You are on page 1of 4

KERTAS KERJA PROGRAM

PERTANDINGAN KEPENGGUNAAN 2013


KELAB PENGGUNA SEKOLAH

PERTANDINGAN DIPERINGKAT KEBANGSAAN MENDAPAT PENGIKTIRAFAN DARIPADA PIHAK KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA, KPDNKK DAN FOMCA.

PROGRAM KELAB PENGGUNA SEKOLAH SMK SEPAGAYA KERTAS KERJA PROGRAM PERTANDINGAN KEPENGGUNAAN 2013

Pengenalan Tahun 2013 merupakan ulang tahun Ke-12 bagi Pertandingan Kepenggunaan sempena Hari Pengguna Malaysia yang dianjurkan oleh FOMCA dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sejak tahun 2002. Sehubungan dengan itu, Kelab Pengguna Sekolah telah merancang untuk menyediakan ruang dan peluang kepada semua warga sekolah terutama pelajar. Pertandingan di peringkat sekolah diadakan sebagai galakan kepada pelajar dalam melibatkan diri secara aktif bagi program yang disediakan oleh KPS seterusnya setiap penyertaan akan dibawa ke peringkat kebangsaan secara terus setelah dinilai.

1. Tajuk : Program Pertandingan Kepenggunaan 2013 2. Matlamat: Semua pelajar di sekolah ini terlibat secara aktif dalam pertandingan kepenggunaan di peringkat sekolah dan kebangsaan. 3. Objektif: iUntuk membuka peluang kepada setiap pelajar untuk menyertai pertandingan kepenggunaan. iiUntuk mencungkil bakat pelajar dalam memperkembangkan kebolehan melalui aktiviti yang diberikan. iiiMewujudkan suasana bersaing secara sihat dalam mencapai kecemerlangan bersama disamping mengeratkan hubungan baik antara pelajar-pelajar. ivMembuka ruang kepada warga sekolah kumpulan guru dan bukan guru untuk menyertai pertandingan kepenggunaan di peringkat kebangsaan.

4. Maklumat Program: Tarikh Tempoh Tempat Kerjasama Tema : : : : : 8 April hingga 10 Jun 2013 2 bulan SMK SEPAGAYA Unit Kaunseling dan KPDNKK "Memperkukuh Perlindungan dan Pengupayaan Pengguna"
Merujuk kepada Tema Ulang Tahun ke-40 FOMCA

5. Penyertaan (Kumpulan Sasaran) iSemua Pelajar SMK Sepagaya

6. Jawatankuasa Pelaksana *(Rujuk lampiran)

7. Senarai Program *(Rujuk lampiran)

8. Anggaran Belanjawan. Bil. Perkara 1. Hadiah Pertandingan 2. Cenderahati Murid JUMLAH Kos RM 250.00 RM 50.00 RM 300.00 Catatan 10 Peserta Pelajar Sijil/lain-lain

9. Penutup Apa guna pasang pelita, Jika tidak dengan sumbunya, Apa guna bermain kata, Kalau tidak dengan sungguhnya. Semoga setiap warga sekolah dapat melibatkan diri secara aktif dan kerjasama dari semua pihak amat diharapkan bagi melangsungkan dan menyempurnakan program ini dengan jayanya.

Sekian.

Disediakan oleh,

............................................ ELLY SOFIANA BINTI SUAIB Guru Penasihat Kelab Pengguna Sekolah

Disemak oleh,

Disahkan oleh,

............................................ ZAINUDDIN BIN MOHD AMIN GPK Kokurikulum SMK Sepagaya

........................................................ MOHAMAD KHAIRUDDIN B. ABDULLAH Pengetua Cemerlang SMK Sepagaya