PEMARKAHAN

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2012/2013 KAE 3013: EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK

TUGASAN 1
DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK

KWAN SONG SEONG

D201120535 80

PUSAT PEMBELAJARAN: EL-A21 ( A122PJJ) NAMA TUTOR E-LEARNING: TARIKH SERAH:

1

apa yang membezakan seseorang itu ialah kecenderungan dan keupayaan seseorang itu berkreativiti adalah banyak bergantung kepada faktor diri. perbezaan dari segi tingkah laku. Antara empat ciri utama pemikiran kreatif ialah : (i) Imaginatif Imaginatif meliputi imaginasi yang mencapah berdasarkan pengalaman dan kemahiran sintesis cantuman idea-idea sedia ada. nilai dan personaliti memang mempengaruhi mereka tentang bagaimana mereka menjalankan sesuatu tugas dan menghuraikan sesuatu situasi dan bagaimana mereka menghadapi sesuatu cabaran. (ii) Keberanian Keberanian boleh diertikan sebagai seseorang yang sanggup menerima risiko dan kritikan serta bertanggungjawab atas keputusan yang dibuat. suka mendorong sementara ada yang suka berkawan dan berfikir. Proses ini akan membantu kanak-kanak berfikir. Pemikiran kreatif kanak-kanak dalam aktiviti seni merupakan satu pemikiran yang berupaya untuk merangsang kanak-kanak menghasilkan idea baru serta menyelesaikan masalah yang wujud sepanjang proses aktiviti seni secara kreatif.Tugasan individu 1 Kemahiran berfikir secara kreatif merupakan kebolehan kanak-kanak untuk mencerna. 1996). Mereka cipta meliputi penghasilan idea baru dan reka cipta berdasarkan alternatif (Poh. berimaginasi. menghasilkan idea dan mempelbagaikan idea masingmasing. serius. Setiap manusia memiliki personaliti dan kreativiti yang berbeza-beza. Terdapat sesetengahnya yang bersikap pendiam. menghasilkan karya seni yang unik dan mencungkil bakat seni seseorang kanakkanak. (iii) (iv) Perkembangan idea Perkembangan idea meliputi perluasan idea dan mensintesis idea yang ada. 2 . Pemikiran kreatif dianugerahkan kepada semua manusia. Mereka cipta. Jika dilihat dari aspek seorang pelajar. Pemikiran kreatif dapat meningkatkan inovasi. imaginasi dan kreativiti kanak-kanak menerusi aktiviti seni.

Aktiviti seni dan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan imaginasi mereka di dalam pelbagai cara. Mereka lebih banyak menggunakan imaginasi mereka. bersedia untuk mencuba perkara yang berlainan. toleransi terhadap kekaburan. mereka dapat membina ketabahan. Cara-cara ibu bapa untuk menggalakkan pemikiran kreativiti adalah seperti berikut : • Sediakan persekitaran yang menggalakkan kreativiti. bertindak dan bertindak balas dengan persekitarannya. Kanakkanak sangat berminat dengan aktiviti seni dan kreatif. Kreativiti memberi manfaat kepada kanak-kanak dalam banyak cara. dan berani memperlihatkan ekspresi diri dan berfikiran terbuka. Mereka berhak diberi peluang untuk mengasah bakat dan kreativiti mereka. Peranan ibu bapa dalam memupuk pemikiran kreatif kanak-kanak. muzik. Sebagai ibu bapa. Meskipun kreativiti tidak boleh diajar. mereka boleh memainkan peranan penting untuk menggalakkan mereka.kanak bergantung kepada pengalaman dan proses pendidikan dipupuk dan diterima sejak awal usia kerana minda mereka belum dibentuk sepenuhnya oleh persekitaran melalui norma masyarakat dan pembelajaran formal. Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak. membentuk arca dan sebagainya. mewarna. Unik bermakna lain daripada yang lain. Selain itu. drama. kebolehan dan bakat kreatif mestilah dipupuk dan dibaja dengan betul dengan pendekatan yang sesuai dan bersistem. ia terdiri daripada perspektif cara berfikir. tetapi ibu bapa boleh menyediakan persekitaran yang menggalakkan kreativiti anak-anak mereka. Di samping itu. oleh itu ibu bapa kanak-kanak dan guru memainkan peranan yang penting untuk memupuk pemikiran kreatif dan merancangkan aktiviti yang dapat merangsangkan pemikiran kreatif kanak-kanak sejak awal usia. 3 . dan mungkin juga. nyanyian. keyakinan diri. Personaliti individu yang kreatif memiliki peribadi yang unik. suka berjenaka. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Kanakkanak seronok melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kreatif dan estetika. Ini termasuklah aktiviti seni seperti melukis. kraf tangan.persekitaran dan jenis masalah yang dihadapi. dan menggunakan sepenuhnya potensi mereka. Kanak-kanak dilahirkan dengan potensi untuk menjadi kreatif. keupayaan untuk berdikari. puisi.

Walaupun salah.Ini boleh dilakukan dengan memastikan anak-anak merasa selesa untuk memperlihatkan idea mereka tanpa rasa takut ia akan ditolak. Ibu bapa boleh merangsang imaginasi dan menggalakkan kreativiti si manja melalui lakonan dan imaginasi. Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bersama anak-anak. Sebaliknya. mereka tidak perlu dimarah. Ia membolehkan mereka menghayati kreativiti menerusi lima deria mereka – penglihatan. • Rangsang pemikiran kreatif dengan aktiviti yang sesuai dengan usia. dan memastikan keselamatan mereka terjamin supaya mereka boleh meneroka dunia di sekeliling tanpa gangguan. pendengaran. Menyelesaikan masalah adalah komponen penting pemikiran kreatif. gunakan kesempatan itu untuk mengajar anak mencari jawapan yang betul. termasuk aktiviti seni. sukan dan memasak. • Biarkan mereka bermain dan meluahkan idea. dan sentuhan. bau. Ibu bapa juga perlu fleksibel menerima jawapan atau respons daripada anak-anak mereka. Bermain adalah sebahagian penting daripada pembelajaran yang membantu memupuk kemahiran pemikiran kreatif kanak-kanak. rasa. 4 . Aktiviti lain seperti membaca buku dan menonton program pendidikan dan multimedia juga boleh membantu memupuk kreativiti kanak-kanak • Tanya soalan yang membina dan jangan bataskan soalan mereka. muzik.

Ranah tugas seorang guru idealnya tidak lagi dibatasi temboktembok ruang kelas. anda seharusnya mengerti bahawa dalam proses penghasilan seni. Guru perlu peka terhadap kesan daripada aktiviti seni kanakkanak kerana hasil seni yang dibina menggambarkan konsep diri kanak-kanak terhadap keseluruhan perkembangan personaliti mereka. Guru merupakan profesi yang dinamis. Seni lukis melibatkan skema atau skemata dalam perkembangan seni kanak-kanak terutama dalam kerja-kerja seni seperti lukisan. Aktiviti-aktiviti yang sesuai dirancangkan oleh guru untuk merangsangkan pemikiran kreatif kanak-kanak adalah seperti berikut : a) Pengajaran seni lukis kanak-kanak Seni lukis melibatkan skema atau skemata dalam perkembangan seni kanak-kanak terutama dalam kerja-kerja seni seperti lukisan. emosional. baik secara intelektual. sosok yang mampu mengilhami peserta didik menjadi generasi masa depan yang cerdas. maupun sosial. bermakna anda telah 5 . Bagi memahami proses penghasilan lukisan kanak-kanak. spiritual. tetapi harus sudah mampu merambah ke “dunia lain”. Berdasarkan kepada skema dalam perkembangan seni kanak-kanak. Oleh itu guru harus menyediakan rancangan yang rapi dalam p&p supaya dapat meransangkan pemikiran kreatif murid –murid. guru dapat melihat perkembangan kemahiran dan kebolehan kanak-kanak dalam bahasa tampaknya. Kanak-kanak seronok melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kreatif dan estetika. Menerusi seni lukis. Jika ini berlaku. Ia terus berkembang seiring dengan peradaban yang memolanya.kanak-kanak menggunakan semua deria apabila belajar dan menunjukkan ekspresi seni.Peranan guru dalam memupuk pemikiran kreatif kanak-kanak. dunia yang akan terus melecutnya menjadi sosok inspiratif. yang paling penting guru haruslah sentiasa bersedia dan membuat perancangan yang teliti terutamanya dalam menyediakan bahan yang ingin digunakan untuk sesuatu aktiviti yang boleh merangsangkan pemikiran kreatif kanak-kanak kerana perancangan yang baik membantu kelancaran pengajaran dan pembelajaran. Malah imaginasi yang difikirkan oleh kanak-kanak tatkala berfikir secara simbolik cuba digambarkan dalam bentuk seni yang unik. kanak-kanak dapat meningkatkan sensitiviti terhadap dunia fizikal dan belajar untuk memberi makna apabila meluahkan emosi.

Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber. bentuk. Manakala unsur seni lukis atau seni visual yang biasa diperhati dalam lukisan kanak-kanak (apabila guru menilai karya mereka) meliputi garisan. 4. 2. corak. Murid dapat membuat pemerhatian dan mengetahui bahasa seni visual yang terdapat pada karya seni. iaitu proses penajaman daya intuisi. kefahaman media. Standard Pembelajaran 1. objek buatan manusia dan karya lukisan. Seni lukis jika diberi perhatian boleh memperkembangkan kebolehan kreativiti semulajadi kanak-kanak kerana proses penghasilan lukisan misalannya dapat menggabung jalinkan emosi. sejarah seni dan budaya. 6 . rupa . bentuk.berjaya membentuk peribadi yang baik dalam diri kanak-kanak dan proses penghasilan lukisan kanak-kanak telah dimanfaatkan. Proses estetika dan daya kreativiti kanak-kanak boleh dibahagikan kepada empat. persepsi.3 Ekspresi Kreatif : Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual. jisim atau isipadu. Persepsi dan pemahaman bahasa sini visual seperti garisan.serta kemahiran proses dan teknik dalam penghasilan lukisan. warna. Secara ringkasnya. 1. Standard Kandungan 1. imbangan dan tekstur. ruang. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam aktiviti membuat lukisan. Berikut adalah contoh ativiti pengajaran seni lukis yang dapat meransangkan pemikiran kreatif kanak-kanak. warna.2 Aplikasi Seni : Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual. kajian dan teknologi dalam penghasilan karya.1 Persepsi Estetik . 1. rekaan atau gubahan. imaginasi dan konsepsi.4 Apresiasi Seni : Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan penekanan pada bahasa seni visual. sosial dan nilai estetika.serta proses dan teknik dalam membuat lukisan. media. 3. lukisan merupakan satu perlambangan grafik awal bagi kanak-kanak terhadap apa yang mereka perhatikan dalam kehidupan seharian. imbangan dan kepelbagaian yang terdapat pada alam semula jadi. 1.

ii. Guru menerangkan cara melukis rumah dengan menggunakan pelbagai garisan.  Penekanan diberi pada prinsip imbangan dari aspek ruang dan kepelbagaian rupa. 2. Guru mempamerkan lukisan rumah yang dihasilkan meggunakan pelbagai garisan. Langkah 2 : 7 . Garisan selari Garisan bersilang ILUSTRASI AKTIVITI Aplikasi Seni  Guru menunjuk cara penggunaan garisan selari dan garisan bersilang dalam penghasilan lukisan.STANDARD PEMBELAJARAN Persepsi Estetik 1. Ekspresi kreatif Langkah 1 :  Murid melakarkan gambar rumah menggunaka pensel atau pensel warna.  Murid diminta memilih satu media sahaja sama ada pensel atau pensel warna untuk melukis.  Murid perlu menggunakan garisan selari dan bersilang menggunakan pensel atau pensel warna. i.

bermain dengan bahan dan alatan memungkinkan pergerakan motor halus dapat membantu peningkatan gerak otot kanakkanak. Aktiviti kraf mudah menggalakkan penggunaan dan kawalan otot secara berkesan. T openg biasa dibuat menggunakan kertas manila. Murid melukis dengan teknik garisan selari atau bersilang pada lakaran gambar menggunakan media yang dipilih. bentuk. iaitu topeng 8 . Aktiviti bentuk binaan kanak-kanak adalah seperti topeng. mobail. Kraf mudah 2 dimensi atau 2D adalah bentuk kraf yang mempunyai panjang dan lebar. stabail. Apresiasi seni visual  Murid mempamerkan hasil lukisan yang telah dihasilkan. gunting. membuat corak dan rekaan serta bentuk binaan.. gelung getah. aktiviti ini dapat turut membantu perkembangan motor halus dan motor kasar kanak-kanak. Anda boleh mengajar kanakkanak membuat dua jenis topeng.  Murid diminta menyatakan bahasa seni visual pada karya sendiri dan rakan yang dipamerkan dengan bimbingan guru. topeng dan kad ucapan. Aktiviti memegang gunting. Kraf mudah untuk kanak-kanak mengaplikasikan teknik aktiviti menggambar.origami. Selain itu. model dan diorama. boneka. Kraf mudah 2 dimensi untuk kanak-kanak adalah seperti kolaj. B) Pengajaran Kraftangan Kanak-kanak Kraf mudah dapat membantu perkembangan motor kasar dan motor halus kanakkanak. rupa dan warna. pensel dan warna.  Penekanan diberi pada unsur garisan.

4 : Apresiasi Seni : Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan penekanan pada bahasa seni visual. Standard Pembelajaran Presepsi Estetik  Guru menunjukkan beberapa contoh topeng muka yang telah siap. Imej topeng juga boleh dihasilkan berdasarkan wajah manusia. warna. kefahaman media.1 Persepsi Estetik : Murid boleh membuat pemerhatian dan mengetahui bahasa seni visual dari segi bentuk. 3. Ilustrasi Aktiviti Aplikasi Seni  Guru memperkenalkan alat dan bahan yang diperlukan serta tunjuk cara 9 .serta proses dan teknik dalam penghasilan topeng muka. Kanak-kanak boleh membuat topeng berdasarkan imaginasi mereka atau mengadaptasi kartun kegemaran mereka.3 Ekspesi Kreatif : Murid dapat megaplikasikan pentetahuan bahasa sseni visual. imbangan dan kesatuan. serta kemahiran teknik dan proses dalam penghasilan topeng muka.2 Aplikasi Seni : Murid dapat mebgetahui dan memahami bahasa seni visual. jalinan. flora dan fauna. Tema : Membuat Topeng Standard Pembelajaran : Murid berkebolehan : 3.  Guru menerangkan ciri-ciri topeng muka. 3. 3. Berikut adalah rancangan mengajar yang boleh guru jalankan di dalam kelas dengan tujuan untuk meransangkan pemikiran kreatif kanak-kanak.penuh dan topeng zorro yang hanya menutup bahagian mata sahaja. media.

 Murid menyatakan bahasa seni visual yang terdapat pada topeng muka yang dihasilkan. Langkah 1: Lukis rupa haiwan. Langkah 4 : Tebuk lubang pada bahaguab tepi kiri dan kanan untuk memasukkan tali atau gelang getah. Langkah 3 : Mewarna dan menampal bahan yang diperlukan bagi menghias rupa topeng tersebut. Apresiasi Seni Visual  Murid menceritakan pengalaman masing-masing semasa penghasilkan topeng muka.  Murid menjalankan aktiviti seperti langkah-langkan yang telah ditunjukkan.  Murid menggayakan topeng muka 10 . Langkah 2 : Gunting permukaan kad manila untuk mendapatkan rupa haiwan. Ekspersi Kreatif  Murid menghasilkan topeng muka rupa haiwan.menghasilkan topeng muka.

(Isenberg and Jolongo. Mereka belajar dan meneroka melalui aktiviti bermain kerana imaginasi mereka yang tinggi (Morrison. (Piaget. 1962). Berikut ialah contoh aktiviti membuat corak melalui bermain yang dapat merangsangkan pemikiran kreatif kanak-kanak. inkuiri penemuan dan pembinaan melalui pengalaman langsung secara semula jadi. 2000. & Spodek. Bermain adalah satu aktiviti yang simbolik dan memberi makna kepada kanak-kanak. guru. 1997). Bermain adalah satu aktiviti semulajadi dan keperluan bagi setiap kanakkanak. 11 .tersebut. Mereka akan meneroka. C. Ibu bapa. 1973) dan sejak bayi lagi mereka sudah cenderung untuk memanipulasikan anggota badan mereka sendiri. Membuat Corak dengan Guli melalui bermain. pengusaha tadika atau taska dan juga masyarakat perlu memainkan peranan penting dalam usaha agar kanak-kanak ini mendapatkan hak tersebut. aktif serta bebas untuk meneroka dan menjelajah persekitarannya. mendapat keseronokan dan segala undang-undang permainan kanak-kanak yang tentukan sendiri sesuai dengan aktiviti yang mereka main. menjelajah. Bermain merupakan hak yang seharusnya diberikan kepada kanak-kanak. Aktiviti bermain merupakan satu aktiviti yang menjadi fitrah bagi kanak-kanak.

Langkah 3 :  Letakkan guli di dalam kotak yang berisi kertas. * Boleh juga meletakkan lebih daripada satu guli yang diselaputi dengan warna yang berlainan pada satu-satu masa ke atas kertas lukisan. Goyangkan kotak sehingga membentuk corak yang menarik. Langkah 2:  Letakkan warna di atas sudu. 12 .Tema : Membuat corak guli Bahan-bahan: Warna air/warna poster sudu plastik/mangkuk kecil/bekas kecil Beberapa biji guli Kertas kartrij/kertas lukisan Kotak/dulang mengikut kesesuaian saiz kertas Teknik membuat corak dengan guli : Langkah 1 :  Sediakan satu kotak atau dulang yang bersesuaian dengan siaiz.  Letakkan kertas di dalam kotak/dulang.  Golekkan guli sehingga keseluruhannya diselaputi warna.  Letakkan guli di atas warna tadi.

 Campurkan buih sabun/syampu ke dalam bekas plastic. Kanak-kanak tentu seronok melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini. Membuat corak dengan buih sabun Kanak-kanak sudah tentu suka bermain dengan buih sabun yang beraneka warna. Apa kata kita jadikan buih sabun sebagai satu bahan dalam pengajaran dan pembelajaran di prasekolah.  Ambil buih dengan penyedut minuman dan tiup di atas kertas lukisan.c. Membuat corak buih sabun dengan Cara tiupan Bahan-bahan: Water colour/poster colour/pewarna makanan Serbuk sabun utk dijadikan buih sabun + air secukupnya/syampu Cawan Plastik Penyedut minuman Langkah-langkah/teknik: Langkah 1 :  Bancuh beberapa warna berasingan dalam bekas plastik. Langkah 3 :  Ulangi proses ini dengan menggunakan warna-warna lain agar dapat menghasilkan corak 13 . Langkah 2 :  Tiupkan warna sehingga membentuk buih yang banyak.

tarian dan pergerakan kreatif kanakkanak.Muzik. menyanyi lagu mengikut tempo dan menyanyi lagu mengikut perasaan dan ekspresi. 14 . lagu dan nyanyian yang dilaksanakan untuk kanak-kanak memberi focus kepada sifat kreatif dan ekspresif. Kanak-kanak peka terhadap pic dan irama serta sensitif terhadap bunyi-bunyi di persekitaran. Muzik menekankan kemahiran pendengaran. Pengajaran tarian dan pergerakan kreatif kanak-kanak dapat mempertingkatkan kemahiran kinestetik dan kreativiti kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti gerakan yang dilaksanakan oleh guru mewujudkan bentuk pengalaman yang kreatif kepada kanak-kanak dan melatih mereka untuk menilai estetika gerak dalam persembahan tariandan pergerakan kreatif. Aktiviti tarian dan pergerakan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk bergerak mengikut rentak dan irama muzik. Aktiviti muzik. Kehendak untuk bergerak mengikut rentak dan irama muzik merupakan kreativiti semula jadi bagi kanak-kanak. Lagu dan nyanyian untuk kanak-kanak memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengambil bahagian dalam aktiviti menyanyi. lagu dan nyanyian menggalakkan kreativiti mereka. Kanak-kanak perlu dibimbing menyanyi lagu dengan iringan muzik. Konsep muzik seperti pic. Mereka akan memberi reaksi terhadap apa yang mereka dengar. Kemahiran muzikal kanak-kanak seperti menyanyikan melodi mudah.yang lebih cantik. lagu dan nyanyian dapat mempertingkatkan kemahiran muzikal dan juga kreativiti kanak-kanak. lagu dan nyanyian serta sajak dan pantun melibatkan imaginasi atau khayalan. menyanyi lagu dengan iringan muzik dan menyanyi mengikut tempo dapat dipertingkatkan. Setiap aktiviti muzik. Penglibatan aktif kanak-kanak dalam aktiviti muzik. lagu dan nyanyian memerlukan kanak-kanak berimaginasi dan berfikir secara kreatif dalam membuat pergerakan dan menyampaikan mengikut mud. Perkembangan kreativiti kanak-kanak dalam aktiviti muzik. nilai estetika kanakkanak juga dapat dipupuk. irama dan lirik dapat dipraktikkan dalam aktiviti nyanyian kanak-kanak. d) Pengajaran pendidikan muzik. Secara tidak langsung.

Gerakan-gerakan yang melibatkan psikomotor kanak-kanak dapat membantu kanak-kanak memahami struktur dan fungsi anggota badan diri. Murid-murid dapat menyanyi mengikut irama. kanakkanak dapat bergerak mengiringi muzik. melodi dan ekspresi berdasarkan skor lagu dengan betul. sensitif dengan rentak muzik serta mempertingkatkan kecerdasan kinestetik kanak-kanak. Murid dapat memainkan alat perkusi mengikut corak irama dengan tepat. Hasilnya. Kemahiran : Nyanyian. EMK : Kreatif dan Inovatif 15 . kemampuan diri untuk melakukan gerak. 3. Murid dapat membuat gerak tarian mudah mengikut rentak muzik inang dengan betul. apresiasi seni gerak dan ekspresi perasaan melalui gerak-geri bermakna dan berirama indah dalam sesuatu tarian. menyelesaikan masalah semasa membuat gerak dan mengekspresikan perasaan masing-masing. Ia melatih kanak-kanak menginterpretasikan pergerakan anggota atau tubuh dengan pantas dan cekap. guru perlu merancang dan melaksanakan pengajaran tarian dan pergerakan kreatif dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti contoh berikut : Mata pelajaran : Pendidikan Muzik Tajuk lagu : Tarian Inai Pengabungjalinan : kemahiran menyanyi Objektif pembelajaran: 1.Tarian merupakan gerakan yang berirama. Pergerakan kreatif ialah gabungan gerak-geri kreatif menerusi imaginasi dan kreativiti kanak-kanak. Oleh itu. Aktiviti tarian dan pergerakan kreatif melibatkan pemikiran dan gerak geri kreatif. Aktiviti tarian dan pergerakan kreatif yang dilaksanakan oleh guru dapat menggalakkan kanak-kanak menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan melibatkan aktiviti fizikal untuk perkembangan motor kasar dan motor halus kanak-kanak Gerakan kreatif dalam tarian dan pergerakan melibatkan koordinasi dan kepantasan fizikal kanak-kanak. gerakan dan permainan alat perkusi. 2. Kanak-kanak melakukan gerakan.

e) Pengajaran Drama kanak-kanak – Persembahan Boneka Teknik pengajaran drama boleh digunakan untuk merangsang kemahiran berfikir. Berikut adalah satu contoh aktiviti gabungan daripada pendidikan seni dan drama boneka yang amat berkesan untuk merangsangkan pemikiran kreatif kanak-kanak yang boleh dijalankan oleh guru dalam kelas. Drama kreatif lebih kepada permainan manakala drama dalam pendidikan merangkumi aktiviti improvisasi. Boneka boleh dikendalikan dengan pentas atau tanpa pentas. boneka. Aktiviti dramayang melibatkan gerakan. imaginasi dan kreativiti kanak-kanak. pembelajaran seperti drama kreatif dan drama dalam pendidikan. Boneka merupakan salah satu jenis drama yang dapat merangsangkan pemikiran kreatif kanak-kanak. teater membaca dan teater bercerita. dialog dan pemikiran yang menyeluruh penting untuk perkembangan imaginasi dan kreativiti kanak-kanak. Drama kreatif lebih berbentuk permainan dan berlaku secara spontan. Persembahan boneka boleh dimulakan dengan menyediakan boneka dan skrip sama ada mereka cerita baru atau mengubahsuai cerita daripada buku cerita. memos. Boneka tesebut hanya dipegang dan diarahkan kepada kanak-kanak. pantomin. Guru boleh menggunakan drama kreatif dan drama dalam pendidikan untuk mendidik kanak-kanak dan seterusnya mempertingkatkan pemikiran. Kanak-kanak dapat menunjukkan ekspresi mereka menerusi aktiviti-aktiviti drama yang dilaksanakan oleh guru.Semasa kanak-kanak berdrama. 16 . Tujuan drama kreatif adalah untuk menggalakkan perkembangan imaginasi. kreatif dan drama dalam pendidikan Drama menceritakan kehidupan yang dilakonkan dengan berdasarkan pengalaman kanak-kanak. simulasi. Kreativiti dan konsep kendiri kanak. drama kreatif juga memberi peluang kepada kanakkanak untuk menyelesaikan masalah dalam situasiyang diberi dalam aktiviti drama kreatif. imaginasi dan kreativiti mereka. menggunakan daya imaginasi yang tinggi dan kreativiti masing-masing untuk melakukan lakonan dan berinteraksi antara watak dengan watak lain bersama-sama rakan-rakan mereka. Selain itu. mereka perlu berfikir. main peranan.kanak.

3. Murid dapat menggayakan watakk dengan menggunakan jari dengan bantuan alat yang dihasilkan mengikut kreativiti masingmasing. Penggabungjalinan Kemahiran 1: Menenal contoh-contoh watak di dalam cerita yang terdapat dalam cerita dongeng kanak-kanak. 2. kotak pentas persembahan . 2.Mengenal elemen-elemen unsur seni. Murid dapat menonjolkan kreativiti menghasilkan watak-watak di dalam menghasilkan boneka.Tema : Pendidikan Seni visual dan boneka Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual Tajuk : Dewi Bunga Bidang : Membentuk dan membuat boneka Hasil Pembelajaran : Menggunakan asas seni reka dalam membentuk dan membuat boneka jari. CD muzik dan latar belakang persembahan. Objektif Hasil Pembelajaran: 1.Menggunakan elemen-elemen Prinsip rekaan. 3. EMK : Kreatif dan Inovatif BBM : Boneka jari ( 4 jenis bunga). skrip cerita Dewi Bunga. Murid dapat menguasai kemahiran membina boneka dengan menggunakan anggota badan iaitu jari sebagai asas penghasilan boneka. 17 .

para penyelidik mendapati kreativiti turut memainkan peanan penting dalam bidang-bidang pentadbiran . Namun kini.perniagaan. Salah satu sebab utamanya perkara ini berlaku kerana polisi system pendidkan kita yang masih lagi secara keseluruhannya berorientasikan peperiksaan. Perkembangan ini menyebabkan usaha untuk memupuk kreativiti di peringkat sekolah dianggap sebagai sangat mendesak dan penting. 18 . berbanding sebelum ini .memiliki pengetahuan dan kepintaran yang tinggi tidak memadai. Pada mulanya kreativiti dianggap memainkan peranan penting hanya dalam bidang seni dan sastera sahaja . Akan tetapi usaha ke arah pemupukan kreativiti pelajar ini akan terbantut seandainya halanga-halangan terhadap pemupukan kreativiti tidak diatas terlebih dahulu. Walaupun warga pendidik telah didedahkan dengan pelbagai teknik pengajaran untuk membantu mereka memupuk kreativiti murid tetapi kebanyakkan teknik-teknik pengajaran ini tidak digunakan dalam bilik darjah. Namun dengan adanya tokoh seni seperti Fisher. Pengetahuan dan kepintaran tersebut mesti disertai dengan kreativiti agar pelajar kita dapat bersaing di peringkat global apabila mereka dewasa kelak. Kejayaan usaha ini sangat bergantung kepada para guru.matematik.seni bina. Bentuk pengajaran yang diperkenalkan oleh Fisher ini dilihat dapat banyak membantukmurid ke arah pemikiran yang lebih kreatif. yang telah memperkenalkan perkembangan pemikiran kreatif Fisher ini diharap dapat membantu para guru mengajar pendidikan seni dengan lebih baik. Oleh itu kerjasama dari semua pihak amat diperlukan supaya system yang berorintasikan peperiksaan dapat diubah kepada sisitem yang lebih seimbang yang akan memupuk setiap potensiminda pelajar.KESIMPULAN Usaha yang berterusan perlu dijalankan untuk memupuk kreatifiti di kalangan murid.kejuruteraan dan sukan.sains. Dalam dunia penuh persaingan global ketika ini.keusahawanan.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. -Kementerian PendidikanMalaysia.com.(2000).at(2011).http://zahizah4gmailcom.Dewan Bahasa dan Pustaka.HBAE1203 Perkembangan seni kanak – kanak. -Kementerian Pendidikan Malaysia.Buku panduan kreativiti pembangunan dan amalan alam pengajaran dan pembelajaran.Sukatan pelajaran pendidkan seni visualKBSR dan KBSM.(15 Jun 2012) __Kreativiti dan kanak-kanak .scrib.Open Universiti Malaysia.http://www.com/doc/. Laman Web: __ Kreativiti dan Pembelajaran kanak-kanak.Putrajaya.RUJUKAN Buku : -Abdul Shukor Hashim el.Selangor. (18 Jun 2012) 19 ..blogsport.(2011).

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful