You are on page 1of 7

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera....

Buat ketupat bersama rendang


Jadi hidangan di waktu petang
Kami mengucapkan selamat datang
Ke majlis penutup Karnival Pembestarian

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan dif-dif kehormat, RADZIAH


para tetamu jemputan, tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Penutup
Karnival Pembestarian Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2008
Anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian,


majlis akan bermula sebentar lagi.

Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian diminta mengambil
tempat. Majlis memohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan serta
hadirin sekalian untuk tidak mengaktifkan telefon bimbit dan bersedia untuk
berdiri menyanyikan Lagu Negaraku sebaik sahaja Yang Berbahagia Tan
Sri Dr Zulkurnain bin Haji Awang serta dif-dif kehormat mengambil
tempat.

UCAPAN PENGUMUMAN

Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Zulkurnain bin HASHIM
Haji Awang Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia ke
Karnival Pembestarian Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2008.
• Silat Selamat Datang
• Pegawai Protokol akan mengiringi Yang Berbahagia Tan Sri
KSU ke tempat duduk VIP
• Lagu Negaraku dimainkan.

Yang Berbahagia Tan Sri, dif-dif kehormat serta hadirin sekalian dijemput
duduk.

PERSEMBAHAN SELAMAT DATANG

Untuk makluman Yang Berbahagia Tan Sri,dif-dif kehormat, para RADZIAH


tetamu serta hadirin sekalian, persembahan silat selamat datang itu
tadi di persembahkan oleh murid-murid Sekolah Kebangsaan Serting
Felda.

1
Terbang bebas si rama-rama
Teratai mekar di tengah lembah
Menyusun langkah semerdu irama
Tarian Sewang kini dipersembah

Marilah kita sama-sama menyaksikan Tarian Sewang daripada murid-


murid Sekolah Kebangsaan Putra.

Majlis mengucapkan terimakasih di atas persembahan tarian itu tadi.

BACAAN DOA

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang dengan
limpah kurnianya, marilah kita sama-sama memohon taufik dan hidayah
sempena Karnival Pembestarian Sekolah Tahun 2008. HASHIM

Majlis mempersilakan En. Mohd Aris bin Yusof, Pegawai Teknologi


Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan untuk
memimpin bacaan doa. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.....

2
Pihak majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada En Mohd Aris di atas RADZIAH
bacaan doa itu tadi.

SENARAI VIP DAN JEMPUTAN

1. Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Zulkurnain bin Hj. Awang


Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia

2. Yang Berusaha Dr. Haili b. Dolhan


Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

3. Yang Berusaha Tn. Hj. Mohd Adenan bin Deraman


Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan

4. Yang Berbahagia Dato’ Abdullah bin Mohammad


Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan

5. Pengarah-pengarah dan wakil-wakil Bahagian Kementerian


Pelajaran Malaysia

6. Ketua-ketua jabatan

7. Ketua-ketua sektor

8. Pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran dan Pejabat Pelajaran


Negeri Sembilan

9. Pegawai-pegawai dari Agensi-agensi luar

10. Para jemputan, guru-guru, murid-murid serta hadirin dan hadirat


sekalian

3
UCAPAN ALU-ALUAN

Sayang melukut ditepi gantang


Himpunan tikar padian huma
Tuan dijemput sudahlah datang
Berbesar hati kami menerima
RADZIAH

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan limpah


dan kurnianya dapat kita bersama-sama sekali lagi dalam majlis Penutupan
Karnival Pembestarian Sekolah Tahun 2008 Anjuran Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Tan Sri, dif-dif


kehormat, serta para jemputan ke majlis ini.

Untuk makluman hadirin sekalian, Karnival Pembestarian Sekolah telah


diadakan selama 3 hari bermula dari 22 Ogos 2008 dan akan berakhir pada
petang ini 24 Ogos 2008.

UCAPAN ALU-ALUAN OLEH – PENGARAH BAH TEK PEND MALAYSIA

Hadirin yang dihormati, HASHIM

Majlis pada petangi ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Hj.
Mohd Adenan bin Deraman, Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengarah di


atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi....

UCAPAN PENUTUP – Yang Berbahagia Tan Sri Dr Zulkurnain bin Haji


Awang RADZIAH

Bagi meneruskan acara, majlis dengan hormatnya menjemput Yang


Berbahagia Tan Sri Dr Zulkurnain bin Haji Awang (Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia) untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya menutup secara rasmi Karnival Pembestarian Sekolah Tahun
2008. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

4
Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas ucapan Yang
Berbahagia Tan Sri sebentar tadi.

Mohon Yang Berbahagia Tan Sri untuk terus berada diatas pentas bagi majlis
penyampaian hadiah.

PENYAMPAIAN HADIAH
HASHIM
Untuk menyempurnakan acara, dijemput semua dif-dif kehormat naik ke
pentas bagi mengiringi Yang Berbahagia Tan Sri Dr Zulkurnain untuk
menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Penyampaian hadiah dimulakan dengan :

Pertandingan Intergrasi ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran


kategori Sekolah Menengah.

Tempat Ketiga dimenangi oleh : Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Kikir HASHIM
Tempat Kedua : Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku
Besar Tampin
Tempat Pertama : SMK Puteri, Seremban

Pertandingan Intergrasi ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran


kategori Sekolah Rendah.

Tempat Ketiga dimenangi oleh : SK Bongek HASHIM


Tempat Kedua SJKC Chung Hua, Lukut
Tempat Pertama SJKT Ldg Bt Hampar

Pertandingan Laman Web Sekolah kategori Sekolah Menengah:

Tempat Ketiga dimenangi oleh : SMK Pasoh 2 RADZIAH


Tempat Kedua : SMK Seri Ampangan
Tempat Pertama : Kolej Tunku Kurshiah

Pertandingan Laman Web Sekolah kategori Sekolah Rendah:

Tempat Ketiga dimenangi oleh : SK Rompin RADZIAH


Tempat Kedua : SK Undang Rembau
Tempat Pertama : SK Petaseh

Pertandingan Laman Web Pusat Sumber Sekolah kategori Sekolah


Menengah :

Hanya satu penyertaan sahaja...dimenangi oleh Kolej Tunku Kurshiah HASHIM

Kategori Sekolah Rendah :

Tiada penyertaan

5
Pertandingan Video Klip Pembelajaran Kategori Sekolah Menengah :

Tempat Ketiga dimenangi oleh : SMK Dato Klana Putra Lenggeng


Tempat Kedua : SMK KGV Seremban HASHIM
Tempat Pertama : SMK Bukit Mewah, Seremban

Pertandingan Video Klip Pembelajaran Kategori Sekolah Rendah :

Tempat Ketiga dimenangi oleh : SJKT Ldg Sialang, Bahau


Tempat Kedua : SK King George Seremban RADZIAH
Tempat Pertama : SK King George Seremban

Pertandingan Profil Pembelajaran (Folio Digital) Kategori Sekolah


Menengah:

Tempat Ketiga dimenangi oleh : SMK Bukit Jalor RADZIAH


Tempat Kedua : SM Chan Wa, Seremban
Tempat Pertama : SMK Undang Rembau

Pertandingan Profil Pembelajaran (Folio Digital) Kategori Sekolah


Rendah :

Tempat Kedua dimenangi oleh : SK Astana Raja, Rembau HASHIM


Tempat Pertama : SK Tampin

Pemenang Oracle Think.com Future Scientist Contest:

HASHIM

• Rujuk En Suhaimi dan Puan Mashitah

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tan Sri atas
kesudian itu tadi.

Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berbahagia Tn Hj Adenan bin HASHIM


Deraman, Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran
Malaysia menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia Tan Sri Dr.
Zulkurnain, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia. Majlis
mempersilakan.

6
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tan Sri.

LAWATAN KE TAPAK PAMERAN KARNIVAL

Hadirin dan hadirat sekalian,

Sempurnalah sudah majlis penutupan Karnival Pembestarian Sekolah


Tahun 2008 pada petang ini. Semoga kecemerlangan teknologi pendidikan
mewarnai kegemilangan pelajar, guru, institusi pendidikan, masyarakat dan RADZIAH
negara. Majlis seterusnya menjemput Yang Berbahagia Tan Sri diiringi
Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Malaysia, dif-dif kehormat, para
jemputan serta hadirin sekalian untuk sesi lawatan ke Pameran Karnival dan
seterusnya ke Majlis Jamuan Ringan. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Dengan berakhirnya majlis itu tadi, maka Karnival Pembestarian Sekolah HASHIM
bagi tahun 2008 menutup tirainya. Jutaan terima kasih kepada semua pihak
yang telah menjayakan dan menghadiri Karnival Pembestarian Sekolah pada
tahun ini dan majlis ini diakhiri dengan tiga rangkap pantun.

Kalau ada jarum yang patah RADZIAH


Jangan disimpan didalam peti
Majlis penutupan selesailah sudah
Jumpa lagi di lain kali

Tuan puteri pergi ke Rasah HASHIM


Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi

Kiri jalan kanan pun jalan


Tengah-tengah pohon mengkudu RADZIAH
Selamat jalan kami ucapkan
Berhati-hati ketika memandu