Kaedah Asas Mengajar Bacaan Pada amnya ada dua pendekatan yang besar untuk menyampaikan pelajaran membaca

: · · Pendekatan membina Pendekatan cerakinan

Pendekatan membina Cara ini ialah satu cara yang berdasarkan prinsip sintesis atau membina atau dengan lain perkataan menyusun bahagian-bahagian yang kecil menjadi satu benda yang besar. Misalnya dalam mmengajarkan ayat; “Nina ada baju merah‟. Perkenalkan huruf Perkenalkan suku kata Perkenalkan perkataan : a, b, d, i, j, h, r, u, m, n : ba, ni, na, ju, rah, me, da : baju, Nina, ada, merah

Perkenalkan rangkai kata : baju merah, Nina ada Perkenalakn ayat : Nina ada baju merah.

Pada keseluruhannya, cara ini menggunakan kaedah huruf, kaedah bunyi dan kaedah suku kata.

Pendekatan Cerakinan Cara ini ialah satu cara yang berlainan atau berlawanan prinsipnya denagn cara sintesis. Cara ini berdasarkan prinsip analisa atau mencerakin atau dengan perkataan lain mencerai-ceraikan satu bahagian yang besar kepada bahagianbahagian yang kecil. Misalnya dalam mengajarkan ayat „Nina ada baju baru‟. Perkenalakn ayat : Nina ada baju merah.

Perkenalkan rangkai kata : baju merah, Nina ada Perkenalkan perkataan : baju, Nina, ada, merah

a : a. n Pada keseluruhannya. telah terbit satu cara lain yang dipercayai dapat mengurangkan masalah yang dihadapi. bawang. mengenal huruf. rah. kaedah huruf dan kaedah suku kata Cara cerakinan pula mengandungi kaedah perkataan. ba – bakul. cara ini menggunakan kaedah perkataan. Pendekatan · Elektik Cara elektik adalah cara mengajar bacaan dengan menggunakan kaedah campuran daripada dua cara yang besar iaitu mengajar bacaan dengan menggunakan cara membina dan cara cerakinan · · Cara membina mengandungi kaedah bunyi. Pendidik dan pengajar-pengajar yang berpengalaman dengan kedua-dua cara tadi berpendapat bahawa cara-cara ini masih juga tidak membawa kepada hasil yang baik dan memuaskan. Bentuk huruf: Jangan diajar nama huruf vokal dan konsonan itu dahulu. kaedah ayat yang kesemuanya digabungkan dalam kaedah pandang sebut. Semua kaedah ini disebut kaedah pandang dengar. a – ayam Bentuk bahasa: Suku kata diajar menerusi perkataan. d. me. Cara ini ialah cara elektik atau lebih dikenal dengan nama cara campuran.- Perkenalkan suku kata Perkenalkan huruf : ba. Misalnya. na. r. ju. u. h. m.ikan . suku kata dan memahami isinya. Huruf-huruf itu diajar dari segi bunyinya sahaja. Misalnya. barang p – payung i . j. b. Maka dengan hal demikian. i. da. kaedah rangkai kata dan kaedah ayat. ni. kaedah rangkai kata. Cara Mengajar Tujuannya ialah untuk membolehkan murid-murid membaca ayat-ayat yang pendek.

kad rangkai kata. Huruf-huruf harus terang dan jelas sehingga dapat dilihat oleh semua murid. bulatan.perkataan. murid akan diajar dengan cara atau kaedah dalam menulis abjad. Dalam pendekatan binaan. zig-zag dan sebagainya. • • Hal ini bertujuan untuk melatih kemahiran otot halus mereka agar bersedia sebelum menulis abjad.- Menggunakan warna. murid akan diperkenalkan dengan beberapa bentuk yang seakan-akan membentuk huruf seperti bentuk condong. maka guru akan membimbing murid untuk membina suku kata mengikut . Menggunakan gambar. Dalam pembelajaran bahasa. dan o (coklat). frasa. pendekatan dan kaedah pengajaran bahasa Pendekatan Binaan • • • • • Pendekatan ini dikenali juga sebagai pendekatan sintesis. kad perkataan. ayat sehingga mereka boleh mencapai kaedah penulisan pelahiran iaitu melahirkan wacana dengan baik. Alat mengajar: kad imbasan. e (kuning). • Sebagai contoh. i (hijau). seterusnya suku kata. kad suku kata dan sebagainya bolehlah digunakan. separa bulat. u (biru). Hal ini bertujuan bagi memudahkan murid memahami apa yang telah dipelajari secara berstruktur dan menyeluruh. a (merah). Setelah mereka berkebolehan dan mengetahui cara untuk menulis kesemua abjad. Pendekatan ini menghasilkan kaedah abjad. kad ayat. murid akan belajar secara beransur-ansur daripada peringkat yang lebih mudah kepada yang kompleks. bagi peringkat pratulisan.

Pendekatan ini pula bertujuan agar murid dapat mengeja dan membaca huruf. Pendekatan Cerakinan • • • • • Mencerai-ceraikan satu bahagian yang besar kepada bahagian-bahagian yang kecil. ayat dan seterusnya.guru akan membatangkan perkataan tersebut mengikut suku kata tertentu seterusnya memperkenalkan satu persatu huruf yang terdapat dalam setiap suku kata. perkataan dan ayat dengan baik. guru akan mencerakinkan kepada beberapa perkataan bagi memudahkan murid untuk membaca. suku kata. Terdapat4 peringkat latihan yang boleh diberikan guru kepada murid-muridnya seperti latihan menyebut perkataan. latihan membatangkan perkataan kepada sukukata. latihan membina dan menyebut semula perkataan yang sama serta latihan membina dan membaca ayat sempurna.diagraf tertentu iaitu suku kata terbuka dan suku kata tertutup seperti perkataan kv+kv. Maka daripada sebuah ayat lengkap. Pendekatan Komunikatif • • • Bermula daripada satu teori yang menganggap bahasa sebagai satu komunikasi.klausa. Pendekatan ini menghasilkan kaedah pandang dan sebut. Matlamat pengajaran bahasa mengikut pendekatan ini ialah untuk membentuk apa yang dimaksudkan oleh Hymes (1972) sebagai „keupayaan berkomunikasi‟. atau kv+kvk dan sebagainya. Menekankan penggunaan bahasa dalam komunikasi. . Daripada beberapa perkataan. • Hal ini menunjukkan murid sudah bersedia untuk menulis secara mekanis iaitu menulis frasa. • • Pendekatan ini akan mempermudahkan lagi guru untuk mengajar menggunakan kaedah fonetik dan kaedah membaca dengan betul.

Choral speaking PENGALAMAN BAHASA (lea) • • Memberi penekanan kepada pengalaman atau pengetahuan sedia ada muridmurid dalam membaca. . Apabila murid-murid mempunyai pengalaman membaca bahan yang menggunakan laras yang sama serta mereka mempunyai pengetahuan mengenai bidang yang dibincangkan. Bercerita b. guru harus merancang pembelajaran yang boleh mewujudkan situasi di mana: v Pelajar boleh berkomunikasi dengan cekap v Tidak hanya tertumpu kepada penguasaan struktur bahasa sahaja v Pelajar perlu berinteraksi dalam bentuk kerja kumpulan/secara berpasangan. susuk ayat dan sebagainya akan memudahkan mereka mengenali tulisan tersebut. murid-murid akan mudah memahami mesej yang cuba disampaikan oleh penulis dalam tulisannya. Teater pembaca c. • Aktiviti yang boleh dilaksanakan:a. Laporan/ulasan buku d. • • • • • • 3 peringkat dalam proses membaca iaitu:lateral Interpretasi & inferens Penilaian makna Murid – murid perlu mempunyai pengalaman atau pengetahuan sedia ada untuk memudahkan mereka menguasai peringkat – peringkat tersebut.• Untuk melaksanakan komunikasi dalam kemahiran membaca. Pengalaman mereka membaca pelbagai bahan yang mempunyai pelbagai laras. dalam melakukan pelbagai aktiviti bagi mewujudkan hubungan interpersonal yang positif.

• Seseorang guru perlu mengambil tindakan berikut: a. bahan maujud dan sebagainya untuk membantu murid-murid mengusai konsep. e.perkataan pada bahan yang ditunjukkan Kaedah ini mementingkan dua perkara. Kaedah Pandang dan Sebut • • • • • • Kaedah seluruh perkataan Dimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata Aktiviti utama – memandang dan menyebut Perkara yang dipandang .• • Murid-murid mudah mentafsir makna sekiranya bahan yang dibaca berkaitan dengan suatu bidang yang diketahuinya. Sebagai contoh: Jika murid – murid mempunyai pengalaman atau pengetahuan tentang pelancongan. Perbincangan mengenai bidang yang terdapat dalam teks bacaan perlu dijalankan sebelum aktiviti membaca. grafik. . c. Sediakan bahan-bahan sokongan lain seperti gambar. ini akan memudahkan mereka memahami teks yang membincangkan pelancongan. Pengalaman boleh terdiri daripada pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain. Bahan bacaan yang dipilih oleh guru untuk dibaca oleh murid-murid perlu sesuai dengan pengetahuan sedia ada mereka. b. d. Beri sebanyak mungkin pengalaman kepada murid-murid untuk membantu mereka memahami bahan yang dibaca. Guru perlu mempelbagaikan bentuk atau laras bacaan dalam pengajaran pembelajaran bacaan.gambar objek yang terdapat pada bahan bantu belajar Perkara yang disebut .

f) Kaedah ini sangat baik dan sesuai digunakan bagi mengajar bacaan jawi terutama bagi perkataan-perkataan yang tidak tetap sistem bunyinya untuk dieja. perkataan yang disampaikan disertakan dengan gambar. kanak-kanak diminta mengecam terus ayatayat yang pendek dan mudah dengan tidak mengeja satu-satu perkataan yang terkandung di dalamnya. c) Dalam hal mempelajari ayat pula. tidak dibunyikan. Kelebihan kaedah pandang & sebut a) Sesuai dengan kehendak ilmu jiwa kanak-kanak kerana mereka mempelajari sesuatu cara keseluruhan. Setelah mengecam diminta terus membaca. Setelah di cam. Prosesnya : Mengecam dan mengenal perkataan dengan memandang keseluruhannya. d) Guru dapat melatih kanak-kanak membaca dengan sebutan dan irama ataupun alunan suara yang betul dari mula. menarik minat murid-murid.i) Membunyikan perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar ii) • a) b) Membunyikan ayat melalui gambar yang mempunyai cerita. b) Bersesuaian dengan resmi semulajadi kanak-kanak mempelajari sesuatu iaitu daripada keseluruhan kepada bahagian-bahagiannya. Kaedah ini dari awal mementingkan makna. kaedah rangkai kata dan kaedah ayat. Kelemahan kaedah pandang & sebut . tidak juga dieja tetapi perkataan tersebut harus disebut. Kaedah ini dikenali juga dengan nama kaedah perkataan. d) e) Pengulangan serta latih tubi perlu diperbanyakkan. Pada peringkat permulaan. c) Dengan itu kanak-kanak dari mula mendapat latihan memahami apa yang dibaca oleh mereka.

• • Murid berpeluang menjalin huruf konsonan dan huruf vokal bagi membentuk suku kata dan akhirnya perkataan. Pembacaan ayat – ayat mudah yang perkataannya berupa kv + kv. b) Kaedah ini tidak membolehkan kanak-kanak mengenal huruf secara formal. iaitu a – z(menerusi nyanyian. d) • • a) Lambat tercapai kemahiran dan kecekapan membaca. Kaedah ini bersifat petunjuk dan kanak-kanak diberi peluang berinisiatif. Kaedah Abjad Kaedah ini mementingkan mengenal nama-nama huruf dan bunyi-bunyi huruf itu. dsb) b) c) d) • • Membunyikan gabungan huruf vokal dan konsonan bagi membentuk suku kata. Menurut Walker. rangkai kata dan ayatayat yang telah diajarkan sahaja. Kanak-kanak yang mengenal huruf mempunyai peluang besar untuk mencapai keupayaan membaca. kad. c) Murid-murid tidak mempunyai asas yang kukuh yang membolehkan mereka membaca sendiri.a) Bacaan kanak-kanak mungkin terhad kepada perkataan. murid hendaklah diajar mengenal nama huruf/lambang sebelum mambaca atau mengejanya. Kelebihan kaedah abjad .lambang(huruf) hendaklah diajar seluruhnya. Rasional kaedah abjad Oleh sebab perkataan mengandungi huruf/lambang. Penggabungan suku kata membentuk perkataan. Lambat mengenal bunyi dan suku kata. Cara penyampaian:Murid menghafaz bentuk huruf menurut susunanya.

b) Membolehkan kanak-kanak membaca perkataan-perkataan baharu. Mereka hanya mementingkan sebutan dan kelancaran membaca. c) Kaedah ini dikatakan tidak sesuai dengan kehendak pendidikan dan psikologi murid-murid kerana pengajaran tidak secra keseluruhan yang bermakna. d) Boleh membosankan murid-murid terutama apabila mereka diberi latih tubi yang berlebihan. walaupun belum dipelajarinya kerana mereka dapat mengenal huruf-huruf dan membunyikan vokal dan konsonan dengan baik. Ini mebolehkan mereka membaca merangkak-rangkak dan tidak faham apa yang dibaca. Penggabungan suku kata bagi membentuk perkataan. c) d) Kaedah ini memberi asas dan binaan kukuh dalam membaca. . murid diajar suku kata setelah tahu hubungan huruf dengan bunyinya: “ba‟ tanpa bunyikan “be” dan “aa”. Kaedah Fonik Cara pelaksanaannya:- • Murid menghafaz bunyi huruf (bukan nama huruf) – murid melihat lambang dan menghafaz bunyinya. a dibunyikan aa z dibunyikan zi • • Kemudian. Tercapai kecekapan dan kemahiran membaca serta memberi keyakinan kepada murid. Kelemahan kaedah abjad a) Murid-murid membaca dengan lancar mengikut cara tradisional tanpa memahami apa yang dibacanya. b) Murid-murid terbawa-bawa tabiat membaca sambil mengeja.a) Sesuai dengan susun Bahasa Melayu kerana Bahasa Melayu terdiri daripada suku-suku kata yang hampir tetap bunyinya.

SQ 3R • SQ3R adalah singkatan bagi. S (survey) tinjau Q (question) soal/tanya R (read) R baca (recite) secara lisan R (review) Survey baca semula imbas kembali atau nyatakan . huruf hanyalah simbol belaka. • Mohd. Hilmi Haji Ismail menyatakan: sistem ejaan BM ialah fonemik dan oleh sebab suku katanya jelas. proses pengajaran bacaan asas hendaklah ditumpukan kepada bunyibunyi yang diwakili huruf-huruf abjad kerana bunyi-bunyi tersebut membawa makna. Huruf hanyalah simbol yang dibunyikan bagi menuturkan dan menuliskan bahasa. Menurut Palmer.bu + ta = buta bu + ka = buka • Pembacaan ayat – ayat mudah: Ibu beli buku Ibu buka buku Ibu baca buku Rasional kaedah fonik • • Oleh sebab bahasa itu daripada bunyi-bunyi. huruf secara tersendiri bukanlah bahasa. maka kaedah suku kata sesuai sekali digunakan untuk mengajar peringkat prabacaan. • Oleh itu. bukan hurufnya. huruf akan menjadi satu unsur bahasa. Dengan bunyi yang ditetapkan.

murid boleh menaakul maklumat yang terdapat dalam petikan teks/bahan bacaan. Dalam masa yang sama. Soalan juga berupaya penyenaraian siri soalan yang berkaitan demgan tugasan yang diberi. Dalam masa yang sama pelajar sendiri mencari jawapan. pemenggalan teks. Soalan berdasarkan apa yang ingin diketahui oleh murid tentang topik/isu dalam teks. murid cuba mencari jawapan kepada soalan yang disenaraikan tadi dan murid boleh menyenaraikan soalan tambahan. Recite . Pelajar hanya menumpukan bahan/teks kepada tajuk umum/besar.• • • • • • • • • Murid membaca secara pantas untuk mendapatkan gambaran awal tentang isi bacaan mengikut pemahamannya sendiri. gambar. Murid bebas dalam erti kata menganggap apa yang dibaca. Murid juga boleh bertukar-tukar fikiran sama ada menerima atau menolak konsep maklumat yang dibaca.peramalan jawapan yang paling relevan. Question Murid menyenaraikan bebarapa isi soalan (intipati) yang terkandung dalam teks. sub tajuk. Teknik bacaan yang sesuai ialah teknik skimming dan scanning. simbol ilustrasi. Sepanjang masa membaca. Read • • • • Murid dikehendaki membaca secara serius dan memberi tumpuan kepada teks yang dibaca. grafik. Soalan juga berupa panduan kepada jawapan yang sebenar.

• • Teknik ini bertujuan menggalakkan pelajar mencari maklumat tambahan daripada pelbagai sumber. murid dikehendaki membaca semua soalan dan jawapan yang ditulis/dicatat. Pastikan bahagian tertentu sudah dijawab berdasarkan fakta dan maklumat dalam teks. Murid menyenaraikan maklumat yang berkaitan dengan soalan atau tugasan. Review • • • • Pada peringkat ini. Murid juga boleh memberikan jawapan kepada soalan asal sebelum merujuk jawapan yang terdapat dalam teks. Seterusnya murid dapat menjawab semua soalan tugasan berdasarkan maklumat dalam teks. KWLH • Teknik KWLH ialah satu teknik membaca secara kritis yang memerlukan pelajar meninjau perkara-perkara yang telah diketahui. Teknik ini juga sesuai dilaksanakan untuk bacaan ekstensif dan kritis. yang akan diketahui dan yang telah dipelajari. Tujuan teknik KWLH . Murid jangan tertinggal maklumat atau fakta dalam tugasan pada peringkat question/pertanyaan. pada peringkat ini murid dikehendaki mengingat kembali semua/sebahagian maklumat yang terdapat dalam teks.• • • • • Setelah murid membaca keseluruhan teks. Murid boleh membandingkan jawapan mereka. Peringkat ini adalah untuk pengesahan kepada jawapan yang ada pada peringkat recite (imbas kembali).

. selain sumber yang telah disediakan.• • • • Murid dapat mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan bahan atau teks yang diberi untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Murid sendiri dapat menentukan apa yang diperoleh daripada bahan atau teks yang disediakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid dapat mengetahui apa yang diperoleh daripada bahan yang sedang diberikan. Murid dapat menentukan maklumat tambahan yang perlu dicari daripada sumber lain.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful