You are on page 1of 15

Pengertian Matematik Perkataan "matematik" berasal daripada perkataan Yunani, (mthema), yang bermakna "sains, ilmu, atau pembelajaran";

; (mathematiks) bermaksud "suka belajar". Istilah ini kini merujuk kepada sejumlah ilmu yang tertentu -- pengajian deduktif pada kuantiti, struktur, ruang,dan tukaran. ( http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_matematik )

Matematik adalah badan ilmu yang berpusat kepada konsep-konsep seperti kuantiti, struktur, ruang, dan pertukaran. Ia berkembang melalui penggunaan peniskalaan dan logik, daripada pengiraan, penghitungan, pengukuran, dan kajian kedudukan sistematik, bentuk, dan usul objek-objek fizikal. Ahli matematik meneroka pelbagai konsep, sasaran untuk merumuskan tekaan baru dan mewujudkan kebenaran mereka oleh potongan ketat daripada yang sesuai iaitu aksiom dan takrifnya.( http://ms.wikipedia.org/wiki/Portal:Matematik )

Menurut Mok Soon Sang (1996).Matematik merupakan satu cabang ilmu pengetahuan yang timbul daripada proses ketaakulan terhadap kejadian-kejadian alam sekeliling dan cakerawala. Manakala Nor Atirah Rapingi(1 Disember 2011) dalam Modul MTE3102 Kurikulum Pendidikan Matematik mendifinisikan matematik sebagai suatu cara berfikir , kajian tentang pola , kajian perhubungan , suatu seni , suatu bahasa dan sebagai alat dalam kehidupan seharian.

Kesimpulannya, matematik merupakan suatu cabang ilmu yang mengajar manusia berfikir secara logik , mengutarakan fikiran , hujah, alasan dan prinsip dengan pembuktian yang mempunyai kesahan sama ada melalui inferens atau pun secara pengujian dan kajian. Matematik merupakan sesuatu yang istimewa kerana mempunyai bahasa yang tersendiri yang mampu mengungkapkan pelbagai konsep yang terkandung di dalam ilmu matematik itu sendiri. Matematik juga merupakan suatu alat yang amat berguna dalam kehidupan seharian kerana keperluannya dalam pelbagai urusan seharian seperti urus niaga , perjalanan , perancangan , pemakanan , pembelajaran , permainan dan pelbagai lagi aktiviti sosial manusia. Di samping itu matematik mempunyai nilai estetika yang unik , pelbagai keindahan dapat diteroka melalui pengkajian pola, seni bina, ukiran, dan sebagai alat rekreasi.

MATEMATIK

Kajian tentang corak / pola Kajian tentang perhubungan / kaitan Suatu bahasa Suatu Kajian Seni Aritmetik , algebra , trigonometri , kalkulus dan sebagainya Suatu cara berfikir

Alat reakreasi dalam kehidupan

Peranan Matematik

Matematik ialah suatu cara membolehkan manusia mendapat kuantiti atau nilai seperti banyak, sedikit, panjang, pendek, jarak, luas, laju dan sebagainya. Matematik juga suatu ilmu yang berguna kepada saintis fizik dan sosial, ahli falsafah, ahli logik dan artis. Selain sebagai penyelesai masalah seharian, matematik membolehkan manusia mengkaji tentang pola, perhubungan, masalah sosial, mereka bentuk sesuatu yang menarik, seimbang dan menakjubkan. Matematik membantu para saintis mencari kebenaran berkaitan fenomena fizikal alam sekeliling.( Mok Soon Sang. 1996).

Umumnya matematik berkait rapat dengan kehidupan seharian kita. Kita menggunakan matematik dalam urusan jual beli, perjalanan, pemakanan, pembelajaran, perancangan, membuat kerja dan hampir setiap aktiviti manusia seharian ada kaitan dengan matematik. Matematik adalah suatu cara berfikir yang sistematik. Oleh itu pembelajaran matematik melatih manusia bertaakul secara logik dan rasional.Ia merupakan alat yang paling penting untuk mendorong perkembangan tamadun dalam bidang sains dan teknologi , sosial dan ekonomi serta meningkatkan tahap kecerdikan manusia.

Matematik memainkan peranan penting dalam perkembangan informasi teknologi komunikasi ( ICT ). Sebagai contohnya penciptaan nombor binari menyumbangkan kepada prosedur pengiraan dalam komputer. Ini merupakan sumbangan yang amat besar dalam kemajuan sains dan teknologi.

Kemajuan bidang matematik juga sangat penting dalam mencapai Wawasan 2020. Cabaran Keenam dalam Wawasan 2020, membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains serta progresif, berdaya cipta dan berpandangan jauh ke hari muka, yakni sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat manfaatkan teknologi kini tetapi turun menjadi penyumbang terhadap pembentukan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan. Cabaran ini memeberi impak yang besar terhadap peranan dalam pembentukan kurikulum matematik ( Mok Soon Sang. 2005 ).

Tabii ( Nature ) Matematik

Istilah matematik dalam bahasa Inggeris ialah mathematics iaitu satu bidang ilmu yang bersifat kejituan yang pasti yang diperolehi melalui kaedah deduksi (Abdul Latif Samian,1997). Ilmu matematik juga dikatakan sebagai ilmu pasti kerana perbahasan mengenainya biasanya adalah pasti. Kita mengetahui dua tambah dua hasilnya empat ( 2 + 2 = 4 ). Pernyataan ini ialah suatu yang pasti dan tidak ada yang tidak bersetuju. Oleh itu, sifat kepastian dalam aktiviti bermatematik akan menghasilkan keyakinan. Secara umumnya dapatlah dikatakan bahawa ilmu matematik itu adalah suatu bidang ilmu yang bersifat pasti, yakin dan jitu.

Menurut Mat Rofa Ismail(1995). Ilmu matematik dalam bahasa Arab banyak berkaitan dan berdasarkan nombor dan pengiraan. Ini berdasarkan kepada cabang-cabang ilmu matematik yang terdiri daripada aritmetik ( al-Arithmatiqiy, Ilm al-Adad) iaitu ilmu yang membicarakan tentang aspek-aspek khusus nombor yang melibatkan pengiraan (hisab) dan sifat-sifat khusus dan amnya (khawais al-adad), geometri (al-Handasah), astronomi (al-Falak) dan muzik (al-Muziqa). Selain itu, ilmu matematik dikatakan sebagai ilmu senaman (ilm al-riyadhi) iaitu ilmu yang berkaitan dengan senaman yang menjanakan dan mencergaskan mental atau akal. Aspek senaman ini muncul berikutan anggapan bahawa ilmu matematik bersifat abstrak. Menurut Abdul Latif Samian (1997) matematik ditakrifkan sebagai Ilmu

yang berteraskan mantik [logik], kajian ke atas nombor, saiz dan rupa bentuk dan hubungan antaranya . Beliau juga menyatakan ... perihal bukti, perihal ciri -ciri yang am dan abstrak tentang struktur alam dan fenomena dan ilmu yang boleh dibina melalui teori set (hal. 24). Dengan takrifan in i, ilmu matematik mempunyai pengertian yang lebih luas dari sebelum ini yang mencakupi alam sejagat. Oleh itu jelas menunjukkan tabii matematik menekankan nilai kepastian atau kejituan walaupun matematik itu dianggap satu ilmu yang abstrak.Dalam Tabii ( Nature ) Matematik istilah logik merupakan asas dalam mencari kepastian dan kejituan.

Sifat Penaakulan Logik

LOGIK TABII SATU PENGAJIAN TENTANG PRINSIP-PRINSIP KESAHIHAN TENTANG SESUATU SAMA ADA SECARA INFERENS DAN DEMONSTRASI

Proses penyelesaian dari hal-hal yang khusus kepada umum. Induktif matematik juga disebut induksi lengkap,sering digunakan untuk membuktikan pernyataan-pernyataan berkenaan nombor. Pembuktian cara induktif matematik ialah untuk membuktikan teori atau sifat itu benar . Contohnya : 3 + 5 = 8 9 + 3 = 12 Kesimpulannya angka ganjil ditambah angka ganjil akan memperoleh angka genap. Merupakan suatu proses penyelesaian dari hal umum kepada khusus. Deduksi matematik akan membuktikan sesuatu kebenaran baru berasal dari kebenaran yang sudah ada dan diketahui sebelumnya. Ia merupakan cara mengajar yang bermula dari rumus , prinsip , hokum , teorem atau peraturanyang diikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh khusus. Contohnya : Semua segi tiga mempunyai 3 sisi. Farhana adalah seorang perempuan

DEDUKTIF Teori

Hipotesis

Pemerhatian

Pengesahan

INDUKTIF

Teori

Hipotesis

Corak/Pola

Pemerhatian

Sifat Penyelesaian Masalah

George Polya menyenaraikan empat proses dalam penyelesaian masalah iaitu: Memahami masalah Merancang kaedah /pelan untuk menyelesaikan masalah Melaksanakan kaedah / pelan Menyemak keputusan

Strategi-Strategi
Menyelesaikan masalah yang lebih mudah

Menjadikan masalah lebih konkrit

Meneke dan menyemak

Memecah masalah kepada masalah yang lebih kecil

Mencari pola / corak

Melukis gambar / rajah

Menyelesaikan dengan cara terbalik

Melakonkan

Menukar cara pemikiran

Menggunakan persamaan

Sifat Nombor-Nombor

Sifat

nombor

nyata

berubah

dari

semasa

ke

semasa

dengan

memperluaskan idea dengan apa yang kita maksudkan dengan nombor.

Nombor Nisbah
-1/2 7.12 11.23 3/34

Nombor Integer
-4,-3,-2,-1, 0,1,2,3

Nombor Bulat
0,1,2,3

Nombor Asli
1,2,3

1 2

Nombor Bukan Nisbah 27.18289654 2

Nilai Matematik

Matematik terkenal sebagai mata pelajaran yang tidak menarik, kering,sukar dan membosankan jika dibandingkan dengan mata pelajaran lain seperti bahasa, sastera, latihan fizikal (Aplin dan Saunders.1996; Lee dan Cockman, 1995).dan juga sains (Allchin, 1999; Tan, 1997; Proctor, 1991). Masalah ini didapati berpunca salah satunya, daripada cara pelajar melihat matematik. Matematik dilihat sebagai mata pelajaran yang tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan kehidupan seharian dan ini menyebabkan perbincangan tentang mata pelajaran ini menjadi kaku. Fakta-fakta yang dibincangkan dianggap asing, seolah-olah ia berada di satu dunia yang lain.

Aspek nilai matematik perlu disemai dan diberi penekanan dalam pengajaran matematik. Ini kerana nilai matematik membangkitkan rasa keindahan terhadap matematik, membangkitkan kefahaman tentang kepentingan matematik dan dapat membantu seseorang menguasai kekuatan matematik dengan lebih baik (National Council of Teachers of Mathematics, 1989; Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998). Pengajaran yang hanya memberi penekanan kepada

pengetahuan kandungan dan prosedur akan melahirkan pelajar yang cekap bermatematik tetapi gagal memperluaskan nilai-nilai yang tersirat dalam matematik ke dalam kaedah berfikir, beramal dan memainkan peranan sebagai ahli masyarakat (Mat Rofa Ismail, 2002). Keadaan ini jika tidak dibendung akan memberi kesan yang besar kepada pencapaian matlamat pendidikan matematik sekolah di Malaysia.

Nilai matematik menurut Bishop, FitzSimons, Wee dan Clarkson (2001) adalah kualiti afektif yang mendalam dan komponen penting bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran matematik yang berkesan. Bagi McConatha dan Schnell (1995), budaya merupakan satu sistem nilai yang tersusun yang disebarkan kepada ahli dalam masyarakat secara formal dan tidak formal. Oleh kerana matematik ialah satu bidang yang berkait rapat dengan sesuatu budaya, ini bermakna matematik ialah satu bidang yang berteraskan nilai.

Matematik bukan sekadar merupakan strategi untuk bertindak tetapi memerlukan pengubahsuaian dalam proses pembinaan pengetahuan, sistem,

pegangan dan nilai hidup individu. Tegasnya, matematik tidak terpisah daripada elemen nilai. Berikutan dengan itu, matematik dapat diterima sebagai sesuatu ilmu yang relatif kerana sistem nilai yang menjadi amalan budaya sesuatu masyarakat adalah tidak sama dengan sistem nilai yang menjadi amalan masyarakat yang lain.Dalam konteks perkembangan ilmu matematik di negara ini, khususnya dari sudut nilai, didapati masih sedikit yang diketahui tentang nilai matematik dan bagaimana ia diterapkan.

Menurut Muhamad Bin Doraman dan rakan-rakan (Jun 2011) terdapat tiga kategori nilai dalam matematik iaitu nilai pendidikan umum, nilai pendidikan matematik dan nilai-nilai matematik.

Nilai-Nilai Pendidikan Umum Nilai-nilai yang diterap oleh guru-guru untuk membentuk peribadi seseorang Nilai asas ialah iman dan takwa. Nilai-nilai sampingan adalah kepercayaan, kebenarab , kebijaksanaan, adil, telus dan bersyukur. Nilai-nilai asas seperti setia, bertanggungjawab, kerjasama dan berpengetahuan. Nilai-nillai tambahan adalah kewarganegaraan, kreatif, berdedikasi,berkeyakinan dan lain-lain.

Nilai-Nilai Pendidikan Matematik

Tujuan pembelajaran Untuk apresiasi Aplikasi Teori matematik

NILAI-NILAI PENDIDIKAN MATEMATIK

Nilai berkaitan kemampuan pelajar di mana matematik adalah sesuai untuk individu tertentu atau untuk semua.

Nilai yang berkaitan dengan kaedah penyelesaian masalah di mana pelajar memahami,mengetahui dan melakukan operasi rutin atau mencari dan melaksanakan operasi yang sesuai, membuat refleksi dan komunikasi

Nilai yang berkaitan dengan tingkat pemahaman di mana pelajar guna peraturan , operasi ,prinsip-prinsip rumus atau mengetahui bagaimana menggunakan algoritma dan mengapa ia digunakan.

Nilai-nilai berkaitan pembelajaran matematik di mana melibatkan proses deduktif , menghafal dan belajar secara pasif atau matematik adalah pembangunan pengetahuan melalui pembelajaran induktif,konstruktif dan aktif.

Nilai-Nilai Matematik Nilai matematik merujuk kepada nilai yang berkaitan dengan pengetahuan matematik. Nilai-Nilai ini meliputi ciri-ciri, sumber bahan,kebenaran dan

penggunaan pengetahuan matematik yang dibawakan dalam konteks berbeza.

Rasionalisme

Empirisme

Kontrol

Kemajuan

Keterbukaan

Misteri

Rasionalisme

Menilai berdasarkan hujah, penaakulan, analisis logik dan penjelasan.

Emperisme

Mencari objektif, konkrit dan melaksanakan idea dalam matematik. Pemikiran beranalogi,mencari simbol dan penggunaan data

Kontrol

Menilai kawalan menekankan kekuatan ,penguasaan peraturan,fakta,prosedur dan kreteria ditetapkan. Menggalakkan keselamatan dalam pengetahuan dan kemampuan untuk meramal.

Kemajuan

Menilai kemajuan bererti menekankan cara-cara idea matematik berkembang. Melalui teori alternatif,pembangunan kaedah baru dan mempersoalkan idea-idea yang ada. Menggalakakan nilai-nilai kebebasan individu dan kreativiti.

Keterbukaan

Menilai

keterbukaan

bermaksud

demokrasi

pengetahuan. Melalui demonstrasi, bukti,penjelasan, pengesahan hipotesis dapat menghasilkan signifikan yang baru.

Misteri

Menekankan keajaiban, daya tarikan dan mistik dari idea-idea sains dan matematik. Ini menggalakkan kita berfikir tentang asal usul dan sifat pengetahuan.

Rujukan

Allchin, D. 1999. Values in Science: An Educational Perspective. Science and Education. 8: 1-12. Aplin, N., dan J. Saunders. 1996. Values and Value Priorities of Singaporean and Australian Swimmers., [Online]. Australian Association for Research in Education. : http://www.swim.edu.au/aare/conf96/APLIN96.422. Bishop, A. J. 2001. What Values do you Teach When you Teach Mathematics? Teaching Children Mathematics.7(6): 346-349. Bishop, A. J., G. FitzSimons, T. S. Wee, dan P. C. Clarkson. 2001. Exploring Issues of Control Over Values Mahmud Bashar.(t.t) Tabii Matematik. ( http://www.docstoc.com/71748304/tabiiMatematik#. ) Muhamad Bin Doraman,Wan Kamariah Bt Wan Abdullah, Hjh Hafizah Bt Omar.( Jun 2011). Modul Pendidikan Jaraj Jauh PPG IPG. Kementerian Pelajaran Mlaysia. Kuala Lumpur. Mat Rofa Ismail.1995. Sejarah Aritmatik dan Aljabar Islam. Serdang: Universiti Pertanian Malaysia. Mat Rofa Ismail. 2002. Matematik Merentasi Tamadun. Bangi. Brotsis Info System. Nur Atirah Rapingi. ( 1 Dec 2011). Tabii Matematik. ( http://www.scribd.com/doc/ 74425671/MTE3102) Portal Matematik ( hhtp://ms.wikipedia.org/wiki/Portal:Matematik)

Sejarah Matematik ( http://m.s.wikipedia.org/wiki/Sejarah matematik ). Teaching in the Mathematics Classroom. Kertas kerja dibentangkan di 2001 Annual Conference of the Australian Association for Research in Education, Fremantle, Australia. The Nature of Mathematics. Chapter 1. ( http://www.cimt.plymouth.ac.uk/project/ mepres/alevel/pure.)

Rujukan

Dokumen Standart Sekolah Rendah ( KSSR ). ( http://www.moe.gov.my/bpk/index. php?option com docm. ) KSSR ( http://www.moe.gov.my/bpk/kssr_doc/mula/htm ) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (http://www.ictk-jpnns.net/data/kssr/KSSR.docS)

Kurikulum Sekolah Rendah (http://www.blogcikgu.com/kurikulum-standard-sekolah)

Kurikulum Sekolah Rendah. (http://bukharis.net/index.php/2012/02/bmm3101-kurikulum-standard-sekolahrendah-kssr/)

Mohd Najib Abd Ghafar.1997.Penyelidikan Pendidikan. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Skudai. Mok Soon Sang.1996. Pengajian Matematik Untuk Diploma Perguruan.Kumpulan Budiman. Kuala Lumpur.

Muhamad Bin Doraman,Wan Kamariah Bt Wan Abdullah, Hjh Hafizah Bt Omar. ( Jun 2011). Modul Pendidikan Jaraj Jauh PPG IPG. Kementerian Pelajaran Mlaysia. Kuala Lumpur.

Sharifah Alawiyah Alsagoff.1993.Ilmu Pendidikan: Pedagogi. Heinemenn Asia. Kuala Lumpur. Wahida Abdullah.1996.Strategi dalam Pengajaran. Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur