You are on page 1of 14

Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4 Genre Drama

Tingkatan Masa Tajuk Genre Fokus Utama

:4 : 80 minit : Gelanggang Tuk Wali : Drama : 10.4 Menyatakan jenis, ciri, tema dan persoalan,pemikiran, nilai dan pengajaran. Aras 1 (iv) Menganalisis perkara yang menarik dalam karya.

Fokus Sampingan : 2.4 Mengemukakan cadangan yang membina untuk mencapai tujuan perbincangan Aras 1 (iii) Mendengar pendapat yang dikemukakan untuk memberikan respons yang sesuai Objektif: Pada akhir pelajaran, murid dapat: i. Menganalisis perkara yang menarik dalam karya ii. Melengkapkan jadual persoalan dan peristiwa berdasarkan drama iii. Menulis cakap ajuk kepada cakap pindah dengan betul Kemahiran mendengar dan bertutur Fokus Sampingan: Kemahiran menulis Cakap ajuk, cakap pindah

Kemahiran Bahasa: Fokus Utama: Sistem Bahasa: Tatabahasa :

1

menghargai alam semula jadi Kemahiran Bernilai Tambah: Kemahiran Berfikir : Membuat kesimpulan Menilai Menghubungkaitkan 2 . ketaatan. kecundang rongga hidung. kasih sayang. jurus tari silat. tengkolok. copot. tongkat ali.Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4 Genre Drama Kosa Kata : Umum Istilah : : histeria. srikandi. Warisan Budaya Bangsa (ilmu persilatan) : Keberanian. melankolik Pengisian Kurikulum: Ilmu Nilai : Kemasyarakatan.

Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan mengikut nama-nama watak drama Gelanggang Tuk Wali. Guru mengaitkan penggunaan keris dengan isi pelajaran pada hari ini. 3. iaitu : (i) Tuk Wali (ii) Ripin (iii) Siak (iv) Mak Umi (v) Mariam 2. Guru memberikan arahan kepada setiap kumpulan. Guru bersoaljawab dengan murid tentang penggunaan keris dalam kalangan masyarakat Melayu pada zaman dahulu dan zaman sekarang. Guru meminta murid-murid dalam kumpulan membaca petikan teks drama yang ditugaskan kepada mereka. 1 Menganalisis Perkara Yang Menarik dalam Karya 1. Set Induksi Tercapai Lampiran 2 (Soalan Tentang Keris) KBT: Kemahiran berfikir: Menghubungkaitkan Catatan : Murid telah membaca teks drama Gelanggang Tuk Wali 3 .Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4 Genre Drama Langkah Set Induksi Set Induksi Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Penilaian Formatif KBT/Catatan Lampiran 1 (Gambar keris) 1. a. 2. Guru menunjukkan gambar keris dan meminta murid bercerita tentang keris.

Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4 Genre Drama b. i. Teknik: Sumbangsaran Objektif (i) tercapai ii. Guru meminta setiap kumpulan menjalankan aktiviti menilai. iii. Guru meminta murid membuat kesimpulan tentang Perkara yang menarik dalam petikan. 3. vi. Guru menyuruh murid membandingkan wajaran secara keseluruhan. Guru meminta murid dalam kumpulan menyenaraikan ciri positif (kebaikan) yang terdapat dalam petikan teks. Guru meminta murid memerhatikan idea yang hendak disampaikan oleh penulis dalam petikan yang diberi. Guru meminta murid dalam kumpulan menyenaraikan ciri negatif (keburukan) dalam teks. 4. Guru meminta ketua setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas. Lampiran 3 (Cadangan jawapan) Kemahiran berfikir: Menilai iv. 4 . v. Guru meminta murid memberikan wajaran kepada setiap ciri Guru menyuruh murid membuat wajaran secara keseluruhan.

Susun semula maklumat dalam urutan yang logik c. Buat pernyataan kesimpulan dengan sokongan bukti yang ada dalam petikan dan pindahkan dalam jadual. 3. 2 Persoalan dalam Petikan Drama Objektif (ii) 1.Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4 Genre Drama 5. Guru membetulkan jawapan murid sekiranya perlu. Analisis maklumat d. Kumpulkan maklumat yang berkaitan dengan persoalan yang diberi dari petikan yang dibaca. tercapai 2. Guru mengedarkan kertas sebak kepada setiap kumpulan. Guru meminta murid dalam kumpulan mencari peristiwa yang bersesuaian dengan persoalan dalam drama a. b. Lampiran 4 (Lembaran kerja) Kemahiran berfikir: Membuat Kesimpulan 5 . 4. Guru meminta salah seorang murid dalam setiap kumpulan membentangkan hasilan dapatannya di depan kelas. Guru membetulkan jawapan murid dan meminta murid membuat kesimpulan tentang persoalan yang diperoleh dalam drama Gelanggang Tuk Wali.

c. Guru mengarahkan seorang murid menyusun ayat cakap pindah mengikut keutamaan supaya membina ayat yang gramatis. Guru melukis beberapa anak tangga di papan tulis. Guru meminta murid-murid menyusun perkataan dari perkataan yang penting kepada yang kurang penting pada anak tangga. 4. 3. Guru meminta seorang murid meletakkan perkataan yang mengandungi subjek dalam ayat pada anak tangga paling bawah. Guru memilih satu dialog yang terdapat dalam drama Gelanggang Tuk Wali dan menulisnya di papan tulis. d.Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4 Genre Drama 3 Cakap Ajuk Cakap Pindah Ojektif (iii) tercapai Teknik Adaptasi 1. b. 2. a. Ulangi sehingga sehingga kesemua perkataan KBT Kemahiran Berfikir Kritis – Menyusun mengikut keutamaan 6 . Guru meminta seorang murid meletakkan perkataan yang terdapat dalam predikat pada anak tangga seterusnya. Guru menyediakan kad perkataan yang mengandungi cakap pindah dan meminta beberapa orang murid menyuaikan kad perkataan dalam cakap pindah dengan perkataan dalam cakap ajuk dan lekatkan kad perkataan di bawah tulisan cakap ajuk.

Guru membetulkan jawapan murid. drama Gelanggang Tuk Wali. Guru meminta murid-murid dalam kumpulan memilih satu dialog. Guru memilih jawapan pelajar yang paling betul sebagai pemenang. 6. Guru meminta murid-murid melakukan teknik yang sama dan mengubah cakap ajuk kepada cakap pindah. 11. Lampiran (5) Cakap Ajuk dan Cakap Pindah 7 . 10. Guru meminta murid-murid menyemak sama ayat yang terbina adalah ayat yang gramatis dan bersesuaian dengan dialog yang diberi. 7.Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4 Genre Drama tersusun pada anak tangga. Guru meminta murid-murid membuat penilaian berdasarkan jawapan yang ditulis di papan tulis. 12. Guru meminta wakil daripada setiap kumpulan untuk datang ke depan dan menulis dialog yang dipilih dan juga cakap pindah yang sudah dibuat. 9. 8. Guru membetulkan jawapan-jawapan pelajar. 5. antologi Harga Remaja.

8 . 2.Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4 Genre Drama Peneguhan dan Penilaian 1. Guru meminta beberapa orang murid menyenaraikan jenis-jenis senjata tradisional yang terdapat dalam masyarakat di Malaysia. Guru membuat rumusan keseluruhan isi pelajaran tentang tajuk yang dipelajari pada hari ini.

Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4 Genre Drama Lampiran 1 : Gambar Keris Gambar Keris 9 .

Apakah pula kegunaan keris pada masa sekarang ? 5. Mengapakah keris menjadi lambang kekuatan kepada orang Melayu? 10 . Dimanakah senjata ini boleh dilihat ? 2. Apakah kegunaan keris pada masa dahulu ? 4.Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4 Genre Drama Lampiran 2 : (Soalan tentang Keris) Soalan : 1. Apakah bahan yang digunakan untuk membuat senjata ini ? 3.

Masalah sosial dalam masyarakat Berlaku pelbagai masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah. empat orang pemuda yang datang untuk belajar silat dengan Tuk Wali telah menimbulkan kekecohan sehingga mencetuskan pergaduhan antara Tuk Wali dan Siak. Tuk Wali menyandarkan harapan kepada dua orang anak muridnya yang masih setia dalam ilmu persilatan. Contohnya. Jangkaan Jawapan Pemikiran dan Huraian 2. 11 . Contohnya. Tuk Wali banyak mencurah jasa kepada kesejahteraan kampungnya dengan mengajar anak-anak muda ilmu persilatan dan berjaya mempertahankan kampung mereka daripada serangan komunis. Tuk Wali atau nama sebenarnya Wak Raja Waliudin bin Raja Agus Salam merupakan seorang guru silat yang terkenal dan mempunyai kehebatan yang tersendiri. Piee (cucu tiri Tuk Wali) terlibat dalam penyalahgunaan dadah.Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4 Genre Drama Lampiran 3 1. Jangkaan Jawapan Persoalan dan Huraian Pemikiran Kekentalan semangat juang dan jati diri seorang guru silat dalam mempertahankan warisan budaya bangsanya yang pada suatu ketika dahulu menjadi kebanggaan generasi lama. dengki khianat dan tamak haloba yang akhirnya membawa padah dan kehancuran kepada masyarakat pada hari ini. iaitu Ripin dan Mariam agar meneruskan perjuangan mereka memartabatkan ilmu persilatan. Persoalan Golongan muda yang semakin melupakan Pergolakan masyarakat khususnya golongan muda pada nilai-nilai budaya hari ini yang semakin melupakan nilai-nilai budaya yang perlu dipelihara dan diamalkan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat.

Tuk Wali berjaya mengalahkan empat orang perompak bersenjata dan mempertahankan kampung daripada serangan komunis.Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4 Genre Drama Kepercayaan lama dalam masyarakat Mengamalkan pantang larang dan petua dalam menjalankan kerja-kerja seharian seperti masuk ke hutan untuk menebang pokok atau rotan. Contohnya. Contohnya. pasak bumi dan rancang besi semata-mata untuk mengaut keuntungan. Terdapat ahli masyarakat yang tidak menghargai alam semula jadi dan mementingkan diri sendiri. Keberanian Kemusnahan alam semula jadi 12 . Guan dan Berahim yang memusnahkan alam semula jadi sewaktu mengambil hasil hutan seperti tongkat ali. Tuk Wali tidak akan menebang pokok yang sedang berbunga atau pokok yang masih kecil. Keberanian seorang tua yang mempunyai kehebatan dalam ilmu persilatan dan handal bermain senjata. Contohnya.

Bil 1 Persoalan Golongan muda yang semakin melupakan nilai-nilai budaya Peristiwa 2 Masalah sosial dalam masyarakat 3 Kepercayaan lama dalam masyarakat 4 Keberanian 13 .Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4 Genre Drama Lampiran 4 Latihan (Jadual Persoalan & Peristiwa) Lengkapkan jadual di bawah dengan menulis peristiwa yang berkaitan.

Modul Pengajaran Komponen Sastera Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan 4 Genre Drama Jawapan Latihan Bil 1 Persoalan Peristiwa Golongan muda yang semakin melupakan Empat orang pemuda yang datang untuk belajar silat dengan Tuk nilai-nilai budaya Wali telah menimbulkan kekecohan sehingga mencetuskan pergaduhan antara Tuk Wali dan Siak. 2 3 Kepercayaan lama dalam masyarakat 4 Keberanian 14 . Masalah sosial dalam masyarakat Piee (cucu tiri Tuk Wali) terlibat dalam penyalahgunaan dadah. sanggup mencuri wang Tuk Wali yang berjumlah RM2. Tuk Wali tidak akan menebang pokok yang sedang berbunga atau pokok yang masih kecil.000. Tuk Wali berjaya mengalahkan empat orang perompak bersenjata dan mempertahankan kampung daripada serangan komunis.00. Selain itu turut mencuri biola dan keris kepunyaan Tuk Wali.