MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL BENDERA NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA MURID TAHUN EMPAT DEDIKASI MENGGUNAKAN ALAT PERMAINAN PUZZLE

SITI SARIZAH BINTI MD SARIL 880426-01-5284

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN, BESUT PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

UNTUK PERHATIAN: ENCIK WAN AHMAD ABDUL HAKIM BIN WAN DAGANG

2011

ISI KANDUNGAN
BIL i. ii. iii. PENGHARGAAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH PERKARA MUKA SURAT i ii iii

1.

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1.2 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran

1 1-6 5-8 9 9-11 11-14

2.

FOKUS KAJIAN 2.1 Isu Kajian 2.2 Tinjauan Literatur Berkaitan Dengan Isu Kajian

3.

OBJEKTIF KAJIAN DAN PERSOALAN KAJIAN 3.1 Objektif Am 3.2 Objektif Khusus 3.3 Soalan Kajian

15 15 15 15 16-17 18 18-20 21-31 32-35 36 37 38-39

4. 5.

KUMPULAN SASARAN TINDAKAN YANG DICADANGKAN 5.1 Perancangan Tindakan 5.2 Perancangan Cara Mengumpul Data 5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data 5.4 Perancangan Pelaksanaan Kajian 5.5 Kos Kajian

6.

BIBLIOGRAFI

PENGHARGAAN

Assalamualaikum, Sejuta penghargaan saya hadiahkan kepada setiap individu yang terlibat dalam menyiapkan Tugasan ini . Walaupun pelbagai cabaran serta kesukaran yang berlaku sepanjang menyiapkan kerja ini tetapi perkara itu hanyalah sebagai penguat semangat saya untuk memberikan yang terbaik dalam menghasilkan kertas cadangan ini. Pertama kalinya saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya memberikan keupayaan kepada saya untuk menyempurnakan tugasan ini. Selain itu, bimbingan dan tunjuk ajar dari pensyarah yang dihormati iaitu EN. WAN AHMAD ABD HAKIM B. WAN DAGANG dari Jabatan Kajian Sosial amat saya hargai. Tanpa bimbingan beliau dan beberapa pensyarah lain pastinya tugasan ini bertambah rumit untuk saya siapkan. Tidak dilupakan juga kepada kedua ibu bapa yang telah memberikan sokongan teguh untuk saya menyiapkan tugasan ini serta mendoakan kejayaan anaknya di sini. Seterusnya, kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut membantu dalam setiap permasalahan yang timbul. Kalian banyak membantu dalam berkongsi bahan maklumat samada dari sumber buku-buku mahupun dari internet.. Semoga segala usaha yang saya lakukan sepanjang menghasilkan kerja kursus ini akan mendapat manfaatnya kelak. Sesungguhnya tiada apa yang dapat saya berikan bagi membalas jasa anda semua melainkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga. Hanya Allah yang akan dapat membalas jasa baik anda semua. Pastinya setiap perkara baik akan mendapat ganjaran setimpal dari Allah. Insya Allah hendaknya. Sekian, Terima kasih.

SENARAI JADUAL

BIL

PERKARA

MUKA SURAT

1.

Jadual 1 : Latar Belakang Kumpulan Sasaran

17

2.

Jadual 2: Borang Temu Bual

27

3.

Jadual 3 : Borang Pemerhatian Semasa Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

29

4.

Jadual 4 : Borang pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran bilik darjah.

34

5.

Jadual 5 : Perancangan Pelaksanaan Kajian.

36

6.

Jadual 6 : Kos Kajian.

37

Rajah 2 : Contoh Histogram 32 . MUKA SURAT 10 2. PERKARA Rajah 1 : Set alat permainan puzzle.SENARAI RAJAH BIL 1.

1. kemahiran sivik dan nilai sivik supaya menjadi warganegara yang bertanggungjawab. Manakala. serta boleh menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat. Berdasarkan keadaan semasa yang melanda golongan remaja. menyelesaikan konflik tanpa menggunakan keganasan.1 Pengenalan Mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan diajar sebagai satu mata pelajaran persekolahan mulai tahun 2005. pendidikan sivik bertumpu pada struktur dan jenis kerajaan. untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu. di sekolah rendah dan menengah. boleh bekerjasama dengan orang lain. dan negara. Guru membantu murid menguasai pengetahuan sivik. mengapresiasi kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia. Sivik merujuk kepada hubungan individu dengan masyarakat di sekelilingnya. mata pelajaran ini memberi tumpuan pada keadaan semasa masyarakat serta keperluan masa depannya. . Tetapi kini. hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat. menyayangi alam sekitar dan menyumbang kepada pembangunan. PENDAHULUAN 1. Melalui kurikulum ini diharap dapat melahirkan individu yang bersemangat . kewarganegaraan merujuk kepada hubungan individu dengan negaranya. kurikulum mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan memberi tumpuan utama pada isu perpaduan. pemahaman dan kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan memberi kesedaran kepada murid tentang peranan. Pada masa dahulu.

adalah menjadi satu kebanggaan kepada kita apabila melihat anak-anak didik kita pada masa kini sudah pun mengenal setiap nama bendera negeri-negeri di Malaysia. Umumnya. bendera menurut Kamus Dewan edisi keempat bermaksud sepotong kain (biasanya segi empat bujur) yang ada reka bentuk tertentu. Apabila sudah mengenal bendera dan nama negeri-negeri. Tema kelima dan keenam pula ialah “Malaysia Negaraku” dan “Sedia Hadapi Cabaran” . Manakala. kajian ini juga bersabit dengan elemen patriotisme kerana melibatkan pengetahuan am tentang Negara iaitu tentang bendera. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ini memberi tumpuan utama pada isu perpaduan. Dengan mengenali bendera negeri-negeri. digunakan sebagai lambang sesebuah negeri. tema ketiga dan keempat ialah “Hidup Bersama Di Sekolah Dan Masyarakat” dan “Kenali Budaya Malaysia”. Sebagai rakyat Malaysia umumnya dan juga sebagai guru khususnya. murid dipupuk pula dengan nilai cintakan negara. pengetahuan am dan pemahaman kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia. menghargai serta menghormati negeri-negeri lain. Justeru. Kajian yang akan dijalankan ini berkait dengan unit pertama dalam tema “Malaysia Negaraku” iaitu tentang tajuk “Benderaku”.Dalam matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ini terbahagi kepada enam tema. Tema yang pertama dan kedua dalam matapelajaran ini ialah “Sayangi Diri” dan “Sayangi Keluarga”. murid-murid akan mengingati setiap nama negeri-negeri di Malaysia. Apa sahaja perkara yang berkaitan dengan Negara secara tidak langsung akan melibatkan semangat patriotik. .

saya telah memilih satu aplikasi permainan yang boleh digunakan dalam P&P. Main dengan objek pula hanya dapat berlaku apabila kanak-kanak berkenaan mula menguasai kemahiran memegang bahan mainan. Kaedah permainan dianggap sebagai salah satu strategi P&P yang efektif terutamanya bagi kanak-kanak. meliputi ulangan aktiviti-aktiviti sensorimotor yang telah diasimilasi dalam struktur kognitif kanak-kanak. Maka. iaitu permainan puzzle. gaya berfikir. . Menurut Mok Soon Sang (2009). penglibatan diri secara aktif. main dengan objek dan main simbolik. Jean Piaget (1962) berpendapat terdapat tiga jenis bentuk main yang sering dapat diperhatikan dalam kalangan kanak-kanak iaitu main sensorimotor. Didapati bahawa kanak-kanak yang berusia antara lima hingga lapan tahun lebih gemar bermain daripada membaca.Bagi memastikan murid-murid dapat mempelajari tajuk ini secara berkesan. Main sensorimotor juga dikenali sebagai main latihan. Oleh yang demikian. minat kanak-kanak serta masa yang mencukupi. Permainan boleh diintegrasikan dalam aktiviti P&P untuk meningkatkan minat dan motivasi kanak-kanak serta usaha untuk menyelesaikan sesuatu tugasan pembelajaran. main merupakan salah satu pengalaman belajar kanak-kanak yang optimum kerana ia dapat memenuhi kriteria utama seperti pembelajaran melalui pengalaman langsung. permainan puzzle yang menarik dan mesra pengguna ini dapat menarik minat kanakkanak bermain sambil belajar. salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang sesuai ialah kaedah permainan. dan kebebasan belajar berdasarkan gaya belajar.

Puzzle merupakan satu bahan visual yang mempunyai pecahan gambargambar yang dimainkan dengan cara mencantumkan kembali pecahan-pecahan tersebut membentuk satu visual. kanak. beliau menyatakan bahawa kanak-kanak amat menyukai puzzle dan menyediakan makna semulajadi yang mempercepatkan semangat murid-murid untuk bekerjasama dalam kumpulan mereka. Daripada kajian lepas yang telah dibuat oleh Richard A.kanak yang kurang menguasai kemahiran membaca juga dapat menggunakan permainan puzzle ini untuk meningkatkan kemahiran mereka disamping merangsang pemikiran mereka sambil berhibur. . Huber (1978) dalam kajiannya yang bertajuk Using Jigsaw Puzzles To Make Meaningful Assignments To Groups.Disamping itu. Saya menggunakan alat permainan puzzle dalam kajian ini kerana permainan ini dapat menguji tahap pemikiran murid-murid dan menggalakkan murid berfikir. Puzzle merupakan satu alat permainan berstruktur. Dalam melakukan aktiviti ini akan berlakunya interaksi antara mereka dan membuatkan aktiviti ini kelihatan lebih menarik dan menyeronokkan.

saya ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan untuk Tahun 4. murid-murid di dalam kelas ini masih lagi lemah untuk mengenal bendera Negeri-Negeri di Malaysia. Sewaktu pengajaran dan pembelajaran berlangsung. saya dapati murid-murid mengalami masalah untuk mengenal bendera negeri-negeri di Malaysia. Kelas ini merupakan kelas ketiga selepas Tahun 4 Cemerlang dan 4 Bestari. Saya dapati. saya menggunakan kaedah visual ruang. Sekolah ini mempunyai tiga kelas untuk setiap aliran dan saya ditugaskan untuk mengajar matapelajaran Sivik dan Kewarganegaraan Tahun 4 Dedikasi. Apa yang membimbangkan saya ialah. Menurut Alan Grant (2007) dalam kajiannya tentang Constructing Meaning Through Visual Spatial Activities. ia telah digunakan sebagai titik percakapan dalam wawancara seterusnya. majoriti mereka gagal mengenal bendera negeri-negeri di Malaysia dengan baik. Pencapaian bagi kesemua 25 orang murid-murid dalam kelas ini adalah pada tahap lemah. Sedangkan bendera negeri Terengganu itu sendiri mereka tidak kenal. . Kedua. Semasa saya mengajar Tahun 4 Dinamik untuk tajuk “Mengenal Bendera Negeri-Negeri di Malaysia”. Tambahan pula Tahun 4 Dinamik pada waktu itu merupakan kelas terakhir untuk aliran Tahun 4.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Sewaktu menjalani praktikum fasa (II) di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Nyireh. murid-muridnya lebih mudah mengingati gambar-gambar yang telah mereka hasilkan. inikan pula bendera negeri-negeri lain. Masalah seperti ini turut berlaku apabila saya menjalani praktikum fasa (III) di Sekolah Kebangsaan Bukit Puteri.1. beliau mendapati bahawa pertama.

ada yang menjawab itu adalah “bendera Kuala Besut”. murid-murid masih lagi tidak dapat mengenal bendera dengan baik. Ada di antara mereka yang masih keliru untuk mengenal bendera terutamanya negeri Perlis. . Selain itu. Mereka sebenarnya boleh mengeja dan membaca tetapi masih lagi tidak lancar. Apabila saya menunjukkan gambar bendera negeri Terengganu.”. saya dapati masih lagi terdapat segelintir daripada mereka yang berjaya mengenal bendera negeri-negeri dengan baik. murid-murid ini juga tidak tahu untuk menamakan negeri-negeri dengan nama yang betul. “Jerteh” dan “Pulau Redang” sebagai negeri. mereka juga mengeluh dan mengatakan “ susah nak ingat cikgu.Walau bagaimanapun. banyak sangat negeri di Malaysia ini. mereka menjawab “ alah cikgu. Saya lihat mereka seolah-olah tidak mengambil peduli langsung akan pengetahuan tentang tanah air sendiri. “Kuala Besut”. teori ini tidak sesuai untuk diaplikasikan dalam P&P saya.Saya juga menyedari bahawa murid-murid dalam kelas ini masih ramai yang lemah dalam mengeja dan membaca. Apabila diminta menyebut negeri-negeri di Malaysia ada diantara mereka menyebut “Pulau Langkawi”. Saya berasa sedikit terkejut dan kasihan kepada mereka kerana mereka tidak mengenali bendera negeri mereka sendiri. warna bendera pun lain-lain. Walau bagaimanapun. Selain gagal mengenal nama bendera..” . Perak dan Pahang kerana bilangan jalur yang hampir sama. Apabila saya bertanyakan tentang keadaan itu. nanti bila dah besar kami tahu lah…. Walaupun saya telah menunjukkan satu persatu gambar-gambar bendera yang saya muat turun daripada internet.

beliau telah mengklasifikasikan tentang kecerdasan pelbagai kanak-kanak. Saya menggunakan alat permainan puzzle dalam kajian ini kerana ia dapat menguji tahap pemikiran muridmurid dan menggalakkan murid berfikir. Beliau mengatakan bahawa : . Tujuan utama saya ingin mengubah gaya pengajaran adalah untuk meningkatkan kemahiran murid-murid dalam mengenal bendera negeri-negeri di Malaysia. Menurut ahli psikologi Howard Gardner (1993) dalam bukunya Frames of Mind. proses P&P yang dijalankan pada hari itu tidak dapat mencapai objektif seperti yang diharapkan kerana majoriti murid-murid saya gagal mengenal bendera dengan baik. Puzzle merupakan satu alat permainan berstruktur. Mereka pula kurang memberikan tumpuan semasa pengajaran berlangsung. Saya terfikir adakah mereka mungkin menginginkan aktiviti yang lebih menarik dan menyeronokan untuk tajuk ini.Akibatnya. Ini mungkin disebabkan oleh bahan bantu mengajar yang saya gunakan itu kurang menarik perhatian murid-murid. Puzzle merupakan satu bahan visual yang mempunyai pecahan gambar-gambar yang dimainkan dengan cara mencantumkan kembali pecahan-pecahan tersebut membentuk satu visual. Saya merasakan bahawa saya harus mengubah gaya pengajaran saya kepada gaya pengajaran yang lebih baik dan menarik. Saya akan mengubah pengajaran dengan menggantikan bahan visual tadi kepada bahan bantu mengajar yang lebih menarik iaitu puzzle.

Dalam aktiviti berkumpulan. sudah tentulah akan berlakunya komunikasi dan interaksi antara mereka. Sekiranya saya tidak memperbetulkan keadaan ini.“Spatial. building with Leggos or daydreaming”. 1993) . They may be fascinated with mazes or jigsaw puzzles. saya pasti bahawa murid-murid kelas ini masih lagi tidak dapat mengenal bendera-bendera negeri di Malaysia dan akhirnya pada masa hadapan semangat patriotisme di kalangan generasi muda semakin luntur. Murid yang pasif akan menjadi aktif kerana mereka semua terlibat sama dalam aktiviti. Berbanding pengajaran lama. Huber (1978) dalam kajiannya yang bertajuk Using Jigsaw Puzzles To Make Meaningful Assignments To Groups.Objektif utama permainan puzzle ini adalah untuk merangsang pemikiran kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah dengan mencantumkan imej. These children think in images and pictures. or spend free time drawing. (FRAMES OF MIND. ikhtibar dan pengajaran kepada kanak-kanak melalui cerita serta dapat menarik minat kanak-kanak untuk membaca sambil berhibur di samping mengenal bentuk-bentuk puzzle. Saya merasakan adalah amat perlu untuk saya membuat perubahan. Dengan ini mereka akan lebih bersemangat untuk belajar. beliau menyatakan bahawa kanak-kanak amat menyukai puzzle dan menyediakan makna semulajadi yang mempercepatkan semangat murid-murid untuk bekerjasama dalam kumpulan mereka. Daripada kajian lepas yang telah dibuat oleh Richard A. Dalam melakukan aktiviti ini akan berlakunya interaksi antara mereka dan membuatkan aktiviti ini kelihatan lebih menarik dan menyeronokkan. . pengajaran baru ini akan melibatkan murid secara aktif melalui aktiviti berkumpulan.

saya hanya fokuskan kepada tajuk “Mengenal Bendera Negeri-Negeri Di Malaysia”. Kajian ini hanya melibatkan 25 orang murid sahaja. iaitu apabila mereka sendiri yang mencantumkan pecahan-pecahan puzzle tersebut. . FOKUS KAJIAN 2. malah ia juga dapat meningkatkan kemahiran mereka untuk mengenal bendera negeri-negeri di Malaysia. jata-jata negeri dan tempat-tempat menarik yang terdapat di setiap negeri. Kajian ini tidak melibatkan tentang kedudukan negeri-negeri dalam peta Malaysia. Ini adalah kerana fokus utama saya adalah untuk membantu murid mengenal bendera dahulu. Untuk tajuk pengajaran pula.1 Isu Kajian Kajian yang akan saya jalankan ini member fokus kepada murid-murid Tahun 4 Dedikasi di Sekolah Kebangsaan Bukit Puteri. Jerteh. Masih belum terlambat sekiranya saya ingin mengambil tindakan pada masa sekarang dan saya akan pastikan kajian ini berjaya dilaksanakan dan mencapai objektif seperti mana yang saya harapkan. Saya ingin melihat mereka semua mengenal bendera negeri-negeri dengan baik kerana seharusnya pada usia sebegini mereka sudah mengetahui akan perkara itu. Ini adalah kerana alat permainan puzzle ini bukan sahaja menyeronokkan murid-murid sekolah rendah. Kajian yang saya jalankan ini adalah untuk membantu murid-murid ini mengenal bendera negeri-negeri di Malaysia melalui kaedah bermain dengan menggunakan alat permainan puzzle.2.

saya mengambil isu ini sebagai fokus kajian saya. Justeru. Sedangkan bendera negeri-negeri mereka tidak kenal. murid-murid akan berasa seronok untuk belajar. Melalui kajian ini saya akan menggunakan 5 set alat permainan puzzle seperti di dalam Rajah 1. Rajah 1 : Set alat permainan puzzle. Melalui kaedah ini. Ini adalah kerana apabila murid-murid tidak mengenali langsung bendera negeri-negeri di Malaysia. tetapi bagi saya ia merupakan pencetus kepada semangat patriotisme dalam kalangan muridmurid. Saya ingin menjalankan kajian ini kerana saya ingin memperbaiki kelemahankelemahan saya semasa mengajar serta meningkatkan kemahiran mereka bukan sahaja untuk mengenal tetapi menghargai bendera-bendera negeri di Malaysia. manakan mereka akan mencintai tanah air mereka sendiri. murid-murid pula belajar tanpa menyedari mereka sebenarnya sedang belajar. .Walaupun isu ini tidaklah dianggap besar oleh rakan-rakan seperjuangan. inikan pula untuk menyemai rasa cintakan tanah air.

. Antara aspek yang dibincangkan ialah beberapa hasil kajian yang berkaitan dengan penggunaan kaedah permainan dalam pengajaran dan kesannya terhadap pencapaian murid untuk meningkatkan kemahiran mengenal bendera negeri-negeri di Malaysia. 2. Alat permainan puzzle ini amat sesuai digunakan dalam P&P di sekolah. Set puzzle yang disertai dengan warna-warna yang menarik ini juga akan secara tidak langsung mempengaruhi mereka untuk menghafal fakta. Tambahan pula guru pembimbing saya. Jusoh juga menyokong usaha saya untuk menjalankan kajian ini. Beliau juga bersetuju apabila saya mengatakan yang saya akan menggunakan alat permainan puzzle dalam kajian yang akan saya jalankan. Saiznya sederhana kecil dan tidak terlalu tebal memudahkan guru untuk mengendalikannya dan menyimpannya selepas ia digunakan. Setakat ini saya bercadang untuk menggunakan modal sendiri bagi mendapatkan set permainan ini. iaitu Puan Ruhaiza Bt. Apa yang penting bagi saya ialah ia dapat membantu anak-anak murid saya belajar dan mengenal bendera-bendera negeri serta objektif kajian saya tercapai.Selain itu. Ini adalah kerana perbelanjaannya tidaklah terlalu mahal.2 Tinjauan Literatur Berkaitan Dengan Isu Kajian Bahagian ini akan meninjau tentang hasil kajian berkaitan keberkesanan penggunaan kaedah permainan dalam pengajaran. mereka juga belajar tanpa sebarang tekanan kerana pada hakikatnya mereka sedang bermain.

Jaafar (2002). Daripada kajian lepas yang telah dibuat oleh Richard A. Huber ( 1978) dalam kajiannya yang bertajuk Using Jigsaw Puzzles To Make Meaningful Assignments To Groups. ia juga membantu dalam pembentukan ini. menulis dan mengira berbanding kaedah bermain kerana permintaan ibu bapa.Alat Permainan Puzzle Terdapat banyak kajian yang dijalankan berkaitan kaedah pengajaran berbantukan alatalat permainan serta kajian yang dibuat berkaitan kaedah permainan. Kaedah Permainan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Mengikut Vygotsky (1962) main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran. beliau menyatakan bahawa kanak-kanak amat menyukai puzzle dan menyediakan makna semulajadi yang mempercepatkan semangat murid-murid untuk bekerjasama dalam kumpulan mereka. Main juga memberi kebebasan kepada kanakkanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Beliau telah membuat kajian pelaksanaan main di tadika Brunei. dalam kajiannya Play In Brunei Preschool Classrooms mendapati bahawa guru prasekolah di Brunei lebih memfokuskan pengajaran mereka pada konsep membaca. Jaafar ( 2002 ) tentang Kepentingan Aktiviti Bermain Di Dalam Pendidikan Prasekolah mendapati bahawa pelaksanaan aktiviti bermain di prasekolah lebih tinggi sedikit minnya dari KEMAS untuk semua jenis permainan. . Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat. Asma (2001) dalam Fauziah Md. Dalam kajian yang telah dijalankan oleh Fauziah Md. Dalam melakukan aktiviti ini akan berlaku interaksi sesama mereka dan membuatkan aktiviti ini kelihatan lebih menarik dan menyeronokan.

Mereka berpendapat kaedah ini tidak memberi sumbangan terhadap proses pembelajaran kanak-kanak. begitulah juga sebaliknya. iaitu seramai 12 orang menyatakan bahawa kanak-kanak ini perlu diajar secara formal seperti latih tubi. juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa (special population). Beliau juga mengatakan bahawa kecerdasan bukanlah semata-mata diwarisi. Dalam kajiannya Howard Gardner mempercayai kepada frasa „`seven ways of knowing. Aktiviti bermain cumalah mengisi masa yang terluang sahaja. Ini sangat penting bagi tujuan menyediakan mereka kelak ke tahun satu. perceiving and understanding life‟‟. Pada keseluruhannya.Keputusan kajian telah mengenal pasti bahawa 60 peratus guru-guru tadika tidak bersetuju dengan kaedah ini. „chalk and talk‟ dan pengajaran secara kelas. Kajian terhadap kanak-kanak istimewa mendapati ada di antara murid-murid yang lemah daya ingatannya adalah dilahirkan oleh ibubapa yang kedua-duanya adalah profesional. ulangi pelajaran setiap hari. kesemua guru tadika yang dikaji. Selain itu mereka membenarkan aktiviti ini hanya sebagai alat untuk mengawal keadaan kelas yang terlalu bising. Jika kedua-dua ibubapa dikategorikan sebagai bodoh mengikut ukuran IQ tidak semestinya anak-anak mereka juga bodoh. Teori Kecerdasan Pelbagai Teori Kecerdasan Pelbagai ini telah diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983). Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak biasa dan istimewa. .

ia telah digunakan sebagai titik percakapan dalam wawancara seterusnya. Kedua. Dapat mengenali objek. beliau mendapati bahawa pertama. Bijak menghubungkaitkan antara objek dalam ruang. Kanak-kanak berkebolehan menceritakan dan menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui. bentuk. Seseorang individu juga dapat berfikir dalam bentuk gambaran dan bayangan serta secara tiga dimensi. . Kecerdasan visual-ruang ini membolehkan seseorang mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik.Kecenderungan dalam kecerdasan ini membolehkan seseorang membuat persepsi tentang alam sekitar secara tepat. Keberkesanan pembelajaran melalui aktiviti visual ruang turut dibuktikan oleh seorang lagi pengkaji dari barat. Menurut Alan Grant (2007) dalam kajiannya tentang Constructing Meaning Through Visual Spatial Activities. warna dan corak dalam persekitaran. murid-muridnya lebih mudah mengingati gambar-gambar yang telah mereka hasilkan.

3. menarik dan berkesan untuk tajuk “Mengenal bendera negeri-negeri di Malaysia”? . 3.3 Soalan Kajian 1) Adakah permainan puzzle dapat meningkatkan kemahiran murid mengenal bendera negeri-negeri di Malaysia? 2) Adakah permainan puzzle boleh menjadi bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan.2 Objektif Khusus 1) Mengenal pasti permainan puzzle dapat meningkatkan kemahiran murid mengenal bendera negeri-negeri di Malaysia. 2) Mengenal pasti permainan puzzle boleh menjadi bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan.: 3.1 Objektif Am Untuk membantu murid-murid mengenal dan menghargai bendera negeri-negeri di Malaysia menggunakan permainan puzzle dalam mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan. 3. menarik dan berkesan untuk tajuk “Mengenal bendera negeri-negeri di Malaysia”. OBJEKTIF KAJIAN DAN PERSOALAN KAJIAN Objektif kajian dibahagikan kepada objektif umum dan objektif khusus.

Tahap kognitif mereka sangat lemah jika hendak dibandingkan dengan dua kelas sebelumnya. Namun begitu. Dari segi kemahiran 3M. saya akan menjalankan satu ujian pra. Berdasarkan maklumat sekolah yang diperolehi. Mereka inilah yang menjadi kumpulan sasaran untuk kajian saya nanti. itu. iaitu daripada murid perempuan. Untuk mendapatkan kumpulan sasaran ini. Kumpulan sasaran untuk kajian ini akan dapat dikenalpasti selepas mendapat keputusan daripada ujian pra yang dijalankan. tidak semua murid-murid Tahun 4 ini terlibat kerana saya hanya memfokuskan kepada murid-murid di Tahun 4 Dedikasi sahaja. iaitu seramai 25 orang. terdapat 5 orang murid daripada kelas ini yang masih lagi lemah mengeja dan membaca. Ini dapat dikesan melalui keputusan Ujian OTI 1 baru-baru ini. mereka masih lagi lemah. manakala selebihnya.4. Dari segi pencapaian dalam matapelajaran pula. KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan murid-murid Tahun 4. 15 orang 10 orang terdiri . Menurut guru kelas Tahun 4 Dedikasi . pencapaian mereka sangat rendah. rata-rata murid dalam kelas ini mempunyai latar belakang keluarga yang susah dan kurang berkemampuan. mereka juga kurang mendapat perhatian darpada ibu bapa yang secara tidak langsung memberi kesan kepada pencapaian pelajaran mereka. Selain itu. Kesemua murid dalam kelas ini. Kebanyakan ibu bapa mereka bekerja sendiri seperti bekerja kampung dan bertukang. Daripada jumlah daripadanya merupakan murid lelaki. Kelas ini merupakan kelas yang ketiga dalam Tahun 4.

Nadzir Nursyazlinna Idayu Binti Md Nawi Nurul Atikah Bt. 17. Che Soh Nur Husnanajian Binti Hasim Nur Liyana Bt. Affandi Zulkhairi Noor Iwanina Aqilah Bt. 6. A. 7. Ibrahim Nurul Fatihah Bt. 13. 21. Md. Ghazali Muhammad Rozaini B. 25. Daftar 5339 5390 5341 5342 5391 5343 5345 5346 5392 5347 5348 5349 5396 5399 5350 5351 5352 5378 5354 5404 5356 5405 5357 5428 5386 Nama Murid Jantina Bangsa Pekerjaan Ibu Bapa Swasta Kerajaan Kerja sendiri Kerja sendiri Kerajaan Kerajaan Kerajaan Swasta Kerajaan Kerja sendriri Kerja sendiri Kerja sendiri Kerja sendiri Kerja sendiri Kerajaan Kerja sendiri Swasta Kerja sendiri Kerja sendiri Swasta Swasta Kerajaan Kerja sendiri Kerja sendiri Kerja sendiri Ujian Pra % Tahap Membaca Baik Sederhana Sederhana Sederhana Sedrhana Lemah Lemah Sederhana Baik Baik Baik Baik Baik Sederhana Sederhana Lemah Sederhana Sederhana Sederhana Sederhana Lemah Baik Lemah Sederhana Sederhana 1. Jadual 1 : Latar Belakang Kumpulan Sasaran Bil No. 10. Hamzah Muhammad Hanif B. 4. 23. 11. 20. 9. 5. 3. Md. Mat Narasik Muhammad Faiz B. Rahim Nur Alyaa Izzati Binti Abd Halim Nur Arisa Nazifah Bt. Latar belakang kumpulan sasaran dapat ditunjukkan melalui Jadual 1. Ikhwan B.Hanya mereka yang tidak mencapai gred lulus untuk ujian pra ini akan menjalani rawatan dalam kajian saya nanti. 14. Suhaimi Muhammad Farid Bin Bazeli Muhammad Haizul B. 15. 2. 22. 18. 16. Hamid Mahmood Wafiy Bin Shihabuddin Mohamad Fakrul Hakimi B. 24. 12. 19. Che Omar Siti Hajal Binti Azman L L L L L L L L L L L L L L L P P P P P P P P P P M M M M M M M M M M M M M M M M M M M M M M M M M . Zailani Nor Ashikin Bt. Shukri Muhammad Adha Aiman B. Mohd Ridzuan Muhammad Ezam B. Ruzaman Muhammad Alif Haikal Bin Mohd Narawi Muhammad Amir B. Kadir Muhammad Syahrul Fahmi Bin Yasin Wan Muhammad Syakir Azim Bin Wan Razali Zubair B. 8.

5. saya akan menjalankan P&P ini secara berperingkat-peringkat. . manakala kumpulan empat dan lima akan diberikan set puzzle negeri-negeri selatan Malaysia dan negeri-negeri Malaysia Timur. Kumpulan satu akan diberikan set puzzle negeri-negeri pantai timur Malaysia. kumpulan dua akan diberikan set puzzle negeri-negeri utara Malaysia.1 Perancangan Tindakan Dalam kajian ini. Murid-murid diminta menjawab soalan-soalan ujian ini dalam masa 30 minit. saya akan menjalankan P&P seperti biasa. Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan satu set puzzle yang berbeza-beza. TINDAKAN YANG DICADANGKAN 5. Selepas mendapatkan kumpulan sasaran yang sebenar. Keputusan ujian ini akan dianalisis untuk melihat dan mendapatkan kumpulan sasaran. murid-murid akan dibahagikan kepada lima kumpulan. Ujian ini dijalankan adalah untuk menentukan bilangan sebenar kumpulan sasaran yang akan menerima rawatan. Pada peringkat ini. P&P ini dijalankan selama satu jam. Langkah 1 Aktiviti 1: Menjalankan ujian pos. Langkah 2 Aktiviti 2: Mencantumkan puzzle. kumpulan tiga pula akan diberikan set puzzle negeri-negeri pantai barat Malaysia. Walau bagaimanapun. Ini bertujuan untuk memudahkan murid-murid menerima isi pengajaran saya dengan lebih baik. saya akan menjalankan P&P dengan menggunakan alat permainan puzzle. Berikut adalah antara langkah-langkah yang akan saya lakukan dalam kajian ini iaitu.

Dalam aktiviti ini.Apabila kelima-lima kumpulan ini berjaya mencantumkan puzzle tersebut. Aktiviti ini adalah sebagai pelengkap dan juga pengukuhan kepada murid-murid supaya mereka lebih mengenali kesemua bendera negeri-negeri di Malaysia. murid-murid diminta untuk mengeja setiap nama negeri-negeri yang ditunjukkan tadi dengan tepat dan betul. Ini bertujuan untuk melihat sejauh mana keberkesanan kaedah yang saya gunakan dan untuk melihat tahap penguasaan murid terhadap isi pelajaran pada hari tersebut. Sebelum menamatkan P&P. Selepas itu. mereka akan melakukan penukaran alat permainan puzzle daripada kumpulan lain dan mencantumkannya. Murid-murid akan melihat hasil kerja mereka dipaparkan di skrin besar. murid-murid diminta menyebutkan setiap nama negeri-negeri yang ditunjukkan. saya akan menguji tahap kemahiran murid dengan menggunakan lembaran kerja. saya akan mengimbaskan hasil cantuman-cantuman puzzle yang telah dijalankan pada aktiviti dua menggunakan mesin pengimbas. Kemudian saya akan menayangkannya menggunakan pancaran Liquid Crystal Display (LCD). Langkah 3 Aktiviti 3: Persembahan Power Point hasil kerja murid. Aktiviti diteruskan sehingga kelima-lima kumpulan ini sempurna mencantumkan kelima-lima set puzzle yang berbeza-beza. . Pada akhir setiap P&P iaitu pada langkah dua dan tiga. murid-murid akan bergerak kepada lima kumpulan. Untuk satu jam P&P berikutnya. Setiap kumpulan diminta mencamtumkan set puzzle yang mempunyai kesemua bendera negeri-negeri yang terdapat di Malaysia.

Langkah 4 Aktiviti 4: Menjalankan ujian pos. murid-murid diminta menjawab soalan-soalan ujian pos yang diberikan dalam tempoh tiga puluh minit. . Untuk mengesan pencapaian dan penguasaan terhadap rawatan yang telah diberikan. Kesemua skrip jawapan muridmurid untuk ujian ini akan dikumpul dan dianalisis bagi melihat perbezaan pencapaian mereka dalam ujian pra dan ujian pos ini.

2 Perancangan Cara Pengumpulan Data Untuk mencapai objektif kajian ini. Murid-murid perlu melengkapkan enam belas tempat kosong yang telah disediakan dengan memilih jawapan yang betul. . Saya akan menggunakan satu lembaran kerja yang mempunyai satu soalan objektif berbentuk mengisi tempat kosong. Ujian pra ini dijalankan untuk mengenalpasti kumpulan sasaran. Berikut ialah contoh instrumen ujian pra.5. saya menggunakan beberapa alat untuk pengumpulan data seperti berikut : Ujian Pra.

Negeri Perlis Negeri Johor Negeri Kedah Negeri Sembilan Negeri Perak Negeri Pahang Negeri PulauPinang Negeri Terengganu Negeri Selangor Negeri Kelantan Negeri Melaka Negeri Sabah Wilayah Persekutuan Labuan Wilayah Persekutuan Putrajaya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Negeri Sarawak Bendera Negeri Bendera Negeri Bendera Negeri .Contoh instrumen Ujian Pra LEMBARAN KERJA PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN TAHUN 4 Nama : Tahun : ………………………………………………………… …………………………… Lengkapkan tempat kosong dengan pilihan jawapan yang betul bagi bendera negeri-negeri di Malaysia.

Bahagian A mengandungi tiga soalan manakala Bahagian B mengandungi dua belas soalan yang perlu dijawab oleh responden. Berikut ialah contoh instrumen soal selidik. Semua maklumat yang dilengkapkan oleh responden akan dirahsiakan. .Soal Selidik Soalan-soalan soal selidik digunakan untuk mendapatkan data primer daripada kumpulan sasaran berkaitan dengan kaedah kajian dan keberkesanan kaedah yang dijalankan. Soal selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A berkaitan maklumat responden dan Bahagian B berkaitan Penggunaan Alat permainan puzzle dan pencapaian murid.

SITI SARIZAH BINTI MD SARIL IPGM KAMPUS SULTAN MIZAN. 22200 BESUT TERENGGANU . Soalan soal-selidik ini adalah untuk memudahkan satu kajian yang bertajuk “MENINGKATKAN MALAYSIA KEMAHIRAN MENGENAL BENDERA NEGERI-NEGERI DI MENGGUNAKAN ALAT PERMAINAN PUZZLE DALAM PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAHUN 4 “.Contoh instrumen Soal Selidik SOAL SELIDIK JABATAN KAJIAN SOSIAL IPGM KAMPUS SULTAN MIZAN 22200 BESUT TERENGGANU. Semua maklumat yang dilengkapkan akan dirahsiakan.Terima kasih atas kerjasama anda. Sila lengkapkan soalan soal-selidik dengan ikhlas.

Swasta 4. Jantina: 1. . Bangsa 1. Pekerjaan ibu bapa 1.. Arahan : Sila tandakan ( / ) bagi pernyataan yang berkenaan. Lain-lain (Nyatakan):……………………. Kerajaan 3. Bekerja sendiri 2. Lelaki 2. Bahagian A: Maklumat responden 1. Lain-lain (Nyatakan): …………………. Cina 3. Melayu 2.. 3. India 4. Perempuan 2.BORANG SOAL SELIDIK TOPIK: “ Meningkatkan Kemahiran Mengenal Bendera Negeri-Negeri Di Malaysia Menggunakan Alat Permainan Puzzle Dalam Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Tahun 4 ”.

Saya suka mencamtumkan pecahan-pecahan puzzle itu. Saya mudah untuk memahami pengajaran guru. Sangat tidak setuju Tidak setuju Kurang setuju Setuju Sangat setuju PERKARA 1 2 3 4 5 Alat permainan puzzle membantu saya mengenal bendera negerinegeri di Malaysia. 11. 15.Bahagian B : Penggunaan Alat permainan puzzle dan pencapaian murid. 13. 6. 10. Saya lebih mudah untuk mengenal bendera menggunakan alat permainan puzzle berbanding dengan menggunakan gambar bendera sahaja. Permainan puzzle sangat menarik dan berkesan kepada saya untuk mengenal bendera negeri-negeri di Malaysia. Saya dapat mengingat bendera negeri-negeri di Malaysia selepas saya mencantumkan pecahan-pecahan puzzle itu. Alat permainan puzzle sesuai digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran tajuk “Benderaku” dalam matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Saya berasa seronok belajar menggunakan alat permainan puzzle. Tandakan ( / ) bagi pilihan jawapan anda : 12345BIL 4. Saya semakin menyayangi negara ini setelah saya dapat mengenal bendera negeri-negeri di Malaysia. Saya mengenal lebih banyak bendera negeri-negeri di Malaysia selepas saya mencantumkan pecahan-pecahan puzzle itu. 7. 14. 12. 5. . 9. 8. Pencapaian ujian saya meningkat selepas saya belajar mencantumkan bendera negeri-negeri di Malaysia menggunakan puzzle. Saya lebih suka apabila guru saya menggunakan alat permainan puzzle dalam pengajarannya.

Membuat kerja lain. 3. saya akan mengedarkan borang soal selidik kepada kumpulan sasaran untuk mendapatkan data tentang sejauh mana keberkesanan penggunaan kaedah yang digunakan serta tajuk yang diajar. Pemikiran ditempat lain. Bercakap yang tiada kaitan dengan tugasan yang diberi. Mencuba untuk menarik perhatian . memerhatikan tingkah laku murid yang tidak menumpukan perhatian semasa guru mengajar. Berikut ialah contoh instrumen Pemerhatian. Pemerhatian Berstruktur Jadual pemerhatian akan digunakan untuk merekodkan kod-kod aktiviti yang dilakukan oleh murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Segala maklumat yang diperoleh semasa proses pemerhatian akan dikumpulkan dan direkodkan dalam sebuah buku log. Berangan-angan. Kod-kod aktiviti yang dimaksudkan adalah seperti : 1. saya juga akan menjalankan pemerhatian dari semasa ke semasa untuk melihat sebarang perubahan tingkah laku murid-murid yang menerima rawatan. 4. Berjalan dari satu tempat ke tempat lain. Mengganggu murid lain secara fizikal. Sebagai contoh. Untuk peringkat seterusnya. 5. 7. 2.Pemerhatian Selain itu. 6.

tidak mengambil dalam aktiviti kumpulan. Keluar dari bilik darjah. Berjalan dari satu tempat ke tempat lain. 9.8. Tidur di dalam kelas. Membuat kerja lain. bahagian 2 3 4 5 6 7 8 9 10 . Berangan-angan. Tidur di dalam kelas. Mencuba untuk menarik perhatian Pasif. Mengganggu murid lain secara fizikal. tidak mengambil bahagian dalam aktiviti kumpulan. Pemerhatian akan direkodkan dalam bentuk jadual seperti mana dalam Jadual 3. 10. Pasif. Keluar dari bilik darjah. Pemikiran ditempat lain. Jadual 3 Borang Pemerhatian Semasa Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Kod 1 Tingkah laku Kekerapan Bercakap yang tiada kaitan dengan tugasan yang diberi.

Ujian pos ini dijalankan untuk melihat pencapaian baru murid-murid dalam kumpulan sasaran selepas menerima rawatan. Tujuannya adalah untuk melihat perbezaan pencapaian di antara murid-murid sebelum dan selepas rawatan diberikan. Ujian pos ini sangat penting kerana. Berikut ialah contoh instrumen ujian pos. sekali lagi saya akan menjalankan ujian yang dikenali sebagai ujian pos. .Ujian pos Pada peringkat akhir kajian saya. Keputusan ujian ini akan dibandingkan dengan keputusan ujian pra yang dibuat diawal kajian. keberkesanan kaedah rawatan yang diberikan bergantung kepada pencapaian murid dalam ujian ini.

Negeri Perlis Negeri Johor Negeri Kedah Negeri Sembilan Negeri Perak Negeri Pahang Negeri PulauPinang Negeri Terengganu Negeri Selangor Negeri Kelantan Negeri Melaka Negeri Sabah Wilayah Persekutuan Labuan Wilayah Persekutuan Putrajaya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Negeri Sarawak Bendera Negeri Bendera Negeri Bendera Negeri .Contoh instrumen Ujian Pos LEMBARAN KERJA PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN TAHUN 4 Nama : Tahun : ………………………………………………………… …………………………… Lengkapkan tempat kosong dengan pilihan jawapan yang betul bagi bendera negeri-negeri di Malaysia.

.5 4 3.5 0 Rajah 2: Contoh Histogram Bagi meninjau sebarang perubahan tingkah laku saya akan mentafsir data melalui pendekatan pemerhatian berstruktur.5 1 0. Graf bar dan histogram akan ditunjukkan seperti pada Rajah 2. Segala maklumat yang diperoleh akan disimpan dan direkodkan dalam sebuah buku log. mod dan peratusan serta membandingkan tahap pencapaian murid-murid dalam ujian pra dan pos. Statistik deskriptif ini akan diterjemahkan dalam bentuk graf bar dan histogram bagi memudahkan setiap data yang diperoleh dibaca. 5 4. Statistik deskriptif dilakukan dengan menentukan nilai min.3 Perancangan Cara Menganalisis Data Penganalisisan data secara kuantitatif dilakukan dengan menggunakan analisis deskriptif.5 3 2.5 2 1.5.

Pasif. Jadual pemerhatian akan digunakan untuk merekodkan kod-kod aktiviti yang dilakukan oleh murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Tidur di dalam kelas. 10. Berjalan dari satu tempat ke tempat lain. 2. Pemikiran ditempat lain. 3. Mengganggu murid lain secara fizikal. Kod-kod aktiviti yang dimaksudkan adalah seperti berikut : 1. tidak mengambil bahagian dalam aktiviti kumpulan. 7. 9. Mencuba untuk menarik perhatian 8. Berangan-angan. Keluar dari bilik darjah.Pemerhatian Berstruktur Contoh : Memerhatikan Tingkah Laku Murid Yang Tidak Menumpukan Perhatian Semasa Guru Mengajar. 4. Membuat kerja lain. Bercakap yang tiada kaitan dengan tugasan yang diberi. . 6. 5.

Pemerhatian akan direkodkan dalam bentuk seperti mana dalam Jadual 4. Mengganggu murid lain secara fizikal. Tidur di dalam kelas. Berjalan dari satu tempat ke tempat lain. Keluar dari bilik darjah. Pemikiran ditempat lain. Berangan-angan. Mencuba untuk menarik perhatian Pasif. Membuat kerja lain. Jadual 4 Borang pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran bilik darjah Kod 1 Tingkah laku Kekerapan /// Bercakap yang tiada kaitan dengan tugasan yang diberi. tidak mengambil dalam aktiviti kumpulan. bahagian 2 // 3 / 4 / 5 //// 6 /// 7 // 8 / 9 / 10 // .

Soal selidik Untuk pengumpulan data soal selidik. penganalisisan data melalui komputer adalah digalakkan kerana ia lebih mudah dan menjimatkan masa untuk menghasilkan output yang diperlukan.Sangat setuju Dalam kajian ini. semua borang soal selidik yang telah dijawab akan diproses dengan menggunakan program SPSS (Pakej Statistik untuk Sains Sosial) supaya memperoleh keputusan yang tepat dan benar . Borang soal seidik ini menggunakan 5 skala likert iaitu : 1. Data yang menunjukkan peratusan yang tinggi akan menunjukkan penerimaan yang positif manakala peratusan yang rendah menunjukkan penerimaan negatif.Tidak setuju 3.Kurang setuju 4.Setuju 5. .Sangat tidak setuju 2.

28 JULAI 2011 30 JULAI 2011 5 OGOS 2011 8 OGOS 2011 9 OGOS 2011 10 OGOS 2011 Belum dimaklumkan . 4. 18. 10. 13. Pengumpulan dan penganalisisan data awal. Jadual 5 Perancangan Pelaksanaan Kajian. 14. 15. 6.5. 5. 7. 11. 2. 9. 21 JULAI 2011 22-23 JULAI 2011 25 JULAI 2011 25 JULAI 2011 12.4 Perancangan Pelaksanaan Tindakan Perancangan tindakan saya adalah seperti mana dalam Jadual 5. 16. Mengenalpasti masalah kajian Menulis proposal kajian Menjalankan temubual Melaksanakan tindakan 1 (ujian pra) Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1. 3. Pengumpulan dan menganalisis data Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2 Melaksanakan tindakan 3 (persembahan P&P hasil kerja murid ) Melaksanakan tindakan 4 (ujian pos) Pengumpulan dan menganalisis data tindakan 4 Menjalankan soal selidik Menulis dapatan kajian Menulis refleksi kajian Refleksi kajian Pembentangan dapatan kajian 8. Melaksanakan tindakan 2 (pengajaran dan pembelajaran menggunakan alat permainan puzzle) Menjalankan pemerhatian semasa aktiviti berjalan. 17. BIL AKTIVITI TARIKH/BULAN PELAKSANAAN 5-28 FEBRUARI 2011 21-26 MAC 2011 11-13 APRIL 2011 14 JULAI 2011 15 JULAI 2011 16 JULAI 2011 21 JULAI 2011 1.

00 RM 1.00 3.00 2.10 x 50 helai 5.00 RM5. Potostat Ujian pra & Ujian pos 0.10 RM0.00 x (5 x 5 set) 25.5 Kos Kajian Anggaran kos di sepanjang kajian saya adalah seperti mana dalam Jadual 6. Makanan ringan 5.50 2.90 x 5 set 34.00 X 1 bungkus 5. Set puzzle besar 6. Set puzzle kecil 1.5.90 RM6. Jadual 6 Kos Kajian BIL BAHAN KOS SEUNIT (RM) JUMLAH (RM) 1.50 .00 JUMLAH KESELURUHAN 69.

Fauziah Md. .203-213. Putrajaya . Abu (2003).BIBLIOGRAFI Alan Grant (2007). Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia( 2008). McGraw-Hil (Malaysia) Sdn.lib.html Kementerian Pelajaran Malaysia (2004) Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Sivik Dan Kewarganegaraan Tahun 4. Kaedah Penyelidikan Buku 1. Mok Soon Sang (2009).%20Kepentingan%20Aktiviti%20Ber main%20Pend%20Prasek. 20002. Pusat Perkembangan Kurikulum.4. Kajian-Kajian Lepas Berkaitan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Di Peringkat Tadika Atau Pra Sekolah.ipislam.edu/ejournals/ALAN/v34n3/baer. Kaedah dan Statistik Penyelidikan.pdf Imran Ariff Ariffin (2010). Play In Brunei Classrooms: In Journal Of Applied Research In Education. Diperoleh pada 20 Februari 2011 daripada http://www. Psikologi Pendidikan Dan Pedagogi Murid Dan Alam Belajar.pdf. Bhd. Kepentingan Aktiviti Bermain Di Dalam Pendidikan Prasekolah.pdf Saayah Bt. Construsting Meaning Through Visual Spatial Activities. Richard A. Diperoleh pada 20 Februari 2011 daripada http://www. No. Huber (1978) Using Jigsaw Puzzles To Make Meaningful Assignments To Groups.pdf Asmah Morni (2001). Diperoleh pada 20 Februari 2011 daripada http://scholar. Buku Manual Kajian Tindakan. Selangor. Research Project. Malaysia.my/education/MEDC/Vol3/11. Jaafar (2002).edu/huberr/srfour. Diperoleh pada 20 Februari 2011 daripada http://web. Diperoleh pada 18 Februari 2011 daripada http://people.Bhd.uncw.edu.net/pdf/kajian-kajian-lepas-berkaitan-pendidikanawal-kana. PhD (2006).vt. Pelaksanaan Aktiviti Belajar Melalui Bermain Di Tadika-Tadika Kawasan Melaka Tengah Melaka.pdfking. Penerbitan Multimedia Sdn. Chua Yan Piaw. vol.usm.my/uploaded/file/saayah.2.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful