You are on page 1of 134

www.scribd.

com/mohd_naqib88

0




Wanita










www.scribd.com/mohd_naqib88

1








Oleh :
Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

Terjemahan oleh :
Mohammad Naqib bin Hamdan

Tajuk Asal :
ةيملسلا ةايحلا يف ةأرملا زكرم
Cetakan : Maktabah Wahbah








www.scribd.com/mohd_naqib88

2

Isi kandungan
Tajuk Mukasurat
Mukoddimah 3
Wanita sebagai seorang insan
- Syubhat yang tertolak
i. Penyaksian wanita dan lelaki
ii. Harta warisan
iii. Diat
iv. Qawwamah
v. Bidang kehakiman dan politik
6




Wanita sebagai seorang wanita
- Ikhtilat yang dibenarkan
- Syubhat penegak pergaulan bebas dan
penolakannya
- Kesan-kesan pergaulan bebas di Barat
28
Wanita sebagai seorang ibu
- Ibu-ibu yang kekal nama mereka di
dalam sejarah
54
Wanita sebagai seorang anak 62
Wanita sebagai seorang isteri
- Talaq
- Poligami
78
Wanita sebagai anggota masyarakat 118







www.scribd.com/mohd_naqib88

3









MUKODDIMAH








www.scribd.com/mohd_naqib88

4


نمحرلا لا مسب ميحرلا
. هادى عبت نمو وبحصو ولآ ىلعو لا لوسر ىلع ملسلاو ةلصلاو . . . ل دمحلا
. . . دعب امأ
Kita sering mendengar kata-kata bahawa : Wanita itu separuh dari masyarakat. Maka masyarakat
tidak boleh lalai pada separuh yang baki itu, membiarkannya, menzaliminya, atau
menghilangkan hak-haknya.
Inilah hakikatnya. Mungkin ada yang mengatakan bahawa separuhnya wanita itu di dalam
masyarakat hanya pada bilangan, tetapi ia memberikan kesan yang sangat besar di dalam
masyarakat. Tidak kira sama ada ia kesan yang positif atau negatif – kepada suaminya atau anak-
anaknya. Malah ada penyair yang menyebutkan :
Ibu itu adalah sekolah, jika engkau telah menyiapkannya,
Engkau telah menyiapkan rakyat yang baik peluhnya.
Oleh sebab itu, para ulamak, intelektual, pengislah masyarakat, pendakwah dan pendidik sangat
mengambil berat akan permasalahan yang berkaitan dengan wanita. Mereka menyeru supaya
wanita dilayan dengan baik, dimuliakan, tidak dizalimi, dikasihani, diberi hak dan kebenaran
untuk menuntut ilmu, bekerja, menanggung tugas dan tanggungjawab, dan berkahwin dengan
orang yang mereka redhai.
Tidak cukup dengan itu, terdapat sebilangan dari mereka yang menuntut supaya wanita diberikan
hak di dalam kebebasan seksual, seks sesama jenis (lesbian), berkahwin sesama jantina,
pengguguran bukan dengan sebab darurat, mengingkari sistem kekeluargaan, keluar dari agama,
nilai-nilainya dan masyarakat dan lain-lain lagi.
Inilah apa yang diperjuangkan di dalam Perhimpunan Wanita yang diadakan di Beijing, pada
bulan September 1995. Selepas itu, ia telah menyebabkan perdebatan yang panjang di dalam
dunia islam, malah dunia kristian.
Kita sebagai orang islam mempunyai „dokumen‟ dari Allah swt, yang telah memuliakan wanita
dengan semulia-mulianya, adil kepada wanita, memeliharanya dari kezaliman dan kegelapan
jahiliah. „Dokumen‟ ini adalah Al-Quran Al-Karim. Ia memuliakan wanita sebagai insan, wanita,
anak, isteri, ibu dan anggota masyarakat.
www.scribd.com/mohd_naqib88

5

Walaupun kita sedia maklum dengan sebahagian orang islam dalam kurun-kurun yang lampau,
pernah menzalimi wanita dengan menghalang mereka dari bertafaqquh di dalam agama, bekerja
mencari duit, pergi ke rumah-rumah Allah swt walaupun ia dibenarkan oleh syarak, sama ada
untuk beribadah atau menuntut ilmu, memaksa mereka berkahwin dengan lelaki yang mereka
tidak sukai, dan me„wajib‟kan mereka untuk menghabiskan masa di dalam rumah.
Namun semua ini hilang selepas tersebarnya kesedaran islam yang benar. Tetapi terdapat juga
sebilangan orang islam yang menolaknya sebagaimana yang kami lihat di kampung-kampung
dan desa-desa.
Risalah islam juga datang untuk menjelaskan permasalahan wanita ini. Dan kami juga telah
mengambil berat akan permasalahan wanita dan kekeluargaan di dalam kita kami sebelum ini,
khususnya : Al-Halal wa Al-Haram, Fatawa Muasiroh jilid satu dan dua.
Diharapkan para pembaca mendapat „cahaya‟ untuk menerangi jalan untuk mengetahui
kebenaran dengan membaca buku ini, mengenai permasalahan yang penting tanpa ada rasa ghulu
atau tafrith.
Dan tidaklah petunjuk itu melainkan hanya dari Allah swt, dan ke atas-Nya aku bertawakal dan
kepada-Nya aku kembali.

Dr. Yusuf Al-Qaradawi











www.scribd.com/mohd_naqib88

6












WANITA SEBAGAI
SEORANG INSAN









www.scribd.com/mohd_naqib88

7

Islam datang dalam keadaan manusia mengingkari wanita sebagai seorang insan. Sebahagiannya
pula menjadikan wanita sebagai tuhan. Ada juga yang mengiktiraf kemanusiaan wanita, tetapi
mereka menganggap wanita dicipta untuk berkhidmat kepada lelaki sahaja.
Diantara kelebihan islam adalah ia memuliakan wanita, mengiktiraf kemanusiaannya,
keahliannya di dalam memikul amanah, ganjaran dan memasuki syurga sama seperti hak
kemanusiaan yang ada pada lelaki. Ini kerana mereka berdua (lelaki dan wanita) adalah dua
cabang dari satu pokok, dan bersaudara. Bapa mereka adalah Adam a.s. dan ibu mereka Hawa.
Sebagaimana mereka sama pada asal penciptaan, mereka juga sama pada ciri-ciri manusiawi
secara umum, memikul amanah yang sama, mendapat pahala dan pengakhiran yang sama.
Firman Allah swt :
!¸¸!., '_!.l¦ ¦¡1.¦ `¡>`,´¸ _¸.]¦ _>1l> _¸. ¸_±. ¸:.¸>´¸ _l>´¸ !¸.¸. !¸>¸¸ ´¸,´¸ !´,·¸.¸. ¸l>¸¸
¦¸,¸.´ ´,!.¸·´¸ ¦¡1.¦´¸ ´<¦ _¸.]¦ ¿¡l´,!.. .¸«¸, ¸l>¯¸¸¦´¸ ¿¸| ´<¦ ¿l´ ¯¡>,l. !´,,¸·´¸ ¸¸¸
Maksudnya :
Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu
(bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu
pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat
keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu
selalu meminta dengan menyebut-nyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan
(silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati
(mengawas) kamu
(1)
.
Oleh itu, jika semua manusia, lelaki dan perempuan diciptakan dari diri yang satu, Allah swt
menjadikan dari diri itu suami atau isteri yang saling melengkapi, sebagaimana firman Allah swt:
_->´¸ !¸.¸. !¸>¸¸ ´_>`.´,¸l !¸¯,l¸|
Maksudnya :
Dan Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk
bersenang hati dan hidup mesra yang satu kepada yang lain
(2)
.

___________________________
(1)
Surah An-Nisa : 1.
(2)
Surah Al-„Araf : 189
www.scribd.com/mohd_naqib88

8

Kemudian dikeluarkan dari keluarga ini, lelaki dan perempuan dalam bilangan yang banyak.
Semua mereka menyembah Tuhan yang satu, anak kepada ibu dan bapa yang satu. Hubungan
kekeluargaan itu yang mengikat mereka.
Al-Quran menyuruh manusia supaya bertaqwa kepada Allah swt dan menjaga hubungan
silaturrahim yang mengikat mereka. Firman Allah swt :
¦¡1.¦´¸ ´<¦ _¸.]¦ ¿¡l´,!.. .¸«¸, ¸l>¯¸¸¦´¸
Maksudnya :
Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut
nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat
(1).
Lelaki adalah saudara bagi wanita, dan wanita adalah pendamping bagi lelaki. Sabda Rasulullah
saw :
نإ (( ـ )) لاجرلا قئاقش ءاسنلا ام
Maksudnya :
Sesungguhnya wanita adalah adik beradik bagi lelaki
(2)
.
Dan persamaan antara wanita dan lelaki di dalam tanggungjawab beragama dan beribadah. Allah
swt berfirman :
¿¸| _,¸.¸l`..l¦ ¸¸..¸l`..l¦´¸ _,¸.¸.¡.l¦´¸ ¸¸..¸.¡.l¦´¸ _,¸.¸..1l¦´¸ ¸¸..¸..1l¦´¸ _,¸·¸..¯.l¦´¸
¸¸.·¸..¯.l¦´¸ _¸¸¸¸¸.¯.l¦´¸ ¸,´¸¸¸.¯.l¦´¸ _,¸-¸:.>l¦´¸ ¸¸.-¸:.>l¦´¸ _,¸·¸´....l¦´¸ ¸¸.·¸´....l¦´¸
_,¸.¸¸.¯.l¦´¸ ¸¸..¸¸.¯.l¦´¸ _,¸L¸±.>'¦´¸ ¯¡¸>¸`¸· ¸¸.L¸±.>l¦´¸ _¸¸¸¸é.]¦´¸ ´<¦ ¦¸,¸:´
¸,¸¸é.]¦´¸ ´.s¦ ´<¦ ,> :¸¸±-. ¦´¸>¦´¸ !.,¸Ls ¸__¸
___________________________
(1)
Surah Al-„Araf : 189.
(2)
Dari „Aisyah r.a., riwayat Ahmad (6/256), Abu Daud (236), At-Tarmizi (113), Ad-Darimi (1/195). Sebagaimana
diriwayatkan oleh Ahmad Ishak bin „Abdullah bin Abi Talhah dari neneknya, Ummu Sulaim (6/377). Berkata Al-
Haitsami (1/168) : Ishak tidak pernah mendengar dari neneknya. Juga seperti yang dinasabkan kepada Al-Bazzar
dari Anas di dalam Sohih Al-Jami‟ As-Shoghir wa Zayadatuhu, hadis no 2333
www.scribd.com/mohd_naqib88

9

Maksudnya :
Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam,
dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan
orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang
lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki
yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang
merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada
Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang
bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang
berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang
perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut
nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah
banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala
yang besar
(1)
.
Al-Quran juga menyamakan tanggungjawab beragama, bersosial dan berpolitik antara lelaki dan
wanita. Firman Allah swt :
¿¡`.¸.¡.l¦´¸ ¸..¸.¡.l¦´¸ ¯¡¸.-, ',!´,¸l¸¦ ¸_-, _¸'¸.!, ¸.¸`¸-.l!¸, ¿¯¡¸.,´¸ ¸_s ¸¸>..l¦
_¡.,¸1`,´¸ :¡l¯.l¦ _¡.¡`,´¸ :¡´¸l¦ _¡`-,¸L`,´¸ ´<¦ .`«]¡.´¸´¸ ,¸¸.l`¸¦ `¡¸.-¸´,. ´<¦
Maksudnya :
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong
bagi setengahnya yang lain. Mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang
daripada berbuat kejahatan, dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat,
serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah
(2)
.
Di dalam kisah Nabi Adam a.s. tanggungjawab dan larangan diberikan kepada Adam dan
isterinya Hawa adalah sama. Firman Allah swt :
!´.l·´¸ `¸:!:., _>`.¦ ¸.¦ ,`>¸¸´¸ «.>'¦ ¸´´¸ !¸.¸. ¦.s´¸ ¸,> !..:¸: ¸´¸ !,¸1. ¸:¸..> :¸>:l¦
!.¡>.· ´_¸. _,¸.¸¹.Ll¦ ¸__¸
___________________________
(1)
Surah Al-Ahzab : 35.
(2)
Surah At-Taubah : 71.
www.scribd.com/mohd_naqib88

10

Maksudnya :
Dan Kami berfirman: "Wahai Adam! Tinggalah engkau dan isterimu di dalam syurga,
dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan
janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah
kamu dari golongan orang-orang yang zalim
(1)
.
Tetapi yang terbaru mengenai kisah ini sebagaimana disebutkan di dalam Al-Quran, godaan itu
adalah dari syaitan bukan Hawa. Sama seperti disebutkan di dalam Taurat. Firman Allah swt :
!.¸l¸!· _.L,:l¦ !¸.s !.¸>¸>!· !´.¸. !.l´ ¸«,¸·
Maksudnya :
Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan
menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya
(2)
.
Bukanlah Hawa sahaja yang memakan pokok yang dilarang itu, tetapi mereka melakukan
kesilapan itu bersama-sama. Juga bertaubat dan menyesal bersama-sama. Firman Allah swt :
¸!· !´.`,´¸ !..¹L !´..±.¦ ¿¸|´¸ `¸l ¯¸¸±-. !´.l !..>¯¸.´¸ _·¡>´.l ´_¸. ´_,¸¸¸..>l¦ ¸__¸
Maksudnya :
Mereka berdua merayu: "Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri,
dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya
menjadilah kami dari orang-orang yang rugi
(3)
.
Malah di dalam sesetengah ayat, kesalahan itu hanya diletakkan di atas Nabi Adam a.s. Firman
Allah swt :
.1l´¸ !..¸¸s ´_|¸| ¸:¦´, _¸. `_¯,· ´_¸..· ¯¡l´¸ .¸>´ .«l !´.¸s ¸¸¸_¸
Maksudnya :
Dan demi sesungguhnya, Kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu, tetapi
dia lupa; dan Kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh
(4)
.
___________________________
(1)
Surah Al-Baqarah : 35.
(2)
Surah Al-Baqarah : 36.
(3)
Surah Al-„Araf : 23.
(4)
Surah Toha : 115
www.scribd.com/mohd_naqib88

11

Firman-Nya lagi :
_´¡`.´¡· ¸«,l¸| _.L,:l¦ _!· `¸:!:., ¯_> ,l:¦ _ls ¸:¸>: ¸.¦>'¦ ¸,l`.´¸ ¸ _l¯,, ¸¸_¸¸
Maksudnya :
Setelah itu maka syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya, dengan berkata: "Wahai
Adam, mahukah aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan hidup selama-
lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?
(1)
.
Firman-Nya lagi :
´_.s´¸ `¸:¦´, .«`,´¸ _´¡-· ¸¸_¸¸
Maksudnya :
Dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai
hajatnya)
(2)
.
Juga dinasabkan taubat itu kepada Adam sahaja. Firman Allah swt :
¯¡. «.,.>¦ .«,´¸ ´,!.· ¸«,ls _.>´¸ ¸¸__¸
Maksudnya :
Kemudian Tuhannya memilihnya (dengan diberi taufiq untuk bertaubat), lalu Allah
menerima taubatnya serta diberi petunjuk
(3)
.
Ia membawa maksud bahawa lelaki adalah asal kepada maksiat dan wanita hanya mengikut.
Walauapapun keadaannya, sesungguhnya kesalahan yang dilakukan oleh Hawa ini tidak diwarisi
oleh keturunannya tetapi ditanggung olehnya. Kesalahan-kesalahan hanya ditanggung oleh si
pelaku itu. Firman Allah swt :

,l¸. «.¦ .· ¸l> !¸l !. ¸,.´ ¡>l´¸ !. ¯¡.¯,.´ ¸´¸ ¿¡l:`.. !´.s ¦¡.l´ ¿¡l´,-, ¸¸__¸


___________________________
(1)
Surah Toha : 120.
(2)
Surah Toha : 121.
(3)
Surah Toha : 122.
www.scribd.com/mohd_naqib88

12

Maksudnya :
Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa
yang mereka telah usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan;
dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang telah
mereka lakukan
(1)
.
Mengenai kesamaan antara lelaki dan wanita pada ganjaran dan memasuki syurga, firman Allah
swt :
´,!>.`.!· ¯¡¸l ¯¡¸,´¸ _¸.¦ ¸ _,¸.¦ _´.- ¸_¸..s ¡>.¸. _¸. ¸¸´: ¸¦ _..¦ ¡>.-, _¸. ¸_-,
Maksudnya :
Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firman-Nya): "Sesungguhnya Aku
tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada
lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya
yang lain
(2)
.
Oleh itu, nas dari Al-Quran secara jelas menunjukkan bahawa semua amalan yang dilakukan
tidak akan disia-siakan di sisi Allah swt, tidak kira dilakukan oleh lelaki atau wanita. Semuanya
sama sahaja, diciptakan dari tanah dan jenis yang sama. Firman Allah swt :
_. _¸.s !´>¸l.. _¸. ¸¸é: ¸¦ _..¦ ´¡>´¸ "_¸.¡`. .«.¸¸,`>`.l· :¡´,> «,¸¯,L `¸¸.,¸¸>´.l´¸ ¡>¸>¦
¸_.>!¸, !. ¦¡.!é ¿¡l.-, ¸__¸
Maksudnya :
Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka
sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan
sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari
apa yang mereka telah kerjakan
(3)
.

___________________________
(1)
Surah Al-Baqarah : 134 & 141.
(2)
Surah Ali Imran : 195.
(3)
Surah An-Nahl : 97.

www.scribd.com/mohd_naqib88

13

Firman-Nya lagi :
_.´¸ ¯_.-, ´_¸. ¸¸.>¸l.¯.l¦ _¸. ¸¸é: ¸¦ _..¦ ´¡>´¸ "_¸.¡`. ,¸¸.l`¸!· ¿¡l>., «.>l¦ ¸´¸
¿¡.lL`, ¦¸,¸1. ¸¸__¸
Maksudnya :
Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia
beriman, maka mereka itu akan masuk syurga, dan mereka pula tidak akan dianiaya
(atau dikurangkan balasannya) sedikitpun
(1)
.
Dalam aspek hak harta bagi wanita, islam telah memansuhkan apa yang diamalkan oleh umat-
umat terdahulu tidak kira arab atau yang bukan arab, iaitu menghalang wanita dari memiliki
harta atau mewarisinya, menyempitkan mereka dari menggunakan apa yang mereka miliki, dan
kuasa „diktator‟ suami terhadap harta isteri-isteri mereka.
Lalu islam memberikan hak kepada wanita untuk memiliki dari semua jenisnya dan
menggunakannya dengan cara-cara yang dibenarkan. Maka disyariatkan perwarisan dan wasiat
kepada wanita seperti yang disyariatkan kepada lelaki, memberikan kebenaran untuk berjual beli,
menyewa, memberi hadiah, urusan pinjam meminjam, wakaf, sedekah, mewakilkan urusan
kepada orang lain, penukaran hak milik, pajak gadai dan lain-lain lagi yang melibatkan akad dan
pekerjaan.
Selepas itu diikuti dengan hak untuk mempertahankan hartanya seperti dia mempertahankan
dirinya melalui proses kehakiman dan lain-lain yang dibenarkan.
Wanita juga diberikan hak untuk menuntut ilmu seperti lelaki, bahkan hakikatnya ia adalah
fardhu bagi mereka. Sabda Rasulullah saw di dalam hadis :
)) ملسم لك ىلع ةضيرف ملعلا بلط ((
Maksudnya :
Menuntut ilmu itu adalah fardhu bagi setiap muslim
(2)
.
Dan yang dimaksudkan adalah bagi setiap insan muslim, tidak kira lelaki atau wanita. Ini adalah
sebagaimana yang disepakati secara ijmak.

___________________________
(1)
Surah An-Nisa : 124.
(2)
Hadis sohih.

www.scribd.com/mohd_naqib88

14

Mereka juga diberikan kebenaran untuk menunaikan solat berjemaah di masjid, seperti solat-
solat fardhu lima waktu dan ibadah-ibadah lain seperti mana yang dituntut kepada lelaki : Solat,
puasa, zakat, haji, dan semua rukun-rukun islam. Mereka akan mendapat pahala seperti yang
diganjarkan kepada lelaki, dan akan dihukum jika meninggalkannya seperti hukuman yang
diberikan kepada lelaki. Juga dituntut dengan tanggungjawab sosial sama seperti lelaki,
sebagaimana firman Allah swt :
¿¡`.¸.¡.l¦´¸ ¸..¸.¡.l¦´¸ ¯¡¸.-, ',!´,¸l¸¦ ¸_-, _¸'¸.!, ¸.¸`¸-.l!¸, ¿¯¡¸.,´¸ ¸_s ¸¸>..l¦
Maksudnya :
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong
bagi setengahnya yang lain. Mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang
daripada berbuat kejahatan
(1)
.
Antara haknya adalah memberikan sewa kepada sesiapa yang memintanya dan dihormati sewaan
yang mereka berikan seperti apa yang dilakukan oleh Ummu Hani binti Abi Talib pada hari
pembukaan Madinah. Dia telah menyewakan bilik mandinya kepada sebahagian orang
musyrikin, lalu salah seorang dari saudara lelakinya ingin membunuh orang musyrikin itu. Dia
telah mengadukannya kepada Rasulullah saw. Katanya : “Wahai Rasulullah, saudara lelakiku
ingin membunuh lelaki yang aku sewakan (bilik mandi) itu, (namanya) Fulan bin Hubairah!”.
Lalu Rasulullah saw bersabda :
)) يـناى مأ اي
ِ
ترجأ ن
َ
م انرجأ دق ((
Maksudnya :
Kami menerima sewaan yang engkau tawarkan itu wahai Ummu Hani
(2)
.






___________________________
(1)
Surah At-Taubah : 71.
(2)
Hadis muttafaqun „alaih dari Ummi Hani r.a. Sila lihat : Al-Lu‟lu‟ wa Al-Marjan fi ma Ittafaqa „Alalihi Asy-
Syaikhan oleh Muhammad Fuad Abdul Baqi, no 193.
www.scribd.com/mohd_naqib88

15







SYUBHAT-SYUBHAT
YANG TERTOLAK

1. SYAHADAH (PENYAKSIAN) WANITA DAN LELAKI
2. HARTA WARISAN BAGI WANITA DAN LELAKI
3. DIAT (PAMPASAN)
4. QAWWAMAH (KUASA DI DALAM RUMAHTANGGA)
5. BIDANG KEHAKIMAN DAN POLITIK









www.scribd.com/mohd_naqib88

16

Terdapat sebilangan manusia yang melontarkan syubhat-syubhat yang berkisar tentang persoalan
hak wanita sebagai seorang manusia dan kedudukan mereka di dalam islam. Kami akan menolak
dan menjawabnya, insya Allah.

HIKMAH DIBEZAKAN ANTARA LELAKI DAN WANITA DI DALAM BEBERAPA
HUKUM
Diantara persoalan yang ditimbulkan adalah : Jika islam mengiktiraf wanita sebagai manusia
yang sama antara lelaki dan wanita, kenapa ia melebihkan lelaki dari wanita di dalam beberapa
perkara dan keadaan. Contohnya di dalam penyaksian, harta warisan, diat (pampasan), kuasa di
dalam rumah tangga, kepimpinan negara dan beberapa hukum juz‟iy (cabang) yang lain?
Hakikat dibezakan antara lelaki dan wanita di dalam beberapa hukum bukanlah kerana lelaki itu
lebih mulia atau dekat di sisi Allah swt. Sesungguhnya manusia yang mulia di sisi Allah swt itu
adalah yang paling bertaqwa, tidak kira lelaki atau wanita sebagaimana firman Allah swt :
¿¸| ¯_>.¸é¦ ..¸s ¸<¦ ¯¡>.1.¦
Maksudnya :
Sesungguhnya yang paling mulia dari kalangan kamu adalah yang paling bertaqwa di
antara kamu
(1)
.
Tetapi perbezaan ini dibuat bersesuaian dengan fitrah semulajadi bagi setiap lelaki dan wanita,
seperti yang akan kami jelaskan.

SYUBHAT PENYAKSIAN WANITA DAN LELAKI
Al-Quran menyebutkan di dalam satu ayat yang diturunkan di Madinah, Allah swt menyuruh
supaya ditulis dokumen hutang piutang dan menjaganya. Firman-Nya :
¦¸.¸¸:.`.¦´¸ ¸_¸.,¸¸: _¸. ¯¡÷¸ll>¸¯¸ ¿¸|· ¯¡l !.¡>, ¸_,l`>´¸ _`>¸· ¸¿!.¦´¸¯.¦´¸ _´.¸. ¿¯¡.¯¸. ´_¸.
¸,¦.¸:l¦ ¿¦ _¸.. !.¸..>¸| ¸¸é..· !.¸..>¸| _¸>¸¦ ¸´¸ ´,!, ',¦.¸:l¦ ¦:¸| !. ¦¡`s:
___________________________
(1)
Surah Al-Hujurat : 13.

www.scribd.com/mohd_naqib88

17

Maksudnya :
Dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian
kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah seorang lelaki dan dua orang
perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika seorang lupa
dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang
lagi. Dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi
(1)
.
Oleh itu, Al-Quran menetapkan bahawa penyaksian seorang lelaki menyamai dua orang wanita.
Ia juga diperakui oleh jumhur fuqaha bahawa penyaksian wanita tidak diterima di dalam hudud
dan qisos.
Segala puji bagi Allah yang membuat perbezaan ini, bukan kerana kekurangan atau kelebihan
yang ada pada diri wanita itu, tetapi ia secara fitrah semulajadi bahawa kebiasaannya wanita
tidak terbabit dengan urusan-urusan yang melibatkan harta dan ekonomi. Urusan yang biasa
dilakukan oleh wanita pada kebiasaannya adalah urusan rumahtangga jika dia seorang isteri,
urusan menjaga anak jika dia seorang ibu, urusan berfikir tentang perkahwinan jika dia seorang
janda, malah ingatannya lebih lemah jika ia melibatkan urusan muamalat dan ekonomi. Oleh itu,
Al-Quran menyuruh pemilik hutang jika dia ingin mendokumentasikan urusan hutang
piutangnya supaya dia mencari dua orang lelaki sebagai saksi atau seorang lelaki dan dua wanita.
Tujuannya supaya seperti yang disebutkan di dalam ayat itu :
Supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat
diingatkan oleh yang seorang lagi.
Ini bertepatan dengan pendapat sebilangan besar fuqaha yang tidak menerima penyaksian wanita
di dalam hudud dan qisos supaya mereka menjauhi tempat-tempat yang berlaku perselisihan,
jenayah dan permusuhan yang melibatkan nyawa dan harta benda. Jika mereka melihat sesuatu
jenayah, ia akan menyebabkan mereka tidak mampu menutup mata, menangis dan terganggu,
dan sulit bagi mereka untuk menceritakan jenayah itu dengan mendalam dan jelas. Ini kerana
naluri mereka tidak memampukan mereka untuk menceritakan jenayah itu secara mendalam.
Namun terdapat sebahagian fuqaha yang menerima penyaksian wanita (walaupun berseorangan)
jika ia melibatkan urusan dan tugas mereka seperti pernyaksian di dalam penyusuan, menentukan
dara atau janda, haid, kelahiran dan lain-lain yang mana ia berkaitan dengan pengetahuan wanita
sahaja pada waktu dahulu. Tetapi ia bukanlah perkara yang disepakati oleh semua ulamak.
Mazhab „Atho‟ (salah seorang ulama di zaman Tabi‟en) menerima penyaksian wanita.
Terdapat juga sebahagian ulama yang menerima penyaksian wanita di dalam jenayah, pada
keadaan yang biasanya tidak melibatkan lelaki seperti jika ia berlaku di dalam tandas wanita,
upacara perkahwinan dan lain-lain yang manusia sepakat mengatakan ia khusus untuk wanita.
___________________________
(1)
Surah Al-Baqarah : 282.
www.scribd.com/mohd_naqib88

18

Jika seorang wanita melakukan jenayah ke atas wanita lain sama ada ia melibatkan pembunuhan,
luka-luka atau patah anggota dan disaksikan oleh sejumlah wanita yang lain, adakah penyaksian
mereka semua akan disia-siakan begitu sahaja hanya kerana mereka seorang wanita?
Atau tetap juga diperlukan penyaksian dari seorang lelaki walaupun jenayah itu dilakukan bukan
ditempat yang biasa bagi lelaki?
Yang sebetulnya adalah, penyaksian mereka diterima selagi mereka adil, dipercayai dan sedar.
Syeikhuna Al-Allamah Asy-Syeikh Mahmud Syaltut, mantan Syeikh Al-Azhar ada memberikan
pendapat mengenai firman Allah swt :
¿¸|· ¯¡l !.¡>, ¸_,l`>´¸ _`>¸· ¸¿!.¦´¸¯.¦´¸
Maksudnya :
Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah seorang lelaki dan dua
orang perempuan .
Katanya :
Ia bukanlah berkaitan dengan penyaksian ketika berlakunya proses kehakiman di depan
qadhi supaya dijatuhi hukuman, tetapi ia adalah satu anjuran untuk mencari saksi yang
dapat menenangkan mereka mengenai hak dua orang yang sedang berurusan ketika
berlakunya urusniaga (sebagai satu pengesahan). Firman Allah swt di dalam ayat Al-
Baqarah ayat 282 itu :
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan
dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu
maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah
seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah
seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya.
Oleh itu, hendaklah dia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu
merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah dia bertaqwa
kepada Allah Tuhannya, dan janganlah dia mengurangkan sesuatu pun dari
hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau dia
sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan
oleh walinya dengan adil benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang
saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang
lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang
yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi
perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi.
www.scribd.com/mohd_naqib88

19

Oleh itu, ia adalah penyaksian supaya disahkan hak mereka, bukanlah ketika berlakunya
proses kehakiman.
Ayat ini menunjukkan cara pengesahan hak yang paling baik, yang dapat menenangkan
kedua belah pihak yang sedang berurusan.
Ini bukanlah bermakna penyaksian seorang atau ramai wanita, tidak menyamai seorang
lelaki, tidak disabitkan melainkan dengan kebenaran, tidak dijatuhi hukuman oleh qadhi,
tetapi sekurang-kurang perkara yang diperlukan ketika proses kehakiman adalah bukti.
Al-Allamah Ibnu Qayyim menyebutkan bahawa bukti di dalam syarak itu lebih umum
dari penyaksian. Setiap perkara yang dapat menunjukkan kepada kebenaran dan
menjelaskannya dikira bukti yang boleh digunakan oleh qadhi dan hakim untuk
menjatuhkan hukuman. Dan qadhi boleh menjatuhkan hukuman jika mempunyai bukti-
bukti yang kuat, dan menerima penyaksian dari orang bukan islam jika dia dipercayai
dan tenang dengan perkataannya.
Penyaksian dua orang wanita menyamai seorang lelaki bukanlah kerana lemahnya akal
mereka yang dikira melemahkan sifat kemanusiaan mereka, tetapi ia – berdasarkan apa
yang dikatakan oleh Al-Ustaz Asy-Syeikh Muhammad Abduh :
“Bukanlah bagi wanita itu untuk terlibat di dalam urusan muamalat dan tukar
ganti barang. Justeru, ia menyebabkan ingatan mereka lemah padanya, tetapi
tidak pada urusan rumah tangga. Ingatan mereka lebih kuat dari lelaki pada
urusan rumah tangga. Secara tabie, manusia itu akan lebih kuat ingatannya jika
ia melibatkan perkara yang mereka berikan perhatian dan berurusan”.
Ayat ini datang sebagai satu keringanan bagi wanita kesemuanya, mereka tidak perlu
melakukan penyaksian bagi urusan hutang piutang dan tidak perlu bersibuk-sibuk pada
urusan jual beli. Jika sebahagian dari mereka melibatkan diri di dalamnya, ia tidak
menafikan tabiat ini.
Jika ayat ini menunjukkan kepada cara pengesahan sesuatu urusan, maka jika suatu
muamalah itu melibatkan suatu tempat yang biasanya dilakukan oleh wanita sahaja
seperti jual beli atau hutang piutang, maka mereka mempunyai hak untuk membuat
pengesahan dari saksi wanita, sama seperti pengesahan yang dilakukan oleh lelaki.
(Wanita boleh membuat penyaksian) Selagimana ingatannya dipercayai dan dia tidak
lupa, sama seperti halnya pada lelaki jika ingatannya dipercayai dan dia tidak lupa
(1)
.


___________________________
(1)
Sila lihat : Al-Islam, „Aqidatun wa Syari‟atun m/s 111 & 112, cetakan Mathba‟ah AlAzhar.

www.scribd.com/mohd_naqib88

20

Tambahnya lagi :
Pendapat kami ini tidaklah berpaling jauh dari nas Al-Quran, bahawa wanita dan lelaki
sama penyaksian dan li‟an, iaitu syariat dari Al-Quran yang melibatkan pasangan suami
isteri, apabila si suami menuduh isterinya berzina dan dia tidak mempunyai saksi.
Firman Allah swt :
_¸¸.]¦´¸ ¿¡`.¯¸, ¯¡¸>´¸¸¦ `¸l´¸ _>, ¯¡> ',¦.¸: ¸¸| ¯¡¸´.±.¦ :..¸:· `¸¸>¸.>¦ _,¯¸¦ _,..´¸:
¸<!¸, .«.¸| ´_¸.l _,¸·¸..¯.l¦ ¸_¸ «.¸..>'¦´¸ ¿¦ ¸´.-l ¸<¦ ¸«,ls ¿¸| ¿l´ ´_¸. _,¸,¸..>l¦ ¸_¸
¦¸´¸.,´¸ !¸.s ´,¦.-l¦ ¿¦ .¸:. _,¯¸¦ _,..¸: ¸<!¸, .«.¸| ´_¸.l _,¸,¸..>l¦ ¸_¸ «.¸..>'¦´¸
¿¦ ¸.s ¸<¦ !¸¯,l. ¿¸| ¿l´ ´_¸. _,¸·¸..¯.l¦ ¸_¸
Maksudnya :
Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada
saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) melainkan hanya dirinya sendiri,
maka persaksian (sah pada syarak). Bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah
dia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya ia dari
orang-orang yang benar.
Dan sumpah yang kelima (hendaklah dia berkata): Bahawa laknat Allah akan
menimpa dirinya jika ia dari orang-orang yang dusta.
Dan bagi menghindarkan hukuman seksa dari isteri (yang kena tuduh) itu
hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya
(yang menuduh) itu sesungguhnya adalah dari orang-orang yang berdusta.
Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata); bahawa kemurkaan Allah akan
menimpa dirinya jika suaminya dari orang-orang yang benar
(1)
.
Empat penyaksian dari lelaki akan menyebabkan laknat Allah swt turun ke atasnya jika
dia berdusta, dan untuk mengelaknya adalah dengan empat penyaksian dari wanita yang
juga akan menyebakan kemarahan Allah swt ke atasnya jika suaminya berkata benar
(2)
.

___________________________
(1)
Surah An-Nur : 6-9.
(2)
Al-Islam, „Aqidatun wa Syari‟atun m/s 213.
www.scribd.com/mohd_naqib88

21

SYUBHAT HARTA WARISAN BAGI WANITA DAN LELAKI
Adapun perbezaan harta pusaka antara lelaki dan perempuan, ia disebutkan di dalam Al-Quran.
Firman Allah swt :
`¸>,¸.¡`, ´<¦ _¸· ¯¡é¸..l¸¦ ¸¸´.¦¸l `_:¸. ¸1> ¸_,´,:.¸¦
Maksudnya :
Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu,
iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan
(1)
.
Maka jelaslah bahawa natijah bagi perbezaan antara keduanya ini adalah pada tanggungjawab
dan beban harta yang difardhukan ke atas mereka berdasarkan syarak.
Jika seorang bapa meninggal dunia dan meninggalkan seorang anak lelaki dan perempuan, maka
anak lelaki akan berkahwin dan perlu membayar mahar dan memberi nafkah kepada isterinya.
Tetapi sebaliknya bagi anak perempuan itu, dia akan menerima mahar, dan selepas berkahwin
wajib pula ke atas suaminya untuk memberi nafkah sedangkan dia tidak perlu mengeluarkan
sebarang duit. Adapun jika dia dari kalangan golongan berada, nafkah bagi isteri dikira
berdasarkan yang tengah-tengah (iaitu mengikut kemampuannya). Firman Allah swt :
_¸±.`,¸l ¸: ¸«-. _¸. .¸«¸.-.
Maksudnya :
Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya
(2)
.
Jika seorang bapa meninggalkan untuk mereka berdua 150 ribu contohnya, anak lelaki akan
mendapat 100 ribu dan adik perempuannya akan mendapat 50 ribu. Jika anak lelaki itu
berkahwin, dia perlu memberi mahar dan hadiah contoh dalam 25 ribu. Dan tinggallah baki
selepas itu 75 ribu. Ketika mana adik perempuannya berkahwin, dia akan mendapat mahar dan
hadiah dengan nilai yang sama diberikan oleh abangnya sebagai contoh. Maka, jumlah bagi adik
perempuannya akan bertambah menjadi 75 ribu dan samalah jumlah yang ada pada mereka
berdua.
Seterusnya, beban tugas dan nafkah seorang lelaki itu akan bertambah. Dia perlu memberi
nafkah kepada anak-anaknya, sama ada lelaki atau perempuan yang masih kecil, kepada kedua
ibu bapanya yang sudah tua jika mereka dalam keadaan susah.
___________________________
(1)
Surah An-Nisa : 11.
(2)
Surah At-Tolaq : 7.
www.scribd.com/mohd_naqib88

22

Juga memberi nafkah kepada adik beradiknya lelaki dan perempuan yang kecil, jika mereka
tidak mempunyai sebarang penolong selainnya, juga kepada kaum kerabat dengan syarat-syarat
yang dimaklumi. Adapun wanita, mereka tidak wajib memberi sesuatu apapun melainkan jika
dia bermurah hati.
Kaedah yang melebihkan bahagian lelaki dari wanita tidak tetap. Maka dalam beberapa keadaan,
bahagian wanita boleh jadi sama dengan bahagian lelaki. Contohnya, harta pusaka ibu bapa jika
seorang anak meninggal dunia. Firman Allah swt :
¸«,´¡,¸¸´¸ ¸_>¸l ¸.¸>´¸ !.·¸.¸. '_.´.l¦ !´.¸. ì¸. ¿¸| ¿l´ .«l .]´¸
Maksudnya :
Dan bagi ibu bapa (si mati), tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta
yang ditinggalkan oleh si mati, jika si mati itu mempunyai anak
(1)
.
Ini kerana keperluan kedua-dua mereka adalah sama.
Begitu juga keadaan saudara perempuan seibu jika dia mewarisi dari saudara lelakinya yang
tidak mempunyai ibu bapa atau anak. Maka dia akan mewarisinya secara kalalah. Firman Allah
swt :
¿¸|´¸ _l´ _`>´¸ ,´¸¡`, «¦.lé ¸¸¦ :¦¸.¦ .`«]´¸ _¦ ¸¦ ¸>¦ ¸_>¸l· ¸.¸>´¸ !.¸.¸. '_.´.l¦ ¿¸|·
¦¡.lé ´¸.é¦ _¸. ,¸l: ,¸· ',lé´¸. _¸· ¸¸l.l¦
Maksudnya :
Dan jika si mati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak
atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara
perempuan (seibu) maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah satu perenam.
Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka
bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan
perempuan)
(2)
.
Maka saudara perempuan seibu itu akan mewarisi satu perenam (1/6), sama seperti
saudara lelakinya seibu. Jika lebih dari dua, mereka akan mendapat dua pertiga (2/3) dari
harta itu secara sama rata antara lelaki dan wanita.
___________________________
(1)
Surah An-Nisa : 11.
(2)
Surah An-Nisa : 12.
www.scribd.com/mohd_naqib88

23

Persamaan ini boleh dilihat dalam banyak keadaan, dan sudah sedia maklum diketahui oleh
orang mempelajarinya ilmu ini (ilmu faraid).
Malah dalam beberapa keadaan, bahagian wanita itu boleh melebihi dari bahagian lelaki.
Contohnya jika seorang wanita mati dan meninggalkan suaminya, ibunya dan dua orang saudara
lelaki seibu sebapa, seorang saudara perempuan seibu. Saudara perempuan seibu akan mendapat
satu perenam (1/6), dua orang saudara lelaki seibu sebapa akan berkongsi satu perenam (1/6).
Maka setiap seorang akan mendapat separuh dari satu perenam (iaitu : 1/12).
Begitu juga jika seorang wanita mati dan meninggalkan suaminya, seorang saudara perempuan
seibu sebapa dan seorang saudara lelaki sebapa. Suaminya akan mendapat separuh (1/2), saudara
perempuan sibu sebapa akan mendapat separuh yang baki, dan saudara lelaki sebapa tidak
mewarisi apa-apa kerana dia adalah asobah, dan tidak ada sesuatupun yang berbaki untuknya.
Jika tempatnya digantikan dengan saudara perempuan, dia akan mendapat satu perenam.
Dan di sisi ibnu „Abbas r.a. dan orang-orang yang bersetuju dengannya : Jika seorang wanita
mati dan meninggalkan seorang suami dan dua orang ibu bapa, si suami akan mendapat separuh
(1/2), ibunya akan mendapat satu pertiga (1/3) dan bapa satu perenam (1/6). Hujahnya adalah
dari zahir firman Allah swt :
¿¸|· `¸l _>, .`«] .]´¸ .«.¸¸´¸´¸ :¦´¡,¦ ¸«¸.¸¸· ¸l.l¦
Maksudnya :
Jika dia (mati) dan tidak mempunyai anak melainkan kedua ibu bapanya, maka ibunya
akan mendapat satu pertiga
(1)
.
Diriwayatkan dari Ibnu Hazim dari jalan Abdul Razak, dari Ibnu „Abbas r.a. bahawa dia berkata
mengenai (seseorang mati dan meninggalkan) suami dan kedua ibu bapa : Si suami akan
mendapat separuh (1/2) dan si ibu akan mendapat satu pertiga dari semua harta.
Diriwayatkan dari jalan Abi „Awwanah dari „Ali juga sedemikian.
Katanya : Diriwayatkan juga dari Muaz bin Jabal. Ia juga adalah pendapat Syarih dan Abu
Sulaiman (iaitu : Daud Az-Zohiri).
Ibnu Mas‟ud berkata : “Tidaklah Allah akan melihat aku (melainkan aku) melebihkan (bahagian
harta pusaka) ibu dari bapa. Ia juga adalah pendapat dari Umar, Uthman, Zaid bin Sabit dari
kalangan sahabat. Juga Al-Hasan, Ibnu Sirin dan An-Nakhie dari kalangan tabien. Juga pendapat
Abi Hanifah, Malik, Syafie dan pengikut-pengikut mereka.

___________________________
(1)
Surah An-Nisa : 11.
www.scribd.com/mohd_naqib88

24

SYUBHAT DI AT (PAMPASAN)
Adapun diat, tidak ada hadis yang disepakati dan tidak ada ijmak yang diyakini. Adapun hadis
yang menyentuh mengenainya hanya dua : Yang lebih sohih antara keduanya adalah apa yang
diriwayatkan oleh An-Nasaie dan Darulquthni
(1)
dari jalan Ismail bin „Ayyash, dari Abnu Jarir
dari „Amru bin Syu‟aib dari bapanya, dari datuknya tetapi isnadnya telah diperbahaskan, maka ia
tidak boleh dijadikan hujah pada perkara yang penting ini. Bukhari telah berkata :
Sesungguhnya Ibnu Jarir itu, dia tidak mendengarnya (hadis itu) dari „Amru bin Syu‟aib.
Dan hadis yang kedua pula, dari Muaz secara marfu‟ :
(( لجرلا ةيد فصن ةأرمـلا ةيد ))
Maksudnya :
Diat wanita itu adalah separuh dari diat lelaki.
Baihaqi berkata : Sanadnya tidak sabit. Juga diriwayatkan beberapa pendapat dari sebahagian
sahabat, ia tidak sah untuk disandarkan kepada mereka secara bersambung. Jika ia sah sekalipun,
maka ia adalah satu ijtihad yang boleh diterima dan ditolak. Maka hadis yang lebih tepat adalah :
)) لبلا نم ةئام ، سفنلا ف ((
Maksudnya :
Bagi setiap nyawa (yang dibunuh) itu, adalah seratus ekor unta
(2)
.
Jika hadis yang digunakan di dalam permasalahan ini tidak sah, maka begitu juga dengan ijmak,
ia tidak sabit. Maka, ijmak mengenainya boleh dibahaskan.
Malah Ibnu „Ulaih dan Al-Asom – dari kalangan fuqaha salaf – berpendapat dengan
menyamakan diat antara lelaki dan wanita. Pendapat ini bertepatan dengan umum nas dari Al-
Quran dan Hadis Nabi saw yang sohih.
Jika orang yang mengambil dengan pendapat itu pada hari ini, maka ia tidak menjadi masalah.
Sesungguhnya fatwa itu berubah dengan peredaran zaman. Lebih-lebih lagi jika ia bertepatan
dengan nas dan maqasid syariah.

___________________________
(1)
Rujuk : Al-Mahalla (9/317-319), masalah no (1715).
(2)
Rujuk : Nailul Awtar, bab : Diat Al-Mar‟ah (7/224-227), terbitan : Dar Al-Jill (Beirut).

www.scribd.com/mohd_naqib88

25

Pendapat ini diambil oleh Syeikhina Mahmud Syaltut di dalam kitabnya Al-Islam, Aqidatun wa
Syari‟atun.
Dia berkata di dalam tajuk Diat Ar-Rajul wa Al-Mar‟ah Sawaun (Diat lelaki dan wanita adalah
sama) :
Jika kemanusian wanita (hak wanita sebagai manusia) sama seperti lelaki, darahnya
sama seperti lelaki, lelaki itu dari wanita dan wanita itu dari lelaki. Dan di dalam hukum
qisos, mereka akan dibunuh jika membunuh, masuk neraka dan kekal di dalamnya,
dimurkai oleh Allah dan dilaknat oleh-Nya, ini adalah seksaan akhirat yang akan
diberikan jika wanita membunuh, begitu juga dengan lelaki. Jika wanita membunuh
secara tidak sengaja, ia sama seperti lelaki yang membunuh secara tidak sengaja.
Kami masih memegang hukum ini dengan ayat Al-Quran. Al-Quran menyebutkan
mengenai diat secara umum, ia tidak dikhususkan kepada lelaki dengan sesuatupun dari
wanita :
_.´¸ _.· !´.¸.¡`. !:L> `¸,¸¸`>.· ¸«,·´¸ ¸«.¸.¡¯. «,¸:´¸ «.l.¯. ´_|¸| .¸«¸¦>¦
Maksudnya :
Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan tidak sengaja, maka
(wajiblah ia membayar kaffarah) dengan memerdekakan seorang hamba yang
beriman serta membayar "diah" (denda ganti nyawa) yang diserahkan kepada
ahlinya (keluarga si mati)
(1)
.
Maka ia secara jelas menunjukkan bahawa tidak ada perbezaan kewajipan membayar
diat bagi pembunuhan tidak sengaja antara lelaki dan wanita.
Betul, para ulama telah berbeza pendapat mengenai kadar diat, adakah ia sama antara
lelaki dan wanita, atau diat wanita separuh dari dia lelaki?
Imam Ar-Razi menyebutkan dua pendapat di dalam tafsirnya Katanya : Pendapat
kebanyakan fuqaha adalah diat wanita separuh dari lelaki. Tetapi Al-Asom dan Ibnu
„Ulaih berkata : Diat mereka sama seperti lelaki.
Hujahnya kebanyakan fuqaha itu adalah, sesungguhnya Ali, Umar dan Ibnu Mas‟ud
telah menggunakan pendapat ini untuk menjatuhkan hukuman. Juga bahagian wanita di
dalam harta pusaka dan penyaksian adalah separuh dari lelaki. Maka, ia juga digunakan
pada hukum diat.

___________________________
(1)
Surah An-Nisa : 92.
www.scribd.com/mohd_naqib88

26

Manakala hujah Al-Asom adalah firman Allah swt :
_.´¸ _.· !´.¸.¡`. !:L> `¸,¸¸`>.· ¸«,·´¸ ¸«.¸.¡¯. «,¸:´¸ «.l.¯. ´_|¸| .¸«¸¦>¦
Maksudnya :
Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan tidak sengaja, maka
(wajiblah ia membayar kaffarah) dengan memerdekakan seorang hamba yang
beriman serta membayar "diah" (denda ganti nyawa) yang diserahkan kepada
ahlinya (keluarga si mati)
(1)
.
Maka mereka bersepakat mengatakan bahawa ayat ini termasuk di dalamnya hukum
lelaki dan wanita. Maka wajiblah dijadikan hukum bagi keduanya sama (iaitu diat bagi
lelaki dan wanita adalah sama)
(2)
.

SYUBHAT QAWWAMAH (KUASA DI DALAM RUMAHTANGGA)
Mengenai qawwamah pula, firman Allah swt :
`_l>¸¯¸l¦ _¡`.¯¡· _ls ¸,!.¸.l¦ !.¸, _.· ´<¦ `¸¸.-, _ls ¸_-, !.¸,´¸ ¦¡1±.¦ _¸. ¯¡¸¸¸l´¡.¦
Maksudnya :
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum
perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa
keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah
membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka
(3)
.
Allah swt menjadikan qawwamah itu untuk lelaki berdasarkan ayat Al-Quran ini kerana dua
sebab : Anugerah dan harta benda.
Pertama : Allah swt melebihkannya bagi lelaki kerana ketajamannya dalam melihat kesan-kesan.
Dia melihat sesuatu permasalahan dengan pemikiran yang lebih tajam dari wanita, yang Allah
swt lebihkan bagi mereka (iaitu wanita) dari aspek kelembutannya, iaitu naluri keibuan.

___________________________
(1)
Surah An-Nisa : 92.
(2)
Rujuk : Al-Islam, Syariatun wa „Aqidatun m/s 208-209.
(3)
Surah An-Nisa : 34.
www.scribd.com/mohd_naqib88

27

Kedua : Sesungguhnya lelaki itu perlu memberi nafkah lebih banyak untuk menjaga
keluarganya. Jika keluarganya punah, akal fikirannya akan terganggu. Oleh itu, dia akan memikir
seribu kali sebelum mengambil sebarang keputusan.

SYUBHAT BIDANG KEHAKIMAN DAN POLITIK
Manakala bidang kehakiman dan politik, Imam Abu Hanifah telah membenarkan wanita menjadi
qadhi pada perkara yang dia boleh membuat penyaksian, iaitu pada perkara yang bukan
melibatkan jenayah. Imam At-Tobari dan Ibnu Hazim membenarkan wanita menjadi qadhi pada
urusan kewangan, jenayah dan selainnya.
Kebenaran yang diberikan ini bukanlah ia menjadi satu kewajipan, tetapi ia dilihat berdasarkan
maslahat wanita, maslahat keluarga, maslahat masyarakat dan maslahat islam. Maka, wanita
yang tertentu boleh dipilih pada umur yang tertentu, untuk menghakimi permasalahn tertentu dan
pada keadaan yang tertentu.
Dan wanita dilarang dari menjadi Khalifah, Ketua Negara atau yang sepertinya, adalah
disebabkan kemampuan wanita secara umumnya tidak akan mampu menanggung beban kerana
dia perlu kepada kekuatan jasmani. Dan kami katakan, “secara umumnya” kerana boleh jadi
terdapat sebahagian wanita yang mempunyai kemampuan lebih dari sebahagian lelaki.
Contohnya : Raja kaum Saba‟ yang diceritakan oleh Allah swt di dalam Al-Quran Surah An-
Naml. Dia telah memimpin kaumnya ke arah kebaikan di dunia dan akhirat. Sehinggalah dia
telah memeluk islam bersama-sama Nabi Sulaiman a.s. hanya kerana Allah, tuhan sekalian alam.
Tatapi, hukum-hukum itu tidak terbina di atas perkara-perkara yang jarang berlaku, tetapi pada
perkara yang sering dan kerap terjadi. Oleh itu, para ulamak kami mengatakan :
ول مكح ل ردانلا
Maksudnya :
Perkara yang jarang berlaku itu, tidak ada hukum untuknya.
Tetapi untuk dia menjadi pengetua sekolah, dekan kuliah, ketua sesuatu organisasi, anggota bagi
majlis parlimen, menteri atau yang seumpamanya, maka ia tidak ada masalah jika terdapat
padanya maslahat. Kami telah sebutkannya secara secara mendalam beserta dengan dalil-
dalilnya di dalam bahagian kedua di dalam buku kami, fatawa muasiroh
(1)
.
___________________________
(1)
Rujuk : Fatwa Tarsyih Al-Mar‟ah li Al-Majlis An-Niyabah (Melantik wanita di dalam Majlis Parlimen) di dalam
kitab kami Fatawa Muasiroh (2/372-389).

www.scribd.com/mohd_naqib88

28











WANITA SEBAGAI
SEORANG WANITA










www.scribd.com/mohd_naqib88

29

Islam menetapkan sifat kewanitaan seorang wanita itu sebagai satu pelengkap bagi lelaki, begitu
juga lelaki menjadi pelengkap untuk wanita. Kedua-duanya bukanlah bermusuhan, berseteru atau
bergaduh. Tetapi tolong menolong menyempurnakan peribadi dan jenisnya.
Sunnah Allah swt menjadikan makhluk-makhluknya berpasang-pasangan secara khusus. Kita
dapat lihat lelaki (jantan) dan wanita (betina) dalam alam manusia, haiwan dan tumbuhan. Kita
dapat lihat unsur positif dan negatif dalam elektrik, magnetik dan lain-lain. Sehinggakan zarah, ia
mempunyai cas negatif dan positif.
Al-Quran menyebutkannya sejak empat belas kurun yang lampau. Firman Allah swt :
_¸.´¸ ¸_é ¸,`_: !.1l> ¸_,>¸¸ _>l-l ¿¸`¸´.. ¸__¸
Maksudnya :
Dan setiap sesuatu itu kami jadikan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati
(1)
.
Maka lelaki dan wanita itu umpama satu bekas dan penutupnya yang saling memerlukan.
Sejak Allah swt menjadikan manusia yang pertama – Nabi Adam a.s. – Dia menjadikan
pasangan untuknya, Hawa untuk tinggal dan hidup bersamanya. Dia tidak membiarkan Adam
berseorangan, sehinggakan walaupun dia duduk berseorangan di dalam syurga, arahan yang
diberikan kepadanya adalah kepada dua orang. Firman Allah swt :
_>`.¦ ¸.¦ ,`>¸¸´¸ «.>'¦ ¸´´¸ !¸.¸. ¦.s´¸ ¸,> !..:¸: ¸´¸ !,¸1. ¸:¸..> :¸>:l¦ !.¡>.· ´_¸.
_,¸.¸¹.Ll¦ ¸__¸
Maksudnya :
" Tinggalah engkau dan isterimu di dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-
puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu
menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim"
(2)
.
Maka wanita itu, tidak sama dengan seorang lelaki kerana mereka saling melengkapi seperti
sesuatu yang tidak dapat melengkapi dirinya sendiri. Al-Quran menyebutkan :
´_,l´¸ `¸´.]¦ _..¸l´
___________________________
(1)
Surah Az-Zariat : 49.
(2)
Surah Al-Baqarah : 35.
www.scribd.com/mohd_naqib88

30

Maksudnya :
Dan memanglah tidak sama anak lelaki itu dengan anak perempuan
(1)
.
Seperti juga cas positif itu tidak sama dengan cas negatif, dan cas negatif tidak sama
dengan cas positif.
Wanita tidak dijadikan untuk menjadi musuh atau seteru, tetapi ia dicipta darinya dan untuknya.
¡>.-, _¸. ¸_-,
Maksudnya :
Kamu masing-masing (suami yang merdeka dan isteri dari hamba - abdi itu) adalah
berasal sama (dari Adam, dan seagama pula)
(2)
.
Firman-Nya lagi :
´<¦´¸ _-> ¡>l _¸. ¯_>¸.±.¦ l´>´¸¸¦
Maksudnya :
Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri)
(3)
.
Dan diantara hikmah Allah swt adalah Dia menjadikan tubuh badan wanita dan psikologinya
membawa unsur-unsur yang dapat menarik lelaki kepadanya, dan begitu juga dengan lelaki.
Begitu juga Allah swt menjadikan syahwat untuk lelaki dan wanita secara fitrahya berkehendak
antara satu sama lain supaya dapat meneruskan kehidupan dan menambah keturunan manusia.
Seterusnya, islam menolak semua undang-undang dan sistem yang meruntuh dan melampaui
fitrah ini, contohnya undang-undang kependetaan (tidak mahu berkahwin).
Islam juga melarang semua perkara yang tidak disyariatkan oleh Allah swt dan yang diredhai-
Nya selain dari perkahwinan yang merupakan asas terbinanya keluarga. Oleh itu, diharamkan
zina sebagaimana diharamkan oleh agama-agama samawi yang lain, dilarang perbuatan-
perbuatan yang keji, yang boleh dilihat atau berbekas di dalam hati, menyekat semua perkara
yang boleh membawa kepada perbuatan keji ini, menjaga lelaki dan wanita dari hasutan, pintu
fitnah dan ransangan.
___________________________
(1)
Surah Ali Imran : 36.
(2)
Surah An-Nisa :25.
(3)
Surah An-Nahl : 72.
www.scribd.com/mohd_naqib88

31

Di atas asas ini, iaitu melihat kepada fitrah wanita, dan apa yang wajib ke atasnya di dalam
berkomunikasi dengan lelaki, islam menyediakan peraturan, tunjuk ajar dan hukum-hukum untuk
mereka.
Islam menjaga fitrah kewanitaannya, mengiktirafnya secara mutlak tanpa menulisnya atau
menerbitkannya, tetapi ia telah menukar jalan untuk wanita dari terjebak dengan kelucahan atau
dicemuh, dan menjaganya dari kebuasan manusia, menjadi buruan anjing, yang dapat meragut
anak-anak Hawa ini, menggigitnya dan menikmati kelazatan daging mereka dan kemudian
membuang tulangnya.
Kami cuba meletakkan beberapa prinsip islam mengenai sifat kewanitaan ini seperti berikut :
1. Ia menjaganya supaya terus berlindung di bawah „telaga‟ kelembutan yang halus, nipis,
dan cantik. Oleh itu, dihalalkan untuknya apa yang diharamkan kepada lelaki yang pasti
ia bertepatan dengan naluri kewanitaannya dan peranannya, seperti memakai emas dan
memakai sutera asli. Disebutkan di dalam hadis :
(( نإ تمأ روكذ ىلع مارح نيذى ـ مهثانل
ّ
ل
ِ
ح ي ))
Maksudnya :
Sesungguhnya dua benda ini (emas dan sutera) haram ke atas lelaki dari
kalangan umatku, tetapi ia halal untuk wanita
(1)
.

Islam juga mengharamkan apa-apa yang dapat menjauhkannya dari sifat kewanitaannya,
seperti menyerupai lelaki pada pakaian, pergerakan, tata tertib dan selainnya. Maka
dilarang bagi wanita memakai pakain lelaki, seperti juga dilarang bagi lelaki memakai
pakaian wanita. Disebutkan di dalam hadis :
((
ْ
بل سبلي
َ
لجرلا لا نعل لجرلا ةس
ْ
بل سبلت ةأرمـلاو ، ةأرمـلا ةس ))
Maksudnya :
Allah swt melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang
memakai pakaian lelaki
(2)
.

Juga dilaknak wanita yang menyerupai lelaki sebagaimana juga dilaknat lelaki yang
menyerupai wanita
(3)
. Disebutkan di dalam hadis :
___________________________
(1)
Diriwayatkan oleh Ibnu Majah, jilid 2, no (3595), dari Ali. Ia sohih dengan semua jalannya.
(2)
Dirirwayatkan dari Abi Hurairah, Abu Daud (no 4098), Al-Muziri menasabkannya kepada An-Nasaie, juga oleh
Ahmad : (2/325), Ibnu Hibban di dalam sohihnya (Al-Ihsan : 1904), dan Al-Hakim lalu di mensohih
(3)
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, Bukhari di dalam kitab Al-Libas, juga diriwayatkan oleh Abu Daud, At-Tarmizi
dan Ibnu Majah, Sohih Al-Jami‟ As-Soghir (5100).
www.scribd.com/mohd_naqib88

32

(( ةأرمـلاو ، ويدلاول قاعلا : ةمايقلا موي مهيلإ لا رظني لو ةنجـلا نولخدي ل ثلث
ةلجتمـلا – لاجرلاب ةهبشتمـلا - ثوي ّ دلاو ))
Maksudnya :
Tiga golongan yang tidak akan masuk ke dalam syurga dan Allah tidak akan
melihat kepada mereka pada hari Kiamat : Orang yang ingkar dengan ibu
bapanya, wanita yang menyerupai lelaki dan lelaki yang dayus
(1)
.

Dayus itu adalah : Lelaki yang tidak ambil peduli sesiapa yang masuk ke dalam
ahli keluarganya (Contohnya : Tidak mengambil peduli dengan siapa anaknya
atau isterinya berkawan).

Di dalam hadis yang lain :
(( ءاسنلا نم ة
َ
لجرلا لا نعل ))
Maksudnya :
Allah melaknat „lelaki‟ dari kalangan wanita (iaitu : wanita yang menyerupai
lelaki)
(2)
.

2. Islam juga mengambil kira kelemahan wanita, maka dijadikan mereka berada di bawah
naungan lelaki, diberikan nafkah dan dicukupi keperluannya. Dia berada dibawah
perlindungan bapanya, atau suaminya, atau anak-anak lelakinya, atau adik-beradik
lelakinya. Maka mereka tersebut wajib memberi nafkah kepadanya berdasarkan syariat
islam.

Maka tidak perlu bagi seorang wanita itu untuk mengharungi kegawatan kehidupan,
kesibukannya dan persaingannya dalam mencari sesuap nasi kerana ia adalah tugas lelaki.
Inilah apa yang dilakukan oleh wanita barat yang dalam keadaan terdesak kerana mereka
tidak dijaga oleh bapa mereka, anak lelaki mereka, saudara lelaki atau bapa saudaranya.
Lalu mereka terpaksa menerima apa juga pekerjaan dan upah untuk mengelaknya dari
binasa.

3. Islam juga menekankan bagi wanita supaya menjaga akhlak dan sifat malunya, menjaga
nama baik dan kemuliannya, memelihara kesuciannya dari anasir-anasir jahat, lidah-lidah
yang kotor dan tangan-tangan yang buas yang cuba merosakkannya.
___________________________
(1)
Surah An-Nisa : 31.
(2)
Dirirwayatkan oleh Abu Daud dari „Aisyah, Sohih Al-Jami‟ As-Soghir (5096).
www.scribd.com/mohd_naqib88

33

Oleh itu, islam mewajibkan ke atas wanita beberapa perkara :
1. Menundukkan pandangan dan menjaga kesucian dan kebersihannya. Firman Allah swt :
_·´¸ ¸¸.´.¸.¡.l¸l ´_..-, _¸. ´_¸>¸¸..¯,¦ ´_L±>´´¸ ´_¸>¸`¸·
Maksudnya :
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat
pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara
kehormatan mereka
(1)
.

2. Bersopan dan bertutup pada pakaiannya dan perhiasannya, tanpa menyusahkannya dan
tidak menyempitkannya. Firman Allah swt :
¸´¸ _¸¸.¯,`, ´_¸..,¸¸ ¸¸| !. ¸¸L !¸.¸.
Maksudnya :
Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang
zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya
dengan tudung kepala mereka
(2)
.
Perkataan )) ا
َ
ه
ْ
ن
ِ
م
َ
ر
َ
هَظ ا
َ
م (( iaitu : apa-apa yang zahir daripadanya, ditafsirkan dengan :
Celak, cincin, muka dan tapak tangan.

Sebahagian dari mereka pula menambah : Dua tapak kaki.

3. Dia tidak menunjukkan perhiasannya yang tersembunyi, seperti rambut, tengkuk,
bahagian dada, dua lengan dan dua betis kecuali untuk suaminya dan mahramnya yang
susah baginya untuk menutup auratnya seperti dia menutupnya dari para ajnabi. Firman
Allah swt :
¸´¸ _¸¸.¯,`, ´_¸..,¸¸ ¸¸| _¸¸¸.l¡`-,¸l ¸¦ _¸¸¸¸!,¦´, ¸¦ ¸,!,¦´, _¸¸¸.l¡`-, ¸¦ _¸¸¸¸!.¯,¦
¸¦ ¸,!.¯,¦ _¸¸¸.l¡`-, ¸¦ ´_¸¸¸.´¡>¸| ¸¦ _¸., _¸¸¸.´¡>¸| ¸¦ _¸., ´_¸¸¸.´¡>¦ ¸¦ ´_¸¸¸¸!.¸· ¸¦ !.
¸>l. ´_¸`...,¦ ¸¸¦ _,¸-¸,.`.l¦ ¸¸¯,s _¸|`¸¦ ¸«,¯¸¸¸¦ ´_¸. ¸_l>¸¯¸l¦ ¸¸¦ ¸_±¸Ll¦ _¸¸.]¦ `¸l ¦¸`¸¸L,
_ls ¸,´¸¯¡s ¸,!.¸.l¦
___________________________
(1)
Surah An-Nur : 31.
(2)
Surah An-Nur : 31.
www.scribd.com/mohd_naqib88

34

Maksudnya :
Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan
kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-
anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau
anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara
mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba
mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak
berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi
tentang aurat perempuan
(1)
.

4. Cara jalan dan percakapan mereka mesti mengikut syarat ini :
¸´¸ _¸¸¸.¸ ´_¸¸¸l`>¯¸!¸, ´¡l-`,¸l !. _,¸±>´ _¸. ´_¸¸¸..,¸¸
Maksudnya :
Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang
tersembunyi dari perhiasan mereka
(2)
.

Firman-Nya lagi :
¸· ´_-.>´ ¸_¯¡1l!¸, _.L´,· _¸.]¦ _¸· .¸«¸,l· "_¸. ´_l·´¸ ¸¯¡· !·¸`¸-. ¸__¸
Maksudnya :
Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap
dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang
yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan
sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)
(3)
.

Maka, tidak dilarang dari berkata-kata, dan suara itu bukanlah aurat !! Malah, dia
disuruh untuk bercakap dengan kata-kata yang baik.

5. Hendaklah dia menjaga diri dari semua benda yang dapat menarik perhatian lelaki
kepadanya, memperdaya lelaki dan jauh dari tabarruj orang-orang jahiliah yang dulu atau
sekarang. Semua ini adalah akhlak seorang wanita yang suci. Disebutkan di dalam hadis :
(( ةيناز يهف ، اهحـير سانلا مشيل اهتيب نم تجرخ مـث ترطعتسا ةأرما ا
َ
مـ
ّ
يَأ ))


___________________________
(1)
Surah An-Nur : 31.
(2)
Surah An-Nur : 31.
(3)
Surah Al-Ahzab : 32.
www.scribd.com/mohd_naqib88

35

Maksudnya :
Mana-mana wanita yang memakai minyak wangi, kemudian dia keluar dari
rumahnya supaya manusia membau wangian itu, maka dia adalah seorang
penzina
(1)
.

Maksudnya adalah, dia melakukan perbuatan seperti seorang penzina. Jika dia tidak
melakukannya, maka dia wajib menjauhinya dari perbuatan itu.

6. Hendaklah dia menjauhi dari bersendirian dengan mana-mana lelaki yang bukan
suaminya atau mahramnya, supaya dirinya dan lelaki itu terpelihara dari lintasan dosa
atau kata-kata yang kotor. Sabda Rasulullah saw :
(( مرحـم اهعمو لإ ةأرما ّ نرفاست لو ، ةأرماب
ٌ
لجر ن
َ
و
ُ
ل
ْ
خـ
َ
ي
َ
ل ))
Maksudnya :
Tidaklah seorang lelaki boleh bersendirian dengan seorang wanita, bermusafir
dengan mereka melainkan bersama-sama mereka (wanita itu) mahramnya (dari
kalangan lelaki)
(2)
.

7. Tidak bercampur atau masuk ke „tempat‟ lelaki ajnabi melainkan kerana tuntutan yang
memerlukannya berbuat demikian, maslahat yang pasti, pada kadar had yang berpatutan
seperti bersolat di dalam masjid, menuntut ilmu, menolong pada perkara kebaikan dan
ketakwaan, tanpa dia dihalang dari berkhidmat di dalam „tempat‟nya, dan tidak
melupakan sempadan yang ditetapkan oleh syariat ketika berjumpa dengan lelaki.
Sesungguhnya islam dengan semua hukum-hukum ini menjaga kewanitaan seorang wanita dari
menjadi buruan pemburu pada satu sudut, memelihara mereka, malu mereka dan kesucian
mereka dengan menjauhinya dari unsur-unsur yang membawa kepada kegelinciran dan kesesatan
pada aspek yang lain pula.
Islam menjaga wanita dan dirinya dari ketegangan, bimbang, goncangan dan keluh kesah kesan
dari khayalan yang tidak terkawal, kesibukan otak berfikir atau perlu membahagikan
keinginannya kepada berbagai dorongan dan rangsangan.
Ia juga, dengan semua hukum-hukum ini, menjaga lelaki dari unsur-unsur penyelewengan dan
bimbang, menjaga keluarga dari punca-punca perpecahan, dan menjaga masyarakat dari unsur-
unsur kejatuhan dan kemerosotan.

___________________________
(1)
Hadis riwayat Abu Daud dari Abi Musa (4173), Tarmizi (2786), dan katanya : Hadis hasan sohih. Juga oleh An-
Nasaie (8/153) di dalam kitab Az-Zinah, dan lafaznya : )) ةيناز يهف اهحير نم اودجيل ، موق ىلع ترمف ، ترطعتسا ةأرما اميأ ((.
(2)
Muttafaqun „Alaih, dari Ibnu Abbas. Lihat : Al-Lu‟lu‟ wa Al-Marjan (850).
www.scribd.com/mohd_naqib88

36

I KHTI LAT YANG DIBENARKAN
Telah masuk ke dalam masyarakat kita perkataan-perkataan yang tidak pernah wujud sebelum
ini. Antara perkataan itu adalah ikhtilath )طلتخلا( – iaitu percampuran antara lelaki dan wanita.
Wanita muslimah pada zaman Nabi saw, zaman para sahabat dan tabien, mereka berjumpa
dengan lelaki. Lelaki berjumpa dengan wanita di dalam acara-acara yang pelbagai, sama ada
yang bersifat keagamaan atau keduniaan, dan ia tidak dilarang secara mutlak tetapi ia dibenarkan
oleh syarak jika mempunyai sebab-sebab dan memenuhi syarat-syarat yang tertentu. Malah
mereka tidak menamakan ia dengan nama ikhtilath (percampuran).
Seterusnya, perkataan ini mula tersebar di dalam masyarakat moden pada hari ini, dan aku tidak
tahu bila ia mula digunakan dan dengan apa ia di„hidup‟kan. Ia menyebabkan muslim dan
muslimah menjauhinya kerana percampuran sesuatu itu dengan sesuatu yang lain membawa
maksud „pelarutan‟ di dalamnya, seperti garam atau gula yang larut di dalam air.
Apa yang penting, kita perlu memastikan di sini bahawa bukan semua pecampuran itu dilarang
sebagaimana yang digambarkan oleh golongan pendakwah yang keras dan berfikiran sempit.
Dan bukan semua percampuran itu dibenarkan oleh syarak sebagaimana yang didakwa oleh
golongan kasanova dan yang terpengaruh dengan idealisme barat.
Aku telah menulis di dalam kitab aku, Fatawa Muasiroh menjawab mengenai beberapa
persoalan mengenainya di dalam jilid ke-2, antaranya :
Dan apa-apa yang berkaitan dengan percampuran, dan yang bersangkut-paut dengan memberi
salam kepada wanita, berjabat tangan, lelaki merawat wanita, wanita merawat lelaki dan
sebagainya. Maka setiap muslim hendaklah mangambil tahu akan hukum-hukum syarak dan
merujuk fatwa ini.
Apa yang ingin aku sebutkan di sini adalah, kita wajib untuk mengikut sebaik-baik petunjuk. Ia
adalah petunjuk Nabi Muhammad saw, para Khulafa Ar-Rasyidin dan para sahabat, yang mana
kita disuruh untuk mengikut sunnah-sunnah mereka, menggigitnya dengan geraham, jauh dari
manhaj barat yang terlalu bebas membenarkan sesuatu, atau manhaj timur yang terlalu menekan.
Orang yang melihat kepada sebaik-baik petunjuk ini akan mendapati bahawa wanita tidak
dikurung dan diasingkan seperti yang berlaku kepada para muslimin di zaman kemerosotan
mereka.
Para wanita menghadiri solat berjemaah dan Jumaat di masjid Rasulullah saw, antaranya solat
Isya‟ dan Subuh. Malah, Baginda saw menggalakkan mereka supaya memilh saf yang terakhir
dibelakang lelaki. Semakin mereka mendekati saf yang jauh dari lelaki itu, maka ia adalah lebih
afdal, kerana ditakuti akan tersingkap sebahagian dari aurat lelaki. Kebanyakan dari mereka
www.scribd.com/mohd_naqib88

37

tidak mempunyai seluar, dan tidak ada penghalang antara lelaki dan wanita seperti binaan, kayu,
kain atau sebagainya.
Pada permulaannya, lelaki dan wanita ini memasuki masjid mengikut pintu yang mereka sukai,
sehingga menyebabkan berlakunya kesesakan ketika keluar dan masuk. Lalu Baginda saw
bersabda :
(( ءاسنلل بابلا اذى انكرت ول ))
Maksudnya :
Kita tinggalkan pintu ini untuk wanita
(1)
.
Lalu selepas itu, ia dikhaskan untuk wanita sehingga ia dikenali sekarang dengan nama Pintu
Wanita )ءاسنلا باب(.
Wanita-wanita pada zaman Nabi saw menghadiri solat Jumaat, mendengar khutbah, sehinggakan
seorang dari mereka telah menghafal surah Qof dari mulut Rasulullah saw kesan dari dia
mendengarnya di mimbar Jumaat.
Wanita-wanita juga menghadiri solat hari raya, menyertai sambutan-sambutan islamik yang
besar, yang juga dihadiri oleh kanak-kanak, orang-orang tua, lelaki atau wanita, di tempat-tempat
terbuka dan disebutkan kalimah Lailaha Illah dan Allahu Akbar.
Diriwayatkan oleh Muslim :
ركبلاو ةأبخمـلاو ، نيديعلا ف جورخـلاب رمؤن انك (( ))
Maksudnya :
Kami disuruh supaya keluar pada dua hari raya, (tidak kira sama ada dia itu seorang)
hamba wanita atau anak dara.
Dan di dalam riwayat yang lain, katanya :
لوسر انرمأ ض
ّ
ي
ُ
حـلاو قتاوعلا : ىحضلاو رطفلا ف نهجرخـ
ُ
ن نأ ملسو ويلع لا ىلص لا
. يملسمـلا ةوعدو يخـلا ندهشيو ، ةلصلا نزتعيف ض
ّ
ي
ُ
خـلا امأف . رودخـلا تاوذو
___________________________
(1)
Hadis riwayat Abu Daud jilid satu (no 462) dari Ibnu Umar r.a., dan di dalam riwayat yang lain dari Abi Daud (no
463), yang bercakap tentangnya adalah Umar. Dia berkata : Ia adalah lebih tepat.
www.scribd.com/mohd_naqib88

38

اهـل نوكي ل انادحإ ، لا لوسر اي :
ُ
تلق . بابلج
.)) اهـبابلج نم اهتخُأ اه
ْ
س
ِ
ب
ْ
ل
ُ
ـت
ِ
ل (( : لاق
Maksudnya :
Rasulullah saw menyuruh kami untuk keluar pada hari raya Aidil Fitri dan Aidil Adha,
(tidak kira dia seorang) hamba wanita yang baru baligh, wanita yang dalam haid atau
suri rumah. Maka, wanita yang berhaid diasingkan ketika bersolat, mereka menyaksikan
kebaikan-kebaikan (itu dilakukan) dan berdoa dengan kaum muslimin (iaitu : Mendengar
khutbah, peringatan dan sebagainya).
Aku berkata : “Wahai Rasulullah, salah seorang dari kami tidak mempunyai jilbab”.
Baginda bersabda : Hendaklah dia memakai (meminjam supaya dapat menutup
bahagian yang terbuka itu dengan) jilbab saudara perempuannya
(1)
.
Sunnah ini telah dimatikan oleh kaum muslimin di sebahagian besar negara atau mungkin
semuanya. Namun, ia mula dihidupkan pada akhir-akhir ini oleh golongan-golongan
pembaharuan di negara islam. mereka menghidupkan sebahagian dari sunnah yang telah mati ini,
contohnya sunnah iktikaf pada sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan dan sunnah wanita
menghadiri solat hari raya. Ini hanya berlaku di sebahagian negara-negara islam yang kuat
gerakan pembaharuannya dan tinggi panjinya.
Wanita-wanita pada zaman Nabi saw menghadiri majlis-majlis ilmu bersama-sama lelaki.
Mereka bertanya akan permasalahan agama mereka yang ia dianggap oleh kebanyakan wanita
pada hari ini sebagai perkara yang memalukan, sehinggakan „Aisyah memuji wanita-wanita
Ansar kerana rasa malu itu tidak menghalang mereka dari mendalami bidang agama. Antara
soalan yang ditanya adalah berkisar mengenai janabah, mimpi, mandi wajib, haid, istihadoh dan
sebagainya.
Disebabkan para wanita ini terpaksa bersesak-sesak dengan lelaki ketika menuntut ilmu dari
Rasulullah saw, dan mereka melihat Baginda lebih menjawab soalan-soalan dari kaum lelaki,
maka mereka meminta supaya disediakan satu waktu yang khusus bagi mereka, supaya mereka
tidak perlu bersesak-sesak dan bersaing dengan lelaki (untuk bertanya soalan). Mereka
memintanya secara jelas :
. كسفن نم ا
ً
موي انل لعجاف . لاجرلا كيلع انبلغ دق ، لا لوسر اي
___________________________
(1)
Hadis riwayat Muslim, kitab : Solah Al-„Aidain (no. 890).
www.scribd.com/mohd_naqib88

39

. نىرمأو نهظعوو ويف
ّ
يقليف ، ا
ً
موي
ّ
نىدعوف
Maksudnya :
Wahai Rasulullah, kami telah di„tewas‟kan oleh lelaki (dari bertanya soalan kepada
engkau), maka sediakanlah satu hari dari (hari-hari) engkau untuk kami.
Lalu Baginda berjanji dengan mereka dan berjumpa mereka, memberi peringatan dan
suruhan
(1)
.
Penyertaan wanita di dalam sebarang aktiviti tidak terhenti setakat itu, mereka juga menyertai
aktiviti peperangan dengan memberi khidmat kepada para pejuang mengikut kadar kemampuan
dan kepakaran mereka. Contohnya, merawat dan memberi pertongan cemas, menjaga pejuang
yang terluka atau sakit, selain dari tugas seperti memasak, memberi minum dan menyediakan
keperluan-keperluan yang diperlukan oleh para pejuang.
Ummu „Athiyyah berkata :
مهـل عنصأف ، مهـلاحر ف مـهفلخأ ، تاوزغ عبس ملسو ويلع لا ىلص لا لوسر عم
ُ
توزغ
. ضيرمـلا ىلع موقأو ، ىحرجـلا يوادأو ، ماعطلا
Maksudnya :
Aku berperang bersama-sama Rasulullah saw sebanyak tujuh peperangan. Aku
mengikuti mereka dari belakang ketika berjalan, aku menyediakan makanan, aku
merawat orang-orang yang terluka, dan mengangkat orang-orang yang sakit
(2)
.
Juga diriwayatkan oleh Muslim dari Anas r.a. :
نلقنت ، يتر
ّ
مشم د
ُ
حُأ موي ف اتناك ، ميلس مُأو ةشئاع نأ ناغرفت ث ، امهـنوتم ىلع ب
َ
ر
ِ
قلا
. اهـنلمتف ناعجرت ث ، موقلا هاوفأ ىلع
Maksudnya :
Sesungguhnya „Aisyah dan Ummu Sulaim, mereka berdua bersiap-siap untuk
peperangan Uhud, membawa bekas-bekas air (diperbuat dari kulit binatang) di atas
___________________________
(1)
Hadis riwayat Bukhari di dalam kitab : Al-„Ilmu di dalam Sohihnya (1/34) dari Abi Said.
(2)
Hadis riwayat Muslim (no. 1812).
www.scribd.com/mohd_naqib88

40

belakang badannya, dan kemudian memberi minum ke mulut-mulut pejuang. Mereka
pulang untuk mengisi air (dan datang kembali)
(1)
.
Maka keberadaan „Aisyah di sini adalah pada bahagian kedua dari umurnya (masih muda). Oleh
itu, tertolaklah dakwaan bahawa penyertaan ke dalam peperangan atau pertempuran hanya terhad
kepada wanita-wanita tua dan lemah. Ia tidak tepat. Adakah wanita-wanita yang tua (lemah)
boleh melakukan perkerjaan seperti ini yang menuntut kekuatan tenaga dan mental?
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad :
، ماهسلا لوانتي : بيخ رصاح يذلا شيجـلا عم
ّ
نك ينمؤمـلا ءاسن نم ةوسن تس نأ
يو ، قيوسلا يقسيو نىاطعأ دقو . لا ليبس ف
ّ
نعيو ، رعّ شلا نلزعيو ، ىحرجـلا نيواد
. ةمينغلا نم ابيصن ملسو ويلع لا ىلص يـبنلا
Maksudnya :
Sesungguhnya enam orang dari Ummahatil Mukminin bersama-sama dengan para
tentera di dalam peperangan Khaibar. Mereka mengutip anak-anak panah, memberi
minum kepada orang yang haus, merawat orang-orang yang terluka, membaca syair,
menunjukkan ke jalan fisabilillah. Malah Nabi saw memberikan harta rampasan perang
kepada mereka mengikut bahagian mereka
(2)
.
Juga lebih tepat lagi, sebahagian isteri-isteri para sahabat menyertai peperangan dan pertempuran
dengan membawa senjata, mereka akan menggunakannya jika ada peluang. Ini adalah apa yang
diketahui umum, ia dilakukan oleh Ummu „Ammarah, Nasibah binti Ka‟ab pada peperangan
Uhud, sehinggakan Baginda saw bersabda :
مـل (( )) نلفو نلف ماقم نم يخ اهماق
Maksudnya :
Kedudukan mereka jauh lebih mulia dari fulan dan fulan
(3)
.
Ummu Sulaim juga membawa pisau belati ketika peperangan Hunain, dia akan merodok perut
sesiapa yang mendekatinya.

___________________________
(1)
Hadis riwayat Muslim (no. 1811).
(2)
Diriwayatkan oleh Ahmad (5/271) dan (6/371), juga Abu Daud jilid ke-3 (no. 2729).
(3)
At-Tobaqot (8/415) dan Siyari A‟alam An-Nubala‟ (2/278-279).
www.scribd.com/mohd_naqib88

41

Juga diriwayatkan oleh Muslim dari Anas r.a. anaknya berkata :
. اهعم ناكف ، ا
ً
رجنخ
ْ
ي
َ
ـن
ُ
ح موي تذخـتا ميلس مأ
ّ
نأ . ةحلط وبأ اىآرف
. !! رجنخ اهعم ميلس مأ هذى ، لا لوسر اي : لاقف
لا لوسر اهـل لاقف ملسو ويلع لا ىلص . )) ؟ رجنخـلا اذى ام (( :
. !! ّونطب وب
ُ
ترقب يكرشمـلا دحأ نم اند نإ ، و
ُ
تذخـتا : تلاق
. كحضي ملسو ويلع لا ىلص لا لوسر لعجف
Maksudnya :
Sesungguhnya Ummu Sulaim mengambil dan membawa pisau belati pada peperangan
Hunain bersama dengannya. Kemudian Abu Talhah (suaminya) terlihatnya.
Dia berkata : “Wahai Rasulullah, Ummu Sulaim membawa pisau belati bersama-
samanya”.
Rasulullah saw bertanya : Untuk apa dengan pisau belati ini?
Jawabnya : “Aku membawanya supaya jika ada orang musyrikin yang datang
menghampiriku, akan aku tikam perutnya dengan pisau ini.
Ia menyebabkan Rasulullah saw ketawa
(1)
.
Imam Bukhari telah membuat satu bab di dalam Kitab Sohihnya yang dinamakan Fi Ghazwi An-
Nisai wa Qitalihinna (Iaitu : Bab peperangan wanita dan pertempuran).
Para wanita pada zaman Nabi saw tidak hanya menyertai peperangan dan pertempuran yang
berlaku berdekatan dengan bumi Arab seperti Khaibar dan Hunain, tetapi mereka juga menaiki
kapal dan menyertai peperangan di tempat yang jauh untuk menyampaikan risalah islam.
Disebutkan di dalam Sohih Bukhari dan Muslim, dari Anas :
Sesungguhnya pada suatu hari, Rasulullah saw tidur pada pertengahan siang di rumah
Ummu Haram binti Mulhin (Ibu saudara Anas), lalu dia terjaga dan tertawa.
___________________________
(1)
Hadis riwayat Muslim (no. 1809).
www.scribd.com/mohd_naqib88

42

Ummu Haram bertanya : “Apakah yang menyebabkan engkau ketawa wahai
Rasulullah?”.
Baginda saw bersabda :
، رحبـــــلا اذــــى جبــــث نوبــــكرــــي ، لا ليـــبس ف ةازــغ
ّ
يـــلع اوــضرع يـتـمأ نم سان ((
ة
ّ
رــــ
ِ
سَلا ىـــلـــع ا
ً
ــــكولـــــم – )) ةرسلا ىلع كولمـلا لثـــم وأ
Maksudnya :
Manusia dari kalangan umatku yang mengikut jejakku berperang di jalan Allah
swt, mereka menaiki (kapal) ditengah-tengah laut seolah-olah mereka raja bagi
sebuah dinasti.
Dia berkata : “Wahai Rasulullah, doakan supaya Dia menjadikan aku dari kalangan
mereka.
Lalu Baginda saw pun berdoa untuknya
(1)
.
Kemudian Ummu Haram pun menaiki kapal menyeberangi laut pada zaman Uthman bersama-
sama suaminya „Ubadah bin As-Somit ke Cyprus. Dia telah berperang di atas tunggangannya,
dan kemudian mati dan dikebumikan di sana seperti yang disebutkan oleh ahli-ahli sejarah.
Di dalam kehidupan bermasyarakat, wajib juga bersama-sama lelaki di dalam berdakwah kepada
kebaikan, amar makruf, nahi munkar. Firman Allah swt :
¿¡`.¸.¡.l¦´¸ ¸..¸.¡.l¦´¸ ¯¡¸.-, ',!´,¸l¸¦ ¸_-, _¸'¸.!, ¸.¸`¸-.l!¸, ¿¯¡¸.,´¸ ¸_s ¸¸>..l¦
Maksudnya :
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong
bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang
daripada berbuat kejahatan
(2)
.
Dan di dalam kisah yang masyhur, iaitu ketika salah seorang wanita muslimat mengkritik Umar
Al-Khattab di dalam masalah mahar perkahwinan, lalu Umar menarik semula pendapatnya.
Umar berkata :

___________________________
(1)
Hadis riwayat Muslim (no. 1809).
(2)
Surah At-Taubah : 71.
www.scribd.com/mohd_naqib88

43

رمع نم وقفأ سانلا لك
Maksudnya :
Semua manusia lebih faqih dari Umar.
Ibnu Kathir menyebutkannya di dalam tafsir Surah An-Nisa‟ dan menasabkannya kepada Abi
Ya‟la di dalam musnadnya. Katanya : Sanadnya bagus dan kuat
(1)
.
Dan di dalam riwayat dari Abdul Razak, sesungguhnya Umar berkata :
Sesungguhnya seorang wanita telah berbalah dengan Umar lalu dia memenanginya
(perbalahan itu) ke atas Umar
(2)
.
Ketika pemerintahannya, Umar telah melantik Syifa‟ binti Abdullah Al-„Adawiyyah sebagai
akauntan di pasar. Jika diperhatikan di dalam Al-Quran dan kisah-kisah dari Al-Quran
mengenainya dalam pelbagai zaman, dan di dalam kehidupan Rasulullah saw dan para Anbiya‟,
kita tidak akan lihat pendinding besi yang diletakkan oleh manusia antara lelaki dan wanita.
Kita lihat Nabi Musa a.s. dan ketika berada di usia belia remaja, berkata-kata dengan dua orang
wanita, anak kepada seorang tua. Dia bertanya kepada mereka berdua, dan mereka menjawabnya
tanpa rasa bersalah atau sukar. Dia menolong mereka dengan penuh kebijaksanaan dan
bermaruah. Kemudian salah seorang dari mereka datang kepada Nabi Musa menyampaikan
jemputan dari bapanya supaya dia mengikut mereka berjumpa dengan bapanya. Seterusnya
diusulkan kepada bapanya supaya dia meminta kepada Nabi Musa untuk memberi khidmat
(dengan bekerja) kepada si bapa itu kerana Nabi Musa mempunyai kekuatan dan amanah.
Kita boleh membaca kisahnya di dalam surah Al-Qosos :
!´.l´¸ :´¸´¸ ´,!. _¸.. .>´¸ ¸«,ls «.¦ _¸. ¸_!.l¦ _¡1`.¸ .>´¸´¸ _¸. `¡¸¸¸.¸: ¸_,.¦¸.¦
¸¿¦:¸.. _!· !. !.>,L> !.l!· ¸ _¸.`.· _.> ´¸¸.`.`, ',!s¸¯¸l¦ !.¡,¦´¸ _,: ¸,¸,é ¸__¸ _..·
!.¸l ¯¸. ´_|´¡. _|¸| ¸_¸Ll¦ _!1· ¸,´¸ _¸.¸| !.¸l ¸l¸.¦ ´_|¸| _¸. ¸¸¯,> ¸,¸1· ¸__¸ «.´,!>' !.¸..>¸| _¸:..

___________________________
(1)
Tafdir Ibnu Kathir (1/467), terbitan : „Isa Al-Halabiy. Disebutkan juga oleh Al-Haithami di dalam Al-Majma‟, dan
dia berkata : Padanya ada Majalid bin Said dan dia ada kedo‟ifan. Tetapi telah dipercayakan (4/284).
(2)
Ibnu Kathir juga menyebutkannya (1/467). Rujuk Al-Musonnaf : (6/180) no. 10420.
www.scribd.com/mohd_naqib88

44

_ls ¸,!´,`>¸.`.¦ ¸l!· ´_¸| _¸¸¦ ì¡`s., .,¸¸>´,¸l ¸>¦ !. ¸,1. !.l !´.l· .:´,!> ´_·´¸ ¸«,ls
´_.1l¦ _!· ¸ ¸>. ,¯¡>´ _¸. ¸,¯¡1l¦ _,¸.¸l.Ll¦ ¸__¸ ¸l!· !.¸..>¸| ¸¸,!., :¯¸¸>:.`.¦
´_¸| ´¸¯,> ¸_. ,¯¸>:.`.¦ ´_¸¡1l¦ _,¸.¸¦ ¸__¸
Maksudnya :
Dan ketika dia sampai di telaga air negeri Madyan, dia mendapati di situ sekumpulan
orang-orang lelaki sedang memberi minum (binatang ternak masing-masing), dan dia
juga mendapati di sebelah mereka dua perempuan yang sedang menahan kambing-
kambingnya. Dia bertanya: "Apa hal kamu berdua?" Mereka menjawab: "Kami tidak
memberi minum (kambing-kambing kami) sehingga pengembala-pengembala itu
membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua
umurnya ".
Maka Musa pun memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian dia
pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya Aku
sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian Yang Engkau berikan".
Kemudian salah seorang dari perempuan dua beradik itu datang mendapatkannya
dengan berjalan dalam keadaan tersipu-sipu sambil berkata: "Sebenarnya bapaku
menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami". Maka
ketika Musa datang mendapatkannya dan menceritakan kepadanya kisah-kisah kejadian
yang berlaku (mengenai dirinya) berkatalah orang tua itu kepadanya: "Janganlah
engkau bimbang, engkau telah selamat dari kaum yang zalim itu ".
Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: "Wahai ayah, ambilah dia
menjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang
yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah"
(1)
.
Di dalam kisah Maryam pula, kita mendapati Zakaria memasuki tempat ibadatnya, dan bertanya
tentang rezeki yang dia dapati bersama-sama dengan Maryam :
!.l´ _>: !¸,ls !`,¸¸´¸ ´,¦¸`>¸.l¦ .>´¸ !>..¸s !·¸¸¸ _!· `,´¸¯¸.., _.¦ ¸,l ¦..> ¸l!· ´¡> _¸.
¸..¸s ¸<¦ ¿¸| ´<¦ _`¸¯¸, _. ',!:¸ ¸¸¯,-¸, ¸,!.¸> ¸__¸
___________________________
(1)
Surah Al-Qosos : 23-26.
www.scribd.com/mohd_naqib88

45

Maksudnya :
Tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, dia mendapati
rezeki (buah-buahanan yang luar biasa) di sisinya. Nabi Zakaria bertanya:" Wahai
Maryam dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini?" Maryam menjawab; "Ia dari
Allah, sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya
dengan tidak dikira"
(1)
.
Dan di dalam kisah Pemaisuri kaum Saba‟, kita dapat melihat beliau mengumpulkan kaumnya
untuk meminta pandangan mengenai Nabi Sulaiman :
¸l!· !¸¸!., ¦¡l.l¦ _¸.¡.·¦ _¸· _¸¸.¦ !. ¸.é «-¸L!· ¦·¸¯.¦ _.> ¸¿¸.´¸:· ¸__¸ ¦¡l!· _>´ ¦¡l`¸¦
¸:¯¡· ¦¡l`¸¦´¸ ¸_!, ¸.,¸.: `¸.¸¦´¸ ¸,,l¸| _¸¸´L.!· ¦:!. _¸¸¸`.!. ¸__¸ ¸l!· ¿¸| ì¡l.l¦ ¦:¸| ¦¡l>: «,¯¸·
!>¸..·¦ ¦¡l->´¸ :¯¸¸s¦ !¸¸l>¦ «]¸:¦ ,¸l.´´¸ _¡l-±, ¸__¸
Maksudnya :
Raja perempuan itu berkata lagi: "Wahai ketua-ketua kaum, berilah penjelasan
kepadaku mengenai perkara yang aku hadapi ini; aku tidak pernah memutuskan sesuatu
perkara sebelum kamu hadir memberi pendapat dan mempersetujuinya".
Mereka menjawab: “Kita adalah orang-orang yang kuat gagah dan amat berani
merempuh peperangan; dan perkara itu (walau bagaimanapun) terserahlah kepadamu.
Oleh itu fikirkanlah apa yang engkau hendak perintahkan.
Raja perempuan itu berkata: "Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri,
mereka merosakkannya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia hina-dina;
dan sedemikian itulah mereka akan lakukan
(2)
.
Malah, beliau telah berkata-kata dengan Nabi Sulaiman a.s. dan Nabi Sulaiman juga berkata-kata
dengannya :
!´.l· ,´,l> _,¸· ¦.>.>¦ ¸,:`¸. ¸l!· .«.l´ ´¡> !´.¸¸.¸¦´¸ ´¸l¸-l¦ _¸. !¸¸l¯,· !.´´¸ _,¸.¸¹`.`. ¸__¸
!>´..´¸ !. ¸.l´ .,-. _¸. ¸¿¸: ¸<¦ !¸.¸| ¸.l´ _¸. ¸,¯¡· _¸¸¸¸±.´ ¸__¸ _,¸· !> _¸l>:¦ _¸¯.l¦
___________________________
(1)
Surah Ali „Imran : 37.
(2)
Surah An-Naml : 32-34.
www.scribd.com/mohd_naqib88

46

!´.l· «.¦´¸ «.,¸.> «>l ¸±:´´¸ _s !¸,·!. _!· .«.¸| _¸. :¯¸.¯. _¸. ¸,¸¸¦´¡· ¸l!· ¸´¸´¸ _¸.¸|
¸.lL _¸.±. ¸.l`.¦´¸ _. ´_..,l. ¸< ¸,´¸ _,¸.l.-l¦ ¸__¸
Maksudnya :
Maka ketika dia datang mengadap, Nabi Sulaiman bertanya kepadanya: “Serupa inikah
singahsanamu?" Dia menjawab: "Boleh jadi inilah dia; dan kami telah diberikan ilmu
pengetahuan sebelum berlakunya (mukjizat) ini, dan kami pula adalah tetap berserah
diri (menjunjung perintah Allah)".
Dan dia dihalangi (daripada memeluk Islam pada masa yang lalu): apa yang dia pernah
menyembah-Nya (dari benda-benda) yang lain dari Allah. Sesungguhnya adalah dia
(pada masa itu) dari puak yang kafir.
(Setelah itu) dikatakan kepadanya: "Dipersilakan masuk ke dalam istana ini." Maka
ketika dia melihatnya, disangkanya halaman istana itu sebuah kolam air, serta dia pun
menyingsingkan pakaian dari dua betisnya. Nabi Sulaiman berkata: "Sebenarnya ini
adalah sebuah istana yang diperbuat licin berkilat dari kaca". (Mendengar yang
demikian), Balqis berdoa: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diri
sendiri dan (sekarang aku menegaskan bahawa) aku berserah diri memeluk Islam
bersama-sama Nabi Sulaiman, kepada Allah Tuhan sekalian alam "
(1)
.
Kita tidak mengatakan ia sebagai syariat kaum-kaum yang terdahulu yang tidak wajib kita ikuti.
Sesungguhnya Al-Quran tidak menyebutkannya kepada kita melainkan untuk kita
menjadikannya sebagai petunjuk, peringatan dan „ibrah bagi orang-orang yang berfikir.
Oleh itu, yang tepat adalah syariat kaum-kaum yang terdahulu yang disebutkan di dalam Al-
Quran dan As-Sunnah adalah syariat bagi kita juga selagimana tidak ada dalil yang
memansuhkannya. Firman Allah swt :
,¸¸.l`¸¦ _¸¸.]¦ _.> ´<¦ `¡¸..¸¸,· :¸..·¦
Maksudnya :
Mereka (Nabi-nabi) itulah, orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah, maka
turutlah olehmu (Wahai Muhammad) akan petunjuk mereka
(2)
.
___________________________
(1)
Surah An-Naml : 42-44.
(2)
Surah Al-„An‟am : 90.
www.scribd.com/mohd_naqib88

47

Sesungguhnya menahan wanita di rumah dan membiarkannya terkurung di dalam „kotak empat
segi‟, Al-Quran menjadikannya sebagai satu hukuman
(1)
bagi wanita-wanita muslimin yang
melakukan perkara-perkara keji (zina). Firman Allah swt di dalam Surah An-Nisa :
_¸..l¦´¸ _,¸.!, «:¸>.±l¦ _¸. ¯¡÷¸¸!.¸· ¦¸.¸¸:.`.!· ´_¸¸,ls «-,¯¸¦ ¯¡÷.¸. ¿¸|· ¦¸.¸¸:
_>¡>¸..!· _¸· ¸,¡`,,l¦ _.> ´_¸.·´¡., ,¯¡.l¦ ¸¦ _->´ ´<¦ ´_> ¸,¸,. ¸¸_¸
Maksudnya :
Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan
kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap
perbuatan mereka. Kemudian kalau keterangan-keterangan saksi itu mengesahkan
perbuatan tersebut, maka kurunglah mereka (perempuan yang berzina itu) di dalam
rumah hingga mereka sampai ajal matinya, atau hingga Allah mengadakan untuk mereka
jalan keluar (dari hukuman itu)
(2)
.
Allah swt telah menjadikan bagi mereka jalan keluar dengan mensyariatkan hukum hudud, iaitu
hukum yang ditetapkan di dalam syarak, dan ia adalah hak Allah swt. Hukuman itu adalah sebat
seperti yang disebutkan di dalam Al-Quran bagi orang yang belum berkahwin, dan rejam seperti
yang disebutkan di dalam hadis bagi orang yang sudah berkahwin.
Dengan semua yang disebutkan oleh Al-Quran dan islam ini, bagaimana kita boleh katakan
jadikan terkurung di dalam rumah itu adalah sifat bagi perempuan muslimah yang terpelihara.
Seolah-olah kita menghukum mereka dengan suatu hukuman bagi satu dosa yang tidak mereka
lakukan?
Kesimpulannya, sesungguhnya pertemuan antara lelaki dan wanita itu pada hakikatnya
dibenarkan dan tidak haram, malah ia adalah harus dan mungkin dituntut jika dia berniat dari
penyertaan itu tujuan yang baik, usaha-usaha yang bagus, atau sebagainya dari apa yang dituntut
untuk dilakukan secara bersama. Juga dituntut untuk saling menolong dalam operasi
perancangan, penerangan dan pelaksanaan
(3)
.


___________________________
(1)
Ia adalah hukuman yang diturunkan secara berperingkat sebelum turunnya dalil mengenai hukuman zina yang kita
ketahui sekarang.
(2)
Surah An-Nisa‟ : 15.
(3)
Rujuk kitab kami, Fatawa Muasiroh jilid ke-2, tajuk : Pergaulan, memberi salam, berjabat tangan, merawat dan
wanita yang bekerja m/s 277-309.
www.scribd.com/mohd_naqib88

48

SYUBHAT PENEGAK PERGAULAN BEBAS DAN PENOLAKANNYA
Kita telah sebutkan prinsip-prinsip islam iaitu mengenai hubungan antara lelaki dan wanita, dan
pertemuan mereka pada perkara kebaikan dan makruf. Kami namakan ia sebagai ikhtilath
masyru‟ (pergaulan berdasarkan syara‟).
Namun bagitu, para penjajah telah membentuk satu kumpulan di dalam negara-negara kita yang
memekakkan telinga mereka dari hukum-hukum Allah swt dan rasul-Nya. Mereka menyuruh
supaya kita melepaskan ikatan yang mengikat wanita supaya kewujudan mereka dirasai, peribadi
mereka dilihat dan mereka dapat merasa kehidupannya dan kewanitaannya.
Mereka boleh bergaul dengan lelaki tanpa batasan, bersembang secara dekat dan bersendirian,
berjalan bersama-sama, menemaninya ke pawagam, berjaga malam bersamanya sehingga
pertengahan malam, menari bersama-sama di dalam acara muzik, mereka mencuba-cuba lelaki
yang sesuai dengan mereka dan begitu juga sebaliknya, dengan cara bertanya kepada kawan-
kawan lelaki itu dan peminatnya. Inilah cara bagaimana mereka berkeluarga dan kekal pada
muka mereka kasih sayang dan suka.
Mereka semua ini, yang mereka gelarkan sebagai malaikat yang melakukan pembersihan :
Janganlah takut kepada wanita atau lelaki kerana ia perhubungan yang berdisiplin,
perbelanjaan yang baik atau pertemuan yang mulia. Ini kerana rangsangan syahwat
akan hilang kerana banyaknya pertemuan ini, batasan itu akan hilang dan pesona itu
akan disembunyikan. Kita akan dapati lelaki dan wanita akan merasai kenikmatan
dengan sekadar pertemuan dan menikmati pandangan dan percakapan. Jika dia melebihi
had itu, maka ia adalah seolah-olah tarian. Ia adalah satu jenis perumpamaan seni yang
tinggi. Adapun belanja yang dibayar, ia tidak kira tempat. Ia hanya diberikan oleh
orang-orang yang mampu sahaja, bukan semuanya.
Inilah apa yang dilakukan oleh orang-orang barat yang maju sehinggalah terlerai ikatan sekatan
dan haram.

Kita boleh menolak dakwaan yang dilontarkan ini dengan dua cara :
Pertama : Kita sebagai orang-orang islam, tidak akan menjual agama kita semata-mata untuk
mengikut kehendak orang-orang barat dan timur. Agama kita mengharamkan pergaulan yang
seumpama ini kerana perhiasannya, fitnahnya dan tipu dayanya. Firman Allah swt :
¯¸. ,..l-> _ls ¸«-,¸¸. ´_¸. ¸¸.¸¦ !¸-¸,.!· ¸´¸ _¸,.. ´,¦´¡>¦ _¸¸.]¦ ¸ ¿¡.l-, ¸¸_¸ ¯¡·¸.¸| _l ¦¡`.-`,
..s ´_¸. ¸<¦ !:,: ¿¸|´¸ _,¸.¸l.Ll¦ ¯¡·¸´.-, ',!´,¸l¸¦ ¸_-, ´<¦´¸ ¯_¸|´¸ _,¸1`..l¦ ¸¸_¸

www.scribd.com/mohd_naqib88

49

Maksudnya :
Kesudahannya Kami jadikan engkau (Wahai Muhammad dan utuskan engkau)
menjalankan satu syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum agama; maka
turutlah syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak
mengetahui (perkara yang benar).
Sesungguhnya mereka tidak sekali-kali akan dapat menyelamatkanmu sedikitpun dari
(azab) Allah (kalau engkau menurut mereka); dan sesungguhnya orang-orang yang zalim
itu setengahnya menjadi penolong dan penyokong bagi setengahnya yang lain (dalam
perkara yang salah); dan (sebaliknya) Allah menjadi Penolong dan Pelindung bagi
orang-orang yang bertaqwa (yang engkaulah pemimpinnya)
(1)
.

Kedua : Sesungguhnya barat seperti yang mereka ikuti sekarang ini sedang menghadapi kesan
dari pergaulan bebas ini, yang telah merosakkan anak-anak perempuan dan lelaki mereka,
sehingga ketamadunan mereka diancam dengan keruntuhan dan kejatuhan.
Maka di Amerika Syarikat, Sweden dan lain-lain negara yang mengamalkan kebebasan seks,
kajian menunjukkan bahawa nilai syahwat itu tidak akan hilang dengan semata-mata pertemuan
dan percakapan atau selepas itu, tetapi ia menjadikan syahwat mereka semakin bertambah penuh
dan haus.
Oleh itu, kita perlu mengkaji, apakah kesan kebebasan dan peningkatan perilaku dan pegangan
mereka kepada peradaban masyarakat barat?

KESAN-KESAN PERGAULAN BEBAS DI BARAT
Sesungguhnya bilangan dan realiti yang dilihat dari kajian dan statistik menerangkan mengenai
permasalahan ini, iaitu kesan dari seks bebas ini. Ia telah menghilangkan dinding antara lelaki
dan wanita.

1. Keruntuhan akhlak
2. Tersebarnya anak luar nikah
3. Meningkatnya bilangan anak dara tua dan bujang terlajak
4. Meningkatnya kes penceraian dan keruntuhan rumahtangga dengan sebab-sebab
yang pelbagai
5. Tersebar penyakit-penyakit yang membawa maut



___________________________
(1)
Surah Al-Jathiyah : 18-19.
www.scribd.com/mohd_naqib88

50

1. Keruntuhan akhlak

Keruntuhan akhlak, kebuasan syahwat, kemenangan sifat kebinatangan ke atas sifat manusiawi,
hilangnya malu dan kesucian antara wanita dan lelaki, serta keruntuhan masyarakat, semua ini
adalah kesan darinya.
Mantan Presiden John F. Kennedy ada menyebutkan di dalam kata-katanya yang popular, dan
disebutkan oleh AFP pada tahun 1962 :
Sesungguhnya remaja-remaja Amerika sudah larut di dalam kemewahan dan
keterbukaan dan tenggelam di dalam syahwat. Bagi setiap tujuh orang pemuda yang
mendaftar untuk akademi tentera, enam darinya sudah rosak, kerana lemas di dalam
syahwat.
Dia memberi peringatan bahawa pemuda-pemuda ini sangat bahaya bagi masa depan
Amerika.
Di dalam buku yang ditulis oleh ketua pusat pusat kajian Harvard University di bawah tajuk
Revolusi Seks, penulisnya mengatakan bahawa sesungguhnya Amerika sedang berjalan ke arah
bencana dengan sebab kebebesan seks ini, dan ia menuju kepadanya. Ini adalah sebab yang
membawa keruntuhan dua tamadun lampau, Greek dan Romawi. Katanya :
Sesungguhnya kita dikepung dari setiap sudut dengan pemikiran-pemikiran yang
merbahaya seperti seks. Ia menenggelamkan kita sedalam-dalamnya dari kita membina
pengetahuan, dan menenggelamkan dari setiap bahagian kehidupan kita
(1)
.
Adapun puak-puak Komunis, mereka tidak membicarakan perkara seks ini dengan kerap, dan
mereka tidak membenarkan media massa untuk memainkan mengenainya.
Pada tahun 1962, pemimpin Rusia, Khrushchev telah membuat pengumuman, para pemuda telah
dirosakkan dan tergelincir disebabkan oleh kemewahan. Dia telah mengancam untuk membuka
markaz tentera yang baru di Siberia untuk menghapuskan pemuda-pemuda yang tergelincir ini,
kerana ia membahayakan masa depan Rusia.

2. Tersebarnya anak luar nikah

Ia adalah satu fenomena, kesan dari kebebasan kehendak. Ia telah melarutkan benteng antara
pemuda-pemuda dan pemudi-pemudi. Sebahagian organisasi telah melakukan kaji selidik dan
statistik kepada pelajar-pelajar sekolah menengah. Hasilnya begitu menakutkan.
___________________________
(1)
Rujuk buku kami, Al-Islam wa Hadharah Al-Ghadd (Islam dan Tamadun Esok). Bahagian : Halangan-halangan
tamudan sekarang, keruntuhan akhlak, ketandusan jiwa…

www.scribd.com/mohd_naqib88

51

Mari kita lihat hasil statistik dari masalah ini :
Sesungguhnya lebih dari dua pertiga kelahiran di New York pada tahun 1983 adalah
anak haram, iaitu anak yang dilahirkan tanpa ikatan pernikahan. Kebanyakan mereka
dilahirkan oleh remaja wanita yang berumur 19 tahun atau kurang dari itu. Bilangannya
adalah 112 353 bayi, iaitu 37% dari kesluruhan kelahiran di New York
(1)
.

3. Meningkatnya bilangan anak dara tua dan bujang terlajak

Sesungguhnya kewujudan jalan-jalan yang mudah bagi mereka untuk melampiaskan nafsu
syahwat tanpa perlu menanggung beban perkahwinan dan keluarga, menjadikan sebahagian
besar pemuda memilih jalan yang mudah ini.
Mereka menghabiskan hari-hari muda mereka dengan banyak wanita, menikmati „rasa‟ yang
berbeza tanpa terikat dengan kehidupan yang sama dan berulang-ulang seperti yang mereka
sangka !! Dan tanpa terikat dengan tanggungjawab kekeluargaan, atau tugas menjaga sebagai
seorang bapa.
Kesannya, wujud banyak dari kalangan pemudi-pemudi yang yang terhalang dari perkahwinan
yang membahagiakan mereka berdua, kecuali orang-orang yang hanya suka-suka. Dia berkahwin
hanya untuk mengambil duit hantaran perkahwinan. Seperti para pemudi, para pemuda juga
berhadapan dengan perkara yang sama. Ramai pemuda bujang yang terhalang dari kehidupan
berkeluarga, seperti banyak bancian yang dibuat.
Ketua bahagian bancian Amerika Syarikat menyebutkan pada 22 Zulqaedah 1402H, bersamaan
10 September 1982M :
Sesungguhnya ia adalah kejadian pertama sejak bermulanya kurun ini, kebanyakan
penduduk Bandar San Fransisco terdiri dari kalangan orang-orang bujang.
Bruce Champman menjelaskan di dalam perjumpaan wartawan yang disusun oleh Pertubuhan
Kemasyarakatan Amerika bahawa :
Berdasarkan perangkaan terakhir, sesungguhnya 53% penduduk San Fransisco tidak
berkahwin.
Dan apa yang rasakan bahawa perangkaan ini boleh dijadikan sebagai tanda aras bahawa betapa
lemahnya kepercayaan mereka.
Champman menambah lagi :
Sesungguhnya perubahan masyarakat ini disebabkan kemewahan bandar itu, yang telah
bertambah bilangan penduduknya dari kalangan pemuda berumur 25 hingga 34 tahun
pada kadar 40.4 %, sekitar sepuluh tahun yang terakhir.
___________________________
(1)
Surat khabar Asy-Syarq Al-Ausath, tahun ke-7, bil. (2087) hari Selasa, 17 Zulqaedah 1404H (14 Ogos 1984M).
www.scribd.com/mohd_naqib88

52

Katanya lagi :
Perangkaan ini tidak termasuk bilangan orang yang terlibat di dalam hubungan seks
sejenis. Ia dianggarkan lebih kurang sebanyak 15% dari jumlah penduduknya.
Oleh itu, tidaklah menjadi sesuatu yang pelik jika kita membaca di dalam surat khabar berita-
berita seperti ini :
Wanita-wanita Sweden keluar membuat demonstrasi, hampir di seluruh Sweden,
menuntut diberikan kebebasan seks secara mutlak di Sweden. Seramai 100 ribu orang
wanita menyertainya. Mereka akan membawa tuntutan mereka ini kepada kerajaan.
Supaya kerajaan menerima tuntutan mereka dan menolak nilai-nilai moral.
Sesungguhnya faktor yang menyebabkan kepada jumlah peserta demonstrasi yang besar ini
adalah kerana mereka ingin menjaga maslahat dan masa depan mereka.

4. Meningkatnya kes penceraian dan keruntuhan rumahtangga dengan sebab-sebab yang
pelbagai

Jika tanpa perkahwinan, terdapat banyak halangan yang perlu mereka tempuhi. Namun bagi
mereka yang berkahwin pula, ia tidak dapat dijamin bahawa ia akan kekal bersama. Kehancuran
keluarga dan keretakan hubungan antara suami isteri berlaku dengan banyak sebab.
Di Amerika, kes penceraian meningkat saban tahun sehingga ke suatu tahap yang
membimbangkan.
Dan apa yang terjadi kepada Amerika, juga terjadi kepada kebanyakan negara-negara Eropah.

5. Tersebar penyakit-penyakit yang membawa maut

Merebaknya penyakit-penyakit misteri dan menakutkan, sama ada mental atau perasaan,
banyaknya rintangan dan kecelakaan sehingga mencecah korban ratusan ribu.
Dan diantara penyakit yang paling bahaya adalah apa yang tersingkap akhir-akhir ini. Ia
dinamakan Aids yang meruntuhkan sistem pertahanan badan dan membawa kepada kebinasaan.
Ia mengancam berjuta-juta orang di Eropah dan Amerika Syarikat dengan penyakit-penyakit
yang merbahaya seperti yang dilihat pada perangkaan perubatan yang dikeluarkan oleh majalah-
majalah dan surat khabar-surat khabar di seluruh dunia.

Benarlah apa-apa yang dinasihatkan oleh Rasulullah saw di dalam hadisnya :
www.scribd.com/mohd_naqib88

53

(( ب اونلعي تح طق موق ف ةشحافلا رهظت مـل ـ مـل تلا عاجولاو نوعاطلا مهيف اشف لإ اه
اوضم نيذلا مهفلسأ ف تضم نكت ))
Maksudnya :
Tidak akan terlihat kekejian pada sesuatu kaum melainkan mereka menzahirkannya, lalu
merebaklah penyakit taun dan kebuluran yang tidak pernah berlaku sebelum daripada
mereka
(1)
.
Ini semua tidak termasuk penyakit-penyakit emosi dan mental yang telah tersebar kepada mereka
seperti api dalam jerami. Lalu, penuhlah hospital-hospital dan rumah-rumah sakit.
Adakah para pendokong kebebasan ini ingin memindahkan segala penyakit ini ke masyarakat
kita. Cukuplah Allah sahaja untuk kita berlepas dari keburukannya !! Atau semua statistik ini
telah hilang dari minda mereka !!
Sigmund Freud dan pengikut-pengikutnya dari kalangan pendokong kebebasan, iaitu pakar sakit
jiwa :
Sesungguhnya menghilangkan ikatan kepercayaan (agama) dari keinginan seks akan
merehatkan minda, memecahkan ikatan-ikatan jiwa dan memberikan ketenangan dan
kelapangan.
Inilah dia ikatan-ikatan yang telah mereka uraikan, inilah dia kehendak-kehendak yang
dibebaskan, tetapi ia tidak menambah bilangan melainkan kekusutan. Tidak menambah
melainkan orang-orang yang tegang. Maka berlakulah kekacauan jiwa, dan ia adalah penyakit
masa kini. Ia tidak mampu ditanggung oleh beribu-ribu rumah sakit jiwa.







___________________________
(1)
Diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a., di dalam Ibnu Majah (no. 4019), juga disebutkan di dalam Az-Zawaid : Hadis
ini boleh digunakan untuk beramal dengannya, dan Al-Hakim mensohihkan sanadnya. Juga disepakati oleh Az-
Zahabi (4/540-541) dan Al-Baihaqi.
www.scribd.com/mohd_naqib88

54











WANITA SEBAGAI
SEORANG IBU










www.scribd.com/mohd_naqib88

55

Wanita pertama yang seseorang manusia itu akan berhubung adalah ibunya. Dia menanggung
kesusahan ketika mengandungkannya, melahirkannya, menyusukannya dan mendidiknya. Tidak
ada di dalam sejarah, suatu agama atau sistem yang lebih memuliakan wanita sebagai seorang
ibu, dan meletakkan mereka di tempat yang paling tinggi selain dari agama islam.
Suruhan untuk berbuat buat baik kepada ibu datang selepas suruhan supaya mentauhidkan Allah
swt dan beribadah kepada-Nya, dijadikan berbuat baik kepada ibu sebagai paksi segala kebaikan.
Seperti suruhan menjaga hak ibu, disuruh juga untuk menjaga hak bapa. Si bapa juga
menanggung kesusahan bersama-sama si ibu ketika kehamilan, melahirkan anak, menyusukan
dan mendidik. Ini adalah apa yang diakui oleh Al-Quran dan diulang-ulang dalam banyak surah
untuk menguatkannya di dalam pemikiran anak-anak dan minda mereka. Firman Allah swt :
!´.,¯.´¸´¸ ´_..·¸¸¦ ¸«,.¸l´¡¸, «.l´.- .«¯.¦ !´.>´¸ _ls ¸_>´¸ .«l..¸·´¸ _¸· ¸_,.l. ¸¿¦ ¯¸÷:¦ _¸| ,,.¸l´¡¸l´¸
´_|¸| ¸,¸..l¦ ¸¸_¸
Maksudnya :
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Ibunya telah
mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal
mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam
masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua
ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima
balasan)
(1)
.
Firman-Nya lagi :
!´.,¯.´¸´¸ ´_..·¸¸¦ ¸«,.¸l´¡¸, !´...>¸| «.l´.- .«¯.¦ !>¯¸´ «.-.´¸´¸ !>¯¸´ .«l.-´¸ .«l..¸·´¸ ¿¡..l. ¦´¸¯¸:
Maksudnya :
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah
mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan
menanggung susah payah. sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh
menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan
(2)
.
Dan di dalam hadis pula :

___________________________
(1)
Surah Luqman : 14.
(2)
Surah Al-Ahqaf : 15.
www.scribd.com/mohd_naqib88

56

ب سانلا قحأ ن
َ
م : ولأسي ملسو ويلع لا ىلص بنلا لإ لجر ءاج
ِ
ـ ن
ْ
س
ُ
ح . تباحص
. ؟ن
َ
م
ّ
مـث : لاق . )) كمأ(( : لاق
. ؟ن
َ
م
ّ
مـث : لاق . )) كمأ(( : لاق
. ؟ن
َ
م
ّ
مـث : لاق . )) كمأ(( : لاق
. )) كوبأ(( : لاق
Maksudnya :
Seorang lelaki dating kepada Nabi saw dan bertanya : “Siapakah manusia yang paling
berhak untuk aku berbuat baik?
Jawab Nabi : Ibu kamu. Tanya lelaki itu : “Kemudian siapa?”
Jawab Nabi : Ibu kamu. Tanyanya lagi : “Kemudian siapa?”
Jawab Nabi : Ibu kamu. Tanyanya lagi : “Kemudian siapa?”
Jawab Nabi : Bapa kamu
(1)
.
Diriwayatkan oleh Al-Bazzar bahawa sesungguhnya seorang lelaki bertawaf sambil membawa
ibunya yang juga bertawaf. Lalu dia bertanya kepada Rasulullah saw : “Adakah aku telah
menunaikan haknya?”. Jawab Rasulullah :
(( ةدحاو ةرفزب لو ، ل ))
Maksudnya :
Tidak, walaupun dengan satu hembusan nafas.
Iaitu : Hembusan dari kesakitan melahirkan anak dan sebagainya
(2)
.

___________________________
(1)
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari Abi Hurairah r.a. Al-Lu‟lu‟ wa Al-Marjan fi ma Ittafaqa „Alaihi Asy-
Syaikhan , jilid 3 (no. 1652).
(2)
Diriwayatkan oleh Al-Bazzar, jilid 2 (no. 1872). Katanya : Kami tidak mengetahuinya diriwayatkan secara marfu‟
melainkan dengan jalan ini.
www.scribd.com/mohd_naqib88

57

Yang dimaksudkan dengan berbuat baik kepadanya adalah : Bergaul dengan baik,
menghormatinya, merendahkan diri, mentaatinya pada semua perkara selain maksiat,
mendapatkan keredaan dan persetujuannya pada setiap perkara hatta berjihad. Jika hukumnya
fardhu kifayah, maka tidak boleh pergi melainkan dengan kebenarannya. Sesungguhnya berbuat
baik kepadanya adalah sebahagian dari jihad.
Seorang lelaki dating kepada Rasulullah saw dan berkata : “Wahai Rasulullah, aku ingin
berperang. Aku datang ini untuk meminta pendapat darimu.
Lalu Baginda saw bersabda : “Adakah engkau mempunyai ibu?”.
Jawabnya : “Ya, ada”.
Sabda Baginda saw :
)) اهيلجر دنع ةنجـلا نإف ، اهمزلاف ((
Maksudnya :
Maka lazimilah dia, sesungguhnya syurga itu ada di bawah kedua tapak kakinya
(1)
.
Sebahagian syariat mengabaikan kaum kerabat sebelah ibu, dan tidak memberi bahagian dari
harta pusaka. Tetapi islam menetapkan bahagian bapa saudara dan ibu saudara sebelah ibu,
seperti juga ditetapkan bahagian untuk bapa saudara dan ibu saudara sebelah bapa.
Seorang lelaki datang kepada Rasulullah saw dan bertanya : “Sesungguhnya aku telah
melakukan dosa, adakah aku boleh bertaubat?”.
Baginda saw bertanya : “Adakah engkau mempunyai ibu?”.
Jawab lelaki itu : “Tidak”.
Baginda bertanya lagi : “Adakah engkau mempunyai ibu saudara sebelah ibu?”.
Jawabnya : “Ada”.
Baginda bersabda : “Maka berbuat baiklah kepadanya”
(2)
.
Apa yang lebih mengejutkan di dalam islam adalah, ia menyuruh berbuat baik kepada ibunya
walaupun dia seorang yang musyrik.
___________________________
(1)
Hadis riwayat An-Nasaie (6/11), Ibnu Majah (1/278), Al-Hakim, lalu dia mensohihkannya dan disepakati oleh
Az-Zahabi (4/151) dari Mu‟awiyah bin Jahimah.
(2)
Diriwayatkan oleh At-Tarmizi di dalam Al-Birr wa Ash-Shilah (no. 1905), dan Ibnu Hibban di dalam Al-Ihsan
(no. 435). Juga oleh Al-Hakim dan dia mensohihkannya di atas syarat Syaikhan dan disepakati oleh Az-Zahabi
(4/155). Semuanya diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.
www.scribd.com/mohd_naqib88

58

Asma‟ binti Abu Bakr ada bertanya kepada Rasulullah saw mengenai hubungannya dengan
ibunya yang musyrik. Ibunya berhubung dengannya.
Nabi saw bersabda : “Ya, dan sambugkan hubungan dengan ibumu”
(1)
.
Dan diantara cara islam menjaga hak keibuan dan perasaannya, ia menjadikan ibu orang yang
paling berhak mutlak untuk menjaga anak-anaknya, lebih aula dari bapa.
Diriwayatkan dari Abdullah bin Amru bin Al-„Ash, sesungguhnya seorang wanita berkata :
“Wahai Rasulullah saw, sesungguhnya ini anak aku. Aku mengandungnya di dalam perutku,
buah dadaku menyusukannya, hiwa‟ku tempat dia berkumpul, dan bapanya mentalakkan aku.
Dia ingin mengambilnya dari aku.
Nabi saw berkata kepadanya :
(( يحكنت مـل ام وب قحأ
ِ
تنأ ))
Maksudnya :
Engkau lebih berhak dengannya (budak itu), selagimana engkau belum berkahwin
(2)
.
Imam Al-Khitobi mengatakan di dalam Ma‟alim As-Sunan bahawa :
Al-Hiwa‟ adalah tempat berkumpul sesuatu.
Maksud bagi kata-kata ini adalah :
Ibu itu berkongsi peranan ketika kelahiran (iaitu percampuran air lelaki dan wanita),
kemudian dia bersendirian dalam banyak hal. Ia adalah penjagaan anak kerana si bapa
tidak bersama-sama menjaganya. Oleh itu, si ibu lebih berhak mendapat hak penjagaan
anak
(3)
.
Diriwayatkan dari Ibnu „Abbas r.a. : Umar bin Al-Khattab r.a. mentalak isterinya dari kaum Al-
Ansar, iaitu ibu kepada „Asim. Kemudian Umar terlihatnya membawa „Asim ke Mahsar
(4)
, dia
sudah tidak meminum susu ibunya dan boleh berjalan. Lalu Umar menarik tangannya dari
ibunya, dan mereka bergaduh sehinggalah budak itu sakit dan menangis.
Umar berkata : “Aku lebih berhak dengan anakku”.
___________________________
(1)
Muttafaqun „Alaih dari Asma‟, Al-Lu‟lu‟ wa Al-Marjan (no. 587).
(2)
Diriwayatkan oleh Ahmad di dalam Al-Musnad (no. 6707). Syeikh Syakir berkata : Isnadnya sohih. Juga oleh
Abu Daud di dalam kitab At-Tolaq (no. 2276), dari jalan „Amru bin Syua‟ib dari bapanya, dari datuknya.
(3)
Ma‟alim As-Sunan, hadis no 2181.
(4)
Nama pasar yang terletak antara Quba‟ dan Madinah.

www.scribd.com/mohd_naqib88

59

Mereka bergaduh dan membawanya masalah ini ke Abu Bakr, lalu Abu Bakr menyerahkan anak
itu kepada si ibu. Dia berkata :
. وسفنل راتخـيو نشي تح ، كنم ول يخ اىرجحو اهشارفو اهحـير
Maksudnya :
Baunya, tempat tidurnya, rumahnya lebih sesuai bagi budak itu dari engkau.
Sehinggalah budak itu dewasa dan dia boleh memilih untuk dirinya sendiri (dengan
siapa dia mahu tinggal)
(1)
.
Dan kaum kerabat sebelah ibu lebih berhak menjaga si anak dari kaum kerabat sebelah bapa.
Islam telah memberikan sepenuh penjagaan kepada si ibu dan menetapkan hak-hak baginya.
Justeru, wajiblah bagi si ibu mendidik anak-anaknya dengan baik, mengajarkan akhlak-akhlak
yang baik, memarahinya jika berakhlak buruk, menyuruhnya taat kepada Allah swt,
menggalakkan mereka menolong kebenaran, jangan menakutkannya dengan jihad, walaupun
naluri keibuannya menolaknya. Malah, seruan kebenaran itu perlu didahului dari seruan kasih
saying seorang ibu.
Kita telah melihat ibu-ibu yang beriman seperti Khansa‟ di dalam peperangan Al-Qadisiyyah.
Dia telah menggalakkan empat orang anaknya, memberi wasiat kepada mereka supaya teguh dan
tetap dalam menegakkan kalimah yang mulia ini.
Setelah selesai peperangan, dia telah diberitahu mengenai kematian mereka semua. Dia tidak
meraung atau memekik, tetapi dia berkata dengan penuh reda dan yakin :
Segala puji bagi Allah yang telah memuliakanku dengan kematian mereka di jalan-Nya.









___________________________
(1)
Diriwayatkan oleh Abdul Razzak di dalam Al-Musonnaf (no. 12601).
www.scribd.com/mohd_naqib88

60

IBU-IBU YANG KEKAL NAMA MEREKA DI DALAM SEJARAH
Dan diantara pengajaran-pengajaran di dalam Al-Quran, ia telah meletakkan di depan orang-
orang beriman, lelaki dan wanita contoh-contoh dari kalangan para wanita yang solehah. Mereka
memberikan impak dan kesan kepada sejarah keimanan.
Ibu Musa telah mendapat ilham dan wahyu dari Allah swt supaya dia meletakkan anaknya, yang
merupakan jantung hatinya ke dalam laut, tetapi dia merasa tenang dengan janji tuhannya :
!´.,>¸¦´¸ ´_|¸| ¸´,¦ ´_.¡`. ¿¦ ¸«,¸-¸.¯¸¦ ¦:¸|· ¸¸±¸> ¸«,ls ¸«,¸1l!· _¸· ¸´¸´,l¦ ¸´¸ _¸·!>´ ¸´¸ _¸.¸>´ !.¸|
:¸:¦´¸ ¸,,l¸| :¡l¸.l>´¸ _¸. _,¸l.¯¸.l¦ ¸_¸
Maksudnya :
Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa:" Susukanlah dia; dalam pada itu, jika engkau
takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di
dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan
jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan
Kami akan melantiknya menjadi salah seorang dari Rasul-rasul kami
(1)
.
Juga ibu Maryam yang telah bernazar supaya apa yang ada di dalam perutnya diserahkan kepada
Allah swt, bebas dari kesyirikan dan pengabdian selain kepada-Nya, sambil mengharapkan Allah
swt akan menerima nazarnya.
¯_´,1.· _¸¯.¸. ,.¸| ¸.¦ _,¸,´.l¦ `¸,¸l-l¦ ¸__¸
Maksudnya :
Maka terimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha
Mengetahui."
(2)
Dan ketika dia melahirkan seorang bayi perempuan dan tidak seperti yang dia harapkan, ia tidak
menghalangnya dari menunaikan nazarnya sambil berdoa supaya Allah swt menjaganya dari
segala keburukan.
_¸.¸|´¸ !>.,¸s¦ .¸, !¸.`,¸¯¸:´¸ ´_¸. ¸_.L,:l¦ ¸¸,¸>¯¸l¦ ¸__¸

www.scribd.com/mohd_naqib88

61

Maksudnya :
“Dan aku melindungi dia dengan peliharaan-Mu, demikian juga zuriat keturunannya,
dari godaan Syaitan yang direjam (yang dikutuk dan disingkirkan)"
(1)
.
Dan Maryam binti „Imran, ibu kepada Al-Masih „Isa, Al-Quran telah menjadikannya satu simbol
kesucian dan ketaatan kepada Allah swt., membenarkan firman-Nya :
´¡,`¸.´¸ ¸.¯,¦ ¿¸.¸s _¸.l¦ ¸..>¦ !¸>¯¸· !.>±.· ¸«,¸· _¸. !.¸>¸¯¸ ¸·´..´¸ ¸¸..¸l>¸, !¸¸¯,´¸
.¸«¸,.´´¸ ¸.l´´¸ ´_¸. _,¸.¸..1l¦ ¸¸_¸
Maksudnya :
Dan juga (satu misal perbandingan lagi, iaitu): Maryam binti Imran (ibu Nabi Isa
seorang perempuan) yang telah memelihara kehormatan dan kesuciannya (dari disentuh
oleh lelaki; tetapi oleh sebab Kami telah takdirkan dia mendapat anak) maka Kami
perintahkan Jibril meniup masuk ke dalam kandungan tubuhnya dari roh (ciptaan) kami;
dan (sekalipun Maryam itu hidup di antara kaum kafir) ia mengakui kebenaran kalimah-
kalimah Tuhannya serta kitab-kitabNya; dan ia menjadi dari orang-orang yang tetap
taat
(2)
.
















___________________________
(1)
Surah Ali „Imran : 36.
(2)
Surah At-Tahrim : 12.
www.scribd.com/mohd_naqib88

62











WANITA SEBAGAI
SEORANG ANAK










www.scribd.com/mohd_naqib88

63

Kaum Arab pada zaman jahiliyyah akan mencela jika ada kelahiran anak perempuan dan
menyusahkan hidup mereka sehinggakan ada orang seorang bapa ketika diberitahu bahawa
isterinya melahirkan anak perempuan, dia berkata :
Demi tuhan, dia bukan termasuk dari nikmat. Dia hanya akan menolong dengan
tangisan, dan kebaikannya hanyalah mencuri !!
Si bapa menyangka bahawa anak perempuan itu nanti tidak akan mampu membantu bapanya dan
ahli keluarganya melainkan dengan teriakan dan tangisan, bukan dengan berperang atau pedang.
Dia tidak akan berbuat baik melainkan akan mengambil harta suaminya untuk keluarganya.
Kepercayaan ini terus diwarisi, sehingga seorang bapa itu dibenarkan untuk menanam anak
perempuannya hidup-hidup kerana kemiskinan, atau takut jatuh miskin, atau meminjamkannya
kepada kaumnya ketika sudah dewasa.
Oleh sebab itu, Al-Quran menentang mereka dengan menyebut :
¦:¸|´¸ ::.',¯¡.l¦ ¸l¸¸. ¸_¸ ¸´_!¸, ¸¸.: ¸l¸.· ¸_¸
Maksudnya :
Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: ditanya . . .
Dengan dosa apakah dia dibunuh?
(1)
.

Digambarkan keadaan seorang bapa ketika menyambut kelahiran anak perempuan :
¦:¸|´¸ ¸¸:, ¡>.>¦ _..¸!¸, _L .«¸>´¸ ¦´:´¡`.`. ´¡>´¸ ,¸¸L´ ¸__¸ _´¸´¡., ´_¸. ¸,¯¡1l¦ _¸. ¸,¡. !. ´¸¸:,
.¸«¸, .«>¸..`,¦ _ls ¸_¡> ,¦ .«´.., _¸· ¸,¦´¸.l¦ ¸¦ ´,!. !. ¿¡.>>´ ¸__¸
Maksudnya :
Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa dia beroleh anak
perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita), sedang
dia menahan perasaan marahnya dalam hati.

___________________________
(1)
Surah At-Takwir : 8-9.

www.scribd.com/mohd_naqib88

64

Dia bersembunyi dari orang ramai kerana (merasa malu disebabkan) berita buruk yang
disampaikan kepadanya (tentang dia beroleh anak perempuan; sambil ia berfikir) :
Adakah ia akan memelihara anak itu dalam keadaan yang hina, atau ia akan
menanamnya hidup-hidup dalam tanah? Ketahuilah, sungguh jahat apa yang mereka
hukumkan itu
(1)
.
Sebahagian syariat-syariat terdahulu memberikan hak kepada si bapa untuk menjual anak
perempuannya berdasarkan kehendaknya. Dan yang lain, seperti undang-undang Hammurabi,
membenarkan dia diserahkan kepada lelaki lain supaya dia dibunuh, atau dia akan memiliki anak
perempuan itu jika si bapa itu membunuh anak perempuan milik lelaki lain itu.
Agama Islam datang mengiktiraf anak perempuan sama seperti anak lelaki, ia adalah anugerah
dari Allah swt dan suatu nikmat. Dia memberikan kepada sesiapa yang Dia kehendaki kepada
hamba-Nya :
¸< .l`. ¸,´¡..´.l¦ ¸_¯¸¸¦´¸ _l>´ !. ',!:¸ ´¸¸´¸ _.¸l ',!:¸ !...¸| ´¸¸,´¸ _.¸l ',!:¸ ´¸¡´.]¦ ¸__¸
¸¦ ¯¡¸`>¸¸¸`, !.¦¸´: !...¸|´¸ `_->´´¸ _. ',!:¸ !.,¸1s .«.¸| '¸,¸l. "¸,¸.· ¸_¸¸
Maksudnya :
Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi; Dia menciptakan apa
yang dikehendaki-Nya; Dia mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang
dikehendaki-Nya, dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendaki-
Nya.
Atau Dia mengurniakan mereka kedua-duanya - anak-anak lelaki dan perempuan, dan
Dia juga menjadikan sesiapa yang dikehendaki-Nya: mandul. Sesungguhnya Dia Maha
Mengetahui, lagi Maha Kuasa
(2)
.
Al-Quran juga menceritakan bahawa sebahagian anak perempuan itu kadang-kadang lebih
memberikan kesan dan lebih diingati dari kebanyakan anak lelaki, seperti di dalam kisah
Maryam binti „Imran, yang dimuliakan oleh Allah swt. Dia telah memuliakannya dan
menganggapnya lebih bersih dari semua wanita seluruh alam.
Ketika ibunya mengandungkan Maryam, dia berharap supaya anak di dalam kandungan itu
adalah seorang lelaki yang akan berkhidmat kepada rumah ibadat mereka, dan menjadi dari
kalangan orang-orang yang soleh.
___________________________
(1)
Surah An-Nahl : 58-59.
(2)
Surah Asy-Syura : 49-50.
www.scribd.com/mohd_naqib88

65

:¸| ¸¸l!· ,¦¸.¦ ¿¸.¸s ¸,´¸ _¸.¸| ,¯¸.. .l !. _¸· _¸.L, ¦´¸¯¸>`. ¯_´,1.· _¸¯.¸. ,.¸| ¸.¦ _,¸,´.l¦
`¸,¸l-l¦ ¸__¸ !´.l· !¸.-.´¸ ¸l!· ¸,´¸ _¸.¸| !¸.-.´¸ _..¦ ´<¦´¸ `¸l.¦ !.¸, ¸-.´¸ ´_,l´¸ `¸´.]¦
_..¸l´ _¸.¸|´¸ !¸.,´.. ´¸,¯¸. _¸.¸|´¸ !>.,¸s¦ .¸, !¸.`,¸¯¸:´¸ ´_¸. ¸_.L,:l¦ ¸¸,¸>¯¸l¦ ¸__¸ !¸l´,1.· !¸,´¸
¸_¡,1¸, ¸_.> !¸.,.¦´¸ !´.!,. !´..> . . . ¸__¸
Maksudnya :
(Ingatlah) ketika isteri Imran berkata: "Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadamu
anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan
dunia untuk berkhidmat kepadamu semata-mata), maka terimalah nazarku.
Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
Maka apabila dia melahirkannya, berkatalah dia: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku
telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak
lelaki), - dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan
memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan; dan bahawasanya aku telah
menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaan-Mu, demikian juga
zuriat keturunannya, dari godaan Syaitan yang direjam (yang dikutuk dan
disingkirkan)".
Maka dia (Maryam yang dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh Tuhannya dengan
penerimaan yang baik, dan dibesarkannya dengan didikan yang baik . . .
(1)
.
Al-Quran telah bertindak garang ke atas orang-orang yang keras kepala dengan membunuh anak-
anak mereka, sama ada lelaki atau perempuan. Firman Allah swt :
.· ´¸¸.> _¸¸.]¦ ¦¡l.· ¯¡>..l¸¦ !¸±. ¸¸¯,-¸, ¸¸l¸.
Maksudnya :
Sesungguhnya rugilah orang-orang yang membunuh anak-anak mereka kerana
kebodohan, lagi tidak berpengetahuan (sedang Allah yang memberi rezeki kepada
sekalian makhluknya)
(2)
.
___________________________
(1)
Surah Ali „Imran : 35-37.
(2)
Surah Al-An‟Am : 140.
www.scribd.com/mohd_naqib88

66

Firman-Nya lagi :
¸´¸ ¦¡l.1. ¯¡´..l¸¦ «´,:> ¸_.l.¸| _>´ ¯¡¸·`¸¯¸. ¯_´!`,¸|´¸ ¿¸| ¯¡¸l.· ¿lé !:L¸> ¦¸,¸,´ ¸_¸¸
Maksudnya :
Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah
yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan
membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar
(1)
.
Para rasul telah menjanjikan syurga sebagai balasan bagi bapa yang menjaga anak perempuannya
dengan baik, bersabar mendidik mereka dan mengajarkan adab-adab yang baik, menjaga hak-hak
Allah yang ada pada mereka, sehingga mereka baligh atau mati sebelumnya. Rumahnya di
syurga nanti adalah berjiran dengan Nabi saw di syurga yang penuh nikmat dan kekal.
Diriwayatkan oleh Muslim, dari Anas bahawasanya Rasulullah saw bersabda :
(( . . . وىو انأ ةمايقلا موي ءاج ، اغلبت ىـتح يتيراج لاع ن
َ
م )) . وعباصأ مضيو
Maksudnya :
Sesiapa yang menjaga dua orang anak perempuan sehingga mereka baligh, dia akan
datang pada Hari Kiamat, aku dan dia (seperti). . . Lalu Baginda menggabungkan jari-
jarinya .
Dalam riwayat Tarmizi pula :
وعبصأب راشأو )) . . . يتاهك
َ
ةنجـلا وىو انأ
ُ
تلخد ، اغلبت ىـتح يتيراج لاع ن
َ
م ((
تلاو ةبابسلا . اهيلت
Maksudnya :
Sesiapa yang menjaga dua orang anak perempuan sehingga mereka baligh, aku dan dia
akan masuk ke dalam Syurga seperti dua ini . . . Lalu dia menggabungkan jari
telunjuknya dengan jari sebelahnya.
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. bahawasanya Rasulullah saw bersabda :
www.scribd.com/mohd_naqib88

67

هاـــتـــبـــحـــص اـــم اـــمـــهـــيـــلإ نـــســـحــــيـــف ، ناــــتـــنـــبا وـــل مـــلـــســـم نـــ
ِ
م اــم (( – اــمـــهـــبـــحـــص وأ –
)) ةـــنـــجــــلا هاـــتـــلـــخدأ لإ
Maksudnya :
Mana-mana orang islam yang mempunyai dua orang anak perempuan, lalu dia menjaga
keduanya dengan baik, maka dia kedua-dua anak perempuan itu akan menjadi sebab dia
masuk ke dalam Syurga
(1)
.
Di dalam sebahagian hadis, disebutkan bahawa ganjaran Syurga ini juga akan diberikan kepada
saudara lelaki yang menjaga (atau memberi nafkah) kepada saudara-saudara perempuannya, atau
dua orang dari mereka.
Juga di dalam riwayat yang lain, ganjaran tuhan ini juga akan diberikan kepada sesiapa yang
berbuat baik kepada anak-anak perempuan walaupun seorang.
Di dalam hadis dari Abi Hurairah r.a. yang diriwayatkan secara marfu‟ :
ةنجـلا لا ولخدأ . نهئا
ّ
رسو نهئا
ّ
رضو نهئاول ىلع بصف ، تانب ثلث ول ناك ن
َ
م ((
)) نىايإ وتمـحرب
Maksudnya :
Sesiapa yang mempunyai tiga orang anak perempuan, lalu dia bersabar dia atas
kesempitan, derita dan suka mereka, Allah akan memasukkannya ke dalam Syurga
kerana kasih saying dia kepada mereka.
Lalu seorang lelaki berkata : “Jika dua orang anak perempuan, wahai Rasulullah?”.
Jawab Nabi : “Walaupun dua orang anak perempuan”.
Tanya lelaki itu lagi : “Wahai Rasulullah, jika seorang anak perempuan?”.
Jawab Nabi : “Walaupun seorang anak perempuan”
(2)
.
___________________________
(1)
Diriwayatkan oleh Bukhari di dalam Al-Adab Al-Mufrid (no. 77), Ibnu Abi Syaibah (8/551), Ahmad dan
disohihkan oelh Syeikh Syakir (no. 2104), Ibnu Majah (3670), disebutkan di dalam Az-Zawaid : “Sesungguhnya
pada sanadnya ada Syurahbil bin Sa‟ad, Ibnu Hibban mensiqohkannya tetapi ramai yang mendo‟ifkannya”, Ibnu
Hibban di dalam sohihnya, kitab Al-Ihsan, jilid 7 (no. 2945). Pentahqiqnya berkata : Isnadnya do‟if, tetapi ia
menjadi hasan dengan bantuan hadis-hadis yang lain. Juga Al-Hakim (4/178) dan dia mensohihkannya dan diikuti
oleh Az-Zahabi. Ia juga terdapat di dalam Musnad Abi Ya‟la (no. 2571).
(2)
Diriwayatkan oleh Al-Hakim, lalu dia mensohihkan isnadnya. Dan disepakati oleh Az-Zahabi (4/176).
www.scribd.com/mohd_naqib88

68

Dan diriwayatkan Ibnu Abbas r.a. secara marfu‟ :
، اهيلع هدلو رثؤيو مـلو اهنهي مـلو اىدئي مـلف ىثنأ ول تناك ن
َ
م (( )) ةنجـلا لا ولخدأ
Maksudnya :
Sesiapa yang mempunyai anak perempuan, dia tidak menanamnya, tidak berseronok
dengannya, tidak melebihkan anak lelaki ke atasnya (anak perempuan itu), Allah akan
memasukkannya ke dalam Syurga
(1)
.
Dan di dalam hadis „Aisyah r.a. yang diriwayatkan oleh syaikhain (Bukhari dan Muslim),
sesungguhnya Rasulullah saw bersabda :
)) رانلا نم اتس ول نك ، نهيلإ نسحأف ، ءيشب تانبلا هذى نم
َ
ي
ِ
ل
ُ
تبا ن
َ
م ((
Maksudnya :
Sesiapa yang diuji dari anak-anak perempuan ini dengan sesuatu, dan dia berbaik-baik
dengan mereka, mereka akan menjadi perisai dari neraka untuknya
(2)
.
Dari semua nas-nas yang jelas ini, kita mendapat berita-berita gembira yang berulang-ulang dan
pasti. Kelahiran anak-anak perempuan bukanlah sia-sia dan perlu ditakuti, tidak timbul isu sial
yang perlu dielak, tetapi ia adalah satu nikmat yang perlu disyukuri, dan rahmat yang perlu
diharap dan diminta, kerana disebalik dari itu ada kebaikan dari Allah swt dan pahala yang amat
banyak.
Oleh itu, islam menghapuskan amalan menanam anak-anak perempuan hidup-hidup secara total.
Mereka mempunyai tempat yang mendalam di dalam hati bapanya, bertepatan dengan sabda
Rasulullah saw kepada anaknya Fatimah r.a. :
(( نبضغأ اهبضعأ نمف ، نم ةعضب ةمطاف ))
Maksudnya :
Fatimah adalah sebahagian dari aku. Sesiapa yang membuatnya marah, maka dia
membuat aku marah
(3)
.

___________________________
(1)
Diriwayatkan oleh Abu Daud (5/5146), dan Al-Hakim lalu dia mensohihkannya (4/177), dan disepakati oleh Az-
Zahabi.
(2)
Diriwayatkan oleh Al-Lu‟lu‟ wan Al-Marjan fi ma Ittafaqa „Alaih Asy-Syaikhan (1688).
(3)
Diriwayatkan oleh Bukhari dari Al-Masur bin Makhromah, Sohih Al-Jami‟ As-Soghir wa Ziyadatuhu (4188).
www.scribd.com/mohd_naqib88

69

Sabda Baginda saw lagi :
اهطسبي ام نطسبيو ، اهضبقي لم نضبقي ، نم ةعضب ةمطاف (( ))
Maksudnya :
Fatimah adalah sebahagian dari aku. Apa yang menggenggam aku (membuat aku benci),
juga akan menggenggam dia (akan membuat dia benci), dan apa yang menghamparkan
dia (membuat aku gembira), juga akan membuat dia terhampar (gembira)
(1)
.
Juga sabdanya lagi :
(( نم ةعضب تنبا امـنإ . ، اهـبارأ ام نبيري )) اىاذآ ام نيذؤيو
Maksudnya :
Sesungguhnya anak perempuan aku adalah sebahagian dari aku. Apa yang meragukan
aku juga meragukan dia, dan apa yang menyakiti aku juga menyakiti dia
(2)
.









Adapun kekuasaan bapa ke atas anak perempuannya, ia tidak melebihi dari sempadan mengajar,
menjaga, galakan pada agama dan akhlak. Keadaannya sama seperti keadaan saudara lelakinya.
Bapanya menyuruhnya solat apabila dia mencapai umur tujuh tahun, memukulnya apabila
___________________________
(1)
Diriwayatkan oleh Ahmad dan At-Tobroni dan Al-Hakim dari Al-Masur juga. Juga oleh Bukhari (4189). Rujuk
Musnad Ahmad (4/323 & 332), At-Tobroni (20/25), Al-Hakim (3/158) dan dia mensohihkan isnadnya, dan
disepakati oleh Az-Zahabi.
(2)
Diriwayatkan oleh Enam perawi semuanya. Rujuk : Mukhtashor As-Sunan oleh Al-Munziri, hadis (no. 1987).
www.scribd.com/mohd_naqib88

70

mencapai umur sepuluh tahun, memisahkan tempat tidurnya dengan adik beradik perempuannya
dari tempat tidur, mewajibkannya beradab dengan adab-adab islam pada pakaian, perhiasan,
keluar rumah dan percakapan.
Nafkah si bapa terhadapnya wajib sama ada secara hutang atau tunai sehingga dia berkahwin.
Dia tidak mempunyai kuasa untuk menjualnya, memberinya kepada lelaki lain walau dalam apa
jua keadaan. Islam telah menghapuskan jual beli orang yang merdeka sama ada lelaki atau
wanita, dalam apa jua cara.
Jika seorang lelaki merdeka membeli atau memiliki seseorang yang merupakan anak
perempuannya, dan dia pernah menjadi hamba kepada orang lain. Maka anak perempuannya itu
akan terbebas dengan dia memilikinya, sama ada si bapa suka atau tidak, berdasarkan undang-
undang islam.
Jika si anak perempuan itu mempunyai hartanya sendiri, si bapanya tetap perlu menjaganya
dengan baik. Tidak dibenarkan mengahwinkannya dengan lelaki lain, sebagai ganti lelaki lain itu
mengkahwinkan anak perempuannya kepadanya. Ia dinamakan di dalam fiqh sebagai Nikah Asy-
Syighar. Perkahwinan itu tidak perlu kepada mahar yang merupakan hak bagi anak perempuan
itu, bukan hak si bapa.
Si bapa juga tidak ada hak mengahwinkan anak perempuannya yang telah baligh dengan orang
dia benci dan tidak suka. Dia perlu mengambil kira pendapatnya dengan siapa dia ingin
berkahwin, adakah dia menerima atau menolak. Jika dia seorang janda, persetujuannya perlu
jelas dan nyata dengan kata-kata. Jika dia seorang anak dara yang dikuasai perasaan malu yang
menghalangnya, cukuplah dengan diam. Diam itu adalah tanda redha. Jika dia kata, tidak, dia
tidak mempunyai kuasa untuk memaksanya berkahwin dengan orang yang dia tidak suka.
Diriwayatkan oleh Syaikhan dari Abi Hurairah secara marfu‟ :
(( نذأتس
ُ
ت تح ركبلا لو ، رمأتس
ُ
ت تح مـيلا حكن
ُ
ت ل )) فيكو ، لا لوسر اي : اولاق
. )) تكست نأ (( : لاق ؟ اهـنذإ
Maksudnya :
Tidak dinikahi seorang janda melainkan selepas diminta kebenaran, dan tidak dinikahi
seorang anak dara melainkan selepas diminta izin. Para sahabat bertanya :
Bagaimanakah izinnya? Baginda bersabda : Dengan dia berdiam
(1)
.
Juga diriwayatkan dari „Aisyah, dia berkata :
___________________________
(1)
Muttafaqun „Alaih, Al-Lu‟lu wa Al-Marjan (895).
www.scribd.com/mohd_naqib88

71

ركبلا نإ : تلاق . )) معن (( لاق ؟نهعاضبأ ف ءاسنـلا رمأتسي ، لا لوسر اي : تلق
.)) اهـنذإ اهـتاكس (( : لاق . تكستف يحتستف رمأتست
Maksudnya :
Aku bertanya : Wahai Rasulullah, adakah wanita diminta kebenaran pada kemaluannya
(iaitu pada urusan perkahwinannya)? Jawabnya : Ya. Aku bertanya lagi : Sesungguhnya
anak dara bila ditanya, dia akan malu dan diam. Jawabnya : Diamnya itu adalah
keizinan darinya
(1)
.
Oleh itu, ulama berkata : Perlu memberitahu kepada anak dara bahawa diam mereka itu
adalah satu keizinan.
Dari Khansa‟ binti Khadam Al-Ansoriah :
اهحاكن درف )ص( لا لوسر تتأف . كلذ تىركف ب
ّ
يث يىو اهج
ّ
وز اىابأ نأ
Maksudnya :
Sesungguhnya bapanya menikahkannya. Dia seorang janda, dan dia tidak suka dengan
perkara itu. Lalu dia mendatangi Rasulullah saw, dan Baginda pun membatalkan
perkahwinan itu
(2)
.
Juga dari Ibnu „Abbas r.a. :
ج نأ ــ يرا ـــ
ِ
ب ة ـــ ك ــــ
ً
ر ا . ةـــــىراـــــك يــــىو اــــــهـــــجوز اــــىاـــــبأ نأ ترــــكذــــف )ص( لا لوــــسر تــــتأ
. )ص( يـــــبـــــنــــلا اــــىرــــيـــــخـــــف
Maksudnya :
Sesungguhnya seorang anak dara perempuan datang kepada Rasulullah saw dan
menyebutkan bahawa bapanya menikahkannya dalam keadaan dia tidak suka. Lalu
Rasulullah saw memberikannya pilihan (sama ada ingin meneruskan perkahwinan itu
atau membatalkannya)
(3)
.
___________________________
(1)
Muttafaqun „Alaih, Al-Lu‟lu wa Al-Marjan (896).
(2)
Diriwayatkan oleh Al-Jama‟ah kecuali Muslim.
(3)
Diriwayatkan oleh Ahmad (no. 1875), dan disohihkan oleh Ahmad Syakir. Juga oleh Abu Daud (2096), dan
Darulquthni, jilid 3 (no.56).
www.scribd.com/mohd_naqib88

72

Ini adalah satu dalil bahawa seorang bapa tidak berbeza dengan yang lainnya pada kewajipan
untuk meminta izin dari anak daranya, dan perlunya mendapat persetujuan darinya.
Dan di dalam sohih Muslim dan lainnya :
)) اىوبأ رمأتسي ركبلاو ((
Maksudnya :
Dan anak dara itu perlu diminta kebenaran.
Iaitu : Meminta kebenaran dan keizinannya.
Dan dari „Aisyah r.a. :
ةىراك انأو ، وتسيسخ يـب عفرـيل ويخأ نبا نم يـنجوز يـبأ نإ : تلاقف اهيلع تلخد ةاتف نأ
رملا لعجف ، هاعدف ، اهيـبأ ىـلإ لسرأف وترـبخأف )ص( يـبنلا يـتأي ىـتح يسلجا : تلاق .
درأ نكلو ، يـبأ عنص ام
ُ
تزجأ دق ، لا لوسر اي : تلاق . اهيلإ نم ءاسّنل
ِ
لَأ : ملعأ نأ
ُ
ت
. ءيش رملا
Maksudnya :
Seorang perempuan telah masuk berjumpa dengannya. Sesungguhnya bapaku telah
menikahkan aku dengan anak lelaki saudara lelakinya (anak saudaranya) untuk
menghilangkan kekurangannya (dia adalah seorang anak yang terbuang, dan perempuan
itu dari kalangan wanita terhormat), dan aku membencinya. Aku berkata : Duduklah
dahulu sehingga Nabi saw datang. (Setelah baginda sampai), dia memberitahu akan hal
itu.
Lalu Baginda pun menghantar utusan kepada bapa perempuan itu dan memanggilnya.
Dia menyerahkan semua urusan kepada wanita itu (sama ada meneruskan perkahwinan
atau membatalkannya).
Lalu dia bertanya : Wahai Rasulullah, aku terima apa yang dibuat oleh bapaku, tetapi
aku cuma ingin mengetahui, tidakkah wanita itu mempunyai kuasa pada sesuatu
perkara?
(1)
.
___________________________
(1)
Diriwayatkan oelh An-Nasaie di dalam kitab An-Nikah di dalam sunannya, bab Al-Bikru yuzawwijuha Abuha wa
Hiya Karihatun (Bapa menikahkan anak dara dan dia tidak menyukainya) (6/86-87).
www.scribd.com/mohd_naqib88

73

Zahir hadis menunjukkan kebenaran dari anak dara dan janda adalah syarat kepada sahnya akad
nikah. Jika si bapa atau wali janda itu menikahkannya tanpa keizinannya, akad itu terbatal dan
ditolak, seperti di dalam kisah Khansa‟ bin Khadam.
Dan bagi anak dara, ada khiyar (pilihan). Jika dia suka dia menerimanya. Jika tidak, dia boleh
menolaknya dan terbatallah akad itu seperti di dalam kisah anak perempuan itu
(1)
.
Dan apa yang lebih cantik dari apa yang didatangkan oleh islam, digalakkan bapa si ibu
berbincang mengenai pernikahan anak perempuannya, supaya pernikahan itu sempurna dengan
mendapat persepakatan dari kedua-dua belah pihak. Dari Ibnu Umar r.a. bahawa sesungguhnya
Nabi saw berkata :
( )) نهـتانب ف ءاسنلا اورمآ (
Maksudnya :
Suruhlah isteri-isteri kamu berbincang dengan anak-anak perempuan mereka
(2)
.
Imam Abi Sulaiman Al-Khitobi membuat penjelasan yang sangat baik ketika menghuraikan
hadis ini di dalam kitabnya Ma‟alim As-Sunan. Adalah baik untuk kami menyebutkannya di sini
supaya dapat dijadikan hikmah dan pengajaran. Dia berkata :
Perbincangan para ibu dengan anak-anak perempuan mereka yang berkaitan dengan
faraj mereka (pernikahan mereka) bukanlah kerana mereka mendapat sesuatu dari akad
nikah itu, tetapi dari sudut supaya selesa jiwa mereka, hidup dengan baik, dan kerana ia
adalah satu penggabungan yang lebih kekal, membawa kepada kasih sayang antara
anak-anak perempuan mereka dan suami-suami mereka.
Jika permulaan akad itu dengan redha dari para ibu dan anak-anak perempuan itu
inginkan perkawinan itu. Tetapi jika sebaliknya, ia tidak bebas dari hasutan para ibu,
dan berlakunya kegelinciran di pihak mereka (anak perempuan itu), dan anak-anak
perempuan ini akan cenderung kepada para ibu, maka kata-kata mereka lebih dilihat.
Jika ini keadaannya, digalakkan bagi para ibu untuk berbincang dengan anak-anak
perempuan. Wallahu‟alam.
Katanya lagi :
Boleh jadi ia dibuat dengan sebab yang lain, yang tidak kami sebutkan. Iaitu seorang ibu
itu mengetahui sesiapa yang tahu akan rahsia anaknya, dan perkara-perkara yang
___________________________
(1)
Rujuk : Nail Al-Awtor (6/254-256), terbitan Dar Al-Jail.
(2)
Diriwayatkan oleh Ahmad di dalam Musnad Ibnu Umar (no. 4905) ditahqiq oleh Ahmad Syakir. Juga oleh Abu
Daud (2095). Padanya ada perawi yang majhul (tidak diketahui), tetapi ia mempunyai sokongan dari hadis-hadis
yang lain.
www.scribd.com/mohd_naqib88

74

disembunyikan yang menyebabkan dia tidak boleh berkahwin. Inilah mungkin sebabnya,
atau penyakit yang menghalang dari tertunainya hak-hak selepas berkahwin. Jika ini
keadaannya, ia adalah takwilan sabda nabi : “Dan tidak dinikahi anak dara itu
melainkan dengan keizinannya, dan izinnya itu adalah dengan diam”.
Boleh jadi dia malu untuk berterus-terang memberikan keizinan dan memperlihatkan
keinginan untuk berkahwin. Maka dijadikan diamnya itu sebagai tanda dia selamat dari
perkara-perkara yang menghalangnya dari jima‟, atau apa-apa sebab yang
menjadikannya tidak boleh berkahwin, yang tidak diketahui melainkan dirinya
(1)

Wallahu‟alam.
Dan yang kami kehendaki di sini adalah seorang ibu itu mungkin mengetahui rahsia-rahsia anak
perempuannya. Dia mungkin pernah bersama dengan lelaki lain sebelumnya. Maka jika dia
memperkenalkan lelaki itu dan dia (lelaki itu) sekufu, maka ia adalah lebih aula untuk diterima.
Disebutkan di dalam hadis :
)) حاكنلا لثم يباحتملل
َ
ر
ُ
ـي مـل ((
Maksudnya :
Tidak dilihat dua orang yang saling menyayangi seperti di dalam pernikahan
(maksudnya : Allah swt menjadikan pernikahan sebagai „ubat‟ yang diakui syarak bagi
dua orang yang saling menyayangi)
(2)
.
Jika si bapa tidak mempunyai hak untuk menikahkan anak perempuannya dengan orang dia tidak
sukai, maka begitu juga dengan si anak yang tidak boleh berkahwin tanpa keizinan dari bapanya,
berdasarkan hadis dari Abi Musa yang diriwayatkan secara marfu‟ :
(( لوب لإ حاكن ل ))
Maksudnya :
Tidak ada perkahwinan melainkan dengan wali
(3)
.
Juga hadis dari „Aisyah yang diriwayatkan secara marfu‟ :
___________________________
(1)
Rujuk : Mukhtashar As-Sunan oleh Al-Muziri, Al-Ma‟alim oleh Al-Khitobi, dan At-Tahzib oleh Ibnu Qayyim
(3/39) ditahqiq oleh Ahmad Syakir dan Muhammad Hamid Al-Faqo.
(2)
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a. oleh Ibnu Majah (1847), Al-Hakim dan dia mensohihkannya di atas syarat
Muslim (6/120) dan disepakati oleh Az-Zahabi dan Al-Baihaqi (7/78). Juga oleh At-Tobroni, Tamam dan lain-lain.
Al-Albani menyebutkan di dalam As-Sohihah (no. 624).
(3)
Diriwayatkan oleh Abu Daud (2085), At-Tarmizi (1101), Ibnu Majah (1181), Ahmad (4/394, 413 & 418). Di
dalam hadis ada kata-kata yang disebutkan oleh Al-Muziri di dalam Mukhtasor As-Sunan, dan Ibnu Al-Qayyim di
dalam Tahzib As-Sunan. Lihat hadis (2000).
www.scribd.com/mohd_naqib88

75

)) تارم ثلث . . . لطاب اهحاكنف اهيلاوم نذإ يغب تحكن ةأرما امـيأ ((
Maksudnya :
Mana-mana wanita yang berkahwin tanpa keizinan dari wali-walinya, maka
perkahwinannya itu terbatal . . . (tiga kali)
(1)
.
Abu Hanifah dan pengikutnya mengatakan bahawa diantara hak wanita adalah dia boleh
menikahkan dirinya sendiri, walaupun tanpa keizinan dari bapa dan walinya, dengan syarat
hendaklah suami itu sekufu dengannya. Dan tidak sabit hadis yang disebutkan dari mereka.
Mereka menggunakan dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah dalam menisbahkan perkahwinan itu
kepada wanita. Firman Allah swt :
¸· ´_>¡l.-. ¿¦ ´_`>¸>., ´_¸>´¸¸¦
Maksudnya :
Maka janganlah kamu (wahai wali-wali nikah) menahan mereka daripada berkahwin
semula dengan (bekas) suami mereka
(2)
.
_.> _¸>.. l>¸¸ .:´¸¯,s
Maksudnya :
Sehingga dia berkahwin dengan suami yang lain
(3)
.
¸· _!.`> ¯_>,l. !.,¸· ´_l-· _¸· ´_¸¸¸.±.¦ ¸.¸'¸-.l!¸,
Maksudnya :
Maka tidak ada salahnya bagi kamu mengenai apa yang dilakukan mereka pada dirinya
menurut cara yang baik (yang diluluskan oleh syarak)
(4)
.


___________________________
(1)
Diriwayatkan oleh Abu Daud (2083 & 2084) dan At-Tarmizi (1102) dan dia menghasankannya, juga oleh Ibnu
Majah (1879).
(2)
Surah Al-Baqarah : 232.
(3)
Surah Al-Baqarah : 230.
(4)
Surah Al-Baqarah : 234.
www.scribd.com/mohd_naqib88

76

Perkahwinan di dalam semua ayat-ayat ini disandarkan kepada wanita, dan dilarang dari
menghalang mereka untuk berkahwin. Inilah hak wanita yang sempurna, dan mereka adalah
pihak yang terlibat, maka sahlah perkahwinan itu.
Abu Hanifah mensyaratkan hendaklah perkahwinan itu dengan orang yang sekufu. Jika tidak,
maka pihak wali mempunyai hak untuk memisahkan mereka.
Jika si wanita itu menikahkan dirinya dengan keizinan walinya tanpa kehadirannya, maka
sebahagian ulamak membenarkannya. Tetapi jumhur mensyaratkan kehadiran wali, jika tidak
pernikahan itu tidak sah.
Berkata Al-„Allamah Ibnu Qudamah :
Jika seorang hakim telah mensahkan akad ini, atau wali hakim mensahkannya, maka
tidak dibenarkan membatalkannya.
Katanya lagi :
Tetapi Al-Qadhi memberikan pandangan yang lain, iaitu boleh dibatalkan, kerana ia
berbeza dengan nas. Tetapi pendapat yang pertama lebih aula diterima kerana ia
perkara yang tidak disepakati, dan boleh dibuat ijtihad. Maka tidak dibenarkan
membatalkan hukum itu seperti juga hukum syuf‟atul jar (pemkongsian kawasan dengan
jiran). Inilah apa yang dimaksudkan dengan hadis (Tidak ada perkahwinan melainkan
dengan wali) selepas ditakwilkan dan lebih sesuai, walaupun zahir hadis ini adalah
sebaliknya
(1)
.
Inilah kedalaman fiqh yang ada pada beliau.
Maka perkahwinan yang paling baik dan sempurna adalah : Hendaklah perkahwinan itu
dipersetujui oleh semua pihak ; bapa, ibu, dan anak perempuan. Sehingga tidak ada ruang untuk
berlakunya perselisihan, rungutan, permusuhan dan pergolakan. Sesungguhnya Allah swt telah
mensyariatkan perkahwinan sebagai satu cara mendapatkan kasih sayang dan rahmat.
Dan yang dikehendaki ke atas si bapa adalah untuk dia memilih untuk anak perempuannya lelaki
yang soleh yang dapat membahagiakannya dan dia bahagia dengannya, dan yang paling penting
adalah si bapa mendahulukan akhlak yang baik dan agama, bukanlah material dan kebendaan.
Dan dia tidak menghalang perkahwinan jika datang seseorang yang sekufu dengan anak
perempuannya. Disebutkan di dalam hadis :
عــــفـــــت لإ . هوــــجوزـــــف وـــنــــيدو وــــقــــ
ُ
لــــ
ُ
خ نوـــــضرـــــت نـــــ
َ
م مـــــكاـــــتأ اذإ (( يــــف ةـــنــــتـــــف نــــكــــت اوـــلــــ

___________________________
(1)
Al-Mughni oleh Ibnu Qudamah (9/346-347), cetakan Hajar, ditahqiq oleh Dr. At-Turki dan Dr. Al-Halwu.
www.scribd.com/mohd_naqib88

77

)) ضـــيرـــع داــــســــفو ضرلا
Maksudnya :
Jika datang kepada kamu orang yang diredhai akhlaknya dan agamanya, maka
kahwinikanlah dengan dia. Jika kamu tidak melakukannya, akan terjadilah fitnah di
dalam bumi dan kerosakan yang besar
(1)
.
Dengan itu, mengajar si bapa bahawa anak perempuannya itu adalah manusia sebelum segala-
galanya. Maka dia perlu diperlakukan seperti manusia yang lain, bukanlah barang dagangan yang
boleh diserahkan dan diberikan kepada sesiapa yang memberikan duit yang lebih banyak, seperti
keadaan kebanyakan bapa-bapa yang jahil dan tamak sehingga hari ini. Disebutkan di dalam
hadis :
اهحر يسيتو ، اهقادص يسيتو ، اهتبطخ يسيت : ةأرمـلا نم
ُ
ـي نم نإ (( – )) اهـتدلو يأ
Maksudnya :
Diantara keberkatan wanita itu : Mudah pertunangannya, mudah maharnya dan mudah
rahimnya – iaitu kelahirannya
(1)
.



















___________________________
(1)
Diriwayatkan oleh At-Tarmizi (1084), Ibnu Majah (1967), Al-Hakim dan dia mensohihkan juga disepakati oleh
Az-Zahabi (2/165) dari Abi Hurairah r.a. Dan At-Tarmizi (1085), dan dia berkata : Hasab Gharib, dan Al-Baihaqi
(7/82) dari Abi HAtim Al-Muzani, dan Ibnu „Adi dari Ibnu Umar r.a. lalu dia menghasankannya di dalam Sohih Al-
Jami‟ As-Soghir wa Ziyadatuhu (270).
(2)
Diriwayatkan oleh Ahmad (6/77), Ibnu Hibban (4095) dan Al-Hakim (2/181) dan dia mensohihkannya di atas
syarat Muslim dan disepakati oleh Az-Zahabi, dari „Aisyah r.a. lalu dia menghasankannya di dalam Sohih Al-Jami‟
As-Soghir (2235).
www.scribd.com/mohd_naqib88

78











WANITA
SEBAGAI ISTERI











www.scribd.com/mohd_naqib88

79

Sebahagian agama-agama dan ideologi-ideologi menganggap wanita sebagai kotoran dari kerja-
kerja syaitan, dan wajib melarikan diri darinya dan beralih kepada kehidupan membujang
seumur hidup dan kepaderian.
Sebahagiannya pula menganggap wanita sebagai alat pemuas nafsu lelaki semata-mata, atau
tukang masak makanannya, atau pembantu menguruskan rumahnya.
Lalu islam datang dan memerangi kepaderian ini, melarang dari membujang seumur hidup, dan
menganggap urusan perkahwinan sebagai satu tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah swt dalam
penciptaan-Nya.
_¸.´¸ .¸«¸..,¦´, ¿¦ _l> _>l _¸. ¯¡>¸.±.¦ l´>´¸¸¦ ¦¡`.>`..¸l !¸,l¸| _->´¸ ¡÷´.¸, ::´¡. «.>´¸´¸ ¿¸|
_¸· ,¸l: ¸¸.,¸ ¸,¯¡1¸l ¿¸`¸>±., ¸_¸¸
Maksudnya :
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmat-Nya, bahawa
Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri,
supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara
kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang
demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi
orang-orang yang berfikir
(1)
.
Ketika sekumpulan sahabat Rasulullah saw ingin membujang dan beribadah semata-mata,
berpuasa pada siang hari, berqiyamullail pada malam hari dan menjauhi wanita. Lalu Nabi saw
menegah mereka dan berkata :
رطفأو موصأ نكل ، ول مكاقتأو ، ل مكاشخل نإ ، لاو امأ ؟ اذكو اذك متلق نيذلا متنأ ((
. )) يـنم سيلف تنس نع بغر نمف . ءاسنلا جوزتأو ، دقرأو موقأو ،
Maksudnya :
Kamu semuakah yang berkata itu dan ini? Adapun aku, yang paling takut kepada Allah
swt dari kalangan kamu, paling bertaqwa kepada-Nya. Tetapi aku berpuasa dan
berbuka, berqiyamullail dan aku duduk (berehat) dan menikahi wanita. Sesiapa yang
menjauhi sunnahku, dia bukan dari kalangan aku
(2)
.
________________________________
(1)
Surah Ar-Rum : 21.
(2)
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim dari Anas r.a. Al-Lu‟lu wa Al-Marjan (2/885).
www.scribd.com/mohd_naqib88

80

Islam menjadikan wanita solehah sebagai sebaik-baik harta di dunia, selepas iman dan taqwa,
dan mengiranya sebagai salah satu sebab-sebab kebahagiaan. Disebutkan di dalam hadis,
sesungguhnya Nabi saw berkata kepada Umar :
وعاطأ اىرمأ اذإو ، وت
ّ
رس اهيلإ رظن اذإ . ةحـلاصلا ةأرمـلا ؟ ءرمـلا زـنكي ام يخـب كبخأ لأ ((
. )) وتظفح اهنع باغ اذإو ،
Maksudnya :
Tidakkah kamu mahu aku beritahu apakah harta yang paling bernilai bagi seseorang?
Wanita yang solehah. Jika kamu melihatnya, kamu akan rasa senang hati. Jika kamu
menyuruhnya, dia akan mentaatinya (suaminya). Jika kamu pergi, dia akan memelihara
(dirinya)
(1)
.
Sabda saw lagi :
)) ةحـلاصلا ةأرمـلا اهعاتم يخو ، عاتم ايندلا ((
Maksudnya :
Dunia adalah kesenangan, dan sebaik-baik kesenangannya adalah wanita solehah
(2)
.
Sabda Rasulullah saw lagi :
ا يـف لا قتيلف ، ونيد رطش ىلع وناعأ ةحـلاص ةأرما لا وقزر نم (( )) يـناثلا رطشل
Maksudnya :
Sesiapa yang diberikan rezeki oleh Allah dengan seorang wanita solehah, maka Dia
telah menolongnya atas separuh agamanya. Maka takutlah pada separuh yang kedua
(3)
.
Baginda saw juga menyebutkan :
________________________________
(1)
Hadis riwayat Abi Daud, dari Ibnu Abbas r.a. di dalam Az-Zakah (2/1664), Al-Hakim lalu dia mensohihkannya
(2/333), dan disepakati oleh Az-Zahabi.
(2)
Hadis riwayat Muslim dari Abdullah bin Amru (1467).
(3)
Diriwayatkan oleh Al-Hakim dan disohihkan dari Anas (2/161), dan disepakati oleh Az-Zahabi. Juga diakui oleh
Al-Munziri di dalam At-Taghrib wa At-Tarhib. Lihat : Al-Muntaqa (1101), dan dia menasabkannya kepada At-
Tabrani di dalam Al-Ausath, juga oleh Al-Haithami di dalam Al-Majma‟ (4/272). Perawi yang bernama Abdul
Rahman tidak mengetahui adri Anas. Al-Hakim menerangkannya : Dia adalah Ibnu „Aqabah Al-Azraqi, madani,
thiqah dan dipecayai, dan diakui oleh Az-Zahabi. Al-Albani menyebutkan di dalam As-Sohih (no. 625).


www.scribd.com/mohd_naqib88

81

، ةثلث مدآ نبا ةداعس نم (( ةأرمـلا : مدآ نبا ةداعس نم . ةثلث مدآ نبا ةوقش نمو
، ءوسلا ةأرمـلا : مدآ نبا ةوقش نمو . حـلاصلا بكرمـلاو ، حـلاصلا نكسمـلاو ، ةحـلاصلا
)) ءوسلا بكرمـلاو ، ءوسلا نكسمـلاو
Maksudnya :
Diantara kebahagian anak Adam itu ada tiga, dan keperitan anak Adam ada tiga. Antara
kebahagiannya : Wanita solehah, tempat tinggal yang baik dan kenderaan yang baik.
Dan keperitan anak Adam : Wanita yang jahat, tempat tinggal yang buruk dan
kenderaan yang buruk
(1)
.
Sabdanya lagi :
ىلع اندبو ، اركاذ اناسلو ، اركاش ابلق : ةرخلاو ايندلا يخ ىطعأ دقف نهيطعُأ نم عبرأ ((
)) ولام لو اهسفن ف انوخ ويغبت ل ةجوزو ، ارباص ءلبلا
Maksudnya :
Empat perkara yang jika diberi kepadanya, dia telah diberikan (mendapat) kebaikan
dunia dan akhirat : Hati yang bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, badan yang
bersabar terhadap bala, isteri yang tidak mencabuli dengan mengkhianati dirinya sendiri
dan hartanya (suaminya)
(2)
.
Makna khaunan adalah khianat. Dan di dalam riwayat yang lain adalah khauban yang bermaksud
dosa.
Islam mengangkat martabat wanita dengan menjadikan mereka sebagai isteri, dan menjadikan
tugas-tugas mereka dengan menunaikan hak-hak isteri sebagai jihad fisabilillah.
Diriwayatkan oleh At-Tobroni dari Ibnu Abbas r.a., katanya :
Seorang wanita datang kepada Nabi saw dan berkata :

________________________________
(1)
Diriwayatkan oleh Ahmad, Al-Bazzar dan At-Tobroni di dalam Al-Kabir Al-Ausath. Rijal Ahmad lelaki yang
sohih. Semuanya dari Sa‟ad bin Abi Waqash. Juga sperti yang dikatakan oleh Al-Haithami di dalam Al-Majma‟
(4/272). Al-Munziri menyebutkan di dalam At-Targhib, dan dia berkata : Diriwayatkan oleh Ahmad dengan sanad
yang sohih, dan At-Tobroni, Al-Bazzar, Al-Hakim dan dia mensohihkannya.
(2)
Al-Haithami (4/273) berkata : Diriwayatkan oleh At-Tobroni, jilid 11, no 11275, di dalam Al-Kabir Al-Ausath
dari Ibnu Abbas r.a. Perawi Al-Ausath adalah lelaki yang sohih, tetapi dia berkata : Al-Maskan Ad-Doyyaq.
www.scribd.com/mohd_naqib88

82

“Wahai Rasulullah, aku adalah wakil wanita yang diutuskan kepada (untuk
berjumpa dengan) engkau. Terdapat dari kalangan mereka (kumpulan wanita
yang mengutuskan mereka) – sama ada engkau kenal atau tidak - , dia inginkan
jalan keluar (penyelesaian) daripada engkau”.
Lalu dia memberitahu masalahnya. Katanya :
“Allah adalah tuhan lelaki dan wanita, dan ilah mereka, dan engkau adalah
utusan Allah kepada lelaki dan wanita. Allah telah mewajibkan jihad kepada
lelaki, jika mereka cedera, mereka akan diganjari. Jika mereka mati syahid,
mereka akan mendapat rezeki dengan terus hidup di sisi tuhan mereka. Apakah
ada ketaatan yang dapat menyamai amalan-amalan mereka?
Sabda Rasulullah saw :
ب مايقلاو نهجاوزأ ةعاط (( ـ )) ولعفي نم
ّ
نكنم ليلقو ، نهقوقح
Maksudnya :
(Ia adalah) Ketaatan kepada suami-suami mereka dan menunaikan hak-hak
mereka, tetapi sedikit dari kamu yang melakukannya
(1)
.
Islam menetapkan untuk untuk isteri hak-hak yang perlu ditunaikan oleh suami. Ia bukan semata-
mata tulisan di atas kertas, tetapi ia menjadikannya supaya dibuat dan dijaga.
Pertama : Ia sebagai tanda keimanan dan ketakwaan bagi seorang muslim.
Kedua : Ia sebagai satu kesedaran dan kepekaannya kepada masyarakat.
Ketiga : Ia sebagai satu hukum syarak yang wajib ditunaikan.
Hak yang pertama adalah mahar perkahwinan yang diwajibkan oleh islam ke atas lelaki untuk
diberikan wanita, sebagai satu tanda dia ingin dan berkehendak kepadanya. Firman Allah swt :
¦¡.¦´,´¸ ´,!.¸.l¦ ´_¸¸¸..·.. «¦>¸´ ¿¸|· _,¸L ¯¡>l _s ¸,`_: «.¸. !´.±. :¡l>· !:,¸.> !:,¸¸´. ¸_¸
Maksudnya :
Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka
________________________________
(1)
Berkata Al-Haithami di dalam Majma‟ Az-Zawaid (4/305-306) : Diriwayatkan oleh At-Tobroni, padanya ada
Rusydain bin Karib dan dia seorang yang do‟if, jilid 11 (no. 12163). Juga diriwayatkan oleh Al-Bazzar dan
selainnya. Padanya ada Rusydain, juga, jilid 2 (no. 1474).
www.scribd.com/mohd_naqib88

83

sebagai pemberian yang wajib. kemudian jika mereka dengan suka hatinya memberikan
kepada kamu sebahagian dari maskahwinnya. Maka makanlah (gunakanlah) pemberian
(yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya
(1)
.
Yang dimaksudkan dengan nihlah adalah pemberian dan hadiah, bukanlah nilai atau ganjaran
untuk berseronok dengan perempuan sebagaimana yang tersebar dikalangan sebahagian manusia.
Maka dimanakan nilai wanita itu di dalam negara-negara lain. Mereka memberikan kepada lelaki
sebahagian wang mereka !! Sedangkan Allah swt menjadikan fitrah itu adalah wanita itu dituntut
(diberikan mahar) bukan meminta (yang memberi mahar) ?
Hak kedua ialah nafkah. Maka si lelaki dituntut memberikan makan, pakaian, tempat tinggal dan
rawatan kepada isterinya dengan apa yang sesuai berdasarkan suasana, zaman dan keadaan, juga
berdasarkan kemampuannya, tidak terlalu membazir dan juga tidak terlalu kedekut. Rasulullah
saw bersabda ketika menjelaskan hak-hak wanita :
)) فورعمـلاب نهـتوسكو نهقزر مكيلع نهـلو ((
Maksudnya :
Dan ke atas kamu (suami) memberi mereka (isteri kamu) rezeki dan pakaian dengan
jalan yang makruf
(2)
.
Jalan yang makruf itu adalah apa yang biasa dikalangan orang-orang agama dan soleh, tanpa
membazir atau kedekut. Firman Allah swt :
_¸±.`,¸l ¸: ¸«-. _¸. .¸«¸.-. _.´¸ ´¸¸.· ¸«,ls .«·¸¸¸ _¸±.`,l· !´.¸. «..¦´, ´<¦ ¸ ¸¸l>`, ´<¦ !´.±. ¸¸| !.
!¸..¦´,
Maksudnya :
Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa
yang disempitkan rezekinya, maka hendaklah dia memberi nafkah dari apa yang
diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang
melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepada-Nya
(3)
.

________________________________
(1)
Surah An-Nisa‟ : 4.
(2)
Diriwayatkan oleh Abi Daud (1905), Ibnu Majah (3074), Ad-Darimi di dalam Kitab Al-Manasik (m/s 440) dari
Jabir r.a. Juga oleh Ahmad (5/73) dari „Ammu Abi Jaroh Ar-Roqosyi.
(3)
Surah At-Tolaq : 7.

www.scribd.com/mohd_naqib88

84

Hak yang ketiga ialah hidup dengan baik. Firman Allah swt :
´_>¸¸¸.!s´¸ ¸.¸`¸-.l!¸,
Maksudnya :
Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik
(1)
.
Ia adalah hak yang menyeluruh, merangkumi muamalah dengan baik dalam setiap hubungan
sesorang dengan pasangannya, seperti berakhlak mulia, lemah lembut, berkata sopan, muka yang
berseri-seri, mudah bagi dirinya bersenda gurau. Sabda Rasulullah saw :
)) ولىأب مهفطلأو اقلخ مهنسحأ ، ا
ً
نامـيإ ينمؤمـلا لمكأ ((
Maksudnya :
Sesempurna iman seorang mukmin itu adalah yang paling baik akhlaknya dan yang
paling lembut dengan ahli keluarganya
(2)
.
Dan diriwayatkan oleh Ibnu Hibban r.a. dari „Aisyah r.a. bahawasanya Rasulullah saw bersabda :
)) يلىل مكيخ انأو ، ولىل مكيخ مكيخ ((
Maksudnya :
Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik dengan ahli keluarganya, dan aku adalah
yang paling baik dengan ahli keluargaku
(3)
.
Telah sabit di dalam sirah nabawiyyah akan kelembutan baginda saw kepada ahli keluarganya,
dan mulia akhlaknya dengan para isterinya, sehinggakan kadang-kadang dia menolong mereka
melakukan kerja-kerja rumah. Dan yang paling hebat adalah baginda berlumba dengan „Aisyah
dua kali, „Aisyah menang sekali dan nabi menang pada kali yang kedua. Dia berkata kepada
„Aisyah : “Ini (perlumbaan yang pertama) sama dengan yang itu (perlumbaan yang kedua)”
(4)
.
Sebagai balasan dari setiap hak-hak itu, maka isteri perlu taat kepada suami pada perkara yang
bukan maksiat dan memelihara harta bendanya. Dia tidak memberikannya melainkan dengan
keizinannya. Menjaga rumahnya, dia tidak membenarkan sesiapa masuk melainkan dengan
keredhaannya, walaupun dari kalangan ahli keluarganya.
________________________________
(1)
Surah An-Nisa‟ : 19.
(2)
Diriwayatkan oleh At-Tarmizi lalu dia menghasankannya, dari Abi Hurairah r.a. (no. 1162).
(3)
Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban di dalam Al-Ihsan, jilid 9 (no. 4177)

(4)


Diriwayatkan oleh Ibnu Majah (1979) dari „Aisyah r.a. Disebutkan di dalam Az-Zawaid : Isnadnya sohih di atas
syarat Bukhari. Juga oleh An-Nasaie di dalam „Isyratun Nisa‟ (no. 56, m/s 90).
www.scribd.com/mohd_naqib88

85

Semua kewajipan tidaklah banyak juga tidak zalim sebagai ganti bagi hak-hak yang ditunaikan
oleh pihak lelaki. Semua hak-hak itu wajib dilaksanakan. Kerana keadilan islam, ia tidak
menjadikan kewajipan itu hanya kepada wanita semata-mata, juga tidak kepada lelaki semata-
mata. Malah firman Allah swt :
´_>´¸ `_.¸. _¸.]¦ ´_¸¸¯,ls ¸.¸·¸-.!¸,
Maksudnya :
Dan para isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh
mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya
(1)
.
Maka hak-hak bagi wanita itu sama dengan kewajipan-kewajipan ke atasnya.
Dan apa yang lebih cantik adalah apa yang diriwayatkan sesungguhnya Ibnu Abbas r.a. berdiri di
depan cermin, dia mengelokkan keadaan dirinya dan meletakkan perhiasan. Ketika dia ditanya
mengenai perkara itu, dia berkata :
Tidakkah boleh aku berhias seperti mana isteri aku berhias untuk aku.
Kemudian dia berkata ayat Al-Quran :
´_>´¸ `_.¸. _¸.]¦ ´_¸¸¯,ls ¸.¸·¸-.!¸,
Ini adalah dalil yang jelas yang menunjukkan kedalaman fiqh para sahabat r.a. dalam memahami
Al-Quran Al-Karim.

KEMERDEKAAN ISTERI
Islam tidak meruntuhkan keperibadian wanita dengan perkahwinannya. Ia tidak
menempelkannya kepada peribadi suaminya seperti yang dilakukan oleh fahaman-fahaman barat,
yang menjadikan wanita pengikut bagi suaminya. Dia tidak dikenali dengan namanya,
keturunannya atau gelaran keluarganya, tetapi disandarkan kepada suaminya.
Adapun islam, ia membiarkan wanita kekal dengan peribadinya, secara bersendirian dan
dikenali. Oleh itu, kita mengenali para isteri Rasulullah saw dengan nama-nama mereka dan
nasab keturunan mereka. Seperti Khadijah binti Khuwailid, „Aisyah binti Abi Bakr, Hafsoh binti
Umar, Maimunah binti Harith dan Sufiyyah binti Huyai walaupun bapanya seorang yahudi yang
menentang Rasulullah saw.
________________________________
(1)
Surah Al-Baqarah : 228.
www.scribd.com/mohd_naqib88

86

Begitu juga dengan peribadinya yang telah tertulis itu tidak akan berkurangan dengan
perkahwinan, tidak menghilangkan keahliannya dalam urusan akad dan muamalat. Maka dia
boleh berjual beli, menyewakan barangnya dan membuat sewaan, menghadiahkan hartanya dan
bersedekah, mewakilkan kepada orang lain dan membuat dakwaan di mahkamah.
Perkara ini tidak pernah ada pada wanita-wanita barat melainkan pada zaman ini, dan sebahagian
negara masih mengikat wanita dengan suaminya.





































www.scribd.com/mohd_naqib88

87

TALAK
Peperangan dengan golongan Orientalis Kristian pada akhir-akhir ini lebih tertumpu kepada dua
perkara penting. Mereka menggunakannya untuk mengaibkan prinsip islam mengenai wanita.
Dua perkara itu adalah : Talak dan Pologami.
Apa yang lebih dikesali ialah ia telah merebak kepada sebahagian orang-orang islam. Mereka
membincangkan seolah-olah mereka menganggap ia adalah salah satu dari masalah-masalah
kekeluargaan dan masyarakat. Mereka berbincang dengan berita-berita yang memberi fitnah
kepada agama Islam yang mulia dan syariatnya yang kekal.
Hakikatnya, islam tidak mensyariatkan dua perkara ini melainkan untuk merawat masalah-
masalah yang bertimbun-timbun, sama ada di dalam kehidupan lelaki mahupun wanita, juga
kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat. Permasalahan yang sebenar adalah kesalahan di
dalam memahami apa yang disyariatkan oleh Allah swt, atau mungkin pada kesalahan di dalam
mempraktikkannya. Setiap perkara yang salah penggunaannya atau pelaksanaannya, akan
membawa kepada mudarat yang lebih besar.

KENAPA ISLAM MENSYARIATKAN TALAK ?
Bukanlah semua jenis talak itu dipuji di dalam islam. Terdapat talak yang dibenci (makruh) dan
juga diharamkan, jika ia meruntuhkan keluarga yang mana islam sangat menjaga dalam
pembinaan dan pembentukannya. Oleh itu, disebutkan di dalam hadis seperti yang diriwayatkan
oleh Abu Daud r.a. :
))
ُ
قلطلا
ِ
لا لإ للحـلا ضغبأ ((
Maksudnya :
Perkara halal yang paling dibenci oleh Allah adalah talak
(1)
.
Tidak hairanlah jika Al-Quran Al-Karim memberikan kebenaran kepada seseorang itu jika
pasangannya terlibat dengan amalan-amalan sihir dan kafir. Firman Allah swt :
¿¡.l-.´,· !.¸.¸. !. _¡·¸¯¸±`, .¸«¸, _,, ¸,¯¸.l¦ .¸«¸>¸¸´¸
Maksudnya :
________________________________
(1)
Hadis riwayat Abu Daud (2178) dari Ibnu Umar

www.scribd.com/mohd_naqib88

88

Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang
boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya
(1)
.
Sesungguhnya talak yang disyariatkan oleh islam adalah seperti proses pembedahan yang
menyakitkan. Seseorang manusia yang berakal akan menanggung kesakitan dari pembedahan itu,
malah mungkin sehingga terpaksa memotong anggotanya untuk menjaga anggota yang lain
supaya tidak terjadi mudarat yang lebih besar.
Apabila kerenggangan antara suami isteri dibawa ke muka pengadilan, dan semua usaha-usaha
untuk memperbaikinya tidak berjaya termasuk menggunakan orang tengah yang soleh untuk
merapatkan mereka berdua, maka talak pada waktu ini adalah ubat yang pahit, yang tidak ada
ubat selain darinya. Oleh itu, jika tidak ada persepakatan, maka perpisahan adalah jawapannya.
Al-Quran Al-Karim menyebutkan :
¿¸|´¸ !·¯¸±., ¸_-`, ´<¦ ¸é _¸. .¸«¸.-.
Maksudnya :
Dan jika keduanya bercerai, maka Allah akan cukupkan (keperluan) masing-masing dari
limpah kurnia-Nya
(2)
.
Tidaklah islam mensyariatkan talak ini melainkan ia bertepatan dengan akal dan maslahat
manusia. Sesungguhnya sejauh-jauh perkara itu lari dari kewarasan akal dan fitrah yang sejahtera
adalah untuk kita membiarkan dengan undang-undang perhubungan yang kekal antara dua
pasangan. Setiap dari mereka tidak selesa dengan orang yang tidak mempercayainya, malah
melarikan diri darinya. Atau mereka saling memarahi dan tidak mampu untuk meneruskan
kehidupan bersama-sama.
Sesungguhnya kewajipan (tidak membenarkan suami isteri berpisah) di dalam kehidupan yang
dipaksa dengan undang-undang kanun adalah satu hukuman yang keras, tidak layak bagi
manusia melainkan jika melakukan jenayah yang besar. Ia lebih teruk dari hukuman penjara
seumur hidup, malah ia adalah neraka yang tidak mampu dihadapi oleh sesiapa.
Cerdik pandai dahulukala ada berkata :
كقرافي لو كقفاوي ل ن
َ
م ةرشعم ، ايلبلا مظعأ نم نإ
Maksudnya :
________________________________
(1)
Surah Al-Baqarah : 102.
(2)
Surah An-Nisa : 130.

www.scribd.com/mohd_naqib88

89

Sesungguhnya sebesar-besar bala di dalam kehidupan adalah hidup dengan orang tidak
bersepakat dengan engkau, tetapi engkau tidak mahu berpisah dengan engkau.
Abu At-Toyyib Al-Mutanabbi berkata :
Dan diantara kesulitan dunia bagi seseorang yang bebas itu adalah dia melihat
seorang musuh, tetapi dia tidak menemui jalan keluar dari terus bersamanya.
Jika kata-kata ini diucapkan oleh orang yang menghadapi kesukaran untuk satu hari, atau
berhari-hari di dalam seminggu, atau satu jam, atau berjam-jam di dalam sehari, maka bagaimana
pula dengan isteri, yang menjadi suri rumahnya, teman di sampingnya atau kawan seumur
hidupnya ??

PENYEMPITAN KUASA TALAK
Sesungguhnya islam meletakkan beberapa prinsip, pengajaran dan hukum-hakam. Jika manusia
mengikutnya dan mengamalkannya, nescaya akan berkurangan keperluan untuk menggunakan
talak, dan akan sempitlah skop penggunaannya. Antaranya adalah :
1. Baik dalam memilih isteri, dan mementingkan ciri agama dan akhlak sebelum harta,
pangkat dan kecantikan. Sabda Nabi saw :
تاذب رفظاف . اهنيدلو ، اهبسحـلو ، اهـلامجـلو ، اهـلامـل : عبرل ةأرمـلا حكن
ُ
ت ((
)) كادي تبرت ، نيدلا
Maksudnya :
Wanita itu dinikahi kerana empat perkara : Kerana hartanya, kerana
keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah yang
beragama, nescaya akan tenanglah tangan engkau (tenang hidup engkau)
(1)
.

2. Melihat kepada tunang sebelum akad perkahwinan supaya dia merasa tenang dengan nilai
kecantikan tunangnya pada pandangannya dan melekat di hatinya. Ini kerana melihat
sebelum akad ini akan membawa kepada rasa lembut dan sayang. Oleh itu, Rasulullah
saw bersabda kepada sesiapa yang telah meminang seseorang wanita :
. اهيلإ رظناف بىذا (( )) امكنيب مدؤي نأ ىرحأ ونإف

________________________________
(1)
Muttafaqun „Alaih dari Abi Hurairah r.a. Al-Lu‟lu‟ wa Al-Marjan (928).
www.scribd.com/mohd_naqib88

90

Maksudnya :
Pergilah, dan lihatlah dia. Sesungguhnya ia mendekatkan kamu
(1)
.
Iaitu, ia dapat mendekatkan kamu dan lebih sayang menyayangi.

Ini adalah suruhan dari Nabi saw, lihatlah dia (tunagan kamu itu). Jika suruhan ini tidak
membawa kepada makna wajib, maka ia membawa kepada harus. Suruhan ini diulang-
ulang di dalam beberapa hadis dengan maksud yang sama. Jabir r.a. berkata mengenai
wanita yang telah dia nikahi :
Sesungguhnya aku bersembunyi di bawah pokok, supaya aku dapat melihatnya
dan apa-apa yang menjadikan aku suka untuk menikahinya.

Apa yang menyedihkan bagi sebahagian muslimin, khususnya di kawasan Negara Teluk,
melihat tunang adalah perkara yang mengaibkan !! Mereka tidak dibenarkan melihatnya
melainkan pada malam pertama perkahwinan, sedangkan wanita itu mungkin seorang
pelajar di sekolah atau universiti, dia pergi ke pasar atau keluar dari rumah dan semua
orang melihatnya melainkan tunangnya.

Berbeza pula dengan golongan yang membenarkan si lelaki untuk bersendirian dengan
tunangnya, keluar bersamanya tanpa ada mahram, keluar pada waktu malam ke pawagam
dan tempat-tempat lain. Maka ini bercanggah dengan islam antara melampaui batas dan
cuai.

3. Wanita dan walinya mengambil berat akan pemilihan suami yang baik dan
mendahulukan orang yang diredhai agama dan akhlaknya. Kita telah sebutkan di dalam
hadis sebelum ini :
(( وزف ، وق
ُ
ل
ُ
خو ونيد نوضرت ن
َ
م مكاتأ اذإ هوج ))
Maksudnya :
Jika datang kepada kamu orang yang engkau redhai agam dan akhlaknya, maka
nikahikanlah dia
(2)
.

Salafussoleh ada berkata :
. اهملظي ل اهىركأ نإو ، اهمركأ اهبحأ نإ . نيد اذ اهجوزف ، كتنبا
َ
تجوز اذإ
________________________________
(1)
Diriwayatkan oleh Ahmad, Ad-Daruquthni, AL-Hakim dan Al-BAihaqi dari Anas r.a. Juga oleh Ahmad, Ibnu
Majah, Ad-Daruquthni, At-Tobroni dan Al-Baihaqi dari Al-Mughirah. Rujuk : Sohih Al-Jami‟ Ash-Shoghir wa
Ziyadatuhu (859).
(2)
Surah An-Nisa : 130.
www.scribd.com/mohd_naqib88

91

Maksudnya :
Jika engkau ingin menikahkan anak perempuan engkau, maka nikahkan dengan
orang yang beragama. Jika dia menyukainya (anak perempuan kamu), dia akan
memuliakannya. Jika dia membencinya (anak perempuan kamu), dia tidak akan
menzaliminya.

4. Meletakkan syarat keredhaan (persetujuan) dari pihak perempuan bagi lelaki yang
dicadangkan kepadanya, dan tidak dibenarkan memaksanya berkahwin dengan orang
yang dia tidak suka. Nabi saw telah menolak perkahwinan dalam keadaan pihak
perempuan tidak suka.

5. Meletakkan keredhaan dan persetujuan dari pihak wali wanita itu sebagai satu perkara
yang wajib atau sekurang-kurangnya harus, supaya wanita itu tidak berkahwin dalam
keadaan ahli keluarganya tidak menyukai perkahwinan itu, marah kepada wanita itu dan
memutuskan hubungan antara mereka. Ia akan memberi kesan kepada kehidupan
berkeluarga dengan kesan-kesan yang buruk.

6. Galakan kepada pihak ibu untuk berbincang mengenai perkahwinan anak perempuan
mereka supaya ia terbina di atas asas keredhaan dari semua pihak. Diriwayatkan dari
Nabi saw sabdanya :

Suruhlah para ibu (berbincang) dengan anak-anak perempuan mereka.

Telah disebutkan sebelum ini mengenai kata-kata Imam Al-Khitobi dalam menjelaskan
hadis ini.

7. Mewajibkan supaya bergaul dengan baik, menjelaskan hak-hak dan kewajipan-kewajipan
antara suami isteri, membangkitkan perasaan aman dengan iltizam pada hukum-hukum
Allah dan bertaqwa kepada Allah dalam menjaga isterinya. Setiap suami mempunyai hak
yang perlu ditunaikan oleh isterinya, dan begitu juga sebaliknya. Apa yang penting,
seseorang muslim itu perlu menunaikan kewajipannya sebelum dia disuruh
melakukannya. Firman Allah swt :
´_>´¸ `_.¸. _¸.]¦ ´_¸¸¯,ls ¸.¸·¸-.!¸,
Maksudnya :
Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang
ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan
tidak dilarang oleh syarak)
(1)
.
________________________________
(1)
Surah Al-Baqarah : 228.
www.scribd.com/mohd_naqib88

92

8. Menggalakkan para suami supaya lebih bersifat realiti, iaitu dia tidak mengharap
kesempurnaan bagi isterinya tetapi melihat apa-apa kelebihan yang ada pada isterinya,
dan mengenepikan keaiban yang ada padanya. Jika tidak berpuas hati, terimalah ia
dengan kebaikan yang dia ada. Disebutkan di dalam hadis :
(( هيغ اهنم يضر اق
ُ
ل
ُ
خ اهنم هرك نإ ، ةنمؤم نمؤم
ّ
نكرفي ل ))
Maksudnya :
Seseorang lelaki mukmin (suami) itu tidak marah kepada perempuan mukmin
(isterinya). Jika dia membenci satu perangainya, hendaklah dia redha dengan
(perangainya) yang lain
(1)
.

9. Menyeru kepada pihak suami supaya menggunakan akal dan memikirkan maslahat jika
timbul rasa kebencian terhadap isterinya. Maka dia tidak terus mengikut perasaannya
sambil berharap supaya Allah swt akan mengubahnya keadaan itu kepada sesuatu yang
baik. Firman Allah swt :
´_>¸¸¸.!s´¸ ¸.¸`¸-.l!¸, ¿¸|· ´_>¡..>¸¸´ ´_.-· ¿¦ ¦¡>¸>. !:,: _->´´¸ ´<¦ ¸«,¸· ¦¸¯,>
¦¸,¸.é ¸¸_¸
Maksudnya :
Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang
baik. Kemudian jika kamu (merasa) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-
lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu
bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu
kebaikan yang banyak (untuk kamu)
(2)
.

10. Menyuruh pihak suami supaya membaiki isterinya yang nusyuz dan melakukan maksiat
dengan cara yang berhikmah dan berperingkat-peringkat, dengan lembut tetapi tidak
terlalu lembik, dengan keras tetapi tidak ganas. Firman Allah swt :
_¸..l¦´¸ ¿¡·!>´ _>¸¡:· _>¡´L¸-· ´_>¸`¸>>¦´¸ _¸· ¸_¸>!..l¦ ´_>¡,¸¸.¦´¸ ¿¸|·
¯¡÷´.-L¦ ¸· ¦¡-¯,. ´_¸¸¯,ls ¸,¸,. ¿¸| ´<¦ _l´ !¯,¸ls ¦¸,¸,é ¸__¸
Maksudnya :
________________________________
(1)
Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim dari Abi Hurairah r.a. Sohih Al-Jami‟ Ash-Shoghir wa Ziyadatuhu (7741)
(2)
Surah An-Nisa : 19.
www.scribd.com/mohd_naqib88

93

Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka
(nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil)
pulaukanlah mereka di tempat tidur. Dan (kalau juga mereka masih degil)
pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya).
Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari
jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha tinggi, lagi Maha
besar
(1)
.

11. Menyuruh masyarakat supaya membantu jika berlakunya pergaduhan antara suami isteri.
Iaitu dengan membentuk majlis pertemuan keluarga, terdiri dari kalangan orang yang
dipercayai dari keluarga pihak suami dan pihak isteri, dan berusaha memperbaiki,
mencari titik pertemuan dan menyelesaikan dengan cara yang baik. Firman Allah swt :
¿¸|´¸ `¸.±¸> _!1¸: !´,¸¸¸.¸, ¦¡.-¯,!· !.>> _¸. .¸«¸¦>¦ !.>>´¸ _¸. !¸¸l>¦ ¿¸| ¦.,¸¸`, !´>.l.¸|
¸_¸·´¡`, ´<¦ !.·¸.,, ¿¸| ´<¦ ¿l´ !.,¸ls ¦¸,¸,> ¸__¸
Maksudnya :
Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri)
maka lantiklah "orang tengah" (untuk mendamaikan mereka, iaitu), seorang dari
keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua "orang
tengah" itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan
menjadikan kedua (suami isteri itu) berpakat baik. Sesungguhnya Allah sentiasa
Mengetahui, lagi amat mendalam pengetahuan-Nya
(2)
.
Inilah ajaran dari agama islam, dan jika kamu muslimin mengikutinya dan menjaganya dengan
sebaik mungkin, nescaya penggunaan talak itu akan berkurangan.

BILA DAN BAGAIMANA JATUHNYA TALAK ?
Islam tidak mensyariatkan talak pada setiap waktu dan tidak pada setiap keadaan, tetapi talak
yang sebenarnya seperti yang disyariatkan oleh Al-Quran dan As-Sunnah adalah seorang lelaki
itu perlu cermat dan memilih waktu yang sesuai. Dia tidak boleh mentalakkan isterinya ketika
haid, atau ketika isterinya suci dari haid tetapi dia telah berjimak dengannya. Jika dia mentalak
isterinya pada waktu ini, talak itu adalah talak bid‟ah yang haram. Sebahagian ulama
mengatakan talaknya tidak jatuh kerana ia dilakukan bukan di atas petunjuk dari Rasulullah saw.
Disebutkan di dalam hadis yang sohih :
________________________________
(1)
Surah An-Nisa : 34.
(2)
Surah An-Nisa : 35.
www.scribd.com/mohd_naqib88

94

(( در وهف ، انرمأ ويلع سيل
ً
لمع لمع ن
َ
م ))
Maksudnya :
Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan tanpa ada petujuk dari kami, maka ia ditolak
(1)
.
Iaitu, ia ditolak ke atas pelakunya.
Hendaklah lelaki yang menjatuhkan talak itu berada dalam keadaan sedar dan tenang dan tidak
dipaksa. Jika dia tidak sedar, dipaksa, marah sehingga menghilangkan pertimbangan dan
kewarasan dan dia melakukan apa yang dia tidak ingini, maka talak tidak jatuh mengikut
pendapat yang lebih tepat. Disebutkan di dalam hadis :
(( قلغإ ف قلط ل ))
Maksudnya :
Tidak ada talak jika dia ditutup
(2)
.
Abu Daud menjelaskan “ditutup” itu dengan marah, yang lain pula mengatakan ia adalah
paksaan. Kedua-duanya betul.
Dan hendaklah orang yang berniat untuk menjatuhkan talak itu atau ingin berpisah dengan
isterinya melakukannya dengan perbuatan. Jika dia menjadikan talak sebagai satu sumpah,
ancaman atau ugutan, maka ia tidak jatuh mengikut pendapat yang lebih tepat sebagaimana yang
dikatakan oleh sebahagian ulama salah, dirojihkan oleh Al-Allamah Ibnu Al-Qoyyim dan
gurunya Ibnu Taimiyyah.
Jika semua keadaan ini menyebabkan tidak jatuhnya talak, maka yang tinggal hanya talak yang
menepati tujuan talak itu. Iaitu ketika suami berfikir, mengkaji sebelum menggunakannya, dan
menganggapnya sebagai ubat yang terakhir untuk mengubati kehidupan yang dia tidak mempu
bersabar di atasnya. Inilah apa yang dikatakan oleh Ibnu Abbas r.a. :
(( ر
َ
ط
َ
و نع قلطلا امـنإ ))
Maksudnya :
Sesungguhnya talak itu adalah sebagai jalan terakhir
(3)
.
________________________________
(1)
Hadis riwayat Muslim (no. 1718) dari „Aisyah r.a.
(2)
Diriwayatkan oleh Abu Daud (no. 2193), Ibnu Majah (no. 2046) dari „Aisyah.
(3)
Diriwayatkan oleh Bukhari di dalam tarjimah bab (11), kitab : At-Talaq (6/168) dari Ibnu Abbas r.a.
www.scribd.com/mohd_naqib88

95

SETELAH TALAK
Jatuhnya talak tidak memotong terus hubungan suami dan isteri, tidak ada jalan kepada
pembaikan, sekali-kali tidak. Talak seperti yang disebutkan di dalam Al-Quran memberi kepada
kedua-dua belah pihak untuk merujuk dan memperbaiki keadaan. Talak dijatuhkan satu persatu.
Jika dia telah menggunakannya dua kali, maka yang ketiga itu ada pemutus antara mereka.
Wanita itu tidak halal baginya melainkan dia berkahwin dengan lelaki lain.
Justeru, menjatuhkan talak tiga sekaligus dengan satu lafaz adalah berlawanan dengan Al-Quran.
Inilah yang dijelaskan dan dijadikan hujah oleh Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah dan anak
muridnya, Ibnu Al-Qayyim. Juga digunapakai oleh kebanyakan mahkamah syariah
dikebanyakan Negara Arab.
Apapun keadaannya, talak tidak menghalang wanita dari menerima nafkah sepanjang tempoh
„iddah, dan tidak dibenarkan bagi pihak suami menghalaunya dari rumah mereka, malah
mewajibkan wanita itu tinggal di rumahnya berhampiran dengan suaminya supaya timbul semula
rasa kerinduan, hati menjadi jernih dan memperbaharui dorongan. Firman Allah swt :
¸ _¸¸.. _-l ´<¦ ,¸.>´ .-, ,¸l: ¦¸.¦ ¸¸¸
Maksudnya :
(Patuhilah hukum-hukum itu, kerana) Engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan
mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara (yang lain)
(1)
.
Jatuhnya talak tidak menjadikan si lelaki dibenarkan untuk memakan mahar isterinya atau
menuntut semula apa yang dia telah berikan kepadanya. Firman Allah swt :
¸´¸ ´_¸>´ ¯¡÷l ¿¦ ¦¸.>!. !´.¸. ´_>¡..¸.¦´, !:,:
Maksudnya :
Dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu
berikan kepada mereka (isteri-isteri yang diceraikan itu)
(2)
.
Pihak isteri juga mempunyai hak mut‟ah mengikut adat tempatan. Firman Allah swt :
¸¸.1lL.l¸l´¸ ´_... ¸.¸'¸-.l!¸, !1> _ls _,¸1`..l¦ ¸__¸¸
________________________________
(1)
Surah At-Talaq : 1.
(2)
Surah Al-Baqarah : 229.
www.scribd.com/mohd_naqib88

96

Maksudnya :
Dan isteri-isteri yang diceraikan berhak mendapat mut'ah (pemberian saguhati) dengan
cara yang patut, sebagai satu tanggungan yang wajib atas orang-orang yang taqwa
(1)
.
Suruhan ini umum untuk wanita yang dijatuhi talak, ia wajib ke atas penjatuh talak
sebagai pampasan kepada si isteri.
Begitu juga tidak dibenarkan kepada si suami untuk mengaibkan isterinya, atau menghebahkan
keburukannya, atau mencela dirinya atau ahli keluarganya selepas berpisah. Firman Allah swt :
ì!..¸|· ¸.¸·¸-.¸· ¸¦ ´_,¸¸.. ¸_..>¸|¸,
Maksudnya ;
Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang
sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik
(2)
.
¸´¸ ¦'¡... _.±l¦ ¯¡>´.¸,
Maksudnya :
Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri
(3)
.
Inilah bentuk talak yang telah disyariatkan oleh Islam.
Ia adalah sejenis ubat yang ditetapkan, digunakan pada waktu yang ditetapkan, dengan kadar
yang tertentu, dengan cara-cara yang tertentu, untuk tujuan-tujuan yang tertentu.
Sesungguhnya agama Kristian mengharamkan talak secara total mengikut aliran mazhab Katolik,
tetapi mengikut aliran mazhab Ortodoks ia dikecualikan melainkan dengan sebab zina. Hujah
mereka adalah apa-apa yang telah disatukan oleh Allah, manusia tidak boleh memisahkannya !!
Adapun bagi orang islam, Allah yang telah menyatukan dan Dia juga yang akan memisahkan
dengan hukum-hukum syarak. Dia mensyariatkan sesuatu hukum untuk kemaslahatan hamba-
Nya, dan Dia lebih mengetahuinya.

________________________________
(1)
Surah Al-Baqarah : 241.
(2)
Surah Al-Baqarah : 229.
(3)
Surah Al-Baqarah : 237.


www.scribd.com/mohd_naqib88

97

Kesannya, sebahagian besar orang Kristian melepaskan diri dari pengharaman ini. Apa yang
lebih teruk, majoriti negara-negara Kristian telak membuat undang-undang sendiri yang
membenarkan penceraian tanpa ada sangkut paut dengan agama yang sejahtera dan adab-
adabnya. Maka tidak hairanlah jika mereka menggunakan penceraian itu dengan sebab-sebab
yang remeh, sehingga kehidupan berkeluarga mereka dibina dengan tujuan yang longgar dan
rosak.

KENAPA KUASA TALAK DIBERIKAN KEPADA LELAKI ?
Mereka bertanya : Kenapa kuasa talak hanya diberikan kepada lelaki sahaja?
Kita menjawabnya : Sesungguhnya lelaki adalah ketua keluarga, orang yang bertanggungjawab,
dia yang membayar mahar dan apa yang wajib selepas mahar sehingga pembinaan keluarga itu
ditanggung ke atas pundaknya. Disebabkan semua itu, maka adalah menjadi penghargaan
baginya untuk meruntuhkan binaan kekeluargaan yang dibinanya kecuali dengan keadaan darurat
yang mendesak. Ia menjadikannya terpaksa mengorbankan nafkah-nafkah yang telah diberikan
dan kerugian yang lain disebabkan talak itu.
Seterusnya, lelaki itu lebih tajam melihat kesan-kesan, lebih suka berlengah-lengah, kurang
terkesan dengan gangguan berbanding wanita. Maka adalah lebih sesuai simpulan itu berada di
tangannya. Adapun wanita, mereka mudah terkesan, rapuh emosinya dan panas perasaannya.
Jika talak diletakkan pada tangannya, maka dia akan cepat menggunakannya walau dengan
sebab-sebab yang remeh atau dengan perselisihan yang kecil.
Bukanlah menjadi suatu yang baik jika semua urusan talak itu dibawa ke mahkamah. Bukanlah
semua sebab-sebab talak itu boleh dihebahkan di dalam mahkamah, disebut-sebut oleh pihak
pendakwa dan ditulis oleh penulis-penulis teks perbicaraan sehingga ia menjadi buah mulut.
Golongan barat pula menjadikan penceraian melalui jalan kehakiman. Tidaklah ia menyebabkan
berkurangnya talak di tempat mereka, dan mahkamah tidak menghalang jika ia dibawa oleh
pihak lelaki atau wanita.

BAGAIMANA WANITA BOLEH MEMBEBASKAN DIRI DARI SUAMI YANG DIA
BENCI ?
Timbul persoalan yang berlegar dikalangan manusia : Jika talak itu berada pada kuasa lelaki –
seperti yang telah kita ketahui dengan sebab-sebabnya – apa pula kuasa yang ada pada tangan
wanita?
Apakah cara yang dapat dia gunakan untuk melepaskan diri dari cengkaman suami yang dia
benci, kerana kehidupan bersamanya dengan tabiatnya yang buruk, atau rosak akhlaknya, atau
www.scribd.com/mohd_naqib88

98

dia terlalu cuai dalam menunaikan hak kepada isterinya, atau kerana kekurangan pada badan atau
harta yang menghalangnya dari menunaikan haknya atau sebab-sebab yang lain?
Jawapannya : Sesungguhnya Allah swt telah menjadikan kepada wanita beberapa jalan keluar.
Dia menggunakan salah satu darinya untuk melepaskan diri dari krisis itu :
1. Mensyaratkan talak itu berada ditangannya ketika akad nikah. Ia dibenarkan mengikut
pendapat Abi Hanifah dan Ahmad. Disebutkan di dalam hadis sohih :
(( جورفلا وب متللحتسا ام وب اوفوت نأ طورشلا قحأ ))
Maksudnya :
Syarat yang paling berhak untuk ditunaikan adalah apa-apa yang menghalalkan
faraj wanita (akad perkahwinan)
(1)
.

2. Khulu‟ (tebus talak). Bagi wanita yang membenci suaminya, dia boleh menebus dirinya
dengan memberikan apa yang telah dia terima dari suaminya seperti mahar dan
sebagainya. Adalah tidak adil jika dia yang ingin kepada perpisahan dan meruntuhkan
kehidupan berumah tangga, tetapi hanya pihak lelaki yang menanggung kerugian
berseorangan. Firman Allah swt :
¿¸|· ,.±¸> ¸¦ !´,,¸1`, :¸.`> ¸<¦ ¸· _!.`> !.¸¸¯,ls !´,,¸· ,..·¦ .¸«¸,
Maksudnya :
Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan
aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa - mengenai bayaran
(tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai
pengambilan suami akan bayaran itu)
(2)
.

Dan di dalam sunnah, sesungguhnya isteri Thabit bin Qois mengadu kepada Rasulullah
saw akan kemarahannya kepada suaminya. Lalu Baginda bertanya : “Adakah engkau
ingin memulangkan semula mahar yang telah dia berikan kepada engkau?”. Jawabnya :
“Ya”. Lalu Ralullah saw menyuruh Thabit supaya menerima mahar itu dan meminta
yang lebih dari itu
(3)
.

3. Pemisahan dari dua orang pendamai ketika suami isteri berbalah. Firman Allah swt :

________________________________
(1)
Muttafaqun „Alaih dari „Uqbah bin „Amir. Al-Lu‟Lu‟ wan Al-Marjan (2/894).
(2)
Surah Al-Baqarah : 229.
(3)
Bukhari (6/170), kitab : Ath-Tholaq, bab (12) dari Ibnu Abbas r.a.


www.scribd.com/mohd_naqib88

99

¿¸|´¸ `¸.±¸> _!1¸: !´,¸¸¸.¸, ¦¡.-¯,!· !.>> _¸. .¸«¸¦>¦ !.>>´¸ _¸. !¸¸l>¦ ¿¸| ¦.,¸¸`, !´>.l.¸|
¸_¸·´¡`, ´<¦ !.·¸.,,
Maksudnya :
Dan jika kamu bimbangkan perpecahan di antara mereka berdua (suami isteri)
maka lantiklah "orang tengah" (untuk mendamaikan mereka, iaitu), seorang dari
keluarga lelaki dan seorang dari keluarga perempuan. Jika kedua-dua "orang
tengah" itu (dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan, nescaya Allah akan
menjadikan kedua (suami isteri itu) berpakat baik.
(1)
.
Al-Quran menamakan majlis orang tengah ini dengan nama )نيمكحلا( , menunjukkan
bahawa mereka berdua mempunyai kuasa kehakiman dan memisahkan. Sebahagian
sahabat berkata mengenai )نيمكحلا( ini : Jika mereka berdua ingin menyatukan mereka,
maka mereka boleh satukan. Jika mereka berdua ingin memisahkan suami isteri itu,
maka mereka boleh memisahkannya.

4. Perpisahan dengan sebab kekurangan pada hubungan seksual. Jika pihak lelaki ada
keaiban yang menyebabkan hubungan kelaminnya lemah, maka pihak wanita boleh
membawa perkara ini ke muka pengadilan dan dipisahkan sebagai mengelak
kemudaratan, kerana tidak ada mudarat di dalam islam dan ia juga tidak memudaratkan.

5. Perpisahan dengan sebab si lelaki memudaratkan isterinya. Jika si suami memudaratkan
isterinya dan menyusahkannya seperti menzaliminya atau tidak memberikan nafkah,
maka pihak wanita boleh meminta kepada qadhi untuk memisahkan mereka, dan
memaksa si lelaki menjatuhkan talak ke atas wanita itu secara paksaan untuk
menghilangkan mudarat dan kezaliman. Firman Allah swt :

¸´¸ ´_>¡>¸..· ¦´¸¦´¸¸. ¦¸..-.¸l
Maksudnya :
Dan janganlah kamu pegang mereka (rujuk semula dengan maksud memberi
mudarat, kerana kamu hendak melakukan kezaliman (terhadap mereka)
(2)
.

________________________________
(1)
Surah An-Nisa‟ : 35.
(2)
Surah Al-Baqarah : 231.
www.scribd.com/mohd_naqib88

100

Firman-Nya lagi :
ì!..¸|· ¸.¸·¸-.¸· ¸¦ ´_,¸¸.. ¸_..>¸|¸,
Maksudnya ;
Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara
yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik
(1)
.
Dan diantara mudaratnya adalah memukul bukan dengan sebab yang dibenarkan.

Malah terdapat sebahagian ulama membenarkan perpisahan antara suami isteri jika si lelaki itu
seorang yang susah, dan tidak mampu memberikan nafkah. Si isteri boleh meminta perpisahan
itu, kerana syarak tidak mewajibkan ke atas isteri untuk bersabar di atas kelaparan yang
ditanggung bersama dengan suami yang fakir. Tetapi jika dia sanggup menanggungnya, ia
termasuk dalam akhlak yang mulia.
Inilah jalan keluar yang diberikan oleh islam kepada wanita untuk bebas dari cengkaman
sebahagian suami , dan tekanan dari mereka bukan dengan sebab yang betul
(2)
.
Sesungguhnya undang-undang ciptaan manusia meletakkan wanita jauh dari hak-hak mereka.
Adapun undang-undang ciptaan Pencipta lelaki dan wanita juga tuhan bagi mereka berdua, ia
tidak menyimpang dan pilih kasih. Ia begitu adil seadil-adilnya. Firman Allah swt :
_.´¸ _.>¦ ´_¸. ¸<¦ !.>`> ¸,¯¡1¸l ¿¡`.¸·¡`, ¸_¸¸
Maksudnya :
Padahal (kepada orang-orang yang penuh keyakinan) tidak ada sesiapa yang boleh
membuat hukum yang lebih pada daripada Allah
(2)
.



________________________________
(1)
Surah Al-Baqarah : 229.
(2)
Lihat Haq Az-Zaujah AlKarihah (Hak Isteri yang Membenci Suaminya), di dalam buku kami Fatawa Mu‟asiroh
(2/361-366).
(3)
Surah Al-Maidah : 50.

www.scribd.com/mohd_naqib88

101

SALAHGUNA KUASA TALAK
Akhir sekali, sebahagian besar lelaki muslim salah dalam menggunakan talak. Mereka
meletakkan bukan pada tempat yang sepatutnya, mencabut „pedang‟ talak dan meletakkan di
tengkuk isterinya, menjadikannya satu sumpah untuk menunjukkan betapa besarnya dan
mudahnya perkara itu.
Malah sebahagian fuqaha memudahkan jatuhnya talak walaupun talak orang yang mabuk dan
marah, malah orang yang dipaksa sedangkan terdapat hadis yang mengatakan :
(( قلغإ ف قلط ل ))
Maksudnya :
Tidak ada talak jika dia ditutup
(1)
.
Ibnu Abbas pula berkata : “Sesungguhnya talak itu adalah sebagai jalan terakhir”. Sehinggakan
mereka mengatakan talak tiga dengan satu lafaz ketika sedang dikuasai kemarahan, sedangkan
dia hanya berniat untuk mengancam orang luar yang mengganggu rumahtangganya, sedangkan
dia dan isterinya hidup dalam bahagia dan muafakat.
Tetapi apa yang ditunjukkan oleh nas-nas dan maqasid syariah dalam pembinaan keluarga dan
pemeliharaannya iaitu penyempitan jatuhnya talak. Oleh itu, ia tidak jatuh melainkan dengan
lafaz yang tertentu, pada waktu yang tertentu, dengan niat yang tertentu. Inilah apa yang diseru
oleh Allah swt, dan Imam Bukhari dan sebahagian salaf berpendapat dengan pendapat ini, dan
disokong oleh Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Al-Qayyim dan orang bersependapat dengan mereka
berdua. Inilah yang bertepatan dengan ruh islam.
Adapun silap faham atau kesalahan melaksanakan hukum islam, inilah tanggungjawab kaum
muslimin, bukan tanggungjawab islam.









________________________________
(1)
Diriwayatkan oleh Abu Daud (no. 2193), Ibnu Majah (no. 2046) dari „Aisyah.
www.scribd.com/mohd_naqib88

102

POLIGAMI
Para orientalis barat menganggap isu poligami seolah-olah ia adalah salah satu dari syiar-syiar
islam, atau ia salah satu dari kewajipan-kewajipannya, atau sekurang-kurangnya ia satu perkara
yang digalakkan di dalam islam. Sesungguhnya ini adalah sesat dan menyesatkan. Asal bagi
perkahwinan seseorang muslim adalah hendaklah seorang lelaki itu berkahwin dengan seorang
wanita yang dapat menenangkan jiwanya, melembutkan hatinya, suri rumah tangganya dan
penyimpan rahsianya. Setelah itu, mengalirlah rasa ketenangan, kasih dan sayang yang
merupakan asas kehidupan berkeluarga mengikut acuan Al-Quran.
Oleh itu, ulamak mengatakan : Makruh bagi seseorang itu yang sudah mempunyai seorang isteri
yang dapat memelihara maruahnya dan mencukupi baginya, untuk berkahwin lagi satu kerana ia
dapat membuatnya melakukan perkara yang haram. Firman Allah swt :
_l´¸ ¦¡`-,¸L.`.· ¿¦ ¦¡l¸.-. _,, ¸,!.¸.l¦ ¯¡l´¸ ¯¡..¸> ¸· ¦¡l,¸.. _é ¸_,.l¦
Maksudnya :
Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu
bersungguh-sungguh (hendak melakukannya). Oleh itu janganlah kamu cenderung
dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi)
(1)
.
Sabda Rasulullah saw :
(( لئام وقشو ةمايقلا
َ
موي ءاج ، امـىادحإ لإ لامف ، ناتأرما ول تناك نم ))
Maksudnya :
Sesiapa yang sudah mempunyai dua orang isteri, dan dia cenderung kepada salah satu
darinya, dia akan datang pada Hari Kiamat dalam keadaan senget
(2)
.
Adapun sesiapa yang tidak mampu untuk memberi nafkah kepada isteri kedua, atau dia takut
dirinya tidak mampu adil
(3)
antara dua isterinya, maka haram baginya untuk berkahwin lagi satu.
________________________________
(1)
Surah An-Nisa‟ : 129.
(2)
Hadis riwayat Abu Daud – lafaz darinya – (3133), dan At-Tarmizi (1141), An-Nasaie (7/63), Ibnu Majah (1969),
Ad-Darimi (m/s 539), Ahmad (2/347 & 471), semuanya dari Abi Hurairah r.a.
(3)
Antara adil yang wajib adalah hendaklah dia menyamakan nafkah, pakaian, dan tempat tinggal. Haram baginya
untuk bermalah di rumah salah seorang darinyayang bukan gilirannya, kecuali dengan darurat seperti sakit yang
teruk dan ditakuti bertambah. Begitu juga diharamkan pergi ke rumah yang bukan gilirannya pada siang hari
melainkan dengan hajat seperti menziarahinya kerana sakit yang tidak ditakuti bertambah teruk, atau bertanya
tentang keperluan. Jika dia tidak duduk lama, maka dia tidak perlu mengqadha‟kannya (ganti). Jika dia duduk lama
atau berjimak dengannya, maka dia perlu mengqadha‟kannya. Contohnya dia pergi pada waktu malam giliran orang
yang dia langgar itu, dan duduk dengannya dalam kadar tempoh yang sama. Inilah apa yang telah diputuskan oleh
para fuqaha‟ dalam menjelaskan makna adil yang diwajibkan itu.
www.scribd.com/mohd_naqib88

103


Firman Allah swt :
¿¸|· `¸.±¸> ¸¦ ¦¡l¸.-. :.¸>´¡·
Maksudnya :
Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (diantara isteri-isteri kamu), maka
(berkahwinlah dengan) seorang sahaja
(1)
.
Adapun yang lebih afdhal di dalam perkahwinan adalah cukuplah dia berpada dengan seorang
isteri, supaya dia dapat mengelak dari tergelincir atau takut ditimpa kesusahan di dunia dan
hukuman di akhirat. Namun begitu, terdapat beberapa keadaan, bergantung kepada individu atau
masyarakat – yang akan disebutkan nanti – yang menyebabkan islam membenarkan bagi
seseorang muslim itu untuk berkahwin lebih dari satu. Ini kerana agama islam itu bertepatan
dengan fitrah yang sejahtera, dan merawat realiti yang berlaku tanpa melarikan diri atau
menjauhi, dan tidak tenggelam di dalam khayalan.

POLIGAMI PADA UMAT TERDAHULU DAN ISLAM
Manusia memperkatakan mengenai poligami ini seolah-olah islamlah yang mula-mula
mengamalkannya. Mereka ini jahil atau memang tidak mengetahui sejarah. Telah banyak agama-
agama dan kepercayaan-kepercayan yang terdahulu – sebelum islam – yang membenarkan
perkahwinan dengan beberapa orang wanita sehingga mungkin mencapai berpuluh-puluh,
beratus-ratus atau lebih dari itu, tanpa disyaratkan dengan apa-apa syarat, atau terikat dengan
apa-apa peraturan. Disebutkan di dalam Perjanjian Lama bahawa Nabi Daud mempunyai tiga
ratus orang isteri, dan Nabi Sulaiman mempunyai tujuh ratus orang termasuk isteri dan hamba
wanita.
Tetapi setelah islam datang, ia telah meletakkan poligami ini dengan beberapa peraturan dan
syarat.
Adapun peraturan, ia meletakkan bilangan yang paling banyak adalah empat orang. Ghailan bin
Salamah telah memeluk islam dan dia mempunyai sepuluh orang isteri. Lalu Baginda saw
bersabda kepadanya :
(( نىرئاس قرافو ا
ً
عبرأ نهنم تخا ))

________________________________
(1)
Surah An-Nisa‟ : 3.
www.scribd.com/mohd_naqib88

104

Maksudnya :
Pilihlah dari kalangan mereka empat orang dan pisahkan yang lain
(1)
.
Begitu juga dengan sesiapa yang baru memeluk islam dan mempunyai lapan orang atau lima
orang, Rasulullah saw tidak akan membenarkannya melainkan empat orang sahaja.
Adapun perkahwinan Rasulullah saw sebanyak sembilan orang, maka ia adalah perkara yang
Allah swt khususkan untuknya sahaja , kerana keperluan dakwah ketika hidupnya, atau
keperluan umat kepada mereka selepas kewafatannya. Baginda pernah hidup hanya dengan
seorang isteri sahaja, iaitu Khadijah r.a.
Perkahwinan baginda dengan mereka juga adalah satu cara Allah swt memuliakan mereka.
Mereka dipilih oleh Allah dan rasul-Nya. Sebab itu, diharamkan kepada Baginda untuk
berkahwin dengan selain mereka atau menukarnya dengan yang lain seperti di dalam firman
Allah swt :
¸ ´_¸>´ .l ',!.¸.l¦ _¸. .-, ¸´¸ ¿¦ _´.,. ´_¸¸¸, _¸. ¸_´¸¸¦ ¯¡l´¸ .,>s¦ ´_·¸.`.`>
Maksudnya :
Tidak halal bagimu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang lain sesudah (isteri-
isterimu yang ada) itu, dan engkau juga tidak boleh menggantikan mereka dengan isteri-
isteri yang baharu sekalipun engkau tertarik hati kepada kecantikan mereka
(2)
.

ADIL ADALAH SYARAT DIBENARKAN POLIGAMI
Syarat yang diletakkan oleh islam untuk membolehkan poligami adalah mesti adil. Dia seorang
muslim yang dipercayai pada dirinya, boleh adil antara isteri-isterinya, pada makanan, minuman,
pakaian, tempat tinggal, rumah dan nafkah. Sesiapa yang tidak yakin bahawa dirinya mampu
menjaga hak-hak ini dengan adil dan saksama, maka haram ke atas dirinya untuk berkahwin
lebih dari satu. Firman Allah swt :
¿¸|· `¸.±¸> ¸¦ ¦¡l¸.-. :.¸>´¡·
Maksudnya :

________________________________
(1)
Diriwayatkan oleh At-Tarmizi (1128), Ibnu Majah (1953) dari Ibnu Umar r.a.
(2)
Surah Al-Ahzab : 52.
www.scribd.com/mohd_naqib88

105

Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (diantara isteri-isteri kamu), maka
(berkahwinlah dengan) seorang sahaja
(1)
.
Sabda Rasulullah saw :
(( دحأ رجـي ةمايقلا
َ
موي ءاج ، ىرخلا ىلع اهدحل ليمـي ، ناتأرما ول تناك نم
اطقاس ويق
ِ
ش – ) لئام وأ )
Maksudnya :
Sesiapa yang mempunyai dua orang isteri, lalu dia cenderung kepada salah seorang
berbanding yang lain, dia akan datang pada Hari Kiamat dalam keadaan senget
sebelahnya
(2)
.
Cenderung yang dilarang di dalam hadis ini adalah ketidakadilan pada hak-hak mereka, bukanlah
cenderung hati. Ia adalah perkara dalaman yang melibat keadilan di luar dari kemampuan dan ia
dimaafkan oleh Allah swt dan dibiarkan. Firman Allah swt :
_l´¸ ¦¡`-,¸L.`.· ¿¦ ¦¡l¸.-. _,, ¸,!.¸.l¦ ¯¡l´¸ ¯¡..¸> ¸· ¦¡l,¸.. _é ¸_,.l¦
Maksudnya :
Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu
bersungguh-sungguh (hendak melakukannya). Oleh itu janganlah kamu cenderung
dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi)
(3)
.
Oleh itu, Rasulullah saw telah membahagikan hak-hak dengan adil, lalu dia berkata :
(( ذى مهللا ) كلمأ لو كلمـت اميف نملت لف ، كلمأ اميف يمسق ا )
Maksudnya :
Allahumma, ini adalah bahagian yang aku miliki, dan janganlah Engkau menyalahkan
aku pada perkara yang Engkau miliki dan aku tidak memilikinya
(4)
.
________________________________
(1)
Surah An-Nisa‟ : 3.
(2)
Hadis riwayat Abu Daud (3133), dan At-Tarmizi (1141), An-Nasaie (7/63), Ibnu Majah (1969), Ad-Darimi (m/s
539), Ahmad (2/347 & 471), semuanya dari Abi Hurairah r.a.
(3)
Surah An-Nisa‟ : 129.

(4)


Diriwayatkan oleh Abi Daud (2134), At-Tarmizi (1140), Ibnu Majah (1971), Ad-Darimi kitab : An-Nikah (m/s
540), dan Ahmad (6/144) dari „Aisyah r.a.
www.scribd.com/mohd_naqib88

106

Yang dimaksudkan dengan perkara yang Nabi tidak miliki adalah perkara hati, dan
cenderung perasaan kepada salah seorang dari mereka.
Jika dia ingin pergi bermusafir, dia perlu memilih antara mereka dengan cara undian. Sesiapa
yang terkena undiannya, dia akan bermusafir dengannya. Ia perlu dilakukan sedemikian kerana
untuk mengelak dari perasaan cemburu dan dapat menenangkan hati semua pihak.

HIKMAH DIBENARKAN POLIGAMI
Islam adalah agama terakhir yang diturunkan oleh Allah swt yang mengakhiri perutusan dari
Allah swt. Oleh itu, syariatnya sangat umum dan kekal, mencakupi semua tempat, semua zaman
dan semua manusia.
Ia tidaklah disyariatkan kepada orang-orang bandar dan meninggalkan orang-orang kampung,
hanya kepada yang beriklim sejuk dan melupakan yang beriklim panas, atau sebaliknya. Tidak
hanya kepada zaman tertentu dan membiarkan generasi sesudah itu.
Ia mengambil kira keperluan individu dan keperluan masyarakat.
Terdapat manusia yang mempunyai keinginan yang kuat untuk mendapatkan zuriat, tetapi dia
tidak diberikan anak, kerana mandul, sakit atau selainnya. Tidakkah lebih mulia baginya dan
lebih baik baginya untuk berkahwin lagi satu supaya dapat disempurnakan keinginannya itu, dan
dalam masa yang sama isteri pertama kekal bersamanya dan terjamin hak-haknya?
Terdapat dari kalangan lelaki yang mempunyai keinginan yang tinggi dan nafsu yang kuat, tetapi
dia dikurniakan dengan isteri yang tidak mempunyai keinginan yang kuat, mungkin sakit atau
tempoh haidnya berpanjangan atau sebagainya. Isterinya tidak mampu memuaskan
keinginannya, dia merasa kurang serba serbi pada pandangannya. Sedangkan lelaki ini tidak
mampu bersabar dalam tempoh yang lama ke atas wanita. Adakah tidak boleh dibenarkan
baginya untuk berkahwin lagi satu secara halal, sebagai ganti dari dia mencari yang haram, atau
dari dia mentalakkan isteri yang pertama?
Boleh jadi bilangan wanita-wanita yang solehah untuk dikahwini itu lebih ramai dari bilangan
lelaki yang berkemampuan, lebih-lebih lagi selepas berlakunya peperangan yang mem„bunuh‟
lelaki-lelaki yang baik dan pemuda-pemuda yang soleh.
Boleh jadi di sana juga ada maslahat masyarakat, juga maslahat kepada wanita itu sendiri seperti
berlakunya mudarat pada mereka. Ia sebagai ganti dari mereka hidup selamanya sebagai seorang
dara yang terhalang dari kehidupan berkeluarga, yang mana padanya (hidup berkeluarga) ada
ketenangan, kasih sayang dan penjagaan, juga nikmat menjadi ibu dan bertepatan dengan fitrah.
Terdapat tiga pilihan jika bilangan wanita lebih dari bilangan lelaki yang berkemampuan untuk
berkahwin, tidak ada yang lain :
www.scribd.com/mohd_naqib88

107

1. Sama ada dia menghabiskan seumur hidupnya dalam kepahitan terhalang dari kehidupan
berkeluarga dan menjadi ibu. Ia adalah satu hukuman yang keras kepada mereka,
sedangkan mereka tidak melakukan sebarang kesalahan.
2. Sama ada lelaki akan melepaskan ikatan syahwat mereka, wanita-wanita itu akan pasrah
dijadikan bahan pemuas nafsu lelaki yang rosak, yang hanya memakan daging-daging
mereka dan membuang tulang-tulangnya, selepas hilang „kemanisan‟ remaja mereka.
Ditambah pula dengan lahirnya anak-anak luar nika (anak haram), dan meningkatnya
bilangan bayi yang dibuang, yang terhalang dari hak-hak sama ada hak dari segi material
atau kasih sayang. Mereka akan menjadi beban kepada masyarakat, dan punca kejatuhan
dan kerosakannya.
3. Ataupun dibenarkan bagi mereka untuk berkahwin dengan lelaki yang berkemampuan
untuk memberi nafkah dan menjaganya, dipercayai akan dirinya dalam menjaga keadilan
seperti yang disuruh oleh Allah swt.
Tidak syak lagi bahawa pilihan yang ketiga ini adalah penyelesaian yang adil, terbaik dan
menyeluruh. Inilah apa yang menjadi hukum di dalam islam.
_.´¸ _.>¦ ´_¸. ¸<¦ !.>`> ¸,¯¡1¸l ¿¡`.¸·¡`, ¸_¸¸
Maksudnya :
Padahal (kepada orang-orang yang penuh keyakinan) tidak ada sesiapa yang boleh
membuat hukum yang lebih pada daripada Allah
(1)
.

POLIGAMI, SATU SISTEM YANG MENEPATI AKHLAK
Sesungguhnya sistem poligami – seperti yang disyariatkan oleh islam – adalah sistem yang
menepati akhlak dan kemanusiaan.
Bukti ia menepati akhlak, si lelaki tidak dibenarkan untuk berhubung dengan mana-mana wanita
yang dia suka, atau pada bila-bila masa yang dia suka.
Dia tidak dibenarkan untuk berhubung dengan lebih dari tiga orang wanita sebagai tambahan
dari isterinya. Dia tidak dibenarkan untuk berhubung dengan seorang wanita secara senyap,
tetapi dia perlu membuat akad dan memberitahu walaupun dalam bilangan orang yang terhad.
Dia mesti memberitahu kepada wali wanita ini bahawa dia berhubung dengan cara yang syarak,
dan mereka bersetuju dengannya, atau sekurang-kurangnya mereka tidak membantah.

________________________________
(1)
Surah Al-Maidah : 50.
www.scribd.com/mohd_naqib88

108

Dia mesti mendaftar – berdasarkan undang-undang sekarang – di mahkamah yang dikhaskan
untuk akad perkahwinan. Dia digalakkan membuat majlis walimatul „urus dan menjemput
kawan-kawannya, dan memukul gendang (musik) untuk menunjukkan rasa kegembiraan dan
memuliakan.
Bukti ia menepati kemanusiaan, si lelaki akan mengurangkan beban yang ditanggung oleh
masyarakat dengan menyediakan tempat tinggal bagi wanita yang tidak mempunyai isteri, dan
memindahkan wanita ini ke tempat isteri-isteri yang terjaga dan terpelihara.
Dia juga membayar mahar dan dapat melakukan hubungan kelamin secara halal, menyediakan
perabot, memberi nafkah yang memberi faedah kepada masyarakat dengan bertambahnya
anggota masyarakat, dan bertambahlah keturunan umat ini.
Dia juga tidak membiarkan wanita yang dia berhubungan itu menanggung penat mengandung
dan bebannya berseorangan, namun dia juga menanggungnya sedikit dengan memberi nafkah
kepadanya ketika hamil dan kelahiran.
Islam juga mengiktiraf anak-anak yang dilahirkan mereka dari hubungan kelamin yang halal.
Anak itu akan menjadi harta bagi masyarakat dan mereka akan dikasihi. Dai akan berbangga
dengan anak itu, ummah juga akan berbangga dengan masa depan mereka.
Sesungguhnya sistem poligami ini seperti yang disebutkan oleh Dr. Mustafa As-Sibaie
rahimahullah, menyediakan untuk manusia tempat melepaskan syahwat dengan kadar yang
terbatas, tetapi beban, kepenatan dan tanggungjawabnya akan bertambah sehingga kadar yang
tidak terbatas.
Tidak syak lagi bahawa sistem poligami ini adalah satu sistem yang menjaga akhlak, dan
menjaga kemanusiaan.

POLIGAMI PADA ORANG BARAT TIADA UNSUR AKHLAK DAN KEMANUSIAAN
Dimanakah poligami dalam realiti kehidupan orang barat, sehinggakan seorang penulis dari
kalangan mereka mencabar, agar salah seorang dari mereka sedangkan dia pada waktu itu di
ambang kematian untuk mengaku bahawa ketua mereka tidak pernah berhubung dengan walau
seorang perempuan pun, walau hanya sekali di dalam hidupnya.
Sesungguhnya „poligami‟ mengikut orang barat berlaku secara realitinya tanpa ada undang-
undang, malah ia berlaku dibawah pengaruh undang-undang.
Ia berlaku bukan di atas nama perkahwinan, tetapi atas nama kekasih atau teman wanita.
Ia tidak terhad kepada empat wanita sahaja, tetapi lebih sehingga bilangan yang tidak terkira.
www.scribd.com/mohd_naqib88

109

Ia tidak berlaku secara terang-terangan yang menggembirakan keluarga, tetapi secara rahsia dan
tidak diketahui oleh sesiapa pun.
Teman lelakinya tidak menanggung sebarang tanggungjawab kewangan terhadap kekasihnya
yang dia berhubungan itu, malah hanya mencemarkan kehormatannya, dan kemudian
meninggalkannya penuh malu. Dan lebih teruk lagi, wanita itu akan menanggung kesakitan
mengandung dan melahirkan anak haram itu.
Teman lelaki itu juga tidak perlu mengiktiraf kesan dari perhubungan itu termasuk anak itu. Ia
dikira tidak mengikut peraturan. Lelaki itu akan menanggung malu sepanjang hidupnya sehingga
dia tidak mampu untuk mengangkat kepalanya.
Ia adalah „poligami‟ yang mengikut undang-undang, tetapi tidak dinamakan dengan poligami.
Tiada unsur-unsur akhlak, kesedaran dan perasaan manusiawi. Ia adalah semata-mata syahwat
dan mementingkan diri sendiri, jauh dari semua jenis tanggungjawab.
Manakah yang lebih menepati akhlak yang mulia, dapat membendung syahwat, memuliakan
wanita, membawa perubahan dan menepati kemanusiaan?
(1)
.

SALAH GUNA KEBENARAN BERPOLIGAMI
Kita tidak menafikan bahawa terdapat sebahagian orang islam yang salah menggunakan
poligami yang telah disyariatkan oleh Allah swt, seperti mana juga mereka salah menggunakan
kuasa talak. Kesalahan itu bukanlah pada salahnya hukum itu, tetapi salah pada pelaksanaannya,
yang timbul dari salah faham, rosaknya akhlak dan agama.
Kita dapat lihat sebahagian dari mereka mengamalkan poligami, tetapi dia tidak yakin dapat
berlaku adil seperti yang telah disyaratkan oleh Allah swt. Terdapat juga yang berpoligami tetapi
tidak mampu memberikan nafkah yang wajib kepada dua orang isteri, dan ia diikuti pula dengan
anak-anak dan tanggungjawab yang lain. Sebahagian yang lain pula mempu memberikan nafkah
tetapi tidak mampu untuk menjaga isteri-isterinya.
Kebiasaannya, penyalahgunaan perkara ini akan menyebabkan kesan yang buruk kepada
keluarga, kesan dari suruhan kepada isteri baru dan kezaliman isteri yang lama. Ia menyebabkan
si suami cenderung sepenuhnya kepada salah seorang isterinya, dan yang lain dibiarkan
tergantung, dia tidak dilayan seperti isteri dan tidak juga ditalak. Seterusnya membawa kepada
hasad dengki anak-anak sedang mereka adalah anak dari bapa yang sama. Ini kerana si bapa
tidak adil dalam menunaikan hak-hak mereka, dia tidak menyamakan pemberian material dan
pendidikan.
________________________________
(1)
Rujuk : Al-Mar‟ah baina Al-Fiqh wa Al-Qanun oleh Dr. Mustafa As-Sibaie. Lihat juga : Tahrir Al-Mar‟ah fi „Asr
Ar-Risalah oleh Ust Abdul Halim Abu Syaqah, jilid ke-5.
www.scribd.com/mohd_naqib88

110

Walaupun terdapat beberapa penyelewengan dalam beberapa aspek, ia tidaklah sampai ke tahap
yang dilakukan oleh orang barat, dengan mengharamkan poligami yang berakhlak dan
menghalalkan „poligami‟ yang tidak berakhlak. Hakikatnya, isu poligami ini tidak dianggap
sebagai satu masalah bagi masyarakat islam, tetapi yang banyak menjadi masalah adalah
monogami (kahwin satu).

SERUAN MELARANG POLIGAMI OLEH GOLONGAN SEKULAR
Apa yang mengecewakan bahawa terdapat sebahagian penyokong-penyokong barat di negara-
negara kita, negara arab dan negara islam. Mereka menggunakan apa yang berlaku dikalangan
orang islam seperti penyelewengan. Mereka mengangkat suara mereka untuk menutup pintu
kepada poligami secara keseluruhan. Setiap petang dan pagi, mereka akan memulakan dan
mengakhiri kalam mereka dengan keburukan-keburukan poligami, dan dalam masa yang sama
mereka diam seperti kubur dari memperkatakan tentang keburukan zina. Apa yang menyedihkan,
ia dibenarkan oleh undang-undang ciptaan manusia dan dipraktikkan di kebanyakan negara-
negara islam.
Mereka menggunakan media massa, khususnya filem-filem dan telemovie-telemovie sebagai
satu jalan yang menunjukkan bahaya poligami, lebih-lebih lagi antara wanita. Sehinggakan ada
sebahagian dari mereka yang lebih redha jika suaminya terlibat dengan zina dari suaminya
berkahwin lagi sekali.

APAKAH HUJAH DIGUNAKAN UNTUK MELARANGNYA
Golongan yang menentang poligami ini telah berjaya sebenarnya di sesetengah Negara Arab dan
Negara Islam. Maka keluarlah undang-undang yang mengharamkan apa yang dihalalkan oleh
swt, iaitu poligami sebagai mengikut kepercayaan barat. Mereka masih berusaha di negara-
negara yang lain. Apa yang lebih memelikkan, mereka ingin menjustifikasikannya atas nama
syarak, dan berhujjah menggunakan dalil yang seolah-olah di ambil dari fiqh islami.
Mereka berhujjah bahawa diantara hak pemerintah adalah mereka boleh melarang suatu perkara
yang harus demi mencapai maslahat dan menolak kerosakan.
Malah sebahagian dari mereka mencuba dengan lebih berani dan tulin, apabila menggunakan
hujjah Al-Quran untuk menguatkan dakwaan mereka. Mereka berkata : Sesungguhnya Al-Quran
mensyaratkan bagi sesiapa yang ingin berpoligami hendaklah dia yakin dirinya mempu bersifat
adil antara dua orang isteri atau lebih. Sesiapa yang takut tidak mampu bersifat adil, wajib ke
atasnya untuk berpada dengan seorang isteri. Firman Allah swt :
www.scribd.com/mohd_naqib88

111

¿¸|´¸ ,.±¸> ¸¦ ¦¡L¸.1. _¸· _´,..´,l¦ ¦¡>¸>.!· !. ´,!L ¡>l ´_¸. ¸,!.¸.l¦ _... ¸.l.´¸ _.,'¸´¸ ¿¸|·
`¸.±¸> ¸¦ ¦¡l¸.-. :.¸>´¡·
Maksudnya :
Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila
kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu
berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu
bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah
dengan) seorang sahaja
(1)
.
Inilah syarat yang diletakkan oleh Al-Quran untuk poligami, iaitu adil. Tetapi selepas Al-Quran
itu – berdasarkan hujjah mereka – menyebutkan di dalam surah yang sama dengan ayat yang
menjelaskan bahawa sifat adil yang disyaratkan itu adalah mustahil dan tidak mampu dibuat.
Ayat itu adalah :
_l´¸ ¦¡`-,¸L.`.· ¿¦ ¦¡l¸.-. _,, ¸,!.¸.l¦ ¯¡l´¸ ¯¡..¸> ¸· ¦¡l,¸.. _é ¸_,.l¦ !>¸'¸..· ¸«1l-.l!´
Maksudnya :
Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu
bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung
dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu
biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan)
(2)
.
Ayat yang datang kemudian ini telah menafikan apa yang ditetapkan oleh ayat sebelumnya !!
Hakikatnya, penghujahan seperti ini semuanya adalah salah dan tidak mengikut proses keilmuan
yang betul. Kami akan menolaknya satu persatu.

SYARIAT TIDAK MEMBENARKAN JIKA IA MEMBAWA KEPADA MUDARAT
YANG PASTI
Adapun pendapat yang mengatakan bahawa poligami ini mengandungi kemudaratan dan
kerosakan pada keluarga dan masyarakat, adalah satu pendapat yang mengandungi salah faham
yang jelas.
________________________________
(1)
Surah An-Nisa‟ : 3.
(2)
Surah An-Nisa‟ : 129.
www.scribd.com/mohd_naqib88

112

Mula-mula, kita katakan kepada orang yang salah faham ini :
Sesungguhnya syariat islam tidak mungkin akan menghalalkan kepada manusia perkara yang
akan memudaratkan mereka, juga tidak akan mengharamkan perkara yang akan memberi
manfaat kepada mereka. Malah telah sabit di dalam nas dan penghujahan bahawa syariat islam
tidak akan menghalalkan sesuatu melainkan ia sesuatu yang baik dan bermanfaat, juga tidak akan
mengharamkan sesuatu melainkan ia buruk dan memudaratkan.
Inilah yang yang disebutkan di dalam Al-Qran dengan satu perumpamaan yang tinggi dan
lengkap ketika menyifatkan Rasulullah saw, sebagaimana berita itu juga telah dibawa oleh kitab-
kitab yang terdahulu. Firman-Nya :
¡>`¸`.!, ¸.¸`¸-.l!¸, ¯¡¸.¸.,´¸ ¸_s ¸¸÷..l¦ ´_¸>´´¸ `¸¸l ¸¸.,¸¯,Ll¦ `¸¸¯¸>´´¸ `¸¸¸,l. ¸¸¸.,>l¦ _.,´¸
¯¡¸.s ¯¡>´¸.¸| _.l.¸¦´¸ _¸.l¦ ¸.l´ `¸¸¸,l.
Maksudnya ;
Dia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka
daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan dia menghalalkan bagi mereka
segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk;
dan dia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada
pada pada mereka
(1)
.
Maka setiap perkara yang diharuskan oleh syariat, ia akan mengandungi manfaat yang jelas dan
pasti, dan setiap yang diharamkan oleh syariat itu akan mengandungi mudarat yang jelas dan
pasti juga. Ini jelas disebutkan di dalam Al-Quran mengenai arak dan judi :
_· !.¸¸,¸· "¡.¸| ¸,¸,é _¸±...´¸ ¸_!.l¸l !.¸..¸|´¸ ¸¸é¦ _¸. !.¸¸¸-±.
Maksudnya :
Katakanlah: "Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi
manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya
(2)
.
Inilah apa yang diambilkira oleh syarak mengenai poligami. Ia menimbang antara maslahat dan
mafsadah, antara manfaat dan mudarat. Kemudian ia akan membenarkannya kepada orang yang
________________________________
(1)
Surah Al-A‟araf : 157.
(2)
Surah Al-Baqarah : 219.

www.scribd.com/mohd_naqib88

113

memerlukannya, mampu melakukannya dengan syarat yakin dapat berlaku adil, dan tidak takut
akan berlakunya pilih kasih dan cenderung kepada salah seorang darinya.
¿¸|· `¸.±¸> ¸¦ ¦¡l¸.-. :.¸>´¡·
Maksudnya :
Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu), maka
(berkahwinlah dengan) seorang sahaja
(1)
.
Jika maslahat bagi isteri pertama itu untuk dia kekal berseorangan di atas pangkuan kehidupan
berumahtangga yang tidak diganggu oleh sesiapa, dia melihat dirinya akan mendapat mudarat
dari gurauan isteri yang lain, maka sebagai maslahat bagi si suami untuk dia berkahwin seorang
lagi, demi menjaga dirinya dari perkara haram, mendapat zuriat atau sebagainya.
Dan diantara maslahat isteri kedua pula, dia perlu mendapat separuh layanan dan penghormatan
dari suaminya, dan hidup dibawah jagaan dan kawalannya, sebagai ganti (lebih baik) dari dia
hidup membujang, menjanda atau ditalak sepanjang hayatnya.
Dan diantara maslahat masyarakat ialah, ia perlu menjaga anak-anak lelakinya dan
menyembunyikan anak-anak perempuan, dengan perkahwinan yang halal, yang mana setiap
lelaki dan wanita perlu memikul tanggungjawab, terhadap dirinya dan pasangannya, dan apa
yang dikurniakan oleh Allah swt seperti keturunan, sebagai ganti dari „poligami‟ yang diamalkan
oleh barat. Mereka melarang dari poligami isteri-isteri secara halal, tetapi membenarkan
„poligami‟ teman wanita. Ini adalah „poligami‟ yang tidak menepati akhlak dan kemanusiaan.
Setiap dari mereka boleh bersedap-sedap dengan pasangannya tanpa memikul sebarang
tanggungjawab, walaupun kesan dari perhubungan ini akan menghasilkan anak haram, yang
diumpamakan seperti „tumbuhan‟ syaitan yang tidak ada bapa yang memeliharanya, tidak ada
keluarga yang melindunginya, dan tidak ada nasab yang boleh dia banggakan.
Manakah kemudaratan yang lebih aula untuk dijauhi?
Isteri pertama mungkin akan mengikut syarak dengan menjaga hak-haknya supaya adil, antara
dia dan madunya, pada nafkah, tempat tinggal, pakaian dan tempat tidur. Inilah keadilan yang
disyaratkan sebelum berpoligami.
Memang benar terdapat sebahagian suami-suami yang tidak mengambil peduli akan keadilan
yang diwajibkan oleh Allah swt ke atas mereka, tetapi pelaksanaan yang salah ini tidaklah
menghapuskan asas dan prinsipnya. Jika tidak, terbatallah hukum syarak – malah kesemuanya.
Tetapi dengan diletakkan peraturan-peraturan yang mesti diikuti.
________________________________
(1)
Surah An-Nisa‟ : 3.
www.scribd.com/mohd_naqib88

114

HAK PEMERINTAH DALAM MELARANG POLIGAMI
Adapun apa yang didakwa oleh mereka bahawa diantara hak bagi pemerintah adalah dibenarkan
untuk mereka melarang perkara-perkara yang harus. Lalu kita katakan kepada mereka :
Sesungguhnya apa yang diberikan oleh syarak kepada pemerintah ialah kuasa untuk „mengikat‟
beberapa perkara yang harus, demi maslahat yang pasti, pada waktu yang tertentu, atau keadaan
yang tertentu, atau kepada manusia yang tertentu. Tidaklah mereka melarangnya secara pasti,
mutlak dan kekal, kerana larangan yang mutlak dan kekal itu seolah-olah menghalang hak Allah
swt. Ini dibantah oleh Al-Quran ke atas ahli kitab. Firman Allah swt :
¦¸.>´¦ ¯¡>´¸!,>¦ ¯¡¸´..,>'¸´¸ !,!,¯¸¦ _¸. ¸_¸: ¸<¦
Maksudnya :
Mereka menjadikan pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama mereka sebagai tuhan
(pendidik-pendidik) selain dari Allah
(1)
.
Disebutkan di dalam hadis dalam menjelaskan ayat ini :
(( ) مىوعبتاف ، مهيلع اومرحو مهـل اولحأ مهـنإ )
Maksudnya :
Sesungguhnya mereka (pendeta-pendeta itu) menghalalkan (sesuatu) untuk mereka, dan
mengharamkan (sesuatu) ke atas mereka, lalu mereka mengikutnya
(2)
.
Sesungguhnya „mengikat‟ perkara-perkara yang harus adalah seperti, melarang dari
menyembelih daging pada sebahagian hari untuk mengurangkan penggunaannya seperti yang
berlaku pada zaman Umar r.a. Juga seperti melarang dari sesuatu tanaman lebih dari kadar yang
ditetapkan seperti kapas di Mesir, supaya penanamannya tidak melebihi dari penanaman bijirin
dan sumber makanan manusia.
Contoh lain, seperti melarang ketua turus tentera, atau para diplomat (wakil kerajaan di luar
negara), dari berkahwin dengan wanita asing, ditakuti akan terbocor rahsia negara melalui wanita
itu kepada pihak musuh.

________________________________
(1)
Surah At-Taubah : 31.
(2)
Hadis riwayat At-Tarmizi dari „Adi bin Hatim di dalam Abwab At-Tafsir (3095), dan Ibnu Jarir di dalam tafsirnya
(no. 16631). At-Tarmizi berkata : Gharib. Tetapi di dalam bab dari Huzaifah, ia diriwayatkan secara mauquf, dan
diriwayatkan oleh At-Tobari (16634).

www.scribd.com/mohd_naqib88

115

Begitu juga seperti larangan perkahwinan dengan ahli kitab, jika dikhuatiri akan menindas
wanita muslimah. Ini hanya kepada tempat-tempat yang minoriti islam, dan bilangan penganut
islamnya sedikit dari segi bilangan.
Adapun bagi perkara yang telah dihalalkan oleh Allah swt, dan mendapat „izin‟ dari-Nya secara
jelas di dalam Al-Quran dan sunnah Nabi saw, dan diakui dengan perbuatan ummah seperti talak
atau poligami, maka untuk melarangnya secara mutlak dan kekal, adalah tidak termasuk di dalam
contoh-contoh yang telah kami sebutkan tadi.

MAKNA (( )
ِ
ءا
َ
سّنلا
َ ْ
ي
َ
ـب او
ُ
ل
ِ
د
ْ
ع
َ
ـت نَأ او
ُ
ع
ْ
ـي
ِ
ط
َ
ت
ْ
س
َ
ت ن
َ
ل
َ
و )
Adapun penghujahan mereka dengan ayat Al-Quran Al-Karim, ia ditolak, menyeleweng dari
tajuknya yang sebenar. Ia seolah-olah membawa bersamanya tohmahan kepada Nabi saw dan
para sahabatnya r.a., bahawa mereka tidak memahami Al-Quran Al-Karim, atau mereka
memahaminya tetapi membelakanginya dengan sengaja.
Ayat yang mereka jadikan hujah itu sebenarnya „menghentam‟ mereka semula jika ia
diperhatikan betul-betul. Maka Allah swt membenarkan poligami dengan syarat adil, kemudian
Dia menjelaskan bahawa adil yang dikehendaki di dalam surah yang sama iaitu :
_l´¸ ¦¡`-,¸L.`.· ¿¦ ¦¡l¸.-. _,, ¸,!.¸.l¦ ¯¡l´¸ ¯¡..¸> ¸· ¦¡l,¸.. _é ¸_,.l¦ !>¸'¸..· ¸«1l-.l!´
Maksudnya :
Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu
bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung
dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu
biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awan-awan)
(1)
.
Ayat ini menjelaskan bahawa keadilan mutlak dan sempurna antara ister-isteri adalah tidak
mampu dilakukan berdasarkan tabiat manusia, kerana keadilan yang sempurna adalah
menyamakan antara mereka dalam setiap perkara termasuklah kecenderungan perasaan, dan
keinginan seksual. Ia bukan di bawah kuasa manusia, dia mungkin suka salah seorang darinya
berbanding dengan yang lain, dan cenderung kepadanya lebih dari yang lain. Hati itu di bawah
kuasa Allah swt, Dia membolak balik mengikut kehendak-Nya.
Justeru, Nabi saw bersabda selepas dia mengagihkan perkara-perkara yang zahir antara isteri-
isterinya seperti nafkah, pakaian dan tempat tinggal :
________________________________
(1)
Surah An-Nisa‟ 129.
www.scribd.com/mohd_naqib88

116

(( كلمـت اميف نملت لف ، كلمأ اميف يمسق اذى مهللا ) كلمأ لو )
Maksudnya :
Allahumma, ini adalah bahagian yang aku miliki, dan janganlah Engkau menyalahkan
aku pada perkara yang Engkau miliki dan aku tidak memilikinya
(1)
.
Iaitu, urusan hati !!
Urusan hati ini tidak mampu untuk kita adil padanya, ia dimaafkan oleh Allah swt.
Sesungguhnya Allah swt tidak akan menghukum manusia pada perkara yang dia tidak mampu,
dan di luar kawalannya.
Oleh itu, ayat itu menyebutkan :
Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu
bersungguh-sungguh (hendak melakukannya);
Oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang
kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di
awan-awan)
Mafhum dari ayat ini, sebahagian kecenderungan itu dimaafkan, iaitu cenderung
perasaan.
Apa yang lebih memeranjatkan bahawa terdapat beberapa negara arab islam mengharamkan
poligami, tetapi tidak mengharamkan zina, yang disifatkan oleh Allah swt sebagai :
.«.¸| ¿l´ «:¸>.· ´,!.´¸ ¸,¸,. ¸__¸
Maksudnya :
Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang
membawa kerosakan)
(2)
.
Melainkan pada waktu-waktu yang tertentu, seperti dipaksa atau pengkhianatan di dalam
rumah tangga dalam keadaan dia masih suami isteri.
Aku pernah mendengar Syeikhuna Al-Imam Al-Akbar Syeikh Abdul Halim Mahmud
rahimahullah berkata :
________________________________
(1)
Diriwayatkan oleh Abi Daud (2134), At-Tarmizi (1140), Ibnu Majah (1971), Ad-Darimi kitab : An-Nikah (m/s
540), dan Ahmad (6/144) dari „Aisyah r.a.
(2)
Surah Al-Isra‟ : 32.
www.scribd.com/mohd_naqib88

117

Sesungguhnya seorang lelaki muslim di negara arab Afrika dilarang untuk berpoligami.
Dia telah berkahwin dengan isteri kedua secara rahsia, dengan akad yang mengikut
syarak dan cukup syarat-syaratnya, tetapi dia ia tidak didaftarkan, kerana undang-
undang menolak permohonannya untuk mendaftar.
Mereka tidak mengiktirafnya, malah menganggapnya melakukan suatu jenayah yang
perlu dihukum. Lelaki itu menjadi berbelah bahagi terhadap isterinya. Lalu pihak polis
memerhatikannya, dan mengenalpasti dia adalah isterinya. Si lelaki itu telah melakukan
sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang.
Pada suatu malam, dia diawasi polis dan ditangkap bersama-sama isteri keduanya. Dia
didapati bersalah kerana berkahwin dua.
Tetapi lelaki ini cerdik. Dia berkata kepada orang yang mensabitkan kesalahan ke
atasnya : Siapa yang mengatakan dia adalah isteri aku? Sesungguhnya dia bukan isteri
aku, tetapi kekasih aku. Aku menjadikan di teman aku, dan aku akan melepaskannya
selepas beberapa ketika.
Mereka terkejut lalu berkata kepada lelaki itu dengan penuh adab : Kami memohon
berbanyak kemaafan kerana salah faham yang berlaku. Kami mengira dia adalah isteri
kamu, kami tidak tahu dia adalah kekasih engkau !!
Mereka membiarkan lelaki itu. Ini kerana mempunyai kekasih yang haram dan
menjadikannya sebagai teman berzina, adalah termasuk di dalam kebebasan individu
yang dipelihara oleh undang-undang !!










www.scribd.com/mohd_naqib88

118










WANITA SEBAGAI
ANGGOTA
MASYARAKAT










www.scribd.com/mohd_naqib88

119

Sebahagian puak pelampau mengatakan bahawa islam menghukum wanita dengan
memenjarakan mereka di dalam rumah. Mereka tidak boleh keluar kecuali ke kubur !!
Adakah dakwaan ini mempunyai sandaran dari Al-Quran dan As-Sunnah? Atau dari sejarah para
muslimat pada tiga kurun yang terdahulu, yang disifatkan sebagai sebaik-baik kurun?
Tidak… Sama sekali tidak…
Al-Quran menjadikan lelaki dan wanita berkongsi memikul tanggungjawab di dalam kehidupan
muslim, iaitu tanggungjawab amar makruf dan nahi munkar. Firman Allah swt :
¿¡`.¸.¡.l¦´¸ ¸..¸.¡.l¦´¸ ¯¡¸.-, ',!´,¸l¸¦ ¸_-, _¸'¸.!, ¸.¸`¸-.l!¸, ¿¯¡¸.,´¸ ¸_s ¸¸>..l¦
_¡.,¸1`,´¸ :¡l¯.l¦ _¡.¡`,´¸ :¡´¸l¦ _¡`-,¸L`,´¸ ´<¦ .`«]¡.´¸´¸
Maksudnya :
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong
bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang
daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat,
serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya
(1)
.
Lanjutan dari prinsip ini, kita mendapati wanita pernah menegur Amirul Mukminin Umar Al-
Khattab ketika beliau sedang berbicara di atas mimbar. Ketika itu, masjid di penuhi dengan
manusia. Dia telah menarik pandangannya dan menerima pandangan wanita yang menegurnya.
Dia berkata dengan jelas :
Perempuan ini betul, dan Umar telah salah
(2)
.
Nabi saw juga ada bersabda :
(( ملسم لك ىلع
ٌ
ةضيرف
ِ
ملعلا بلط ))

Maksudnya :
Menuntut ilmu itu adalah fardhu bagi setiap muslim
(3)
.

________________________________
(1)
Surah At-Taubah : 71.
(2)
Disebutkan di dalam Tafsir Ibnu Kathir lalu dia mengelokkan sanadnya.
(3)
Diriwayatkan oleh Ibnu Majah (no 224) dari Anas, disahihkan oleh As-Suyuthi dan Al-Albani.

www.scribd.com/mohd_naqib88

120

Para ulama bersepakat mengatakan bahawa wanita juga termasuk di dalam makna hadis ini.
Maka, ia juga wajib ke atas mereka untuk menuntut ilmu, yang dapat membetulkan akidahnya,
ibadahnya, peribadi dan akhlaknya pada pakaian, perhiasan dan lain-lain, membina sempadan
antara halal dan haram, hak-hak dan kewajipan-kewajipan. Malah dia boleh meningkatkan
ilmunya sehingga sampai ke peringkat mampu berijtihad.
Suaminya tidak boleh menghalangnya dari menuntut ilmu yang wajib bagi dirinya, jika si suami
tidak mampu mengajar isterinya kerana kelemahannya.
Isteri-isteri para sahabat pergi berjumpa dengan Nabi saw dan bertanya apa-apa permasalahan
yang berkaitan dengan hal ehwal mereka. Tidak ada perasaan malu yang menghalang mereka
dari menuntut ilmu agama.
Solat berjemaah pula tidak dituntut kepada perempuan, ia hanya dituntut kepada kaum lelaki.
Jika dia solat di rumah, itu adalah lebih afdhol baginya kerana beberapa sebab dan keadaan.
Tetapi bagi lelaki, tidak ada apa-apa halangan yang menghalangnya dari solat berjemaah di
masjid. Sabda Rasulullah saw :
(( ت ل ـ ا
َ
ءامإ اوعنم لا
َ
دجاسم ل ))
Maksudnya :
Janganlah kamu (wahai lelaki) menghalang hamba-hamba Allah yang perempuan dari
pergi ke masjid-masjid Allah
(1)
.
Para wanita dibenarkan keluar dari rumahnya untuk memenuhi keperluan dirinya, suaminya atau
anak-anaknya sama ada di kebun atau pasar, sebagaimana yang dilakukan oleh zat al-nithaqoini

Asma‟ bintiAbi Bakr. Dia telah berkata :
Aku telah mengangkat biji benih di atas kepalaku dari tanah milik Zubair (suaminya) di
Madinah, sebanyak dua pertiga fursakh.
Wanita juga boleh keluar bersama tentera untuk melakukan tugas-tugas merawat dan yang
seumpamanya, iaitu pekerjaan yang sesuai dengan fitrah dan kudratnya. Diriwayatkan oleh
Ahmad dan Al-Bukhari dari Rabi‟ binti Muawiiz Al-Ansoriyyah katanya :
(( لا لوسر عم وزغن انك )) ةنيدمـلا لإ ىحرجـلاو ىلتقلا درنو ومدخـنو موقلا ىقسن )ص(
Maksudnya :

________________________________
(1)
Diriwayatkanoleh Muslim (no 442), dari Ibnu Umar r.a.
www.scribd.com/mohd_naqib88

121

Kami berperang bersama-sama dengan Rasulullah saw. Kami memberi minum kepada
mereka, merawat mereka, menghantar orang yang terkorban (syahid) dan yang terluka
ke Madinah
(1)
.
Juga diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim dari Ummi „Athiyyah, katanya :
((
ُ
توزغ ، ماعطلا مهـل عنصأو ، مهـلاحر ف مهفلخأ ، تاوزغ عبس )ص( لا لوسر عم
)) ىضرمـلا ىلع موقأو ، ىحرجـلا يوادأو
Maksudnya :
Aku berperang bersama-sama dengan Rasulullah saw sebanyak tujuh peperangan. Aku
ikut di belakang mereka, aku membuat makanan untuk mereka, aku merawat orang yang
terluka dan aku mengangkat orang yang sakit
(2)
.
Semua ini adalah pekerjaan-pekerjaan yang sesuai bagi perempuan. Adapun untuk memikul
senjata, berperang, memimpin pasukan perang, ia tidak sesuai kecuali ada keperluan padanya.
Pada ketika itu, mereka akan bersama-sama lelaki berjihad menentang musuh mengikut
kemampuan mereka. Ummu Sulaim telah menggunakan khonjar (pisau belati) di dalam
peperangan Hunain. Ketika suaminya, Abu Talhah bertanya kepadanya, dia berkata :
(( ند نإ وتذخـتا )) ونطب
ُ
ترقب ، يكرشمـلا نم دحأ نم ا
Maksudnya :
Aku menggunakannya supaya apabila ada musyrikin yang dating kepadaku, aku akan
menikam perutnya
(3)
.
Ummu „Ammarah Al-Ansoriah telah ditimpa dengan kesakitan di dalam peperangan Uhud
sehinggakan Rasulullah saw memujinya. Di dalam peperangan menentang orang-orang yang
murtad, dia telah pergi menyertainya. Ketika dia pulang setelah Musailamah Al-Kazzab dibunuh,
dia telah mendapat sepuluh luka di badannya.
Setelah berlalu beberapa zaman, wanita telah dihalang dari menuntut ilmu, diasingkan dari
kehidupan, ditinggalkan di dalam rumah seolah-olah mereka adalah sebahagian dari perabot
rumah Para suami tidak mengajar mereka malah tidak membenarkan mereka belajar sehinggakan
keluar dari rumah untuk ke masjid menjadi haram.
________________________________
(1)
Hadis riwayat Ahmad (6/358), Al-Bukhari di dalam kitab Jihad dan Sayr (3/222).
(2)
Hadis riwayat Ahmad (6/407), Muslim (no 1812).
(3)
Hadis riwayat Muslim (no 1809).

www.scribd.com/mohd_naqib88

122

Jika perkara ini kembali berulang pada satu-satu zaman, maka puncanya adalah jahil, ghuluw,
menyimpang dari petunjuk islam dan bertaqlid pada pendapat yang sempit. Semua ini tidak
pernah diizinkan oleh Allah swt. Islam tidak bertanggungjawab di atas ikutan-ikutan yang bid‟ah
yang dicipta semalam, dan tidak juga bertanggungjawab di atas ikutan-ikutan yang lain yang
mungkin dicipta pada hari ini.
Islam adalah satu agama yang mempunyai pertimbangan pada setiap hukum dan adab yang
disyariatkan. Ia tidak membiarkan sesuatu supaya diharamkan, juga tidak memberatkan suatu
sudut kerana sebab yang lain. Ia tidak memberikan hak dengan sewenang-wenangnya, juga tidak
pada menuntut kewajipan.
Oleh itu, islam tidak berlembut kepada wanita berbanding lelaki, juga tidak menzaliminya kerana
lelaki, juga tidak untuk memenuhi segala keinginan wanita, juga tidak menerima lelaki
disebabkan kehormatan wanita. Tetapi, kita dapat lihat islam telah meletakkan beberapa prinsip
berkaitan wanita :
i. Islam menjaga – seperti yang kita katakan – tabiat wanita dan sifat kewanitaannya
yang Allah swt fitrahkan kepada mereka, memeliharanya dari terkaman pemangsa
yang ingin menelannya secara haram, dan dari kerakusan pengekspliotasi yang ingin
menggunakan sifat kewanitaan itu sebagai barang dagangan dan mendapat
keuntungan yang haram.

ii. Islam menghormati tugasnya yang mulia, yang disediakan bersesuaian dengan
fitrahnya dan dipilih oleh Penciptanya. Dia mengkhususkan bahagian yang lebih
banyak berbanding lelaki, yang melibatkan kelembutan, perasaan, kehalusan, dan
penuh emosi. Ia disediakan untuknya menjalankan tugas-tugas sebagai ibu yang
lemah lembut, yang menjadi satu kemuliaan yang paling besar sebagai seorang ibu,
iaitu menyediakan generasi-generasi akan datang.

iii. Islam meletakkan bahawa rumah itu adalah milik wanita, dialah tuannya,
pentadbirnya dan paksinya. Dia adalah isteri kepada seorang lelaki, teman hidupnya,
penghiburnya dikala dia keseorangan dan ibu kepada anak-anaknya. Islam
meletakkan kerja-kerja wanita adalah mentadbir rumah, menjaga urusan-urusan
suaminya, mendidik anak-anak dengan baik dari aspek ibadah dan jihad. Oleh itu,
semua ideologi dan sistem cuba menghalang wanita dari tugas-tugasnya,
mengganggunya dari menjalankan tugas dengan baik dan merosakkan hidupnya.

Sesungguhnya setiap ideologi dan sistem cuba mengeluarkan wanita dari hak
miliknya, dari menjaga suaminya dan mencabutnya dari jantung hatinya, atas nama
kebebesan, bekerja, berseni dan lain-lain lagi. Mereka sebenarnya adalah musuh
kepada wanita, cuba untuk merampas semua benda darinya, dan tidak akan
www.scribd.com/mohd_naqib88

123

memberikan dia peluang untuk melakukan tugas-tugas yang disebutkan tadi. Maka
tidak hairanlah jika mereka menolak islam.

iv. Islam ingin kepada pembinaan rumahtangga yang bahagia, yang menjadi asas
pembinaan masyarakat yang sejahtera. Dan rumahtangga yang bahagia ini terbina di
atas kepercayaan dan keyakinan, bukan di atas syak dan ragu-ragu. Keluarga yang
mana suami dan isteri saling merasa syak dan takut-takut, adalah keluarga yang
terbina di tebing yang hampir roboh. Kehidupan di dalamnya adalah seperti berada di
dalam neraka yang tidak tertanggung.

v. Islam membenarkan wanita untuk bekerja di luar rumah, tetapi di tempat yang
bersesuaian dengan tabiatnya, pengkhususannya, kemampuannya dan tidak
melenyapkan kewanitaannya. Dia boleh bekerja dengan beberapa sempadan dan
syarat. Lebih-lebih lagi jika dia atau keluarganya sangat berhajat supaya dia bekerja
di luar, atau masyarakat memerlukan kepakarannya. Bukanlah dia bekerja itu terhad
kepada sebab material, ia boleh jadi sebab yang kembali kepada dirinya, seperti dia
belum berkahwin, atau mungkin sudah berkahwin tetapi ada masalah kewangan, atau
perasaan kosong yang berpanjangan, atau rasa bosan yang boleh membunuhnya.

Seperti yang dicanangkan oleh pendokong supaya wanita bekerja, ia bukanlah perkara yang akan
dibiarkan tanpa ada peraturan dan kawalan. Kita akan sebutkan mengenai perkara ini pada
lembaran yang akan datang.

PENDOKONG SUPAYA WANITA BEKERJA DAN SYUBHAT YANG DILONTARKAN
Seperti yang dikatakan oleh golongan ini yang menyeru kepada pencampuran wanita dengan
lelaki dan menghilangkan benteng pemisah antara dua jantina. Kita lihat mereka mengajak
wanita supaya bekerja dalam setiap jenis pekerjaan, sama ada dia berhajat kepada pekerjaan itu
atau tidak, sama ada masyarakat perlu kepada pekerjaan itu atau tidak. Perkara ini adalah
pelengkap kepada perkara yang pertama tadi. Akhirnya membawa kepada pencampuran yang
tiada batasan, hilangnya benteng pemisah, cuba membebaskan diri dari kezaliman zaman
pertengahan yang gelap. Inilah apa yang dikatakan oleh mereka !!
Diantara tipudaya dan kelicikan mereka, dalam kebanyakan waktu, mereka tidaklah
mengiklankan secara terang-terangan bahawa mereka ingin supaya wanita itu mengingkari fitrah
mereka dan keluar dari sempadan kewanitaannya. Mereka ingin mengeksploitasi sifat
kewanitaan itu untuk nikmat yang haram, atau kerja yang haram, malah mereka menzahirkan diri
mereka dengan gambaran yang baik, yang tidak menginginkan sesuatu melainkan hanya perkara
www.scribd.com/mohd_naqib88

124

yang baik. Mereka menguatkan pendapat mereka untuk membiarkan wanita bekerja, dengan
hujah yang diputar-belit. Pecahan-pecahannya adalah seperti di bawah :
1. Sesungguhnya negara barat itu lebih maju dari kita dalam banyak lapangan ketamadunan.
Antaranya mereka mendahului kita dari aspek wanita bekerjaya. Jika kita ingin maju
seperti mereka, hendaklah kita mengikut jejak langkah mereka. Sesungguhnya
ketamadunan itu tidak boleh dipisah-pisahkan.

2. Sesungguhnya wanita itu separuh dari masyarakat. Membiarkan mereka di dalam rumah
tanpa melakukan sebarang pekerjaan akan merugikan bahagian yang separuh ini, dan
merugikan dari segi ekonomi bangsa. Maka maslahat masyarakat masyarakat itu
bergantung kepada wanita yang bekerja.

3. Maslahat keluarga juga bergantung kepada wanita yang bekerja. Kos hidup sekarang ni
makin bertambah pada zaman ini.bila wanita bekerja, ia akan menambah pendapat
keluarga, menolong suaminya menanggung beban kehidupan. Lebih-lebih lagi dalam
suasana yang susah mencari pendapatan.

4. Maslahat yang kembali kepada pihak wanita itu menyebabkannya perlu bekerja.
Sesungguhnya perselisihan antara manusia di dalam kehidupan dan masyarakat di luar
rumah, dapat menggilap peribadinya, memenuhinya dengan pengalaman-pengalaman dan
cubaan-cubaan. Ia tidak dapat diperolehi jika dia hanya duduk di dalam rumah berdinding
empat segi.

5. Begitu juga bila wanita itu bekerja, ia boleh dijadikan senjata melawan „musuh masa‟.
Bapanya mungkin mati, suaminya mungkin menceraikannya atau dibiarkan oleh anak-
anaknya. Maka dia tidak akan ditimpa rasa kehilangan dan meminta-minta. Lebih-lebih
lagi pada zaman yang dikuasai oleh sifat pentingkan dirinya sendiri, ketidaksetiaan, dan
putus saudara. Semua orang berkata : Diriku, diriku
(1)
.

PENOLAKAN TERHADAP SYUBHAT YANG DILONTARKAN
Menjadikan barat sebagai satu hujah adalah penghujahan yang salah, dengan sebab-sebab yang
pelbagai :
i. Barat bukanlah satu hujah bagi kita. Kita tidak disuruh supaya mengambil barat
untuk disembah. Dan tidak perlu diikut :

________________________________
(1)
Lihat di dalam perbahasan wanita bekerjaya dan dakwaan golongan yang menyokongnya, dan penolakan
terhadapnya, di dalam kitab : Al-Mar‟ah baina Al-Fiqh wa Al-Qanun oleh Dr. Mustafa As-Sibaie.
www.scribd.com/mohd_naqib88

125

¯_>l ¯_>`.,¸: ´_¸|´¸ ¸_¸¸: ¸_¸
Maksudnya :
“Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku"
(1)
.

ii. Sesungguhnya wanita di negara barat keluar ke kilang-kilang, tempat-tempat
perniagaan, dan lain-lain dalam keadaan terpaksa, bukan atas pilihan sendiri,
kerana keperluan untuk mendapatkan makanan, kesulitan mencari sesuap nasi,
selepas lelaki menarik diri dari tugas memberi nafkah, di dalam kehidupan
masyarakat yang keras. Anak-anak kecil tidak dikasihi kerana kekecilannya,
wanita tidak dikasihi kerana dia seorang wanita. Cukuplah dengan Allah swt
memberikan kita dengan sistem nafkah di dalam syariat islam.

Ustazuna Muhammad Yusuf rahimahullah menyebutkan di dalam kitabnya : Al-
Islam wa Hajat Al-Insaniah ilaih (Islam dan keperluan manusiawi kepadanya)
ketika menceritakan mengenai penjagaan islam terhadap keluarga :

Adalah lebih baik untuk aku sebutkan di sini, ketika aku bermukim di
Perancis, terdapat seorang remaja perempuan yang bekerja untuk
keluarganya untuk tempoh yang lama. Aku tinggal bersama keluarga ini
untuk beberapa tempoh. Terpancar dari remaja perempuan itu cita-cita
yang mulia.

Lalu aku bertanya kepada tuan rumah :
Kenapa remaja perempuan ini perlu bekerja?
Tidakkah dia mempunyai saudara terdekat yang dapat bekerja,
yang dapat meringankan bebannya?

Lalu jawapannya :
Dia berasal dari keluarga yang baik di suatu negeri, pakciknya
seorang yang kaya dan melimpah ruah, tetapi dia tidak mengambil
peduli akan hal anak saudaranya ini.

Aku bertanya :
Kenapa tidak membawa perkara ini ke muka pengadilan, supaya
remaja perempuan ini boleh mendapat nafkahnya?

________________________________
(1)
Surah Al-Kafirun : 6.

www.scribd.com/mohd_naqib88

126

Tuan rumah itu terkejut dengan kata-kata ini, dan dia memberitahu
kepada aku bahawa ia adalah dilarang di sisi undang-undang. Lantas aku
menceritakan kepadanya hukum islam mengenai perkara ini.

Dia berkata :
Siapa kami yang diambil peduli olehnya?
Jika ia dibenarkan mengikut undang-undang kami, nescaya tidak
akan ada remaja perempuan atau wanita tua yang keluar dari
rumahnya untuk bekerja di syarikat, kilang, makmal, atau mana-
mana institusi kerajaan
(1)
.

Maksudnya : Ketakutan wanita-wanita ini kepada kelaparan dan kehilangan
menjadi sebab yang mendorong mereka keluar bekerja kerana keadaan yang
mendesak.

iii. Sesungguhnya barat yang mereka ikut itu, pada hari ini mereka mengadu
mengenai wanita yang bekerja dan kesan-kesannya. Malah, wanita-wanita itu
sendiri yang mengadu akan bencana ini, yang menjadikan mereka tidak
mempunyai pilihan. Seorang penulis wanita yang masyhur, Anna Ruud menulis di
dalam sebuah artikel yang diterbitkan di dalan surat khabar Alistron Mail :

Anak-anak perempuan kita yang bekerja sebagai pembantu rumah di
dalam rumah itu lebih baik dan kurang bencananya dari mereka bekerja
di makmal-makmal, sehingga mereka menjadi wanita yang tercemar
dengan kotoran, menghilangkan penggilap kehidupan mereka secara
kekal.

Tidakkah kita mahu negara kita menjadi seperti negara islam. Malu,
kesucian dan kebersihan itu sebagai penutup. Pembantu dan hamba
merasa nikmat hidup, dilayan seperti layanan kepada anak-anak tuan
rumah, tidak disentuh dengan tujuan yang buruk.

Ya, memang malu bagi negara Inggeris untuk kita menjadikan anak-anak
perempuannya sama seperti sampah dengan membiarkan percampuran
dengan lelaki. Jadi, bagaimana untuk kita menjadikan mereka melakukan
sesuatu yang bersesuain dengan fitrah mereka, seperti melakukan kerja-
kerja rumah dan meninggalkan kerja-kerja lelaki kepada lelaki, ia akan
menyelamatkan kemulian mereka
(2)
.
________________________________
(1)
Al-Islam wa Hajah Al-Insaniah ilaihi (m/s 304).
(2)
Petikan dari kitab Al-Islam wa Al-Jins (Islam dan Seks) oleh Fathi Yakan (m/s 73-74).
www.scribd.com/mohd_naqib88

127

iv. Bukanlah termasuk di dalam maslahat masyarakat untuk membiarkan wanita itu
meninggalkan tugas mereka yang utama iaitu di rumah, dan mereka bekerja
sebagai jurutera, peguam, anggota parlimen, qadhi, atau bekerja di kilang. Tetapi
maslahatnya adalah untuk mereka bekerja di medan yang dikhususkan kepada
mereka, yang bersesuaian dengan fitrah mereka : iaitu Hal ehwal sebagai isteri
dan ibu, ia tidak kurang malah lebih bahaya dari bekerja di tempat-tempat
perniagaan, makmal-makmal, dan pertubuhan-pertubuhan.

Napeleon pernah ditanya : Apakah pertahanan Perancis yang paling ampuh?
Dia menjawab : Wanita yang baik !!

Sesiapa yang mengatakan bahawa wanita yang duduk di rumah itu sebagai satu
pembaziran, mereka itu jahil atau buat-buat jahil. Berapa ramai wanita yang
mengadu mereka mempunyai kerja dan beban yang banyak di rumah. Mereka
menghabiskan waktu dan tenaganya di rumah, dan mungkin tidak mencukupi.

Jika ada sebahagian wanita yang ada lebihan waktu, maka kita ajarkan kepada
mereka cara menjahit dan menyulam, dan apa-apa kerja yang sesuai, yang tidak
menjadikannya meninggalka kewajipan di rumah. Dan mungkin dia boleh bekerja
di pertubuhan-pertubuhan dan mengambil upah, dalam keadaan di rumah, atau
dia memberi khidmat di tempatnya dan yang sama jantina dengannya, mengambil
bahagian dalam memerangi kefakiran, kejahilan, penyakit dan perbuatan yang
keji.

Realitinya, kebanyakan wanita yang bekerja dengan memberi perkhidmatan
kepada wanita yang lain, dengan mendidik anak-anak, atau kerja-kerja yang lain.
Maknanya di sini, rumah ini memerlukan kepada wanita untuk menjaga
urusannya, dan sebaik-baik orang untuk menguruskannya adalah tuan rumah itu
sendiri berbanding orang asing (luar). Dan yang lebih asing lagi bila ia berlainan
rumah, akhlak, bahasa, ideologi dan adat seperti yang berlaku di Negara Teluk,
seperti pendidik dan pembantu rumah yang diimport dari Asia Tenggara. Bahaya
perkara ini tidak dapat dijangkau oleh akal.

v. Begitu juga dengan kebahagiaan, ia bukan semata-mata dengan bertambahnya
pendapatan, yang digunakan untuk membeli perhiasan-perhiasan, pakaian,
keperluan-keperluan kehidupan yang bercampur-campur dan sebagainya. Kesan
dari pertambahan pendapatan ini, mereka terhalang dari ketenangan dan kasih
sayang yang dihilangkan oleh wanita dari suasana keluarga.

www.scribd.com/mohd_naqib88

128

Wanita yang bekerja pula, badan mereka letih dan urat saraf mereka tegang.
Mereka pada hakikatnya memerlukan kepada orang yang dapat menenangkannya.
Seorang pujangga menyebut :
. ويطعي ل ، ءيشلا دقاف
Maksudnya :
Orang yang tiada sesuatu, tidak boleh memberikan sesuatu (maksudnya :
jika dia tidak pernah merasai ketenangan, mana mungkin dia ingin
menjadi penenang bagi keluarganya).

vi. Bukanlah diantara maslahat bagi wanita itu kita mengeluarkannya dari fitrahnya,
dan pengkhususannya. Kemudian kita mewajibkan mereka dengan kerja-kerja
lelaki. Sesungguhnya Allah swt telah menjadikannya sebagai wanita. Ini adalah
satu penipuan ke atas wanita dan juga realiti. Kumpulan ini telah menyebabkan
wanita hilang sifat kewanitaanya sedikit demi sedikit, sehingga sebagian penulis
Inggeris mengistilahkan mereka sebagai jantina yang ketiga. Inilah yang diiktiraf
oleh kebanyakan wanita yang mempunyai keberanian dan bahasa sastera yang
tinggi.

vii. Dakwaan mereka bahawa bekerja itu sebagai satu senjata yang yang berada di
tangan wanita, jika ideologi ini digunapakai di barat, ia tidak digunapakai oleh
kita sebagai orang-orang islam. Ini kerana wanita di dalam islam telah cukup
keperluannya dengan pelaksaan hukum nafkah yang diwajibkan oleh syarak ke
atas bapanya, suaminya, anak-anak lelakinya, saudara lelakinya, atau yang lain-
lain dari „asobah dan kaum kerabatnya.

Justeru, mengikut barat itu akan menjadikan ciri-ciri kita hilang sedikit demi
sedikit !! Maka abang tidak mengaku adik perempuannya, kaum kerabat lari dari
kewajipannya kepada saudarnya yang lain. Kebanyakan manusia berkata : Diriku,
diriku. Oleh itu, kita perlu terus berpegang dengan syariat Allah swt, sehingga
faktor-faktor agama lebih dari tarikan-tarikan dunia.

MUDARAT WANITA BERSUNGGUH-SUNGGUH BEKERJA DI TEMPAT KERJA
LELAKI
Kita dapat mengetahui bahawa wanita yang bekerja di tempat-tempat kerja lelaki dengan
bersungguh-sungguh tanpa ada peraturan dan sempadan, akan memberi mudarat kepadanya, dari
berbagai sudut :
www.scribd.com/mohd_naqib88

129

1. Mudarat ke atas dirinya : Dia akan kehilangan sifat kewanitaan dan tugas-tugasnya,
terhalang dari rumah dan anak-anaknya, sehingga sebahagian besar wanita ditimpa
dengan kemandulan. Sebahagiannya pula menamakan ia dengan jantina yang ketiga, iaitu
dia bukan seorang lelaki, juga bukan seorang wanita !!

2. Mudarat ke atas suaminya : Suaminya terhalang dari sumber kemesraan dan
kegembiraan. Dia tidak mendapat apa-apa melainkan perdebatan, aduan-aduan di tempat
kerja, persaingan-persaingan dengan kawan-kawannya. Lelaki pula kehilangan
sebahagian besar dari kuasanya dan kepemimpianan, kerana wanita itu akan merasa dia
tidak perlu kepada lelaki kerana dia sudah bekerja. Boleh jadi gajinya lebih besar dari
gaji suaminya, wanita akan merasa lebih tinggi dari suaminya.

Inilah yang dirasai oleh kebanyakan suami, iaitu seksa menanggung perasaam cemburu
dan syak.

3. Mudarat kepada anak-anak : Kasih sayang ibu, hati ibu dan kemuliaan ibu tidak dapat
diganti oleh pembantu rumah atau pengasuh. Bagaimana anak-anak boleh memanfaatkan
ibunya jika dia menghabiskan siangnya dengan kerjanya Apabila dia pulang ke rumah,
dia pulang dalam keadaan penat yang membinasakan dan berterusan. Keadaan jasmani
dan emosinya tidak membolehkannya mendidik anak-anak dengan baik dan jelas hala
tujunya.

4. Mudarat kepada kaum lelaki : Jika setiap wanita yang bekerja dan mengambil kerja-kerja
lelaki, maka kaum lelaki akan terabai. Oleh itu, wanita jika bekerja memudaratkan lelaki.

5. Mudarat kepada pekerjaanya : Wanita selalunya lewat dan hilang dari kerjanya, kerana
banyak sebab-sebab tabie yang mendatang, yang tidak mampu dielak, seperti haid,
mengandung, kelahiran, menyusu dan yang seumpamanya. Semua ini memberi pengaruh
kepada sistem kerjanya dan keberhasilan tempat kerjanya.

6. Mudarat kepada akhlak : Akhlak sebagai seorang wanita jika hilangnya perasaan malu,
atau akhlak seorang lelaki jika telah hilang rasa cemburunya, atau akhlak sesuatu
generasi jika hilang pendidikan yang baik dan budi bahasa sejak kecil, atau akhlak
masyarakat yang menjadikan pengumpulan harta dan pendapatan sebagai tujuan utama,
yang dilakukan kebanyakan manusia, walaupun dilakukan dengan nilai-nilainya yang
tinggi dan contoh yang baik.

7. Mudarat kepada kehidupan masyarakat : Ini kerana ia terkeluar dari fitrah, dan
meletakkan sesuatu bukan di tempatnya yang fitrah itu, akan merosakkan hidup itu
sendiri, dan menjadi kecacatan, terhuyung-hayang dan bercelaru.
www.scribd.com/mohd_naqib88

130

BILAKAH WANITA DIBENARKAN BEKERJA ?
Adakah dengan perbincangan sebelum ini, wanita diharamkan dari bekerja oleh syarak, tidak
kira apa jua keadaannya :
Sekali-kali tidak. Di sini kami akan menjelaskan sehingga tahap mana, dan di dalam bidang apa
syariat membenarkan wanita untuk bekerja ?
Kami akan menjelaskan secara ringkas dan jelas, supaya perkara yang hak itu tidak diselaputi
dengan yang salah, lebih-lebih lagi dalam perkara yang sensitif ini.
Sesungguhnya tugas yang paling utama dan besar, yang tidak dibangkang oleh sesiapa, tidak
didebatkan oleh sesiapa, adalah mendidik generasi-generasi. Allah swt telah menjadikan tubuh
badannya dan emosinya untuk tugas itu, dan dia perlu mengelak dari disibukkan dengan perkara-
perkara lain, sama ada bersifat material dan sebagainya. Tidak ada seorang pun yang mampu
menggantikan tempat wanita dalam memikul tugas yang besar ini. Padanya terletak masa depan
ummah. Ia adalah sebesar-besar harta, iaitu manusia itu sendiri.
Penyair Mesir Hafiz Ibrahim rahimahullah berkata :
Ibu itu adalah sekolah, jika engkau telah menyiapkannya,
Engkau telah menyiapkan rakyat yang baik peluhnya.
Ini bukanlah bermakna wanita bekerja di luar rumah itu suatu yang haram. Tidak ada sesiapa
yang mengharamkannya tanpa dalil yang sohih dan thabit, jelas pendalilannya. Hukum asal bagi
setiap perkara adat itu adalah harus, seperti yang diketahui ramai.
Di atas asas ini, hukum wanita bekerja itu pada asalnya adalah harus. Ia boleh jadi dituntut jika
dia perlu kepada pekerjaan, contohnya jika dia seorang janda, ditalak, atau memang tidak
berkahwin langsung, tidak ada sumber dan keluarga, dan dia mampu untuk melakukan satu kerja
yang dapat mengelaknya dari meminta-meminta.
Kadang-kadang keluarga wanita itu yang mengharapkan supaya dia bekerja, contohnya
membantu suaminya, atau mendidik anak-anaknya atau anak saudara perempuannya yang masih
kecil, atau menolong bapanya yang tua, seperti di dalam kisah dua orang anak perempuan yang
menolong bapanya yang tua mengembala :
!´.l´¸ :´¸´¸ ´,!. _¸.. .>´¸ ¸«,ls «.¦ _¸. ¸_!.l¦ _¡1`.¸ .>´¸´¸ _¸. `¡¸¸¸.¸: ¸_,.¦¸.¦
¸¿¦:¸.. _!· !. !.>,L> !.l!· ¸ _¸.`.· _.> ´¸¸.`.`, ',!s¸¯¸l¦ !.¡,¦´¸ _,: ¸,¸,é ¸__¸

www.scribd.com/mohd_naqib88

131

Maksudnya :
Dan ketika dia sampai di telaga air negeri Madyan, dia mendapati di situ sekumpulan
orang-orang lelaki sedang memberi minum (binatang ternak masing-masing), dan dia
juga mendapati di sebelah mereka dua perempuan yang sedang menahan kambing-
kambingnya. Dia bertanya: "Apa hal kamu berdua?" mereka menjawab: "Kami tidak
memberi minum (kambing-kambing kami) sehingga pengembala-pengembala itu
membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua
umurnya "
(1)
.
Kadang-kadang masyarakat yang memerlukan untuk wanita itu bekerja. Contohnya doktor
wanita yang merawat wanita, mengajar anak-anak perempuan dan lain-lain yang bersesuaian
dengan wanita. Yang lebih aula bagi wanita, dia bekerja dengan wanita juga, bukan bersama-
sama lelaki. Lelaki boleh diterima di dalam beberapa keadaan yang darurat, dan ia bergantung
kepada keadaan darurat itu. Ia bukanlah kaedah yang tetap. Contohnya jika masyarakat perlu
kepada penyokong dari kalangan wanita dengan sebab keperluan untuk memajukan.
Apabila kita membenarkan wanita bekerja, maka wajib kita mengikatnya dengan beberapa
peraturan :
1. Hendaklah kerja yang dilakukan oleh wanita itu menepati syarak, iaitu bukanlah ia
pekerjaan yang haram, atau cenderung kepada yang haram seperti menjadi pembantu
rumah dengan lelaki bujang, atau setiausaha yang khusus untuk ketuanya. Dia dan
ketuanya melakukan kerja bersama-sama dan mudah membawa kepada khulwah, atau
sebagai penari yang merangsang nafsu dan keinginan dunia, atau bekerja di bar, memberi
arak yang dilaknat oleh Rasulullah saw, peminumnya, pembawanya, penjualnya . . .

Atau dia menjadi pramugari di dalam kapal terbang, yang menjadikan di mesti memakai
pakaian yang tidak syarak, memberi kepada para penumpang sesuatu yang haram,
berdepan dengan risiko disebabkan perjalanan yang jauh tanpa mahram, menjadikan dia
perlu tinggal berseorangan di negara asing, sebahagiannya adalah negara yang tidak
selamat atau sebagainya dari pekerjaan yang diharamkan oleh islam ke atas wanita
khususnya, dan ke atas lelaki dan wanita secara umum.

2. Hendaklah dia patuh dengan adab-adab sebagai seorang wanita muslimah apabila dia
keluar dari rumahnya, pada pakaian, cara jalan, percakapan dan pergerakannya. Firman
Allah swt :
¸´¸ _¸¸.¯,`, ´_¸..,¸¸ ¸¸| !. ¸¸L !¸.¸.
________________________________
(1)
Surah Al-Qashah : 23.
www.scribd.com/mohd_naqib88

132

Maksudnya ;
Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang
zahir daripadanya
(1)
.

Firman-Nya lagi :
¸´¸ _¸¸¸.¸ ´_¸¸¸l`>¯¸!¸, ´¡l-`,¸l !. _,¸±>´ _¸. ´_¸¸¸..,¸¸
Maksudnya :
Dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang
tersembunyi dari perhiasan mereka
(2)
.

Firman-Nya lagi :
¸· ´_-.>´ ¸_¯¡1l!¸, _.L´,· _¸.]¦ _¸· .¸«¸,l· "_¸. ´_l·´¸ ¸¯¡· !·¸`¸-. ¸__¸
Maksudnya :
Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap
dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang
yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan
sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)
(3)
.

3. Kerjanya itu mestilah tidak menjadikan dia meninggalkan kewajipan yang lain, seperti
kewajipan terhadap suaminya, anak-anaknya. Ia adalah kewajipan pertama dan tugas
yang utama
(4)
.

Bagi masyarakat islam pula, mereka perlu menyusun dan menyediakan bantuan-bantuan, yang
membolehkan wanita muslimah bekerja, untuk memenuhi maslahatnya, maslahat keluarganya,
atau maslahat masyarakat, tanpa menghilangkan rasa malunya, tidak berlawanan dengan
kewajipannya terhadap tuhannya, dirinya dan rumahnya, dan suasana pekerjaan yang
membantunya menunaikan kewajipannya, dan mengambil haknya.

________________________________
(1)
Surah An-Nur : 31.
(2)
Surah An-Nur : 31.
(3)
Surah Al-Ahzab : 32.

(4)


Sesiapa yang ingin menambah pengetahuan mengenai kedudukan wanita di dalam islam, sila rujuk buku Ustaz
Abdul Halim Muhammad Abu Syaqqah, Tahrir al-Mar‟ah fi „Asr Ar-Risalah. Ia adalah ensiklopedia sebanyak enam
jilid, disokong ditambah dengan nas-nas dari Al-Quran dan As-Sunnah.

www.scribd.com/mohd_naqib88

133

Atau mungkin masyarakat boleh menyusun untuk para wanita kerja setengah hari dengan
separuh gaji, contohnya tiga hari bekerja di dalam seminggu. Juga memberi kepada mereka cuti
yang mencukupi pada awal perkahwinan, cuti melahirkan anak dan menyusu.
Juga mewujudkan sekolah-sekolah, kuliah-kuliah dan universiti-univesiti khusus untuk wanita.
Mereka akan mampu untuk bersukan dan bermain permainan yang bersesuaian dengan mereka.
Mereka akan lebih bebas untuk bergerak dan melakukan aktiviti-aktiviti yang pelbagai.
Juga menyediakan tempat-tempat dan kawasan-kawasan yang khusus untuk urusan wanita di
pejabat kementrian, pertubuhan dan bank, jauh dari khalwat dan fitnah.
Dan berbagai-bagai lagi cara yang boleh dipecahkan dan diperbaharui. Tidak mudah untuk
menjaganya.
Dan Allah swt hanya berkata yang benar, dan Dia yang menunjukkan jalan.