31 Mei

Nass Alina Noah

Prolog
Puteri memandang takut-takut ke arah komando yang sedang menengkingnya. Selalu sangat dia dimarahi oleh komando lelaki itu. Entah apa sebabnya, dia sendiri pun tak tahu. Sama ada dia sendiri sudah menjadi katak yang lembik itu atau komando itu adalah jelmaan katak ganas. Tak pun raksasa katak dalam siri Ultraman tu! Tapi… Ninja Turtle lebih handsome kalau nak banding dengan katak. Argh! Aku bukan nak cerita pasal katak la! Grrr! “Awak ni datang nak buat lawak sarkas ke nak buat apa ni? Kalau rasa badan tu tak bersemangat, lembik macam jeli, baik awak duduk rumah, masak! Tak pun pergi tangkap katak aje!” marah komando itu lagi. Kali ini Puteri angkat muka untuk menjawab. Bukannya hendak kurang ajar tetapi… sudah lumrah alam dan kejadian. Tubuh wanita, kan lembik? Mestilah nampak lembik.

“A

WAK ni… badan lembik macam katak pun nak masuk Kesatria ke?”

1

31 Mei Gerhana Mentari Cinta

Lagi satu… macam mana dia tahu aku suka makan jeli ek? “Saya….” Puteri tidak dapat meneruskan. “Ooo… nak menjawab ya? Baik, saya nak... awak duduk mencangkung kat situ dan dengar saya nyanyi.” Dahi Puteri berkerut seribu. Rasanya inilah hukuman paling berat yang pernah diterimanya. “Terpancar sejalur cahaya… di kelopaknya seroja… bak kemilau samarinda, memukau mata hati ini untuk seketika…. Lamunanku tersentak, lalu kumendongak gemuruh rasa... lantaran terkena duri tapak sulaiman. Siapa gerangan sang puteri mengalung cinta di leherku dan terus berlari… aku cuba menangkap bayang-bayangnya… di antara kembang seroja dan tapak sulaiman… Puteri Seroja… anak tapak sulaiman… ooo… jemput makan siput sedut… ooo… Puteri Siput Seduttt.... Pasti cintakan… bersua.…” Huh! Suara macam katak pun nak nyanyi! Puteri senyum sambil mencebik. Kalaulah komando katak ini tahu dia mengutuknya dalam hati, entah apa lagi hukuman yang akan diberikan kepadanya. “I love you....” Puteri diam. “I love you....” Kali ini Puteri senyum nipis. Sama sekali dia tidak menduga komando yang garang selama ini boleh menyimpan perasaan terhadapnya. Melafazkan kata-kata cinta di hadapan semua orang. Dia telah silap mentafsir, tersalah meneka. Baru hari ini dia tahu komando katak pun seorang manusia biasa. Punya hati, punya rasa, dan punya cinta. Saat ini mata Puteri redup memandang mentari di

2

Nass Alina Noah

langit. Pandangannya tembus. Mentari cintanya pernah gerhana. Kali ini, hari ini… biarlah panas berpanjangan. Biarlah sinarannya menyuburkan cinta mereka. Biarlah kasih mereka semerah mentari sehingga ke alam syurga.

3

31 Mei Gerhana Mentari Cinta

Bab 1
Semua yang ada memandang ke arah pintu yang terbuka. Tiba-tiba sahaja Puteri muncul tanpa salam atau bunyi tapak kasut. Cuti sudah berakhir. Semester baru sudah bermula. Pelajar-pelajar yang menghabiskan cuti di kampung halaman masing-masing sudah mula kembali ke Kuala Lumpur. Menambahkan kesibukan kota raya yang membangun sejak puluhan tahun dahulu. Puteri hanya tersenyum nipis, perlahan-lahan masuk ke dalam rumah. Tidak peduli dengan rakan-rakan serumah yang sedang memandang pelik ke arahnya yang kelihatan tidak bermaya, seperti jiwanya tertinggal di kampung. Lebih pelik barang-barang yang dibawa dari kampung kali ini lebih banyak daripada biasa. “Mana Pinky?” soal Puteri. “Errr… Pinky belum datang lagi. Traffic jam kat atas awan tu. Banyak geroda kut,” seloroh Mimi.

“H

EI Put! Terkejut kita orang! Bila sampai?”

4

Nass Alina Noah

“Ada lagi orang yang lebih lambat daripada aku!” Puteri menggeleng pendek. “Tak ada buah tangan ke?” soal Umi. Teruja melihat banyak barang yang dibawa oleh Puteri. “Tak. Errr… aku nak mandilah… penat!” “Nak mandi aje? Mana buah tangan untuk kita orang?” sahut Cham. Puteri menggeleng. Biasanya pasti ada serunding daging, sambal bilis atau buah-buahan yang dibawa bersama sebagai bekalan untuk mereka ‘berkelah’ beramai-ramai. Selain dapat merasa pelbagai jenis makanan yang pelik-pelik yang dibawa dari kampung halaman masing-masing, mereka juga akan bertukar-tukar cerita musim cuti mereka. Mulut Mimi sudah terbuka seperti ingin bercakap sesuatu. Sebenarnya, dia benar-benar teruja untuk mengetahui apa yang telah berlaku kepada Puteri semasa cuti. Puteri ada menelefonnya beberapa hari lepas mengatakan dia akan bertunang. Itu adalah satu berita yang mengejutkan. Tidak sabar rasanya untuk mengetahui bagaimana majlis pertunangan Puteri. Namun, setelah melihat wajah Puteri yang pucat dan tidak ceria, dia menutup kembali mulutnya. “Tak ada apa-apa. Sorry guys, tak sempatlah. Banyak hal yang berlaku kat kampung,” jelas Puteri dalam terpaksa. Dia penat sebenarnya. “Apa yang dah berlaku?” Sahut Umi. Sepintas lalu Puteri memandang Umi dan dua lagi rakan serumahnya. Ah, dia sendiri tidak mahu menjawab soalan itu untuk diri sendiri, inikan pula hendak memberitahu orang lain. Sudahnya, dia mencebik sebelum berlalu ke dalam bilik.

5

31 Mei Gerhana Mentari Cinta

Selepas mandi, Puteri terus tidur. Malas melayan teman-teman yang sedang berseronok bergurau senda.

“MACAM MANA aku boleh dapat result 3.5 aje ni?” kata Mimi tidak puas hati. Sebenarnya dia sengaja hendak menyakat Umi. Umi pula tidak henti-henti mencebik. Dia hanya mendapat CGPA 3.2. Geram dengan Mimi yang sengaja mahu menunjuk-nunjuk keputusan yang diperolehinya. Mimi memang seorang sahabat yang nakal, tetapi hatinya baik. Peramah dan tidak pernah berkira. “Aku tahu la aku ni otak udang… kau otak lembu. Mesti la kau lagi cerdik daripada aku, kan?” balas Umi. Serentak rumah pangsa tingkat 2 itu riuh dengan ledakan tawa mereka. “Macam mana dengan result kau Put? Mesti four flat, kan?” Puteri diam. Soalan Mimi tidak dijawabnya. Namun, pandangan orang di sekelilingnya seolah-olah masih menantikan jawapan daripadanya. Tadi pun dia terjaga kerana mereka bertiga tertawa kuat. Hendak sambung tidur balik pun rasa mengantuknya sudah hilang. Hendak baring-baring di dalam bilik, bilik pula sudah sesak dengan muka seorang lelaki dan kenangan bersamanya. Mimi dengan Umi saling berpandangan. Setahu Mimi, semasa ujian tahun satu Puteri mendapat CGPA 4.0. Selama dua semester sahabatnya itu mendapat Anugerah Dekan. Namun, sejak bercinta prestasi Puteri semakin

6

Nass Alina Noah

menurun. Sewaktu menduduki peperiksaan akhir semester lepas, dia sedang dilanda krisis dengan teman lelakinya. Bagaimana prestasi Puteri tidak menurun kalau bercinta dengan buaya tembaga! Puteri pula sibuk jaga reban buaya supaya buayanya tidak membaham kambing lain. “Okey aje…” sahut Puteri lambat-lambat. Mereka berempat berbual-bual lagi. Banyak tawa daripada ceritanya sehinggalah Pinky sampai. Pelbagai cerita lucu dan menarik menjadi tajuk perbualan mereka ketika itu. Buah tangan yang dibawa oleh Pinky pula menjadi hidangan utama. Semua orang bergembira, semua orang mempunyai cerita untuk dibualkan. Puteri juga ketawa. Ketawa yang dibuat-buat. Dia lebih banyak mengangguk dan menggeleng sahaja. Selebihnya dia lebih suka berdiam diri. “Hah, semua dah ada ni… aku sebagai ketua rumah, nak minta duit sewa. Mesti korang tengah kaya nikan?” kata Mimi selepas tiada lagi isu menarik untuk dibualkan. Semua mencebik ke arah Mimi. Memang mereka kaya kerana duit yuran belum dijelaskan lagi. Kaya dengan duit mak bapak. Pinky meletakkan RM150.00 di hadapan Mimi. Umi dan Cham juga begitu. Hanya Puteri yang masih membisu. “Errr… aku punya esok-esok la. Malas la nak masuk bilik.” Kata Puteri kerana semua orang memandangnya. “Hmmm… esok nak kena bank in ni. Ada ke patut Kak Ani call aku hari tu… minta sewa bulan lepas. Aku nak holiday pun tak aman!” Ilaian tawa mereka pecah lagi dengan gelagat Mimi.

7

31 Mei Gerhana Mentari Cinta

Puteri pula sudah terlelap dek keletihan. Memang tuan rumah mereka cukup cerewet, bayaran sewa mesti dijelaskan mengikut tarikh yang telah dipersetujui. Kemudian mereka menyambung cerita masingmasing. Jam dua pagi barulah mereka masuk ke bilik masingmasing.

PINKY dan Mimi masih belum dapat melelapkan mata. Sejak tadi mereka bermain isyarat mata. Tertanya-tanya kenapa wajah Puteri tidak ceria seperti biasa. Dan kenapa tiada ‘komando’ yang datang menghantarnya sehingga ke muka pintu tadi? “Kau la tanya dia, Pink…” bisik Mimi dalam samar lampu jalan. Pinky mengeluh panjang. Kemudian dia menghadap Puteri yang membelakangkannya. “Put… bangunlah. Aku tau kau belum tidur.” Mata Puteri terbuka. Memang sudah beberapa hari dia tidak tidur dengan sempurna. Sampai bila dia akan merahsiakan semuanya daripada mereka berdua? Perlahanlahan dia berpaling. “Muka kau ni… dari tadi lagi aku perasan, macam ada yang tak kena aje?” kata Mimi. Puteri hanya tersenyum nipis. Jelas dan nyata dia memang tidak dapat menipu Mimi yang telah menjadi rakan baiknya selama dua tahun ini. “Tak ada apa-apa la…” jawabnya dengan suara mendatar.

8

Nass Alina Noah

Mereka bertiga senyap. Senyap walaupun di halkum masing-masing masih sarat dengan tanda tanya. “Errr… macam mana majlis pertunangan kau?” Akhirnya suara Mimi memecah keheningan di antara mereka bertiga. Sudah lama dia menanti untuk bertanyakan soalan ini. Tempoh hari Puteri sudah memintanya agar merahsiakan pertunangannya daripada semua orang kecuali Pinky. Katanya mahu membuat kejutan. Puteri diam. Perkara inilah yang mahu dilupuskan dari ingatannya. Namun, dinding bilik tidur yang sempit ini bagaikan sedang menghimpitnya. Soalan Mimi bergema sehingga sesak nafasnya. “Hari tu bukan main lagi gaduh, alih-alih nak bertunang. Terkejut aku! Biar betul!” sambung Mimi lagi. Sempat lagi dia ketawa kecil. “Hmmm… biasalah Mi... orang kampung, mestilah buat dalam suasana kampung....” Akhirnya Puteri membuka mulut, dalam nada yang cukup hambar. “Ada gambar tak? Bagilah kami tengok?” Puteri mengeluh kuat. “Esok-esok la Mimi. Mengantuk ni.” Puteri purapura menguap melihat Mimi tidak mahu berhenti mendesak. “Alah… tak sporting la kau ni!” sahut Pinky geram. Puteri menutup mata. Tidak mahu mendengar bebelan Pinky dan Mimi lagi. Sudahnya mereka bertiga membisu meskipun semuanya masih belum dapat melelapkan mata. Ada sesuatu yang bermain di fikiran masing-masing. Ada rahsia yang disembunyikan oleh Puteri. Pasti ada sesuatu yang berlaku.

9

31 Mei Gerhana Mentari Cinta

Tapi apa? “Errr....” “Aku nak berhenti studylah.” Belum sempat Pinky mengusul, Puteri sudah menyuarakan hasrat hatinya. Serentak Mimi dan Pinky bangun. Pinky mula menekan suis lampu meja. Puteri menekup mukanya dengan bantal. Bukannya silau tetapi dia tidak mahu orang lain melihat garis-garis kesedihan pada wajahnya. “Kau cakap apa tadi Put?” soal Pinky sambil menjeling Mimi. Puteri diam sejenak. Dia tahu mereka berdua telah mendengarnya. “Aku nak berhenti study…” katanya dengan jelas. Semasa di dalam bas, Puteri sudah memikirkan semasak-masaknya untuk membuat keputusan ini. Apa pilihan yang dia ada ketika ini? Kalaulah mereka berdua tahu apa yang telah berlaku. Mimi dan Pinky saling berpandangan. “Put? Kau dah menggeleng tidak percaya. gila, ya?” Mimi merengus,

Puteri tertawa pendek melihat muka serius dua rakannya. Mimi terus menarik bantal yang menutupi wajah Puteri. Mereka berdua berasak sehinggalah Pinky campur tangan dengan melontarkan bantal itu ke sudut dinding. “Sebab aku tak gilalah maka aku perlu berhenti…” kata Puteri.

10

Nass Alina Noah

“Put… I knew it! I knew it! Kau memang ada sembunyikan sesuatu daripada kita orang, kan? Cuba story, macam mana kau boleh couple balik dengan komando katak tu… lepas tu nak bertunang, dan tiba-tiba nak berhenti study,” kata Pinky yang masih belum berpuas hati. “Tak ada apa-apa la Pinky oi!” Puteri memintas. Dia mencapai semula bantal peluknya. “Aku tak nak cakap pasal benda-benda yang tak penting! Aku nak berhenti study. Itulah yang sepatutnya aku buat sejak dulu lagi. Aku rasa… silap besar aku masuk UiTM ni,” jelas Puteri dengan riak serba salah. “Relakslah Put... ada apa-apa kita bincang, okey? Cakap dengan kita orang kenapa kau nak berhenti? Kau gaduh dengan komando katak ke?” soal Mimi lagi. Puteri diam. Berat mulutnya untuk menceritakan semuanya. Mereka berdua memang tahu yang dia tiada duit. Yang mereka tidak tahu adalah komando katak telah mengkhianatinya. Mahu sahaja dia mengusulkan kepada mereka di mana lelaki lidah bercabang itu berada, tetapi bimbang rahsia akan pecah pula nanti. “Aku rasa dah tak ada apa-apa lagi yang nak kita bincangkan. Aku rasa… inilah keputusan yang terbaik sekarang ni. Aku… aku ada masalah ekonomi. Kewangan aku tak dapat bantu aku untuk study. Korang pun tahu, kan aku ni orang susah?” “Eh, selama nikan ‘balak’ kau yang support kau, kan? Kan ke dia ada? Kenapa kau terlebih emosi pulak ni? Period ke?” sahut Mimi. Puteri merenung tajam. Selagi dia tidak memberi penjelasan yang selogiknya, selagi itulah semua orang tidak akan berhenti mengusul soalan yang sama.

11

31 Mei Gerhana Mentari Cinta

“Sampai bila aku boleh bergantung harap dengan dia? Hari ni dia suka aku. Esok belum tentu dia akan suka aku lagi.” Suaranya perlahan, cuba menyembunyikan sebak di dada. “Lagipun kalau boleh aku tak mahu terhutang apaapa dengan sesiapa lagi!” “Loan kau macam mana?” soal Pinky. “Nak harapkan duit loan aje, aku nak ke mana? Nak bayar sewa rumah ni pun aku tak mampu. Eh, dahlah… kita jangan bincangkan hal ni. Dah lama aku fikirkan semua ni. Nilah yang terbaik.” Terlalu banyak alasan, tetapi jauh di sudut hatinya, Puteri ingin pergi dari daerah ini. Daerah yang menyimpan kenangan manisnya. Kenangan manis yang terus-terusan akan merobek hatinya sehingga dia tidak mahu bermimpi indah lagi. Mimi yang hendak menyampuk itu diam apabila Pinky memberi isyarat mata agar dia berdiam. Sudahnya, mereka bertiga membisu. Entah apa yang bermain di fikiran masing-masing. “Errr... Put, apa kata kau kerja semasa cuti?” cadang Pinky. “Memang aku dah fikirkan hal tu pun. Tapi… tu pun masih belum dapat cover kos hidup aku lagi,” terang Puteri. “Kau boleh kerja weekend, kan?” sahut Mimi. “Memang! Memang aku boleh kerja hari minggu. Tapi… kita mesti sibuk dengan assignment dan projek, kan? Tak kerja pun kita dah nak mati buat assignment, apatah lagi kalau kerja. Silap hari bulan, aku tergolek kat tepi jalan.” Puteri ketawa pendek.

12

Nass Alina Noah

Pinky dan Mimi terdiam, tiada mood untuk bergurau senda. Kenapa Puteri memberi terlalu banyak alasan? Orang lain boleh buat, kenapa Puteri tidak boleh buat? Puteri seperti sudah berputus asa sebelum mencuba. Tidak bersemangat! “Tapi… ramai students yang kerja untuk survive, Put…” kata Pinky. Puteri diam. Sebenarnya dia juga mampu kalau dia mahu tetapi dia ingin pergi dari sini. Pergi jauh-jauh dari tempat ini. Semua tempat ini akan hanya mengingatkan dia kepada lelaki yang telah menghancurkan hatinya. “Errr... kau dah bagitau dia? Aku rasa dia pun tak bersetuju dengan kau...” soal Pinky pula. “Come on la guys!” potong Puteri. Sudah rimas diasak oleh Mimi, atau mungkin sudah rimas hendak menjawab soalan berkaitan ‘dia’. “Ini hidup aku! Hanya aku yang berhak ke atas kehidupan aku. Dia ada kehidupan dia sendiri,” jelas Puteri lagi. “Tapi dia tukan boyfriend kau?” sahut Mimi pula. Puteri terdiam dengan mulut terbuka untuk menjawab. Apa yang sepatutnya diucapkannya? Hendak membongkarkan semua rahsia? Tidak! Dia tidak sanggup! Ini bukan masa yang sesuai. Ini bukan masanya untuk bercerita mengenai ‘dia’. Ini adalah masa untuk memikirkan bagaimana hendak mencari duit untuk hidup hari esok dan seterusnya. Tiba-tiba Puteri bangun. “Errr... aku nak keluar kejap. Kita sembang lain kali aje, ya?” Puteri menonong keluar dari bilik.

13

31 Mei Gerhana Mentari Cinta

Pinky dan Mimi saling berpandangan. “Mesti ada yang tak kena, kan? Aku tau… dia mesti ada rahsia.” Bisik Mimi selepas pintu tertutup. Pinky mengangguk setuju dengan pendapat Mimi. Puteri terus ke bilik mandi. Menangis semahu hatinya. Sebenarnya dia tidak mahu lagi diasak dengan persoalan yang memenatkan otaknya. Dia sendiri tidak ada jawapan yang pasti untuk setiap soalan mereka. Kehilangan ‘dia’ adalah satu bencana besar dalam hidupnya. Satu perubahan yang ketara pada hidupnya yang selama ini bahagia. Kini suram dan malap. Waktu siang ‘dia’ seperti matahari, waktu malam ‘dia’ adalah bulan bintang. Tanpa ‘dia’ Puteri buta. Seluruh hidup Puteri menjadi gerhana.

14

Nass Alina Noah

Bab 2
Gagang telefon diletaknya. Sudah banyak kali dia mendail nombor-nombor tertentu bertanyakan status permohonannya untuk mendapatkan pekerjaan di mana-mana syarikat. Namun, dia gagal. Yalah, tanpa sijil dan pengalaman, peluangnya memang tipis! Dia berpaling melihat ke arah jalan raya. Begitu banyak kenderaan lalu-lalang. Awan pula mendung. Mungkin akan hujan sebentar lagi. “Aduh sakitnya!” Dia mula mendesis kesakitan. Ditekan-tekan perutnya menahan sakit. Sejak akhir-akhir ini dia kerap mengalami gastrik kerana menahan makan. Dia terpaksa berjimat cermat untuk hidup di bandar besar seperti Shah Alam ini. Berasakan terlalu perit, dia berlari-lari anak menuju ke deretan kedai di seberang jalan. Hujan mulai merintik ketika ini. Dia mula berjalan di sepanjang kaki lima, tanpa

“A

LAMAK… tak dapat lagi!” Puteri mengeluh kesal.

15

31 Mei Gerhana Mentari Cinta

arah haluan. Fikirannya menjadi kosong sehinggalah hidungnya tercium sesuatu yang enak. Ayam panggang di kedai Ayamas itu nampak begitu menyelerakan. Dirabanya duit di dalam poket seluar jeannya. “Helo….” Perlahan-lahan Puteri mengangkat muka apabila disapa oleh seorang lelaki. Wajahnya tidak menunjukkan sebarang reaksi. Nampak sangat jiwanya tidak bersatu dengan jasad. “Hai… dah tak ingat I?” Puteri menghadiahkan sebuah senyuman hambar untuk lelaki yang berkemeja itu. Dia masih ingat. Lelaki inilah pemilik Mercedes perak yang melanggarnya dulu. Sampai bila-bila pun dia tidak akan lupa. Kemalangan bukan selalu berlaku. “I think… sepatutnya sekarang ni you berada di bilik kuliah, bukannya berjalan-jalan macam ni. Ponteng ya?” Dahi Puteri berkerut seribu. Memang dia berniat untuk mencuri tulang-tulang ayam kalau keadaan sudah terdesak tetapi… sejak bila pula lelaki ini sudah pandai mengambil tahu hal orang? “Ya. Saya ponteng…” jawabnya dengan selamba, membuatkan lelaki itu tertawa kecil. “Alang-alang dah ponteng tu apa kata you belanja I makan? Tapi biar I yang belanja, deal?” Puteri beberapa kali. tertawa pendek sebelum menggeleng

“Errr... tak apalah.” Puteri menolak. Dia diam tibatiba apabila mengingatkan yang dia sedang kelaparan. Sebenarnya dia sudah berjanji dengan seseorang,

16

Nass Alina Noah

yang dia tidak akan keluar dengan mana-mana lelaki pun untuk membuktikan yang dia seorang yang setia. Tetapi lelaki itu sudah tiada. Tiada Put! Untuk apa lagi kau setia jika orang tidak menghargai? Lagipun… hanya keluar makan bukannya keluar untuk menjadi bahan makanan orang! “Errr… okey jugak tu!” Puteri mengangguk laju sebelum lelaki itu mengubah fikiran. Puteri membuntuti lelaki itu ke keretanya. Pemandu sudah bersedia membawa mereka ke sebuah restoran seperti yang diarahkan oleh lelaki tersebut. Di dalam kereta mereka tidak banyak bercakap kecuali bertanyakan serba sedikit mengenai latar belakang masing-masing dan kursus yang diambil oleh Puteri di UiTM. Sebaik sahaja kereta berhenti, Puteri langsung tidak bertanya apa-apa. Dia hanya menuruti langkah lelaki itu sehingga mereka masuk ke sebuah Restoran Thai. Patungpatung terhias cantik menampakkan hasil seni yang tinggi menyambut kedatangan mereka berdua. Alunan muzik klasik negara gajah putih juga membuai rasa. Keadaan amat mendamaikan dengan bunyi air terjun dan pokok-pokok hijau. Semuanya melahirkan satu hiasan dalaman yang amat menarik. Mata Puteri meliar ke sana sini. Masih banyak meja kosong. Pengunjung juga berbual dalam keadaan formal, bukan seperti di restoran biasa atau warung-warung yang membingitkan. Tidak lama kemudian mereka didatangi oleh seorang pelayan. Mereka dibawa ke meja yang berada di bahagian sudut restoran, agak jauh dari pengunjung lain. Puteri diam ketika pemilik Mercedes itu menyatakan menu pilihannya kepada pelayan tersebut.

17

31 Mei Gerhana Mentari Cinta

“Puteri nak makan apa?” Puteri senyum panjang sambil melihat pada kandungan buku menu. “Anything…” jawabnya ringkas. Dia pun tidak faham sangat dengan nama-nama masakan di dalam buku menu itu. Dia tidak pernah makan ikan yang mencecah harga ratusan ringgit untuk seekor. Dia hanya merenung kosong lelaki itu sehinggalah pelayan itu beredar pergi. “I oder Thai coconut for you. Is it okay?” Puteri angguk. Dia pun tidak tahu bagaimana bentuk kelapa Thailand. Mungkin sama dengan Malaysia kut. “Errr... kenapa tak call saya? I’ve been waiting for your call...” ujar lelaki itu. Puteri terdiam dalam senyum hambar. Dia suka tetapi dia tidak suka. Nah! Perasaannya bercampur baur. Inilah bahananya jika hati tidak gembira. Rasanya terlalu kekok dan sukar untuk beramah mesra dengan lelaki ini. Bukan kerana mereka baru kenal tetapi… hatinya! Hatinya menjadi milik lelaki lain yang telah menghancurkannya. Lelaki yang telah merenggut pergi segala kebahagiaannya. “Takut mengganggu…” jawabnya pendek, penuh makna. Puteri hanya memandang sepintas lalu ke arah lelaki bermisai nipis di hadapannya ini. Kemudian dia lebih suka menghayati bunga-bunga hidup di atas meja. Ya, dia tahu lelaki ini kacak dan kemas. Ada stail dan kelasnya. Tetapi… tidak cukup untuk menarik minatnya. Malah, ketika ini dia lebih suka jika Tuhan menghapuskan lelaki di sekelilingnya buat seketika. Selagi ada lelaki, selagi itulah kaum perempuan yang lemah akan hidup menderita.

18

Nass Alina Noah

“Ya ke macam tu? Atau... tak suka nak berkawan dengan I ni.” Puteri tertawa kecil. “Alah... kalau saya call pun belum tentu Datuk nak layan saya. Datuk, kan busy? Lagipun… siapalah saya ni… betul tak?” Puteri merendah diri membuatkan kening lelaki itu terangkat sedikit. Kemudian dia menyerikan wajah dengan senyuman manisnya. Nipis tetapi cukup menggoda. Ini yang membuatkan dia menarik dan nampak mahal kerana senyumannya yang mahal. Kemudian perbualan mereka diganggu kedatangan pelayan restoran yang membawa pesanan. “Errr... kenapa ponteng kuliah?” soal Datuk Kamarul selepas pelayan itu beredar pergi. Tidak lama selepas itu datang pula dua orang pelayan lagi berdiri di belakang mereka, sedia untuk berkhidmat. Puteri terdiam, tidak selesa dengan keadaan itu. Bagaimana dia hendak makan jika ada orang yang menjadi pemerhati? Dan nafas Puteri terhenti seketika mendengar pertanyaan Datuk Kamarul. Dia tidak perlu bercerita atau menjelaskan apa-apa. Mereka tiada hubungan langsung. Atas dasar itulah dia senyum walaupun sumbing. “Saja... malas. Bosan…” jawabnya acuh tidak acuh. Datuk Kamarul hanya mengangguk-angguk. Kemudian dia menyudukan ikan siakap masak stim ke pinggan Puteri. “Cubalah Thai coconut tu… sedap. Boleh hilangkan rasa mual.” Puteri menyedut sekali air kelapa yang sudah dikupas kulitnya itu dan dihias cantik di dalam bekas tanah liat. Raut wajahnya berubah. Memang sedap. Bukan saja

19

31 Mei Gerhana Mentari Cinta

manis tetapi harum. Rasanya seperti kelapa ini telah dibakar terlebih dahulu. “Bosan ke… atau ada masalah lain? I dengar cerita… dah sebulan Puteri tak ke kuliah.” “What?” Serta-merta air muka Puteri berubah. Dia kurang senang dengan apa yang diperkatakan oleh lelaki itu. Dari mana dia tahu? Sejak bila lelaki itu menjadi penyiasat? Melihat Datuk Kamarul yang tenang dan merenungnya sambil tersenyum, cepat-cepat dia mengawal emosinya. “Siapalah yang fitnahkan saya tu,” ujar Puteri menidakkan kata-kata yang dikeluarkan oleh mulut Datuk Kamarul. “Haah… I see? Errr... for your information… one of your lecturers is my good friend.” Puteri angkat muka. Dia terkejut. Mungkin sebab itulah kenapa Datuk Kamarul boleh berada di sekitar kampus ini sehingga mereka berdua terlibat dalam kemalangan. Apa pun yang telah berlaku, dia tidak berminat untuk mengetahui siapakah rakan lelaki ini. Tidak penting! Mana-mana lelaki pun tidak penting baginya. Yang penting dia perlu mencari kerja. Itu sahaja. Puteri meletakkan sudu dan garpu ke pinggan. “Saya rasa... saya ke kuliah atau tak, tu tak berkaitan dengan sesiapa pun, kan?” Lembut Puteri menyindir membuatkan Datuk Kamarul tersenyum kepadanya. “Kenapa ponteng?” “Saya dah berhenti!” pintas Puteri. Sebenarnya dia rimas diasak. Ditenungnya wajah Datuk Kamarul, cuba membaca

20

Nass Alina Noah

rahsia-rahsia di sebalik air mukanya yang tenang namun, Datuk Kamarul tetap senyum. “Well… may I know why?” soal Datuk Kamarul bersahaja dan lembut walaupun dia tahu Puteri tidak suka dia mengusul soal peribadinya. Puteri menghela nafas panjang. Dia semakin tidak mengerti mengapa lelaki ini terlalu berminat dengan perjalanan hidupnya. “None of your business, sir…” jawabnya dengan bisikan dan senyuman yang dibuat-buat. Mata Puteri melirik memandang kesibukan Petaling Jaya di luar dinding kaca. Sudah bosan dan rimas diasak. Malah, saat ini dia benar-benar menyesal kerana menerima pelawaan Datuk Kamarul tadi. Datuk Kamarul senyum. Puteri sedikit lega kerana seorang pelayan datang membawakan semangkuk kerabu sotong dan udang ke meja mereka. Dia hanya merenung kosong hirisan lada merah yang menghiasi mangkuk itu. Di mindanya terngiang-ngiang jawapan yang diberikan kepada Datuk Kamarul tadi. Entah kenapa dia seperti hendak melampiaskan segala kemarahan yang terpendam kepada Datuk Kamarul sedangkan lelaki ini langsung tidak melakukan apa-apa kesalahan terhadapnya. “Am I too rough and… no manners, Datuk?” kata Puteri sedikit kesal. Datuk Kamarul masih lagi senyum. Kemudian dia mengalihkan pandangan pada telefon bimbitnya. Renungannya kosong. Sebenarnya dia masih menantikan ayat-ayat yang akan keluar daripada bibir gadis muda ini. “I’m so sorry, but… I speak from the bottom of my

21

31 Mei Gerhana Mentari Cinta

heart, sir!” tambah Puteri lagi. “Dalam bahasa yang lebih mudah, saya tak senang jika diasak dengan pelbagai soalan… saya minta maaf kalau...” “Tak suka dapat soalan cepumas ke?” pintas Datuk Kamarul sehingga Puteri tergamam seketika. “Kenapa berhenti belajar?” soalnya lanjut tanpa mempedulikan pendirian Puteri. “Datuk Kamarul, would you please….” “Students berhenti study sebab tiga masalah aje. Yang pertama course tak sesuai, kedua sebab masalah kewangan. Ketiga... sebab boyfriend tinggal. Well… my princess, you yang mana satu?” Puteri mengetap bibir. Datuk Kamarul benar-benar melampau kali ini. Namun, tidak ada sebarang kata-kata yang boleh menafikan hujahnya itu. Akhirnya dia tersenyum dan ketawa kecil. “Makan, Puteri. Nanti sejuk…” kata Datuk Kamarul memandangkan makanan di dalam pinggan Puteri langsung tidak terusik. Puteri menguis-nguis kerabu sotong. Memang sedap. Cukup perencahnya. Orang Thailand memang pandai memasak. “Sebenarnya saya errr… tak sukakan suasana pembelajaran... yang mana kehidupan saya tak ada privacy, orang terlalu ingin tahu mengenai kehidupan saya. Apa yang saya buat, apa yang saya makan. Saya rimas.” Puteri menyindir dalam nada yang lembut. Datuk Kamarul tersenyum nipis, faham. Puteri pelik Datuk Kamarul tidak memberi tindak balas. Sebaliknya leka menyuap nasi ke mulutnya. Melihat

22

Nass Alina Noah

lelaki itu seperti ingin memberikan privasi kepadanya, Puteri mula menikmati hidangan. Semuanya sedap. Semuanya memenuhi seleranya walaupun dia tidak berselera, tetapi perutnya memang benar-benar lapar. “Okeylah... saya ada meeting. Saya nak balik ke pejabat. Mari saya hantarkan awak pulang…” kata Datuk Kamarul melihat Puteri sudah berhenti makan. Cendol pulut sebagai pencuci mulut itu langsung tidak disentuh oleh Puteri. Datuk Kamarul menyerahkan kad kredit kepada seorang pelayan. Kemudian dia terus ke kereta. Puteri hanya membisu sehinggalah kereta mula memasuki Seksyen 18 dan berhenti di hadapan sebuah kedai kek. Datuk Kamarul menghilangkan diri ke dalam kedai tersebut. Tidak lama kemudian, dia kembali dengan sekotak kek di tangannya. Kemudian, pemandu terus memulas stereng ke rumah Puteri di Seksyen 24. “Nah… ada kek untuk you,” hulur Datuk Kamarul sebaik sahaja Puteri membuka pintu kereta. “Tapi....” Puteri cuba menolak tetapi mengenangkan ‘anak’ di dalam perutnya yang akan lapar selepas ini dia mengambilnya juga. “Thanks….” “I rasa you masih simpan kad I dulu. But… I’ll give you a new one, lady.” Puteri terus mengambil kad yang dihulurkan oleh Datuk Kamarul. “Call me....” Puteri senyum segaris sejurus keluar dari kereta.

23

31 Mei Gerhana Mentari Cinta

Dia menunggu sehingga kelibat Mercedes itu menghilang dari pandangan mata. Perlahan-lahan dia mendaki anak tangga ke tingkat dua, langsung tidak bersemangat. Terlalu banyak persoalan yang bermain di benaknya. Tidak sedar kakinya sudah berada di hadapan muka pintu. “Hei Put… birthday siapa ni beli kek?” “Arrr!” Puteri terkejut, tidak sangka pula tiba-tiba Mimi membuka pintu. Seperti tahu dia akan pulang. Namun, ada bakul sampah di tangannya. Mungkin Mimi hendak membuang sampah. “Errr… tak… kawan yang bagi. Nah, makanlah. Simpankan sikit untuk aku.” Mimi bersorak kuat sejurus berlari ke lubang sampah di tangga. Puteri terus masuk ke dalam rumah. Cepat-cepat dia mencapai tuala dan terus ke bilik mandi. Sebaik sahaja keluar, dia sedikit tergamam melihat rakan-rakan memandangnya pelik. Tanpa menegur mereka dia terus ke bilik dan memakai sehelai singlet bersama seluar pendeknya. Tidur. Tidak mahu memikirkan apa-apa lagi.

24

Nass Alina Noah

Bab 3
UTERI mencuba sepotong kek black forest yang terhias cantik dengan bunga-bunga aising dan pelbagai hiasan yang menarik itu. Kemudian dia terus masuk ke kamar mandi. Terasa segar sedikit badannya selepas dijiruskan dengan air sejuk dari kolah kecil. Ketika dia terjaga tadi, jam sudah menunjukkan pukul sepuluh lebih. Sudah melepasi waktu maghrib. Kelihatan Mimi dan Pinky juga sudah membentang toto. Sudah bersedia untuk tidur. Mungkin mereka berdua keluar makan atau berada di bilik sebelah tadi. Puteri mengukir senyuman sejurus mengenakan pakaian. “Put… ada roti sardin ni. Makan la. Kita orang pergi Seksyen 2 tadi. Nak kejutkan kau pun… nampak kau tidur mati. Kesian pulak aku tengok,” kata Mimi. Plastik yang mengandungi roti sardin itu ditolak ke hadapan Puteri. Puteri senyum nipis. Dia sendiri pun tidak larat sebenarnya. Letih mencari kerja dan letih berfikir.

P

25

31 Mei Gerhana Mentari Cinta

Ketika Puteri bangun untuk keluar dari bilik, Pinky menarik tangannya. Puteri duduk, berhadapan dengan mereka berdua. “Aku nak pergi buat air,” kata Puteri. “Aku dah tapau air tembikai untuk kau. Minum kat sini aje la,” potong Pinky. Puteri menjeling air tembikai yang nampak sedap itu. Sebenarnya dia bukannya hendak pergi ke dapur, tetapi tidak selesa apabila berada di dalam bilik ketika ini. Dia sudah dapat membayangkan soalan-soalan yang bakal diajukan kepadanya nanti. Sudah beberapa minggu dia cuba mengelak daripada menjawab soalan itu. “Put… aku rasa dah sampai masanya kita talk the true. Heart to heart,” kata Pinky dengan nada perlahan. Puteri terdiam. Dia tahu apa yang bermain di fikiran Pinky. Mimi juga. Mereka berdua tidak lepas dari merenungnya. Tanpa membalas, dia bangun untuk menyidai tuala. Rambut panjangnya dikirai-kirai. “Put, apa yang berlaku kat kampung?” soal Pinky. “Tak ada apa-apa.” Puteri masih mahu berahsia. “Mana boleh tak ada apa-apa?” sahut Mimi. “Kan ke kau bertunang?” “Yalah… memang aku bertunang. Selain dari tu tak ada apa-apa yang berlaku.” “Tipu!” bentak Mimi. Puteri membelingas menggeleng pendek. memandang Mimi. Dia

“Orang tu cakap dengan aku, dia bertunang. Tapi… bukan kau tunang dia,” tambah Mimi lagi.

26

Nass Alina Noah

Sekali lagi Puteri membelingas. Kenapa Mimi perlu menyebut nama ‘dia’ lagi? Sudah hampir sebulan nama ‘dia’ tidak disebut di dalam rumah ini. Suara Mimi tadi masih kedengaran di telinganya sehingga bibirnya terkunci kemas. Dia langsung tidak tahu-menahu tentang cerita itu. Sekali lagi Pinky menarik tangan Puteri agar duduk bersama-sama mereka. “Aku bukan nak malukan kau, Put. Aku bukan nak campur urusan kau. But as a friend… yang lebih daripada adik-beradik, aku rasa kami kena kongsi dengan kau.” Puteri terdiam. Anak mata Pinky direnungnya sehinggalah air matanya menitis. Kemudian dia mula tersenyum, meraung perlahan sehinggalah Pinky menarik tangannya, memeluknya seerat mungkin. Mimi juga memeluk mereka berdua. Puteri tidak mempunyai pilihan lain kecuali menceritakan segala-galanya. Semuanya, sehinggalah dia dipaksa berkahwin dengan lelaki yang tidak dicintainya. Dia telah mengambil keputusan untuk melarikan diri dari rumah. “Sampai hati dia buat aku macam ni… dia yang nak sangat ajak aku bertunang. Bukan aje malu, tapi… dia hancurkan hati aku. Orang macam mana dia sebenarnya, hah? Tak ada hati perut!” Puteri menangis lagi setelah mencurahkan segala rahsia di hatinya. Ternyata beberapa minggu yang berlalu masih belum dapat memadamkan kesakitan yang ditinggalkan oleh ‘dia’. Sakit dipukul pun tidak sesakit dikhianati ‘dia’. Mereka bertiga diam. Pinky dan Mimi bagaikan kehilangan kata-kata melihat Puteri masih belum berhenti menangis. Sedangkan mereka sudah berbincang di restoran

27

31 Mei Gerhana Mentari Cinta

tadi bagaimana untuk berhadapan dengan Puteri. Ketika ini, hendak memujuk pun mereka sudah tidak pandai. “Sekarang korang dah faham kenapa aku kena berhenti belajar dan kerja, kan?” Pinky dan Mimi membisu, saling berpandangan. “Dah la Put… lupakan lelaki tak guna tu! Bina hidup baru…” pujuk Pinky. Puteri merintih lagi. Bergerak-gerak bahunya menahan sebak. Bagaimana dia dapat hidup tanpa ‘lelaki tak guna tu’? ‘Lelaki tak guna tu’ adalah nyawanya, oksigennya, cahaya hidupnya. ‘Lelaki tak guna tu’ adalah segala-galanya. “Aku sendiri pun tak faham. Kau cakap, kau nak bertunang. Tapi… yang aku dengar cerita, lelaki bodoh tu memang nak bertunang. Tetapi dengan orang lain la! Sekarang ni… dia dah further studies kat London dengan tunang dia. Mungkin dia orang akan kahwin kat sana…” cerita Mimi. Puteri menangis tidak berlagu lagi. Kesal, menyesal, marah, sakit, pedih, tersepit, semuanya bercampur baur. “Dah la Put… ramai lagi lelaki yang boleh buat kau hidup bahagia,” pujuk Pinky. Pinky dan Mimi tidak henti-henti memujuk Puteri. Sehinggalah jam menghampiri empat pagi barulah Puteri berhenti menangis sepenuhnya. Masih terhingguthinggut menahan sebak. Habis bengkak mata dan hidungnya. Terasa sebak, seperti mahu pecah dadanya. “Put… nah duit kau.” Dahi Puteri berkerut, terkejut. Tetapi dia lebih bingung bila melihat berkeping-keping not RM100.00 yang dihulurkan oleh Mimi.

28

Nass Alina Noah

“Duit apa ni?” soalnya, langsung tidak faham. “Eh, nikan duit kau Put… ada bawah kotak kek kat dapur tu.” “Tapi….” Puteri diam tiba-tiba. Ingatannya terus berlegarlegar pada satu wajah, satu nama. Datuk Kamarul. Kenapa lelaki korporat itu meletakkan duit di bawah kotak kek? Mustahil dia boleh tercicir. Melihat Puteri seperti hilang dalam terang, Mimi bangun dan meletakkan duit itu di atas meja, kemudian dia kembali menyertai mereka berdua. “Put... kita orang nak kau ceritakan pada kita orang apa yang sedang terjadi sekarang ni.” Puteri faham soalan Pinky. Mimi juga merenungnya dengan pandangan yang pelik. “Aku tak buat kerja bodohlah... aku tak tahu pun ada duit kat situ.” Melihat mereka berdua tidak percaya, pantas Puteri menceritakan apa yang telah terjadi sehingga mereka berdua jelas dan dapat menerimanya. “Ada ke dalam dunia ni orang yang baik macam tu?” soal Mimi walaupun dia sudah tahu jawapannya. “Give and… take. Macam ada yang tak kena aje, kan?” ulas Pinky, juga berasa tidak senang hati. “Errr… dia ada cakap apa-apa yang pelik tak dengan kau Put?” soal Mimi. Puteri diam sebelum menggeleng perlahan. Datuk Kamarul hanya menyuruh dia menelefonnya jika ada apa-apa. Itu sahaja. Tidak ada yang aneh.

29

31 Mei Gerhana Mentari Cinta

“Kang… terhutang budi terbayar body pulak!” kata Mimi sebelum ketawa pendek. Puteri dan Pinky menjeling tajam. “Esok aku call dia dan bagi balik duit ni. Aku dah cakap aku tak mahu terhutang budi dengan sesiapa pun, kan? Aku janji akan pulangkan semua duit dia. Kalau aku nak buat dajal, dengan… ‘lelaki bodoh’ dulu pun aku boleh buat.” Aduh... mengapa nama itu disebut lagi? Biarlah apa pun gelarannya namun, nama itu disebut oleh bibirnya yang telah berjanji untuk melupakan dan membencinya buat selama-lamanya. Puteri mengetap bibir, menahan rasa. Pinky tunduk mendengar betapa terseksanya Puteri hendak menyebut nama kekasihnya. Sudah hampir sebulan dia dan Mimi tidak bertanyakan lelaki yang tidak bertanggungjawab itu. Puteri juga tidak pernah menyebutnya, seperti ‘dia’ telah lupus dari dunia ini. “Aku ni... bermaruah... bukannya tak ada maruah. Korang ingat senang-senang aku nak bagi body aku pada lelaki? Mungkin body aku ni tak bernilai tapi... cinta aku bukannya murah!” Kata Puteri sejurus memadamkan lampu. Dia terus masuk ke dalam selimut. Hatinya sendiri pedih semasa menuturkan kata-kata itu. Kata-kata yang membuatkan Pinky dan Mimi terdiam dalam suram lampu jalan. Mereka bertiga diam. Entah apa yang bermain di fikiran masing-masing sehinggalah terdengar Mimi berdengkur perlahan. Pinky sudah pun dibuai mimpi. Alam menjadi sunyi. Sesepi hatinya. Alam semakin gelap, segelap hidupnya.

30

Nass Alina Noah

Azan subuh sayup-sayup kedengaran tetapi Puteri masih membelek-belek wang kertas itu. Dia sendiri tidak tahu berapa jumlahnya. Hendak menghitung dia tidak ada mood. Benar seperti kata Pinky dan Mimi. Nampaknya Datuk Kamarul cuba membeli sesuatu. “Dia pandang ringan pada aku, ya?” Puteri merengus kasar. Menggeleng-geleng penuh kesal. Sakit hati. “Huh, semua jantan sama aje!”

31

31 Mei Gerhana Mentari Cinta

Bab 4
Puteri menelan liur. Tidak bernafas. Rasanya saat ini mahu sahaja dia menghubungi ibu di kampung minta duit. Namun, dia tidak akan menjilat ludahnya sendiri. Dia sudah tekad untuk meninggalkan kampungnya buat selama-lamanya. Dia masih sayangkan ibu, sentiasa akan menyayanginya tetapi bukan mudah bagi Sulaiman untuk memaafkan anak yang tidak mendengar kata apatah lagi menconteng arang ke mukanya. Perut pula sudah berbunyi-bunyi minta diisi. Sudah beberapa hari dia hanya makan Maggi. Dompet dimasukkan ke dalam beg sandang. Matanya ke kiri dan kanan sehinggalah dia ternampak pondok telefon di sebelah perhentian bas. Pantas dia menyeberangi jalan. Nombor telefon bimbit Datuk Kamarul didailnya. “Helo Datuk… Puteri kat sini. Saya tak boleh cakap lama-lama. Tak ada syiling. Datuk datang ambil saya sekarang, boleh?”

“D

UA belas ringgit puluh sen?”

lapan

32

Nass Alina Noah

Selepas memberitahu kedudukannya tika itu, talian terputus. Puteri lega. Setelah menunggu lebih dari sejam, Datuk Kamarul tiba. Kali ini dia sendiri yang memandu. “Kita nak makan kat mana ni?” soal Datuk Kamarul sebaik sahaja memulakan perjalanan. Puteri diam. Dia pun tidak tahu. Apa yang dia tahu penyaman udara dan bau kereta ini begitu menyegarkan. Sejak tadi dia berpanas di luar. Mereka berdua senyap sahaja sepanjang jalan sehinggalah Datuk Kamarul memarkir kereta di pekarangan Hotel Concorde. Puteri mengekori Datuk Kamarul sehingga mereka mendapatkan meja di coffee house. “Saya nak… banana split and… coffee ya,” kata Datuk Kamarul kepada pelayan. “Put makan heavy sikit ya? Dah kurus I tengok. I dah makan tadi.” Puteri senyum nipis. Dia hanya memesan nasi goreng cina dan jus mangga. “Add butter prawn,” tambah Datuk Kamarul. “Nak dessert tak? Errr… kek aiskrim boleh, Put?” Puteri hanya mengangguk. Dia sendiri pun tidak pernah makan di tempat-tempat begini. Sewaktu bercinta dengan anak orang kaya dulu pun dia tidak pernah dibawa mencuba masakan hotel. Saat ini mereka berdua hanya membisu, sehinggalah telefon Datuk Kamarul berbunyi. Sementara itu, Puteri mula sibuk melamun sehinggalah Datuk Kamarul berhenti berbual. “Kenapa senyap aje ni? I tamatkan mesyuarat awal tadi sebab Put tau…” ujar Datuk Kamarul.

33

31 Mei Gerhana Mentari Cinta

Puteri tersenyum panjang. Kemudian dia mencaricari sesuatu di dalam beg. Sekeping sampul surat ditolak ke hadapan Datuk Kamarul. “Saya tak tahu kenapa Datuk bagi saya duit ni.” Datuk Kamarul diam. Matanya melirik perlahan pada pengunjung lain sehinggalah anak matanya tumpah pada seraut wajah di hadapannya. Puteri nampak cantik dan lemah lembut dalam busana kebaya yang berwarna biru ini. Ringkas tetapi menawan. “Bila masa I letakkan duit tu kat situ?” Puteri tersenyum lagi. Menggeleng-geleng sehingga Datuk Kamarul tertawa pendek. “Saya tak cakap pun macam tu. Nampaknya ada orang masuk perangkap sendiri.” Datuk Kamarul menggeleng dalam senyuman. Dia tidak dapat menipu gadis di hadapannya. “Ada sesuatu yang tersembunyi di sebaliknya ke?” soal Puteri dengan kiasan. “Errr… ada udang di balik mi ke?” tambahnya lagi. Datuk Kamarul membalas dengan senyuman. “Pakailah… boleh call boyfriend.” “Hah, excuse me?” Mereka berdua senyap. Datuk Kamarul senyum panjang melihat Puteri mencebik. “Makan, Put…” pelawa Datuk Kamarul sejurus pesanan mereka sampai. “Mak saya cakap kita tak boleh terima duit daripada orang yang kita tak kenal. Betul ke?” “Betul. Tapi dah lama kita kenal, kan?”

34

Nass Alina Noah

Puteri meletakkan kembali sudu di tangannya. Matanya merenung raut wajah Datuk Kamarul. Akhirnya dia sudah bersedia untuk menyuarakan apa yang difikirkannya selama beberapa hari ini. Keputusan yang diambil sebelum dia menelefon Datuk Kamarul tadi. “Apa kata kita buat satu perjanjian?” Datuk Kamarul angkat muka. Puteri sedikit gugup dengan renungannya. “Errr... frankly speaking… saya memang tak ada duit tapi… saya tak perlukan duit ni, dan saya akan repot polis kalau Datuk ganggu saya lagi. Saya harap Datuk faham.” Datuk Kamarul terdiam. Puteri yang sudah bangun dari kerusi itu dipandang dengan penuh tanda tanya. “Saya nak balik,” kata Puteri selepas mencapai beg sandangnya. “Makanlah dulu. Membazir ni,” kata Datuk Kamarul ikhlas. “Datuk makan la ya. Saya tak lapar.” Puteri terus beredar. Belum sampai ke pintu, Datuk Kamarul sudah memegang lengannya. Puteri menepis lembut. “I hantar you balik.” Puteri menggeleng pada mulanya tetapi apabila memikirkan yang dia tidak mampu menjelaskan tambang teksi untuk pulang ke rumah, dia menurut. Di dalam kereta, mereka berdua saling membisu. Sedikit sebanyak Puteri kesal dengan sikap biadabnya tadi. Sepatutnya dia tidak terlalu beremosi dan menunjukkan rasa tidak puas hatinya. Mungkin Datuk Kamarul sebenarnya ikhlas hendak menolong tetapi pendapat rakan-rakan tidak

35

31 Mei Gerhana Mentari Cinta

boleh diketepikan. Dan dia sudah bosan dengan lelaki yang suka mengambil kesempatan. Sedar tidak sedar, mereka sudah pun sampai di pekarangan flat Seksyen 24. Hati Puteri sedih tiba-tiba. Dulu dia pernah dihantar dan dijemput oleh kekasihnya di halaman ini. Malah ketika ini semua memori itu bagaikan terlakar di hadapan mata. Tempat ini seperti sebuah penjara, melemaskan! “Errr... Datuk Kamarul, saya…” “Saya ada meeting.” Puteri tidak sedap hati kerana Datuk Kamarul langsung tidak mahu memandang mukanya. Rasa malu juga melata namun, tidak guna dia menjilat ludah kembali. Pintu kereta dibuka. Sebelum keluar dia berpaling namun, Datuk Kamarul masih tidak mahu memandangnya. “Saya minta maaf….” Katanya sejurus keluar dari kereta tanpa berpaling. Puteri nekad. Apa yang terjadi pun dia tidak akan meminta pertolongan daripada lelaki yang tidak dikenalinya. Hanya seorang lelaki saja yang telah diberi hak eksklusif untuk mengisi perjalanan hidupnya tetapi kini.... “Oh... kenapa kau tinggalkan aku? Kenapa?” Sudah beribu kali Puteri mengeluh. Peritnya sebuah kehidupan tanpa seorang lelaki yang dicintainya. Air matanya bergenang. Rasanya hendak mendaki tangga ke tingkat dua itu pun dia sudah tidak mampu. Seolah-olah semangatnya telah tiada. Menghilang bersama lelaki yang telah menghancurkan hatinya. Sebaik sahaja masuk ke dalam rumah, dilihatnya skrin televisyen gelap, kipas juga tidak berputar. Ini bermakna

36

Nass Alina Noah

hanya dia sendirian di rumah. Mungkin rakan-rakannya ada kuliah pada waktu ini. Dia mengambil bantal lalu baring di hadapan televisyen. Suasana sunyi tika ini. Hanya kedengaran bunyi kipas yang berpusing. Sejak kekasih hatinya pergi, segalanya sudah mati baginya. Begitu juga dengan dirinya. Dia juga akan mati. Air mata menitis lagi. Sebak. Akhirnya, dia menangis semahumahunya sehingga dia terlelap sendiri.

“PUT… kau nak asam mangga tak? Kalau nak, makan cepatcepat. Nanti habis!” Puteri yang baru terjaga itu diam melihat Mimi duduk bersila di sebelahnya. Puteri tidak tahu bila mereka pulang ke rumah. Ketika ini telinganya dapat menangkap bunyi riuh-rendah di dapur. Mungkin Umi dan Cham sedang memasak. “Dah pukul berapa ni?” “Errr… dah nak maghrib ni,” kata Pinky selepas melihat jam di tangannya. Puteri bangun. Dia mendengus panjang. Mungkin sakit kepala. Lamanya dia tidur. Sepotong mangga epal yang dihulurkan oleh Mimi dicapainya kemudian dicecah ke dalam sambal kicap. Sebaik sahaja lidahnya berasa masam, manis, masin dan pedas, terus matanya membulat. “Bestnya! Mana korang dapat ni?” “Airiel yang bagi. Dia datang school tadi,” beritahu Mimi. Puteri diam. Siapa Airiel? Macam pernah dengar aje.

37

31 Mei Gerhana Mentari Cinta

“Boyfriend kau ke?” soal Puteri. “Huh... kalau dia jadi boyfriend aku, dah lama aku buat pulut kuning,” seloroh Mimi. “Tak sabar nak kahwin ke?” sahut Pinky. “Siapa yang nak kahwin ni?” sahut Umi yang baru datang dari dapur. “Apa? Dah gatal nak kahwin?” sahut Cham di belakangnya. Mimi hanya menggeleng panjang sebelum ketawa kuat. Keropok keping yang dibawa oleh Umi dicapainya. “Apalah korang ni… aku cakap kalau Airiel tu jadi boyfriend aku, dah lama aku buat pulut kuning. Sunatkan dia.” Mimi tidak henti-henti membuat lawak. Meledak tawa masing-masing lebih-lebih lagi bila Mimi memuji-muji paras rupa Airiel. Mereka semua hanya mencebik kerana Mimi sudah pun mempunyai kekasih hati. Seorang mamat kilang! “Kau pasang dua la Mimi. Buat spare tyre. Aku support hundred percents!” kata Pinky. “Aku pun!” sahut Umi dan Cham. Sudahnya mereka berdua ketawa serentak. Puteri hanya mencebik. “Huh! Apalah kau ni Put… mamat handsome pun kau tak ingat! ‘Abang Katak Hijau’ la. Yang handsome nak mampus tu! Yang hidung mancung macam udang goreng tu!” kata Mimi, sudahnya dia dan Pinky tertawa kuat. Puteri hanya mencebik. “Mangga ni dia bagi untuk kau. Dia kirim salam dengan kau.”

38

Nass Alina Noah

“Apehal?” Puteri ingat-ingat lupa siapa Airiel. Yang dia tahu di padang Kesatria, hanya seorang lelaki sahaja yang kacak. “Eh... dia, kan best friend ‘balak’ kau? Kau dah lupa ke?” Puteri terdiam. Kalau dia ingat pun sudah tidak bermakna apa-apa kerana ‘balak’ yang dimaksudkan sudah tiada. Sudah lupus daripada memori ingatannya. Puteri mula mencapai satu demi satu hirisan mangga masam yang sedap itu. Tanpa disedarinya Umi sedang memandang pelik ke arahnya. “Wei, makan slow-slow la. Pregnant ke apa ni?” usik Umi. “Uwek!” Cham buat-buat muntah. Pinky dan Mimi hanya ketawa. Muka Puteri masam. Terus dia berhenti makan. Kemudian dia meminta diri untuk mandi. Saat ini dadanya berdebar-debar kuat. “Mengandung?” Perut kempisnya diraba-raba. Mungkinkah dia mengandung? Ya Allah! Tanpa mahu melayan rasa yang tidak sedap itu, Puteri cepat-cepat menghabiskan mandiannya. Kemudian dia terus masuk ke bilik. “Ya Allah… janganlah aku pregnant. Tolonglah aku Ya Allah....” Puteri terus mencapai kalendar kecil di dalam dompetnya. Tarikh haid bulan lepas dibandingkan dengan bulan ini. Dadanya berdebar-debar mendapati bulan lepas dia tidak datang bulan. Ini bermakna sudah hampir dua bulan!

39

31 Mei Gerhana Mentari Cinta

“Ya Allah!” Puteri terus menangis dalam gelap malam. Perut kempisnya ditumbuk-tumbuk beberapa kali sehingga dia keletihan. Saat ini pelbagai idea datang ke benaknya. Apa yang sepatutnya dilakukan seandainya dia mengandung? Wajah lelaki yang telah menghancurkan hatinya dan Datuk Kamarul juga semakin kuat menghimpit sehingga membuatkan dia tersepit. Apa yang paling menakutkan adalah ‘mengandung’ dan duit. Dia benar-benar tersepit. Kalaulah benar dia mengandung dan hendak menggugurkan kandungan, duit adalah sesuatu yang paling penting untuk melakukan semua itu. Pengguguran haram menelan banyak belanja! “Aku nak buat apa ni, Ya Allah....” Ingin meminjam daripada Pinky dan Mimi, terasa malu pula. Mereka berdua juga hendak pakai duit. Air mata Puteri mula menitis dalam gelap malam. Setelah menyedari pintu bilik hendak terbuka, cepat-cepat disapu air mata yang mengalir itu. Muncul Mimi di sebalik pintu mencari-cari tualanya, mungkin hendak mandi. “Ada apa Mimi?” soal Puteri apabila Mimi menyentuh bahunya beberapa kali. “Errr... pagi tadi, Kak Ani datang minta sewa rumah. Kalau aku ada duit, dah lama aku dulukan. Tapi… aku tak ada duit, Put. Betul-betul tak ada. Kau pun tahu aku tak pernah berkira dengan kau, kan?” Kata-kata itu membuatkan hati Puteri diamuk pilu. Inilah perkara yang ditakutkan selama ini. Kalaulah Mimi tahu dia hanya mempunyai dua belas ringgit. Tapi... Mimi

40

Nass Alina Noah

juga tidak mampu menolongnya. Ibu bapanya juga bukan orang senang. “Kau dah missed tiga bulan, campur dengan cuti semester hari tu. Kita orang tak ada alasan lagi nak bagi. Kau tahu la, kan... kita orang pun tak mampu nak tolong kau. Kalau mampu pun… Pinky. Selama ni dia yang tolong bayar untuk kau.” Puteri terdiam. Pinky sememangnya seorang sahabat yang baik. Tidak pernah berkira dan dia tidak mahu mengambil kesempatan di atas nama persahabatan mereka. “Kan hari tu duit kau banyak? Dah habiskan ke?” Puteri terdiam lagi. Duit itu sudah dikembalikan kepada Datuk Kamarul tadi. Dia mengeluh panjang. Sedikit kesal dengan tindakannya memulangkan duit itu, sepatutnya dia gunakan duit itu untuk perkara berfaedah. Setakat duit, dia boleh ganti balik. “Bagi aku tempoh seminggu, aku akan bagi kau duit sewa tu,” janji Puteri. Mimi terdiam. Sebenarnya dia sudah bosan diasak oleh penyewa rumah untuk membayar sewa. RM70.00 untuk satu kepala bukanlah banyak. Tetapi jika keadaan Puteri teruk, makan pun belum tentu dia mampu. “Kau tak cari kerja ke Put?” “Dah. Tapi… nak cari jauh-jauh kena pakai modal juga. Aku dah pokai ni.” “Kat Internet?” soal Mimi. “Aku takut kena tipu la.” Mimi terdiam. “Errr… kalau kau pergi PKNS, kat notice board sebelah ATM BSN, depan kedai Bonia tu. Biasa kat situ ada

41

31 Mei Gerhana Mentari Cinta

orang tampal kerja kosong. Kat bus stop pun banyak. Tak pun… kau beli Malay Mail, banyak advertising kerja kosong, Put. Nantilah aku tanya geng aku yang kaya raya tu kalaukalau mak bapak dia orang nak pakai maid, kau nak tak?” Puteri senyum bila Mimi tertawa pendek. “Kerja la Put apa-apa pun… asalkan halal.” Mereka berdua senyap sehinggalah Pinky masuk. Dia juga mencari tuala. Mimi terus keluar. “Macam mana? Dapat tak kerja hari ni?” soal Pinky. Soal sewa langsung tidak disebut. Puteri benar-benar terhutang budi dengan gadis yang beragama Kristian ini. Puteri geleng. “Dah pokai la nak call situ sini, Pink.” Puteri berterus terang. Pinky terangguk-angguk. “Ha… kau cuba part timer kat Nandos. KFC ke… McDonald’s, Kenny Rogers. Baik kau tanya. Member aku cakap, part timer kat Nandos gaji lagi mahal berbanding pekerja tetap.” “Ya?” Bulat mata Puteri mendengar semua itu. “Part timer tak dapat hostel kut.” “Yalah kut.” Pinky terus mencapai beg sandangnya. Dikeluarkan dompet. “Aku nak balik kampung esok. Ada hal sikit. Kau ambil la duit ni. Pergi cari kerja.” Puteri terdiam melihat Pinky meletakkan wang kertas seratus ringgit di hadapannya. Dia benar-benar terharu. Bibirnya mula bergetar. “Pink, aku dah banyak termakan budi dengan kau.”

42

Nass Alina Noah

“Alah… tak kisah la. Ambillah. Simpan. Nanti orang nampak… dia orang cakap aku pilih kasih pulak.” Puteri tersenyum kelat, berat hati. Namun, duit itu disimpan di dalam dompetnya. “Terima kasih, Pink.” Mereka berbual-bual kosong sehinggalah Mimi masuk. Pinky bangun. Sudah tiba gilirannya pula untuk ke bilik air. “Put, kau dah makan? Kita orang nak keluar ni…” kata Mimi, terus menyarungkan seluar jean yang sudah dipakai sehari suntuk. Biasanya tarikh luput sampai sebulan! “Tak larat la… aku nak tidur.” “Alah… jomlah. Semua nak keluar ni.” Pujuk Mimi lagi. Puteri geleng lalu menarik selimut. Mimi menggeleng, bengang. Puteri tidak tahu apa yang berlaku selepas itu kerana dia benar-benar tertidur.

43

31 Mei Gerhana Mentari Cinta

Bab 5
UTERI terjaga setelah kakinya disentuh beberapa kali. Matanya yang berpinar dan pedih dikelipkelipkan beberapa kali. Kelihatan wajah Umi dengan muka masam di hujung kakinya. “Put… kau ada ambil duit dalam kotak kat luar tak?” Puteri menjeling jam beruang di atas meja. Sudah pukul sepuluh lebih. Kemudian dia merenung Umi semula. Soalan Umi cuba diproses namun tidak jelas. “Kau cakap apa tadi?” soalnya dalam bingung. “Aku tanya kau ada ambil duit kat dalam bekas tisu kat luar tu tak?” suara Umi semakin keras. Puteri terbangun. Dia menggeleng sekali. “Tipu!” bentak Umi. “Umi?” Puteri terus keluar ke ruang tamu. Suis kipas dipetiknya. Baru sejuk badannya. Kemudian dia

P

44

Nass Alina Noah

menyelongkar ke dalam kotak tisu. Di situlah duit rumah mereka dikumpulkan untuk bayaran sewa, bil dan barang dapur. Kosong. Tiada apa-apa. “Aku tak tahu la Umi. Aku tidur.” “Kau tipu! Malam tadi kau aje yang ada kat rumah. Pagi ni pun kau aje yang ada kat rumah. Pinky dah pergi KLIA sebelum subuh. Kita orang pergi school bertiga tadi. Kau aje yang stay kat rumah,” kata Umi panjang lebar. “Kau tuduh aku ke ni?” soal Puteri seperti tidak percaya. “Aku bukan tuduh kau. Tapi… semua orang tahu kau tak ada duit, kau nak pakai duit. Kalau kau tak ambil, siapa lagi yang ambil?” “Aku tak ambil la. Sumpah, demi Allah!” Umi mencebik panjang. “Selalunya macam ni la perangai orang tangan panjang. Buat salah tak pernah mengaku. Family kau tak ajar ke macam mana nak jadi orang? Dah la tiga bulan kau tak bayar sewa, kau buat macam ni pulak dengan kita orang? Macam mana aku nak bayar sewa petang ni? Kak Ani nak datang petang ni tahu tak?” Puteri terdiam. Kenapa sampai nama ibu bapanya juga disebut-sebut? “Kalau kau tak percaya panggil polis, Umi!” Puteri terus masuk ke dalam bilik. Sakit hatinya mendengar semua itu. Selepas beberapa minit, dia mendengar pintu dihempas dengan kuat. Kemudian dia keluar dari bilik. Umi sudah tiada. Puteri menggeleng panjang. Dia memang perlukan duit, dia memang miskin, tetapi dia tidak pernah mencuri.

45

31 Mei Gerhana Mentari Cinta

Lebih-lebih lagi mencuri di dalam rumah sendiri. Dia yang tidak mahu memikirkan hal ini lagi, terus membawa bajubaju kotor ke bilik mandi. Rasanya sudah banyak hari dia tidak mencuci baju. Sudah penuh sebakul. Selepas mandi, Puteri ke dapur. Hanya ada sebungkus Maggi. Terus dimasaknya kemudian dibawa ke hadapan televisyen. Baru sahaja dia hendak menyuap, pintu rumah diketuk bertalu-talu. Puteri terdiam. Siapa yang tertinggal kunci rumah? Mahu tidak mahu dia terus membuka pintu. Bagai tidak dapat bernafas melihat dua orang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai anggota polis. Kemudian muncul Umi di belakang anggota polis tersebut. Puteri tidak terkata melihat dua anggota polis itu masuk ke dalam rumah. Kecut perutnya melihat salah seorang daripada mereka menyelongkar dompetnya. Sekeping wang seratus ringgit ditayang-tayang. “Itulah duitnya cik….” Kata Umi tanpa ragu-ragu. Puteri menggeleng-geleng. “Duit tu Pinky yang bagi aku, Umi!” “Tipu! Dia memang tak ada duit, cik. Dah tiga bulan dia tak bayar duit sewa rumah!” Puteri terdiam apabila pegawai itu mengarahkan dia ke balai polis. Selepas menukar pakaian, Puteri terpaksa mengikut. Menitis air matanya pada ketika ini.

“AKU minta maaf, Put. Aku baru tahu malam tadi. Aku nak datang pun teksi charge dua kali ganda. Nak minta tolong

46

Nass Alina Noah

orang pun aku tak tahu kat siapa? ‘Balak’ aku syif malam, tak boleh keluar.” Tangisan Puteri semakin menjadi-jadi. Dia benarbenar takut bermalam di dalam lokap malam tadi. Mimi juga ikut menangis mengenangkan apa yang telah terjadi. Alangkah terkejutnya dia apabila diberitahu oleh Umi bahawa Puteri ada di balai polis kerana mencuri. Malam tadi dia tidak dapat melelapkan mata. Selesai kuliah tadi barulah dia dapat datang ke sini. “Kau tak nak jamin aku ke?” bisik Puteri. Mimi mengetap bibir. “Aku tak ada duit Put.... Kalau kau kenal sesiapa, bagitau aku, biar aku call dia,” ujar Mimi dengan simpati. Puteri terdiam. Kemudian dia terus menceritakan apa sebenarnya yang telah berlaku. “Duit tu… memang Pinky yang bagi aku. Dah banyak kali aku minta polis call dia, tapi tak dapat-dapat.” Mimi terdiam. Dia tidak melihat semasa Pinky memberikan duit itu kepada Puteri. Dia tidak percaya Puteri mencuri. Selama mereka kenal, tidak pernah ada barang atau duit yang hilang hatta satu sen pun. Tetapi… dia tahu keadaan Puteri. Puteri terdesak dan orang yang terdesak sanggup melakukan apa saja. “Bila Pinky balik sini?” soal Puteri. “Entah… dia cakap nak balik kampung seminggu.” “Seminggu?” Puteri bagai tidak dapat bernafas. Matanya tertancap pada rantai dan gelang di tangan Mimi. Ingin saja dia meminta agar Mimi menggadaikan barang kemas itu. Tetapi itu adalah harta pusaka, milik ibunya. Puteri serba salah.

47

31 Mei Gerhana Mentari Cinta

“Put… aku tak tahu nak buat macam mana ni? Kalau benda-benda ni laku dah lama aku jual.” Puteri terdiam. Kalau begitu Mimi hanya memakai barang kemas tiruan sahaja? Oh, Tuhan! Hendak mengeluh pun dia tidak terdaya pada ketika ini. “Kau cubalah minta tolong sesiapa, okey? Yang penting, call Pinky. Cari dia sampai dapat. Dia aje yang boleh jadi saksi aku.” Mereka berdua diam. Hilang idea sehinggalah Mimi meminta diri kerana ada ujian pada petang ini. “Aku tak sangka Umi sanggup buat repot polis. Langsung tak tanya pendapat aku dulu. Setakat duit lima ratus pun dia kecoh. Macam ni ke kawan? Kau jaga diri ya Put? Aku akan tolong sedaya mungkin. Kalau aku tak dapat buat apa-apa, kau jangan marah aku ya?” Puteri tersenyum nipis mendengar harapan yang semakin kabur itu. Selepas berdakapan, Mimi beredar meninggalkan Balai Polis Seksyen 15 dalam kekesalan. Dia juga tidak hentihenti menangis. Kesal dan sedih dengan dugaan yang menimpa sahabat baiknya itu. Puteri tidak pelik. Duit lima ratus seperti lima ribu jika tidak ada duit. Nasi bungkus dan jus tembikai yang dibawa oleh Mimi tadi dipandang kosong. Tidak ada selera. Sejak semalam dia tidak berselera untuk makan meskipun beberapa pegawai polis ada menasihatkannya. Kenapa satu per satu bala datang menimpa? Apakah kerana Tuhan ingin menguji atau adakah kerana semua ini adalah balasan ke atas dosa-dosanya? Puteri tidak pernah sangka dia akan sampai ke lokap. Tidak pernah terduga. Tidak sesekali!

48

Nass Alina Noah

Bab 6
UTERI benar-benar lega melihat pemandu Datuk Kamarul sedang bercakap dengan pegawai polis di kaunter. Sejak sepuluh hari, inilah hari yang paling menggembirakannya. Dia sudah tidak sabar untuk keluar dari lokap dan pergi dari tempat yang menakutkan ini. Tidak lama membebaskannya. Kamarul. Puteri hanya mengikut pemandu Datuk Kamarul. Malunya bukan kepalang melihat Datuk Kamarul hanya memandang sepintas lalu padanya sebelum menyambung kembali bacaan akhbar. “Datuk... terima kasih sebab jamin saya,” bicara Puteri selepas beberapa saat duduk di dalam kereta. Semalam dia meminta Mimi menghubungi Datuk Kamarul kerana Pinky masih belum pulang walaupun sudah sepuluh hari. Dia tidak ada pilihan lain kecuali meminta kemudian datang pegawai

P

“Datuk tunggu dalam kereta,” ujar pemandu Datuk

49

31 Mei Gerhana Mentari Cinta

pertolongan daripada Datuk Kamarul. Biarlah dia diejek atau maruahnya tercalar, dia tidak peduli. Cukup terseksa rasanya berada di dalam lokap meskipun hanya sepuluh hari. Tidak dapat dia membayangkan betapa seksanya mereka yang dipenjarakan seumur hidup. “Tak apa… kalau Put bagitau awal-awal, kan senang?” Puteri diam. Dia malu dan dia tidak mahu menyusahkan Datuk Kamarul sebenarnya, tambahan pula dia pernah menghina Datuk Kamarul secara tidak langsung dulu. Perlahan-lahan dia mengerling ke arah Datuk Kamarul. Hartawan korporat ini masih tidak mahu memandangnya. Ketika ini dia tidak sedap hati. Jauh di sudut hati dia tertanyatanya apa yang difikirkan oleh Datuk Kamarul? Apa yang dia pasti, lelaki yang berkelas tinggi ini pasti memandang rendah atau sinis padanya. Tiba-tiba Datuk Kamarul melipat akhbar. Puteri cepat-cepat memandang ke arah lain. “Put dah makan?” soal Datuk Kamarul. Puteri geleng dalam senyum hambar. Wajah pucat tanpa secalit mekap itu cukup menyentuh hati sesiapa yang memandangnya. Datuk Kamarul terus mengarahkan pemandunya ke Hotel Bluewave. “Errr… saya segan la nak pergi hotel macam ni Datuk.” “That’s okay. Buat macam biasa aje. Put nampak cantik kalau senyum.” Puteri senyum nipis. Hatinya sedikit terubat mendengar semua itu. Sebenarnya dia sendiri tidak tahu ke

50

Nass Alina Noah

mana dia perlu pergi selepas ini. Umi pastilah tidak akan membenarkan dia masuk ke rumah selepas kejadian ini. Sampai di Bluewave, Puteri mengikut Datuk Kamarul ke restoran. Matanya silau kerana sudah sepuluh hari dia tidak melihat cahaya dengan betul. Selepas meminta pesanan, Puteri meminta diri ke tandas. Mukanya dibersihkan dengan sabun pencuci tangan. Bibirnya digigit-gigit biar nampak merah. Kemudian dia mula mendandan rambut. Menjalin di kanan dan kiri sebelum mencantumkan ke belakang. Nampak sedikit segar. Selepas itu dia kembali ke meja. Hidangan yang dipesan oleh Datuk Kamarul tadi sudah pun terhidang di atas meja. “Makan, Put....” Puteri terdiam melihat ikan siakap goreng pedas, daging masak lada hitam, udang goreng mentega, sup sayur, ayam goreng gajus dan dua pinggan nasi. Nampak menyelerakan kerana sudah banyak hari dia tidak berselera. Baru beberapa sudu nasi masuk ke mulutnya, seorang pelayan datang menghantar semangkuk asam pedas kepala ikan pula. Puteri tidak membuang masa. Kali ini dia tidak malu lagi untuk menikmati rezeki yang Tuhan kurniakan. Di dalam lokap sudah banyak yang dia pelajari. Antaranya, hargai apa yang kita ada sebelum hilang! “Nak tambah nasi?” soal Datuk Kamarul melihat nasi di pinggan Puteri hampir habis. “Tak nak. Malu.” Datuk Kamarul tertawa kecil sejurus memanggil pelayan. Tidak lama kemudian nasi tambah sampai. Kali ini Datuk Kamarul sendiri yang menambahkan nasi ke pinggan Puteri.

51

31 Mei Gerhana Mentari Cinta

“Nanti kalau ada masa, kita pergi memancing. Makan ikan bakar.” Puteri diam sejenak sebelum tersenyum panjang. Kemudian dia leka menikmati asam pedas. Hidungnya sudah merah menahan pedas. Tisu yang dihulurkan oleh Datuk Kamarul tidak disedarinya malah dibiarkan sahaja lelaki itu mengelap bibir dan hidungnya. Kemudian mereka pelbagai jenis buah-buahan. dihidangkan pula dengan

Datuk Kamarul pula meminta kopi. Puteri pula sudah bersandar kekenyangan di kerusi. Tersenyum melihat Datuk Kamarul merenungnya dalam senyum yang penuh makna. Ternyata dia silap membuat penilaian mengenai Datuk Kamarul. Lelaki ini sebenarnya baik dan ikhlas. “Errr… saya nak minta tolong dengan Datuk,” bicara Puteri agak malu-malu. Tetapi, apabila mengenangkan apa yang telah terjadi dia terpaksa menebalkan mukanya. Datuk Kamarul pula hanya tenang memandangnya. “Errr... saya rasa... saya amat perlukan duit yang Datuk offer dulu... saya janji akan bayar balik!” Nah! Puteri sudah berterus terang. Dia tidak mahu memikirkan apa-apa pun ketika ini kecuali mencari cara untuk meneruskan kehidupan. “Maaflah... I dah berikan pada orang lain, Puteri…” balas Datuk Kamarul selepas diam sejenak. Puteri tunduk. Bukan setakat terkejut tetapi malu. Ternyata Datuk Kamarul belum memaafkannya lagi. Hendak angkat muka memandangnya pun Puteri rasa segan. Mukanya sudah berat.

52

Nass Alina Noah

“Errr… tak apalah. Dah bukan rezeki Put nak buat macam mana, kan?” Datuk Kamarul mengukir senyuman. Senyuman yang sukar untuk diterjemahkan maksudnya. “Errr… boleh tak Put nak buat… pinjaman? Errr… Put akan bayar selepas Put tamat belajar.” Datuk Kamarul mengamati ke segenap inci wajah Puteri sehingga Puteri terpaksa melarikan anak matanya ke arah lain. “Errr… saya ada cadangan yang lebih baik. Apa kata… kita buat syarat. Saya jamin akan bayar.” Datuk Kamarul tersenyum. Sukar sekali untuk menterjemah makna di sebalik senyuman yang dibuat-buat itu. Puteri mula berasa tidak sedap hati. “Come on la Put. You ingat semua benda dalam dunia ni free? Semua orang suka buat janji dan semua orang suka melupakan janji. Apa yang I dapat kalau I tolong you?” Datuk Kamarul! Puteri cuba bersabar. Inilah yang dia takutkan. Apa yang Mimi dan Pinky katakan selama ini memang ada benarnya. Kebaikan Datuk Kamarul bersebab. “I mean… apa jaminan yang I akan dapat kalau I tolong you?” Puteri terdiam. Nampaknya hari ini sudah tiba giliran Datuk Kamarul pula mempermainkan maruahnya. Adakah dia sedang membalas dendam? Puteri sudah hilang kata-kata. “Baiklah Puteri... I will give what you want. But....” Datuk Kamarul sengaja tidak menghabiskan katakatanya membuatkan Puteri tidak senang duduk.

53

31 Mei Gerhana Mentari Cinta

Puteri angkat muka. Dia semakin bercelaru. Lebihlebih lagi apabila melihat Datuk Kamarul bermain-main dengan pen di atas meja. Puteri semakin resah dan takut. Walaupun suhu penyaman udara sangat rendah namun, badannya semakin kepanasan. Teh Cina di atas meja diteguknya sekali. “Listen my little princess... look at me. I adalah kapten kapal besar. Setakat ikan kecil, I tak makan. Sebab umpan I pun besar jugak. Tapi kalau you nak merasa betapa megahnya berdiri di atas kapal besar ni, kenalah buat pertukaran. Give and take.” “Saya tak faham Datuk.” “One night stand for ten thousands.” Mencerlung Puteri memandang ke wajah Datuk Kamarul. Dia sudah faham permainan yang ingin dimainkan oleh lelaki ini. “Tapi saya bukannya pelacur.” “Sebab you jual mahallah I bayar mahal.” Sinis sekali nada Datuk Kamarul. Puteri semakin tersepit. Datuk Kamarul tersenyum kepuasan. Dia masih ingat betapa dia dimalukan oleh Puteri tempoh hari. Kalau dia berkehendakkan perempuan, bukan setakat cantik malah bergetah lebih daripada Puteri pun dia boleh dapat dengan mudah. Bukannya dia tidak ada rupa atau harta. Perempuan seperti Puteri sangat biasa dan tidak ada apa-apa yang istimewa dengannya. Puteri terdiam, agak lama. Mendengar nafas sendiri pun dia tidak mahu pada ketika ini. Dia sudah mati kutu. “Saya benar-benar dalam kesempitan sekarang ni.

54

Nass Alina Noah

Tapi saya tak mampu buat apa yang Datuk nak tu. Ni semua dosa, Datuk.” Berat Puteri menuturkan kata. Datuk Kamarul diam. Kopi diteguk sehingga habis. “Fine… kalau you tak setuju, I’ll give you a second choice.” Puteri angkat muka. Dalam hati dia benar-benar berharap lelaki itu akan memberi khabar yang gembira. Dan semua yang dikatakan oleh Datuk Kamarul tadi adalah gurauan semata-mata untuk menduganya. “I nak tengok you tanpa sehelai baju pun.” Puteri menelan liur yang tidak lepas. Telinganya dapat menangkap dengan jelas walaupun Datuk Kamarul berbisik. Saat ini mereka saling bertentangan mata. Puteri tidak tahu apa yang bermain di fikiran Datuk Kamarul. Apa yang dia faham lelaki ini tidak berakhlak. Harus disumpah menjadi lipas! Menjijikkan! Perlahan-lahan Puteri bangun ingin beredar, tetapi langkahnya terhenti apabila Datuk Kamarul memanggilnya. “You balik dan fikir dulu okey?” Datuk Kamarul memasukkan wang kertas seratus ringgit ke dalam poket beg sandang Puteri. Puteri kaku sehingga kelibat Datuk Kamarul menghilang. Kemudian dia mula melangkah keluar dari lobi Hotel Bluewave ini. Pelik. Apa lagi permainan Datuk Kamarul? Mengapa dalam sekelip mata lelaki ini boleh berubah? Sudah lupuskah orang yang baik-baik di dunia ini? Ah! Bukannya salah orang lain, tetapi salah diri sendiri. Kalaulah dia tidak menjual mahal kepada Datuk Kamarul dulu, pastinya keadaan tidak akan begini. Puteri terus menaiki teksi untuk pulang ke rumah.

55

31 Mei Gerhana Mentari Cinta

Ketika dia sampai, tiada kelibat sesiapa pun. Dia terus mandi dan tidur di dalam bilik. Kasut juga dibawa masuk ke bilik, tidak mahu sesiapa pun menyedari dia berada di rumah. Mimi jangan cakap sesiapa pun aku ada kat rumah. Selepas meletakkan sekeping nota di atas meja, dia terus tidur. Sudah lama dia tidak tidur dengan selesa. Tidur di lokap, mimpi indah pun jadi ngeri.

56

Nass Alina Noah

Bab 7
Put, aku tau kau penat. Kau tidur la. Tak ada orang tau pun kau ada kat rumah. Esok Pinky sampai. Kalau kau tak salah, kau jangan takut okey. Aku sokong kau! UTERI terdiam selepas membaca mesej Mimi yang ditinggalkan di atas meja komputer. Pinky akan pulang dan menyelesaikan semua masalahnya. Dia tidak sabar melihat Umi meminta maaf daripadanya. Dia pun sudah tidak sabar-sabar mahu tahu siapa sebenarnya yang telah mencuri duit di dalam kotak itu sehingga dia yang terpaksa menanggung akibatnya. Jam dikerlingnya. Sudah pukul sembilan setengah pagi. Lamanya dia tidur. Dari maghrib hingga ke pagi keesokan harinya. Selepas menguap panjang, dia terus ke dapur. Perutnya sudah panas. Pantas dia menuangkan air sejuk ke dalam gelas. Matanya meliar mencari sesuatu yang boleh

P

57

31 Mei Gerhana Mentari Cinta

dimakan. Tidak ada mi segera, hanya ada beberapa keping roti yang berkulat. Dibuangnya kulat-kulat itu. Roti tadi terus disumbat ke mulut. Kemudian dia ke bilik air. Selepas mandi, dia mengurungkan diri di dalam bilik. Fikirannya kosong. Hanya satu wajah yang memenuhi benaknya. Wajah lelaki yang telah menghancurkan hidupnya. Kalaulah lelaki itu masih ada, tentu dia tidak perlu melalui semua ini. Kalaulah lelaki itu tidak mengkhianati dia, tentulah dia tidak perlu lari dari rumah dan menderita begini. Tiba-tiba tombol pintu bergerak-gerak. Selepas beberapa saat, muncul Mimi dengan bungkusan plastik yang mengandungi dua bekas polistirena. “Put… ni ada nasi lemak. Kelas cancel la hari ni. Menyusahkan aku aje.” Puteri diam. Dia hanya memandang ke arah Mimi yang bergerak ke dapur sebelum kembali dengan dua gelas air kosong. “Air kosong aje Put, malas la aku nak bancuh teh.” Puteri senyum sejurus menyambut sudu dan garpu yang dihulurkan oleh Mimi. “Pertama sekali… aku nak cakap, aku minta maaf sebab tak dapat tolong kau tempoh hari. Tadi Pinky call aku, dia terkejut beruk bila tahu kau kena tangkap. Dia cakap dia memang ada bagi duit kat kau.” Puteri tersenyum panjang. Berlinangan air matanya menahan sebak. “Kau dah banyak tolong aku. Memang korang berdua la sahabat aku dunia akhirat,” katanya dengan bibir bergetar.

58

Nass Alina Noah

Mimi menolak kotak tisu. “Teruk betullah Umi tu… aku tak sangka betul hati dia jahat macam Hang Jebat. Nak aje aku tampar pipi dia. Zalim, kan? Firaun lagi mulia daripada dia! Huh! Masuk nerakalah kita berkawan dengan orang macam ni.” Puteri tersenyum hambar. Sudah adat dunia. Orang miskin selalu dipandang hina. “Ke mana hilangnya duit tu?” Mimi berjeda. Bulat matanya memandang Puteri. “Member sebilik dia la yang ambil.” “Cham?” soal Puteri tidak percaya. “Haah. Cham bagi pinjam dekat boyfriend dia. Nak bayar ansuran kereta. Dia tak cakap dengan Umi. Hei… bengangnya aku! Kalau tak fikir pasal sewa rumah, dah lama aku belasah!” Puteri senyum melihat keletah Mimi. Ikan bilis di hujung bibir Mimi diambil. Mimi tersengih. “Yang aku nak marah sangat… lepas dia sumbat kau ke lokap, dua tiga hari lepas tu dia dah tahu cerita sebenar, tapi dia buat tak tahu aje sampailah aku terdengar dia marah-marah Cham. Dia orang ingat aku tak ada kat rumah. Bila aku dengar aje, aku belasah dia dengan bantal. Cham pegang-pegang kaki aku. Umi terus keluar dari rumah. Petang semalam baru dia balik. Langsung tak tegur aku.” Puteri tersenyum nipis. “Dahlah… lupakan. Syukur alhamdulillah… semuanya berakhir dengan baik.” “Macam mana pun, bila Pinky sampai nanti, aku akan pastikan dua ekor mangkuk tu minta maaf dengan kau. Kau dendalah dia orang. Kau buatlah apa pun.” “Dahlah… aku tak simpan dalam hati pun!”

59

31 Mei Gerhana Mentari Cinta

“Eleh, come on la Put! Tak simpan dalam hati konon! Errr… best tak tidur kat lokap?” Puteri diam. Berlinangan air matanya sehinggalah Mimi memeluknya. “Sekurang-kurangnya kau dapat merasa Put. Aku ni… kempunanlah nampaknya,” seloroh Mimi menceriakan suasana sedih yang menyelubungi mereka tika ini. “Woi!” jerit Puteri. Mereka berdua ketawa kuat sehinggalah Mimi memasukkan bekas polistirena kosong ke dalam plastik. Wajah Puteri dipandangnya sehingga Puteri berhenti makan. “Ada apa?” “Ada berita tak best… kau nak dengar tak? Kalau nak aku postpone, aku postpone,” kata Mimi. “Cakap ajelah. Aku dah biasa.” Mimi senyum nipis. “Put... kita orang tambah duit sikit sorang untuk cukupkan sewa rumah. Kak Ani marah sebab selalu lambat. Sorry to say… Kak Ani cakap kalau tak bayar sewa dia suruh kita kosongkan rumah ni. Dia kirim salam dengan kau, Umi la yang cakap kita lambat bayar sewa sebab kau banyak kerenah.” Puteri bungkam. Kemudian dia cuba untuk mengukir senyuman walaupun riak wajahnya sedih. “Esok lusa… aku bayar duit korang okey?” “Mana kau nak cari duit?” “Ada la....” Puteri berjanji walaupun dia sendiri masih kabur dengan hala tuju hidupnya. Mimi mencebik panjang sejurus bangun hendak ke dapur.

60

Nass Alina Noah

Puteri terdiam di atas toto. Apa yang bermain di benaknya pada ketika ini ialah wajah Datuk Kamarul. Dia seperti ternampak-nampak wang yang berjumlah sepuluh ribu ringgit itu. Jika diikutkan, kerja setahun pun belum tentu akan dapat mengumpulkan wang sejumlah itu. Sepuluh ribu ringgit dalam sekelip mata hanya dengan bertelanjang bulat? Siapa yang akan melakukannya? “Aku tak rugi apa-apa. Hanya maruah aku di mata sendiri dan di hadapan Tuhan. Hanya Tuhan dan Datuk Kamarul aje yang tahu.” Bisik Puteri pada diri sendiri. Hanya Tuhan yang jadi saksi, sedangkan orang lain? Orang lain tidak pernah mengambil kisah akan perutnya yang lapar atau betapa susahnya hidup dipulaukan oleh keluarga di atas kesilapan yang dia sendiri tidak mahu lakukan. Kerana menurut hati dan perasaan, dia yang rugi. Kerana lelaki yang dicintai sepenuh jiwa, dia yang binasa. Puteri menangis lagi. Menangis air mata darah sekalipun, sejarah tidak mungkin dapat diubah. Dia tidak berkuasa untuk memutarkan kembali masa yang telah berlalu.

61

31 Mei Gerhana Mentari Cinta

Bab 8
AMPAI hati kau buat macam ni pada Put, ya? Orang jenis apa kau ni? Sepatutnya kau bincang dengan kita orang dulu! Kau ingat kau bijak sangat? Kalau kau bijak dah sangat, tak payah la belajar dah!” Puteri terjaga setelah dikejutkan dengan suara orang mengamuk. Jam dikerling. Sudah jam sepuluh pagi. Kerana selalu tidur lewat, dia sering bangun lambat. Berasa ingin tahu apa yang sedang terjadi, dia keluar dari bilik. Semua orang memandangnya. Wajah masing-masing seperti budak sekolah rendah yang baru kena marah dengan guru besar. “Aku nak kau minta maaf dengan Puteri!” arah Pinky, kuat. Puteri terdiam. Bermakna, suara Pinky la tadi yang terjerit-jerit seperti hendak roboh rumah dibuatnya. Melihat Umi dan Cham takut-takut hendak memandangnya, Puteri menaikkan kedua-dua tangan separas dada.

“S

62

Nass Alina Noah

“Dahlah… lupakan aje. Aku dah lupa dah. At least aku ni bertuah, merasa masuk lokap!” Mimi yang hendak ketawa itu berpaling ke arah lain. Rasa lucu, tetapi sedih dan sakit hati. Pinky pula mencekak pinggang sejak tadi. Dia sudah berazam, sebaik sahaja sampai ke rumah dia akan mencekik leher Umi dan Cham. Sebenarnya dia sudah sampai di Kuala Lumpur semalam tetapi dia singgah di rumah saudaranya. “Dahlah Umi, Cham. Aku faham. Aku tak simpan dalam hati pun,” kata Puteri dengan nada yang mendatar sebelum terus masuk ke bilik semula. Setelah mengambil tuala, di terus berlalu ke bilik mandi. Dia langsung tidak angkat muka semasa melewati mereka berempat. Ada perkara lain yang lebih menakutkan daripada memikirkan peristiwa yang telah berlalu. “Put… jom makan, aku bawa buah tangan ni,” kata Pinky dengan muka masam, masih marahkan Umi dan Cham. “Simpan untuk aku okey. Aku ada hal sikit ni.” Puteri yang hanya berkemban itu terus masuk ke bilik. Hatinya berbolak-balik. Dia terus mengenakan solekan. Beberapa helai baju dibelek-beleknya. Sepasang kebaya moden yang dipakainya semasa hari raya tahun lepas ditarik keluar. Selepas setengah jam, dia keluar dari bilik. “Wow! Pewit!!!” Semua berpaling ke arah Puteri selepas Mimi bersiul. Puteri berdandan cantik dan mengenakan solekan yang berbeza pada hari ini. “Kau nak pergi mana Mak Datin?” soal Mimi.

63

31 Mei Gerhana Mentari Cinta

Puteri tergamam seketika. “Errr… aku ada hal sikit. Nak pergi cari kerja.” “Okay. Good luck!” Puteri yang sedang menyarung kasut itu berpaling. “Guys... pasal sewa tu kita bincangkan lepas ni ya. Aku ada hal ni.... Aku janji kalau aku tak bayar hari ni, aku akan keluar dari rumah ni okey?” kata Puteri sejurus pergi. Mimi dan Pinky saling berpandangan. Kemudian serentak mereka memandang Umi dan Cham yang tidak berani angkat muka. “Ni semua sebab korang la!” dengus Mimi sambil mengangkat garpu tinggi-tinggi. Mahu dicucuknya mata besar Umi itu. “Eh, apa cerita dengan ‘balak’ dia arrr?” Soalan Cham tidak habis. “Eh, jaga hal kau sendiri la. Sebab ‘balak’ kau dan kau yang bodoh ni la Puteri masuk lokap tahu tak?” Sahut Mimi, geram. Dia dan Pinky saling berpandangan. Sudah lama mereka tidak mendengar khabar berita tentang buah hati Puteri. Entah apa yang berlaku padanya. Kalau dia ada, Puteri tentu tidak akan susah sebegini.

“SAYA nak pregnancy test kit,” kata Puteri perlahan. Dia tidak membuang masa. Terus dia masuk ke tandas awam untuk membuat ujian kehamilan. Lama ditatapnya alat yang dibeli tidak sampai sepuluh ringgit itu. Ketika ini pelbagai perkara bermain di benaknya. Banyak

64

Nass Alina Noah

soalan datang, bertindan-tindan. Jantungnya pula seperti mati. Sukar untuk bernafas. Matanya tidak berkelip menatap alat ujian kehamilan itu. Dia melepaskan keluhan yang kuat. Alat ujian kehamilan yang berada di tangannya dicampakkan ke dalam tong sampah sejurus keluar dari tandas. Tidak sanggup rasanya untuk menggunakan alat itu. Hakikat sebenarnya, dia tidak sanggup menerima keputusan yang bakal diterima nanti. Air matanya terus menitis laju. Buntu untuk memikirkan hala tuju hidupnya. Dia hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala. Jalan yang dilalui juga seakanakan semakin sempit. Puteri melangkah menuju ke Tasik Shah Alam. Lenguh berjalan, dia duduk di kerusi batu. Kejadian yang berlaku semasa cuti semester lepas terbayang satu per satu di ruangan mata. Pedih, sakit, kecewa, semuanya bercampur baur. Kalaulah masa boleh diulang kembali, kalaulah dia mampu menghentikan masa, kalaulah dia berkuasa untuk mengubah sejarah, pastilah semua ini tidak perlu dilaluinya. Semakin lama dia membuang masa, semakin besar masalahnya. Kalaulah betul dia mengandung, sudah tentu perutnya akan membesar. Melahirkan anak tanpa seorang ayah? Ini bukanlah sesuatu yang diingini oleh setiap wanita. Dia bukanlah wanita barat yang boleh hidup dengan pendirian itu. Dia mahukan keluarga bahagia yang sempurna. Tambahan pula masyarakat pasti akan meminggirkannya kerana melahirkan bayi ini. Nanas? Akar kayu? Farmasi? Semua benda terlintas di benaknya kini. Mindanya semakin sesak dengan pelbagai

65

31 Mei Gerhana Mentari Cinta

permasalahan. Apa yang dia teringin sangat untuk dilakukan kini adalah tidur. Kalau boleh dia ingin menelan sebotol pil tidur. Tidur hingga puas! Malas untuk memikirkan perkara yang bukanbukan, Puteri bergerak pantas ke perhentian bas. Dia mahu pulang ke rumah dan tidur. Bas yang akan melalui rumahnya sudah mahu bergerak. Sampai di perhentian bas Seksyen 24, dia bergerak ke sebuah bangku. Bingung! Kosong! Buntu! Matanya merenung kosong ke arah orang yang lalu-lalang sehinggalah dia menyedari tujuan asalnya keluar dari rumah tadi. Dia mahu berjumpa dengan Datuk Kamarul. Dia tidak ada pilihan lain lagi kecuali menerima syarat Datuk Kamarul. Tiba-tiba terdengar sekumpulan pekerja industri yang tertawa kuat. Anak mata Puteri mengerling ke arah mereka yang sedang menunggu bas kilang untuk syif petang. Tanpa sedar dia mengeluh sendirian. Kenapa dia tidak bekerja di kilang selama ini? Adakah kerana sudah menjadi adat dalam keluarganya yang tidak membenarkan mereka untuk bekerja di kilang. Sememangnya dia sudah terlatih untuk memulaukan pekerjaan itu walaupun dia tahu tidak salah sekiranya bekerja di kilang. Asalkan halal. “Woi Put… Put!” Puteri mencerlung ke arah Persona kuning Pinky yang berhenti di hadapannya. Mimi menjengahkan kepala ke luar tingkap. “Put, aku dapat call daripada errr... member aku. Dia cakap ada orang nak pakai pekerja!” Puteri memandang ke kiri dan kanan, berasa segan kerana semua orang sedang memandangnya. Mahu tidak mahu dia menghampiri kereta.

66

Nass Alina Noah

“Kerja apa?” soalnya perlahan kerana tidak mahu menarik perhatian sesiapa lagi. “Kerja senang yang dapat duit halal dan boleh bagi cacing kerawit dalam perut kau makan!” “Heh, aku tanya betul-betul la!” “Pembantu… syarikat apa entah. Tak ingat la. Gaji… not bad.” Puteri terdiam. Mimi yang tiba-tiba berbual dengan seseorang melalui telefon bimbitnya direnung dengan seribu tanda tanya. Pinky di sebelahnya hanya tersenyum. “Hah, dia nak interview sekarang. Jom kita orang hantar kau pergi!” kata Mimi selepas mematikan talian. “Tapi… aku tak bawa sijil ni.” “Dia tak pandang sijil la. Dia pandang budi bahasa dan isi otak kau aje. Aku cakap kau talented and full of committed. Naiklah!” “Cepatlah Put! Kita orang nak pergi KL ni. Jomlah.” Pinky pula yang mengajak. Puteri masih teragak-agak. Namun begitu dia terus masuk ke dalam kereta. Sepanjang jalan Mimi bercakap tidak henti-henti mengenai kerja management trainee ini. Sedangkan dalam hati Puteri dia benar-benar berharap agar diterima bekerja. Sedikit sebanyak hatinya mulai lega kerana tidak perlu berhadapan dengan Datuk Kamarul yang ingin mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain itu. Kereta mereka meluncur laju menuju ke destinasi sehinggalah Pinky masuk ke Seksyen 4. “Errr… kat sini aje ke?” “Haah, dekat ajelah. Senang kalau kau nak datang kuliah.”

67

31 Mei Gerhana Mentari Cinta

Puteri terdiam. Kalau majikannya membenarkannya untuk datang kuliah, bila masa dia hendak bekerja? Kerja waktu malam ke? Terlalu banyak persoalan yang bermain di mindanya. Mahu sahaja dia bertanya kepada Mimi tetapi kedua-dua rakannya nampak sibuk mencari lokasi mengikut kertas yang berada di tangan Mimi. Ketika ini mata Puteri meliar ke sekeliling. Sudah lama dia tinggal di Shah Alam tetapi dia belum pernah meronda-ronda di kawasan ini. Semuanya menarik perhatian. Jauh di sudut hati, dia gerun melihat rumah-rumah besar di kawasan ini. Mungkin pemiliknya ialah orang-orang kaya. Mungkin juga menteri. Kos untuk pagar rumah mereka sahaja pun mungkin mencecah jutaan ringgit. “Aku rasa… ni la tempatnya!” kata Mimi sehingga Pinky menghentikan kereta secara tiba-tiba. “Fuh… nasib baik aku sempat tarik handbreak tadi!” cemuh Mimi. Pinky hanya tertawa pendek. Mereka bertiga terdiam melihat sebuah rumah persendirian. Entah milik siapa la ni? Nampak cantik dan mewah. Pasti bukan calang-calang orangnya. Kereta-kereta mewah juga ada tersusun di garaj. “Kita buat apa kat sini?” soal Puteri. “Ofis dia kat rumah la Put. Kau tengok betapa besar rumah dia. Gua Niah pun muat, kan Pink?” Pinky angguk pantas. Bukan bersetuju tetapi malas melayan Mimi mengarut. “Errr… kau pergi interview dulu. Dah sudah, call aku. Nanti kita orang jemput, okey? Kalau kita orang lewat,

68

Nass Alina Noah

kau call cab. Ni duit cab.” Mimi terus menyerahkan wang kertas berwarna merah kepada Puteri. Puteri terkebil-kebil, sedikit bingung. Belum sempat dia berkata apa-apa, Pinky sudah pun memecut pergi. Selepas meninggalkan Puteri, mereka berdua menuju ke KLCC untuk menonton wayang. Biasalah pada hari-hari minggu begini, ini adalah aktiviti lazim mereka. Setelah kereta menghilang dari pandangan mata barulah Puteri berpaling memandang ke rumah besar yang tidak pernah dilihatnya sepanjang hidup ini. Dia biasa melihat rumah-rumah kampung dan rumah atap genting biasa sahaja, tidak la sebesar ini. Selepas membunyikan loceng dua kali, muncul seorang wanita berambut pendek di pintu utama. Selepas menghalakan remote control, pintu pagar terbuka. Puteri masuk ke dalam, melewati halaman yang luas dan dihiasi dengan landskap yang cantik. Hatinya ragu-ragu dan takut. Semuanya serba tidak kena. Rasanya seperti dia baru saja masuk ke dalam kandang harimau. “Ya, boleh saya bantu?” Puteri bersalaman dengan gadis yang mungkin tidak jauh berbeza usia dengannya. “Errr… saya datang hendak interview kerja sebagai… sebagai errr....” Ya Allah… Puteri lupa apa kerja yang hendak dimintanya! Tadi Mimi tidak menyatakannya dengan jelas. Dia pula terlalu teruja untuk bekerja. Belum sempat wanita berbangsa asing itu menjawab, mereka berdua dikejutkan dengan jeritan kanakkanak. Puteri terdorong ke belakang setelah dirempuh oleh dua kanak-kanak itu.

69

31 Mei Gerhana Mentari Cinta

“Argh! Tolong!!!” Akibatnya dia tidak dapat mengawal diri dan terjatuh ke dalam kolam. Puteri semakin tenggelam sedangkan dua orang kanak-kanak tadi hanya mampu memandang. Wanita berbangsa asing itu sudah lari ke dalam rumah.

“ARE you okay?” Puteri merintih-rintih. Sudah beberapa kali dia termuntah dan batuk. Kelopak matanya mula terbuka. Silau! Dipejamkan kembali. Kemudian dia membuka mata semula apabila berasakan pipinya ditampar lembut beberapa kali. “Are you okay?” soal suara tadi sekali lagi. Puteri dapat mendengar suara itu dengan jelas. Seluruh alam diamati sehinggalah anak matanya jatuh pada seorang lelaki yang basah kuyup. Kilau air kolam terpancar di wajahnya, nampak berseri-seri. Dan air itu terus menitis, melalui kulit pipi, bibir, dagu dan keseluruhan badannya. Dadanya yang berombak-ombak membuatkan Puteri ingin menyentuhnya. Sudah lama dia tidak melihat badan lelaki yang mempunyai otot-otot yang sasa begini. Mata Puteri melirik memandang wajah lelaki itu, asyik sehingga lemas dalam renungannya. Puteri ingin tidur, ingin bermimpi. Jika inilah mimpi indah buatnya, dia rela tidur seumur hidup. “Are you okay?” Puteri membuka mata. Anak matanya tepat merenung ke arah bibir lelaki itu. Bibir yang mengeluarkan

70

Nass Alina Noah

kata-kata tadi. Tetapi kenapa bibirnya merah? Terlalu merah. Lipstik! Lipstik? Cepat-cepat Puteri meraba bibir sendiri. Adakah lelaki itu telah.... Oh my god! Oh my god!!! Puteri berdiri. Anak matanya mengerling ke arah dua kanak-kanak yang berdiri di belakang lelaki itu. “There you are!” Puteri terus menyambar paip dan menyemburkan air ke arah mereka berdua. Kedua-duanya menjerit-jerit melarikan diri sehingga berguling-guling di atas rumput. Puteri juga ikut sama berguling dan menggeletek mereka sehinggalah masing-masing kepenatan. Mereka terbaring menghadap ke langit. “Kan best kalau kita boleh nampak bintang di siang hari…” kata Puteri. Anak-anak yang terbaring di atas lengan kanan dan kirinya itu juga turut memandang langit. Entah apa yang mereka bertiga fikirkan. Pandangan Puteri tembus sehinggalah nampak satu wajah. Pantas dia bangun. Kulit pucat mukanya berona merah melihat lelaki yang kebasahan itu. “Errr… maafkan saya. Saya… errr… saya Puteri. Saya datang sebab… kawan saya cakap kat sini ada interview kerja.” “Pelatih kolam renang ke?” sahut lelaki itu. Puteri angguk kemudian menggeleng pantas dengan mata bulat. “Penangkap buaya?” Automatik Puteri menggeleng. Membulat matanya mendengar perkataan buaya disebut oleh lelaki itu. Alergi! “Errr… saya baru aje nak bertanya dengan cik yang

71

31 Mei Gerhana Mentari Cinta

cantik ni, tiba-tiba errr....” Puteri diam memandang muka anak-anak yang nampak takut-takut itu. Rasa kasihan pula! Dia tersengih. “Errr… tiba-tiba tergelincir, terus jatuh kolam.” Lelaki itu mengerling dua kanak-kanak tadi. “Betul?” Yang lelaki diam. Yang perempuan menggeleng. “Errr… betul la encik, kenapa tak betul pula?” kata Puteri. “Tak… abang yang tolak kakak ni papa!” sahut yang perempuan. “Errr… saya tak kisah, encik. Betul... saya tak kisah. Accident aje ni.” Puteri mula serba salah melihat lelaki itu memeluk lengan sendiri sambil merenung kedua-dua anaknya. Mungkin! “Adik minta maaf, kakak,” pinta si adik. “Abang minta maaf, kakak.” Si abang turut berbuat demikian. Puteri memegang dada, sejuk hatinya. Tersentuh hati mendengar mereka berdua meminta maaf. Dia tersenyum lega. “Kakak yang salah sebab tak pandang kiri kanan tadi. Kakak pun minta maaf juga okey. Friend?” Puteri menghulurkan jari kelengkengnya kemudian disambut oleh mereka berdua. “Errr… maafkan saya encik. Saya rasa silap tempat kut…” kata Puteri. Terasa tebal kulit pipinya menahan malu. Yang timbul di benaknya pada ketika ini ialah mencekik leher Mimi!

72

Nass Alina Noah

“Adik, abang… pergi masuk ke dalam.” Mereka berdua diam sehingga dua kanak-kanak itu masuk ke dalam rumah. “Errr… kerja apa yang Yang Mulia Tengku Puteri nak minta tu?” soal lelaki itu sambil menghulurkan tangan. “Patik Hakimi.” Puteri diam melihat tangan yang putih kemerahan itu. Seperti kulit lelaki yang telah memusnahkan hidupnya. Perlahan-lahan dia menyambutnya. “Entahlah, saya pun dah lupa. Orang suruh saya datang ke mari. Saya ikut aje la. Dia orang dah kelentong saya agaknya.” Puteri diam seketika sebelum menyambung “Errr… saya bukan anak raja.” Mereka berdua saling membisu. Entah apa yang bermain di fikiran masing-masing. Puteri menguis-nguis rumput di kakinya. Lelaki yang bernama Hakimi itu pula mengerling seluruh pemandangan di hadapannya sehinggalah mata mereka saling bertaut. “Errr....” Serentak mereka berdua membuka mulut. Puteri tersenyum. “Tak apa la encik. Saya minta maaf sebab mengganggu. Saya pergi dulu.” “Errr… kat sini nak pakai pekerja. Pembantu!” sahut Hakimi dengan pantas. “Hah, kerja ni la yang dia orang bagitau, pembantu. Management trainee.” Puteri tersengih sumbing! Hakimi senyum nipis. Kaca mata yang masih basah itu dikeringkan dengan mengangkat ke atas kepala. Nampak

73

31 Mei Gerhana Mentari Cinta

mata dalamnya. Anak mata hitamnya besar, mungkin sudah lama dia memakai kaca mata. “Errr… saya ada kerja yang lebih baik untuk Cik Puteri.” Ujar Hakimi. “Ya?” Kulit muka Puteri berseri-seri. Tidak sangka hari yang indah ini akan menamatkan penderitaannya.

74

Nass Alina Noah

Bab 9
“Ops!”

“A

SSALAMUALAIKUM!!!” “Waalaikumussa…”

Salam yang disahut oleh Pinky tidak habis kerana Mimi tiba-tiba jatuh tertiarap di hadapannya selepas dia menolak. Mimi mendengus-dengus sejurus bangun. Tergeliat pinggangnya. Puteri tertawa kuat. Sejak subuh tadi dia bangun. Tidak lena tidur kerana menunggu hari ini. Mimi saling berpandangan dengan Pinky. Pelik melihat beg-beg pakaian Puteri di ruang tamu. Lebih pelik melihat Puteri bangun awal. “Apa dah jadi? Kau nak pergi kerja ke Put?” bisik Mimi. Malam tadi sewaktu mereka balik, Puteri sudah tidur. Hendak kejutkan, tidak sampai hati. Belum sempat Pinky menyahut, Puteri keluar dari bilik dengan air muka yang berseri-seri.

75

31 Mei Gerhana Mentari Cinta

“Errr… apa semua ni?” soal Pinky. “Pindah.” “Pindah?” Serentak Pinky dan Mimi menyoal. “Ya… aku nak pindah, nak duduk rumah baru.” “Rumah baru?” Sekali lagi Mimi dan Pinky bertanya serentak. Puteri angguk dalam senyuman. “Kurangkan bertanya dan tolong aku berkemas, okey?” kata Puteri. Terdengar nada girang dalam nada percakapannya. Mimi dan Pinky saling berpandangan. Tidak faham. “How was your interview Put?” tanya Mimi walaupun dia masih belum jelas kenapa Puteri hendak berpindah. Puteri tidak menjawab membuatkan Mimi mengulangi soalannya. Kali ini Puteri mengerling tajam. “Interview apa? Kau saja nak kenakan aku, kan? Kerja yang kau cakap tu tak pernah wujud pun.” “Hah? Biar betul!” Mimi tidak terkata. “Huh, management trainee konon!” “Betul la Put! Kawan aku cakap kerja tu kat dalam kontena. Pejabat yang dibuat daripada kontena.” “Kalau kontena, takkanlah kat tengah-tengah bandar? Mestilah kat tengah laut!” Mimi memandang Pinky. Tidak faham. “Kawan aku cakap kerja ni sebagai setiausaha syarikat lori. Majikan dia orang India. Semua pekerja kat situ lelaki. Driver lori.”

76

Nass Alina Noah

“Huh! Bagusnya kau cari kerja untuk aku!” Puteri menarik muka. Tidak lama bila tiba-tiba sahaja dia tersenyum, tertawa sambil memeluk mereka berdua. “Aku dah dapat kerja la. Kerja lain. Aku dah dapat advance. Nah, ambil duit ni!” Puteri terus meletakkan beberapa ratus ringgit ke dalam genggaman Mimi. Mimi dan Pinky semakin tidak faham sehinggalah Puteri menceritakan semuanya. “Tapi… semiskin aku pun, aku tak sanggup jadi orang gaji, Mimi,” kata Puteri mengakhiri ceritanya. “Salah ke kerja tu?” duga Mimi. “Tak. Tak salah… cuma aku tak nak mewarisi kerja tu daripada saudara aku. Kena herdik, kena maki dan kena simbah minyak panas dengan tuan rumah. Tak pasal-pasal masuk berita.” “Tapi kau bukannya nak jadi orang gaji, kau nak jadi nanny. A baby sitter. Jauh beza dengan kerja housemaid tu,” bicara Pinky. “Entahlah....” Puteri mengeluh panjang. Mereka bertiga diam sejenak. Pinky dan Mimi berasa lega melihat wajah Puteri yang ceria. “Errr… habis tu bos kau bagi tak kau studi?” soal Mimi. Puteri diam sejenak. Malam tadi dia telah berfikir sedalam-dalamnya. Bekerja dahulu, selepas itu barulah dia akan menyambung pelajaran. Setelah berjaya memperolehi ijazah, bekerja dan berjaya barulah dia akan balik menyembah kaki kedua-dua orang tuanya. Puteri geleng dengan air muka yang keruh, kemudian dia ketawa riang.

77

31 Mei Gerhana Mentari Cinta

“Aku nak kerja dulu. Lepas tu baru further studies.” Mimi dan Pinky saling berpandangan. Kemudian mereka terangguk-angguk, cuba untuk memahami. Mereka bertiga diam. Tiba-tiba Mimi menepuk paha Puteri. “Errr… handsome tak bos kau?” Puteri mengerling Mimi sebelum mengangguk. Mereka bertiga ketawa besar. “Lepas ni kau tackle bos kau pulak,” kata Mimi. “Yalah tu Mimi.” Puteri bergerak ke pintu. “Kau nak ke mana Put?” soal Pinky. “Aku kena tinggal kat rumah bos aku. Twenty hours per day. Seven days per week.” “Fuiyyoh! Bestnya kerja kau. Kita reunion kat kubur la nanti jawabnya!” perli Pinky. “Tak adalah, Pink... dia cakap dia bagi aku kebebasan asalkan anak-anak dia tak kompelin aje.” Mereka bertiga diam. “Put… janji dengan aku. Satu hari nanti kau akan studi balik, at least first degree. Okay?” kata Pinky. Mimi di sebelah Pinky angguk. Puteri diam dalam senyuman panjang sebelum angguk. Mimi dan Pinky tersenyum, Puteri sudah nampak arah haluan hidupnya. Mereka benar-benar lega. Selepas berpeluk-pelukan, Puteri terus mengambil teksi ke Kediaman Sri Angsana. Sekarang akan bermula satu

78

Nass Alina Noah

episod baru dalam kehidupannya. Tanpa Pinky, Mimi, ibu bapa atau lelaki yang telah memusnahkan hidupnya. Malam tadi pun sebelum tidur dia sudah berjanji untuk melupakan peristiwa hitam dan membina hidup baharu. Biarpun kerja sebagai pengasuh tidak ada masa depan namun, dia yakin akan ada satu hari yang indah akan muncul dalam hidupnya. Dan dia akan menantikan hari itu dengan penuh syukur dan sabar. “And… for you ‘komando katak’, goodbye! Dalam mimpi pun aku tak nak jumpa kau!”

“INI bilik Miss Puteri.” Puteri terdiam melihat seluruh ruang di dalam bilik tidurnya. Hampir sama besar dengan ruang tamu rumahnya. Katil yang dilapisi cadar yang bercorak kotak-kotak itu dirabanya. Kemudian matanya memandang penyaman udara di atas kepala. Segala kelengkapan televisyen juga membuatkan dia tidak terkata. Apa yang penting, ada bilik air sendiri dan almari pakaian yang besar. Semua ini sudah cukup sempurna bagi Puteri. Dia seperti bermimpi menjadi seorang puteri raja yang tinggal di istana. “Errr… Miss Puteri…” “Panggil saya Puteri aje. Siapa nama kakak?” “Saya Laura. Dari Filipina.” “Fasihnya Laura cakap bahasa Melayu?” “Saya belajar di agensi. Miss Puteri nak berehat atau nak makan?” Puteri diam sejenak.

79

31 Mei Gerhana Mentari Cinta

“Errr… boleh Laura bawa saya tengok-tengok rumah ni?” Laura tersenyum sejurus angguk. Puteri dibawa melihat keseluruhan kawasan dan bilik-bilik di kediaman ini sehinggalah mereka tiba di dapur. Laura terus menyediakan minuman sejuk untuknya. “Sunyi rumah ni ya?” kata Puteri. Yalah, rumah besar tetapi tiada orang. Hanya bunyi air terjun binaan yang mengalir. “Masa ni adik dan abang pergi sekolah. Mak Engku pergi bercuti dengan Madam Zara. Tuan Hakimi berada di pejabat.” “Ooo....” Puteri terangguk-angguk. “Errr… dah tengah hari ni, Laura tak masak?” Laura menggeleng perlahan. “Saya tak pernah masak di rumah ini Miss Puteri.” Kening Puteri terangkat. “Habis tu macam mana semua orang makan?” “Caterer.” “Caterer?” Dahi Puteri berkerut. Dia tidak faham. Setahunya caterer untuk kenduri kahwin. Mungkin ada corak kehidupan orang-orang Kuala Lumpur yang masih belum diterokainya. “Nanti Miss Puteri akan biasa. Hendak cakap pun saya tidak faham,” terang Laura. Puteri terangguk-angguk. “Errr… siapa yang jaga abang dengan adik sebelum ni?” “Saya… dan Tuan Hakimi.” “Mama dia orang?”

80

Nass Alina Noah

Laura senyum. Kemudian dia menggeleng. Barulah Puteri faham kenapa Tuan Hakimi mencari pengasuh untuk anak-anaknya. Mereka berdua adalah anakanak yang jauh daripada kasih sayang mamanya. “Nakal tak?” tanya Puteri. Laura angguk. “Selalu kenakan saya. Selalu kena marah dengan Madam Zara.” Puteri senyum. Semua kanak-kanak nakal. Itu perkara biasa. Semua itu sedikit pun tidak meleburkan semangat Puteri. Tiba-tiba senyuman di bibir Puteri menghilang terus. Perut yang kempis diraba-rabanya. Kalau dia mengandung, beberapa bulan lagi perutnya akan buncit. Dia mesti bertindak dengan cepat untuk menyelamatkan keadaan. Dia harus membuat keputusan yang betul dan mengambil pilihan yang tepat. Berasa dia sudah lama membuang masa, Puteri bingkas bangun selepas menelefon syarikat perkhidmatan teksi. “Laura, saya nak keluar sekejap aje. Kalau saya balik lambat, kamu tolong tengok-tengokkan adik dan abang ya? Sekejap aje saya pergi.” Puteri keluar dari rumah selepas berdandan. Teksi sudah menunggunya di halaman. Dia terus ke farmasi yang berdekatan. Selepas mendapatkan ubat, dia mencari buah nanas di gerai buah. Kemudian dia terus pulang ke rumah. Perkara pertama ialah memakan ubat supaya datang haid. Tadi dia memberitahu pekerja farmasi bahawa haidnya lambat datang pada bulan ini. Selepas memakan buah nanas hampir sebiji, perutnya jadi sarat, sukar bernafas dan kekenyangan. Dia terus menapak ke bilik dan tidur.

81

31 Mei Gerhana Mentari Cinta

SELESAI mandi, Puteri terus mengenakan baju tidur. Kemudian dia baring-baring di atas katil sambil menonton televisyen. Entah bagaimana keadaan Intan Balkis dan abangnya, Syakur Noah. Tadi Laura datang mengejutkannya dari tidur dan memaklumkan bahawa putera dan puteri Hakimi itu sudah pun mandi. Penat berfikir, dia mengeluh. Mengeluh dan mengeluh. Apa yang telah berlaku bermain-main di matanya. Jauh sungguh jalan yang telah dilalui, terlalu banyak yang perlu diharungi dan bukannya sedikit yang terpaksa dihadapi, dan bekerja di sini telah membuka lembaran baru dalam hidupnya. Puteri tidak pasti apa yang akan berlaku pada hari esok tetapi sekarang dia benar-benar lega kerana sudah mempunyai tempat tinggal dan makan yang mencukupi. Tiba-tiba terdengar bunyi pintu diketuk. Lamunan Puteri mati terus. Selepas beberapa saat Laura masuk menjengulkan kepala. “Miss Puteri… tuan jemput makan.” Puteri yang baru hendak memejamkan mata, bangun. Jam di atas meja sebelah kepala katil dikerling, baru jam lapan lebih. Sengaja dia tidak keluar bilik dengan alasan letih berkemas tadi. Tetapi rasa serba salah membisukan mulutnya. Mahu tidak mahu dia terus mengekor Laura ke bilik makan selepas menyikat rambutnya. Dadanya berdebardebar. Rasa malu mula bertandang. Ketika dia sampai, meja sudah pun penuh dengan pelbagai masakan. Namun, bukan masakan itu yang membuatnya tertarik tetapi bauan yang menyegarkan. Entah apa jenama minyak wangi yang dipakai oleh majikannya sehingga dia tidak dapat bernafas dengan betul. Puteri senyum kepada Hakimi di hujung meja.

82

Nass Alina Noah

Kedua-dua anaknya duduk bersebelahan. Saat mata mereka bertembung, Puteri tidak dapat mengawal emosi, akibatnya dia terlanggar kaki kerusi. Intan Balkis dan Syakur Noah terus ketawa kuat sehingga ditegur oleh Hakimi. “Errr… saya minta maaf, ya?” kata Puteri, merah padam mukanya. “Duduk, Puteri.” Puteri duduk berhadapan dengan Intan Balkis dan Syakur Noah kerana di bahagian itu ada pinggan yang terlangkup. Laura datang membalikkan pinggan dan terus menyendukkan nasi. “Makan…” kata Hakimi kepada anak-anaknya. Mereka berdua sangat patuh. Puteri senyum dalam diam. Bukan susah jadi pengasuh! Kerja paling senang. Beberapa saat berlalu dengan aman, sehinggalah…. “Adik nak yang tu la!” “Ni abang punya!” “Argh! Argh! Argh!” Bulat mata Puteri melihat Intan Balkis bertempik tidak henti-henti. Dia mengerling ke arah Hakimi. Majikannya itu hanya diam. Puteri terus meluru untuk meleraikan pergaduhan mereka. “Arkkk!!” Entah bagaimana, Puteri terdorong ke belakang sehingga kepalanya tercurah dengan semangkuk ayam masak merah.

83

31 Mei Gerhana Mentari Cinta

Hakimi yang tidak menjangkakan insiden itu akan berlaku cuba menolongnya bangun namun, dia terpijak kuah ayam masak merah tadi. Hanya dalam beberapa saat sahaja dia tersembam jatuh di hadapan Puteri, hampir-hampir menghempap tubuh Puteri. Intan Balkis dan Syakur Noah ketawa tidak hentihenti melihat apa yang berlaku. Bulat mata Puteri memandang Hakimi dan Laura yang seperti dipukau, diam tidak tahu untuk buat apa-apa. “I’m sorry!” kata Hakimi. Banyak kuah merah di baju dan seluarnya. Sekali lagi dia jatuh ketika cuba bangun. Kali ini jatuh di atas Puteri. Puteri cuba menolongnya untuk bangun. “That’s okay, sir….” Dalam gelengan pendek, Hakimi meninggalkan bilik makan. Puteri terus membersihkan rambutnya di singki. Laura pula membersihkan lantai. Intan Balkis dan Syakur Noah sudah bersembunyi di bawah meja makan. Tidak lama kemudian Hakimi kembali dengan pakaian yang sudah berganti tetapi ada sesuatu di tangannya. Terkejut Puteri melihat rotan di tangan Hakimi. Hakimi terus menarik kedua-dua anaknya agar keluar dari bawah meja. “Tangan!” Intan Balkis dan Syakur Noah terus menghulurkan tangan. Takut-takut. “Eee… jangan!” tempik Puteri kuat.

84

Nass Alina Noah

Dia terus menarik mereka berdua agar berlindung di belakangnya. Sisa bawang merah yang jatuh ke kakinya langsung tidak dihiraukannya. “Ni anak-anak saya Puteri! Tugas awak hanya mengasuh!” Puteri diam. Piap! Piap! Piap! Piap! Dua tangan kiri, dua tangan kanan. Itulah balasan untuk kanak-kanak yang hanya berusia tujuh tahun dan sembilan tahun. Intan Balkis dan Syakur Noah terus menangis. Hakimi langsung tidak menunggu. Dia terus beredar tanpa mempedulikan anak-anak yang sedang menangis kesakitan. Piap! Piap! Piap! Piap! Tangisan berhenti terus. Bunyi rotan yang disebat ke kulit itu membuat langkah Hakimi mati. Pantas dia berpaling. Tidak berkelip matanya melihat Puteri merotan tangan sendiri. Entah berapa kali namun, dia masih belum berhenti. Hakimi meluru dan terus merampas rotan itu. “Awak buat apa ni?” “Salah saya sebab tak jaga masa dia orang makan tadi, tuan.” Puteri melarikan tangannya ke belakang punggung. Sakit dan pedih hanya Tuhan yang tahu. Entahentah sudah berdarah. “Bukan salah awak, tapi dia orang yang tak beradab.” “Sebab saya yang sepatutnya mengajar mereka dengan betul, tuan!” mengajar, tak

85

31 Mei Gerhana Mentari Cinta

Ah! Puteri telah terlepas cakap. Hendak menyesal pun tidak guna. “Awak sindir saya?” “Tak.” “Awak sindir saya tak pandai jaga anak sebab pukul dia orang dengan rotan, kan?” “Saya rotan diri sendiri sebab saya nak tahu bagaimana kesakitan yang dia orang rasa, tuan. Kalau dia orang sakit empat kali, orang dewasa kena sakit berkali-kali untuk rasa apa yang kanak-kanak rasa.” Hakimi terdiam. Matanya tidak berkelip merenung Puteri. “Maksud awak, saya yang salah?” “Saya yang salah. Sepatutnya saya ajar dia orang cara makan yang betul selepas dia orang balik dari sekolah tadi. Tapi saya tertidur.” “Tidur? Saya bayar gaji awak untuk tidur ke?” “Saya minta maaf. Saya ambil ubat tahan sakit. Period pain.” Hakimi terdiam. Puteri tunduk, masih tidak mahu angkat muka atau bertentangan mata dengan Hakimi. Bukannya dia mahu menipu, tetapi sebaik sahaja dia terjaga dari tidur tadi, pinggangnya berasa lenguh-lenguh. Mungkin kesan daripada pengambilan ubat tadi. “Tolong bagi saya peluang untuk jadi pengasuh yang berjaya, tuan. Saya akan ubah anak-anak tuan.” Hakimi diam sejenak. Muka Puteri dipandang, bersilih ganti dengan muka anak-anaknya. “Baik, saya bagi awak masa sampai malam esok.

86

Nass Alina Noah

Saya nak tengok macam mana awak ajar dia orang ni makan.” Kata Hakimi sejurus beredar. Puteri diam. Hendak menelan liur pun tidak mampu pada ketika ini. Bagaimana hendak mengubah sikap manusia dalam tempoh yang singkat?

87

31 Mei Gerhana Mentari Cinta

Bab 10
EJAK balik dari pasar tadi Puteri tidak henti-henti memasak. Nampak seperti hendak mengadakan kenduri. Habis menumbuk, dia mencencang. Belum siap cencang, dia sudah menumis. Entah apa yang dimasaknya. Tidak berselera tekaknya untuk makan masakan yang berbau ‘kedai’ dari katerer ini. Belum pun selesai menyediakan makan tengah hari, Intan Balkis dan Syakur Noah sudah pulang. Riuhrendah ruang tamu. “Laura… tolong tengokkan gulai ni, ya? Saya nak tengok adik dengan abang.” Puteri terus ke ruang tamu. Dia terkejut melihat kasut sekolah bertaburan di atas karpet. Si adik sedang mendakap patung beruangnya di sofa. Si abang pula sedang menonton kartun. Puteri terus menutup suis televisyen. Syakur Noah terbangun. Intan Balkis merenungnya tajam.

S

88

Nass Alina Noah

“Nak tengok TV boleh… nak dakap teddy bear pun boleh… tapi kena mandi dulu,” ujar Puteri lembut. Tidak mahu berkasar dengan budak-budak. “Mama tak ada pun ajar macam ni? Auntie Put nak sibuk kenapa? Auntie Put tu orang gaji! Auntie Laura tak pernah bising pun! Sibuk!” marah Syakur Noah. Puteri diam sejenak sebelum senyum. Kemudian dia menangis. Air matanya menitis laju sehingga mencuri perhatian mereka berdua. “Kenapa Auntie Put?” soal Syakur Noah. “Perangai adik dengan abang sama macam Auntie Put dulu. Degil. Tak nak dengar cakap, suka letak kasut sekolah merata-rata. Malas buat kerja sekolah. Auntie Put lagi teruk dulu, Auntie Put kungfu sapa-sapa yang tak dengar cakap Auntie Put,” cerita Puteri. Puteri menangis lagi. Sempat dia meminta tisu daripada Intan Balkis. “Nenek Auntie Put yang selalu cuci kasut sekolah. Auntie Put sayang sangat dengan dia. Satu hari dia meninggal masa cuci kasut sekolah.” Puteri tidak dapat menyambung ceritanya lagi kerana dia menangis tidak berlagu lagi, kalah Intan Balkis! “Sejak hari tu… Auntie Put cuci sendiri kasut sekolah. Balik sekolah pun Auntie Put mandi sendiri. Pakai minyak wangi. Bila Auntie Put jadi baik, datang pari-pari kawan dengan Auntie Put.” Intan Balkis menghampiri Puteri. Cerita Puteri semakin menarik perhatiannya. “Pari-pari cakap… kalau kita rajin, bau sedap, suka mandi, tak lawan cakap orang tua, kita akan masuk syurga

89

31 Mei Gerhana Mentari Cinta

tau! Nabi sayang… Allah sayang… papa sayang… mama pun akan tambah sayang,” tambah Puteri lagi. Dia mengerling kedua-duanya. Entah mereka percaya atau tidak dengan ceritanya. Lantak la belalang! “Tapi… kalau kita malas, bau busuk, suka lawan cakap orang tua… nanti masuk neraka. Superman pun tak boleh tolong!” Puteri terus memujuk dengan pelbagai cara sehinggalah mereka berdua meletakkan kasut di atas rak kasut. Pendekatan psikologi sememangnya berkesan. Kemudian dia menemani mereka ke tingkat atas. Selesai mandi Puteri membawa mereka ke bilik makan. Laura sudah menyiapkan meja dengan pelbagai jenis lauk. Ayam goreng masak merah pun ada. Itulah kegemaran anak-anak Hakimi. Puteri duduk di kerusi yang diduduki Hakimi malam tadi. “Kat syurga kita boleh naik kuda bersayap. Kalau sesiapa nak masuk syurga kena baca doa dulu sebelum makan.” “Kalau tak baca?” sahut Syakur Noah. “Kalau tak baca… tak dapat pahala la!” “Mama dengan papa tak pernah baca pun,” kata si adik dengan jujur. Puteri terdiam seketika, berfikir alasan yang boleh diberikan. “Sebab mama dan papa dah ada kereta. Kalau adik dengan abang nak naik kuda bersayap, kena baca doa. Nabi suka, Allah suka, nanti boleh masuk syurga.”

90

Nass Alina Noah

“Syurga tu apa Auntie Put?” soal Intan Balkis. Bulat mata Puteri memandang Intan Balkis. Aduh! Susahnya hendak menjawab soalan budakbudak. Rasanya dia rela menjawab soalan tahun akhir di universiti daripada berhadapan dengan kanak-kanak. Nasib baiklah dia tidak menjadi guru tadika dulu. Kalau tidak… fening ana! “Tempat orang baik-baik yang beriman dengan Allah. Semua ada kat situ. Semua yang kita nak, kita akan dapat. Tapi… kena jadi baik dulu.” Intan Balkis dan Syakur Noah terus mengikut Puteri membaca doa makan. “Kalau papa makan bersama, cakap dengan papa macam ni sebelum makan. Papa… silakan makan. Kalau Mak Engku dengan mama ada pun kena cakap macam tu juga. Nanti boleh masuk syurga. Okey sekarang boleh makan, jangan gelojoh…” kata Puteri dalam senyum panjang. Melihat mereka berdua mencapai sudu dan garpu, Puteri memegang tangan kedua-duanya. “Makan pakai tangan kanan. Baca bismillah… kalau tak baca, nanti syaitan masuk dalam mulut kita.” Puteri senyum melihat mereka berdua mematuhinya. Bukannya susah hendak membentuk peribadi anak-anak. Kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya. “Dah habis makan, bawa pinggan ke singki tau. Nanti Auntie Laura cuci. Kalau sesiapa malas guna tangan, nanti kat syurga, tangan dia kena potong. Tak dapat la jadi Ultraman fire sana sini. Bayangkan kalau Ultraman tak ada tangan atau kudung, siapa nak fire raksasa?”

91

31 Mei Gerhana Mentari Cinta

Syakur Noah terus membawa pinggan ke singki. Intan Balkis juga mengikut. Ngeri betul memikirkan tangan Ultraman kudung! “Lepas tu kalau nak keluar dari bilik makan, minta izin daripada papa atau mama dulu okey? Kalau Mak Engku ada, pun kena minta izin jugak.” Ajar Puteri satu per satu. Bukan sahaja makan tengah hari, makan petang juga diajar perkara yang sama. Bagaikan sedang berlatih untuk menghadapi penilaian Hakimi sewaktu makan malam nanti sahaja.

JAM sudah berdenting lapan kali. Puteri diam di meja makan. Batang hidung Hakimi langsung tidak nampak. Intan Balkis dan Syakur Noah dikerling. Nampak muka mengantuk. “Errr… abang baca doa, kita makan sekarang. Nanti nak tidur. Esok nak pergi sekolah.” Syakur Noah terus membaca doa. Puteri hanya diam merenung. Dia tersenyum puas melihat mereka mempraktikkan apa yang diajarnya sejak tengah hari tadi. Kemudian dia menghantar mereka ke bilik tidur. Gigi digosok, kaki dicuci dan mesti berdoa sebelum tidur. “Kerja sekolah dah siap petang tadi, kan?” tanya Puteri selepas menarik selimut Intan Balkis. Anak bongsu Hakimi mengangguk. Kemudian Puteri menunggu sehingga dia terlena. Selepas itu dia ke bilik sebelah. Syakur Noah masih

92

Nass Alina Noah

menonton televisyen. Setelah pasti kerja sekolah semuanya siap, Puteri meminta dia membuka mulut. “Abang dah gosok gigi, Auntie Put.” Puteri tersenyum. Bahagia mendengar Syakur Noah menggelarkannya ‘auntie’. Terasa dihormati. Juga terasa bahagia kerana kedua-dua anak Hakimi sudah dapat menerimanya sebagai pengasuh. “Cuba tidur awal, ya? Baca doa dulu. Nanti Auntie Put datang padamkan TV.” “Tak payah. Abang dah pandai setkan ‘sleep’ kat TV ni.” Puteri terangguk-angguk. Memang budak-budak zaman sekarang cepat belajar. Sengaja dia membiarkan Syakur Noah menonton televisyen meskipun jarum jam hampir menunjukkan sembilan setengah malam. Kata Laura, anak sulung Hakimi tidak boleh tidur kalau tidak menonton. Puteri kembali ke biliknya yang tidak jauh dari bilik mereka berdua. Tiba-tiba dia terfikirkan Hakimi yang masih belum pulang. Bukankah Hakimi sudah berjanji untuk makan malam bersama-sama anaknya? Rumah yang besar ini tidak bererti kalau perhubungan kasih sayang hambar. Mungkin Hakimi sibuk agaknya. “Uwek!” Puteri cepat-cepat ke bilik air kerana berasa loya. Selepas termuntah, dia mula mendesis sakit. Perutnya memulas-mulas. Ditekan-tekannya kuat. Bagaikan mahu putus pinggangnya. Air matanya menitis laju menahan sakit. Matanya bulat melihat sedikit darah keluar dari hujung seluar tidurnya. Kemudian darah itu menjadi semakin banyak.

93

31 Mei Gerhana Mentari Cinta

“Ya Allah… maafkan aku! Maafkan aku… maafkan aku. Aku bertaubat… aku bertaubat. Ampunilah aku… ampunilah aku....” Ya! Puteri mungkin sudah melakukan dosa besar. Namun, apa pilihan yang dia ada? Keadaan dan situasi telah memaksanya untuk menjadi seorang yang zalim.

94

No. ISBN:- 978-967-0448-30-5 Jumlah muka surat:- 808 Harga Runcit:- S/M: RM28, S/S: RM31 Harga Ahli:- S/M: RM24, S/S: RM27 Sinopsis:Puteri, namanya melambangkan seorang wanita yang hidupnya dilimpahi kemewahan dan kebahagiaan. Tetapi, tidak. Pelbagai dugaan mendatang membuatkan dirinya hampir-hampir berputus asa untuk meneruskan kehidupan. Puteri yang menjadi ayam tambatan keluarganya untuk keluar dari kepompong kemiskinan telah hilang arah setelah kekasihnya yang berjanji akan melamarnya tidak kunjung tiba. Hilang lesap begitu sahaja. Dia dibuang keluarga dan tidak dapat meneruskan pengajiannya. Namun, hidupnya mula disinari cahaya bahagia

apabila ditawarkan menjadi pengasuh kepada anak-anak Hakimi. Sementelah, anak-anak Hakimi amat menyayanginya dan menerimanya sebagai mama mereka. Tanpa diduga, Puteri dan Hakimi saling jatuh cinta di antara satu sama lain. Hakimi melamarnya, membuatkan Puteri semakin bahagia. Namun, hidup Puteri sekali lagi diduga. Hakimi tidak menyentuhnya dan diam membisu setiap kali Puteri ingin berbincang perihal rumah tangga mereka. Puteri benarbenar keliru. Kekeliruan dan kehampaan ini telah merubah sikap Puteri. Hatinya telah dilukai buat kali kedua oleh kaum Adam. Dia menjadi seorang yang pendendam. Rupa-rupanya Hakimi mempunyai agenda tersendiri mendirikan rumah tangga dengan Puteri. Malah, ada rahsia besar yang tersembunyi di rumah Hakimi. Apakah rahsia besar itu? Puteri pula... apa kaitannya dengan agenda Hakimi dan rahsia besar yang tersembunyi itu? “Malam pertama kita telah berakhir... dan itu telah mengakhiri semuanya.” Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan 31 MEI GERHANA MENTARI CINTA di rangkaian kedai buku Popular, MPH dan kedai-kedai buku berhampiran anda. Anda juga boleh membeli secara pos atau online dengan kami. Untuk pembelian secara online, sila layari laman web kami di:- www.kakinovel.com. Untuk pembelian secara pos, tuliskan nama, alamat

lengkap, no. telefon, tajuk novel yang ingin dilanggan, jumlah naskhah yang dibeli di atas sekeping kertas. Poskan dengan wang pos atau money order (atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE) ke alamat berikut:Kaki Novel Enterprise No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12, D’Wangsa, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Tel:- 03-4149 0096 Faks:- 03-4149 1196

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful