Kajian Etnik Jawa di Malaysia PENDAHULUAN Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan

etnik. Terdapat tiga kaum terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Di dalam kelompok kaum tersebut terdapat pelbagai pecahan etnik yang sudah semestinya mempunyai pelbagai budaya, bahasa, kepercayaan dan adat resam yang tersendiri. Dalam tugasan ini, saya memilih etnik Jawa kerana ayah dan ibu saya berketurunan Jawa Ponorogo. Tugasan ini membicarakan etnik Jawa meliputi aspek bangsa,struktur masyarakat, bahasa, kepercayaan, adat resam dan jantina. Semua penduduk yang tinggal di kampung saya iaitu Parit Sikon Darat, Parit Raja , Batu Pahat berketurunan Jawa. Sebahagian besar mereka merupakan Jawa Ponorogo manakala selainnya Jawa Megelan. Mereka bekerja sebagai pekebun kelapa sawit , bertukang dan ada juga yang bekerja di kilang industri. Sehingga kini kami masih menggunakan bahasa Jawa sebagai bahasa perhubungan. Selain mempunyai masakan Jawa yang menjadi kebanggaan seperti “sambel godok” dan “pecel leley”, kami juga mengamalkan adat resam serta kebudayaan tersendiri. Ianya menjadikan keturunan kami unik dan istimewa. Kerukunan hidup bermasyarakat menjadikan kampung tempat tinggal kami aman, damai dan ceria. Berkat kerjasama dan hidup bermuafakat, kampung kami pernah dicalonkan sebagai penerima anugerah Kampung Terindah Desa Wawasan peringkat negeri. Kami bangga menjadi anak Jawa dan sentiasa berusaha untuk mengekalkan identiti agar tidak hilang ditelan zaman. “Tak Kan Jawa Hilang Di Dunia”

Pengenalan Bangsa Jawa Orang Jawa dari segi zahirnya, berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa. Etnik Jawa merupakan sebahagian daripada kelompok Melayu yang terdapat di Malaysia dan sudah lama bertapak di sini. Pada masa ini, penempatan orang Jawa tertumpu di bahagian barat Semenanjung Malaysia terutama di barat Johor, Selangor dan Perak. Dipercayai, tempat yang mula- mula diduduki adalah di kawasan Padang, Parit Jawa, Muar. Orang Jawa berhijrah ke Tanah Melayu pada awal abad ke-20 untuk bekerja sebagai buruh di ladang kopi, ladang getah dan juga di lombong lombong bijih timah. Kedatangan mereka ke Tanah Melayu bukan sahaja untuk bekerja di ladang tetapi juga dipengaruhi oleh faktor ekonomi, politik dan sosial. Menurut Wikipedia , kebanyakan imigran Jawa yang datang ke Tanah Melayu berasal dari beberapa buah daerah di Pulau Jawa seperti di Jawa Barat, Jawa Tengah dan Jawa Timur seperti dari kawasan Madiun,Ponogoro, Kudrejo, Lebumin, Demek dan Magelan. Sejarah mengatakan bahawa,imigran Jawa berhijrah ke beberapa pulau lain sebelum datang ke Tanah Melayu. Antara pulau yang menjadi kawasan petempatan mereka ialah Singapura dan Palembang. Etnik Jawa era 60-an menggunakan nama yang agak unik seperti Suparji, Wagiman, Supendi, Masjoyo, Mulio, Karto, dan Toliban untuk kaum lelaki dan nama seperti Supinah,Tukijah, Jumiton, dan Tukiyem untuk kaum perempuan. Mereka juga sering menggunakan nama gelaran seperti Man Ganden, Amat Ireng, Leman Gundol, Mbah Lanang dan Nyai Cilik. Namun nama dan gelaran itu kini tidak digunapakai lagi seiring dengan peredaran zaman.

. Lurah menjadi ketua ketika aktiviti gotong-royong dan aktiviti kemasyarakatan yang lain. Kiai juga bertanggungjawab mengetua majlis kenduri doa selamat dan semua majlis keagamaan. Seorang Kiai perlu lengkap dengan ilmu agama dalam memberi petunjuk kepada masyarakat. Lazimnya pemilihan Lurah adalah berdasarkan kebolehan. keturunan dan pengetahuan dalam agama.pengalaman. kelas sosial tidak dititikberatkan. Kiai dilantik dalam kalangan kaum lelaki yang berpengetahuan dalam bidang agama dan soal kemasyarakatan. santri dan priyayi. masyarakat Jawa mempunyai beberapa sistem. Ia mempunyai tanggungjawab dan memikul amanah yang besar bagi memastikan keselesaan penduduk kampung. Ketua memainkan peranan yang penting dalam menjalani kehidupan demi menjamin kerukunan masyarakat Jawa. Selain menjaga keselamatan kampung. Jawatan Lurah akan dibantu oleh beberapa orang pembantu untuk memudahkan urusan pentadbiran.Jawatan Lurah kebiasaannya akan disandang selagi diterima oleh penduduk kampung. Ini kerana kebanyakan masyarakat Jawa di Malaysia telah mengasimilasikan kehidupan dengan masyarakat lain. Kehidupan mereka diketuai oleh seorang ketua. Kiai bertanggungjawab untuk menjadi imam dalam sembahyang berjemaah. Dalam menjalani kehidupan seharian. Selain Lurah. Lurah merupakan penghulu dalam masyarakat Jawa .1956) masyarakat Jawa asli di dikelaskan kepada tiga kelas utama iaitu abangan. Ketua masyarakat Jawa ialah Lurah dan Kiai. Ini adalah sebagai tanda penghormatan ke atas Kiai yang memainkan peranan yang cukup penting dalam adat kematian. terdapat juga jawatan Kiai atau Siak. dalam masyarakat Jawa di Malaysia.STRUKTUR MASYARAKAT JAWA Menurut Clifford Geertz (The Religion of Jawa. Namun. Kiai berperanan sebagai imam untuk sembahyang jenazah.. Dalam hal kematian.

Selain itu. Ia berkaitan kepercayaan terhadap makhluk halus dan semangat sesuatu tempat. Justeru itulah ramai dalam kalangan tersebut mengambil peluang dengan menjadikan busut. mereka memberi upah yang terdiri dari nasi dan aneka makanan. mereka amat mementingkan aspek persaudaraan selari dengan ajaran agama Islam. masyarakat Jawa adalah saudara kepada masyarakat Islam yang lain. dipercayai akan menyebabkanseseorang itu mendapat penyakit. bagi orang Jawa Kejawen pula. Orang Jawa Kejawen juga suka melakukan kegiatan keagamaan. Masyarakat Jawa bermazhabkan Sya’fie dengan memegang teguh lima rukun Iman dan mempercayai enam rukun Islam. Ada kepercayaan yang masih diamalkan sehingga hari ini dan ada yang telah hilang ditelan zaman. mereka perlu membuat beberapa semahan atau menjamu dengan bertih supaya semangat tersebut pulih seperti sedia kala. mereka mempercayai pelbagai jenis roh yang tidak kelihatan yang dapat menimbulkan bahaya seperti kecelakaan atau penyakit. Di samping itu. Oleh itu. Untuk melindungi semuanya itu. masyarakat Jawa juga mempercayai beberapa objek yang mempunyai kuasa seperti busut. Mereka mengamalkan pelbagai kepercayaan yang diwarisi sejak turun – temurun. Dua rukun inilah yang menjadi landasan kepercayaan mereka untuk menjadi seorang Islam yang sempurna di sisi Allah SWT. batu atau pokok besar sebagai objek yang boleh mendatangkan keuntungan seperti tikam nombor ekor. Mereka mempercayai sesuatu tempat menjadi kediaman makhluk halus sehingga ada yang menganggap tempat itu keramat. Kuasa ini dikatakan mampu memberi kesan kepada mereka yang mengusik atau melakukan perkara yang tidak senonoh kepada objek tersebut. daun-daun bunga serta kemenyan. Terdapat juga sebilangan warga emas masyarakat Jawa yang mempercayai tentang semangat di tempat yang baru.Oleh itu. . Sekiranya semangat tersebut hilang atau diganggu gugat seperti membersihkan kawasan. batu-batu besar atau pokok-pokok besar.contohnya seperti puasa.KEPERCAYAAN MASYARAKAT JAWA Kaum Jawa di Malaysia menganut agama Islam. Mereka berpuasa pada hari-hari . Terdapat segelintir masyarakat Jawa yang mengamalkan amalan animisme.

kuburnya terpaksa dijaga siang dan malam sehingga genap 40 hari kerana takut digali semula oleh golongan yang tidak bertanggungjawab untuk diambil lidahnya. tingkahlaku. Adat pula ialah suatu ketetapan yang tidak boleh berubah. Ia membawa maksud budaya merupakan suatu bentuk perlakuan yang mencerminkan adat sesuatu masyarakat. Ianya dilakukan setiap hari atau mengikut musim sama ada mengikut bulan mahupun tahun. Ia timbul daripada suatu pemikiran berkenaan cara hidup dan tidak dizahirkan. ia sudah menjadi suatu budaya. Menurut masyarakat Jawa. Masyarakat Jawa juga mempercayai bahawa hari Jumaat adalah hari yang terbaik atau penghulu segala hari. Adat dan budaya merupakan suatu konsep yang saling bergantung. Selain itu masyarakat Jawa juga mempercayai bahawasanya jika sekiranya ada orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat Keliwon. sihir dan lain-lain kepercayaan khurafat. antara keistimewaan malam Jumaat keliwon adalah sekiranya hujan turun. adat meminang dan sebagainya. ADAT RESAM MASYARAKAT JAWA Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan. kepercayaan dan cara hidup. Semuanya itu berasal daripada ajaran tarikat ynag mereka anuti. Apabila ianya dizahirkan dan dapat dilihat pelaksanaannya. Perkataan lain yang sinonim dengan adat ialah budaya. Budaya bersifat tidak tetap dan boleh berubah mengikut peredaran masa dan kesesuaian . air hujan tersebut perlu ditadah di halaman rumah dan air itu amat mujarab untuk dibuat air penerang hati. misalnya adat bersanding. Justeru wujud pengkelasan budaya tradisional dan budaya moden. Jumaat keliwon merupakan hari yang terbaik untuk beramal dan menuntut pelbagai ilmu. . Adat yang dilakukan akhirnya menjadi suatu kebiasaan yang diulangi dan akhirnya dipraktikkan turun.. Adat bersifat maya iaitu tidak dapat dilihat. kain kafan dan sebagainya untuk dijadikan tangkal untuk membuat perkara yang dilarang oleh AllahSWT seperti merompak.tertentu misalnya Isnin dan Khamis atau pada hari lahir. amalan dan kepercayaan animisme ini semakin hilang ditelan zaman kerana Islam menegaskan amalan ini dianggap sebagai perbuatan syirik dan bertentangan dengan agama.temurun. Sungguhpun demikian. Malam Jumaat Keliwon juga dimanfaatkan oleh orang yang mengamalkan ilmu sesat akan menguji ilmunya buat pertama kali.

norma yang dijunjung oleh kelompok masyarakat. Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa.Resam pula ialah lembaga. Untuk memahami secara lebih mendalam adat resam masyarakat Jawa. adalah lebih mudah sekiranya kita membicarakannya satu persatu. Adat resam merupakan suatu peraturan yang sudah diamalkan sejak turun – temurun dalam sesebuah masyarakat sehingga menjadi peraturan dan hukum yang mesti dipatuhi. Upacara ini dijalankan ketika kehamilannya memasuki tujuh bulan . .royong Nasi ambeng/ ambang Lenggang Perut Adat lenggang perut juga dikenali sebagai tingkepan atau mitoni. Tujuan upacara ini dijalankan ialah untuk memohon keselamatan ibu dan juga bayi yang bakal dilahirkan. Masyarakat Jawa mengamalkan adat resam yang cukup unik. Adat ini merangkumi semua aspek kehidupan bermula daripada kelahiran. kehidupan sehinggalah kematian. mereka mengamalkan adat yang tersendiri. Bermula dari dalam kandungan . Adat resam merupakan suatu cara hidup yang diwarisi. mengamalkan adat resam mereka yang tersendiri. Anak pertama dikatakan membawa tuah bukan sahaja kepada keluarga malah kepada adik – adiknya yang bakal dilahirkan kemudian. Ia dijalankan khusus untuk seseorang wanita yang hamil buat kali pertama. Masyarakat Jawa percaya janin yang berusia tujuh bulan mempunyai roh yang perlu dijaga dan diraikan. hukum .Oleh hal yang demikian bolehlah dikatakan bahawa adat ialah budaya yang asal. Antara adat resam yang masih diamalkan ialah: Lenggang perut Jagongan Bengkongan Puputan / Cukur jambul Among – among/ Pijak tanah Sunatan/ Berkhatan Merisik Mantu / Perkahwinan Baraan/ Ziarah raya Rewang/ Gotong. peraturan.

Ada juga sesetengah masyarakat jawa yang mengkehendaki si suami membelah buah kelapa muda. Mereka berharap agar anak yang akan membesar nanti menjadi seorang yang cantik. Para tetamu upacara lenggang perut biasanya dihidangkan dengan nasi ambeng. Bakal ibu terpaksa melalui beberapa peringkat upacara. Masyarakat Jawa beranggapan ianya dapat menemani si bayi kerana setiap bayi dilahirkan bersama kawan atau “bathor”. Sekiranya belahan buah kelapa betul – betul di tengah . Mak Bidan akan mencuci dan membersihkan uri dengan campuran asam beserta sedikit garam. Ia untuk mengelakkan bayi yang bakal dilahirkan keluar secara songsang. Sebaliknya sekiranya belahan buah kelapa tersebut senget maka mereka dikatakan bakal menerima anak perempuan. pandai dalam pelajaran dan pandai menjahit baju.Bakal ibu yang sedang hamil akan dimandikan dengan air pelbagai jenis bunga diiringi dengan doa yang dibacakan oleh Mak Bidan. Selain mengelak daripada dikorek oleh binatang . Sedikit tanah dari tempat uri ditanam akan diambil lalu dibungkus di dalam sehelai kain putih. peladen atau pelayan dimestikan mengambil dulang yang berisi nasi ambeng secara satu arah. uri akan ditanam di bawah rumah atau persekitaran rumah. Kemudian.balik melawan arah. tempat uri ditanam akan dilengkapi pelita. Ia merupakan simbolik tanda bayi akan lahir dengan lancar tanpa sebarang halangan.Si ayah. dan jarum. mereka juga berharap agar si bayi tidak diganggu oleh kuasa jahat. . Ketika penyediaan dijalankan. Telur tersebut dibiarkan jatuh dan pecah. Pada waktu malam. Bungkusan tersebut kemudiannya diletakkan di bawah tempat tidur atau buai si bayi. mereka akan mendapat anak lelaki. akan ditugaskan menanam uri. pensil . Mereka ditegah berjalan bolak.Upacara ini dikendalikan oleh Mak Bidan yang bakal menyambut kelahiran bayi tersebut. Seterusnya si suami akan memasukkan sebutir telur ayam kampung ke dalam kain isterinya. Uri bayi perempuan akan ditanam berserta celak. Uri bayi lelaki pula ditanam berserta pensil. Menanam Uri Selepas seseorang bayi dilahirkan. paku dan jarum dengan harapan apabila dewasa nanti mereka akan menjadi seorang yang pandai dan gagah.

Ada juga yang mengenali adat ini dengan nama “muyi”. Jiran tetangga dan saudara – mara dijemput untuk majlis doa selamat. Pada hari pertama hingga ke tujuh kelahiran. Pada pandangan masyarakat Jawa. Pada masa kini walaupun terdapat bengkung moden yang lebih mudah dan murah namun masih ada lagi sebilangan kaum perempuan yang menggunakan kaedah tradisional demi mengekalkan adat dan budaya. Adat jagongan mudah dimengertikan sebagai ziarah sambil duduk – duduk. Untuk memudahkan cara pemakaiannya. si ibu yang baru melahirkan lemah semangatnya manakala si bayi mudah disampuk oleh sesuatu kuasa jahat. Ketika berziarah mereka akan dihidangkan dengan kuih-kuih tradisional seperti rempeyek dan rengginang. Rambut tersebut akan dimasukkan di dalam kelapa lalu ditanam di sekitar rumah. Bengkungan Bengkung ialah sejenis tali pinggang yang dipakai selepas melahirkan bayi. Ketika ini mereka akan membaca berzanji beramai-ramai. perut tidak menggelebeh dan ponggong tidak jatuh. Selesai bacaan berzanji bayi akan dibawa keluar. kain bengkung biasanya akan diikatkan pada sesuatu seperti tiang. Ada juga kalangan bayi yang dicukur sehingga botak licin. jiran tetangga dan saudara – mara akan datang menziarahi keluarga bayi. Puputan / Potong Jambul Upacara potong jambul biasanya dijalankan selepas 40 hari bayi dilahirkan atau selepas si ibu habis tempoh berpantang. Bengkung diperbuat daripada kain yang lembut sepanjang 6 hingga 7 meter. Biasanya kaum perempuan akan datang berziarah pada siang hari manakala bagi kaum lelaki. Si pemakai akan melilitkan bengkung tersebut pada bahagian bawah dada sehingga paha agar rahim mudah sembuh. .Jagongan Jagong dalam bahasa Jawa bermaksud duduk. mereka akan datang pada waktu malam. Tujuan mereka berziarah ialah menemani si ibu dan bayinya. Beberapa orang tetamu yang terdiri daripada Pak Imam dan mereka yang dikenali sebagai orang alim akan memotong sedikit jambul sambil membaca sedikit doa agar bayi tersebut membesar penuh keberkatan.

kanak tersebut diminta duduk di atas batang pisang ketika Tok Mudim menjalankan tugas. Si anak anak diberi bahagian paha dan pada ketika ini mereka akan menjalani upacara pijak tanah. Sebelum upacara sunat dijalankan. Bubur abang merupakan tradisi wajib masyarakat Jawa kerana ia melambangkan kesyukuran. kacang panjang dan kerabu kelapa.Pada ketika ini . Keluban ialah sejenis lauk yang terdiri daripada campuran sayuran seperti daun pucuk ubi. tauge atau capar. Para tetamu yang terdiri daripada jiran tetangga dan saudara –mara akan dihidangkan dengan nasi keluban yang dihidangkan di dalam dulang. biasanya si anak akan dimasakkan seekor ayam ingkong. Ketika menyambut setahun kelahiran. Sunatan / Berkhatan Pada masa kini . ramai masyarakat Jawa yang menghantar anak mereka ke klinik untuk bersunat kerana ianya lebih selamat berbanding cara tradisional. Bubur abang diperbuat daripada beras atau pulut yang dimasak sehingga lembut dan diwarnakan dengan warna merah.Among Among – among diadakan setiap tahun sejak bayi dilahirkan sehinggalah bayi tersebut fasih bercakap. . Supaya lebih tahan lama telur tersebut biasanya dimasak pindang. Kanak. tuan rumah biasanya akan mengagihkan bunga telur dan bunga rampai kepada para tetamu. beberapa orang ahli keluarga termasuk si ayah akan menemani sambil memberikan semangat. Ayam yang hendak disembelih mestilah ayam jantan yang tidak terlalu tua iaitu “ayam lancor”. kanak-kanak lelaki diminta berendam di dalam kolam atau parit. Adat ini masih dipraktikan oleh sebahagian penduduk lama di kampung saya. Namun terdapat juga sebilangan kecil yang memilih untuk menjalani upacara sunatan secara tradisional iaitu dengan menggunakan khidmat Tok Mudim. Sambil menghidu buah limau purut. Si anak yang diraikan pula akan dihidangkan dengan bubur abang. Ada juga yang menabur beras berserta sejumlah duit syiling di ruang tamu sebaik sahaja majlis potong jambul tersebut selesai sebagai simbol apabila dewasa nati anak tersebut dimurahkan rezeki dan mudah mendapat makanan(beras) dan kaya (duit) Among.

rendang ayam. Nasi berserta lauk diletakkan di dalam sebuah dulang besar dan dimakan oleh seramai empat atau lima orang. Kadangkala mereka hanya diberi makan nasi berlaukkan bilis masak kicap sahaja sehingga mereka benar – benar sembuh. ayam masak pecal dan gado – gado . Ketika majlis baraan mereka akan berselawat bersama –sama dan bermaaf. KEBUDAYAAN MASYARAKAT JAWA Etnik Jawa mempunyai kebudayaan yang tersendiri. mi goreng. Ketika baraan.Kanak-kanak yang baru bersunat terpaksa menjalani tempoh pantang yang agak panjang . Nasi Ambeng Masyarakat Jawa menyediakan nasi ambeng untuk tetamu yang datang dalam majlis kenduri doa selamat . Antara lauk nasi ambeng yang popular dalam masyarakat Jawa ialah ayam masak ingkong. sambal goreng tempe. . Nasi yang tidak habis dimakan akan dibungkus. serunding kelapa. Biasanya majlis keraian diadakan serentak dengan majlis Khatam Al Quran.maafan. serunding kelapa dan sambal goreng tempe. Masyarakat Jawa akan menjemput jiran tetangga. mereka akan dihidangkan dengan pelbagai juadah. barongan. Antara menu popular masyarakat Jawa pada pagi Hari Raya ialah ketupat nasi. Baraan/ Ziarah Beramai – ramai Masyarakat Jawa masih mengamalkan semangat kekeluargaan dan kemasyarakatan yang tinggi. Kebanyakan kebudayaan ini berasal Indonesia dan terdapat juga pengaruh Hindu. reoq dan ludrok. Antara kebudayaan yang menjadi kebanggaan mereka ialah kuda kepang. Budaya ziarah-menziarahi secara beramai-ramai atau dikenali sebagai “baraan” masih diamalkan terutamanya ketika menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Nasi yang dibungkus dan dibawa balik sebagai buah tangan ini dikenali sebagai “nasi berkat”. sanak – saaudara dan rakan taulan untuk menghadiri majlis meraikan anak mereka. wayang kulit. sambal tumis petai.

Kuda kepang berasal dari Indonesia. Anak lelaki akan diajak membantu tugas bapa seperti berkebun ataupun bertukang manakala anak perempuan diajar membantu ibu membuat kerja rumah seperti mengemas. memasak dan sebagainya. Wayang kulit Jawa merupakan persembahan kebudayaan yang semakin terpinggir. kaum lelaki dianggap sebagai sumber kekuatan dalam sesebuah masyarakat. Ia mengisahkan zaman Nabi Sulaiman AS yang boleh bertutur dengan haiwan. Jiwa seorang perempuan yang sensitif akan menyebabkan mereka menjadi emosional dalam membuat sesuatu keputusan. Barongan juga merupakan seni masyarakat Jawa . Parit Nipah. sejak dari kecil anak-anak lelaki dan perempuan dilayan secara berbeza. Parit Raja.orang lelaki bersikap lebih matang dan tidak mengikut perasaan berbanding kaum perempuan. Antara kumpulan barongan yang masih aktif ialah Kumpulan Barongan Seri Wahyuni yang berasal dari Parit Bingan . Mereka bermain kuda kepang untuk menarik minat orang ramai mendekati Islam. Jawatan ketua masyarakat seperti pelantikan Pak Lurah mesti disandang oleh orang lelaki. Antara kumpulan yang masih aktif menampilkan persembahan ini ialah Kumpulan Setia Budi. Kini hanya tinggal beberapa buah kumpulan sahaja masih memperjuangkan kesenian ini. Parit Raja. . Seri Medan dan Senggarang. Masyarakat Jawa mempersembahkan kuda kepang ketika majlis keramaian. Mengikut kepercayaan . PERSPEKTIF JANTINA Dalam masyarakat Jawa. Kuda kepang popular di Batu Pahat meliputi kawasan Parit Raja. Ia dipercayai dibawa oleh hamba abdi yang da[potang dari Riau Lingga. Anak lelaki disuruh bersikap sebagai seorang lelaki yang sejati manakala anak perempuan sentiasa diingatkan agar menjaga sopan-santun. Dalam masyarakat Jawa. Reoq merupakan kesenian pecahan daripada Persembahan Barongan. Anak lelaki tidak digalakkan menunjukkan sikap emosi manakala anak perempuan ditegah daripada bersikap agresif. Ia dipercayai dibawa oleh kumpulan Wali Songo ketika menyebarkan agama Islam.

Oleh itu anak-anak mudah mesra dan manja kepada ibu berbanding ayah. .Sifat kaum lelaki yang lebih kuat juga menjadikan mereka orang yang sangat penting dan dilantik sebagai ketua keluarga. Mereka akan menunggu suami pulang dari bekerja dengan sabar. Tiada gunanya walau setinggi manapun amalan yang dilakukan oleh seseorang isteri jika mereka tidak patuh atau mengabaikan tanggungjawab terhadap suami dan anak. Seorang isteri amat taat akan suami. memasak serta mengemas rumah. Isteri merupakan tulang belakang suami untuk menguruskan rumah tangga.anak. Mereka sanggup berkorban apa sahaja demi memelihara kebajikan dan maruah keluarga mereka. Perempuan kaum Jawa pula bersikap penuh lemah – lembut dan kasih – sayang terhadap suami dan anak-anak mereka. Hanya melalui pandangan atau jelingan mata sudah mampu menyampaikan mesej kepada anak – anak. Mereka menyara keluarga dan menjaga segala kebajikan dan keselamatan keluarganya. gagah. Kekuatan sifat fizikal dengan susuk badan yang sasa mekar. mereka akan dilayan dengan penuh kasih-sayang. Setelah suami pulang. maskulin keras dan perkasa menjadi penyumbang penting dalam menjalankan tugas sebagai pencari rezeki. Lelaki kaum Jawa kelihatan tegas dari luaran tetapi sebenarnya lembut dari dalam. Sikap mereka yang lemah – lembut dan penuh sopan – santun amat sesuai dengan tugas mengurus rumah tangga termasuk mencuci. Pepatah Jawa ada menyatakan bahawa “Syurga terletak di bawah kaki suami”. Mereka bukan sahaja taat malahan memuliakan suami. Apatah lagi kalau mereka ingkar atau derhaka kepada suami. Wanita Jawa dikaitkan dengan sifat berkorban yang tinggi. Mereka tidak akan memarahi anak mereka secara terbuka sebaliknya melalui isterinya.

status ekonomi keluarga dan gaya pembelajarannya. Oleh yang demikian. budaya. Setiap etnik membawa sosiobudaya berbeza yang diwarisi dari nenek moyang yang terdahulu. IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA KEPADA GURU Guru yang dedikasi akan mengajar dengan penuh bijaksana dan bersikap profesional dalam membimbing murid untuk mencapai potensi diri dari segi akedemik dan sosial. Kesedaran tentang kepelbagaian budaya ini amat penting bagi agar guru dapat memberikan pendidikan yang seimbang. kepercayaan dan agama yang dianuti. Menguruskan murid yang berbagai ragam memerlukan kebijaksanaan guru mewujudkan peraturan dan rutin bilik darjah yang kondusif. Kepelbagaian sosiobudaya dalam sistem masyarakat majmuk di negara ini telah memberikan kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan. Guru perlu melayan keperluan dengan mengambil kira faktor persekitaran tempat tinggal murid. Kepercayaan dan pegangan hidup ini juga turut dibawa oleh murid ke dalam kelas dan ianya banyak mempengaruhi iklim dan budaya dalam bilik darjah. Pengetahuan tentang sosiobudaya setiap individu dapat membantu guru mengajar tanpa mengelompokkan murid mengikut kaum atau kumpulan tertentu. ini kerana murid akan dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman... guru seharusnya memberikan layanan yang adil kepada setiap muridnya.IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA Perbezaan dan kepelbagaian sosiobudaya sukar untuk dinafikan dalam sebuah negara seperti Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang etnik. Guru perlu prihatin dengan latar belakang murid. Ini dapat membantu mengeratkan hubungan dan mewujudkan kerjasama dalam pelbagai sosiobudaya. Pemahaman tentang sosiobudaya murid adalah perlu kerana ianya dapat membantu guru menyediakan proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan latar belakang murid. Pembelajaran koperatif adalah satu strategi yang sesuai digunakan dalam kumpulan muridheterogenous. taraf sosioekonomi. Dengan itu. guru haruslah sedar bahawa muridnya adalah berbeza. adat resam. Pematuhan peraturan menjadi satu keperluan untuk mewujudkan suasana yang terkawal. Susun atur murid di dalam kelas perlu . Ia juga akan dapat menghakis sikap prejudis guru dalam menangani kepelbagaian sosiobudaya murid. tempat tinggal.

Budaya merupakan pengaruh yang paling berkesan ke atas perkembangan individu. Kebijaksaan guru mengendalikan murid berbeza budaya akan mewujudkan pergaulan positif dan tidak berkelompok dalam sesuatu komuniti kecil bilik darjahnya. Kerap kali terdapat perbezaan antara murid. Mereka harus berinteraksi tanpa mengira kelas sosial dan latar budaya masing-masing. Melalui cara ini satu suasana pembelajaran yang interaktif akan terbentuk dan menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan. adalah penting kepada guru untuk memahami tingkahlaku dan budaya murid . Murid yang terdiri dari pelbagai bangsa harus bersosial dalam kelompok yang berbeza terutamanya ketika melakukan aktiviti. Keadaan ini menjamin semua murid berpeluang mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru dalam kelas. IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA KEPADA MURID Setiap individu membesar dan terbentuk hasil interaksi dalam persekitaran masing-masing. Mengajar tanpa membezakan bangsa murid akan dapat membantu guru memahami tingkah laku dan luahan perasaan muridnya. Murid harus diingatkan agar menghormati rakan lain yang tidak faham penggunaan bahasa mereka.. Guru haruslah menghormati muridnya serta bersikap adil dan tidak berat sebelah terhadap satu etnik sahaja. Aktiviti yang dijalankan juga haruslah berupaya menyemai semangat saling mempercayai ke dalam jiwa murid. bertindak dan mempengaruhi pandangan serta perasaan seseorang. Perbezaan sosiobudaya murid yang wujud perlu ditangani supaya tidak ada murid yang berasa mereka dipinggirkan oleh guru.bersesuaian agar murid dari pelbagai golongan dapat berinteraksi sesama mereka tanpa ada sekatan budaya. Kepercayaan yang diamalkan oleh murid lain tidak harus dipertikaikan sesama mereka. Sikap prejudis terhadap bangsa lain harus dielakkan supaya segala aktiviti yang dirancang oleh guru dapat dilaksanakan dengan jayanya. Proses sosialisasi antara etnik dibuat tanpa mengira anutan agama dan . murid harus diingatkan agar sentiasa berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang betul. faktor ini mendesak guru menggunakan kemahiran secara optimum dalam pengurusan bilik darjah. Ini kerana budaya mempengaruhi cara berfikir. Elakkan penggunaan dialek mengikut kaum. Penggunaan bahasa yang standard harus diamalkan oleh murid.

Saling kerjasama antara sekolah dan komuniti. Kerencaman sosiobudaya boleh dimanfaatkan untuk mencapai matlamat sekolah. Penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara kaum sejak kecil lagi iaitu di bangku sekolah rendah menjadi lebih mudah. Sekolah wawasan ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid di sekolah. Pengurus yang baik akan dapat mewujudkan iklim sekolah mesra. strategi pengajaran dan penilaian untuk dilaksanakan dalam satu rangka masa tertentu. khususnya melalui peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) akan dapat memanfaatkan sekolah. IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA KEPADA SEKOLAH Kepelbagaian sosiobudaya telah mewujudkan sekolah yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti sekolah jenis Cina dan Tamil. Pihak sekolah perlulah menggunakan bahasa rasmi dan bahasa penghantar dalam segala urusan rasmi. dengan peraturan dan arahan yang jelas. Oleh itu guru mesti membentuk program yang bertujuan membangunkan murid. Sekolah ini adalah antara sekolah yang dahulunya terasing antara satu sama lain. Ini bertujuan untuk mengurangkan sgala tingkahlaku negatif. IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA KEPADA KURIKULUM TERSIRAT Kurikulum dirujuk sebagai perancangan bertulis yang sistematik merangkumi objektif. pembentukan akhlak dan penerapan kemahiran tertentu dapat dilakukan dengan lebih mudah dan berkesan. Kemahiran komunikasi memainkan peranan penting ke arah pembentukan budaya penyayang. kandungan. Kementerian Pelajaran telah berusaha untuk mengatasi masalah kepelbagaian sosiobudaya ini melalui aktiviti yang dijalankan di sekolah. Secara langsung semangat perpaduan dapat dijalin dalam masyarakat. Murid mudah terpengaruh kepada tindakan guru yang menunjukkan teladan sebagai seorang professional. . maka suasana pembelajaran yang lebih dinamik dapat dihasilkan. kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam. Program Integrasi Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah salah satu usaha untuk memupuk perpaduan dalam kalangan murid tanpa mengira kaum. Dengan cara ini. Apabila seorang guru menggunakan kemahiran berkomunikasi terhadap muridnya.hendaklah dikembangkan agar proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan.

Mana-mana unsur kepercayaan lain yang tidak bercangah dengan hukum agama Islam boleh diterapkan kepada murid. Perlaksanaan aktiviti bahasa dalam kurikulum tersirat juga perlu dirancang dengan teliti. India dan Sikh. Murid akan mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan dan seterusnya mereka akan mula belajar menerima serta menghormati bahasa ibunda dan dialek kaum lain. Persekitaran yang mesra budaya perlu diwujudkan bagi melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran yang kondusif . Aktiviti yang dijalankan mestilah melibatkan interaksi antara kelas sosial murid. Pihak sekolah berusaha mengaplikasikan penerapan nilai budaya masyarakat dengan melaksanakan aktiviti sampingan khususnya melalui aktiviti kokurikulum. kegiatan panitia dan aktiviti dalam unit kokurikulum. Secara langsung proses pembentukan nilai dapat diterapkan kepada murid-murid. CADANGAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG MESRA BUDAYA Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang dijalankan perlulah berkesan dan dapat menarik perhatian khususnya kelas yang mempunyai muridmurid dari pelbagai latar belakang. kementerian berusaha membentuk bangsa yang bersatu dan saling menerima perbezaan budaya antara kaum. . Kurikulum tersirat juga memberikan pertimbangan terhadap aspek perbezaan antara jantin untuk memberi kesedaran terhadap batasan pergaulan dalam berlainan jantina. Pihak sekolah dan guru seharusnya tidak menekankan hanya kepada kepercayaan agama Islam sahaja. Cina. Penerapan kepercayaan terhadap nilai-nilai murni juga boleh dilaksanakan melalui pembentukan kurikulum tersirat. Melalui kurikulum tersirat. kaum dan agama contohnya orang Melayu. Kurikulum tersirat boleh diaplikasikan melalui aktiviti berpersatuan.Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai sosiobudaya memberikan implikasi kepada kurikulum sekolah.

kelamaan akan menjadi budaya.murid. murid. Sebagai contoh. Mengaitkan isi pembelajaran dengan budaya Guru boleh mewujudkan suasana mesra budaya itu melalui amalan pedagogi. Pembelajaran secara kooperatif Melalui kaedah ini. Dalam konteks ini. Guru perlu merangka kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk semua bangsa. Mewujudkan peraturan bersama yang dijadikan budaya Peraturan yang dibuat oleh guru dan dilaksanakan oleh murid secara berterusan lama. mereka boleh berkomunikasi dan berinteraksi. bangsa dan budaya dapat disatukan dalam satu kelas dan dapat menjalani proses pembelajaran dengan sempurna.murid yang berbilang kaum Murid sewajarnya dikumpulkan dalam kumpulan pelbagai kaum. budaya yang dimaksudkan ialah budaya kaum. mereka d digabungkan dalam satu kumpulan tempat duduk atau ketika beraktiviti.murid . 2.Terdapat pelbagai kaedah yang boleh diguna pakai dalam mewujudkan persekitaran yang mesra budaya terutama yang melibatkan isu bangsa dan bahasa. guru menjadi pemantau dan fasilitator kepada murid dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. 4. wujudlah satu budaya berbahasa Melayu yang akan menjadi budaya 1 Malaysia 3. Ini dapat mengelakkan salah faham antara murid dan menambahkan lagi kemahiran berbahasa Melayu dalam kalangan murid yang bukan berbangsa Melayu. Menyusun kumpulan murid. salah satu caranya ialah dengan mengaitkan isi pembelajaran dengan budaya kaum yang berkaitan. Dengan ini.kaum yang pelbagai. Untuk mewujudkan suasana P&P yang mesra budaya. Hal ini dapat mengurangkan jurang perbezaan antara murid yang berlainan bangsa dan budaya. Mereka akan melakukannya walaupun tanpa disuruh berbuat demikian. Antara kaedah yang dapat membina persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya ialah: 1. Dengan cara ini. Murid tanpa mengira latar belakang. Ia boleh mewujudkan suasana mesra. Dengan ini. guru mewujudkan peraturan bahawa murid mesti memberi salam atau ucap selamat kepada guru apabila guru masuk ke kelas. Mereka akan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan. Peraturan ini kemudiannya akan dijadikan budaya oleh murid.

akan tahu bahawa budaya mereka itu bukan sekadar warisan tetapi ia juga bersangkut paut dengan ilmu pengetahuan. guru bukan sahaja boleh mengajar topik yang perlu diajar tetapi boleh menyerapkan ilmu pengetahuan tentang budaya sesuatu kaum . Dengan menggunakan permainan tradisi dalam P&P. 5. Contohnya sudut informasi. Mereka diarahkan untuk membuat persembahan tentang tajuk yang telah diberi oleh guru seperti mengajar tentang pakaian tardisional. Dengan wujudnya ruangan seperti ini. Mewujudkan ruang fizikal yang positif Ruang fizikal boleh menjadi salah satu daya penarik dalam sesebuah bilik darjah. India. Kaedah persembahan oleh pelajar Pelajar digalakkan untuk melakukan perbincangan dengan rakan mereka yang terdiri dari pelbagai bangsa . . Menggunakan kaedah belajar sambil bermain Main merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan dan dapat menarik perhatian murid. guru boleh memupuk budaya positif seperti budaya cintakan ilmu dan budaya membaca. ABM perlu mengikut kesesuaian semua bangsa dan mereka semua boleh menerima ABM tersebut sebagai alat untuk tujuan pembelajaran. Cina. 7. Kadazan dan sebagainya pasti ada permainan tradisi. ruang hasil kerja murid dan sebagainya.Hak kesama rataaan perlu diamalkan bagi membolehkan semua kaum dapat menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna. 8.murid. Merancang dan menyediakan modul dan bahan pengajaran yang sesuai Guru perlu menyediakan alat bantu mengajar (ABM) yang sesuai dengan aktiviti yang ingin dijalankan. 6. Dalam budaya pelbagai kaum seperti kaum Melayu. Bidayuh. Ia juga adalah budaya bagi golongan kanakkanak.

budaya dan kepercayaan dalam masyarakat Jawa hanya tinggal nama sahaja. kesimpulan yang saya dapati adalah terdapat banyak adat resam dan kepercayaan masyarakat Jawa yang telah ditinggalkan kerana selain daripada mengalami proses asimilasi. semua penduduk kampung saya berketurunan Jawa. Hasil daripada tugasan ini. ada di antara adat dan kepercayaan itu tidak bersesuaian dengan agama Islam.anak saya tidak menguasainya. Kepelbagaian etnik di sekolah dapat menimbulkan keseronokan dalam kalangan guru dan murid .walaupun saya fasih bercakap dalam bahasa Jawa namun anak. Dari segi bahasa . perpaduan dan kerjasama antara murid tanpa mengira bangsa. REFLEKSI Apabila menerima tugasan yang diberi.Tugasan saya menjadi lebih mudah kerana selain daripada saya sendiri .9. Etnik Jawa banyak mengalami proses asimilasi berbanding etnik lain. Oleh hal yang demikian . ianya telah digantikan dengan tatacara yang bersesuaian dengan agama Islam seperti majlis doa selamat sahaja. Namun sebagai seorang guru. Mereka dapat mengetahui banyak perkara tentang kelompok etnik yang lain. Kebanyakan adat. saya tidak melepaskan peluang untuk mendekati dan mengkaji etnik Jawa kerana terlalu banyak perkara yang ingin saya i rungkai tentang etnik yang amat unik dan istimewa ini. Menyelami budaya etnik Jawa membuatkan saya agak terkilan kerana banyak perkara yang telah kami ditinggalkan. Kaedah projek Kaedah pengajaran ini amat berkesan kepada perkembangan nilai murni.Adat-adat lama dalam majlis ini kebanyakkannya dipengaruhi oleh agama Hindu. adat lenggang perut dan cukur jambul.murid. Sebagai contoh. . Justeru itu ia menjadi menyumbang utama dalam mewujudkan persekitaran kelas yang mesra budaya. Walaupun adat ini masih diamalkan tetapi pengisiannya amat berbeza. kita perlu bijak memanafaatkannya demi mencapai wawasan “ 1 Malaysia” . Generasi muda seperti saya sukar untuk diterima sebagai orang Jawa yang tulen memandangkan segala kehidupan telah bertukar kepada masyarakat tempatan.

multiply.blogspot.wikipedia.asp?y=2011&dt=0307&pub =Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.com. Santri.com/prprint.com/2009/03/01/history-ofjava/http://id. Pustaka Jaya.blogspot. Subang Jaya.wikipedia. Jakarta.com/2009/06/masyarakat-jawa-dimalaysia.com/journal/item/46/KENALI_PRIBUMI_SEMEN ANJUNG_MALAYSIA_?&show_interstitial=1&u=%2Fjournal%2Fitem http://firmanbudi.pikiranrakyat.wikipedia.html http://ilzaf.cari.org/wiki/Jawa http://www.kosmo..wordpress.my http://id.wikipedia. Clifford Geertz. Abangan. Priyayi dalam Masyarakat Jawa.htm http://newspaper.org/wiki/Bahasa_Jawa http://razalitumirin-zali.BIBLIOGRAFI Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) Dewan Bahasa dan Pustaka.wordpress.php?mib=beritadetail&id=132798 http://id. Kuala Lumpur Mok Soon Sang (2002).org/wiki/Bahasa_Jawa http://id.com/2008/06/who-are-orang-jawa-orang-jawapeople-of.html http://www.Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 3. 1981.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysiayang-berdaulat/kedatangan-imigran/ http://pab25.com. Edisi Ketiga Terbitan Ke-4 Kumpulan Budiman Sdn Bhd.my/kosmo/content. http://zanas.org/wiki/Tari_Tayub .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful