You are on page 1of 12

KERTAS KERJA PROGRAM KECEMERLANGAN TAHUN 6 (KELAS TAMBAHAN)

ANJURAN: PELAJAR-PELAJAR PPG SEMESTER 4 IPG KAMPUS BAHASA MELAYU

DENGAN KERJASAMA UNIT KURIKULUM SK KAPAR

0.0

PROGRAM Program Kecemerlangan Tahun 6

1.0

PENGENALAN Murid-murid Sk. Rantau Panjang memerlukan bimbingan dan galakkan untuk terus maju dalam pelajaran mereka.Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk memperkembangkan potensi diri individu dari pelbagai aspek maka pendidik di Sk. Rantau Panjang percaya bahawa dengan mengadakan program ini dapat membantu mereka meningkatkan persediaan mereka dimasa hadapan amnya dan UPSR khususnya. Secara tidak langsung program ini juga menjadi landasan untuk guru-guru panitia matapelajaran teras melebarkan pengetahuan dan menyediakan diri di landasan yang tepat pada tahun mendatang. Program ini terbahagi kepada dua, iaitu meningkat prestasi murid dengan mengadakan aktivti pengayaan bagi murid dari kelas cenerlang dan memberi pemulihan dan bimbingan kepada murid yang lemah untuk berjaya seperti murid-murid lain.

2.0

RASIONAL Kelas Murid tidak didedahkan dengan kemahiran belajar yang betul Kelemahan murid menguasai skop pembelajaran yang berkaitan. Murid tiada kemudahan tuisyen di kawasan ini. Memberi peluang kepada murid-murid untuk meningkatkan potensi diri dan bermotivasi dalam menghadapi persediaan UPSR Memberi peluang murid-murid untuk berinteraksi dan bertukar-tukar pandangan.

Memberi pendedahan tentang kaedah bimbingan kearah kejayaan murid-murid. Memberikan pendedahan tentang rangsangan dan dorongan terbaik ke arah kejayaan murid-murid.

3.0

MATLAMAT Mendedahkan murid kepada skop pembelajaran yang terperinci Meningkatkan penguasaan teknik menjawab soalan dengan tepat Menambahkan motivasi dan semangat murid untuk berjaya Murid-murid dapat melalui proses pengajaran dan pembelajaran melalui teknik yang pelbagai. Memantapkan serta memperkukuhkan lagi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Mengembeling seluruh sumber tenaga (murid/guru/sekolah/komuniti)kearah

merealisasikan kecemerlangan UPSR.

4.0

OBJEKTIF Melahirkan murid yang cemerlang dalam UPSR 2013. Memberi pendedahan kepada murid-murid teknik-teknik menjawab soalan UPSR . Meningkatkan peratus kelulusan keseluruhan. Menjadikan salah satu aktiviti yang sihat bagi mengisi masa terluang murid-murid. Melahirkan murid yang cergas, cerdas, berwawasan, bersemangat tinggi, setia kawan, kreatif dan berinovasi dalam semua aspek. Mewujudkan modal insan yang berdisiplin tinggi dan bertatasusila dalam kehidupan seharian.

Memberi aktiviti pengayaan kepada murid yang cemerlang. Memberi bimbingan dan motivasi kepada murid yang lemah.

5.0

SASARAN Kelas Seramai 50 orang murid yang cemerlang Keutamaan kepada murid yang tidak berkemampuan dan tidak pernah mengikuti sebarang kelas tambahan.

6.0

TARIKH PROGRAM 27 Mac 2013

7.0

PELAKSANAAN PROGRAM

Murid akan dibahagikan kepada 2 kumpulan mengikut tahap pencapaian

BIL

Program dan butiran program seperti dibawah:


KELAS / MASA MATA PELAJARAN GURU PEMBIMBING CATATAN

6 Adil 8.00 9.30 pagi 9.30 10.00 pagi 10.00 11.30 pagi Matematik Pelajar PPG Rehat Pemahaman

6 Aktif 8.00 9.30 pagi 9.30 10.00 pagi 10.00 11.30 pagi Sains Pelajar PPG Rehat Penulisan

8.0

ORGANISASI JAWATANKUASA

Penaung Penasihat Pengerusi Penyelaras

: En. Md Mohtar . Md Yusof : Pn. Samsiah bt Md. Sahari : Encik Muhammad Sahlan b. Badar : En. Muhammad Al Hafis b. Abidin

Setiausaha Bendahari AJK

: Pn. Sarima Niza bt Ibrahim : Pn. Norasiah bt Abu Nayan :1. En. Muhammad Suhud b. Mahfudz

9. SUMBER KEWANGAN

Sumbangan Pelajar-pelajar PPG Semester 4

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM

BIL

PERKARA

JUMLAH

JUMLAH PENDAPATAN

RM100.00

PERBELANJAAN

JUMLAH

Makanan murid : 50 X RM 1.00 RM 50.00

Minuman murid: 50 X 0.50 RM 25.00

Fotostat

RM 25.00

JUMLAH PERBELANJAAN

RM 100. 00

PENUTUP

Program ini merupakan satu usaha pelajar-pelajar PPG bersama dengan pihak sekolah bagi membantu murid tahun yang kurang berkemampuan untuk mengikuti kelas tambahan luar. Melalui kelas tambahan ini juga murid ini akan lebih lebih bersedia dan lebih berkeyakinan untuk menghadapi UPSR kelak. Semoga dengan adanya Program Kecemerlangan UPSR 2013 ini dapat membantu murid murid ini mendapat kejayaan yang cemerlang.

Disediakan oleh,

. (PN. SARIMA NIZA BT. IBRAHIM) Setiausaha Program BIG Sek. Keb Kapar 2013

Disahkan oleh,

Senarai nama murid

ISI KANDUNGAN

1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 9.0 10.0 11.0

PROGRAM PENGENALAN RASIONAL MATLAMAT OBKEJTIF SASARAN TEMPOH PELAKSANAAN PELAKSANAAN PROGRAM ORGANISASI JAWATANKUASA ANGGARAN PERBELANJAAN PENUTUP LAMPIRAN

You might also like