You are on page 1of 5

Teks Forum Remaja FORUM REMAJA Jenayah Pemerdagangan Manusia Pengerusi : Bismillahhirahmannirrahim, AlHamdulillahi robbil ‘alamiin, wassolatu wassalaamu

‘alaa asyrofil anbiyai wal mursaliin.. wa ‘ala alihi wa sohbihi ajma’iin. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ukhwah, Salam Kasih Sayang dan Salam 1 Malaysia. Warga dewan sekalian, Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin serta limpah kurnia daripadaNya, dapat kita bertemu kita lagi dalam gelanggang Forum Remaja bersama saya Al-Fahmi Mubarak Ali pada pagi/petang yang berbahagia ini. Hadirin yang dirahmati Alah sekalian, sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli panel kita pada hari ini, kita sedia maklum, dewasa ini, jenayah perdagangan manusia berada dalam tahap yang agak membimbangkan semua pihak. Justeru, masalah ini perlu dilihat dalam skop yang lebih besar jika ianya ingin diselesaikan. Sesuai dengan tajuk forum kita pada kali ini, perdagangan manusia,punca dan cara mengatasinya. Persoalan inilah kunci utama forum yang ingin kita gunakan sebagai salah satu langkah untuk membendung permasalahan ini. Sebelum mengupas tajuk ini dengan lebih mendalam, terlebih dahulu, mari kita berkenalan dengan tiga orang ahli panel kita pada hari ini. Jangan ragu dan jangan risau kerana warga dewan sememangnya tidak asing lagi dengan panel-panel kita pada hari ini. Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama, saudara Muhd. Iskandar bin Nordin yang merupakan ketua kelas kita. Apa khabar saudara? Panel Pertama : Alamdulillah sihat Encik Pengerusi. Encik Pengerusi macamana? Pengerusi : Alhamdulillah, sihat juga. Seterusnya ahli panel kedua, nampak pemalu tapi bijak berkata-kata Ahmad Fuad bin Zainudin. Selamat datang saudara. Dan di hujung sana, segak berbaju biru, saudara Muhd Najmi Selamat datang juga buat saudara. Sebelum saya menyimpang dengan lebih jauh, soalan saya pada panel pertama, apakah sebenarnya jenayah pemerdagangan manusia dan siapakah yang menjadi mangsanya? Panel Pertama: Terima kasih pengerusi yang baik budi pekertinya membawa rasional persoalan. Terlebih dahulu, yang dihormati, guru dan hakim yang bijaksana, rakan-

pengangkutan. perlindungan. Hal ini disebabkan kanak-kanak dianggap senang dikawal dan tidak berupaya untuk melakukan sebarang tindakan di luar jangkaan. Pemuda-pemuda yang terpengaruh dengan tipu muslihat tersebut akan dipergunakan untuk melakukan perbuatan yang melanggar undang-undang. saya ingin menanyakan persoalan seterusnya kepada ahli panel kita yang kedua.. Manakala bagi golongan pemuda. Maruah wanita diabaikan dan hak-hak kaum wanita langsung tidak dihormati. termasuklah aktiviti buruh secara sah dan secara paksa. Menurut lama web gergasi Wikipedia. dan buruh paksa (termasuk melalui ikatan hutang). Penjenayah mungkin merancang satu penipuan seperti kerja di luar negara yang dapat mengaut keuntungan yang besar dengan cepat. tugasan yang diberikan ialah menjual pil estacy atau mengedar heroin di tempat .. Kehidupan yang dialami oleh mereka sangat dahsyat. mangsa yang terlibat dalam perdagangan manusia terdiri daripada golongan wanita. golongan wanita juga menjadi tumpuan bagi penjenayah. mereka selalunya ditipu dengan muslihat yang diberikan oleh penjenayah. penjaga bayi yang tidak berlesen. Pada kebiasaannya. pelacuran. Pada kebiasaannya. Selain daripada golongan kanak-kanak. Sebentar tadi panel pertama ada menyatakan bahawa mangsa perdagangan manusia kebiasaannya terdiri daripada golongan wanita. pemuda dan kanak-kanak. perdagangan manusia adalah perdagangan dan perniagaan yang melibatkan pergerakan atau migrasi manusia secara haram. Istilah ini digunakan dalam konteks lebih sempit oleh kumpulan advokasi untuk merujuk kepada perekrutan. Golongan wanita yang lemah dan tidak dapat melindungi diri sendiri selalunya dipaksa membuat sesuatu yang tidak diingini seperti menjadi pembantu rumah yang tidak sah di sisi undang-undang. Perkara ini boleh dikaitkan juga dengan fikiran mereka yang belum matang. GRO ataupun pelacur. yang tidak dapat membezakan apa yang betul dan apa yang salah. atau pengambilan manusia bagi tujuan perhambaan. Justeru. Bismillah.rakan panel yang lain dan seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian. Kanak-kanak merupakan mangsa utama bagi pelaku pemerdagangan manusia. Pengerusi : Terima kasih kepada panel pertama kita atas lontaran konsep yang utuh lagi berisi. mengapakah golongan-golongan ini yang menjadi majoriti mangsa perdagangan manusia ini? Panel Kedua: Soalan yang amat menarik daripada pengerusi kita pada hari ini. pemuda dan kanak-kanak.

isu-isu berkaitan dengan perdagangan manusia sering diperkatakan pada masa kini dan menjadi fokus media massa. Selain itu. Manakala bagi wanita pula dijadikan sebagai pelacur. Tamsilnya kanak-kanak dijadikan sebagai pengemis. mangsa pemerdagangan manusia mungkin mengalami jangkitan penyakit. Lantaran itu mangsa-mangsa aktiviti perdagangan manusia lebih suka memencilkan diri daripada bergaul dengan orang . Sekarang sudah terang lagi bersuluh bahawa sebenarnya terdapat banyak punca berlakunya jenayah yang keji ini. Bagi golongan kanak-kanak juga tidak ketinggalan apabila mereka dijadikan pengemis jalanan. tentera paksa atau bagi tujuan aktiviti keagamaan. jangkitan kuman. Pengerusi : Terima kasih kepada panel kedua atas pandangan yang amat bernas sebentar tadi. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh mangsa-mangsa ini sememangnya terdedah kepada wabak seperti AIDS.500 oleh pihak pedagang manusia telah terpapar di muka depan akhbar Berita Harian. Panel ketiga : Bismillah. Akibat daripada aktiviti pemerdagangan manusia juga. Penyakit seperti ini mudah merebak terutama bagi wanita yang memperdagang diri mereka untuk aktiviti pelacuran. mereka turut terdedah kepada wabak penyakit seperti SARS. HIV. umum sedia maklum. Pemuda tersebut akan terperangkap dengan penipuan dan akhirnya tidak dapat melepaskan diri. Forum diteruskan lagi dengan satu soalan kepada panel kita yang ketiga. Perkara ini menyebabkan mangsa tidak suka berhadapan dengan khalayak umum kerana mangsa mungkin dikeji atau dihina kerana pernah melakukan aktiviti terkutuk seperti melacur atau mengemis. Aktiviti seumpama ini kadang kala dilakukan tanpa bayaran kerana mangsa tidak diberikan bayaran/gaji tetapi mereka hanya diberikan tempat tinggal serta makan dan minum sebagai saraan hidup. Buktinya. Perkhidmatan mereka seolah-olah dipergunakan oleh pihak yang tak berwajib. Kebanyakan mangsa pemerdagangan manusia mengalami gangguan mental dan trauma akibat daripada pekerjaan yang terpaksa dilakukan. Apakah impak aktiviti perdagangan manusia ini terhadap mangsa? Dipersilakan. berita penyelamatan empat wanita warga Filipina yang ‘dijual’ dengan harga RM7. Untuk menjawab persoalan ini. dan sebagainya. pada 20 April 2012 yang lalu..awam seperti disko atau pub. jangkitan kuman dan lain-lain. mangsa menanggung malu seumur hidup. hamba dan buruh paksa.. filis. Hadirin yang dirahmati Allah sekalian.Terlebih dahulu saya ingin ucapkan. terima kasih kerana menjemput saya untuk berbicara dalam majlis forum ini.

pendakwa raya. saya ingin mengajukan soalan terakhir kita kepada panel pertama kita. dan pintu sempadan sangat diperlukan dalam usaha membasmi jenayah yang tidak berperikemanusiaan ini. Pengerusi: Terima kasih kepada panel ketiga di atas penjelasannya yang panjang lebar sebentar tadi. sebelum berakhir mari kita sama-sama menepuk tangan untuk diri sendiri kerana berjaya dan tekun mendengar perbincangan kita hari ini. Sebelum kita mengakhiri forum kita pada pagi yang mulia ini. Moga apa yang kita dapat hari ini tidak sekadar ” masuk telinga kanan. Hal ini kerana amalan rasuah merupakan tindakan duri dalam daging terhadap keselamatan sesebuah negara malahan kepada ekonomi tanah air kita. Penyelarasan sistem data maklumat kemasukan dan mengemaskinikan rekod keluar masuk di pintu sempadan terutama di lapangan terbang. Kesimpulannya perkara yang berkaitan dengan masalah ini sebenarnya bukanlah suatu perkara yang patut kita pandang remeh. pelabuhan. hakim dan majistret hendaklah dilatih mengenai pelbagai perkara termasuk Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 supaya mereka bersiap sedia berdepan dengan isu terbabit. kastam.ramai kerana mereka mungkin bimbang akan terjerumus dengan aktiviti itu lagi dan turut bimbang akan perspektif masyarakat terhadap pekerjaan yang telah dilakukan oleh mereka sebelumnya. Penguat kuasa. keluar telinga kiri”. Pengerusi: Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kita kerana sudi hadir dan sudi menyuarakan pendapat masing-masing. Nampaknya masa amat mencemburui kita.(tepuk tangan). Setiap individu mempunyai tanggungjawab dalam . Panel 2: Izinkan saya menyelit sedikit hemat saya. RELA dan organisasi-oraganisasi yang sama di negara-negara jiran hendaklah diperiksa agar amalan ini dapat dibasmi. Jabatan-jabatan yang masih menjadi kambing hitam seperti imigresen. Pada pendapat anda. Pembasmian gejala rasuah yang masih menghantui badan-badan penguat kuasa setiap negara juga hendaklah dilakukan. apakah langkah yang patut dilakukan untuk membendung jenayah ini? Panel Pertama : Pihak kerajaan hendaklah memperketat pelbagai aspek termasuk dari segi kemasukan pelancong asing serta mengawal semua 262 pintu masuk ke sempadan negara yang dipercayai juga boleh menyumbang kepada jenayah perdagangan manusia. Selain itu. kementerian yang berkenaan hendaklah bekerjasama dengan badan antarabangsa untuk melatih anggota keselamatan untuk menangani pelbagai kemungkinan kemasukan warga asing bagi tujuan tertentu. polis marin.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Yang Maha Pencipta. andai kami terkasar bahasa. anpun maaf kami pinta. Saya akhiri forum remaja kita pada pagi ini dengan lafaz yang mulia. Sebelum mengakhiri bicara forum kita pada hari ini. terimalah serangkap pantun yang berbunyi: Tuailah padi antara masak. tersilap bicara. Intailah kami antara nampak. Esok jangan rindu-rinduan. dan yang kurang elok itu datangnya daripada kekhilafan diri kami sendiri. Sekian sahaja untuk hari ini.membendung kemelut ini daripada terus menjadi barah. Wallahu’alam. Esok jangan layu-layuan. Wabillah hitaufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh .