You are on page 1of 20

AB-2203 BAB 1 PENGENALAN

11B8169

1.0. Pendahuluan.

Semantik adalah merupakan satu bidang yang mengkaji dan menganalisis makna kata dan ayat. Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunyai makna. Manakala, dalam bahasa kita dapat mengungkap fikiran, perasaan, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia. Jika dilihat dari segi istilah pula, semantik berasal dari perkataan Yunani ‘semantickos’ yang bermaksud penting atau bererti. Jika dilihat definisi yang diberikan oleh tokoh bahasa yang lain, semantik menurut Palmer (1989) ialah istilah yang merujuk kepada kajian makna yang merupakan sebahagian daripada bahasa dan linguistik itu sendiri. Manakala menurut Ferdinand de Saussure, semantik merupakan bahasa yang diucapkan untuk menyampaikan makna dan Choamsky pula berpendapat bahawa semantik bermaksud makna ayat ditentukan oleh struktur permukaan dan konteks apabila ayat digunakan.

Menurut Kamus Dewan, semantik ialah kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata.

Pada dasarnya semantik ialah ilmu tentang erti atau perubahan erti sesuatu perkataan. Secara khusus pula ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna, hubungan antara makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat. “…which can be definedsimply as the study of the meanings of language. This is an area of study that is as interesting as it is problematic.” (Alvin, L. P., Deterding, D. & Low, E. L., 2006:57)

Kata-kata dalam bahasa Melayu yang mempunyai pelbagai jenis makna yang dapat dikategorikan kepada beberapa golongan seperti sinonim iaitu perkataan yang mempunyai 1

AB-2203

11B8169

makna yang sama dari segi makna nahu tetapi berbeza daripada segi makna leksikal, antonim iaitu perkataan yang mempunyai makna yang berlawanan, hiponim iaitu perkataan yang maknanya sebahagian daripada makna perkataan lain, homonim iaitu perkataan yang mempunyai bentuk dan bunyi yang sama tetapi maknanya berbeza, polisemi iaitu perkataan yang mempunyai makna yang banyak, dan peribahasa iaitu beberapa perkataan yang mempunyai satu makna.

Pada asasnya, makna sesuatu perkataan diperolehi dengan merujuk kepada maksud sesuatu benda. Contohnya, „ini buku’, sambil menunjuk ke arah sebuah buku. Makna perkataan ‘buku’ boleh diperolehi apabila kita melihat sebuah buku. Namun, apabila sesuatu perkataan itu tidak mempunyai benda hendak ditunjuk dan bersifat abstrak, seperti perasaan, maka perkataan tersebut tidak dapat diberikan makna. Oleh itu, timbullah dalam bidang semantik istilah-istilah seperti sinonim, antonim, polisim dan hiponim. Dengan ini, makna sesuatu perkataan boleh diberikan dengan merujuk perkataan-perkataan lain yang mempunyai hubungan dengan sesuatu perkataan yang lain.

Kesimpulannya ialah semantik boleh dikatakan sebahagian daripada linguistik yang mengkaji makna bahasa secara teliti dan dapat dijelaskan sebagai sesuatu bidang yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam bahasa secara ringkas.

2

Ini adalah salah satu teori yang paling digemari oleh kebanyakkan ahli bahasa atau falsafah.AB-2203 BAB 2 TEORI SEMANTIK 11B8169 2. Rajah 1 di bawah ini adalah merupakan teori yang dimaksudkan oleh Ogden dan Richards. melalui fikiran. Segi Tiga Makna Segi tiga makna juga dikenali sebagai Teori Referensial atau Korespondensi yang dikemukakan oleh Ogden dan Richards. pikiran dan realitas di alam. Menurut Ogden dan Richards. Parera (1990) mendefinisikan semantik sebagai ilmu tentang makna. simbol hanya dipakai untuk kata yang merujuk kepada benda. situasi. Pendahuluan. Teori adalah pendapat atau pandangan yang dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara dan. Analisis Medan Makna dan Analisis Komponen Makna.1. peristiwa dan sebagainya. Mereka menghubungkan kata dan fikiran ke objek.0. Antara teori-teorinya ialah Segi Tiga Makna. 3 . segi tiga makna itu adalah hubungan antara reference dan referent yang menyatakan lewat simbol bunyi bahasa sama ada kata. frasa ataupun kalimat. Manakala teori semantik adalah teori yang dapat meletakkan makna pada setiap perkataan dan ayat yang berkaitan dengannya dalam sesuatu bahasa yang diujarkan. Beliau ada menyenaraikan beberapa teori semantik dari para pakar filsafat linguistik yang mempersoalkan makna dalam bentuk hubungan antara ujaran. teori linguistik pula merupakan prinsip dan dasar untuk menganalisis dan menghuraikan data bahasa. yang dikenali sebagai Segi Tiga Makna Ogden-Richards. Istilah simbol menurut Ogden dan Richards. 2.

Bentuk dan Referen Rajah 1 menunjukkan bahawa makna (konsep/fikiran) merujuk kepada simbol dan rujukan itu secara langsung yang bersesuaian dengan fakta atau bahasa kefaktaan. kuliah. mahasiswi. dermasiwa.2. 2. mahasiswa. tesis. apabila kita menyebut perkataan ‘universiti’ maka perkataan-perkataan yang berkaitan dengannya ialah pensyarah. tugasan. Dengan ini 4 . Akan tetapi. Sebagai contoh seperti rajah 2 di bawah ini. Medan Makna Medan makna didefinisikan sebagai hubungan paradigma di antara beberapa perkataan yang mempunyai pertalian antara satu sama lain. naib canselor. tidak begitu halnya dengan hubungan antara simbol dengan rujukan yang mempunyai garisan yang terputusputus yang membawa maksud bahawa sesuatu simbol itu tidak selalunya bertepatan dengan apa yang dirujuk. dekan dan lain-lain lagi. professor. Pertalian ini wujud kerana perkataan-perkataan itu berada di dalam lingkungan yang sama dan perkataan-perkataan itu boleh digunakan untuk menjelaskan maksud atau pengertian sesuatu perkataan yang lain. Ianya merupakan sekumpulan butir leksikal yang maknanya saling berhubungan disebabkan oleh kehadiran masing-masing dalam konteks yang serupa.AB-2203 11B8169 Makna (konsep/fikiran) Thought of Reference Bentuk/Simbol (Kata) Symbol Acuan/Rujukan Referent Rajah 1 : Hubungan makna.

/-jantan/.AB-2203 11B8169 perkataan seperti itu tadi. /+dewasa/. medan makna bagi perkataan ‘universiti’ mempunyai kaitan di antara satu dengan yang lain dan ianya melambangkan ‘universiti’ tersebut. Ianya mempunyai makna yang sama atau lebih kurang sama. 2. Analisis Komponen Makna Analisis komponen makna pula adalah makna yang dimiliki oleh setiap kata yang terdiri di atas sejumlah komponen yang membentuk keseluruhan makna kata itu sendiri.3. Jika dibandingkan komponen kata ‘babah’ dengan ‘babu’ terdapat perbezaan yang ketara dari segi komponen makna /jantan/. pensyarah dekan tesis mahasiswa Universiti dermasiswa kajian kuliah tugasan Rajah 2: Medan Makna bagi ‘universiti’. 5 . /+jantan/ dan kata ‘babu’ memiliki komponen makna /+manusia/. Misalnya. difahami atau disebutkan satu-persatu berdasarkan pengertian-pengertian yang dimilikinya. /+dewasa/. Analisis komponen makna ini dapat dianalisis. kata ‘babah’ memiliki komponen makna /+manusia/.

AB-2203 BAB 3 ANALISIS KOMPONEN MAKNA 11B8169 3. teori ini adalah yang paling menarik dan mudah difahami. 1938. fitur distingtif dan komponen-komponen makna yang bersesuaian. maksud konsep sinonim yang sebenar. Teori analisis komponen makna ini adalah berdasarkan kaedah yang digunakan oleh ahli antropologi dalam menentukan hubungan kekeluargaan yang merupakan satu teknik menganalisis makna dan pertalian yang terdapat antara satu perkataan dengan perkataan yang lain. Makna-makna yang terkandung pada setiap perkataan itu dapat dianalisis dan didefinisikan melalui komponen makna perkataan itu. Ini adalah kerana bagi pengkaji. Salah satu teori yang telah dipilih oleh pengkaji adalah Teori Analisis Komponen Makna. Teori analisis komponen makna adalah salah satu teori yang paling digemari dikalangan pengkaji bahasa dan ianya selalu digunakan oleh pengkaji bahasa dalam mengkaji sesuatu makna dalam sesuatu bahasa yang diujarkan. setiap konsep dipecahkan ke dalam komponen atau fitur yang terkecil dipanggil fitur distingtif yang diperkenalkan oleh Jacobson. Misalnya istilah ‘baju’.0. Pendahuluan. Melalui teknik ini. ‘seluar’ dan ‘tudung’ dapat dijelaskan dengan menganalisis komponen-komponen yang berkaitan bagi analisis komponen makna ‘pakaian’. Ianya juga merupa salah satu teori yang banyak kelebihan dan kekuatan daripada kelemahan. Ianya menggunakan fitur distingtif sebagai satu formula untuk menganalisis komponen makna yang mana mengandungi simbol positif (+) bagi fitur yang mempunyai ciri yang sama. Maka. di dalam bab ini akan menghuraikan dengan lebih lanjut berkenaan dengan perkara yang berkaitan dengan teori analisis komponen makna seperti definisi. Teori ini menggunakan fitur yang ditandai dengan (+) dan (-) untuk menandakan ada atau tiada fitur pada perkataan itu. dan simbol negatif (-) pula bagi fitur yang mempunyai ciri yang 6 . Rajah 3 di bawah ini menunjukkan adanya persamaan dan perbezaan fitur-fitur tertentu pada objek yang disediakan.

Kedayan dan Dusun. cahaya itu bersinonim dengan perkataan sinaran. ‘mobil’ dan ‘kereta’. terang. sorot. suluh. 3. api. dan ‘iang’ bagi dialek Bisaya. panah. kilauan. ‘adi’ bagi dialek Belait.1. ad-din. lilin. nur. Secara umumnya. pelita. semarak. 7 . sinonim disebut sebagai perkataan seerti. ‘enak’ dan ‘sedap’ dan sebagainya. obor. Tutong. Maka berdasarkan dengan kajian pengkaji yang akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam bab 4 mengenai perkataan cahaya. seri. pendarflour dan suar. Objek: Binatang Bernafas Fitur Kata Nama Binatang Melalui Insang Boleh dimakan + - Bersisik Berkaki Berenang Ikan Kucing + + + - + - + + - Rajah 3: Fitur Distingtif bagi Analisis Komponen Makna. iaitu kata-kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama. Sinonim Sinonim ialah makna perkataan yang sama. Manakala. nyala. cerah. Sebagai contoh perkataan ‘gugur’ dan ‘jatuh’. jamung. ‘cang’ bagi dialek Murut.AB-2203 11B8169 berbeza. Maka dengan itu membawa maksud bahawa kata ‘ikan’ dan ‘kucing’ mempunyai kata nama yang sinonim tetapi berlainan fitur tertentu. kejernihan. pendar. cuaca. Ini bermaksud bahawa perkataan itu mempunyai perbezaan dari segi bentuk katanya tetapi mempunyai pengertian dan rujukan yang sama. lampu. di dalam dialek puakpuak di Brunei memberi maksud sinonim bagi perkataan cahaya itu ‘bandang’ bagi dialek Brunei. kilat.

Matahari mempunyai bentuk yang hampir bulat dan telah sedia wujud berkurun lamanya. lampu. Dalam komponen makna ‘cahaya’ mempunyai fitur-fitur yang tertentu iaitu sesuatu yang memberikan sinaran atau menerangi sesuatu tempat atau kawasan. Menurut Kamus Dewan. 8 .w. Di sini juga akan menerangkan perbezaan perbezaan yang terdapat pada setiap komponen kata yang dibandingkan di antara satu dengan yang lain. pengkaji juga akan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai fitur-fitur dalam setiap komponen kata yang mempunyai komponen makna yang hampir sama dengan komponen kata ‘cahaya’. 4. obor. api. Antara kata yang mempunyai pengertiaan yang sama adalah seperti bulan. kilat. bintang. matahari mempunyai banyak kelebihannya dan berguna untuk pelbagai perkara. Komponen Makna Cahaya. Salah satu komponen kata yang utama adalah ‘matahari’.t. yang mempunyai persamaan makna dengan ‘cahaya’. lilin. Matahari menurut Kamus Dewan adalah merupakan bintang yang mempunyai jasad pusat dalam system suria. yang mengeluarkan cahaya dan haba. 4.0. Selain daripada itu. Selain itu. misalnya adalah untuk menyinari seluruh alam di waktu siang. kelip-kelip.1. tanglung. Komponen Kata Utama ‘Matahari’. yang merupakan salah satu ciptaan Allah s. ‘cahaya’ adalah pancaran yang datangnya dari objek yang bersinar.2. pelita dan sebagainya. pengkaji akan menerangkan tentang analisis komponen makna bagi kata ‘cahaya’. Pendahuluan. dan disekelilingnya bumi dan planet-planet lain beredar. memberi tenaga kepada semua yang bernyawa dan sebagainya. Dalam bab ini.AB-2203 BAB 4 KOMPONEN KATA ‘CAHAYA’ 11B8169 4.

w. dalam Surah Ar-Rahman ayat 5 yang lebih kurang maksudnya bahawa. Perbandingan Komponen Kata ‘Matahari’ dengan yang lain. untuk menerangi seluruh alam semesta.t bagi menyinari dan memberi cahaya suria ke seluruh alam semesta. Diciptakan Matahari oleh Allah adalah untuk menerangi jagat alam ini dan sebagai energi perputaran planet-planet yang disekelilingnya sebagai bahan energi perputaran itu sendiri. Matahari merupakan ciptaan yang kekal pada jangka waktu yang tertentu iaitu akan kekal sehingga terjadinya hari kiamat. Matahari adalah ciptaan Allah yang diciptakan seperti besarnya bumi dan bahkan 7x lipat besarnya dari bumi ini yang bahannya terbuat dari lapisan titanium yang sangat panas yang berkerak dan berlapis lapis. 1) ‘Matahari’ dan ‘Bulan’ Fitur Kata Nama Matahari Bulan Memberi Cahaya + + Panas Besar Waktu Siang + - Semulajadi Berada di Mengelilingi Angkasa + + Bumi + + + - + + + + Matahari dan bulan mempunyai banyak persamaan. Ini adalah kerana keduan-duannya adalah ciptaan Allah s. matahari juga sangat bermanfaat untuk mahluk hidup yang ada dibumi terutama manusia itu sendiri. Seperti di dalam firman Allah.t.w. Matahari peranannya sangat banyak untuk Bumi.AB-2203 4. hanya waktunya habanya sahaja 9 . 11B8169 Matahari adalah merupakan satu objek yang semulajadi yang diciptakan oleh Allah s.selain untuk pembedaan hari dan pergantian malam.3.

bintang lebih kecil bentuknya daripada matahari. Tidak seperti matahari yang hadir di waktu singa hari. manakala bulan pula akan keluar sebaik sahaja malam menjelang dan berhawa sejuk. 3) ‘Matahari’ dan ‘Kilat’ Fitur Kata Nama Masa Memberi Cahaya Waktu Siang Diikuti Bahaya dengan Guruh Semulajadi Yang Sudah Tetap Mengelilingi Bumi 10 . Cuma kadangkala didapati bahawa bintang berkedipkedip cahayanya. 2) ‘Matahari’ dan ‘Bintang’ Fitur Kata Nama Matahari Bintang Memberi Cahaya + + Panas Besar Waktu Siang + - Semulajadi Berada di Mengelilingi Angkasa + + Bumi + - + - + - + + Matahari dan bintang juga banyak mempunyai fitur yang hampir sama. sedangkan matahari akan terus bersinar dan semakin panas jika menjelang tengah hari. bintang hanya akan menjelma di waktu malam ketika langit tidak berawan.AB-2203 11B8169 berbeza. Dipercayai bahawa. Matahari akan keluar pada waktu siang dan mempunyai haba yang panas. Kedua-dua objek ini adalah semulajadi dan berada di angkasa.

mancis atau mungkin juga gasolin untuk menjadikan apinya lebih besar dan tahan. sebab itu ada tanda ‘*’ pada ruangan ‘waktu siang’. Akan tetapi terdapat banyak perbezaan yang ketara di antara keduanya. Unggun api ini selalunya dinyalakan sewaktu ada perkhemahan dan bertujuan untuk memanaskan badab atau sebagainya. Akan tetapi. kehadiran kilat tidak kira pagi atau petang atau malam. bentuknya dan sebagainya. Perbezaan kilat dengan matahari adalah kilat mempunyai fizikal yang memanjang seperti ranting di angkasa atau di langit dan akan diikuti oleh deruman guruh yang nyaring. 5) ‘Matahari’ dan ‘Pemetik Api’ 11 .AB-2203 Matahari Kilat + + + * + + + + + 11B8169 + - Matahari dan kilat pula masih mempunyai fitur yang sama dalam memberikan cahaya. akan tetapi masih ada beberpa perbezaan dari segi kehadirannya. 4) ‘Matahari’ dan ‘Unggun Api’ Fitur Kata Nama Matahari Unggun Api Memberi Cahaya + + Bulat Panas Semulajadi Mengeluarkan Haba Memerlukan Kayu Bulih dibuat di mana-mana + - + + + - + + + + Matahari dan unggun api masih mempunyai fitur yang sama dalam memberi cahaya dan member haba yang panas. Unggun api adalah buatan manusia yang memerlukan beberapa objek lain untuk membuat unggun api iaitu seperti kayu api.

dan selalunya bertujuan untuk menyalakan rokok. Banyak perbezaan di antara kedua objek ini. Ianya memerlukan gasolin dan selalunya diperbuat badannya daripada besi atau plastik. 6) ‘Matahari’ dan ‘Lilin’ Fitur Kata Nama Matahari Lilin Boleh Memberi Cahaya Bulat Tidak kekal Besar dibawa Kemanamana + + + * + + + + Memerlukan mancis untuk menyalakannya Mempunyai Aroma Terapi + 12 . tetapi berbeza dengan fitur-fitur yang lain.AB-2203 11B8169 Fitur Kata Nama Matahari Pemetik Api Boleh Memberi Cahaya Besar Waktu Siang Memerlukan Gasolin dibawa Kemanamana + + + + + + Diperbuat daripada Besi + Tidak Kekal + Matahari dan pemetik api juga mempunyai fitur ‘memberi cahaya’ yang sama. Pemetik api adalah sejenis objek yang kecil dan mudah dibawa ke mana-mana.

Lilin adalah merupakan objek yang dibuat oleh manusia dengan beraneka bentuk. fitur-fitur yang lain semuanya bercanggah kerana fitur-fitur bagi obor adalah tidak kekal dan memerlukan susuatu bahan atau objek bagi menyalakan apinya serta obor hanya digunakan ketika memerlukan sahaja iaitu sewaktu perasmian ‘Sukan SEA’ dan sebagainya. dan yang lain adalah berbeza sama sekali. 8) ‘Matahari’ dan ‘Lampu Suluh’ Fitur Kata Nama Memberi Cahaya Semulajadi Bulat Panas Besar Waktu Siang Memerlukan Bateri 13 . Lilin juga mempunyai fitur yang tidak kekal kerana lilin akan cair apabila lama digunakan. Manakala.AB-2203 11B8169 Matahari dan lilin juga hanya mempunyai persamaan di dalam fitur ‘memberi cahaya’. warna dan kadangkala mempunyai haruman yang menyenangkan. 7) ‘Matahari’ dan ‘Obor’ Fitur Kata Nama Matahari Obor Memberi Cahaya + + Bulat Semulajadi Waktu Siang + - Dipegang Memerlukan Gasolin + Tidak Kekal + + - + - + Matahari dan obor juga mempunyai persamaan dalam memberikan cahaya.

Lampu tidur juga memerlukan elektrik bagi menyalakan cahaya lampunya dan mempunyai butang ‘on/off‟. lampu suluh memerlukan mentol lampu dan bateri sebagai bahan utamanya. 10) ‘Matahari’ dan ‘Lampu Kereta’ 14 . Selain dari itu. Selain itu juga. semua fitur-fiturnya berbeza. Salah satu bahan utama lampu tidur adalah mentol lampu tertentu sesuai dengan kemalapan cahaya lampu tersebut. Lampu suluh juga mempunyai butang ‘on/off‟ untuk menyalakan lampunya. Lampu tidur selalunya mempunyai cahaya yang malap dan hanya digunakan pada waktu malam sebagai lampu tidur di dalam bilik tidur. 9) ‘Matahari’ dan ‘Lampu Tidur’ Fitur Kata Nama Matahari Lampu Tidur Memberi Cahaya + + Semulajadi Bulat Panas Besar Waktu Siang + - Memerlukan Eletrik + + - + - + - + - Matahari dan lampu tidur juga mempunyai persamaan dalam fitur ‘memberi cahaya’. Sedangkan fitur-fitur yang lain mempunyai perbezaan yang ketara iaitu lampu suluh adalah salah satu objek buatan manusia yangh memerlukan bahan-bahan tertentu untuk memberikan cahayanya.AB-2203 Matahari Lampu Suluh + + + + + + + - 11B8169 + Matahari dan lampu suluh juga hanya mempunyai fitur ‘memberi cahaya’ yang sama.

11) ‘Matahari’ dan ‘Bunga Api’ Fitur Kata Nama Matahari Bunga Api Memberi Cahaya + + Semulajadi Waktu Siang + - Memerlukan Digunakan Bahan Tertentu + untuk Perayaan + Berbunyi Letupan + Dibeli + - + 15 . Akan tetapi. Lampu kereta ini juga tidak kekal seperti matahari dan memerlukan bahan api atau elektrik atau bateri bagi menghidupkan atau menyalakan cahaya lampunya. lampu kereta terpasang/terlekat pada bahagian-bahagian kereta bagi menerangi jalan di hadapannya.AB-2203 11B8169 Fitur Kata Nama Matahari Lampu Kereta Memberi Cahaya + + Semulajadi Besar Waktu Siang + - Memerlukan Bateri + Untuk Kereta + Lebih daripada satu + + - + - Matahari dan lampu kereta juga mempunyai persamaan dalam fitur ‘memberi cahaya’. Lampu kereta ini akan memancarkan cahayanya jika enjin kereta dihidupkan dan selepas ditekan butang ‘on/off‟ nya.

AB-2203 11B8169 Matahari dan bunga api pula juga mempunyai fitur ‘memberi cahaya’. serta ia juga adakalanya merbahaya untuk dipasang oleh kanak-kanak. Cahaya dari tanglung ini tidaklah begitu terang seperti cahaya matahari. Bunga api juga mempunyai percikan cahaya yang pelbagai warna dan menarik. sambutan Tahun Baru Cina dan sebagainya. Dan ianya juga dibawa menggunakan ranting kayu untuk menerangkan jalan si pembawa tanglung. besi dan dian. Tanglung selalunya digunakan oleh bangsa Cina dalam sesuatu upacara tertentu seperti Pesta Tanglung. Bunga api ini juga terdiri dari berbagai bentuk dan kadang-kandang mempunyai bunyi letupan yang kuat. Tanglung memerlukan bahan-bahan tertentu bagi menjadikannya salah satu objek pemberi cahaya seperti kertas warna. Bunga api dipasang bertujuan untuk meraikan sesuatu perayaan misalnya sambutan Hari Raya Aidilfitri. 12) ‘Matahari’ dan ‘Tanglung’ Fitur Kata Nama Matahari Tanglung Memberi Cahaya + + Semulajadi Bulat Panas Waktu Siang + - Digunakan untuk Perayaan Dibawa Menggunakan Kayu + - + - + - + + Matahari dan tanglung juga mempunyai fungsi yang sama dalam fitur ‘memberi cahaya’. dan ianya diikuti dengan bunyi letupan dan percikan mercun di udara. kayu. 13) ‘Matahari’ dan ‘Pelita’ 16 . tali.

Ianyanya mempunyai berbagai bentuk dan warna kerana ianya adalah hasil dari buatan manusia.AB-2203 Fitur Kata Nama Matahari Pelita 11B8169 Memberi Cahaya + + Semulajadi Bulat Panas Waktu Siang + - Digunakan Memerlukan untuk Perayaan sumbu dan gasolin + - + - + - + + Matahari dan pelita juga mempunyai fitur ‘memberi cahaya’ yang sama. sama ada digantung atau diletakkan di atas lantai. Cahayanya akan malap dan tiada apabila gasolinnya kehabisan. dan selebih fiturfiturnya adalah berbeza sama sekali. 17 . Lentera juga mempunyai sumbu dan memerlukan gasoline bagi menyalakan apinya. terutama sekali di pelantar di kebanyakan rumah-rumah di kampong-kampong yang tiada bekalan elektrik. Lentera berfungsi bagi memberi cahaya pada sesuatu tempat. Lentera selalunya diperbuat daripada kaca dan besi. Adilfitri. 14) ‘Matahari’ dan ‘Lentera’ Fitur Kata Nama Matahari Lentera Memberi Cahaya + + Semulajadi Bulat Panas Waktu Siang + - Memerlukan sumbu dan gasolin Mempunyai Pemegang + - + - + - + + Matahari dan lentera juga mempunyai fitur ‘memberi cahaya’ yang sama. Pelita merupakan suatu objek yang memberikan cahaya dan memerlukan sumbu dan gasolin bagi menyalakan apinya.

keperluan dalam bahan yang lain dalam menyalakan cahayanya dan lain-lain. Disamping itu. 18 . ‘matahari’ mempunyai kesinoniman dengan objek-objek yang dinyatakan seperti di atas dalam fitur ‘memberikan cahaya’ kepada sesuatu tempat atau kawasan. sambutan Hari Raya dan sebagainya. Cucul adalah lampu yang mempunyai mentol yang berangkaian dan banyak serta berwarna-warni. Rumusan Perbandingan Matahari dengan Objek Lain yang Memberi Cahaya. Cucul memerlukan elektrik untuk menyalakan cahayanya dan selalunya digunakan apabila ada sambutan acara-acara tertentu seperti majlis-majlis perkahwinan. Berdasarkan analisis komponen makna bagi ‘cahaya’ dengan menjadikan ‘matahari’ sebagai komponen makna kata yang utama.AB-2203 15) ‘Matahari’ dan ‘Cucul’ 11B8169 Fitur Kata Nama Matahari Cucul Memberi Cahaya + + Semulajadi Bulat Panas Waktu Siang + - Aneka Warna Memerlukan Elektrik + - + - + - + + Matahari dan cucul juga mempunyai fitur ‘memberi cahaya’ yang sama. ‘bunga api’ dan sebagainya mempunyai banyak perbezaan dalam fitur kekekalannya. kebanyakkan fitur-fitur yang lain mempunyai perbezaan di antara satu dengan yang lain. ‘lampu kereta’. Ianya merupakan mentol yang pelbagai bentuk dan warna.4. ‘pemetik api’. contohnya fitur bagi ‘matahari’ dengan fitur-fitur ‘unggun api’. 4. ‘lilin’.

Teori Analisis Komponen Makna adalah yang paling unggul dikalangan pengkaji bahasa dan tokoh-tokoh bahasa seperti Katz & Fodor.0. Teori ini juga boleh menghuraikan sesuatu makna itu secara terperinci dan memasukkan unsur pertentangan dengan menggunakan fitur yang ditandai dengan (+) dan (-) untuk menandakan ada atau tiada fitur pada perkataan itu seperti contoh-contoh yang telah dinyatakan di awal kajian. dan ianya berguna untuk perumusan makna dalam kamus.AB-2203 BAB 5 KESIMPULAN 11B8169 5. Ianya dipercayai boleh menghuraikan sesuatu makna dan mempunyai kekukuhannya yang tersendiri dalam hubungan antara kata dalam sesuatu bidang yang dapat diungkap melalui komponen makna. Secara umumnya. Selain itu. 19 . teori ini menentukan sama ada kalimat yang digunakan boleh diterima atau tidak secara semantik. Kelebihan Teori Analisis Komponen Makana adalah ianya satu teknik menganalisis makna dan pertalian yang terdapat antara satu perkataan dengan perkataan yang lain. 5. Setiap kata makna terbentuk dari beberapa unsur atau komponen yang menunjukkan hubungan makna antara kata. berkembang dan tidak terhad pada sesuatu maksud sahaja. Berdasarkan kepada kajian tentang Teori Analisis Komponen Makna. Rumusan. maka dengan itu dapatlah dirumuskan bahawa kebanyakkan teori-teori makna semantik yang disarankankan oleh ahli-ahli bahasa. Kelebihan dan Kelemahan Teori Analisis Komponen. pendekatan linguistik ini bertujuan mengkaji segala yang dimiliki oleh makna secara sistematik dan objektif yang dapat dikaitkan dengan seberapa banyak ujaran dan bahasa yang boleh diterokai kerana bahasa itu sendiri sentiasa hidup berkembang dalam menerima katakata baru atau frasa baru yang menyebabkan makna kata-kata tertentu berubah.1.

tetapi tidak menganalisis makna pada peringkat ayat. Selain dari itu.). dll.2. dan.). ‘tin’. marah. ‘lupak’. komponen makna atau komponen kata yang lebih sesuai untuk dijadikan komponen yang utama dalam menganalisis sesuatu makna adalah ‘wadah’ iaitu ‘tempat menyimpan air’. cinta. yang mana peringkat ayat lebih penting daripada peringkat perkataan itu sendiri. Saranan atau Cadangan bagi memperbaiki Teori Analisi Komponen. Ini adalah kerana ‘botol’ itu lebih kepada komponen kata yang terhad dan mempunyai komponen makna yang agak sempit dan sukar untuk mencari komponen makna yang mempunyai fiitur-fitur yang sama. kata hubung (dengan. ‘kolam’. 5. dll. ‘perigi’ dan lain-lain lagi. cantik. Misalnya ‘botol’ akan mempunyai komponen makna seperti ‘botol susu’.AB-2203 11B8169 Kelemahan Teori Analisis Komponen Makana adalah ianya salah satu teori yang memerlukan proses penghuraian makna yang berpanjangan dan bertali arus di antara satu sama lain. Maka dengan itu dipercayai bahawa antara ‘botol’ dan ‘wadah’. 20 . angin dan sebagainya. Teori ini juga hanya menganalisis makna pada peringkat perkataan sahaja. Misalnya ‘wadah’ akan mempunyai komponen makna seperti ‘cawan’. Saranan dan cadangan yang diperlukan dalam memperbaiki teori analisis komponen makna ini adalah dengan mengkaji mana-mana komponen makna atau komponen kata yang agak meluas seperti di antara dua perkataan ini iaitu ‘botol’ atau ‘tempat menyimpan air’ (wadah). hantu. ‘parit’. Sedangkan jika dibandingkan dengan penggunaan komponen makna ‘wadah’ iaitu ‘tempat menyimpan air’ maka kajian yang dilaksanakan akan lebih meluas dan akan banyak objek-objek atau benda-benda yang timbul yang mempunyai persamaan dalam fitur-fiturnya. dengan menggunakan teori ini agak sukar untuk menentukan komponen semantik yang khusus dan tepat bagi menghuraikan makna sesuatu perkataan terutama sekali bagi perkataan-perkataan abstrak seperti perasaan (sakit. ‘botol air sehat’ dan sebagainya yang mungkin masih memerlukan perkataan ‘botol’ bagi menyenaraikan komponen katanya. Malahan bilangan komponen makna jughya kurang dan sukar difikirkan. ‘teko’.