LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1

Unit

1
LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA
HASIL PEMBELAJARAN Setelah selesai mempelajari unit ini, anda seharusnya dapat: i. menerangkan definisi linguistik dan cabang-cabangnya, ii. mengetahui asal perkataan linguistik, iii. mengetahui pelopor linguistik moden, dan iv. menjelaskan ilmu linguistik aliran tatabahasa transformasi generatif.

Pengenalan
Unit ini membincangkan hal tentang Linguistik dan Cabang-cabangnya yang mencakupi konsep linguistik, asal perkataan linguistik, pelopor linguistik moden, cabang-cabang linguistik serta aliran linguistik tatabahasa transformasi generatif.

Tahukah Anda Pengertian Linguistik?
Menurut Kamus Dewan (2005:945) linguistik bererti pengajian ilmu bahasa. Oleh David Crystal dalam bukunya, A Dictionary of Linguistics and Phonetics (1986:181), linguistik merupakan kajian saintifik terhadap bahasa (the scientific study of language).

1

LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1

Tahukah Anda Asal Perkataan Linguistik?
Perkataan linguistik berasal daripada perkataan Latin, iaitu lingua yang bermaksud bahasa. Perkataan Latin ini juga digunakan dalam banyak bahasa lain yang berasal daripada bahasa Latin seperti dalam bahasa Perancis (langue, langage), bahasa Itali (lingua), atau bahasa Sepanyol (lengua) atau dalam bahasa Inggeris (linguistics). Perkataan linguistik dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Inggeris, iaitu linguistics yang dipinjam daripada bahasa Perancis, iaitu linguistique. Orang yang pandai atau faham bermacam-macam bahasa asing atau ahli bahasa dipanggil linguis, dan orang yang mengetahui atau bertutur dalam dua bahasa atau banyak bahasa dikenali sebagai bilingual, atau multilingual.

Siapakah Pelopor Linguistik Moden?
Ferdinand de Saussure ialah seorang sarjana bangsa Swiss. Beliau dianggap sebagai pelopor linguistik moden. Bukunya Cours de Linguistique Generale (1916) sangat terkenal dan dianggap sebagai buku asas linguistik moden. Oleh sebab itu, beberapa istilah yang dipakai oleh de Saussure diterima umum sebagai istilah rasmi, misalnya langage, langue dan parole (Prof. Dr. J.W.M. Verhaar, 1983:1). Langage bererti bahasa pada umumnya, misalnya semua manusia di dunia ini mempunyai bahasa. Langue bererti bahasa tertentu kepunyaan satu-satu kumpulan penutur tertentu, misalnya bahasa Perancis, bahasa Belanda, bahasa Jerman, bahasa Indonesia dan bahasa Melayu merupakan bahasa-bahasa atau langue-langue tersendiri. Langue dianggap bahasa kepunyaan kumpulan atau masyarakat bahasa tertentu dan parole pula merupakan pertuturan atau bentuk ucapan individu yang kerap disebut sebagai idiolek.

Kesimpulan Tentang Ilmu Linguistik
Kesimpulannya, ilmu linguistik ialah ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik. Maksudnya ilmu yang mengkaji dan menganalisis satu-satu bahasa tertentu secara empirikal dan objektif, iaitu mengkaji bahasa itu seperti yang benar-benar wujud tanpa dipengaruhi oleh agak-agakan, ramalan, sentimen atau falsafah. Misalnya, kita menggunakan ilmu linguistik itu untuk mengkaji bahasa Melayu.

2

1 Jelaskan konsep Linguistik. Kita mengkaji secara formal dan objektif bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan. misalnya bagaimana bahasa Melayu itu diucapkan. bentuk dan sistem bahasa itu. 1. morfem. ramalan. Misalnya. ilmu linguistik yang 3 . kata.2 Siapakah pelopor Linguistik Moden? Tahukah Anda Cabang-cabang Linguistik? Linguistik mempunyai cabang atau bidang pengajian yang berlainan seperti: i) ii) iii) iv) v) vi) vii) viii) Linguistik Deskriptif (Descriptive Linguistics) Linguistik Historis (Historical Linguisticsi) Linguistik Komparatif (Comparative Linguistics) Sosiolinguistik (Sociolinguistics) Neurolinguistik (Neurolinguistics) Linguistik Am (General Linguistics) Linguistik Terapan (Applied Linguistics) Psikolinguistik (Psycholinguistics) i. sentimen atau falsafah dan hasil kajian itu pula boleh diuji kebenarannya. sistem fonem. Kajian ini dilakukan secara objektif dan tidak boleh berdasarkan agak-agakan. frasa dan ayat yang berlainan bentuk dalam bahasa Melayu. Apakah Linguistik Deskriptif? Linguistik Deskriptif ialah satu cabang linguistik yang menghuraikan satu-satu bahasa tertentu pada satu-satu masa tertentu. 1.LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1 Kita mengkaji bahasa Melayu seperti yang benar-benar wujud dan digunakan oleh masyarakat bahasa itu.

Linguistik Deskriptif juga tidak berminat untuk mengkaji sejarah perkembangan atau pertumbuhan bahasa Melayu. perkataan. Linguistik Deskriptif hanya membuat huraian tentang satu-satu bahasa itu dan tidak pula membuat perbandingan dengan bahasa-bahasa lain atau mengkaji daripada sudut sejarah bahasa itu.3 Apakah yang dimaksudkan dengan Linguistik Deskriptif? Apakah yang menjadi keutamaan dalam disiplin Linguistik Deskriptif? 1. bahasa Jawa. bahasa Jepun. bahasa Perancis.LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1 menghurai atau menganalisis bahasa Melayu seperti yang dituturkan oleh masyarakat Melayu pada hari ini. Misalnya. bahasa Inggeris. baik pada awal ataupun pada akhir satu-satu zaman itu. morfologi. baik bahasa Melayu. sistem suku kata. tetapi tidak membuat perbandingan antara sistem vokal. sintaksis dan segala aspek yang terdapat dalam bahasa Melayu. bahasa Portugis. bahasa Iban. 1. bahasa Tamil. diftong. frasa atau ayat bahasa Melayu dengan ciri-ciri dan sistem dalam bahasa Inggeris. konsonan.4 4 . iaitu seperti yang benar-benar wujud dalam bahasa itu. bahasa Perancis. frasa dan ayat bahasa Melayu. bahasa Itali dan lain-lain. Apa yang diutamakan dalam disiplin ini ialah menghuraikan bentuk dan sistem bahasa itu secara objektif dan secara empirikal. suku kata. Linguistik Deskriptif menghuraikan bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dituturkan dan bagaimana sistem bahasa Melayu itu digunakan dalam bidang fonologi. Jepun atau bahasa Cina. konsonan. perkataan. Ilmu Linguistik Deskriptif boleh digunakan untuk mengkaji dan menghuraikan secara umum sebarang bahasa di dunia. bahasa Tagalog mahupun bahasa Mandarin. bahasa Kadazan. diftong. Linguistik Deskriptif akan menghuraikan bunyi-bunyi vokal.

Perancis dan Jerman. morfologi dan sintaksis antara dialek-dialek seperti dialek Kedah. Apa yang diutamakan dalam disiplin ini ialah sejarah dan perubahan-perubahan yang berlaku dalam bahasa dari satu masa ke satu masa yang lain. bahasa Tagalog. baik daripada segi fonologi. Lazimnya. Linguistik Komparatif kerap digunakan untuk membandingkan antara dialek Kedah dengan dialek Perak atau dialek Kelantan dengan dialek Terengganu atau membandingkan bidang fonologi. bahasa Murut dan lain-lain atau membandingkan bahasa Inggeris dengan bahasa-bahasa induk Jerman yang lain seperti bahasa Belanda. bahasa Iban. morfologi. iaitu dengan cara melihat aspek-aspek persamaan dan perbezaan antara satu bahasa dengan satu bahasa yang lain. Apakah Linguistik Komparatif? Linguistik Komparatif ialah cabang linguistik yang mengkaji bahasa secara perbandingan. 1. 1. ada pula ahli-ahli bahasa yang turut membandingkan struktur bahasa-bahasa yang bukan daripada satu rumpun seperti membandingkan struktur frasa dan ayat bahasa Melayu dengan struktur frasa dan ayat bahasa Inggeris. Linguistik Historis mengkaji sejarah pertumbuhan dan perkembangan bahasa Melayu sejak zaman sebelum merdeka hingga ke hari ini atau mengkaji sejarah perkamusan bahasa Melayu atau sejarah sistem ejaan bahasa Melayu dan seumpamanya. bahasa Kadazan.6 Apakah yang menjadi keutamaan dalam disiplin Linguistik Historis? iii.5 Huraikan maksud Linguistik Historis.LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1 ii. dialek Negeri Sembilan dan dialek Perak dengan bahasa Melayu baku. 5 . iaitu menyelidiki segala perubahan dan perkembangan satu-satu bahasa itu. Namun demikian. Apakah Linguistik Historis? Linguistik Historis ialah satu cabang linguistik yang mengkaji satu-satu bahasa itu daripada sudut sejarah. ahli bahasa membandingbandingkan ciri-ciri bahasa serumpun seperti membandingkan bahasa Melayu dengan bahasa Jawa. Misalnya. sintaksis dan seumpamanya.

fungsi sesuatu interaksi. serta jenis-jenis perbendaharaan kata yang digunakan olehnya akan menunjukkan dari daerah mana dan golongan mana ia berasal dan jenis pendidikan yang telah diterimanya. bagaimanakah ia menyusun frasa dan ayat-ayat tertentu. Bagaimanakah seseorang itu bercakap. ciri-ciri fungsi variasi-variasi ini dan ciri-ciri penutur yang menggunakannya apabila ketigatiga unsur ini berinteraksi.LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1 1.7 Apakah yang dimaksudkan dengan Linguistik Komparatif? 1. pekerjaannya dan berbagai-bagai aspek latar 6 . seseorang itu dapat menangkap sikap dan pendiriannya. Dengan perkataan lain. berubah dan mengubah satu sama lain dalam sesuatu masyarakat bahasa. buah fikiran dan perasaan serta mengeratkan hubungan antara satu sama lain dalam kalangan masyarakat. bentuk perhubungan dan nilai-nilai yang dipegang oleh ahli-ahli yang terlibat dalam pertuturan terhadap sesama sendiri (Nik Safiah Karim. Daripada apa yang dicakapkan. Menurut Dell Hymes (1966). Apakah Sosiolinguistik? Sosiolinguistik yang juga dikenali sebagai linguistik antropologi atau linguistik sosial ialah satu cabang linguistik yang mengkaji hubungan antara bahasa dengan masyarakat. peserta (participant). mengenal orang yang sedang bercakap dengan lebih mendalam. iv.8 Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai. 1981:4) dan Fishman (1968) pula menyatakan bahawa Sosiolinguistik ialah bidang yang mengkaji ciri-ciri variasi bahasa. bunyibunyi perkataan. Sosiolinguistik merupakan ilmu yang mengkaji bahasa daripada segi hubungan antara latar (setting). Manusia menggunakan bahasa sebagai alat perhubungan untuk menyampaikan hasrat. tajuk perbincangan. Bahasa digunakan sebagai alat oleh masyarakat untuk berhubung. cara ia menyebutkan perkataan. Bagaimanakah orang itu bercakap dan apa yang dicakapkan itu akan memberikan tanda-tanda dan keterangan-keterangan tertentu tentang dirinya. Sosiolinguistik merupakan kajian yang menumpukan perhatian kepada bahasa dalam konteks sosial dan kebudayaan. huraikan Linguistik Komparatif.

sistem panggilan dan sistem gelaran dalam sesebuah masyarakat dalam masyarakat Melayu seperti penggunaan kata ganti nama. “Pak Cik”. “beta”. Sosiolinguistik juga turut mengkaji sistem ganti nama. 1.LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1 belakangnya. Di samping itu. “Adik”. “Encik”. “Abang”. “engkau”. “Puan Sri” dan seumpamanya. “Puan”. “anda”. panggilan dan gelaran seperti “aku”. Sosiolinguistik lazimnya menumpukan kajian pada aspek atau topik seperti yang berikut: i) Bahasa rasmi ii) Bahasa kebangsaan iii) Pidgin iv) Kreol v) Bilingualism vi) Multilingualism vii) Dialek viii) Ideolek ix) Ragam bahasa x) Sikap terhadap bahasa xi) Sistem panggilan dalam masyarakat xii) Kesetiaan terhadap bahasa dan perancangan bahasa 1. “Tuan”. “Mak Cik”.10 7 .9 Apakah yang anda faham tentang Sosiolinguistik? Bincangkan aspek-aspek yang boleh dikaji dalam bidang Sosiolinguistik. Bidang-bidang seperti inilah yang tercakup oleh disiplin Sosiolinguistik. “Dato”. “patik”. “Tan Sri”.

otak manusia mempunyai dua bahagian. Menurut teori Neurolinguistik Klasik. Neurolinguistik ingin mengetahui bagaimana otak diorganisasi pada waktu mengelolakan aspek-aspek kemampuan bahasa dan perlakuan bahasa yang begitu rumit. Apakah Neurolinguistik? Neurolinguistik ialah cabang ilmu linguistik yang mengkaji hal-hal otak dan perkaitannya dengan bahasa. Damasi H. Dengan perkataan lain.Broca dan C. Neurolinguistik banyak mendapat manfaat daripada kerjasama antara psikologi dengan linguistik dan afasiologi pula mendapat manfaat daripada neurologi. Medan Broca korteks menukar kalimat-kalimat yang disimpan dalam Medan Wernicke korteks kepada bentuk bunyi.Wernicke. Hemisfera kanan mempunyai fungsi mengendalikan semua fonem segmental (aspek-aspek intonasi dan prosodi) dan tona suara. iaitu Medan Wernicke korteks (hemisfera kiri korteks) dan Medan Broca korteks. Neurologi mula-mula wujud pada abad ke-19. hemisfera kanan berfungsi untuk komunikasi kebahasaan yang penting. Kalimat-kalimat bahasa disimpan dan diproses di hemisfera kiri otak manusia. pemahaman kalimat-kalimat terganggu apabila hemisfera kanan secara aktif terlibat dalam 8 . Afasiologi mengkaji penyakit bertutur. Oleh sebab itulah. diwujudkan oleh P. Neurolinguistik menumpukan kajian terhadap bagaimana bahasa itu diproses di dalam otak dari awal pemerolehan bahasa sampailah ke bahasa itu berkembang dalam kehidupan manusia. Pakar kajian neurolinguistik. Medan Broca korteks pula berfungsi melahirkan kalimat-kalimat. Menurut ilmu Neurolinguistik. ekspresi muka dan gerak-geri badan waktu bertutur dan makna perumpamaan serta ungkapan ideomatik juga.. Neurolinguistik mempunyai hubungan yang erat dengan afasiologi kerana kedua-dua disiplin ini sama-sama mengkaji penyakit bertutur. Teori Neurolinguistik Wernicke merupakan teori yang pertama lahir daripada beberapa kes kajian penyakit afasia. tetapi juga proses-proses morfologi. Medan Wernicke mengandungi representasi ingatan perbendaharaan bentuk kata yang berfungsi mengamati dan menerima ucapan. 1987 telah mengemukakan penemuan terbaharu beliau yang menunjukkan bahawa Medan Broca tidak sahaja berfungsi untuk melaksanakan proses-proses sintaksis dan produksi fonologi. Kalimat-kalimat difahami melalui Medan Wernicke belahan kiri (hemisfera kiri korteks) otak manusia. terutama untuk tujuan mengubatinya dan Neurolinguistik cenderung untuk mengetahui hakikat hubungan antara otak dengan bahasa demi pengubatan penyakit bertutur.LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1 v.

Bincangkan hubungan Neurolinguistik dengan Afasiologi.12 Jelaskan konsep Neurolinguistik. dalam Linguistik Am dibicarakan hal-hal tentang teori-teori kajian bahasa. sedangkan hemisfera kanan bertanggungjawab mengendalikan makna-makna tersirat. 1991:143). teori dan kaedah kajian bahasa mengikut aliran transformasi generatif. 9 . permainan tenis. pengenalan muka dan garis gambar yang rumit. pendekatan-pendekatan atau model-model yang digunakan dalam kajian bahasa. kajian bahasa mengikut aliran struktur. 1. Implikasi penemuan ini sangat penting pada bidang pendidikan. pengubatan penyakit bertutur. Kajian Neurolinguistik juga mendapati bahawa hemisfera kiri mengendalikan kata-kata yang membawa makna-makna literal (tersurat) dalam kalimat-kalimat. 1991:142-143). Di samping itu. badminton. Dalam Linguistik Am turut dihuraikan cara kajian bahasa dilakukan mengikut teori. kaedahkaedah. ruang dan segala sesuatu yang termasuk ke dalam apa yang dulunya terkenal dengan istilah bawah sedar. fungsional dan seumpamanya. Apakah Linguistik Am? Linguistik Am juga disebut linguistik umum merupakan ilmu linguistik yang membuat kajian atau membicarakan bahasa secara umum. hemisfera kanan juga berfungsi untuk semua hal yang berkaitan dengan pembentukan idea yang bukan bahasa seperti kebolehan konstruksi. vi. pengajaran bahasa. proses kegiatan gestalt.11 1. muzik dan lagu. kaedah dan pendekatan tradisional. relasional.LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1 proses kebahasaan pada waktu berkomunikasi (Mangantar Simanjuntak. inovasi dan kekaryaan (Mangantar Simanjuntak. Maksudnya. Kedua-dua hemisfera bekerjasama pada waktu berkomunikasi untuk menjamin pemahaman dan penyampaian makna yang sempurna.

15 Apakah yang dimaksudkan dengan Linguistik Terapan? Bagaimanakah Linguistik Terapan dapat dimanfaatkan dalam pengajaran bahasa? 1. stilistik. 1. bahasa Mandarin. dalam leksikografi. kaedah dan hasil kajian linguistik sangat berguna untuk diterapkan ke dalam pengajaran bahasa. ahli bahasa dapat mengkaji dan menghuraikan segala bahasa yang dituturkan oleh manusia di dunia seperti bahasa Melayu. penulisan buku-buku teks. bahasa Thai. Huraian bahasa secara umum dan universal ini mencakupi bidang fonologi. kaedah dan hasil kajian linguistik dalam pengajaran bahasa. Dengan menggunakan pengetahuan ilmu Linguistik Am. patologi bahasa dan sebagainya. sintaksis dan seumpamanya secara umum. sama ada pengajaran bahasa sebagai bahasa pertama ataupun sebagai bahasa kedua. bahasa Tamil.16 10 . pendekatan.14 vii. deskripsi.13 Apakah yang dibincangkan dalam Linguistik Am? Huraikan ciri-ciri Linguistik Am bahasa Melayu. 1. Apakah Linguistik Terapan? Linguistik Terapan ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori. bahasa Perancis. morfologi. bahasa Jepun. penterjemahan.LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1 Dalam Linguistik Am. kajian ditumpukan kepada perkara-perkara umum dalam bahasa secara universal. bahasa Inggeris. 1. Teori. bahasa Itali dan seumpamanya.

bentuk-bentuk bahasa dan perkataan-perkataan yang digunakan oleh penutur dan hubungannya dengan fikiran dan jiwa penutur itu. Emmon Bach dengan singkat dan tegas mengutarakan bahawa Psikolinguistik adalah satu ilmu yang meneliti bagaimana sebenarnya para pembaca/ pemakai sesuatu bahasa membentuk/ membangun atau mengerti kalimat-kalimat bahasa tersebut” (Bach. Psikolinguistik turut mengkaji perkaitan antara peranan bahasa dengan proses mengingat.18 11 . seorang ahli dalam bidang pengajaran bahasa mengatakan bahawa Psikolinguistik ialah pendekatan gabungan melalui psikologi dan linguistik bagi telaah atau studi pengetahuan bahasa. Psikolinguistik turut meneliti aspek penguasaan bahasa kanak-kanak dan mengkaji proses akal kanakkanak dalam memahami. Robert Lado. Psikolinguistik ialah studi atau telaah mengenai behaviour atau perilaku linguistik.LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1 viii. bahasa dalam pemakaian. Disiplin ini juga memberikan perhatian terhadap pengaruh ingatan ke atas pertuturan dan kefahaman. membuat persepsi. 1976:220). Apakah yang diteliti dalam Psikolinguistik? 1. mengingat dan melahirkan kembali bentuk-bentuk bahasa dalam pertuturan. Menurut Ronald W. Psikolinguistik menganalisis jenis-jenis. 1964:64). iaitu performansi atau perbuatan dan perlengkapan atau aparat psikologis yang bertanggungjawab atasnya” (Langacker. Maksudnya. 1985:3). pemerhatian dan pembelajaran. Langacker. Apakah Psikolinguistik? Psikolinguistik ialah cabang linguistik yang mengkaji hubungan antara bahasa dengan jiwa manusia. 1.17 Jelaskan Psikolinguistik berdasarkan definisi tokoh-tokoh bahasa. perubahan bahasa dan hal-hal yang ada kaitannya dengan itu yang tidak begitu mudah dicapai atau didekati melalui salah satu dari kedua ilmu tersebut secara terpisah atau sendiri-sendiri” (Lado. 1968:6) (lihat Henry Guntur Tarigan.

Linguistik Komputasi (Computational Linguistics). Linguistik Kontrastif (Contrastive Linguistics). iaitu kajian terhadap lingkungan alam dan budaya sesuatu masyarakat dan hubungannya dengan bahasa dan situasi pertuturan. Linguistik Medis (Language Pathology). Linguistik Kognitif (Cognitive Linguistics). Firth. iaitu cabang linguistik yang menggunakan teknik komputer dalam kajian bahasa dan kesusasteraan. Troubetzkoy dan lain-lain. iaitu cabang kajian bahasa yang menerapkan teori dan hasil kajian bahasa dalam pengajaran. iaitu kajian terhadap bahasa yang menekankan hubungan antara bentuk-bentuk bahasa dengan informasi-informasi yang terdapat di dalam otak atau akal manusia. Linguistik Fungsional (Functional Linguistics).LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1 Apakah Cabang Linguistik Lain? Terdapat juga beberapa cabang linguistik yang lain seperti Linguistik Etnografi (Ethnographic Linguistics). Martinet. iaitu satu teori linguistik yang lahir sebagai satu alternatif kepada teori Tatabahasa Transformasi Generatif. Lamb mengakui bahawa teori stratifikasi merupakan sejenis Linguistik Kognitif. telah wujud Tatabahasa Fungsional (Functional Grammar). Linguistik Matematik (Mathematical Linguistics). iaitu sejenis kajian terhadap bahasa yang mempelajari ciri-ciri matematik dalam bahasa dengan menggunakan konsep-konsep statistik dan algebra. Kajian ini juga disebut patologi bahasa. Linguistik Renaisans (Renaissance Linguistics). iaitu zaman sesudah linguistik abad pertengahan yang ditandai oleh perluasan kajian atau pandangan di luar bahasa Yunani dan Latin dan bahasa-bahasa Indo-Eropah dengan menambahkan beberapa konsep dan kategori baharu dalam kajian bahasa. Pike. Linguistik Pedagogi (Pedagogical Linguistics). Huraian tentang Linguistik Fungsional ini ada terkandung di dalam teori dan tulisan sarjana-sarjana seperti Buhler. Halliday. Pada tahun 1970-an. iaitu cabang Linguistik Terapan yang mengkaji permasalahan dalam bahasa seperti cacat bahasa dan sebagainya. misalnya menerapkan teori dan dapatan kajian linguistik dalam mencari kaedah-kaedah yang efektif dalam pengajaran bahasa dan lain-lain. iaitu kajian linguistik pada zaman Renaisans. iaitu cabang linguistik yang mengkaji persamaan dan perbezaan antara bahasa-bahasa atau dialek-dialek untuk mencari prinsip-prinsip yang dapat diterapkan dalam pengajaran bahasa atau penterjemahan. Linguistik Saussure 12 . iaitu analisis bahasa yang memberi perhatian kepada pelbagai fungsi bahasa. baik dalam bidang bahasa ataupun di luar bidang bahasa.

misalnya mengkaji bahasa Melayu pada zaman sebelum merdeka dengan bahasa pada zaman selepas merdeka dengan melihat perubahan-perubahan bahasa daripada segi fonologi. perbezaan antara langue dengan parole. Teori ini dianut pula dengan perubahan atau tanpa perubahan oleh aliran Praha dan Glosematik. Cara kajian Linguistik Diakronis ini diperkenalkan oleh ahli bahasa bangsa Swiss. Kajian cara Sinkronis ini diperkenalkan oleh linguis bangsa Swiss. Hasil kajian linguistik struktural ini boleh digunakan untuk melatih pelajar-pelajar asing atau yang baru mempelajari bahasa atau pelajar yang lemah pencapaian dalam penguasaan bahasa. kaedah dan pendekatan struktural. jenis-jenis konsonan dalam bidang fonetik. morfologi.LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1 (Saussure Linguistics) ialah istilah yang digunakan untuk kajian linguistik teori Ferdinand de Saussure. Aliran ini menumpukan kajian ke atas bahasa lisan dan tidak mengutamakan aspek semantik. atau pada abad ke-20 tanpa melihat perubahan-perubahan pada bahasa itu dan tidak pula membuat perbandingan antara perkembangan bahasa dari satu masa ke satu masa. iaitu mengkaji satu-satu bahasa itu pada satu-satu masa tertentu. iaitu kajian bahasa yang dilakukan terhad pada satu-satu masa tertentu. Ferdinand de Saussure. iaitu yang menganggap bahasa itu mempunyai struktur atau sistem yang bebas. iaitu bidang kajian linguistik yang menggunakan teori. Cara Linguistik Sinkronis ini digunakan dalam kajian Linguistik Deskriptif. Ferdinand de Saussure (1916). iaitu linguistik yang mengkaji bahasa pada dua masa atau yang berlainan masa. medan makna dalam bidang semantik dan sebagainya. Linguistik Taksonomi (Taxonomic Linguistics) ialah pendekatan kajian dan analisis bahasa dengan tujuan utama untuk mendaftarkan dan mengklasifikasikan pelbagai fenomena bahasa kepada kelompok atau golongan seperti kelas atau golongan kata dalam tatabahasa. 13 . hubungan paradigmatis dan sintagmatis. Linguistik Sinkronis (Syncronic Linguistics). sintaksis dan semantik. Linguistik Struktural (Structural Linguistics). Linguistik Diakronis (Diachronic Linguistics). yang mencakupi pemisahan antara pendekatan diakronis dan sinkronis. misanya kajian bahasa Melayu pada hari ini.

Pertama. Profesor Linguistik dan bahasa-bahasa moden di Massachusetts Institute of Technology. rasanya tidak lengkap jika tidak disentuh serba ringkas tentang ilmu Linguistik Aliran Tatabahasa Transformasi Generatif (Transformational Generative Grammar) sebagai pengetahuan ringkas. Kemudian Chomsky telah memperbaiki teori ini dan menerbitkan pula buku Aspects of the Theory of Syntax pada tahun 1965 dan teori ini dianggap sebagai teori standard. Kedua. Linguistik Aliran Tatabahasa Transformasi Generatif Apabila membicarakan ilmu linguistik dan cabang-cabang atau bidang-bidangnya. peringkat struktur permukaan. iaitu struktur yang biasanya mengandungi bentuk ayat dasar atau ayat inti yang diperlukan untuk membentuk asas makna ayat atau dengan kata lain membentuk semantik ayat. setiap ayat yang dilahirkan mengandungi dua peringkat. Tatabahasa aliran Transformasi Generatif ini ialah satu aliran kajian bahasa yang dikemukakan oleh ahli bahasa Amerika bernama Noam Chomsky. Teori ini menumpukan kajian dalam bidang sintaksis atau ayat dan mengutamakan bidang makna atau semantik. Menurut teori ini. Beliau telah mengemukakan teori tatabahasa Transformasi Generatif ini dalam buku monografnya yang terkenal. Bincangkan perbezaan antara Linguistik Sinkronis dengan Linguistik Diakronis. Huraikan maksud Linguistik Fungsional. iaitu Syntactic Structures pada tahun 1957. 2003:505).LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1 1.21 Terangkan cabang linguistik lain. iaitu struktur ayat yang biasanya telah mengalami perubahan daripada struktur dalamannya dan merupakan bentuk ayat yang akan sebenarnya diucapkan oleh si penutur dan yang diperlukan untuk ditafsirkan oleh bahagian bunyi bahasa yang dinamai komponen fonologi (Nik Safiah Karim dan rakanrakan.19 1. Teori Transformasi Generatif ini dianggapkan sebagai satu aliran linguistik yang baru dan sebagai revolusi dalam bidang kajian tatabahasa. 14 .20 1. peringkat struktur dalaman.

menambahkan unsur kata dan mengubah atau menyusun semula susunan unsur kata. Rumus struktur frasa menerbitkan ayat-ayat pada peringkat struktur dalaman dan rumus transformasi pula berfungsi menukarkan pola atau struktur ayat-ayat hingga membawa kepada peringkat struktur permukaan.LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1 Kedua-dua jenis struktur. Rumus transformasi itu berkuasa untuk menggugurkan unsur kata. 1. Teori ini juga mengandaikan bahawa kedua-dua jenis rumus tatabahasa itu menjadi sebahagian daripada unsur kecekapan berbahasa seseorang individu (ibid:202). Bentuk ayat struktur permukaan selalunya tidak serupa dengan bentuk struktur dalaman.22 Huraikan konsep Linguistik Aliran Tatabahasa Transformatif Generatif. Struktur dalaman yang diwujudkan oleh rumus struktur frasa kemudian akan menjadi input kepada komponen yang mengandungi rumus transformasi. Huraikan Ilmu Linguistik yang melihat perubahan dan perkembangan bahasa.26 15 . Bincangkan sejauh mana Ilmu Linguistik penting kepada guru bahasa.23 1. iaitu struktur dalaman dan struktur permukaan diterbitkan oleh dua jenis hukum atau rumus tatabahasa. iaitu rumus struktur frasa dan rumus transformasi. Nyatakan semua Cabang Linguistik.24 1. 1.25 1. Jelaskan rumus struktur frasa dan rumus transformasi.

1 Bagi soalan ini.5 Bagi soalan ini. jurnal. youtube. jurnal. Sila rujuk sumber lain daripada buku. Laras-laras linguistik seperti Langue.3 Bagi soalan ini. Langage. Ciri-ciri Linguistik Deskriptif ii. youtube dan seumpamanya. 1. internet. internet. jawapan anda harus mencakupi: i. frasa dan ayat iii. anda harus menghuraikan: i. misalnya bahasa Melayu sebelum merdeka dan bahasa Melayu selepas merdeka 16 . Parole. Aspek yang dihuraikan meliputi fonetik dan fonologi kata. youtube dan seumpamanya 1. Asal usul perkataan linguistik ii. anda perlu memberikan: i. Sertakan contoh-contoh bidang linguistik yang dihuraikan oleh Linguistik Deskriptif. misalnya menghuraikan bahasa Melayu iii. Sila rujuk sumber lain daripada buku. Sila rujuk sumber lain daripada buku.LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1 PANDUAN MENJAWAB SOALAN LATIHAN UNIT 1 1. frasa dan ayat bahasa Melayu secara deskriptif iv. Contoh perkembangan bahasa secara historis. Definisi Linguistik Historis ii. jurnal. internet. 1. youtube dan seumpamanya 1. anda perlu memberikan: i. bilingualisme dan multilingualisme iv. Bapa linguistik moden iii.4 Bagi soalan ini. Sila rujuk sumber lain daripada buku. perihal Ferdinand de Saussure dan hasil usahanya dalam bidang ilmu linguistik (Linguistique General) ii.2 Jawapan bagi soalan ini perlu menyentuh: i. termasuklah bidang fonetik dan fonologi kata. internet. Maksud Linguistik Deskripstif ii. Sertakan contoh-contohnya sekali. dll. jurnal.

1. Misalnya bahasa Melayu. bahasa Iban. Bidang Sosiolinguistik yang mencakupi semua aspek yang ada kaitan antara bahasa dengan masyarakat 17 . Sila rujuk sumber lain daripada buku. internet. youtube dan seumpamanya. vi. Pengaruh bahasa Arab. Menghuraikan linguistik komparatif. Maksud bidang Sosiolinguistik ii. 1.LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1 iii. anda perlu: i. dialek Perak dan seumpamanya. jurnal. Sila rujuk sumber lain daripada buku. jurnal. Contoh bahasa serumpun: bahasa Melayu. Sila rujuk sumber lain daripada buku. Tokoh-tokoh Sosiolinguistik dalam negara dan luar negara iii. youtube dan seumpamanya. bahasa Tagalog. Dialek serumpun bahasa Melayu seperti dialek Kedah. anda perlu: i. internet.9 Bagi menjawab soalan ini. Memahami disiplin Linguistik Historis yang mengutamakan sejarah satu-satu bahasa itu ii. Menjelaskan maksud linguistik komparatif ii.8 Bagi menjawab soalan ini. anda perlu memberikan: i. Sanskrit. internet. dialek Kelantan. jurnal. Sila rujuk sumber lain daripada buku. Cina dan Inggeris dari segi sejarah turut menambah perbendaharaan kata bahasa Melayu.6 Bagi menjawab soalan ini. Sila rujuk sumber lain daripada buku. 1. jurnal. anda perlu: i. jurnal. iv. misalnya bahasa yang boleh dibanding-bandingkan. anda harus menghuraikan: i. youtube dan seumpamanya 1. internet. dan seumpamanya. youtube. 1. mempunyai sejarah perkembangan dan pertumbuhan bahasa itu iii.7 Bagi menjawab soalan ini.10 Bagi soalan ini. youtube dan seumpamanya. iaitu bahasa serumpun iv. internet. bahasa Indonesia v.

Sila rujuk sumber lain daripada buku.12 Bagi soalan ini. Menerangkan maksud linguistik terapan ii. internet. Menghuraikan kegunaan linguistik terapan dan seumpamanya. anda perlu memberikan: i. kata. 1. klausa. Sila hurai secara am bidang fonetik dan fonologi bahasa Melayu.15 Bagi soalan ini. pidjin. sistem fonem. ayat dan seumpamanya iii. sistem panggilan dalam masyarakat.13 Bagi menjawab soalan ini. Penjelasan tentang konsep neurolinguistik ii. Sila rujuk sumber lain daripada buku. youtube dan seumpamanya.11 Bagi soalan ini. Maksud linguistik am ii. Anda perlu memberi jawapan anda yang meliputi bahasa kebangsaan. Anda juga harus memberikan jawapan anda meliputi sikap terhadap bahasa. jurnal. internet. jawapan anda harus mencakupi: i. 1. bahasa rasmi dan seumpamanya iii. Menerangkan hubungan antara neurolinguistik dengan penyakit afasia ii. Jawapan anda juga harus meliputi bilingualisme dan multilingualisme serta dialek dan ideolek iv. 18 . youtube dan seumpamanya. khususnya dalam pengajaran bahasa iii. jawapan anda harus: i. Sila rujuk sumber lain daripada buku. anda perlu: i. Contoh linguistik am yang terdapat dalam bahasa Melayu iii. anda perlu memberikan: i. Aspek-aspek lain berkaitan dengan neurolinguistik iii. pembentukan suku kata. youtube dan seumpamanya. internet. Aspek-aspek neurolinguistik 1.LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1 ii. jurnal. kesetiaan terhadap bahasa dan perancangan bahasa.14 Bagi menjawab soalan ini. Contoh ciri-ciri linguistik am yang terdapat dalam bahasa Melayu seperti huraian secara umum tentang bunyi-bunyi bahasa. Ciri-ciri linguistik am ii. frasa. kreol. 1. 1. bahasa kebangsaan. jurnal. kata.

Menghuraikan maksud linguistik terapan ii. internet. Anda perlu menjelaskan jenis-jenis bahasa yang kerap digunakan oleh penutur tertentu ii. Memberikan nama tokoh-tokoh bahasa Bahasa Melayu iv. Memberikan definisi mengenai psikolinguistik ii. Sertakan nama tokoh-tokoh linguistik fungsional iv. Sila rujuk sumber lain daripada buku. Menyatakan nama tokoh-tokoh psikolinguistik iii. youtube dan seumpamanya. youtube dan seumpamanya. Anda perlu mengenal pasti bahasa-bahasa yang lazim digunakan oleh murid-murid tertentu pada peringkat-peringkat umur tertentu iii. 19 . Menjelaskan bagaimanakah linguistik terapan dimanfaatkan dalam pengajaran bahasa iii. Sila rujuk sumber lain daripada buku. youtube dan seumpamanya. Sila rujuk sumber lain daripada buku. Memberikan pelbagai cabang linguistik yang anda tahu ii.16 Bagi soalan ini.17 Bagi soalan ini. 1. Menyertakan tokoh-tokoh linguistik dan aliran mereka iv. Memberikan contoh buku teks yang mengandungi linguistik terapan iv. jurnal. anda perlu: i. anda perlu: i. jurnal. anda perlu: i.20 Untuk menjawab soalan ini. jurnal.19 Untuk menjawab soalan ini. anda perlu: i. youtube dan seumpamanya. jurnal. 1.LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1 1. Sila rujuk sumber lain daripada buku. internet. Menjelaskan aspek-aspek yang dicakupi oleh linguistik fungsional iii. internet. internet. internet. Menghuraikan dengan lebih lanjut setiap cabang linguistik tersebut iii. Sila rujuk sumber lain daripada buku. Berikan maksud linguistik fungsional ii. youtube dan seumpamanya. jurnal.18 Untuk menjawab soalan ini: i. 1. 1.

Berikan contoh-contohnya sekali iv. 1. 20 .24 Untuk menjawab soalan ini. jurnal. youtube dan seumpamanya. anda perlulah: i. Berikan maksud linguistik sinkronis ii. huraian anda perlu: i. anda perlu: i. Sila sertakan contoh-contohnya sekali. Sila rujuk sumber lain daripada buku. Sila rujuk sumber lain daripada buku.21 Untuk menjawab soalan ini. Berikan maksud rumus struktur frasa ii.23 Untuk menjawab soalan ini.26 Untuk menjawab soalan ini. Maksud tatabahasa transformatif generatif ii. 1. Berikan maksud rumus transformasi iii. youtube dan seumpamanya. internet. Menghuraikan segala aspek perubahan dan perkembangan bahasa Melayu sebelum merdeka. Memahirkan murid-murid dengan sistem ejaan baharu iii. 1.22 Untuk menjawab soalan ini. selepas merdeka dan bahasa Melayu terkini ii. internet. Noam Chomsky dan seumpamanya iii. Sertakan contoh-contohnya sekali.LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1 1. Ciri-ciri tatabahasa transformatif generatif iv. Mengenal pasti perbezaan antara linguistik sinkronis dengan linguistik diakronis iv. jurnal. Sila rujuk sumber lain daripada buku. Berikan penjelasan ringkas bagi setiap cabang linguistik tersebut iii. anda perlu: i. Menyatakan semua cabang linguistik yang anda tahu ii.25 Untuk menjawab soalan ini: i. Memahirkan guru-guru menghuraikan bidang-bidang bahasa kepada murid-murid termasuklah frasa dan ayat 1. youtube dan seumpamanya. termasuklah membantu mengajar sebutan kepada murid-murid ii. Berikan maksud linguistik diakronis iii. Saya yakin anda pasti dapat menjelaskan kepentingan ilmu linguistik kepada guru. internet. 1. huraian anda perlu meliputi: i. jurnal.

P.L. Ejaan bahasa Melayu terkini. C. (Ed) (1992). Kuala Lumpur: Aslita Sdn. R. Linguistik am untuk guru Bahasa Malaysia. (Ed. Kulim: Penerbit Sarlis. Kuala Lumpur: City Reprographic Services. New York: Oxford University Press. Ashby. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. & Barnhart. Guru dan bahasa Melayu. The world book of encyclopedia volume two. Permulaan ilmu linguistik. (1995). Arbak Othman (1983). Barnhart. W. Alias Mohammad Yatim (1992).K.) (1981). Linguistik fonetik dan fonologi bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise. Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah (2007). Speech sounds. Abdullah Hassan (1993). Fonetik dan fonologi suatu tinjauan. International encyclopedia of linguistics. Abdul Hamid Mahmood (2002). Toronto: World Book Inc. London: Routledge.LINGUISTIK DAN CABANG-CABANGNYA / 1 Rujukan Abdul Hamid Mahmood (1995). Bright. Masa Enterprise. 21 . Bhd. Bhd.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful