You are on page 1of 13

ISU-ISU YANG TIMBUL DALAM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL

MUHAMMAD MUAZ BIN MOHD AMIN 5PISMP RBT2 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN

Pengenalan Satu sistem pentaksiran yang diperkenalkan dalam transformasi pendidikan adalah Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK). SPPK merupakan transformasi daripada sistem sedia ada yang menumpukan kepada ujian pencapaian dan peperiksaan berorientasikan peperiksaan kepada satu sistem yang lebih holistik. Hal ini adalah untuk menyediakan satu set indikator untuk menilai potensi murid dan kesediaan untuk belajar, selain menguji penguasaan dan pencapaiannya di dalam sesuatu bidang. Salah satu komponen penting dalam pendidikan ialah pentaksiran kerana ianya memberi maklumat mengenai perkembangan seseorang murid kepada guru, ibubapa dan murid itu sendiri. Hasil pentaksiran boleh membantu guru menilai kaedah pengajaran dan aktiviti yang telah dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kementerian prihatin terhadap dakwaan bahawa sistem pendidikan negara terlalu berpaksikan peperiksaan. Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010 telah bersetuju supaya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu usaha untuk

membangunkan modal insan secara holistik melalui penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi seperti tercatat di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Pelan Integriti Nasional (PIN) dan seperti yang dihasratkan dalam Misi Nasional. PBS mula dilaksanakan di Sekolah Rendah pada tahun 2011 dan diperkenalkan di peringkat Sekolah Menengah pada tahun 2012. Justeru pada tahun 2016 murid-murid sekolah rendah akan menduduki UPSR yang telah ditambahbaik. Pada tahun 2014 pula PMR akan dilaksanakan sepenuhnya dalam bentuk PBS. Sistem pendidikan kini adalah untuk menyediakan generasi muda dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan supaya mereka dapat menghadapi masa depan dengan lebih sempurna. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara sesuai dengan perubahan taraf masyarakat Malaysia pada hari ini. Salah satu unsur yang penting

1

sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan dan terlalu mengiktiraf pencapaian akademik menyebabkan penglibatan murid dalam kegiatan kokurikulum agak rendah. kelas sosial. ketidakseimbangan penyediaan infrastruktur. akses kepada pendidikan. psikomotor dan 2 . Oleh itu. Kementerian Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa pembangunan pendidikan dari zaman dasar pembangunan hingga ke zaman dasar wawasan negara telah berjaya mencapai banyak kemajuan khususnya dalam sudut penyediaan infrastruktur. Kurikulum baru disebut Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) hinggalah yang terkini ditukar kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang memperkenalkan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). semua murid yang mendaftar Tahun Satu telah diberi penekanan akan kurikulum sebegini iaitu melalui Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). peringkat pendidikan. penulis ingin membincangkan tentang satu bentuk pentaksiran yang baru digunapakai sekarang dimana ianya masih berada pada peringkat awal dan permulaan lagi yang dikenali sebagai Pentaksiran Berasaskan Sekolah. kelompok etnik serta budaya masing-masing. sistem ini memberi tekanan kepada guru. teknologi pendidikan. organisasi sekolah dan keguruan. perubahan dalam sistem pendidikan Malaysia pada hari ini dibuat agar kesemua matlamat dapat dicapai dengan sempurna. dan kurikulum yang relevan. apa yang dilihat pada masa ini masih terdapat pelbagai isu yang timbul berkaitan dengan pencapaian dasar pendidikan kebangsaan. ekuiti. kemudahan pendidikan dan latihan perguruan. Strategi untuk meningkatkan peluang pendidikan telah berjaya mencapai sasarannya. Hari ini. Dalam melaksanakan penulisan ilmiah ini. Dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 (KPM. Pada tahun 2011. Selain itu. Oleh yang demikian. afektif. kualiti tenaga pengajar.adalah untuk memberikan peluang pendidikan yang sama kepada semua pelajar tanpa mengambil kira bangsa. Antaranya ialah berhubung perkara struktur pendidikan. pelaksanaan Program PPSMI. sistem pendidikan mengalami tempiasnya dan mengalami perubahan. seiring dengan perubahanperubahan pelan pendidikan.2001). Sistem Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) ini digubal serta dibuat penambahbaikan demi menyesuaikan sistem pendidikan dengan keperluan dan kepentingan semasa. Walaupun begitu. Ini selaras dengan pendapat Sufean (2004) yang menyatakan bahawa terdapat banyak isu pendidikan yang boleh dikategorikan iaitu pentadbiran. ibu bapa dan pelajar berkenaan kerana setiap pihak perlu memainkan peranan bagi memastikan pencapaian pelajar memuaskan dan berada di tahap yang dikehendaki. Sistem ini adalah merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai dari aspek kognitif.

direkod dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Penilaian memberi maklumat tentang pencapaian objektif. Bagi mengetahui dengan lebih mendalam mengenai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). konsep keempat-empat komponen ini perlulah diketahui terlebih dahulu. Pentaksiran Berasaskan Sekolah telah direka mengikut perkembangan zaman. Pentaksiran Aktiviti Jasmani. Walaupun ianya telah mengikut kesesuaian pada masa kini. Pentaksiran ini dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guruguru mata pelajaran secara berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlansung. Sukan dan Kokurikulum. ditadbir. menginterpretasi dan menghurai maklumat tentang pembelajaran seseorang bagi sesuatu tujuan. sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini dapat melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis. Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) terdiri daripada Pentaksiran Sekolah. pentaksiran ialah proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pengujian juga merupakan satu instrumen atau prosedur untuk mengukur kuantiti atau kualiti sesuatu pembolehubah yang terdapat pada subjek. Dengan kata lain. Terry D. Pengukuran pula adalah satu proses bagi menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan di antara pelajar yang bertujuan untuk membuat perbandingan pencapaian dan kedudukan di antara pelajar dari segi penguasaan pembelajaran. Setiap perkara atau sesuatu yang baru diwujudkan akan mempunyai kelebihan dan kelemahan. pelbagai masalah juga timbul terutamanya kepada para guru yang tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa menjalankan sistem ini. TenBrink (1974) menyatakan penilaian adalah satu proses untuk mendapatkan maklumat yang akan digunakan dalam pertimbangan untuk membuat keputusan. Masalah-masalah yang timbul dari kalangan pengamal kurikulum ini sedikit sebanyak akan mengganggu kelancaran proses pentaksiran yang dirancang oleh 3 . memberi skor. Pentaksiran pula adalah satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti mengumpul.sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Konsep pertama ialah pengujian. Hal ini adalah untuk menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu pembelajaran. Oleh sebab itu. merekod. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ini mempunyai empat komponen iaitu pengujian. Oleh itu. Pentaksiran ini dirancang. kaedah pengajaran guru dan keberkesanan kurikulum. diskor. penilaian dan pentaksiran. Pentaksiran Berasakan Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah. pengukuran. Pengujian ialah satu proses untuk menentukan perubahan tingkah laku subjek. Pentaksiran Pusat. dan Pentaksiran Psikometrik. penilaian boleh ditakrifkan sebagai satu proses memperoleh maklumat kuantitatif bagi menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan nilai.

atau pemegang jabatan yang dilakukan secara sistematik dengan menggunakan teknik analisis jabatan. pengertian beban kerja adalah sekumpulan atau sejumlah kegiatan yang harus diselesaikan oleh suatu unit organisasi atau pemegang jabatan dalam jangka waktu tertentu. Guru berperanan sebagai pentadbir menjalankan rutin seperti menanda jadual kedatangan. Seperti yang kita sedia maklum. Walaupun begitu. guru mempunyai tugas yang banyak dan harus diselesaikan dalam jangka masa yang pendek seperti menjalankan aktiviti rutin yang biasa dilakukan. rumusan dan kesimpulan dapat dibuat akan bebanan yang ditanggung oleh guru. Menurut Kamaruddin (1996) beban kerja adalah proses untuk menetapkan jumlah jam kerja yang digunakan atau diperlukan untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan dalam waktu tertentu. mengeluar dan menyimpan bahanbahan seperti buku cerita.pihak penggubal. Beliau juga menyatakan. Ini adalah satu bentuk penambahan beban kerja yang baru terhadap beban kerja guru yang telah sedia ada. bahawa pengukuran beban kerja diertikan sebagai suatu teknik untuk mendapatkan informasi tentang efisyen dan efektif kerja suatu unit organisasi. terdapat juga guru yang terlibat dengan tugas-tugas rasmi pentadbiran sekolah seperti menulis surat rasmi kepada ibu bapa dan juga pihak jabatan beberapa kali setahun. Guru-guru kebanyakannya telah dibebani dengan kerja yang bertimbun. Beban tugas dan kerja guru dapat dinilai oleh pengurusan sekolah mahupun kementerian pelajaran sendiri melalui pelbagai cara. menyemak keadaan fizikal bilik darjah. teknik analisis beban kerja atau teknik-teknik yang lain. Melalui ini. menandatangani buku atau rekod laporan kemajuan pelajar 4 . Sebagai contohnya. Setelah beban kerja guru yang sedia ada ini dinilai. Oleh yang demikian. menyemak dan memulangkan buku latihan. Disamping itu. ianya ditambah lagi dengan sistem pentaksiran yang baru yang lebih memberi bebanan kepada guru itu sendiri. Sementara itu menurut Menpan (1997). pihak Kementerian Pelajaran Malaysia seharusnya mengambil tahu perihal guru-guru di sekolah dan mendengar keluhan serta rungutan mereka. Beban Kerja Guru Dalam perlaksaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. terdapat beberapa masalah telah dikenalpasti. mengutip yuran dan lain-lain. Antaranya ialah guru kepenatan dengan bebanan kerja yang banyak selain daripada tugas mengajar di dalam kelas. guru menulis surat untuk menjemput ibu bapa menghadiri mesyuarat PIBG. proses penambahbaikkan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Pentaksiran Berasaskan Sekolah adalah satu bentuk pembelajaran yang mana ianya lebih menekankan kepada penilaian yang dibuat oleh seorang guru terhadap muridnya.

Guru perlu pandai membahagikan masa untuk melakukan rutin harian guru disamping memberi penekanan masa yang sepatutnya dalam proses Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Sebagai guru. Selain itu. dari bulan ke tahun. kokurikulum dan hal-hal pentadbiran membuatkan guru terasa terbeban dengan sistem pentaksiran baru yang dilaksanakan sekarang. Oleh yang demikian. Pengurusan masa ialah bagaimana seseorang individu atau pemimpin organisasi merancang. Menurut Abdul Rahman Aziz (2001). Setiap perkara yang berlaku haruslah mempunyai sebab musababnya. Masa merupakan sumber yang paling sukar didapati dan tiada sesuatu pun yang dapat diurus kecuali masa diurus. Dalam melaksanakan tuntutan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melaksana Pentaksiran Berasaskan Sekolah. membahagi dan mengatur masa hariannya supaya dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. dari saat ke minit. Contohnya. Tabiat yang negatif perlu dibuang dari dalam diri sendiri. dari tahun ke dekad. Masa adalah sesuatu yang penting. Drucker. terdapat terdapat beberapa masalah telah dikenalpasti. dalam melaksanakan program lawatan sambil belajar yang sering dianjurkan oleh pihak sekolah. guru juga harus bertanggungjawab dalam melaksanakan bidang kokurikulum seperti merancang takwim sekolah pada setiap permulaan tahun atau persekolahan. masa adalah sesuatu yang amat berharga dalam kehidupan manusia. kerja yang diterima perlu disiapkan dengan segera.” Masa adalah pengukur peribadi seseorang manusia serta masa adalah pengukur taraf dan pangkat seseorang. dan dari dekad ke abad. Oleh yang demikian. Masalah yang dihadapi oleh guru pada masa kini adalah guru tidak pandai untuk mengurus masa dengan baik. dapat kita katakan bahawa tugas guru yang sangat banyak dalam pengurusan kelas. dari jam ke hari. Kadang kala terdapat juga guru yang suka bertangguh dalam melakukan tugas yang diterima. masa adalah pengukur cepat dan lambat. Begitulah juga dengan masalah yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini. mengorganisasi. Jika selama ini kita merupakan seorang yang selalu menangguhkan kerja maka kita perlu mengambil perhatian terhadap perkara ini. memimpin dan mengatur masa mereka agar lebih berkesan. Tambahan beliau lagi. 2005). dari hari ke minggu. Pengurusan masa juga boleh diertikan sebagai suatu ilmu yang berkaitan dengan teknik dan cara seseorang itu mengurus. guru juga terlibat dengan tugas merancang aktiviti kokurikulum dan aktiviti-aktiviti di luar waktu persekolahan. (Peter F. Selain itu. Masa adalah pengukur jarak dan jauh. Antara punca bagi berlakunya masalah yang dihadapi oleh guru dalam aspek beban kerja adalah faktor masa. dari minit ke jam. guru harus bertanggungjawab menyediakan surat kebenaran sebelum memulakan lawatan tersebut. misalnya “sejauh setahun perjalanan cahaya. Masa adalah pengukur serba-serbi aspek kehidupan manusia.dan sebagainya. dari minggu ke bulan. Guru juga bertanggungjawab mentadbir hal-hal di dalam bilik darjah. tabiat ini 5 .

antara masalah yang timbul dalam perlaksanakan Pentaksiran Berasakan Sekolah ini ialah guru terpaksa membuat satu bentuk pentaksiran baru berasaskan band untuk dinilai kepada murid-murid. guru perlu mengaplikasikannya kepada muridnya dan seterusnya menilai dengan teliti tanpa adanya diskriminasi dengan menetapkan pencapaian pelajar dalam laporan berasaskan band. Selepas set soalan pentaksiran siap dibina. Pada tahap Band 4. contohnya murid mengetahui tentang nilai baik hati dan menjelaskannya. Guru perlu membuat penilaian yang sewajarnya terhadap band yang perlu diletakkan terhadap murid sama ada muridnya berada pada band 1 atau band 6. atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi maklum balas terhadap perkara yang asas contohnya bagi Pendidikan Moral. Murid yang telah mencapai Band 3 dianggap telah menguasai kemahiran asas dalam subjek tersebut. murid telah boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi. seperti tertib atau melaksanakan sesuatu mengikut prosedur dan secara sistematik seperti murid tahu adab-adab yang perlu dipatuhi untuk memasuki kelas ketika guru telah berada di dalam kelas. mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi 6 . guru seharusnya mengikut apa yang terkandung dalam Dokumen Standard Prestasi agar ianya selaras dengan setiap objektif yang ingin dicapai melalui pentaksiran. Kita haruslah menyiapkan tugas-tugas dengan awal supaya kita boleh bersedia dengan awal dan mampu menghadapi sebarang kemungkinan. Pada tahap Band 2. Sebagai contohnya dalam pendidikan moral. murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab pada situasi baru. murid boleh mengaplikasikan nilai baik hati pada rakan dan guru kelas tersebut. Sebelum melaksanakan satu-satu pentaksiran. Contohnya dalam Pendidikan Moral. Pada tahap Band 3. murid mampu menyelesaikan masalah apabila berhadapan dengan rakan yang tidak bermoral ? Akhir sekali. murid seharusnya telah dapat menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari. dengan mengikut prosedur atau secara sistematik.perlu diubah. serta tekal dan bersikap positif. murid dapat mengetahui perkara asas. murid seharusnya telah mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif. Guru terpaksa bekerja lebih masa untuk menyiapkan pentaksiran yang sesuai untuk murid-muridnya. Di Band 5. Guru juga perlu memahami apakah yang dimaksudkan dengan setiap band dan apakah gred pencapaian yang ada dalam setiap band. pada tahap Band 6. murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab. Guru Kurang Kemahiran Dalam Melaksanakan PBS Selain itu. murid di Band 1 mampu mengenal nilai-nilai murni. Pada tahap Band 1.

Dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini. Antara punca kepada masalah guru untuk membina pentaksiran berasaskan band adalah para guru tidak mempunyai pengetahuan yang khusus mengenai hal tersebut. Menurut Edward Thorndike. peranan guru perlu lebih spesifik dengan perlu merangka aktiviti pemulihan bagi membantu murid mencapai minima band 3. Bukan itu sahaja. Pada tahap Band 3. para penggubal dasar terutamanya di pihak tertinggi dalam Kementerian Pelajaran Malaysia perlu memainkan peranan yang penting dalam memperkasakan pentaksiran ini dengan mengadakan seminar ataupun kursus jangka masa pendek dan kursus jangka masa panjang kepada semua pendidik dan bakal pendidik yang berada di institusi pendidikan terutamanya di 27 Institut Pendidikan Guru Malaysia di seluruh negara. Sebagai contohnya. Pelaksanaan pentaksiran perlu dibuat selepas semua guru yang akan menjadi pengamal kepada sistem ini telah faham dan mahir sepenuhnya akan isi kandungan sepatutnya yang ada di dalam pentaksiran ini. namun guru-guru tidak diberi pendedahan yang awal yang membolehkan mereka bersedia untuk menerima arus perubahan dalam dunia pendidikan di negara kita. Sesuai dengan guru. Walaupun sistem pentaksiran ini dijalankan secara berperingkat-peringkat. proses mengingat dan proses sesuatu kemahiran akan mudah diperolehi. mereka akan mendapat sesuatu kemahiran yang terbaik untuk diguna pakai semasa 7 . sekiranya penerapan akan pentaksiran sentiasa ditekankan dan didedahkan kepada guru. mengenai pentaksiran ini dibuat kepada para guru. murid tahu membuat pilihan dalam masalah seperti perkara yang menjaga dan tidak menjaga alam sekitar serta mampu mencipta satu perilaku yang menunjukkan mereka menjaga alam sekitar. beliau mengatakan bahawa sekiranya latihan yang berterusan dan berulang diberikan. Seminar dan kursus seharusnya mengandungi dan meliputi aspek pemahaman Dokumen Standart Prestasi. aspek pembinaan pentaksiran dan kemahiran yang diperlukan dalam melaksanakan pentaksiran yang berkesan. ianya boleh disamatarafkan dengan gred lulus. dalam subjek pendidikan moral. Para guru seharusnya diberi satu penerapan khusus bagaimana untuk melaksanakan pentaksiran berasaskan band yang mana ianya mengikut apa jua yang terkandung dalam Dokumen Standart Prestasi. Pelaksanaan pentaksiran juga dilihat sebagai terlalu drastik sehingga guru-guru tidak bersedia untuk menerima sistem baru ini. Justeru.permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal. tiada penekanan yang khusus Dalam perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Pendekatan yang dilaksanakan ini perlulah berterusan. penekanan terhadap pentaksiran ini juga boleh mula diterapkan pada semua bakal guru pelatih agar mereka tidak kekok apabila sudah mula bergelar guru di sekolah nanti.

Rentetan daripada itu. Bagi yang menghadapi masalah capaian internet secara menyeluruh pula. pihak Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa peka terhadap penekanan pentaksiran dari akar umbi agar wang yang dibelanjakan untuk melaksanakan program ini tidak dibazirkan dengan begitu sahaja. Oleh itu. antara masalah lain yang dikenalpasti ialah guru yang terpaksa bangun seawal 3 hingga 4 pagi semata-mata untuk memasukkan data murid kerana mereka beranggapan bahawa pada ketika itulah sistem penyelia perkhidmatan sistem atas talian Pentaksiran Berasaskan Sekolah dapat diakses dengan mudah tanpa sebarang gangguan. Bagi yang tidak mempunyai internet dari aspek kemudahan. Pelbagai perubahan terpaksa dilakukan oleh guru lama tetapi perubahan yang paling ketara ialah melalui perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Bukan itu sahaja.menjalankan pentaksiran itu nanti. Masalah pengunaan komputer dan capaian internet Selain itu. guru tersebut terpaksa keluar ke tempat-tempat yang mempunyai capaian internet bagi mengakses ke capaian sistem atas talian. Disamping itu. mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Perkara ini mustahil bagi seorang guru yang tidak mahir menggunakan kemudahan ini dapat mengakses dan memasukkan data murid seperti mana yang dikehendaki dan sepatutnya. Ini adalah satu bebanan besar yang dihadapi oleh guru terutamanya guru lama iaitu guru yang telah lama berkhidmat dan telah mengikuti pelbagai jenis kurikulum yang dilaksanakan oleh pihak kementerian pelajaran. Pentaksiran Berasaskan Sekolah memerlukan segala-galanya menggunakan komputer dan internet untuk mengemaskini data dan memasukkan data secara atas talian. mereka terpaksa mengeluarkan sedikit wang mereka untuk melanggan capaian internet sama ada melalui penggunaan broadband dari pengusaha telco pakej streamyx mahupun melalui komunikasi. Tekanan ini amat dirasa oleh para guru kerana mereka tidak mahir menggunakan komputer malahan ada yang tidak pernah menggunakan komputer. Hal ini mungkin adalah kerana rumah guru tersebut terletak di kawasan yang mempunyai capaian rendah untuk mengakses internet. Masalah capaian internet dapat dibahagikan kepada dua perkara utama iaitu tidak mempunyai capaian internet secara kemudahan dan tidak mempunyai internet secara menyeluruh. Para guru terpaksa membelanjakan wang mereka minima sebanyak RM30 hingga RM140 sebulan untuk mendapatkan capaian internet ini bagi memudahkan tugas mereka. masalah juga timbul kepada para guru yang mempunyai kemahiran menggunakan komputer tetapi tidak mempunyai capaian internet. 8 . antara masalah lain yang telah dikenalpasti dihadapi oleh guru dalam melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah adalah kurangnya kemahiran dalam penggunaan komputer dan internet oleh para guru khususnya golongan guru-guru veteran.

pihak sekolah seharusnya merancang dan melaksanakan inisiatif sendiri dengan memberi peluang kepada guru-gurunya untuk belajar komputer di sekolah. antara masalah yang dihadapi oleh para guru juga adalah berkaitan dengan kurangnya kemahiran penggunaan komputer dan penggunaan internet. Kemahiran komputer yang dimiliki oleh para guru tidak akan dapat membantu guru tersebut untuk melaksanakan sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini dengan sebaiknya tanpa ada capaian internet. Hai ini berpunca daripada kurangnya minat dalam kalangan guru. antara masalah yang dikenalpasti ialah masalah capaian internet. guru terpaksa bersengkang mata untuk bangun awal pada waktu pagi untuk menyiapkan tugas memasukkan data atas talian ini. Oleh itu. Selain itu. Kebanyakkan sekolah yang terletak di pedalaman masih lagi tidak mempunyai kemudahan internet bantuan daripada pihak kerajaan seperti “school-net” yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. untuk meningkatkan kemahiran komputer ini. Masalah guru kurang berminat akan penggunaan komputer sepatutnya dielakkan oleh para guru. Selain itu. Pihak kerajaan perlu meluaskan capaian internet ini di semua sekolah di Malaysia tanpa mengira status sekolah berkenaan kerana dalam pendidikan. Pihak swasta dan NGO juga perlu memainkan peranan mereka dalam menyumbang kepada arus dengan kemudahan pendidikan semasa. Pembelajaran boleh dibuat pada masa lapang mahupun masa khas seperti hujung minggu dengan menjemput guru pakar dalam bidang it ataupun pentaksiran dan yang mempunyai kemahiran dalam bidang komputer untuk mengajar dan memberi kursus untuk guru-guru di sekolah. Hal ini kerana. Kemajuan internet dan komputer seiring membangun antara satu sama lain. Antaranya dengan membekalkan Tidak menjadi masalah sekiranya pembekal kemudahan talian internet mengikut rangkaian telekomunikasi mereka masing-masing “broadband”. Selain itu.Ini sedikit sebanyak menganggu waktu rehat guru yang telah seharian berkerja dengan melayan kerenah murid di sekolah dan melayan kerenah anak-anak di rumah. Keluhan daripada guru mengatakan bahawa sistem data yang dijalankan atas talian ini sering tidak dapat diakses pada waktu pada siang akibat daripada terlalu ramai guru yang ingin mengaksesnya pada waktu siang. guru-guru perlu sedar akan pentingnya komputer pada zaman globalisasi ini kerana setiap perkara di zaman ini boleh diakses melalui komputer. semua perkara yang berkaitan dan kemudahan yang diberikan mestilah adil dan saksama. Dengan itu wujudnya peluang bagi guru-guru yang tidak pandai komputer untuk mempelajarinya dan ini akan menjadikan mereka tertarik untuk mengikuti kursus sebegini dan minat untuk mendalami pengunaan komputer. telekomunikasi berkenaan mengurangkan sedikit caj perkhidmatan yang akan diberikan dengan caj yang amat berpatutan kerana sekiranya caj yang diberikan berpatutan dan 9 .

Sekiranya ini berlaku. Kepuasan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia terhadap perlaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah amat bergantung kepada kepuasan para guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran berasaskan pentaksiran tersebut. beliau menyatakan bahawa hubungan seseorang individu dengan pekerjaannya merupakan suatu hubungan dasar dan sikapnya terhadap kerja akan menentukan kejayaan atau kegagalan individu itu. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia perlu menaiktaraf sistem atas talian dengan menambah bilangan “server” agar para guru dapat melayari sistem untuk memasukkan data. Beliau juga menegaskan bahawa guru perlu memahami konsep perlaksanaan sistem pentaksiran ini kerana jika tidak memahami dengan baik pelbagai masalah akan timbul. Hal ini ditambah pula sekiranya para guru terlibat mendapat elaun khas perlaksanaan pentaksiran bagi membantu kewangan guru agar proses pentaksiran berjalan 10 . Rahman. seseorang guru itu akan menjadi lebih bersemangat untuk melaksanakan PBS. Herzberg mengemukakan bahawa kepuasan manusia terbahagi kepada dua. iaitu puas dan tidak puas. Mengikut Frederick Herzberg. pihak kementerian perlu menyediakan program latihan yang sesuai dan mencukupi bagi meningkatkan pemahaman di kalangan guru terhadap perlaksanaan pentaksiran sekali gus menepati hasrat kerajaan melahirkan pelajar yang lebih berkualiti. perlu mengambil serius dalam menangani masalah yang dihadapi guru mengenai kemudahan sistem pusat iaitu “server database” yang begitu lambat dan sesak sehingga sukar untuk penguna mendaftar masuk (log in) . Di samping itu. pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. pendedahan terhadap kepentingan pentaksiran serta kursus atau program motivasi guru terhadap penerimaan pentaksiran boleh menjadi pilihan untuk dilaksanakan bagi mengatasi masalah yang dihadapai oleh guru dalam pengurusan sistem pentaksiran ini. Ini bermakna sekiranya para guru puas mengajar ianya sekaligus menjadikan kepuasan yang mereka hadapi dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan memberi kesan terhadap murid. Menurut Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia. Ghazali Ab. para guru yang terlibat dengan perkara ini akan merasai betapa pentingnya pentaksiran ini. mereka akan mendapat keuntungan yang berganda dari pelanggan yang terdiri dari golongan guru ini semakin bertambah melanggan pakej yang mereka bekalkan. Datuk Mohd. Hal ini kerana. antara cadangan tambahan yang boleh dilaksanakan dalam menyelesaikan masalah Pentaksiran Berasaskan Sekolah ialah merancang satu kursus memantapkan penguasaan teknologi. Sekiranya kemudahan ini dapat ditambah. setelah mengikuti kursus dan mahir dalam teknologi serta mempunyai kesedaran mengenai kepentingan PBS. Bukan itu sahaja. pemberian elaun tambahan. para guru yang terpaksa bangun seawal pukul 3 hingga 4 pagi semata-mata untuk memasukkan data muridnya akan selesa berehat dan tidak mengganggu masa rehat mereka pada waktu malam.berkesan.

Guru juga akan menyedari bahawa mereka mampu melahirkan modal insan setelah mengetahui sistem pentaksiran ini secara keseluruhan dan semuanya adalah bergantung kepada mereka. Kesemua masalah ini harus diatasi dengan sebaiknya agar dasar Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan murid yang membangun secara holistik melalui perlaksanaan Pentaksiran Berasakan Sekolah akan tercapai dengan jayanya.lancar. guru memerlukan kemahiran yang tinggi dalam melaksanakan pentaksiran dan masalah pengunaan komputer dan capaian internet. terdapat beberapa masalah yang telah dapat dikenapasti di dalam melaksanakan Pentaksiran Berasakan Sekolah iaitu beban tugas guru yang banyak akan menganggu perlaksanaan pentaksiran. 11 . Guru juga perlu mengikis segala tanggapan negatif terhadap cara baru yang dibawa oleh Kementerian Pelajaran Malaysia agar perlaksanaan pentaksiran ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya demi mencapai pembangunan modal insan kelas pertama. Kesimpulannya.

php?option=com_content&view=article&id=100:penila ian-berasaskan-sekolah&catid=57:artikel-pendidikan&Itemid=86 12 .edu. Choong Lean Keow. Psikologi Pendidikan.com/2012/03/24/teori-birokrasi- max-weber-pengenalan-struktur-objektif-kekuatan-dan-kelemahan-3/ Rutin Harian Murid. (2010). Penerbit Kumpulan Budiman Sdn. Diakses pada 16 mac 2013 dari http://mindapendidik. Struktur. Bhd. PhD. Diakses pada 16 Mac dari http://kulanzsalleh. Diakses pada 16 mac 2013 dari http://buletinkpm.html Pentaksiran Berasaskan Sekolah.com/2011/06/sistem-pengurusan- pentaksiran.blogspot. Objektif. Diakses pada 16 mac 2013 dari http://cikguazharrodzi. Selangor .moe. Pengenalan. Diakses pada 16 mac 2013 dari http://btpnperak. Kekuatan dan Kelemahan.html Penilaian Berasaskan sekolah. Penerbit Kumpulan Budiman Sdn. Selangor. (2011).html Pentaksiran Berasaskan Sekolah Perlu Ditambah Baik.com/kanakkanak/rutin-harian-murid-prasekolah/ Pengenalan tentang Kepimpinan.blogspot. Diakses pada 16 mac 2013 dari http://mindapendidik.wordpress.Bibliografi Buku Atan Long. Diakses pada 16 Mac 2013 dari http://nikalila. Falsafah dan Pendidikan di Malaysia untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan.com/pengenalan-tentang-kepimpinan/ Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Untuk KSSR Tahun 1.com/2012/11/pentaksiran-berasaskan-sekolah-pbs.my/v3/index. PhD. (1988). Bhd Web Teori Birokrasi Max Weber. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.html Pentaksiran Berasakan Sekolah: Perlaksanaan dan cabaran. Choong Lean Keow.com/2012/06/pentaksiran-berasaskan-sekolah. Murid dan Alam Belajar untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian.mshalim.blogspot. Diakses pada 16 Mac 2013 dari http://www.com/2012/11/pentaksiran-berasaskan-sekolah-pbs.blogspot.

LAMPIRAN 13 .