You are on page 1of 3

Ulasan Jurnal : AKAUNTABILITI 1

Artikel: Pengarang: Jurnal: Pengulas:

Peranan Kepimpinan Guru Dalam Mempengaruhi Iklim Bilik Darjah Rahmad Sukor Ab. Samad, Shahrir Jamaluddin Masalah Pendidikan 2005, Universiti Malaya Mardiana binti Mhmad Tahar (M20072000628)

1. Artikel ini membincangkan tentang kewujudan satu unit yang kecil yang ada dalam sesebuah organisasi sekolah yang sebenarnya merupakan penyebab berjaya atau tidak organisasi sekolah tersebut. Walau bagaimanapun, apa yang masyarakat luar percaya adalah keberkesanan sesebuah sekolah itu bergantung kepada pentadbiran Pengetua atau Guru Besar sekolah tersebut. Mereka kadangkala tidak nampak satu entiti kecil iaitu guru-guru di sekolah tersebut yang merupakan agen utama kejayaan atau kegagalan sesebuah sekolah itu. 2. Artikel ini memberi tumpuan terhadap maksud kepimpinan bilik darjah; kepimpinan bilik darjah yang berkesan; faktor-faktor yang mempengaruhi iklim sekolah; dan halangan dalam melaksanakan kepimpinan bilik darjah. 3. Cadangan penulis supaya kemahiran dan kecekapan kepimpinan pengajaran yang diamalkan pentadbir sebuah sekolah perlu diturunkan kepada guru-guru adalah amat baik. Selain itu, pentadbiran sekolah perlu mengambil berat memimpin guru ke arah kecemerlangan dalam program-program pengajaran dan pembelajaran seperti isu pengajaran dan pengurusan yang merangkumi penilaian guru dan pelajar, iklim sekolah, kurikulum, sumber dan peralatan mengajar, kakitangan, kaedah membuat keputusan, matlamat pengajaran jangka pendek/panjang, sokongan komuniti, komunikasi dan interaksi antara pengetua sebagai pentadbir sekolah dengan guru perlu diberi kemahiran yang sewajarnya. 4. Penulis juga mengutarakan contoh-contoh kepimpinan dalam bilik darjah yang wujud dalam beberapa keadaan seperti:

Pendidikan Komputer Di Sekolah hcm

Ulasan Jurnal : AKAUNTABILITI 2 (a) Apabila murid-murid mencapai sesuatu yang mereka tidak jangka dapat capai di dalam; (b) Apabila seorang guru mengangkat tangan semua murid dalam bilik darjah menjadi senyap; dan (c) Setiap kali murid-murid mengharapkan panduan atau teladan dari seseorang guru. 5. Guru-guru perlu mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu dalam memastikan objektif kepimpinan bilik darjah tercapai. 6. Penulis menggariskan beberapa ciri kepimpinan bilik darjah yang berkesan seperti: (a) boleh membentuk dan menyampaikan visi yang jelas di dalam bilik darjah; (b) mempunyai kebolehan memimpin dan fleksibel yang boleh memupuk suasana di mana murid-murid akan mengetahui guru mereka adalah orang yang bertimbang rasa dan tahu batasan sebagai seorang pemimpin; (c) kebolehan untuk memimpin dan menjadi teladan kepada muridmuridnya; (d) bijak membuat keputusan; (e) membuang sifat rnernentingkan diri sendiri; (f) harus membuat pertimbangan yang seimbang untuk mengelak perasaan tidak puas hati di kalangan muridnya, di samping mendapat kerjasama mereka; dan (g) sentiasa mengamalkan pembelajaran-berterusan untuk menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran diri.

Pendidikan Komputer Di Sekolah hcm

Ulasan Jurnal : AKAUNTABILITI 3 7. Penulis juga ada membincangkan tentang pelbagai faktor yang mempengaruhi iklim bilik darjah yang mana ianya dilihat sebagai menyeluruh dan mampu meningkatkan keefisienan pengajaran dan pembelajaran yang tentunya merupakan objektif utama kita 8. Di samping itu, penulis juga ada menyatakan kaedah pelaksanaan bilik darjah yang efektif yang mana iklim bilik darjah tersebut sesuai untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. 9. Walau bagaimanapun, pelbagai halangan dan cabaran perlu diharungi untuk memastikan kaedah-kaedah yang dicadangkan dapat diimplementasikan di peringkat sekolah. Pelbagai kekangan seperti kekurangan guru, guru-guru yang tidak mempunyai opsyen yang sesuai untuk, mengajar mata pelajaran tertentu saiz kelas yang besar dan sebagainya perlu ditangani dengan bijak agar kecacatan tersebut dapat dikurangkan atau dibuang sama sekali. 10. Pada pendapat saya, isu yang dibincangkan oleh penulis sangat menyeluruh dan pelbagai aspek telah disentuh dan dibincangkan dengan baik dan berkesan.

Pendidikan Komputer Di Sekolah hcm