You are on page 1of 20

Bagaimana kepelbagaian budaya mempengaruhi gaya penyampaian, kepimpinan dan komunikasi guru dalam bilik darjah?

Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang mempunyai rakyat pelbagai bangsa dan budaya. Kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan masyarakat terbesar, iaitu Melayu, Cina dan India. Selain daripada tiga kumpulan besar ini, terdapat juga kaum-kaum lain di Malaysia antaranya kaum Bumiputera dan golongan Peranakan (Che Su Mustaffa dan Rasilah Mohd Rosdi, 2005 :1).

Suatu hal yang nyata ialah apabila membincangkan kebudayaan setiap kaum dalam masyarakat, pembicaraan akan memberi fokus dan perhatian terhadap pentafsiran ciriciri budaya setiap kaum (Sutan Takdir Alisyahbana 1966) yang menyangkut perihal cara hidup, pergaulan dan hubungan sosial sehingga mewujudkan pertembungan dan percampuran unsur kebudayaan. Maharom Mahmood (2001) mengakui dalam usaha membentuk nilainilai patriotik dalam kalangan belia semua kaum, pemahaman tentang latar belakang dan sejarah budaya setiap etnik memainkan peranan penting, kerana pengalaman budaya membentuk pola kehidupan dan pola pemikiran.

Kamus Dewan (2005), budaya ditakrifkan sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara fikiran), berkelakuan dan sebagainya. Budaya juga dikelasifikasikan sebagai satu cara hidup yang diamalkan sesuatu kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai .

Menurut Dr. Mohd. Arshad Hj. Taib (bekas professor Madya UiTM)

budaya ialah

amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat, lahir dari pegangan dan kecenderongan diri masyakarat berkenaan dalam berbagai bidang hidup, untuk memberi kepuasan dan meransang pembangunan hidup masyarakat tersebut.

Sementara itu menurut Andreas Eppink pula, kebudayaan ialah keseluruhan pengertian, nilai, norma, ilmu pengetahuan serta struktur – struktur kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri – ciri khas sesebuah masyarakat. Pengertian sebegini dipersetujui oleh Edward B. Taylor. Beliau memandang budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang – undang, adat resam dan lain – lain kebolehan serta kebiasaan yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota masyarakat.

Perkataan budaya berasal dari cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu yang membawa pengertian : Budhi (Sanskrit) : kecergasan fikiran dan akal . bangsa dan agama penganutnya.Budaya diberi pelbagai takrif mengikut kesesuaian dengan latar sosio masyarakat di sesuatu kawasan. Budaya merangkumi setiap aspek kehidupan masyarakat tanpa mengira kaum.

- kecergasan akal fikiran seseorang akan menetukan tahap pemikiran dalam menangani sesuatu permasalahan dan mencari penyelesaian kepada permasalahan tersebut - Daya (Melayu) : kekuatan kuasa. spiritual dan mental . tenaga dan pengaruh semula jadi bagi membantu menjana pemikiran mereka Dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya ialah : i) membina imej negara kearah mewujudkan keperibadian serta identiti ii) memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian. kemanusiaan. tenaga dan pengaruh Mengunakan segala kekuatan kuasa.

2005:1). saiz badan. Manakala Slavin (1997) pula mengaitkan perbezaan individu dengan konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau mengatakan kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi. jantina. kadar belajar. agama dan budaya. .Kepelbagaian Budaya dalam Konteks Pendidikan Dalam konteks pendidikan di Malaysia. Malah ia juga merangkumi skop yang lebih besar. Tanpa pendidikan yang bercorak kepelbagaian budaya. etnik dan adat budaya mereka sahaja. tahap tenaga. Kepelbagaian sosio-budaya di antara murid memberi implikasi secara langsung terhadap guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. personaliti dan emosi. pelajar tidak akan mengenali jati diri masyarakat. Dalam konteks pendidikan. etnik. kepelbagaian sosio budaya individu itu bukan sahaja dilihat dari ras. budaya. aspek kebudayaan dan masyarakat perlu dititik beratkan kerana pelajar secara realitinya hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum. Implikasi kepada guru. bakat dan minat. kelas sosial. kesihatan. Hal ini demikian kerana budaya merupakan sebahagian daripada warisan yang diperturunkan dan dipelajari daripada nenek moyang dan akan diperturun pula kepada generasi akan datang (Che Su Mustaffa dan Rasilah Mohd Rosdi. bahasa. Menurut Papalia (2001) individu manusia itu berbeza dari segi jantina. gaya kognitif.

jati diri dan identiti negara mereka (Ibrahim Saad.1962:37). Institusi ini bukan sahaja menjadi sumber pendidikan kepada ahli masyarakat malah lebih penting lagi berfungsi sebagai penghubung kepada pelbagai budaya yang berkembang dalam masyarakat tersebut (Banks dan McGee. adalah diyakini prinsip tersebut berjaya menggalakkan pemahaman dan komunikasi antara silang budaya dan penerimaan perubahan oleh setiap kaum (Stephen May. sistem pendidikan perlulah memberi peluang kepada setiap individu untuk belajar menghargai dan berkongsi nilai- . Dato‟ Sri Abdullah Ahmad Badawi PIPP 2006-2010 m. Dengan mengetengahkan prinsip pendidikan pelbagai budaya yang memperlihatkan perspektif positif terhadap aspek kepelbagaian budaya di sekolah. 1986:485).s 38. Bagi mencapai objektif pembelajaran pelbagai budaya. Sementara itu. Pada dasarnya adalah jelas bahawa institusi sekolah merupakan entiti utama dalam keseluruhan sistem sosial masyarakat. perlu ditegaskan bahawa kepelbagaian budaya penting untuk didedahkan kepada pelajar kerana mereka bukan sahaja perlu mengetahui tetapi juga menghargai asal-usul kebudayaan tempatan.1997:23).„kita mempunyai peranan yang penting dalam pembentukan minda dan jiwa rakyat untuk membawa kita kea rah wawasan yang ingin kita capai”.

2009). Sebagai seorang guru perkara – perkara pokok seperti perancangan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Aliran falsafah realism mengakui inisiatif untuk menjayakan matlamat negara dan agenda perubahan adalah terletak ditangan para guru (Ahmad Rafaai 2000. masa yang diperuntukkan dan profil pelajar mengikut tahap kecerdasan. Guru perlu berkemahiran menangani masalah kepelbagaian sosio-budaya murid – murid agar masalah guru „syok sendiri‟ dalam mengajar tidak berlaku. oleh sebab itu bidang pendidikan dapat menjadi saluran penting bagi mendokong citacita perpaduan dan integrasi nasional (Chai Hon Chai 1977). persekitaran bilik darjah.nilai budaya kemasyarakatan termasuklah bahasa kebangsaan di samping mempelajari bahasa ibunda masing-masing. Sewajibnya guru perlu berkemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi aspek perancangan dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang dapat menjamin kemajuan pelajar secara optimum. spesifik dan relevan dengan objektif pembelajaran. Kepimpinan Guru Guru merupakan agen perpaduan dan transformasi budaya kepada pelajar. .

Ini membolehkan murid yang dihasilkan sekolah boleh diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum. Guru yang bijak dapat memanipulasikan perbezaan social di kalangan murid-muridnya untuk meningkatkan rasa hormat di kalangan mereka. adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menerapkan pendidikan nilai yang merangkumi nilai material dan bukan material mengikut acuan Malaysia. adalah menjadi kewajiban kepada guru untuk menghormati dan memahami keadaan sosial murid-murid mereka. Ada juga terdapat murid-murid akan merasa rendah diri sesama rakan-rakan mereka disebabkan perbezaan social ini. Guru perlu berusaha untuk memberi pendedahan murid-murid terhadap kepelbagaian sosio budaya supaya murid-murid dapat mengetahui. Diskriminasi berlaku dalam banyak bentuk sama ada berbentuk individu atau kumpulan etnik dan mencapai tahap tertinggi apabila melibatkan pembuangan kerja. serangan fizikal secara terbuka atau percubaan penghapusan .Memainkan peranan sebagai role model kepada murid-murid. Guru perlu mengelakkan diskriminasi daripada berlaku terutama apabila berada di dalam bilik darjah. memahami dan yang pentingnya menghormati budaya rakan-rakan mereka yang lain. Guru hendaklah mengadakan suasana demokratik dalam kelas. Sebagai pendidik. Perbezaan sosial murid-murid membentuk pelbagaian pendapat dan penguasaan ilmu di kalangan murid-murid.

Dengan ini setiap murid dapat merasakan diri mereka tidak dipinggirkan di dalam kelas mereka. . Ini secara tidak langsung menjadikan pengajaran guru lebih menarik dan murid-murid dapat memahami isi pengajaran yang disampaikan dengan lebih berkesan. Ahli Jawatan Kuasa keceriaan kelas perlu diwujudkan disamping jawatan ketua kelas dan penolong ketua kelas. Kaedah pengajaran yang pelbagai juga dapat menjadikan guru lebih kreatif dan berinovasi. Dalam pengurusan bilik darjah. 1988 menyatakan bahawa guru perlu mewujudkan interaksi yang baik antara guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka supaya murid-murid tidak merasa bosan dengan cepat. Selain daripada itu guru juga hendaklah mengambil daya usaha untuk menunjukkan kemesraan dengan murid-murid apatah lagi di dalam bilik darjah.sesebuah kumpulan etnik. Penyampaian Guru Falsafah Pendidikan Kebangsaan. setiap murid haruslah diberikan peranan dan tanggungjawab tertentu untuk menanam semangat kerjasama dan cintakan kelas mereka. ketaksamaan peluang pendidikan juga merupakan satu bentuk dsikriminasi yang perlu dielakkan. Dalam pendidikan. Guru hendaklah bersedia melayani murid-murid mengikut kebolehan dan sifat mereka yang berlainan.

Penglibatan semua murid ini akan dapat menjadikan mereka lebih merasa berkeyakinan untuk bergaul dan mengenali sesama mereka. b) Berpandukan bahan – bahan sokongan yang relevan dengan tahap pencapaian semasa. Antaranya ialah: a) Pendekatan. Aktiviti yang melibatkan interaksi di kalangan murid haruslah sentiasa dijalankan agar murid dapat menjalinkan hubungan yang lebih mesra sesama mereka tanpa mengira latar belakang sosial dan kecerdasan individu. . kaedah dan teknk yang dipelbagaikan dengan melibatkan murid secara aktif. potensi dan kemajuan murid. c) Penilaian dan penambahbaikan P&P secara berterusan.Guru juga harus bijak mencetuskan situasi pembelajaran yang mesra rakan. proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dan dilaksanakan mengikut beberapa prinsip yang digariskan. (2001). Penglibatan semua murid ini juga dapat menjadi pengajaran guru lebih menarik dan berkesan. Merujuk kepada Dasar Pernyataan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan Malaysia. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran. guru perlu menggalakkan aktiviti yang melibatkan penglibatan semua murid di dalam kelas.

Berdasarkan apa yang dinyatakan di atas. Perbezaan tahap kecerdasan murid juga harus dititik beratkan oleh seseorang guru dalam menyampaikan pelajaran. Hukuman berbentuk deraan dan memalukan seharusnya tidak dilaksanakan kerana akan menyebabkan hubungan guru dengan murid akan renggang dan menghilangkan minat untuk mereka meneruskan pembelajaran. Guru harus mempelbagaikan kaedah pengajaran bersesuaian dengan tahap murid. Sebagai seorang yang menawarkan perkhidmatan. menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk persepsi yang positif di kalangan murid supaya mereka tidak terus hidup dengan kecelaruan tersebut. Bagi murid yang kecelaruan jantina. Murid hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira samada mereka dari kelas atasan atau bawahan. Isu yang mempunyai unsur bias kepada mana – mana jantina mesti dielakkan untuk member peluang sama rata pada setiap murid meneroka aktiviti pembelajaran. Perkara ini perlu untuk mengelakkan murid – murid merasa bosan dan seterusnya akan mengakibatkan masalah disiplin yang sukar dikawal. . pelanggan iaitu murid haruslah sentiasa dihormati dan bersikap adil kepada mereka. Aktiviti pembelajaran yang dirancang oleh guru seharusnya boleh memberi peluang kepada semua murid tanpa mengira etnik dan jantina. seseorang guru haruslah peka dengan kepelbagaian sosio-budaya murid – muridnya. Pendekatan yang bijak harus digunakan dengan tidak membezakan kelas sosial murid.

boleh dicapai. Guru yang berwibawa sentiasa memikir kaedah bagi mencapai pengurusan yang cemerlang yang mana fokus utama ialah mengetahui dan memahami bidang kerjayanya. Setiap kepercayaan dan nilai haruslah diterima seadanya oleh setiap guru. adat budaya dan pegangan agama mereka.Isu sensitif berkaitan dengan agama dan kaum hendaklah dielakkan sama sekali. kerja yang dilakukan lebih spesifik. Guru haruslah pro-aktif dalam mengatasi kelebihan dan kelemahan muridnya. Murid harus berinteraksi tanpa mengira kelas sosial dan perlu membuang sikap prajudis terhadap bangsa lain. Penyampaian pengajaran guru haruslah kreatif dan efektif. Anjakan paradigma haruslah dilakukan oleh setiap guru dan tidak berada di zon selesa. boleh diukur pencapaiannya. Kepercayaan dan amalan agama yang dianuti tidak harus dipertikaikan dan aktiviti yang dijalankan haruslah berupaya menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke dalam jiwa murid. Guru merupakan ejen perubahan dan sumber inspirasi kepada murid. Aktiviti pembelajaran yang dirancang hendaklah menjurus kepada penglibatan semua murid tanpa mengira kaum. realistic dan bijak dalam pengurusan masa. . menarik dan menyeronokkan. menghayati hasil kerja atau objektif kerja untuk jangka panjang dan jangka pendek. Murid harus bersosial dalam melakukan aktiviti pembelajaran.

. „bagaimana‟ dan „kenapa‟ sesuatu perkara itu berlaku. menulis dan mengira serta peperiksaan kerana budaya pembelajaran sebenarnya lebih luas Murid perlu digalak untuk „memburu‟ maklumat daripada menerimanya secara pasif. Komunikasi .Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Secara langsung semangat perpaduan dapat dijalinkan dalam masyarakat dan seterusnya berupaya membentuk masyarakat yang toleran kearah memacu pembangunan Negara. Seharusnya guru perlu mengurangkan pendekatan yang hanya memberi penekanan kepada aspek membaca. Murid perlu dilatih banyak merenung dan faham „apa‟.

Rumusan Wilbur Schramm ~ Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (1954) Brown and Levinson (1978).” Antara strategi kesantunan yang biasa digunakan adalah seperti berterus terang. Kajian Verderber & Verderber (2002) mendapati komunikasi sebagai “proses untuk membina atau berkongsi makna perbualan informal. kesantunan positif. penulisan dan juga pengunaan alat-alat tertentu seperti komputer. . interaksi dalam kumpulan atau syarahan”. telefon dan sebagainya. Komunikasi lisan memerlukan kedua-dua pihak memelihara aspek kesantunan dalam komunikasi. menyatakan bahawa “strategi kesantunan dikembang untuk menjaga martabat pendengar dan pihak yang terlibat. pengunaan bahasa badan. Komunikasi berkesan dapat dijelmakan dalam cara bertutur.Kemahiran berkomunikasi memainkan peranan penting kearah pembentukan budaya penyayang. kesantunan negatif dan berlaku tanpa rekod.

Guru perlu memahami murid dan murid akan memahami guru. kemahiran tertentu dapat diterapkan dengan lebih mudah dan berkesan. . Guru harus berhati-hati dengan masej samada yang nyata tersirat atau tidak tersirat. penggunaan laras bahasa yang tepat mestilah diamalkan dalam situasi yang sesuai. bermaksud guru perlu mengunakan kecekapan kemahiran berkomunikasi untuk mempengaruhi muridnya mengekal tahap motivasi dalam pembelajaran.Guru perlu mengelak dari membebel. penggunaan bahasa standard iaitu Bahasa Melayu harus diamalkan oleh murid. Kefahaman terhadap mesej yang dituturkan juga berbeza dimana proses fahaman boleh berlaku secara spontan. Semua pihak perlu bersifat terbuka dan saling menerima idea untuk kebaikan bersama. Murid juga digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan mereka yang berlainan jantina. Dalam berkomunikasi. Guru yang mahir berkomunikasi dengan murid. Mereka juga perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam interaksi yang berlainan jantina. menilai dan menghukum. Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu murid mencapai kematangan sosial yang sepatutnya. Interaksi dalam bilik darjah melibatkan individu dan individu dan interaksi antara individu dengan alam sekitar. pembentukan akhlak. aktiviti yang bercorak kearah peningkatan bahasa perlu disertai supaya tahap penguasaan bahasa murid sentiasa bertambah. Unsur – unsur dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan. biasanya dapat menghasilkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik.

murid akan dapat menunjukkan bahawa mereka sedar akan situasi sosial yang berlainan wujud di sekitar mereka.Sesuatu laras bahasa bermaksud variasi yang ada pada tiap-tiap penutur dan berubahrubah mengikut situasi. Guru yang mengunakan kemahiran berkomunikasi dapat: Menghasilkan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran Meningkatkan kecekapan dan meluaskan skop pembelajaran Meningkatkan mutu pengajaran Rumusan Malaysia mempunyai lebih dari 27 juta penduduk pada tahun 2008. Dengan memilih laras bahasa yang tidak sama untuk situasi berlainan. susunan ayat dan frasa yang digunakan. Diantara kumpulan terbesar terdiri dari . Rakyat dinegara kita ini terdiri daripada lebih dari 200 etnik. Ciri-ciri laras yang penting adalah perbendaharaan kata.

Contohnya. dedikasi. Melayu. Kadazan-Dusun. Pendidikan di Malaysia. Aspek pendidikan telah dijadikan salah satu wadah utama kerajaan untuk mencapai perpaduan dan integrasi kaum di Malaysia. kepercayaan. setiakawan. hormatmenghormati. Bangsa merupakan suatu kelompok manusia yang dianggap memiliki identiti bersama.Melayu. India. menjadi salah satu sistem sosial yang paling penting bagi perkembangan dan kemajuan . Cina dan India di Malaysia yang hidup bersama sejak dahulu dan telah membentuk identiti Malaysia yang ada kini. Iban dan lain-lain lagi. bahasa. struktur masyarakat atau kelas sosial. kesabaran dan kegigihan yang boleh dipupuk dalam kalangan murid untuk mencorakkan suasana bilik darjah yang sihat dan dinamik. adat resam dan jantina. Menurut Kamus Dewan (1999). toleransi. perkongsian. persahabatan. nilai dan aspirasi yang sama. Cina . bangsa merupakan sekumpulan orang yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan. Bangsa juga merujuk kepada nilai sosial seperti bekerjasama. yang bersatu pada satu wilayah dan mempunyai keterikatan dengan wilayah tersebut. Banjar. Kepelbagaian sosio-budaya Malaysia boleh ditinjau dari segi bangsa. Kamus Pelajar (1993) pula memberi takrifan bangsa sebagai kumpulan manusia yang sama usulnya serta serupa sifatnya.

penting bukan sahaja kerana fungsi kebajikan dan sosialisasinya iaitu di mana kanak – kanak dididik untuk menjadi insan yang berjaya dan mengenali budaya serta alam sekeliling. keperibadian dan berketrampilan. tetapi juga boleh digunakan sebagai wadah untuk menyampaikan ideologi kebangsaan kepada masyarakat iaitu melalui penerapan tentang kefahaman serta nilai – nilai positif untuk perpaduan kaum di kalangan para pelajar. Ini membawa kepada pengertian bahawa guru memainkan perana yang penting dalam mengujudkan sebuah Negara yang aman dan damai. Proses mendisiplinkan individu supaya sesuai dengan norma dan nilai masyarakat Tugas. Murid adalah aset sekolah dan guru-guru berperanan membentuk mereka sebagai modal insan yang berjaya dalam akademik. Guru hendaklah sentiasa berfikir di luar kotak pemikiran biasa tanpa terlalu terikat dengan sesuatu cara dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (P&P)di bilik darjah.Negara. Proses interaksi yang membolehkan manusia hidup dalam masyarakat secara harmoni. Dalam usha untuk mencapai matlamat ini guru perlu melaksanakan beberapa proses. . amanah dan tanggungjawab guru sememangnya besar kerana mereka yang membentuk aset negara iaitu murid sekolah untuk menjadi modal insan yang berguna pada masa hadapan. Guru adalah sebagai agen sosialisasi. Sistem pendidikan yang dilaksanakan di dalam sesebuah negara. sahsiah diri.

Oleh yang demikian para guru perlu kreatif dalam membina budaya dan persekitaran integrasi kaum dalam proses pengajaran dan pembelajaran.blogspot. b) Meningkatkan hubungan harmoni dan integrasi antara kaum agar dapat meningkatkan perpaduan dan kerjasama erat di antara mereka. Tugas guru bukan hanya terbatas sebagai agen pendidik di dalam kelas tetapi juga sebagai agen perpaduan dan integrasi dalam memupuk semangat cintakan tanah air ini.Membina bangsa ini memerlukan usaha gigih seorang guru melalui penerapan beberapa mesej mengenai pembinaan negara bangsa dalam proses pengajaran dan pembelajarannya iaitu: a) Menyatupadukan kepelbagaian bangsa di Malaysia sebagai satu bangsa. Sumber: http://coretanummicikgu.html .com/2012/05/integrasi-dan-perpaduan-kaummelalui.

html http://bmngaifen.com/2011/11/guru-pembina-negara-bangsa.com..com/2013/01/membentuk-budaya-pelajar.blogspot.blogspot.blogspot.html http://www.my/info.html http://csyahya.php?id=1078 ./negarabangsa..html http://leemersing.myownweb1234.tripod.adap.com/.com/2011/04/guru-sebagai-agen-pembentukan-akhlak.