You are on page 1of 3

Ulasan Jurnal : ISU STANDARD PENGAJARAN MATEMATIK 1

Artikel:

Mengajar Di Luar Bidang Pengkhususan: Sejauh Manakah Seriusnya

Masalah Ini Di Malaysia? Pengarang: Aini Hassan, Wan Hasmah WanMamat Jurnal: Jurnal Pendidikan 2007, Jilid 27 (1) Pengulas: Mardiana binti Mhmad Tahar (M20072000628) 1. Jurnal ini membincangkan tentang fenomena guru yang mengajar di luar daripada bidang pengkhususan. Ini dikatakan berlaku akibat daripada kebanjiran siswazah lepasan universiti daripada pelbagai jurusan yang memohon untuk menjadi guru melalui Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Dalam masa yang sama, bilangan guru siswazah yang diperlukan juga sentiasa ramai iaitu 7 000 bagi sekolah menengah dan 16 000 bagi sekolah rendah. 2. Fenomena ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malahan menurut penulis ianya juga berlaku di Amerika Syarikat. Sekolah menengah di negara itu mempunyai kadar yang tinggi pengajaran di luar bidang pengkhususan dalam mata-mata pelajaran akademik asas. Masalah ini kian meningkat setiap tahun. 3. Walau bagaimanapun, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah membuat kenyataan bahawa terdapat 6 000 lebihan guru akibat daripada penempatan guru yang tidak seimbang. Ketidak seimbangan pengagihan penempatan guru berlaku antara bandar dan luar bandar dan mengikut bidang. 4. Satu penyelidikan di bawah peruntukan program Intensification of Research in Priority Areas (IRPA) dianalisis dan dibincangkan untuk meninjau tahap pengajaran di luar bidang pengkhususan di negara ini. Analisis dilakukan untuk melihat sejauh mana pengajaran di luar bidang pengkhususan wujud di Malaysia. Antara yang ingin dikaji oleh penyelidik ialah hubungan antara latar

Pendidikan Komputer Di Sekolah hcm

Ulasan Jurnal : ISU STANDARD PENGAJARAN MATEMATIK 2 belakang pengkhususan dengan mata pelajaran yang diajar. Dapatan daripada kajian IRPA dan tinjauan terhadap latar belakang pengkhususan pelajar program DPLI menunjukkan pengajaran di luar bidang pengkhususan masih berlaku dengan meluasnya di negara ini. 5. Cadangan penulis untuk memastikan calon yang diterima untuk mengikuti program pendidikan guru lepas ijazah bagi sesuatu mata pelajaran telah membuat pengkhususan dalam mata pelajaran itu ataupun sekurang-kurangnya dalam bidang yang berkaitan dengan mata pelajaran berkenaan adalah amat baik. Ini adalah salah satu langkah awalan untuk membendung masalah mengajar di luar bidang ini. Tambahan pula, dengan kebanjiran permohonan untuk mengikuti KPLI, adalah satu kelebihan untuk Bahagian Pendidikan Guru untuk menapis permohonan yang ada dengan hanya memilih permohonan yang bersesuaian dengan pengkhususan dalam ijazah pertama pemohon. 6. Fenomena mengajar di luar bidang ini mungkin dalam jangka masa yang panjang akan menjatuhkan standard pengajaran guru yang sepatutnya berada di tahap yang tertinggi bagi menjamin kualiti sistem pendidikan di Malaysia. 7. Terbaru, kaedah ‘pelabelan’ yang bakal dilaksanakan di Malaysia dijangka akan memburukkan lagi fenomena ini. Kementerian Pelajaran berpendapat bahawa guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran perlu dan telah

mempunyai kepakaran isi kandungan dan pedagogi dalam mata pelajaran tersebut berdasarkan ikhtisas, pengkhususan akademik dan juga pengalaman mengajar. Jadi, seseorang guru dikatakan perlu dilabel mengikut mata

pelajaran yang sedang dan pernah diajar secara berterusan atau pun dalam tempoh jangka masa tertentu. Terdapat beberapa kriteria pelabelan yang perlu

Pendidikan Komputer Di Sekolah hcm

Ulasan Jurnal : ISU STANDARD PENGAJARAN MATEMATIK 3 dipenuhi bagi ‘menukar’ bidang pengkhususan seseorang guru. Sebagai contoh, guru akan dilabel mengikut mata pelajaran mengajar jika pengalaman sekurang-kurangnya 4 tahun (SK) atau sekurang-kurangnya 5 tahun (SM) dan mengajar antara 8 hingga 12 waktu seminggu. Pada pendapat saya, kaedah ini sedikit sebanyak akan menjatuhkan lagi standard pengajaran guru di Malaysia.

Pendidikan Komputer Di Sekolah hcm