You are on page 1of 6

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Matapelajaran Kelas Bilangan Pelajar Tarikh Masa Bidang Tajuk Kemahiran/Tema

: Pendidikan Seni Visual : Tahun 3 : /30

: 26 April 2012 : 1 jam (60 minit) : Menggambar : Kolaj : Ikan Peliharaanku

Pengetahuan sedia ada murid : i) ii) iii) Murid pernah mempelajari teknik asas dan melakukan aktiviti kolaj Murid pernah melihat pelbagai jenis ikan di aquarium Murid pernah melukis gambar ikan

Objektif Pada akhir pembelajaran, murid dapat : 1) Memahami cara-cara menghasilkan gambar ikan menggunakan teknik kolaj 2) Melukis gambar wau dengan menggunakan acuan bentuk ikan yang siap sedia dipotong oleh guru. 3) Menghasilkan kolaj gambar ikan mengikut contoh warna yang telah dihasilkan dan ditayang oleh guru

Hasil Pembelajaran Pada akhir pembelajaran, murid dapat : 1) Mengenal cara-cara menghasilkan kolaj menggunakan teknik yang betul 2) Menerapkan nilai kekemasan dan kebersihan dalam menghasilkan kolaj 3) Menyatakan alatan dan bahan yang digunakan bagi menghasilkan kolaj

Nilai-nilai murni 1) Kekemasan 2) Kebersihan 3) Ketelitian

Keperluan Alatan Bahan Rujukan : Acuan bentuk ikan : Kertas lukisan, kertas warna, pensel, pemadam, gam cair : Buku sumber guru Pendidikan Seni Visual & Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual

PELAKSANAAN LANGKAH/ FASA/ MASA(MIN) Set Induksi (10minit) -Nyanyian lagu Ikan kekek Guru menyuruh murid-murid menyanyikan lagu Ikan Kekek mengikut video yang mengandungi muzik dan lirik yang dimainkan. Ikan kekek mak iloi iloi Ikan gelama mak ilai ilai Nanti adik mak iloi iloi Pulang sama mak ilai ilai Guru memaparkan pelbagai jenis gambar ikan menggunakan paparan LCD dan mengadakan sesi soal jawab. 1) Apakah nama ikan ini? 2) Siapa yang ada memelihara ikan di rumah? 3) Sebutkan nama jenis-jenis ikan 4) Dimanakah habitat ikan-ikan tersebut? AKTIVITI 1 (5 minit) -penggunaan bahan, media dan teknik penghasilan Guru menunjukkan alatan dan bahan yang diperlukan untuk menghasilkan kolaj Cth : gam cair, kertas lukisan, kertas warna, -cara-cara pensel, acuan bentuk wau
3

ISI PELAJARAN

AKTIVITI P&P

CATATAN

BBM -paparan LCD, video, lirik lagu, muzik

TKP -interpersonal -muzik -verbal linguistik

BBM -pemancar LCD -video -alatan dan bahan

untuk menghasilkan kolaj

Guru menunjukkan contoh gambar ikan menggunakan teknik kolaj yang sudah siap dihasilkan

Guru memasang video menggunakan pemancar LCD tentang cara-cara menghasilkan kolaj

AKTIVITI 2 (10 minit)

-demonstrasi penghasilan kolaj

Guru menunjukkan sedikit demonstari tambahan tentang cara mengoyak kertas pelbagai saiz dan

-pengagihan bahan

kemudian menunjukkan cara menampal kertas untuk menghasilkan sebuah karya kolaj yang cantik dan kemas Guru mengagihkan bahan dan alatan kepada setiap pelajar

AKTIVITI 3 (30 minit)

-aktiviti menghasilkan kolaj ikan peliharaan

Murid-murid perlu melukis gambar ikan terlebih dahulu dengan menggunakan acuan bentuk ikan dan pensel pada kertas lukisan

-kekemasan -ketelitian

-menciri dan membezakan -menjana idea -kreatif/inovatif


4

Murid mengoyakkan kertas

warna biru, merah, kuning dan hijau dengan pelbagai jenis saiz. Murid menyapu gam dan menampal cebisan kertas yang telah dikoyak pada gambar ikan yang dilukis di kertas lukisan. Kolaj yang dihasilkan hendaklah sama warna dan kedudukannya mengikut contoh yang telah disediakan oleh guru. Murid menghasilkan gambar ikan menggunakan teknik kolaj dengan kemas dan teliti hingga siap Guru memberi bimbingan kepada pelajar ketika menyiapkan hasil kerja. Murid dapat menjalankan aktiviti dengan lancar di bawah penyeliaan guru TKP -visual ruang -Spiritual -Interpersonal -konstruktivisme -kontekstual

PENILAIAN DAN PENUTUP (5 minit)

-Sesi apresiasi dan refleksi

Murid dapat menyiapkan hasil kerja dengan baik mengikut contoh yang

TKP -Interpersonal Verbal linguistik

-penilaian dan pengukuhan

diberikan Beberapa orang murid dipilih untuk mempamerkan hasil

-penggunaan laras bahasa seni

karya mereka Murid dapat menilai keupayaan dan pendapat diri sendiri i) ii) Seronokkah? Adakah teknik kolaj ini lebih susah berbanding teknik menggambar yang lain? Guru menunjukkan beberapa contoh karya kolaj ikan yang cantik dan kemas Guru merumuskan dan menerangkan tentang kelebihan dan kekurangan yang terdapat pada hasil kerja pelajar secara umum.

You might also like