PEMARKAHAN

ESEI ILMIAH (a) (b) FORUM JUMLAH

BML 3113: SEJARAH BAHASA MELAYU

(a) Esei Ilmiah (a) (b) (b) Jawapan dan respon/interaksi melalui e-forum (c) Salinan Jawapan ujian/ kuiz

DISEDIAKAN OLEH
NAMA ROZITAH BT MAT DERUS NO ID D20111049926 NO:TEL 0124972684

NAMA TUTOR E-LEARNING : ABDUL HALIM BIN ALI TARIKH SERAH: 15 NOVEMBER 2012

ISI KANDUNGAN

Halaman 1.0 ESEI ILMIAH 1.1 Kajian mengenai suku bangsa atau etnik dan hubungannya dengan rumpun Bahasa Melayu.

Pengenalan Definisi Bangsa/Bangsa Melayu/ Asal Usul Bangsa Melayu Teori Yunan Teori Nusantara / Bahasa Melayu Bahasa Melayu(Abad ke 13 hingga 18 Masehi Bahasa Melayu (Abad ke19 dan 20 Masehi) Asal-usul Etnik Minangkabau Taburan Geografi Etnik Minangkabau/Suku-suku Dalam Etnik Minang Keturunan Minangkabau Salasilah Minangkabau Hubungan Etnik Minangkabau Dengan Rumpun Bahasa Melayu Dialek Minangkabau Dalam Bahasa Melayu Kesimpulan Rujukan 1 5 6 10 13 15 16 17 20 22 26 27

1.2 Berdasarkan kajian terhadap suku bangsa atau etnik yang dikaji, beri contoh-contoh kata ayat, ayat, bahan satera, objek bahasa atau apa sahaja yang sesuai untuk embuktikan hubungan kekeraban dengan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu.

2.0 Jelaskan apa yang anda faham dengan konsep kaum dan bangsa. 2.2 Pada penilaian anda kenapa suatu ketika dahulu orang Eropah begitu berminat mempelajari kesusateraan dan kebudayaan Melayu tetpi tidak pada hari ini. 2.3 Budaya popular dikatakan menggugat identity dan jati diri bangsa.Hujahkan. 2.4 Pada penilaian anda mampukah bahasa dan kesusateraan Melayu memainkan peranannya dalam kegiatan ekonomi. 2.5 Setujukah anda jika dikatakan majlis perkahwinan telah dokimersialkan. Beri hujah anda dengan mengemukakan bukti-bukti yang sesuai.

Esei Ilmiah (a)

ABSTRAK

Terdapat dua teori atau pandangan berkenaan asal-usul bangsa dan Bahasa Melayu iaitu yang menyatakan bangsa dan Bahasa Melayu berasal dari Tanah Besar Asia( Teori Yunan) dan satu lagi teori yang menyatakan bahawa Bahasa Melayu berada di Kepulauan Melayu sejak sekian lama ( Teori Nusantara). Walau bagaimanapun Teori Yunan lebih popular berdasarkan beberapa tinggalan artifak sejarah yang menjadi alasan-alasan yang menyokong teori tersebut. Filum merupakan kelompok bahasa induk yang paling tua usianya, iaitu 5000 tahun ke atas. Rumpun pula bermaksud kumpulan bahasa yang mempunyai lama-waktu antara 2500 – 5000 tahun. Manakala keluarga pula bermaksud bahasa yang kurang dari 2500 tahun. Semua rumpun bahasa Austronesia mempunyai persamaan dan kelainan yang terdapat di kalangan keluarga bahasa. Ini berdasarkan sistem bunyi, pembentukan kata,perbendaharaan kata dan pembentukan ayat. Ramai etnik Minangkabau dari Sumatera Barat, Indonesia berhijrah ke Semenanjung Malaysia iaitu di Negeri Sembilan dan Johor.Penghijrahan tersebut berlaku lantaran adat Minangkabau yang menyebelahi kaum wanita menyebabkan kaum lelaki terpaksa merantau untuk membina kehidupan Oleh itu pengaruh Minangkabau telah meluas di negeri-negeri tersebut. Sesungguhnya Bahasa Melayu telah berkembang dan membentuk beberapa dialek. Antaranya ialah dialek Minangkabau yang dituturkan oleh etnik Minangkabau. Kelompok Minangkabau telah mempengaruhi penutur-penutur Bahasa Melayu dengan dialek etnik tersebut.

Pengenalan Definisi Bangsa Bangsa adalah merupakan sekumpulan manusia yang bersatu pada satu wilayah atau kawasan dan mempunyai perhubungan dengan wilayah tersebut. Keinginan membentuk kesatuan bersama muncul kerana terdapat persamaan nasib dan sejarah sehingga menimbulkan persatuan dalam suatu kominiti masyarakat membentuk kesedaran bangsa. Aspek budaya, bahasa, agama dan tradisi adalah merupakan bentuk kesamaan tersebut. Aspek-aspek tersebutlah yang menjadi perkara pokok untuk membentuk seuah kesedaran untuk bersatu, bergabung dan berbangsa walau di mana sekalipun di dunia ini. Ahli sosiologi mendefinisikan bangsa sebagai kelompok yang ditakdirkan untuk bersama, senasib sepenangungan dalam sesuatu negara. Menurut Ernest Eman-Prancis,Bangsa terbentuk kerana adanya keinginan untuk hidup bersama dengan perasaan kesetiakawan yang agung. Kebanyakan bangsa terbentuk kerana adanya faktor-faktor yang membezakan dengan bangsa lain iaitu NASIONALISME. Antara fakto-faktor tersebut ialah kesamaan keturunan,wilayah, bahasa, adat istiadat, kesamaan politik, perasaan dan agama.

Bangsa Melayu Melayu adalah merujuk kepada mereka yang bertutur menggunakan bahasa Melayu. Melayu juga merujuk kepada mereka yang megamalkan adat resam orang Melayu. Bangsa Melayu merupakan bangsa yang termuda di kalangan bangsa-bangsa lain di dunia. Menurut catatan dalam tulisan Cina (Tiongkok) yang ditulis sekitar tahun644 Masihi telah menyatakan bahawa ada utusan yang mempersembahkan hasil bumi kepada pemerintah Tiongkok yang datangnya dari kerajaan Mo-le-yeu.Nama Mo-le-yeu adalah diambil daripada nama sebatang sungai yang terletak di sekitar kawasan tersebu,iaitu sungai Melayu. Berdasarkan daripada cerita, arus sungai tersebut mengalir dengan deras Pengertian Melayu adalah sama dengan pengertiannya dalam bahasa Jawa, selaju orang berlai. Jadi Melayu yang diertikan itu adalah sama denan pengertiannya dalam bahasa Jawa, iaitu lari.

2

Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indon- Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan. Adalah dipercayai bahawa kerajaan Mo-lo-yeu ini terletak di daerah Jambi. Seorang rahib I – Tsing telah mencatatkan penggunaan kata Ma-lo-yu yang merujuk kepada dua buah kerajaan yang dilawatiinya sekitar tahun 675 Masihi(Darwis Harahap,1992:13) Mereka menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perdagangan dan pemerintahan pada abad ke tujuh. Perkataan Melayu dikatakan berasal daripada perkataan `Himalaya` yang telah disingkatkan kepada `Malaya`, dan kemudiannya menjadi Melayu. `Hima` dan `alaya` adalah dua patah perkataan yang masing-masing bermakna salji aatau salju . Manakala `alaya` pula membawa maksud tempat. Jadi Himalaya bermaksud tempat sejuk, seperti di puncak gunung yang tinggi. Kata Melayu, mengikut Slametmuljana sebenarnya berasal daripada perkataan Sanskrit. Perkembangan bahasa itu berlaku di dua tempat yang berbeza iaitu di seberang Utara Selat Melaka yang mengekalkan sebutan `Malaya`. Di sebelah Selatan Utara Selat Melaka pula perkataan `Malaya` telah mengalami perubahan sebutan kepada `Melayu`. Di samping itu terdapat juga pengkaji perkataan Melayu berasal daripada perkataan `pamalayu, iaitu berlakunya peristiwa penyerangan oleh Raja Kertanegara dari Singhasari Jawa Timur di Hulu Jambi di sempada Sumatera Barat. Maka telah didirikan sebuah prasasti, iaitu prasati Amoghapasa sebgai peringatan berlakunya ekspedisi angkatan perang dari Jawa Timur tadi ke daerah Melayu pada tahun 1826. Menurut kajian UNESCO (1972), bangsa Melayu adalah merupakan satu keluarga bangsa yang mempunyai satu keluarga bahasa yang sama. Mereka mempunyai bentuk fizikal tubuh badan yang hamper sama, berkulit sawo matang, rambut lurus, mempunyai ketinggian sederhana penduduk asli di satu kawasan yang sangat besar, iaitu Madagaskar yang terletak di pantai timur benua di barat hingga ke Pulau Paskah (Easter Land)s Afrika di Lautan Pasifik berhanmpiran dengan Republik Chile di timur. Kemudiannya dari kepulauan Haeaii dan Taiwan di utara hingga ke selatan Pulau New Zealand. Hal ini menunjukkan wilayah penyebaran bahasa Melayu.

3

Jadi, takrifan ini dapat disimpulkan bahawa apa yang dimaksudkan sebagai Melayu itu adalah dari segi penentuan taraf kewarganegaraan, penduduk yang menjadi rakyat negara Melayu berkenaan boleh menjadi kepada sesiapa sahaja selain rakyat Melayu sendiri. Pengertian Melayu dari segi suku bangsa bermaksud mereka ini mestilah berketurunan suku Melayu dari segi darah dagingnya dan agama Islam tidaklah menjadi syarat. Secara amnya.terdapat dua jenis penakrifan untuk menentukan sama ada seseorang itu berbangsa Melayu iaitu penakrifan dari segi undang-undang dan penakrifan dari sudut antropologi. Menurut penakrifan undang-undang di Malaysia, Melayu mestilah seorang yang beragama Islam, bertutur bahasa Melayu.mengamalkan adat istiadat Melayu dan lahir sebelum merdeka sama da di Persekutuan Tanah Melayu(Malaya) atau Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekuuan atau Singapura. Walau bagaimanapun takrifan ini ditetapkan demi keperluan politik di negara Malaysia. Pun begitu istilah tersebut adalah kurang tepat dari segi hakikat sebenarnya kerana terdapat juga orang Melayu yang bermastautin di luar Persekutuan Malaysia. Menurut penakrifan antropologi pula.Syed Husin Ali menjelaskan bahawa orang Melayu itu dari segi lahiriahnya adalah berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar dan tegap serta selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa. Manakala dari segi etomologi, Melayu bermakna kelompok masyarakat yang mengamalkan system kemayarakatan dwisisi dan kegenerasian yang termasuk ke dalam bangsa.

Asal-usul Bangsa Melayu Asal usul bangsa Melayu sukar ditentukan. Namun begitu terdapat dua teori yang cuba merungkai mengenainya iaitu Teori Yunan dan Teori Nusantara. Selain itu terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa orang minangkabau itu berasal dari pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di Sungai Jambi dan Palembang. Kejadian itu berlaku ketika banjir besar berlaku di bumi. Pendapat tersebut belum dapat disahkan kebenarannya.

4

Teori Yunan Penemuan beberapa artifak sejarah telah menjadi penyokong kepada kedua-dua teori tersebut yang dipersetujui oleh beberapa sarjana R.H. Geldern, J.H.C Kern, F.R Foster,J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar. Antara artifak yang ditemui ialah kapak tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah di Kepulauan Melayu. Hal ini menunjukkan bahawa terdapatnya migrasi penduduk dari Asia Tengah ke Kepulauan Melayu. Penemuan mengenai adat resam bangsa Melayu yang mirip kepada suku Naga di daerah Assam(berhampiran dengan sempadan India dengan Myammar).Teori yang menyatakan bangsa Melayu itu berasal dari Yunan adalah dapatan daripada penggunaan bahasa Melayu yang dikatakan serumpun dengan bahasa Kemboja. Berkemungkinan penduduk Kemboja yang berasal dari Yunan telah menyusuri Sungai Mekong telah berlakunya perhubungan antara bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja dan sekaligus menandakan pertaliannya antara dataran Yunan. Berdasarkan teori tersebut ,terdapat tiga gelombang yang utama iaitu, orang Negrito,Melayu Proto dan juga Melayu Deutro. Gelombang pertama dikenali sebagai Melayu-Proto yang berlaku kira-kira 2500 tahun Sebelum Masehi. Kira-kira dalam tahun 1500 Sebelum Masehi, muncul pula gelombang kedua yang dikenali sebagai MelayuDeutro. Mereka mendiami daerah-daerah yang subur di pinggir pantai dan tanah lembah di Asia Tenggara. Melayu-Deutro hidup berkelompok dan tinggal menetap di sesuatu tempat. Dan biasanya memilih seorang ketua sebagai ketua pemerintah yang bertindak sekaligus sebagai ketua agama. Mereka menganuti fahaman animisme. Mereka mempunyai peradaban yang lebih maju daripada Melayu-Proto. Melayu-Deutro telah mengenali kebudayaan logam. Mereka juga menggunakan alat perburuan dan pertanian daripada besi. Mereka juga lebih bijak dan mahir dalam bidang astronomi,pelayaran dan bercucuk tanam.Kehadiran mereka menyebabkan orang Melayu-Proto seperti orang Jakun,Mahmeri,Temuan,Biduanda dan beberapa kelompok kecil yang lain terpaksa berpindah ke pedalaman. Justeru, Melayu-Deutro adalah merupakan masyarakat Melayu yang ada pada masa kini yang menduduki kawasan pantai dan lembah di Asia Tenggara. Kumpulan pertama dan kedua injlah dikenali sebagai Austronesia. Bahasa-bahasa yang terdapat di Nusantara kini adalah berpunca daripada bahasa Austronesia ini.

5

Teori Nusantara Teori Nusantara disokong oleh J.Crawfurd,K.Himly,Sutan Takdir Alisjahbana dan juga Gorys Keraf. Teori-teori tersebut telah disokong dengan alasan-alasan seperti bangsa Melayu dan Bangsa Kawa mempunyai tamadun tinggi. Hal ini kerana pada abad ke 19, taraf ini hanya dapat dikesapi setelah perkembangan budaya yang lama.Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana tetapi berasal dan berkembang di Nusantara. Pendapat tersebut disokong oleh K.Himly yang menyatakan bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa Champa. Maka persamaan yang berlaku adalah merupakan satu fenomena `ambilan`. Manusia Kuno Humo Soloinensis dan Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa. Jadi penemuan manusia kuno ini di Pulau Jawa menunjukkan ada kemungkinan orang Melayu itu keturunan daripada manusia kuno tersebut. Mereka juga yakin bahawa mereka telah mewujudkan tamadunnya sendiri. Melayu Asli ataupun Melayu Proto merupakan masyrakat Melayu pertama yang mempunyai kemahiran dalam bidang pertanian. Manakala Melayu Deutro yang tiba sekitar tahun 1500 SM pula mempunyai kemahiran menangkap ikan. Mereka membina penempatan di sepanjang pesisir pantai. Kedua-dua golongan tersebut telah berkahwin dengan masyarakat dari pulau-pulau selatan seperti Jawa dan penduduk tempatan yang berasal daripada keturunan Australia dan Negrito. Pendapat tersebut disokong dengan bukti-bukti alatan-alatan batu yang dijumpai dijumpai di Kepulauan Melayu sama dengan alatan dari Asia Tengah, Persamaan adat resam Melayu dan Assam, Bahasa Melayu dan Bahasa Kemboja adalah serumpun kerana tempat asal orang Kemboja adalah dari Sumber Sungai Mekong. Kesimpulannmenurut sejarah,ya masyarakat Melayu adalah berasal dari percampuran di antara tiga tiga rumpun bangsa yang berbeza iaitu Negrito,, Austro – Asiatic dan Austronesia dengan pengaruh dari bangsa-bangsa dari luar Asia Tenggara.

6

Bahasa Melayu Bahasa di Nusantara (Bahasa Austrinesia) mempunyai perbezaan yang ketara dengan bahasa di Asia Tengah(Bahasa Indo-Eropah) adalah antara alasan yang menyokong Teori Yunan tersebut.

7

Carta aliran di atas menerangkan bahawa bahasa Austronesia ialah satu rumpun bahasa dalam filum bahasa Austris bersama-sama dengan rumpun bahasa Austronesia dan TibetChina. Bahasa Melayu termasuk dalam bahasa-bahasa Golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang La. Rumpun bahasa Austronesia ini terbahagi kepada empat kelompok yang lebih kecil: 1. Bahasa-bahasa Kepulauan Melayu atau Bahasa Nusantara. Contohnya: Bahasa Melayu,Acheh,Jawa,Sunda,Dayak,Tagalog,Solo,Roto,Sika dan lain-lain. 2. Bahasa-bahasa Polinesia. Contoh: Bahasa Hawaii, Tonga,Maori dan Haiti 3. Bahasa-bahasa Melanesia. Contoh: Bahasa-bahasa Kepulauan Fiji,Irian dan Kepulauan Caledonia 4. Bahasa-bahasa Mikronesia. Contoh: Bahasa-bahasa di Kepulauan Marianna,Marshall,Carolina dan Gilbert. Kira-kira 200 hingga 300 bahasa cabang bahasa yang tergolong dalam Bahasa Melayu. Bentuk Bahasa Melayu yang ditutrkan di kepulauan Melayu pada zaman dahulu dikenali sebagai Bahasa Melayu kuno. Kesan-kesan tinggalansejarah seperti batu-batu bersurat seperti batu-batu bersurat yang menggunakan Bahasa Melayu yang dipercayai bermula pada akhir abad ke -7.Antara batu-batu bersurat tersebut ialah: 1. Batu Bersurat Kedukan Bukit (638M)- Palembang 2. Batu Bersurat Talang Tuwo (684M) –Palembang 3. Batu Bersurat Kota Kapor (686M0 – Pulau Bangka, Palembang 4. Batu Bersurat Karang Brahi (686)- Palembang

8

Selain daripada empat batu bersurat yang dinyatakan tadi, terdapat juga bahanbahan lain yang dihasilkan dalam zaman kerajaan Srivijaya pada abad ke-7 hingga ke abad ke- 13 Masehi. Antaranya ialah: 1. Batu Bersurat Gandasuli (832 M) – Gandasuli, Jawa Tengah 2. Sebuah batu bersurat yang dijumpai di Bangkahulu bertarikh 1000 Masehi. 3. Sebuah patung gangsa yang dijumpai di Padang Lawas, Tapanuli bertarikh 1029M dengan tulisan pada kaki alasnya 4. Sebuah patung di Padang Rocore, Batanghari bertarikh 1286 M dengan catatan perkataan “Malaya” atau “Melayu” pada bahagian belakangnya.

Bahasa Melayu (Abad ke-13 hingga 18 Masehi) Pada zaman ini terdapat tiga buah batu bersurat yang menunjukkan perkembangan Bahasa Melayu telah dijumpai : 1. Batu Bersurat Pagar Ruyong, Minangkabau (1356 M) – ditulis dalam tulisan India memperlihatkan pengaruh Bahasa Sanskrit. 2. Batu Nisan di Minye Tujuh, Acheh (1380 M) yang juga ditulis dalam tulisan India dengan beberapa perkataan Arab. 3. Batu Bersurat Terengganu pula dijumpai di Sungai Teresat, Kuala Berang Terengganu. Tarikh sebenar tidak dapat dipastikan, tetapi ia dipercayai ditulis antara tahun 1303M hingga 1387 M dan ditulis dalam tulisan Jawi.

9

Pada abad ke –13 adalah waktu bermulanya zaman peralihan di Kepulauan Melayu denganberkembangnya agama Islam ke rantau ini. Hal ini telah mempengaruhi bangsa dan bahasa di sini, terutamanya bangsa dan bahasa Melayu. Pengaruh India sedikit demi sedikit mula digantikan dengan pengaruh Islam dan Arab. Zaman penting bagi Bahasa Melayu ialah pada zaman Kerajaan Melayu Melaka. Kerajaan Melayu Melaka yang telah menerima Islam dan berjaya membina empayar yang luas telah dapat meningkatkan kemajuan dan perkembangan Bahasa Melayu di rantau ini. Bahasa Melayu telah digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti perdagangan serta menjadi “lingua franca” para pedagang. Bahasa Melayu juga telah menjadi alat penyebaran agama Islam ke seluruh Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu telah mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi. Perbendaharaan kata juga telah bertambah dengan wujudnya keperluan untuk mengungkapkan idea-idea yang dibawa oleh peradaban Islam. Keagungan Kesultanan Melaka jelas tergambar di dalam“Sejarah Melayu” oleh Tun Seri Lanang, sebuah karya dalam Bahasa Melayu yang sangat tinggi nilainya. Kedatangan orang-orang Eropah dan kejatuhan Kesultanan Melaka ke tangan Portugis pada tahun1511 masehi tidak menamatkan pengaruh Bahasa Melayu. Ramai di antara mereka yang menjalankan penyelidikan dan menyimpan catatan mengenai bahasa dan kesusasteraan Melayu. Beberapa contoh usaha mereka ialah : 1. Seorang ketua kelasi berbangsa Itali,iaitu Pigafetta dalam pelayarannya bersama Magellan, telah menyusun kamus Melayu-Itali semasa singgah di Pulau Tidore pada tahun 1521. Ia merupakan daftar kata daripada bahasa yang dituturkan oleh orang di pelabuhan itu dengan lebih 400 patah perkataan. Kamus itu adalah daftar kata Melayu-Eropah yang tertua. Kedudukan Pulau Tidore yang terletak jauh daripada tempat asal Bahasa Melayu menggambarkan betapa luasnya Bahasa Melayu tersebar. Jan Hugen Van Linschotten, seorang bangsa Belanda pernah tinggal di Indonesia antara tahun 1586 hingga 1592 dan berkhidmat sebagai pegawai kepada pemerintah Portugis. Beliau mencatatkan dalam bukunya bahawa Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri timur.

10

2. Pada awal abad ke-18, Francios Valentijn, seorang pendeta dan ahli sejarah bangsaBelanda yang banyak menulis menganai wilayah Kepulauan Melayu, telahmenggambarkan kepentingan Bahasa Melayu seperti berikut :“Bahasa mereka, Bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut,tetapi juga digunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeriTimur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang.”Satu bukti tentang tingginya martabat Bahasa Melayu dan luas penggunaanya di wilayah ini adalah pada surat-menyurat antara pentadbir dan raja-rja di Kepulauan Melayu. Antaranya ialah : 1. Surat Sultan Acheh kepada Kapitan Inggeris, James Lancester (1601) 2. Surat Sultan Alauddin Shah dari Acheh kepada Harry Middleton (1602) 3. Surat Sultan Acheh kepada raja Inggeris, King James (1612) Ketiga-tiga surat ini tersimpan di perpustakaan Bodelein, London. Dalam abad ke-17, terdapat banyak usaha oleh sarjana-sarjana Eropah untuk menyusun kamus dan daftar kata, yang kemudiannya diteruskan kepada bidang morfologi, sintaksis dan fonologi. Tokohtokoh tempatan juga tidak ketinggalan memberikan sumbangan. Kebanyakan usaha mereka berkisar tentang agama dan sastera. Palembang dan Acheh telah menggantikan telah menggantikan Melaka sebagai pust keintelektualan Melayu. Antara tokoh-tokoh di Acheh ialah : 1. Sheikh Nuruddin Al-Raniri (“Bustanul Salatin”) 2. Shamsuddin Al-Sumaterani (“Mirat Al-Mukmin”) 3. Abdul Rauf Singkel (“Mirat Al-Tullab”) 4. Hamzah Fansuri (“Syair Perahu”)

11

Di Palembang pula terdapat Abdul Samad Al-Falambani dengan kitab “Hikayat AlSalakin”. Selain daripada Acheh dan Palembang, beberapa tokoh juga timbul di tempattempat lain. Di Brunei, Pengiran Syahbandar Muhammad Salleh (Pengiran Indera Muda) telah menghasilkan “Syair Rakis”, manakala di Banjarmasin pula terkenal dengan ArshadAlBanjari dengan kitab “Sabil Al-Muhtadin”. Sheikh Mohd Ismail Daud Al-Fatani di Pattani pula menghasilkan “Matla‟al Badrain” dan “Furu‟ Al-Masail”

Bahasa Melayu (Abad ke-19 dan 20 Masehi) Kemuncak kegiatan alam persuratan Melayu melalui Bahasa Melayu dan tulisan Jawi adalah di Penyengat, sebuah pulau di Kepulauan Riau yang menjadi sebahagian daripada Kerajaan Johor-Riau. Di sinilah dari abad ke 19 hingga awal abad ke 20, tertumpunya kegiatan keintelektualan Melayu-Islam dan perkembangan Bahasa Melayu selanjutnya. Banyak karya serta kitab diterbitkan di pulau ini, seperti kitab “Al-Hakim” oleh Tajuddin Abdul Fadzil Ahmad ibn Abdul Karim (1863 M) dan “Sabil Al-Hidayat” oleh Sayyed AluwiBa‟aluwi (1899 M)Tetapi hasil penulisan yang terkenal dan terpenting dalam dunia persuratan Melayuialah karya Raja Ali Haji, iaitu “Bustan Al-Katibin” (1857 M), “Pengetahuan Bahasa”(1859 M), “Salasilah Melayu dan Bugis” (1865 M) dan “Tuhfat Al-Nafis” (1865 M). Padamasa itu juga di Johor terdapat beberapa hasil penulisan seperti “Hikayat Negeri Johor”dan “Kitab Pemimpin Johor”.Kerajaan Melayu Johor-Riau terus menjadi ipusat pengembangan Bahasa Melayu sehingga ia menjadi bahasa persatuan di seluruh Nusantara. Sebelum Inggeris bertapak di Semenanjung Tanah Melayu, Bahasa Melayu menjadi satu-satunya bahasa perantaraan bagi penduduk negara ini. Ia digunakan sebagai bahasa pentadbiran di semua pusat pemerintahan. Di samping itu ia juga menjadi bahasa pengantar di institusi pendidikan yang ada pada ketika itu seperti pusat pengajian Islam dan kelas agama. Perhubungan antara rakyat juga menggunakan Bahasa Melayu, termasuk di pusat-pusat perniagaan seperti Melaka, Pulau Pinang dan Singapura yang sebahagian besar penduduknya terdiri daripada orang Melayu.

12

Pada zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, khususnya ketika sebelum berlaku Perang Dunia Kedua, Bahasa Melayu terus digunakan untuk tujuan urusan rasmi di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Pegawaipegawai Inggeris yang bertugas di Negeri-Negeri Melayu sebelum Perang Dunia Kedua dikehendaki mempelajari Bahasa Melayu dan mesti lulus dalam peperiksaan Bahasa Melayu sebelum disahkan dalam jawatan. Sebahagian daripada pegawai-pegawai itu terus menaruh minat yang tinggi terhadap Bahasa Melayu, sehingga dikenali sebagai sarjana Bahasa Melayu. Antaranya ialah R.O. Winstedt, J.R. Wilkinson, C.C. Brown, W.E. Maxwell, W. Marsden, W.G. Shellabear dan J. Crawford.Hanya selepas Perang Dunia Kedua kedudukan serta peranan Bahasa Melayu mula terancam. Pegawai-pegawai Inggeris baru yang jahil terhadap Bahasa Melayumembawa tekanan kepada kehidupan rakyat di negara ini, menerusi nilai-nilai baru yang diperkenalkan. Orang-orang Inggeris menjadi “tuan” dan segala yang bersangkutan dengan cara hidup mereka diberi nilaian yang tinggi termasuk bahasa mereka. Ini diperkukuhkan dengan dasar menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem persekolahan. Dalam keadaan Bahasa Melayu menerima tekanan, kesusasteraan Melayu terus dihasilkan, bukan oleh cendiakawan berpendidikan barat tetapi cerdik pandai lulusan sekolah Melayu atau Arab. Kemerosotan Bahasa Melayu tidak berterusan. Pada awal abad ke-20, semangat kebangsaan memuncak dan orang-orang Melayu telah mula mengorak langkah untuk memperjuangkan bahasa ibunda mereka. Wartawan, sasterawan, budayawan, guru-guru Melayu dan ahli-ahli politik berganding bahu memperjuangkan citacita tersebut. Akhbar dan majalah menjadi saluran utama untuk menyuarakan hasrat ini. Perjuangan Bahasa Melayu digerakkan serentak dengan perjuangan politik membebaskan tanah air daripada penjajahan. Akhirnya kejayaan tercapai jua dengan termaktubnya Artikel 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, yang menyebut bahawa “Bahasa Kebangsaan negara ini adalah Bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimanayang diperuntukan dengan undang-undang Parlimen”. Maka bermulalah zaman baru bagi Bahasa Melayu, satu bahasa yang pernah menjadi lingua franca bagi seluruh Kepulauan Melayu suatu masa dahulu.

13

Setelah meneliti susur galur bagaimana Bahasa Melayu berfungsi pada masa dahulu maka nyatalah pengaruh Bahasa Melayu amat besar di Kepulauan Nusantara. Sebagaimana yang diketahui terdapat pelabagai etnik atau suku kaum dalam rumpun Melayu.Antaranya minang,banjar,bugis patani dan lain-lain lagi. Kesemua etnik ini menggunakan bahasa Melayu walaupun menggunakan pelbagai dialek di tempat masingmasing. Contohnya etnik minang. Kita akan mengkaji hubungan etnik minang dengan rumpun Bahasa Melayu.

Asal- usul Etnik Minangkabau Suku Minangkabau terdiri daripada masysrakat Deutro Melayu (Melayu Muda) yang melakukan migrasi dari daratan China Selatan ke Pulau Sumatera sekitar 2000 – 2500 tahun yang lalu. Kelompok masyarakat ini menyususri Sungai Kampar.hingga ke dataran tinggi Luhak Nan tiga. Kemudia mereka bermigrasi lagi hungggake Daerah Pesisir di pantai barat Pulau Sumatera. Ramai masyarakat di situ bersasal dari Selatan India dan Parsi. Migrasi tersebut berlaku kerana peranan Pantai Barat Sumatera sebagai pelabuhan alternatif selain Melaka. Negara Indonesia adalah sebuah negara majmuk dengan masyarakat dari pelbagai sudut dan perkembangan kebudayaan. Kepulauan Indonesia adalah merupakan suatu gugusan yang terpanjang dan terbesar di dunia. Menurut Suryadinata,dkk(2003),terdapat kira-kira 1000 etnik atau sub etnik dalam bangsa Indonesia. Mereka telah hidup semenjak ratusan tahun dahulu. Kepelbagaian etnik tersebut tinggal di kawasan-kawasan tertentu. Salah satu etnik golongan etnik yang terdapat di Indonesia ialah suku bangsa Minangkabau. Mereka mendiami dataran di bahagian barat Pulau Sumatera. Daerah asli Minangkabau terdiri daripada 3 kesatuan wilayah adat yang disebut Luhak Nantiga(wilayah yang tiga). Daerah-daerah tersebut ialah Luhak Agam,Luhak Limapuluh dan Luhak Tanah Datar.

14

Orang Minangkabau adalah penduduk asal kawasan yang kini dikenali sebagai Sumatera Barat di Indonesia. Pada permulaan abad ke-14, masyarakat Minangkabau tiba di Negeri Sembilan melalui Melaka dan sampai ke Rembau. Selepas itu berlakulah pernikahan antara orang Minangkabau dengan penduduk tempatan dan daripada keturunan mereka dinamakan suku Biduanda. Suku Biduanda ini merupakan pewaris asal Negeri Sembilan. Pemimpin hanya dipilih dari suku Biduanda ini. Para pembesar Negeri Sembilan yang dipanggil „Penghulu‟ dan kemudiannya dipanggil „Undang‟ asalnya daripada suku Biduanda. Akhirnya, wujudlah institusi Yang di-Pertuan Besar di Negeri Sembilan. Minangkabau adalah gabungan daripada perkataan „Minang‟ yang bermaksud „Menang‟ dan „Kabau‟ bermaksud „Kerbau‟. Gabungan perkataan ini diperoleh daripada peristiwa perselisihan faham antara kerajaan Minangkabau dengan seorang Putera dari kerajaan Jawa yang meminta pengakuan kekuasaan di Tanah Melayu.Oleh itu, bagi mengelak daripada berperang masyarakat Minangkabau mencadangkan pertandingan beradu kerbau. Putera dari Jawa tersebut bersetuju dan menyediakan seekor kerbau yang besar dan ganas. Masyarakat Minangkabau pula hanya menyediakan sekor anak kerbau yang lapar dan ditajamkan tanduknya. Semasa bertanding si anak kerbau tidak sengaja merodok tanduknya ke perut kerbau yang besar dan ganas itu untuk mencari puting susu bagi menghilangkan kelaparannya. Malangnya, kerbau yang besar dan ganas itu mati kerana tertusuk tanduk si anak kerbau tersebut. Maka masyarakat Minangkabau telah berjaya menyelesaikan perselisihan tersebut secara aman.

Taburan Geografi Etnik Minangkabau Bahagian Sumatera Barat menempatkan kira-kira 68.44% etnik Minangkabau daripada seluruh etnik Minangkabau itu sendiri. Namun begitu peratus etnik Minangkabau adalah lebih rendah daripada etnik Jawa dan Sunda yang tinggal di tempat mereka. Hal ini menunjukkan bahawa etnik Minangkabau mungkin lebih ramai bermigrasi keluar berbanding dengan dua etnik tersebut. Kira-kira 3.18% etnik Minangkabau tinggal di Jakarta dan mereka merupakan kelompok migran dari Sumatera ke Jakarta.

15

Ramai di antara mereka tinggal di Sumatera Barat, Riau, Utara Bengkulu, Bahagaian Barat Jambi, Bahagian Selatan Sumatera Utara, Barat Daya Acheh dan juga Negeri Sembilan di Malaysia. Masyarakat Negeri Sembilan adalah merupakan perantau asal Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia yang telah tiba sejak abad ke 14. Etnik Minangkabau merantau jauh dari daerah asal mereka kerana tidak mempunyai tanah pertanian cukup. Jadi mereka berpindah ke sektor perdagangan seperti berniaga kain dan kedai makan.

Suku-suku dalam Etnik Minangkabau Terdapat banyak suku dalam etnik Minangbakau.Suku-suku yang terbesar adalah suku Piliang, Caniago,Bodi, Koto,Tanjung, Sikumbang,Jambak,dan Malayu. Terdapat juga suku pecahan dari suku-suku utama tersebut. Kekadang beberapa keluarga dari suku yang sama tinggal dalam sebuah rumah yang disebut Rumah Gadang. Pada mulanya hanya terdapat empat suku dan dua laras. Antara empat suku tersebut adalah Suku Koto, Piliang, Bodi dan Caniogo. Manakala dua laras yang berikut ialah Lareh Koto yang diasaskan oleh Datuk Ketumanggung. Mereka mengamalkan system budaya Aristokrasi Meliteristik. Lareh Bodi Caniogo yang diasaskan oleh Datuk Perpatih Nan Sebatang pula mengamalkan budaya Demokrasi Sosialis. Tidak lama kemudian, muncul laras yang baru yang bernama Lareh Nan Panjang. Laras tersebut diasaskan oleh Datuk Sakalok Dunia Nan Mamego-mego. Kini suku-suku dalam Minangkabau telah berkembang dan mencapai ratusan suku. Antara suku-suku tersebut ialha Suku Tanjung,Sikumbang,Sipisang, Bendang, Guci, Jambak, Kutianyie,Kampai,Payobada,Pitopang,Mandailing, Mandaliko, Dalimo, Simabua, Salo, Sumagek dan Singkuan.

16

Keturunan Etnik Minangkabau Ramai etnik Minangkabau yang telah Berjaya samada di Indonesia mahupun di Malaysia dalam pelbagai bidang. Antaranya : Bidang Akademik    Azyumardi Azra – pemikir Islam yang terkemuka Rustam Abdullah Sani, ahli polotik Sheikh Muszaphar Shukor, angkasawan Malaysia yang pertama

Bidang Hiburan        Acha Septriasa, artis Indonesia Ade Irawan, artis Indonesia Afgan Syah Reza, artis Indonesia Asmirandah,artis Indonesia Aznil Nawawi, artis Malaysia Bunga Cinta Lestari, artis Indonesia Camelia Malik, artis Indonesia

Ahli Sukan    Aidil Zafuan Abdul Razak, pemain bola sepak Malaysia Zaquan Adha Abdul Razak, pemain bola sepak Malaysia Markis Kido, pemaina badminton Indonesia

17

Pejuang Negara    Adnan Bin Saidi, pahlawan kemerdekaan Malaysia Cut Nyak Dhien, pahlawan nasional Indonesia Teuku Umar, pahlawan nasional Indonesia

Penulis       Abdul Muis, penulis novel, ahli politik Chairil Anwar, penulis puisi Hamka, penulis novel,ulama,ahli politik Marah Roesli, penulis novel Zainal Abidin Ahmad, penulis cerpen Umar Junus, pengarang

Ahli Politik        Abdul Halim, Perdana Menteri Indonesia Abdul Samad Idris, Menteri Malaysia Ahmad Boestamam, pengasas Parti Rakyat Malaysia Amirsham Abdul Aziz, Menteri Malaysia Burhanudin al-Hilmi, Presiden Parti Islam Se- Malaysia Hamdan Tahir,Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Malaysia Mohammad Eunos Abdullah,ahli politik Singapura

Ahli Politik   Emirsyah Satar, Pengarah Garuda Indonesia Rinaldi Firmansyah,Pengarah Telekom Indonesia

18

Raja/Sultan dan Permaisuri       Raja Melewar, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang pertama Sultan Abdul Jali RahmadSyah 1,Pengasas Kesultanan Siak Tuanku Abdul Rahman, Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang pertama Tunku Bahiyah,Raja Permaisuri Agong Malaysia kelima Tunku Jaafar, Yang di-Pertuan Agong Malaysia Tunku Kursiah, Raja Permaisuru Agong Malaysia pertama

Seniman
  

Ibrahim Anom, pelukis Malaysia Zubair Said, pencipta lagu kebangsaan Singapura Azmyl Yunor, penyanyi,pencipta dan penggubah lagu Malaysia

Wartawan
  

Abdul Rahim Kajai ,bapa kewartawanan Melayu Rohana Kudus,pengasas majalah Sunting Melayu Rosihan Anwar,pengasas akhbar Pedoman

19

Salasilah Keturunan Minangkabau Berikut adalah contoh salasilah keturunan etnik Minangkabau:

Keturunan Dari Minangkabau
Langsir + Sendeng

(Suku Biduanda)
Negeri Sembilan

Roman + Abu

Tempah + Pileh

Lembek + Labuh

1.Sidik + Saerah 2.Kamariah + Mohd Yusof

1.Zahrin + Zaharah 2.Abu Hassim + Ijah 3.Abu Bakar + Shamsiah 4.Halimah + Sulaiman

1.Esah +Ujang

2.Zaharah +Sulaiman

3.Saejah + Jamaluddin Baba

Zaharah +Kamaruddin

Rabiah +Abd.Latif (Jemiah +Abd.Rashid) 1.Zahariah +Aziz 2.Napsiah

Mohd Taib +Fatimah

Zainab +Abd.Aziz (Jalaludin) +H.Sareah Yusof +Yah Tiada anak D' Hj Mohd. Kamil + D' Raja Zainarah

1.Zaidin +Tengku Maimunah 2.Norsiah +Megat 3.Normah +Samad 4.Khairuddin

1.Ramli 2.Fadzilah

3.Baharuddin +Rohana 4.Zainon + Mohd.Diah

1.Dato' Zahari +Datin Jamiah

1.Mohd Ali +Rahimah

1.Zaleha +Mohd.Azrul

1.Lina 2.Faizal

20

2.Habibah +Abd.Rahman

+Jamilah 5.Amiruddin 6.Nozan 5.Zaiton +Idris 6.Mustafa +Nor Tifah 7.Sharif +Saufi 8.Zakiah +Nordin 9.Abd Maulud +Ros 10.Ismail +Siti 11.Abd Ghani 6.Ahmad +Neng 5.Siti Hawa +Agil 3.Norhana +Khairi 2.Zaharum 3.Maimunah +Sulaiman 4.Shafie +Zaliha+Nora 2.Khatijah +Razali 3.Farrah

4.Salamah +Ruzlan

5.Habibah +Nurizam

ANAK 1 2 3 4 5 6 7 8 9

PANGGILAN MENGIKUT PANGKAT Ulong (Yang tertua) Engah Alang Uda Andak Uteh Anjang Acik Ucu (Yang termuda)

CONTOH Pak Long Pak Ngah Pak Lang Pak Uda Pak Andak Pak Teh Pak Anjang Pak Cik Pak Ucu

Penggunaan Pangkat Nama diatas kadang kala juga diambil kira kepada anak-anak yang telah meninggal semasa lahir dan menjadikan susunan pangkat anak yang hidup terselang.

21

Hubungan Etnik Minangkabau Dengan Rumpun Bahasa Melayu Menurut Asmah Haji Omar (1988), bahasa mempunyai perkaitan kekeluargaan di antara semua bahasa yang terdapat di dunia. Perkaitan kekeluargaan tersebut boleh dianalogikan kepada perkaitan antara kekeluargaan manusia.Lama-kelamaan bahasa tersebut yang mempunyai perkaitan, kekeluargaan, bahasa-bahasa digolongkan dalam rumpun, keluarga dan subkeluarga. Filum (Kelompok bahasa yang menjangkau masa lebih 5000 tahun) bahasa Austris dibahagikan kepada tiga rumpun bahasa yang besar, iaitu Bahasa Austroasia, Bahasa Tibet Cina dan Bahasa Austronesia. Tiga rumpun tersebut ialah : 1. Bahasa-bahasa Austroasia terdiri daripada bahasa- bahasa di Annam,Nicobar,Mon Khemer dan MUnda 2. Bahasa Tibet Cina terdiri daripada bahas-bahasa Cina, Tibet, Burma, Siam dan lain-lain. 3. Bahasa Austronesia terdiri daripada empat lkeluarga bahasa yang lebih kecil iaitu : i. Bahasa Nusantara(Bahasa Kepulauan Melayu) seperti Bahasa Melayu,Acheh,Jawa Sunda,Dayak,Tagalog dan lain-lain. ii. Bahasa-bahasa Polinesia seperti bahasa Tonga,Hawaii,Haiti dan Maoiri. iii. Bahasa-bahasa Malanesia seperti bahasa-bahasa di Kepulauan Fiji, Kepulauana Kaledonia dan Irian iv. Bahasa-bahasa Mikronesia seperti bahasa-bahasa di Kepulauan Marshall, Marianna,, Gilbert dan Carolina. Semua rumpun bahas Austronesia mempunyai persamaan dan kelainan yang terdapat dalam kalangan keluarga bahasa ini berdasarkan, system bunyi,pembentukan kata, pembentukan ayat dan perbendaharaan kata.

22

Latar belakang dari segi hubungan kekeluargaan bahasa antara bahasa Melayu dengan bahasa Minangkabau disesuaikan daripada Ethnolongue: language of the World (2000) adalah seperti berikut: Austronesian Melayu – Polynesian Western Melayu – Polynesia Sundic Malayic Malayan Aboriginal Malay - Local Malay Para Malay Minangkabau

Maka berdasarkan carta di atas, amat jelas sekali akan keakraban antara bahasa Melayu dengan bahasa Minangkabau iaitu di bawah cabang Malayic dan subcabang Malayic ini adalah terdiri daripada Malayan. Aboriginal Malay pula terdiri daripada bahasa-bahasa Jakun, Temuan dan Seletar yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Manakala Local Malay pula adalah penutur-penutur dialek yang tersebar di Nusantara iaitu di Kalimantan.Malaysia.Sumatera(Bangkahulu,Enim<jambi,Kerinci,Loncong,Lubu,Lembak,Lem atang,Lintang,Musi,Ogan,Palembang,Pensek,Pasemahranu,Rawas,Suku Batin,Sidang,Kelingi,Semedo,Serawai,Kaur, dan Kayu Agung dan lain-lain) di Maluku, Jawa,Bali,Sulawesi,Thailand dan lain-lain.

23

Para Malay pula terdiri daripada tujuh buah bahasa. Antaranya bahasa Duano` di Malaysia,bahasa Pekal, Rejang, Muko-muko di Sumatera dan Urak Lawoi` di Thailand. Bahasa Minangadalah bahasa yang terpenting . Ianya tersebar di Semananjung Malaysia dan Sumatera serta wilayah lain di Indonesia. Sumatera Barat merupakan kawasan utama bahasa Minang kabau. Ianya terdiri daripada pelbagai dialek seperti dialek Agam,Payokumbuh,Tanah Si Junjung, Batusangkar Pariangan,Singkarak, Talang Mamak, Ulu, Kerinci – Minangkabau. Kira-kra seramai 6.5 juta orang (termasuk 5 juta di Jakarta, iaitu 3.3% daripada penduduk nya.) Negeri Sembialn merupakan tempat tertumpunya bahasa Minangkabau dituturkan. Ianya dikenali sebagai salah satu dialek Melayu. Selain Negeri Semabilan terdapat beberapa tempat lagi yang menjadi tempat tumpuan bahasa Minang. Antaranya ialah Ulu Muar dan di kawasan Kajang dalam daerah Hulu Langat, Selangor. Sebagaimana yang diketahui Bahasa Melayu sudah tidak asing orang Minangkabau.

Dialek Minang Dalam Bahasa Melayu Bahasa Minangkabau mempunyai perkataan yang serupa dengan bahasa Melayu, tetapi berbeza dari segi sebutan dan tatabahasa. Contohnya: “Sadang kayu di rimbo tok samo tinggi, kok kunun manusia” Maksudnya : Sedangkan pohon di hutan tidak sama tinggi, apatah lagi manusia. Bahasa Minangkabau merupakan salah satu cabang bahasa Autronesia. Walaupun ada perbezaan pendapat mengenai hubungan bahasa Minangkabau dengan bahasa Melayu, ada yang menganggap bahasa yang dituturkan masyarakat ini sebagai sebahagian dari dialek Melayu, kerana banyaknya kesamaan kosakata dan bentuk tuturan di dalamnya.

24

Justeru anggapan bahasa ini merupakan bahasa mandiri yang berlainan dengan Melayu serta ada juga yang menyebut bahasa Minangkabau merupakan bahasa proto-Melayu. Selain itu dalam masyarakat penutur bahasa Minang itu sendiri juga sudah terdapat berbagai macam dialek bergantung kepada daerahnya masing-masing. Bahasa

Minangkabau masih lagi dipertikaikan mengenainya samada ianya termasuk dalam Bahasa Melayu atau bukan. Setiap kata dalam Bahasa Melayu dipastikan ada persamaannya dalam Bahasa Minangkabau tetapi mengandungi perbezaan dalam pengucapannya berdasarkan dialek ataupun loghat. Orang Minang adalah merupakan penutur utama Bahasa Mianang. Penutur-penutur tersebut terdiri daripada orang Minang dari Sumatera Barat atupun yang merantau ke daerah lain di Indonesia mahupun Semenanjung Malaysia. Namun begitu Bahasa Melayu dengan pelbagai loghat daerah sekitar Minangkabua juga dituturkan di Wilayah Melayu Kampar dan Kuantan, Riau,Wilayah Kerinci,Jambi,Wilayah Pantai Barat,Sumatera Utara(Daerah Barus- Sibolga) dan juga di Negeri Sembilan,Malaysia. Bahasa Minang mempunyai beberapa dalek yang dituturkan berlainan di setiap kampong. Bahasa standard Minang yang digunakan adalah dari dialek kawasan Padang (Baso Padang aau Baso Urang Awak). Contoh: Bahasa Minang: Bahasa Melayu: Sadang kayu di rimbo tak samo tinggi, kok kunun manusia. Sedangkan pohon di rimba tidak sama tinggi, apa lagi manusia.

Bahasa Minang: Bahasa Melayu:

Co a koncek baranang co itu lo inyo. Bagaimana katak berenang, begitulah pula dia.

25

Bahasa Minang mudah difahami. Walaupun bahasa ini agak berbeza dengan Bahasa Melayu lainnya di Pulau Sumatera serta memiliki banyak kosakata yang terdengar susah difahami, namun jika difahami rumus-rumusnya maka tidak akan kesulitan dalam memahaminya. Dibawah ini ada beberapa rumus yang mudah difahami: 1. Akhiran O Rumus ini paling mudah dipahami. Kata-kata dalam bahasa indonesia yang berakhiran A diganti saja dengan O. Contohnya; bunga=bungo, cinta=cinto, suka=suko, gula=gulo, mata=mato, telinga=talingo, kepala-kapalo, dada=dado, ada=ado, luka=luko, dll.

2. “ing” menjadi “iang” Contohnya; kucing=kuciang, kambing=kambiang, pening=paniang, burung=buruang, dll.

3. “ur” menjadi “ua” Contohnya; kubur=kubua, cukur=cukua, ukur=ukua, kasur=kasua, hancur=ancua, dll.

4. “us” menjadi “uih” Contohnya; hangus=anguih, lurus=luruih, dll.

5.“ut” menjadi “uik” Contohnya; cabut=cabuik, kusut=kusuik, angkut=angkuik, lutut=lutuik, belut=baluik,

takut=takuik, kabut=kabuik, mulut=muluik, semut=samuik, perut=paruik, dll. Pengaruh dialek Minang dalam Bahasa Melayu Siak juga amat ketara.Lenggok intonasi pertuturan orang Rembau hampir sama dengan lenggok intonasi orang Siak. 26

Kesimpulan Sesungguhnya Bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua franca suatu masa dahulu. Pengaruhnya amat besar hingga ke seluruh Nusantara. Lantaran pengaruhnya yang luas maka pelbagai suku bangsa Melayu yang menggunakannya tetapi dalam pelbagai dialek. Oleh kerana system pembahagian harta lebih tertumpu kepada kaum wanita maka kaum lelaki Minang telah merantau meninggalkan kampung halaman demi mencari kehidupan yang lebih baik. Etnik Minang telah ramai bermigrasi dari Sumatera Barat ke Negeri Sembilan dan Johor di Semenanjung Malaysia. Penutur- penutur Bahasa Melayu telah dipengaruhi oleh Bahasa Minang. Hal ini disebabkan negara itu mempunyai sejarah yang panjang dengan suku Minangkabau dari Sumatera. Sesungguhnya Bahasa Melayu mempunyai pelbagai dialek dan setiap dialek itu mempunyai perbezaan ketara dari segi sebutan dan kosa kata.

27

RUJUKAN 1. Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain (2006). Sejarah bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Pub.& Dist.

2. Asmah Haji Omar (1998). Susur galur bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka dan Pustaka

3. A. Samad bin Idris et.al.(1970). Hubungan Minangkabau dengan Negeri Sembilan dari Segi Sejarah dan Kebudayaan, Seremban: Pustaka Asas Negeri

4. Ahmad Adam(1994). Isu Bahasa dan Pembentukan Bangsa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

5. http:// www.suplirahim.multiply.com

6. http://wwwmaimunasiyana.blogspot.com

7. http://wwwtutor.com.my

8. http://wwwamaljaya.com

9. http://wwwkedah.edu.my

ESEI ILMIAH (b)

Datuk Perpatih Nan Sebatang dipercayai pernah berlayar dari Sumatera Barat dan sampai di Melaka serta singgah di Negeri Sembilan. Negeri Sembilan dikenali dengan penduduknya daripada etnik Minangkabau. Sebagaimana yang diketahui etnik Minangkabau adalah etnik yang berasal dari Sumatera Barat. Perkembangan dan pengaruh kelompok etnik tersebut makin meluas dalam masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia. Pengaruh etnik Minangkabau jelas didapati dalam system keluarga yang melibatkan adat dalam keluarga, perkahwinan seperti peminangan,majlis kenduri,pakaian,dan makanan. Di samping itu terdapat juga pengaruh dan keakrabannya dengan budaya dan satera Melayu dalam bidang kesenian seperti tarian,lagu,alat muzik dan seni mempertahankan diri iaitu silat. Pengaruh Minangkabau juga boleh dilihat dalam seni binanya dan juga satera.

Adat Dalam Keluarga Penduduk bangsa Melayu di Negeri Sembilan yang berjumlah kira-kira seperempat juta itu masih mempunyai hubungan dengan daerah asal mereka iaitu Minangkabau. Mereka masih menggunakan banyak adat-istiadat Minangkabau dalam tatacara hidup. Terdapat beberapa adat yang tidak lagi diamalkan di Minangkabau tetapi masih tetap segar dan diamalkan. Sesungguhnya hubungan sejarah ini telah bermula pada pertengahan abad ke lima belas lagi.

Pantun mereka berbunyi;

Legug legah bunyi pedah Pedati orang pergi ke Padang Genta kerbau berbunyi juga Biar sepiring dapat pagi Walau sepinggan dapat petang Pagaruyung teringat juga 1

Masyarakat Minangkabau merupakan masyarakat Matrilineal yang terbesar di dunia. Adat ini telah menyebabkan kaum lelaki Minangkabau keluar merantau untuk mencari ilmu dan kemewahan melalui perdagangan. Kanak-kanak lelaki seawal usia tujuh tahun seringkali keluar meninggalkan rumah mereka untuk tinggal di surau yang mana mereka akan diajar dengan ilmu agama dan adat Minangkabau. Apabila remaja pula mereka digalakkan untuk meninggalkan kampung halaman untuk mencari pengalaman di dunia luar supaya mereka dapat menjadi seorang yang lebih matang dan bertanggungjawab kepada keluarga dan kampung halaman. Pepatah juga ada mengatakan bahawa orang Minang dikatakan mempunyai sifat berdikari kerana dapat bertahan dengan keluar dari tanah kelahirannya dan mengadu nasibnya di kota ataupun negari lain. Kini jika dilihat ramai etnik Minang tersebar di kota-kota seperti Jakarta, Palembang,Acheh, Medan dan lain-lain. Malah mereka juga ada yang merantau hingga ke Semenanjung Malaysia dan Singapura.

Bahasa

Baso Minang atau Bahasa Minang adalah suatu bahasa Austronesi yang digunakan oleh etnik Minang di Sumatera Barat,Barat Riau, Negeri Sembilan, Kampar dan Kuantan dan juga penduduk lain yang merantau ke daerah-daerah Indonesia. Terdapat perteligkahan pendapat mengenai hubungan bahasa Minangkabau dengan bahasa Melayu. Hal ini disebabkan terdapatnya keakraban atau kemiripan dalam tatabahasa mereka. Ada pendapat yang menyatakan bahawa bahasa Minangkabau adalah suatu bahasa dan bukannya suatu dialek.

2

Terdapat pelbagai loghat dalam bahasa Minang seperti Loghat atau dialek Minang(baku), loghat Payakumbuh,Loghat Pesisir,Loghat Loghat Pariaman; Loghat Pesisir; Loghat Melayu Minangkabau (Pekan); Loghat Kerinci; Loghat Sibolga (diwilayah ini Bahasa Minang disebut Bahasa Melayu, untuk membedakan dengan Bahasa Batak dan Mandailing), Loghat Aneuk Jamee (Aceh Tenggara), Loghat Noghori (Negeri Sembilan) dan loghat lain yang dipercayai lebih dari 200 banyaknya, kerana hampir setiap negeri di daerah Minang mempunyai loghat tersendiri. Kaedah yang disampaikan adalah Loghat Baku Minang.

Bahasa Melayu A diakhir kata  diucapkan O Apa;Lada; Raja Apanya? E di awal kata diubahsuai menjadi A Tengah; Tegah; Tenang Kemana;Benar: Kerja

Bahasa Minangkabau Apo;Lado; Rajo Aponyo? Tangah; Tagah; Tanang Kamano; Bana(r); Karajo

Kata dengan dua vokal E & A serta berakhir huruf S, maka dua vokal tersebut bertukar tempat. Dan huruf akhir S diubahsuai menjadi H

Lemas Emas Keras Kertas Cemas Bekas

Lameh Ameh Kareh Karateh Cameh Bakeh Dakek Kalek Samangek Kuek; Ahek: Dapek; Kilek; Angek Ucok; Tangkok; arok

Kata dengan dua vokal E & A serta berakhir huruf T, maka dua vokal tersebut bertukar tempat. Dan huruf akhir T diubahsuai menjadi K Kata yang diakhiri dengan AT/AD diubahsuai menjadi EK

Dekat Kelat Semangat Kuat; Ahad; Dapat Kilat; Hangat

Kata dengan 2 huruf akhir AP diubahsuai menjadi OK

Ucap; Tangkap; Harap

Suap; Lelap; Tiap Kata dengan huruf akhir T diubahsuai menjadi K Kata dengan huruf awal H, maka huruf H tsb tidak diucapkan Bukit; Renggut Hamba; Hari: Harap Hangat Kata berakhir huruf S diubahsuai menjadi H Partikel „kan‟ diucapkan „an‟ saja Habis; Keris Bagus Ditempatkan; Diuruskan

Suok; Lalok; Tiok Bukik; Rangguik Ambo; Ari; Arok Angek Abih; Karih Baguih Ditampek‟an; Diuruih‟an

Kata dengan huruf akhir R atau L, maka huruf akhir tsb tdk diucapkan

Kabar; Kidal; Bual Perdagangan Berkawan

Kaba; Kida; Bua Padagangan Bakawan Kasiah; Buyuang; Kanduang (a tidak jelas)

Kata yang mengandungi huruf I atau U sebelum huruf terakhir, diucapkan seakan-akan terselip vokal A diantaranya (tidak jelas)

Kasih; Buyung; Kandung

Penggunaan Bahasa Indonesia memang berleluasa di kalangan masyarakat Minang namun begitu mereka masih boleh bertutur dalam bahasa ibunda mereka iaitu, bahasa Minangkabau. Walaupun Bahasa Minangkabau mempunyai perkataan yang serupa dengan bahasa Melayu tetapi berbeza dari segi sebutan dan juga tatabahasa hingga menjadikannya unik dari bahasa Melayu. Perbezaan yang terdapat dalam Bahasa Minangkabau tidak menjadi masalah kepada penutur Bahasa Melayu untuk berinteraksi sesama mereka. Malah dalam bahasa pergaulan sehari-hari di pelbagai tempat di Riau, masysrakat umumnya menggunakan Bahasa Minang. Murid darjah satu sekolah rendah di Pekan Baru masih ada yang menghitung menggunakanangka:`ciek, duo,tigo,ampek….

4

Teks dan Tatabahasa Hubungan yang rapat antara teks Minang dan Melayu menunjukkan seperti ada perbenturan antara Bahasa Melayu dan Bahasa Minang. Kesukaran memisahkan keduaduanya, sebaliknya saling menyatukan hingga menyebabkan Ph.S.Van Ronkel (1909;1921) telah mendaftarakan manuskrip berbahasa Minang ke bahasa Melayu di Jakartan dan Leiden dalam satu catalog. Malah tradisi ini dilanjutkan oleh penyusun catalog selanjutnya. J.Pijnappel (1855), menyatakan bahawa Hikayat Syeikh Jalaludin adalah teks Melayu. Ia digunakan untuk mengajara Bahasa Melayu kepada bakal pegawai Belanda di Indonesia. Teks tersebut sesungguhnya penuh dengan unsur bahasa Minang termasuk tatabahasanya. Oleh kerana itu kedua-dua bahasa itu dikenali sebagai dua bahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Minang, bukannya dialek Minang atau dialek Melayu.

Kata Sesungguhnya terdapat mekanisme untuk memindahkan kata Melayu kepada kata Minang dan sebaliknya. Penutur bahasa Minang juga cenderung melihat bahasa Minang sebagai bahasa lisan. Mereka bertutur menggunakan bahasa Minang dan menulis dalam bahasa Melayu. Contohnya, tradisi surat- menyurat. Seorang anak berketurunan Minang yang buta huruf meminta orang lain menulis surat kepada ibunya turut buta huruf juga. Orang yang membacakannya adalah dalam bahasa Melayu dan bukannya bahasa Minang. Malah novel-novel terbitan Balai Pustaka juga adalah dari pengarang-pengarang berbahasa Minang. Jadi bahasa Melayu dan bahasa Minang mempunyai kesinambungan. Wujud hubungan yang erat antara kata Minang dengan kata Melayu. Penukaran atau penambahan fonem tertentu terhadap beberapa fonem, kata Minang dapat berubah menjadi kata Melayu. Contohnya, kata terkenal dalam teks (5 MS 1589) yang dieja sebagai takanal yang telah diMelayukan. Perkataan beza dalam MS 1589 juga adalah merupakan pemelayuan kata Minang yang berasal daripada perkataan benso. Pengaruh Bahasa Melayu Minang amat ketara dapat dilihat pada kata urang `orang`, mahadu `mengadu`, dihirik `ditarik`, nan tigo `yang tiga` dan sebagainya. Bahasa yang digunakan dalam teks cerita yang berasal dari Minangkabau yang berbahasa Melayu, kebanyakannya terpengaruh dengan bahasa Minangkabau daripada segi kosa kata, morfologi, dan ejaan sementera daripada segi struktur ayatnya tidak begitu dipegaruhi oleh bahasa Minankabau. 5

Hikayat Sejarah Melayu Pada prinsipnya Minangkabau di Sumatera Barat adalah terangkum dalam Dunia Melayu dan sekali gus merupakan salah satu suku Melayu sejak zaman berzaman. Hakikat orang Minangkabau merupakan Suku Melayu dicatatkan dalam Sejarah Melayu sendiri yang memberi bayangan selewat- lewatnya pada abad ke-14 Raja Minangkabau adalah keturunan Raja Melayu dari Bukit Siguntang, iaitu Sang Si Perba, abang kepada Sang Nila Utama, pengasas Kesultanan Melayu Melaka: Syahadan termasyhurlah pada segala negeri bahawa Demang Lebar Daun mendapat anak raja tiga bersaudara dari Bukit Si Guntang dan daripada anak cucu Raja Iskandar Zul-Karnain. Maka datanglah Patih Suatang, raja Minangkabau, ke Palem-bang dengan segala pegawai dan rakyat sekaliannya, minta seorang anak raja itu hendak dirajakannya di alam Minangkabau. Maka oleh Demang Lebar Daun diberikannya yang bernama Sang Si Perba, serta dengan sekalian alatnya. Maka oIeh Patih Suatang dibawanya kembali ke alam Minangkabau, dirajakannya di sana. (Sejarah Melayu edisi A. Samad Ahmad, 1986: 21-22)

Walau bagaimanapun,faktor penganutan agama Islam dan penuturan bahasa Melayu merupakan faktor utama etnik Minang dikenali sebagai suku Melayu. Hal ini kerana ciri-ciri khas masyarakat Melayu terletak pada tiga perkara utama: 1) taat kepada agama Islam, 2) berpegang kuat kepada nasab ibu (matrilineal), dan 3) kecenderungan untuk merantau.

Adat Perkahwinan Agama Islam merupakan agama bagi masyarakat Minangkabau. Oleh itu, majlis pernikahan bagi masyarakat ini dilakukan mengikut syariat Islam dan adat mereka yang tersendiri. Syarat-syarat perkahwinan bagi masyarakat Minangkabau adalah kedua calon 6

mesti beragama Islam, tidak sedarah/tidak berasal daripada suku yang sama (kecuali persukuan itu berasal dari negeri/luhak yang lain), saling menghormati antara satu sama lain dan keluarga kedua belah pihak serta calon suami (maripulai) harus mempunyai sumber pendapatan. Perkahwinan yang tidak memenuhi syarat di atas dianggap perkahwinan sumbang. Selain itu, masih terdapat peraturan tertentu dan upacara adat agama Islam yang harus dipatuhi iaitu majlis jopuik manjopuik, pinang meminang, batuko tando, akad nikah, baralek gadang, jalang menjalang, dan sebagainya. Adat perkahwinan dalam masysrakat Melayu yang bermula dengan majlis merisik, meminang,akad nikah adalah sama seperti adat Minangkabau. Lantaran itu pengaruh Minang memangnya akrab dalam masyarakat Melayu.

Makanan Terdapat banyak restoran Minang di merata Indonesia dan di negara-negara jiran seperti Malaysia dan Singapura. Pengaruh masakan MInang memang tidak dapat dinafikan di kalangan masyarakat Melayu. Beberapa jenis masakan Minang telah menjadi menu popular di kalangan penduduk Malaysia. Antara menu yang popular itu ialah rendang, soto padang (makanan sup),sate padang, nasi padang dan dendeng alado(daging dendeng berlada). Rendang ( bahasa Minang: Randang) merupakan salah satu masakan tradisional Minangkabau yang menggunakanrempah, daging dan santan kelapa yang menjadi bahan utamanya. Masakan tersebut telah menjadi terkenal di Indonesia, Malaysia ataupun negara lain. Asal-usul rendang berasal dari Sumatera, khususnya Minangkabau. Bagi masyarakat Minang, rendang telah menjadi masakan tradisi yang dihidangkan dalam berbagai acara adat dan hidangan seharian. Sebagai masakan tradisi, masakan ini berkembang ke kawasan serantau berbudaya Melayu lainnya, mulai dari Madailing, Riau, Jambi hingga ke negeri seberang di Negeri Sembilan yang banyak dihuni perantau asal Minangkabau. Restoran Minangkabau juga dikenali sebagai Restoran Padang. Oleh kerana itulah rendang tersebut terkenal dengan meluas baik di Sumatera ataupun Semanjung Malaysia. Rendang juga terkenal dalam kesusastraan Melayu klasik seperti Hikayat Amir Hamzah yang membuktikan bahawa rendang sudah dikenali dalam seni masakan Melayu sejak 1550-an (pertengahan abad ke-16). Oleh itu sememangnya wujud keakraban pengaruh Minangkabau dalam masyarakat Melayu. 7

Senibina Minangkabau Rumah adat Minangkabau disebut sebagai Rumah Gadang. Ia biasanya didirikan di atas sebidang tanah milik keluarga induk dalam suku tersebut secara turun temurun. Rumah Gadang ini dibuat berbentuk empat persegi panjang dan terbahagi kepada dua bahagian hadapan dan belakang. Umumnya berbahan kayu, dan sepintas kelihatan seperti bentuk rumah panggung dengan atap yang khas, menonjol seperti tanduk kerbau yang biasa disebut gonjong dan dahulunya atap ini berbahan ijuk sebelum berganti dengan atap zink.. Di halaman depan rumah gadang, biasanya didirikan dua sampai enam buah Rangkiang yang digunakan sebagai tempat penyimpanan padi milik keluarga yang menghuni rumah gadang tersebut. Jika kita lihat pada masa kini, masih terdapat senibina rumah gadang dengan rekaan bentuk tanduk kerbau di bumbung rumah tersebut terutamanya di Negeri Sembilan.

Ukiran Kayu Jika lihat pengaruh ukiran kayu Minangkabau amat meluas dalam masyarakat Melayu. Banyak bangunan tradisional, muzium budaya, perabot seperti kerusi meja, almari, katil , mahupun rumah persendirian contohnya yang menggunakan ukiran kayu Minangkabau yang sememang cantik dan hakus seni buatannya. Ada di antara masyarakat Melayu yang menempah khas barangan buatan ukiran Minang ini. Maka jelaslah betapa akrabnya pengarruh Minangkabau dalam kehidupan masyarakat Melayu.

Kesenian Tarian Piring Tarian Piring merupakan salah satu seni tari yang di,iliki oleh etnik Minangkabau. Walaupun begitu, tarian tersebut ditarikan juga di Negeri Sembilan. Tarian Piring ini merupakan tarian yang dipersembahkan pada musim padi sebagi anda kesyukuran denga hasil tanaman para petani di Sumatera Barat. Manakala di Negeri Sembilan, tarian tersebut ditarikan semasa majlis perkahwinan oleh olongan hartawan dan angkasawan. Jadi memang wujud keakraban seni tari tersebut diantara budaya Minang dan budaya Melayu.

8

Randai Randai merupakan teater rakyat tradisional Minangkabau yang melibatkan muzik, nyanyian, tarian, drama dan seni mempertahankan diri iaitu silat. Pelbagai cerita berupa cerita lagenda dan tradisional diselitkan melalui nyanyian dan lakonan semasa persembahan randai tersebut. Gurindam merupakan sejenis dendangan tradisional Melayu dalam bentuk pantun yang bermula daripada bahagian cerita dan juga berfungsi untuk menyampaikan bahagian cerita yang tidak dilakonkan ataupun didialog.Oleh itu dengan adanya elemen gurindam dalam persembahan randai makan sememangnya hubungan yang akrab antara etnik Minangkabau dengan etnik Melayu. Sesungguhnya randai yang terkenal di Padang di Indonesia menjadi sinonim dengan masyarakat Minang di sana sebagaimana bangsawan yang dikaitkan dengan masyarakat Melayu di Malaysia.

Lagu Minang Klasik Terdapat banyak lagu Minang klasik yang terkenal de kalangan masyarakat Melayu seperti Ubek Kan Denai, Ubekkan Denai,Kampung Nan Jauh Di Mato, Ayam Den Lapeh dan lainlain. Pernah suatu masa dahulu lagu-lagu Minang tersebut menjadi siulan anak-anak muda pada ketika itu. Suasan begitu jelas menunjukkan betapa akrabnya etnik Minang denga masysrakat Melayu samada di Malaysia, Singapura mahupun Brunei.

Alat Muzik Serunai Serunai atau puput serunai adalah alat muzik aerofonik bagi masyarakat Minang. Serunai ini biasanya dimainkan di majlis perkahwinan. Alat muzik ini juga dimainkan secara perseorangan ataupun beramai-ramai ketika bekerja di sawah padi. Ia juga dimainkan semasa upacara pencak silat masyarakat Minangkabau. Serunai ini boleh dimainkan bersama-sama alat muzik tradisional lain seperti gendang. Jika kita amati, serunai juga dimainkan semasa pertunjukan wayang kulit di Kelantan bersama-sama alat muzik lain seperti gong, gendang,geduk,canang dan kelenang. Maka jelaslah alat muzik serunai yang berasal dari etnik Minang mempunyai hubungan yang akrab dengan budaya masyarakat Melayu. 9

Cak Lempong Cak Lempong bersaiz kecil dan diperbuat daripada gangsa dan menggunakan teknik acuan. Permainan alat ini mula berkembang di kalangan masyarakat Melayu berketurunan Minangkabau di Negeri Sembilan. Kini muzik Cak Lempong telah bertapak di negeri-negeri lain dan juga diajar di sekolah-sekolah serta pusat-pusat pengajian tinggi. Dalam situasi tertentu Cak Lempong boleh dijdikan sebagai alat muzik dalam persembahan Dikir Barat dan Wayang Kulit di Kelantan. Maka memang jelaslah akan pengaruh yang akrab antara Minangkabau dalam budaya Melayu.

Pakaian Budaya Minangkabau terserlah indah pada busana tradisional Negeri Sembilan. Sejarah asal usul kaum Minang di Negeri Sembilan yang berhijrah dari Pagar Ruyung pada kurun ke-15 iaitu pada zaman kesultanan Melayu Melaka memungkinkan adat istiadat dan budaya berpakaian dari Sumatera Barat kekal dalam masyarakat Negeri Sembilan sehingga kini. Pakaian lelaki menyerupai Baju Sikap yang dipakai sebagai sut berlima mengandungi baju atau jaket sederhana labuh, baju di dalam, berseluar dipadan dengan samping dan dihias pua dengan tengkolok. Kaum wanita pula berbaju Kurung Teluk Belanga dan berkebaya labuh dipadan pula dengan kain sarung. Wanita bangsawan yang berketurunan Minangkabau pula, pakaiannya dari kain baldu bersulam benang emas bertatahkan labuci. Sarungnya pula dari kain songket penuh tenunan dari Pandai Sikek atau Batu Bara di Sumatera. Jadi jika kita lihat pakaian rakyat Negeri Sembilan sememangnya wujud hubungan yang akrab dengan masyarakat Minangkabau.

Songket Songket adalah jenis kain tenunan tradisional Melayu di Indonesia, Malaysia, dan Brunei. Songket digolongkan dalam keluarga tenunan brokat. Songket ditenun dengan tangan dengan benang perak dan emas dan pada umumnya dikenakan pada acara-acara resmi.

10

Benang logam metalik yang tertenun berlatar kain menimbulkan kesan kemilau yang bersinar. Perkataan songket berasal dari istilah sungkit dalam bahasa Melayu dan bahasa Indonesia yang bererti `mengait` atau`mencungkil`. Hal ini kerana cara pembuatannya dengan cara mengait dan mengambil sejemput kain tenun dan kemudia menyelipkan benang emas. Sejak dahulu lagi hingga kini, songket adalah pilihan popular untuk pakaian adat perkawinan Melayu, Palembang, Minangkabau, Aceh dan Bali. Kain ini sering diberikan oleh pengantin laki-laki kepada pengantin wanita sebagai salah satu hantaran persembahan perkawinan. Pada masa kini, pakaian resmi lelaki-lelaki Melayu pun kerap mengenakan songket sebagai kain yang dililitkan di atas celana panjang atau menjadi destar, tanjak, atau ikat kepala. Sedangkan untuk kaum perempuannya songket dililitkan sebagai kain sarung yang dipadu-padankan dengan kebaya atau baju kurung. Sebagai benda seni, songket pun sering dibingkai dan dijadikan penghias ruangan. Penerapan kain songket secara modern amat beraneka ragam, mulai dari beg tangan wanita, songkok, bahkan bekas pensel. Pusat tenunan songket termasyhur di Indonesia ialah di Pantai Sikek, Minangkabau,Sumatera Barat manakala Kelantan, Terengganu dan Brunei pula adalah pusat tenunan songket yang terkenal di luar Indonesia. Berdasarkan maklumat tersebut maka sudah nyata akan wujudnya hubungan yang akrab antara etnik Minangkabau dengan budaya Melayu.

Sastera – Puisi Teromba

Teromba merupakan salah satu genre puisi tradisional yang lahir dalam komuniti masyarakat Melayu keturunan Minang dan mengamalkan budaya hidup yang berteraskan Adat Perpatih. Selain teromba, puisi tradisional ini turut dikenali sebagai terasul, tambo dan salasilah. Bagi masyarakat Minang, teromba dimaksudkan sebagai peraturan yang memperlihatkan betapa pentingnya peraturan dalam kehidupan manusia. Dalam hal ini, masyarakat Minang melihat kehidupan yang dijalani tanpa peraturan sama seperti menjalani kehidupan yang tidak beradat.

11

Sebagai genre puisi, teromba yang masih diikuti dan diamalkan di Minangkabau, Sumatera dan di Negeri Sembilan, Malaysia, tergolong dalam puisi yang tidak terikat; iaitu tidak mempunyai bentuk dan struktur tertentu, berangkap atau tidak. Dalam adat Minangkabau, teromba digunakan dalam istiadat perkahwinan dan sebagai sumber utama masyarakat Minang untuk berbicara mengenai adat. Teromba wujud dan dihasilkan oleh masyarakat dahulu secara kolektif yang diwarisi secara lisan dan hafalan. Pepatah `alam takambang menjadi guru`, merupakan pepatah Minang yang terbiasa dengan kehijauan alam yang telah mencetuskan falsafah, pemikiran, peruaturan dan hukum kehidupan melalui susunan ayat yang mengandungi inti makna mendalam melalui teromba. Dalam masa yang sama, masyarakat Melayu yang kukuh akar budi berupaya membentuk masysrakat yang halus jiwa dan pemikirananya melalui penciptaan teromba. Komunikasi secara perbilangan, terasul, pepatah, gurindam, syair dan teromba merupakan himpunan satera Minangkabau yang mempunyai hubungan yang rapat dalam kesusateraan Melayu. Berikut adalah contoh teromba yang begitu dekat dengan satera Melayu bahkan kepada masyarakat Melayu juga. Hendak seribu daya Tak hendak seribu bicara Biar putih tulang Jangan putih mata Bulat tak datang menggolek Pipih tak datang melayang Kalau tak dipecahkan ruyung Di manakah dapat sagunya (Kia Wahab, Kampung Peraku, Negeri Sembilan, 11 April 2001) Maka amat jelas betapa akrabnya hubungan sastera Minang dalam sastera dan kebudayaan masyarakat Melayu. Keutuhan falsafah Melayu yang tersembunyi dalam teromba tetap tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas.

12

Cerita Penglipur Lara Masyarakat Melayu memang terkenal dengan cerita-cerita yang mempunyai keunikan dan keistimewaan yang tersendiri. Dalam masyarakat Minangkabau, cerita Penglipur Lara dikenali sebagai Kaba. Cerita-cerita yang disampaikan oleh `Tukang Cerita`,dengan kepakarannya sendiri. Melalui gaya dan lagunya tersendiri serta diserikan lagi dengan persembahan menggunakan alat-alat muzik dan lagunya yang tersendiri seperti rbab, biola dan sebagainya. Cerita - cerita tersebut disampaikan dalam bentuk prosa lirik.

Seni Silat Silat dierkenalkan di Semenanjun Tanah Melayu melalui Melaka pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Hanya golongan yang rapat denganistana sahaja berpeluang untuk mempelajari silat. Seni silat ini seterusnya sampai ke pengetahuan rakyat jelata dan seterusnya menjadi kesenian desa. Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Malaysia telah diasaskan oleh Tk Syeikh Datuk Dr. Azam Zulkifli Al-Qadiri, pada awal tahun 1990-an di Bentong, Pahang Darul Makmur.

PSSGMM merupakan salah satu di antara silat melayu tua yang berada di Malaysia pada waktu ini yang mengekalkan pembelajaran cara lama dan disiplin serta kesenian Melayu tua. Seni Silat ini membawa kaedah persilatan yang unik dari gerak tari dan pergerakan permainan serta bela diri dari Minangkabau, Palembang (Melaka), Pahang dan Jawa Tengah (di ambil dari maklumat terkini Tk Syeikh Datuk Dr. Azam Zulkifli Al-Qadiri). Gabungan kesenian dalam persilatan ini sangat menarik dan dapat menambat hati pencinta seni silat kekal membawa budaya seni ini dalam kehidupan mereka.

Di samping kesenian, unsur spiritual kerohanian islam di terapkan juga seperti membaca ayat suci Al-Quran sebagai pendinding diri dari sihir dan penguat semangat, fikiran serta perasaan pesilat. Ilmu ini juga pernah dimiliki oleh Laksamana Hang Tuah, Dato' Bahaman, Mat Kilau dan pendekar - pendekar melayu zaman silam.

13

Gabungan seni silat tua dari Minangkabau, Palembang (Melaka), Pahang dan Jawa Tengah, telah menghasilkan suatu aliran silat yang canggih yang dapat mendidik, mendisiplinkan murid, mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. serta unik. Pegangan akidah ahli perguruan ini tidak lari dari fahaman ahli sunnah waljamaah dan mentauhidkan Allah s.w.t.

Kesimpulan Berdasarkan bukti-bukti dan contoh-contoh yang telah dinyatakan maka sememangnyalah terdapat pengaruh yang akrab antara etnik Minangkabau dengan bahasa, kesusateraan dan kebudayaan Melayu. Jika kita amati, keakraban tersebut jelas terjalin hingga ke masa kini. Sesungguhnya pertalian dan hubungan yang rapat antara rumpun Melayu memang tidak dapat dinafikan.

14

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful