1.0 PENDAHULUAN Apakah yang dimaksudkan dengan profil insan bermoral?

Insan bermoral merupakan individu yang melakukan kebaikan dalam kehidupan hariannya. Insan bermoral merujuk kepada seseorang individu yang mempunyai tingkah laku baik yang diterima oleh sesebuah masyarakat. Perlakuan seseorang individu itu biasanya menggambarkan bentuk atau sifat pemikirannya terhadap perlakuan tersebut. Insan yang bermoral adalah individu yang mempunyai niat yang baik dan dijelmakan dengan perbuatan yang baik. Secara keseluruhannya insan yang bermoral tidak akan melakukan perbuatan yang tidak bermoral walaupun niatnya baik. Ini kerana perbuatan yang tidak bermoral itu bertentangan dengan nilai norma dan peraturan dalam sesebuah masyarakat. 1.1 Model insan moral PRINSIP-PRINSIP MORAL

DIMENSI MORAL

KONSEP : MORAL ETIKA AKHLAK

MODEL INSAN MORAL

PEMIKIRAN MORAL

2.0 Insan Moral Yang Disanjungi
Dilahirkan sebagai Agnes Gonxha Bojaxhiu, pada 26 Ogos 1910. Ayahnya adalah seorang kontraktor yang berjaya dan terkenal, sedangkan ibunya adalah seorang suri rumah tangga biasa. Dia adalah anak perempuan termuda dari 3 orang adik-beradiknya. Meninggalkan rumahnya di Skopje, Yugoslavia dan menjadi seorang biarawati di Dublin, Irlandia Mother Teresa menjadi lambang bagi komitmen yang tidak pernah lelah kepada yang miskin dan menderita. Meninggal dunia pada 5 September, 1997 kerana sakit jantung dan sakit tua ketika beliau berumur 87 tahun. 1

MOTHER THERESA

1979 Hadiah Nobel Keamanan.Mother Theresa menerima pelbagai anugerah termasuk: 1962 Anugerah Magsaysay Yayasan. 1971 Kennedy International Anugerah Kemanusiaan. 1983 Mountbatten Dunia dan Anugerah Kemanusiaan. Boston 1972 Anugerah Jawaharlal Nehru bagi Persefahaman Antarabangsa 1972 Malaikat Anugerah Amal 1973 Templeton pertama Hadiah untuk Kemajuan dalam Agama. 1971 Hadiah Good Samaritan. Amerika Syarikat 2 . 1962 Padma Shri 1971 Paus John XXIII Keamanan Nobel. 1978 Perintah Kehormat Empayar British. 1975 Albert pertama Schweitzer Keamanan Nobel Antarabangsa. Amerika Syarikat 1992 Bharat Ki Suputri (Daughter Besar India) tajuk 1993 Rajiv Gandhi Sadbhavana Anugerah 1994 Kehormat Golden Albania Negara 1996 kewarganegaraan Kehormat Amerika Syarikat. 1983 Perintah Kehormat Merit. 1997 Pingat Emas Kongres. (Anugerah tertinggi awam di India). 1985 Presidential Medal of Freedom. 1980 Bharat Ratna. 1977 Doktor Kehormat dari Universiti Cambridge.

moral boleh ditakrifkan sebagai tingkah laku atau amalan yang sejajar dengan tatasusila dan undang-undang masyarakat. kekayaan yang dimiliki di dunia tidak akan dibawa bersama. Gambar : Mother Teresa membantu kanak-kanak miskin di India Perkataan etika atau “ethos” dalam bahasa Greek beerti cara hidup atau adat resam.1 KONSEP MORAL. Moralis pula bermaksud amalan kepada ajaran keadilan dan kebaikan. iaitu memiliki kekayaan hati yang luar biasa. adat . baik atau buruk dan patut atau sengaja. prihatin dan saksama. Bagaimana tidak. Mother Teresa memiliki kekayaan yang belum tentu dimiliki oleh orang lain terutamnya bagi mereka yang kaya. Bagi saya. Mother Teresa sedar bahawa pada saat Tuhan memanggilnya nanti. Kemoralan merupakan sesuatu yang berkait dengan peraturan-peraturan masyarakat yang diwujudkan di luar kawalan individu itu. 3 . Mother Teresa seharusnya menjadi contoh kepada orang ramai sebagai insan yang bermoral. tidak memandang rendah pada orang lain malah sanggup menghulurkan bantuan kepada rakyat yang miskin di seluruh dunia. Oleh itu. Ia merupakan satu bidang pentafsiran tingkah laku manusia sebagai benar atau salah. Oleh itu etika dapat ditakrifkan sebagai satu kajian sains tentang kelakuan manusia dalam masyarakat. kebiasaan dan agama bagi membantu menilai tingkah laku seseorang.2. Mother Teresa seorang yang murah hati. Dorothy Emmet (1979) mengatakan bahawa manusia bergantung kepada tatasusila. ETIKA DAN AKHLAK Menurut kamus pelajar baru (1989). definisi perkataan moral adalah ajaran atau pegangan berkenaan dengan buruk baik sesuatu perbuatan.

Ketekalan moral menguatkan pegangan “aku tetap aku” walau dalam apa jua keadaan dan di mana seseorang itu berada. Oleh demikian. Paus John Paul II berkata tentang Mother Theresa iaitu “ Dia adalah seorang wanita yang telah meninggalkan tanda pada sejarah abad ini. dalam berbuat demikian. tahu berinteraksi dengan orang sekelilingnya dan bertindak mengikut pertimbangan yang telah difikirkan atau keputusan yang telah dibuat.2 DIMENSI MORAL Menurut John Wilson (1973). Jika seseorang itu mempunyai akhlak yang tinggi. contohnya. Kelakuan itu boleh berubah mengikut masa dan situasi tertentu. Selain itu seorang insan bermoral juga perlu mempunyai pengetahuan tentang keadaan persekitarannya. emosi dan tingkah laku moral. Ini menunjukkan bahawa Mother Teresa adalah seorang insan yang mempunyai akhlak yang mampu menjadi contoh kepada orang ramai. Insan bermoral juga adalah lahir daripada amalan nilai murni yang berasaskan kepada dimensi dan pegangan prinsip moralnya. Kekuatan untuk mengamal dan mempertahankan prinsip moral yang selari dengan peraturan masyarakat menjadi faktor utama dalam melahirkan insan bermoral. perkataan “akhlak” dan “moral” mempunyai maksud yang sama iaitu mem bawa maksud kelakuan yang baik atau buruk. 4 . menderita dan mati. ” Manakala Presiden Amerika Syarikat. beliau berkhidmat sebagai inspirasi dan cabaran kepada semua yang lain daripada kita".Perkataan akhlak pula bermaksud budi pekerti seorang individu. Budi pekerti pula dirujuk kepada kelakuan atau watak atau gerak-geri seseoang itu. Insan yang bermoral meliputi tiga dimensi iaitu penaakulan. bermaksud orang itu mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi dan boleh menjadi teladan kepada orang lain. komponen yang perlu ada dalam diri seorang insan bermoral dikategorikan sebagai konsep iaitu peraturan dan prinsip yang difikirkan perlu digunakan dalam tindakan dan perasaan atau emosi yang akan menyokong kepercayaan bahawa sesuatu konsep atau tindakan itu perlu dilakukan. 2. Bill Clinton turut meluahkan bahawa " Mother Teresa telah berkhidmat kepada yang miskin.

belas kasihan. Semasa kecil. Amalan nilai murni suatu masyarakat itu bermula dari diri individu itu sendiri. penaakulan moral bagi seseorang individu itu adalah berdasarkan kepada pemikiran yang bebas dan rasional yang mana penekanan utamanya ialah memahami tentang nilai-nilai moral dan bertindak atau menunjukkan tingkah laku yang berasaskan nilai-nilai murni yang diterima dalam sesebuah masyarakat. simpati. Keputusannya 5 . Mother Teresa telah berfikir dan mengambil keputusan bertekad untuk menjadi seorang biarawati dan menyertai „Sisters of Loreto‟ semasa berumur 18 tahun. Agnes sangat meminati cerita pendakwahan orang Kristian dan jasa yang disumbangkan oleh mereka untuk membantu orang miskin.Dimensi-dimensi moral : Bil Dimensi Moral Huraian  Pemikiran dan pertimbangan secara rasional dan bebas  Penting untuk keadilan  Kesedaran moral  Mengetahui nilai-nilai moral  Empati  Membuat keputusan  Mengenali diri  Emosi atau kehalusan perasaan individu yang menagndungi sentimen. Dengan perkataan lain. prihatin. bermotivasi an murah hati  Penting untuk keadlan  Nurani hati  Harga diri  Kawal diri  Rendah diri  Menyayangi yang baik  Tingkah laku dan tindakan individu terhadap sesuatu keputusan yang ditunjukksn penuh tanggungjawab tetapi mengikut kemampuannya  Kecekapan  Kekuatan diri  Tabiat Penaakulan moral 1 (Kognitif / pemikiran) 2 Emosi / perasaan moral 3 Perlakuan Penaakulan nilai moral dalam pendidikan moral menjadi asas bagaimana seseorang individu menterjemahkan amalan nilai-nilai murni di dalam kehidupan sehariannya. empati.

Perasaan moral akan menjadikan diri individu bertindak secara positif sekiranya mengamalkan emosi yang positif dan dapat mengawal emosi yang negatif. empati.itu dibuat adalah atas kehendak beliau sendiri tanpa paksaan daripada sesiapa. Gelaran „mother‟ yang bermaksud ibu diberikan kepadanya untuk menghargai sumbangan insaniahnya kepada yang memerlukan. simpati. murah hati dan kasih sayang yang sangat mendalam terhadap insan sesama manusia. Mother Teresa sedar akan kebaikan tindakannya itu. Walaupun insan mulia ini tidak pernah melahirkan anak. Dengan lain perkataan mendahulukan fikiran daripada perasaan. ianya melibatkan kepentingan harga diri (self esteem). Gambar : Mother Teresa pada tahun 1993. kepentingan kepedulian. -Foto SCU. motivasi dan sebagainya. dan mereka yang sudah tidak ada harapan untuk hidup. kawalan diri. menyayangi dan disayangi yang melibatkan hati nurani. beliau telah mejadi ibu angkat kepada jutaan orang miskin melalui usahanya menerusi pertubuhan „Missionaries of Charity‟ yang diasaskannya di Calcutta. Dalam amalan seharian perasaan moral ini. 6 . Sepanjang hayatnya. Mana tidaknya kerana beliau merupakan seorang biarawati yang telah mendedikasikan hidupnya untuk menolong rakyat miskin di dunia.empati. dia mengetuai pertubuhan tersebut selama 45 tahun dan telah menolong ramai fakir miskin. Beliau mempunyai perasaan simpati. anak-anak yatim. India pada tahun 1950. murah hati. Mother theresa sememangnya seorang insan yang mempunyai dimensi perasaan moral.EDU Perasaan moral atau emosi moral adalah berkaitan dengan emosi yang menunjukkan kehalusan perasaan individu yang mengandungi sentimen.

The Missionaries Of Chartity (MC) 7 . Mother Teresa mendirikan kongregasi baru di India dengan nama Missionaries of Charity (Misionaris kasih sayang ) yang mendapat kebenaran daripada Vatikan dan disahkan oleh Uskup Agung Kalkuta pada 7 Oktober 1950. Sebenarnya ketiga-tiga dimensi moral ini adalah sama penting dalam penghayatan dan amalan dari segi moral.Dimensi moral seterusnya dikenali sebagai perlakuan moral. Mother Teresa telah menunjukkan bahawa beliau bukan hanya mempunyai penaakulan dan persaan moral sahaja malah beliau juga berjaya membuktikan yang beliau akan melakukan apa sahaja untuk kebaikan orang lain. emosi pula menyatakan rasa empati dan belas kasihan kepada orang yang dalam kesusahan. yang bernaung di bawah Missionaries of Charity. Di samping itu. Kemoralan bukan sahaja melibatkan perlakuan tetapi juga merangkumi aspek-aspek kerohanian dan pemikiran. Tingkah laku yang baik dan buruk adalah hasil daripada bagaimana seseorang itu menaakul dan menggunakan emosi moral dalam tingkah lakunya.Terdapat lebih daripada 610 pusat servis di 123 buah negara termasuk pusat hospital untuk pesakit HIV/AIDS dan pelbagai jenis lagi pusat yang menawarkan bantuan untuk masyarakat miskin. contohnya. Ia bermaksud tingkah laku dan tindakan seseorang individu terhadap tindakan dan keputusan yang ditunjukkan dengan rasa penuh tanggungjawab berdasarkan kepada penaakulan dan emosi moralnya.

Mother Theresa begitu mengambil berat dan lebih mementingkan kebaikan dan kesenangan orang lain berbanding dengan kepentingan hidupnya sendiri. Aristotle menyatakan adil itu sebagai fair-minded iaitu tidak berat sebelah. Perlakuan dan pertimbangan individu adalah hasil daripada tekanan kuasa atasan. Perasaan kasih sayang. apa yang kita lihat. prinsip alturisme dan prinsip autonom PRINSIP-PRINSIP INDIVIDU BEMRORAL PRINSIP KEADILAN PRINSIP ALTURISME PRINSIP AUTONOMI Ada orang mengatakan adil itu saksama. Perlakuan yang mempunyai ciri-ciri bertujuan untuk kebaikan orang lain mengatasi kepentingan diri sendiri. Prinsip ini meliputi pertimbangan bebas dan kebebasan memilih sesuatu. Pemikir-pemikir moral telah mengemukakan tiga prinsip sebagai panduan menentukan insan bermoral iaitu prinsip keadilan. Kalau saya lihat. seimbang.2. Hampir semua kekayaan yang 8 . Biasanya keputusan yang diambil atau perlakuan yang dijelmakan bersifat moral dan berperikemanusiaan. Keadilan membawa maksud tidak pilih kasih dan tidak tamak untuk kepentingan diri sendiri. Keadilan merupakan satu piawai penting dalam penilaian moral. kebencian dan tamak. Sesungguhnya. Beliau sanggup untuk meninggalkan keluarga tercinta negara tempat lahir sendiri semata-mata untuk membantu mereka yang hidup dalam keadaan susah di negara lain. saya mempunyai pandangan bahawa Mother Theresa adalah seorang wanita yang lebih berpegang kepada prinsip alturisme. samarata dan samarasa. sesuai dan berpatutan. Beliau mempunyai hasrat yang tinggi dan tanggungjawab yang sangat besar iaitu membantu rakyat yang dalam golongan miskin di dunia. simpati dan empati menghilangkan rasa kepentingan diri sendiri.3 PRINSIP-PRINSIP INDIVIDU BERMORAL Insan bermoral juga perlu mempunyai ciri keperibadian mulia yang boleh dipuji dari segi prinsip-prinsip individu bermoral. Mother Teresa adalah insan yang tidak memiliki apa-apa. Autonomi berasal daripada perkataan autos beerti diri sendiri dan nomos beerti undang-undang.

Emosi adalah kebangkitan perasaan terhadap sesuatu objek atau situasi. Unsur intuision boleh melahirkan perasaan dalaman yang lebih bermakna dengan mengikut pengetahuan dan kefaham individu. Mother Teresa adalah orang yang sangat kaya dengan perasaan simpati juga empati. Tiaptiap orang suka kepada situasi yang gembira dan bertindak menjauhi diri daripada perasaan yang tidak menyeronokkan dirinya. Mereka akan menerima apa yang ada dan tidak menyoal hakikat atau sebab-sebab wujudnya keadaan itu. Oleh itu. 2. suara tinggi dan katakata yang digunakan. Orang beraliran pemikiran ini cepat memenuhi kepuasan hidup. Ia merupakan suatu proses melihat dan memahami sesuatu perkara secara intelektual. bertanggungjawab dan mengambil berat tarhadap kerjanya. Perasaan ini boleh wujud sama ada gembira atau benci. Orang beraliran intuision ini biasanya bertindak mengikut bisikan kecil hatinya. Mother Teresa telah membantu jutaan orang yang menderita dan telah mengilhamkan kepada orang kaya dan miskin agar sama-sama hidup penuh dengan kasih sayang. kurang membantah dan menjadi pengikut setia. Perkataan intuision dalam bahasa latin „intueror‟ bermakna memandang tepat kepada sesuatu.4 Pemikiran moral Bil Pemikiran moral Penerangan Naturalisme ialah aliran pemikiran yang menggambarkan kepada keadaan yang sebenarnya. air muka.beliau miliki telah digunakan untuk membantu orang lain yang amat memerlukan pertolongan daripadanya . Emotivisme berasal daripada perkataan emosi. Ini akan menghalang usaha dan matlamat hidup yang sempurna. Peraan ini diketahui atau ditunjukkan melaui tingkah laku. Orang beraliran pemikiran ini boleh menjadi serius. aliran pemikiran emotivis merujuk kepada manusia yang bertindak mengikut perasaan atau emosi dan tidak melihat kepada fakta atau bukti. orang ini tiada motivasi dan kurang berusaha. Orang yang beraliran ini akan melihat. mentafsir dan bertindak mengikut gerak hatinya tanpa 9 1 Naturalisme 2 Emotivisme 3 Intuisionisme . Sifatnya sentiasa merendahkan diri dan tidak mahu mengeluarkan pendapatnya serta tidak mahu berinteraksi dengan orang lain. Tetapi di mata saya.

Mother Teresa adalah salah seorang individu yang mengamalakan pemikiran moral intuisionisme. Beliau langsung tidak menharapkan balasan daripada orang yang dibantunya. dan mendapat pelbagai sokongan kewangan daripada pelbagai organisasi gereja. kualiti atau kesannya. Individu ini cepat membuat keputusan. Mother Teresa telah mengambil kewarganegaraan India. Usaha dan ketekunan akan membawa kejayaan dan kemajuan diri. beliau mula membina sebuah sekolah yang terbuka untuk kanak-kanak yang tidak mempunyai rumah untuk berlindung di Calcutta pada tahun 1948. Mereka juga mudah berkawan dan tidak mudah tersinggung atau mengambil hati atas sesuatu perkara. beliau menerima kelulusan Paus untuk memulakan matlamat sendiri iaitu "pendakwah sedekah". mudah menerima arahan dan selalu mengubah pemikirannya. Segala tingkah laku moral adalah berasaskan hasil pemikiran rasional yakni sentiasa memikirkan sesuatu dengan waras dan logik. Pemikiran ini adalah pemikiran yang akan mewujudkan pengalaman. Mother Teresa menjadi lambang bagi komitmen yang tidak pernah lelah menolong kepada orang yang miskin dan menderita. Orang yang beraliran pemikiran ini akan sentiasa mencari bukti dan kebenaran. Beliau telah membuat semua perkara berasaskan kehendak hatinya yang ikhlas. serta daripada pihak berkuasa perbandaran. Walaupun beliau tidak mempunyai dana. Mother Teresa juga merupakan seorang yang mudah bermesra dengan orang ramai tanpa mengira status mereka malah beliau sanggup meletakkan diri untuk berada di tempat orang-orang yang miskin. di mana tugas utamanya adalah untuk mengasihi dan menjaga bagi orang yang tiada siapa yang sanggup untuk menjaga mereka. Tidak lama kemudian beliau telah disertai oleh beberapa orang pembantu sukarelawan.4 Rasionalisme memikirkan akibat. Rasionalisme berasal daripada perkataan „ratio‟ yang bermakna „reason‟ atau sebab. Selain itu. Pada pendapat saya. Pada tahun 1950. Dengan itu beliau telah berusaha dengan lebih gigih untuk mengembangkan lagi skop kerjanya dan pada 7 Oktober 1950. pemikiran logik sendiri dan fikiran kerohanian yakni hasil ciptaan Tuhan. 10 .

” Begitulah luahan hati salah seorang yang pernah menerima pertolongan daripada Mother Teresa. menderita dan tertindas. beliau juga telah membuka Nirmal Hriday ("Hati Suci"). Mother Teresa meninggal dunia pada 5 September. 60.'' kata Lal. Pada 10 September 1948. Maksudnya. 11 . Tetapi saya tahu. Mother Teresa dan pengikutnya terus membuka tempat-tempat di seluruh India untuk merawat orang miskin. saya menangisdengan hati yang pahit. dialah yang membawakan saya tongkat. Mother Teresa sememangnya seorang insan yang lebih kepada mengamalkan pemikiran moral secara rasionalisme. 1997 kerana penyakit jantung dan sakit tua ketika beliau berumur 87 tahun. ''Apabila saya pergi untuk melihat tubuhnya beberapa hari lalu. Tuhan telah menyuruhnya untuk meninggalkan biara dan membantu bagi menunjukkan kasih Tuhan kepada mereka yang miskin. Semasa kaki saya patah. Lebih kurang setahun kemudian.Gambar : Mother Teresa bersama kanak-kanak miskin di India Tambahan lagi. Shanti Nagar (Kota kedamaian) dan kemudian rumah yatim piatu pertamanya. lebih seperti dia sedang berehat. Segala tindakan yang beliau lakukan adalah berpunca daripada pemikirannya yang sentiasa berfikir dan membuat pertimbangan dengan penuh rasional. iaitu rumah untuk orang yang miskin.dia bukan meninggalkan dunia. beliau telah mengambil keputusan untuk memilih kain Sari putih dengan pinggiran biru dan pin salib yang sederhana di bahu kirinya. Untuk menyamakan dirinya dengan orang miskin. Tidak lama kemudian. Seorang yang datang melawat di hari kematiannya berkata '' Apabila saya lapar. beliau telah mendapatkan kebenaran untuk meninggalkan Ordo dan berpindah ke Calcutta untuk mendirikan sekolah pertamanya. semasa menaiki kereta api ke kota pergunungan Darjeeling untuk merawat penyakit tuberculosis yang dihidapinya. beliau telah memberitahu bahawa beliau telah menerima panggilan daripada Tuhan untuk "melayani dia di antara kaum yang termiskin dari yang miskin". dia memberikan saya makanan.

-Sentiasa berfikir secara rasional dalam segala tindakan beliau. kasih sayang dan juga empati terhadap rakyat yang miskin dan menderita PERLAKUAN : -Menubuhkan ‘Missionaries Of Charity’ di India dan 610 pusat servis di 123 buah negara termasuk hospital Prinsip moral Moral Dimensi moral ALTURISME : -Kesanggupan untuk meninggalkan negara dan ahli keluarga demi membantu orang lain yang memerlukan bantuan -sanggup menjadi biarawati dan tidak bersuami -Seorang yang murah hati. 12 . Etika Akhlak -Menyamakan diri dengan orang miskin di India dengan mengambil keputusan untuk memilih kain Sari putih dengan pinggiran biru dan pin salib yang sederhana di bahu kiri Pemikiran moral -Seorang yang berpegang teguh kepada ajaran agama iaitu agama Kristian dan mengikut ajarannya.Rumusan : MOTHER TERESA PENAAKULAN : -Mengambil keputusan untuk menjadi biarawati tanpa paksaan orang lain. kasih sayang sesama manusia dan menjalankan kerja tanpa mengharapkan balasan. prihatin dengan nasib orang lain. INTUISIONISME : -mengambil keputusan untuk menjadi warganegara India -membina sekolah di Calcutta walaupun dana tidak cukup RASIONALISME : -Menolong orang miskin di seluruh dunia setelah mendengar panggilan daripada Tuhan dan meninggalkan kerja sebagai biarawati. -Menjadi contoh teladan kepada rakyat seluruh dunia atas sumbangan yang diberikan kepada rakyat miskin. PERASAAN : -Mempunyai perasaan simpati.

Mereka adalah insan yang mempunyai pemikiran-pemikiran moral tersendiri. Dengan lain perkataan. Selain itu. menghormati orang lain dan lain-lain. manifestasi dari sifat-sifat kebaikan.0 RUMUSAN Rumusannya. ketiga-tiga dimensi ini mesti saling berinteraksi atau mempengaruhi antara satu sama lain untuk membina satu insan yang bermoral. kejujuran. Ini kerana perbuatan yang tidak bermoral itu bertentangan dengan nilai norma dan peraturan dalam sesebuah masyarakat. Oleh itu. Secara umumnya. rasional dan bebas dalam penaakulan. insan yang bermoral adalah individu yang sentiasa untuk mengembangkan penaakulan moral. baik dan benar. insan bermoral perlu peka dan memahami keperluan terhadap peraturan dalam masyarakat. akhlak dan etika yang tinggi. Tambahan lagi individu bermoral juga mempunyai ciri keperibadian mulia yang boleh dipuji dari segi moral. emosi moral dan perlakuan moral dengan seimbang dalam kehidupan seharian. patut.3. Keperibadian mulia adalah kecenderungan dan pembawaan diri yang stabil untuk bertindakbalas kepada sesuatu situasi dengan bermoral. perlakuan dan perasaannya. Insan bermoral juga merupakan seorang invidividu yang mempunyai konsep moral. Secara keseluruhannya insan yang bermoral tidak akan melakukan perbuatan yang tidak bermoral walaupun niatnya baik. tanggungjawab. seseorang insan yang bermoral adalah insan yang berautonomi. 13 . Insan moral sebenarnya hanya menerima nilai-nilai murni dan peraturan masyarakat yang diterima secara sejagat sebagai bermoral.

16 Ogos 2011. Bhd. S. http://www. Pearson Education Malaysian Sdn. 14 .html. Allimalai Anandan. 11 Disember 2012. Bhd.com/2009/07/peranan-guru-dalam-membentukgenerasi. Kumpulan Budiman Sdn. Tam Yeow Kwai. Dicapai pada 12 Mac 2013. 2006.successfulwomens.blogspot.com/famous-woman-mother-teresa-gods-gift-tohumanity.com/2011/02/tajuk-4-insan-bermoral. pada 11 Mac 2013. 2009.blogspot. Tree Builder. Dicapai pada 10 Mac 2013.html.html. Pendidikan moral Konsep Dan Pedagogi Pendidikan Guru. Model Insan Moral. Kuala Lumpur. http://blogallimalai. http://treebuilder. Eow Boon Hin. 2000. Selangor.com/2011/08/model-insan-moral-2. Pendidikan Moral. Peranan Guru Dalam Membentuk Generasi Yang Bermoral Pada Masa Akan Datang.Rujukan Dr. http://nroslan1.blogspot. 2011.html. Tanpa Pengarang. Dicapai pada 7 Mac 2013. Mother Teresa Indian Social Ctavist. Dicapai Rozita & Noradibah Roslan. Profil insan moral.