1.

0 PENGENALAN Perkataan Jepun bermaksud sumber matahari atau dalam bahasa Inggeris “the sourse of the rising sun”. Orang Jepun menggelarkan negaranya sebagai Nihon atau Nippon.1Kepulauan Jepun terletak di sebelah timur pantai Benua Asia, menganjur sebagai satu kawasan yang melengkung sejauh 3,800 kilometer(2,360 batu). 2 Ia meliputi kawasan seluas 377,708 kilometer persegi ( 145,834 batu persegi). Kepulauan Jepun terdiri daripada empat buah pulau utama iaitu Pulau Honshu, Hokkaido, Kyushu dan Shikoku dan mengandungi lebih kurang 3,900 buah pulau kecil yang berangkaian. Sebelum munculnya zaman pembaharuan Meiji 1868- 1912, Jepun diperintah oleh Keshogunan Tokugawa (1603-1867). Keshogunan Tokugawa mengamalkan pemerintahan secara feudalisme di mana para shogun (pemimpin tertinggi samurai) menguasai aspek politik, ekonomi dan sosial. 3 Pihak Shogun telah mengamalkan ‘Dasar Tutup Pintu’.Jepun mengamalkan dasar tersebut bagi menjaga kedaulatan dan keselamatanya daripada ancaman kuasa-kuasa besar. Keadaan ini menjadikan Jepun sukar menerima pembaharuan daripada kuasa barat.Keadaan ini sebaliknya telah berubah dengan kedatangan Kapten Perry ke Jepun.Kapten Perry dan Shogun telah menandatangani Perjanjian Kanagawa yang menandakan tamatnya dasar pemencilan yang diamalkan sekian lama. 2.0 ZAMAN PEMBAHARUAN MEIJI (1868-1912 ) Pemerintah Meiji setelah mengambil tampok pemerintahan daripada keshogunan Tokugawa telah mengambil daya usaha untuk memajukan dan membangunkan Jepun. Pada tahun 1867, rejim Tokugawa digulingkan dan Meiji mengambil alih kuasa pemerintahan. Kuasa sebenar berada di tangan golongan pegawai dan pemimpin yang merupakan bekas kelas tentera. Objektif utama dalam dasar luar mereka ialah mengubahsuaikan perjanjian-perjanjian yang berat sebelah, mencapai kebebasan sepenuhnya dan mencapai kedudukan yang selaras dengan kuasa barat. 4 Proses pemulihan Meiji ini dipengaruhi oleh pemimpin-pemimpin terkemuka seperti Inobuto
1 2

The Eccyclopedia Americana,Volume 15, hal .694. The Japan of Japan og Today, The International Society for Education Information Incorporation, Tokyo, 1989,hal .6 Robert A. Scalapino, the Foreign Policy In World Politics, Prentice-Hall, New Jersey, 1985,hal 300

3

Hirobumi, Saigo Takamori, Okuma Shigenobu, Fukuzawa dan diketuai oleh Mahajara Mutsuhito yang terkenal dengan gelaran Maharaja Meiji. Maharaja Meiji mendapati kekuatan dan keagungan Barat terletak pada kekuatan ekonomi dan ketenteraan. Para pemimpin muda Meiji telah menyedarkan betapa pentingnya pembaharuan dan pembangunan bagi Negara Jepun. Mereka ini telah menggubal satu dasar modenisasi yang menyeluruh dari segi politik, ekonomi dan sosial . Ia melibatkan penyerapan teknologi dan sains dari Barat yang diselaraskan dengan ciri-ciri Jepun. KUNCI KEJAYAAN MASYARAKAT JEPUN DALAM PEKERJAAN DAN KEHIDUPANPemerintah Meiji telah mewujudkan empat slogan sebagai teras kepada rakyat Jepun untuk meyokong kepimpinan Meiji dan rakyat Jepun dapat berdiri setanding dengan ketamadunan barat. Keempat-empat prinsip ini telah disematkan di jiwa orang-orang Jepun supaya sentiasa hidup bermatlamat dan mencipta keunggulan di dunia.5 Melalui slogan-slogan ini , Kerajaan Meiji menghantar misi-misi ke barat untuk mempelajari sistem industri Amerika dan Eropah. Jepun juga melengkapkan sektor militarinya dengan berpandukan kepada model Jerman dan Perancis. 6 i.Fukoku Kyohei- ‘Kuatkan Tentera Kuatkan Ekonomi’Prinsip ini mendokong cita-cita bahawa segala pemikiran dan jasad orang-orang Jepun hendaklah memperkuatkan keselamatan negara dan memperkukuhkan ekonomi supaya rakyat Jepun disegani dan dihormati di dunid. Oleh itu mereka digesa bekerja kuat tanpa rasa jemu supaya negara mencapai keunggulan.7 ii.Bunmei Kaika- ‘Meningkatkan Kecerdikan Dalam Pendidikan’Prinsip ini mendokong agar orang-orang Jepun bersemangat mencari, mengamalkan dan menyebarkan ilmuilmu baru berteraskan sains dan teknologi kepada seluruh anak-anak Jepun. Ini dibuat berdasarkan Jepun telah ketinggalan jauh dari segi pencapaian teknologi dan ekonomi apabila membuka pintu negaranya ke atas negara-negara barat. Bagi menjamin
4 5 6

Robert A.Scalapino, The Foreign policy In World Politics ( 6ed), Prentice-Hall, New Jersey, 1985, hal.300. Encyclopedia Americana,Volume 15, hal .694.

Herbert Norman, Kemunculan Jepun Sebagai Negara Moden,(pntjmh) Hj. Ismail ahmad, Zizi Press Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 1991,hal. 30
7

Ahmad Ali Bin Seman, Zaman Meiji Menyumbang ke Atas ……… hlm 11.

Shokusan Kogyo.maruah dan bangsa Jepun dihormati. 9 iv. 7 .Prinsip ini mendokong cita-cita bahawa negara Jepun mestilah maju dalam lapangan perindustrian berat untuk mengembangkan ekonomi Jepun di seluruh dunia. Amanat dan amanah ini dipraktikkan oleh setiap masyarakat dalam kehidupan seharian mereka.Kankei ‘Menjalin Perhubungan dengan Masyarakat Antarabangsa. rakyat disarankan menimba ilmu tanpa sempadan. hlm 12 10 Ibid hlm 12 11 Ibid hlm. 9 Ibid. Tokyo telah memainkan peranan sebagai pusat perindustrian dan penyelidikan di lapangan perindustrian supaya negara Jepun mampu mengeksport barang-barangnya ke seluruh dunia. yakin. Ramai orang Jepun telah dihantar ke negara barat untuk menimba ilmu pengetahuan dan pulang ke Jepun sebagai perintis serta penasihat kepada orang-orang Jepun di lapangan perindustrian.11 Perkembangan pendidikan zaman Meiji dilihat sebagai satu cara meyetupadukan rakyat dengan mengarahkan rakyat kea rah modenisasi nasional. berdisiplin dan sanggup berkorban (Bushido) setiap masa .‘Menjalankan Program Perindustrian Berat’.Untuk menjadi sebuah negara maju rakyat Jepun diminta mengadakan perhubungan dengan seluruh dunia agar negara Jepun terkenal dan ini sekaligus berupaya meningkatkan perdagangan Jepun.Kokusai. Dasar Ibid. Rakyat Jepun percaya bahawa pendidikan boleh menjadikan Negara mereka makmur dan masyarakat akan mahir dalam bidang sains dan teknologi.0ASPEK SOSIALKerajaan Meiji telah menjalankan pemodenan pendidikan ke atas semua lapisan masyarakat.8 iii. Masyarakat Jepun menghayati sejarah pembinaan negara Jepun dan bersikap setia. Perlembagaan 8 Tokugawa telah menjadi landasan awal pemodenan Meiji. Budaya Jepun menjadi elemen penting diperkenalkan oleh orangorang Jepun melalui konsep ‘kaizen’ dan ‘arigato’ 10 3.

bangsa dan tidak mudah lupa.Jepun telah menjadikan Perancis.sistem Kokutai (semangat Kebangsaan Jepun) dan konsep Furusato (nilai kekeluargaan dan hubungan sosial). Manakala Furusato ialah menekankan nilai ikatan kekeluargaan dan hubungan sosial yang rukun damai bagi membangunkan Negara yang dapat memberikan satu kehidupan yang terjamin lagi aman. Ministry of Foreign Affairs. Pemimpin Meiji telah menjadikan Tokyo pusat pusat kecemerlangan ilmu sejajar dengan kemudahan infrastruktur yang dimilikinya. Hlm. Pemimpin Meiji sedar mutu pendidikan akan terabai dan rakyat 12 12Makoto Aso & Ikyo Amano . Universiti Tokyo Imperial 1885. iv. 1972.ii. Universiti Meiji 1881. 12 Kejayaan-kejayaan yang dicapai hasil pemodenan pemerintah Meiji ialah :-i. 26. dan Universiti Waseda 1882. Kementerian Pendidikan ditubuhkan pada tahun 1871 dan pembentukan Rukun asas Pendidikan Rasmi Negara (Gakusei 1872 ) berkesan menambahbaikkan mutu pendidikan Jepun. . Doktrin Shinto menekankan falsafah perjuangan dan pengorbanan dalam kehidupan seharian. Jerman . lali atau lemah.Ramai pakar-pakar asing dan penterjemah buku-buku asing ke dalam bahasa Jepun diambil.Belanda .pendidikan Meiji adalah berasaskan kepada prinsip Nasionalime. serta penyerapan budaya barat yang bersifat selektif. Memasukkan doktrin Shinto (agama rasmi Jepun) .Kota Tokyo berperanan sebagai pusat perkembangan dan penyebaran ilmu .Membentuk sisitem pendidikan moden dan menggantikan sistem pendidikan Terrakoya. pelajarpelajar dan rakyat Jepun ditanamkan tiga elemen tersebut. Britain dan Russia. Education and Japan’s Modernization. Sistem pendidikan Terrakoya yang mementingkan kemahiran membaca.iii. Amerika Syarikat.Bagi menyedarkan rakyat Jepun supaya sentiasa mengenal diri. Jepun telah menjadikan negara-negara barat sebagai model dalam memajukan pendidikan .menulis dan mengira dirombak dengan penumpuan utama kearah pemikiran yang kritis. Menjelang tahu 1880 an banyak universiti ditubuhkan antaranya Universiti Tokyo 1877. Penubuhan unversiti ini telah melahirkan golongan cerdik pandai Jepun yang seterusnya menabur bakti untuk kemajuan negara Jepun.falsafah kokutai menekankan rakyat mesti bersatu pada dan berjuang u ntuk menjadikan orang-orang Jepun satu bangsa yang mulia di dunia menerusi taat setia kepada maharaja dan menjaga Negara sepanjang masa. Japan.Pemerintah Meiji telah mengeluarkan peruntukan yang besar dalam bidang pendidikan.

University of Tokyo.Osaka.15 pengumunan ini dijalankan sekali lagi untuk meningkatkan pertumbuhan syarikat-syarikat perkapalan Jepun. Tokyo. 17 17 Anthony J.1966 hlm. 14 pemerintah Meiji telah menetapkan keputusan pembinaan kapal-kapal moden. “Nippon Kindai Zosen Shijosetsu”(An introduction to the History of Modern Shipbuilding in Japan). .1912 13 . 15 Ibid.17 Pembinaan kapal-kapal perang ini ternyata telah membantu 13 Tsunehiko Yui &Keiichiro Nakagawa. 14 Teratani Takeaki.Tokyo. Hlm. The Institute of Asian Economic Affairs. Pengumunan ini telah dikeluarkan oleh Perdana Menteri Jepun melalui arahan yang bernombor 968. telah mengambil daya usaha yang gigih memajukan dan memodenkan pembangunan ekonomi bagi memajukan Negara Jepun.1979.Shoten. London. British. 4. Bagi mengekalkan negara Jepun sebagai sebuah negara yang berpengaruh dan berkuasa. Dasar terbuka ini telah menyebabkan pelabuhan-pelabuhan utama seperti Tokyo.33 16 Otsuko Hisao. “Modernazation Reconsiderd with Special Reference to Industrization” in Tobato Seeichi.32.Yokohama.29. pada tahun 1869. Salah satu usaha yang dilakukan ialah memajukan industri perkapalan perdagangan untuk kejayaan ekonominya. Press. mac on. hlm. Perancis. 16 Nigata menjadi tumpuan pertukaran perdagangan antarabangsa. Watts and brian G.96. Gordon. Hlm.Japanese Management in Historical Perspective. The Imperial Japanese Navy.Pedagang-pedagang Barat seperti Amerika Syarikat. Perusahaan kapal-kapal kecil telah digantikan dengan kapal-kapal yang besar dan berteknologi tinggi. German dan lain-lain berlumba-lumba ingin mendapatkan konsesi perdagangan terbuka luas di Jepun.Kyoto.0 ASPEK EKONOMI Pemerintah Meiji sebaik sahaja mengambil kuasa pemerintahan daripada Shogun Tokugawa pada tahun 1868. 1971 hlm. Kedua-dua pengistiharkan ini menunjukkan secara jelas pemerintah Meiji mengutamakan dan menggalakkan perdagangan luarnya.lambat menerima pembaharuan ilmu-ilmu moden tanpa adanya kepakaran dan bukubuku ilmuan bagi rakyat Jepun meningkatkan ilmu pengetahuan dan bidang teknologi.Pemimpin Meiji juga turut membina kapal perang bagi mengawal dan menjamin kedaulatannya daripada sebarang ancaman daripada luar. 1989.The Modernazation ofJapan 1.Pada tahun1870.

kejayaan Jepun di dalam menewaskan China pada 1894-1895 dan Rusia 1904-1905.baja kimia .Revolusi perindustrian berat ini tidak akan berjaya jika pengangkutan perkapalan tidak dijalankan lebih dahulu.Pemimpin-pemimpin telah berusaha .simen. buah-buahan dan sayur-sayuran diberi tumpuan utama. Tanah-tanah telah dibuka dengan luasnya di Pulau Honshu dan Hokkaido. Kemengan ini telah meninggikan lagi imej Jepun di kalangan negara-negara barat. Melalui perdagangan import dan eksportnya. Pemerintah Meiji juga turut memajukan pembinaan jalanraya.Menerusi pelaksanaan dasar industri perkapalan moden. Tanahtanah telah dibuka dengan luasnya di Pulau Honshu dan Hokkaido.teh . berbagaibagai program ekonomi di adakan untuk kesejahteraan rakyat Jepun. landasan keretapi. Dimulakan dengan perindustrian bercorak berat . Pemerintah Meiji juga telah membangunkan pertanian secara moden dengan cara meningkatkan daya pengeluaran pertanian khusunya dalam bekalan makanan (tanaman padi). besi. Selepas tahun 1870 kerajaan tealh mengambil alih dan mula membiayai pembangunan perindustrian dengan modal yang diperolehi dari cukai dan pinjaman saudagar. dan kertas ditubuhkan.buah-buahan telah diberi tumpuan utama. Tanaman padi . kerajaan telah menubuhkan Kementerian Perusahaan dalam bulan Disember 1870.Sebelum tahun 1870 ekonomi pertanian dan perindustrian dimulakan secara kecil-kecilan akibat kekurangan modal. perindustrian utama seperti kilang kain bulu dan tekstil. khususnya di Britiain untuk mendalami cara-cara penggunaan jentera moden.Selain daripada perindustrian perkapalan yang ditumpukan oleh Pemerintah Meiji. pemerintah Meiji telah berjaya membuka mata orang-orang Jepun bahawa dasar pemencilan diri tidak lagi menguntungkan orang-orang Jepun dan Negara mereka secara keseluruhannya. Pemerintah Meiji juga membangun pertanian secara moden bagi meningkatkan daya pengeluaran pertanian khususnya dalam bekalan makanan (tanaman padi).pemasaran dan sebagainya.cara mengawal penyakit. Para pelajar telah dihantar ke luar negeri untuk mendalami bidang pertanian. Untuk terus meningkatkan lagi bidang industri. dan telgraf.teh.pembinaan pelabuhan-pelabuhan.Tumpuan juga diberi pada program perindustrian berat . Kerajaan Meiji mula mengimport mesinmesin dan menjual mesin-mesin ini kepada pengusaha tempatan secara ansuran.Perkembangan ini adalah penting bagi membantu Negara Jepun melaksanakan revolusi industri berat seperti penubuhan kilang-kilang simen. Tanaman padi.

Zaibatsu Mitsui dan Mitsubishi telah bekerjasama erat dengan beberapa pemimpin Meiji 18. pembinaan untuk melahirkan sebuah masyarakat usahawan dan negara industri. Kumpulan ini menjadi penggerak dalam semua lapangan pembagunan seperti pembinaan jalan raya.1988 . Ia bertujuan untuk menaik taraf 18 M. perkapalan. Institusi-institusi kewangan ditubuhkan untuk menjana projek-projek perindustrian secara besar-besaran dan mengurus kewangan negara. Selain itu kerajaan Meiji juga turut merangka satu bentuk sistem ekonomi baru yang sistematik.penerimaan organisasi saham bersama sebagai satu bentuk perbadanan. sistem keretapi. 19 19Shibusewa Keizo. beliau telah melafaz beberapa ikrar. Pemerintah Meiji telah menubuhkan Pusat Galakan Perdagangan untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti perdagangan baru.19 Pusat ini juga ditugaskan untuk mencari peluang-peluang perdagangan di seluruh Negara. Kuala Lumpur. tanah.hlm 138.landsan keretapi. Pada tahun 1870. menyusun kemudahan pengangkutan dan mengkaji masalah-masalah perdagangan di dalam dan di luar negeri. Sejarah Jepun Moden. Sistem ini meliputi sistem perkembangan infrastruktur termasuk jalan raya. Mitsubishi . Rajendran. sistem tariff dan perlindungan turut diperkenalkan bagi mengurus ekonomi Jepun. Japanese Society……hlm 109-110 .memperkembangkan industri besi dan keluli. pada 3hb Januari 1868. ketenteraan. mengimport jentera serta memilik negarakan kilang-kilang.penubuhan bank-bank dan sebagainya. Sistem cukai. Arenabuku sdn bhd. 5.0 POLITIK Sebaik sahaja pemerintah Meiji menerajui pemerintahan kerajaan Jepun. sistem kewangan baru diperkenalan daripada ‘ryo’ kepada ‘yen’. Kemuncak daripada kepesatan ekonomi ini ialah penubuhan Bank Industri pada tahun 1900. Pada tahun 1876. Kumpulan ini telah berkembang menjadi syrikat-syarikat gergasi dalam bidang perindustrian dan perdagangan.Kemunculan Zaibatsu (keluarga perdagangan) seperti Mitsui.Sumitomo dan Yasuda telah mempercepatkan proses perindustrian dan pertumbuhan kapitalisme di Jepun.sistem pos dan telegraf.

Ini membolehkan kerajaan mempunyai kuasa yang sepenuhnya ke atas negara dan rakyat. Kuala Lumpur. 1964.Rajendran.1972.Beer. hlm 125. Sistem bayaran cukai secara tradisional dan rampasan harta secara paksaan telah dihapuskan.78.Dasar tutup pintu dan anti orang asing adalah tidak menguntungkan dan perlu dihapuskan. 21 Japanese National Commission. v. New Jersey. Bayaran wang secara tunai dipraktikan dalam sebarang jenis urusniaga.. iii. Jepun Selepas Meiji. sejarah Jepun Moden…….F.Membentuk kerajaan berdasarkan demokrasi berparlimen ii. .negara Jepun supaya setaraf negara-negara yang sudah maju di barat.Menggalakan yang menghalang bidang pelajaran. sistem fiskal telah diubahsuai. 24 20 Mohd Yusuf Ibrahim.1998.Golongan atasan diarahkan supaya jangan memandang rendah kepada orang-orang bawahan seperti petani dan pegawai tentera dan awam. Pada tahun 1876 sistem feudalisme dibubarkan sepenuhnya dan terbentuklah pemerintahan pusat.hlm. Tokyo. 22 M. Japan . 23 Penghapusan feudalisme memperkukuhkan kedudukan kerajaan Meiji.20 Pada tahun 1873. 22 Salah satu langkah modenisasi yang dijalankan ialah penghapusan sistem feudal kepada sistem pemerintahan secara demokrasi. Zaman Meiji Penyumbang ke Atas Kemajuan Pembangunan Moden Negara Jepun : Satu tinjauan ke Atas Malaysia dalam Kertas Kerja seminar Fssk. iv.H. hlm 3. hlm 52. Japan. The Far East: A History of the Western Impact & The Eastern response ( 1830-1970). 23 Ahmad Ali Seman. 24 P. 21 Satu sistem cukai pusat yang moden telah ditubuhkan bersama-sama dengan satu sistem wang yang baru.Menghapuskan adat istiadat lama yang menghalang proses pemodenan.Eagle Cliff.Its Land. Penerbitan utusan Melayu Berhad.Bangi. people and Culture.1971. Clyde & B. Ministry of education. Ikrar Meji mengandungi lima usul iaitu :i.hlm 4.

Tamadun Jepun banyak meminjam dan meniru teknologi barat dan seterusnya mengasimilasi teknologi tersebut supaya bersesuaian dengan budaya Jepun sendiri. Tamadun Jepun banyak menerima pengaruh Barat hasil pertembungannya dengan peradaban barat. Status rakyat adalah sama rata dalam mendapatkan keistemewaan-keistemewaan sebagai raakyat Jepun khususnya dalam lapangan ketenteraan dan pendidikan.Pada tahun 1877 Menteri Luar negeri Terajima Munenori. . 28 Ahmad Ali Seman.hlm. petani dan pedagang.4. namun unsur-unsur tradisional yang melambangkan identitinya masih terus terpelihara sehingga ke hari ini. Belanda. 27 Japanese National Commision. hlm 3. Perancis. Februari 1886. Japan…. sejarah Jepun Moden……hlm. Maharaja Meiji telah mewujudkan Perlembagaan Meiji ( Perlembagaan Negeri Jepun yang pertama dan bertulis ).. 27 Kerajaan Meiji juga menjalankan dasar berbaik-baik dengan pemimpin-peminpin negara barat khususnya Britain. Amerika Syarikat. Keberanian serta kepandaian pemimpin Jepun mengadakan pembaharuan-pembaharuan yang drastik dalam segala aspek mendatangkan kebaikan 25 Mohd Yusuf Ibrahim.54.Pemerintah Meiji juga telah menamatkan system ‘class’. Penerbitan utusan Melayu Berhad.. 26 Richard story.1912. 86. Lapisan masyarakat yang sebelum ini dikuasai oleh golongan samurai. petukan. 26 Pemerintah Meiji juga membuat perubahan dari dasar pemencilan kepada dasar berbaik-baik dengan negara barat. Jepun Selepas Meiji. Kuala Lumpur.1972. Zaman Meiji Penyumbang ……. telah membuka jalan perundingan dengan Amerika Syarikat. German. 25 Pada 11hb. 28 Pemerintah Meiji juga menumpukan kekuatan tentera menubuhkan sebuah Angkatan Tentera dengan menubuhkan Angkatan Tentera Darat dan Laut bertaraf Antarabangsa Gagah PerkasaBerani Mati (Harakiri dan Kamekaze). Portugis dan lain-lain untuk menimba berbagai-bagai disiplin ilmu khususnya sains dan teknologi.hlm. Sepanyol. KESIMPULAN Walaupun negara Jepun telah mencapai zaman kemodenan yang bermula semasa pemerintahan Meiji pada tahun 1868.Perlembagaan Meiji mengandungi dua buah dewan iaitu Dewan Pertuanan dan Dewan Perwakilan.

Pemulian ini merupakan tindak balas secara langsung kepada pembukaan Jepun oleh Kapal-kapal Hitam pimpinan Laksamana Pertama Matthew Perry. Pemulihan Meiji ( 明 明 明 明 Meiji-ishin?).com/doc/2579073/PEMODENAN-MEIJI-baru Pemulihan Meiji Dari Wikipedia Bahasa Melayu. negara Jepun tidak terelak daripada peperangan dunia kedua yang memberi kesan kepada seluruh negara di dunia.wikipedia. Pemulihan ini membolehkan Empayar Jepun bangkit sebagai kuasa besar. juga dikenali sebagai Revolusi atau Pembaharuan Meiji ialah seurutan peristiwa yang mencetuskan perubahan besarbesaran dalam struktur politik dan struktur Jepun yang berlaku pada separuh kedua abad ke-19 yang menyaksikan pengakhiran zaman Edo (atau Zaman Syogun Tokugawa Akhir) dan kebangkitan Zaman Meiji. Walhal. ensiklopedia bebas. http://ms.org/wiki/Pemulihan_Meiji ABSTRAK Negara Jepun adalah sebuah negara yang moden yang pesat pada masa kini di rantau asia.scribd. Hasil pembacaan saya membongkar rahsia kejayaan negara Jepun dengan melihat pencapaian-pencapaian di zaman pemerintahan Meiji yang lebih di kenali sebagai Era Pemulihan Meiji (Meiji Restoration) ERA PEMERINTAHAN MEIJI DAN PENCAPAIANNYA (1868 – 1912) .untuk rakyat Jepun sehingga negara Jepun dapat mengekalkan kedudukannya sehingga ke hari ini. http://www. Pemerian peristiwa penting antara tahun 1862–69 yang paling utama pernah dibuat oleh pihak asing barangkalinya terkandung dalam A Diplomat in Japan oleh Sir Ernest Satow.

struktur pemerintahan hanya terdiri daripada kalangan samurai-samurai yang masih muda. atas semangat “Jepun Baru”. 9. 3. 7. Pencapaian ini dapat dipecahkan kepada beberapa bahagian yang penting seperti di bawah: 1. Beliau yang ketika itu masih berumur 15 tahun ( 16 tahun di dalam beberapa rekod yang lain) di lantik selepas jatuhnya sistem pemerintahan Shogun Tokugawa (1603 – 1867). Adalah dikatakan bahawa Maharaja Meiji langsung tidak tahu menunggang kuda sewaktu berumur 16 tahun. 4. Namun begitu. 2. berumur dalam awal 30an dan penghujung 20an. 6. Sewaktu awal kemunculannya sebagai pemerintah yang di gelar Meiji yang membawa maksud “pemerintah yang menerima pencahayaan”. 8. banyak pencapaian yang telah di kecapi sepanjang zaman pemerintahan Meiji. Penghapusan sistem feudalisme Pemodenan angkatan tentera darat dan tentera laut Komunikasi dan perhubungan Pendidikan Undang-undang Kesusasteraan Ideologi dan agama Ekonomi Perindustrian 10.Pendahuluan Zaman pemerintahan Meiji bermula pada tahun 1867. Dasar kewangan dan fiskal . 5. Teraju pemerintahan di pegang oleh seorang putera yang bernama Putera Mutsuhito.

kewibawan para samurai jatuh di sebabkan terpaksa berhutang dan ini menyebabkan kekuasan golongan saudagar semakin meningkat. keamanan dan kestabilan berlangsung hampir 200 tahun di bawah pemerintahan beliau. Kesyogunan Tokugawa telah melaksanakan pemencilan Jepun dengan mengamalkan dasar pintu tertutup. Namun. Media cetak 13. Walaupun begitu.11. Zaman pemerintahan Tokugawa tidaklah seteruk mana kerana rakyat Jepun masih menghargai jasa beliau yang berjaya menyatukan Jepun. segalanya berkahir apabila kekangan ekonomi dan inflasi yang teruk melanda Jepun di sebabkan oleh kegagalan sistem pertanian. kapal Amerika Syarikat yang di naungi oleh Komander Matthew Calbraith Perry yang berlabuh di Teluk Tokyo pada 1853 dan sekali lagi pada . Politik 12. Namun. Sebelum itu. Kebudayaan Setiap pencapaian ini akan di bincangkan secara lebih terperinci lagi dalam perenggan yang seterusnya. amalan feaudalisme telah dilancarkan oleh beliau dengan meletakkan diri beliau sebagai Pemerintah Seluruh Jepun. Di zaman ini juga. adalah lebih baik jika kita dapat melihat keadaan Jepun lebih awal lagi supaya dapat kita lihat perbandingan di antara dua corak pemerintahan. Di zaman itu. Keadaan ini telah mengubah kedudukan mereka di dalam status feudal Jepun ketika itu. Tokugawa Ieyasu merupakan sekutu paling berkuasa kepada Hideyoshi semasa zaman Sengoku Jidai (zaman peperangan yang berlaku pada 1460 – 1573M). Ketika itu juga. Kemudian di ikuti oleh Petani. ketika era pemerintahan beliau. Pemerintahan yang lebih awal di maksudkan saya ialah zaman pemerintahan Shogun Tokugawa. Di samping itu juga. Rajah 1 di sebelah dapat memberikan penjelasan kepada struktur sistem feudalisme Kesyogunan Tokugawa. Petukang dan akhir sekali golongan saudagar. hanya samurai yang mempunyai kuasa untuk membawa pedang. Di bawahnya pula di susuli oleh samurai yang mendapat hak keistimewaan yang lebih dari rakyat biasa.

perkara yang terawal sekali yang di lakukan beliau ialah dengan memikirkan bagaimana persoalan mengenai bagaimana caranya untuk membiarkan semua rakyat di dalam negara ini merasakan diri mereka di hargai? Perasaan kewarganegaran? Perasaan yang mengatakan bahawa mereka adalah sebahagian daripada gerakan pemulihan beliau? Maka. tidaklah semudah yang di sangka. Dengan kematian Jeneral Saigo. Era ini juga di gelar Zaman Pemulihan Meiji. Penentangan Jeneral Saigo menemui kegagalan dan beliau telah menamatkan riwayanya sendiri mengikut ritual seorang samurai yang sejati. Ada juga pihak yang menentang Kesyogunan Tokugawa kerana merasakan adat dan kebudayaan asli mereka terancam dengan kehadiran orang asing. Namun. Pemodenan Angkatan Tentera Darat dan Laut . Jeneral Saigo telah menentang Maharaja Tokugawa tetapi telah di tentang oleh pasukan tentera Maharaja Tokugawa yang terdiri daripada petani yang sebelum ini tidak mempunyai hak untuk menggunakan senjata. ERA PEMERINTAHAN MEIJI : PENCAPAIAN – PENCAPAIAN Pemansuhan Sistem Feudalisme Pemerintahan Meiji bermula sebaik sahaja kejatuhan Kesyogunan Tokugawa.1854 telah berjaya mendesak Jepun membuka pintu sempadan mereka kepada orang asing dengan termaktubnya Perjanjian Kanagawa. maka bermulalah era pemodenan Jepun yang merubah nasib hampir keseluruhan penduduk negara Jepun. Namun. keadaan menjadi tidak terkawal apabila terlalu ramai orang asing yang membanjiri tanah Jepun atas keinginankeinginan tertentu. Pemansuhan kedudukan mereka telah di tentang hebat oleh Jeneral Saigo yang bertanggungjawab yang mengetuai angkatan tentera Shogun. bermulalah era baru dengan slogan : Tamadunisasi dan Pencahayaan (Civilisation and Enlightment). Maharaja Tokugawa telah membuat keputusan untuk memnasuhkan kedudukan dan kelas dalam sistem feudalisme. penghapusan kedudukan golongan samurai yang langsung tidak memberikan sebarang sumbangan untuk beberapa ratus tahun sebelum itu. Dengan terhapusnya sistem feudalisme. Di awal era pemerintahan beliau.

24 buah anak kapal dan juga torpedo.Langkah seterusnya yang telah di ambil kira oleh Maharaja Meiji ialah untuk memodenkan angkatan tentera darat dan laut. Jepun telah berajaya menjadi sebuah negara kuasa besar di rantau Asia ketika itu. Sistem ini telah di perkenalkan kepada rakyat biasa yang berumur 20 tahun ke atas. Negara Jepun telah membangun dari segi ketenteraan dari sistem feudal ke konsep peperangan moden dalam masa kurang dari 30 tahun. Jepun telah berjaya menawan China pada tahun 1894/1895 dalam peperangan Sino-Jepun. Pada tahun 1876. 10 tahun kemudian. Keadaan ini mengejutkan pihak barat kerana tidak menyangka kekuatan Jepun telah meningkat dalam masa yang amat singkat. tentera Jepun telah menentang tentera Russia untuk berebut Manchuria. Bukan itu sahaja. Sebelum itu. kapal laut besar telah di beli dari Britain dan ini dapat menguatkan lagi kekuasaan Tentera Laut Jepun. Sewaktu penubuhan Angkatan Tentera Laut. pegawai tentera laut dari British di ambil sebagai jurulatih Tentera Laut. Maharaja Meiji telah meminta bantuan daripada pihak British. dalam tahun 1904/1905. Komunikasi dan Perhubungan . Cara berperang juga di ajar oleh pegawai tentera asing. Angkatan Tentera Laut telah di tubuhkan pada tahun 1872. Mereka akan berkhidmat selama 12 tahun yang boleh di pecahkan kepada 3 tahun tetap dan 9 tahun sebagai simpanan. Maharaja Meiji juga telah memperkenalkan sistem kerahan tenaga pada tahun 1876. Sehingga tahun 1894. Ini semua adalah hasil kemajuan teknologi tentera Jepun. Sementara itu. Jepun sudah memiliki sebanyak 17 buah kapal tentera laut. Atas usaha ini. Kemudahan tentera laut telah di pertingkatkan tahun demi tahun dengan memperbaiki kemudahan limbungan membeli kapal-kapal dan senjata-senjata baru. Kerajaan Maharaja Meiji telah pun mempunyai sebanyak 28 buah kapal moden. Peperangan yang bermula di sebabkan oleh permintaan Jepun untuk mengambil alih Korea telah di menangi dengan mudah oleh pihak Jepun. Untuk usaha ini.

Pada tahun 1872. Selanjutnya. Teknologi ini juga membantu dalam urusan pemusatan pentadbiran dan pembangunan ekonomi. Osaka dan Kyoto. dari segi perhubungan pula. perkhidmatan kereta api telah di perkenalkan. Ianya di anggap sebagai alat tranfsormasi untuk merealisasikan impian Maharaja Meiji. Kerja pembinaan landasan kereta api telah di mulakan pada tahun 1872. Pada tahun 1880. Sekolah-sekolah telah di bina oleh peladang-peladang untuk menunjukkan sokongan rakyat terhadap Maharaja Meiji. Pendidikan Pendidikan memainkan peranan penting untuk mencapai matlamat Maharaja Meiji. Landasan terakhir yang di bina ketika itu untuk menghubungkan Kyoto dan Otsu di bina pada tahun 1880.Bidang komunikasi telah di permodenkan setelah Maharaja Meiji menerima hadiah berupa mesin telegraf. Landasan itu telah di bina sepenuhnya oleh jurutera-jurutera Jepun. telah memudahkan system pengangkutan untuk penumpang dan juga barangan ekonomi. Sementara itu. konsep pendidikan moden telah di beri pendedahan kepada pelajar-pelajar di sekolah. mereka masih perlu . Jepun telah mempunyai landasan kereta api sejauh 26 batu. ianya telah di sambung ke Kobe. hampir seluruh bandar besar di lengkapi dengan kemudahan telegraf. Alat ini telah membantu dalam bidang ketenteraan Jepun sebagai satu media yang efektif dalam berkomunikasi. Sehubungan dengan itu. Pendapat mengatakan sistem komunikasi dan perhubungan negara Jepun lebih maju daripada negara-negara barat ketika itu. Mereka bersependapat mengatakan “pendidikan adalah kunci kecemerlangan”. Dua tahun berikutnya. Menjelang tahun 1881. Walaupun begitu. 1874. Dengan adanya perkhidmatan kereta api. sistem pos moden telah di perkenalkan dan memantapkan lagi sistem komunikasi di Jepun. landasan telah di bina untuk menghubungkan Tokyo dan Yokohama. Mesin ini telah di kaji oleh ilmuwan-ilmuwan Jepun dan telah di modenkan lagi.

ada juga pelajar-pelajar yang di hantar ke luar Jepun untuk belajar ilmu sains dan teknologi baru dari barat. kawasan di Jepun telah di pecahkan kepada 8 bahagian. pelayaran. ketenteraan. hal itu tidak menjadi masalah kerana mereka (peladang-peladang) percaya kepada pulangan pelaburan yang telah mereka lakukan melalui anak-anak mereka. perdagangan dan perikanan. Dengan membina sekolah juga. Pada tahun berikutnya. demi masa depan mereka. Universiti ini merupakan pusat pengajian yang tertinggi di Jepun ketika itu. Kanak-kanak Jepun yang mula ke sekolah ketika berumur 6 tahun dan mereka perlu belajar selama 16 bulan. Undang – undang . Namun. mereka dapat memberi sumbangan ke arah membangunkan negara Jepun. Pada tahun 1886 juga telah di tubuhkan Universiti Di Raja Tokyo. Universiti ini menekankan pelajar-pelajarnya supaya mematuhi hormat terhadap Maharaja dan negara. Kemudian. Selain itu. pusat pendidikan dan juga pusat penyelidikan. Selain daripada pendidikan dalam negeri. Universiti ini menyediakan sekolah latihan dalam perkhidmatan awam dalam bahagian urusan pentadbiran. wujud juga sekolah tinggi yang menawarkan bidang pengajian perubatan. pelajaran sekolah rendah telah di tetapkan kepada 8 tahun dan sekolah menengah selama 4 tahun. pada tahun 1886. Mereka di bayar gaji oleh kerajaan Jepun.membayar yuran pengajian untuk anak-anak yang bersekolah. Selain itu. pertanian. Di setiap bahagian pula di bina sebuah universiti. 32 buah sekolah menengah dan 210 sekolah rendah. kerajaan Jepun juga telah membawa masuk sebilangan besar pakar dari luar untuk mengajar kemahiran kepada rakyat Jepun. Pelajarpelajarnya di ajar berdasarkan sistem pendidikan barat dan menekankan pendidikan moral yang di sadur dari etika Kung Fu Tze. Kementerian Pelajaran Jepun telah di tubuhkan pada tahun 1871 dengan menyeragamkan sistem pendidikan.

Ideologi baru di perkenalkan yang di . Bahasa Inggeris telah menjadi bahasa yang sangat oenting ketika era pemulihan Meiji. Selain itu. ada juga Pilgrim’s Progreess dan The Bible(Old Testament). Melalui penterjemahan-penterjahan karya ini juga. Di antara karya dan biografi yang terkenal yang telah di terjemahkan ialah karya William Shakespeare. telah wujud bentuk keusasteraan baru yang yang di namakan gembun itchi dan telah di gunakan dengan meluas oleh penulis-penulis novel Jepun. sosial. Hasilnya.Sistem undang-undang moden telah di perkenalkan untuk meyemak semula perjanjian-perjanjian berat sebelah di antara negara Jepun dan negara-negara barat yang di buat sekitar tahun 1850an dan 1860an. Rousseau dan Voltair. Penterjemah yang terkenal ketika itu ialah Oda Junichiro. politik. Di antara karya mereka yang telah di terjemah kan ialah Romeo and Juliet. masayarakat elit Jepun telah terdedah kepada idea-idea barat berkenaan sains. pendidikan dan sebagainya. Beliau telah mendapat pendidikan dari Univesity of Edinburgh (Scotland). Ini telah meningakatkan minat rakyat Jepun ketika itu kepada kesusateraan moden. Ernest Maltraves dan The Bridge of Cannernoor. Kerajaan Jepun telah melantik seorang peguam Perancis yang bernama Gustave Roissonade de Fontarabe sebagai penasihat keadilan kepada Kementerian Keadilan. Kesusasteraan Bidang kesusateraan telah berkembang biak dengan adanya penterjemahan buku-buku sastera dari barat. Hasil penterjemahan beliau. Homer. Di antara novelis yang terkemuka ketika itu ialah Futabatei Shimei dengan karya terjemahan beliau yang berjudul Rendezvous. Undang-undang yang telah di gubal ini telah di kuatkuasakan dalam tahun1882 dan di namakan sebagai undang-undang jenayah moden. undang-undang baru yang lebih moden telah di perkenalkan dengan menghapuskan perjanjian-perjanjian yang berat sebelah suatu ketika dahulu. Undang-undang sivil dan perdagangan pula telah di gubal pada tahun 1888. Ideologi dan Agama Peranan ideologi di zaman pemerintahan Meiji telah di sasarkan sebagai alat untuk meningkatkan semangat nasionalisma.

Ideologi ini berhubung kait dengan kerohanian masyarakat Jepun dan sebahagian darinya memberikan kesetiaan dan ketaatan yang sepenuhnya kepada Maharaja Jepun yang di anggap suci. kesemua harta-harta institusi Buddha telah di ambil dan kitab-kitab suci telah di bakar dan di hanyutkan ke sungai-sungai. di zaman Meiji. dalam konsep keagamaan telah di perkenalkan pula konsep Shinto Negara. Patung-patung Buddha juga tidak terkecuali. Tetapi. Dengan itu. iaitu Shinto Istana DiRaja (Koshitsu Shinto). Dalam konsep Shintoisme purba. Tidak seperti ajaran-ajaran Buddha dan ajaran Konfusiusme. Yokohama (Presbyterian) dan Hakodate (Ortodoks Greek) pada tahun 1870an. Selain itu. Sewaktu penghapusan agama Buddha. Shinto Mazhab (Kyoha Shinto) dan Shinto Rakyat (Minkan Shinto). Peratuan-persatuan ini beranggapan bahawa agama Kristian akan menghapuskan ciri-ciri kebudayaan Jepun. Shinto tempat-tempat suci (Jinja Shinto). Shinto negara adalah berasal daripada agama Shintonisme. Agama Kebangsaan Jepun (Nippon Kokkyo Daido-sha). Sebaliknya. Seterusnya. Shinto Istana DiRaja dan Shinto Tempattempat Suci telah di satukan dengan menyerap ajaran-ajaran Konfusianisme (Kung Fu Tze). tidak semua rakyat dapat menerima kemasukan semula agama Kristian. mubaligh-mubaligh Kristian yang berhijrah ke Jepun juga membuka sekolah-sekolah agama Kristian dan menerbitkan risalah-risalah agama Kristian.namakan Kokutai secara rasmi. shinto di bahagikan kepada empat bahagian. sebalikya pula yang berlaku. jika sebelum ini di zaman Tokugawa. setelah konsep Shinto Negara di perkenalkan. Agama Kristian telah di terima masuk semula. agama Buddha telah di asingkan daripada agama Shinto. Namun. Matlamat persatuan-persatuan ini adalah untuk meyanjung dan mengangkat martabat tradisi serta warisan negara . Selain itu. Ianya telah berkembang di Jepun dengan pembinaan pusat-pusat keagamaan di Nagasaki (Khatolik Roman). muncul pula beberapa persatuan yang berfahaman nasionalis seperti Nippon – sin (The Japanese) dan Persatuan Cara Agung. sebuah agama purba Jepun. agama Kristian telah di hamkan. Tetapi.

000. Keadaan ini telah membolehkan kerajaan mengenakan cukai tanah yang menggantikan bayaran cukai kepada golongan feudalisme. Pemodenan ekonomi juga di lakukan atas dasar kepesatan pertumbuhan penduduk.dengan mengenepikan pengaruh kebudayaan Barat. ada juga pelajar-pelajar yang di hantar ke luar Jepun untuk belajar dalam jurusan pertanian dan ada juga pakar yang di bawa masuk untuk meningkatkan lagi taraf teknologi pertanian Jepun. Maharaj Jepun percaya bahawa ekonomi moden adalah asas kepada keselamatn dan keagungan nasionalisme. Walaupun begitu. Pemodenan ekonomi telah di mulakan di sektor pertanian dengan sektor pertanian telah menyumbangkan sebanyak 80% daripada jumlah pendapatan Jepun pada tahun 1870 – 1880. . Jepun kini telah mempunyai 130 buah gereja di seluruh kepulauan Jepun. aktiviti pertanian yang tidak dapat menampung penduduk yang tidak bekerja. Industri ini berperanan dalam industri pembinaan kapal. Ekonomi Ekonomi Jepun telah menerima impak yang agak besar daripada era Pemulihan Meiji. Selain itu. industri perkilangan telah pertingkatkan dengan kilang-kilang besi waja dan besi keluli (industri berat). Perindustrian Dalam bidang perindustrian. alat perang dan limbungan kapal tentera laut di Yukusuka. kekurangan perniagaan eksport dan untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada kelas samurai yang berjumlah lebih kurang 600. semua rakyat mempunyai tanah masing-masing walaupun dia adalah seorang petani. sebelum ini hak milik tanah adalah dalam kekuasaan golongan di Raja. Tetapi. Selain itu juga. Selain itu. setelah konsep pemilikan tanah di perkenalkan daripada Barat. Tanaman yang di galakkan ketika itu ialah teh dan sutera dan banyak kawasan pertanian yang telah di buka. penggunaan benih yang di impot dan baja kimia telah di perkenalkan.

Kilang-kilang besi tadi telah di bangunkan dengan meminjam modal daripada golongan-golongan kaya feudal Jepun. Pada tahun 1868. Selain itu. Mitsubishi. . Kemudian sistem perbankan moden pula telah di serapkan barasakan konsep perbankan Amerika Syarikat. benang. industri baru. simen dan juga kaca. setelah Kementerian Kewangan di tubuhkan sistem matawang telah di selaraskan dengan mengambil kira sistem kewangan dari barat. Kerajaan Jepun juga telah membina dua buah kilang besar untuk membuat meriam dan senapan di Tokyo dan Osaka. matawang Jepun telah di tukar kepada konsep pengunaan wang kertas. banyak wang telah di gunakan untuk membayar pampasan kepada tuan feudal dan di gunakan dalam proses menumpaskan pemberontakan samurai. Ini dapat mengurangkan pergantungan ekonomi daripada negara-negara barat yang berupa pinjaman bank. Semua pemilikan perindustrian telah di serahkan kepada beberapa syarikat seperti Mitsui. Wang kertas telah di tukarkan daripada Ryo kepada Yen yang ketika itu mempunyai nilai yang sama dengan nilai dolar Amerika Syarikat. Yasuda dan lain – lain. Kerajaan Jepun menghadapi masalah inflasi dan susut nilai matawang yang di akibatkan daripada perbelanjaan yang melebihi pendapatan. Selain itu. Sumitomo. Dasar Kewangan dan Fiskal Pemerintahan Tokugawa telah memperkenalkan konsep matawang pelbagai. perhubungan dan komunikasi. kerajaan Jepun juga telah membina kilang sutera. Pengetahuan perlatan perang telah di serap dari barat dengan membawa masuk beberapa pakar dari luar. Gabungan industri pula telah di kuasai oleh pasukan pemodalan seperti Zaibatsu. Selain daripada kilang pembuatan senjata. Kilang-kilang itu juga telah di bangunkan dengan bertujuan untuk memajukan bidang ketenteraan Jepun dalam usaha penaklukan dan pertahanan. Ini berlaku kerana proses transisi Jepun dalam pemodenan angkatan tentera. Namun. tiga buah kilang telah di bina di Tokyo dan Gumma untuk membuat peluru. kapas.

Mujur ada Menteri Kewangan yang bernama Matsukata yang berjaya mengawal keadaan dengan mengenakan cukai yang tinggi ke atas wain dan tembakau dan juga dengan mengurangkan subsidi kerajaan kepada syarikat. selaku peyimpan mohor untuk pergi mempelajari teori politik dari Britain. Bank kebangsaan pertama yang telah di tubuhkan dalam tahun 1873 dengan manggabungkan dua agensi kewangan kerajaan yang utama. Iaitu dengan menubuhkan Majlis Negara yang merupakan badan yang paling berkuasa dalam negara. Paris. Maharaj Meiji juga telah mengarahkan Ito Hirobumi. seorang canselori Jerman yang berjaya menyatukan Jerman pada tahun 1870 dan di gelar “Canselori Waja”. Di antara syarat-syarat yang terkandung di dalam perlembagaan . Pada tahun 1882. Ito telah mempunyai idolanya tersendiri iaitu Otto Von Bismarck. Perdagangan dengan dunia luar juga telah membantu dalam meningkatkan pertukaran matawang asing dan memberi pendapatan kepada negara Jepun. Politik Perlembagaan baru telah di perkenalkan dan sistem politik berparti juga turut di perkenalkan. Pengumuman perlembagaan baru telah di buat secara rasmi oleh Maharaja pada 11 Febuari 1889. Selain itu. penghapusan kelas keturunan dan hubungan kebudayaan dengan barat. kerajaan Jepun dapat menarik semula wang kertas Jepun untuk meningkatkan semula nilainya. carta Pengakuan Lima Artikel telah di perkenalkan dengan memberi penekanan kepada penubuhan dewan perhimpunan. Idea untuk mengadakan perhimpunan oleh yang dipilih oleh rakyat juga mendapat sambutan yang baik. langkah awal telah di ambil. kebebasan bermastautin dan pekerjaan. kerajaan Jepun telah menubuhkan Biro Mengurus Simpanan untuk pejabat-pejabat kerajaan. Untuk melaksanakan carta ini. sistem kredit moden juga telah di perkenalkan dengan penubuhan Bank of Japan pada tahun 1882. Belgium. Dengan ini. Maharaja telah memerintahkan supaya perlembagaan dan parlimen baru dibentuk menjelang tahun 1881. Sehubungan dengan itu. Vienna dan Berlin. Pada tahun 1868. sebanyak 143 buah bank telah di wujudkan dan di samping itu juga.

seni drama dan beberapa aspek yang lain. Seni lukis tradisional Jepun telah di perbaharui dengan penggunaan warna-warna yang lebih terang dari kebiasaannya. seni muzik. pengguna mesin cetak turut di gunakan oleh pihak gereja untuk menerbitkan risalah-risalah Kristian untuk diedarkan kepada orang ramai. Media Cetak Dari segi teknologi percetakan pula. Di antara yang paling terkenal ialah tarian ballroom. . Di zaman Meiji. Kabuki adalah persembahan untuk golongan kelas bawahan (saudagar-saudagar) sahaja. Kebudayaan Dari segi kebudayaan. kebebasan parti ini di sekat kerana di khuatiri akan menghakis kepimpinan Meiji dan di ganti dengan sistem demokrasi. pilihanaraya pertama telah di adakan pada tahun 1890 yang di sertai oleh berbagai parti politik. pengaruh muzik barat mula meresapi kebudayaan Jepun. seni drama Kabuki mula di pandang tinggi dan mendapat pengiktirafan yang tinggi. Dari segi seni muzik pula. beberapa perubahan telah berlaku dalam konsep seni lukis. Di samping itu juga. Tidak seperti zaman Edo. Kabuki adalah satu bentuk hiburan yang mendapat tempat di setiap lapisan masyarakat. di zaman ini juga. Di samping itu juga. Sementara itu. konep penggunaan alat muzik tradisional dan gabungan alat muzik moden di perkenalkan. Banyak pring – piring hitam boleh di dapati dan muncul pula konsep tarian barat.ini ialah penubuhan sebuah dewan kabinet dan mewujud parlimen dwidewan (Dewan Bangsawan dan Dewan Rakyat). kemajuan dari segi kemudahan timbul hasil daripada keperluan untuk menyediakan notis-notis oleh Jabatan Kerajaan. Di antara parti yang bertanding ialah Parti Liberal (Jiyuto) yang di tubuhkan pada tahun 1881 di bawah Itagaki dan Parti Progresif (Kaishinto) yang di tubuhkan pada tahun 1882. Namun. Selain itu.

tripod.com/ . penggunaan sarikata. industri filem juga mula berkembang. Bermula dengan filem-filem bisu.Selain daripada drama-drama pentas. teknik sinaran tiruan. http://ayeplah. kemudiannya menyusul pula kaedah penggunaan kamera moden. ‘prop’ dan sebagainya.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful