You are on page 1of 18

20

UNIT 2 PERSAMAAN PERAKAUNAN DAN PRINSIP CATATAN BERGU
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menerangkan klasifikai akaun. 2. Menganalisis urusniaga menggunakan persamaan perakaunan. 3. Menerangkan sistem catatan bergu.

2.1

PENGENALAN

Dua elemen asas perniagaan ialah harta yang dimiliki dan hak menuntut harta yang dimiliki. Harta yang dimiliki perniagaan dikenali sebagai aset. Aset ialah sumber yang dimiliki perniagaan bagi tujuan menjalankan perniagaan tersebut. Hak atau tuntutan ke atas aset tersebut dikenali sebagai ekuiti. Dalam erti kata lain setiap aset dituntut sama ada pemilik atau entiti tertentu apabila berlaku pembubaran perniagaan. Jika aset berjumlah RM10,000 maka tuntutan ke atas aset tersebut juga berjumlah RM10,000. Perhubungan ini boleh dinyatakan dalam bentuk persamaan seperti berikut :

Aset

=

Ekuiti

Secara terperinci ekuiti boleh dibahagikan kepada dua kategori :

UNIT 2

PERSAMAAN PERAKAUNAN DAN PRINSIP CATATAN BERGU

Dalam persamaan perakaunan ia boleh ditunjukkan seperti berikut : Ekuiti Pemilik = Modal + Hasil .2 KLASIFIKASI AKAUN Sebelum mengaplikasikan persamaan perakaunan. ekuiti pemilik.Belanja . Ia dikenali sebagai ekuti pemilik. liabiliti. manakala belanja dan ambilan akan mengurangkan modal. pembayaran belanja operasi dan ambilan yang dibuat oleh pemilik perniagaan. UNIT 2 PERSAMAAN PERAKAUNAN DAN PRINSIP CATATAN BERGU . Hasil menambahkan modal. Hak pemilik ialah kerana menyumbangkan modal. Urusniaga-urusniaga ini akan memberi kesan kepada persamaan perakaunan khususnya di bahagian ekuti pemilik. Elemen ini dikenali sebagai akaun.21 Pemiutang (Liabiliti) Ekuiti Pemilik (Ekuiti Pemilik) Hak pemiutang ialah kerana memberi hutang kepada perniagaan. Secara umum akaun boleh diklasifikasikan kepada 5 kategori : iaitu aset. aktiviti menjana hasil akan berlaku. hasil dan belanja. adalah lebih baik memahami dulu elemen-elemen asas yang ada di dalam persamaan perakaunan. Semasa menjalankan aktiviti perniagaan ini ia akan melibatkan penerimaan hasil. Perhubungan ini dapat dihuraikan oleh “Persamaan Perakaunan”. Ia dikenali sebagai liabiliti.Ambilan 2. Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik Dalam sesebuah perniagaan.

2 Liabiliti Liabiliti merupakan obligasi atau tanggungan atau hutang perniagaan yang perlu dijelaskan mengikut perjanjian yang telah ditetapkan. seperti akaun belum bayar. UNIT 2 PERSAMAAN PERAKAUNAN DAN PRINSIP CATATAN BERGU .1 Aset Aset ialah sumber atau harta yang dimiliki bagi menjana manfaat ekonomi pada masa hadapan. belanja prabayar. 2.2. akaun belum terima. paten. Aset Tetap Aset tetap ialah aset yang tidak berubah dalam jangka pendek dan boleh wujud lebih daripada satu tempoh perakaunan. kenderaan. cukai belum bayar. dan lain-lain. Biasanya aset semasa mempunyai ciri-ciri: tempoh guna yang pendek dan mempunyai amaun atau nilai yang kecil. seperti tunai. Biasanya aset tetap mempunyai ciri-ciri: hayat guna yang lama dan mempunyai amaun atau nilai yang besar. peralatan. gaji belum bayar dan sebagainya. Aset terbahagi kepada dua kumpulan: Aset Semasa Aset semasa ialah aset yang wujud untuk satu tempoh perakaunan dan mudah ditukarkan kepada tunai dalam tempoh kurang daripada satu tahun.2. seperti tanah. Liabiliti juga dikategorikan kepada 2 kumpulan : Liabiliti Semasa Liabiliti semasa ialah tanggungan yang perlu dijelaskan dalam tempoh kurang dari satu tahun. dan sebagainya.22 2. bangunan. Ia mungkin dapat dilihat dari segi fizikal seperti tanah dan bangunan atau yang tidak dapat dilihat seperti hak cipta. inventori dan sebagainya.

bon belum bayar.5 Belanja Belanja ialah kos perkhidmatan atau barang yang digunakan dalam proses mendapatkan hasil. yuran perkhidmatan. manakala bagi syarikat berhad dikenali sebagai saham atau syer. 2. Baki setelah ditolak tuntutan pemiutang kenali sebagai ekuiti pemilik. Contoh ialah seperti belanja gaji.23 Liabiliti Jangka Panjang Liabiliti jangka panjang ialah tanggungan yang perlu dijelaskan dalam tempoh yang lebih panjang biasanya melebihi satu tahun. Panggilan kepada item ekuiti pemilik bergantung kepada jenis pemilikan. belanja iklan dan sebagainya. Belanja akan mengurangkan asset dan ekuiti pemilik. Pulangan atau agihan keuntungan kepada pemilik dikenali sebagai ambilan bagi perniagaan tunggal dan perkongsian manakala dikenali sebagai dividen bagi syarikat berhad.2.3 Ekuiti Pemilik Ekuiti pemilik ialah hak pemilik ke atas aset setelah ditolak dengan semua liabiliti perniagaan. hasil sewa dan sebagainya. seperti pinjaman. nota belum bayar jangka panjang dan sebagainya. UNIT 2 PERSAMAAN PERAKAUNAN DAN PRINSIP CATATAN BERGU . 2. kedua-duanya akan mengurangkan jumlah ekuiti pemilik. Bagi perniagaan tunggal dan perkongsian ia dikenali sebagai modal.4 Hasil Hasil ialah perolehan perniagaan melalui penjualan barangan atau perkhidmatan kepada pelanggan.2. belanja sewa. 2. Ini adalah kerana dari segi perundangan tuntutan jika berlaku pembubaran perniagaan tuntutan pemilik akan dilakukan setelah dibayar terlebih dahulu kepada pemiutang. Ia akan menambahkan nilai aset dan ekuiti pemilik. Aset perniagaan dibiayai boleh dituntut sama ada oleh pemiutang atau pemilik.2. Contoh hasil ialah seperti hasil jualan. maka aset ditolakkan dengan liabiliti. Sama ada ambilan atau dividen. Untuk menentukan apa yang boleh dituntut pemilik.

Untuk menjelaskan perkara ini.000 daripada Bank ABC dengan menandatangani nota belum bayar (NBB). berikut adalah contoh urusniaga yang diambil dari Perniagaan Azam bagi bulan pertama perniagaan beroperasi. pengkelasan dan kesannya. kenalpasti urusniaga. Kesemua urusniaga perniagaan boleh mengakibatkan perubahan kepada ketiga-tiga elemen persamaan perakaunan (aset. dan pastikan persamaan perakaunan seimbang.24 2.3 ANALISIS URUSNIAGA MENGGUNAKAN PERSAMAAN PERAKAUNAN Urusniaga perniagaan adalah suatu peristiwa ekonomi yang mengubah secara langsung kedudukan kewangan dan memberi kesan secara langsung kepada hasil operasi sesebuah perniagaan. Urusniaga Pinjaman Pada 4 Januari 20X1. Azam menerima tunai berjumlah RM5. Pelaburan oleh Pemilik Pada 1 Januari 20X1 . Liabiliti (NBB) bertambah.000 ii. liabiliti dan ekuiti pemilik). i. Aset Tunai + 10. UNIT 2 PERSAMAAN PERAKAUNAN DAN PRINSIP CATATAN BERGU . Kesan ke atas persamaan perakaunan adalah seperti berikut : Analisa : Aset (tunai) bertambah.000. Kesan ke atas persamaan perakaunan adalah seperti berikut : Analisa : Aset (tunai) bertambah. Azam memulakan perniagaan dengan menyumbang tunai sebagai modal berjumlah RM10. iii. Terdapat tiga langkah yang harus diikuti dalam membuat analisis urusniaga : i. tentukan akaun. ii. Ekuiti Pemilik (modal) bertambah.000 = = Liabiliti 0 + + Ekuiti Pemilik Modal + 10.

Memberi Perkhidmatan Secara Tunai Pada 20 Januari 20X1.000 + + + Ekuiti Pemilik Modal 0 iii. Aset Peralatan + 4. memberi perkhidmatan kepada pelanggan secara kredit berjumlah RM5. Aset Tunai + 3. Kesan ke atas persamaan perakaunan adalah seperti berikut : Analisa : Aset (ABT) bertambah. Azam membeli peralatan bagi kegunaan perniagaan secara tunai berjumlah RM4. Ekuiti Pemilik (hasil) bertambah.000.000 iv.25 Aset Tunai + 5. Memberi Perkhidmatan Secara Kredit Pada 25 Januari 20X1.000 = = = Liabiliti NBB +5. Kesan ke atas persamaan perakaunan adalah seperti berikut : Analisa : Aset (tunai) berkurang. Ekuiti Pemilik (hasil) bertambah.4.500 = = = Liabiliti 0 + + + Ekuiti Pemilik Hasil + 3.000 = = = Liabiliti 0 + + + Ekuiti Pemilik 0 Tunai .000. Membeli Aset Pada 5 Januari 20X1. UNIT 2 PERSAMAAN PERAKAUNAN DAN PRINSIP CATATAN BERGU . Aset (peralatan) bertambah. memberi perkhidmatan kepada pelanggan secara tunai berjumlah RM3.500 v.500 Kesan ke atas persamaan perakaunan adalah seperti berikut : Analisa : Aset (tunai) bertambah.

500 vii.000 Hasil Hasil UNIT 2 PERSAMAAN PERAKAUNAN DAN PRINSIP CATATAN BERGU .500. Azam telah mengambil RM2.000 + 5.26 Aset ABT + 5.000 + 5.500 Aset ABT Peralatan + 4.000 wang perniagaan untuk kegunaan peribadinya.000 + 3.000 Tarikh Jan 1 4 5 20 25 Tunai + 10.500 + 5.000 .1.4.2.000 vi. Kesan ke atas persamaan perakaunan adalah seperti berikut : Analisa : Aset (tunai) berkurangan. Ekuiti Pemilik (belanja) berkurangan. Aset Tunai . Membuat Ambilan Pada 31 Januari 20X1.1. Ekuiti Pemilik (ambilan) berkurangan.2.000 = = = Liabiliti 0 + + + Ekuiti Pemilik Hasil + 5.000 = = = Liabiliti 0 + + + Ekuiti Pemilik Ambilan .500 = = = Liabiliti 0 + + + Ekuiti Pemilik Belanja . Aset Tunai . perniagaan membayar gaji pekerja berjumlah RM1. Membayar Belanja Pada 30 Januari 20X1. Kesan ke atas persamaan perakaunan adalah seperti berikut : Analisa : Aset (tunai) berkurangan.000 + + + + + + + Keterangan + 3.000 = = = = = = = Liabliti NBB + 5.000 Daripada urusniaga di atas jika disatukan di dalam persamaan perakaunan ia akan menjadi seperti berikut : Ekuiti Pemilik Modal + 10.

500 + 5.000 RM 5.000 Aset Tunai ABT Peralatan Perniagaan Azam Kunci Kira-Kira Pada 31 Januari 20X1 RM Liabiliti Dan Ekuiti Pemilik 11.1 persamaan perakaunan.000 20.500 + .000 + 4. .000 = = = = + 5.1 Persamaan Perakaunan 2.500 1.000 UNIT 2 PERSAMAAN PERAKAUNAN DAN PRINSIP CATATAN BERGU .500 7. Perniagaan Azam Penyata Pendapatan Bagi Bulan Berakhir Pada 31 Januari 20X1 Hasil perkhidmatan (3.000 20.000 15.000 Belanja Ambilan Jadual 2.000 20.2.27 30 31 Jum.000 Modal 4. Dengan menggunakan maklumat daripada jadual 2.2.000 Nota belum bayar 5.000 20.4 PENYEDIAAN PENYATA PERSAMAAN PERAKAUNAN KEWANGAN DENGAN Data-data di dalam persamaan perakaunan boleh ditunjukkan di dalam penyata pendapatan dan kunci kira-kira.000) Tolak : Belanja-Belanja Belanja gaji Untung bersih RM 8.1.1.000 + .000 + + 15.500 .000 + 5.000 + 11. di bawah ditunjukkan contoh penyata pendapatan dan kunci kirakira.

28 2. Analisa : Aset (tunai) bertambah. Azam menerima tunai RM5.5 SISTEM CATATAN BERGU Dalam perakaunan.000.000 Modal -Azam + 10. setiap urusniaga akan melibatkan dua catatan. Ekuiti Pemilik (modal) bertambah. UNIT 2 PERSAMAAN PERAKAUNAN DAN PRINSIP CATATAN BERGU .000 Contoh 2 : Pada 4 Januari 20X1. Perkataan bergu atau regu timbul kerana pada setiap urusniaga kedua-dua catatan iaitu debit dan kredit direkodkan bersama. manakala kredit merupakan catatan di sebelah kanan akaun T.000 daripada Bank ABC dengan menandatangani nota belum bayar (NBB). Debit merupakan catatan pada sebelah kiri akaun T. Format akaun T adalah seperti ditunjukkan di bawah : Tajuk Akaun Debit Kredit Peraturan catatan bergu telah dibentuk seperti di bawah : Akaun Aset Liabiliti Ekuiti Pemilik Hasil Belanja Peningkatan Debit Kredit Kredit Kredit Debit Pengurangan Kredit Debit Debit Debit Kredit Contoh 1: Pada 1 Januari 20X1 . Akaun T ialah kaedah yang digunakan untuk merekod urusniaga secara sistematik. Satu catatan di sebelah debit dan satu lagi catatan di sebelah kredit. Azam telah memulakan perniagaan dengan modal dalam bentuk tunai RM10. Tunai + 10.

xiix. viii.500 Tunai + 1. ekuiti pemilik. xii. v. Akaun Nota belum terima Nota belum bayar Bekalan pejabat Belanja gaji Hasil jualan Hasil faedah Belanja faedah Insuran prabayar Belanja pengangkutan Inventori Kategori UNIT 2 PERSAMAAN PERAKAUNAN DAN PRINSIP CATATAN BERGU .500. Liabiliti (NBB) bertambah. vii.000 Contoh 3 : Pada 30 Januari 20X1. x. perniagaan membayar gaji pekerja RM1. Aset (tunai) berkurang. iv. liabiliti. xvi. xv. Belanja Gaji + 1. xix. vi. Bil i. xiii.500 SOALAN LATIHAN A Soalan 2. xx. Analisa : Belanja (gaji) bertambah.1 Klasifikasikan akaun-akaun berikut sama ada ianya aset. xvii.29 Analisa : Aset (tunai) bertambah. Tunai + 5. iii. xiv. Akaun Tunai Akaun belum bayar Modal Akaun belum terima Kenderaan Bangunan Pinjaman Bon belum bayar Gaji belum bayar Saham Kategori Bil xi. ii. hasil atau belanja.000 Nota Belum Bayar – Bank ABC + 5. ix.

Dikehendaki : Dengan menggunakan format di bawah.30 Soalan 2.000 Peralatan 40.000 Baki i. vi. Fairuz mengambil RM300 tunai untuk kegunaan peribadi. Membayar belanja sewa pejabat RM1.300 Menjelaskan bayaran bagi urusniaga pada (iii).000 2. Bil Tunai i. vii. ii. Memberi perkhidmatan secara kredit RM 2.500 Membeli bekalan pejabat secara kredit RM2. viii.000 bagi memulakan perniagaan.000 = = = Liabiliti ABB NBB 5. iv. ii. Memberikan perkhidmatan kepada pelanggan dan menerima tunai RM1.000 + + + E.3 Baki awal akaun-akaun tetap bagi Perniagaan Hafiz yang dinyatakan dalam bentuk persamaan perakaunan adalah seperti berikut : Aset ABT Bekalan 26.000 UNIT 2 PERSAMAAN PERAKAUNAN DAN PRINSIP CATATAN BERGU . urusniaga-urusniaga berikut telah berlaku : Bil i. ii. Aset ABT = = Liabiliti ABB + + Ekuiti Pemilik Modal Keterangan Bekalan Soalan 2. Pelanggan menjelaskan akaun belum terima 500. Tunai 15. Urusniaga Fairus melabur RM20. v.000 dan belanja iklan RM200. iii.Pemilik Modal 58.2 Sepanjang bulan November 20X1. tunjukkan kesan setiap urusniaga di atas kepada persamaan perakaunan.000.000 20.

Aset Liabiliti Ekuiti Pemilik UNIT 2 PERSAMAAN PERAKAUNAN DAN PRINSIP CATATAN BERGU . Beli peralatan yang RM8. Beli bekalan secara kredit sebanyak RM700. Bayar Akaun Belum Bayar RM4.000.4 Dengan berpandukan jadual di bawah.000 sebagai pendahuluan dan menerbitkan nota belum bayar RM5.000. Memberi perkhidmatan kepada pelanggan bernama En.000 untuk kegunaan sendiri.000 dengan membayar tunai RM3.500.31 Dalam bulan Jualai 20X1. tunjukkan kesan pertambahan (+) dan pengurangan (-)untuk urusniaga di bawah : Urusniaga Pemilik memasukkan wang tunai tambahan RM1. Membuka akaun perniagaan di RHB dengan tunai RM400. Soalan 2. Bekalan yang digunakan sepanjang Julai RM1.000.000 ke dalam perniagaan. Bayar belanja sewa RM2. Memberi khidmat pelaburan kepada pelanggan secara kredit RM10. Badut RM950 dan berjanji akan membayar pada masa akan datang.500 dan belanja gaji RM3.000 untuk bakinya.000 daripada pelanggan kerana bayaran sebahagian daripada akaun belum terima. belanja iklan RM1.000.500 daripada pelanggan untuk bayaran sebahagian daripada akaun belum terima. urusniaga-urusniaga berikut telah dilibatkan : i ii iii iv v vi vii viii ix Terima tunai RM15. Hafiz mengambil tunai RM1. Terima tunai RM13. Dikehendaki : Tunjukkan kesan urusniaga di atas dalam persamaan perakaunan. Pemilik mengeluarkan tunai untuk kegunaan sendiri RM120. Membeli rak barangan RM200 dan membayar dengan menggunakan cek. Seorang akaun belum terima menjelaskan hutangnya RM150 dengan cek.

Berikut adalah urusniaga yang berlaku di sepanjang bulan Jun 20X1.32 Soalan 2. Membayar RM5. Sepanjang bulan Jun.000. Membayar tunai RM1.6 Zaris Fikri memulakan perniagaan yang memberikan perkhidmatan pelancongan kepada pelanggan di sekitar Pulau Pinang pada 1 Jun 20X1. liabiliti dan ekuiti pemilik daripada setiap urusniaga yang dilakukan oleh En. Membayar sewa pejabat untuk bulan Jun RM350.000 dan peralatan pejabat RM4.000 dan menerbitkan nota belum bayar untuk bakinya. Membeli bekalan pejabat RM2. Melabur aset berikut ke dalam perniagaan: tunai RM15. iv. Membeli tiga buah komputer mikro RM4. Menjual bangunan bagi pihak pelanggan dan menghantar bil RM1. Azman bagi bulan Jun 20X1. Soalan 2.000 setiap satu dengan membayar tunai RM2.000 untuk sewa pejabat bulan Jun.000. ii. Memberikan perkhidmatan pelancongan kepada pelanggan dan menerima tunai PERSAMAAN PERAKAUNAN DAN PRINSIP CATATAN BERGU . iii. Mengeluarkan RM400 tunai untuk membayar bil air dan elektrik yang digunakan di rumahnya. UNIT 2 Memulakan perniagaan dengan melabur RM40.5 Agensi Berjaya Hartanah telah ditubuhkan oleh Encik Azman pada 1 Jun 20X1.000 secara kredit. Jun 1 3 7 8 9 15 18 25 28 29 Dikehendaki : Tunjukkan kesan perubahan ke atas aset.500. Bayar gaji untuk pekerja sambilan RM500. Membeli kenderaan secara kredit dengan nilai belian RM7. Zaris Fikri telah melakukan urusniaga-urusniaga berikut untuk perniagaan Agensi Pelancongan ZAF: i.000 tunai. Terima tunai RM900 sebagai komisen menjual rumah untuk pelanggan.500 kepada pelanggan untuk tuntutan komisen. v. Membayar RM350 untuk kos pengiklanan perniagaannya di suratkhabar.000 untuk hutang membeli kenderaan pada 7 Jun 20X1. Membeli peralatan pejabat daripada Syarikat Indah Perabot RM5.

000 Tunai Baki 4. ii. Membayar belanja utiliti untuk bulan Jun RM250 xii. Membeli peralatan mencuci RM3. Tunjukkan kesan setiap urusniaga ke atas persamaan perakaunan. Memberikan perkhidmatan bernilai RM2.000 daripada Bank ABC. Soalan 2.500 dengan menerbitkan nota belum bayar. Aset + ABT + 5. Mengutip tunai RM2. Membeli bekalan mencuci RM650 secara kredit. Membilkan pelanggan untuk kerja-kerja perkhidmatan mencuci pejabat yang telah diberikan RM850. Membeli peralatan pejabat tambahan RM3. Dikehendaki : a. iv.000 secara tunai. Fareez + 14.500 + + Ekuiti Pemilik + Modal.500 NBB 4. vi.500 daripada akaun belum terima. ix.500. vii.7 Fareez menjalankan perniagaan memberikan perkhidmatan pembersihan pejabat dan apartmen di sekitar Kuala Lumpur. UNIT 2 PERSAMAAN PERAKAUNAN DAN PRINSIP CATATAN BERGU .250 = = = Liabiliti ABB + 1. urusniaga-urusniaga berikut telah dilakukan: i. iii. Berikut diberikan baki-baki item lembaran imbangan bagi perniagaan Khidmat Pembersihan Pejabat FAZ pada 31 Disember 20X1 yang dinyatakan dalam bentuk tabular persamaan perakaunan. Membawa masuk kenderaan milik peribadi RM20. b.33 RM1. Membawa pulang sebuah komputer mikro milik perniagaan ke rumah untuk kegunaan peribadi. xi. x.500 + + Peralatan Mencuci 6.000 untuk digunakan oleh perniagaan. Meminjam wang tunai RM10. Membayar separuh daripada akaun belum bayar bagi urusniaga (ii). dan lembaran imbangan bagi Agensi Pelancongan ZAF untuk bulan Jun 20X1. viii.000 Dalam bulan Januari 20X2.250 + Bekalan Mencuci + 3.000 secara kredit kepada pelanggan. Sediakan penyata pendapatan.

vi. Dikehendaki : a. Transaksitransaksi berikut telah berlaku dalam bulan Mei : i Melaburkan RM30. ii Membayar tunai RM600 untuk sewa pejabat bagi bulan Mei. UNIT 2 PERSAMAAN PERAKAUNAN DAN PRINSIP CATATAN BERGU . x. ix Gaji kakitangan dibayar secara tunai RM1. Sediakan penyata pendapatan dan kunci kira-kira bagi Khidmat Pembersihan Pejabat FAZ untuk bulan Januari 20X2. vii. Membayar nilai muka nota belum bayar RM800 dan belanja faedah ke atas nota tersebut RM90. iv Melibatkan belanja pengiklanan sebanyak RM450 secara akaun.000 tunai dalam Bank Pertama atas nama Agensi Perlancongan L.500 untuk perkhidmatan yang telah diberi: tunai RM1. iaitu sama ada meningkat atau menurun dan baki selepas setiap urusniaga dalam bentuk tabular. Membayar belanja utiliti RM150.000 dibilkan kepada pelanggan secara akaun. vi Memperolehi RM13. Wong.500 diterima dari pelanggan dan baki RM12.800. iii Membeli peralatan pejabat RM3. vii Mengambil tunai RM300 untuk kegunaan sendiri. Miss Lily Wong telah menubuhkan Agensi Pelancongan L. viii Membayar si pemiutang untuk belanja pengiklanan seperti di (iv). v Membayar RM900 untuk bekalan pejabat secara tunai. Fareez mengambil tunai RM1. viii.34 v.000 tunai dari pelanggan yang telah dibilkan dalam transaksi (vi). Menerima bil untuk bulan Januari daripada Utusan Malaysia RM300 untuk belanja mengiklankan perniagaan dalam suratkhabar tersebut sepanjang bulan Januari. ix. x Menerima RM12. Soalan 2.500 daripada perniagaan untuk kegunaan sendiri.750 secara tunai. Memberikan kerja-kerja mencuci pejabat kepada pelanggan dan menerima tunai RM950.8 Pada 1 Mei. Tunjukkan kesan setiap urusniaga ke atas persamaan perakaunan. belanja telefon RM200 dan belanja gaji RM700 untuk bulan Januari. Wong. Membilkan pelanggan untuk kerja-kerja mencuci apartmen RM800. b.

000. Pemilik menambahkan tunai ke dalam perniagaan berjumlah RM15. Sediakan analisis berjadual untuk transaksi-transaksi diatas dengan menggunakan lajur seperti berikut: Tunai. UNIT 2 PERSAMAAN PERAKAUNAN DAN PRINSIP CATATAN BERGU . Seorang penghutang kembalikan semula barang yang dibelinya berniali RM200. Pemilik mengeluarkan sebanyak RM250 untuk kegunaan sendiri. b.9 Penuhkan ruangan di bawah untuk menunjukkan kesan-kesan pertambahan atau pengurangan dalam akaun-akaun ini: Kesan ke atas Aset Liabiliti Ekuiti i ii iii iv v vi vii Membeli rak secara kredit berharga RM50. Membayar semula hutang sebanyak RM10. Membeli barang-barang bernilai RM12. akaun belum terima. Soalan 2.000. peralatan pejabat.500 dengan menggunakan cek. Perniagaan telah memulangkan barang bernilai RM160 yang dibeli daripada Ayunie Enterprise yang bilnya masih belum dibayar. Sediakan penyata pendapatan bagi bulan berakhir 31 Mei. akaun belum bayar dan modal L. Wong.35 Dikehendaki : a. bekalan.000 kepada Smart Shop.

Business Press. D. Hoggett & Edwards. Kuala Lumpur.A (1999). Malaysia. Tunjukkan kesan bagi setiap urusniaga berikut ke atas persamaan perakaunan. Prentice Hall. (Fourth Edition). Menerima RM800 daripada pelanggan selepas menyediakan perkhidmatan. Khalid Ismail. (Fourth Edition). R. Asas Perakaunan. Mahadzir (2005). (1996). Boston: McGraw Hill. L. Tg Malim. Hilton. R. (2003). (1990).R. Singapore: John Wiley. (Jilid 1). Longman. Membeli peralatan dari Syarikat Faizul RM1. (2003). (Tenth Edition). Thomson Learning. Azizi mengeluarkan RM500 bagi kegunaan sendiri. Honrgren. (Bahagian 1 & 2). (2000).T. Lembaga Piawai Perakaunan Malaysia (MASB). Accounting in Australia (2nd Edition). and Merchant. Accounting (Fourth Edition). Boston: Irwin/McGraw-Hill. Frank Wood.T. Barjoyal Bardai (1997). Perakaunan. Managerial Accounting.200 secara kredit. Kuala Lumpur UNIT 2 PERSAMAAN PERAKAUNAN DAN PRINSIP CATATAN BERGU .N. (1999). Harrison. Bayar RM200 kepada Syarikat Faizul untuk sebahagian pembelian peralatan di atas. Hawkins.000. Khalid. K. A. Malaysia. W. (1999).S. C. Fajar Bakti. Menerima rak bernilai RM500 daripada Azilah sebagai hadiah dan digunakan untuk membantu menjalani perniagaan. RUJUKAN Anthony. Prentice Hall. Accounting Theory. Membayar gaji pembantu sebanyak RM100. (Cetakan Pertama). & Bamber. Perakaunan Perniagaan. Belkaoui.F. Perakaunan Awalan (Cetakan Kedua). Quantum Books.36 Soalan 2.10 Berikut adalah urusniaga dalam Perniagaan Khidmatsetia: i ii iii iv v vi vii Azizi memulakan Perniagaan Khidmatsetia dengan melabur sebanyak RM5. Accounting: Text and Cases.W..

Rancangan Mengajar Prinsip Perakaunan Tingkatan 4. Ibrahim. Pearson Prentice Hall. Pearson Prentice Hall. Perakaunan Kewangan Pra Universiti & Matrilulasi (Cetakan Kedua). K. Perakaunan Pengurusan Pra Universiti & Matrilulasi. Baharudin. Pearson Prentice Hall. Khalid. (Cetakan Pertama). Rancangan Mengajar Prinsip Perakaunan Tingkatan 5.Lumpur.37 Khalid. Mohd Diah (2009). K. Fajar Bakti. (Cetakan Kedua). Ibrahim. Quantum Book. (Cetakan Pertama). Scholar Press. K. Khalid. (Cetakan Ketiga). Khalid. John Wiley & Sons. (Cetakan Pertama). Tg Malim. (2005).Lumpur. Konsep & Model Pengajaran Perakaunan. Weygandt. Khalid. (2005). Baharudin. Perakaunan Kewangan Matrikulasi. UNIT 2 PERSAMAAN PERAKAUNAN DAN PRINSIP CATATAN BERGU . Khalid. Ibrahim. Pearson Prentice Hall. Kimmel. Baharudin. (2008). Kieso. Kuala Lumpur. Wan Maznah. Mohd Diah (2007). (2009). Ibrahim.Lumpur. Pengurusan Bilik Darjah Dalam Konteks Pengajaran & Pembelajaran Perakaunan. USA. Zaleha (2000). (2000). K. Financial Accounting (3rd Edition).Lumpur. Kuala Lumpur. Baharudin.