PROSES PEMBENTUKAN KATA

Menurut Tatabahasa Dewan (Edisi ketiga 2008), terdapat empat bentuk kata asas dalam bahasa Melayu iaitu: 1. Bentuk kata tunggal 2. Bentuk kata terbitan 3. Bentuk kata majmuk 4. Bentuk kata ganda Kata Tunggal Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu ada yang berbentuk tunggal, terbitan, majmuk dan gandaan. Kata tunggal ialah perkataan yang paling dasar, yang tidak mengalami sebarang proses pembentukan. Contoh kata tunggal: cuaca, gred, seluar, teks, masyarakat dan yu. Daripada segi persukuan kata, kata-kata tersebut terdiri daripada pelbagai bentuk. Setiap bentuk tersebut mempunyai cara pengejaannya yang tersendiri serta membawa makna yang khusus sebagai rujukan. Sebagai contoh, bentuk perkataan gelung, golong, dan gulung tidak boleh disalahgunakan dalam struktur ayat kerana perkataan itu sudah jelas memberikan makna yang berbeza. Perkataan gelung merujuk kepada benda-benda yang berlingkar, lengkung atau ikal seperti tali, rotan dan rambut. Perkataan golong bermaksud mengasingkan ke dalam kumpulan tertentu. Kata terbitan Kata terbitan ialah perkataan yang terbentuk melalui proses pengimbuhan, iaitu dengan menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Merujuk kepada kedudukannya dengan kata dasar, imbuhan terbahagi kepada empat jenis iaitu (i) awalan, yang hadir sebelum kata dasar, (ii) akhiran, yang hadir sesudah kata dasar, (iii) apitan yang hadir secara mengapit kata dasar, iaitu di awal dan akhir kata dasar, dan (iv) sisipan, yang hadir di celahan kata dasar Kata Majmuk Kata Majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan dua kata dasar atau lebih, dan perkataan yang terhasil membawa makna tertentu, bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja berpisah. Contoh kata majmuk kerani besar, ruang tamu, biru laut dan telefon dail terus. Kata majmuk hendaklah dibezakan daripada frasa. Dua perkataan digabungkan menjadi kata majmuk bertindak sebagi unit, dengan maksud tidak boleh menerima sebarang penyisipan. Anatara rumah batu, misalnya tidak dapat disisipkan perkataan yang ( rumah yang batu) atau perkataan dan (rumah dan batu). Ini berbeza dengan rumah besar, sebuah frasa yang boleh menerima yang ( rumah yang besar) atau dengan frasa pinggan mangkuk, yang boleh menerima dan ( pinggan dan mangkuk). Kata Ganda Separa

Kata ganda separa ialah kata ganda yang terbentuk melalui penggandaan sebahagian kata dasar sahaja. Kata ganda boleh terdiri daripada: i. Kata ganda yang berasal daripada kata dasar tunggal yang pengulangaannya berlaku pada suku kata pertama sahaja disertai pelemahan vokal dalam suku kata tersebut kepada vokal e pepet

Proses Pembentukan Kata

Selain daripada kata tunggal, maka kata terbitan, kata majmuk, dan kata ganda terbentuk melalui proses pembentukan kata.

Proses berkenaan diterangkan melalui skema rajah berikut:

Konsep Perkataan

Merupakan unit ujaran yang bebas dan bermakna Kata boleh dibahagikan kepada berikut:

Makan Minum Tulen Pergi Baik Lelaki Wanita Banjir . ii. i. viii. vii. vi. v. iv.Latihan Tukarkan bentuk kata dasar berikut kepada sebanyak mungkin kata imbuhan yang berlainan maknanya. iii.

sisipan atau apitan. iii. Asing Bentuk-bentuk Kata Kata/perkataan boleh dibahagikan kepada bentuk-bentuk berikut: Kata tunggal i. sama ada awalan. i.pawagam (panggung wayang gambar) dan sebagainya. akhiran. tadika (taman didikan kanakkanak). ii. Akronim yang sudah diterima pakai juga tergolong dalam kata tunggal. v. Petronas. Terbentuk hasil gandingan dua atau lebih kata dasar. singkatan tidak termasuk dalam kata tunggal seperti akronim. Mara. Kata terbitan Jelaslah. Rumus penting ialah tiada kata ii. Para pelajar diingatkan bahawa akronim tidak sama dengansingkatan. iv. Kata majmuk i. Tidak menerima imbuhan atau kata dasar yang lain. .ix. misalnya. Singkatan ialah kependekan bagi satu atau beberapa perkataan sepertiIT untuk teknologi maklumat (information technology) dan PMuntuk Perdana Menteri. Lada. Terdiri daripada kata dasar atau kata akar yang melalui proses pengimbuhan.

2. (lihat lampiran 1) i.lain yang boleh disisipkan di antara gandingan tersebut. rama-rama dan sebagainya.1. sesekali dan sebagainya. Contoh penggandaan separa ialahpepatung. iv. lelabah. 2.1 Pengimbuhan 2.1 Imbuhan kata nama . seperti gila-gila. gula-gula. ii. iii. Kata ganda Pada umumnya. sukasuka. atau budak yang berlari itu.2. Kata ganda ialah pengulangan kata dasar sama ada dengan mengulang seluruh kata dasar (penggandaan penuh) atau sebahagian daripada kata dasar (penggandaan separa). Budak berlari bukan kata majmuk kerana ia boleh menjadibudak itu berlari. Misalnya. tetapi tergolong dalam frasa. Jika dapat disisipkan kata lain dan membawa makna tertentu. kata majmuk dieja terpisah kecuali yang sudah mantap sebagai satu perkataan. maka ia bukan kata majmuk. labah-labah.

dan kata tugas untuk membentuk nama terbitan tertentu. 1. kata adjektif.mempunyai enam bentuk iaitu pe-. awalan pe- awalan keawalan seawalan juru i) awalan pe- Semua perkataan yang diimbuhkan dengan awalan pe.termasuk dalam golongan nama. 1. pem-. Biasanya perkataan ini berfungsi sebagai subjek atau objek dalam ayat-ayat aktif transitif. Awalan pe.Imbuhan kata nama ialah imbuhan yang menerbitkan perkataan tertentu golongan nama. peny-. Contoh pe. kata kerja.dengan kata nama : pekebun pekedai pesawah pekilang . pen-. peng-. Fungsinya Awalan pe. Awalan yang boleh membentuk kata nama ialah : 1. 2.boleh diimbuhkan dengan bentuk dasar golongan kata nama. dan penge-. Imbuhan-imbuhan ini dibantu fungsinya melalui kedudukan perkataan terbitannya pada kedudukan namanya dalam ayat bahasa Melayu. 3.

dengan kata tugas : penyebab penyatu .dengan kata keterangan : penyudah pengurang Contoh pe.dengan kata kerja : pembawa pemukul pembaca petunjuk Contoh pe.Contoh pe.dengan kata adjektif : pemurah pesakit pemutih Contoh pe.

Awalan se biasanya diimbuhkan dengan penjodoh bilangan. Contoh : ketua ( orang yang menjadi pemimpin ) kekasih ( orang yang dikasihi ) kekanda ( kakak atau abang ) kerangka ( benda yang berangka ) iii) Awalan se- Awalan se. Awalan se.berasal dari perkataan satu yang telah dipendekkan menjadi awalan yang membawa maksud satu kepada kata dasar yang diimbuhkannya.ii) Awalan ke- Awalan ke.khusus berupa perkataan kata nama. .adalah awalan kata nama kerana perkataan-perkataan yang diterbitkan dengan ke.adalah awalan yang menerbitkan kata nama.

Contoh awalan juru dengan kata nama : Juruwang Jurubahasa . kata kerja dan kata akar.Contoh : sebuah sebatang seekor sebutir sepucuk iv) Awalan juru Awalan juru dapat berfungsi sebagai awalan kata nama. Juru bermaksud ahli atau orang yang terlibat secara langsung dengan maksud pekerjaan kata dasar dan boleh bergabung dengan kata dasar golongan kata nama.

2 Pemajmukan Pemajmukan adalah cantuman dua atau lebih perkataan yang bebas dalam satu binaan dengan mempunyai makna yang khas dan tertentu iaitu makna yang tidak berkaitan antara perkataan-perkataan yang membinanya.2.Contoh awalan juru dengan kata kerja : jurukira jurucakap jurujual juruterbang juruselam Contoh awalan juru dengan akar kata : jurutera jurumudi 2. Contoh : .

3 Penggandaan Proses yang menggandakan kata dasar atau sebahagian diulang ialah proses penggandaan dalam bahasa Melayu. Tiga jenis penggandaan ialah : .2. Kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau penggandaan separa.kapal terbang balai raya air batu bulan madu Rangkaikata berbeza dengan kata majmuk kerana rangkaikata tidak mempunyai makna yang khas dan maknanya berkaitan antara satu dengan yang lain. Contoh : air sungai ( air yang terdapat di sungai ) tahi lalat ( tahi yang dikeluarkan oleh lalat ) rumah putih ( rumah yang berwarna putih ) 2. Kata dasar boleh juga digandakan secara berentak.

Penggandaan penuh Proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar tanpa sebarang perubahan termasuk yang mengandungi imbuhan.1. . 3. penggandaan penuh penggandaan separa penggandaan berentak 1. Contohnya : budak-budak sekolah-sekolah rumah-rumah rendah-rendah kereta-kereta 1. Penggandaan separa Proses yang menggandakan sebahagian dari kata dasarnya biasanya sukukata dan bentuknya ditentukan oleh sukukata awal atau sukukata akhir kata dasar yang diulang itu. 2.

Contohnya : sesemut lelabi lelangit sesungut lelaki jejari Contoh penggandaan sukukata akhir : segala-gala berlari-lari mencari-cari sepandai-pandai 1. Penggandaan berentak .

sama ada sukukata awal atau sukukata akhir yang diulang. Contoh : batu-batan bukit-bukau sampah-sarap kayu-kayan mandi-manda Contoh sukukata akhir yang diulang : anak-pinak hutang-piutang kuih-muih suka-duka selok-belok sayur-mayur saudara-mara .Proses penggandaan yang boleh jadi berentak suku atau berentak bunyi. Penggandaan berentak suku bermaksud hanya sukukata sahaja yang diulang.

Dalam bahasa Melayu.awalan. apitan dan sisipan.Dalam penggandaan berentak bunyi. akhiran. imbuhan terdiri daripada morfem terikat yang dirangkaikan kepada kata dasar. apitan dan sisipan. Contoh : gunung-ganang ( u kepada a ) gopoh-gapah ( o kepada a ) suku-sakat ( u kepada a ) cucu-cicit ( u kepada i ) Pengimbuhan Proses pengimbuhan ialah proses merangkaikan imbuhan kepada kada dasar untuk menerbitkan perkataan yang berlainan makna serta fungsi nahunya. akhiran. Imbuhan tergolong dala empat jenis. iaitu awalan. Imbuhan Kata Nama Kata nama menerima keempat-empat jenis imbuhan . yang diulang ialah bunyi-bunyi konsonan yang ada pada kata dasar tetapi bunyi-bunyi vokalnya berubah dalam bentuk ulangan. Contoh imbuhan pada awalan ayat .

pertapa jurutaip. menyampaikan lima kuliah sehari penagih. menyemak nombor kad pelayar. dwifungsi. sehingga akhirnya dia meletakkan jawatan. Kata nama yang diterbitkan mungkin konkrit atau bastrak peNpeOrang ramai pewangi. pengamal. penge- Pengebom berani mati itu terkorban akibat perbuatan sendiri pel- Pelabur diingatkan supaya pelabur. pemproses. jurubahasa dwibahasa. pengebom peng- Pengacau itu menggangu pengasuh kanakkanak setiap hari. prakemerdekaan Pertapa itu menghabiskan masa enam purnama untuk menghabiskan zikirnya. pengasuh pengecualian. ekafungsi pascasiswazah prasejarah. jururunding. pendapat pengkritik. ekakaum. penghantar. pem- pen- pensyarah. ekakadangkala dirujuk juga adi-) pasca-(dirujuk pascakepada `selepas') pra-(menunjukkan pramakna `sebelum') . pengeluar. maksud awalan ke.Awalan keke Varian Contoh perkataan contoh penggunaan kerabat. membelasah peragut rantai itu pesalah sehingga pengsan. pengenalan sebelum mengisi pelampau. Majalah itu diterbitkan dalam dwibahasa iaitu Tamil dan Inggeris. Kerabat diraja itu makan di kekasih warung sahaja. Pengunaan ekabahasa belum tentu menjamin perpaduan negara Pengajian pascasiswazah merujuk kepada bidang-bidang sarjana dan kedoktoran.menjadi penanda orang atau benda dengan memberi tumpuan kepada maksud yang terkandung dalam kata dasar. Semua tugas diserahkan kepada jurutaip. Pensyarah itu keletihan kerana penswastaan. pengacau. pelakon borang. dwiedaran ekabahasa. pengaudit. ketladak. pemberontak Mesin pemproses sawit itu mahal harganya. pemfatwa. pengesan. pelajar. peragut. pengkhianat. Ahli arekologi itu menggali tulang-temulang peR- per juru- juru- dwi-(menunjukkan bilangan dua bagi dwikata dasar) eka-(menunjukkan bilangan satu.

swakarya Pelanggan mengambil sendiri makanan di restoranswalayan itu. kenalan.. kudapan.an contoh perkataan kezaliman.. budiman -wan (perkara yang dirujuk adalah ahli dalam olahragawan.yang dirujuk) contoh perkataan seniman.an pe. swa-menunjukkan swamaksud `sendiri') swalayan. pelancongan.. akhiran dan apitan. seruling. kesenangan peranan. pekarangan.. pesisiran.samada orang atau benda. . pengurangan Contoh imbuhan sisipan pada ayat sisipan -el-er-emcontoh perkataan telunjuk. serabut kemuning.. peperangan penyusunan.manusia prasejarah. kelabut keruping. swamodal. latihan. jualan Contoh imbuhan pada apitan ayat Apitan ke. senaman.an peN.. usahawan bidangnya) -wati (menunjukkan wanita yang ahll dalam bidangnya) -an pragawati. kemuncup. kemelut Imbuhan kata kerja Menerima tiga jenis imbuhan awalan. Contoh imbuhan pada akhiran ayat Akhiran -man (menunjukkan sifat perkara . kelengkeng. olahragawati pakaian..

selesaikan jauhi. akhiran -kan -i contoh perkataan buatkan.an be-. berhasrat. terasuk. memperluas. berziarah melawat. mengesahkan dipukul.. menghabiskan mengebom.. ramaikan...Sisipan dengan sendirinya tidak membentuk kata kerja tetapi kata nama dan kata adjektif yang mengandungi sisipan dapat menjadi kata kerja dengan imbuhan kata kerja seperti berikut: gemerlap -------> bergemerlap selereak----------> berselerak.an beR..-kan varian contoh perkataan beranggapan. turuti. berdampingan beratapan.kan ber. mengetin. menggali. dibaca memperbaharu. terpisah. memperhamba.... memperdalam diperbaharui terasa.. berebutan berumahkan. menyelerakkan Contoh imbuhan pada awalan Akhiran beRbebelbermeN mememmengmengedimempeRdipeRteRdimemperdipertetervarian contoh perkataan bekerja belajar berkawal. berantaikan . mengelupur.. tercarut Merumuskan akhiran yang membentuk kata terbitan jenis kata kerja dan fungsinya. masuki contoh imbuhan apitan yang membentuk kata terbitan jenis kata kerja dan fungsinya Imbuhan beR. merasa memberi. amalkan.an be. terombak terminum. memproses mengelak.

. kesiangan diragui....i me.. dirindui dipulangkan.. meyakinkan memberikan.i mem-.i men--..-kan me-.. mengkanunkan mengeposkan...-1 mempeR-. Ada empat jenis kata nama ganda. melindungi. ii.-kan menge.. berbantalkan memasukkan. dipersembahkan.-kan meng.. 2. menzahirkan mengambilkan. mengetinkan. Gandaan penuh Gandaan separa . merundingkan. menjadikan. mempersendakan kecurian.-kan meN. kemalangan....... mempastikan.... dibenarkan diperkenankan. menghadiri....-i di-.-kan ke-. menggarami memperhambakan.... dikasihi...-i meng-.. kata nama terbitan dan kata nama majmuk boleh digandakan..-kan diper-. mempelopori menjalani..-kan menN. diperlihatkan Penggandaan 1.. memfatwakan mendirikan..-kan mem-.an di..-kan men-... mensyukuri mengairi. mengesahkan meracuni. iaitu i. iaitu kata nama tunggal. atau sebahagian sahaja.kan ke. Penggandaan ialah proses pengulangan kata dasar sepenuhnya.kan dipeR...menggantikan.. Semua bentuk kata nama.-kan bertajukkan.. mengekori.i di.ber-.. meyakini membeloti..kan memper..-an di-...

Kata yang digandakan ini dipisahkandengan menggunakan sengkang. Bagaimana pun ada ahli bahasa yang men membahagikan kata ganda kepada tiga jenis iaitu i. dan kata nama majmuk. Penggandaan penuh 1. 2. kata nama terbitan. 3. Kata yang digandakan itu boleh terdiri daripada kata nama tunggal. ii. penggandaan penuh penggandaan berentak pengandaan separa. iii. iv. Contoh-contoh mengikut jenis kata adalah seperti berikut: Kata nama tunggal Alat Budak Rumah alat-alat budak-budak rumah-rumah .iii. Gandaan berentak Gandaan makna 3. Sesuatu kata nama itu digandakan seluruhnya.

penggandaan suku kata awal penggandaan suku kata akhir penggandaan konsonan penggandaan bersisipan penggandaan berakhiran . konsonan atau sebahagian bunyi kata dasar. ii. 5. iv. iaitu: i. Rentak yang digunakan mungkin pengulangan vokal. 4. Penggandaan beretak boleh dibahagikan kepada lima jenis pula. 2. Pengulangan kata dasar mengikut rentak bunyi kata dasar. Rentak yang digunakan mungkin pengulangan vokal. v.Murid Kura Makan Tadika Murid-murid Kura-kura Makan-makan Tadka-tadika Kata nama terbitan Ketua Pekebun Makanan Persatuan pejuang Kedutaan ketua-ketua pekebun-pekebun makanan-makanan persatuan-persatuan pejuang-pejuang Kedutaan-kedutaan Penggandaan Berentak 1. konsonan atau sebahagian bunyi kata dasar. 3. iii. Seluruh kata nama itu digandakan danbunyi-bunyi konsonan dan vokal tertentu diulang dan diubah.

pnggandaan berentak biasanya dilihat daripada aspek fonologi. Kata yang digandakan itu dipisahkan dengan menggunakan sengkang (-) Rentak pada pengulangan vokal atau diftong Cerai Hina Sayu cerai-berai Hina-dina Sayur-mayur Rentak pengulangan konsonan gunung susap simpang Gunung-ganang Susap-sasap Simpang-siur Penggandaan suku kata awal Vokal dalam suku kata awal diulang. Lihat contoh-contoh di bawah. atau cara sebutan dan bunyi yang dikeluarkan. Contoh: Bukit Warna Batu bukit-bukau warna warni batu-batan . Bagaimanapun. 7. dan vokal dalam suku kata akhir berubah.6.

Akhiran –an menambahkan maknannya menjadi pelbagai. Bentuk gandaannya menerima sisipan –em. Contoh: Sayur Kuih Lauk sayur mayur kuih-muih lauk pauk Penggandaan konsonan Penggandaan jenis isni hanya mngulkang konsonan dalam kata dasar. .Penggandaan suku kata akhir Vokal atau konsonan dalam suku kata akhir kekal.selepas konsonan pertama bentuk ulangannya. Lazimnya gandaan penuh menunjukkan jamak. tetapi vokalnya berubah Contoh: Gunung Guruh gunung-ganang guruh-garah Penggandaan bersisipan Seluruh kata dasar diulang. Contoh: Tali Gunung Jari tali-temali gunung-ganang jari jemari Penggandaan berakhiran Penggandaan penuh juga bolehmenerima akhiran –an.

Contoh: Sayur Biji Barang sayur-sayuran Biji-bijian barang-barangan Penggandaan separa 1. Suku kata akhir kata dasar digugurkan dan vokal asal suku kata pertama yang dulang dilemahkan menjadi vokal tengah atau / a / Contoh: Kata dasar laki langit suatu budak siku Penggandaan penuh Laki-laki Langit-langit Satu-satu Budak-budak Siku-siku Penggandaan separa Lelaki Lelangit Sesuatu Bebudak sesiku 3. Kata terbitan (a) penggandaan ini melibatkan kata yang sudah mengalami proses pengimbuhan. Penggandaan separa ialah pengulangan sebahagian daripada kata dasar. . Pengulangan berlaku pada kata dasar dengan dua cara. 2. Kata tunggal (a) Penggandaan separa merupakan varian kepada sesetengah penggandaan penuh. Penggandaan boleh berlaku pada kata dasar atau kata terbitan.

II. Kata dasar diulang sepenuhnya dan awalamn dirangkaikan pada bahagian depan kata yang pertama atau atau penggandaan separa depan. Imbuhan di depan kata kedua (penggandaan separa depan) Kata dasar anak kejar Kata terbitan Ber + anak Men + kejar Kata ganda Anak-beranak Kejar-mengejar 6. (lihat lampiran) . bual cari gila borak akan Imbuhan di depan kata pertama (penggandaan separa belakang) Kata dasar Kata terbitan Ber + bual Ter + cari Ter + gila Ber + borak Se + akan Kata ganda Berbual-bual Tercari-cari Tergila-gila Berborak=borak Seakan-akan 5. dan kata adjektif. 4. kata ganda boleh didapati dalam golongan kata nama. kata kerja.I. Pengulangan tetapi dipisahkan dengan sengkang. Kata dasar diulang sepenuhnya tetapi imbuhan dirangkaikan di bahagian depan kata yang kedua atau penggandaan separa belakang.

Penggandaan Makna 1. Kata nama tertentu digandakan dengan perkataan yang sama maknanya. Contoh: Ipar Ipar Saudara ipar duai ipar lamai saudara mara Makna Penggandaan Ada empat makna tambahan kepada kata nama apabila digandakan. menunjukkan banyak buku ketua jabatan gunung bukit buku-buku ketua-ketua jabatan-jabatan gunung-ganang bukit-bukau . iaitu: a.

Menunjukkan pelbagai jenis sayur kuih saudara sayur-mayur kuih-muih saudara-mara . membentuk nama haiwan biri-biri kupu-kupu kunang-kunang c.b. membentuk nama bagi benda yang menyerupai langit siku orang langit-langit (menyerupai langit) siku-siku (menyerupai siku) orang-orang (menyerupai orang) d.

Mereka miskin harta benda. . 5. 3. b. Tentukan makna kata ganda dalam ayat-ayat berikut: 1. Pelajar-pelajar maktab dikehendaki berpakaian kemas apabila keluar dari asrama. 2. Langit-langit budak itu penuh dengan kudis. Nyatakan jenis gandaan perkataan dalam ayat-ayat berikut: Layang-layang putus talinya Akan daki gunung-gemunung Sumber zat makanan terdapat juga pada biji-bijian Hutang-piutang beliau belum dibayar Dia berkahwin dengan seseorang yang mempunyai ramai adik-beradik Jari-jemari para penari itu lembut belaka Pada waktu malam. api-api berterbangan di angkasa Layang-layang yang tidur di wayar elektrik itu datang dari Negara Cina pada musim sejuk Bukit bukau di kawasan itu tidak dilitupi oleh tumbuhan tebal Apabila buah padi mula timbul orang-orang dipasang di setiap sudut sawah itu. tetapi kaya dengan sahabat-sahabat. 4.Latihan a. Orang-orang dibuat daripada baju buruk bagi menakutkan burung Negara Malaysia kaya dengan hasil-hasilan buminya.

6. perakus.( pelari. hasil asal sahabat pemuda ibu datuk Kata Terbitan KATA TERBITAN Takrif : Bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau menerima baik awalan. 4. .sisipan.hadir di celahan kata dasar Kata Terbitan Berawalan Awalan dapat wujud dalam kata nama terbitan.hadir secara mengapit kata d. Roda itu mempunyai jejari yang diperbuat daripada aluminium.Awalan .Apitan . b. c.Sisipan . 5.akhiran atau apitan ( imbuhan ) Imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir bersendirian dalam ayat dan harus diimbuhkan pada bentuk yang lain yang merupakan kata dasar.( pembawa.Awalan kata nama pe. 3.kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan.hadir sebelum kata dasar. 2.penyapu ) pem.Akhiran . Jenis Imbuhan a. Contohnya : 1.pembuka ) dasar secara serentak di awal dan akhir kata dasar. beri bentuk gandaan kata nama berikut: 1. 6.hadir sesudah kata dasar c.

ditimbang.perasaan ) penge…an ( pengesahan.diperbahaskan ) . berserta ) ter.( ketua.prasejarah ) dwi.( dipercepat. diperoleh ) 3. Awalan kata adjektif ter.( penggali.dwibahasa ) 2.pen.disusun ) diper.( pelajar ) ke.( secantik.( terjebak.berlaukkan ) diper…i ( diperdengarkan.terendah.( dwifungsi.( pendatang.kelepek ) juru.membaikkan ) ber…kan ( beralaskan.( prakata.Apitan kata nama pe…an ( pelaksanaan.( diatur.berganti.kelebihan ) 2.menyikat.juruwang ) pra.( melawan.( berjalan.( terbesar.Apitan kata kerja me…kan ( memainkan.memperisteri) ber.penggubal ) pel.secerah.kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan 1.terputih) te.( juruukur.teringin ) se.terbentuk ) di.melukakan ) mem…kan( membaharukan.( teruncing.merasa) memper.( memperhamba.setebal ) Kata Terbitan Berapitan Apitan wujud dalam kata nama terbitan.pengehadan) ke…an ( kelaianan.Awalan kata kerja me.pendua ) peng.

kelabut ) -er.kearaban.( gemilang.kata nama 2. Sisipan kata nama -el.dimulai.kata adjektif Contohnya : i.gerigi ) -em.( keruping.gelembung ) -er.( sinambung ) Kata terbitan merupakan proses membentuk perkataan yang melalui fasa mengimbuhkan suatu perkataan dengan imbuhan tertentu agar dapat mewujudkan satu perkataan yang membawa konsep yang baru. mengapit kata dasar ..Apitan kata adjektif ke…an ( keinggerisan. awalan.kepanaskan) di…kan ( didekati. sebelum kata dasar akhiran.( kelengkeng. iii.seruling. selepas kata dasar apitan.( serabut.ke…an ( kehujanan. Jenis-jenis imbuhan: i.diadili ) memper.gemerlap ) -in. ii.( selerak.telunjuk. Sisipan kata adjektif -el.kecinaan ) Kata Terbitan Bersisipan Sisipan bahasa Melayu dapat wujud dalam 1.i ( memperingati ) 3.kehausan.semerbak.serabut ) ii.

(a) Awalan kata nama i. tatasusila. setebal. hidupan) .2. berlatih. terendah) 1.(dicuri.(tercela. jurucakap. ketua. tercekik) di.Wujud dalam kata nama. bercakap) ter. di celahan kata dasar 1. jurusolek) tata.perisa. terburuk) se. iv. –an ( jalanan. menganjur. iii.(tatanegara.iv. i.2.(mengaplikasi. iv. terkini. sisipan.pelayar) ke. seluas) te. iii.(bermesyuarat.(jurulatih.2. tertelan.1 Kata terbitan berawalan .2 Kata terbitan akhiran . ii.(pelayan.(selapis. (a) Akhiran kata nama i. tatabahasa) (b) Awalan kata kerja meng. digalas) (c) Awalan kata adjektif ter. i. diterima. kata kerja dan kata adjektif. iii.(terasa.Wujud dalam kata nama dan kata kerja. ii. kehendak) juru.(terlihat. menggoreng) ber.(kekasih.2. pe. ii. minuman.

menamakan. dicucikan) (c) Apitan kata adjektif ke-…-an (kebudak-budakan. letupkan. berpelukan. percutian) ke-…-an (kenamaan.2. i. bercakapan) di-…-kan (diserahkan. ii. dinyatakan.2. kesediaan. –wan (karyawan. ii. melancarkan) ber-…-an (bersalaman. (a) Apitan kata nama i. sepahkan) –i (baiki. peperiksaan) per-…-an (peralatan. peragawan.2. tutupi) 1. kerajaan) (b) Apitan kata kerja me-…-kan (meraikan. rasai. 1. iii. pe-…-an (perumahan. pekerjaan. ii. kecantikan) i.3 Kata terbitan berapitan .ii. hartawan) (b) Akhiran kata kerja –kan ( besarkan. i. kekitaan. kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan.Wujud dalam kata nama terbitan.4 Kata terbitan bersisipan .2. iii. persediaan.

. akhiran. serabut) i) -el. kata adjektif. selerak) ii) –er.bangunan Kata adjektif bulat. telunjuk) ii) -er.. kata adjektif dan sedikit dalam kata adjektif.(keruping.(gemilang.. penyertaan Peringatan 1.peruntukan Kata hubung serta …. gerondong) iii) –em.(gerigis. Kata nama terbitan ialah perkataan baru yang terbit apabila sesuatu kata dasar menerima sama ada imbuhan awalan. semerbak) i) –el. atau imbuhan ampitan. semerbak) iv) –in. Contoh : Kata nama jalan…. 2. gelabah) ii) –em. kata kerja.Bentuk sisipan tidak produktif dalam pembentukan kata terbitan.. Wujud dalam kata nama.(sinambung) KATA NAMA TERBITAN 1. dan kata hubung.(kelupas.. Semua perkataan yang menerima imbuhan membentuk perkataan baru mestilah kata nama.3 KATA NAMA TERBITAN 1.(kelengkeng.. Bentuk-bentuknya sudah beku dengan kata terbitan tertentu dan tidak dapat hadir di dalam perkataan lain melainkan istilah-istilah baru yang dicipta. Kata dasar itu boleh berasal daripada kata nama.. Dalam erti kata lain.(gemuruh. Menurut buku Bahasa Melayu Kertas 1 (910/1) (2005). . JENIS-JENIS SISIPAN Sisipan kata nama Sisipan kata kerja Sisipan kata adjektif CONTOH i) -el.(geletar. kata sendi nama.bulatan Kata sendi nama untuk….Perjalanan Kata kerja bangun…. bentuk sisipan tiada lagi di dalam kata terbitan yang baharu.

. maka perkataan yang baru terbentuk itu bukanlah kata nama terbitan. Kesalahan dari segi Frasa Ayat yang salah Penyerta pelajar itu telah mendapat penentang daripada pelajar-pelajar lain kerana usianya yang sudah melebihi had. Keterangan Kesalahan ini disebabkan terdapat dua penggunaan imbuhan yang salah. memasarkan Contoh : Kesalahan dari segi Kata Ayat yang salah Kejalanan saya yang menuju ke Johor Bahru mengambil masa selama empat jam. Semua pemberita-pemberita sedang membuat laporan tentang kejadian itu.2. Semua pemberita sedang membuat laporan tentang kejadian itu. Sekiranya kata kerja yang terbentuk. Salah dari segi penggunaan hukum jamak. Ayat yang betul Peserta pelajar itu telah mendapat tentangan daripada pelajar-pelajar lain kerana usianya yang sudah melebihi had. Ayat yang betul Perjalanan saya yang menuju ke Johor Bahru mengambil masa selama empat jam Keterangan Kesalahan ini disebabkan penggunaan imbuhan yang salah dan boleh membetuk maksud yang berbeza. . Contoh : Pasar ….

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful