ISI KANDUNGAN

MUKASURAT

1. PENDAHULUAN 2. KEDUDUKAN SEKOLAH-SEKOLAH DI SEMENANJUNG MALAYSIA SELEPAS MERDEKA SEHINGGA 1970-AN 3. KEDUDUKAN SEKOLAH CINA SELEPAS MERDEKA SEHINGGA 1970-AN 4. YURAN SEKOLAH 5. PENTADBIRAN SEKOLAH 6. PEMIKIRAN DAN TUJUAN SISTEM PENDIDIKAN PADA AWAL KEMERDEKAAN SEHINGGA 1970-AN 7. LAPORAN RAHMAN TAIB 1960 8. CADANGAN-CADANGAN LAPORAN RAHMAN TALIB BERKAITAN MURID-MURID SEKOLAH RENDAH 9. PERUBAHAN SISTEM PENDIDIKAN DI SEMENANJUNG MALAYISA 10. IMPLIKASI DAN KESAN 11. BERKAITAN KURIKULUM LAMA SEKOLAH RENDAH (KLSR) 12. PENGURUSAN BILIK DARJAH BENTUK KLSR 13. CIRI-CIRI BILIK DARJAH TRADISI 14. PENGUJIAN DAN PENILAIAN YANG DIJALANKAN DALAM KLSR 15. PENUTUP 16. RUJUKAN

`

1 1

1

2

2

3 4

5

6 7

8 8 9

10 11

0

KEDUDUKAN SEKOLAH-SEKOLAH DI SEMENANJUNG MALAYSIA SELEPAS MERDEKA SEHINGGA 1970-AN Di awal kemerdekaan. Laporan Razak 1956 telah menjadikan ia sebagai satu cadangan utama. Sebagai salah satu dari usaha permulaan. Sekolah 1 . kerajaan telah mengambil langkah yang drastik agar menukar Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.1. Sekolah Rendah Jenis Umum (Cina). 3. 2. PENDAHULUAN : Apabila Malaya sudah mencapai kemerdekaan kerajaan telah mengambil keputusan untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. selebihnya harus berhenti dari belajar dan berkerja ataupun sambung lagi di darjah 6 sehingga mencapai umur tidak lebih dari 12 tahun. Oleh yang demikian. Penggunaannya telah diperluaskan dalam semua bidang. Di samping menggunakan Bahasa Cina sebagai pengantar. keempat-empat sekolah masih lagi diteruskan. Pada masa itu hanya 30% sahaja yang berjaya melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah. terutama dalam bidang pendidikan. sekumpulan guru mata pelajaran khas dipilih untuk bertugas di Maktab Perguruan Bahasa dan di Dewan Bahasa dan Pustaka bagi menulis buku-buku teks serta mengkaji teknik mengajar Bahasa Melayu untuk orang-orang bukan Melayu. Sekolah Renhdah Cina diiktiraf secara rasmi sebagai salah satu jenis sekolah dalam system pendidikan kebangsaan. Mulai tahun 1957 murid-murid di sekolah rendah yang ingin melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah perlu lulus Peperiksaan Masuk Sekolah Menengah. Laporan Razak telah melakukan beberapa perubahan. KEDUDUKAN SEKOLAH CINA SELEPAS MERDEKA SEHINGGA 1970-AN Di bawah cadangan Laporan Razak. Maktab perguruan juga telah melatih guru-guru khas yang akan mengajar matapelajaran utama di sekolah iaitu Bahasa Melayu.

Mereka juga bertanggungjawab mencari kewangan untuk perkembangan sekolah. PEMIKIRAN DAN TUJUAN SISTEM PENDIDIKAN PADA AWAL KEMERDEKAAN SEHINGGA 1970-AN Pemikiran dari tujuan pendidikan pada awal kemerdekaan adalah berlandaskan daripada asal-usul yang terkandung dalam Laporan Razak 1956 dan boleh ditinjau daripada Laporan Rahman Talib 1960 2 . PENTADBIRAN SEKOLAH Seperti yang dicadangkan dalam Laporan Razak pada tahun 1960. Selain dari itu murid-murid juga perlu membayar yuran permainan. sains dan sebagainya. Pada zaman itu.00 setahun. 4. Murid-murid di Sekolah Rendah Inggeris dan Sekolah Rendah Cina dikhendaki membayar yuran sebanyak RM2. 5. anggota Jemaah Pengurus adalah dipilih daripada orang yang berkaliber dan berkewibawaan serta berekod bersih. pihak sekolah rendah tidak boleh mengutip yuran lebih dari RM5. 6. Mengikut system ini. setiap sekolah adalah dikelolakan mengikut sistem Jemaah Pengurus bagi sekolah rendah. Jemaah Pengurus adalah majikan sekolah.Rendah Cina ini hendaklah mengajar Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris mengikut waktu yang ditetapkan.50 sebulan. perpustakaan. Jumlah bilangan anggota adalah disyaratkan di antara 12 hingga 21 orang. Beliau juga bertanggungjawab kepada Jemaah Pengurus tentang pentadbiran sekolah termasuk disiplin sekolah. Mereka mempunyai kuasa untuk melantik Guru Besar dan guru-guru serta memecat jawatan mereka mengikut syarat yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran. Mengikut Ordinan Pelajaran 1957. Kadar bayaran ditetapkan oleh pihak sekolah itu sendiri. YURAN SEKOLAH Sekolah Rendah Umum dan Sekolah Rendah Jenis Umum (Tamil) dikecualikan dari membayar yuran. seni lukis dan kraftangan. Guru Besar secara automatik dilantik sebagai Setiausaha Jemaah Pengurus.

” Akta Pelajaran 1961 pula berasaskan Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. iaitu sistem persekolahan yang sama bagi semua dan kurikulum sekolah yang sama kandungannya serta bercorak kebangsaan. sebuah jawatan kuasa Penyemak Pelajaran telah dibentuk dengan melantik Y. 7.Dasar Pelajaran Kebangsaan Malaysia sekarang adalah berasaskan akta pelajaran 1961. sebagai pengerusinya. LAPORAN RAHMAN TAIB 1960 Pada tahun1959. ekonomi dan politiknya. 1957 ialah untuk menubuhkan satu system pelajaran yang akan dapat memenuhi keperluan Negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan. dan bahawasanya peruntukan selanjutnya adalah dikehendaki untuk menentukan agar dasar tersebut dilaksanakan secara berkesan. Encik Abdul Rahman Talib yang pada masa itu menjadi Menteri Pelajaran Malaya. Kedua-dua laporan ini menitikberatkan pendidikan untuk perpaduan negara dan penghasilan tenaga rakyat. perhatian hendaklah diberikan kepada prinsip am bahawa murid-murid hendaklah dididik mengikut kemahuan-kemahuan ibu bapa mereka. Penyata Razak telah menggariskan dua asas utama untuk mencapai matlamat perpaduan negara. termasuk khususnya peruntukan bagi perkembangan yang progresif bagi suatu sisitem pelajaran dalam mana Bahasa Kebangsaan adalah menjadi bahasa pengantar utama. Bahawasanya adalah difikirkan perlu bahawa setakat yang sejajar dengan dasar itu. Penyata Razak 1956) dan dengan cara ‘menyamakan sukatan pelajaran semua sekolah’ (perenggan 115). tujuan perlantikan jawatankuasa tersebut adalah bagi mengkaji semula polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telah dicadangkan 3 . dengan mengadakan pengajaran yang cekap dan dengan mengelakkan perbelanjaan awam yang tidak berpatutan. social. Dalam pendahuluan akta ini dinyatakan : “ Bahawasanya dasar pelajaran seperti yang diistiharkan dalam Ordinan Pelajaran.B. Penyata Razak mencadangkan perpaduan dipupukkan melalui ‘penyatuan budak-budak daripada semua bangsa dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama’ (perenggan 12.

sekolah ini berkelayakkan terutama sekali guru-guru Bahasa Kebangsaan. kesimpulan yang telah dibuat mendapati kebanyakkan cadangan dalam Laporan Razak telah dilaksanakan dengan lancer diantara tahun 1958 dan 1959. Jawatankuasa telah mencadangkan semua jenis yuran dimansuhkan. Guru-guru yang dihantar kesekolah. yang dikenali sebagai laporan Rahman Talib. Murid sekolah rendah yang tidak berkelayakkan diterima masuk ke sekolah menengah akan dilanjutkan dari lingkungan umur 12 tahun ke 15 tahun. Jawatankuasa Penyemak Pelajaran medapati beberapa kelemahan dalam pelaksaan polisi pendidikan kebangsaan seperti yang dicadangkan dalam Laporan Razak. yuran permainan. Kemudian dicadang menukar namanya kepada Sekolah Rendah Kebangsaan dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan. 3. 8. 4. Kedudukan yang wajar bagi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di semua Sekolah Rendah Umum dan Sekolah Rendah Jenis Umum.dalam Laporan Razak serta kesan-kesan dalam pelaksanaannya. Pembiayaan akan diuruskan oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.50 setahun. Walaubagaimana pun. perpustakaan dan lain-lain serta tidak lebih dari RM4. 2. CADANGAN-CADANGAN LAPORAN RAHMAN TALIB BERKAITAN MURID-MURID SEKOLAH RENDAH 1. Mengikut laporan itu. Ini akan mengurangkan kadar pengangguran dikalangan kanak-kanak. sekurang-kurangnya sehingga sekolah menangah rendah. Bagi menjamin semua murid boleh dan dapat bersekolah. Bagi yang bukan Islam. Bagaimanapun. 4 . Pendidikan Akhlak telah dimasukkan dalam sukatan matapelajran wajib mulai Darjah 4 hingga ke Tingkatan 6. Kemudahan diberikan bagi subjek Agama Islam. Jawatankuasa itu telah mencadangkan beberapa pengubahsuaian dan pindaan atas polisi pendidikan yang berkuatkuasa dalam Ordinan Pelajaran 1957. Jawatankuasa Penyemak Pelajaran telah memulakan tugasnya selepas pilihanraya 1959 dan menyiapkan laporannya pada 1960. jika terdapat murid beragama Islam di sekolah seramai 15 orang .

Perubahan-perubahan utama adalah seperti berikut: a. untuk melatih guru yang berkelayakan. Peringkat ini juga merupakan pelaksanaan rancangan Laporan Rahman Talib. PERUBAHAN SISTEM PENDIDIKAN DI SEMENANJUNG MALAYISA Perkembangan sistem Pendidikan Kebangsaan di Persekutuan Tanah Melayu dalam tempoh awal merdeka boleh dibahagikan kepada 2 peringkat. Sejak itu. iaitu Bahasa Kebangsaan. c. merupakan peringkat pengubahsuaian daripada rancangan Laporan Razak. Bahasa Inggeris. Menganjurkan peperiksaan awam menggunakan bahasa rasmi sahaja. Peringkat kedua. Kerjasama di antara pendidik dan ahli bahasa yang ditugaskan di Maktab Perguruan Bahasa dan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk menghasilkan buku-uku teks supaya dapat digunakan di sekolah-sekolah. Pembekalan tempat-tempat belajar di sekolah rendah bagi semua aliran bahasa. 5 . d. Umur persekolahan dinaikkan kepada 15 tahun. Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Menubuhkan pusat latihan. 9. terutama Maktab Perguruan Bahasa.Laporan Rahman Talib dibentangkan di Parlimen dan telah diluluskan. Penubuhan Sekolah Pelajaran Lanjutan bagi menampung murid-murid yang gagal mendapat tempat belajar di sekolah menengah akademik. e. b. Pelajaran Bahasa Kebangsaan diwajibkan untuk semua jenis sekolah rendah. dan kemudian dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Penggubalan satu sukatan pelajaran yang sama untuk semua sekolah. c. Dalam peringkat ini kita dapat menyaksikan : a.perkembangan pendidikan kebangsaan yang tercatat dalam Akta Pelajaran 1961. Di dalam tempoh ini. b. Peringkat pertama merupakan peringkat perlaksanaan Laporan Razak. beberapa program pengubahsuaian untuk mempercepatkan proses pelaksanaan Sistem Pendidikan Kebangsaan.

tidak kira apa jua jenis aliran. peperiksaan tersebut dimansuhkan dan digantikan dengan Peperiksaan Penilaian Tahun 5. kecuali Bahasa Inggeris dan bahasa ibunda . bahasa penghantar matapelajaran sivik Tahun4 di SRJK(I) ditukar kepada Bahasa Malaysia. misalnya : Mulai Januari. Ujian ini membolehkan murid ke Kelas Ekspress. Murid yang cerdas pintar akan menghabiskan sekolah rendahnya dalam tempoh 5 tahun sahaja. bahasa penghantar mata pelajaran sejarah dan ilmu alam Tahun 4 ditukar kepada Bahasa Malaysia. Kementerian Pelajaran. mulai tahun 1968. semua mata pelajaran Tahun 1 di SRJK(I). Mulai tahun 1970. kajian tempatan dan muzik dalam tahun 1 hingga tahun 3 di SRJK(I) hendaklah diajar dalam Bahasa Malaysia. murid-murid pada akhir Darjah 6 dikhendaki menduduki Peperiksaan Masuk Sekolah Menengah. Sehingga ke tahun 1963.d. IMPLIKASI DAN KESAN Ekoran penguatkuasaan Akta Bahasa Kebangsaan 1967. Dalam tahun yang sama. mengambil langkah-langkah untuk menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar di sekolah-sekolah kerajaan. matapelajaran pendidikan jasmani. 1968. diajarkan dengan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar. Tahun 1973. 10. Memberi tempat yang percuma kepada semua murid yang sedang belajar di sekolah rendah. Ujian Dignostik bagi murid tahun 3 diperkenalkan bagi membolehkan guru melakukan kerja pemulihan dalam peringkat pelajaran murid yang lebih awal. Namun pada tahun 1964. seni lukis dan kraf tangan. 6 . Tahun 1975. Mulai tahun 1969. semua SRJK(I) ditkarkan kepada SRK.

Laporan Razak telah diperkenalkan. bangsa dan agama. Namun satu sukatan diwujudkan untuk semua sekolah. kebudayaan dan politik. Tahun 1960. 7 . Apa yang telah menjadi perkara utama adalah untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar baik di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Perkembangan sistem pendidikan negara juga adalah bertujuan untuk menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial yang timbul pada masa itu. Jawatankuasa Penyemak Mata Pelajaran telah dibentu yang dikenali sebgai Laporan Rahman Talib. Pada tahun1966. iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. sekolah umum menggunakan Bahasa Melayu manakala sekolah jenis umum. seperti Sekolah Inggeris. Sistem pendidikan ini juga bagi menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang bangsa. Selain dari itu.Ianya telah ditubuhkan bagi mengkaji semula polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telah dicadangkan dalam Laporan Razak yang telah dirangka pada tahun 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957. ianya juga boleh memupuk perpaduan sosial.11. Penggunaan Bahasa Melayu ini juga diperluas hingga ke semua jenis aliran sekolah. Misalnya. menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih sistematik dan selesa kepada pelajar. Sistem pendidikan yang lebih sesuai di rancang dengan harapan dapat menyatupadukan rakyat berbilang kaum dan mengelakkan terjadinya konflik perkauman. BERKAITAN KURIKULUM LAMA SEKOLAH RENDAH (KLSR) Kurikulum Lama Sekolah Rendah telah mula diperkenalkan dan dilaksanakan sejak Negara mencapai kemerdekaan. Sekolah Tamil dan Sekolah Cina boleh menggunakan bahasa pengantar masing-masing. Perkembangan sistem pendidikan juga merupakan pengubahsuaian sistem pelajaran dan latihan bagi memenuhi keperluan perkembangan ekonomi serta untuk menghasilkan lebih ramai pekerja mahir bagi melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Rusuhan 13 Mei 1969. dapat meningkatkan taraf pendidikan negara serta melaksanakan demokrasi pendidikan tanpa mengira kaum.

Guru lazimnya berdiri di hadapan bilik darjah dan menyampaikan pengajaran menggunakan kaedah dan strategi tertentu. Pelajar yang rendah. Cara pengajaran keseluruhan kelas merupakan kaedah mengajar utama di dalam bilik darjah. CIRI-CIRI BILIK DARJAH TRADISI a.12. b. Pelajar berada dalam keadaan pasif dan menerima apa sahaja yang disampaikan oleh guru.bertubuh kecil dan kurang pengelihatan dan pendengaran ditempatkan di hadapan. Kerusi dan meja guru serta papan hitam diletakkan di hadapan bilik darjah. 13. Jarang mempraktikkan aktiviti berkumpulan f. Kerusi dan meja pelajar disusun sesuai dengan kaedah pengajaran yang lebih berpusat pada guru. 8 . PENGURUSAN BILIK DARJAH BENTUK KLSR Bilik darjah tradisi digunakan di Negara kita untuk mendidik murid di bawah Kurikulum lama Sekolah Rendah (KLSR). Kerusi dan meja disusun mengikut baris demi baris. murid akan duduk mengikut susunan kerusi dan meja sebaris demi sebaris. c. Bilik darjah tradisi ini merupakan satu tempat bagi sekumpulan murid mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh guru menggunakan kaedah keseluruhan kelas. e. Kebiasaannya. d.

Ini menghadkan penggunaan teknik dan bahan pengajaran lain yang lebih menarik dan berkesan. PENGUJIAN DAN PENILAIAN YANG DIJALANKAN DALAM KLSR Dalam aspek pengujian menurut Laporan Rahman Talib. Tujuannya adalah bagi menjalankan pemulihan ketika murid tersebut berada dalam darjah enam. Murid diuji untuk mengetahui kebolehan mereka untuk mengujarkan sesuatu huruf. jawatankuasa kabinet telah mengenalpasti beberapa kelemahan seperti:Isi kandungan sukatan pelajaran kadangkala berulang dan tidak ada kaitan antara mata pelajaran atau antara darjah. muridmurid dikehendaki menduduki peperiksaan Penilaian Darjah 5. 9 . Pengujian dalam aspek bacaan dititikberatkan mengikut kurikulum KLSR ini. Sementara itu.14. Mengikut kajian terhadap Kurikulum lama Sekolah Rendah (KLSR) yang telah dilaksanakan sejak merdeka. sistem pendidikan pada tahap ini berorientasikan kepada pembasmian buta huruf. Selain itu. Guru dan murid selalu terdesak menghabiskan sukatan pelajaran terutama apabila ada peperiksaan. Ianya bagi memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum. di mana kertas peperiksaan tersebut ditulis dengan menggunakan Bahasa Melayu . Sukatan pelajaran mengandungi butiran yang terlalu banyak. Pada tahun 1973 ujian Diagnostik diperkenalkan pada Darjah 3 supaya kerja pemulihan dapat dilaksanakan awal. mulai tahun 1967. semua murid perlulah lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu peperiksaan awam. Ini membebankan dan membosankan murid. Aspek penilaian dibuat sepenuhnya berdasarkan peperiksaan bermula pada darjah tiga. Pengajaran dan pembelajaran selalunya berdasarkan buku teks.

permainan serta unit beruniform. mendisiplinkan diri. penerapan nilai. memahami budaya kaum lain. Ianya menekankan penguasaan terhadap kemahiran asas 3M iaitu membaca .bukannya terletak pada guru agama sahaja Melalui aktiviti kokurikulum KBSR pula ianya meliputi aktiviti kelab. Pengajaran mata pelajaran moral dan Pendidikan Islam pula menjadi unsur kesepaduan dalam pengajaran. PENUTUP Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) telah diakui banyak kelemahan dari aspek pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja kepada murid malah kepada penganjaran guru itu sendiri. emosi. 10 .rohani. persatuan. intelek dan sosial (JERIS). KBSR juga memberi tumpuan terhadap perkembangan individu secara menyeluruh yang meliputi aspek jasmani. Justeru. Aspek pengajaran nilainilai murni dan kewarganegaraan juga turut ditekankan berbanding KLSR sebelum ini.nilai murni ini adalah penting dalam pemupukan individu ke arah mencapai integrasi nasional. serta dapat mengamalkan sikap toleransi dan kerjasama dengan rakan-rakan yang berlain agama dan budaya. Murid-murid dapat berinteraksi dengan pelbagai kaum. Kerajaan kemudian telah merancang satu rancangan baru iaitu Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bagi menggantikan Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR). menulis dan mengira.15.

IPG Kementerian Pelajaran Malaysia Mok Soon Sang (2010).RUJUKAN Katalog Pendidikan (Oktober 2006).scribd. Pusat Bandar Puchong. Sumber Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah. Pedagogi Untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Bhd.com/doc/22313599/Kbsr-Dan-Klsr http://www.com/doc/90224491/Banding-Beza-Kurikulum-KLSR-Dengan-KBSR 11 .html http://www..com/2009/11/kekuatan-dan-kelemahan-klsr. Modul Pendidikan Islam Pendidikan Rendah PIM3101(2011).blogspot. http://itukamibudakseni. Multimedia Sdn. Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam (SR).scribd.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful