adalah untuk memastikan bahawa manusia yang diambil bekerja oleh organisasi digunakan dengan cekap dan berkesan dan mereka berupaya menyumbang kepada pencapaian matlamat organisasi. Dahulu, sumber manusia dikenali sebagai ‘kos’ kepada organisasi kerana perlu dibayar gaji, diberi berbagai bentuk faedah dan cuti, bonus dan faedah kesihatan. Kini, mereka dikenali pula sebagai ‘aset’ kepada organisasi. Pada hakikatnya, manusia adalah nadi utama dalam sesebuah organisasi agar ia dapat bergerak dengan lancar. Anjakan paradigma inilah yang mencetuskan betapa pentingnya sesebuah organisasi menghargai hasil kerja yang berkualiti yang ditunjukkan oleh kakitangan dan pekerja mereka. Pengurusan tertinggi organisasi juga memastikan tenaga kerja yang menerajui organisasi mereka mampu memanifestasikan misi, objektif dan saranan korporat, dengan kata lain‘making things happen’. Oleh itu, pengurusan sumber manusia perlu untuk menentukan pencapaian objektif dan matlamat organisasi. Pengurusan sumber manusia merupakan satu bahagian dalam pengurusan yang mempunyai hubungan yang rapat sesama individu. Di samping itu juga, ia menumpukan terhadap pencapaian dan kehendak serta keperluan kepada pelanggan, di mana ia boleh membantu organisasi memberi kepuasan kepada keperluan luaran pelanggan. Pengurusan sumber manusia merupakan aspek penting dalam strategi pembangunan sumber manusia yang merupakan kunci kepada kejayaan organisasi. Pekerja merupakan harta yang penting dan berharga berbanding dengan sumber lain dalam organisasi. 1.2 DEFINISI PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Menurut Bohlander et al (2001), pengurusan sumber manusia merangkumi penggabungan semua tenaga kerja yang pelbagai untuk mencapai matlamat bersama. Manakala Ivencevich (2001) pula mentakrifkan pengurusan sumber manusia sebagai fungsi yang dilaksanakan dalam organisasi bagi membantu memudahkan penggunaan sumber manusia secara berkesan untuk mencapai matlamat organisasi dan individu. Di samping itu, terdapat berbagai perspektif terhadap fokus pengurusan sumber manusia iaitu:

struktur pampasan Prestasi Mengurus prestasi. latihan dan sebagainya. bonus. (2000). mengajar pekerja bagaimana untuk melaksanakan kerja dan menyediakan mereka untuk masa depan (latihan dan pengembangan).  Pengurusan sumber manusia sebagai pengurusan strategik yang menekankan pekerja sebagai harta dalam sesebuah organisasi. rekod tentang pekerja Pekerja dan Hubungan Kajian sikap. pampasan eksekutif. kemahiran. dasar dan sistem yang mempengaruhi tingkahlaku. temubual prestasi Kemudahan Insurans. hubungan pekerja. latihan. pemilihan. pelan persaraan. perkhidmatan Rekod peribadi Sistem maklumat. Menurut Tsui dan Gomez Meija (1998). inovasi. Danaley dan Huselid (1996) amalan pengurusan sumber manusia yang berkesan perlu dikaitkan dengan prestasi organisasi di mana ia boleh mempengaruhi kepuasan pekerja dan pelanggan.1 : Fungsi dan aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan Sumber Manusia. pembangunan dan laluan kerjaya Pampasan Mentadbir gaji dan upah. sikap dan prestasi pekerja. menarik pekerja yang berkelayakan (perekrutan). pemindahan kerja. menilai prestasi pekerja (penilaian prestasi). peningkatan produktiviti. penyediaan faedah dan elaun. perekrutan. membentuk piawaian prestasi. dan membentuk persekitaran kerja yang positif dan harmoni (perhubungan pekerja). kaedah penilaian. Antara amalan-amalan pengurusan sumber manusia termasuk menentukan keperluan sumber manusia (perancangan sumber manusia). tindakan pembetulan. pematuhan peraturan dan .  Pengurusan sumber manusia sebagai pengurusan personalia yang memberi penekanan kepada kemahiran teknikal untuk penilaian. memberi ganjaran kepada pekerja (pampasan). penilaian pekerjaan. Amalan pengurusan sumber manusia yang berkesan perlu dibentuk dan digunakan untuk membantu mencapai matlamat dan objektif perniagaan dan organisasi. ujian Orientasi. Noe et al.  Pengurusan sumber manusia merujuk kepada amalan. pengurusan cuti. memilih pekerja (pemilihan). Fungsi Perancangan dan Perekrutan Latihan dan Pembangunan Aktiviti Temuduga.Pengurusan sumber manusia dianggap pengurusan manusia yang mengurus pekerja sebagai aktiviti langsung dan interpersonal. pendidikan. Jadual 1. penghargaan dan pujian. pembahagian keuntungan Perkhidmatan Pekerja Program bantuan pekerja. produktiviti dan juga pembangunan reputasi yang baik di kalangan organisasi lain.

pengawasan keselamatan. mempunyai kemahiran yang sesuai dan pada masa yang sesuai. 5. kenaikan pangkat. 2. penilaian prestasi. Fungsi-fungsi ini meliputi pelbagai aktiviti yang memberi signifikan kepada semua bahagian dalam organisasi. 4. 3. dan program bantuan pekerja. 5. Untuk membekalkan pekerja kepada organisasi. gabungan dan perolehan Berdasarkan aktiviti di atas. ramalan perancangan. penyediaan peralatan perlindungan peribadi Pengurusan sumber manusia antarabangsa. perhubungan majikan dan pekerja. 1. 2. penguatkuasaan. Untuk memberhentikan pekerjaan dalam suasana yang konsisten dengan matlamat organisasi. Perancangan Sumber Manusia Pembangunan Sumber Manusia Pampasan dan Kemudahan Keselamatan dan Kesihatan Perhubungan Industri Penyelidikan Sumber Manusia . latihan keselamatan. ganjaran. Untuk membantu meningkatkan kelayakan dan kemahiran pekerja dengan menyediakan program-program latihan dan pengembangan.Komuniti/ Masyarakat Keselamatan dan kesihatan Perancangan strategik polisi. pemantauan pelaksanaan polisi. 6. Byres dan Rue (1998) telah mengenalpasti enam fungsi pengurusan sumber manusia iaitu: 1. perekrutan. disiplin. pemilihan. Proses ini meliputi perancangan. bantuan pendidikan. 4. ujian kesihatan. Untuk memastikan pekerja yang berkebolehan kekal dan setia kepada organisasi melalui program seperti pampasan dan kemudahan.3 FUNGSI PENGURUSAN SUMBER MANUSIA Fungsi pengurusan sumber manusia merujuk kepada tugas dan kerja yang dilakukan oleh organisasi yang kecil atau besar dalam usaha untuk memberi dan menyelaras sumber manusia. undang-undang buruh Pembentukan polisi. maka prinsip pengurusan sumber manusia boleh dirumuskan seperti berikut: 1. Untuk memotivasikan pekerja bagi meningkatkan keberkesanan melalui program insentif. di samping tidak merendahkan martabat pekerja tersebut di mata pekerja lain. pertukaran dan pengurusan kerjaya. 3. orientasi dan perancangan berterusan. kualiti kerja dan program pembangunan organisasi. iaitu dengan jumlah yang cukup.

Mereka sistem bagi menilai prestasi setiap pekerja. .  Memberi bantuan kepada pekerja yang mempunyai masalah peribadi yang boleh mempengaruhi prestasi kerja mereka. teknologi dan lain-lain menyebabkan pengurusan sumber manusia perlu menjadi agen perubahan.Keenam-enam aktiviti tersebut boleh diperincikan seperti dalam Jadual 1. Pengurus sumber manusia perlu membuat banyak perkara.  Membangun dan melaksanakan rancangan bagi mencapai keperluan tersebut.2 seperti berikut: Perancangan. Merekabentuk sistem bagi mengurus disiplin dan bantahan. Perekrutan dan Pemilihan Sumber Manusia  Melakukan analisa pekerjaan bagi melakukan keperluan yang spesifik bagi tugas-tugas individu dalam organisasi. Keselamatan dan Kesihatan  Reka dan implimentasi program yang memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja terjamin.  Merekrut dan mengambil sumber manusia bagi memenuhi tugas-tugas spesifik dalam organisasi.4 CABARAN SUMBER MANUSIA Perubahan yang berlaku pada hari ini dari segi globalisasi. Pembangunan Sumber Manusia      Orientasi dan melatih pekerja Mengurus dan mengimplimentasi pengurusan dan program-program pembangunan organisasi. Pampasan dan Kemudahan  Reka dan implimentasi sistem pampasan dan kemudahan untuk semua pekerja  Memastikan pampasan dan kemudahan adalah adil dan konsisten. Membentuk kumpulan yang berkesan dalam struktur organisasi.  Meramal keperluan sumber manusia bagi mencapai objektif sesebuah organisasi. Bantu pekerja dalam membangunkan rancangan kerjaya mereka. memperkenalkan dasar baru. Perhubungan Industri Sebagai orang tengah di antara organisasi dan kesatuan sekerja. Penyelidikan Sumber Manusia Mewujudkan asas maklumat sumber manusia Bentuk dan implimentasi sistem komunikasi pekerja     1.

KESIMPULAN Pengurusan sumber manusia merupakan aspek yang perlu diberi perhatian oleh semua pengurus organisasi.4. http://thestorytellingmyworld.3 1.html 1. Perubahan Trend Pekerjaan Lebih ramai kaum wanita memasuki pasaran kerja pada masa kini memerlukan perubahan kepada beberapa aspek fungsian sumber manusia. Bangladesh dan Myanmar. wujudnya organisasi yang memberi waktu kerja anjal untuk mengatasi masalah penjagaan kanak-kanak ketika ibu bekerja. membuat organisasi lebih peka kepada persekitaran. fleksibel dan terus bersaing di samping sentiasa memantau persekitaran organisasi. 1. Para pekerja dari kategori ini perlu mematuhi peraturan dan undang-undang buruh Malaysia di samping peraturan yang dikeluarkan khas untuk pekerja pendatang ini. Filipina. Buruh asing Terdapat ramai pekerja negara luar terutamanya yang datang untuk bekerja di Malaysia seperti pekerja dari Indonesia. Di samping itu.blogspot.5 . Ini adalah kerana pekerja merupakan elemen yang penting dan berharga untuk mencapai keberkesanan organisasi.4. Selain itu. perancangan dan perekrutan sumber manusia. mereka perlu menjalani dan lulus ujian kesihatan terlebih dahulu. Fungsi sumber manusia seperti pampasan.. Antara aspek yang diubah ialah cuti bersalin 60 hari yang diberikan kepada wanita. pemilihan dan sosialisasi. mereka perlu mendapat permit pekerjaan Malaysia sebelum bekerja di mana-mana syarikat di Malaysia.4.membentuk budaya kerja sihat.com/2011/07/pengenalan-pengurusan-sumber-manusia. Sebagai contoh.1 Perubahan Teknologi Teknologi yang serba canggih pada masa kini membolehkan pengurus sumber manusia menjadi lebih berkesan di samping dapat mempercepatkan perjalanan berbagai fungsian sumber manusia. latihan dan perhubungan industri merupakan aspek yang membantu mencapai keberkesanan pengurusan sumber manusia dalam sesebuah organisasi. Ini merupakan sebahagian dari perubahan yang dihadapi oleh pekerja wanita pada masa kini. Ini adalah untuk mengekalkan tenaga kerja di kalangan wanita di sektor pekerjaan. perubahan teknologi memerlukan pekerja yang lebih berpengetahuan yang boleh membantu pihak pengurusan untuk mengesan dan menyelesaikan masalah serta membuat keputusan tentang bidang kerja mereka. di samping untuk membantu kaum wanita yang menghadapi maslah semasa bekerja.2 1.