You are on page 1of 11

UNIT 6 KGBK: MENGAJAR PERKATAAN SUKU KATA TERBUKA (KV)

Hasil Pembelajaran
Di akhir Bab ini pelajar akan dapat membina secara sistematis langkah-langkah mengajar membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka (kv) Bahasa Malaysia, mengikut KGBK; membina latihan dan aktiviti membaca dan menulis murid serta memperkayakan pembelajaran mereka.
Seperti yang dihuraikan dalam Bab 5, Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) bererti menggabung langkah-langkah membunyikan huruf, menyebut suku kata dan membina serta membaca perkataan dalam pengajaran awal membaca Bahasa Malaysia. Dengan itu kanak-kanak berkemahiran mengesan (attack) perkataan baru dan terus boleh membaca sendiri perkataan baru itu. Kita tidak perlu memisahkan fasa mengenal huruf (yang mengambil masa satu, dua bulan), fasa membentuk suku kata (yang mengambil masa sebulan) dan fasa membina dan membaca perkataan atau ayat. Bab 6 ini akan menghuraikan contoh langkah-langkah pengajaran KBGK untuk mengajar awal membaca perkataan suku kata terbuka kv. Dalam Bab 5 yang lalu contoh satu set turutan langkahlangkah KGBK telah diberi. Sebagai ulangan berikut ialah langkah-langkah asasnya: 1. Guru mengajar murid mengenal dan membunyikan huruf vokal a i u. 2. Kemudian guru memperkenalkan huruf konsonan b dan membunyikan bh. 3. Guru mengajar murid membentuk dan menyebut bunyi suku kata, contohnya ba bi bu. 4. Guru menunjukkan murid mencantum suku kata, membina dan membaca perkataan contohnya baba bibi bubu, ibu abu. 5. Guru menunjukkan murid cara membentuk dan membaca frasa, contohnya ibu abu bubu baba 6. Guru mengajar murid menulis dan menyalin apa yang mereka sebut dan baca: iaitu menulis huruf a i u b, menulis suku kata ba bi bu, dan menulis perkataan dan frasa seperti bubu bibi, ibu abu. 7. Guru mengguna perkataan ibu sebagai tema untuk membincang dan membuat aktiviti pengayaan murid. Langkah 1, 2 dan 3 ialah proses membunyikan huruf dan suku kata. Langkah 4: ialah proses membentuk dan membaca perkataan Langkah 5: membaca frasa dan ayat. Langkah 6. Latihan menulis apa yang murid sebut dan baca.

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 53

Langkah 7: Memperluaskan pengetahuan murid. Tiap-tiap unit pelajaran 2M dibuat secara sistematik dan berkembang berturutan ( sequential ) untuk membina kemahiran membaca dan menulis. Sekarang mari kita lihat secara terperinci contoh langkah-langkah mengajar perkataan suku kata terbuka (kv) dalam Unit 1 5 berdasarkan KGBK. Perhatikan kesinambungan unit-unit ini. Ia merupakan satu set pelajaran untuk memudahkan guru lihat sebagai contoh. Contoh mengajar Unit 1

Unit 1: Huruf dan bunyi huruf a

u; b

Objektif: Di akhir unit ini kanak-kanak dapat - mengenal bentuk dan membunyi tiga huruf vokal mudah a i u, - mengenal dan membunyikan dua huruf konsonan b c. - menulis, menyalin bentuk huruf-huruf a i u, b c. Pengajaran unit ini dibahagi kepada beberapa bahagian kecil untuk memudahkan huraian secara terperinci langkah-langkah mengajarnya. 1a. Orientasi: mengenal dan mengcam berbagai-bagai jenis bunyi. Objektifnya ialah - supaya murid mendengar, mengecamkan dan membezakan berbagai-bagai bunyi; - dan menyebut pelbagai bunyi huruf, iaitu asas sesuatu bahasa. Guru mengajar murid mengenal dan mengecam berbagai-bagai-bagai bunyi dengan menjalankan aktiviti berikut: a) Mengcam bunyi benda yang diketuk. Suruh murid ketuk berbagai benda dalam bilik darjah. Suruh murid dengar perbezaan bunyi apabila mereka mengetuk meja perlahan -lahan dengan pensel; kemudian mengetuk buku. Adakah sama bunyinya? Ketuk benda lain pula, misalnya kotak dan tin kosong. Adakah sama bunyinya? Guru dan murid bersoal jawab tentang bunyi alat muzik seperti guitar, gendang, trumpet. Bunyi muzik dan nyanyian. Guru bersama murid menyanyi satu lagu yang mereka suka. b) Bermain bunyi suara binatang. Binatang boleh mengeluarkan berbagai-bagai bunyi. Bagaimanakah bunyi suara kucing, suara ayam jantan berkokok, itik, anjing, kambing dan lembu? Suruh murid bermain meniru meow kucing dan anjing menyalak; bunyi ayam berkokok, burung mengicau. Bagaimanakah lembu dan kambing membunyikan suaranya? Adakah binatang boleh bercakap? Adakah burung boleh bercakap dengan burung lain? Kenapakah anjing menyalak? c) Apakah bunyi suara manusia? Guru menerangkan kepada murid yang kita (manusia) boleh mengeluarkan pelbagai bunyi dan boleh bercakap. Guru memberi contoh berbagai-bagai bunyi yang kita boleh keluarkan: aa, ii, uu, bh, chh, ta ti tu ma mi mu, tang ting tong, jam, pokok, kasut dan sebagainya.

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 54

d) Suruh murid bermain mengeluarkan berbagai-bagai bunyi dari suara mereka. Contohnya bunyi yang tidak bermakna th, kh, leh, za. Ada bunyi yang bermakna seperti bot, mak, buku, kawan, bermain, rumah, dalam bahasa Melayu. Apa akan terjadi kepada manusia jika semua orang tidak boleh bercakap? i. ii. iii. Tunjuk gambar haiwan seperti anjing, kucing, ayam jantan, burung. Cuba kamu main membunyikan suara haiwan-haiwan ini. Rakamkan bunyi beberapa alat muzik: gendang, guitar, piano dan violin.

Aktiviti

Unit 1b: mengenal dan membunyikan huruf vokal a i u Tiga huruf vokal a i u dipernalkan dahulu sebab huruf-huruf ini mudah bunyinya dan paling kerap diguna dalam ejaan perkataan Bahasa Melayu. Huruf vokal lain e dan o dikemudiankan. Objektif: Setiap murid dapat - mengenal bentuk huruf vokal a i u, - membunyikannya dan menulisnya. Langkah-langkah 1. Guru menunjukkan kepada kanak-kanak huruf a dalam kad imbasan dan menulisnya di papan tulis. 2. Guru menyebut nama huruf a dan bunyi a aa... Setiap murid ikut guru menyebut nama dan bunyi huruf a. Guru boleh menunjukkan sebutan bunyi a seperti dalam ayam awan abu abang adik 3. Ulang ini beberapa kali dan suruh kanak-kanak ikuti guru membunyikan a. Tentukan setiap orang murid dapat melihat dan membunyikan huruf a dengan jelas. 4. Kemudian tunjuk cara menulis huruf a di papan tulis, dan sebut lagi. Suruh murid menyebut bunyi a aa.. beberapa kali. Suruh murid menulis di awan cara menulis huruf a dengan jari, dan sebut aa. 5. Suruh murid menulis menyalin huruf a dalam lembaran kerja atau dalam Buku Aktiviti mereka. Guru membantu mereka secara individu. Beri pujian. 6. Guru memperkenalkan pula huruf i dan bunyi i ii.. dengan mengguna kad imbasan. 7. Tulis i di papan tulis. Tunjuk huruf i dan bunyi huruf i diikuti oleh semua kanak-kanak. Ikut langkah seperti di atas. Guru boleh memberi contoh bunyi i seperti dalam ikan ibu dan itik. Suruh murid mencadangkan perkataan lain. 8. Tentukan setiap murid kenal huruf i dan boleh membunyinya. 9. Guru tunjuk kepada murid cara menulis huruf i. Beri latihan murid menulis huruf i dalam Buku Aktiviti mereka. 10. Kemudian guru memperkenalkan pula bentuk dan bunyi huruf vokal u seperti langkah-langkah di atas. 11. Dengan menggunakan kad imbasan, buat latih tubi untuk kanak-kanak mengecam dan membunyikan a i u i a u u a i

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 55

Kemahiran menulis a) Tunjuk kepada murid cara menulis huruf a i u di papan tulis satu persatu. b) Dengan menggunakan gerakan jari, guru tunjuk cara menulis a i u satu persatu di awan, diikuti oleh murid. c) Kemudian guru menunjuk cara menulis di papan tulis. Kanak-kanak meniru menulis huruf-huruf ini dalam Buku Aktiviti, atau dalam buku latihan mereka. Bebaskan kanak-kanak cuba menulis walau pun tulisan mereka itu kurang tepat. d) Suruh murid menulis tiga baris setiap huruf a i u dalam buku latihan mereka.
Aktiviti

i. Lakonkan langkah-langkah untuk mengajar huruf vokal a i u seolah-olah anda sedang mengajar kanak-kanak prasekolah. ii. Anda boleh sediakan dan guna kad imbasan, gambar dan bunyi sesuatu perkataan untuk menarik perhatian dan melatih murid menyebut dan menulis huruf itu. Unit 1c: Mengajar mengenal bentuk dan bunyi huruf konsonan b c. Dua huruf konsonan b c ini diperkenalkan dahulu, untuk memudahkan murid mengecam bentuknya dan membunyinya. Huruf-huruf ini akan diguna untuk membentuk suku kata terbuka (kv) dan membina perkataan kvkv nanti. Dalam KGBK huruf-huruf diperkenal tidak mengikut susunannya dalam abjad. Konsonan yang kerap diguna dalam ejaan Bahasa Malaysia diperkenalkan dahulu. Objektif: supaya setiap murid - mengenal bentuk huruf konsonan b c dan boleh membunyikannya; - dapat menulis huruf b c Langkah-langkah 1. Ulang pelajaran yang lalu: mengenal dan membunyikan huruf vokal a i u. 2. Guru perkenal pula kepada murid huruf b dengan mengguna kad imbasan dan dengan menulisnya di papan tulis. Sebut nama huruf b dan bunyinya bh beberapa kali. 3. Ulang beberapa kali diikuti oleh semua murid. Guru boleh menyatakan bunyi b seperti dalam batu; baju; burung; bola, dsb. Suruh murid cari contoh lain. 4. Tunjuk cara menulis huruf b. Ulang beberapa kali. Suruh murid melatih menulis huruf b di awan; kemudian beri latihan murid menulis hu ruf b beberapa baris dalam kertas lembaran buku atau dalam buku latihan. Mereka boleh mewarnakan gambar burung atau baju. 5. Perkenalkan pula bentuk dan bunyi huruf c, seperti langkah-langkah untuk huruf b di atas. Bunyikan c seperti dalam cawan; cacing; ciku; cari. Suruh murid beri contohcontoh lain. 6. Tunjuk murid cara menulis huruf c. Beri latihan mereka menulis huruf c dalam lembaran kerja atau dalam buku latihan.

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 56

Latihan menulis Suruh murid menyalin beberapa baris huruf b dan c dalam buku latihan mereka. Aktiviti permainan - Buat permainan kumpulan kecil, dua atau tiga orang satu kumpulan. Sediakan setiap kumpulan selonggok kad imbasan huruf yang mengandungi beberapa salinan huruf a i u b c - Suruh kanak-kanak cari huruf yang sama daripada kad-kad imbasan itu, dan suruh mereka sebut hurufnya dan bunyinya. - Suruh murid menyalinnya dalam buku latihan. Alat bantu mengajar a) Sediakan kad imbasan huruf vokal a i u dan huruf konsonan b c secukupnya untuk murid bermaian mencari huruf yang sama dan yang berbeza. b) Papan tulis. Guru guna papan tulis untuk menunjukkan cara murid menulis huruf a i u dan b c . c) Buku CeriaTadika 1 Penerbit Ilmu Fajar (2009), Unit 1. d) Buku CeriaTadika Aktiviti 1 Penerbit Ilmu Fajar (2009), Unit 1. e) Lembaran kerja dan buku latihan untuk murid menulis.
Aktiviti

1. Sediakan beberapa salinan huruf a i u b c. 2. Lakonkan permainan mencari huruf yang sama, dan menyalin huruf itu.

Unit 2: Langkah-langkah Mengajar Unit 2 b ba bi bu


Objektif unit ini ialah supaya kanak-kanak dapat - Mengcam dan membunyikan huruf b; - mengenal dan menyebut bunyi suku kata ba bi bu, - membaca beberapa perkataan mudah seperti baba, bubu, ibu abu - menyalin huruf b, suku kata ba bi bu dan frasa abu baba; - bersoal jawab dengan guru tentang cerita dua orang kawan baba dan abu. Langkah-langkah 1. Guru mengulang pelajaran yang lalu; kanak-kanak bermain menyebut huruf vokal a i u dari kad imbasan yang ditunjukkan oleh guru. 2. Guru mengulang pelajaran yang lalu mengajar huruf b. Dengan mengguna kad imbasan, guru tunjuk huruf b, dan membunyinya bbh. Suruh murid ikut sebutan guru b bhh. Tulis huruf b di papan tulis. 3. Dengan menggunakan kad imbasan, guru mencantumkan huruf b dengan huruf a dan membunyikannya ba. Suruh murid ikut membunyikan ba beberapa kali.

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 57

4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16.

Ulang ini beberpa kali diikuti oleh semua kanak-kanak. Suruh setiap kanak-kanak menyebut ba, ba. Guru cantum kad ba dengan kad ba menjadi perkataan baba. Ulang beberapa kali diikuti oleh setiap murid. Tunjuk murid cara menulis ba, ba ba dan baba. Murid menyalinnya beberapa baris. Ulang langkah yang sama mencantum b dan i menjadi bi. Latih kanak-kanak beberapa kali. Guru cantum kad bi dengan kad bi menjadi perkataan bibi. Sebut perkataan bibi diikuti oleh semua murid. Ulang beberapa kali. Tunjuk cara menulis bi, bi bi dan bibi. Murid menyalinnya beberapa baris. Ulang langkah yang sama untuk b dan u menjadi suku kata bu. Buat latihan beberapa kali supaya setiap kanak-kanak dapat mengenal dan menyebut bu. Cantum kad bu dengan kad bu dan sebut perkataan bubu. Buat latihan menulis bu, bu bu bubu. Kemudian ulang menunjuk kad imbasan ba bi bu supaya kanak-kanak menyebutnya. Dengan mengguna kad imbasan, ulang melatih murid membaca baba bibi bubu selang seli beberapa kali. Cantum pula a + ba menjadi aba dan sebut aba; a + bi menjadi abi; a + bu menjadi abu. Ulang membaca aba abi abu. Suruh kanak-kanak baca dan sebut pula perkataan ubi ibu beberapa kali. Bentuk rangkai kata dan latih murid membacanya. ibu abu bubu baba ubi ibu abu.

Latihan menulis Beri latihan murid menulis atau menyalin 2 baris huruf b 2 baris suku kata ba bi bu 2 baris perkataan baba bibi bubu 2 baris perkataan ubi ibu abu Salin frasa atau ayat: bubu baba ubi ibu abu. Aktiviti permainan dan pengayaan - Mewarnakan gambar. Murid boleh diberi gambar ibu dengan anak untuk murid mewarnanya. - Kanak-kanak boleh disuruh mencari dan mencantum suku kata yang sama, misalnya ba dengan ba, bi dengan bi dan bu dengan bu. Suruh mereka baca perkataan itu. - Menyanyi. Mereka boleh diajar menyanyi baba bibi bubu ibu abi, ubi ibu.

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 58

- Bercerita dan bersoal-jawab. Buat cerita rekaan tentang dua orang kawan baba dan abu. Mereka berjiran; bagaimana mereka datang ke sekolah bersama dan bermain bersama. Apakah permainan mereka? Guru boleh meminta murid menamakan kawan-kawan mereka dalam kelas. Bahan/Alatan/Catatan a) Kad imbasan bagi huruf b a i u; dan suku kata ba bi bu secukupnya untuk murid bermain mencantum suku kata menjadi perkataan. b) Kad imbasan perkataan baba bibi bubu abu ibu ubi c) Kad frasa ibu abu bubu baba d) Papan tulis, untuk menunjuk murid untuk murid menulis huruf b suku kata ba bi bu; perkataan baba bibi bubu ibu abu. e) Buku CeriaTadika 1 Unit 2 f) Buku Aktiviti CeriaTadika 1 Unit 2.
Aktiviti

Sediakan kad imbasan dan carta a i u b ba bi bu. Lakonkan bagaimana kamu akan mengajar kanak-kanak Unit 2 ini

Unit 3: c

ca ci cu

Objektif : - Murid dapat menyebut suku kata kv: ca ci cu; - Murid dapat membina, membaca dan menulis perkataan kvkv. Langkah-langkah mengajar 1. Ulang pelajaran yang lalu. 2. Guru memperkenalkan kepada murid huruf c dan bunyinya cch. Contoh perkataan daripada huruf ini ialah seperti cacing, cicak, cari, cuba dsb. 3. Dengan menggunakan kad imbasan, guru tunjuk kepada murid cara mencantumkan huruf c dengan huruf vokal a supaya menjadi suku kata ca. Ulang beberapa kali. 4. Dengan mengguna kad imbasan, guru mencantum ca dengan ca supaya menjadi perkataan caca. Buat latihan menulisnya. 5. Ulang cara yang sama mencantum c dengan i menjadi ci; dan cara membina perkataan cici. Beri latihan murid menulis cici. 6. Ulang langkah yang sama untuk membentuk cu; dan mencantum cu + cu menjadi cucu. 7. Guru melatih murid membaca dan menulis ba bi bu, ca ci cu. 8. Dengan menggunakan kad imbasan, tunjukkan murid cara untuk membina perkataan lain dengan mencantumkan suku kata di atas, misalnya ba + ca= baca cu + ba = cuba cu + ci = cuci abu cucu aci abi cuba baca

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 59

9. Dengan menggunakan carta dan buku, guru mengajar murid membaca perkataan-perkataan yang terdapat pada carta dan dalam Unit 3 Buku CeriaTadika 1. Latihan menulis a) Guru menunjukkan cara menulis suku kata ca ci cu ba bi bu, perkataan dan ayat di atas, abu cucu aci abi cuba baca supaya murid dapat menyalinnya dengan betul dalam lembaran atau dalam buku latihan. b) Murid membuat latihan menulis di dalam Buku Aktiviti 1. c) Adakan permainan secara berpasangan. Murid bermain permainan membina dan menulis perkataan dengan mencantumkan suku kata a i u, ba bi bu, ca ci cu Aktiviti Permainan dan Pengayaan - Guna perkataan cuci sebagai tema untuk bersoal-jawab dan aktiviti. Misalnya, tanya murid Kita cuci apa? Kenapakah kita cuci tangan sebelum makan? Kenapakah kita mandi dan cuci badan kita? Adakah kamu mencuci atau memberus gigi? Tunjuk cara mencuci tangan. - Permainan berpasangan mencantum suku kata supaya menjadi perkataan. Minta wakil daripada setiap pasangan membacakan di hadapan kelas.perkataan yang mereka cipta. i. ii. iii. Sediakan kad imbasan dan carta a i u b; ba bi bu; ca ci cu. Lakonkan bagaimana kamu akan mengajar kanak-kanak Unit 2 ini. Cipta satu permainan untuk murid.

Aktiviti

Unit 5: Langkah-langkah mengajar k ka ki ku


Objektif: murid dapat menyebut suku kata: ka ki ku membina, membaca dan menulis perkataan. Langkah-langkah 1. Ulang pelajaran yang lalu: murid membaca ba bi bu; ca ci cu; dan baba cuba baca; ibu abu; cucu aci, dsb. 2. Ulang langkah-langkah dalam pelajaran yang lalu untuk guru memperkenalkan kepada murid huruf k dan bunyinya kh, seperti dalam perkataan kucing kaki kuku dan kuda. Tunjukkan murid cara menulis k dan suruh mereka menulisnya dalam buku latihan atau lembaran kerja. 3. Dengan menggunakan kad imbasan, cantumkan huruf k dengan huruf vokal a supaya menjadi suku kata ka. Tunjukkan cara menulisnya. Murid menulis ka beberapa baris dalam lembaran kerja.

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 60

Cantum huruf k dengan i menjadi ki. Ulang beberapa kali supaya semua murid dapat mengeja dan menyubutnya. 5. Cantum huruf k dengan u supaya menjadi ku. Tunjuk cara menulis ku. 6. Semua murid membaca suku kata ka ki ku. 7. Murid ulang membaca secara berselang-seli. 8. Beri latihan murid menulis suku kata ka ki ku. 9. Guru melatih murid membaca suku kata dan perkataan cantuman ka + ki = kaki; ku + ku = kuku; a + ku = aku; a + ki = aki; i + ka = ika. 10. Dengan menggunakan kad imbasan tunjukkan cara membina perkataan dengan mencantumkan suku kata bu + ku; bu + ka; cu + ka; ka + ca 11. Dengan menggunakan Carta dan buku Ceria Tadika 1, guru mengajar murid membaca perkataan-perkataan yang terdapat dalam Unit 4. 12. Beri latihan murid menulis suku akta, perkataan, frasa dan ayat yang ajar, contohnya: ka ki ku kuku kaki ; kuku kaki aki ika buka buku. ika baca buku. 4. Aktiviti Pengayaan - Guru boleh mengguna perkataan kuku sebagai tema untuk bersoal jawab dan membuat aktiviti pengayaan. Siapa ada kuku? Adakah kuku kamu keras atau lembut? Apa guna kuku? Adakah kuku kamu bersih? Adakah burung dan ayam mempunyai kuku? Adakah kuda mempunyai kuku? - Murid membuat latihan menulis di dalam Buku Aktiviti 1. - Adakan permainan secara berpasangan. Murid bermain permainan membina dan menulis perkataan dengan mencantumkan suku kata ba bi bu; ca ci cu; ka ki ku - Minta wakil daripada setiap pasangan membacakan di hadapan kelas. perkataan yang mereka cipta.

Unit 6: Ulangan
Objektif Ulangan ini ialah untuk mengukuh kemahiran murid - menyebut suku kata terbuka a i u; ba bi bu; ca ci cu; ka ki ku - membina, membaca dan menulis perkataan, frasa dan ayat daripadanya. Langkah-langkah mengajar dan aktiviti pengayaan 1. Guru boleh mengguna langkah-langkah dan aktiviti seperti dalam Unit 4 dan 5.

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 61

2. Ulang tunjuk murid cara mencantum suku kata supaya menjadi perkataan daripada a i u; ba bi bu; ca ci cu; ka ki ku 3. Guru hendaklah menyediakan selungguk kad imbasan di atas untuk murid bermain mencantum suku kata menjadi perkataan. 4. Murid bermain membina perkataan. Dengan mengguna kad imbasan, murid secara berpasangan membina sebanyak mungkin perkataan daripada suku kata itu. Mereka menulisnya. 5. Berapa patah perkataan yang mereka cipta? Suruh setiap kumpulan membaca perkataanperkataan yang mereka cipta. Beri tepukan. 6. Buat permainan membina frasa atau ayat mudah: kuku _____; ibu_____; _____ buku; _____ baba; ika suka _______ ; babu baca _______; _____ cuci kaki; ibu ______ kaki; abi cuba baca ______. Aktiviti Pengayaan - Guru berbincang dan membuat aktiviti berdasarkan perkataan yang murid bina, misalnya tentang kaki dan baca dan sebagainya Sediakan kad imbasan dan carta a i u b; ba bi bu; ca ci cu; ka ki ku. Lakonkan bagaimana kamu akan mengajar kanak-kanak Unit 5 dan 6 ini. Cipta beberapa permainan untuk murid membaca dan menulis.

Aktiviti

Perhatikan Unit 1 6 di atas adalah satu set unit pengajaran yang berkesinambungan dan berturutan berkembang. Murid membina kemahiran 2M secara beransur-ansur, tetapi jelas. Adalah penting murid menguasai Unit 1 6 ini kerana ia adalah asas untuk mereka membaca sendiri perkataan, frasa dan ayat baru mengguna huruf vokal dan konsonan baru yang lain nanti. Pengajaran suku kata terbuka bagi huruf-huruf lain (misalnya t m l p g r j) boleh dibuat mengikut langkah-langkah di atas (kv). Rujuk buku Ceria2M Tadika 1. Setelah murid dapat membaca 5 7 Unit dalam buku ini, mereka sudah bersedia untuk membaca buku cerita mudah. Guru hendaklah menyediakan buku-buku bacaan mudah yang mengandungi suku kata terbuka. Beberapa nota tambahan Pengajar hendaklah menerangkan langkah-langkah secara spesifik dengan menunjuk cara (demostrate) contoh melaksanakannya, misalnya bagaimana menunjuk kad imbasan, membunyi huruf, mengulang, memberi peneguhan; tunjuk dan bermain cara menulis huruf, dan sebagainya. Pelajar (guru pelatih) mencuba mengajar sesuatu unit atau sebahagian (beberapa langkah) sesuatu unit, dengan dibimbing oleh tenaga pengajar. Guru-guru pelatih hendaklah dilatih mencipta dan membuat alat-alat bantu mengajar sendiri (seperti kad imbasan huruf, suku kata dan perkataan, carta suku kata, perkataan dan gambar, permainan dan sebagainya)

KAB3033 - Pengajaran Literasi: Awal Menulis dan Membaca Bahasa Melayu / 62

Guru pelatih hendaklah menguasai kemahiran langkah-langkah dan teknik mengajar membaca dan menulis secara sistematik ini, kerana inilah asas murid belajar membaca dan menulis seterusnya. Guru pelatih hendaklah menguasai aktiviti pengayaan, seperti berikut: - Guru hendaklah memperkayakan pengetahuan dan penghayatan murid dengan memberi latihan bersoal jawab dan bermain secara terancang mengenai apa yang mereka pelajari. - Guru boleh mengambil satu perkataan atau frasa yang diajar dalam sesuatu unit itu sebagai fokus atau tema untuk aktiviti pengayaan. Misalnya dalam Unit 2 guru boleh mengambil perkataan ibu untuk dijadikan asas aktiviti bersoal jawab bersama murid. Siapa sayang ibu? Apa ibu buat di rumah? Bagaimana kita boleh menolong ibu? Apabila balik apa kamu lakukan bersama ibu? Tunjukkan. - Bagi Unit 4, misalnya guru boleh mengguna perkataan kuku sebagai tema untuk bersoal jawab dan membuat aktiviti. Setiap guru pelatih hendaklah boleh menunjukkan langkah-langkah dan teknik mereka mengajar setelah mereka membuat persediaan. Gunakan langkah-langkah di atas berbagai-bagai asas, kemudian gubah langkah-langkah dan aktiviti tambahan. Prosedur atau kaedah terang, tunjuk, latih dan baiki disyorkan diguna pada masa permulaan pelajaran. Guru pelatih hendaklah menyediakan latihan secukupnya untuk murid menulis: murid menulis apa yang mereka baca dan juga sebaliknya. Guru memasukkan aktiviti menyanyi dan berlakon, dan bergerak untuk menambah keberkesanan dan keseronokan murid belajar. Contohnya tunjukkan mengajar cara melakonkan perkataan dan ayat aci cuci kaki; ika cuci kuku; abu buka buku; abu baca buku. Guru pelatih dapat menjalankan aktiviti bermain dan menulis secara berpasangan atau secara berkumpulan. Latihan secara individu juga diberi, supaya setiap murid dapat mempelajari aktiviti setiap unit mengikut kemampuan masing-masing.

RUJUKAN UTAMA SEBAGAI PANDUAN UNTUK MENGAJAR KGBK


Isahak Haron (1990), Mengajar Membaca Peringkat Awal. Dalam Safiah Osman (ed) Membaca : Satu Pengenalan, Berita Publishing, Kuala Lumpur. Isahak Haron (2006), Mudah Membaca Bahasa Melayu 1 2 (Edisi Guru ) Siri Genius Oxford Fajar, Shah Alam. Isahak Haron (2009) Ceria2M Tadika 1, Penerbit Ilmu Bakti, USJ, Selangor. Isahak Haron (2009) Carta Ceria2M Tadika (berserta CD dan Panduan Guru, Penerbit Ilmu Bakti, USJ, Selangor.