Didik Hibur : Satu Alternatif Pendekatan Pengajaran Membaca dalam Kalangan Pelajar Linus Dr.

Mashudi Bin Baharia*, Zainiyah bt. Md Zaina, Dr. Nurfarah Lo Abdullahb
a

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu Lembah Pantai, 59990 Kuala Lumpur

b

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa Lembah Pantai, 59000 Kuala Lumpur *Penulis untuk dihubungi: mashudibahari@yahoo.com Abstrak

Kertas kerja ini membincangkan pendekatan Didik Hibur (DH) dalam pengajaran dan pembelajaran membaca bahasa Melayu (BM) kepada murid program LINUS. LINUS akronim bagi „Literasi and Numeracy Screening’, merupakan program pemulihan yang dirangka untuk membolehkan murid Tahap 1 sekolah rendah memperoleh kemahiran asas membaca dan mengira. Aspek seni bahasa dalam rangka Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) memasukkan elemen seni bahasa. Oleh hal yang demikian, pendekatan DH sebagai satu alternatif strategi pengajaran membaca supaya pembelajaran bahasa Melayu menjadi lebih seronok, kecindan, dan santai untuk diikuti oleh murid. Guru boleh menyampaikan unsur DH dan seni bahasa secara nyanyian, berlakon, bercerita, bermain, berpuisi, melukis, drama pendek, serta kombinasi strategi visual, audio, kinestetik dan taktikal (VAKT). Dalam rangka kertas kerja ini, DH berdasarkan nyanyian lagu kanak-kanak diterapkan untuk penguasaan kemahiran membaca daripada konstruk 1 hingga konstruk 12 yang terdapat dalam tahap kemahiran membaca program LINUS. Pemilihan seni kata lagu merupakan satu instrumen strategi bacaan. Hal ini demikian kerana seni kata lagu yang dibaca oleh murid merupakan lambang-lambang tulisan. Lambang-lambang tersebut diucap atau diungkap secara bersahaja. Membaca, mengingat dan memahami serta menaakul huruf, membaca perkataan, sehinggalah membaca ayat penuh akan menjadi lebih mudah dengan pendekatan pengajaran secara DH. Justeru, empat elemen motivasi instrinsik, iaitu cabaran, ingin tahu, kawalan dan fantasi, menjadi landasan teori DH. Cabaran merupakan aktiviti yang mengandungi tujuan pembelajaran bermakna, ingin tahu pula menggunakan deria kognitif, yang mana murid sedar pengetahuan belum sempurna atau ke langkah penyempurnaan. Manakala kawalan pula bermaksud memberi autonomi dalam pembelajaran dengan cara murid mampu memilih cara belajar dan menangani situasi pembelajaran. Konsep fantasi pula menggunakan imej mental dan khayalan bayangan situasi sebenar. Secara rumusnya, pendekatan DH dapat diaplikasikan kepada murid LINUS biasa atau LINUS tegar yang mengikuti pembelajaran secara berasingan. Malah DH juga untuk murid kelas LINUS keseluruhan sebagai satu daripada strategi pelepasan dalam ujian saringan peringkat satu, peringkat dua dan peringkat tiga. Apabila murid melepasi ujian saringan satu, dua dan tiga, murid LINUS boleh berada dalam kelas biasa atau kelas perdana.

Kata kunci : pengajaran Bahasa Melayu, didik hibur, LINUS, konstruk ujian pelepasan, otak

DIDIK HIBUR : SATU ALTERNATIF PENDEKATAN PENGAJARAN MEMBACA DALAM KALANGAN MURID LINUS 1.0 Pengenalan LINUS ialah akronim bagi “Literacy and Numeracy Screening”. LINUS merupakan satu program khas untuk membolehkan murid memperoleh kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). Literasi bermaksud kebolehan murid membaca, menulis, memahami perkataan, ayat tunggal, dan ayat majmuk yang mudah. Kebolehan dalam kemahiran literasi membolehkan murid menguasai kemahiran berkomunikasi dan menaakul. Numerasi pula merujuk kepada kebolehan murid mengira, iaitu operasi asas matematik yakni olahan mencampur, menolak, mendarab dan membahagi. Di samping berkemahiran matematik murid dapat mengaplikasikan pengetahuan asas matematik dalam kehidupan mereka seperti mengira dan mengenal nilai wang Malaysia. Jawatankuasa Program LINUS, Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK) merupakan satu badan induk di bawah Menteri Pelajaran, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), menjalankan tugas bagi memastikan program tersebut lancar dan mencapai sasaran KPM. Badan induk ini mengandungi enam agensi pelaksana, iaitu: i. ii. iii. iv. v. vi. Bahagian Perkembangan Kurikulum – pembina modul untuk guru dan murid Bahagian Pendidikan Guru – menguruskan hal latihan guru dan FasiLINUS Lembaga Peperiksaan Malaysia – menguruskan instrumen ujian saringan Bahagian Sekolah Harian – penyebaran maklumat, kutipan data dan analisa Jemaah Nazir – jawatankuasa kawalan mutu pemantauan dan bimbingan Bahagian Pendidikan Khas – bertanggungjawab terhadap murid yang berkeperluan khas. Sasaran sub National Key Result Area (NKRA), KPM ialah murid kohort pertama Tahun Satu pada tahun 2010 dapat menguasai sepenuhnya (100%) kemahiran asas 3M, selepas tahun 2012, iaitu murid tersebut sudah berada di Tahun Empat (Tahap Dua). Dalam melaksanakan program ini, KPM telah menghasilkan modul pengajaran dan pembelajaran berasaskan beberapa konsep untuk membolehkan murid menguasai literasi. Konsep yang diambil kira ialah pendekatan literasi secara bersepadu dan ansur maju. DH merupakan penggabungjalinan dan pengulangan konsep tersebut untuk dizahirkan dalam modul pengajaran dan pembelajaran bagi membantu guru melaksanakan program literasi. (KPM, 2010)

berlakon dan berpuisi. ceria dan santai. Penekanan yang wajar diberikan dalam aspek ini ialah teknik penyampaian yang menarik dan menyeronokkan seperti bernyanyi. Hal ini bermakna semakin banyak membaca semakin banyak pengetahuan diperoleh oleh seseorang. Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang mula dilaksanakan oleh KPM. Strategi ini dimasukkan dalam KSSR sebagai satu transformasi kurikulum persekolahan (KPM. bercerita. memahami dan menghargai bahasa melalui pembelajaran yang menyeronokkan menerusi kepelbagian aktiviti secara DH (KPM.terdapat tiga kemahiran utama. 1990).0 Model Pengajaran Didik Hibur Didik Hibur (DH) merupakan satu kaedah alternatif semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam kemahiran membaca. 3. 3.1. dan perasaan yang disampaikan oleh penulis kepada pembaca melalui perantaraan lambang-lambang bahasa. Kehebatan membaca ialah kemahiran mentafsir dan memahami teks yang bercetak (Siti Hajar Abdul Aziz. kenyataan. Aspek seni bahasa merujuk kepada keupayaan murid untuk mengungkap dan mengapresiasikan bahasa. iaitu kemahiran mendengar dan bertutur. 2011). Membaca ialah satu tindakan komunikasi. Institut Pendidikan Guru Malaysia (2012) menjelaskan bahawa `literasi‟ ialah keupayaan membaca.2. Dua aspek tambahan dalam KSSR ialah aspek seni bahasa dan aspek tatabahasa. 2009. menulis. Cohen. Pendekatan aspek yang digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran adalah melalui DH. KPM (2011) mentakrifkan `literasi‟ sebagai keupayaan murid untuk membaca.0 Definisi Konsep Literasi dan Didik Hibur Kamus Dewan (2000:949) memberi makna secara literal bahawa `literasi‟ ialah kebolehan menulis dan membaca. menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian. dan memahami ayat tunggal dan ayat majmuk menggunakan kata hubung „dan‟ dalam Bahasa Malaysia dan mampu menggunakan perkataan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian murid. kemahiran membaca dan kemahiran menulis. . Ciri-ciri Didik Hibur Antara ciri yang penting yang diberi penekanan dalam DH adalah: i. 2010). iaitu satu proses berfikir yang melibatkan idea. Keupayaan dan darjah kefahaman membaca yang tinggi berkait rapat dengan peluasan medan pengetahuan seseorang. Pembelajaran yang seronok. `Hibur‟ dalam konteks pengajaran bermakna pembelajaran yang menyenangkan atau menggirangkan serta berasa seronok. `Didik‟ bermaksud mengajarkan sesuatu pelajaran dalam konteks pengajaran dan pembelajaran.

Nyanyian disampaikan melalui bunyi suara yang mengandungi irama. pantun empat kerat (sekiranya murid mampu menguasai bahan atau teks puisi). rentak dan alunan nada yang merdu. iii. Bercerita – cerita rakyat. Nyanyian – lagu kanak-kanak yang sering didengar atau diketahui oleh murid. iii. Murid dapat berkolaborasi dalam bilik darjah secara kumpulan. . Murid dapat menghayati. ii. Berlakon – lakonan spontan. manusia sejak lahir sudah didendangkan dengan pelbagai lagu oleh ibu mereka ketika bayi. vi. Murid terlibat secara langsung membolehkan mereka berkomunikasi secara verbal (lisan). motivasi dan kesediaan belajar murid melalui pengalaman sedia ada. Mengguna dan memahami pantun dua kerat secara DH. sebutan.Dapat meningkatkan keyakinan. Nyanyian boleh digembeleng dengan iringan muzik atau alat muzik dan tepukan tangan sebagai memurnikan seni kata lagu.2 Objektif Didik Hibur Antara objektif DH yang terkandung dalam KSSR adalah: i. Dendangan lagu menjadi satu impak kepada naluri kanakkanak. Lagu yang seni katanya mudah diingat atau dihafaz akan menjadi siulan kanakkanak. 3. Nyanyian dapat membantu murid menguasai kosa kata.3 Aspek Didik Hibur Antara aspek DH yang disarankan dalam KSSR adalah: i. Kesimpulannya. cerita binatang. dan bukan verbal (bahasa badan). Kandungan cerita hendaklah menjurus kepada perkembangan tahap kognitif dan kesesuaian murid. nyanyian yang dipelajari lebih berkesan dan daya tahan ingat (memory) lebih kekal. iv. v. memahami dan ada perubahan tingkah laku hasil daripada pembelajaran. 3. Bunyi suara atau vokal mestilah jelas. jelas sebutan terutama pada bunyi huruf vokal. iv.4 Nyanyian dalam Didik Hibur ii. Secara fitrahnya. Mengguna dan memahami bahasa yang indah dan bahasa badan dalam lakonan dan bercerita. Murid bersikap toleran sedia menerima dan memainkan peranan yang diberi. Berpuisi – pantun dua kerat. ii. Mengguna dan memahami lirik lagu secara DH. 3. maka pemilihan lagu mesti sesuai dengan situasi bilik darjah dan tahap kemampuan murid. Irama dan lagu saling berkait. Lagu rakyat yang mudah difahami dan seni kata lagu tersebut juga boleh digunakan sebagai bahan pengajaran. cerita rekaan. lakonan yang mempunyai skrip yang mudah diingat dan dibaca oleh murid. iii.

1 Prinsip Nyanyian dalam Didik Hibur Beberapa prinsip nyanyian yang dipilih untuk bahan pengajaran dan pembelajaran murid LINUS adalah seperti yang berikut: Lagu yang sesuai dengan tahap perkembangan mental dan fizikal murid.5 Latar Belakang Pendekatan Membaca Mengikut Isahak Haron (2004) kajian membaca dipengaruhi oleh dua perspektif atau mazhab tentang cara kanak-kanak mula belajar membaca. Oleh hal yang demikian. Sifat lagu yang mempunyai mesej yang jelas. . perkataan dan ayat yang dipelajarinya secara semula jadi. mempunyai jalinan cerita yang merujuk kepada nilai murni dan motivasi murid. bunyi suku kata. ii. 3. nyanyian dalam pengajaraan dan pembelajaran mempunyai kepentingan yang signifikan seperti yang berikut: Dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. ii. membunyikan suku kata dan membatang perkataan serta membaca ayat mudah.4. i. khususnya supaya murid LINUS tidak ketinggalan dalam pengisian pembelajaran mereka. 3. Nyanyian dapat membantu murid mengingat konsep seperti nama huruf. berasa seronok. Pemilihan melodi dan lirik yang hampir dengan murid LINUS. maka kemasukan konsep DH adalah penambahbaikan daripada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) kepada KSSR sebagai transformasi untuk membangunkan sistem pendidikan. rima. v. iii. tekanan. Lirik lagu yang mempunyai makna.2 Kepentingan Nyanyian dalam Didik Hibur Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.4.intonasi. Mazhab pertama berasaskan perspektif linguistik yang beranggapan bahawa bahasa terdiri daripada „bunyi‟ dan adunan bunyi menjadi perkataan dan ayat yang boleh difahami oleh orang i. bahasa yang indah dan tatabahasa yang betul. Mengukuhkan aspek kemahiran berbahasa. jeda dan membunyikan perkataan dengan jelas dan ayat yang dibaca juga lancar. Lirik lagu yang pernah didengar dan kecenderungan ini membina pengalaman sedia ada kepada pengalaman baharu murid. iii. dan mengubah persepsi kesukaran mengeja. Murid LINUS adalah murid yang lambat proses penerimaan pembelajaran. jika dibandingkan dengan murid kelas perdana (kelas murid yang sudah menguasai keseluruhan 3M) 3. kemahiran menulis dan kemahiran menaakul. iv. iaitu kemahiran mendengar dan bertutur. Semua perkara mempunyai nilai kepentingan untuk disasarkan atau dicapai objektifnya. Murid LINUS seronok dengan nyanyian yang dialun. kemahiran membaca. bermotivasi dan membina ketrampilan diri murid.

Kaedah abjad memperkalkan huruf a b c sehinggalah huruf z. babi. Tanjong Malim. b+u=bu. misalnya „meja‟ (ditulis perkataan „meja‟ secara keseluruhan di tepi gambar meja). Pendekatan ini. Kajiannya cukup berjaya dan mendapati kanak-kanak prasekolah berjaya dan berkebolehan dan cepat membaca dengan kaedah ini. Mula-mula kanak-kanak ditunjukan tentang benda yang ada disekeliling mereka. Isahak Haron (2004:11) memperincikan hal tersebut: i. Kemudian perkataan „meja‟ itu dicerakinkan menjadi „me‟ dan „ja‟ (suku kata). Di Malaysia pada suatu ketika. juga di Indonesia. mengajarkan kanak-kanak dengan simbol atau abjad dan bunyi huruf-huruf tersebut. Fonik pula membunyikan a sebagai /a/ b /beh/ sehinggalah z /zeh/. i . baba dan terus dibunyikan [baba]. [babi].1 Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) Sebagai Kerangka Teori Didik Hibur dalam Pengajaran Membaca Murid LINUS Kertas kerja ini cuba membincangkan pendekatan Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK) yang diilhamkan oleh pakar Bahasa Melayu. Kaedah ini dikenali sebagai Kaedah Abjad atau Kaedah Fonik. untuk membentuk perkataan seperti babu. Mazhab kedua pula berdasarkan perspektif teori psikologi kognitif yang beranggapan bahawa kanak-kanak belajar melalui pengalaman yang bermakna. sebaliknya unsur membunyikan huruf dengan membina dan membaca perkataan boleh . Namun kini. Proses pengajaran membaca Bahasa Melayu peringkat awal untuk kanak-kanak boleh dibuat dengan menggabungkan pengajaran bunyi beberapa huruf vokal asas ( a. Kanak-kanak diperkenalkan nama huruf dan membunyikan nama huruf.5. Profesor Emeritus Datuk Dr. Beliau mengembangkan idea KGBK secara rancak dan meluas ketika menjadi pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris. 3. Model KGBK merupakan satu kaedah yang sistematik. Melalui pendekatan ini. bacaan berdasarkan morfofonemik atau sebutan baku dijalankan dalam pengajaran bahasa Melayu. u ) satu huruf konsonan „b‟ untuk membentuk suku kata : b+a=ba. b+i=bi. seterus suku kata „me ja‟ dipecahkan menjadi setiap huruf berasingan „m‟ „e‟ „j‟ „a‟ (Bahagian ini dikenali sebagai Kaedah Cerakinan). Isahak Haron dengan pendekatan DH untuk pengajaran murid LINUS. [babu] dan bentuk frasa yang bermakna /i bu/ + /baba/ = /ibu baba/. ii. Pusat Perkembangan Kurikulum menggunakan Kaedah Cerakinan untuk Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang menjadi asas Panduan Guru Bahasa Malaysia Tahap 1. KBSR (1981). sebutan baku yang menekankan bunyi vokal pada akhir perkataan tidak lagi menjadi keutamaan. Kaedah Fonik menekankan bunyi setiap huruf. murid tidak perlu menghafal semua huruf a b c hingga x y z. mengambil kira sistem ejaan Bahasa Melayu yang fonemik dan suku kata yang jelas.lain. Kaedah ini popular di Amerka Syarikat. Di Indonesia ketara sekali sebutan pada bunyi huruf vokal /a/ /i/ /u/ /o/ /e/.

Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi . terbitan Fajar Bakti (2003) merupakan buku rujukan untuk memantapkan penggunaan Kaedah KGBK. terbitan Utusan Publication (1982). Namun begitu. terbitan Fajaf Bakti (1990) dan Buku Bahasa Malaysia 1-3. Buku Mari Membaca.” Beliau berasa kecewa apabila penulis buku lain menyatakan yang beliau mencedok idea penulis kebelakangan ini.digabungkan dalam satu masa pengajaran membaca. Kaedah KGBK dibina buat pertama kali oleh Isahak Haron pada tahun 1979 ketika pembentangan kertas kerja KONPEN IV. buku Mudah Membaca Bahasa Melayu. Siri Genius. Guru boleh memperluas gabungan huruf vokal dan konsonan dengan memilih beberapa perkataan suku kata terbuka yang bermakna secara ansur maju. “Untuk mengelak daripada kekeliruan tentang asal usul Kaedah Gabungan Bunyi Kata . guru boleh menukarkan lirik lagu untuk disesuaikan dengan „12 Konstruk‟ yang diukur dalam saringan literasi LINUS. Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup. saya perturunkan sedikit sejarah pembinaan kaedah ini dan penerbitan buku-buku yang mengguna kaedah ini” (halaman 21) Pendekatan DH bersandarkan kaedah di atas. anjuran Persatuan Suluh Budiman bertajuk “Beberapa Kaedah Mengajar Murid-Murid Membaca Bahasa Malaysia. yang mana murid dikehendaki menyanyikan lagu kanak-kanak yang melodinya biasa didengari. Penekanan kaedah ini membolehkan pembinaan dan susunan bahan pengajaran dan pembelajaran serta peningkatan kemahiran membaca secara developmental. dan dakwaan orang lain yang mereka memulakan penggubalan kaedah ini. 2011): Konstruk 1: Konstruk 2: Konstruk 3: Konstruk 4: Konstruk 5: Konstruk 6: suku kata tertutup „ng‟ Konstruk 7: Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong Konstruk 8: Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang memngandungi vokal berganding Konstruk 9: Keupayaan menulis perkataanyang mengandungi digraf dan konsonan bergabung Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka. (KPM.

3. 4. 4.2. guru boleh membina seni kata lagu yang bahasanya merujuk kepada keupayaan murid menggungkap dan mengapresiasi keindahan bahasa. 4. memahami dan menghargai bahasa melalui pembelajaran yang menyeronokkan menerusi kepelbagaian aktiviti secara DH (KPM.2.6 Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Aspek Seni bahasa Daripada penelitian jadual 1 di bawah.1 Mengujarkan ayat dengan sebutan menggunakan bahasa badan secara dan kreatif semasa bercerita secara DH intonasi yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara melalui penceritaan secara DH.2 Menyebut dengan jelas dan memahami seni kata lagu melalui nyanyian dan gerak laku secara DH. 4.1 Menyebut dan memahami unsur seni STANDARD PEMBELAJARAN 4.3 Mengujarkan bahasa yang indah 4. 4. 2011).3. dalam nyanyian secara DH.2 Mengujarkan bahasa yang indah dan 4. lakonan secara DH.3. memahami dan menulis ayat berdasarkan rangsangan Berdasarkan konstruk 1-12.1 Mengujarkan dialog dengan sebutan dengan dan intonasi yang betul dan jelas menggunakan bahasa badan dengan tentang sesuatu perkara melalui kreatif melalui lakonan secara DH.1 Menyebut seni kata lagu melalui nyanyian secara dh.Konstruk 10: awalan Konstruk 11: Konstruk 12: bahan Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan dan akhiran Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah Keupayaan membaca.1.2 Mengujarkan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara serta menggunakan bahasa badan yang kreatif melalui penceritaan secara DH. Jadual 1 Aspek Seni Bahasa dalam KSSR STANDARD KANDUNGAN 4.2 Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas .1. dapat dilihat hubung kait antara aspek seni bahasa dengan kemahiran membaca dalam KSSR.

4. 4. Contoh lirik lagu yang mudah untuk dinyanyikan oleh murid LINUS „Lagu Tiga Kupang‟ “Lagu tiga kupang. yang indah secara DH.1 Menyebut seni kata lagu melalui nyanyian secara DH.1 Melafazkan pantun dua kerat intonasi yang betul menggunakan dengan bahasa intonasi yang betul secara DH. Saku penuh padi Enam ekor burung Masuk dalam kuali Bila sudah masak Burung nyanyi saja Tentu sedap makan Beri pada raja .4. 4. STANDARD PEMBALAJARAN 4. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran membaca Model Isahak Haron dengan DH diajarkan secara gabung jalin mengikut konstruk.tentang sesuatu perkara serta menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara DH. 4.1 Menyebut dan memahami unsur seni dalam nyanyian secara DH.4 Melafaz dan memahami puisi dengan 4.2 Melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang betul serta memahami maksud pantun yang dilafaz menggunakan bahasa yang indah secara DH. Contoh: Konstruk 1: Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan STANDARD KANDUNGAN 4.1.2 Menyebut dengan jelas dan Memahami seni kata lagu melalui nyanyian dan gerak laku secara DH.1.

ii. Proses pengajaran pemulihan bagi murid yang lemah wajar dilakukan oleh guru berkenaan. Guru bertindak sebagai penggerak dan pembimbing yang sentiasa kreatif dan imaginatif. guru tidak perlu mengajarkan satu persatu huruf abc hingga xyz. iv. menamakan jenis huruf vokal dan konsonan pada masa pembelajaran konstruk 1 di atas. persekitaran dan jenis teks (Khairuddin Mohamad. /g/. Murid berkeupayaan membilang berapa banyak huruf vokal /a/. pengajaran seni bahasa mementingkan kehalusan dan keindahan bahasa. Persoalannya. Hal ini demikian kerana guru sudah menggabungjalinkan pembelajaran huruf vokal dan huruf konsonan dalam melodi tersebut. iaitu: i. /i/. berapa banyak huruf konsonan /d/./m/. 2011).7 Standard Kandungan Kemahiran Membaca dalam KSSR . /u/ dan /o/ dalam lirik lagu di atas. dan /l/ pada satusatu masa pengajaran. penglibatan murid secara aktif dan menyeluruh.. Harus diingat. minat.. /n/. Seterusnya perkataan [tiga] [kupang] sehinggalah akhir seni kata lagu tersebut secara berulang-ulang. saranan dalam Model KGBK Isahak Haron. Secara tidak langsung apabila murid menyebut perkataan [lagu] bermakna murid mengenal huruf vokal /a/ dan /u/ dan huruf konsonan /k/. pemilihan bahan mesti sesuai dan menarik. sudah pasti murid dapat mengenal.Raja dalam rumah Buat kira-kira Suri dalam dapur Buat roti gula Hei. Selepas itu murid dikehendaki mencari seberapa banyak huruf konsonan yang guru pilih (bukan semua huruf konsonan). /e/. sejauh manakah murid dapat mengenal huruf vokal dan konsonan dalam lirik lagu di atas? Hal ini terjawab sekiranya guru sebagai fasilitator dan penggerak minda murid. Dayang tepi kolam Mahu jemur tepung Datang burung hitam Patuk batang hidung Hidung…hidung…hidung Setelah murid menyanyikan lagu di atas. Mengikut Mahzan Arshad (2008). Guru perlu mematuhi prinsip pengajaran seni bahasa. proses membaca merupakan satu proses yang rumit dalam minda murid kerana pembinaan „makna‟ dikaitkan dengan budaya. iii. 3. aktiviti seterusnya ialah murid dikehendaki mencari seberapa banyak bilangan huruf vokal /a/. Kreativiti guru disandarkan kepada keupayaan menyanyi dengan nada dan intonasi yang betul supaya murid lancar menyanyi sambil memahami dan menaakul perkataan dalam minda mereka. Contohnya /d/.

3 Membaca dan memahami ayat tunggal daripada pelbahgai bahan bacaan dengan sebutan yang betul.5. Jadual 2 Standard Kandungan dan Standard Pembalajaran Kemahiran Membaca Bahasa Melayu Tahun 1 STANDARD KANDUNGAN 2. digraf dan konsonan bergabung dengan betul. 2. untuk penganalisaan bahawa kemahiran membaca menjadi satu daripada fokus matlamat pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia.3 Mengeja dan membatang suku kata tertutup dengan sebutan yang betul. memahami dan menaakul 2.2 Membaca dan memahami maklumat daripada pelbagai bahan bacaan untuk membuat klasifikasi dengan betul.1.1 Asas membaca dengan sebutan yang betul. STANDARD PEMBALAJARAN 2.2 Membaca dan memahami frasa yang mengandungi perkataan dua atau tiga suku kata.2 Mengeja dan membatang suku kata terbuka dengan sebutan yang betul 2. 2. diftong.2 Membaca ayat tunggal dan ayat majmuk dengan lancar.4. 2. 2.3.5. sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.1. 2.1 Membaca bentuk-bentuk abjad dan membunyikan huruf vokal dengan sebutan yang betul.2 Membaca.2.1 Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata diftong. sebutan yang jelas dan intonasi yang betul mengikut tanda baca.5 Membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang tedapat dalam pelbagai bahan.4. sebutan yang jelas dan intonasi yang betul 2.4. 2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar.Diperturunkan kandungan kemahiran membaca yang terdapat dalam dokumen KKSSR seperti dalam jadual 2 di bawah. vokal berganding. 2.1. 2.1 Membaca dan memahami maklumat untuk mengenal pasti idea utama dalam pelbagai bahan dengan tepat.2.3 Membaca dan memahami maklumat yang terssurat dengan tepat daripada pelbagai bahan.3. 2. .2. vokal berganding dengan sebutan yang betul 2.4 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul 2. frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.2 Membaca dan memahami perkataan.1 Membaca ayat tunggal dengan lancar.1 Membaca dan memahami maklumat dalam bahan grafik dengan betul. 2. 2.

2. sebutan dan kelancaran terkandung dalam sukatan pelajaran Bahasa Malaysia. Makna dan dimensi literasi telah menyelinap dalam konteks yang luas seperti literasi budaya. iii. frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan lancar. Melalui kemahiran membaca murid boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu dengan baik. literasi undang-undang dan literasi kreatif. konsep literasi pada zaman kontemporari ini tidak terhad hanya kepada konsep 3M (membaca. Literasi dalam konteks ini mengangkat martabat manusia.6. .5. menulis dan mengira). membina wawasan. maklumat dalam bahan grafik. sama ada secara lisan atau bukan lisan semasa berinteraksi untuk mencapai enam tunjang bentuk kurikulum KSSR (KPM. Azhar Abd. Membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan. jelas.1 Membaca dan memahamipelbagai bahan bacaan secara DH untuk memperkaya kosa kata. . Esa Khalid dan Othman Abu Kasim (2003). ii. Hamid. Kurikulum Bahasa Melayu dibina begitu rupa untuk mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara.3 Membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat daripad bahan grafik kepada bentuk bukan grafik dengan betul. Proses menginterpretasi lambang-lambang huruf menjadi perkataan dan susunan ayatayat yang betul dan gramatis diungkap secara santai. membentuk idealisme hidup individu dan masyarakat. 2. Pandangan tersebut diungkapkan secara tirus oleh Abd Rahim (1999) bahawa dimensi baharu literasi dalam pelbagai dimensi keilmuan untuk menitiskan perubahan. memahami perkataan. intonasi. sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. Zainuddin Hassan. frasa dan ayat secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul. Menurut Mohd. 2. mengikut jeda.6. Membaca pelbagai bahan bacaan bagi memperkaya kosa kata dan maklumat untuk memupuk minat membaca. diharap semua murid akan celik huruf. Membaca. tepat. KSSR (2010) seperti yang berikut: i. Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul. v. Membaca pelbagai perkataan. literasi IT. iv.6 Membaca bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk minat membaca. 2. literasi moral. celik minda dalam mendepani situasi kehidupan yang kian mencabar. 2010).2 Membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan secara DH untuk menambahkan pengetahuan. Hal ini demikian kerana pada akhir persekolahan peringkat sekolah rendah (Tahun Enam) kelak.

teknik. .menghapuskan kejahilan. Hasilnya ialah pembentukan Model Pengajaran dan Pembelajaran LINUS Secara DH seperti yang digambarkan dalam Rajah 1 di bawah. dan strategi perlu dipelbagaikan dan diketengahkan untuk menangani masalah murid LINUS. Mengapa? Satu transformasi pedagogi pengajaran dan pembelajaran asas literasi yang inovasi dan kreatif perlu disarankan. Satu persolan yang sering kita dengar ialah „mengapa‟ murid lemah dan tidak berkeupayaan membaca dan menulis asas literasi. membanteras kemungkaran dan memerangi kemunduran dan membelenggu perkembangan dunia sosial individu dan sesuatu bangsa. Maka kaedah.

kecerdasan . Mengikut hasil kajiannya. antaranya bergantung kepada kecerdasan intelek atau Intelligence Quotient (IQ). Piaget ahli psikologi pendidikan yang pertama membuat kajian tentang perkembangan koginitif kanak-kanak melalui pemerhatian dan penelitiannya (Piaget. kajian terkini mendapati bahawa kognitif kanakkanak mengalami perubahan bergantung kepada beberapa faktor. perkembangan kanak-kanak boleh dibahagi kepada empat fasa. kajian beliau didapati masih ada kekurangan kerana persoalan yang wujud ialah apakah bentuk-bentuk perkembangan kognitif yang berlaku pada fasa-fasa tersebut. Iaitu: Fasa 1 : tahap sensori motor ( 0-2 tahun) Fasa 2 : tahap praoperasi (2-7 Tahun) Fasa 3 : tahap konkrit (7-11 tahun) Fasa 4 : tahap formal (11 tahun ke atas) Walaupun Piaget mengemukakan fasa-fasa tersebut. Contohnya.0 Konsep Pengajaran DH Berdasarkan Teori Peembelajaran Berasaskan Otak Apabila kita membincangkan perkembangan kognitif kanak-kanak.Rajah 1: Model Pengajaran dan Pembelajaran LINUS Secara DH 4. kita sering merujuk kepada dapatan Piaget. Hal ini demikian kerana ahli psikologi terkini telah membuat beberapa rumusan bahawa ada bentuk-bentuk perkembangan kognitif pada kanak-kanak. 1954).

konstruk 1. Implikasinya apa sahaja yang . yang bergantung kepada sel-sel dalam otak serebrum korteks. Kertas kerja ini tidak membincangkan secara lanjut tentang perkembangan IQ. Otak berfungsi mengikut peraturan fisiologi. video. apatah lagi untuk membaca suku kata. tetapi bukan murid berkeperluan khas). satu strategi pengajaran dan pembelajaran melalui DH diketengahkan. Sebahagian daripada struktur otak dipengaruhi oleh persekolahan dan pengalaman hidup. Antaranya yang masih menjadi rujukan ialah fasa 3.emosi (IE) dan kecerdasan sosial (IS). iaitu Pembelajaran Melibatkan Seluruh Fisiologi (Fungsi Tubuh). Murid LINUS yang tegar (konsep tegar ialah murid program LINUS yang tidak melepasi ujian pelepasan 1. IE dan IS. Yang berikut ialah 12 prinsip pembelajaran berasaskan otak. Menurut Jas Laile Suzana Jaafar (1996). sementara pembelajaran akan berlaku jika otak tidak dihalang daripada memenuhi proses yang normal. iaitu: i.Tambah beliau lagi ada beberapa faktor kebolehan dan keupyaan kanak-kanak bertutur dan berbahasa. murid Tahun 3 sekarang. Contoh. dan Lapper ..M. lukisan tentang „bola‟ perlu ada pada murid. Oleh hal yang demikian. Kertas kerja ini mengambil kira Teori Pembelajaran Berasakan Otak (TPBO)dalam pengajaran dan pembelajaran LINUS yang diperkenalkan oleh Malone T. maka objek bola mesti ada atau sekurang-kurangnya gambar. yang mana murid LINUS boleh belajar dengan kaedah serta strategi yang konkrit. bahagi dalam numerasi. sebaliknya membincangkan perkembangan bahasa kanak-kanak yang ada hubung kait dengan keupayaan dan kebolehan kanakkanak membaca. darab. W. Prinsip TPBO ialah struktur dan fungsi otak untuk melakukan pembelajaran bermakna. teori Piaget masih relevan untuk dirujuk sebagai panduan pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan murid LINUS. (1997) Hal ini demikian kerana program LINUS adalah satu program mega untuk memastikan bahawa murid berkeupayaan mencapai tahap literasi dan numerasi yang disasarkan iaitu 100% pada akhir tahun 2012 kohort pertama. tolak. membaca perkataan dan membaca ayat secara literasi dan menguasai operasi tambah. konsep bahasa ialah sistem undang-undang tatabahasa dan semantik yang membuatkan pertuturan menjadi bermakna. Murid LINUS mesti diajarkan secara tatapan atau bersemuka dengan benda-benda yang konkrit. Chomsky (1980) yang memperkenalkan Teori Nativisme yang mengatakan bahawa otak manusia telah diprogramkan secara semula jadi untuk bertutur dan memahami bahasa yang dikenali sebagai Language Acquistion Device (LAD). Fisiologi.K. Namun begitu. ketika mengajarkan perkataan „bola‟. LAD membolehkan kanak-kanak menganalisis bahasa yang didengari oleh mereka dan membolehkan mereka membentuk tatabahasa yang betul. memang mempunyai memori rendah untuk mengingat sesuatu perkara termasuklah mengingat nama huruf dan angka. Beliau bersetuju dengan pandangan ahli bahasa tersohor. Pertuturan pula ialah perlakuan fizikal pembentukan dan penyampaian bunyi-bunyi bahasa.

Masa yang sesuai belajar daan kemampuan dipengaruhi oleh perkembangan semula jadi. Implikasinya. vi. melakar. Implikasinya. jangkaan awal beroperasi dalam otak secara serentak. esteem kendiri dan keperluan sosial. menghargai tanggapan yang dibuat secara serentak terhadap maklumat seperti pembelajaran membaca.mempengaruhi fungsi fisiologi mempengaruhi kemampuan untuk belajar. Fokus dan Tidak Fokus . v. Emosi Emosi dan kognisi saling mempengaruhi dan membentuk set minda yang melibatkan harapan. Implikasinya. Seluruh Dan Sebahagian Kedua-dua belah hemisfera otak berinteraksi dalam setiap aktiviti kognisi seperti menulis. Melalui pembelajaran secara DH. guru boleh mengesan keaktifan atau kesungguhan seseorang murid dalam mengikuti pembelajarannya. Membina Makna Membina makna ialah proses semula jadi daripada pengalaman kelangsungan kehiddupan dan asas kepada otak yang merakam secara automatik pengalaman yang sudah dilaluinya. iv. tanggapan. pembelajaran mesti menyeronokkan. Implikasinya. fikiran. imaginasi. Memproses Serentak Proses serentak bermaksud otak dapat melaksanakan pelbagai fungsi secara serentak. dalam proses pengajaran dan pembelajaran. pembelajaran berkesan member peluang kepada murid untuk membina pola makna kendiri. reka bentuk pengalaman belajar dengan mengambil kira faktor dan cara pemprosesan serentak. Murid mesti diberi peluang untuk menggunakan kemahiran dan idea secara sendiri. Impilkasinya. mereka cipta dan berkarya. Kanakkanak sihat boleh lima kali ganda menguasai kemampuan asas pembelajaran. guru perlu melihat emosi seseorang murid. persekitaran pembelajaran menyediakan simulasi dalam pengalaman lama dan baharu. Aspek bahasa dan DH menggunakan kedua-dua hemisfera tersebut. perasaan. vii. mencabar dan mempunyai pelbagai pilihan untuk dipelajari oleh murid. Membina Pola Proses mengorganisasikan dan mengkategorikan maklumat kerana otak boleh menerima atau menolak sesuatu maklumat yang bermakna dan tidak bermakna. Sebelah hemisfera mencerakinkan maklumat dan sebelah lagi bekerjasama membina keseluruhan maklumat. ii. Dalam program LINUS. iii.

lawatan.Pembelajaran melibatkan perhatian terhadap maklumat yang nyata dan maklumat yang tidak nyata. Implikasinya. Implikasinya “educator. Sebaliknya otak juga menyerap maklumat yang tidak terhad jumlahnya. xii. ingatan spatial lebih berjaya dalam pembelajaran melalui pengalaman. murid sudah terbiasa dengan latih tubi. Spatial ialah perbuatan merakam semula pengalaman sehingga pengalaman tadi menjadi rutin pembelajaran murid. Implikasinya. iaitu ingatan spatial dan latih tubi atau rote learning. drama. projek. Walau bagaimanapun. Jenis Ingatan Pembelajaran melibatkan proses sedar dan tidak sedar. Implikasinya. x. Otak belajar secara optimum sekiranya dicabar dengan tahap pemikiran yang sesuai. lebih banyak aktiviti kehidupan sebenar seperti demonstrasi. tetapi selepas seminggu. Otak menyerap maklumat yang nyata atau disedari dan memerlukan perhatian yang segera. xi. Kebanyakan pembelajaran adalah hasil pemprosesan secara tidak sedar. cerita. keluarga dan masyarakat. secara amnya latih tubi untuk ingatan tidak membantu pemindahan pembelajaran. seperti item yang spesifik diberikan makna apabila tersepadu dalam pengalaman biasa. Kontekstual Pembelajaran akan lebih mudah sekiranya melibatkan dua jenis ingatan. Sedar / Tidak Sedar . guru terbuang masa kerana murid tidak dapat memproses maklumat pada waktu pembelajaran. Setiap Otak Unik Otak faham dan ingat dengan berkesan sekiranya fakta bersepadu. ix. visual. can and should pay extensive attention to all facets of the educational environment. Murid LINUS tegar pastinya memerlukan sokongan daripada ibu bapa. nyanyian dan seumpamanya akan menjadikan otak lebih unik dalam memproses maklumat. Otak berada dalam keadaan tidak upaya (helplessness) sekiranya cabaran itu tidak berkeupayaan dan menyebabkan otak tidak berfungsi. Implikasinya. therefore.” viii. Implikasinya. sebulan setahun selepas itu baru murid meyedari hal pembelajaran yang telah diajarkan. Cabaran dan Ancaman Pembelajaran didorong oleh cabaran dan disekat oleh ancaman. Hal ini merujuk kepada kefahaman yang mungkin berlaku dalam kelas. pembelajaran secara fun learning atau DH sesuai untuk murid LINUS dalam situasi otak murid sentiasa diberi cabaran bukan ancaman.

Rajah 2: Prinsip Pembelajaran Berasaskan Otak (TPBO) Rajah 3 di bawah pula memperlihatkan cara untuk mencapai objektif pembelajaran berdasarkan 12 prinsip TPBO melalui aspek seni bahasa dan elemen DH dalam KSSR. kompleks. memberi peluang kepada murid untuk mempamerkan kecondongan suasana pembelajaran.Otak belajar secara optimum. pembelajaran bahasa (bacaan) mampu membenamkan murid dalam pengalaman belajar bacaan. kaya maklumat dan . dan tiada ancaman yang akan mengganggu otak bekerja (belajar). Murid belajar apa yang disedari dan otak akan memproses data kesedaran tersebut. „Sedar dan santai‟ serta „pemprosesan aktif‟. Sifat pengalaman belajar. Tiga teknik digunakan dalam DH. Hal ini bermakna pembelajaran hendaklah sentiasa dalam suasana yang disedari oleh murid. Kesemua prinsip pembelajaran di atas dapat dirumuskan dalam Rajah 2 di bawah. Selaman Terancang (Orchestrated Immersion) Melalui DH. Guru hendaklah mengekalkan suasana sedar tetapi santai. iaitu „Selaman‟. Implikasinya. i.

Membuat refleksi dan analisis dengan cara yang berbeza.bahasa dunia sebenar. Murid mesti ada cabaran yang bermakna. ii. Elakkan mereka daripada berasa takut. berlakon. Sedar tetapi Santai (Relaxed Alertness) Murid belajar dalam keadaan sedar dan santai. Guru sebagai juruubah pengalaman (orchestrator). mengubah pengalaman murid agar murid dapat membuat perkaitan yang bermakna. Pemprosesan Aktif (Active Processing) Menangani pengalaman dan menyelesaikan masalah dengan cara memproses secara aktif dengan memikirkan pelbagai cara. Murid akan sedar dan ada motivasi instrinsik untuk menangani cabaran kerana cabaran boleh merangsang murid berfikir dan sedia belajar. bercerita dan berdrama. . tetapi pada masa yang sama kekalkan persekitaran yang mencabar. bimbang. DH merupakan strategi belajar secara santai seperti menyanyi. menggerak anggota badan. iii.

C. memadan. dapat dilihat dalam Jadual 3 di bawah. A (relaxed Menyanyikan lagu “Lagu Tiga alertness) Kupang” Bercerita tentang burung.C Memilih tema pembelajaran berdasarkan konstruk.Menyanyi lagu Elemen Pembelajaran kompleks A. Sedar tetapi santai Elemen C.B. Tahun Lagu/Melodi Konstruk Strategi 12 Prinsip : : : : 1 Lagu Tiga Kupang 1 .Selaman Secara Harmoni (Orchestrated dan Immersion) Aktiviti Pengajaran Bacaan LINUS Fisiologi Memina makna Membina pola Seluruh sebahagian Elemen A.B.Rajah 3: Teknik Pembelajaran Berasaskan Otak Satu contoh strategi pengajaran dan pembelajaran murid LINUS melalui DH bersandarkan TPBO.Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan DH . mengitung Aktif (Active jumlah huruf vokal yang terdapat dalam lagu Processing) . Pemprosesan Mencari. Emosi Fokus dan tidak fokus Jenis ingatan Konstektual Setiap otak unik Mendengar rakaman lagu Menyanyikan lagu B.

. Kesemua kaedah. Berguru kepalang ajar. DH dan seni dalam P&P BM merupakan satu pembaharuan yang cuba diperkenalkan Kementerian Pelajaran kepada murid-murid sebagai kaedah alternatif semasa proses pengajaran Bahasa Malaysia. bermula dari seorang guru biasa kepada pelajar yang kamil bahagia di dunia dan akhirat. g. Bagai bunga kembang tak jadi.x. 2011). d. i. e. Pengajaran . Murid menulis hufuf konsonan / b...0 Kesimpulan Pelbagai kaedah. menulis dan mengira (3M) secara tuntas... Kertas kerja ini cuba memaparkan tetang kepentingan DH dalam proses pengajaran murid LINUS.Ancaman atau cabaran Elemen C. strategi dan pendekatan yang digunakan adalah untuk memenuhi kehendak kurikulum yang digubal. u. Dapat rusa belang kaki.z /. f. B Menulis huruf vokal dan huruf konsonan Murid menulis huruf vokal / a. Berburu ke padang datar. Peranan ini memanggil seruan untuk para guru bertindak sebagai agen pendidikan dalam membasmi kebutaan huruf dan kekaburan angka. 5. strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dilakukan oleh para pendidik.A. o / dalam lembaran kerja. Tujuannya supaya sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia menjadi seronok untuk diikuti oleh murid-murid (Khairuddin Mohamad. KSSR adalah satu bentuk kurikulum yang mengetengahkan konsep belajar sambil berhibur. . Tidak ada lagi istilah „buta huruf‟ dalam kalangan generasi akan datang. ceria dan santai (fun learning) untuk mengubah paradigma dan stigma murid belajar secara kaku (static).y. kerana program LINUS merupakan program „mega‟ bagi memastikan murid tahun 3 pada akhir tahun 2012 celik literasi yakni mencapai keupayaan membaca.

Dewan Bahasa (5): 16-19.vadosta. Awang Sariyan (2012). Kuala Lumpur: Penerbitan Fajar Bakti Sdn Berhad.html . Bahasa dan alam pemikiran Melayu. 1999.Rujukan Abdul Rahim Abd Rashid. Asmah Haji Omar (1993). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Peranan pendidikan bahasa dalam kehidupan. Kemahiran Berfikir merentasi kurikulum.edu/whuitt/files/stdtmotov. Chiron.

Esa Khalid dan Othman Abu Kasim (2003). Samin (2010). New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates Inc. Kementerian Pelajaran Malaysia (2010). Instrinsic motivation and learning. Tanjong Malim: Penerbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris. New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates Inc. Hasnah Awang & Habibah Mohd. Kementerian Pelajaran Malaysia (2011).K. M. Zainuddin Hassan. Kuala Lumpur: KPM. Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR Tahun Satu. Manual Am Pentadbiran Istrumen Literasi 2011. Azhar Abd. Khairuddin Mohamad (2011).Hamid. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd. (1978). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.(1997) Making learning fun: A taxanomy of intrinsic motivations for learning.Condry.R. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Pendidik kreatif sebagai teras tranformasi literasi kreatif. Awal Membaca Bahasa Melayu: Keberkesanan Kaedah Gabungan Bunyi Kata untuk Prasekolah dan untuk Pemulihan. In The hidden costs of reward. Doryei. J. Mahzan Arshad (2008). Siri Pendidikan Guru Literasi Bahasa Melayu. (Eds). J. Kuala Lumpur: Utusan Publications dan Distributors Sdn Bhd. 61-84 . Kuala Lumpur: KPM. Pendidikan literasi Bahasa Melayu: Strategi perancangan dan pelaksanaan. Malone T. Isahak Haron. Mohd. London: Lawrence Erlbaum Associates Publishers. Play and studies. dan Lapper. (2004). Bhd. Lepper. Literasi bahasa Melayu. M. & Greene.1990. Jas Laile Suzana Jaafar (1996). Sekolah Kebangsaan.W. and Chambers. D. Saringan 4. Psikologi kanak-kanak dan remaja. Bahasa Malaysia. Hansen (1999). Prosiding Seminar Kebangsaan .

Piaget.Memperkasakan Sistem Pendidikan. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia. http://wakmas.html . Dewan Masyarakat (5): 26-28. J. New York: Basic Books.com/2012_07_01_archive. 19-21. Rizuan Kamis (2012). The construction of relality in the child. Cabaran profesion keguruan.blogspot. (1954).

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful