You are on page 1of 16

ASAL USUL KRITERIA IMKANURUKYAH MABIMS DI MALAYSIA

Mohd Zambri Zainuddin* Mohd Saiful Anwar Mohd Nawawi*

Abstrak Dalam tempoh 20 tahun, kriteria imkanurukyah telah digunakan dalam pembentukan kalendar Hijrah di negara-negara MABIMS. Namun sehingga kini kriteria ini masih diperdebatkan asal-usul kriteria tersebut. Dengan menggunakan kaedah temubual dan analisis dokumentasi, kertas ini memfokuskan asal-usul dan bagaimanakah kriteria tersebut dirumuskan. Berdasarkan bukti-bukti berkaitan kriteria umur bulan 8 jam berasal daripada Al-Marhum Tuan Haji Md. Khair Md. Taib. Manakala ketinggian dan elongasi anak bulan masing-masing 2 dan 3 berasal daripada data-data kenampakan anak bulan dari Negara Indonesia. Kata Kunci: Anak Bulan, Kriteria, Kalendar, imkanurukyah. Pendahuluan Kalendar Hijrah tidak terikat dengan sebarang musim yang mempunyai 12 bulan telah di berikan nama-nama tertentu bermula dengan Muharam sehingga Zulhijah. Kalendar ini mengunakan bulan sebagai rujukan untuk mengawal selia tempoh kitaran masa selama 354 atau 356 hari dalam setahun. Secara umumya, dalam agama Islam kalendar ini digunakan dalam menentukan 1 Ramadan, 1 Syawal dan 10 Zulhijah. Disamping itu juga terdapat hari-hari kebesaran dalam agama Islam yang mempunyai kaitan secara langsung dengan kalendar Hijrah. Antara hari-hari kebesaran tersebut adalah 1 Muharam (Maalhijrah), 10 Muharam (Asyura), 17 Rabiulawal (Maulidulrasul), 27 Rejab (Isra Mikraj), 15 Syaaban (Nisfu Syaaban), 27 Ramadan (Nuzul Al-Quran), dan 9 Zulhijah (Hari Arafah) 1. Tambahan pula, kalendar ini mempunyai hubungkait secara langsung dalam menentukan tarikh membayar zakat fitrah, tarikh puasa-puasa sunat, tempoh iddah, tempoh berpuasa, tempoh umur binatang peliharaan yang dikenakan zakat, itikaf, tempoh kifarah, penentuan nasab, tempoh mengandung dan lain-lain lagi2. Oleh yang demikian kalendar Hijrah mempunyai hubungkait khusus dengan aktiviti keagamaan, sosial dan ekonomi bagi sesebuah negara amnya dan umat Islam khususnya.
*Makmal Fizik Angkasa, Jabatan Fizik, Fakulti Sains, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia. 1 Mohammad Ilyas, Sistem Kalendar Islam dari Perspektif Astronomi (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999), 77. 2 Abu al-Hasan Taqi al-Din Ali Abd al-Kafi al-Subki, Fatawa al-Subki (Kaherah: Dar al-Maarif, t.t), 1: 227.

Dalam menentukan kenampakan anak bulan untuk anak bulan yang paling kecil atau paling muda boleh kelihatan, ahli astronomi merumuskan kriteria-kriteria tertentu bagi tujuan pembentukan kalendar. Dalam konteks Malaysia, Brunei, Indonesia, dan Singapura (MABIMS) kriteria imkanurukyah telah dipersetujui untuk diguna pakai sejak 1 Jun 19923. Namun sehingga sekarang masih diperdebatkan asal usul kriteria tersebut. Mengikut Taufik, seperti yang dinukilkan oleh Delegasi Indonesia dalam Musyawarah Penyelarasan Rukyah dan Taqwim Islam MABIMS (2012) yang menyatakan bahawa kriteria 8 jam berasal dari usul pihak delegasi Malaysia. Sedangkan kriteria 2 darjah merupakan usul dari delegasi Indonesia 4. Justeru, kertas kerja ini menyelidik asal-usul kriteria ini berdasarkan maklumat yang didapati di Malaysia. ASAL USUL KRITERIA IMKANURUKYAH Untuk melihat dari mana asal-usul kriteria imkanurukyah, perlulah dilihat secara kronologi bagaimanakah penentuan awal bulan Hijrah khususnya penentuan Ramadan dan Syawal. Rajah 1. menerangkan secara kronologi kaedah penetapan awal bulan Hirjah khususnya awal Ramadan dan Syawal di Malaysia. Ia bermula dengan menggunakan kaedah rukyah-hisab seterusnya hisab-rukyah seterusnya rukyah-hisab dan kemudiannya imkanurukyah-hisab sehingga sekarang ini.

Rajah 1. Kronologi Kaedah Penetapan Awal Bulan Hirjah Khususnya Awal Ramadan Dan Syawal Di Malaysia

Sumber: rumusan penyelidik

Unit Falak Bahagian Penyelidikan. Kaedah Penentuan Awal Hijrah (Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2001), 10 4 Delegasi Republik Indonesia, Kriteria Penentuan Awal Bulan Qamariah di Indonesia dan Kesepakatan Negara-Negara MABIMS (Kertas Kerja Musyawarah Penyelarasan Rukyah dan Taqwim Islam MABIMS di Bali, 27-29 Jun 2012).
3

Sistem Rukyah-Hisab Sistem rukyah-hisab bermaksud, rukyah digunakan sebagai penentu dalam menetapkan tarikh 1 Syawal dan 1 Ramadan. Manakala hisab juga digunakan sebagai pembantu dalam aktiviti merukyah anak bulan. Dalam tempoh 1930an sehinga 1970an, Malaysia telah mengunakan kaedah rukyah-hisab khususnya dalam menentukan 1 Ramadan dan 1 Syawal. Ini berdasarkan bukti-bukti yang mengatakan bahawa pada peringkat awal, Malaysia mengunakan kaedah rukyah-hisab dalam menentukan tarikh penting seperti awal puasa dan menyambut hari raya puasa. Sebelum tahun 1934 lagi Jabatan Agama Johor telah menghantar rombongan kadikadi besar, mufti, pegawai agama, imam-imam, kakitangan jabatan ukur belayar ke Laut Selat Melaka berdekatan dengan Kuala Kukuf untuk melihat anak bulan. Namun sebanyak sepuluh kali cerapan dilakukan hanya sekali sahaja anak bulan kelihatan5. Pada tahun 1934 Syed Alwi Tahir al-Hadad telah menyarankan menara Masjid Abu Bakar atau bangunan Kerajaan Johor sebagai tempat rasmi untuk merukyah anak bulan.6 Antara negeri yang awal mengusahakan rukyah anak bulan adalah Johor, Kedah dan Negeri Sembilan. Sejak sebelum tahun 1970an Teluk Kemang, Negeri Sembilan dan Kampung Pulau Sayak, Kedah merupakan antara tempat rasmi untuk melihat anak bulan.7 Bagi menentukan hari raya korban pula Malaysia mengikuti ketetapan wukuf oleh kerajaan Arab Saudi 8. Daripada bukti-bukti diatas penyelidik merumuskan Malaysia telah menggunakan rukyah sebagai penentu dan dibantu oleh hisab dalam menentukan kenampakan anak bulan bagi Ramadan dan Syawal. Sistem Hisab-Rukyah Sistem hisab-rukyah bermaksud hisab menjadi penentu dalam menetapkan sesuatu tarikh, manakala rukyah hanya menjadi pembantu sahaja. Dengan ertikata lain, sekiranya anak bulan tidak kelihatan setelah rukyah dilakukan, namun mengikut kiraan falak anak bulan boleh kelihatan, maka kiraan falak diambil kira. Ini menunjukkan hisab lebih dominan perananya berbanding rukyah. Mengikut Md. Khair Md. Taib (1987) pada tahun 1967 Malaysia mengamalkan Takwim Hakiki. Takwim ini berdasarkan kepada masa berlakunya ijtimak pada akhir bulan hijriah, iaitu pada tiap-tiap 29 haribulan hijriah. Sekiranya ijtimak berlaku pada siang hari dan anak bulan berada diatas ufuk ketika terbenamnya matahari, keesokan harinya dikira satu haribulan Hijriah yang baru samaada anak bulan boleh kelihatan atau tidak. Mengikut Md Khair Md. Taib (1987) lagi, ketetapan ini dicapai semasa Mesyuarat

Abdul Ghani Yahya, Syarak Tidak Suruh Umatnya Bersusah Payah, Utusan Melayu, Disember 1981, 9. 6 Ibid. Unit Falak Bahagian Penyelidikan, Kaedah Penentuan Awal Hijrah (Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2001), 8. 7 Ibid. 8 JAKIM, Kaedah Penentuan Awal Ramadhan Syawal dan Zulhijjah di Malaysia (Kertas yang dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Analisis Rekod Cerapan Hilal Seluruh Malaysia, Kali ke-2, 26 Mac 2008).
5

Jawatan Kuasa Kecil Rukyah Anak Bulan Syaaban dan Ramadan Pusat Islam di Dewan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur dalam tahun 19679. Dalam menyambut 1 Ramadan dan 1 Syawal, Malaysia telah mengikuti ketetapan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan 1970 dan ketetapan Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-88 pada 20 Oktober 1970 yang memutuskan bahawa anak bulan Ramadhan dan Syawal kiranya tidak kelihatan, sedangkan mengikut kiraan falak anak bulan itu tetap ada dan boleh kelihatan, maka kiraan falak akan digunakan 10. Oleh demikian, jika sebelum ini Malaysia menggunakan kaedah rukyah dalam penentuan 1 Ramadan dan 1 Syawal, daripada keputusan ini cara rukyah telah ditukarkan kepada cara hisab dalam menentukan 1 Ramadan dan 1 Syawal. Disamping itu peranan rukyah masih digunakan dan tidaklah dominan seperti sebelum itu11. Ini dibuktikan semasa awal Syawal 1392H/1972, Malaysia merayakan 1 Syawal dengan mengunakan hisab hakiki. Mengikut kiraan Mohd. Khair Mohd. Taib 12 pada petang 6 November 1972 matahari jatuh pada pukul 6.27 manakala bulan terbenam pada 6.34 petang. Manakala pengiraan yang dilakukan oleh Mohamed Yatim13 pula matahari terbenam pada 6.27 petang sedangkan bulan terbenam 6.35 petang pada 6 November 1972. Ini bermaksud anak bulan berada diatas ufuk 7 atau 8 minit diatas ufuk. Oleh demikian hari raya jatuh pada 7 November 1972 selepas rukyah dilakukan di Teluk Kemang14. Sistem Rukyah-Hisab Mengikut Haron Din (1982)15 setelah 7 tahun bermula tahun 1970 digunakan sistem hisab-rukyah, kemudian pada tahun 1977 umat Islam kembali

Md. Khair Md. Taib, Takwim Hijriah Khairiah (Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,1987), 28. 10 JAKIM, Kaedah Penentuan Awal Ramadhan Syawal dan Zulhijjah di Malaysia (Kertas yang dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Analisis Rekod Cerapan Hilal Seluruh Malaysia, Kali ke-2, 26 Mac 2008). 11 Haron Din, Melihat Anak Bulan di Malaysia: Masalah dan Kemungkinan (Kertas Kerja di Universiti Kebangsaan Malaysia, 21 Januari 1982). 12 Tuan Haji Mohd. Khair Haji Mohd. Taib semasa itu menjawat jawatan Pegawai Perhubungan Lembaga Urusan dan Tabung Haji bagi Pantai Barat. 13 Tan Sri Haji Mohamed Yatim semasa itu menjawat jawatan Ketua Pengarah Ukur Malaysia Barat. 14 Hari Raya 7 Nov. menurut 2 ahli Falak, Berita Harian, 21 Oktober 1972. 15 Mantan profesor, dan Mantan Pengerusi Unit Falak Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia
9

kepada kaedah yang asal iaitu rukyah-hisab 16. Menurut beliau alasan berlakunya perubahan ini adalah tidak jelas 17. Berikut di petik nukilan beliau dalam kertas kerjanya; setelah hisab diamalkan selama 7 tahun, tiba-tiba isu tersebut timbul semula secara mendadak dalam tahun 1397 H. (19977M.) Kali ini Umat Islam berpuasa dan berhari raya dengan mengikut Rukyah semula. RTM [Radio Televisyen Malaysia]menyiarkan berkali-kali pengumuman: Bahawa cara menetapkan awal Puasa dan Hariraya adalah dengan Rukyah 18 Sistem Imkanurukyah-Rukyah Sistem imkanurukyah-rukyah bermaksud imkanurukyah sebagai penentu untuk menetapkan sesuatu tarikh, manakala peranan rukyah tetap di lakukan dan berperanan sebagai pembantu sahaja. Pada 27-30hb November 1978, telah berlaku Persidangan Menentukan Permulaan Bulan-Bulan Islam di Istanbul. Antara resolusi yang dicapai seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2 dibawah. Pertama; Untuk anak bulan boleh kelihatan, kedudukan matahari dan bulan waktu matahari terbenam tidak kurang daripada 8 darjah. sepertimana yang diketahui bahawa anak bulan mula kelihatan antara 7 dan 8 darjah, tetapi persetujuan yang diambil 8 darjah kerana mengambilkira nilai selamat. darjah.
19

Kedua; Ketinggian anak bulan ketika matahari terbenam tidak kurang dari 5

Rajah 2. Kriteria Resolusi Istanbul 1978

Berdasarkan kenyataan ini kaedah rukyah digunakan semula sejak 1977. Ini berdasarkan perdebatan yang berlaku di dalam Dewan Negara pada tahun 1980. Berikut adalah soalan yang dikemukakan oleh Tan Sri DatoAbdul Razak Husain kepada Menteri Tak Berfotfolio ketika itu Dato Haji Mohamed bin Nasir Mengapa masalah berbuka puasa awal Ramadhan ini kita tidak boleh sabitkan sedikit dengan hisab. Apa yang menjadi sebelum tiga tahun ini dahulu adakah haram orang itu berpuasa atau berhari raya, saya hendak bertanya. Yang kita gunakan cara baharu ini baharu tiga tahun Penyata Rasmi Parlimen Dewan Negara, 19 Disember 1980. Parlimen Malaysia http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DN17121980.pdf dilihat pada 22 Nov 2012. 17 Haron Din, Melihat Anak Bulan di Malaysia. 18 Haron Din, Melihat Anak Bulan di Malaysia. 19 Abdul Hamid Mohd. Tahir, Permasalahan Dalam Penentuan Awal Puasa dan Hari Raya: Pandangan dari Sudut Hukum Syarak, Falak Syarii dan Astronomi Moden (Sekudai: Unit Penerbitan Akademik UTM, 1991), Lampiran B.
16

Sumber: Abdul Hamid Mohd. Tahir, Permasalahan Dalam Penentuan Awal Puasa dan Hari Raya: Pandangan dari Sudut Hukum Syarak, Falak Syarii dan Astronomi Moden (Sekudai: Unit Penerbitan Akademik UTM, 1991) Persidangan tersebut tidak merumuskan syarat kriteria kenampakan anak bulan 8 jam selepas berlakunya ijtimak. Justeru itu, Darimanakah asal usul kriteria 8 jam tersebut timbul? Penyelidik menyelidiki tulisan-tulisan Md. Khir Md Taib. Terdapat tiga tempat yang dinyatakan umur bulan 8 jam selepas berlakunya ijtimak. Ini dikukuhkan lagi dengan kenyataan tokoh sezaman dengannya yang masih berkesempatan bertemu beliau untuk menanyakan bagaimakah rumusan kriteria tersebut dilakukan. Berikut dinyatakan bukti-bukti tersebut. Pertama; Semasa Persidangan Istabul 1978 Malaysia telah menghantar 3 wakil. Pertama (al Marhum Tuan Haji) Md. Khair Md. Taib, Kedua: seorang profesor di Universiti Teknologi Malaysia iaitu Abdul Hamid Mohd Tahir, Ketiga: Mufti Kuala Lumpur (al Marhum Tan Sri) Mohsein Salleh 20. Bagi Md. Khair (1987) berdasarkan penulisannya beliau telah menambah satu lagi ketetapan Istanbul 1978 dengan menambahkan syarat umur bulan 8 jam. Berikut dipetik kenyataan beliau: Menurut satu keputusan Muktamar Hilal dalam Persidangan Negara-Negara Islam di Istabul, Turki dari 26 November hingga 30 November 1978 yang lalu, Hilal dikira kelihatan apabila memenuhi syarat iaitu: 1/ 2/ 3/ Ijtimak Matahari dan Bulan berlaku antara 8 dan 10 jam sebelum gurub Matahari pada hari Ijtmak, Tinggi Bulan diatas ufuk ketika grurub Matahari tidak kurang daripada 5 darjah, Jauh jarak Bulan daripada Matahari, ketika ghurub Matahari tidak kurang daripada 7 darjah.21

Md. Khair Hj Taib, Takwim Syamsi & Qamari Kertas Kerja Seminar Falak Syarii & Muktamar ke II anjuran Persatuan Falak SyarI, 25-27 Julai 1987 dalam Koleksi Kertas Kerja Seminar Persatuan Falak SyarI Malaysia (1406H-1986M-1425H/2004M (Kuala Lumpur: Persatuan Falak SyarI Malaysia), 23. 34. 21 Md. Khair Md. Taib, Takwim Hijriah Khairiah (Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 1987), 28.
20

Kedua; Kenyataan beliau pada Julai 1987 di dalam seminar falak syari dalam membahaskan anak bulan dari perspektif syariah. Bagi beliau dalam menentukan ibadat puasa, pihak berkuasa agama telah memilih hanya satu daripada tiga rumusan pengistiharan Istanbul, 1978, iaitu waktu hilal lahir hendaklah berlaku lapan jam atau lebih sebelum grurub matahari hari rukyah hakiki 22. Konsep 8 jam dari aspek teknikal pula, menurut beliau sekiranya anak bulan belum memenuhi syarat 8 jam. Namun anak bulan telah kelihatan, maka 1 Ramadan dan 1 Syawal ditentukan dengan rukyah semata-mata. Sekiranya anak bulan lahir selepas matahari terbenam hari rukyahtulhilal. Anak bulan dikira tidak wujud dan hari lusa dijadikan 1 Ramadan atau 1 Syawal23. Ketiga; Merujuk kepada surat Md. Khair Md. Taib kepada Ketua Pengarah Pusat Islam, Kuala Lumpur yang bertarikh 12 Mei 1983 menyatakan; ..Menerima pada dasarnya ketetapan asas persidangan Hilal Negara-Negara Islam Se-Dunia di Istanbul, Turkey dalam bulan November 1978 . Masa berlaku ijtimak, iaitu masa lahir hilal hendaklah berlaku tidak kurang daripada 8 (jam) sebelum waktu ghurub matahari.24 Keempat; Mengikut Abd. Majid Abd. Hamid, umur lapan jam selepas matahari terbenam berasal daripada Md. Khair Md. Taib, penjelasan yang diberikan oleh Md. Khair Md. Taib ialah resolusi mata manusia ataupun kemampuan mata kasar manusia akan boleh nampak benang putih dalam keadaan gelap selepas 8 jam 25. Walaupun Abdul Hamid Mohd. Tahir bersama Md. Khair Md. Taib di Istanbul. Namun beliau tidak menyatakan syarat lapan jam sebagai salah satu resolusi Istanbul. Terdapat 2 bukti yang menyatakan bahawa Abdul Hamid Mohd. Tahir tidak menambah syarat 8 jam sebagai resolusi Istanbul 1978. Pertama; Setelah pulang dari Istanbul Abdul Hamid Mohd. Tahir telah mengadakan taklimat mengenai resolusi tersebut. Abdullah Ibrahim telah memetik dalam tulisan yang menyatakan 26 Abdul Hamid Mohd. Tahir memaklumkan hanya 2 ketetapan sahaja mengenai kriteria yang dicapai pada ketika itu. Kedudukan matahari dan bulan untuk anak bulan kelihatan tidak kurang daripada 8 darjah dan ketinggian anak bulan ketika matahari terbenam tidak kurang daripada 5 darjah 27.
Md. Khair Hj Taib, Takwim Syamsi & Qamari, 23. Ibid. 24 Surat Mohd Khair Mohd Taib kepada Tuan Pengarah Pusat Islam Malaysia, 12 Mei 1983. 25 Abd. Majid Abd. Hamid (Mantan Pengarah Ukur Seksyen Tropografi Semenanjung), dalam temubual dengan penulis 15 Mac 2012. Abd. Majid Abd. Hamid dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Menetap Awal Puasa dan Hari Raya Puasa pada tahu 1983 semasa Md. Khair Md. Taib masih lagi menjadi Ahli Jawatankuasa tersebut. Minit Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Menetap Awal Puasa dan Hari Raya Puasa, 5 April 1983. 26 Pada masa itu Dr. Abdullah Ibrahim sebagi Yang Dipertua, Persatuan Falak Syari dan Juga Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia. 27 Abdullah Ibrahim, Masalah Rukyah & Hisab Dari Perspektif Syara Kertas Kerja Seminar Falak Syari & Muktamar ke II anjuran Persatuan Falak SyarI, 25-27 Julai 1987 dalam Koleksi Kertas Kerja Seminar Persatuan Falak SyarI Malaysia (1406H-1986M-1425H/2004M (Kuala Lumpur: Persatuan Falak SyarI Malaysia), 70.
22 23

Kedua; Begitu juga kenyataan Abdul Hamid Mohd. Tahir (1991) menyatakan antara Resolusi Istanbul 1978 yang dipetik dari beliau; Bahawa bagi menentukan kemungkinan penglihatan anak bulan itu mesti memenuhi DUA syarat utama iaitu:a) Kedudukan matahari dan bulan waktu matahari jatuh tidak kurang dari 8 jam, sepertimana diketahui bahawa permulaan kelihatan anak bulan itu ialah antara 7 dan 8, persetujuan diambil atas 8 sebagai nilai selamat. b) Ketinggian anak bulan pada ketika matahari jatuh tidak kurang dari 5.28 Berdasarkan bukti-bukti diatas penyelidik cenderung untuk merumuskan bahawa kriteria 8 jam berasal daripada Md. Khair Md. Taib yang telah digunakan di Malaysia sejak 1972 lagi. Ketetapan ini bukanlah salah satu ketetapan resolusi Instanbul 1978. Ini kerana mengikut Abdul Hamid Mohd.Tahir yang menyatakan kriteria umur bulan telah diguna pakai sejak tahun 1972 lagi, berdasarkan buku beliau dipetik: kriteria umur bulan 8 jam selepas ijtimak ini sudah dipakai sekian lama dari tahun 1972 hingga tahun 1977 diwaktu mana Negara mengamali kaedah penentuan awal puasa dan hari raya berdasarkan rukyah dan hisab, dari tahun 1978 hingga 1983 kaedah berbalik kepada sematamata rukyah dan hisab falak sejak 198429. Selepas resolusi Instanbul 1978, perkembangan kaedah penentuan awal bulan telah memberikan impak secara langsung yang sangat signifikan. Ini dapat disaksikan menerusi mesyuarat Majlis Raja-Raja Malaysia ke-125 yang diadakan pada 14 Oktober 1982, telah menerima kertas kerja dari Sultan Perak30. Berikut adalah ketetapan Majlis Raja-Raja. Anak bulan Ramadhan dan Syawal, sekiranya tidak kelihatan kerana terlindung oleh keadaan cuaca, pada hal mengikut ahli-ahli falak anak bulan tetap ada dan boleh nampak, maka kiraan ahli-ahli falak boleh digunakan. 31 Selepas keputusan tersebut dicapai dalam Jawatankuasa Kecil bagi Menentukan Awal Ramadan dan Syawal pada 5 dan 25 April 1983: Anak bulan dikira sabit ada dan boleh dirukyah apabila: i) Hilal berada setinggi tidak kurang daripada 5() (lima setengah) darjah dari ufuk maghrib ketika ghurub matahari hari rukyah.
Abdul Hamid Mohd. Tahir, Permasalahan Dalam Penentuan Awal Puasa, Lampiran B. Ibid., 12. 30 Sultan Perak Tersinggung dengan Teguran, Utusan Malaysia, 18 Jun 1983. 31JAKIM, Kaedah Penentuan Awal Ramadhan Syawal dan Zulhijjah di Malaysia
28 29

ii) iii)

Hilal berada jauh daripada jisim matahari pada ketika ghurub matahari tidak kurang daripada 7() (tujuh setengah) darjah, dan Masa berlaku ijtimak, iaitu masa lahir hilal hendaklah berlaku tidak kurang daripada 8 (jam) sebelum waktu ghurub matahari32

Tetapi persoalan disini mengapakah ditambah () daripada Resolusi Instabul 1978 yang asal. Mengikut Md. Khair Md. Taib, alasannya kerana ia berdasarkan kepada konsep ihtiat. Secara praktikalnya, jika anak bulan tidak kelihatan tetapi kedudukan bulan berada dalam lingkungan syarat-syarat ini, maka anak bulan disifatkan wujud dan awal bulan hijri boleh dimulakan.33 Pada tahun 1983 selepas tiga kriteria diatas dalam proses diaplikasikan di Malaysia, ia menimbulkan polemik di negeri-negeri di Malaysia. Pada tahun tersebut Negeri Perak dan Johor menetapkan tarikh awal Ramadan 1403 pada 12 Jun. Sedangkan diperingkat Kebangsaan ditetetapkan awal Ramadan 13 Jun 1983. Md. Khair Md. Taib telah menulis surat kepada Ketua Pengarah Pusat Islam, yang menyatakan Jawatankuasa Kecil bagi Menentukan awal Ramadan dan Syawal telah menerima ketetapan resolusi Istanbul (pindaan). Oleh demikian pada 11 Jun 1983 hari rukyatulhilal, anak bulan tidak memenuhi syarat-syarat tersebut.34 Mengikut kiraan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Menetapkan Awal Puasa dan Hari Raya pada 11 jun 1983 hari rukyatulhilal bersamaan 29 Syaaban 1403/1983 sela masa terbenam antara bulan terbenam dan matahari berdasarkan hisab hakiki adalah lebih kurang 13 minit35. Maka 1 Ramadan tidak dimulakan dengan 12 Jun kerana tidak memenuhi ketetapan resolusi Istanbul (pindaan), akan tetapi dimulakan dengan 13 Jun 1983 di negeri-negeri selain Perak dan Johor. Diperingkat kebangsaan Md. Khair Md. Taib telah memaklumkan kenyataan akhbar mengenai anak bulan yang menyatakan awal puasa bermula 12 Jun 1983 sesuai dengan hasil mensyuarat 5 dan 25 April 1983 yang menimbangkan ketetapan resolusi Instanbul (pindaan) 36. Md. Khair Md. Taib juga telah menulis surat kepada Yang Dipertua Jabatan Ugama Islam Negeri Perak. Mengikut beliau, walaupun anak bulan dibawah resolusi Istanbul (pindaan) akan tetapi anak bulan telah dapat dilihat di Pelabuhan Ratu, dan Purakarta, Jawa Barat. Pada waktu tersebut beliau berada di Tanjung Kadok menyaksikan gerhana penuh. Bagi Md. Khair Md. Taib beliau berpegang kepada
Surat Mohd Khair Mohd Taib kepada Ketua Pengarah Pusat Islam, 12 Mei 1983. Abd Majid Abd Hamid (Mantan Pengarah Ukur Seksyen Tropografi Semenanjung), dalam temubual dengan penulis 15 Mac 2012. 34 Surat Mohd Khair Mohd Taib kepada Ketua Pengarah Pusat Islam, 12 Mei 1983. 35 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Menetapkan Awal Puasa dan Hari Raya, Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Ugama), JPM (U) S.6037 Jld 5 (32). Berdasarkan pengiraan Moon Calculator 6.0 yang dilakukan oleh penyelidik anak bulan selepas matahari terbenam telah berada pada ketinggian 2.080 darjah berumur 6.72 jam dan sudut elongasi 2.801. 36 Surat Mohd Khair Mohd Taib kepada Ketua Pengarah Pusat Islam, 12 Mei 1983.
32 33

takrifan anak bulan yang telah diajarkan oleh guru beliau (al-Marhum Tuan Shiekh) Mohd Tahir Jalaluddin. Mengikut Mohd Tahir Jalaludin permulaan awal bulan Hijriah yang baru adalah berikutan dengan adanya hilal diatas ufuk Magrib selepas ghurub Matahari petang sebelumnya. Dengan ertikata lain, walaupun anak bulan tidak memenuhi resolusi Istanbul (pindaan), namun anak bulan pada 11 Jun 1983 berada di atas ufuk. Oleh demikian Md. Khair Md. Taib juga telah berpuasa pada 12 Jun 1983 mengikut ketetapan Perak dan Johor dengan alasan pegangan takrifan anak bulan oleh gurunya. Begitu juga beliau telah berpesan kepada ahli keluarganya agar memulakan puasa 12 Jun 1983 sebelum beliau bertolak ke Indonesia pada 8 Jun 1983. Dalam suratnya beliau mengesahkan titah perintah Sultan Perak itu benar dan sah yang menetapkan awal puasa pada 12 Jun 198337. Pada 30 Ogos 198338 satu memorendum resolusi Istanbul (pindaan) dihantar untuk pertimbangan Majlis Raja-Raja. Oleh demikian selepas itu mengikut Abdul Hamid Mohd. Tahir Malaysia mengamalkan resolusi Istanbul (pindaan) tersebut bermula 1404 H/1984M 39. Pada 14 Disember 1989 Jawatankuasa Kajian Semula telah ditubuhkan oleh Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. Oleh kerana mesyuarat pada ketika itu mendapati syarat-syarat kenampakan anak bulan di Malaysia kurang sesuai dan akan menimbulkan implikasi sosial kepada umat Islam di Malaysia40. Abd Majid Abd Hamid dilantik mengetuai Jawatankuasa Kajian Semula 41. Dalam melakukan kajian tersebut Jawatankuasa Kajian Semula berpegang kepada tiga perinsip utama dalam merumuskan apa jua ketetapan, pertamanya berdasarkan hukum syariah berkaitan kenampakan anak bulan, keduanya berdasarkan aspek teknikal dan ketiganya maslahah masyarakat42. Antara usaha usaha yang dilakukan oleh Jawatankuasa adalah;

Surat Mohd Khair Mohd Taib kepada Yang Dipertua Jabatan Ugama Islam Negeri Perak,19 Jun 1983. 38 JAKIM, Kaedah Penentuan Awal Ramadhan Syawal dan Zulhijjah di Malaysia. 39 Abdul Hamid Mohd. Tahir, Permasalahan Dalam Penentuan Awal Puasa, 13. 40Seksyen Topografi Semenanjung, Ringkasan Lapuran Jawatankuasa Kajian Semula Penentuan Awal Ramadan dan Syawal (Kertas Kajian Menetapkan Awal Puasa Dan Hari Raya Syeksyen Topografi, Semenanjung, Disember 1990), 1. 41 Abd Majid Abd Hamid (Mantan Pengarah Ukur Seksyen Tropografi Semenanjung), dalam temubual dengan penulis 15 Mac 2012. Beliau diberi kebebasan untuk memilih ahli jawatankuasanya. Antara ahli jawatankuasa yang dipilih oleh beliau pada ketika itu adalah Abdul Hamid Mohd. Tahir (Universiti Teknologi Malaysia), Mazlan Othman (Universiti Kebangsaan Malaysia), Abdullah Ibrahim (Universiti Kebangsaan Malaysia), Khalid Mohd. Taib (Universiti Sains Malaysia), Ahmad Awang (Bahagian Hal Ehwal Islam), Mustafa Din Subari (Universiti Teknologi Malaysia), Abdul Rahman Hussien (Jabatan Agama Kelantan), Ahmad Khir Taib (Jabatan Agama Pulau Pinang), Adnan Daud (Bahagian Hal Ehwal Islam), Mohamad Abdullah (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Labuan), Abdullah Fahim Abdul Rahman (Bahagian Hal Ehwal Islam), Hamid Yunus (Bahagian Hal Ehwal Islam) dan Mazlan Abdullah (Bahagian Hal Ehwal Islam). Seksyen Topografi Semenanjung Senarai Nama Ahli Jawatankuasa Kajian Semula Ramdan dan Syawal (Kertas Kajian Menetapkan Awal Puasa Dan Hari Raya Syeksyen Topografi, Semenanjung, Disember 1990), 23. 42 Ibid.
37

a. Menyemak laporan Muktamar Hilal di Istanbul 1978, Rumusan kajian terhadap Resolusi Istanbul 1978 didapati tidak sesuai digunapakai di Malaysia dan hanya sesuai digunapakai di Negara-negara Eropah (Perancis) dan Mediterranean (Turki) berdasarkan kedudukan geografinya. Kajian juga menemui kriteria tinggi anak bulan dan jarak lengkung kebolehnampakan anak bulan berasaskan kepada hasil kajian Danjon dari Perancis dan disokong data-data balai cerap Kandili, Turki. Walaupun Resolusi Istanbul 1978 menyatakan bahawa keputusan rukyah negara lain boleh diambil kira dalam penentuan awal bulan. Akan tetapi Jawatankuasa mendapati Malaysia tidak mengamalkan apa yang telah diputuskan pada Resolusi tersebut. b. Mengumpul dan menyemak kertas kerja yang menyatakan rekod kenampakan anak bulan Antara kertas kerja yang disemak adalah kertas kerja Haron Din 43, Rasli Ramin44, rekod kenampakan anak bulan di JUPEM 45 dan kertas kerja seminar muktamar falak syarie 46. Daripada kertas-kertas kerja tersebut pihak jawatankuasa memperakukan bahawa data-data kenampakan anak bulan kurang lengkap. Oleh yang demikian jawatankuasa tersebut mencadangkan beberapa cadangan antaranya kempen cerapan anak bulan melalui media, cerapan pada bulan purnama bagi menyemak pengiraan47, kajian cerapan hilal di Malaysia, lawatan ke Badan Hisab dan Rukyah Republik Indonesia. Kempen cerapan anak bulan diusahakan melalui pihak media dengan pihak jawatankuasa menyediakan format khas supaya masyarakat Islam yang berminat menyumbang data-data kenampakan. Kemudian data-data tersebut dinilai dan disemak oleh jawantankuasa tersebut 48. Berdasarkan laporan ringkas mesyuarat menetapkan awal puasa dan syawal yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah BAHIES kempen ini ditangguhkan kerana bagi mengelak salah faham dan keleliruan orang ramai49. c. Cerapan anak bulan di Malaysia Oleh kerana rekod-rekod rukyah anak bulan sejak 1972 tidak lengkap maka cerapan hilal di seluruh Malaysia dilakukan di 15 tempat yang dilakukan secara bersama oleh Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri, Jabatan Ukur Negeri-Negeri, ahli persatuan falak syari dan Ahli Jawatankuasa Kuasa Kajian Semula. Tempoh kajian hanya tujuh bulan (enam bulan cerapan satu bulan analisa), cerapan bermula akhir
43Haron

2.
44

Din, Melihat Anak Bulan di Malaysia. Seksyen Topografi Semenanjung Ringkasan Lapuran,

Rasli Ramin, Analisa Satu Setengah tahun Cerapan Anak Bulan (Universiti Teknologi Malaysia, 1981). Ibid. 45 Data cerapan 6 Mei 1989 dan 22 Ogos 1990. Ibid 46 Seminar Falak Syarii & Muktamar ke II anjuran Persatuan Falak SyarI, 25-27 Julai 1987 di Pusat Membina Semangat, Port Dikson, Negeri Sembilan. Ibid. 47 Seksyen Topografi Semenanjung, Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kajian Semula Penentua n Awal Ramadan dan Syawal Kali Kedua 1990 (Kertas Kajian Menetapkan Awal Puasa Dan Hari Raya Syeksyen Topografi, Semenanjung, Disember 1990), 13. 48 Seksyen Topografi Semenanjung Ringkasan Lapuran, 3. 49 Ibid., 4.

Jamadil Akhir 1411 (15-16 Januari 1991) hingga akhir Zulkaedah 1411 (12-13 Jun 1991). Hasil cerapan didalam tempoh 6 bulan tersebut hanya sahaja yang berjaya dicerap iaitu di Pantai Rombang, Melaka. Daripada hasil cerapan tersebut, didapati bahawa ketinggian hilal ketika matahari terbenam adalah 4 46 di bawah k riteria Istanbul 1978 manakala ketinggian hilal yang dicerap adalah 1 43. Umur bulan ketika matahari terbenam pada hari tersebut adalah 15 jam 39 minit 50. d. Kajian terhadap kriteria 8 jam Disamping itu juga, jawatankuasa juga telah mengkaji kriteria jarak sudut dan tinggi bulan tidak sepadan atau sekufu dengan kriteria umur. Syarat jarak lengkung bulan-matahari dan tinggi bulan yang digunakan di Malaysia adalah tidak selari dengan syarat umur bulan 8 jam. Kajian menunjukkan bahawa syarat jarak lengkung bulan-matahari dan tinggi bulan hanya tercapai pada had minimum umur bulan adalah 12.5 jam. Manakala syarat umur bulan 8 jam pula hanya mampu mencapai ketinggian hilal di sekitar 2.1 - 3.1 dan jarak lengkung bulan-matahari di sekitar 2.7 - 4.1. Disini jelas menunjukkan bahawa kedua syarat tersebut tidak boleh digunakan sebagai alternatif antara satu sama lain 51. Begitu juga asas perngiraan umur bulan. Kajian telah dibuat dan menunjukkan bahawa penetapan umur bulan 8 jam ketika matahari terbenam didapati tidak tepat kerana masih ada tempoh waktu untuk merukyah anak bulan diufuk barat. Waktu bulan terbenam adalah lebih tepat untuk digunakan sebagai asas hitungan umur bulan.52 e. Kajian terhadap data-data kenampakan anak bulan di Indonesia Melihat kepada kekurangan data-data cerapan anak bulan di Malaysia, maka pihak jawatankuasa memikirkan perlunya mendapatkan data-data cerapan dari negara-negara jiran. Indonesia dipilih kerana Indonesia dilaporkan mempunyai datadata kenampakan anak bulan. Ahli jawatankuasa 53 telah mengadakan rombongan ke Indonesia. Antara tempat yang dilawati adalah Bandung dan Jakarta, meliputi Departemen Agama (Badan Hisab dan Rukyat), Majelis UlamaIndonesia (MUI), pihak yang terlibat dengan pencerapan hilal di Pelabuhan Ratu dan Klander Jakarta 54.

Jawatankuasa Kajian Semula Penentuan Awal Ramadan dan Syawal, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri,Laporan Jawatankuasa Kajian Semula Penentuan Awal Ramadan dan Syawal(Oktober 1991), 3 51 Mustafa Din Subari Kriteria Kebolehnampakan Hilal Untuk Penetapan Awal Ramadhan dan Syawal - Satu Analisa, Buletin Ukur, 2 (2), (1991), 16-21 52 Mustafa Din Subari, Analisis kriteria Umur Bulan. Memo Teknikal. Fakulti Ukur, (1991), Universiti Teknologi Malaysia. 53 Seramai enam orang ahli jawatankuasa yang turut serta dalam rambongan tersebut. Abd Majid Abd Hamid (JUPEM)- (sebagai ketua rombongan), Abdul Hamid Mohd. Tahir (UTM), Mazlan Othman (UKM), Abdul Rahman Hussain (JAIK), Abdul Hamid Yunus (BAHIES) dan Mazlah Abdullah (BAHIES). Seksyen Topografi Semenanjung, Kertas Projek Kajian Tinjauan Terperinci Hilal di Indonesia (Kertas Kajian Menetapkan Awal Puasa Dan Hari Raya Syeksyen Topografi, Semenanjung, Disember 1990), 36. 54 Jawatankuasa Kajian Semula Penentuan Awal Ramadhan dan Syawal BAHIES, JPM, Laporan Lawatan Kajian Terperinci Hilal di Indonesia pada 10-16 Mac 1991), 3-4.
50

Antara penemuan-penemuan dalam kajian tersebut, terdapat 29 data yang di laporkan kelihatan di Indonesia di sepanjang 1964-1990 M55. Setelah diperiksa data-data tersebut, hanya 12 data sahaja yang diperakui oleh Jawatankuasa Kajian Semula. Berikut dipetik data-data yang diperakui56; Jadual 1. Data-data kenampakan anak bulan di Indonesia yang diperakui oleh Jawatankuasa Kajian Semula. Tempat Cerapan #Pelabuhan Ratu #Lombok #Jakarta (S) #Jakarta (T) Pelabuhan Ratu Pelabuhan Ratu #Jakarta #Jakarta #Pelabuhan Ratu #Banda Acheh Pelabuhan Ratu Banda Aceh Tarikh 11.8.80 11.8.80 31.7.81 31.7.81 11.6.83 29.6.84 29.6.84 28.5.87 28.587 18.2.88 3.7.89 25.4.90 Tinggi Anak Bulan 5 49 5 32 2 16 2 16 1 52 2 17 2 19 5 54 5 50 9 54 1 25 1 26 Elongasi 5 54 5 34 2 18 2 18 1 55 3 57 3 56 9 07 9 07 10 06 3 46 6 02 Umur Bulan (jam) 16:47 16:06 8:04 8:04 6:08 7:31 7:32 19:32 19:31 19:58 5:52 7:19

# Data-data yang diambil untuk merumuskan kriteria imkanurukyah57. Sumber: Petikan Laporan Lawatan Kajian Terperinci Hilal di Indonesia oleh Jawatankuasa Kajian Semula Penentuan Awal Ramadan dan Syawal BAHIES, Jabatan Perdana Menteri pada 10-16 Mac, 1991. Daripada kajian-kajian diatas pihak Jawatankuasa Kajian Semula mencadangkan kriteria yang sesuai digunakan di Malaysia dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Penetapan Awal Ramadan dan Syawal yang bermesyuarat pada 4 November 1991. Syarat-syarat tersebut adalah; Hilal dianggap kelihatan apabila kiraan memenuhi salah SATU daripada syarat berikut : a. Ketika Matahari terbenam i. Ketinggian bulan tidak kurang daripada 2, DAN

55Ibid., 56

Abd Majid Abd Hamid (Mantan Pengarah Ukur Seksyen Tropografi Semenanjung), dalam temubual dengan penulis 15 Mac 2012. 57 Jawatankuasa Kajian Semula Penentuan Awal Ramadhan dan Syawal Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Laporan Lawatan Kajian Terperinci Hilal di Indonesia pada 10-16 Mac 1991)

ii.

Jarak lengkung bulan-matahari tidak kurang daripada 3. Atau,

b. Ketika bulan terbenam i. Umur bulan tidak kurang daripada 8 jam. 58

Bagaimanakah kriteria diatas diputuskan berdasarkan data-data diatas?. Apakah metodologi yang digunakan? Mengikut Abd. Majid Abd. Hamid kriteria diputuskan berdasarkan kepada umur bulan 8 jam yang dicadangkan oleh Md. Khair Md Taib. Daripada umur 8 jam, apakah data-data ketinggian dan elongasi yang minimum boleh kelihatan sekiranya anak bulan berumur 8 jam. Oleh demikian dipilih kriteria ketinggian 2 darjah, 3 darjah elongasi sepadan dengan umur bulan 8 jam. Menurut Abd Majid Abd Hamid, pedoman dalam merumuskan kriteria ini adalah berpandukan kepada pensabitan kes di dalam mahkamah. Mengikut pensabitan kes di mahkamah, sesuatu perkara dikira boleh berlaku sekiranya terdapat sejarah yang menunjukkan perkara tersebut pernah berlaku. Begitu juga dalam kes rumusan kriteria anak bulan ini. Berapakah nilai elongasi dan ketinggian yang pernah dicapai ataupun pernah berlaku sekiranya umur anak bulan 8 jam. Oleh kerana nilai 2 dan 3 tersebut pernah dicapai, dan hampir sepadan dengan umur bulan 8 jam maka diambil kriteria tersebut sebagai ukuran dalam merumuskan kriteria imkanurukyah59. Hasilnya pada tahun 1995, kriteria imkanurukyah seperti diatas untuk penentuan kesemua awal bulan hijrah dalam pelaksanaan kalendar hijrah di Malaysia. 60

KESIMPULAN Daripada perbincangan diatas dapat dirumuskan dua perkara, pertamanya Malaysia telah melalui sejarah yang yang panjang dalam mencari formula terbaik dalam menentukan tarikh-tarih penting dalam Islam. Kedua; kriteria imkanurukyah yang digarap dengan mengambilkira kenampakan anak bulan di Indonesia dan pandangan tokoh ilmuan falak di Malaysia. Setelah 20 tahun digunakan kriteria tersebut, ia masih mampu memelihara kehormonian kehidupan beragama di Malaysia.

Ibid. Abd. Majid Abd. Hamid (Mantan Pengarah Ukur Seksyen Tropografi Semenanjung), dalam temubual dengan penulis 8 Ogos 2012. 60 Unit Falak Bahagian Penyelidikan JAKIM (2001), 10.
58 59

Daftar Pustaka Abdul Hamid Mohd. Tahir, Permasalahan Dalam Penentuan Awal Puasa dan Hari Raya: Pandangan dari Sudut Hukum Syarak, Falak Syarii dan Astronomi Moden (Sekudai: Unit Penerbitan Akademik UTM, 1991) Abdul Ghani Yahya, Syarak Tidak Suruh Umatnya Bersusah Payah, Utusan Melayu, Disember 1981. Abdullah Ibrahim, Masalah Rukyah & Hisab Dari Perspektif Syara Kertas Kerja Seminar Falak Syarii & Muktamar ke II anjuran Persatuan Falak SyarI, 25-27 Julai 1987 dalam Koleksi Kertas Kerja Seminar Persatuan Falak SyarI Malaysia (1406H -1986M1425H/2004M (Kuala Lumpur: Persatuan Falak SyarI Malaysia) Abd. Majid Abd. Hamid (Mantan Pengarah Ukur Seksyen Tropografi Semenanjung), dalam temubual dengan penulis 15 Mac 2012. Abu al-Hasan Taqi al-Din Ali Abd al-Kafi al-Subki, Fatawa al-Subki (Kaherah: Dar alMaarif, t.t) Delegasi Republik Indonesia, Kriteria Penentuan Awal Bulan Qamariah di Indonesia dan Kesepakatan Negara-Negara MABIMS (Kertas Kerja Musyawarah Penyelarasan Rukyah dan Taqwim Islam MABIMS di Bali, 27-29 Jun 2012). Haron Din, Melihat Anak Bulan di Malaysia: Masalah dan Kemungkinan (Kertas Kerja di Universiti Kebangsaan Malaysia, 21 Januari 1982). Jawatankuasa Kajian Semula Penentuan Awal Ramadan dan Syawal, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri,Laporan Jawat ankuasa Kajian Semula Penentuan Awal Ramadan dan Syawal(Oktober 1991) JAKIM, Kaedah Penentuan Awal Ramadhan Syawal dan Zulhijjah di Malaysia (Kertas yang dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Analisis Rekod Cerapan Hilal Seluruh Malaysia, Kali ke-2, 26 Mac 2008). Md. Khair Md. Taib, Takwim Hijriah Khairiah (Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia,1987) Md. Khair Hj Taib, Takwim Syamsi & Qamari Kertas Kerja Seminar Falak Syarii & Muktamar ke II anjuran Persatuan Falak SyarI, 25-27 Julai 1987 dalam Koleksi Kertas Kerja Seminar Persatuan Falak SyarI Malaysia (1406H-1986M-1425H/2004M (Kuala Lumpur: Persatuan Falak SyarI Malaysia), 23. Mustafa Din Subari Kriteria Kebolehnampakan Hilal Untuk Penetapan Awal Ramadhan dan Syawal - Satu Analisa, Buletin Ukur, 2 (2), (1991), 16-21.

Mohammad Ilyas, Sistem Kalendar Islam dari Perspektif Astronomi (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999) Parlimen Malaysia http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DN-17121980.pdf dilihat pada 22 November 2012. Rasli Ramin, Analisa Satu Setengah tahun Cerapan Anak Bulan (Universiti Teknologi Malaysia, 1981). Seksyen Topografi Semenanjung, Kertas Projek Kajian Tinjauan Terperinci Hilal di Indonesia (Kertas Kajian Menetapkan Awal Puasa Dan Hari Raya Syeksyen Topografi, Semenanjung, Disember 1990) Surat-surat peribadi Mohd Khair Mohd Taib. Unit Falak Bahagian Penyelidikan, Kaedah Penentuan Awal Hijrah (Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2001).

You might also like