Glosari Istilah Gaya Bahasa

1. Anafora-pengulangan kata pada awal baris. Contohnya, Tiap insan mengecap nikmat merdeka, Tiap saat menghirup segar uadara kebebasan, 2. Epifora-pengulangan perkataan pada akhir baris. Contohnya, Fajar hilang ditelan sibuk kota, Tawaku kemarau di dada kota, 3. Responsif-pengulangan kata pada tengah baris. Contohnya, Kemerdekaan adalah milik kami, Kebebasan adalah impian semua, 4. Hiperbola- gaya bahasa perbandingan yang menggambarkan sesuatu secara berlebihanlebihan. Contohnya, Darah mengalir menganak sungai, Dia berendam air mata. 5. Hybrid-penggabungan dua patah kata. Contohnya, menyinarresap, sedihpilu. 6. Inversi-pembalikan kata iaitu urutan kata yang menyimpang daripada kebiasaan supaya menjadi baris yang lebih menarik dan menghasilkan kesan tertentu. Contohnya,terasa sekali dingin angin. 7. Metafora-gabungan kata yang menerbitkan makna yang lain daripada makna asal. Pada kebiasaannya, mengandungi 2 patah perkataan gabungan kata konkrit dan abstrak. Contohnya, jentera ingatan, gunung harapan,fajar cemerlang. 8. Personifikasi- gaya bahasa perbandingan yang memberikan sifat manusia kepada benda,haiwan dan tumbuhan. Contohnya, hatiku dimamah sepi, mentari tersenyum riang. 9. Simbolik-juga dikenali sebagai perlambangan. Melukiskan sesuatu dengan menggunakan benda lain sebagai lambang. Contohnya,’merpati’ melambangkan ‘kebebasan’ dan ‘gunung’ melambangkan ‘cita-cita.’ 10. Simile- gaya bahasa perbandingan yang digunakan untuk membandingkan sesuatu yang lain dengan menggunakan kata-kata perbandingan iaitu umpama,bak,bagai,macam,laksana. Contohnya, ibuku bagaikan pelita, dia berjalan laju seperti angin 11. Perbandingan terus Gaya bahasa perbandingan yang tidak menggunakan kata bak, seperti, bagaikan, umpama, macam, laksana. Contohnya, tanahair adalah ibundaku, guruku mentari bersinar.

12. Sinkof-kata singkatan. Contohnya, nak, saja, kau, tak, dah. 13. Kata ganda- kata yang digandakan seperti rumah-rumah, bukit-bukau, warna-warni, daundaun. 14. Alusi- penggunaan nama tokoh manusia dengan membawa maksud tertentu. Contohnya, Dengan langkah Hang Tuah, dia melonjakkan nama negara. 15. Asonansi – pengulangan bunyi vokal dalam baris. Contohnya, asonansi a, mereka mencipta jaya. 16. Aliterasi – pengulangan bunyi konsonan dalam baris. Contohnya, aliterasi k, akan kukendong impian keluarga.

Glosari Sastera Siri 1
Aliterasi Pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris-baris puisi; biasanya pada awal kata/perkataan yang berurutan. Contohnya, petikan daripada puisi "Kurenungi" karya Jihaty Abadi: 'kurenungi kemurnian kehidupan'. Dalam baris ini terdapat pengulangan bunyi konsonan k pada setiap awal perkataan. Pengulangan seperti itu menimbulkan kesan keindahan bunyi. Alusi Satu ragam atau jenis gaya bahasa perbandingan yang rnerujuk secara tidak Iangsung kepada sesuatu peristiwa, tokoh-tokoh atau karya sastera yang terkenal. Contohnya, petikan daripada puisi "Perarakan Suku Abad" karya Zurinah Hassan: 'Wan Empok dan Wan Malini'. Dalam contoh ini terlihat perbandingan kemewahan dan kemakmuran yang merujuk kepada kemewahan Wan Empok dan Wan Malini, tokoh metos dalam Sejarah Melayu, karya sastera yang terkenal itu. Ambiguiti Makna kata/perkataan atau ungkapan dalarn puisi yang mernpunyai pelbagai kemungkinan tafsiran, iaitu lebih daripada satu makna atau tafsiran. Dengan demikian, ambiguiti disebut juga ketaksaan. Puisi yang seperti ini memang agak sukar untuk diselami maknanya secara tepat atau jelas tetapi dianggap sebagai puisi yang kuat dan segi isi atau pemikirannya. Anafora Satu ragam atau jenis gaya bahasa pengulangan, iaitu kedudukan pengulangan satu kata/perkataan atau lebih pada awal baris-baris puisi. Contohnya, petikan daripada puisi "Kurnia" karya Shamsuddin Jaafar:

petikan daripada puisi "Keindahan yang Hilang" karya Shamsuddin Jaafar: 'terbang beriring di rembang petang'. bahasa demikian hanya memberikan makna yang tersurat. tepat atau khusus seperti dalam kamus. kelembutan. Fungsi : Bahasa bandingan untuk menggerakkan imaginasi pembaca. Contoh : Bulan kini bukan lagi menara kasih jernih terbenam di kaki hari.(satu-satu yang berlainan dengan realiti atau pertentangan dengan sebenarnya) Fungsi : Untuk menggerakkan imaginasi pembaca. Contohnya. kemerduan atau keindahan bunyi. Wahab Ali. Asonansi Pengulangan bunyi vokal yang sama pada kata/perkataan yang berurutan dalam barisbaris puisi. Pengulangan begini menimbulkan kesan kehalusan. Bahasa Denotatif Bahasa yang mempunyai makna jelas.adalah kerinduan adalah harapan adalah keriangan Dalam contoh tersebut. GAYA BAHASA & FUNGSINYA METAFORA Penggunaan kata-kata yang menerbitkan makna yang lain daripada makna tersurat atau disebut bahasa kiasan. . Gabungan kata konkrit dan abstrak. Pengulangan ini menimbulkan kesan keindahan bunyi dan bertujuan untuk menguatkan pernyataan maksud. iaitu apa yang ditulis atau disebut maka itulah maknanya. IRONI Gaya bahasa sindiran yang menyatakan sesuatu tetapi mempunyai makna yang lain. Jadi. terdapat pengulangan perkataan 'adalah' pada awal setiap baris. terdapat pengulangan bunyi vokal e pada setiap perkataan. Contohnya: 'seorang ayah dan suami' daripada puisi 'Bila Berjauhan' karya A. Dalam baris-baris.

Suasana / keadaan yang berlawanan. Fungsi : Memperlihatkan satu keadaan atau suasana yang berlawanan.Contoh : kadangkala ada akhir tak ada mula PARADOKS Gaya bahasa yang bertentangan kata-kata dalam ayat. Contoh : buruk dalam cantik pahit dalam ubat HIPERBOLA Pernyataan yang dibuat secara berlebih-lebihan dalam usaha menekankan sesuatu pandangan. Isinya lembah sampah ALUSI Kiasan / menyindir / merujuk kepada sesuatu secara tidak langsung Fungsi : Untuk menggerakkan imaginasi pembaca. idea atau peristiwa. Fungsi : menimbulkan irama untuk mengindahkan pendengaran Contoh : angin menderu ru ru ru . Fungsi : Untuk memukau pembaca Contoh : atau cakap-cakap gunung. ONOMATOPOEIA Pembentukan kata yang meniru bunyi asal sesuatu atau perbuatan.

. Keharmonian bunyi dan susunan kata dalam karya puisi.e sepi namun sentosa .RIMA Skema bunyi pada akhir baris dalam rangkap Fungsi : Menimbulkan keindahan irama Contoh : Aku telah dihimpit bising peradaban .a kasih dan cinta manusia .b bahagia sekalipun purba.b RITMA / IRAMA Alunan lembut dan keras bunyi yang berulang secara teratur. Rentak / ragam / tingkah.c ketika kau tetap abadi menatap alam .b yang luput .d menyaksi kejadian serba takjub . Fungsi : Menimbulkan keindahan irama ANAFORA Perulangan perkataan di awal baris yang sejajar / berturutan Fungsi : Menimbulkan kesan penegasan maksud / menimbulkan keindahan irama Contoh : betapa rumitnya betapa seksanya dia menunda usia . dan panjang pendek baris sebuah sajak. imbangan kata dalam baris.

EPIFORA Perulangan perkataan di akhir baris yang sejajar / berturutan Fungsi : Menimbulkan kesan penegasan maksud / menimbulkan keindahan irama Contoh : menggoda hati tergugah mengusik hati tergugah INVERSI Pembalikan kata / ayat / rangkaikata Fungsi : Untuk menimbulkan kelainan penyebutan / pengucapan bunyi Contoh : gelisah hidupku (sepatutnya: hidupku gelisah) samar waktu (sepatutnya: waktu samar) ASONANSI Perulangan bunyi vokal dalam sesuatu baris sajak. Fungsi : Untuk menimbulkan kemerduan bunyi / kelembutan bunyi / keindahan bunyi Contoh : hamparan kasihku (perulangan bunyi vokal [a]) ALITERASI Perulangan bunyi konsonan dalam sesuatu baris sajak. Fungsi : Untuk menimbulkan kemerduan bunyi / kelembutan bunyi / keindahan bunyi Contoh : kuletakkan di langkah setiamu (perulangan bunyi konsonan [k]) .

atau imej. lukisan. tumbuhan atau benda bukan hidup Fungsi : Menggerakkan imaginasi pembaca Contoh : menyentak celaru kehidupan yang kupapah menggaru di paru-paru CITRA Gambaran. Fungsi : Untuk memberikan gambaran tertentu Contoh : warga petani (Penyair menyifatkan petani sebagai sekelompok warga sebuah negara) PERLAMBANGAN Simbol yang membawa makna tertentu Fungsi : Untuk menegaskan maksud . umpama. PERSONIFIKASI Pemberian sifat manusia pada binatang.SIMILE Membandingkan sesuatu keadaan. bagai. Setiap benda perbandingannya diikuti oleh kata-kata: seperti. laksana. arca. bak. Fungsi : Menimbulkan kesan penegasan maksud / menimbulkan keindahan irama Contoh : kurun serigala menerkam mangsa seperti di Sahara Afrika bulan yang kupandangi bagai ketuaan ditelan waktu. suasana atau benda lain.

Contoh : kubaling jauh-jauh kunci di mataku. PERULANGAN (Terdapat beberapa jenis perulangan yang terdapat dalam sajak) Perulangan bunyi vokal dalam sesuatu baris sajak. (Aliterasi) Perulangan perkataan/kata di awal baris yang sejajar / berturutan (Anafora) Contoh : aku berlatih menangkis angin aku berlatih memunggah awan Perulangan frasa dalam baris yang sama / sejajar / berurutan Fungsi : Menimbulkan keindahan irama dan bunyi / Menegaskan maksud Contoh : aku berlatih menangkis angin aku berlatih memunggah awan Perulangan perkataan/kata di akhir baris yang sejajar / berturutan (Epifora) Contoh : menggoda hati tergugah mengusik hati tergugah . (Asonansi) Perulangan bunyi konsonan dalam sesuatu baris sajak.

4. Begitulah.3.my .2. dan 6 dalam sajak www. dan 6 dalam sajak www.5.Perulangan perkataan/kata di tengah baris Fungsi : Menimbulkan keindahan irama dan bunyi / Menegaskan maksud Contoh : menggoda hati tergugah mengusik hati tergugah Perulangan perkataan/kata dalam baris yang sama Fungsi : Menimbulkan keindahan irama dan bunyi / Menegaskan maksud Contoh : aku pun terbang setelah hinggap.5. Perulangan kata di awal baris pertama rangkap Fungsi : Menimbulkan keindahan irama dan bunyi / Menegaskan maksud Contoh : Perkataan ‘Dalam’ di awal rangkap 1.sibermerdeka.com.sibermerdeka.2.4.com.3. dan terbang lagi.my Perulangan kata di akhir baris pertama rangkap Fungsi : Menimbulkan keindahan irama dan bunyi / Menegaskan maksud Contoh : Perkataan ‘diriku’ di akhir rangkap 1.

iaitu ianya tidak statis. dan berbagai jenis puisi. tolol. para sasterawan dan ahliahli bahasa merupakan orang yang cekap atau pandai bergaya bahasa. Ini tebukti daripada hikayat-hikayat. bentuk pantun. Orang-orang tua kita dahulu pun sebenarnya memang cekap bahkan mahir sekali dalam menggunakan gaya bahasa. Oleh kerana bahasa. Gaya bahasa jenis ini dikatakan sebagai “simpulan bahasa”. cerita-cerita. gurindam. Kebolehan menggunakan gaya bahasa. tidak menghairankan jika jenis-jenis gaya bahasa dalam Bahasa Malaysia “berbau” atau diambil terus dari istilah-istilah dalam Bahasa Inggeris atau Barat. seperti juga budaya. perumpamaan dan sebagainya. kiasan. Sebagai contoh. Walaubagaimanapun soalan “penyesuaian’ buat masa kini. Begitulah juga dengan gaya bahasa (yang terkandung dalam bahasa) yang kerap menerima perubahan. sama ada ianya dilakukan secara sedar atau tidak. Sebab ada juga para sasterawan atau ahli bahasa yang tidak pandai begaya bahasa ketika berinteraksi secara lisan. tak mendengar kata dan nasihat dan seumpamanya.Jenis-Jenis Gaya Bahasa PENDAHULUAN Sewaktu kita bercakap. peribahasa. Dalam bidang kesusasteraan. ini mereupakan satu jenis gaya bahsa untuk diibaratkan sebagai seorang yang berperangai degil. “budak itu berhati batu”. kita tidak akan terlepas daripada mendapati satu bentuk. karya puisilah yang begitu kaya dengan penggunaan gaya bahasa. seloka. syair. simpulan bahasa. satu rupa atau satu corak gaya bahasa yang digunakan oleh seseorang. Apa yang kita pentingkan ialah . membaca ataupun mendengar. adalah terletak kepada sejauh mana seseorang itu mahair dan cekap berbahasa. sama ada semamsa mereka menulis apatah lagi ketika bercakap. yang begitu banyak atau kaya sekali dengan berbagai-bagai gaya bahasa yang indah. Justeru itu. tokok tambah. Misalnya. sud ah boleh dianggap sebagai sesuatu yang lumrah dan tidak dapat dielakkan. maka ia juga berubah dan berkembang mengikut perkembangan masa atau zaman. Pada umumnya. bila orang-orang tua menyebut. terutama sekali dalam atau ketika mereka menulis. cedok-mencedok terutamanya dalam bidang kesusasteraan.

rupa.1 Definisi “gaya” Yang dimaksudkan dengan gaya dalam bidang penghasilan karya bertulis ialah: corak. mengikut pendita Za‟aba. 1. Walaubagaimanapun. Misalnya istilah “metafora” (perbandingan terus). “euphimisma” (kata -kata halus atau pemanis kata). Sesuai digunakan dengan sifat dinamis bahasa. 1. Zaaba misalnya. atau pengetahuan tentang penggunaan kata-kata dan penyusunan ayat. dalam sesetengah keadaan. “personifikasi” (pertalian atau perhubungan). Di antara definisi yang boleh dianggap terkenal ialah definisi yang diutarakan oleh pengkaji dan pakar beahasa bernama Bloch & Trager. beliau mengatakan. Mislanya. “gaya bahasa ialah rupa susuk bahasa yang dipakai apabila bercakap atau mengarang. Berhubung dengan definisi “gaya bahasa” dalm karya penulisan juga terdapat berbagai-bagai. Meskipun ianya boleh digantikan dengan istilah lama atau klasik yang pernah digunakan oleh pengarangdahulu. bentuk. terlebih dahulu hendaklah dilihat apakah definisi atau yang dimaksudkan dengan “gaya” dan “bahasa” itu.“penyesuaian” yang dibuat hendaklah kena pada tempatnya dan bukanlah dibuat secara melulu sahaja. maka keseluruhan istilah yang digunakan dalam buku tipis ini adalah istilah yang boleh dianggap sebagai kemas kini yang lebih mirip kepada cedukan perkataan dab bunyi asing (Barat). kesemua definisi itu tidak terhindar dari konsep sebagai alat perhubungan dan yang terbina dari kalimat-kalimat.2 Definisi “bahasa” Sebagaimana definisi tentang gaya. Mereka berpendapat bahawa: bahasa ialah salah satu sistem lambang-lambang pertuturan yang arbiterari yang digunakan oleh anggota masyarakat untuk berhubung.” . “ironi” (bahasa terbalik) dan sebagainya. “Gaya” juga bermaksud: “satu cara menulis atau bercakap”. penggunaan istilah asing lebih menepati maksud yang hendak dinyatakan. definisi mengenai bahasa juga agak banyak. Malah. DEFINISI GAYA DAN BAHASA Sebelum dihurai dengan lebih lanjut tentang gaya bahasa dalam karya-karya (sama ada karya berbentuk puisi ataupun prosa).

terdapat satu gaya lagi. “ni” (ini). jalan bahasa corak susunan ataupun betuk pembahasaanya. Dengan itu. “pak” (bapak/bapa). gaya cakap mulut dan gaya cakap surat.CARA PENGGUNAAN GAYA BAHASA Setiap pengarang akan cuba sedaya upaya mencari satu gaya bahasa yang terbaik sebagai satu cara menarik minat pembaca di samping menghasilkan satu karya yang benar-benar bermutu. Gaya bahasa ini kebiasaanya digunakan oleh orang-orang bukan Melayu (dan kadangkala oleh orang Melayu sendiri) yang tidak fasih . “nak” (anak). pelazat rasa atau berbagai ramuan untuk menyedapkan makanan. Dan. Dalam Bahasa Malaysia. “dah” (sudah). Gaya bahasa bolehlah diibaratkan sebagai perencah. nyata sekali karyanya “tawar dan hambar”. Kedua-dua jenis gaya bahasa ini boleh jadi terbina dari gaya bahasa Melayu betul dan gaya bukan Melayu betul. 2. “dik” (adik) dan sebagainjya. Mislanya perkataan “tak” (tidak). iaitu bahasa pasar atatu dikatakan juga sebagai gaya bahasa kacukan. bila kita membaca apa-apa sahaja bentuk tulisan (sama ada bentuk puisi atau prosa). “mak” (emak). laksana gulai tidak bergaram. “nak” (hendak). pengarang tidak pandai atau tidak memasukkan gaya bahasa tertentu. dapatlah disimpulkan bahawa gaya bahasa merupakan satu corak. “bu” (ibu). Dalam gaya cakap mulut ini. kemahiran menggunakan gaya bahasa ini merupakan sesuatu kekuatan berkarya bagi seorang pengarang. Sekiranya. terdapat dua jenis penggunaan gaya bahasa iaitu. bentuk kata-kata dan penyusunan kalimat yang digunakan sewaktu berhubung di antara satu sama lain secara lisan mahupun tulisan. sindiran dan perbandingan) yang mana ianya terhasil dari peribadi seseorang pengarang. ikatan ayat. “tu” (itu). Sebab itu.Gaya bahasa juga dikatakan sebagai kekuatan perbandingan yang dipakai dalam karangan. Gaya cakap mulut banyak atau kerapkali menggunakan perkataan yang pendek. Gaya bahasa merangkumi perkataan. sama ada disingkat atau diringkaskan. kita akan tersua dengan berbagai gaya bahasa yang menarik. Bahasa yang dipakai itu ialah untuk menimbulkan daya (iaitu kata-kata biasa.

JENIS-JENIS GAYA BAHASA . (i) jika dituturkan secara bersahaja. Penggunaan peribahasa. pepatah. Antara gaya bahasa pasar atau gaya bahasa kacukan ini ialah seperti: makan angin. Boleh jadi baju yang dipakai itu. Akibatnya. banyak mahal. akan memberi makna sebagi satu sindiran atau perli. jika ia ditulis atau dituturkan. kucar-kacir dan tidak boleh dibaca. Melayu Benggali. Melayu-Inggeris. “malam muda” (permulaan masam malam). Melayu-Baba. seloka. ia akan membawa maksud bahawa seseorang yang ingin meminjam baju dari orang lain. “tulisan dia macam cakar ayam”. frasa. Ini merupakan satu gaya bahasa yang menggunakan simpulan bahasa “cakar ayam”. Faktornya ialah tergantung kepada nada atau irama sebutannya. boleh juga dianggap sebagai salah satu gaya bahasa. bahasa kiasan. Misalnya jika dituturkan: “pinjam baju?”. Jika seseorang berkata. jenis-jenis bentuk puisi dan seumpamanya. madah pujanggan. kasi tau. saya punya adik. 3. api kereta. Gaya bahasa juga akan dapat memberi erti yang berbeza. sama ada cantik atau hodoh ataupun seseroang itu tidak pernah pakai baju cantik atau lain-lain. walaupun menggunakan perkataan yang sama. boleh bikin. (ii) jika dituturkan dengan nada “menekan” di akhir kalimat. ini bermakna tulisan yang ditulis tidak cantik. nada dan iramanya mendatar. perumpamaan. perkataan dan makna. “bulan kesiangan” (warna atau wajah yang pucat tidak berseri atau tidak bermaya) dan sebagainya. lahirlah gaya-gaya bahasa: Melayu-Cina. bidalan. nasi makan dan bermacam-macam lagi. Begitu juga dengan kata-kata “orang rumah” (suami atau isteri). Melayu-Jawa dan sebagainya. simpulan bahasa. petikan hadis nabi dan ayat suci al-quran. “bulan tua” (akhir bulan). Melayu-Keling.bercakap bahasa ibundanya dan juga bahasa Melayu sendiri. Manakal gaya bahasa surat pula ialah satu rupa gaya bahasa atau percakapan yang lebih mementingkan kepada struktur ayat. datang bulan (perempuan yang datang darah kotor atau haid).

tujuan hidup diumpamakan sebagai tanah tepi. 3. 3. daun kelapa yang disifatkan sebagai manusia yang boleh melambai. matanya merah seperti biji saga.1. Mislanya: laut di bandingkan dengan kehidupan. (c) Gaya bahasa penegasan. iaitu (a) Gaya bahasa perbandingan. Lalu ditulis sebagai “daun nyiur melambai-lambai”. suami isteri diumpamakan sebagai nakhoda dan jurumudi. Bulan dikatakan sebagai dewi malam. 3. bersiul dan sebagainya. 3. dan (d) Gaya bahasa pertentangan. membentuk dan memilih kata-kata yang tepat untuk melukiskan sesuatu.2 Personifikasi: Memberi watak manusia kepada yang bukan manusia. Misalnya: badannya langsing seperti pohon pinang.1.Secara umunya. Asosiasi benda yang kedua. bunga diibaratkan sebagai anak dara dan sebaginya. (b) Gaya bahasa sindiran. Misalnya.4 Allegori: Satu gaya yang menggunakan perbandingan yang sempurna dan lengkap.1. badannya kurus seperti lidi dan lain-lain.1 Gaya bahasa perbandingan 3. matahari disifatkan sebagai raja siang. badannya makin kurus seperti ais-krim. Misalnya. “daun kelapa menggamit manja” dan sebagainya.3 Asosiasi: Merupakan penyamaan satu benda dengan benda yang lain. . kumbang sebgai pemuda. ada hubungan dengan benda yang pertama (yang disebut terlebih dahulu). menggamit. mukanya pucat bagai bulan kesiangan. gaya bahasa terbahagi kepada empat jenis.1. Ia disebut sebagai plastika bahasa. Bagi keempat-empat jenis gaya bahasa itu akan melibatkan.1 Metafora Perbandingan secara langsung di antara satu benda dengan benda yang lain yang ada sifat kesamaannya. badannya licin seperti belut.

7 Tropen Gaya bahasa yang menggunakan kata-kata yang tepat dan sejajar dengan erti yang dimaksudkan. Misalnya: “Dia terbang ke Jepun” (orang yang diibaratkan boloeh terbang seperti burung atau seperti kapal terbang).3. Ia dapat menyimpulkan rahsia atau falsafah hidup. 3. Parabel dalam kalimat ini ialah adakalanya orang yang kecil.5 Parabel: Perkataan ini berasal dari perkataan Latin.1.1.6 Simbolik: Simbolik ialah gaya bahasa yang memindahkan sifat seseorang atau sesuatu kepada yang lain atau melukiskan sesutau dengan menggunakan benda-benda atatu perkara lain seperti lambang atau simbolnya. mementingkan diri sendiri dan menganiaya orang lain). yang terdapat di dalam sesebuah cerita atau hasil karya puisi. Misalnya: lintah darat ( orang yang menindas. kuat atau kaya.1. memeras. alu pencungkil duri (orang yang tidak boleh mengeluarkan buah fikiran). Misalnya dalam sebuah ceitta mengisahkan “si tikus mengalahkan si singa”. “sehari-hari ia berkubur sahaja dalam bilik” (diibaratkan diam dan tak bergerak-gerak seperti orang mati dalam kubur). 3. kucing pekak (perangkap tikus) 3. lemah atau miskin dapat mengalah atau mengatasi orang yang besar.1.8 Mitonimia Suatu nama baru yang pada mulanya berupa nama lain bagi sesuatu benda atau perkara. “sudah lebih dua bulan dia mengukur jalan” (orang yang tidak mempunyai apa-apa pekerjaan melainkan mundar-mandir sepanjang jalan) dan lain-lain lagi. kambing hitam (orang yang dijadikan sasaran atau dituju). ia digunakan sebagi atau seolah-olah nama khas yang lebih senang . Ia bermaksud sebagai “kiasan”.

tetapi sebenarnya merupakan sebuah rumah yang besar dan cantik). Kata-kata yang digunaka sebenarnya adalah berlawanan dengan kenyataan yang sebenar. rumah kecil pondok atau lain-lain. “nasi dengan garam sahaja” (ini bukanlah bererti dia makan nasi dengan garam sahaja kerana terlalu miskin.1.10 Hiperbola / Bahasa melampau-lampau / Bahasa besar: Perkataan ini juga berasal dari perkataan Latin “ballein” (yang bermaksud melemparkan). (ii) Totem pro parte: iaitu penyebutan seluruhnya untuk menyatakan hanya . mislanya. tapi lebih dikenali dengan nama MAS.11 Sinekdoki Sinedoki (synecdoche) terbahagi kepada dua jenis iaitu: (i) Pars pro toto: iaitu penyebutan sebahagian dari kata. tetapi boleh memberikan sepenuh erti kata tersebut. “Ia belajar di IPKB” (IPKB bermaksud Maktab Perguruan Kota Bharu) dan sebagainya. Contohnya: “darah mengalir mengaanak sungai” (yang hendak diibaratkan ialah darah yang mengalir terlalu banyak sehingga penuh anak-anak sungai). memperkecil atau penyederhanaan. 3. 3. 3. “hancur lebur” dan sebagainya.tetapi nasi yang penuh dengan lauk-pauk yang banyak). “Ia berparti PAS” (PAS ialah singkatan dari perkataan awal bagi Pati Islam Se-Malaysia). kerana ada kaitan dengan nama asalnya. “ sudah lama tak nampak batang hidung” dan seumpamanya.1. “air yang melimpahruah". iaitu satu gaya bahasa yang cuba menunjukkan atau membesarbesarkan ataupun melebih-lebihkan sesuatu perkara atau benda. Misalnya: “Ia meluncur dengan MAS” (MAS ini berasal dari kata Malaysian Airline System.seakan-akan berharga seperti emas). Gaya bahasa begini biasanya dituturkan oleh orang yang suka merendah diri. Misalnya: “Gubukku di tepi sawah” (gubuk di dalam konteks ini bukan bererti bangsal. tidak suka bermuka-muka atau menunjuknunjuk sesuatu kelebihan atatu keistimewaan yang ada padanya.disebut atau lebih mudah dikenali.9 Litotes: Merupakan satu gaya merendah. “kilat sambar-menyambar”.1.

“pertandingan itu berakhir dengan kemenangan Pasukan Rumah Putih” (ini bererti tidak diterangkan bahawa ada satu lagi pasukan yang tela kalah oleh Pasukan Rumah Putih). “Nasihat yang diberi langsung tak berguna. tetapi oleh kerana ia digunakan dengan begitu halus dan “sopan”. Contohnya. . “kemaluan” (alat kelamin atatu jantina lelaki atatu perempuan). seperti emncurahkan air di daun keladi sahaja”.12 Euphimisma: Satu gaya yang memperhalus kata-kata atau ucapan. “hubungan jenis” (bersetubuh). “perangainya seperti lintah darat” dan lain-lain. tak kira bila.sebahagiannya sahaja. “Si Sengeh” (orang yang sentiasa tersengeh atau menampakkan gigi. “dipersilakan duduk” (bermaksud disuruh duduk). Mislanya: “minta diri sebentar” (bermaksud mahu pergi dari tempat itu sebentar). 3. “buang air besar” (berak) dan lain-lain lagi. “berhati batu”.1. simpulan bahasa. “buang air kecil” (kencing). 3. “hilang akal” (gila atau tak normal). dia mengatakan bahawa dia masih solo” dan seterusnya. di mana sepatutnya ada sekolah lain yang telah menang. “menjawab satu soalan. kais pagi makan pagi.1. “Si Gendut” (orang yang rendah dan pendek).1.13 Allusio/ Unsur-unsur falsafah: Iaitu satu gaya bahasa yang banyak menggunakan peribahasa. di mana dan dengan sesiapa sahaja). sifat kelucahannya tidaklah begitu ketara. kadangkala kata-kata itu lucah. “sekolah kami telah kalah dalam peraduan tersebut” (yang disebut ialah sekolahnya yang telah kalah. perumpamaan dan yang seumpamanya. kais petang makan petang”. seperti ayam. Misalnya: “hidupnya amat menyedihkan. tapi tidak disebut).14 Antonomasia/ bahasa kiasan: Penggunaan nama lain bagi seseorang dengan menggunakan sifat-sifat orang itu sendiri. Mislanya: “si Jangkung” (orang yang kurus dan tinggi). 3.

Satu kata yang ditukar dengan kata-kata lain yang lebih panjang tapi masih dapat memberi makna atau erti yang sama dan sesuai dengan kata yang hendak digantikan itu. “Rebah aku melihat mukanya” (bermaksud: dia akan jadi atau boleh rebah kalau melihat muka yang dimaksudkan. sehingga boleh muntah). boleh jadi muka tersebut terlalu hodoh. “malam tua” (waktu larut malam atau betul-betul tengah malam) dan lain-lain lagi .2. terlalu dibenci atau sebagainya).2 Sinisma/ bahan mengejek: Berupa kata-kata ejekan yang kasar.15 Periprase: Merupakan gaya bahasa penghuraian. „sedap betul nyanyiamu semalam” (bermaksud nyanyian yang tidak sedap) dan sebagainya. “wah cantik beyul bajumu” (bermaksud baju yang tidak cantik). Gaya bahasa ini terbahagi kepada tiga jenis. sehingga boleh jadi pengsan bila terciumnya).2. melebih-lebihkan. Misalnya: “Muntah aku melihatmu” (bermaksud: oleh kerana terlalu benci dan meluat atau jejek. .2 Gaya Bahasa Sindiran Gaya bahasa sindiran ini merupakan satu gaya perli kepada sesuatu yang tidak digemari atau yang tidak sesuai dan tidak berkenan dengan hatinya. melampau-lampau dengan tujuan menyatakan perasaan benci atau ejekan yang ketara. iaitu: 3. 3. 3.3. Mislanya: “pagi -pagi” (ketika Sang Suria telah keluar dari peraduannya”. “unta” (kapal padang pasir). Mislanya: “capat betul kau datang” (diwujudkan kata-kata ini kepada orang yang lewat datang). “senjakala” (suria merangkak-rangkak ingin memaut pintu malam).1. “pengsan aku bila terbau minyak wangi kau” (bermaksud: bau minyak wangi itu amat tidak berbau sedap.1 Ironi: Ia merupakan seolah-olah kata terbalik dari maksud asal atau kata-kata lain dari kata-kata yang sebenarnya yang patut digunakan dengan tujuan untuk menyindir.

“apa yang diharapkan. “cinta kasih sayang” dan sebagainya. dan lain-lain lagi. Ianya digunakan bagi menggambarkan sikap marah. saat yang tak dapat dilupakan dan saat dikejar seribu ranjau-ranjau. “Sunyi sepi”. “naik ke atas”.2 Repitisi: Iaitu mengulang sepatah perkataan beberapa kali dalam satu-satu ayat. perkataan turun sudah menggambarkan ke bawah. “mampus”. selama nadi masih berdenyut. Mislanya: “anjing” (orang yang dimarahinya disifatkan sebagai anjing) “babi”. Contohnya: “selama nafas masih ada. “Jatuh ke bawah”. “ anak haram”. “kucar kacir”. ialah ketika atau saat dilamun . 3. Gaya bahasa ini terbahagi kepada beberapa jenis seperti berikut: 3. “”syaitan”. apa yang diimpikan. Di sinilah yang dapat dilihat bahawa perkataan turun itulah yang hendak ditegaskan. Takkanlah turun ke atas.3 Gaya Bahasa Penegasan Gaya bahasa penegasan merupakan satu gay yang cuba memberi penegasan atau penekanan kepada sesuatu yang hendak disampaikan. Mislanya: “ Ia turun ke bawah” (dalam ayat ini. “bangsat”. “saat cinta” dan yang seumpamanya.3.3 Sarkasma: Iaitu gaya bahasa yang lebih kasar daripada sinisma. Gaya ini juga disebut sebagai gaya bahasa berlebihan. meluat yang amat sangat. “majulah ke muka”. “haram jadah”. iaitu turun ke bawah). benci.3.1 Pleonasma: Merupakan satu gaya yang cuba memberi penegasan kepada kata-kata sebelumnya dengan berasaskan kepada sifat-sifat kata itu sendiri. selama darah masih mengalir. 3. “kurang ajar”. meskipun kata-kata tersebut tidak perlu atatu tak mustahak diulang sebut lagi.3. yang paling romantis. “Undur ke belakang”. Ia boleh jadi digunakan dalam waktu marah atau tidak disedarinya. selama itulah aku terus berjuang”. “melalak melaung”.2. apa yang dicita-citakan oleh ayahnya ialah kebahagiaan anaknya di hari depan”.

dan sekiranya di sebut di akhir kalimat dikenal sebagi epipora.4 Tautologi: Mengulang secara berturut-turut satu-satu perkataan dalam kalimat. “Ia datang.3 Paralelisma: Pengulangan sesetengah perkataan beberapa kali pada tempat yang sama. Mislanya.3. . Mislanya: “sejak dari kecil. sedangkan pengulannya tidak perlu.5 Klimaks/Bahasa Naik: Satu gaya yang cuba menerangkan atau mengemukakan sesuatu benda atau perkara secara berturut-turut dengan cara kronologi. datang dari serata daerah dan datang dari pelbagai ragam latar belakang hidup”. kerana sudah jelas maknanya dengan satu perkataan sahaja.3. 3. datang dari serata ceruk ceruk rantau.3. disebut sebagai anapora. Contohnya seperti berikut: (i) Anapora apatah kekal apatah tetap apatah tidak (ii) Epifora Ia datang Selalu datang Tidak datang 3.3. Sekiranya pengulangan dibuat di awal kalimat.

3.6 Anti Klimaks/ Bahasa Turun: Iaitu satu gaya bahasa yang berlawanan dengan gaya klimaks. Misalnya: “Miskinkah dia dengan rumah besar dan harta benda yang banyak?”.. masih tak habis-habis”. Perdana Menteri. ia dikenali sebagai “ayat kena buat” atau ayat pasif. 3. Wakil-Wakil Rakyat.9 Retoris: Ialah gaya bahasa berupa pertanyaan yang tidak memerlukan jawapan.3. bapa. “buku tadi dibeli oleh ibuku”. Timbalan Menteri.3. Exco-Exco. sama ada kalimat pokok ataupun sebutannya.besar. “Gambar yang cantik ini dilukis oleh adik saya” dan lain-lain lagi. Contohnya: “pokok itu dibunuh” (ini bermaksud: pokok-pokok yang tak berguna itu telah dibunuh dengan racun). “upacara yang membazir itu berlangsung dari pagi. sampailah ke tuannya. petang hinggalah ke malam. “Habis dimakan” (bermaksud: nasi yang terhidang di atas meja itu habis semua sekali dimakan olehnya) dan lain-lain lagi. Ketua-Ketua Kampung. 3.8 Ellipsi: Satu gaya yang cuba menghilangkan sebahagian dari kalimat.3. 3. kerana di dalam pertanyaan itu sendiri secara tidak langsung. Menteri-Menteri. Dalam istilah lama (isyilah Zaaba). Misalnya: “Dalam majlis persandingan Diraja tersebut. dari yang besar kepada yang kecil. dari datuk. sudah ada jawapannya. Bahagian yang penting (predikat) mendahului cerita.7 Inversi: Ia merupakan gaya bahasa pembalikan penyusunan kata dalam satu-satu kalimat. “penakutlah dia dengan mengalahkan begitu ramai musuh?” dan lain-lain lagi. dan rakyat jelata turut hadir sama”. anak hinggalah ke cucu cicit ciatnya” dan seumpamanya.3. .”. “laparkah mereka dengan begitu banyak makanan yang telah dibekalkan?”. Misalnya: “Air itu diminum oleh saya”. kerana penerangannya bermula dari yang tinggi kepada yang rendah.. Penghulu. dewasa. “Kebiasaan itu telah diamalkan sejak dari turun temurun lagi. nenek.

sebagai satu cara dan menjimatkan penggunaan kata. akan digunakan sepenuhnya (Ini adalah berlawanan dengan asindenton). sebenarnya ibu memasak nasi”. ia terkena jerangkap samar dan cedera parah”. dan lain-lain lagi. maksud saya. Misalnya: “ Di dalam bilik itu terdapat meja.3. alkisah. “dalam masa itu ia terkena kemalangan. motosikal. adapun.11 Asindenton Merupakan kata-kata dalam ayat atau ayat-ayat yang sepatutnya menggunakan kata-kata penyambung.3. Contohnya: “Sungguhpun Terengganu itu daripada bahagian atau jumlah negeri yang terlebih muda sekali termasuh ke bawah anungan negeri yang terlebih muda sekali termasuk ke bawah naungan Kerajaan Ingeris. lalu dalam masa juga ianya tidak betul. 3.3. lori. “Anak anak saya semuanya manja-manja belaka. iaitu penggunaan perkataan-perkataan yang kadangkala tidak memberi erti yang tepat. alkian. almari dan bangku yang rosak”. Contohnya: “Nasi memasak ibu. oh maaf. anak-anak kucing yang saya pelihara di rumah” (boleh jadi penutur ini tidak berkahwin atau tidak mempunyai anak lagi) dan sebagainya. seperti perkataan maka.12 Polysindeton: Merupakan gaya bahasa lama. Ayat-ayatnya pula. jika sepatutnya ada menggunakan kata-kata penyambung. van dan ambulans telah memiruk-pikukkan lagi suasana di jalan yang sesak itu”.10 Koreksio: Iaitu satu gaya bahasa yang pada mulanya tersalah sebut atau sengaja disebut kurang teapat dan tidak betul. tetapi tidak atau sengaja tidak digunakan. tetapi adlah harapan kita pada masa kini jika kita tidak mengambil peneganalan dan pengetahuan daripada gerak-geri orang-orang .3. bas. lalu dalam masa yang sama juga ianya diperbetulkan. “Kereta. kerusi. 3. sayhdan dan lain-lain lagi.maksud saya.

“Ayahnya (yang bernama Daud.3. 3.3.besarnya yang bersungguh-sungguh menjaga dan memelihara pintu-pintu bahagia dan anak-anak jenisnya sendiri. 3. “Wah!cantiknya baju awak” dan lain-lain lagi. untuk menegaskan maksud ataupun untuk disesuaikan dengan nada erti yang dikatakan.3. Ianya digambarkan satu persatu agar lebih hidup dan lebih nyata. aduh sedapnya makanan ini). Umpamanya: “Malam gelap. (tidak boleh dikata. tak . Lampu jalan sudah dimatikan.14 Eksklamasi: Merupakan gaya bahasa yang memakai kata-kata seru. dan berdahulu-huluan tiap-tiap daripada mereka itu memasukkan dan menambahkan kepada negerinya cohtoh tauladan yang baik-baik dari luar”. atau penulis membuat andaian bahawa apa yang hendak atau tak hendak diberitahu olehnya sudahpun diketahui oleh orang lain (orang ramai).3. Lorong-lorong sudah sepi. Langit tak berbintang. Contohnya: “Siapakah orangnya. 3.15 Enumerasia: Iaitu satu corak gaya bahasa yang bersifat penghuraian sesuatu peristiwa yang sengaja dipisah-pisahkan. iaitu adik kepada emak saudaranya) telah pergi ke seberang laut pada tahun lepas lagi) dan lain-lain lagi. Misalnya. Contohnya: “Aduh!pedihnya luka ini”. 3. dan berikhtiar bagi menutup lubang kecil dan besarnya.13 Interupsi: Merupakan gaya bahasa yang menggunakan kata atau sebahagian kalimat yang disisip. “nama pkok itu (iaitu pokok Melaka) telah dijadikan sebagai nama negeri Melaka”. ditambah sesudah kalimat asal (pokok) dengan tujuan untuk menjelaskan erti asal atau pokok tadi dengan lebih luas lagi. Penjelasan itu dibuat dengan menggunakan tanda-tanda “koma”. “sengkang” atau pun “kurungan”. Sayup-sayup kedengaran anjing menyalak”.16 Praetorito: Merupakan satu gaya yang seolah-olah atau seakan-akan pengarang mahu menyembunyikan sesuatu perkara yang dilukiskan.

Ini ditimbulkan semata-mata untuk menimbulkan kepuasan. tetapi hidupnya melarat”. . sebab saya rasa anda sendiri sudah pun mengetahuinya” dan lain-lain lagi. Contohnya: “Merokok membahayakan kesihatan. Gaya bahasa pertentangan ini terdiri dari beberapa jenis. “Dia kaya. “cantik hodoh”.4. Mahu bertentangan dengan tak mahu.perlulah saya sebutkan.4. 3. ya bertentangan dengan tidak dan sebagainya. “lelaki perempuan” dan lain-lain lagi. yang tak dipersetujui. contohnya. Walaupun boleh jadi semua orang suda tahu.4 Gaya Bahasa Pertentangan Gaya bahasa pertentangan adalah merupakan satu gaya yang memperlihatkan kebertentangan erti atau makna dalam satu-satu ayat.2 Antithese: Merupakan gaya yang mempertentangkan paduan dua patah perkataan yang berlawanan ertinya.3 Occupasi: Ialah gaya bahasa yang mengandungi suatu bantahan. 3. “Bangkai bernyawa”. “kaya miskin”. Pun begitu ada orang yang tak boleh bekerja kalau tak merokok”.4. “Tidur dalam jaga”. 3. “tua muda”. misalnya. “kecil besar”. iaitu: 3. Amaran oleh Kerajaan Malaysia. dan lain-lain lagi. “hitam putih”. “Marah dalam sayang”.1 Pradoks: Ialah satu corak gaya yang mempertentangkan kata-kata atau erti dalam satu kalimat. “Senyum dalam tangisan” (biasanya atatu sepatutnya orang yang senyum tak boleh menangis atau pun orang yang menangis tak boleh senyum). tetapi dicuba membentangkannya juga sebagai untuk pengetahuan umum. “Benci tapi rindu”. “Berjudi adalah haram tetapi ada orang yang terus berjudi sebagai salah satu dara untuk menjadi kaya dengan cepat” dan lain-lain lagi.

Misalnya sedikit contoh: 4. “Kamar itu sunyi sepi. 4. .4. keldai. roti. kawal. neraca. lebai. bahaya. basi. acar. tirai dan lain-lain lagi.3. Kebanyakan perkataan “pinjaman” ini terasa seolah olah sebagai bahasa Melayu sendiri kerana kerap sangat kita menggunakanya dalam percakapan dan penulisan kita sehari-harian. 4. “Matanya pejam. guni. Perkataan-perkataan demikian hampir kesemuanya telah diubahkan bunyinya yang sebanar mengikut tabii lidah Melayu. jenak dan lain-lain lagi. Misalnya.2.2. geliga. Kerap kali berlaku juga maknanya juga telah berubah atau bertambah daripada makna dalam bahasa asal. topi. pili. coli. bahu. modal. angkasa.2. jodoh. Perkataan asing dalam Bahasa Malaysia (Melayu) Dalam Bahasa Melayu (seperti juga dalam bahasa-bahasa lain) banyak sekali perkataan asing yang telah terpinjam atau termasuk sehati menjadi sebahagian daripada perkataan Melayu jati. 4. kapur. gudang. dan lain-lain lagi. loga. lucah. kapas. Ianya akan ketara sebagai bahasa “cedukan” bila orang mengetahui bahasa asalnya.4 Kontradiksio: Ialah satu gaya yang memperlihatkan pertentangan dengan apa yang sudah dikata atau ditegaskan terlebih dahulu.1 Dari bahasa Sanskrit: Lidah. nadi. sila. hanya detikan jam yang berbunyi”.2 Dari bahasa Tamil: Kapal. “Dia nampak alim tetapi sebenarnya jahil”. cinta. genta. cuti. capal. Hal ini berlaku disebabkan oleh eratnya hubungan bangsa Melayu dengan bangsa-bangsa lain sejak zaman awal lagi. kari. mahligai.3 Dari bahasa Hindustan: Boria. bedil. gusar. kuda. baldi.tetapi masih kelihatan berkelip-kelip” dan lain-lain lagi. duli. jala.

4. akal. tangsi. tulis. serban . taugeh. garam. tuala. sampan bangsal. kekwa.2. 4.2. kawat. lazat. bola.10 Dari bahasa Belanda: Duit. sepatu. kebaya. bapang.2. 4. nyaman. teromba. malahan. makam. 4. tiuku(tengku). senapang. bomba. ongkos.6 Dari bahasa Cina: Kuih. musafir. sore. ayu. ponting.2. kemeja. dam.9 Dari bahasa Portugis: Baldi. dewan dan dan lain-lain lagi. geladak. hakim. bangku.8 Dari bahasa Sumatera: Gadis. ragu.7 Dari bahasa Jawa dan Sunda: Luntur.4 Dari bahasa Parsi (Iran): Pesona. roh. kemanakan. 4.4. rokok. misal. ketara. saudagar. pakau. sudah. gincu. kantor. dakwat.5 Dari bahasa Arab: Islam. pelekat. jaguh. teraju. hukum. meja. kamar. landai.2. lakon. tahil koyan. enak. dan lain-lain lagi. rapi. semenda. 4. engsil. sekoci. garfu. cuak. bagus beres. berkat. lawak. gusti. dan lain-lain lagi. dan lain-lain lagi. bius. tinta. taman. . alci. johan. palsu. teliti.2.2. teko. cegah. lahar. dan lain-lain lagi. saban. laksa. peluru. urus. dan lain-lain lagi. maktab. fikir. dan lain-lain lagi. istana.

2. dan lain-lain lagi.11 Dari bahasa Inggeris: Saman. selipar. botol.4. muzik. gelas. kopi. motor. bil. Dicatat oleh MBi di 5:36:00 PTG . notis. pistol.buku. koleh. pensel. pas.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful