Budaya popular mengugat pelestarian budaya tradisional. Bincangkan.

Salam 1 Malaysia

Jika dilihat dari segi maksud budaya popular itu ialah suatu konsep yang membawa pengertian luas meliputi sebahagian daripada jelmaan budaya sesuatu masyarakat yang berkait rapat dengan pemikiran,falsafah hidup,perasaan,emosi,sikap serta nilai yang mencerminkan masyarakat itu sendiri. Ciri-ciri budaya popular pula ialah bercorak komersial, terhasil dari teknologi terkini. Bergerak berasaskan usaha perdagangan (profit motivated) dan penonton yang menentukan populariti sesuatu jenis hiburan. Perkembangan budaya popular kalangan masyarakat adalah dibantu oleh pengaruh media massa dan komunikasi yang semakin meningkat naik pada masa kini. Pengaruh budaya popular ini mengugat pelestarian budaya tradisional kerana ramai kalangan muda mudi berpendapat bahawa budaya tradidional adalah kuno dan kurang sesuai diguna pakai dalam era kemodenan manusia kini. Ada juga golongan yang menganggap budaya tradisional hanyalah salah satu program negara semata-mata tetapi bukan satu nilai kehidupan seharian. Kesimpulannya, masyarakat kini lebih berminat kepada budaya popular kerana dikatakan sebagai satu peningkatan gaya hidup era modenasasi dan globalisasi. Jika perkembangan dunia semasa ini tidak diikuti, maka masyarakat tersebut akan dilihat sebagai ketinggalan zaman.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful